Sunday, September 03, 2017

Nilai Maruah Melayu Amat Murah



A Kadir Jasin


SEMUA bangsa mengaku ia bermaruah. Begitu jugalah dengan Melayu.

Nilai maruah Melayu hanya beberapa ringgit
Malah kalau kita dengar ketua-ketua Umno bercakap, jalan ceritanya amat menakutkan - Melayu akan hilang maruah dan jadi bangsat kalau parti mereka kalah pilihan raya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tetapi berapakah nilai maruah dan kebumiputeraan Melayu?

Jawapan yang sepatutnya ialah “tidak ternilai” (priceless). Maruah dan kebumiputeraan Melayu tidak boleh atau tidak akan dijual beli.

Tetapi ketua-ketua Umno dan konspirator bukan Melayu mereka dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP telah meletakkan tanda harga kepada maruah dan kebumiputeraan Melayu dalam  beberapa bentuk.

Ikut nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), harganya di antara RM450 hingga RM1,200 satu kepala setahun. Bagi yang tertinggi, jumlahnya RM100 sebulan atau bersamaan RM3.33 sehari.

Kalau di Lembah Klang, ikut harga runcit Fama, bolehlah beli dalam 800 gram kangkung dan 500 gram daging ayam.

Tapi ikan kembung nampaknya tak mampu. Kalau harga RM20 sekilo, bolehlah beli hanya 166.5 gram sehari.

Itu nilai maruah dan kebumiputeraan orang Melayu ikut ukuran BR1M yang kononnya dicadangkan oleh Bank Negara.

Tapi sekarang ada satu lagi ukuran iaitu penanak nasi (rice cooker).

Hal ini menjadi tular dalam media sosial apabila tiga orang ketua Umno Perlis – (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk) Zahidi Zainul Abidin dan (Datuk) Rozabil Abdul Rahman – dikenakan saman oleh seorang peniaga kelengkapan elektrik, Florence Lee Jye Wen, atas tuduhan mungkir janji.

Lee mendakwa tiga watak itu membuat tempahan dengannya bagi membeli 60,000 unit penanak nasi elektrik ukuran 1.8 liter dengan logo “DSSK” dicetak di atasnya.

Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut di sini. Mohon maaf pautan dalam bahasa Inggeris. Tak jumpa berita dalam bahasa Melayu.

Kalau ikut butir dakwaan wanita Cina itu, harga maruah dan kebumiputeraan Melayu hanyalah RM74. Itulah harga seunit penanak nasi tersebut.

Itu pun untuk tempoh empat atau lima apabila berlaku pilihan raya umum (PRU).

Tetapi oleh kerana Melayu yang hendak dipertahankan maruah dan kebumiputeraannya oleh Umno itu banyak yang miskin, melarat dan diperbodohkan oleh media terkongkong, maka mereka gembira menerima dedak dan serdak ekonomi yang kononnya pesat terkembang itu.

Realitinya rakyat jelata semua peringkat tidak sesenang dulu lagi, kecuali kucing-kucing gemuk dan anjing-anjing atasan. Rujukan kepada kucing dan anjing itu adalah daripada ungkapan Inggeris "fat cats" dan "top dogs".

Maka tidak hairanlah kalau dalam ibadah korban tahun ini, bilangan haiwan korban berkurangan tapi bilangan fakir miskin yang mendaftar untuk dapat habuan meningkat.

Wallahuaklam.

33 comments:

The Ghoyan said...

Salam Datuk,
Boleh saya dapatkan statistik jumlah binatang korban 2017, 2016 dll. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai tanda ukur 'spending power' orang melayu.

kluangman said...

Nilai ahli umno perlih RM14.80 setahun untuk 5 tahun atau
RM1.23 sebulan atau
RM0.04 sen sehari..
Nilai paling tinggi jika tidak diambilkira brum dll.

Pendapatan ini membilehkan orang perlih bina rumah agam, sebulan sekali makan udang galah dan daging kambing.
Hari hari lain boleh ambik ayaq ketum.

Pendapatan itu menyebabkan ahli umno perlih tidak perlu bekerja untuk menyara hidup, cukuplah jadi ahli umno, semua beres.

Negeri lain lebih kurang sama.

Ertinya orang Melayu bukan ahli umno tidaklah beruntung seperti ahli umno.

PutraKraken said...

"Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan".

"Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak".

-petikan dari "Melayu" - Usman Awang

Melayu mengaku tinggi maruah...tapi lebur dek huluran wang dan material.
jangan kata BR1M dan Rice Cooker....malahan sehelai kain pelikat atau kain batik boleh membeli maruah orang melayu.

Persetan dengan maruah...
Aku garu belakang kau...kau garu belakang aku...
Sifat siamang jadi tauladan...

Melayu...Oh Melayu
Melayu kamu penuh kepalsuan
Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair palsu belaka.
Raja Melayu hanya dimata
Raja Wang bertahta dihati

Melayu Oh Melayu
Jujurlah pada diri sendiri
Bangsatnya melayu bukan angkara Yahudi dan DAP
Bangsatnya melayu kerana dibangsatkan oleh melayu pilihan sendiri

Benar kata Usman Awang....

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalaulah dedak RM 10 juta untuk jual maruah orang melayu. Mungkin ada juga orang yang tak kuat imannya.

Ini RM50 untuk membuat huru hara dekat forum Nothing to hide. RM50 saja untuk jual maruah orang melayu. Ini dah teruk betul.

Periuk Nasi pun harganya barapa sangat. Banyak-banyak pun RM100, itu pun kalau jenama Panasonik. Yang tak ada jenama, RM70 pun dah dapat.

Orang zaman sekarang pun, masak nasi guna microwave. Lebih senang.

Kalau setakat periuk nasi untuk jual maruah orang melayu, cukup ke?

Mula dari PRU9, PRU10, PRU11, PRU12, PRU13 dan sekarang PRU14.

Pilihanraya 5 tahun sekali.

Setiap kali pilihanraya, harga barang naik, harga rumah naik. Sekarang ini, penggangguran dah setengah juta.

Tapi, Gaji permulaan untuk graduan pun tak banyak berubah, RM2000 lebih. Itu gaji orang yang keluar universiti.

Dapat periuk nasi, cukup ke?

Raja Kumbang said...

Terbaca berita yang pm menyumbang lebih 400 ekor lembu untuk dikorbankan. Hnya pm dan menteri kewangan yang bertaraf billionair mampu buat begitu, mungkin juga hasil derma, kalau dicongak dari gaji takkan mampu

MatMinTanjung said...

Datuk,

Betuk ke sepatutnya TAR membawa bersama agenda tanah melayu yang lebih luas untuk merdeka dengan memasukan tanah melayu singapura dan tanah melayu 4 wilayah di Thai sekarang ini.
Maka kerana tergopohgapah dalam rundingan kemerdekaan maka merdekalah hanya tengah semenanjung tanah melayu. Walhal semenanjung tanah melayu adalah dari segenting kera hingga keTemasik.

Celaka punya melayu. China tak lepas hong kong, diberi pajakan 100 tahun saja kepada orang puteh

Padahal melayu lebih cerdik dari china seperti hikayat makan kangkong panjang helah untuk mendongak dan melihat wajah maharaja china.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum),
Sekali lagi aku terima kasih banyak kad hang pasai susah payah nak 'coret' macam mana kebanyakkan orang melayu
hilang harga diri. Setengah orang kata 'lost generation'.
Tapi kesan kebobrokkan ini bukan pada orang melayu saja, Kadiag, aku ada baca setengah daripada keturunan China yg
bependidikkan nak hijrah. Aku rasa yg tak bependidikkan pon ramai yg nak belah.
Ada sorang China pomen moto yg aku pangge Abu, mola pi Singapo juai ayag soya, paih tu pi NZ basoh pinggan
di restoran, paih tu pi jadi pomen moto kuasa tinggi di Singapo. Nampaknya Malaya hase 'pengusingan' ni,
semakin dihuni oleh Bangla, Myanmar dan
Indon dan kebanyakkan orang melayu miskin, kurang pendidikkan atau tak dapat hijrah.
Orang melayu ni pulak dipimpin oleh kebanyakkan kaum 'elit' yg Mat Tehag kata penyamun, perompak
dll. dan yg Khairuddin Batu Kawan kata 'otak udang'.
Sunggoh pon aku tak dak didikkan formal dlm bidang sikologi atau sikiatri,
aku lebih minat guna istilah sikopath, yg kelinik Mayo (US) magnakan
". .as a personality disorder where,
the person “typically has no regard for right and wrong.
They may often violate the law and the rights of others.” Often, psychopaths have little empathy,
(exhibits) antisocial behavior
and lack inhibitions."
Yg kelaih petengahan dan petengahan bawah pulak,
ramai kekenyanggan 'dedak' yg hak hang selalu dok sebut, dan di kalangan depa pon, aku rasa
ramai yg dok nak cabut.... munkin lantaran 'supply' tak teratog, atau
tak mencukupi kerana hutang 'Isi romah'
yg sangat tinggi.

Munkin senario ni sikit 'kemurungan', tapi ikut Pengarah Kesihatan Kelantan,
tak salah aku, lingkungan 40% penduduk negeri tu ada isiu 'mental'.
Aku jangka nisbah tu bulih jugak pakai untuk negeri2 lain.

Salah silap, maghap no,
Aku

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum .
Sekali lagi aku terima kasih banyak kad hang pasai susah payah nak 'coret' macam mana kebanyakkan orang melayu
hilang harga diri. Setengah orang kata 'lost generation'.
Tapi kesan kebobrokkan ini bukan pada orang melayu saja, Kadiag, aku ada baca setengah daripada bangsa China yg
bependidikkan nak hijrah. Aku rasa yg tak bependidikkan pon nak belah.
Ada sorang China pomen moto yg aku pangge Abu, mola pi Singapo juai ayag soya, paih tu pi NZ basoh pinggan
di restoran, paih tu pi jadi pomen moto kuasa tinggi di Singapo. Nampaknya Malaya semakin dihuni oleh Bangla, Myanmar dan
Indon dan kebanyakkan orang melayu miskin, kurang pendidikkan atau tak dapat hijrah.
Orang melayu ni pulak dipimpin oleh kebanyakkan kaum 'elit' yg Mat Tehag kata penyamun, perompak
dll. yg Khairuddin Batu Kawan kata 'otak ulang'.
Sunggoh aku tak dak didikkan formal dlm bidang sikologi atau sikiatri,
aku lebih minat guna istilah sikopath, yg kelinik Mayo (US) magnakan
". .as a personality disorder where,
the person “typically has no regard for right and wrong.
They may often violate the law and the rights of others.” Often, psychopaths have little empathy, antisocial behavior
and lack inhibitions."
Yg kelaih petengahan dan petengahan bawah,
ramai kekenyanggan 'dedak' hak hang selalu dok sebut, dan di kalangan depa pon,
ramai yg dok besedia nak cabut.... munkin lantaran 'supply' tak teratog dan hutang 'Isi romah'
yg tinggi.

Munkin senario ni sikit 'kemurungan', tapi ikut Pengarah Kesihatan Kelantan,
lingkungan 40% penduduk negeri tu ada isiu 'mental'.
Aku jangka nisbah tu bulih jugak pakai untuk negeri2 lain.

Salah silap, maghap no,
Aku

Joe Harry said...

Salam Datuk,
Semua orang marah bila dikatakan tidak bermaruah.
Ada orang yang tidak mahu menerima apa-apa pemberian percuma termasuk zakat, sumbangan dan sebagainya kerana maruah walaupun dia layak menerimanya. Kecuali hadiah pencapaian dirinya.
Ada pula golongan yang akan ambil apa saja yang diberi secara percuma. Kata mereka, orang nak bagi kita ambil, walaupun secara sedar dia tahu dia tidak layak untuk menerima pemberian itu. Seperti br1m, katanya itu duit kita juga yang dikutip dari gst, jadi rugilah kalau tidak ambil.
Golongan yang ketiga, adalah golongan yang tidak kira apa yang lintas depan mata samada orang bagi atau tidak dia tetap ambil. Orang ini pun akan marah kalau kata dia tidak bermaruah.
Dizaman penjajah, ada yang menjadi talibarut dan mengagongkan penjajah kerana habuan dan pemberian percuma kepada mereka. Mereka tidak akan fikir apa kesan yang akan terjadi pada negara dimasa hadapan.
Setelah merdeka, ahli politik pula mengunakan cara sebegini untuk meraih undi dan mendapat jawatan. Bermula dengan kain pelikat, kain batik atau beras kemudian beralih pada barangan elektrik dan wang tunai. Dari individu beralih pada kerajaan, dari sedikit kepada ribuan ringgit.
Semua ini terjadi kerana politik bukan lagi perjuangan tetapi telah bertukar menjadi industri yang boleh menghasilkan jutawan dalam sekelip mata.
Taburan wang ratusan juta menjelang pilihanraya bukan lagi masalah kerana itu wang negara yang diselewengkan. Selepas berkuasa, mereka akan selewengkan wang negara untuk diri mereka pula dan juga untuk pilihanraya yang akan datang.
Semakin kuat parti pencabar, maka akan semakin tinggi nilai yang akan dirasuah pada pengundi.
Akhirnya rakyat mendapat satu kerajaan yang tidak cekap dan amanah. Rakyat terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan yang mana sebahagian hasil terpaksa digunakan untuk cukai kerajaan.

sukasamasuka said...

Datuk,

- Nilai Maruah Melayu Amat Murah...memang murah Datuk.

- Melayu suka senang tanpa buat kerja yang payah sebab kita ada sifat yang payah dikikis ia-itu "Ulat dalam batu pun dapat hidup" dengan erti kata yang agak negatif bukannya positif seperti maksud yang sebenar.

- Melayu miskin akan bertambah miskin bukannya apa, tetapi sifar semula jadi malas buat kerja (kecuali yang tua, sakit dan kurang upaya).

- Ada juga Cina yang miskin dan susah...tetapi, mereka sanggup tanam sayur dibawah pencawang gergasi elektrik kable TEN sebab itu saja tanah yang kosong yang bolih mereka "miliki" walaupun buat sementera...sedangkan Melayu tanah rizab bukan main luas, kosong begitu saja.

Malahan setiap perayaan Cina, daging babi pun cukup supply sebab mereka self-sufficient, bukan mengharap sesiapa, jauh sekali la kerajaan, bukan macam Melayu semua mau kerajaan yang jaga dari ayam hingga nasi pulut.

- Melayu suka dapat duit...atau barang2 macam penanak nasi...atau tangki air biru yang ada cap "BN"...satu kebangaan simbol bangsa Melayu yang kerajaan UMNO itu memang prihatin terhadap bumiputera.

- Melayu sangat manja...hingga bangsa bumiputera nya pun kena jaga...begitu juga dengan agama nya.

- "Sangkar Emas" bangsa Melayu ia-lah...Perlembagaan...disitu la maruah Melayu terkurung...tidak bolih di kacau kacau...kalau di kacau, macam orang hilang pedoman tidak ada akal.

- Orang bukan Melayu tau kelemahan Melayu di Perlembagaan, bukan mereka bodoh. Semua pegawai2 tertinggi asing di Embassies di KL tau. Mereka study benda ini.

- Kerana Perlembagaan juga la isu kebumiputeraan Melayu tidak ada kesudahannya sampai hari kiamat. Ini la time-bomb di Malaysia.

Contohnya, ada 73 suku2 kaum di Sabah, dan Melayu bukan salah satu bumiputera Sabah, Datuk tau ke? Mana Datuk tau.

Jadi bolih ke orang Bugis Sabah jadi bumiputera Sabah? Kalau tidak bolih kenapa suku kaum Tidung (salah satu suku kaum Bugis) jadi bumiputera Sabah?

- Siapa itu Melayu? Mana ada bangsa didunia yang ditafsirkan pakai undang2, hanya di Malaysia sahaja.

Kerana itu banyak kita bingung siapa itu Melayu? Lagi kasi bingung bila kita cakap kebumiputeraan Melayu?

Apa itu Datuk?

Apa ka Melayu di Malaysia tidak cukup kebumiputeraan nya?

- Atau mau ditambah lagi elemen2 budaya Melayu itu supaya nampak betul2 "kebumiputeraan"nya?

- Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang ini sudah terlalu jauh menyimpang dari konsep asal perjuangan penubuhan Malaysia...sudah jauh terpesong...sebab ianya di ubah sikit demi sedikit dalam masa 50 tahun ini hingga kalau Tunku bolih dihidupkan semula, tentu dia akan terperanjat.

- ini hanya catitan peribadi orang kampung bawahan saja, tidak ada apa apa...hanya untuk tukar2 fikiran, itu pun kalau masih bolih la...mau keluar dulu jual mi goreng, nanti kena marah pula olih orang rumah...Selamat Hari Raya Korban semua.

Joe Black said...

Malays have to Prove to the Non Malays and the rest of the world that they have what it takes to think for themselves and take action to change the world's Perception of them.....Or remain forever a Tool for the benefit of a Few.

Hakimi Abdul Jabar said...

Bitcoin Created More Jobs Than the U.S. Govt in 2014
250,000 JOBS CREATED - SURE AS HELL MORE THAN 1MDB & SRC INTERNATIONAL COMBINED

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-created-more-jobs-than-the-us-govt-in-2014

Jidin said...

100% true bro Joe Black..

awang marang said...

apa kata tuang punasihat MO1???

New broom sweeps clean said...

Datuk,
Fuzi Harun takes over as IGP instead of the much favoured Noor Rashid.
Hope Fuzi's promotion brings us to a better tomorrow.
What can we expect of the new IGP?

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.

Ukuran nilai maruah melayu boleh dibeli dengan harga 4 sen sehingga RM3.33 sehari, jika ditukar kepada matawang Amerika berapa agak nye nilai maruah kita ye.

Itu ukuran untuk Melayu bawahan. Bagaimana dengan Melayu yang menjawat jawatan awam, keyua GLC dan penguasa. AlHam dulilah.. maruah mereka punya nilai jauh lebih tinggi .. Idop Melayu. Dengan gaji sekitar 4 ribu hingga 5 ribu sebulan, macam2 mereka miliki ..kereta mewah, rumah besar, main golf di Medan atau Australia, umrah tiap tahun dan macam2 lagi. Bayangkan koperal polis pun ada tunai RM800,000 dalam rumah.

Bapa saya adalah peruncit di pekan kecil di Jelebu, bersaing dengan dua peruncit cina. Pelangan bapa saya hanya dikalangan melayu, orang asli dan keling, tapi tak ramai. Orang cina hanya membeli di kedai cina sahaja, seolah-olah dah difatwakan haram oleh Tok Pekong mereka, jika ke kedai bapa saya. Tapi realitinye antara kaum tetap mesra.

Jika ada hari2 nye kedai cina itu tutup. Maka si cina ini akan cari kedai cina terdekat .. jika tutup juga, maka mereka akan sabar menunggu keesokan harinye.

Pelangan melayu lebih terbuka ..malah ada yang bawa cerita yg barang di kedai ayah saya mahal sedikit .. jadi mereka boleh buat pilihan beli dikedsi cina.. tanpa menyedari yg penimbang orang cina boleh buat macam2 magik.

Maka begitu lah ada nye melayu kita hari ini ..yang teruk kena gasak, diakalkan, dijanjikan macam2, digulakan ada lah golongan bawahan. Malah ada yang menilaikan mereka RM3.33sen sehari.

Apa pilihan yang ada pada melayu bawahan ini. Yang ada hanya Raja Melayu dan UMNO untuk membela, tapi yang sebenarnya membelit mereka sehingga maruah mereka dinilai sebegitu rupa.. monyet pun tahu pilih buah.

Saya kira dengan terbentuknya pilihan kelompok melayu terbaru untuk meneraju negara dan orang melayu pada masa depan, ini lah masanye untuk melayu bawahan membuat pilihan dan bertukar rasa. Yang membentuk nilai maruah melayu sehingga serendah RM3.33 perlu diterajang dan dipasongkan.

sukasamasuka said...

Datuk,

Nak komen sikit pasal kluangman 12:59 PM yang antara lain nya ada tulis...

"...Ertinya orang Melayu bukan ahli umno tidaklah beruntung seperti ahli umno."

- baru la aku sedar apa ertinya kalau jadi ahli UMNO.

- selama ini perjuangan aku perjuangan UMNO tetapi bukan jadi ahli party UMNO...pernah kena suruh isi borang, tetapi tidak isi pula...entah kenapa, aku sendiri pun tak tau.

- itu la aku hairan kenapa susah mau dapat tangki air biru atau bantuan duit atau periok nasi atau tanah atau apa2 saja la...belum pernah, jadi kadang2 terkilan juga aku, tanya sama orang disana sini...ada orang bilang kalau ahli party baru dapat...sekarang baru aku faham dengan jelas bila kluangman cerita, rupa2nya mau jadi ahli UMNO dulu baru dapat....kecuali BRIM, orang rumah dapat la...bukan main happy dia, tetapi bila dapat dia diam2 saja bukan mau kongsi2 sama aku sebab dia bilang kalau ada duit ditangan, aku kasi habis beli rokok seludup saja...jadi duit BRIM aku melepas la.

- Ba kalau di Sabah, bukan semua bumiputera ada surat beranak atau IC biru sebab mereka tinggal tempat yang sangat terpancil dimana 'kuda makan tembaga'...jadi, mereka2 ini pun bukan dapat BRIM juga. Mau jadi ahli party mana mana pun bukan laku sebab bukan tau menulis atau sign. Pakai cap jari pun susah sebab kulit jari tebal sampai hilang itu cap jari.

- satu pun anak2 aku tidak dapat bantuan kerajaan sebab rupa2nya segala skim2 bumiputra hanya untuk ahli2 UMNO saja...ini baru juga aku terima...Monday, 4th Sept jam 12.50pm...satu watsup dari orang UMNO pasal e-Rezeki dan e-Usahawan, macam terbuka untuk semua tetapi sebenarnya itu bohong saja...mesti ahli UMNO baru bolih dapat attend kursus...durang check nama dan IC melalui JPN kalau ahli UMNO...kesian anak2 kita Melayu yang bukan ahli UMNO.

- Patut la orang Cina maju!

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Mengikut berita, pengundi yang ramai untuk PRU14 adalah golongan orang muda.

Masa PRU nanti, ada berita yang mengatakan dapat periuk nasi harganya sekitar RM74.

Kalau kita congak gaji orang muda yang baru keluar universiti.

Katalah gaji permulaan RM2500. Tolak EPF dan LHDN gedabak gedebuk tinggal RM2200.

Kalau kita ambil senario kerajaan DS Najib sekarang ini,

Tolak PTPTN (RM300) tinggal RM1900.

Tolak sewa rumah (RM600) tinggal RM1300

Tolak beli kereta (RM300) perodua Axia automatik, tinggal RM1000

Tolak minyak kereta dan maintenance (RM300) tinggal RM700

Tolak bil elektrik RM100 (1 air con) tinggal RM600

Tolak bil talipon whatapp, tolak bil air RM100 tinggal RM500

Tolak toll (RM50) tinggal RM450.

Tinggal RM450, ini belum kira nak makan, beli baju, sabun dan lain yang dikenakan GST 6%.

GST 6%, tak mustahil akan dinaikkan 8% hingga 10%. Kerajaan boleh guna alasan, negara lain pun naik, kenapa kita tak boleh naik.

Ini tak campur dengan duit nak buat hantaran kawin, sekarang ini dah naik. Harga rumah lagi melambung naik, sekitar RM400,000 lebih untuk apartment.

PTPTN kena bayar, kalau tidak kena blacklist, pinjaman kereta, rumah tak dapat lulus.

Saya bersimpati dengan orang muda zaman sekarang, zaman Mahathir dulu, saya tak kena bayar PRPTN, GST pun tak ada, subsidi macam-macam ada dapat.

Kalau dapat hadiah periuk nasi RM74 ini berbaloi ke?

sukasamasuka said...

Datuk,

panglimo potaseh 1:12 PM ada berkata..."Apa pilihan yang ada pada melayu bawahan ini. Yang ada hanya Raja Melayu dan UMNO untuk membela, tapi yang sebenarnya membelit mereka sehingga maruah mereka dinilai sebegitu rupa.. monyet pun tahu pilih buah."

1. Macam kamu di Malaya ada Raja2 Melayu, bolih jaga bangsa dan agama kamu...kami di Sabah tidak ada bos ku.

Siapa la mau jaga bangsa dan agama kami kan? Sedih betul, cuba la ada raja2 ke... sultan2 ke, siok juga. Ada tempat mengadu...

2. Begitu la nasib kami di Sabah, tidak ada siapa mau jaga bangsa dan agama kami. Tapi, kami ada Orang Utan di sini...di Sepilok, Sandakan. Kami panggil Raja Monyet...ungkapan dalam local dialect...very intelligent creatures, lemah lembut, bersopan santun dan soft spoken too kalau dibanding dengan kera dan monyet2 lain dalam hutan.

3. Kami ada UMNO...kami sayang sama UMNO...tanpa UMNO orang Sabah entah kemana halatujunya...kalau tak percaya tanya sama si Rahman Dahalan, Salleh Karuak, Anifah Aman, Pandikar dan Musa...durang sayang sama UMNO, maka kami pun sayang juga la sama UMNO. Hidup mati kami bersama UMNO Sabah!

4. Maruah Melayu, maruah UMNO...hilang UMNO, hilang la Melayu. Itu la sebabnya Melayu hanya terdapat di Malaya saja...di Sabah siiiiikit saja. Sebenarnya, tiada Melayu di Sabah kecuali yang datang dari Malaya saja. Yang "Melayu" pun sudah tukar bangsa mereka...sebab Melayu tak laku di Sabah. Tidak kena pakai.

5. Kalau la ada Raja2 atau Sultan2 Melayu di Sabah, perkara ini tidak akan terjadi.

6. Teringin juga rasanya kami beRaja dan berSultan...apa la rasanya panglimo potaseh?

7. Kalau la kamu dapat kasi pinjam itu Raja2 dan Sultan2 kamu, walaupun untuk satu hari saja, maka berdaulat la Negara Sabah ini untuk selama2nya dengan limpahan kurnia rahmat baginda.

8. Tetapi, seelok2nya, jangan gunakan 'backdoor' untuk mendaulatkan Negara Sabah...itu menipu nama nya bos ku. Atau siok sendiri.

ORANG SABAH TIDAK AKAN TERIMA HINGGA HARI KIAMAT!

9. Hanya di Sabah sahaja yang ada kebebasan beragama. Ini bukan bolih di main2 atau diubah suai untuk selera orang Malaya....TIDAK BOLIH SAMA SEKALI!...sebab ini adalah hak mutlak orang2 Sabah sebelum ada Malaysia dan selepas ada Malaysia.

10. Memang kata2 panglimo potaseh itu benar bahawa..."yang sebenarnya (Raja Melayu dan UMNO) membelit mereka sehingga maruah mereka dinilai sebegitu rupa".

Sakit cakap panglimo, tetapi benar.

Macam mana kita mau sampaikan kebawah sana?

anak peneroka said...

Nilai maruah Melayu kini bergantung kepada kedudukan dan pangkat mereka.

nilai maruah paling rendah 4 sen sehari. Paling tinggi rm2.6b sekali masuk.

Nilai hati budi dan iman mereka pula wallahualam.

Kaplataka said...

BR1M nie ibarat kisah "Tuan Rumah dgn Perompak". Si Perompak telah merompak Tn Rumah, dan melarikan wang sebyk RM10,000. Selang beberapa hari, si Perompak pergi berjumpa dgn Tn Rumah, dan menyerah kembali wang RM100 kpd Tn Rumah, kononnya sebagai tanda simpati kpd Tn Rumah tersebut, dan meminta Tn Rumah utk bersyukur dgn wang yg beliau berikan. Sebagai tanda kesyukuran, Tn Rumah menjaja seluruh kampung, memuji² si Perompak yg telah memulangkan wang beliau sebyk RM100. ITULAH IBARATNYA, MEREKA² YG MEMUJI NAJIB KERANA MEMBERI BR1M. WALAUPUN MEREKA DIKIKIS SEHINGGA PAPA KEDANA, TAPI DISEBABKAN WANG BR1M PEMBERIAN NAJIB, SEGALA KEJAHATAN NAJIB MEREKA LUPAKAN.

Ali Kutty said...

Salam Datuk,

Hanya 2 golongan manusia yg masih menyokong Najib:-

1. Manusia Cerdik, Tapi Jahat
Spesis nie menyokong Najib utk kepentingan diri. Mereka mendapat ganjaran yg berjuta-juta, bila mereka terus menjilat bontot Najib. Golongan ini akan menghasut golongan no. 2, utk bersama² mereka, terus menyokong Najib, bg memastikan Najib terus berkuasa dan mereka mendapat ganjaran yg setimpal.

2. Manusia Bodoh, Tapi Sombong
Spesis nie menyokong Najib membabi buta, tanpa bayaran satu sen pun (kalau ada pun sekadar duit BR1M). Mereka merasakan merekalah manusia paling bijak.

Hakimi Abdul Jabar said...

I'm still perplexed that these parties lost their case when Commonwealth decisions are lucid :
Bar, Zaid, Khairuddin lose case against AG ‘failing to prosecute’
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/28/bar-zaid-khairuddin-lose-case-against-ag-failing-to-prosecute-najib/

The Position In the Commonwealth :

In SHARMA V BROWN-ANTOINE, DEPUTY DIRECTOR OF PUBLIC PROSECUTIONS AND OTHERS [2006] UKPC 57

Lord Bingham, for the Privy Council, said: ‘The rule of law required that, subject to any immunity or exemption provided by law, the criminal law of the land should apply to all alike. A person is not to be singled out for adverse treatment because he or she holds a high and dignified office of State, but nor can the holding of such an office excuse conduct which would lead to the prosecution of one not holding such an office. The maintenance of public confidence in the administration of justice required that it be, and be seen to be, even-handed.’

In REGINA V THE DIRECTOR OF PUBLIC PROSECUTIONS, EX PARTE MANNING, EX PARTE MELBOURNE [2000] 3 WLR 463

Lord Bingham of Cornhill LCJ said: ‘Authority makes clear that a decision by the Director not to prosecute is susceptible to judicial review . . the standard of review should not be set too high, since judicial review is the only means by which the citizen can seek redress against a decision not to prosecute and if the test were too exacting an effective remedy would be denied.’

Ipoh ke Taiping said...

penulis blog pun kaki makan dedak,
cara tulisan pun dah macam orang tersedak,
tak habis-habis dengki dengan BRIM yang tak seberapa,
dan penerima BRIM pun tak dipaksa untuk mengundi sesiapa.
penerima BRIM ni bukannya orang kebulur sangat nak memimpin negara,
tak dapat BRIM pun tak mati ternganga,
ianya cuma agihan subsidi negara kepada warganegara,
takkanlah orang bijak pandai masih tak faham-faham bahasa,
banyak isu lain yang boleh diungkit kalau nak tunjuk terrer,
jangan disangka penerima BRIM ni semua bodoh belaka.

rahman jpc said...

saya percaya yg dato masih ingat lagi pertemuan kita sebelum PPBM d tubuhkan d mana saya memohon nasihat mengenai hasrat saya utk menentang Rosmah/Najib d Pekan.

saya tlh juga berjumpa dgn yb dato raja kamarul bahrain (4 kali), yb dato ariff sabri n yb tan sri muhyiddin bagi tujaun yg sama.

salah seorang drpd mereka secara ikhlas mengatakan bahawa jika saya tidak ada rm20/30 juta utk menentang najib d Pekan, maka lupakan saja niat saya itu.(kata nya its a waste of my time n effort).

memang ada kebenaran dgn unkapan tersebut kerana dlm politik Malaysia, 'cash is king' n 'have gun will travel'.

Umno mempunyai dana yg amat besar (mungkin unlimited) utk membeli undi. terutama nya d kalangan pengundi orang2 melayu, phenomena menharapkan habuan ini sudah sebati dgn mereka.
kita tidak bolih menyalah kan mereka juga olih kerana sebahagian besar (terutama d luar Bandar) hidup dlm keadaan amat daif sekali. kita amat bertuah jika dpt bertemu dgn warga luar Bandar yg mempunyai rm50 dlm kocek mereka pd bila2 masa.

olih demikian mendpt bantuan (sogokan) wang n barang2 dapur secara percuma amat d hargai n d nanti nantikan olih mereka.

PPBM, dlm keadaan serba kekurangan tidak mungkin akan mampu bersaing n terikut ikut.

saperti saranan tun m, mereka2 ini harus d sedarkan bahawa pemberian (sogokan) itu hanya merupakan keselesaan sementara. jka d beri, kita wajib ambil olih kerana dana tersebut berpunca drpd 'kantung' rakyat juga.(contohi lah pendirian rakyat Kelantan).

sentiment rakyat (termasuk d luar Bandar) sudah banyak condong kpd PH. jika mesej d atas dpt d serap n d terima olih semua, insya'allah kita akan dpt menawan Putrajaya n beberapa lagi kerajaan2 negeri. Insya'allah.

Zalman A said...


Datuk,

Harapan does not need Umno/BN to kill them, they will kill each other.

The open comments by DAP about seats in Johor and PKR's endless infighting show the complete lack of maturity and cohesion.

The rule is simple:

Keep your mouth shut and use a comms director to issue JOINT AND AGREED STATEMENTS.

So simple.

Yet PH cannot do it.

I predict an easy victory for MO1 in PRU14.

Basically any hope for change in Malaysia can only happen when a less dedak-fed leader takes over PAS and the other parties learn to act as adults.

Your guess is as good as mine...when will this happen?

PRU15? 16? Or 17?

US Ambassador said...

Datuk, the planned visit by PM to US, wonder how it was arranged? The US Ambassador to Malaysia surely she would have advised the President that current circumstances are not good for the visit especially for the US President. Did the US Ambassador do a proper job?

sukasamasuka said...

Datuk,

Saudara ku Rahman JPC 10.46 AM...saya ingin share sikit dua cerita yang lebih kurang sama seperti yang dialami olih saudara....itu pun kalau ada persamaannya...mungkin tidak ada.

- Seorang Engineer muda bangsa Cina, Tham Nyiep Sian (Parti SUPP)keluaran University Manchester yang baru bekerja, dapat mengalahkan Taiko Cina kaya giler dan berpengaruh besar, Yap Pak Leong, ADUN Berjaya Sandakan sebab pengundi Cina tidak suka sikap Yap yang korup....Melayu sokong Yap sebab banyak kasi macam2.

- Haris Salleh, Presiden Berjaya...Ketua Menteri Sabah, kaya mengunung langit dan berpengaruh besar sebab membawa pembangunan pesat di Sabah....masa pilihanraya ADUN, tiada siapa berani lawan Haris. Jadi, PBS terpaksa simpan Kadoh Agundong...segan hidup mati tak mau la katakan...orang kampung, nama pun satu macam, tiada skolah, pakai sliper jepun, pakai baju tiada butang, tiada duit, cakap pun tidak pandai, betul2 kampung...orang Sabah waktu itu ketawa...Haris Salleh tabur duit bukan main2, jangan cerita la...Kadoh won hands down...dia lah dipanggil the Giant Killer of Sabah!

- Saudara ku Rahman JPC...kita tidak tau hati manusia...susah mau baca...kalau Najib tabur duit, kamu akan kalah juga kalau kamu tidak tabur duit macam Najib. Kita tau Najib akan tabur duit. Mau buat apa. Kita pakai sliper jepun dan singlet pagoda saja la.

Selamat berjuang saudara.

Taosuo said...

Datuk,
For sure I'm no legal Eagle, but I'm surely perplexed that Hakimi Abdul Jabar (5.20 a.m.) is perplexed, when he admitted :
" I'm still perplexed that these parties lost their case when Commonwealth decisions are lucid :
Bar, Zaid, Khairuddin lose case against AG ‘failing to prosecute’
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/28/bar-zaid-khairuddin-lose-case-against-ag-failing-to-prosecute-naji"

Methinks, it's a 99% foregone conclusion, the written justifications are exactly what it is, justifications,
legalese that can be cooked up
given the circumstances ...
and lucid is when lucid does. Perhaps much like when it was decided that
the MOI is not a public official....

Chinese Pride said...

Melayu:

- loves to exaggerate his accomplishments, however insignificant that particular accomplishment is.
- respects title and therefore will do anything to obtain title no matter how undeserving it is. And thereafter demand respect being the title holder from other Melayu. So, if a title holder gives you RM100, you better thank your lucky stars.
- has no respect, no commitment, and no dedication to his choice of profession but when chided will feel that his manhood, his entire race, and his religion ALTOGETHER are being insulted regardless that is accurate or not.
- has no problem receiving subsidies, free gifts, assistance, scholarships, discounts on properties, share allocations, grants, loans form government that do not need to be repaid, and etc regardless of whether they deserve it or not.

So, what is so surprising if a Melayu sells his mother for a rice cooker?

Hud Hud said...

Saya teringat datuk hal seorang pemimpin tertinggi pas yang meninggal tak lama dahulu. Beliau bergelar seorang doktor menggunakan kaedah perubatan Islam. Sampai masa di penghujung hayatnya dia pergi ke negeri kafir paling besar di dunia untuk berubat. Akhirnya ditakdirkan dia mati dan dikuburkan di sana.

Adakah Haji Hadi dan PAS akan menerima nasib serupa dengan doktor PAS tu? Adakah ini petanda yang PAS dan Hadi akan mengakhiri hayat mereka dalam keadaan mereka melutut dan mengemis dihadapan orang orang yang mereka kafirkan selama lebeh 36 tahun. Kalau ianya benar-benar berlaku bagi saya itu adalah balasan yang amat setimpal.

panglimo potaseh said...

Tanya sama itu Hud Hud .. Lang Basilang, Koi Bastikoi .. orang bukan orang, hantu bukan hantu.

Hakimi Abdul Jabar said...

Guess what homeys!

My persistence in revealing and exposing the shenanigans of the 1MDB & SRC International Fiascos through social media such as Facebook, Twitter, Google Plus etc. has resulted in the same being exposed in a highly respected multilingual European news media service.


Simple Example :
My Tweet Pertaining to British and Malaysian activists telling Leo DiCaprio to repay stolen Malaysian assets from 1MDB Got Featured In Euronews :

http://de.euronews.com/2016/10/19/dicaprio-wolf-oder-schaf-im-skandal-um-malaysischen-staatsfonds

Euronews is a multilingual news media service, headquartered in Lyon, France. Created in 1993, it aims to cover world news from a pan-European perspective.

http://de.euronews.com/2016/10/19/dicaprio-wolf-oder-schaf-im-skandal-um-malaysischen-staatsfonds

Achtung Baby! Achtung!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).