Thursday, September 28, 2017

Sekadar Bertanya Kepada Yang Tahu



A Kadir Jasin


SEKADAR bertanya. Bertanya tidak salah. Tidak boleh dikenakan saman malu.

Jadi izinkan saya bertanya beberapa soalan. Manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya.

1.Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi?

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

2. Apakah benar Presiden PAS, Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinat yang Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

Khairy (kiri) "dilucutkan" peranan dalam TN50?
5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah renspons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya.

Wallahuaklam.


28 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Jawapan dari persaolan2 di atas termasuk di PH sewajarnya dijawab secara muktamad melalui PRU.

Rakyat sudah tidak sabar dan separuh bosan menunggu untuk menconteng perhitungan.

Apakah benar? said...

Datuk,
is it true ketua2 kampong Sabah and Sarawak were sent via air transport TUDM for a meeting with PM in Peninsula Malaysia? All expenses paid and other freebees too. Running scared of the big welcome reception given to Tun and his team?
Looks like election will be in November?

Blame it on him! said...

Datuk, is it true that PM Najib is responsible for the high price of durians locally? So high that we citizens cannot afford to pay for them with our income.
Used to be that we can still buy the musang variety maybe once a week, now totally out of the question. Who is responsible for the high cost of living?
Who also said he wants to support the good ole USA's economy and buy plenty of boeing airplanes?
Alamak, this means let the Malaysian economy fail? Now we know who to blame.

Touch me not said...

Datuk,
what has gotten into the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Dzulkifli Ahmad?
Is he becoming more vain, more arrogant, more showman, more egoist more knowall?
Really puzzled by his behaviour.
Serves Paul Low right, Dzulkifli has hit out at Minister in the Prime Minister's Department Paul Low's proposal for a new Department of National Integrity and Good Governance (JITN)to oversee MACC.
How the other cabinet members feel, MACC is acting like above the Cabinet!
Soon other govt bodies or agencies will also ignore the Cabinet...
Power can corrupt.

awang marang said...


Salam Dato,

Mengikut firasat Lebai, ada dua pilihan jawapan serta dalil bagi setiap soalan yang Dato kemukakan.

Pilihan 1- merujuk kapada kitab hijau (kitab lama)
Pilihan 2- merujuk kapada kitab biru (kitab baru "matang sejahtera")

Yang mana satu pilhan Dato....

sukasamasuka said...

Datuk,

Lari dari topik Datuk...aku minta maaf sebab teringin sangat nak share cerita Tun melawat rumah Mat Sabu.

Jiran terkejut polis tiba di rumah Mat Sabu
FMT Reporters...September 28, 2017...Suasana tegang bertukar menjadi riang dan teruja apabila mendapati yang datang berkunjung adalah Dr Mahathir dan isteri.

“Saya beritahu dia, rumah saya kecil,” katanya. “Kalau makan, saya masak. Saya tak ada duit nak catering (tempah makanan).”

“Saya beritahu Dr Mahathir, rumah ini dibeli masa saya dalam ISA, waktu tu harga RM90,000. Saya juga perkenalkan anak saya yang lahir masa ditahan ISA,” kata bekas ahli Parlimen yang lantang itu.

Baca la selanjutnya di
sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/28/jiran-terkejut-polis-tiba-di-rumah-mat-sabu/

Aku rasa begitu terharu dengar kisah Mat Sabu dan semasa menulis ini pun tak sedar pula berlinang air mata.

Terima kasih Free Malaysia Today.

Moga2an Mat Sabu dan keluarganya sentiasa di rahmati Allah S.W.T dan sihat sihat selalu.

Kalau la Tun dapat melawat kami disini...rumah kami macam kandang ayam saja Tun.

Moga2an Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah selalu diberkati Allah S.W.T dan sihat2 selalu.

carlos said...

YBhg. Dato',
Bagi Soalan no.1...pelik dan hairan ke kalau geng PENYAMUN KERIS BOGEL (umNO) ni rembat/ soglap duit/ dana negara/ rakyat..? Biasalah tu org umNO rembat duit rakyat..kalau takde niat nak mentekedarah duit..baik jgn join umNO (Baru)

dt rahman pekan said...

asalam tok.

u may still remember that u were d first that I approached 2 indicate 2 you of my intention 2 oppose this kleptocratic couple even b4 PPBM was formed.

I thak you sincerely 4 yr honest advice.

I hv done my utmost 2 convince ds zahid 2 take over d helm but he was hesitant.(sekarang tanggung lah akibat nya).

saya pernah menyaksi filem dokumantari mengenai hari2 terakhir Hitler semasa dia berlindung dlm 'bunker' nya.

pemikiran nya begitu berserabut serta memberi gambaran yg dia tlh hilang kepercayaan keatas semua orang2 kanan nya (panglima2 perang).

drpd pemerhatian saya, Najib sedang berada dlm keadaan yg amat kritikal (serupa mcm Hitler) sekarang. setakat ini semua strategi utk menyerang tlh mkn tuan (backfire).

atas arahan Najib, 'd reclusive' Habibur Rahman ( orang yg amat d percayai nya) bersama sama dgn Dt Hafarizam (peguam b peribadi nya) tlh berjumpa saya pd awal tahun 2014.

ikhlas saya katakana yg 'I m not at all impressed' wth this arrogant fellow. no wonder Najib is in such a mess now. he had d gall 2 raise his voice when I touched on Rosmah. d meeting ended quite abruptly.
thus my effort 2 try n reconcile Najib n Tun M was stunted again.

'And now d end is near'(lagu MY Way). I reckon he n rosmah wil b cooped up in thier 'bunker' thinking of their fate which will surely come - insya'allah.

'Nasib sabut timbul. Nasib batu tenggelam"

Hakimi Abdul Jabar said...

Letusan - Khas Buat Ayah-Bondaku

Tatkala harta Nusamu dibolot Sang Rakus
Pabila tubuhmu dibelenggu Sang Rakus
Hati-kalbumu tentu meletus
Pergi mampus! Pergi mampus!

Tubuh-badanmu punah dilacur
Kehormatanmu luluh hancur
Maruahmu tetap mendetus
Sudah tiba "Aku meletus!"

BerSUARAlah! Jangan merintih dalam kesunyian. Kesunyian Adalah Abadi!

Speak Up! Don't suffer in silence. Silence Is Eternity!

https://open.spotify.com/album/0FUyHnEdWnpfs0MecruZ2u

Politik sihat said...

Should put your money where your mouth is. Jika mahu buat expose, beri butiran dan dedahkan bukti. Berhenti kecil bacul wartawan tahap kelulusan Senior Cambrdge.

Jangan lagi berwayang dengan soalan macam 1MDB yang akhirnya tiada kes pun tiada di US, UK, Switzerland dll. Selama ini Datok dan Mahathir menipu rakyat dengan bukti palsu. Itu pasal kes-kes itu tidak boleh mula.

Baik jawab mana pergi duit BNM yang hilang RM32 billion. Mahathir kata hanya RM5.7 billion saja.

Tak susah untuk anggarkan kerugian. Nor Yakcop move market pada pukul rata RM300 million position se hari (USD1 billion tu sekali sekala). Pukul rata rugi 50 points sehari untuk 250 trading days a year. Guna avg exchange rate 3.50 Rgt to each poiints.

Maknanya balance dicuri ....!!!!

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa/mu/'alaikum),
Maghap Kadiag aku jugak nak lari dari soalan2 'makan dalam' hang tu. Antaranya sebab aku tak tau nak jawab.
Gantinya, izin aku nak singgong satu 'fenomena' yg baru2 ni diterjah blog Shahbudindotcom, aku kopipes:
" Salleh Said Keruak dilapor membidas segelintir pemimpin pembangkang yang didapati menggunakan bahasa kesat mencaci penyokong UMNO dan BN..."
Shahbudin kumudian rumuih " Tindakan Salleh yang hanya melihat kesalahan pemimpin pembangkang, meskipun perilaku bosnya dan penyokong UMNO serta BN jauh lebih "nauzubillah" lagi, ia bukan saja memperlihatkan beliau 100 peratus salah, malah dengan jelas menunjukkannya cuba mempertahan dan melindungi amalan mencarut yang jauh lebih dahsyat serta terang-terang di depan mata. (ShahbudinHusin 27/09/2017)."
Dolu2 aku pon pelik jugak ucapan menteri2 tahap longkang dari sudut lojik, kadang2 tahap tipu kering macam yg depa kata kad Mat Tehag :
" Jul 30, 2017 - Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini ..." (Malaysiakini).

Nak habag mai, laa ni semakin kuat orang dok pecaya yang depa dok kelakuan macam tu sabit penyokong2 depa pecaya habih
dan telan bulat2 apa saja yg keluag dari mulut pemimpin2 depa. Sikap ni bukan saja serlah dikalangan "mak cik Pak cik Felda" tapi jugak
ramai dikalangan yg bepangkat, dari guru2 sekolah sampai ke tahap naib2 canselor.

Mengikut 'hipotesis' ni, sebabnya ramai rakyat Malaya malaih nak pikiag atau basa kasagnya bodo. Lantaran ucapan2 menteri macam ni
di terima ramai atau "gain currency". Dlm lain kata2, menteri2 ni sebenagnya tak la begitu bodo, kerana depa sasag ucapan2 depa pada
orang2 atau 'captive audience' yg kebanyakkannya bodo. Dan ada jugak 'Tesis" yg kata kebodohan rakyat dijana dan dikekaikan
melalui sistem pendidikkan yg jugak tahap longkang dan media2 aruih perdana yg masyhog tahap kelentongannya.
Terimanya depa ucapan menteri2 macam ni dipekasakan lagi oleh amalan risyuah, yg hang dok sebut "dedak" tu...

Kerana tu tak payah laa kita nak tekejut sangat berkenaan tahap atau 'content' ucapan2 menteri2 macam ni... yg paling mustahaknya maklumat
melalui blog2 hampa teruih dikerapkan lagi (kalu hang uzog atau loghat uruih hai2 parti, takpa la..kod no...) dan kadag tembuihsan ditingkatkan,
macam konsep rohimullah Tok Guru kata jadi "unibersiti kedua".
"Eset2" atau qozanah hampa macam petah pidato tahap 'lagenda" Mat Tehag dan Haji Mad (Sabu) kena guna semaksima munkin.
Mintak maghap no...
Aku

Unknown said...

Assalamualikum, Tan Sri.
Saya masuk blog Akhbar Outsidethebox, baca pasal
DRAKULA MENJAGA TABUNG DARAH.
Menurut blogger Akhbar, dalam tahun 2014 PNB
meminjam DUA RATUS LIMA PULUH RIBU PAUN STERLING
daripada bank-bank di England untuk membeli beberapa
bangunan. Pembelian dibuat time peak - HARGA MAHAL
dan sekarang, bubble itu sudah mula pecah.
Dalam tempoh tiga thaun 2014-2017 PNB mahu menjual
semula asset-asset yang dibeli dalam tahun 2014 itu.
Semua orang kenal SIAPA WAHID OMAR.
Apa yang dia buat dengan asset-asset Telekom semasa dia
jadi CEO Telekom dulu. Nampaknya, dia buat kerja ini lagi.
Sesuailah kita dapat PM dan CEO Pnb jenis DRAKULA.
Kita serahkan tabung darah kepada DRAKULA,
habislah kita!!!!
Saya gerun, Tan Sri.
Itu duit simpanan kita, hasil titik peluh kita yang HALAL.
Harap Tan Sri dapat menulis satu tajuk tentang perkara ini.
Sekian, terima kasih.

Sumidas said...

Mak kau mesti kuat makan rasuah sbb tu dpt kau

Ali kusno said...

Nak bukti tentang 1mdb? Tak tau baca ke? Report doj tak cukup ke?

Ali kusno said...

Sebelum panggil orang bacul eloklah lebih membaca. Kalau baca Utusan memanglah bengap macam katak bawah tempurung. Jelas sekali kurang pengetahuan tentang 1mdb dan issue forex.

Kanoo Konapang said...

Anda menyuruh orang sediakan bukti.. Jadi dimanakah bukti balance dicuri.. Bank mana? Atau duit not RM500 yg kononnya disimpan di Hong Kong..

Bagaimana anda anda kata tiada kes di US, Uk, Swiss? bagaimana pula di Singapura?

john doe said...

Salam Dato'

Pecah kepala fikirkan jawapan pun tak guna. Kedua-dua kumpulan ini iaitu UmNo dan PAS sudah terlalu sombong hatta untuk menjawab apa-apa soalan pun.

Jawapan mereka ialah; "ada aku kisah?".

Kita tunggu sahaja apabila jawapan tidak diberikan secara 'menjawab' sebaliknya jawapan akan 'terjawab'. Pada masa itu bukan lagi setakat 'terjawab', malahan jawapan dan rahsia-rahsia yang terkeluar akan bersifat 'terbongkar'.

Ia pasti berlaku. In shaa Allah.

wala'un marang said...


Salam Dato,

Ada satu soalan tambahan.

Produk Kosmetik tu berjenama Q Puteh atau Q7 abang somi???

Jawi Pekan said...

Politik sihat

The ringgit was trading at an average price of 2.50 to USD and not 3.50.BNM was speculating on developed countries currencies because only those countries currencies had volumes for BNM to speculate.Those currencies seldom move more than 3,000 points in a year but based on what you wrote,the currencies had moved 12,500 point in a year which was unlikely.

kashinkoji said...

Tidakkah RCI yang ditubuhkan menjawab segala persoalan saudara? Pelik kalau RCI yang dibawah pengerusiaan orang kepercayaan PM gagal menjawap atau menjelaskan persoalan utama yang menjadi objektif RCI itu sendiri,iaitu bukti untuk mengambil tindakan terhadap TDM.
Saudara sepatutnya mencadangkan kerajaan buat RCI terhadap 1MDB supaya Dato,suka sama suka dan seluruh rakyat Malaysia,berhenti bercakap mengenai 1MDB,once and for all.
Dan bukannya menulis dan buat bising mengenai sesuatu isu yang sepatutnya telah selesai dengan tertubuhnya RCI.

Harry Reporter said...

Dato mahu jawapan versi yang benar atau versi spin ?

IdrisMdIsa said...

menurut suatu video keluaran sprm sendiri [video sohih], kepala sprm, tan sri zulkifli, telah melepaskan kemarahannya kepada kabinet, terutama sekali menteri yang mengusulkannya, kerana penubuhan watchdog agency untuk mengawasi sprm atas alasan pembaziran wang. beliau, mungkin secara tidak sedar, mendedahkan bahawa kerajaan kekurangan wang. Bajet untuk semua agensi kerajaan telah dipotong sehingga menjejaskan efficiency agensi2 tersebut. beliau selanjutnya menyatakan, adalah lebih baik melengkapkan sprm dengan asset2 penting dan menambah bilangan pegawai2 yang sekarang tidak mencukupi. Beliau juga membalun kerajaan kerana mengabaikan kebajikan anggota2 pdrm, tetapi mahu anggota2 pdrm yang rasuah dsb diambil tindakan tegas. isunya di sini, kenapa tan sri zul tidak menyiasat kemana perginya wang kerajaan? gst khabarnya telah mencapai RM50B setahun. Dicampurkan dengan hasil2 kerajaan yang lain, tidak sepatutnya kerajaan kekurangan wang. telah menjadi rahsia umum bahawa wang2 tersebut telah dicuri oleh najib & co. tan sri zul sepatutnya tidak menerima jawatan ketua sprm apabila ditawarkan kerana penerimaan perlantikan oleh najib bermakna seseorang itu redha terhadap jenayah2 najib dan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang2 terhadap kepala penyamun tersebut. dalam kata lain...memberi stamp of approval to the chief thief. yang mesti dilakukan oleh tan sri zul adalah dengan menyiasat kesemua kes kehilangan wang kerajaan, bermula dengan najib or quit sebelum nyawa sampai ke halqum dimana taubat tidak akan diterima lagi. kamu berdosa terhadap bukan sahaja kepada Allah, tetapi kepada semua rakyat m'sia. kamu lah salah satu contoh manusia yang dikatakan oleh rasullUllah [saw] yang menjadi bankrap diakhirat nanti kerana semua pahala2 kamu akan diberikan kepada kesemua rakyat malaysia dan proportionate sins of the msians will be heaped on you! akhirat adalah hari pembalasan, bukan hari permohonan maaf.

Naj said...

Politik sihat,

Nak bagi bukti macam mana, bukti dah masuk akta rahsia rasmi. Orang2 terlibat dah kena berhenti dan ganti. Balai polis pun dah kena bakar.

Semua dokumen kes matawang tu dokumen terbuka dan sekarang ada royal comission siap. Kalau terang benderang macam saudara dakwa, kenapa takde orang yang didakwa? Cuba cerita sikit kira2 saudara ni berdasarkan dokumen mana? Kalau pakai air liur macam ni, sapa2 pun boleh. Plucking numbers from thin air

Saudara tuduh orang bacul, tapi penulis tulis nama sebenar siap gambar lagi. Saudara pula..?

Naj

Dasumi said...

4:30 pm buat politik sihat bukan untuk tok kadir.

Sekian

pulut said...

Nampaknya masih ramai tak membuka minda. Dek kerana kemaruk syurga beserta 72 bidadari yg tak akan kunjung tiba. 2000 tahun berlalu masih ramai yang percaya Jesus is God. Tanpa mereka sedar mereka ditipu malahan mempertahankan penipuan dan menganggapnya benar. 1400 tahun berlalu Islam berkembang bagai cendawan selepas hujan. Adakah kita pasti ianya benar? Atau menjadi seperti mereka yang kini masih percaya yang Jesus is God. Jesus menghapus semua dosa pada yang beriman padanya? Marilah kita mencari kebenaran.. Bukan hanya percaya tanpa usul periksa..

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.

Saya sekadar memberitahu. SPRM tetiba dapat ibu pejabat yang baru. Sang Mappadulong kata, ia adalah komplek antirasuah terbesar didunia .. mungkin yang terbesar di Alamraya ini.

Saya belum lagi dapat bayangkan, bagaimana bentuk komplek antirasuah di negara pagan Scanavidia, Jepun, Belanda dan Ireland.

Jgn Jadi Manusia Diperbodoh said...

11:18,
Anda mempertikai kewujudan tuhan, yakni Allah swt.
Allah utus para rasul yg penutupnya adalah Muhammad saw adalah untuk memandu manusia bahawa Allah itu wujud, Allah itu esa, Allah itu pencipta, Allah itu berkuasa atas segala sesuatu.

Pada fikiran anda, apakah kuasa yg paling berkuasa wujud?
Otak manusiakah yg paling berkuasa?
Cerdiknya manusia pun, senang2 boleh tenggelam dalam laut yg bergelora, ditelan gempa, dilanda taufan?
Helpless...
Maka, adakah galang gantinya:
Gelora laut yg paling berkuasa?
Gempa bumi yg paling berkuasa?
Taufan puting beliung yg paling berkuasa?

Ketahuilah 11:18,
Allah yg aku percaya, adalah labih berkuasa drpd apa yg dapat kamu fikirkan itulah yg paling berkuasa.
Minda aku tidak pernah tertutup terpateri dgn berimannya (kepercayaan) aku kpd Allah.
Dan aku tidak pernah tertipu dgn mempercayai Allah itu wujud, tuhan yg wajib disembah dan satu2nya tmpt hambaNya memohon pertolongan...

Ketahuilah juga wahai 11:18,
Manusia2 yg sebati kehidupannya dgn menindas, menzalimi, bersalahlaku, tidak punya etika, tanpa akhlak & keperibadian yg baik... mereka itulah juga manusia yg tidak yakin dgn kewujudan Allah, tidak yakin dgn kekuasaan Allah, tidak yakin dgn hari kebangkitan semula, tidak yakin dgn hari pembalasan.
Pada mereka, segala2nya adalah di bawah kawalan mereka, berlaku di bawah kuasa mereka & merekalah "penentu" utk segala2nya...

Topeng keimanan mereka itu jika mereka tampil bagaikan org yg "percaya" (beriman), hanyalah semata2 untuk mengelakkan rasa segan kpd org ramai, utk meluaskan pengaruh di klgn pengikut, berpura2...

pulut said...

Salam Ayahanda Kadir.
Izinkan saya menjawab Jgn Jadi Manusia Diperbodoh.

Saya merasakan saudara silap faham tentang saya. Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang saya mempertikaikan kewujudan tuhan. Adakah orang yg percaya Jesus is also God mempertikaikan kewujudan tuhan? Tuhanlah yang menciptakan saya, saudara dan semua yg wujud. Segala-galanya. Apa yang saya maksudkan tidak mungkinkah kita juga ditipu oleh pemuka agama Islam seperti mana yang berlaku kepada Yahudi Dan Kristian. Kecelaruan dan pemesongan didalam Bible bermula apabila Paul memberi pahalanya lain didalam Bible dgn mengatakan Bible menggunakan bahasa kiasan. Apakah tidak mungkin perkara yang sama berlaku terhadap terjemahan Al-Quran?
Ada satu perkataan iaitu شطر dalam surah al-Baqarah ayat 144,149,150 yang diterjemahkan sebagai " kearah" padahal perkataan itu juga memberi maksud pecah dua, pecahkan dan maksud lain yang hampir kepada maksud pecahkan. Malahan orang arab hari ini menggunakan perkataan شطر dalam maksud pembelajaran nukleus didalam mendapatkan tenaga nuklear. Mereka tidak menggunakan perkataan tersebut untuk menyatakan maksud kearah. Sebaliknya perkataan قبل digunakan untuk menyatakan kearah. Soalan saya. Adakah sebenarnya Tuhan memerintahkan Nabi kita untuk menghancurkan al-masjid al-Haram (bahasa Melayunya masjidil haram yg kita kenal dari kecil). Kita semua tahu tentang maksud haram = terlarang,dilarang. Babi = haram. Anjing = haram. Mengapa Tuhan mengatakan masjid haram? Adakah sebenarnya tuhan melarang kita mengikut masjid itu? Sehingga dia menegaskan masjid itu dgn nama Masjidil Haram. Masjid terlarang! Yakni Kaabah. Semua orang tahu sebelum pewahyuan Al-Quran, Kaabah merupakan pusat penyembahan berhala. Adalah logik jika kita memikirkan memang benar tuhan sebenarnya memerintahkan nabi kita menghancurkan Kaabah. Dan setelah nabi wafat musuh-musuh nabi mula memutarkan belitkan maksud Al-Quran dgn mengatakan bahasa arab Al-Quran tidak sama dgn bahasa arab biasa. Aku masih mengkaji akan hal ini. Tetapi janganlah menuduh kan aku mempertikaikan kewujudan tuhan. Aku sedih dgn penilaian begini terhadap aku.
Carilah kebenaran sebelum kita dijemput tuhan dan dihidupkan semula dimuka bumi ini untuk menerima pembalasan atas segala amalan yang kita lakukan pada kehidupan yang lepas.
Maafkan aku.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).