Wednesday, November 08, 2017

Leksikon Bahasa Najib Semakin Kesat



A Kadir Jasin


RASA-RASANYA tidak ada Perdana Menteri Malaysia yang lebih taasub dengan asal keturunannya melainkan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.

 
Najib (tengah) berpakaian adat Bugis
Beliau sangat fanatik dengan etnik Bugis dan darah keturunannya. Tanpa segan silu beliau mengisytiharkan dirinya pahlawan Bugis.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya pernah menyiarkan sebuah rencana dalam blog ini pada 29 April 2015 menceritakan bagaimana, dalam satu lagi majlis serius iaitu pembentangan laporan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Najib mengisahkan hal orang Bugis dan kapal mereka.

Merujuk kepada diri beliau sebagai berketurunan Bugis, Najib berkata, pantang orang Bugis meninggalkan kapalnya walaupun karam dilanda badai. Kalau berminat boleh baca DI SINI.

Ketaasuban kepada darah Bugis ini mungkin ada kena mengena dengan gelaran tertinggi Bugis daerah Gowa yang dianugerahkan kepadanya iaitu I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil.

Anugerah itu diberikan kepadanya pada tahun 2005 ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi ada satu lagi aspek menarik mengenai Najib yang muncul sejak beliau diangkat menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, iaitu khazanah katanya.

Bagi saya yang mengenali beliau sejak tahun 1977, perubahan bahasa itu agak memeranjatkan kerana ia bercanggah dengan perwatakan beliau yang saya ketahui.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, leksikon bahasa beliau menjadi semakin berwarna – orang putih kata “colourful” – yang membawa maksud kasar, kesat atau lucah.

Antara yang terkenal adalah:

Haram jadah - ditujukan kepada peneroka Felda yang dituduhnya tidak menyokong Barisan Nasional.

Bangang – ditujukan kepada blogger/laskar siber Umno yang bergaduh sesama sendiri.

Kepala bapak kau – kepada yang menyuarakan kebimbangan pergantungan kepada China akan menjejaskan kedaulatan negara, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Stupid (bodoh) – juga kepada yang menyuarakan kebimbangan pergantungan kepada China akan menjejaskan kedaulatan negara, khususnya Tun Dr Mahathir.

Bangsat – amaran kepada orang Melayu sekiranya Barisan Nasional kalah.

Pedoman Bugis

Sepanjang yang saya tahu, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, Almarhum Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir tidak pernah menggunakan bahasa seperti itu di khalayak ramai atau dalam sidang akhbar.

Hatta Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang terkenal dengan watak “kelolo” (lawak) itu pun tidak mengguna istilah seumpama itu dalam nada yang Najib gunakan.

Tunku menggunakan bahasa seperti secara berjenaka, berseloroh dan selalunya di kalangan kenalan rapat atau di majlis-majlis tertutup.

Dalam carian saya mengenai leksikon Bugis, saya tidak pula menemui contoh atau bukti bahawa mereka adalah suku kaum yang suka mencarut atau menggunakan bahasa kasar.

Sebaliknya saya mendapati orang Bugis kaya dengan khazanah bahasa yang lembut dan petua yang penuh falsafah.

Misalnya, mereka sangat rapi dan terperinci mengenai sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin atau ketua.

Disebutkan di dalam kitab nasihat orang Bugis, Lontara Attorioloang bahawa seorang pemimpin haruslah memiliki kriteria berikut (dalam bahasa Bugis dengan terjemakan bahasa Indonesia):-

a. Maccai Na Malempu = Cekap, Jujur dan Pintar.

b. Waranipi Namagetteng = Teguh Pendirian serta Berani dan tegas, .

c. Paulle Watakkalepi = Sehat dari jasmani dan rohani.

d. Ke’nawa-Nawapi = Harus memiliki pandangan, visi dan missi, pikiran yg cemerlang.

e. Naetau Masiripi Dewata Sewwae = Bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa.

f. Nasiri’I Alena, Nasiri Toi Padanna Rupatau = Menjaga harkat dan martabat dirinya, serta menghormati harkat martabat orang lain disekitarnya.

Kemudian ada lagi petua dan petunjuk yang berbunyi:-

“Tellui somperenna lino: “Lempuu, Getteng, Ada Tongeng na Appasikua. Narimakkuannanaro aaja’ laalo musaala panguju, aja’to mutettangngi sempajangmu, aja’laalo mucapa-capai pappasekku, nasaba’ anu maddupa tu matti”.

Artinya: Ada tiga hal yang menjadi kiat utama merantau yakni; Kejujuran, Keteguhan hati, tutur kata yang berlandaskan kebenaran, dan keikhlasan menerima apa adanya. Oleh sebab itu, janganlah kamu salah rencana dan salah melangkah, dan juga janganlah kamu pernah meninggalkan sembahyang lima waktu, serta janganlah kamu memandang remeh petuah ini, karena itu mengandung kebenaran yang akan menjadi kenyataan kelak.

Ritomainge’e eppa’ masero madecceng : mula mulanna namaiseiwi topurae mamaseiwi, maduanna tenri ellauwi nabbere, temmattajeng pamale’, matellunna tulung ngengngi sukara’na taue risingangka-gangkanna pattulung, maeppa’na mappangaja’ lettu’ riperu’e.

Artinya : Bagi orang yang panjang ingatannya ada empat hal yang sangat baik. Permulaannya mengasihani orang yang pernah mengasihaninya, kedua memberi tanpa diminta dan tidak menunggu pembalasan, ketiga menolong kesukaran orang dengan sepenuhnya, keempat memberi nasihat dengan tulus.

Limai uwangenna riallolongengi deceng, seuwani pakatunai alemu risilasannae, maduanna saroko maserisilasannae, matellunna makkareso patujue, maeppa’na moloie roppo roppo narawe’, malimanna molae laleng namatike’ nappa sanre’ ri Allah SWT.

Artinya: Lima jenis sifat manusia menghasilkan kebaikan, pertama merendahkan diri sepatutnya, kedua mencari kawan/sahabat sepatutnya, ketiga berbuat/bekerja yang baik dan benar, ke empat kembali apabila menghadapi rintangan, kelima waspada dalam perjalanan sambil berserah diri kepada Allah SWT.

Upaseng tokko, tellu ritu riapparentang riakkarungengnge, mula mulanna riaparentai sibawa cenning ati, maduanna riparentai sibawa siri’, matelluna riparentai sibawa tau’na.

Artinya: Juga saya pesankan, ada tiga jenis perintah dalam jabatan, permulaannya diperintah dengan ketulusan hati, kedua diperintah dengan mengingat harga diri, ketiga diperintah dengan rasa takut/taat.

Riparentai sibawa siri, riamasei riolo temmaresona, riraiyang pulana pappalece rimunri akkaresona. Riaddampengangngi asalanna risitinajannae, rininiriyangngi ada ada enrengnge pangkaukeng bati’ todeccengnge, bettuana aja’ mupegaukengi maka naposiri’e, apa siri’namitu ripoatangngi. Werengi ada ada enrengnge inninawa marilelang, apa iyatu todeccengnge, narekko engkai patuju mapetu innokkinnongngi ritu.

Artinya: Diperintah dengan harga diri, dikasihani terlebih dahulu sebelum bekerja, diperbanyak belas kasih sesudah bekerja, dimaafkan kesalahan yang pernah dibuat sewajarnya, dipilihkan kata kata dan perbuatan bagi orang yang baik artinya jangan bertindak kepadanya yang dapat menyinggung harga dirinya (siri’na), karena dia mengikut hanya karena untuk menjaga harga dirinya. Berikanlah kata kata dan tingkah laku tulus, sebab orang baik itu putih/suci bersih kalau dia dalam kebenaran.

Riparentai sibawa tau’, iyana ritu riassekiyangngi ade’ pura onrona, dipalalowangngi ade’ abiasanna, terrilukkai bicara puranna, tenriala pada olona, rialangngi atongengenna ritanrereangngi asalanna, tenriwawa ritengngelo’na.

Artinya: Diperintah karena takut/ketaatannya, yaitu diperteguh adat yang sudah dibakukannya dan diizinkan pada adat kebiasaannya. Tidak dibatalkan hukum yang telah diselesaikan/diputuskan, tidak dirampas haknya, diberikan kebenarannya tidak di bawah tanpa persetujuannya.

Pangaderengnge temmakkullei sia riappassan apa’ lanro alenai arajangnge. Pada toisa temmakkulleni risui’ matae risappe’ daucculie, riteppe’ lilae enrenge aje nariabbeyang.

Artinya: Adat istiadat itu tidak mungkin dilaksanakan secara paksa, sebab dia adalah tubuh dari kebesaran kekuasaan. Sama saja dengan tidak mungkinnya dicungkil mata, dipotong daun telinga, dipotong lidah dan kaki kemudian dibuang.

Iyatopa upoadakko, appujio sio mumadeceng kalawing ati, apa’ sininna decengnge enrengnge upe’e polemanengngi rideceng kalawing atie. Aja’ sio mualai pompola to mapperumae riwatakkalemu, iyana ritu matae, daucculie, lilae inge’e. Tomapperuma maneng ritu riwatakkale. Iyasa muala pompola mattungka engkae riwatakkalemu, iyana ritu kalawing ati madecengnge. Aja’ sio namasero muatepperi pangkau kenna tomaperrumae. Iyana ritu pakkitanna matae, parengkalinganna acculie, ada adanna lilae, paremmaunna inge’e. Gau’na kalawing ati madecengnge madecengngi riakkatenning, matanna kalawing atie de’ nakaita-ita, lilana kalawing ati madecengnge de’ nakapau pau, dacculinna kalawing ati madecengnge de’ nakaengka engkalinga, inge’na kalawing ati madecengnge de’ nakaemma emmau mainge’ tongeng tongeng. Naengngerangngi sininna pura naengkalingae, naengngerangngi pura naitae pura napoadae.

Artinya: Juga saya katakan, cintai dan berbaiksangkalah kepada sesamamu, sebab semua kebaikan dan kemujuran bersumber dari baik sangka/ketulusan hati. Janganlah hendaknya menjadikan pimpinan, penumpang dalam tubuhmu, yaitu mata, telinga, lidah, hidung. Jadikanlah pimpinan yang memang ada di dalam tubuhmu ialah ketulusan hati yang baik. Jangan terlalu mempercayai tingkah laku penumpang dalam tubuhmu yaitu penglihatan mata, pendengaran, pendengarang telinga, perkataan lidah, penciuman hidung. Perbuatan hati yang tulus baik dipegang, matanya hati yang tulus tidak sembarang melihat, lidahnya hati yang tulus tidak sembarang berkata, telinganya hati yang tulus tidak sembarang mendengar, hidungnya hati yang tulus tidak sembarang mencium. Mengingat semua yang pernah didengarnya, mengingat semua yang pernah dilihatnya, mengingat semua pernah dikatakannya.

Kebetulan dalam carian saya pada tahun 2015, saya mendapati bahawa bahawa ramai artis terkenal Malaysia, antaranya Ella, Ziana Zain, Anuar Zain, Noraniza Idris dan Lisa Surihani adalah juga daripada keturunan Bugis. 
Sumber: Wikipedia bahasa Indonesia.

Wallahuaklam.

28 comments:

Unknown said...

"saya mendapati orang Bugis kaya dengan khazanah bahasa yang lembut dan petua yang penuh falsafah".

Mungkin najib dah dikira bugis murtad kerana tiada mewarisi ada budaya bugis sejati. Saya pun ada sesudu atau dua darah bugis. Sebagai pemimpin segala kelakuan diperhatikan dan pemimpin yg baik perlu menunjukkan akhlak yg tinggi sifatnya.

Apa Tun M cakap hanya ditujukan kpd najib berasaskan apa najib buat. Org lain tak perlu tersinggung kerana najib tak menunjukkan budaya bugis sejati.

Malah org melayu sejati masih menunjukkan budaya yg lemah lembut dan dihormati oleh rakyat asing.

Saya pernah bekerja di UAE, org arab yg senior hanya kenal 2 org pemimpin malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun M saja.

f_mie said...

Salam Dato..

Hari ini Dato' ajar sedikit sebanyak bahasa bugis...

Secara peribadi,DS Najib tidak patut mengeluarkan kata2 tersebut...rakyat marhaen pasti dapat menilaikan perwatakan DS Najib.

Tosrin Jarvanthi said...

Bapak Kadir, Wak tabik spring for the well researched and written article. Letih nak baca, tq

msh said...

Salam Dato.

Org yg rendah budi perkerti dan tiada maruah sahaja akan bercakap spt dia.

Tetapi apa yg hendak kita terperanjat lagi...kalau diri sudah terpalit dgn najis.....dgn tuduhan pecah amanah.....mencuri dan kuat berbohong ......maka apa yg keluar dari mulut hanya yg busuk2 belaka.

Ini adalah suatu pengajaran buat semua...terutama org2 Melayu..

Pelajaran yg cukup penting agar lebih berhati2....dan lebih bijaksana dlm memilih ketua....kerana golongan yg kunonya bangsawan bukan semuanya boleh dipercayai....jauh sekali dihormati....malah bahaya buat bangsa dan ugama.

Org serupa ini....tidak layak dihormati langsung....'very low class'.

Kalau dlm kasta org2 India.....dia dikira dari kaum 'pariah' sahaja.


sukasamasuka said...

Datuk,

"....gelaran tertinggi Bugis daerah Gowa yang dianugerahkan kepadanya iaitu I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil."

- jangan percaya la dengan gelaran taik kucing yang melambak untuk dijual beli dipasar malam Bugis diGoa...ini bukan aku yang cakap...tetapi Bugis tukang jual ayam.

Rahman Husni said...

Melayu ramai yang bangga akan berketurunan Bugis, Jawa, dll. Pernahkah kita dengar orang Bugis, Jawa, dll bangga jika mereka berketurunan Melayu?
Ada kepulauan Melayu (Malay archipelago) dan ada tamadun Melayu (Malay civilisation). Pernah dengar kepulauan Bugis atau tamadun Bugis ?

Wak seberang said...

Sepanjang saya bermastautin di bumi Indonesia(20tahun)amat jarang saya terdengar orang asal sulawesi atau makassar kata mereka orang bugis.Bila saya tanya"asli mana pak"jawapan makassar atau sulawesi.Jarang saya terdengar kata mendabik dada"saya orang bugis".yg saya sering dengar adalah 'daeng'bagi merujuk pada orang sulawesi.Di kampong mertua saya di Sumatera,ada kampong yang dinamakan 'Kampong bugis' yang rata mereka sebagai nelayan.

Kluangman said...

Najib Razak akan dinilai sebagai seorang Perdana Mentwri..

Bagus atau hancus..

Tentang kebugisannya, kita serahkan kepada pihak muzium untuk memberi pandangan. bersuara.

Waghih said...

AsSalam ..Datuk

Ado bokeh pemimpin yang taksub dongan kemelayuan ehh hinggo lupo asal usul keturunan dari kerala ...

Lopeh tu dio kutuk lak keturunan kerala dio ... hinggo waghih2 dio kutuk dio sebagai murtad bangso.

Yang tak polik ... dio khobar tak ingat kato camtu ...

Kerala dah lupo ...
Ehhh ... melayu dah lupo ...

Waghih.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Panjang 'coretan' hang kali ni.
Aku teringat satu rangkap kata yg orang dolu2 pakai... harap2 ketua agama dan wakil presiden ikut paham.
" Bahasa menunjukkan bangsa "
Aku

Zain said...

Perenggan akhir itu halus sangat maknanya, Dato.

Terima kasih.

Zain

Daniel Noor said...

Assalamualaikum Datuk

Pada pendapat saya, ini tanda2 si Najis sudah mula buabg tabiat.

Tak lama lg dia akan bercakap sendiri lah

alexo said...

Saya baca sekerat aje. Tell you the truth, Bugis n everything Bugis simply makes me sick.

gedik said...

Hek eleh, pembangkang kalau maki hamun tak apa. Guna la ayat, perkataan apa pun, takda masalah. Tapi bila PM jentik sikit, peh...dia punya meracau macam celaka. Macam budak2 menggelepur kat pasaraya punya perangai.

Kalau tak bapok, mesti pondan geng2 pembangkang ni. Kecik2 tak nak mampus, dah tua2 macam ni, jadi emo. LOL

Pak Pandir said...

Mo1 mana faham bahasa melayu. Masa mula masuk politik dulu jumpa orang pekan pun speaking london. Sampai bodyguard dia pun menyorok malu.

Hanezam said...

Datuk,

Mana-mana ja lah Datuk dapat bahasa pelik-pelik ni.

Maccai Ne Malempu bunyinya macam macai nan mangampu tapi maknanya bagus; cekap jujur dan pintar.

sukasamasuka said...

Datuk,

Sudah sudah la dengan kitab orang Bugis, Lontara Attorioloang itu...kalau Bahasa Melayu pun tak bawa kita kemana2, apa tah lagi dengan kitab bahasa Bugis?...langsung tak bolih dipakai dimana2 pun.

Kalau aku orang Bugis...aku malu dengan si bangsat bernama I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil....

Tetapi bukan semua orang Bugis begitu...yang aku tau mereka baik, jujur dan rajin kerja...ada se ekor dua saja yang haram jadah termasuk si Daeng Mattimung hingga nama Malaysia busuk seluruh dunia.

Jadi jangan marah pada Tun...Tun tidak lupa jasa bapanya...dia fikir kalau bapanya baik, tentu anaknya pun baik juga...kita pun memang menaruh harapan yang sama, apa kata orang, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Kalau ada orang2 tertentu tersinggung dengan kata2 Tun, jangan salahkan Tun...Tun hanya meluahkan perasaan rakyat biasa yang rata2 berfikiran yang sama.

Bukan Tun yang melabelkan si bangsat satu ni sebagai Penyangak atau Kleptokrat tetapi Jabatan Perhakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Kalau betul la ada diantara kamu yang betul2 ada darah berketurunan Bugis...tak kira di Selangor atau di Indonesia...pergi jumpa Rahman Dahalan yang pernah mengatakan MO1 itu adalah Mohd Najib Abdul Razak...dan selesaikan masaalah kamu selepas itu dengan DoJ yang menghina bangsa kamu.

Tun bukan punca masaalah kamu...sikit pun tidak ada kena mengena dengan Tun...kalau pun Tun minta maaf, itu untuk dia seorang saja...sedangkan kami yang berjuta2 ini tetap menganggap Mohd Najib Abdul Razak sebagai Lanun Bugis...sampai bila2.

Kamu mau kami minta maaf juga?...kepala bapak kamu la!

msh said...

Salam Dato.

Bnyk pengajaran yg kita boleh pelajari dari kemelut ini.
Persoalan penting adalah...bagaimana Ketua spt ini boleh berterusan bertakhta.

Sy percaya ini semua ini kerana sikap bangsa Melayu sendiri.

Sikap yg perlu diperbetulkan....mungkin 'overhaul' terus.

Hakikatnya.....sudah smpainya masa... bangsa Melayu perlu buang sikap pentingkan diri dan bersikap lebih jujur...lebih islam dlm bnyk perkara....terutama politik.

Mana mungkin lagi...kita sanggup memilih dan menyokong ketua yg tidak amanah....dgn sengaja kerana kepentingan peribadi hingga merapuhkan bangsa dan ugama.
Dan ada yg berkata kerana " terpaksa".

Bangsa Melayu wajar bersikap jujur dan berterus terang....drp bersikap "lain dimulut tetapi lain dihati"...penuh kepura-puraan....dan kepalsuan hanya kerana survival diri.

Kerana itu lah....ketua yg menyamun...dikelilingi penyamum....masih boleh bertahan.

Alahai Melayu.


Zalman A said...

2MDB TAKES SHAPE.......

"Nazir Razak, chairman of CIMB Group Holdings Bhd and brother of Prime Minister Najib Razak, is helping start a regional private equity fund that will seek as much as US$1 billion (RM4.19 billion), people with knowledge of the matter said.

Nazir will keep his role at CIMB, Malaysia’s second-largest bank, while acting as one of the fund’s five partners, according to the people.

He will be joined by Kenny Kim, who previously worked under Nazir as chief financial officer of CIMB, the people said, asking not to be identified because the information is private.

David Heng, who recently resigned from his role as a senior managing director at Temasek Holdings Pte, will also help direct investments at the new fund, the people said.

The fund, which isn’t connected to CIMB, will be based in Singapore, according to one of the people. It plans to target investments in the consumer, technology, logistics and financial services industries in Southeast Asia, the person said."

Datuk,

Nazir has already suffered a case of "kantoi" for laundering MO1's election money.

It was an abuse of his position.

I expect his new "fund" will have a lot of Bugis proxies, who will then channel the "investment" back to the Bugis Worrier.

The late Tun Razak would spin in his grave to see his children now.




Desperate Dan said...

Datuk,
that the PM of our country has used this phrase "Kepala bapak kau" against Tun is the height of boorishness, uncivility, rudeness and desperation. It is inexcusable.
Imagine saying this in chinese to a chinese would immediately cause immediate physical retaliaion.
This is even worse than what Tun said about the PM's bugis ancestry. Mind you, Tun only referred to PM and not to the rest of the bugis community.

rahman jpc said...

respon saya kpd kata2 kurang sesuai d gunakan saperti d atas hanyalah -

"aargh!! u get out no fortin kliaun".

tlg jgn tanya saya makna nya.

A KADIR JASIN said...

1. Yes debater Desperate Dan, you are absolutely right. In the first instant, Tun said Najib claimed that the is a Pahlawan Bugis (Bugis warrior). Tun then wondered if he is in fact a lanun Bugis (Bugis pirate).

2. Interestingly, a lot of Bugis appeared to have associated themselves with the lanun.

Thank you.

Pompuan said...

Dear DAKJ
The reason Najib said such words is because Tun and his supportersincludng you are too much to bear.You and I would too if you are are in his position. Being bamboozled nonstop. I understand Najb totally He's brought up so well. Respect others. He's reached the end of his tethers He tried hard to do good for the nation But Paktan Harapan no hopers kept barking at him at every turn. Sorry to say Tun deserves as much as as he gets. He's becoming so irrational and desperate. People follow the leader. If the statesman is vicious, we must also be vicious.kadang-kadangi malu dengar Tun cakap. No class gitu. Maaf.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.
Saudara MSH.

Saya tertarik pada ungkapan saudara ..".. lebih islam dalam banyak perkara .."

Ungkapan ini agak mudah dan sedap bunyinya. Kadang2 aku bertanya juga kita nak islam macam lagi?. Pulas je punat TV di subuh hari terngangga Ustaz bercerita .. mlm sebelum tidor Ustaz masih bercerita.. itu lah hari2 hidangan kita.

Kaum hawa 98% dah diselubungkan.. yang jantannye berketayap dan berjubah.. kalau di masjid tinggal aku je yang bersongkok.

PM pun dah tak janggal berserban dan berjubah.. entah berapa kali ke Mekah. Dah pandai bersha na na panggil malaikat.

Malaikat ni omputih ckp "Angel" Si Cantik yg berkepak ..tu yg PM kita suka kot.

Jadi nak Islam yang macam mana lagi kita ni. Apa yg aku tengok lagi Islam lagi teruk tahap rasuah nye.

Apa yg aku lihat tak de inovasi baru cara kita mendekati Islam. Islam diajar seolah kita masih di zaman 1500 tahun dulu.

Tak de teori baru cara untuk mendekati masyarakat dan persekitaran hari ini. Yang kita tahu kita nak mati tak lama lagi. Kita tak diajar adapun kita mati tapi anak cucu kita masih hidup. Mereka perlukan persekitaran mapan untuk hidup.

Kita tak di ajar selain dosa-pahala, syurga-neraka, halal-haram, nikmat bidadari ..bahawa kita perlu pelihara mayarakat dan sekitaran supaya anak cucu kita boleh hidup dgn lebih adil dan aman didunia ini.

jamil said...

Salam Dato

Ramai orang tahu Bangsa Bugis berasal dari Sulawesi. Saya ingin tahu sama ada di Sulawesi ada kah bangsa atau kaum yang di kenali sebagai bangsa atau kaum Makasar?
Adakah anugerah penghormatan yang diberi kepada Najib itu dari bangsa Bugis atau Makasar?

Waghih said...

You got the pts there Datuk ...

Just wonder about Turn M ancestry from Kerala ...
Those days they maybe a well known and feared lanun .

The prodigy today showed as such .
He dared to sunglap BNM of Rm30 billion in broad daylight ...

No wonder the US presidents feared him.

Just finish reading " Doctor in house" ... 3rd time.
Huhhh...

Waghih

Esa Adam said...

Datuk AKJ,

Mengata Najib sebagai lanun Bugis tu tak kesat ke? Kalau kita baling orang bersedialah kena dibaling. Itu saja.

john doe said...

UmNo dah jadi parti jahiliah.

Satu ketika dulu kesemua rumpun Melayu telah disatukan di atas kalimah Melayu. Bugia, Jawa, Minang dan Banjar semua disebut Melayu.

Kemudian kaum India Muslim fan Arab yang datang dari luar benua Melayu juga diberi pengiktirafan sebagai Melayu di bawah perlembagaan.

Sekali-sekala akan terdengar juga pengakuan dan sifat-sifat suku-suku rumpun Melayu ini.

Arab dipanggil Melayu DKA dan India Muslim dipanggil Melayu DKK.

Apapun semua pelakuan ini dilakukan di dalam penuh rasa hormat dan penghargaan ke atas kelainan budaya suku-suku Melayu jati ini ala-ala Bineka Tunggal Ika. Malah kaum India Muslim juga diterima baik sbg Melayu perlembagaan atau Melayu Peranakan.

Tapi di bawah si Bugis Lanun dan Jowo penipu, Tun M telah dihina habis-habisan hanya kerana punya darah keturunan India sekalipun Tun M dilihat oleh dunia sebagai seorang Melayu yang hebat.alah Lee Kuan Yew juga pernah menggelarnya sbg Ultra-Melayu.

Dan kini si Lanun Bugis ini pula menjaja keBugisannya seolah-olah Bugis adalah suku bangsa Melayu yang superior daripada suku-suku lain.

Inilah dia semangat jahiliah yang telah dihidupkan semula oleh si Bugis Lanun dan si Jowo penipu.

Apakah mereka lupa bagaimana Aus dan Khazraj disatukan di atas nama Ansar?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).