Wednesday, November 22, 2017

Panduan ROS Dalam Pematuhan PPBM



A Kadir Jasin


KEPEMIMPINAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), secara terbuka atau tertutup, telah mengakui masalah pematuhan dan mengharapkan panduan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) memandangkan parti itu masih baru.

Muhyiddin bercakap kepada wartawan selepas menemui ROS semalam
Yang mutakhir adalah pengakuan dan penjelasan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa PPBM memerlukan tunjuk ajar dan nasihat JPPM, khususnya berkaitan mesyuarat agung tahunan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Muhyiddin berkata, pertemuan perwakilan PPBM dengan Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim pada 21 November di Putrajaya berjaya mencapai kata putus.

Katanya, pihak JPPM memberi ruang kepada PPBM untuk membentangkan cadangan penyelesaian urusan pembentukan parti itu yang masih belum selesai. Muhyiddin berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan 'positif' antara kedua-dua belah pihak. (Baca lanjutdi sini).

Antaranya adalah PPBM diberi masa untuk mengemukakan saranan bagi menyelesaikan masalah kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat pusat dan bahagian.

Sebenarnya, masalah pematuhan yang dialami oleh PPBM bukanlah sesuatu luar biasa atau khusus kepadanya sahaja.

Dari semasa ke semasa parti-parti politik lain pun menghadapi masalah sama, termasuk parti-parti lama seperti Umno, MCA, MIC dan DAP.

Sebahagian daripada kita tentu masih ingat bagaimana akibat kes mahkamah yang dibawa oleh penyokong Tengku Razaleigh Hamzah berikutan pemilihan tahun 1987, Umno telah diharamkan dan pendaftarannya dibatalkan pada tahun 1988.

Walaupun pendaftaran Umno sebagai Umno (Baru) diperoleh dalam masa yang singkat namun usaha mengatur semula struktur di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan serta mengadakan mesyuarat, mengambil masa.

Bagi yang sudah lupa atau tidak tahu, akibat pengharaman itu segala harta benda milik Umno seperti bangunan pejabat dan perniagaan diambil alih oleh pemegang amanah. Proses mendapatkan balik harta tersebut, khususnya aset perniagaan, mengambil masa dan memerlukan ratusan juta ringgit.

Hal itu berlaku walaupun Umno adalah parti pemerintah. Jadi bagi sebuah parti pembangkang setahun jagung seperti PPMB, mengalami masalah pematuhan bukanlah luar biasa atau disengajakan.

Apa yang berlaku itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh majlis pimpinan tertinggi (MPT) PPBM seperti yang dibangkitkan dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.

Kepemimpinan PPBM harus mendalami kemungkinan berlaku kelalaian dan kecuaian dalam pengurusan dan pentadbiran parti.

Harapan peribadi saya adalah apa jua yang sedang dilalui oleh PPBM tidak akan menjejaskan semangat perjuangan ahli-ahli dan penyokong di semua peringkat.

Mereka inilah yang perlu diutamakan kerana sokongan ikhlas merekalah yang menjadi ilham kepada penubuhan PPBM dan seterusnya menjadikannya parti pilihan untuk mencabar hegemoni Umno.

Walaupun Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, yakin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menyingkirkan beliau, tetapi rakyat jelata boleh.

Rakyat jelata yang semakin terbeban akibat salah urus ekonomi, penyelewangan dan rasuah, insya Allah boleh menumbangkan Mohd Najib dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. 

Wallahua'lam.

15 comments:

Permadu Malaysia said...

Najimugabe. Satu nama yg kurang sesuai di Malaysia utk diberikan kpd anak yg baru dilahirkan. Apatah lagi jika nama ini digunakan utk sebuah parti politik yg bakal ditubuhkan. JPPM pasti akan memanggil AJK penaja utk memberi penjelasan lanjut.

InsyaAllah, masalah pendaftaran PPBM Alan dpt diatasi dgn jayanya. Pendaftar JPPM kelihatan profesional manakala barisan kepimpinan PPBM juga nampak bersungguh2.

46Sekupang said...

Don't worry be happy, sebagai ahli kita mesti berdiri teguh belakang pemimpin walau siapa beliau tetapi dengan sarat menegekan keadilan dan melawan kemungkaran.Pihak yang gelabah akan melaukan apa saja bagi menghalang untuk bertembung.Bertapaklah atas kebenaran melawan kemungkaran insaallah akan berjaya.Pemerintah sedang mencari bermacam-macam helah untuk menegakan benang basah.

Unknown said...

Ini pendapat saya. Oleh kerana pengurusan tinggi BERSATU arif mengenai peraturan ROS, kesilapan ini sepatutnya tak berlaku kerana mereka dah lama menguruskan parti politik. Kita tak boleh memberi alasan parti yg lain pun menghadapi masalah yg sama. Jika ada yg mempertikaikan JIKA PARTI TAK DAPAT DIURUSKAN DG BAIK, BAGAIMANA NAK MENGURUSKAN NEGARA jgn pula mereka dipersalahkan.

Yg jelas, org yg dipertanggongjawabkan dg tugas tersebut gagal menjalankan melaksanakannya.

SAYA MOHON AGAR BERSATU URUSKAN PARTI SECARA PROFESSIONAL SUPAYA RAKYAT/PENGUNDI DAPAT DIYAKINKAN BAHAWA BERSATU DAN PARTI PEMBANGKANG YG LAIN BOLEH MENGURUS NEGARA DG LEBIH BAIK TERUTAMA DLM HAL LEAKAGE DLM EKONOMI DISEBABKAN RASUAH DLL.

Unknown said...

jika pm yakin TDM x dpt mengalahkan... bubarkan parlimen minggu ini...

Abdullah Ngah said...

Memang betullah parti bersatu itu parti baru, akan tetapi para pemimpinya orang lama belaka dan banyak pengelamannya, termasuk presidennya Tan Sri mahyuddin Yassin orang lama dan banyak pengelaman mengenai parti umno, lebih lebih lagi penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohammad tokoh bijaksana.

persoalan yang timbul sekarang mesyuarat agung yang dihadiri 12 orang itu tidak sah. sekarang bersatu tak boleh nak mengadakan mesyuarat agung (perhimpunan agung) kerana tak ada cawangan, tak ada bahagian untuk membolehkan parti itu mengadakan mesyuarat agung.

sekarang ini bersatu hanya ada dewan harian sahaja seramai 12 orang yang mengadakan mesyuarat agung tempoh hari. Adakah patut 12 orang ahli dewan harian buat mesyuarat agung. Pasti tak lagu dan tak sah dari ROS.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Politik...Tampuk Kuasa...Penjawat Awam...dan Umang Umang.

Politik pemegang tampuk kuasa memberi tekanan kepada penjawat awam yang bukan lagi berkhidmat untuk orang awam sebaliknya tunduk kepada kuasa politik peneraju Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang telah melupakan rakyat.

Kebanyakan politikus berjuang bertopengkan perjuangan untuk rakyat, namun agenda peribadi kerap menerajang perjuangan asas politik mereka.

Begitu juga politikus umang umang...bertukar pakaian mengikut selera perut mereka...persetan perjuangan untuk rakyat...gembar gembur seluruh pelusuk namun segalanya tin kosong...tin kosong kalau dah di isi dengan dedak...kurang bunyinya...tak gitu?

Saya dapat menjangka masaalah PPBM...rambut sama hitam tapi nawaitu siapa yang tahu. Amat sukar untuk menghapus tabiat "bekas" UMNO...gembar gembur dan berpindah rumah...tapi orangnya tetap sama....pabila rencana peribadi tidak tercapai di rumah baru...sifat umang umang dan tin kosong berulang kembali..."persetan!...rasa kau!...biar kau susah"...itu dibenak hati mereka.

KDN dan KP baru...lu tahu gua pon tahu...
Penjawat awam terlupa siapa majikan...itulah lumrah.

Rakyat didahulukan?...
Siapa kuli?...Siapa tauke?
Dimana "Bersih, Cekap dan Amanah"?
Gemilang, Terbilang langsung Hilang.

Kepada PPBM...binalah rumah dan senggara dengan baik. Hapuskan lalang dan rumpai dan jangan sekali dibiarkan anai anai dari rumah lama yang hampir roboh menghampiri rumah baru mu.

Kami akan tetap bersama mu selagi kamu Bersih, Cekap dan Amanah.

pemikir said...

Salam Datuk,

Melihat kepada masalah ini,saya fikir ada dua perkara.

Pertamanya, ROS cuba untuk menganiayai PPBM. Tidak ada tindakan susulan apabila menerima permohonan PPBM dan secara tiba tiba menyatakan salah itu dan salah ini. Apakah yang dilakukan oleh ROS selama memiliki permohonan PPBM? Ia merupakan satu lagi taktik kotor kerajaan dibawah BN untuk memastikan PPBM tersalah arah dari kempen kempen untuk memperkuatkan parti dan Pakatan Harapan. Ia juga cubaan untuk melemahkan kepimpinan Parti untuk menuding jari sesama sendiri tentang siapa salah dan bertanggungjawab dengan kesalahan PPBM yang diutarakan oleh ROS. Kepimpinan PPBM dibawah Yg Berbahgia Tun Mahathir dan YB TSMY saya kira telah masak benar dengan permainan pulas tangan ini dan sewajarnya ahli ahli PPBM berdiri lebih kukuh mempertahankan mereka bahawa hanya PPBM dapat mengajar UMNO dan BN.

Keduanya, dimata Rakyat telah dihidangkan bagaimana kepimpinan PPBM gagal untuk menguruskan PArti dan entah bagaimana pula untuk menguruskan sebuah Negara. Saya berani berkata bahawa kenyataan MB Kelantan adalah arahan dari dalang dalang yang mengatur strategi kerana dalang dalang ini tahu keseluruhan jentera UMNO ibarat telah lumpuh dan perang saraf akan lebih berkesan jika digunakan jentera PAS. Di dalam whatsapp group ternyata cybertrooper PAS lebihaktif memainkan isu ini dari UMNO.

Walaubagaimanapun, saya percaya dengan Plan B yang bakal dilaksanakan oleh PPBM sekiranya situasi menjadi genting.

Saya doakan kepimpinan PPBM khususnya Setiausaha Agung dapat mengatasi isu ini walaupun dilihat masa tidak menyebelahi PPBM.

Insyaallah, sekiranya tidak ada penipuan Undi di dalam pilihanraya yang akan datang, UMNO BN akan ditumbangkan.

Wassalam Dato. Take care.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum) ,
Jawapan Pendaftag Petubuhan, pada aku cukop 'kelasik', macam aku besa kena masa beruruih
dgn kebanyakkan orang kerajaan.
Ada sekali tu beberapa tahun lalu, aku selalu kempen kawan aku yg betarap OKU selepaih kena strok,
ikut aku mengaji dlm bidang al Qur an separoh masa di sebuah unibersiti. Dia tak mau
antaranya sebab short fulus.
Sebelom kena strok dia tukang kimpalan dan jugak tukang azan, lulusan Pondok Pak Ya, Padang Lumat
dekad Guag Cempedak.
Lepaih tu pada satu hari sorang 'menteri' umum kata orang tarap OKU bulih mengaji di unibersiti tanpa
bayag yuran.
Seronok kami bukan main... bingkaih pi daftag sebagai 'student'. Tapi makan masa yg lama, tapi
akiagnya dapat jugak pengesahan.
Alahai... lepaih tu bila kami nak mohon kad kementerian pengajian tinggi untuk pengecualian yuran tu,
Pegawai depa kata kawan aku tak layak... sebab pengecualian yuran
tu untuk 'student' sepenoh masa saja.
Aku jawab menteri tu tak kata pon untuk 'student' sepenoh masa saja...
Dia kata takkan semua menteri nak habag.
Aku jawab balik, bukan nak suroh menteri habag semua, tambah sikit saja,
kata la, "pengecualian yuran ni untuk 'student' yg mengaji sepenoh masa saja."
Tambah sikit saja.
Hancog luluh kawan aku, dah lah nak begerak kehulu kehiliag pon susah.

Balik pada keh nak daftag 'Harapan' ni, yg aku paham pemohonan dah masok bebulan dah,
baru laa ni depa habag ada masaalah dgn parti Pribumi dan DAP.
Tapi dok pompang pompang kata pendaftag ni kenun profesyenal sakan.
Maksud aku, jawab la cepat2... munkin tak dak la orang nak sanka macam2...

Apa pon Kadiag, kita mai dari Allah dan kita akan balik kad Dia,
Lantaran, mesti teruih bejuang.
Maghap kerana 'coretan' kali ni panjang dan kalu ada salah silap no.
Aku.

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Akhirnyo Presiden parti bungo terpacul kluar dan bolih berkato ghupo ehh...
Ingatkan masih laiee honeymoon dongan nika .

Tapi ... apolak mohon mintak nasihat dan tunjuk ajar dari ROS untuk uruskan
mesyuarat agong parti bungo dio ?
Kan Pengerusi , Presiden n Timbalan Presiden dah berpuluh tahun lalui mesyuarat agong . Takkan masih tak pandai pandai.
Maso Turn M haramkan Umno , TSMY kan bersamo dongan Turn M . Dah lupo ko ?

Yang dapek den khobaran kek sini memang pemimpin Parti bungo ni takdo otak n bangang lah ...
Dah lobih 30 thn dalam politik kepartian tu ...

Memang elok la digolar "Kepalo otak kau "

Waghih.

Quantum Metal Consultant said...

Tidak menjalankan tugas, tangungjawab dan amanah (menguruskan parti) BERSATU juga boleh membawa maksud sabotaj dan mengkhianati perjuangan Tun dan mengkhianati harapan yang diberikan oleh rakyat kepada PH.

Muhyiddin tidak perlu menyalahkan atau membanding bandingkan, baiki diri sendiri. You bukan lagi somebody.

Jangan malu untuk dapat tunjuk ajar dari Mat Sabu. AMANAH pun parti baru juga.

Ketua Setiausaha Agung Pakatan Harapan (saifudin abdullah) juga sepatutnya pro aktif, membuat susulan demi susulan dan mengenalpasti punca permohonan belum diluluskan.

dt rahman pekan said...

as d saying goes, "all is fair in love and war".

so expect 2 b treated like 'nobodies' even by govt (umno/BN) servants.

d phrase 'saya yg menurut perintah' (sekarang d tukar kpd berkidmat utk Negara) masih segar dlm ingatan sungguh pun sudah bersara 14 tahun.

expect no mercy from a desperate regime.

just think of a desperate n powerful village idiot (UMNO) who knows that he is almost certain of losing d interest of d pretty headman's daughter (pegundi2) 2 a more dashing suitor (PPBM/PH). he wil do whatever that is wthin his powers to stop it from happening - even 2 d extent of harming his opponent.

it is going 2 b worse if d victor wth d backing of d headman xposes all his past excesses.

so 4 UMNO/BN, losing is not at all n option 4 defeat wil definitely spell 'doom' 4 them n their immediate family.

but what is more sad n distressing is 2 c our statesman (negarawan) being treated in a shabby manner, n our president admitting 'weaknesses' wth our perlembagaan parti n memohon bimbingan drpd ROS. (we confront ROS is a position of 'weakness).

if we fail 2 abide by what we ourselves tabulated in d party constitution ,(I m a life member of PPBM), than we deserve d 'humilation'.

our only salvation is dependent on d other PH coalition members 2 trounce UMNO/BN thoroughly in d coming GE14 which makes their 'horse trading' efforts futile.

'Quo Vadis PPBM/PH ???

rakyat marhain said...

Rakyat jelata yang semakin terbeban akibat salah urus ekonomi, penyelewangan dan rasuah, insya Allah boleh menumbangkan Mohd Najib dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

Benar sekali kenyataan Dato, tetapi yang sedihnya ada ahli ahli parlimen yang makan gaji/elaun buta tidak melakukan apa apa usaha menentang kebobrokan pengurusan ekonomi dan rasuah didalam pengurusan ekonomi negara.

Sekadar hadhir untuk rekod kehadhiran, malahan ada yang ponteng sidang parlimen dan ambil elaun dihujung bulan adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah.

Pompuan said...

Dear DAKJ
Just one simple point to poder - if you can't draft your party constitution, how do you expect people to believe you can rule the country?
Shameful really. First trying to blame ROS then finally admitting your party at fault and needed time to do it right and legally. Baikkan ROS gives time? If not kena tuduh pulak atas arahan Najib.
Tsk tsk so shameful. Orang macam Syed Saddiq cakap.bedegar-degar. But can't handle nitty gritty things. Bolehlahkan debate bila dah siap semua text. Lawak sungguh. Yg boleh harap Muhyiddin sorang. Kesian dia. If terus dalam UMNO DPM post is a given.

Hakimi Abdul Jabar said...

As a practising lawyer who's a member of both the Malaysian & KL Bars, I'd noticed that the continuous declaration of the hunt & war on atheists in Malaysia as reported by David Hutt in the Diplomat Magazine in August 2017 this year is reminiscent of Al-Qaeda's Declaration of Hunt & War upon Atheists including targeting judges, lawyers, engineers and doctors "who don't allow others to follow the rulings of the Islamic Shariah" as reported by CNN in April 2016, last year :

https://thediplomat.com/2017/08/beware-the-war-against-aseans-atheists/

http://edition.cnn.com/2016/04/09/asia/bangladesh-al-qaeda-atheists/index.html

Hanezam said...

"Walaupun Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, yakin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menyingkirkan beliau, tetapi rakyat jelata boleh."

Betul ke Datuk ? Ke rakyat semua dah tak peduli sebab sama sahaja siapapun yang naik. Yang penting dapur berasap. Masing-masing hanya pentingkan tembolok sendiri.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).