Tuesday, November 28, 2017

UiTM Untuk Budak-budak Lembap, Kata Adnan Mansor



A Kadir Jasin


NAK mudahkan cerita, saya kata macam inilah: Kalau parti-parti pembangkang, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), “kuchalana” tak perlulah bapak-bapak kepala Umno/Barisan Nasional terus terdesak dan membuat kenyataan yang menyakitkan hari rakyat jelata.

 
Adnan Mansor kata UiTM untuk "slow learners"
Maksud saya macam Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak menggunakan makian "kepala bapak kau" terhadap pembangkang.

Tapi kalau mereka nak buat juga, teruskanlah. Manalah tahu mulut celupar mereka itu baik untuk pembangkang. Dan yang pasti media massa arus perdana macam Utusan akan tolong nafikan bagi pihak mereka apabila mereka kena hentam.


[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]


Apa yang jelas adalah maki hamun dan cacian mereka berterusan. Semakin terdesak semakin kerap dan keras caci maki mereka.

Yang terbaru adalah leteran Adnan Mansor bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan bagi menampung pelajar Melayu/Bumiputera yang lembab (slow learners).

Kalau pembangkang kacau-bilau, huru-hara, caca-marba maka yang seelok-eloknya dibuat oleh bapak-bapak kepala Umno/BN adalah relaks. Mengapa harus gila-gilaan bikin kepala pusing pak?

Guna sajalah duit rakyat jelata dan pembayar cukai yang beratus bilion ringgit yang dipungut melalui GST itu untuk beli undi. Bukankah itu yang akan dilakukan sebaik saja Belanjawan 2018 lulus di Parlimen?

Tak payahlah maki hamun rakyat jelata serta perkecilkan pelajar dan lulusan UiTM semata-mata kerana ada siswazah yang dibiayai kerajaan tidak bersetuju dengan Umno.

Mereka sudah cukup derita. Ramai tak ada kerja dan bagi yang bekerja pula mereka kena VSS dan MSS kerana ekonomi lembap. Lembap ini betul. Ekonomi lembap dan pertumbuhan tidak berkualiti. Kalau berminat boleh baca DI SINI.

Sebagai penjelasan, saya sengaja guna pakai istilah Indonesia “bapak kepala” bagi merujuk kepada ketua-ketua Umno/BN kerana saya hendak bezakannya dengan istilah “kepala bapak” yang Najib gunakan ke atas pembangkang baru-baru ini.

Lagi pun, pada akhir-akhir ini bapak-bapak kepala Umno/BN sangat bangga dengan asal usul mereka dari Indonesia - sama ada Bugis seperti Najib, Jawa (Ahmad Zahid Hamidi) dan Aceh (Adnan Mansor). Jadi bagus kalau sekali-sekala kita ngomong bahasa Indonesia.

Saya tidak mahu bercerita panjang tentang bebelan Adnan Mansor mengenai pelajar Melayu/Bumiputera yang dituduhnya benci kepada Umno tanpa sebab. Kalau berminat boleh baca DI SINI.

Kalau pembangkang kuchalana (loghat Kelantan), bapak-bapak kepala Umno/BN relaks sajalah dan, kalau mahu, boleh kembali berfoya-foya macam Adnan Mansor sebelum bertemu “hidayah” Umno.

Hujung tahun semakin dekat. Krismas dan tahun baru akan menjelang. Macam yang sudah jadi adat, Najib dan keluarga serta kroni dan “hangers-on” tentulah sedang merancang ke mana hendak pergi berfoya-foya.

Bukan Najib saja kerja kuat dan berhak kepada percutian di luar negara. Para isteri pun berhak juga kerana macam kata Najib, kejayaan pemimpin BN bergantung kepada peranan isteri. Kalau berselera bolehlah baca DI SINI.

Bagi pelajar dan alumni UiTM pula, saya rasa eloklah mereka rasionalisasikan kedudukan mereka.

Konvokasi UiTM: Kalau ikut Adnan Mansor graduan ini lembab
Adakah mereka pelajar lembab yang masuk universiti semata-mata kerana ihsan atau mereka masuk universiti kerana mereka berhak, layak dan berwibawa?

Atau mereka adalah orang bertongkat yang tidak akan sampai ke mana-mana tanpa bantuan kelas dedak daripada Umno.

Wallahuaklam.

24 comments:

jamil said...

Jadi selama ini Shahol Hamid jadi VC untuk pelajar lembab la.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Terasa hina saya dilabel sebagai budak budak lembab...
Saya lepasan ITM Shah Alam (UITM sekarang) tahun 70an.
Namun saya bangga..walaupun lembab tapi berupaya memikul tanggung jawap koperat selama ini. Saya tak pernah masuk gomen...tak minat...kerana kurangnya persaingan dan skala gaji yang tidak mengambil kira kelembaban.

Dunia swasta dan koperat jadi pilihan kerana "bottom line "nya.."you have to be profitable to be charitable" dan itulah realiti kehidupan sebenarnya. Otak yang lembab ini mengharungi gelanggang koperat dan membuka minda dan pandangan.

Alhamdulillah...setidak tidaknya dapat memahami "intricacies" 1MDB yang AG kat tiada salah laku...paham jugak pasal international money trail yang masuk dalam akaun MO1.

Tapi memang saya lembab...sebab saya tak paham kenapa orang lain percaya MO1 tak bersalah...walaupun yang cakap tu Peguam Negara, menteri menteri yang cerdik pandai macam Ku Nan Buntuk, Salleh Kruak dan pastinya Mat Maslan CGPA 3.785 (saya dulu CGPA tak sampai pun 3.0).

Memang lembab saya agaknya...

Unknown said...

Kalau begitu Adnan Mansor adalah slow learner kerana ia adalah bekas pelajar ITM. Jika dilihat dari cara ia bercakap sahih dia ini memang lembab otaknya.

eri said...

Pekembar ni memang sesuai la untuk tengku2 jadikan macam dia ni...bodoh piang bangang abadi berpisah tiada ngan Pekembar...

Salam Datuk...

john doe said...

Peeergh...

Keras dan mantop betul tulisan Dato' kali ni.

Ada banyak isu covered dalam tulisan yang ringkas ni. Betul-betul padat dan kompak.

Teruskan Dato, kami menyokong.

joe black said...

Bravo TENGKU Adnan...

Sekarang Wira IndonMelayu berani bercakap dari hati. Lebih berani dari Najib yang mengaku Wira Bugis. Ramainya Hero Indon dalam UMNO!!


azhar rangkuti said...

UiTM adalah kubu kuat Pro Aspirasi yg mendapat sokongan pimpinan UMNO & pelajar2nya sering terlibat dengan program anak angkat anjuran UMNO terutama di dalam PRK di kawasan luar bandar yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu

Adakah senario ini akan berubah sekiranya pelajar2 ini melakukan protes terhadap kata2 pak Menteri berkenaan?

Kita tunggu dan lihat ...

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Saya tak nampak macam mana Teuku Nan ni jadi Menteri. Penilaian saya tidak langsung saya kaitkan dengan raut muka nye yang semacam belum siap atau seperti pernah terkena serpihan bom itu. Ada pun beliau sangat suka pamirkan kebodohan ala gangster Kg.Pinang Dua Batang atau Kg.Pasir Berdengung.

Yang saya kesihan kan adalah PM kita Sang Mappadulong yang meneraju UMNO. Populariti PM dan UMNO ini semakin hari semakin susut. Cukop lah beliau yang sudah pun memiliki Mat Maslan, Hassan Malek, Zahid dan ramai lagi pengemar dedak.

Bila Teuku Nan ngatakan ITM atau UiTM lubok untuk pelajar lembab. Dalam keadaan PRU semakin hampir, kenyataan itu telah memberi kegembiraan pada Pihak Lawan. Teuku Nan dah menyerahkan peluru percuma untuk lawanye. Teuku Nan yang punya wajah yang mengerunkan itu mungkin pihak lawannye dah nampak kemanisan wajah tersebut selepas kenyataan itu.

Sebenarnye tahap bodoh atau pandainye sesaorang adalah perkara subjektif. Seorang yang pandai matematik mungkin lembab dibidang seni. Sesaorang yang pandai main badminton belum tentu lagi boleh nyepak bola.

Saya bekas pelajar ITM. Dulu saya ditawarkan ke UPM, tapi saya pilih ITM. Di ITM saya melihat pelajar yang cemerlang semasa MCE/SPM kalah dengan pelajar "third grader" dari saluran IKM, Pre Dip dan Sijil.

Semasa saya di UKM untuk program Master .. saya sangat megah bila mengatakan saya dari ITM. Malah dengan rendah diri warga UKM menyatakan betapa hormatnye mereka dengan graduan lepasan ITM.. saya faham mengapa jadi begitu.. saya rasa tak perlu saya hebahkan.

Jadi biarkan lah Teuku Nan ini terjun dengan labunye. Pihak lawan sudah tentu merasa sangat berterima kasih dengan kenyataan biol yang dibuatnye.

Good Luck Teuku.. thank you.

Anon said...

Datuk,saya fikir ungkapan late bloomer adalah lebih tepat....Sejak akhir2 ini kepala2 UMNO dah hilang budi bahasa.

rakyat marhain said...


salam Dato,

yang dilabelkan lembab tu mungkin terlalu banyak makan dedak sogokan umno/bn.
yang tidak makan dedak umno/bn semuanya pintar pintar dan berjaya dalam PAKATAN HARAPAN..

dt rahman pekan said...

saya, selaku alumni UITM turut terasa amat tersinggung.

kami berempat yg ketika itu sedang menuntut d ting 6 sek sultan sulaiman kt tlh rela mengenepikan elaun rm60 sebulan demi utk mengejar cita2.

d uitm kami d beri hanya rm16 sebulan tapi mkn minum n tempat tinggal d sediakan.

Syukur Alhamdulillah kami akhir nya berjay mencapai cita2 tersebut.

1)mas Othman - architect

2)zubir Aziz - PTD

3)ali Ibrahim - pengarah kebajikan negeri, n

4)Abdul Rahman (saya) - PTD.

semua kami berjaya d university (dlm n luar negeri)atas merit.

beratus ribu lagi alumni yg tlh berjaya olih kerana kepintaran serta kerajinan/ketekunan menuntut ilmu d UITM.

Ini lah akibatnya bil UMNO memilih pemimipin yg suka mengguna kepala lutut utk berfikir.

Insya'allah kita akan londehkan mereka bersertata dgn keluarga terdekat mereka sekali apa bila PH menawan PUTRAJAYA kelak.

Kampong man said...

Salam,
Isu ini tidak perlu dipolitikkan pembangkang saperti serpihan UMNO,PPBM.Teguran Ku Nan telah disalah tafsir pada hemat saya.Sebagai alumni UITM 68/69 kami telah menghantar wakil Dato Zaini sebagai Presiden Alumni berjumapa Ku Lan tentang salah tafsir ini dan Ku Lan pun telah pun mohon maaf. Biarlah warga UITM selesaikan isu ini secara baik.Yang tidak berkepentingan terutama dari parti politik lawan teruskanlah perjuangan kamu menumbangkan UMNO/BN.Perkukuhkan dan perbetulkan isu permasaalahan dalaman parti kamu dan urusan ROS yang perlu diselesaikan segera.UMNO is bigger than Tun M and Najib.It is still relevant for the past 60 years and still is.Good luck PH.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Sekali lagi terima kasih banyak2 pasai bawak cerita ni ke khalayak ramai.
"UITM-untuk-budak-budak-lembap-kata Adnan Mansor".
Cukop paham orang, bila hang tak pakai 'Teuku" atau "Tengku" pada nama 'menteri' ni.
Teruih meneruih ada orang kata dia guna panggilan tu untuk tunjuk kata dia ni keturunan kaum 'feudal'.
Munkin satu daripada 'tabi'at' dia untuk mendunggukan lagi sesetengah orang Melayu yg masih pecaya kaum feudal ni keturunan
dewa dewi.
Yg bisanya, bila ada orang Melayu yg korang cerdik, dia pi cerca depa pulak, guna kata2 yg menhina.
Aku sangat tetarik dgn huraian Sayyid Qutb, (fi zilalil) Surah Ya Siiin, ayat 47, dimana maksud ayat lebih korang :
"Dan apabila dikatakan kepada mereka,
infaqlah sebahagian dari apa yg dirizqikan (kepada) kalian (oleh) Allah,
berkatalah yg kafir kepada yg beriman:
Apakah kami memberi makan kepada sesiapa yg sekiranya dikehendakki Allah akan diberiNya (sendiri) makanan...
Sunggoh kalian (yg menyeru kami) melainkan (adalah) dalam kesesatan yg nyata."

yg dihuraikan (lebih korang) :
"Kehendak (irodat) Allah memerlukan adanya berbagai bakat, kesempatan dan kebolehan antara ma'nusia
(dan kelompok ma'nusia).
Di tengah2 lautan berbagai keperluan ini,
berlangsunglah proses pertukaran manfa'at2 dan rizqi2
dan berlakulah pertarungan dan rebutan dalam pembahagian dan habuan2 rizqi dan untuk melunakkan perbezaan ini
supaya tidak menjadi toksid (racun) dlm perhubungan ma'nusia,
maka diwajibkan saling bertolong tolongan dan kerjasama, antaranya melalui kefardhuan zakat.

Kata2 nista membayangkan kesesatan dan kebingungan dlm memahami pergerakkan hidup dan
berapa agungnya tujuan dilengkapkan ma'nusia dgn berbagai bakat, kecenderongan dan kebolehan yg berbeza beza itu,
yg dgn perbezaan2 itu berlaku proses pengagihan dan pembahagian harta2 kekayaan, rizqi2 dan peluang2 itu."

Sekali lagi terima kasih, Kadiag. Allah saja yg maha mengetahui.
Maghap no ataih apa2 yg silap,
Aku

Joe Black said...

Kalau Orang melayu masih mengundi Parti yang ketua ketua mereka menganggap mereka Slow Learner jadi memang lah patut mereka di panggil Slow Learner....

PutraKraken said...

Salam Datuk

Saya nak kupas sikit tentang Lembu punya susu Sapi punya nama.

Manusia masa kini tak akan dapat kelangsungan hidup tanpa Lembu. Anak anak manusia tak akan membesar tanpa lembu. Orang orang tua tak akan mendapat keselesaan tambahan tanpa lembu. Susu formula untuk kanak kanak dan orang dewasa dan juga orang tua...semuanya hasil dari ibu lembu yang dipaksa bunting dan beranak berterusan demi pengeluaran susu untuk kegunaan manusia. Pernahkah kita terfikir pengorbanan makhluk tuhan silembu ini?..syukur kepada Tuhan!...

Berbalik kepada kisah manusia....khususnya UMNO.
United Malay National Organisation.
Kita tak dapat menyanggah UMNO banyak berjasa kepada rakyat.
UMNO sebagai tunjang Kerajaan sejak negara ini mencapai kemerdekaan, bergerak maju dan mencapai kemuncak dan kini merundum...UMNO tetap tunjang. Pemimpin silih berganti dan nama UMNO walupun pernah terkubur dan bangkit semula. Ini kerana pemimpin, ahli dan juga rakyat masih percaya dan berpegang kepada asas perjuangan UMNO.

Dato Onn pengasas UMNO...keluar UMNO kerana beliau mahu mengubah UMNO. Rakyat menolak beliau. Mahathir dipecat dari UMNO kerana pertelagahan dengan pucuk pimpinan dan beliau dikira terlalu radikal. Namun Mahathir tetap berjiwa UMNO. YM Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Mahathir adalah ketua ketua UMNO yang telah banyak berjasa kepada bangsa, agama dan tanahair. Kita juga tidak melupakan Dato Onn sebagai pengasas dan juga Tun Abdullah yang sanggup berundur kerana beliau tahu denyut rakyat.

Najib...????....beliau telah membawa perubahan yang amat besar dalam UMNO.
UMNO bukan lagi "United Malay National Organisation" tetapi menjadi "Untok Mohamad Najib Only" siraja duit. Najib adalah satu satunya billionaire yang memimpin UMNO. Kemewahan dan sumbangan beliau kepada pemimpin UMNO amat ketara malahan mengikut cerita, ianya juga turut melimpah kepada parti melayu islam yang lain. Memang kepintaran dan sifat dermawan Najib
begitu menonjol...dan memang benar kata orang...dibelakang sesaorang pemimpin pastinya ada wanita yang menjadi inspirasi.

Cuma satu yang kurang menyenangkan...para pemimpin UMNO masakini selalu menyebut tentang jasa jasa UMNO masa lampau. Apa yang berlaku dimasa lampau adalah hasil usaha dan pemikiran para pemimpin yang juga sudah lampau...bukan hasil dari daya fikir dan usaha mereka masakini.

Ini yang saya katakan "Lembu punya susu, Sapi mengaku nama". Lembu punya susu semua orang tahu...tapi bila sapi mengaku nama...ada betul ke? MARA, PNB, Tabung Haji, Felda, PLUS, LRT...itu semua kita tahu legasi pemimpin UMNO lama. Yang kita tahu UMNO Najib mencipta Felda FGV, 1MDB, ECRL, dan GST untuk rakyat.

Jadi bila pemimpin UMNO Najib berbangga dengan legasi dan jasa UMNO hasil usaha pemimpin terdahulu dan menguar uarkan kepada umum supaya mengingati segalanya...saya kira amatlah tidak wajar...dan pada masa yang sama mereka mengutuk dan menghina bekas pemimpin UMNO yang penuh jasa bukan hanya kepada UMNO dengan menghidupkannya kembali setelah terkubur, malah kepada seluruh rakyat dan negara.

Janganlah sapi mengaku susu lembu mereka yang punya. Hebahkanlah pencapaian 1MDB, Felda FGV, ECRL dan jangan lupa pemimpin pertama UMNO yang mencapai tahap billionaire...bukankah itu sesuatu yang dibanggakan? Keunggulan Malaysia tersebar diseluruh dunia...tapi malangnya rakyat tidak mahu berkongsi pencapaian tersebut...sebaliknya rakyat menanggung aib tak terhingga.

Kepada Pemimpin lama UMNO...jasamu tetap dikenang dan tersemat dalam lipatan sejarah.
Kami tahu menilai antara susu lembu sebenar dengan susu jenama sapi.

Wahai sapi...cukup cukuplah.

maha said...

Kasihan blog hanya budak2 sadiq segaraga melepaskan kemaharah pada umno

Unknown said...

Teuku pernah dilondehkan seluarnya disatu perhimpunan. Hanya nampak seluar dalam saja. Hi hi hi.

Unknown said...

Umno is not relevant any more. This is a fact that you must admit. It is an embarassment for all malaysians when they travelled overseas as people will ask them on the issue kleptocracy. We as a nation are digressing. Once upon a time, Malaysia was a better country than South Korea. Now we are way behind South Korea.

Why is it happening? Blame it on the current umno leaders. I am a dormant umno member for so long as I found that majority of umno members are in umno to get material well being only. The current umno president is right when he says CASH IS KING.

Pak Pandir said...

Pelajar lembap ini juga yg di kerah untuk sambut najib sewaktu dia ke Melaka baru ni.

A KADIR JASIN said...

Innalillah. Saya doakan saudara Sukasamasuka kembali sihat dan boleh terus berbahas berasama kita. Ikut nasihat doktor dan bersabar menghadapi ujian. Wallahuaklam. Terima kasih.

Cash Is King said...

Maybe adnan is sensing that these so called "slow learners" are fed up with umno....so out of desperation...he made those remarks.
Thanks teuku...now there is the push and pull factor with regards to the exodus from umno.
Oh by the way...saya alumni itm @ budak lembab.

Unknown said...

salam....

saya alumni uitm, mantan peguam

saya tak tersinggung dengan kata2 si denan, walaupun saya tak bersetuju dengan pernyataan beliau

saya melihat tindakan-tindakan/pernyataan-pernyataaan 'ANEH' yang dibuat oleh para menteri BN UMNO khususnya adalah manifestasi dari ketakutan melampau terhadap kemungkinan hilang kuasa di PRU nanti

bagi rakyat biasa, kekalahan UMNO/BN sememangnya memberi impak kepada kita semua, tetapi kesannya tidaklah dalam skala besar atau drastik 180 darjah

akan tetapi, ini tidak bagi para menteri dan sekutu2 mereka. kekalahan UMNO/BN dijangka menjadi titik-tolak KEMUSNAHAN dan KEHANCURAN BESAR-BESARAN bagi seluruh para menteri, para sekutu, pendukung, tidak terkecuali kaum keluarga termasuk bayi yang tidak berdosa.

bayangkan, jika tidak sama-sama ke penjara, nama-nama 'BESAR' tanahair dari keturunan 'GAH' seperti Tun Abdul Razak, Tun Husein dan lain-lain lagi tidak mustahil 'will go to the gutter'.

orang Melayu ini sangat mementingkan harga diri dan maruah keluarga. sabitan rasuah, penyalahgunaan kuasa, sehingga dihumban ke penjara pasti tidak dapat ditutup dengan reputasi dan kegahan sebuah nama.

'raja adil raja disembah, raja ZALIM raja DISANGGAH'

pada akhirnya, keadilan tetap akan meranapkan kebatilan, meski terpaksa menginjak kemegahan sesebuah 'nama' dan 'keturunan'.



Unknown said...

Asal bukan yg terlebih hyper...lebih lajak dari laju...

Fan Tun said...

Salam Datuk,

Tahun 70an tercipta sejarah
Graduan ITM ramai yang cekap
Orang yang sebut jiwanya parah
Seluar terlondeh tak sempat tangkap..

Kini mereka makin terdesak
Sokong lagi rakyak tak ndak
Macam orang dah kena asak
Mulut menyebut otak keladak...

Tun Mahathir mesti dikurung
Lebih bahaya umpama jerung
Jika tidak pemimpin murung
Bini sebelah bertambah muncung!

Guna,buat apa sahaja
Pakai apa segala benda
Buruk Tun konon dijaja
Rakyat benci berlipat ganda..

Bermacam cara tipu dan helah
Cipta segala untuk menekan
Semua diguna takutnya kalah
Nanti racun sendiri makan!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).