Tuesday, October 31, 2006

Lagi Percubaan Meminggirkan Dr M

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

[Update, 2 November]

MAJLIS Tertinggi Umno yang bermesyuarat hari ini mengambil keputusan tidak memperakukan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat beberapa agensi kerajaan termasuk Petronas dan Proton kerana mengkritik Kerajaan.

Menurut Bernama, Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata selepas mempengerusikan mesyuarat itu bahawa Umno juga tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin ke atas bekas Perdana Menteri itu.

"Majlis Tertinggi mengambil maklum cadangan pemimpin-pemimpin Umno Kedah berkenaan kedudukan Tun sebagai penasihat kepada beberapa buah agensi kerajaan dan memutuskan tidak akan menamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat badan-badan itu,” kata Abdullah.

"Majlis Tertinggi juga tidak akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Dr Mahathir kerana mengkritik Kerajaan secara terbuka," Abdullah memberitahu sidang akhbar.

Abdullah berkata tiada ahli parti yang terkecuali daripada tindakan tatatertib tetapi Majlis Tertinggi memutuskan tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Dari aspek undang-undang dan peraturan, keputusan MT itu adalah akademik kerana hak melantik dan menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir adalah hak Perdana Menteri.

Tindakan merujuk kedudukan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas, Proton dan Lada kepada MT boleh dilihat sebagai percubaan oleh sesetengah pembesar Umno untuk mempolitikkan pelantikan beliau kerana tindakannya mengkritik Kerajaan.

Dr Mahathir dipetik sebelum ini sebagai berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai penasihat tetapi akan akur kepada keputusan parti.

[Posting Asal]

DALAM posting pada 17 Jun lalu, saya mengemukakan soalan: Tersingkir sekali lagi kah Dr Mahathir?

Saya meramalkan bahawa lambat laun Umno akan bertindak terhadap beliau kerana mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan.

Dari aspek undang-undang dan peraturan, bekas Perdana Menteri itu masih menganggotai Umno. Tetapi, untuk segala maksud dan tujuan, dia sudah tersingkir daripada parti yang dianggotainya sejak tahun 1946.

Dia bukan sahaja tidak lagi dialu-alukan di atas pentas Umno, malah dia sedang diburu seperti anjing kurap yang jijik oleh anak-anak didiknya sendiri.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya pada 30 Oktober memaparkan tajuk berita: “MT bincang jawatan Dr M sebagai penasihat syarikat dan agensi Kerajaan.”

Kalau akhbar itu masih berwibawa dan laporannya masih mencerminkan sentimen Umno, maka masa depan Dr Mahathir di dalam Umno semakin pudar. Malah kemungkinan beliau disingkirkan sekali lagi tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Menurut akhbar itu, langkah membawa isu berkenaan ke mesyuarat MT Khamis ini diambil sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah “penyelesaian kepada kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri” termasuk penyingkiran daripada Petronas, Proton dan Umno?

Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Brigedier Jeneral (B) Husainay Hashim sebagai berkata bahawa sebarang perkara yang membabitkan parti sudah tentu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT.

Namun ada baiknya MT mengambil daya usaha itu walaupun pelantikan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas dan Proton bukan dalam bidang kuasanya. Pelantikan Dr Mahathir adalah keputusan Perdana Menteri.

[Dr Mahathir memberitahu rombongan Mubarak yang mengunjunginya pada 30 Oktober bahawa dia tidak bercadang meletakkan jawatan daripada Petronas dan Proton.]

Dengan membawa hal itu ke mesyuarat MT, bolehlah lebih banyak pembesar Umno (saya sengaja tidak menggunakan istilah pemimpin) memberi pandangan, walaupun kita sudah boleh meneka bahawa majoriti mahu Dr Mahathir terus dihukum.

Seandainya Dr Mahathir disingkirkan sebagai penasihat Petronas dan Proton, yang rugi bukan Dr Mahathir tetapi Umno dan negara. Di dalam Umno hari, tidak ada orang yang lebih mengetahui mengenai dua entiti ekonomi negara itu selain Dr Mahathir.

Saya masih ingat bagaimana pada tahun 1976 Dr Mahathir kerap memberikan taklimat off-the-record kepada wartawan ekonomi mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) di antara Petronas dan syarikat-syarikat minyak antarabangsa.

Waktu itu beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan. [Pada waktu itu, Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid, yang pada 28 Oktober lalu, mengecam hebat Dr Mahathir, baru berusia 16 tahun.]

Di bawah pentadbiran beliau selama 22 tahun, industri petroleum negara berkembang pesat dan dasar pengantarabangsaan perniagaan beliau mengubah Petronas daripada sebuah syarikat minyak nasional kepada salah sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terbesar di dunia.

[Dalam tempoh masa itu juga, Mahdzir lulus universiti, menjadi guru, masuk politik dan bertanding pilihan raya.]

Hari ini Petronas bergiat di 30 buah negara dan menjadi salah sebuah daripada 500 syarikat terbesar di dunia mengikut senarai majalah Fortune.

Dalam pucuk pimpinan Umno dan Kabinet hari ini, saya rasa yang mengetahui secara mendalam peranan Dr Mahathir memajukan Petronas adalah Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Seperti Dr Mahathir, Najib terbabit dengan hari-hari awal Petronas dalam kapasiti beliau sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam syarikat minyak negara itu.

Kalau Najib masih Najib yang saya kenali dan yang saya temuramah untuk akhbar Business Times pada tahun 1977, beliau wajib memberi perspektif sejarah kepada pembabitan Dr Mahathir dalam Petronas seandainya kedudukan beliau sebagai Penasihat Petronas dibincangkan Khamis ini.

Jika Najib dan sesetengah daripada kita berani atau boleh bersuara ketika “Diktator” Mahathir memerintah negara, saya tidak nampak sebab mengapa Najib dan pembesar-pembesar Umno tidak berani bersuara pada zaman ketelusan dan keterbukaan ini.

Kalau Allahyarham Abdul Razak Hussein boleh dianggap sebagai Bapa Petronas, Dr Mahathir adalah Bapa Proton. Beliaulah yang mencetuskan idea Projek Kereta Nasional pada tahun 1983 dan kerananya berpecah hala dengan timbalannya pada waktu itu Musa Hitam.

[Diktator Mahathir dicabar oleh Musa, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi pada pimilihan Umno tahun 1987. Dia hampir kalah.]

Walaupun masa depan Proton kini dikaburkan oleh ketiadaan dasar yang jelas dan pengurusan yang terumbang-ambing, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah ia telah berjaya mewujudkan kepakaran dan kapasiti ekonomi di dalam bidang automotif, khasnya di kalangan Bumiputera.

Petronas dan Proton, melalui dasar pembiayaan pendidikan, gunatenaga dan latihan masing-masing telah melahirkan puluhan ribu jurutera dan pengurus Bumiputera.

Dr Mahathir tidak meminta diberikan gelaran dan anugerah. Dia tidak meminta dirinya diberikan gelaran negarawan. Yang meberikan gelaran dan jolokan ini semua adalah pembesar-pembesar Umno sediri kerana pada waktu itu, apa yang baik bagi Dr Mahathir akan membawa keuntungan kepada mereka.

Jadi tidak kenalah kalau ada orang seperti Mahdzir yang hari ini mengungkit mengenai kenegarawan Dr Mahathir.

Lagipun, siapalah beliau untuk mengatakan yang dia dan rakyat Kedah berasa malu dengan tindakan Dr Mahathir dan hilang keyakinan terhadap bekas Perdana Menteri itu?

Kalau dibandingkan Mahdzir dengan Mahathir, kesimpulannya samalah dengan kita membandingkan langit dengan bumi -- jaraknya terlalu jauh.

Kalau pembesar-pembesar Umno dan Kerajaan yang lebih kanan dan yang sudah lebih daripada dua dekad berdamping dengan Dr Mahathir masih tidak berupaya memahami beliau, inikan pula Mahdzir yang baru setahun jagung dalam politik nasional.

Maaf cakap, sebenarnya orang seperti beliaulah yang bertanggungjawab mengeruhkan suasana yang sudah pun keruh di antara Abdullah dan Dr Mahathir dengan membuat kenyataan rambang yang kemudiannya diputar-belitkan oleh sesetengah komponen media arus perdana.

Malangnya, kumpulan “orang muda berkeris” inilah – meminjam ungkapan ahli Umno bilangan 33, Tan Sri Khalid Abdullah (bekas Exco Kedah dan bekas Pengerusi Utusan Melayu Berhad) yang nampaknya “berpengaruh” terhadap Pentadbiran Abdullah.

Saya kagum membaca biodata Mahdzir yang dimuatkan di dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Saya bangga apabila budak Kampung Jabi, Pokok Sena berjaya masuk universiti (USM) dan seterusnya menjadi pembesar negeri.

Pada zaman saya bersekolah di Saint Michael School, Alor Star pada tahun 1950an dan 1960an, Kampung Jabi adalah kampung pedalaman yang menjadi bahan jenaka dan ketawa. Ia sinonim dengan istilah hulu.

Tetapi, terima kasih kepada pemimpin terdahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera dan Dr Mahathir, hari ini Kampung Jabi berupa sebahagian daripada “the greater Alor Star” dan melahirkan seorang Menteri Besar yang “berasa bahawa orang Kedah malu dan tidak lagi menghormati Dr Mahathir” kerana dia mengkritik Abdullah [New Straits Times, 29 Oktober.]

Saya berasal dari Kedah. Kampung saya tidak jauh dari Kampung Jabi. Hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, kini ada tiga atau empat laluan bertar yang menghubungkan kampung saya dengan Kampung Jabi.

Saya boleh ikut jalan pekan Titi Haji Idris. Saya boleh ikut laluan pekan Langgar dan saya boleh ikut jalan Kampung Tobiar. Kampung Jabi tidak lagi sinonim dengan hulu dan kemunduran.

Sebagai orang kampung, saya yakin Mahdzir arif mengenai ular. Dr Mahathir ibarat ular berbisa yang secara sukarela turun dari pohon tinggi. Kini dia menyusur akar.

Mahdzir, sebagai budak Kampung Jabi, pasti tahu bahawa ular tedung yang menyusur akar tidak hilang bisanya. Ular kapak yang hodoh rupanya dan bersembunyi di bawah daun kering jika mematuk boleh menyebabkan daging mangsanya menjadi busuk dan reput.

Saya tidak akan membazirkan ruang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Hishammudin Hussein bahawa dia “sick and tired” dengan kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan Kerajaan.

Saya kenal siapa pembesar dari Negeri Johor ini. Saya berbulan-bulan membuat liputan lawatan perpisahan Allahyarham bapanya, Tun Hussein, sebelum beliau bersara pada tahun 1981. Lawatan yang penuh emosi dan air mata.

Saya sekadar ingin mengingatkan anda semua mengenai kata dua “pendekar” Umno, Nazri Abdul Aziz, tidak lama lalu yang berbunyi “kita tengok siapa letih dulu.”

71 comments:

pemerhati said...

Salaam Dato,

Don’t Umno members realize that the more they scream & shout in support of Pak lah the more pathetic the PM looks.

Umno leaders like Pemuda Chief Hishamuddin Hussein, Khalid Nordin & Kedah M Besar in demonizing TDM are crying out to UMNO members & urging them to defend Pak Lah.

Pak Lah’s position must be worrying hence, the desperate call to Umno to rally behind the party president.

It's like Pak Lah claiming that “I am the Prime Minister”, “I am in control” and “I am in command” when we know he IS NOT.

Jay

Anonymous said...

saya begitu tersentuh dgn tulisan datuk.saya mendoakan datuk dikurniakan rahmat dan syafaatNya dan terus menulis dengan kebenaran.takuti hanya Dia.datuk, dengan rendah hati saya memohon datuk teruskan.saya juga perhatikan banyak orang(terutama yang "berkurap") sedang cuba menyelewengkan fakta seolah olah berlaku pertelingkahan peribadi ,yang sebenarnya nyata bukan. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan lihat "kebijaksanaan Dia akan terserlah".sekian.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Tuan pernah pelihara anjing ? Saya ada..banyak ekor. Ada anjing yang cukup baik dan akan menjaga dan mempertahan kan harta dan tuan dia.Ada anjing yang kaki bodek dan suka menunjuk -nunjuk..yang jenis ni..dia salak cukup kuat..bila tuan dia ada dekat..lepas tu..dia datang kat tuan dia..kodek -kodek ekor..macam nak beritahu..aku dah marah kat dia..aku dah salak dia..aku bagus kan ? Suasana panas sekarang ..lebih kurang macam kat rumah jiran saya bila ada orang melintas..orang tu kat luar pagar..terpaksa menjerit minta nak masuk rumah..nak berbincang dengan tuan rumah..tapi anjing dalam pagar punya salak.. macam ada konsert rock..

Anonymous said...

Aslkm Datuk. Kami orang muda dah mual dgn sikap kurang ajar "pak pandir kabinet kita". Semua pakt dok nak ampu... lupa dah semua jasa2 Tokwan yg dah dicurahkan kpd kita. Semoga tuhan buka hati perut depa....

sinbad said...

Dato,

Hati saya sebak bila membaca tulisan Dato kali ini.

Anonymous said...

Teruskan Dato, sesungguhnya Allah SWT akan memberikan segala pertolongan dari segenap sudut dan segi untuk dato, khususnya akal fikiran yang bernas dan pertimbangan yang waras bagi memertabatkan agama, bangsa Melayu dan Negara yang tercinta. Kami doakan kesejahteraan dato dan keluarga, Amin!

Budakboy said...

Selamat Hari Raya Dato' dan teman-teman semua,

A few weeks ago I decided to stop following the few blogs worth following because I felt angry and helpless. Not reading the newspapers and watching the news on TV completed my news blackout.

When I was told by a friend of the meeting between TDM and AAB, I hoped and prayed for the best although deep inside I knew the possibility of a failure was far greater.

Subsequent events and remarks by UMNO bigwigs (you're right Dato', leaders/pemimpin they are not) proved that self-interest, taking care of the rice bowl and plain stupity are the order of the day. Race and nation be damned.

I do not know which is worse, having stupid "leaders" or having "leaders" who think the rakyat are stupid.

I guess I'll just go back to reading the cartoons. At least there I know stupity is intended.

Anonymous said...

Salam Dato'
Dalam kenyataan MB Kedah, Datuk Seri Madhzir Khalid, “Saya rasa orang Kedah sendiri pun malu dengan tindakan Tun dan akan hilang rasa hormat kepada dia".
Ehmm... betul ke orang Kedah malu dengan tindakan Tun? Atau lebih ramai orang Kedah yang lebih malu dengan tindakan MB Kedah?

Anonymous said...

demi kebenaran dan demi anak bangsa....saya fikir mahu tdm lebih2 lagi umat melayu yang bersama perjuangan kerana benar dan demi melayu tidak akan berasa letih...kerana kita melayu...kita tak layu...tapi kita sengaja me-layu-kan bahasa dan laku....sbb itu kita bangsa berbudi bahasa....kepada datuk.....ramai lagi seperti saya rakyat biasa yg dok diam...diam bukan kalah...diam tp menyokong kebenaran...teruskan dato....kami semua bersama dato dan tdm....demi kebenaran

Anonymous said...

Assalamu'alaikum the Scribe dan pengunjung lain,

Saya melihat episode terkini dalam drama Melayu " Pertentangan 2 pemimpin" ini sebagai usaha beberapa 'pembesar' muda UMNO utk 'menunjuk-nunjuk' kpd Pak Lah dan ahli UMNO atau ahli pergerakkan mereka atau rakyat negeri yg mereka 'perintah' bahawa mereka adalah pembela-pembela PM dan UMNO(konon nya lah) dan mereka ini sanggup ' berlumuran darah' mempertahankan PM.

Selepas ini kita akan terus melihat seorang demi seorang dari so called 'pembesar-pembesar' ini melaungkan perkataan2 yg seerti dgn itu. Masing2 akan cuba naikkan 'taraf kepahlawanan' masing-masing di media dan khalayak UMNO. Mereka akan terpesona dgn laungan dan sorakan mereka untuk membela Pak Lah dan menghentam DrM. Mereka lupa kebanyakkan mereka( tolak MB Kedah lah) mendapat bantuan tali hayat politik pada zaman DrM.

Kita masih ingat begitu bersemangat Najib di stadium TPCA hendak mengganyang kaum Cina( masa time Lee Kim Sai). Kita masih ingat MB Darul Sunnah sanggup berlumuran darah jika ada yg cuba ganggu gugat DrM dahulu. Begitu juga MB yg tunjuk jari isyarat lucah( di Sanggang)begitu bersemangat mempertahankan DrM sewaktu menjadi PM dulu.

Apa yg 'pembesar2' muda ini lakukan adalah re-run episode-episode drama UMNO yg lalu. Saya yakin mereka tahu apa yg DrM kritikkan adalah utk rakyat dan bukan serangan peribadi pada Pak Lah. Tetapi dgn mengganggap kritikan tersebut sebagai serangan peribadi seolah-olah memberi mereka peluru(alasan) utk pertahankan Pak Lah sbg PM dan Presiden UMNO.

Kita akan terus melihat lawak jenaka UMNO ini selagi mentaliti ' pembesar2' mereka tidak berubah dan selagi mereka berjawatan.

Sila beli tiket2 untuk menuntun drama komedi UMNO.

Ayub Tulakang

Anonymous said...

Dato',

Bila bukak balik album lama masa Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri, nampak lah muka Hishamuddin, Mahadzir, Nek Pidah, Mat Mat Taib, Nazri, Zam...etc aduhai ikhlas dan tulusnya mereka ketika itu. Tapi bila zaman Pak Lah ni kenapa mereka boleh berubah wajah, atau itulah wajah sebenar mereka selama-lama ini. Seperti wajah sebenar Pak Lah hari ini.

Kepada Pak Lah, kesetiaan itu boleh dibeli. Berkhidmat pada rakyat dan untuk rakyat hanyalah pada lidah demi memastikan anak bini, anak menantu saudara mara dan sahabat handai hidup senang lenang sementara menunggu kubur datang memanggil.

Rakyat ditunggang. Tapi ramai yang tidak sedar sebab pembesar kita bermanis kata. Belum lagi mengambil kira umpan 'gula-gula'.

Dungu sangatkah kita ni? Pak Lah dan barisan pembesarnya dah lama dah ada jawapan ini.

Anonymous said...

Saya sebagai orang Kedah sangat malu dan sakit hati terhadap MB Kedah bila kenyataan beliau terhadap TDM. Sepatutnya beliau berfikir menggunakan akal bukan perut


zamis

dinleter said...

sebagai anak jati Kedah yang berkelulusan Ph.D bidang sains politik saya turut malu dengan budaya orang hulu yang dibawa oleh MB Kedah. Status Jabi yang terangkum dibawah the greater Alor Star sebenarnya tidaklah banyak mengubah pemikiran orang-orang di Kg, Jabi, Naka, Nami mahupun Kuala Nerang, kawasan di mana membesarkan Mahdzir Khalid. Malah harus diingat Kg. Jabi pengaruh 'siam perut hijau' begitu kuat sebab itu penduduk dikawasan berkenaan mampu berbahasa siam dengan baik, satu bukti bahawa proses pengantarabangsaan telah berlaku dengan meluas di Kedah, kerana mengikut sejarah Kedah merupakan negeri pertama menghantar penuntutnya belajar keluar negeri, negeri yang memiliki pondok pengajian agama paling banyak, negeri yang mengasaskan sistem pondok moden terawal,melalui Maahad Mahmud, negeri terawal menerima Islam seawal kurun ke-12, menerusi peranan Sheikh Abdullah Yamani, negeri yang cukup hebat dengan tamadun silan Hindu dan Buddha di Lembah Bujang. Namun Kedah yang glokal itu amat malang kerana sepanjang sejarah dipimpin oleh MB berkelakuan orang hulu seperti Mahdzir Khalid. Orang Kedah sejati, berhemah, tinggi dan matang pemikirannya, mudah mesra dengan kawan, rakan mahupun musuh, bila bergurau tidak terasa, bila marah tidak nampak kemarahannya, bila bekerja penuh tekun, sebab itu Kedah mampu menjadi antara pioneer dalam membina terusan buatan tangan manusia terpanjang didunia seawal kurun ke-19, mulai 1985-1896(Terusan wan Muhamad saman). Juga negeri terawal memperkenalkan padi bendang seawal kurun ke-11, disaat negeri lain masih bertanam padi huma dan padi bukit. Namun sejarah hebat anak Kedah kini dipalit dengan penuh rasa malu oleh seorang MB yang mentah, dan merasa hebat akibat sifat hulunya yang baru mengenal pekan, lalu bercambahlah sifat 'perak'(sebutannya berlainan dengan negeri perak). Maka jadilah Mahdzir Khalid seperti 'merak jatuh dalam air achaq) atau merak buih.

Anonymous said...

TAKKAN KULUPA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.

Sebak, hiba, pilu, berlinang air mata saya setelah saya membaca tulisan terbaru di laman blog ini. Sukar untuk saya menahan rasa sedih yang menyelubungi diri ini mengenangkan layanan buruk dan penghinaan yang ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh pembesar-pembesar UMNO dan penyokong-penyokong mereka. Saya seolah-olah merasakan seperti ibu bapa saya sendiri yang disakiti. Amatlah perit untuk saya menerima kenyataan pahit ini.

Saya membesar di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak berada, tetapi saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh. Zaman awal kanak-kanak banyak dihabiskan di perkampungan setinggan Melayu di pinggir Kuala Lumpur dalam tahun-tahun 1980-an. Namun, seiring dengan peredaran masa, kawasan tempat saya dibesarkan berubah wajah menjadi semakin maju. Perumahan setinggan Melayu telah pun lenyap kini. Banyak infrastruktur dibangunkan. Kemudahan awam mudah sekarang didapati di kawasan ini, menjadikannya lokasi strategik untuk didiami. Dalam hal pendidikan pula, walaupun dengan serba kekurangan, dengan usaha gigih disertai dengan berkat doa ibu bapa dan sokongan kemudahan yang diberi oleh Kerajaan ketika itu dan ditambah pula dengan azam untuk mengubah nasib keluarga, saya berjaya menamatkan persekolahan di peringkat rendah dan menengah dengan jayanya. Seterusnya, dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan ketika itu, saya berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Walaupun saya tidak dapat belajar di luar negara disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang berlaku dalam tahun-tahun 1997-1998, ianya tidak mematah semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh di institusi pengajian tinggi tempatan dan alhamdulillah, saya lulus dengan kepujian kelas pertama dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Kini, saya sudah pun bekerja dan pada masa sama, meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Tiada niat saya untuk berbangga diri, cuma kejayaan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa bantuan banyak pihak, termasuklah daripada pihak Kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu. Kejayaan saya ini bukanlah kejayaan peribadi semata-mata, tetapi juga kejayaan semua pihak yang membantu saya, kejayaan bangsa Melayu membuktikan kebolehannya dalam apa jua bidang, walau sesukar mana bidang itu.

Sesungguhnya, saya benar-benar terhutang budi dengan semua orang yang membantu saya, dan ini termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang banyak menyediakan peluang untuk orang-orang seperti saya untuk berjaya. Saya tidak akan lupa jasa dan budi baik ini selama-lamanya. Namun, saya juga berasa kecewa dengan sikap sesetengah orang yang tidak tahu mengenang budi, yang hanya mementingkan diri sendiri. Namun, Tuhan itu maha adil, balasan setimpal pasti berlaku. Kesal juga saya kerana tidak dapat berbuat banyak untuk mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad tatkala beliau dihina begitu teruk sekali, hanya sekadar menghasilkan tulisan kerdil ini sahaja. Saya berdoa agar beliau terus dalam kesejahteraan sepanjang masa, sentiasa sihat dan tabah menghadapi liku-liku hidup ini. Takkan saya lupa peristiwa penghinaan kepada beliau ini selagi saya masih bernafas. Inilah janji saya, inilah sumpah saya.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Dato,

1.adakah kemungkinan Tun akan diberhentikan dari menjawat jawatan penasihat Petronas & Proton ?

2.adakah kemungkinan Tun akan disingkir dari UMNO ?

3.adakah kemungkinan Tun akan bertindak untuk menubuhkan parti baru selepas beliau disingkir?

4.pada Firasat Dato, adakah Anwar akan dijemput semula menyertai UMNO ?ada khabar angin mengenai ini bagi menyelamat pemberontakan yang bakal berlaku dalam UMNO ? apa komen Dato ?

5. Bagaimana Dato melihat semua permasalahan ini dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis TUN-PM ?

Anonymous said...

ASM Dato'

Dalam mana-mana masyarakat, sudah pasti ada pengikut yang menyokong memBABI BUTA dan tidak tahu apa yang disokong, hanya sekadar untuk menunjukkan KESETIAAN tidak berbelah bagi, bak kata cikgu saya semasa disekolah menengah dulu SETIA TOTOK.

Begitulah kiranya taraf Mahdzir MB Kedah, YB Hishammudin dan lain-lain pengikut dalam UMNO yang sanggup merosakkan kepimpinan UMNO dengan mempastikan budak hingusan KJ dijadikan naibnya hanya untuk BODEK TOTOK kepada PM AAB.

Apa yang TDM bangkitkan tidak dijawab dengan akademik sebaliknya jawapan BODOH yang dikeluarkan. Saya sedih dengan kepimpinan negara sekarang dan pengikut-pengikutnya. Kenapa tidak jawab perkara yang dibangkitkan oleh TDM dengan akademik.

Lihatlah cara TDM jawab (semasa jadi PM) dengan wartawan-wartawan barat semasa press conference. Cukup maklumat dan fakta. Bila ada yang komen tentang anaknya, dikeluarkan senarai yang terima tender.

Jasa-jasa TDM sudah dilupakan hanya semata-mata untuk mempastikan kepentingan diri dapat ditonjolkan. Betullah kata TDM Melayu Mudah Lupa.

Sekian.

Warga Bangi

Anonymous said...

Kepada Cucutun,
Apa kisahnya isu panggilan telefon dari London tu...yang saya tau panggilan telefon dari Perth... atau saya ini tertinggal 'keretapi'?. Sudilah berkongsi.

Anonymous said...

asalaimualaikum Dato,
sampaikanlah sokongan yang tidak berbelah bagi kami peringkat bawahan ini kepada Tun dan kami sentiasa mendoakan Tun di beri kekuatan dalam menghadapi si puak bebal dan tak reti mengenang budi.
Saya juga amat berharap supaya dapat Dato perbanyakan penulisan di ruang maya ini kerana sumber berita arus perdana sudah tidak boleh di pakai penoh pembohongan.
Sekian,

A KADIR JASIN said...

Pembahaas Bashir bertanya soalah berikut:

1.adakah kemungkinan Tun akan diberhentikan dari menjawat jawatan penasihat Petronas & Proton ?

2.adakah kemungkinan Tun akan disingkir dari UMNO ?

3.adakah kemungkinan Tun akan bertindak untuk menubuhkan parti baru selepas beliau disingkir?

4.pada Firasat Dato, adakah Anwar akan dijemput semula menyertai UMNO ?ada khabar angin mengenai ini bagi menyelamat pemberontakan yang bakal berlaku dalam UMNO ? apa komen Dato ?

5. Bagaimana Dato melihat semua permasalahan ini dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis TUN-PM ?

Reaksi saya adalah seperti berikut:

1. Ya, ada kemungkinan Dr Mahathir disingkirkan atau, setidak-tidaknya, dikenakan tekanan supaya meletakkan jawatan atau kedua-dua agensi itu diarahkan agar tidak lagi berurusan dengan beliau;

2. Kemungkinan beliau dipecat ada tetapi tipis. Dr Mahathir di luar Umno mungkin lebih berbahaya bagi Umno dan Kerajaan;

3. Beliau tidak akan menubuhkan parti baru atau menyertai nama-mana parti yang sedia ada;

4. Kemungkinan Anwar balik semula ke pangkuan Umno tipis. Pembesar-pembesar Umno sekarang turut bertanggungjawab dalam penyingkiran beliau pada tahun 1998;

5. Berbalik kepada isu pokok, kepada hal-hal yang yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir
sejak lima, enam bulan lalu.

Pembahas Zaimie bertanya: Apa dah jadi pada Datuk Zam?

Apa dah jadi?

Dari wartwan, Datuk Zam jadi Senator. Lepas dilantik Senator, dia dilantik Setiausaha Parlimen.

Lepas tu dinaikkan pangkat jadi Timbalan Menteri.

Lepas tu bertanding pilihan raya tahun 2004 dan dinaikkan pangkat jadi Menteri.

Saya rasa itulah yang telah terjadi kepada Datuk Zam.

Ada apa-apa lagi yang sensasi yang berlaku kepada Datuk Zam yang saya tak tahu?

Minta maaf kalau saya tak tahu. Tapi saya tahu bahawa RTM adalah tempat "happening."

Minta maaf kepada Sobri Sudin kerana tak dapat siarkan komen Sdr yang kedua.

Kenyataan Sdr mengenai ada MB yang sebelum jadi MB keluarkan cek tendang boleh dianggap fitnah.

Nasib manusia macam tu lah. Satu hari dia susah dan cik dia selalu tendang. Tapi dalam sekelip mata dia jadi senang, berkuasa dan disanjung dipuja.

Terima kasih kepada semua pembahas dan pelawat.

Anonymous said...

( Salam Dato' komen ini untuk pengetahuan Dato'. Terpulanglah kepada Dato samada untuk menyiarkannya atau tidak )

Dato’

Saya amat tertarik dengan ulasan dan pandangan yang Dato’ berikan. Setiap hari pasti blog Dato’ menjadi tatapan saya. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1973, banyak kemudahan hidup yang diperolehi hasil dari jasa, pengorbanan dan cerdik pandai pemimpin pemimpin terdahulu.

Saya membesar di zaman YAB Tun Dr. Mahathir B. Mohamad. Semasa di sekolah rendah ketika masih di dalam darjah 5, saya mengetahui bahawa negara mengeluarkan produk keretanya sendiri. Walau masih kecil, hati gembira tak terkata.. Pulang dari sekolah sambil menunggu bas, ( saya tinggal di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan bersekolah di SK Datuk Keramat (1) ) saya dan rakan-rakan akan mengira berapa banyak kereta Proton Saga yang akan melintas lalu di jalanraya.. Terasa bangganya menjadi rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, saya juga turut mengingati tohmahan dan kritikan pak cik dan mak cik saya ketika pulang ke kampong. Tentang pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan Proton. Mereka mengatakan bahawa itu semua membazirkan duit kerajaan. Kerajaan ketika itu dibawah pimpinan Dr. Mahathir telah menyalahgunakan duit rakyat.. Walau masih kecil, hati saya tertanya-tanya, benarkah Dr. Mahathir membazir duit rakyat??

Tamat persekolahan rendah, saya diterima melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh di selatan tanah air. Untuk pengetahuan Dato’, memang menjadi cita-cita saya untuk bersekolah di sekolah tersebut yang amat terkenal dengan pasukan bahasnya. Syukur alhmdulillah, dengan dasar yang dibuat oleh kerajaan, dengan pimpinan Dr. Mahathir yang begitu hebat sekali, saya yang berasal dari keluarga yang susah dapat juga bersekolah di asrama penuh.

Atas sebab masalah keluarga (perpisahan antara ibu dan ayah), saya hanya mampu mendapat Gred 2 (Agg 25) dalam peperiksaan SPM. Hampa dan sedihnya saya ketika menerima keputusan tapi saya akur dengan takdir. Nampaknya cita-cita saya untuk terus melanjutkan pelajaran ke luar Negara terpaksa saya kuburkan dahulu. Tamat persekolahan menengah, saya patut berasa bersyukur kerana diterima melanjutkan pelajaran di UiTM. Ketika itulah saya berasa syukur yang amat sangat kerana mendapat Gred 2, sekiranya saya mendapat keputusan yang cemerlang dan diterima belajar ke IPTA atau luar negara, sudah pasti banyak belanja yang diperlukan sedangkan ketika itu ibu tiada mempunyai pendapatan tetap dan terpaksa menyara kami 6 beradik. Dengan membayar yuran sebanyak RM90 bagi satu semester, saya mendapat segala kemudahan penginapan, makan dan pembelajaran yang banyak memberi manfaat kepada saya. Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan hidayahnya serta kurniaan seorang pemimpin yang bernama Mahathir Mohamad.




Tamat pengajian Di UiTM, saya bekerja sebagai kerani di sebuak bank asing di Negara kita. Ingin mencari rezeki halal untuk simpanan melanjutkan pelajaran disamping meringankan beban ibu dan membantu adik-adik. Alhamdulillah, pada tahun 1995, saya diterima melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan pinjaman pelajaran dari MARA. Sekali lagi, alhamdullilah, syukur yang tak terhingga di atas rahmat Allah dan dasar kerajaan ketika itu yang menggalakan agar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ilmu harus dicari dan apabila pulang harus dimanfaat kan kepada negara tercinta. Di Amerika saya berasa bangga kerana ramai rakan rakan yang datangnya dari seluruh dunia sudah mengenali Malaysia. Sudah mengenali Dr. Mahathir. Tiada lagi anggapan bahawa orang Malaysia tinggal di atas pokok sepertimana yang diberitahu oleh abang dan kakak saudara saya yang pernah menuntut di USA terlebih dahulu. Ramai yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang kejayaan Malaysia. Bangganya saya menjadi anak Malaysia. Tamat pengajian, saya pulang ke Malaysia. Di atas keputusan cemerlang yang diperolehi, pinjaman pelajaran saya telah ditukar kepada biasiswa. Alhamdulillah..

Ketika itu 2 orang yang menjadi idola saya, yang pertama sudah tentu YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan kedua YAB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya mula mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO kerana saya tahu dan sedar tanpa UMNO tak mungkin saya mengecap kejayaan yang diperolehi. Saya marah apabila mereka mengutuk kerajaan yang sedia ada.. Tak sedarkah mereka bahawa kejayaan yang mereka kecapi adalah jugak hasil kejayaan dasar yang dibuat oleh kerajaan sehingga mereka boleh menjadi “orang”.

Dalam masa 3 bulan bekerja, saya sudah mampu mempunyai kereta sendiri. Proton Wira Aeroback.. Alhamdulillah ada kereta proton, kalau tidak sudah pasti saya tak mampu untuk memilikinya.. Dalam ketika itu saya terkenang peristiwa silam.. Ketika ramai orang yang marahkan Dr. Mahathir di atas pembinaan Jambatan Pulau Pinang, pengeluaran Proton dan pembinanaan lebuh raya Utara-Selatan.. Ramai yang merungut.. Tetapi kini, cubalah bayangkan jika tiada kemudahan itu semua?? Berapa lama masa yang perlu saya ambil untuk pulang ke kampong di Negeri Sembilan?

Dato’.. Bagi saya Tun Dr. Mahathir adalah seseorang yang berpandangan jauh, berwawasan… Tak kesampaian fikiran saya untuk berfikir sepertinya. Ketika itu, orang mengutuk di atas apa yang di buatnya tapi nikmatnya kan dirasa 10 tahun akan datang. Bila tiba masanya, baru kita berfikir, memang betul apa yang Dr. Mahathir rancang dan laksanakan. Malahan pak cik dan mak cik saya juga mempunyai kereta Proton buatan Malaysia. Bersyukur dengan kemudahan infra yang kerajaan sediakan termasuklah lebuhraya Utara-Selatan.

Tiada siapa pun yang menyangka atau berfikiran untuk tetapkan kadar pertukaran matawang kepada 3.8 / USD. Tiada negara yang berani untuk berbuat demikian, namun sebagai pemimpin yang berani dan bijaksana, Tun Dr. Mahathir telah pun melaksana kannya. Sedikit sebanyak ia membantu ramai usahwan usahawan kita ketika kemerosotan ekonomi pada tahu 1997 – 1998.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan kerajaan dan dihadapkan ke muka pengadilan, ikhlas saya katakan bahawa saya juga berasa sedih. Tidak boleh menerima yang idola saya akan jadi begitu akhirnya. Kemarahan kepada pimpinan Tun Dr. Mahathir juga tak dapat saya elakkan. Namun dari hari ke sehari, pembangunan yang dibuat dan dirancang serta kedudukan ekonomi negara yang memberansangkan membuatkan saya lupa tentang kemarahan saya kepada Tun Dr. Mahathir. Bagi saya apa yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tu biarlah pengadilan yang menentukan. Allah akan sentiasa bersama orang yang benar. Melihatkan kepada keperibadian unggul Tun Dr. Mahathir sudah pasti beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dato’

Untuk pengetahuan Dato’, dahulu ketika Tun Dr. Mahathir ingin memberi ucapan tidak kira diperhimpunan Agung UMNO, pembentangan belanjawan atau lain-lain ucapan rasmi yang disiarkan di media eletronik. Saya dan keluarga sudah pasti sudah bersiap sedia duduk di depan TV ingin mendengar ucapan beliau. Hati ingin tahu, kali ini apa pulak yang ingin disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir. Dalam setiap ucapannya sudah pasti ada wawasan, idea baru dan bernas dan akhirnya membuatkan saya berfikir “ ye lah.. betul jugak kata Tun Dr. Mahathir”. Kata-katanya itu menjadi peransang dan motivasi saya untuk menjadi rakyat Malaysia yang lebih berkeyakinan dan berkualiti. Tapi kini.. apabila pemimpin negara berucap, kadang-kadang saya berfikir.. Macam ni, pak cik saya pun boleh cakap. Tak ada lagi rasa semangat ingin mendengar ucapan sesetengah pemimpin negara.

Scenario sekarang membuatkan saya berasa gusar dan susah hati. Isu Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah nampaknya semakin sukar untuk menemui jalan penyelesaian. Setiap manusia tidak sempurna, sudah pasti ada melakukan kesalahan baik Tun Dr. Mahathir mahupun Pak Lah. Bila ditanya oleh beberapa orang pemimpin UMNO negeri tentang pendapat saya ketika awal isu ini ditimbulkan beberapa bulan yang lalu, saya menjawab “ Saya hidup dan membesar di zaman Tun Dr. Mahathir dan bagi saya Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang berani, dinamik, bijaksana dan berwawasan. Setiap apa yang ingin dikatakanya sudah pasti sudah difikirkan kesan dan akibatnya. Pak Lah masih baru dan adalah tidak wajar sekiranya perbandingan dibuat di antara Tun Dr. Mahathir (22 tahun) dan Pak Lah (3 tahun). Saya kurang ilmu dan pengalaman namun apa yang saya harapkan agar pertemuan Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah dapat diaturkan secepat mungkin dan isu ini dapat diselesaikan umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak”.

Namun usaha untuk menemukan kedua pemimpin ini hanya berjaya diadakan beberapa hari sebelum kita menyambut Aidilfitri 1427. Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau berpuas hati. Pertemuan yang ditunggu-tunggu oleh semua golongan rakyat diharapkan agar menjernihkan segala permasalahan. Tapi sayang seribu kali sayang, ketika Tun Dr. Mahathir diminta untuk mengulas pertemuan beliau dengan Pak Lah, Tun Dr. Mahathir dikatakan mengecam dan membuat kritikan baru kepada Pak Lah.. Apa nak jadi ni? Wartawan tanya, Tun Dr. Mahathir bagitahu tapi nampaknya kenyataan Tun Dr. Mahathir telah diputar belit. Kemelut yang dijangka akan berakhir nampaknya semakin dikusutkan. Seolah ada pihak yang tidak bersetuju dan menghalang usaha pendamaian ini. Kecaman demi kecaman dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, ada Pemuda UMNO yang baru setahun jagung sudah mula kurang ajar dan biadap dengan mencabar agar Tun keluar dari UMNO. Kenapa jadi begini? Tiada yang baik tentang Tun??? Lupakah mereka tentang jasa dan pengorbanan Tun? Masing-masing ingin menunjuk bahawa mereka lah Hero. Masing-masing nak membodek Boss mereka, al-maklumlah pilihanraya tak lama lagi. Manalah tahu, kot-kot dapat jadi ADUN atau Ahli Parlimen. Tak kiralah apa nak jadi, asal matlamat peribadi dapat direalisasikan..

Dato’ yang saya hormati,

Rakan-rakan dari golongan professional mahu pun tidak, ramai yang meluat melihat keadaan sekarang. Kepercayaan kepada UMNO semakin pudar. Bagaimana caranya kita ingin menarik ramai golongan professional jika begini sikap kita? Nak mengundi pembangkang, mereka tak sanggup.. jadi ada yang memberi cadangan, mereka nak buat undi rosak. Tak rasa bersalah kepada sesiapa.

Saya sayangkan negara, sayangkan agama dan sayangkan bangsa saya.. Saya juga kadang-kadang keliru dan bingung. Tun Dr. Mahathir yang saya kenali adalah seorang yang bijaksana. Saya yakin bahawa tidak terlintas difikiran Tun. Dr. Mahathir untuk kembali berkuasa menjawat jawatan no 1 dalam UMNO. Niatnya ikhlas dan demi agama, bangsa dan negara. Saya pasti ada juga kebenarannya mengkritik kerajaan. Anggaplah kritikan beliau kritikan yang membina. Sudah banyak contoh contoh yang telah pun berlaku, suatu masa rakyat mempertikaikan keputusan Tun Dr. Mahathir tetapi selepas beberapa tahun mereka berfikir, bijak sungguh Tun Dr. Mahathir kalau tidak sudah pasti berjam-jam lah masa yang perlu diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi, Jambatan Pulau Pinang pulak nak dibina satu lagi. Tun Dr. Mahathir telah diberi kurniaan oleh Allah SWT untuk mempunyai fikiran yang cerdas serta bergeliga. Apa yang dibuat sudah pasti untuk kesenangan dankemudahan rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Jadi dalam isu yang diutarakan oleh Tun. Dr, Mahathir sekarang, saya gusar sekiranya 5 tahun akan datang, rakyat akan berkata, memang betul lah apa yang Tun Dr. Mahathir katakan dulu. Kenapa kita tak buat sesuatu dulu yer? Tapi Dato’, sekiranya tiada yang dibuat untuk perbetulkan mana yang silap sekarang, saya takut sekiranya 5 tahun akan datang, NASI BUKAN SAJE DAH JADI BUBUR… TAPI NASI DAH JADI NASI BASI…

Maria

Anonymous said...

Salam Dato'
Saya ingin menyatakan perasaan amat kurang senang dan amat dukacita dengan kenyataan MB Kedah. Saya anak Kedah amat-amat malu dengan MB Kedah ni. Isu-isu yang dikritik Tun tak dijawab, tapi apa yang dibuat ialah menghentam Tun. Dato' sila sampaikan salam hormat saya pada Tun. Teruskan perjuangan. Terima kasih di atas artikel Dato' ini.

Anonymous said...

Dato,

Walaupun saya bukan ahli UMNO, tetapi apa yang sedang berlaku sekarang ini amat menyedihkan. Bagi saya TDM telah bersara dan sebagai orang tua, dia berhak untuk menegur apa yang dirasanya tidak betul. Apakah dengan mengemukakan beberapa soalan dia dianggap melanyak PL dan kerajaan?

Soalan yang sama dikemukakan sejak dari awal.

Kepada pembesar-pembesar UMNO Kedah, sedarlah apa juga pembangunan besar yang terdapat di Kedah hari ini, kecuali Perairan MUDA, semuanya adalah hasil buah tangan TDM secara langsung atau tidak.

Sebaliknya apakah projek yang telah dijalankan oleh pembesar UMNO Kedah sejak zaman Osman Aroff yang boleh dibanggaka? Projek Pejalan Kaki ( Mall) di Bandar Raya Alor Star?

Dan apakah pula sumbangan Mahdzir Khalid dan Mohd Rawi kepada Kedah selama ini? Apakah melebihi apa yang telah disumbangkan oleh TDM?

Dalam bahasa kesat Kedah, ‘Kencing dalm tempurung cermin muka sendiri.’

PakChak

shar101 said...

TDM will continue to 'fight the good fight' and criticise the government for mismanaging the country besides seeking 'real' answers to his previous queries.

The fact that TDM announced his intention so soon after the four-eyed meeting with AAB is not lost to us.

In turn, we are reminded daily by the mainstream media plus diatribes from megaphone politikus with attempts to shut out TDM.

TDM making available the transcript of the meeting is a positive effort towards presenting the 'facts' on the proceedings as it happened because there was no witness. Will NST, etc print it?

What will forever remain a mystery is the 'body language' of AAB that TDM saw during the meeting.

I doubt TDM spoke for 90 minutes with his eyes closed and reckoned he 'saw' enough to justify further action.

Anonymous said...

Salam Hormat BUat YG Berbahagia Dato' A KAdir Jasin .... kolumnis tempatan yang bertakhta sebagai NOMBOR SATU DI JIWA SAYA sejak zaman The Other Thots dalam NST ketika saya masih bersekolah hinggalah ke zaman MAlaysian Business dan Blog ini.....

Saya CUMA mahu membuat sedikit rumusan.....

GENERASI yang dilahirkan pada 80-an MAJORITINYA amat muak dengan apa yg dilakukan oleh PENDEKAR BARU TAK TAHU RAHSIA BERTARUNG mcm MB KEDAH dan yg sepuak dnegannya itu......

MAKIN HEBAT MEREKA CUBA MEMBODOH DAN MENGHINA TUN DR M, makin kuranglah sokongan Generasi 80-an pada mereka...

INGAT.... Generasi kelahiran 60-an mungkin banyak yg tidak puas hati dengan TUN DR M, tetapi GENERASI 80-an dan akhir 70-an boleh dikatakan 90% adalah generasi kelahiran DR M yang cukup sebati dengan idealisme MALAYSIA BOLEH dan MAJU SENTIASA !

MAkin dikutuk DR M, Makin Jauhlah sokongan kami kepada PAK LAH yang nampaknya SENYAP seperti tak bertenaga !!! KAMI MAHU PM yg MALAYSIA BOLEH !

Anonymous said...

dato'

saya ingin mengucapkan syabas berkenaan komen terbaru dato'.apalah sangat signifikasi komen MB Kedah utk menyuruh seseorg yg pernah menjadi perdana menteri selama 22thn sedangkan beliau sendiri tak sampai 3 penggal menjadi ahli dewan undangan negeri.umum tahu bahawa perlantikan Dato' Madzhir Khalid adalah berikutan dgn hubungan beliau sbg setiausaha PM kita sebelum ini.lantaran itu,kenyataan beliau jelas berbaur bodekkan yg bukan hanya tidak memuntahkan isi2 yg ada integriti malah memampangkan kebodohan beliau dgn 'menyuntik lebih banyak bisa' dlm senario politikal pimpinan PM

Anonymous said...

dato'

saya ingin mengucapkan syabas berkenaan komen terbaru dato'.apalah sangat signifikasi komen MB Kedah utk menyuruh seseorg yg pernah menjadi perdana menteri selama 22thn sedangkan beliau sendiri tak sampai 3 penggal menjadi ahli dewan undangan negeri.umum tahu bahawa perlantikan Dato' Madzhir Khalid adalah berikutan dgn hubungan beliau sbg setiausaha PM kita sebelum ini.lantaran itu,kenyataan beliau jelas berbaur bodekkan yg bukan hanya tidak memuntahkan isi2 yg ada integriti malah memampangkan kebodohan beliau dgn 'menyuntik lebih banyak bisa' dlm senario politikal pimpinan PM

Anonymous said...

Dato',

Seronok sungguh tenguk gambar PM dan Datuk Seri Rafidah dalam NST hari ini tengah berbangga dan berseronok pasal Petronas dapat kontrak bernilai RM 92 billion dari syarikat-syarikat Shanghai. Memang jauh pandangan dan perancangan Dr Mahathir dalam memajukan negara.

Kalau tidak kerana F1 dan SAUBER PETRONAS Formula 1 Team, Foggy PETRONAS World Superbike Racing dll, agaknya dapat jugakkah Petronas meraih kontak-kontrak ini?

Keratan berita di bawah boleh menjelaskan bertapa visi, pandangan dan perancangan Dr Mahathir adalah untuk 100 tahun dan bukannya untuk satu penggal!

Tahun 1998 lagi, Dr Mahathir dah tahu buah betik dan buah mangga banyak di China. Malah lebih sedap dan manis rasanya!

Terima kasih Dr Mahathir!


TeamSHANGHAI, China, May 17 /Xinhua-PRNewswire/ -- Petroliam Nasional Berhad
or PETRONAS, the Malaysian oil and gas conglomerate, today announces its
commitment to undertake the role of the title sponsor for the coming 2004
Shanghai International Race Festival.
Scheduled from 16 to 18 July, the event, to be officially known as the
PETRONAS Shanghai International Race Festival 2004, features a street race for
various classes of cars on the streets of Shanghai with German Touring Car
series, Deutschen Tourenwagen Masters (DTM), as its main highlight. Other
classes such as a single-make race and celebrity race are also in the cards.
The appointment of PETRONAS as the title sponsor of the event is expected
to further boost the conglomerate's brand presence and awareness in China,
paving the way for its planned expansion into the vast Chinese market.
PETRONAS currently has some interests in China's oil and gas industry.
President and Chief Executive Officer of PETRONAS, Tan Sri Dato Sri Mohd
Hassan Marican said, "Today is a very special day for PETRONAS as we announce
our title sponsorship for the Shanghai International Race Festival 2004.
PETRONAS is indeed very honoured to have been given the trust and mandate by
the organizers and the people of Shanghai to assume such an important role in
this prestigious motor sporting event."
He said PETRONAS could be considered a veteran in its involvement and
achievements in international motor sports. The company is a technology
partner to the SAUBER PETRONAS Formula 1 Team, a partner to the Foggy PETRONAS
World Superbike Racing Team, and is principal sponsor in other motor sports
teams competing in Malaysian, regional and international championships. In
Malaysia, PETRONAS has also been the title sponsor for the Malaysian Formula 1
Grand Prix since 1999.
"We are confident that our experience in organizing and active
participation in many world-class motor sporting teams and events would
complement that of our Chinese colleagues. Together we will work hand in hand
to ensure that the PETRONAS Shanghai International Race Festival 2004 will
become one of the most successful and memorable sporting events in China," he
said.
The event, set to be a prelude to the SINOPEC Chinese Formula 1 Grand Prix
in September, will also feature street demonstrations by the SAUBER PETRONAS
Formula 1 Team and by the Foggy PETRONAS Racing Team.
The audience at the PETRONAS Shanghai International Race Festival 2004
would get the opportunity to see the SAUBER PETRONAS' drivers showing off
their mettle in the SAUBER PETRONAS C23 Formula 1 car, while Foggy PETRONAS
Racing Team's riders would display their skills on the PETRONAS FP1, the
Malaysian superbike currently racing in the World Superbike Championship. Both
teams, together with other outfits within the PETRONAS Motorsports family,
performed in a street carnival for a crowd of more than 120,000 prior to the
PETRONAS Malaysian Formula 1 GP in March.

Hantu Gigi Jarang

Anonymous said...

Baru-baru ini saya borak-borak dengan kawan sepejabat(yang mana hari-hari sibuk dengan blog pasal siti dan mawi) berkenaan hal Dr. Mahathir - si Pak Lah..

Saya dinasihatkan: "Jangan dengar cakap Dr. Mahathir, dia tu dengki dengan Pak Lah. Cakap dia dah koi mengarut saja la ni"

Nak tergelak ada, sedih pon ada... agak-agak anda, berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang sebegini?

Anonymous said...

syabas datuk...biar Mahdzir tertelan bijik cempedak goreng bila membaca tulisan ini...

Anonymous said...

Pembesar is the right word. The pembesars from UMNO re above the law. Just look at Zakaria and how the handle him with velvet glove. He is above the law. Thank god we have a progressive Sultan. Daulat Tuanku!!!

and long live Dr.M. You have the best interest of the country and you made a mistake in appointinng Pak Lah as PM. So you need to correct your mistakes. and we rakyat will teach Pak Lah in the next GE so that we can correct our mistake in 2004 GE.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dan pengunjung lain blog Dato'...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi sebuah lagi gambaran terhadap isu Pak Lah dan Dr M. Saya pun sebenarnya kabur dengan apa sebenarnya berlaku, dan cuba memahami apa yang berlaku.

Teruskan menulis...

Anonymous said...

Dato, saudara saudari semua. Moga-moga dianugerah kesihatan dan kesejahteraan hidup.

This is the most touching article by Dato. Every imaginabale feelings are nicely packed, wrapped and posted in this interesting article. Hati Dato masih baik macam dulu dan kekal lembut dan cekal.

Mengimbas episod terkini, dengan MB Kedah bersuara keras dan kasar membelasah Tun, saya kira kita sudah sampai tahap yang sangat berbeza. Di saat ini fokus intelektual yang waras sudah hilang. Yang kelihatan penting sekarang pada MB Kedah dan beberapa orang yang lain ialah Tun mesti diperlihatkan sebagai jahat dan tidak baik.

Saya kira kaedah ini saja yang ada pada mereka, kerana bukan saya saja tetapi mereka pun saya rasa masih tercari-cari apakah kelebihan dan kemampuan PM sekarang ini. Oleh itu membelasah Tun adalah satu-satunya alternatif yang ada.

Saya masih tidak tergamak untuk mengatakan PM sekarang dan pemimpin yang lain semuanya bongkak dan sombong. Tapi rentetan peristiwa yang dapat kita lihat setiap hari, masih gagal meyakinkan sekurang-kurangnya saya, tentang wujudnya kepimpinan yang mantap, berhemah dan bermaruah.

Walaupun gelaran kerajaan half past six kelihatan sedikit kasar, tetapi kalau cara yang dilakukan sekarang ini diteruskan, akhirnya semua orang akan jadi bertambah yakin bahawa half past six itu memang tepat sekali.

Kalau isu proton dan jambatan tidak dijelaskan dengan betul, rakyat macam saya terpaksa membuat jawapan sendiri. Dan tentu sekali jawapan yang saya buat itu sangat lucu dan tidak sesuai dipaparkan disini.

Saya tertarik mendengar kenyataan bahawa kabinet sekarang bebas dan keputusan dibuat secara konsensus dan mesyuarah. Betulkan jika saya salah, tapi itulah ayat yang saya pernah baca masa Dato Seri Anwar buat kenyataan pada satu majalah luar negara semasa Tun (dulu belum Tun)tiada dalam negara suatu ketika dulu.

Kepada MB Kedah, saya ingin kata, kalau dato rasa selesa mencerca Tun, teruskanlah. Sekurang-kurang orang lain boleh tahu hati budi dan pegangan dato. Begitu jugalah pemimpin-pemimpin yang lain, kalau rasa seronok sangat mencerca bekas Perdana Menteri.

Saya sekadar mengingatkan diri sahaja, bahawa mencerca orang lain tak semestinya boleh menutup langsung kelemahan diri sendiri.

Terima kasih dato.

Anonymous said...

Datuk,
Syabas, well written, cukup berbisa and very very touching. Thanks for still standing by 'the old man'.
Here's my comment.
Memahami kritikan Dr.Mahathir secara terbuka

Kenapa kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan merejam dan mengutuk Tun Mahathir seolah bekas Perdana Menteri kita ini adalah seteru dan pengkhianat bangsa dan negara? Tidak sangka sekali tiga tahun yang lampau kata-kata dan ucapan yang lahir dari mulut situa ini di alu-alukan seiring senada bagai kata-kata hikmat penggerak bangsa dan nusa. Sekarang semuanya seolah-olah duri menikam lidah atau patukan berbisa ular.
Saya fikir perkara ini tidak akan terjadi sekiranya AAB, selepas mengambil alih kuasa pucuk pimpinan negara, bijak menyesuaikan perhubungannya dengan bekas PM. Kerana mahu membukti kecekalan diri beracuan kepimpinan sendiri (self-made leader) dan takut dibayangi sayap telunjuk Mahathir, AAB memileh meminggir dan mengenepi TDM. Walaupun ini hak keputusan AAB tetapi mengambil alih pucuk pimpinan bukan sahaja melibatkan kepimpinan tetapi juga pemerintahan. Kepimpinan adalah hak individu tetapi pemerintahan adalah sistem kesinambungan yang berterusan dari satu ke yang lain. Kerana sistem ini dianggotai oleh semua berbanding dengan individu maka AAB harus peka akan tindakbalas, rujukan dan komunikasi dalam sistem itu. Sebarang keputusan yang diambil sebagai PM tidak siapa boleh menyangkal tetapi sebaliknya apabila ia melibat polisi dan projek-projek kerajaan yang dimuktamadkan dan diasaskan bersama, banyak masaalah akan timbul jilalau ia dibuat tanpa penilitian. Inilah yang kita lihat tercetus sekarang ini— membatalkan terus sebagai jalan mudah bila bermasaalah atau mengambil ringan sebarang perubahan dasar. Untuk pengetahuan umum, pada asasnya kritikan serta teguran yang diungkitkan oleh TDM adalah khusus pada projek-projek yang dibatalkan yang melibatkan beliau dan bukannya menuduh melulu pemerintahan AAB.
Kita kena lihat kritikan TDM dalam konteks yang lebeh luas dan mendalam berasaskan ‘track’ rekodnya selama 22 tahun menerajui pentadbiran negara; bukannya dari timbunan dan longgokkan isu-isu yang semakin meliar seperti sekarang ini. Kalau kita imbas kembali semasa kepimpinan TDM, banyak, malah hampir kebanyakkan projek raksaksa seperti Lebuhraya Utara-Selatan, KLIA, Putrajaya, ERL, Bakum, Menara Petronas dsbnya, menghadapi masaalah dan rintangan yang tertentu tak kira dari dalam mahupun luar negara, tetapi atas dasar gigih dan berani dan ‘Malaysia boleh’ semuanya dapat disiapkan atau diteruskan dan buktinya lihatlah apa yang dinikmati sehinggalah sekarang ini. Sebaliknya dibawah AAB, projek-projek seperti Lintasan Keretapi Dua Aliran, MV Augusta dan Jembatan ‘Bengkok’ terus digantung atau dibatalkan seolah-olah menyerah kalah-rebah tanpa berikhtiar bersungguh-sungguh mencari penyelesaian hingga keakar umbi. Malah saya berani meramalkan, seperti mana juga kebanyakkan rakyat Malaysia, sekiranya masih dibawah TDM kesemua projek-projek kontrovesi diatas setidak-tidaknya mampu disiapkan walaupun bukan dalam bentuk yang asal. Walhal dibawah AAB terlalu menampakkan mudah kalah bila berhadapan masaalah. Kalaulah pemerintahan sekarang ini menampakkan jalan mudah mengambil keputusan, mampukah projek seperti KLIA, Putrajaya. Monorail dan sebagainya berjaya disiapkan jika ditakdirkan ia diilhamkan oleh kerajaan sekarang? Lebeh maju dan selesakah negara Malaysia kerana bijak mengurang perbelanjaan dengan membatalkan projek raksaksa ini semata-mata mahu menampakkan kebijaksanaan menjimat belanja mengembang prasarana yang sedia ada. Banggakah kita tanpa KLIA tetapi Subang International yang tercekek dek pembangunan persekitarannya? Sudikah kita menukar Putrajaya dengan ‘Dutajaya’? Lebeh majukah Malaysia mengaruskan beribu-ribu juta mengembang dan membangun Jalanraya Persekutuan atas dasar jimatcermat membatalkan sekian-sekian lebuhraya yang mencakarcengkok bumi Malaysia ini? Bagaimanakah nanti Menara Kembar Petronas yang tersergam mencakar langit jika dikurangkan separuh ketinggiannya? Inilah akibat kerana terlalu bergantung pada ‘U-turn’ dan jimat ‘kos’.
Walaupun rakyat tidaklah mengharap setinggi langit dari AAB, memadailah mengendalikan dan meneruskan pembangunan yang tersedia ada. Landasan ekonomi dan pentadbiran negara yang diwarisi cukup kukuh dan mantan. Cuma yang perlu dibuat hanya diurus dengan tertib dan memastikan mana yang belum selesai di siapkan mengikut jadual. Momentum dari janaan yang terdahulu akan menentukan masa depan negara terjamin sehingga berlaku penukaran pucuk pimpinan seterusnya.
Malang sekali, sudahlah tidak menunjukkan canai yang memberangsangkan, kepimpinan kerajaan sekarang mula mengupas dan mengalih hala tujuan sesetengah landasan-landasan yang telah dirangka dan diperincikan dengan bijaksana. Walaupun ini adalah hak dan bidangkuasa pengetua pentadbiran semasa, tetapi tidak dinafikan yang langkah-langkah baru yang diserapkan atas alasan mengemaskinikan pelaksanaannya memberi kesan serta akibat pada pentadbiran lama. Lebeh-lebeh lagi ada bukti mengaitkan pihak ketiga yang cuba mencari kesempatan untuk kepentingn tertentu atau peribadi. Sudah tentu mana-mana parti yang terlibat merasa tersinggung dan teraniayai dan akan membela diri. Itu pun kerana hayat masih lagi berdenyup jantung.
Hairan sekali bagi saya kenapa kepimpinan kerajaan sekarang tidak menumpukan perhatian untuk menjana dan menjayakan projek-projek yang melambangkan kebijaksanaan kepimpinan yang diterajui sedangkan telah mengambil alih kuasa. Tersedia dalam genggaman adalah hak untuk menentukan hala tujuan yang dirancang. Kenapa menyentuh, menyelerai dan mengorbankan sebilangan hasil usaha pemikiran dan perancangan orang lain sedangkan dunia luas terbentang untuk digembeling perahan otak? Ataupun ini menunjukkan kedaifan idea-idea baru dan bernas atau permainan politik untuk kepentingan pihak yang tertentu? Yang jelas sekali kurangnya sensitiviti terhadap orang dikeliling kita bagaikan kitalah bermaharaja menentu segalanya. Bagi saya inilah punca segala yang berlaku, dan bukanlah kerana karenah situa pencen yang hilang ketetapannya untuk tidak bersuara selepas pesaraannya.
Cuba kita renung dan meneliti sedalam-dalamnya isu-isu yang dibangkitkan, tetapi masih melarat kontang. Salahkah TDM membela maruah dan martabat diri, bangsa dan negara yang dikotainya selama 22 tahun, dan masih mahu meneruskan perjuangan mempetahankannya? Janganlah kita semua senang-senang salah-anggap kritikan-kritikan serta teguran-teguran ini suatu campurtangan membutatuli dari luar. Apa yang dikecapi sekarang tidak dapat dinafikan adalah kesinambungan dari yang terdahulu. Mewarisi memberi kita hak menukar hala tuju tetapi biarlah atas alasan dan penjelasan yang kukuh, berwibawa dan bernas. Salah langkah masih boleh diubah tetapi terang-terang mengalah atau berpatah padah sebangsa dan senegara. Jangankan nanti Wawasan 2020 terpaksa ditunda atau tergadai jadinya. Inilah yang amat ditakuti TDM.
‘Wildbanana’

Anonymous said...

Dato,

Saya menghadapi satu masaalah yang amat besar dan saya jangka masaalah ini mungkin dirasai oleh ramai yang lain. Kita ketahui dengan apa yang berlaku sekarang. Banyak sekali perkara yang tidak menyenangkan berlaku dan terus berlaku. Pokoknya pentadbiran negara sekarang tiada mempunyai keupayaan dan kepintaran untuk menandingi masaalah yang ada (yang kebanyakan nya pun diadakan oleh mereka sendiri). Kita telah dihayalkan dengan kata-kata manis dan harapan masa hadapan yang lebeh cerah dengan slogan seperti "transparency, accountability and good governance" dan memilih mereka-mereka ini untuk menjadi pemimpin (?), tetapi kita lupa untuk meneliti samada mereka mempunyai keikhlasan, keupayaan dan kebijaksaan, semangat dan juga moral integrity untuk menjadi pemimpin.

Masaalah saya sekarang ialah: Siapa atau party politik mana kah yang hendak saya pilih untuk pilihan raya yang akan datang?? Nak pilih BN ini lah akibatnya. Sekarang ini semua mereka telah menunjukkan warna mereka yang sebenar - tiada yang mempunyai vision, tiada yang berwibawa pemimpin tulin, tiada yang mempunyai semangat yang tegoh menghadapi cabaran, tiada yang berfikiran waras fikir dan tindakan berasas kepada kepada kebenaran. Semua menjadi pak turut untuk kepentingan peribadi.

Nak undi pembangkang pun susah kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara. Contoh yang ada pun tidak sangat impressive dan juga dipenuhi dengan hipokrasi.

Seterusnya saya juga mahu menggunakan hak demokrasi saya sebagai warganegara untuk memilih pemimpin yang berkalibar dan yang akan menjaga kepentingan saya dan rakyat lain, bukan kepentingan peribadi mereka seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang ada sekarang ini.

Ini lah dilemma saya. Yang saya tahu, undi saya tidak akan pergi kepada BN lagi.

Anonymous said...

sdr wildbanana,sdr menyebut monorail,
saya meramalkan semua bandar bandar di Malaysia akan didirikan monorail dalam masa terdekat ini.

semua kontrak akan pergi kepada "kompeni yg satu satunya memiliki teknologi " tersebut di sini.

kelebihan anak beranak mereka "sentiasa memiliki teknologi yg orang lain di Malaysia tak ada" spt mud drilling technology ,walaupun mereka hanya baru hidup semalam.

sdr,mungkin ada antara kita yg amat sesuai utk jadi imam dikampung yg kadang kadang masa beri kutbah ,makmum jadi fana antara tidur dan jaga.

tentang "penasihat utama" beliau lama dulu saya dan rakan2 berpendapat "he is another siAn in the making".setiap kali kami berjumpa ,kami saling mengingati kenyataan yg kami buat sekitar 1998 yg lalu.terbukti.

sdr,mungkinkah sajak sufi yg saya kagumi sedikit masa lalu itu juga made in temasik?.saya sudah ragu.

Doi-Moi said...

Org kedah bukan malu dgn MBnya jer tapi malu sekali dgn ZAM

pemerhati said...

Dato

I believe many Malays share the same sentiment as Melayu_Malaysia and are facing this dilemma as to which party to vote for in the next general election.

Like him, I know for sure “undi saya tidak akan pergi kepada BN lagi” or if I may be more specific to UMNO.

I hope Umno realizes that the support that it has been getting all this years has come not only from Umno members but from the Malays.

Umno couldn’t have won past elections and be the backbone of the Perikatan then and later the Barisan Nasional had it not been for the Malays who gave their whole-hearted support to the party.

And I doubt it can boast a repeat of the the 2004 GE victory purely based on the support of the present 3.8 million members in the next GE.

I think that is the reason why Pak Lah has postponed the party election until after the next GE because he is aware that he and Umno are on shaky ground.

It has been the Malays who believe in the party’s struggle party and who have faithfully help deliver Umno its victory in past elections with the exception of the GE of 1969.

And how did that happened? Simply because the Malays were disillusioned with the then Party Perikatan of which Umno was the leading partner for having failed to help uplift the Malays in both economic and education field.

Perikatan couldnt even set up a state government in Selangor because it couldn’t get 2/3 majority.

I hope the Umno top gun are aware of what could happen if Malays felt that Umno is no longer relevant when it’s struggle now seems ONLY to protect the interests of certain individuals dan bukan lagi berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Anonymous said...

By: Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad
Venue: PWTC
Date: 19/11/88
Title: MAJLIS MALAM WARTAWAN MALAYSIA 1988 ANJURAN INSTITUT AKHBAR MALAYSIA


Encik Ahmad Rejal Arbee,
Pengerusi Institut Akhbar Malaysia;
Encik Mazlan Nordin,
Pengerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia;
Yang Berhormat-Yang Berhormat;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Institut Akhbar
Malaysia kerana menjemput saya ke Majlis Malam Wartawan
Malaysia 1988 ini. Saya merasa bangga kerana diberi
penghormatan juga untuk menyampaikan hadiah-hadiah
kewartawanan. Saya percaya Majlis ini akan berjaya
menjalinkan lagi hubungan rapat antara para wartawan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
2. Sebagai wartawan saya yakin tuan-tuan dan puan-puan
menghargai kebebasan media massa yang menjadi satu daripada
rukun demokrasi. Kebebasan media merupakan salah satu aspek
yang penting untuk mempertahankan demokrasi. Tanpa
kritikan dan teguran daripada media yang bebas, tanpa
maklumbalas berkenaan dengan pemikiran dan reaksi
masyarakat, besar kemungkinan Kerajaan dan anggotanya akan
tersilap jalan, akan menyeleweng dan akan melakukan
perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Sebaliknya tanpa
maklumat yang disampaikan oleh media yang bebas rakyat pula
akan berada dalam kegelapan, tidak mengetahui dan tidak
memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
Dengan perkataan lain tanpa media massa yang bebas,
masyarakat dan Kerajaan akan berada dalam keadaan tidak
sedar akan hasil dasar-dasarnya dan tidak dapat menilai
kekesanan sesuatu tindakan atau peristiwa. Kita akan
meraba-raba dalam kegelapan tanpa mengetahui ke arah mana
kita menuju atau ke arah mana kita dibawa.
3. Ada negara-negara di mana media massa diletakkan terus
di bawah kuasa Kerajaan. Dengan itu media tidak dapat
menilaikan dengan baik dan dengan adil tindakan-tindakan dan
dasar-dasar Kerajaan. Semua yang dibuat oleh Kerajaan
dikatakan baik dan dipuji. Oleh yang demikian apabila
Kerajaan tersilap jalan maka Kerajaan akan sesat tanpa
disedari. Negara komunis sesat 70 tahun sebelum mereka
mengetahui bahawa mereka sesat. Sepanjang masa, media yang
dikongkong oleh Kerajaan memuji dasar-dasar dan
strategi-strategi komunis sehingga rakyat mereka hilang
keupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.
4. Goebbels, Menteri Propaganda Nazi Jerman, biasa berkata
sesuatu yang tidak benar, jika berulangkali dikatakan benar,
akhirnya akan diterima sebagai benar oleh masyarakat.
Demikianlah dengan negara komunis. Oleh kerana kegagalan
sistem ekonomi komunis dikatakan juga satu kejayaan,
akhirnya semua pihak percaya bahawa sistem komunis berjaya.
Apabila sudah sampai ke tahap ini kebenaran sukar hendak
diperkata dan diutarakan kerana ia akan dianggap tidak benar
dan akan ditentang keras. Hanya pemimpin yang gagah dan
berani sahaja yang akan sanggup memperkatakan yang benar,
iaitu sistem ekonomi komunis gagal dan perlu digantikan
dengan sistem yang dahulu dikatakan oleh pihak komunis tidak
baik. Demikian glasnost dan perestroika anjuran Gorbachev.
5. Inilah satu daripada kesan kongkongan media massa oleh
Kerajaan. Tetapi apakah kebebasan penuh untuk media massa
akan menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara? Di
beberapa negara di mana media bebas sepenuhnya,
akhbar-akhbar dan media elektronik tidak segan-segan
menyalah-gunakan kebebasan mereka. Media yang bebas tidak
memberi kebebasan kepada pihak lain. Sasaran mereka dikejar
sehingga ke lubang cacing. Segala-galanya didedahkan
sehingga keaipan yang dirasai oleh subjek adalah lebih
daripada semua hukuman yang boleh dikenakan. Gambar-gambar
lucah didedah dan cerita-cerita lucah disiarkan sehingga
kepada kanak-kanak. Bahasa yang kotor tidak lagi
disembunyikan. Keganasan dipamer sehingga mempengaruhi
budaya masyarakat. Penjenayah dibayar wang yang banyak
untuk cerita jenayah mereka yang menggambarkan mereka
sebagai hero. Rahsia Kerajaan didedah sehingga keselamatan
negara terancam. Pemimpin-pemimpin dilaga-lagakan dan
cerita-cerita yang tidak benar dicipta dan disiarkan.
6. Akibat daripada semua ini ialah masyarakat keliru dan
ada yang tidak dapat menilai antara yang baik dengan yang
buruk. Ada di antara mereka menjadi bingung kerana percaya
kepada yang tidak benar. Nafsu dan seks menjadi tumpuan
bagi setengah-setengah pihak sehingga mereka dikuasai hanya
oleh keperluan memuaskan nafsu. Akhlak hancur dan institusi
sosial seperti perkahwinan dan keluarga hilang kedudukan
dalam masyarakat. Pendek kata, kebebasan akhbar yang
ekstrim membawa kesan yang tidak banyak berbeza daripada
kongkongan oleh Kerajaan.
7. Apa yang digambarkan di sini ialah kes-kes yang
ekstrim, kongkongan media yang menyeluruh dan kebebasan yang
tidak terhad. Jika diakui bahawa kedua-dua contoh ekstrim
ini adalah tidak baik dan mempunyai kesan yang buruk kepada
masyarakat dan negara, soal yang timbul ialah apakah had
sekatan kebebasan dan kongkongan ke atas media massa yang
baik untuk masyarakat? Soal ini perlu dijawab melainkan
kita mempunyai falsafah kebebasan semata-mata untuk
kebebasan dan bukannya kebebasan untuk kebaikan.
8. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang
demokratik. Lebih daripada itu Malaysia mempunyai penduduk
berbilang kaum dan agama yang sukar diintegrasikan. Jika
Malaysia ingin maju maka peranan semua pihak mestilah
disesuaikan dengan dasar-dasar dan usaha-usaha membangunkan
negara.
9. Tidak sesiapa pun boleh menafikan peranan penting yang
boleh dimainkan oleh media massa dalam pembangunan Malaysia.
Jika diakui bahawa kebebasan akhbar menjadi sebahagian
daripada demokrasi, tetapi kebebasan secara absolute membawa
keburukan. Kita perlu menentukan apakah yang patut
mempengaruhi Kerajaan, wartawan dan masyarakat mengenai
peranan media massa dalam negara kita ini.
10. Saya percaya tidak ada sesiapa pun dalam negara ini
yang dengan sengaja mahu menghalang pembangunan dan
kemajuan. Masalahnya ialah kadang-kadang terdapat konflik
antara kepentingan negara dan kepentingan kumpulan serta
kepentingan individu. Oleh kerana ini, kita kadang-kadang
tidak jelas tentang pendirian yang perlu diambil oleh
masing-masing, walaupun kita percaya kita mengetahui
tindakan yang mesti diambil oleh pihak lain.
11. Sebagai contoh ramai anggota masyarakat yang mengecam
akhbar yang sengaja membesar-besarkan masalah yang kecil
umpamanya tentang perkembangan politik. Tetapi di masa yang
sama masyarakat lebih suka akhbar-akhbar yang sensational
ini dan menyebabkan penjualannya lebih laris. Di masa yang
sama juga pembaca memuji sikap sederhana dan berita yang
tepat yang dibuat oleh akhbar-akhbar yang bertanggungjawab
tetapi mereka tidak begitu berminat membacanya. Ramai juga
daripada anggota masyarakat yang menyoal mengapa Kerajaan
tidak bertindak.
12. Kerajaan sekarang ini tidak bebas seperti dahulu di
waktu mana rakyat tidak begitu sophistikated. Sekarang
rakyat tahu mengguna undang-undang dan Kerajaan dengan mudah
boleh disekat kerana kesilapan prosidur atau sebab-sebab
lain. Lagi pula Kerajaan tidak mahu dituduh tidak
demokratik dan menyekat kebebasan akhbar.
13. Dilema kita ialah jika kita membenarkan kebebasan yang
ekstrim dalam media, kesejahteraan masyarakat akan terancam
dan kemajuan negara akan terganggu. Sebaliknya, jika kita
mengambil tindakan untuk menyekat, kita akan dituduh sebagai
tidak demokratik. Berhadapan dengan dilema ini kita hanya
boleh berharap kepada perasaan tanggungjawab wartawan dan
patriotisme mereka. Kawalan diri atau self-discipline
diperlukan walaupun ini akan menjejaskan sedikit kelarisan
penjualan akhbar masing-masing.
14. Bagi negara kita, perkara yang utama ialah kestabilan
politik atau lebih tepat lagi persepsi rakyat serta orang
asing terhadap kestabilan ini. Sebenarnya semenjak negara
kita merdeka, selain daripada peristiwa 13 Mei 1969, keadaan
politik negara adalah stabil. Sudah tentu ia lebih stabil
daripada kebanyakan negara-negara membangun. Adanya usaha
merebut jawatan dan kempen-kempen adalah perkara biasa dalam
sesebuah demokrasi.
15. Tetapi kegiatan-kegiatan ini boleh mencemar gambaran
stabiliti kerana tekanan laporan dan bahasa yang digunakan.
Seseorang yang membuat kritikan biasa boleh menimbulkan
kemarahan yang lebih oleh pihak sasaran jika pengkritik
dilaporkan sebagai telah membuat 'tamparan hebat' terhadap
seseorang. Kadangkala keadaan tenang boleh menjadi ribut
hanya dengan bertanya kepada satu pihak dan kemudian
menyampaikan jawapannya kepada pihak yang menentang untuk
mendapatkan reaksi.
16. Pihak akhbar mencipta berbagai jenis hak di bawah
kebebasan media dalam demokrasi. Sekarang ini ada yang
bercakap berkenaan dengan hak mengetahui atau 'the right to
know'. Dalam pengurusan sesuatu organisasi, rahsia
diperlukan. Umpamanya semasa rundingan, semua pihak perlu
menyembunyikan apakah yang boleh dipersetujui oleh mereka,
supaya dapat konsesi yang lebih menguntungkan. Sama ada
perundingan ini adalah antara syarikat atau pertubuhan atau
negara, masing-masing akan cuba mendapatkan sesuatu
keputusan yang lebih menguntungkan.
17. Media massa pula ingin mendedahkan kesemuanya secepat
mungkin sebelum pun rundingan diadakan. Dengan terdedahnya
pendirian terakhir mana-mana pihak, maka flexibility dalam
rundingan akan hilang. Mungkin juga jika pihak yang satu
lagi tidak bersetuju dengan pendirian sebenar pihak pertama,
maka rundingan tidak akan diadakan sama sekali. Dengan itu
sesuatu usaha akan gagal sebelum pun ia bermula.
18. Sebaliknya jika tidak berlaku pendedahan dan rundingan
diadakan, mungkin juga pihak-pihak yang terlibat akan
bertolak-ansur setelah mendengar hujah-hujah masing-masing
dan rundingan akan berhasil. Tetapi media massa kerapkali
tidak mempedulikan sesuatu usaha yang baik. Kepentingan
'scoop' lebih diutamakan, kononnya kerana kebebasan dan hak
mengetahui.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
19. Di negara Malaysia kita perlu berusaha ke arah
pembangunan yang pesat. Jika kita membuat kajian mengenai
sebab-sebab setengah negara mudah maju dan setengah lagi
tidak dapat mencapai kejayaan walaupun ada keinginan untuk
berjaya, kita akan mendapati bahawa pencapaian sesuatu
negara bergantung kepada peribadi dan sikap penduduk negara
itu. Jika sesuatu bangsa itu rajin, beramanah, tekun
berusaha, maka lambat laun bangsa itu akan berjaya.
Sebaliknya jika sesuatu bangsa itu malas, tidak beramanah
dan tidak tekun dalam menjalankan kerja, maka bangsa itu
akan gagal dan mundur selama-lamanya.
20. Menyedari akan hakikat ini maka kita haruslah
menggunakan segala cara untuk membentuk peribadi yang sesuai
dengan kemajuan ini. Oleh kerana media massa adalah satu
alat yang penting untuk membentuk fikiran rakyat maka media
massa haruslah memberi sumbangan kepada usaha-usaha
menyemaikan nilai-nilai yang disebutkan tadi di kalangan
penduduk-penduduk negara ini.
21. Kita berasa dukacita kerana kadang-kadang terdapat
akhbar-akhbar yang bukan sahaja tidak memberi perhatian
kepada pembinaan sifat-sifat ini tetapi menunjukkan sikap
sinis terhadap usaha-usaha Kerajaan. Menukar peribadi
sesuatu bangsa bukanlah perkara yang mudah, terutama jika
ianya adalah ke arah kebaikan. Tetapi usaha mesti dibuat
juga kerana selagi kita tidak dapat memiliki nilai-nilai
yang sesuai untuk kemajuan, kita tidak akan maju.
Tuan-tuan dan puan-puan,
22. Musuh kita yang besar sekali ialah diri kita sendiri.
Terdapat sikap yang negatif di kalangan kita yang
menyebabkan kita selalu memandang rendah terhadap kebolehan
kita dan membesar-besarkan kebolehan orang lain. Jika ada
sahaja sesuatu usaha, kita terus meramalkan ianya tetap
tidak akan berjaya. Jika akhirnya berjaya juga usaha itu,
kita akan memperkecilkan kejayaan usaha itu atau mencari
kesalahan titik-bengek. Dengan ini maka sukar bagi rakyat
Malaysia mempunyai keyakinan terhadap apa juga yang
diusahakan.
23. Mengikut aliran baru apa yang dipanggil sebagai
'investigative reporting', sesuatu yang dicipta di Barat,
segala usaha dijalankan bagi mencari yang salah untuk
didedahkan. Memang benar ada kalanya kita perlu mendedahkan
sesuatu supaya pembetulan boleh dibuat. Tetapi yang baik
dan betul pun perlu didedahkan supaya kita tidak mempunyai
inferiority complex.
24. Dalam usaha membangunkan sesebuah negara, Kerajaan yang
kuat amat diperlukan. Bagi negara yang maju sekalipun, jika
Kerajaannya lemah maka kemajuan sukar dicapai. Ini adalah
kerana Kerajaan bukan sahaja dikehendaki mentadbir tetapi
juga dikehendaki menolong pihak swasta dalam kegiatan
ekonomi. Dalam hal ini jika pihak swasta dikehendaki
meningkatkan perniagaan dan perusahaan, melabur dan
mengeksport, Kerajaan mesti memberi kerjasama dan bantuan.
25. Sebagai contoh sekarang ini kita ingin menarik lebih
ramai pelancong ke negara kita. Industri pelancongan bukan
sahaja membawa aliran matawang asing ke dalam negeri tetapi
juga dengan pertumbuhan industri perhotelan dan
industri-industri sampingan, peluang-peluang pekerjaan akan
bertambah. Rakyat yang ramai menganggur akan mendapat
peluang-peluang pekerjaan.
26. Kerajaan dikehendaki membelanjakan wang untuk
mengadakan pegawai-pegawai dan aktiviti-aktiviti promosi dan
lain-lain. Jika Kerajaan lemah dan tidak tentu sama ada
akan mendapat sokongan yang cukup atau tidak, usaha menolong
pihak swasta akan mendapat prioriti yang rendah. Dengan itu
pihak swasta dan ekonomi negara akan terjejas.
27. Kita lihat perkara ini berlaku dalam sebuah negara maju
di mana ketua kerajaan terdiri daripada satu parti dan
dewan-dewan undangannya dikuasai oleh parti lawan. Kesannya
ialah pemerintahan yang tidak berkesan dan ekonomi meleset.
Rakyat pula tidak bersemangat untuk menjayakan apa-apa
usaha.
28. Keadaan di Malaysia tidaklah seperti ini. Tetapi
tumpuan yang terlalu sangat kepada politik boleh membawa
kesan seperti ini. Sebagai negara membangun kesan Kerajaan
yang lemah lebih buruk lagi. Untuk memperbaiki keadaan
ekonomi, sosial dan politik, mana-mana Kerajaan mestilah
berani mengambil tindakan yang tidak popular. Kerajaan yang
lemah akan hanya menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari
populariti.
29. Semua pihak di dalam dan di luar negara sekarang
mengiktiraf kejayaan Malaysia memulihkan ekonominya.
Kejayaan ini dicapai kerana Kerajaan mampu mengambil
tindakan-tindakan yang berkesan walaupun tidak popular
seperti mengurangkan perbelanjaan Kerajaan, mengurangkan
import, membantu eksport, membuka peluang perniagaan dengan
mengurangkan syarat-syarat yang terlalu ketat dan lain-lain
lagi. Tetapi usaha-usaha Kerajaan ini menjadi lebih sulit
kerana ada pihak-pihak yang tidak faham dan pandangan mereka
kadang-kadang mendapat publisiti yang luas.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
30. Sementara kita tidak patut disaji dengan masalah
politik semata-mata dalam akhbar, pengetahuan mengenai
politik perlu dipertingkatkan, terutama berkenaan dengan
sistem demokrasi yang kita amalkan. Ramai yang berpendapat
bahawa demokrasi akan membawa kebahagiaan kepada negara jika
ia diamalkan sepenuhnya. Apa yang kurang difahami ialah
demokrasi juga boleh meruntuhkan negara jika tidak diamalkan
dengan bijak dan bertanggungjawab.
31. Di Malaysia kita bernasib baik kerana terdapat sebuah
parti politik nasional yang mampu bertanding di seluruh
negara. Dengan itu kemungkinan sebuah parti mendapat
majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan memang nyata.
Oleh kerana demokrasi memberi hak kepada sesiapa sahaja
menubuhkan parti dan bertanding, bahkan individu juga boleh
bertanding, di beberapa negara berpuluh-puluh parti politik
ditubuhkan dan beribu-ribu calon bertanding. Akibatnya
tidak ada satu parti pun yang memperolehi majoriti. Dalam
keadaan ini Kerajaan campuran terpaksa dibentuk yang tidak
mempunyai dasar atau ideologi yang sama. Jika mana-mana
parti menarik diri, maka akan jatuhlah Kerajaan.
32. Demikian juga jika sistem dua parti diadakan. Apabila
kedua-dua parti memenangi hampir sama bilangan kerusi,
Kerajaan yang ditubuhkan oleh parti yang mendapat kemenangan
yang lebih sedikit, tidak mampu memerintah dengan tegas
kerana takut jatuh.
33. Di setengah-setengah negara pula sistem proportionate
representation digunakan, iaitu bilangan wakil rakyat dari
sesuatu parti diasaskan kepada peratusan undi yang
diperolehi. Akibatnya banyak parti bertanding dan ada
kalanya tidak ada parti yang mempunyai majoriti yang cukup.
Kerajaan yang didirikan terpaksa berbentuk Kerajaan
campuran, yang seperti biasa amat lemah.
34. Kepercayaan kepada sistem demokrasi memang baik tetapi
tanpa pengetahuan tentang kegunaannya, demokrasi tidak dapat
menjamin kesejahteraan negara. Pihak akhbar harus memainkan
peranan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai demokrasi,
kekuatan dan kelemahannya. Dengan ini maka kita akan lebih
selamat.
35. Tujuan saya membangkitkan perkara-perkara tersebut di
majlis ini bukanlah kerana saya bercita-cita untuk
menghapuskan kebebasan media massa atau menghapuskan
demokrasi. Ada pihak yang mudah membuat tuduhan seperti ini
apabila sahaja saya menyebut mengenai sesuatu. Demokrasi
berjaya diamalkan di negara ini. Kebebasan akhbar wujud di
negara kita. Tetapi kita harus sedar tentang berbagai
kemungkinan. Dengan adanya kesedaran ini, saya percaya kita
akan lebih bertanggungjawab untuk menegakkan demokrasi di
Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
36. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak
Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya ke Majlis
ini. Kepada para pemenang hadiah-hadiah kewartawanan, saya
mengucapkan tahniah. Saya berharap Majlis ini akan dapat
menebalkan tekad kita untuk berkhidmat kepada negara.

Terima kasih.

sinbad said...

Dato,

Kenapa pembesar UMNO sekarang ini suka buat kenyataan bodoh dan kurang ajar? Tidak kah mereka sedar yang tindakan mereka sekarang akan dinilai kelak oleh sejarah sebagai menjijikkan dan memalukan. Kelak bukan setakat mereka malah keturunan mereka akan dipandang hina oleh masyarakat. Kalau tidak sependapat pun, bagilah komen yang matang dan cerdik sikit.

Jikalau Arwahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak membuat kenyataan bodoh dan kurang ajar seperti pembesar UMNO sekarang, saya yakin anak-anak mereka tidak mampu pergi jauh dalam politik.

Macam MB Kedah sekarang; kalau ditakdirkan 20 tahun lagi anak dia nak bertanding di kawasan saya ..., sebab angkara bapak dia sekarang, silap haribulan saya ligan dengan penyapu.


--------------

Kepada saudara Mat Tunjang Enterprise,

Mana pi? Lama tak dengaq cerita?

Hati, kepala aku tengah serabut ni. Pikiaq benda macam-macam. Sedih ada, marah ada, geram ada ....

Hang buat la satu gurindam ubat hati aku dengan member-member lain yang tengah duka ni.

Anonymous said...

Assalam-alaikum Dato' dan para pelawat serta mengulas sekalian,

Per: Rayuan Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya mohon merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu. Apa yang saya akan katakan boleh jadi tidak sedap didengar.

Siapa saya? Saya orang Melayu. Dilahirkan di kampung pada tahun 1940an. Dari sebuah keluarga tani yang besar. Belajar sekolah Melayu dan sekolah agama sebelum Merdeka. Belajar sekolah Inggeris selepas merdeka.

Tidak diterima masuk Universiti Malaya [waktu itu hanya UM bertaraf universiti] kerana keputusan HSC tidak cukup baik dan tiada sokongan biasiswa. Dasar Ekonomi Baru dan kuota Bumiputera belum ada. Syukur Alhamdulillah saya mendapat kerja yang agak baik dan dianugerahkan biasiswa oleh sebuah negara asing.

Maka dapatlah budak kampung yang dulu berkudis, berkurap dan berpanau, yang perutnya penuh cacing melihat salji di negeri Orang Putih.

Rayuan saya: Tun berhentilah mengkirik Umno dan Kerajaan. Umno dan Kerajaan hari ini bukan Umno dan Kerajaan zaman Tun. Tun juga yang meletakkan batu asas yang membolehkan pewaris Tun dalam Umno dan Kerajaan bongkak dan angkuh. Saya ahli Umno. Umno yang saya dampingi sejak 1960an sudah lama mati. Tun tahu sejarahnya. Umno yang dihidupkan semula hambar dan kosong.

Rayuan saya: Berhentilah mempertahankan projek-projek dan dasar-dasar zaman Tun. Pewaris Tun dalam Umno dan Kerajaan tidak faham dan tidak mampu meneruskannya. Mereka takut mengambil risiko. Dasar mereka mirip IMF dan prioriti memeka adalah balanced budget dan market economy. Kebajikan rakyat dan pengguna bukan keutamaan lagi.

(Saya baru pulang dari India. Di sana mereka bercakap tentang Tun seolah-olah Tun Tuhan. Projek mega Tun seperti Lebuh raya Utara-Selatan, KLIA dan Putrajaya memberikan syarikat-syarikat kejuruteraan kita head start di India, Timur Tengah, Asia Tengah dan Indonesia. Di negara-negara ini, lapangan terbang mereka masih macam Old Subang Airport. Mereka kagum dengan KLIA dan mereka beri kontrak kepada Malaysia Airport Berhad untuk memperbesar dan menguruskan lapangan terbang mereka].

Rayuan saya: Tun berhentilah mempertahankan Malaysia. Malaysia hari ini bukan lagi Malaysia yang Tun wariskan kepada pengganti Tun. Malaysia hari ini tunduk kepada Singapura, kepada IMF, kepada western-educated liberals, kepada G.W. Bush dan kepada International bankers.

Rayuan saya: “Berhijrahlah” dari negara ini. Tumpukan masa dan minda Tun yang luar biasa itu kepada dunia luar yang menghargai dan memerlukan expertise Tun. Persetan mereka yang jumud dan kecil mindanya yang dewasa ini berpura-pura memimpin.

Kepakaran dan pengalaman Tun diperlukan dan dihargai di Negeri China, India, Indonesia, Negeri Thai, Asia Tengah, Asia Tengah dan Afrika. Selamatkan umat Islam yang tertekan dan tertindas. Insya-Allah keberkatan bersama Tun.

(Saya sendiri tidak lagi cergas dalam Umno. Saya pun tidak lagi cergas dalam negara kerana kalau tidak rapat dengan kelompok kuasa, susah mendapat kontrak. Kontrak yang ada pula dibatalkan. Malah kemudahan bank yang saya ada sejak 10 tahun lalu dituntut agar dirundingkan semula. Sistem perbankan kini bimbang ekonomi akan terus merosot dan NPL semakin meningkat. Mereka mahu personal guarantee. Macam mana orang Melayu hendak berniaga kalau sistem perbankan terus mengenakan syarat yang bukan-bukan.)

Rayuan saya: Cukuplah Tun memerah otak cuba memperkasa agama, bangsa dan negara jika titik peluh Tun tidak dihargai, malah dicerca dan dicaci. Masanya pasti akan tiba apabila Umno dan Kerajaan akan kembali siuman dan jasa-jasa Tun, jasa Tunku Abdul Rahman, jasa Tun Razak dan jasa Tun Hussein akan kembali harum dan semerbak.

Semua ini adalah takdir. Saya perturunkan petikan berikut dari Tunku dalam interview dengan Rosnah Majid (sekarang Dato’) dalam Utusan Malaysia pada tahun 1980. Kata Tunku:

“Itulah yang saya katakan tadi, semuanya berlaku kerana takdir Ilahi. Selepas saya berhenti dari jadi Perdana Menteri, boleh dikatakan orang sudah tidak kenal saya lagi. Surat khabar pun tidak memuatkan lagi berita saya, malah mereka tidak lagi beri perhatian kepada saya (they play me down). Berita-berita yang saya hantar dari negara Arab, mereka tidak siarkan. Jadi saya tahulah ada arahan tidak beri nama saya dimuatkan di akhbar-akhbar. Ada gerakan yang ingin mengenepikan saya, iaitu dari orang-orang seperti Abdullah Ahmad. Selepas beberapa hari saya balik dari Jeddah, setelah perkhidmatan saya di Sekretariat Islam tamat, Datuk Lim Boon Siew minta saya mengambil alih akhbar The Star kerana katanya jika tidak orang-orang Abdullah Ahmad akan mengambilnya. Kerana desakan ini saya bersetuju menjadi pengerusi. Saya dibayar RM3,000 sebulan, tetapi saya tidak diberi apa-apa kerja. Jadi saya malulah. Saya katakan kepada mereka saya tidak pernah buat kerja macam ini. Maka saya pun mula menulis seminggu sekali bagi ruangan ‘Looking Back’ dan ‘As I See It’. Kemudian saya dapati sambutan baik, walaupun pada mulanya seronok-seronok sahaja. Jadi saya teruslah menulis hingga ke hari ini.”

Apa yang berlaku antara Tunku dan Tun, sejarah sudah merakamkannya. Alhamdulillah, Tun menjadi orang Islam dan orang Melayu unggul apabila, sebagai Perdana Menteri, Tun pergi menemui Tunku, mencium tangannya dan memohon maaf. Saya tahu Tun tidak sekali-kali mengharap orang melakukan seperti itu kepada Tun. Tetapi demi menjaga akhlak dan budi pekerti anak cucu kita orang Melayu, teladan yang baik wajib ditunjukkan.

Akhir kalam, saya doakan keselamatan dan kesihatan Tun demi manusia sejagat.

Anak Melayu Global

Kaklong Syikin said...

salam,

saya ni sejujurnya kurang berminat dngn politik..tp bila tgklah akhir2 ni mengenai Pak LAh -TDM, saya rasa sedih...dam saya terfikir,napelah dlm UMNO ni ramai nao pak bodeknya..kenapalah ngan depa ni? masa time Tun dulu, wah..yg menyanjungnya adalah org yg sama mengutuknya hari ini..boleh gitu?

hari ni hari Tun, tpi tgklah esok2 time Paklah pulak tak bergelar PM, kalau hidup lagilah pembodek2 ni, tak mustahil PakLah pun alami nasib yg sama cam Tun..

Anonymous said...

Kepada Cucutun,

Ooo...begitu kisahnya, walau dua baris yang dititipkan, saya sudah faham. Terima kasih.

Anonymous said...

menyusuri sejak sebuah klinik dibuka di bawah pejabat umno kedah dahulu sehinggalah ke sebuah pejabat dihujung bawah jambatan 'Kubur Putrajaya'.

TDM dulu masih TDM dulu,
dia tidak pernah berubah
dan hormat kami sekarang
masih hormat seperti dulu.
apalah akan jadi jika TDM berdiam diri? tak mungkin dan minta minta tidak berlaku

padamar said...

Assalamualaikum,

Sedih rasanya mendengar 'kes'antara Tun Dr. M dengan PM kita. Apa tidaknya, mereka cakap begini, ada orang lain cakap begitu. Inilah sebenarnya yang menyusahkan. Sebagai rakyat tentunya saya juga berharap agar Tun ada tempat untuk menyuarakan pendapat dan biarlah Pak Lah membuat keputusan dan mengambil pertimbangan. Yang pasti sebagai rakyat saya tidak boleh mengambil pendekatan untuk menyokong mana-mana pihak jika sekiranya isu seperti ini dihebah-hebahkan sebagai perbalahan, kerana apa, hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenarnya dan apakah jalan yang terbaik. Tapi Yang pasti Kita kena taat kepada pemerintah dan juga kita kena memberi teguran jika ada sebarang ketidakpuashatian, dan dalam kes ini Tun Ada Hak untuk menegur. Dan Kepada Pak Lah, Harus terus tabah kerana setiap kesusahan tentu ada sebabnya, mungkin rahmat atau cubaan dan mungkin juga teguran Tun ada hikmahnya. Apa pun dalam kes berpolitik Tun boleh di iktiraf sebagi 'Ahli' yang mana kita boleh merujuk kepadanya hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran Negara. Itulah seharusnya. Jangan lah bergantung harap sangat kepada kepada kabinet semata-mata kerana Bila Paklah di Lantik Sebagai PM tentu ada sebabnya malah tentu Pak Lah Memiliki sesuatu "Kelebihan yang tiada pada orang lain". Sebagai Rakyat saya berharap Tun dan Pak Lah haruslah berbicara secara tertutup dan mengeluarkan atau menmbuka hasil perbincangan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Kegagalan anda berdua dalam memimpin negara ini tentu akan di tanya Di akhirat kelak. Dan saya berharap biarlah kita semua rakyat Malaysia yang mendapat Rahmat Berjumpa kembali di Negara Yang kekal yang mana tidak ada seorang pun yang akan bantah-membantahi antara satu sama lain melainkan ucapan selamat sejahtera. Wassalah. Ya Allah, Jadikan lah Para pemimpin kami pemimpin yang Engkau Redhai serta mendapat petunjuk dari MU. Amin.

Selamat Hari Raya Kepada Tun serta Pak Lah. Maaf Zahir Batin.

"Berkongsilah Pandangan agar Pandangan itu sentiasa berdimensi"

Wassallam.

Anonymous said...

Sebuah artikel yang saya petik dari dalam internet, buat renungan santai... Mungkin ini yang kita boleh katakan berkenaan dengan KERAjaan yang ada sekarang..?
---------------------------------
A major research institution in Mumbai, India, has recently announced
the discovery of the heaviest chemical element yet known to science.

The new element has been named Governmentium.

Governmentium has 1 neutron, 12 assistant neutrons, 75 deputy
neutrons, and 11 assistant deputy neutrons, giving it an atomic mass
of 312.

These 312 particles are held together by forces called morons, which
are surrounded by vast quantities of lepton-like particles called
peons.

Since Governmentium has no electrons, it is inert. However, it can be
detected as it impedes every reaction with which it comes into
contact.

A minute amount of Governmentium causes one reaction to take over 4
days to complete when it would normally take less than a second.

Governmentium has a normal half-life of 2 to 4 years; it does not
decay, but instead undergoes a reorganization in which a portion of
the assistant neutrons and deputy neutrons exchange places.

In fact, Governmentium mass will actually increase over time, since
each reorganization causes some morons to become neutrons, forming
isodopes.

This characteristic of moron-promotion leads some scientists to
speculate that Governmentium is formed whenever morons reach a certain
quantity in concentration.

This hypothetical quantity is referred to as Critical Morass. You will
know it when you see it.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato,

Selamat menyambut Aidulfitri dan Maaf zahir batin...

semoga segala penipuan akan terbongkar
dan kebenaran beroleh kemenangan, teruskan dan sampaikan lah walau sepotong ayat kebenaran..

kerana ketamakan AAB sampaikan periuk nasi TDM pun dia nak sapu, menyebabkan TDM membongkarkan penipuan.. itu lah org kata setiap benda yang berlaku ada hikmah nya...

tapi siapakah pemimpin yang setelus saidinar abu bakar... bagaimanakah nasib kami anak2 muda yang baru belajar berjalan didunia sebenar.. bagaimana hendak mencari sesuap nasi di negara sendiri..kalau pemimpin negara pun duk berkelahi, duk menipu.. duk membolot harta negara...

siapa kah yang patut kita sokong nati.. kerana yang Pasti TDM xkan lagi memimpin negara...nak harapkan anak ulamak tu.. Siapa..

Anonymous said...

To the Pembesar-Pembesar UMNO in the Supreme Coumcil,

Your choice is clear;

If you do not sack Dr Mahathir from UMNO, UMNO will be split into the penyokong AAB and penyokong Dr. Mahathir.
BUT,
If you sack or suspend Dr Mahathir from UMNO then the aftermath will be much worse than when Hurricane Katrina struck New Orleans not too long ago.

So like what MUBARAK says, look at the ISSUES which will affect nasib orang Melayu Malaysia for a long time to come and not turn this unfolding UMNO tragedy as a personality battle between Dr Mahathir and AAB.

And something I would like to share with Dr Mahathir and fellow bloggers; I watched this wonderful Chinese epic last night and was struck by a converation between the Empress who asked a shaman what is more poisonous than poison and the shaman answered "the human heart"...

Anonymous said...

Datuk

Semasa minggu pertama bulan Ramadhan yang lalu, saya berpeluang untuk membuat satu business trip ke Pakistan diatas jemputan rakan niaga saya di sana. Dapatlah saya melawat Karachi dan Islamabad dan bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan disana. Jika sebut sahja Malaysia orang Pakistan akan sebut " How is Mahathir he is a great statesman", "Mahathir is a Muslim Hero","Mahathir is my idol, I look up to him" dan banyak lagi ungkapan yang membayangkan berapa hormat dan kagumnya mereka kepada seorang insan bernama Mahathir dari Malaysia ini.

Alangkah sedihnya saya bila balik diMalaysia dan mendapati pembesar-pembesar UMNO yang kerdil yang pendek akal yang jasa mereka kepada parti dan bangsa tak sampai sejengkal melaungkan perkataan yang tersangat biadap dan menusuk hati terhadap Dr Mahathir yang telah mendedikasikan hidupnya kepada bangsa,ugama dan negara untuk sekian lama.

Saya sedih dengan UMNO sekarang ini yang tidak lagi mencerminkan peradaban orang Melayu yang sebenar yang terkenal kepada budi bahasanya, sikap sabarnya, tolong menolong dan mengenang jasa baik orang tuanya. Saya rasa Iklan Petronas masa raya baru-baru ini membayangkan UMNO masa kini.

Betul juga kata anak melayu global tu kerana saya percaya kebijaksanaan dan kepakaran Dr Mahathir sebagai seorang intelektual Islam masih relevan masakini dan dihormati dan dihargai diluar Malaysia. UMNO akan rugi tak terhingga tapi biaq pi mereka yang tak kenal diantara jauhari dan manikam.

Anonymous said...

Datuk,

Walaupun saya sudah menjadi ahli Umno selama 24 tahun dan beberapa kali menjadi perwakilan, saya semakin hari semakin tidak faham dan keliru dengan tindak tanduk pemimpin parti yang Datuk gelar pembesar.

Jadi saya tidak hairan langsung dengan cara kesat para "pembesar" umno menyerang Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir timbulkan isu, mereka tak tahu jawab maka mereka jawab dengan serangan peribadi.

Yang terbaru ialah soal mengapa mesyuarat agung tahun ini diadakan awal minggu bemula pada hari Isnin 13 November dan bukan pada akhir minggu dan membawa kepada hari Ahad seperti yang biasa.

Ini tentulah menyusahkan ahli dan perwakilan datang kerana mereka ada kerja sama ada makan gaji atau berniaga.

Saya rasa ini bukan kerana silap perkiraan atau kurang simpati dengan ahli dan perwakilan tapi ini taktik untuk menghalang lebih ramai pemerhati hazir kerana takut ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti Tun Dr Mahathir datang dan diberi tepukan gemuruh atau perwakilan mengkritik pimpinan parti.

Dengan MT mengambil keputusan menangguhkan pemilihan parti tahun depan kepada selepas pilihan raya umum, saya rasa ramai perwakilan dan ahli parti yang tidak setuju dan maka itu tidak puas hati kerana MT seolah-olah takut menghadapi ahli parti.

Dengan menyusahkan pemerhati datang beramai-ramai dengan mengadakan mesyuarat agung pada hari kerja, tidak ramailah akan tahu kalau berlaku perkara-perkara yang tidak baik seperti Presiden dan ahli MT dikritik atau kena sorak. Media arus perdana tidak akan lapor kejadian yang negatif jadi tidak ramailah ahli parti tahu.

Bagaimana pun, saya yakin ramai akan baca blog dan Internet seperti blog Datuk ini untuk mengetahui apa yang terjadi pada mesyuarat agung itu nanti.

Anonymous said...

Salam aidilfitri buat Dato' dan seluruh rakan komentar blog. Minal aidil wal faizin.

Dato'
Apa yang kita saksikan hari ini adalah ketaksuban pembesar2 UMNO dalam mempertahankan kebenaran yang 'surreal'. Kebenaran yang mereka sendiri tidak tahu pokok pangkalnya tetapi dipertahankan mem'babi' buta kerana harga kebenaran itu terlalu murah dibandingkan pangkat dan kedudukan mereka yang tersedia ada. Sayang sekali, inilah teladan yang cukup 'baik' ditunjukkan oleh pembesar2 UMNO dan disuruh-terima bulat2 pula oleh sekalian ahli UMNO. Apakah ini yang dikatakan kebebasan minda melayu berjiwa merdeka?! Tepuklah dada, sdr2.

Saban hari di dada akhbar, pembesar UMNO yang berpangkat mahupun ahli UMNO pendokong PM AAB akan bermati- matian mempertahankan reputasi PM yang sedikit tercalar. Jelas tidak sedikitpun terlihat mahupun terfikir dibenak mereka penyelesaian yang lebih berhikmah. Pada mereka, jika serangan yang lebih berbisa oleh TDM (spt yang dinyatakan PM AAB) maka perlu juga dibalas dengan serangan dan panahan berbisa juga. Sayangnya, pembesar2 UMNO ini tidak lebih hanya pandai membela dgn kata2 manis penuh pujangga dan rakyat bukanlah si buta bertongkat yang tidak mampu berfirasat dan berfikir, rata2 rakyat merasakan perlunya 1, 2 mahupun 3 soalan yang dikemukakan oleh TDM diberi jawapan. Sekurang kurangnya, melegakan sedikit ketegangan yg timbul!

Amat menyedihkan, apabila PM AAB pula memilih untuk mengambil nota ketika pertemuan 4 mata itu berlangsung. Yang amat menghairankan adalah soalan2 yang dikemukakan oleh TDM bukanlah soalan2 berbentuk baru yang perlu perhatian dari PM AAB, tetapi berupa soalan2 yang berkisar perkara yang pernah dibangkitkan beliau sebelum ini... adakah ini menunjukkan PM sendiri tidak melakukan 'homework' atau sekurang2nya bersedia dgn jawapan2 atas soalan2 tersebut? Ibarat seorang pelajar yg telah diberi soalan lebih awal tetapi masih tidak mampu memberi jawapan ketika peperiksaan.. inikah yang kita ingin tonjolkan sebagai kredibiliti seorang pemimpin perdana? sekali lagi kita menepuk dada.(kali ini perlu lebih kuat)

Yang jelas bagi saya, tidak ada salahnya bertanya soalan.. dan apa yang diinginkan hanyalah jawapan. Namun kesan media spin off yang dilakukan, soalan2 TDM dilihat sebagai kritikan berbisa kepada kerajaan. Nampaknya kerajaan sendiri yang sedikit keliru dgn situasi tersebut. Harapan saya dan warga Malaysia seluruhnya, peka lah wahai sang kerajaan dan jawablah setiap pertanyaan. Tunjukkan kebenaran itu walaupun ianya sangat pahit utk ditelan.

Anonymous said...

Assalamualikum Dato' dan semua,

Saya sendiri naik meluat nak baca paper. Sampai macam tu sekali 'desperado'nya depa sampai buat TDM sampai begitu sekali nak ampu AAB. AAB pun sampai buta hati punya nak kata dia tu baguih. Kalau betul depa tak halang TDM bercakap, jomla Datuk dan semua bloggers, kita jemput TDM berucap? Bolehkah sesiapa anjurkan dan kita sertai ramai-ramai?

Semarak

Anonymous said...

Wahai kawan wahai taulan
Saya dok mamah tapi tak malu telan
Mahdzir Kahalid ini dia perasan
Kita makan tak lalu rasa bosan

Bukan pasai dia budak Jabi
Atau pasai dia anak petani
Tapi pasai dia punya mentaliti
Saya rasa malu tak terperi

Kedah dah ada 2 Perdana Menteri
Takkanlah Mahdzir dok tak reti-reti
Tapi kata pi mengaji kat unversiti
Bila dia cakap kita rasa sakit hati.

Nak jack Pak Lah jack lah
Nak jaga periok nasi kita tak marah
Tapi dok kutuk Mahathir apa bejadah?
Orang tua tu setakat berhujah.

Kalau hang dah pandai sangat
Sokong Pak Lah penuh semangat
Hang jawablah dengan cermat
Mahathir gol Pak Lah selamat.

Ni dak, hang cakap macam budak-budak
Isi tak dak yang banyak seredak
Kami yang dengar rasa nak muak
Rasa marah tapi nak tergelak.

Hang kata dengan Tun kami kecewa Dengan Tun kami dah tak percaya
Siapa bawa cerita begitu rupa
Benda macam tu kami tak kata.

Hang nak jack Pak Lah jack la
Hang punya kerusi hang kena jaga
Tapi jangalah cakap benda dusta
Kami tak kutuk Mahathir macam hang kata!

Kami tau siapa han Tuan Menteri
Mula-mula tok Man Arup punya kaki
Lepas tu kat Man Tok Pin hang berbakti
Nasib baik naik jadi pembesar negeri.

Orang Kampung Jabi cakap siam
Tapi depa semua beragama Islam
Jangan hang lupa sejarah silam
Takut-takut hang sesat dalam kelam.

Teruk sangat ka Dr Mahathir ni?
Sampai hang sanggup cela dan caci
Dia tadbir negara hang dok mengaji
lagi
Pandai-pandai la sikit kenang budi.

Nama hang dekat sama nama dia
Tapi dia lebih hebat dari kita semua
Jadi hormatlah sikit pada orang tua
Kalau tidak, tak selamat kita!

Aku ni budak Tunjang
Datuk Kadiax dia budak Pendang
Hang dengan kami jangan tak pandang
Mai pilihanraya ni kami goncang.

Minta maaflah Mat emosi sikit
Itu pun pasai hati saya sakit
Cakap Menteri macam Mat Rempit
Mengaji tinggi tapi fikiran sempit.

Wahai kawan wahai taulan
Jadilah kita manusia budiman
Jangan lupa contoh teladan
Orang Melayu tak lupa kebaikan.

Jangan jadi kacang yang lupakan kulit
Kaduk naik junjung tidak tahu membelit
Seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit
Rosak susu sebelanga kerana nila setitik.

Mat Tunjang Ekspres sedih dan duka
Bila orang Melayu tak kenang jasa
Bercakap sombong kepada orang tua
Lupa budi, pingkirkan bahasa.

A KADIR JASIN said...

Saudara Pujangga dan rakan-rakan sekalian,

Memadailah blog Rocky, Jeff Ooi dan beberapa blog lagi berdebat mengenai tuduhan menciplak (plagiarism) ke atas Pengarang Kumpulan (bekas?) New Straits Times Sdn Bhd itu.

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak orang lain. Tetapi saudara pasti sedia maklum beban dan implikasi plagiarisme.

Pengalaman saya selama 24 tahun di NSTP (14 daripadanya sebagai Pengarang Kumpulan BHSB, Pengarang Kumpulan NSTSB dan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP) , meyakinkan saya bahawa memimpin NSTP bukan mudah. Ia bukan kerja sambilan, bukan batu loncatan dan bukan tempat mencari "glamour".

Saya bekerja dengan Bernama selama tujuh tahun dan NSTP selama 10 tahun sebelum menjadi Pengarang BH. Itu pun rasa-rasanya belum memadai. Apatah lagi apabila dasar saya team saya pada waktu itu adalah menjadikan BH dan NST akhbar yang serius dan berkualiti.

Namun saya bernasib baik kerana mendapat bimbingan daripada mentor-mentor yang berwibawa dan sokongan daripada rakan-rakan sekerja yang sanggup belajar dan dedikasi.

Betul saya menghukum banyak orang dan ada yang berkata kepemimpinan saya kejam/draconian. Tetapi itu adalah kerana saya berpegang kepada prinsip "reward and punishment must go hand in hand."

Terima Kasih.

penganggurpaksa said...

Datuk dan warga blog,

Maaf bertanya;

Apakah akan lahir seorang anak Melayu yang dapat mengubah corak pemerintahan sekarang?

Apakah akan ada seorang lagi insan seperti Mahathir?

Apakah akan ada dikalangan rakyat Malaysia seorang lagi insan seperti Tun yang mempunyai kredibiliti, wawasan, berani dan berilmu yang teguh?

Maaf saya bertanya lagi;

Apakah akan terjadi sekiranya insan bernama Mahathir ini pergi buat selamanya disaat pemimpin negara yang ada ini, leka mengejar cita-cita mereka sendiri?

Dengan ucapan berbilion terima kasih pun belum tentu cukup untuk mengucapkan terima kasih kita kepada Tun atas jasa beliau!! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa beliau.

Hanya apa yang saya mampu lakukan sekarang adalah untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, telah mengurniakan seorang anak Melayu bernama Mahathir. Seorang anak melayu yang telah mengubah nasib kehidupan dan pemikiran seluruh rakyat Malaysia yang hampir hilang punca dan hampir-hampir leka dan layu.

Meskipun ada segelintir dari kita yang berlainan fahaman dan persepsi terhadap Mahathir, kita tidak boleh nafikan bahawa kesemua masyarakat Malaysia telah dapat hidup dengan kesenangan melalui wawasan Mahathir, meskipun tidak sebanyak mana, ada juga tempias kebaikan!

Tidak boleh juga kita lupa, Mahathir jugalah yang dapat memartabatkan bangsa Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk berada didarjat yang lebih baik dari bangsa lain didunia ini. Walaupun ada kelemahan tetapi dengan kurniaan dari Allah, kelebihan Mahathir telah dapat mengatasi kelemahan yang ada.

Inilah jasa seorang insan bernama Mahathir. Dia bukanlah seorang Rasul atau seorang Nabi ataupun Para Sahabat. Memang pasti jauh sekali jika hendak dibandingkan.

Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui asbabnya dilahirkan di Tanah Melayu dan menjadi pemimpin kita selama 22 tahun di negara yang aman merdeka ini.

Mahathir hanyalah seorang insan biasa yang telah diberi akal dan kebolehan memimpin oleh Allah untuk menjadi pemimpin unggul dikalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Sudah terbukti dan nyata bahawa tiada lagi pemimpin lain yang berkebolehan seperti beliau. Inilah rahmat yang diberikan oleh Allah!

Walaupun ada antara kita yang mungkin pernah mengutuk fahaman politik beliau, namun kita tetap menggunakan kemudahan yang telah diwawasankan oleh Mahathir dengan izin Allah.

Adakah ada diantara kita yang:

Tidak pernah melawat KLCC?
Menggunakan lebuhraya untuk balik ke kerja atau balik kampung?
Menjejakkan kaki di KLIA?
Menumpang, membeli atau menaiki Proton atau kereta Malaysia segala jenis?
Menggunakan kereta Proton disaat tidak berharta dan trade-in kereta itu untuk mendapatkan kereta yang lebih besar?
Menggunakan jambatan Pulau Pinang sambil menaiki kereta Proton, Kancil dan lain2 untuk bercuti bersama keluarga atau mencari rezeki?

Mungkin ini semua ukuran jasa Mahathir didunia. Tetapi Mahathir juga telah dapat menyatukan rakyat dinegara ini walaupun berlainan bangsa, agama, pendapat dan ideologi.

Kita juga bebas untuk menjalankan kehidupan sebagai bangsa beragama dan berdaulat, memanglah kebebasan harus ada batasan dan had bagi mengawal suasana dan keadaan.

Tetapi seperti sekarang, jika kebebasan ditutup sepenuhnya atas dasar untuk menutup mata dan fikiran rakyat, makin ramailah yang rimas dan tidak berpuashati.

Tidakkah kita patut bersyukur kepada Allah kerena dengan peluang yang diberikanNya, dapat kita mengecapi nikmat penghidupan bersama insan bernama Mahathir?

Apakah patut pemimpin sekarang lupa dengan jasa Mahathir kepada diri mereka sendiri, keluarga mereka dan masyarakat dengan cuba menyingkirkannya seperti sampah?

InsyaAllah, jika keikhlasan perjuangan yang diberikan oleh Mahathir, keikhlasan sokongan juga akan ditunjukkan oleh rakyat yang berfikiran dan berilmu ini.

Whatever said and done! Yang aku berani yakin dan pasti! (melalui statistik dan survey yang aku sendiri jalankan..dan dari SMS populariti pilihan penonton).

Kesimpulannya, walaupun diberi 50 tahun lagi peluang untuk insan bernama Abdullah Ahmad Badawi dan kuncu-kuncunya memerintah, alamatnya akan papa dan sengsara lah kehidupan dan makin menjadi pengemislah aku dinegaraku sendiri!

Sekian.

Anonymous said...

HI HI BYE-BYE BRENDAN

Allah Itu sesungguhnya Maha Besar...DIA akan bagi kurnia kesenangan dan pangkat kepada siapa-siapa sahaja. Bila DIA akan tarik juga kita tidak sedar tapi kalu kepada pemimpim yang jadi pembesar ia lebih ketara...

Jika baca komen oleh beberapa rakan pendebat di sini macamnya Mahadhir tu akan makan butir cempedak rebus selepas pilihanraya nanti?

Jadi sementara dalam kuasa ni boleh lah Mahdzir dermakan anak-anak pokok cempedak atau nangka kepada petani-petani agar nanti bekalannya tak akan putus.

Dalam kes Brendan, apa sebab dia di'talkin'kan? Adakah pasal tulisan yang di'copycat' itu atau kerana penangan mulut masin Tun Dr. Mahathir?

Jika yang kedua maka pembesar yang lain wajar sekali berhati-hati. Siapa pun tak sangka kan Pak Lah akan jadi Perdana Menteri setelah onar yang dia buat dulu pada Tun. Bukankah Tun seorang yang berhati mulia masih memilih Pak Lah walau Pak Lah pernah memberikannya 'tahi'.

Berfikirlah pembesar yang mengkhianat tidak akan lama. Dan Tun tidak akan bertahan begitu lama jika tanpa izin dan kurnia dari- NYA jua. Mungkin kita tidak bersetuju dengan gayanya tetapi sentuhan gaya itulah yang menonjolkan Malaysia sebuah titik kecil di peta dunia...mengerlip bagai bintang besar. Pak Lah dan barisan pembesarnya sedang menikmati kerlipan itu sekarang.

Yang bina kerlipan itu ialah Dr. Mahathir Bin Mohamed. Dengan kurnia, izin dan rahmat dari-NYA.

Bukan Khairy, bukan Kali, bukan Kamal dan bukan Kamaruzaman. Jadi kenang budi lah sikit...cara nak kenang budi, jawab-jawab lah 4 soalan Tun...

Anonymous said...

Dato'

Saya Pelayar Internet minta berbeza pendapat sekali lagi. Saya rasa cara Pak Lah diserang tidak adil.

Pak Lah tak tunjuk derhaka pada Tun Dr Mahathir. Dia setakat tak jawab soalan-soalan Dr Mahathir sebab dia nak elak konfrontasi dengan bekas bos dia.

Dia tak kata dasar dia elegant silent atau tak peduli apa Dr Mahathir kata. Dia pun tak pandai guna bahasa macam tu. Itu kerja Musa Hitam. Dia pun cuba bodek Pak Lah dengan kata Pak Lah elegant bila tak jawab Mahathir.

Musa ambil kesempatan guna nama Pak Lah untuk hantam Mahathir sebab dia ada luka lama dengan Mahathir.

Pak Lah tak hina Mahathir. Yang hina Mahathir adalah kuncu-kuncu Pak Lah yang rasa mereka kena bodek dia.

Jadi tak adillah marahkan Pak Lah. Dia tak suruh caci Dr Mahathir. Sebaliknya Pak Lah takut dan hormat kepada Dr Mahathir. Sebab itu dia diam sebab dia tahu dia tak boleh lawan intelek dan kepakaran Dr Mahathir.

Yang busukkan nama Pak Lah ialah kaki-kaki ampu macam Mahdzir Khalid, Nazri, Hishammuddin, Mat Taib dan Shahidan. Zaman Mahathir mereka ampu Mahathir. Kalau Najib atau Ku Li jadi PM, mereka ampu Najib atau Ku Li dan mereka kutuk Pak Lah.

Betullah macam Dato' kata mereka ini bukan pemimpin (leaders) tapi pembesar saja.

PELAYAR INTERNET

Anonymous said...

Datuk,

Seperti kabanyakan rakyat negara bertuah ini, saya amat khuatir dengan perkembangan politik tanahair. Hari ini saya lihat debat dan spekulasi tentang isu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin hari semakin panas, semakin menakutkan, semakin mengecewakan. Saya lihat isu ini yang bermula dengan desas desus dan bisik-bisik di kedai kopi dan di pejabat sudah menjadi bahan perbualan hangat di merata tempat. Malah, isu ini juga mendapat liputan luas dalam dada penerbitan antarabangsa. Perbalahan ini menjadi tajuk berita utama di beberapa arena media antarabangsa. Saya percaya publisiti sebegini rupa bukanlah yang diidamkan oleh kita semua.

Saya amat takut akan kesudahan perbalahan ini. Pencak silat yang dipertontonkan oleh kedua-dua pemimpin besar kita membawa kita ke gelanggang yang berpotensi mengorbankan lebih dari satu pihak. Ramai juga yang turut keciwa dengan apa yang berlaku pada hari ini, seolah-olah pemimpin dan pembesar kita sudah hilang pedoman dan menumpukan tenaga kepada perbalahan dan bukan persaudaraan, kepada persengkataan dan bukan kepada keekhwanan. Dalam pertelingkahan ini juga, suara-suara yang kita dengar semakin sumbang dan lantang, dan boleh menyebabkan pendengar dan pemerhati naik berang. Kita tidak mahu melihat percakaran ini menjejaskan usaha negara ke arah Wawasan 2020.

Dalam hidup harian, pertengkaran ini sudah mula menjejaskan semangat ramai orang. Kata-mengata ini amat merugikan. Sebagai pemimpin yang telah membuktikan keupayaannya dalam dan luar negara, Tun Mahathir mungkin tidak begitu cemas dengan tekanan terhadapnya seperti yang kita lihat hari ini. Tetapi bagi pembesar parti yang baru melangkah ke arena yang lebih besar, atau yang baru mula belajar sepak terajang persilatan Melayu, saya khuatir mereka akan tersilap langkah yang boleh memendekkan hayat politik mereka.

Dalam perbalahan ini, masa untuk mencari siapa lebih benar dan siapa lebih salah sudah berlepas. Yang nyata ialah kesannya kepada Umno, orang Melayu dan kesejahteraan negara. Surat Tan Sri Khalid yang meminta semua pihak bertindak dengan waras dan mencari penyelesaian dengan cara yang berhati-hati amat tepat sekali. Beliau menyebut tentang 'orang muda berkeris.' Dalam dunia persilatan, kita semua tahu bahawa sudah ada keris yang nakan tuan, jika penghunusnya tidak berhati-hati atau tidak cukup ilmu apabila menggunanya. Apapun tindakan yang hendak diambil, tindakan yang paling berkesan ialah pertemuan-pertemuan yang berterusan yang bersandarkan kepada keinginan ikhlas mencari titik-titik pertemuan. Tun Mahathir dan Pak Lah bukan kenal sesama sendiri sehari dua ini. Mereka menjadi tonggak pentadbiran banyak tahun, dan sudah tentu kesefahaman itu boleh dikembalikan. Mungkin kesefahaman ini tidak boleh dikembalikan selepas satu pertemuan sahaja. Mungkin mereka perlu berjumpa lebih kerap. Kita tidak mahu melihat keadaan kedua pemimpin ini berkerat rotan, berpatah arang. Bala yang bakal menimpa negara dan orang Melayu jika ini berlaku akan merosakkan apa juga yang sudah tercapai setakat ini. Dan mereka yang melihat pertelingkahan ini akan bertepok sorak sepuas hati.

Saya yakin Tun Mahathir dan Pak Lah tak mahu melihat ini berlaku. Memang menjadi lumrah dunia bahawa akan ada orang yang mahu melihat kita sentiasa bermusuh. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas akan berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian.

Anonymous said...

Orang melayu telah memilih untuk menyisihkan bangsanya sendiri.
ia berlaku dari perkara yang sekecil-kecil sehingga kepada perkara yang serious.
Ada orang Melayu memilih untuk minum disebuah kedai bukan Melayu dan menolak kedai yang dikendalikan oleh orang melayu dengan berbagai alasan.
Ada orang melayu yang sanggup memilih pemimpin yang bukan melayu sebagai pemimpin mereka tanpa ada apa apa perasaan kesal.
Hari demi hari Semangat cintakan bangsa sendiri orang Melayu sudah semakin pupus.Kalau bapa orang melayu seperti TDM dilayan dengan layanan pariah bagaimanakah kami orang Melayu yang serba daif boleh mengharapkan pemimpin dan pertubuhan Melayu?
Kelangsungan parti melayu seperti UMNO akan hidup terus jika semangat Melayu hidup dalam hati pemimpin mereka.

-makan gaji

Anonymous said...

Kepada Datuk Ahmad A. Talib,

Hah betul lah tu Datuk, Mahdzir adalah salah seorang dari 'orang muda berkeris' yang dimaksudkan dalam surat Tan Sri Khalid tu. Cuma beliau belum lagi sampai ke peringkat mengangkat diri beliau sebagai pendekar seperti Nazri Aziz.

Kepada Pelayar Internet,

Memang tak adil kalu lagu tu tapi sebagai Perdana Menteri Pak Lah bertanggungjawab pada segala tindak tanduk juak-juaknya.

Knowing Pak Lah....dia sebenarnya 'play safe'.

Malaysia perlukan Perdana Menteri yang stabil, tegas, bijak, berani, yakin apatah lagi yang rajin membaca. Malaysia perlukan Perdana Menteri yang membuat keputusan dan bukannya penyampai keputusan.

Anonymous said...

Dato',

Petikan dari BBC News ini merumuskan apa yang berlaku kepada media arus perdana kita pada hari ini. Tak tahulah kalau besuk pagi keluar cerita plagarism ni dalam NST, STAR, Utusan!

"The New Straits Times is owned by the political party of the prime minister.

Malaysia's broadcasters and newspapers are closely controlled by the government and no mention of the scandal has appeared in print."

Hantu Gigi Jarang

A KADIR JASIN said...

Sekadar melengkapkan.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga) mentakrifkan "pembesar" sebagai orang yang berpangkat tinggi dan "pemimpin" sebagai orang yang memimpin.

Terima Kasih

Penglipur Lara said...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin, Datuk.

Anonymous said...

Saya wartawan muda, umur dalam 30-an dan bertugas di JB. Dalam pertengahan tahun ini, TDM lawat Gerbang Perdana, apa yang terjadi masa tu melambangkan sentimen wartawan (sekurang-kurang di JB). Kami berebut-rebut nak bergambar dengan TDM selepas PC dan minta beliau kembali menjadi PM. Kami cium tangan beliau bila bersalam dan dari air muka TDM, saya dan rakan-rakan dapat lihat, bahawa TDM berbangga dengan anak-anaknya kerana terus mengingatinya dan menghargai pengorbanan beliau. Bagi saya, melihatkan air muka TDM pada ketika itu, sudah cukup memberi kepuasan kepada saya. Kita tidak pernah lupakan TDM dan walau apa pun terjadi kini, beliau tetap bapa kita. Saya dan rakan-rakan ketika itu amat berbangga dengan TUN dan lebih berbangga menjadi rakyat Malaysia anak-anak Tun. Malangnya, sebulan selepas itu Pak Lah datang ke JB, the sense of pride itu sudah hilang. We somehow dont have much respect for Pak Lah and that is the truth.

Anonymous said...

Bayangkan dua pihak yang berdebat. Tidakkah seharusnya tiap2 pihak cuba memberi point2 masing. Bukan nya permintaan pihak lagi satu meletakkan jawatan dan tinggalkan forum. TDM di layan seperti program2 nya yang dahulu itu tidak betul walhal dia telah merancang sedemikian lama. dan kami, rakyat biasa juga mahu kenapa dia merancang sesuatu program tetapi di berhentikan oleh penggantinya yang TDM sendiri pilih. Itu tak betul. Apalah salah nya kita hormati keputusan yang telah di perbuatkan dulu.

Anonymous said...

Saya ucapkan syabas kepada MT kerana tidak memecat TDM. Ini menunjukan kematangan politik Melayu. Nabi pernah besabda " Percanggahan pendapat dikalangan Umat aku adalah satu rahmat.!"

sinbad said...

Kepada saudara/i Pelayar Internet,

Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempunyai kuasa untuk mengawal adab dan tatasusila orang bawahan beliau ... lebih-lebih lagi orang-orang bawahan itu jenis yang kaki bodek tahap gaban!

Pak Lah hanya perlu keluarkan satu arahan mudah seperti ... "ahli-ahli UMNO jangan terlalu kuat hentam Tun, kalau nak cakap pun, cakaplah dengan elok ..."

Saya yakin, kalau Pak Lah keluarkan arahan seperti ini, orang-orang bawahan beliau yang kaki bodek tahap gaban itu akan lebih beradab dalam tingkah laku mereka.

Malang sungguh apabila Pak Lah hanya membiarkannya sahaja.

Oleh sebab Pak Lah membiarkan sahaja kaki-kaki bodek ini menghina dan memburukkan negarawan yang banyak jasa seperti Tun Dr Mahathir ini, saya rasa amat wajarlah jika orang ramai memaki hamun Pak Lah pula.

Anonymous said...

assalamualaikum...

sdr pelayar internet,
tidak timbul soal adil atau pun tidak dalam perkara ini.. sebagai seorang pemimpin harus memimpin dan mengawal menteri2 nya... bukan hanya melepas menteri2 nya.. berteriak... berpecak..

takkan lah seorang guru silat melepaskan murid dia berpecak dengan guru silat yang bertaraf lagend...

sebagai seorang Ketua.. dia harus berani dan tegas menjawab setiap kritikan.. setiap persoalan dengan bijak...

tidak kah diam itu tanda setuju kalau diikutkan kata orang2 tua dahulu...

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan dan saya juga sedang mendapatkan penjelasan dari bloggers yang lain.
Siapakah yang sebenarnya melantik TDM sebagai Penasihat Petronas, LADA, Proton dsbnya. Kerajaan (read as BN) atau UMNO. Pada pendapat saya yang dangkal ini, perlantikan itu sudah tentulah dibuat oleh Kerajaan Malaysia , walaupun mungkin atas cadangan dan sokongan UMNO. Oleh yang sedemikian, sudah sepatutnya lah perbincangan untuk menyingkirkan TDM dari jawatan tersbut dibincangkan oleh Kabinet atau setidak tidaknya BN ataupun adakah ini bermakna non UMNO component parties dah kena "marginalised" ?
Harap dapat tunjuk ajar dari Datuk.
Wassalam

Anonymous said...

Datuk dan para pendebat,

Kalau MT mencadangkan kepada PM agar memecat Tun dari menjadi penasihat Proton dan Petronas dan dari mana-mana juga jawatan rasmi, saya yakin ianya akan memburukkan lagi keadaan, menjadikan Tun legenda dan membuat orang macam saya lebih jijik dengan pembesar-pembesar Umno (meminjam istilah Datuk yang sangat tepat).

Alhamdulillah ini tidak berlaku kerana dari awalnya pun, saya rasa, ianya hanyalah satu taktik atau political posturing yang sengaja dibuat untuk menunjukkan betapa toleransinya PM dan MT.

Sebenarnya MT tiada kuasa dan hak memecat Tun. Kuasa terletak di tangan PM dan Kerajaan. Paling-paling hebat pun MT hanya boleh menggesa PM memecat beliau.

Sebenarnya PM dan Kerajaan tidak berminat bertolak ansur dengan Tun dan dengan rakyat jelata. PM dan Kerajaan hanya mahu menunjukkan siapa yang kuat dan berkuasa.

Kalau PM dan Kerjaraan mahu bertolak ansur, banyak cara boleh digunakan. Projek-projek yang dibatal boleh dikaji semula dengan nasihat undang-undang dan ekonomi diperolehi dari pihak-pihak bebas. Tak perlu buat sekarang tapi boleh diadakan satu jadual baru.

Orang-orang yang menimbulkaan masalah boleh ditukarkan atau digugurkan. Tidak perlu tunggu seperti yang berlaku kepada Pengarang NST yang ditekan untuk berhenti hanya bila perbuatan ciplaknya didedahkan oleh para bloggers. Ini memalukan PM kerana PM yang melantik mereka.

Nampaknya PM lebih berazam mempertahankan haknya dan hak segelintar orang tertentu dari memikirkan kepentingan dan perasaan majoriti rakyat jelata yang semakin hari semakin terbeban dengan berbagai kenaikan harga barang, pengangguran dan jenayah.

Orang macam saya bukan sokong Tun membabi buta. Saya tahu di negara kita, sokong orang yang tidak berkuasa boleh menyebabkan bala. Tapi saya sokong Tun kerana rungutan dan aduannya masuk akal dan saya dapat merasakan kesannya seperti kekurangan kontrak, lambat mendapat bayaran dari kerajaan dan pegawai kerajaan yang memberi bermacam alasan untuk menyusahkan orang ramai kerana mereka korup atau malas.

Saya doakan Tun panjang usia dan supaya mata hati PM dan pembesar-pembesar Umno dibuka demi perdamaian dan kesejahteraan rakyat jelata.

Anonymous said...

Berani kerana benar,
Tun Dr M tuju tepat ke sasar.

Takut kerana salah,
Demikianlah perangai Pak Lah.

MT tidak akan memecat Tun,
Kenapa? Takut kena balun?

Tun boleh terus jadi penasihat,
Apa kuasa MT untuk menyekat?

Pelantikan Tun adalah hak Perdana Menteri,
Jadi Pak Lah kenalah putuskan sendiri.

Pelantikan Tun adalah hak Perdana Menteri,
Mengapa pula nak serah kepada MT?

MT hanya layak bincang dan putus soal keahlian parti,
Atau kemuka usul tamatkan khidmat Tun kepada Perdana Menteri.

Takkan hal begini pun pembesar kita tak reti?
Buang duit saja kerajaan dan keluarga taja belajar di luar negeri.

Tun was there,
Therefore criticise he dares.

Pak Lah, had Tun did not bring you in,
You are nowhere to be seen.

Kepada pembesar Umno yang lain,
Baru ke lama janganlah eksyen,
Kenanglah budi dan jasa pemimpin,
Bercakap biarlah sopan dan penuh yakin,
Berpeganglah kepada Islam yang ad-Din.

Berani kerana benar,
Tun M tak merapu terus tuju ke sasar.
Tapi bagaimana dengan Pak Lah?
Berdiam diri kerana malas dah atau takut kerana bersalah?

Hendak bertemu, Tun minta bawak saksi,
Pak Lah tolak, katanya berdua saja pun dah memadai,
Tapi Tun bijak bawa perakam peti
Sebagai bukti kalau-kalau Pak Lah nafi...

Teringin pulak nak bertanya di sini,
Siapa pembesar parti yang dituduh rasuah tapi masih belum dibicara lagi?
Malah dilantik pula menjadi ketua perhubungan negeri?

Kepada Datuk Najib kami menaruh harapan,
Cuma satu saja nak bagi peringatan, Pastikan Rosmah tidak keterlaluan...
Sebab Datuk yang kami pilih untuk menjadi jagoan.

A KADIR JASIN said...

Saya lazimnya tidak melayan komen yang dibuat secara anonymous.

Bagaimanapun, saya terpaksa membuat pengecualian dengan mengakui sebuah komen yang dibuat secara anonymous sebentar tadi mengenai Tengku Razaleigh.

Saya mohom maaf kalau tidak menyebut peranan Ku Li dalam Petronas dalam tulisan yang yang terbaru. Saya tidak disengajakan. Ia kebetulan.

I have the greatest respect for Ku Li, irrespective of whether I agree or disagree with him. He's a great friend and a good teacher.

Yes, Ku Li played a major role in the formative years of Petronas. In fact, he was instrumental the early developmnent of Pernas and Bank Bumiputra as well.

Pada zaman Tun Abdul Razak, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Pernas, Petronas dan Bank Bumiputra.

In fact, I am happy that Ku Li's voice is being heard again and his views sought.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).