Tuesday, May 29, 2007


Mampukah Anwar Menjadi “Unifier” Pembangkang?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

MANTAN Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dilaporkan berikrar menyatupadukan pembangkang bagi menentang Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut agensi berita Perancis AFP yang menemu ramah beliau baru-baru ini, matlamat beliau adalah “menyekat Abdullah daripada memperoleh kelebihan suara majoriti.”

Anwar memberitahu AFP bahawa harapan ini mungkin menjadi kenyataan jika parti-parti pembangkang bersetuju untuk tidak bertanding melawan satu sama lain.

Apa pun yang dikatakan dan apa pun yang terjadi, apatah lagi dalam konteks politik semasa yang kabur, Anwar terus berupa orang terbaik untuk menyatupadukan pembangkang.

Malah hakikat bahawa beliau mewakili parti terkecil dalam gagasan pembangkang, berkedudukan hanya sebagai penasihat parti dan goyang kabur di segi undang-undang boleh menjadi beliau orang terbaik memainkan peranan sebagai “unifier” atau penyatu padu.

Pada pemilihan PKR Sabtu lalu (26 Mei), Anwar menarik diri di saat-saat akhir daripada bertanding jawatan presiden melawan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berupa penyandang dan isteri beliau.

Parti-parti pembangkang memerlukan pakatan yang lebih kuat dan padu daripada yang pernah dijalin sebelum ini jika mereka mahu menafikan majoriti dua pertiga BN. Matlamat ini tidak mustahil walaupun sukar dicapai.

Dalam sejarah, hanya pada pilihan raya umum 1969 sahaja pembangkang berjaya menafikan kelebihan kerusi dua pertiga parti kerajaan.

Tetapi ia berlaku dalam suasana politik perkauman dan agama yang sangat dahsyat di mana Perikatan cuba mempertahankan Perlembagaan dan kontrak sosial manakala Pas mahukan keutamaan untuk Islam dan orang Melayu dan parti-parti majoriti Cina seperti DAP dan Gerakan mahukan kesamarataan dan, justeru itu, menolak beberapa peruntukan Perlembagaan.

Daripada 144 kerusi Parlimen waktu itu, Perikatan memenangi 95 atau 66 peratus dan pembangkang 49 atau 34 peratus. Undi popular pembangkang mengatasi Perikatan dengan memperoleh 50.7 peratus berbanding 49.3 peratus.

Tetapi akibat peristiwa berdarah 13 Mei yang berlaku tiga hari kemudian, keputusan itu menjadi sia-sia kerana Parlimen digantung.

Gerakan dan Pas akhirnya menyertai Perikatan untuk menubuhkan parti campuran yang baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional. Pas dipecat daripada BN pada tahun 1977.

Ini mungkin masa terbaik bagi pembangkang mencuba mengubah untung nasib mereka setelah kalah teruk pada pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya itulah BN mencatatkan prestasi terbaik dan pembangkang terburuk dalam sejarah.

Pada pilihan raya itu, pembangkang memenangi hanya 21 daripada 198 kerusi Parlimen atau 9.59 peratus bilangan kerusi walaupun undi yang mereka peroleh adalah 36.1 peratus. Undi popular paling sedikit pernah mereka peroleh ialah pada tahun 1995 iaitu 34.8 peratus.

Prestasi berbaik pembangkang selepas 1969 adalah pada tahun 1990 apabila gagasan mereka diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu memimpin Parti Semangat 46. Mereka memenangi 53 atau 29.45 peratus daripada kerusi parlimen dan 46.6 peratus undi popular.

Daripada aspek psikologi dan perangkaan, keputusan pilihan raya umum 2004 adalah luar biasa. Pengundi menjadi begitu taasub terhadap BN kerana dua faktor. Pertama menyambut era baru Abdullah Badawi, orang baik dan berlatar-belakangkan Islam dan kedua hadiah persaraan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi sejak itu, keadaan sudah banyak berubah. Abdullah telah memagari dirinya dengan penasihat dan pentadbir yang umumnya di luar kerangka Umno.

Dia telah membatalkan banyak projek era Mahathir dan menggantikannya dengan projek raksasa beliau sendiri seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Jambatan Pulau Pinang Kedua, Projek Monoril Pulau Pinang dan Wilayah Pembangunan Utara.

Jentera politik dan propagandanya secara sistematik dan terbuka menjalankan kempen menyekat Mahathir daripada bersuara dan menghapuskan legasi beliau.

Islam di Malaysia di labelkan sebagai “Islam Hadhari”, Mahathir secara terbuka mahu Abdullah disingkirkan dan parti-parti komponen BN, selain Umno, semakin lantang memperjuangkan kepentingan kaum yang mereka wakili.

Harga barang dan perkhidmatan terus meningkat atas persetujuan kerajaan yang tidak mahu lagi menanggung kos subsidi. Kerajaan mendakwa inflasi rendah tetapi gaji kakitangan awam dinaikkan hingga 35 peratus dan kos sara hidup (cola) 100 peratus.

Pengaliran masuk modal terus dari luar (FDI) semakin tidak ketentuan. Di masa yang sama semakin banyak pelabur tempatan membawa keluar modal. Walaupun kenaikan harga saham di Bursa Malaysia mencatat rekod tetapi semakin banyak syarikat menarik diri dan ada di antaranya berhijrah ke Bursa Saham Singapura.

Ini tidak termasuk perkembangan sensasi seperti pembubuhan wanita jelita dari Mongolia yang membabitkan penasihat Timbalan Perdana Menteri dan dua orang anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK), penglibatan anggota keluarga Perdana Menteri dalam politik dan perniagaan, dan kadar jenayah yang semakin meningkat yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini.

Pendek kata di segi isu, pembangkang tidak kekurangan bahan untuk menyerang kerajaan. Sebaliknya kerajaan mempunyai banyak soalan yang perlu dijawab, termasuk janji-janji pilihan raya umum 2004 yang belum ditunaikan.

Soalnya, kalau pembangkang gagal memperbaiki prestasi, puncanya bukanlah kerajaan atau parti BN, tetapi ketidakupayaan mereka sendiri untuk mewujudkan pakatan yang kukuh.

BN tentulah akan menggunakan segala kekuatan dan taktik yang ada kepadanya untuk menggagalkan pakatan pembangkang, apatah lagi jika ia dipimpin oleh Anwar. Kepulangan Anwar dalam bentuk apa sekalipun adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh BN, khasnya Umno.

Anwar bukan sekadar musuh bagi BN. Dia adalah musuh yang berkarisma yang tahu banyak rahsia dan taktik Umno dan BN kerana selama 16 tahun dia menganggotai dan memimpinnya.

Sepanjang kehadirannya di dalam Umno dan kerajaan, dia adalah anak emas Dr Mahathir. Tetapi hari ini, satu-satunya kepentingan yang masih dikongsi bersama tetapi secara berasingan oleh Mahathir dan Abdullah adalah menyekat kepulangan Anwar.

Ringkasnya, walaupun Anwar tiada berjawatan tinggi dalam PKR dan mungkin tidak boleh menyertai pilihan raya sebagai calon, namun beliau terus berupa orang terbaik untuk mewujudkan pakatan di kalangan parti-parti pembangkang.

Malah pembabitan beliau yang tidak terlalu cergas dalam PKR dan kemungkinan beliau tidak boleh menjadi calon pilihan raya membuatkan peranan beliau sebagai “unifier” barisan pembangkang sesuatu yang cukup menarik.

55 comments:

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Salam

Datuk AKJ tanya; Mampukah Anwar Menjadi “Unifier” Pembangkang?

Pada saya, bukan sahaja Anwar tidak mampu menjadi “unifier” pembangkang, malah pertanyaan mampukah Anwar menjadi “unifier” pembangkang itupun merupakan pembaziran tenaga mengetuk keyboard. Kalau Datuk tulis di rumah, ia membazirkan duit api Datuk. Kalau Datuk tulis di restoran mamak, kesian kat mamak tu!

Masalah besar dalam masyarakat Melayu ialah kepercayaan karut atau khurafat. Kepercayaan karut bukan terbatas kepada bernazar di kubur si mati yang dianggap "wali", mandi Safar dan sebagainya.

Khurafat-khurafat seperti itu sudah lama ditebas oleh sebahagian ulama dan aktivis agama.

Khurafat-khurafat yang saya sebut itu termasuklah kepercayaan-kepercayaan sesetengah orang kononnya si anu atau si anu boleh menjadi "unifier".

Masalah yang paling besar bukanlah Anwar mampu menjadi "unifier" atau tidak. Masalah yang paling besar ialah kepercayaan karut seperti itu.

Anwar dipandang tinggi akibat kepercayaan karut seperti itu.

Kalau orang marah dengan pendapat ini, itu hak demokratik mereka. Saya ada pendapat dan jahat sangatlah bakaq ini kalau saya tak nak dan tak suka orang memberikan pendapat mereka.

Marah juga satu pendapat. Hanya cara meluahkan pendapat sahaja yang agak istimewa sikit.

Kalau Datuk marah kat saya, rasanya Datuk ada lesen untuk marah dan tegur saya kerana Datuk lebih tua dari saya. Tahun 1969, saya masih budak kampung berhingus yang lari lintang pukang ketika askar Iban memburu orang-orang yang langgar curfew, Datuk dah jadi pemberita.

Kalau Datuk enggan siarkan pendapat saya, Datuk tuan rumah. Apa saya nak kata.

Anonymous said...

Salaam Datuk,

I beg to differ.

Anwar adalah seorang "political animal".

Sebagai Political Animal, Anwar hanya pentingkan keuntungan dirinya.

Segala kelemahan pentadbiran Abdullah Badawi yang Datuk sebutkan, bayangkan takat mana isurakyat ini yang disebut Anwar semasa berkempen di Ijok?
Anwar lebih senang menghentam Najib dengan dakwaan liar.

Kenapa Anwar tidak menghentam polisi administrasi Abdullah Badawi yang jelas merugikan rakyat dan negara?

Yang jelas Anwar hendak jatuhkan Najib kerana berangan-angan persahabatannya dengan penasihat-penasihat Abdullah Badawi akan membuka jalan baginya masuk balik ke dalam Umno.

Samada Abdullah Badawi bersetuju atau tidak bukanlah menjadi persoalan. Bukankah Anwar menerima passportnya dari orang yang amat intim dengan Abdullah Badawi?

Anwar tidak pentingkan masalah rakyat, mahupun masalah negara. Anwar hanya mahu jadi Perdana Menteri untuk mendapat kuasa.

Sebenarnya jika Anwar menjadi unifier pada pembangkang pun, hanyalah untuk mengkuda pembangkang untuk mencapai matlamat dirinya sendiri - to serve his own interest.

As a people or as a voter in this country, we are condemned with having to live with a spineless Government and an equally half-baked opposition with no direction.

Anonymous said...

Saya sesekali tidak merasakan Anwar Ibrahim mampu untuk menjadi 'unifier'... Malah saya tidak kisah langsung dengan apa yang ingin dicapai mahupun apa strategi-strategi pembangkang pada PEMILU akan datang ini....

Terus terang saya katakan bahawa saya sedang terperangkap di tengah.....

-> SESEKALI TIDAK saya akan mengundi calom pembangkang. TIDAK dan TIDAK

-> SANGSI SUNGGUH sama ada saya patut memberi undi saya kepada KERAJAAN sedia ada sekarang atau tidak??

Inilah DILEMA saya. Kalau ditanya seisi rumah saya yang juga sentiasa keluar mengundi (Ibu, Ayah dan Abang) maka semuanya sependapat dengan saya :)

Hendak mengundi pembangkang MEMANG SESEKALI TIDAK PERNAH PERCAYA DENGAN IDEOLOGI dan MOMOKAN mereka, Hendak mengundi calon BN nampaknya banyak sebab dan situasi yang kami sekeluarga 'TERGURIS' sejak bermula 2006 hinggalah sekarang...

Maka , ada kemungkinan kami tidak perlu keluar mengundi kali ini.... Atau pejamkan mata, UNDI saja pembangkang buat pertama kalinya sebagai tanda protes... Mungkin...

Anonymous said...

Salam..

Datuk,Sebagai student universiti, saya telah membuat kajian serba sedikit mengapa Dato' Seri Anwar amat diperlukan untuk memimpin negara sekarang. Ini kerana kebanyakn orang yang menentang beliau lebih kerana emosi yang tidak masuk akal dan berfikir pendek.. saya suka memberikan hujah kenapa DSAI perlu memimpin Malaysia..

1) Fitnah terhadap beliau pada 1998
Kita perlu realistik tentang perkara ini dan tidak menuduh membabi buta. Bukti yang boleh disanggah (tilam yang ada air mani) adalah tidak cukup kuat dan meragukan. Air mani boleh dikeluarkan meskipun seseorang itu tidak sedarkan diri. Bukankah di dalam penjara ketika awal penahanan DSAI, beliau dipukul dan dibelasah oleh polis terutama Rahim noor (ketua polis masa tu). Disamping itu, azizan (saksi pendakwa) juga ditangkap berkhalwat ketika perbicraraannya. ini menunujukkan saksi itu ialah org yang tidak layak dipercayai kerana pegangan agamanya.. Dituduh DSAI rasuah sampai berbilion ringgit, tetapi mana buktinya? saya tak nampak lagi buktinya. sebab itu saya teramat yakin DSAI tidak bersalah..

2) Keadaan ekonomi negara
Ekonomi negara bukan dalam keadaan yang baik, kite kene mengakuinya.. apa guna Indeks komposit naik melambung, tetapi rakyat semakin susah. Harga barang yang naik, kesukaran graduan mendapat kerja. Ni yang penting untuk dipertimbangkan.. DSAI mempunyai pengaruh di negara luar, Insyaallah, pelaburan negara boleh ditarik dengan lebih banyak..

3) Perpaduan rakyat majmuk Malaysia
Kita kene mangakui bahawa keadaan sekarang sgt genting kepada perpaduan rakyat berbilang kaum. UMNO asyik memainkan sentimen hak Melayu, MCA dengan sentimen cinanya begitu juga yang lain2. Saya tidak nampak kenapa perlu diperdebatkan perkara ini, kerana sudah termaktub dalam perlembagaan. Saya juga agak marah dgn Ketua pemuda UMNO yang julang keris terjerit2 macam orang gila cakap pasal hidup melayu, tetpi bila Maybank nak klien yang mempunyai syer bumiputra 50%, di pulak menentang. Ni badut sarkis mana yang berlakon ni? Sebab itu, setelah membaca dan mngkaji, New Economic Agenda yang diperkenalkan oleh DSAI amat sesuai menggantikan NEP kerana masih mempertahankan hak melayu, dalam masa yang sama memberi kesaksamaan kepada bangsa lain. kite kene realistik, ni negara berbilang kaum, Hak melayu kita perlu dipertahankan, tetapi kene bagi juagk bangsa lain utk mencari makan..

4) Perpaduan Melayu..

Berdasarkan pengamatan dan kajian ringkas peribadi saya (untuk memahami lebih jelas), sebenarnya pemecatan DSAI 1998 hampir menghapuskan usaha penyatuan umat Melayu. Kita semua tahu, walaupun dulu DSAI adalh Tim. Presiden UMnO, beliau mempunyai hubungan yang akrab dgn Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Presiden PAS. Jika DSAI menjadi presiden umno, saya nampak akan ada usaha yang proaktif utk menyatukan PAS dan UMNO. Di samping itu, memang objektif kemasukan DSAI dalam UMNO dulu ialah utk merubah umno dari dalam di mana akhirnya dia gagal. dijatuhkan secara hina oleh orang2 yang gentar dengannya.

5) Rasuah yang semakin menjadi2.

Memang perkara ini terjadi.. kita tak boleh nafikan walaupun indeks rasuah negara semakin baik. nak jumpa wakil rakyat pun kadang2 kene jumpa s/u dulu, pastu kene minta bayaran dulu. ni suma terjadi, bukan rekaan. Banggunan putrajaya yang baru dengan kos berbilion ringgit, sudah mengalami pelbagai masalah. ini bukti rasuah, mana mungkin sistem paip yang baru dipasang tak sampai 10 tahun sudah bocor? bukankah ade pemeriksaan sebelum banggunan itu diserahkan kepada kerajaan? takkan jurutera JKR tak tau kira tempoh paip bole digunakan?

6) Wilayah Pembangunan Iskandar
Kenapa perlu melibatkan Singapura dalam projek mega Negara kita? Singapura tak penah dengar dan jaga hati kita, tetapi kita pula yang terhegeh2 minta kerjasama mereka. Apa benda ni? Saya belajar sejarah Dato, Kuan yew kalau boleh nak lihat Malaysia hancur. Dendamnya terhadap kita tidak pernah luntur. ini berdasarkan pengamtan saya terhadap tindakannya. Dia mengakui dia susah nak lawan Mahathir, tetapi saya lihat senang sahaja dia tundukkan Dollah Badawi. Saya risau keselamatan negara kita,kes jual pasir kepada mereka, tu untuk singapura besarkan negaranya. Nanti satu masa, sempadan kita pun boleh berubah.. Kes pulau batu putih, mana logik diorg claim itu hak dia sedangkan pulau lagi dengan Malaysia. jgn lupa, Org umno yang bersekongkol menjual pasir macam zakaria deros tu. Dalam blogspot Datuk ruhanie, beliau mendapat maklumat mengenai penjualan pasir kepada negara. ni suma mendtangkan bahaya kepada negara.


7)Keadaan sosial Negara

Kita lihat setiap hari jenayah berlaku dalam negara. Semakin membimbangkan, kes rogol menjadi2, pembunuhan, samun& rompak dan sbginya semakin meningkat.Kita tidak lagi berasa selamat jika mahu keluar dari rumah. Kita memrlukan pemimpin yang mampu menangani suma ni.. dan saya percaya DSAI adalah orgnya.. Kita lihat Mufti2 dan ulamak2 ditekan dan dikritik jika memberikan pendapat. Macam mana Melayu nak maju macam ni, Ulamak sbg tunjang kita pun dihina? DSAI mempunyai hubungan yang rapat dgn ulamak2 ini, sebab tu bila beliau dipecat dan dizalimi, ramai ulama menyebelahinya. Prof Dr haron din, Ustaz Ismail Kamus, dr Badrol Amin dan ramai lagi. Kita org Melayu, beragama Islam, amat memerlukan ulama. Tanpa mereka, saaya jamin kita tidak akan maju..

ada banyak lagi hujah yang saya ingin kemukakan, tapi cukup dulu setakat ini. Ini pandangan saya berdasarkan kajian peribadi saya sendiri. Saya suka untuk bertukar2 pendapat dengan datuk dan org lain ..

Thanks

dzulman said...

Saya mengemis utk berbeda pendapat, Datuk.

Jauh panggang dari api saya berdoa kpd Allah SWT supaya melindungi kita dari dipimpim oleh seorang yang sering lain cakap dan lain bikin.
Ramai yg agak lupa Anwar adalah satu satunya ahli politik yg licin sebagai pemain boria dan makyong. Shakespeare kata senyuman yg tulin bermula dari mata - adakah Datuk pernah memerhatiny apabila Anwar senyum?
Ramai juga tak sagnka barangkali yg Anwar sudah mempunyai Rancangan B nya apabila krisis denga TDM tercetus? ABIM sudah ada rancangan tersendiri dan itulah sebabnya senang sangat demonstrasi dilancarkan dan TDM menjadi sasaran pula. Ingatlah Anwar ada kawan seperti juga KJ ada kawan dari luar.

Unknown said...

saya setuju hujah student_ipt kerana dia lakukan research. Setuju ke tidak student sesiapa yang menjual pasir (tanah airnya) ke Singapura dikenakan ISA? Apa hujah sdr? Dan mengapakah Ahli Parliment tak mau bangkitkan penjualan pasir ini di Parlimen. Tu AP Muar yang selalu bising di Parlimen mana pergi buah dia?? AP Jasin dan Kinabatangan kenapa kamu kecut ke? Kaji! Kaji!

Anonymous said...

Salam Datuk,

Pada budak-ipt...good for u to express your opinions...tapi gua punyer nasihat duduk di U analysis pengajian dan prepare to the new world is your objective..talk about dsai ..is out of your field man..mcmni la enjoy life kat ipt & teenage life..pesanan gua " Yang tua dihormati yang muda disayangi"...PEKEMBAR dulu,kini dan selamaya..DSAI unifier.hihihii.kalu betting bola 1 bola pun hongkie tak bagi...maa

Sarjan low said...

Datuk,

Malangnya, faktor Anwar sudah tidak lagi memberi kesan kepada BN. Dalam Politik, "masa dan peluang" amat penting untuk mendapatkan kuasa tetapi Bekas PM yang amat arif "Spinning Doctor" telah berjaya memusnahkan kebarangkalian faktor anwar bangkit semula di Politik Malaysia selama-lamanya dengan memenjarakan anwar dan menghalang beliau giat dalam politik dalam selang masa 8-10 tahun.

Parti PKR secara terus terang hanyalah untuk Anwar. Lihat saja mesyuarat agungnya yang lepas, tak pernah saya baca ada pulak kerana seorang, proses pengundian boleh ditunda dan kemudian tarik pencalonan serta-merta(last minute...betui betui last minute). Ini menunjukan kewujudan parti hanyalah sekadar untuk sokong anwar. Pendapat saya parti politik yang perjuangannya sedemikian tak mungkin dapat wujud lama.

Namun jika Anwar selepas penjara terus menunjukan perwatakan dan usaha untuk jadi “unifier” memang ada kemungkinan yang tinggi parti pembangkang dapat bersatu. Kerana hakikat politik masa itu hanyalah anwar yang boleh. Tetapi peluang telah berlalu kerana imej islam (propaganda media barat) dan isu perkauman kini telah mengkaburi segala imej anwar sebagai "unifier”.

Kalau anwar nak berunding dgn PAS,DAP takut majoriti pengikutnya tak selesa, Anwar kalau berunding dengan DAP, Majoriti melayu(UMNO,PKR atau umum) sangsi ketaatan anwar pada isu dan hak hak bumiputera....

Apa yang perlu untuk menafikan majoriti 2/3 BN dalam parlimen adalah sebuah parti atau pakatan parti(bukan individu) yang mampu menjadi model bandingan dengan konsep BN. Tak payahlah parti politik alternatif ini betul-betul kuat,kaya atau popular. Masyarakat umum tak sabar lagi dah, cuma mahu sesuatu seperti BN ataupun mahu semua muka pembesar di BN tukar habis!

Anonymous said...

Asslam Alaykum Datuk!

Anwar cannot be a unifying figure because such a figure would have to be a dictator like Saddam Hussein.

Democracy is about divisions and diversity and a democratic society is plural like America or the new Iraq.

Nationalism is about unity but its also about dictatorship as it seeks to force a common cultural identity. This is why the "Arab" states are full of military rulers or dictators as they seek to unify the "Arabs". Malays, OTOH do not seek to unify Malaysia, Indonesia and Brunei as we are proud of pluralism.

Anonymous said...

Datuk Abdul Kadir Jasin
Salaam

Dtk Ruhanie Ahmad - Owner of Blogs Kuda Kepang, Mayaputera, Cyberprince and Global Partner
: Bloggers' Ethics

Datuk,

I have been posting comments on these blogs regulary for quiet sometimes now under my pseudonym Mika Angel-0.

What I would like to bring to your attention is that some of my postings on Gerbang Ruhanie (at kuda kepang.blogspot.com) - all those comments posted earlier than January 2007 - have been tampered with. 'Mika Angel-0 said' has been substituted with 'Anonymous said'.

I find this quite strange: why would anyone do that to one particular blogger's postings and not to the other few bloggers' postings. It beats me how one can do that.

The bigger issue here is not that but is Ruhanie Ahmad a trustworthy man? I have been pondering this question for quite sometimes.

Well, if I am very much mistaken this man hates Tun Mahathir but he pretends to admire him. This is just heresay.

I do hope you will reply to this one query - more on the fact of his rapport with Tun Mahathir; but please delete this posting to you, Datuk.

If I am right of my suspicions of him - ie that he is untrustworthy - just say That is Dumb of you Red84; and if I am wrong - Dumber still.

Terima Kasih.

ZABS said...

Salam Datuk AKJ,

Pada hemat saya, pembangkang di Malaysia takkan kemana selagi mereka masih berjuang untuk golongan tertentu dan matlamat yang berbeza-beza.

Tentang keupayaan Dato’ Seri Anwar pula, beliau perlu diterima sepenuhnya terlebih dahulu. Dan ini bukannya semudah beliau meminta Dato’ Nala menarik diri dari bertanding.

Walaupun Melayu mudah lupa, tetapi, di Malaysia, umumnya, pemimpin yang telah mempunyai "rekod", akan terus berada di dalam kesamaran dan terus menghilang seperti Dato’ Harun Idris, Dato Mokhtar Hashim dan Dato’ Seri Rahim Tamby Chik dan banyak lagi. DSI juga mungkin akan berada di situasi yang sama.

AFRAR YUNUS said...

salam datuk,
semasa dalam ABIM dulu, anwar boleh dikatakan bikin serupa cakap. saya berpeluang juga mengikuti perkembangannya. isu tahanan ISA sbg contohnya. ketika dalam umno anwar berkata, ISA tdk bercanggah dengan Islam.Belum lagi isu wig mahkamah. belum lagi isu anwar pekena ghafar baba, belum lagi anwar perkenalkan rasuah dalam umno dan bermacam lagi. datuk, semasa anwar jadi tpm, saya dan beberapa kawan ke pejabatnya untuk meminta bantuan menyelesaikan satu kemuskyilan- sup & sus tidak layan kami dan memberitahu boleh pergi selesai di tempat lain. mungkin itu cara rabbani anwar sama seperti hadhari pak lah. kami pernah jumpa sup tun mahathir, md noor azam. itupun dua kali lima juga. orang kita ni bila ada kuasa, dia lupa daratan, dia tak sedar diri, dia megah, dia bangga, dia hipokrit, hadis dan quraan pupus dari dalam jiwanya. bila dia disepak keluar dari kumpulannya, maka dia teringat balik siapa dirinya. apakah masyarakat akan percaya 100% kpdnya semula. dia bukan malaikat, dia bukan penerima wahyu Allah swt. jika dia muhasabah dirinya, dia bertawaddu, bertawakkal, menyesal, memohon keampunan, itu terserah kpd Allah swt untuk melorongkan dia ke jalan benar. tapi anwar, dia gila jadi pm. matlamatnya sudah nampak. apa cara sekalipun cuba dihalalkan. PAS pula melukut tepi gantang. takda karisma kepimpinan. hanya mengharapkan kelemahan orang lain. kekuatan dalaman kurang. organisasi sendiri kurang bermaya. sudah berada dipersada politik tanah air sejak 50 tahun namun gagal mencapai matlamat. ramai yang kecewa dengan kepimpinan sekarang tetapi hendak bergayut di pohon mana?

Anonymous said...

jawapan saya kepada Haji..

memang sepatutnya org yang jual pasir ke singapore wajib dikenakan ISA.

Apakah tujuan ISA diwujudkan? Objektif ISA ialah untuk org2 yang mengancam keselamatan negara. Macam Zakaria deros (saya guna namanya kerana sudah ada tuduhan terhadapnya di mahkamah)dan dakwaan datuk Ruhanie, kerajaan perlu amek berat perkara ni.. penting utk keselamatan negara.. Saya org muda, secara logiknya boleh hidup at least 30 or 40 tahun lagi (namun terpulang kepada takdir Allah SWT), jika terjadi apa2 terhadap negara, org2 seangkatan dan sezaman saya yang akan berjuang mempertahankan negara. ni kewajipan saya. Tapi, kita perlu mencegahnya. Penjualan pasir terhadap negara amat membahayakan negara.

Pada pengamatan saya, ISA sudah disalah guna. kebanyakan yang ditahan kerana dia penentang UMNO macam ezam, sa'ari sungip dan lain2. ni la salah guna kuasa. kenapa yang jelas melanggar keselamatan negara dibiarkan tetapi yang mempunyai fahaman politik berlainan dgn kerajaan sekarang ditahan.. Tak patut suma tu..

Namun, bagi saya jika DAP ditahan adalah tindakan yang betul dan tepat. mereka berideologi Malaysian malaysia. bahaya utk perpaduan kaum di Malaysia. peristiwa 13 Mei dulu antara penyebabnya DAP lah. ni kajian saya.

Anonymous said...

Dato' and fellow commentators,

Pardon me if say that I sense deep despair among some commentators. To say that we do not have a choice is to deny that we have democratic right. This amounts to denying constitutional guarantee of freedom of choice.

We have the choice. We can continue to vote the BN despite being let down by the current administration. We can vote the oppositions though they are not perfect. We can abstain from casting our votes. Or can cast protest votes by spoiling the ballot papers. We do have choices. What we don’t have is a good choice. We have to choose between the devil and the deep blue sea. One can drown us the other sends us to purgatory.

At the very least we make sure that the BN losses its two-thirds majority. A stronger opposition in Parliament can check the abuses and the arrogance of the BN. Even if the oppositions win, what makes us think that they cannot rule the country as well as the BN that we are bitching against day and night?

If Anwar is a devil as some people are saying, at least he is devil that we know compared to the upstart Khairy Jamaluddin and the Kris wielding Hishammuddin Hussein. I would rather put my bet on Anwar because I know his good and evil than those pontificating two or even safe-playing Najib. Maybe unifier is too strong a word. Mediator is more suitable. He can mediate among the opposition forces.

At least Anwar is clear about his rejection of the NEP. He may be playing to the gallery, but we know his chameleon nature. We can use these to pin him down. Unlike those tea drinking armchair liberals whose qiblah is Singapore and whose “religion” is globalization, who can enjoy their Earl Gray and pot vine at exclusive clubs with poverty and inequality around them, I think we cannot sacrifice our sovereignty to Singapore or any other foreign power for the price of IDR or neither should we say to hell to the Malays who form the majority and embrace mengarutocracy as our new religion. How long can you enjoy your finest tea, champagne and vine if the murderous poor people out there are calling for your pound of flesh? Too much tea can cause constipation which if not treated can affect your general well being and the functioning of your brain.

So I say we have the choice to say no to Singapore, to unfair globalization, to selling off our sovereignty for global competitiveness, to making IDR a Singapore enclave, to voting for the BN like we did in 2004, to the abuse of power and corruption, to the control of media, to religious intolerance, to the arming of Rela, to rising crime rate, to rising inflation. Above all we have the choice to say no to our collective inaction. We have the choice to promote change.

Anonymous said...

kepada semua yang menentang DSAI..

saya student, saya tak sokong membabi buta. perlu ada hujah kenapa DSAI tak layak. saya lihat hujah yang diberikan lebih kepada pendapat sendiri dan rekaan sedra2 je.

cthnya mcm fendy ahmad, terus sahaja ckp tak percaya omongan pembangkang.. ye la, saya nak tau juga, omongan mana yang sedara tak pecaya tu?

pada pengamatan saya,tduhan samurai yang ckp DSAI wat tuduhan liar pada najib tak betul. saya lihat kebanyakan video ceramah DSAI di Ijok, manade dia tuduh.. Yang beliau tekankan, cthnya kes Altantuya, ada tak najib terlibat? ataupun kata DSAI, tau tak najib dgn kes yang melibatkan razak baginda tu.. sbb razak baginda tu org kanan najib, n 2 org polis tu ialah UTK bodyguard najib. sebab tu kata DSAI, mustahil najib tak tau.. dia tak tuduh najib. sebab tu saya berbeda pendapat dgn sedara..

tapi mengenai kenapa DSAI kurang mengkritik dollah badawi tu saya setuju. betul la tu.. DSAI macam byk menyerang najib.. ataupun mungkin juga tindakan beliau sbab di Ijok, najib ketua kempen BN di situ..

ni pendapat saya.. cuma saya nak klu boleh hujah sedara nak kritik DSAI kenela kukuh ataupun bg situasi kepada saya, yang mana mmg DSAI ada silap. Joget DSAI pun nak wat isu, lagi saya pelik.. dah namanya org politik, mmgla dia masa tu nak pikat pengundi india. tapi beliau tak joget dgn pempuan. kene ingat tu..

rosmah mansor siap peluk lagi dgn pelakon hindustan masa acara anugerah filem diorg. ni betul2, bukan tuduhan..

saya perlu ada hujah yang agak kukuh kenapa DSAI tak layak.. sebab hujah sedara2 saya amati lebih kepada emosi, bukan akal fikiran.. jika tidak, saya percaya DSAI adalah org yg terbaik memimpin negara ketika ini..

sekian. salam

A KADIR JASIN said...

Sdr student-ipt, saya tidak akan siarkan komen anda yang terbaru.

Saya tak kata tak bernas. Hujah anda menarik. Tapi tak eloklah panggil orang perompak dan beruk.

Sebagai pelajar ipt dan pewaris masa depan, saya mohon kepada saudara agar berbahas dengan lebih sopan santun, waras dan wajar.

Tak apa kalau anda nak sokong Anwar dan kutuk Dr Mahathir, tetapi biarlah dengan sopan.

Saya hormati orang muda dari IPT yang berani bersuara. Saya dulu pun macan tu juga. Tapi ingatlah budi bahasa dan akhlak yang mulia.

Maaf dan terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Teadrinker, you comment is fine. But no expletive please!

Anonymous said...

Thank you, Datuk.
For clearing up the air.

Anonymous said...

kepada datuk kadir jasin..

saya mintak maaf atas kesilapan saya. saya mengakui kesalahan saya kerana emosi dalam tulisan yang terakhir tadi. sebabnya, saya agak kritikal dgn pihak yang mempermainkan bangsa melayu tetapi berlakon memperjuangkan melayu. tu yg saya marah sedikit.

tetapi dalam tulisan itu, sy tidak kutuk dr M,hanya kritik, kerana yg saya kutuk pasal pegang keris tu ialah org lain. bukan Dr M.

Secara peribadi, Dr M adalah pemimpin yang bagus, tetapi ade banyak juga kesilapan yang beliau buat. Ade org ckp kesilapan terbesar Almarhum Tunku ialah memisahkan singapore dari Malaysia tetapi dari dokumentari yang saya lihat, nampaknya tindakan Tunku adalah tepat untuk keharmonian rakyat majmuk Malaysia. Tetapi, bagi saya, (masih lagi tiada hujah yang boleh menyanggah pendapat saya dan meyakinkan saya DSAI bersalah), Tun M benar2 melakukan kesilapan dala memcat DSAI. Kini beliau bersuara mengatakan tersilap pilih pengganti.. Tu yg saya sedih tu, kini negara kita bolehlah dikatakn dalam terumbang-ambing (keadaan sekarang semacam membuatkan peristiwa 13 mei boleh terjadi kembali).

saya juga mengagumi datuk sbg wartawan besar, dan dari kajian saya, berita mengatakan datuk pro mahathir;p. tetpi tidak mengapa, ni la perselisihan pendapat, masing2 ade pendapat.. saya hormat pendirian datuk..

datuk, secara emosinya, saya semacam mengharap Dr M dan DSAI berdamai. saya terkenang lagi makmurnya Malaysia ketika pemerintahan mereka berdua. walaupun saya masih muda ketika itu, tapi mmg saya kagum dgn gandingan mereka berdua.. Kini, saya ada terbaca dari kajian satu blog yang mengatakan muka Dr M ketika umumkan pemecatan DSAI gelap tidak seperti mukanya yang biasa seolah2 beliau sedang keliru.apakah beliau diberi bukti palsu oleh org lain? Apakah beliau terpengaruh dgn tipu daya org lain mengenai DSAI? saya sendiri pun tak tau dan tidak berani membuat dakwaan.

Saya risau, kerana pemfitnah2 DSAI sumanya Meninggal dunia dalam keadaan aib.(berdasarkan kuliah2 yang saya dengar). juga termasuk seorang bekas menteri yang sakit kuat, tetapi sembuh selepas memohon maaf kepada DSAI. (namun ini bedasarkan kuliah dan bacaan, saya tak dapat buktikan dan saya tak berani cakap ini benar).

apaun saya memohon maaf kerana sbg anak muda, mmg kdg2 emosi menguasai diri dari akal fikiran. Seribu kemaafan..

salam

ariapertama said...

Manusia melayu ini punya dimensi angan-angan yang besar. Ia tak menjadi kesalahan pun. Berbeza pendapat adalah salah satu perkara baik. Masing-masing cuba menjadi se'rasional' mungkin dalam berhujah. Untuk mengenal org mmg bukan perkara mudah, apatah lagi mahu meletakkan kepercayaan padanya. Namun, apakah kita sendiri benar-benar yakin pd diri kita sebagai manusia yang bisa menjadi unit perubah? Jika kita yakin kita sendiri bisa merubah dan menjadi sebahagian dari perubahan..nah lakukanlah. Biar diturunkan siapa pun ke atas kita,jika kita memilih utk berubah..maka ia pasti akan berubah. JIka tidak..dikirimkan kita Muhammad sekalipun, namun jika hati sudah memilih utk 'enggan' berubah, maka kebenaran sudah mati.

Anonymous said...

Maaf Datuk,

Kepada student_IPT... saudara/saudari ini jelas mempunyai emotional attachment pada Anwar Ibrahim. Itu hak saudara/saudari..saya tidak persoalkan...setiap pemimpin harus ada pengikut, setiap pengikut harus ada pemimpin, tetapi bagi saya Anwar Ibrahim tidak layak memimpin, apatah lagi menjadi unifier.

Saya tidak membuat tuduhan, saya juga ada melihat rakaman hujahan Anwar Ibrahim di Ijok dan penekanan saya ialah;

Masalah rakyat di Ijok berkisar kepada ekonomi, kenaikan harga petrol, kenaikan harga barangan keperluan asas, makanan, masalah bekas wakil rakyat tidak hiraukan rakyat yang diwakili...tetapi isu ini tidak disentuh Anwar dan PKR secara mendalam...yang lebih disentuh isu Altantuya dan Najib...itulah sebab saya katakan Anwar pentingkan dirinya sendiri, dia lebih mahu memburukkan Najib dari memperjuangkan isu rakyat...isu Altantuya samada Najib terlibat, mengetahuinya atau pun tidak tidak akan menurunkan harga petrol dan makanan dan barang keperluan asas...biarlah mahkamah yang tentukan...yang saya sebagai rakyat mahukan ialah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat, yang mendengar rintihan rakyat...tetapi Anwar Ibrahim mahu rakyat mendengar rintihan beliau supaya rakyat mengangkatnya sebagai pemimpin...

Saya lihat saudara/sdri sendiri lebih banyak membawa isu kelemahan pemerintahan Abdullah Badawi daripada Anwar Ibrahim sendiri, spt isu IDR dsbgnya. Itulah juga yang saya persoalkan juga. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu membicarakan isu kelemahan pentadbiran Abdullah secara head-on.

Samada Anwar bersalah melakukan perbuatan luar tabii seperti yang dituduh ataupun tidak, bukanlah untuk saya mengandai atau memutuskan. Mahkamah telah membuat keputusan.

Tetapi yang pasti Anwar bukan pemimpin bertanggungjawab, Anwar bukan pemimpin yang rasional. Setelah dipecat Anwar mengajak rakyat merusuh untuk menjatuhkan Kerajaan dan memporak-perandakan negara.

Pemimpin ka macam ni?

ideas incredible said...

Dear Datuk,

Enjoyed your piece.

Anwar the "unifier" of the Opposition?

Like you, I think not.

The hype about his magic and charisma is slowly being replaced by the reality of his flaws.

Including a blatant disregard for the law in defying his legal ban from active politics due to his criminal conviction for abuse of power; his failure to significantly swing the Malay votes in Ijok and Pasir Mas; and his wishy washy claims to be a 'reformist' or 'renaissance man' when his track record in UMNO shows otherwise.

Although most argue that Anwar ought to be given another chance as he has paid for his 'sins' and suffered an unjust ruling under a 'kangaroo court' and 'trumped-up' charges, I still fail to see how having him as PM would be better than Pak Lah.

From a personality point of view, I am sure Datuk would know better as you would have covered him or your reporters may have complained, Anwar is a nightmare to work for as he comes across as arrogant, brash and bad-tempered.

Compared to the more diplomatic Pak Lah, most would choose Pak Lah than work under the tyranny of Anwar Ibrahim.

And his promise to abolish the NEP comes across as rather cheap and underestimates the intelligence of the non-Malays.

After destroying our education system and implementing so many oppressive policies, why should we give you ANOTHER chance when he had over 15 years in government to do so?

He was Mahathir's chosen successor and could have use some of his influence in that relationship to prove that he is indeed a liberal, multi-cultural leader.

But no. Throughout his time in govt, he too played up racial sentiments.

And he has not changed.

He still comes across as a racist nationalist who ridicules Indians to clinch Malay votes.

A true hypocrite he is -- Anwar Ibrahim.

To let him be PM, is to hand over the country's resources and sovereignity to the White House on a silver platter.

He is the chairman of the Foundation of the Future, which is mostly financed by the US. Reports in the Washington Post suggests that so far this functions as a shell to channel funds.

What more proof do Malaysians need to see that Anwar Ibrahim is REALLY a US-financed lapdog?

Mika Angel-0 said...

Datuk,
Salaam

This issue is more complex than I thought it was.

Yes, Anwar is the 'unifier' but is the BA strong enough to take on BN.

These are some tough questions to add to the complexity:

How would the Anwars's suit against Tun Mahathir affect his credibility? Tun Mahathir has a strong Interlocutory Order to dismiss the RM100million suit; and when will that hearing take place far less the actual court battle?

And there is the Razak Baginda trial coming up. What will be the impact on BN?

A lesser majority for BN?
Of what good will be to the country?

Who can replace Abdullah should he be unfit to lead the country?

Anonymous said...

Hallo datuk saya tau ini takde kena mengena dengan Anwar Ibrahim. Tapi apa pendapat datuk tentang kes terbaru keputusan mahkamah agung terhadap Lina Joy?

Anonymous said...

Salam Datuk dan pembaca-pembaca sekelian.

Saya ingin menarik perhatian kepada student_ipt agar lebih membuat kajian terhadap peribadi Anwar.

Kes pemecatan Anwar sebenarnya lebih kepada isu global, tetapi tidak digunakan kerana melibatkan kuasa-kuasa besar, dan kekurangan bukti.

Cuba anda lihat, siapa yang melalak apabila Anwar dipecat?

Siapa yang memberi sambutan hebat kepada seorang TPM mengalahkan PM?

Siapa yang dikunjungi Anwar selepas dia dibebaskan?

Adakah kuasa-kuasa besar akan membantu bangsa kita tanpa kepentingan mereka, hanya kerana sahabat mereka Anwar?

Mengapa mereka sangat marah apabila Anwar dipecat?

Ketika diketahui umum IMF tidak membantu dengan ikhlas, sebaliknya membuka ruang bagi Amerika dan kuasa-kuasa besar mengaut kekayaan negara peminjam, apa jawatan Anwar ketika itu?

Kenapa Anwar sebagai Menteri Kewangan yang diktiraf terbaik di dunia pada ketika itu oleh barat, mengatakan dengan terang-terang Malaysia akan muflis jika tidak 'menagih simpati' dari IMF pada kegawatan 1997, sedangkan Tun Dr Mahathir berjaya membuktikan TANPA gandingan dengan Anwar, beliau berjaya membuat Abdullah beraya sakan dengan memberi kenaikan gaji yang tinggi kepada kakitangan awam. Perlu diingat wang yang dibelanja oleh Abdullah pada masa ini, bukan lagi wang hasil usahanya, tetapi hasil Tun Dr. Mahathir dan para sahabatnya. Usaha Abdullah belum lagi menjadi duit, tapi masih dalam proses membelanjakan duit.

Banyak lagi isu-isu yang tidak saya nyatakan di sini dan ada antaranya telah dinyatakan oleh Datuk dan rakan-rakan yang lain, boleh di kaji dan diselidiki oleh anda.

Jangan sampai kajian anda itu menggangu tugas-tugas anda di IPT.

Ingat, bangsa kita memerlukan pelapis, tetapi bukan pelapis yang berhujah dan membuat keputusan dengan emosi.

Biarlah keputusan kita ikhlas dan jujur.

Anonymous said...

Dato'
Salam

"Tetapi hari ini, satu-satunya kepentingan yang masih dikongsi bersama tetapi secara berasingan oleh Mahathir dan Abdullah adalah menyekat kepulangan Anwar."


Sekiranya Anwar ada tiket untuk bertanding pada PRU12 maka dia akan menjadi 'Unifier' Pembangkang. Itu pun kalau PAS mahu turut serta.

Dari pendapat Sdr Bakaq, ini tidak mungkin. Dan bagaimana pula berita mengatakan Datuk Mustapha Mohamed ada mempelawa PAS masuk BN. Mengapa agaknya?

Adakah ini satu helah UMNO memperdayakan PAS dan melemahkan Barisan Pembangkang?

Kalau Anwar boleh bertanding, besar kemungkinan ada yang mahu menderma besar-besaran walaupun secara senyap untuk membiaya kempen Anwar. Ini faktor besar.

Bilakah PRU12 akan diadakan? Persoalan yang bermain di kepala saya. Yakni, tarikh sebelum atau selepas Anwar dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.
Tetapi adakah ianya soalan penting?

Bagi saya sama ada Anwar bertanding atau tidak, menjadi 'Unifier' atau tidak dan Pembangkang dapat mengurangkan majoriti BN atau tidak itu semua persoalan kedua.

Kestabilan sosio kita amat bergantung kepada kestabilan ekonomi kita.

Saya lebih bimbang mengenai kedudukan ekonomi kita yang rapuh. 'Fundamental' ekonomi kita nampak sangat begitu mudah di pengaruhi dengan aliran masuk-keluar dana-dana dari 'Fund Managers' yang entah menyokong aspirasi Negara kita ini atau tidak. Sebagai contoh, lihat saja lah akan kenyataan Alan Greenspan - 'one off adjustment' - tempuh hari dan bagaimana kesannya pada pasaran modal China hari ini.
Ini pula negara kecil kita ini.

Mengenai majoriti BN di Parlimen. Adakah undang-undang baru yang mendatangkan kesan yang besar diluluskan selama tiga tahun lebih Abdullah sebagai Perdana Menteri?

Apa yang nyata pada saya, tidak banyak beza sekiranya BN menang dengan majoriti kurang atau lebih.
Maka ada apa pada Anwar sebagai 'Unifier'. Yang pastinya Anwar yang untung. Tetapi dia ada 'currency'.

Saya ibaratkan Anwar berjaya mengurangan suara majoriti rakyat melukut kerana saya tengok 'nasib' cerah masa depan Malaysia lebih ditentukan oleh kuasa-kuasa luar dari rakyatnya sendiri. Tidak kiralah siapa pun jadi Perdana Menteri dari BN - logiknya UMNO dan Pembangkang tidak mampu lagi mengalahkan BN.

Cuma bagai mana pembangkang bercatur di peringkat ADUN dan Federal. Secerah-cerah senario yang dapat kita bayangkan masih kita banyak dikuasai kuasa luar. Kalau kita mahu tiru Venuzuela entahlah. Nigeria pun terpaksa akur dan sekarang ini pun diugut kestabilan sosionya.

Wallahu'alam

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat dihormati, khasnya Sdr Sinatra_Z,

Mohon maaf. Saya tidak bercadang membahaskan keputusan mahkamah mengenai kes Lin Joy (dulunya Azlina Jailani). Banyak blogs lain dan laman berita web sedang membahaskannya.

Memadai saya katakan bahawa kes ini bukan kes undang-undang dan hak asasi semata-mata. Ia lebih berupa kes emosi. Jadi amat perlulah kita berhati-hati agar emosi tidak melimpah menjadi sesuatu yang tidak diingini.

Bagi saya, yang lebih penting dikaji, difahami dan ditangani ialah persoalan mengapa seseorang itu memeluk Islam (kalau dia tidak dilahirkan Islam) atau meninggalkan Islam.

Mungkin ia soal peribadi. Soal kekuatan atau kelemahan iman. Soal emosi dan mungkin juga soal ekonomi.

Sepanjang kaitan antara bangsa dan agama, Malaysia cukup unik kerana di Malaysia, seorang Melayu semestinya juga seorang Islam.

Tetapi manakala Melayu adalah isu bangsa, keturunan dan adat resam, Islam adalah akidah. Maka kita perlu juga memahami kaitan antara maruah dan keislaman seorang Melayu.

Kalau orang Melayu tidak lagi bangga menjadi orang Melayu, atas sebab apa sekalipun, apakah kesannya kepada agama yang menjadikannya orang Melayu?

Elok kita kaji orang Melayu yang macam mana lebih terdedah kepada penggugatan akidah. Melayu yang berpelajaran, berjaya dan percayakan diri sendiri atau Melayu yang jahil, gagal dan tiada keyakinan diri?

Saya bimbang kedudukan orang Melayu hari, sama ada di segi politik atau ekonomi (atau kedua-duanya sekali), tidak membantu membentuk dan memperkukuhkan jati diri/identiti serta maruah sebagai orang Melayu dan orang Islam.

Mungkin menteri yang menjaga hal ehwal kebajikan dan wanita ingin menyelidik untuk mengetahui siapa yang kini “memperalatkan” remaja Melayu/Islam di tempat-tempat dan di dalam kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam.

Terima kasih.

Anonymous said...

syabas anak muda ipt.Kenapa censor entry yang ada perkataan beruk dan perompak itu? Just throw the two words away and let him/her have his/her say.Kita marahkan censorship Kementerian Infotainment (Zam's Ministry) tetapi kita sendiri macam itu.Just becos' of two words, the whole thing is 'banned'?

Anak muda IPT: create your own blog and write what you think!Kita perlukan lebih ramai anak2 muda yang berani.Mahathir dulu pun dituduh biadap oleh Tunku.Tidak apa2.He continued sampai berabad2 lamanya.

I think Anwar can be a 'unifier' too cos' he has good and committed people supporting him e.g Tian Chua, dll.I mean if anything to go by, look at how scared the government was with Ijok.The Anwar factor was showing results there.Kalah Ijok tidak semestinya bererti menang in the truest sense of the word. :)

But I would vote for Wan Azizah, actually.

Anonymous said...

YBhg Dato',

Saya akan memberi undi rosak pada pilihanraya akan datang.

Saya akan pastikan seluruh keluarga dan rakan2 juga berbuat yang sama.

Sdr student_ipt,

Saya amat gemar pemikiran sdr. Cuma saya percaya, pendapat sdr mengenai DSAI akan berubah apabila mengenali beliau dengan lebih dekat dan mendalam.

Juga bagus jika dapat sdr mengkaji dari semua perspektif tindakan2 beliau sewaktu berkuasa dahulu.

Walaubagaimanapun, tahniah! I like the way you speak your mind.

Mika Angel-0 said...

Datuk
Salaam

WHERE ROW, WHERE ROW, WHERE ROW

Mika Angel-0 said...
where row
where row
where row

Read akadirjasin.blogspot.com!!!

Kuda Kepang,

"Red84 said...
Datuk Abdul Kadir Jasin
Salaam

Dtk Ruhanie Ahmad - Owner of Blogs Kuda Kepang, Mayaputera, Cyberprince and Global Partner
: Bloggers' Ethics

Datuk,

I have been posting comments on these blogs regulary for quiet sometimes now under my pseudonym Mika Angel-0.

What I would like to bring to your attention is that some of my postings on Gerbang Ruhanie (at kuda kepang.blogspot.com) - all those comments posted earlier than January 2007 - have been tampered with. 'Mika Angel-0 said' has been substituted with 'Anonymous said'.

I find this quite strange: why would anyone do that to one particular blogger's postings and not to the other few bloggers' postings. It beats me how one can do that.

The bigger issue here is not that but is Ruhanie Ahmad a trustworthy man? I have been pondering this question for quite sometimes.

Well, if I am very much mistaken this man hates Tun Mahathir but he pretends to admire him. This is just heresay.

I do hope you will reply to this one query - more on the fact of his rapport with Tun Mahathir; but please delete this posting to you, Datuk.

If I am right of my suspicions of him - ie that he is untrustworthy - just say That is Dumb of you Red84; and if I am wrong - Dumber still.

Terima Kasih.

11:12 AM "

I submit the following to you as an example:

Sunday, December 17, 2006

Bush Hubungi PM
Bincang Pergolakan
Politik Lubnan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membincangkan perkembangan terbaru di Lubnan yang menghadapi masalah politik berikutan usaha pembangkang menjatuhkan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Fuad Siniora... Abdullah memberi pandangan selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai 57 negara anggota... Dua pemimpin itu juga membincangkan isu program nuklear Iran, kata Fratto tanpa memberi penerangan lebih jelas butir perbincangan... Iran pula meneruskan program nuklear. – AFP/Reuters

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061216110520/Article/

Posted by Kuda Kepang at 5:19 AM


11 comments:

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
6:42 AM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
12:38 AM

Anonymous said...
YB

Bertuahlah negara Malaysia tersayang sehingga ada yang mahu meniru-niru kejayaannya walaupun hanya sedikit cerdik-cerdik Pak Pandir bersorak.

Ya! Malaysia Berjaya!
Sorak ramai-ramai. Mari!
Mari kawan-kawan kita
tengok siapa kena!

Halalan-toyyiban?
Mau ratah pun ratah lah
tak berbismillah pun
apa kira.
Orang malaysia ikut Imam Mudhari.
Tapi Nomber Dua saya punya!!!
et tu, brutus?

10:35 AM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
7:02 PM

Anonymous said...
Thank You Malaysia!

mememang betul ramalan
toyol Ruhanie
najib balik kampung
tanam jagung!

nyata Malaysia
benci najib.

thank you brutus!

8:09 PM
malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
10:09 PM

Anonymous said...
Status Report
(Tolong Bagitau PM)

dah check
GPS, labu-labu, C4
all working ok!
tapi ini kokak punya kapal
bukan macam Cobra Sultan itu
ini kapal banggap
untuk orang macam bangau main biola
kapal bau keju hapak
sambil menyelam minum air
kapal selam jaga PM
dengan topedo, tomahawk dan
tombak megat karat
right behind
directly astern!

tapi kena tabik sama
- three fingers salute!
pada PM dan
topi perancis cap kepala ayam
hats off to malaysia
dapat naik kapal layar
belayar
into the sunset

periscope up!
angle right!
PM has the com!
Dive, dive, dive!

kalau dah habis ratah
jangan lupa
alhmadulillah!
baru bukan
toyyiban taliban

10:47 AM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
1:47 PM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
5:57 AM

Anonymous said...
TOLONG FIKIRKAN APA SUDAH JADI....BUAT MALU ORANG MELAYU

Pusat Bandar... Nampak macam hebat sangat la depa

10:39 PM
Mika Angel-0 said...
Mika Angel-0 said,

Ya! Malaysia Berjaya!
Sorak ramai-ramai. Mari!
Mari kawan-kawan kita
tengok siapa kena!

thank you brutus

Status Report
(Bagitau PM)

Ahh,
do you really know Tun Mahathir
kuda kepang? Sure you do!

Mika Angel-0
(May 30th, 2007)

9:23 AM



I will let you figure out which are the comments by Mika Angel-0.

Something for your thesis, kuda kepang.

The moral here: Blog or comment at your own peril: caveat emptor!

Sekian

Mika Angel-0
May 30th, 2007

heresay: The fact A. Mad Ronny writes under the pseudonym thegreatteadrinkerdownsouth

where row
where row
where row

A KADIR JASIN said...

Sdr Orang Kampung,

Kerana saya tidak mengemalkan censorshiplah maka saya tidak menyunting komen yang dihantarkan. Saya tidak pinda hatta satu noktah pun.

Kalau ada unsur fitnah, hasutan, kesat atau lucah saya tidak menyiarkannya.

Tak payahlah kita panggil atau gelar sesiapa kera atau beruk.

Datuk nenek kita yang bijaksana dan budiman menggunkan pelbagai cara untuk mengajar dan menasihat, termasuk melalui pepatan dan perumpamaan.

Jadi kita contohilah kebijaksanaan mereka itu.

Memadailah kalau kita umpamakan perangai seseorang seperti kera kena belacan.

-thethinker- said...

Bayang DSAI berhujah lantang di Parlimen, dengan lenggok bahasanya yg sinis , bersahaja dan tentunya dlm bahasa baku.. tentu sengit perdebatan di Parlimen Malaysia.. Kinabatangan , Jasin masa tuu.. tentu kelihatan spt budak Tadika ( tuu pun jika mereka masih dipilih sbg wakil rakyat laa )..

yg menarik, adakah DSAI akan dilantik sbg ketua pembangkang ..sebab sudah pasti bukan PKR yg mendominasi kerusi parlimen,,, samada DAP atau PAS jee ...

marn said...

salam buat dato' dan semua!!

hehehehe.. dimulakan dengan gelak sinis.

Anwar pada saya boneka barat. Unifier? Takkan kot? tadak ka orang lain? Kalau mediator? Barangkali..

Tak kisah sesiapa pun yang nak ambik tugasan 'unifier' atau 'mediator' tuh as long as kita undi dalam PRU nanti dengan niat nak menghilangkan kelebihan majoriti 2/3 BN dalam kerajaan Malaysia.

Ada pendapat kata nanti susahlah nak buat keputusan sebab tak dapat majoriti. Pada saya takpa.. sebab boleh kata hampir keseluruhan keputusan yang dibuat di parlimen tak memihak kepada rakyat kerdil macam saya.

Harga barang di merata tempat naik, tekanan darah saya juga dah naik. Doktor nasihatkan supaya saya kurangkan sikit pikiaq pasai Malaysia. Saya sakit sebab Malaysia tok. Ramai orang sakit pasai Malaysia tok. Sakit hati, sakit poket, sakit jiwa dan yang sewaktu dengannya. Tak heran la hari ni makin moden dan maju kehidupan kita, makin banyak penyakit kita dapat.

Sama ada kelam atau tak tentu hala tuju kita, kita kena berani berubah. Macam pak bakaq aka penarik beca tulih yang melayu ni banyak kepercayaan karut. Kepercayaan karut dan tahyul ni dah tak leh pakai zaman la ni. Banyak seleweng akidah. Hehehehhe..

Melayu perlu bergantung kepada UMNO untuk teruskan survival dan hidup - ni kepercayaan karut (pada pendapat saya) yang paling tebal dalam benak orang melayu.

Nak setuju atau tak? terpulang. Saya hormati pandangan saudara/ri/tuan/puan/dato/datin/tan sri/tun.

Berbeza pendapat tu satu rahmat sabda nabi saw. Cara kita berbahas mendahulukan rasional dan kemudian emosi menunjukkan kita ni manusia bertamadun.

Cumanya jaga bahasa dan adab dalam berbahas dan mengeluarkan pendapat. Bahasa yang kasar datangnya daripada peribadi yang kasar. Orang kasar dah pupus la nih. Orang lembut-lembut ja yang tinggal atas muka bumi nih. Kalau ada lagi orang kasar, tu maknanya nyawa liat susah nak mampos.

What say you?

pollyneedsacracker said...

Saudara A Kadir Jasin.

Adakah anda masih percaya bahawa pengaruh Anwar atau PKR masih kuat dikalangan pengundi?

Pada firasat saya, zaman kegemilangan parti PKR hanya semasa Anwar dipenjarakan dan semenjak pilihanraya yang lalu, pengaruh PKR semakin menurun kerana ramai percaya bahawa parti tersebut di tubuhkan hanya kerana pemecatan serta hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Anwar.

Mungkin saya silap, tapi saya rasa PKR mahupun Anwar tidak mempunyai sebarang impak kepada system demokrasi negara kita.

-The Man Who Sold The World-

Anonymous said...

Buat samurai..

sbg pemerhati, mmg saya mengakui DSAI tidak banyak menengahkan isu2 masyarakat setempat, sebaliknya banyak isu2 dalam negara dibangkitkan.. saya mengakui itu, dan mmg kesilapan strategik bg DSAI membangkitkan isu itu di ijok..

namun, tuduhan rusuhan selepas pemecatan itu saya tidak setuju.. beliau tidak pernah menyuruh pengikut2nya merusuh, cuma keadaan emosi pengikutnya yang mendorong kepada kejadian itu.

saya ingin menarik perhatian kepada situasi jika sedara di tuduh berzina, rasuah dan sebagainya.. sudah tentu sedara akan bangkit menentang.. ini kewajipan, kerana jika diam,disebutkan oleh para ulama yang bersependapat bahawa sedara setuju memang sedara ada melakukan perkara2 keji tersebut. bg saya tindakan DSAI itu tepat untuk bangkit melawan. jika saya kene tuduh begitu pun saya melawan, cumanya saya tidak dikenali ramai dan tiada pengikut yg ramai..

Saya ingin menarik perhatian kepada ramainya ulama2 yang dtg berjumpa DSAI selepas pemecatannya untuk bertanya sendiri apakah benar DSAI melakukan perkara ini dan dinafikan oleh DSAI. maka sebab itu ulama seperti prof Dr Haron Din membantu beliau dan menyokongnya..

Prof Dr Yusof Al-Qardawi sendiri pernah melawat DSAI selepas pembebasnnya. Beliau mendedahkan Dr M ade menghantar bebrapa org spt dr hamid othman untuk utk menceritakan keburukan DSAI kepadanya..dan beliau telah bersoal jawab yang mana akhirnya beliau tau DSAI tak bersalah.

Sbg umat Islam saya mempercayai ulama besar seperti mereka..

Anonymous said...

kepada bekas student_ipt,

pemikiran sedara adalah hasil AUKU di universiti2. apabila student lain nak beri pendapat yang bertentangan, dikatakannya pula jgn lupakan tujuan berada di ipt. sedara, first priority saya adalah belajar dan mendapat keputusan cemerlang.. ini universiti, bkn sekolah.. kita masing2 dah besar, saya dah berumur 20-an, saya tau keutamaan saya.. apa daa...

mengenai krisis ekonomi 1997-1998 dulu, sbg menteri kewangan, DSAI berpendapat Malaysia TIDAK PERLU meminta bantuan IMF jkerana merugikan negara, tetapi beliu membentangkan cadangan untuk mengikut langkah yang ditetapkan IMF kepada negara2 yang meminta pertolongannya spt Indonesia. maksudnya, kita bukan mintak tolong mereka, tapi kita try cara mereka selesaikan masalah ekonomi spt di Indonesia. Dr M pula ada kaedah beliau sendiri. ini yang saya nak btulkan fakta bekas student_ipta, apabila membaca kene teliti, bkan terus membuat kesimpulan ok..

satu lagi, ingin saya tekankan di sini, sumber utama kewangan negara ialah PETRONAS (di samping yang lain2. apa2 pun mmg rakyat tau petronas la yang akan tanggung kenaikan gaji tu..bukannya DR M yang uruskan petronas, beliau menubuhkan nya sahaja. yang uruskan mcm tan sri hasan merican.. jgnla ckp mcm Tun M la segala2nya. sekarang pun Proton bermasalah, MAS sebelum ini pun bermasakah jugak.. saya mengaku jasa Dr M,tapi kata2 sedara tu mcm kata2 bukan dari bekas pelajar ipt..

dari pemerhatian saya, perkenalan dan persahabatan DSAI dgn sesetengah org Amerika diputar belit macam DSAI akn jual negara. sebab saya tak nampak lagi apakah maksudnya tindakan DSAI semacam akan menjual maruah negara.. Beliau pegi USA tak menagih broker2 nak jumpa presiden US.. Tapi Dtr m terpaksa menerusi org ketiga nak jumpa Bush, semacam di plak lebih2 nak jumpa Bush. Tapi takkan saya nak ckp Dr M nak kipas Bush plak? Dalam Tv mmgla ckp yang baik je, tapi tersirat mana kita tau.. tetapi kalu WPI saya dah nampak. sampai boleh ambil pekerja 100% bukan rakyat Malaysia, yang itu bahaya..

saya nampak anda dipengaruhi berita2 di TV yg memang berat sebelah.. abis, kenapa tak cakap Dr M kawan Bush bila die jumpa Bush dulu? takkan la bile DSAI pegi ke sana, di beri sambutan, kita assume mmg beliau tali barut US. ntah2 mmg rancangan US nak lagakn DSAI dgn Dr M, kita mana tau..

ketika DSAI keluar ABIM dan masuk UMNO, mmg ramai sahabat2nya menjangka beliau akan sedikit sebanyak terpengaruh. yes, mmg betul beliau ada wat kesilapan tetapi dari pengatan saya, beliau tidak meninggalkan suruhan agama.. Paling jelas, beliau tidak kutuk nabi tak shave janggut sebab masa tu takde Gillete. (teka la sapa yang ckp macam tu..)

saya ingin tegaskan saya bukanlah boleh digelarkan fanatik DSAI, cumanya saya pertahankan dia kerana tiada hujah yang ckp DSAI ni tak layak jadi pemimpin. tu yang saya lawan tu, kenela bg sebab.. ni, terus je ckp suh saya kaji peribadi DSAI. nak kaji apa? yang mana tak betul tu? bgtau la.. baru saya kaji..

aiseh...

jedi said...

namun perlu melihat sejarah... orang-orang yang kasar, ganas dan kejam selalunya punya peluang hidup yang lebih panjang kerana diberi peluang untuk bertaubat....

Anonymous said...

er Datuk..saya konfius/confuse.Tidak menyiarkan artikel itu bukan censorship? (editing IS censorship?) Cuba bilang sekali lagi.Saya tidak pernah menjadi Editor suratkabar.

Anyway,jika kita berkata "kamu kera" tidakkah ini sama dgn "kamu ini seperti kera kena belacan?"

Boleh kita panggil pakar bahasa ke sini?

Anonymous said...

when i was a student, i choose to study, but still keeping track back in malaysia of Tun. thank god im lucky as i he was no mistake of personality.even Tun brushed me off .

when i was in jkr, i was so naive to acknowledge political sentiments in work. this man called "anwar" was a pain as a finance minister to called off a mosque in kepala batas.old story.

when i was older i saw whatever seen by this man is nothing but talk in the kapish(zero).this man is in self-denial.not near to anything unless a firefly speech. PKR is "tunggang langgang".please examine(optional) at their organization to current issue comparison. better off with rahman othman.

so to speak you have read "serba sedikit" all about anwar.. hurmm, such a doubt of a big time.asked yourself, have you been in MOF when there was anwar? i did and still. anwar unifier? way not.

Anonymous said...

Dato' & Perayap sekalian,

Nota pendek saya untuk student_ipt dan yang seangkatan dengannya...
DSAI itu umpamanya sebuah gunung. Menarik dipandang dari jauh tetapi bila dekat barulah dapat dilihat wajah sebenarnya.

Terima kasih.

Private Santiago said...

anwar memecahkan lagi adalah.

faceoff said...

Salam.......Datok

Mungkin datok dapat mentafsirkan
realiti mesej2 mereka yg bijak pandai berkisar isu Unifier... Datok lebih arif..serahkan pd mereka yg cerdik untuk berfikir mengikut teori masing2...kalau baca Berita Harian tapi harus baca Harakah ke sekurang kurangnya kena selak Siasah juga....taklah berat sangat nk fikir2...
dengan komen mereka kita faham apa sebenarnya kehendak hatiperut mereka......tidak mustahil Datuk dapat huraikan sebahagian perangai
ahli
politik di malaysia yang di lahir
kan memang pintar berpolitik dalam hidup mereka.... itu mmg di kurniakan.....
Teori saya mudah......
hidup jgn jd pengecut! hujah harus dengan fakta yg logik....
bayangkan lah kalau kita kena belasah setengah mati....? baru tau sakit macamana kot.,?..
saya tunggu2 juga.. anwar masih tidak didakwa atas tuduhan2/bukti2 beliau terhadap salahlaku kerajaan.
begitu juga kerajaan yg berKUASA
juga masih tidak mendakwa tuduhan
mereka di atas setiap salahlaku anwar....saya rasa malu bila seorg bangsa asing hairan memikirkan... Mengapa muslim sembahyang 5 kali sehari tetapi nawaitu masih busuk... Maaf cakaplah jika salah taip !saya tidak berapa faham mungkin.. tapi rakyat juga "Unifier".....

Melayu cepat Lupa

Anonymous said...

Apa lah Datuk ni dok cakap merapu
Sokong Anwar jadi orang nombor satu
Macamlah Datuk tak kenai sapa dia tu
Dok tak dok Datuk puji melulu.

Awat Datuk dak kena beli ka?
Pasai AI ni dia ada duit berjuta-juta
Member-member dia sakan punya kaya
Duduk di Indonesia, England dan Afrika.

Datuk, yang dulu tu cerita lama
Datuk dan saya depa dah pekena
Kita pi kempen sini dan sana
Kononnya Anwar kuat agama.

La ni saya dah jadi peniaga
Duduk di Utara buat macam-macam kerja
Janji zaman Anwar satu apa tak ada
Janji Zaman Dollah indah khabar dari rupa.

Dia dok cari damai abadi
Dok cari Al Ghazali dan Al Shafie
Dok tak dok jumpa Khairy
Tunggang-langgang satu negeri.

Dia kata, duit berjuta dia tak cari
Anak menantu menega besar tak terperi
Kaut semua dalam dan luar negeri
Dengan Petronas dan syarikat GLC.

Betui lah Pak Lah tak cari duit berjuta
Duit kita dah berguni-guni dia belanja
Pebaik Seri Perdana jadi macam istana
Beli kapai terbang jet termahal di dunia.

Pak Lah dengan Anwar tak banyak beza
Cakap depa berjela-jela
Orang dengar mulut ternganga
Lepas cakap apa pun tak ada.

Buat apa Datuk dok cakap pasai Anwar?
Tak ada ka orang lain Datuk nak tawar?
Anwar ni pun kaki putar
Dulu dalam Umno dialah pakar.

Mat Najib apa kurangnya
Anak didik Mahathir sudahlah lama
Harap-harap kes Altantuya dia tak kena mengena
Barulah kita boleh tidur lena.

Tak suka kat bini dia itu lain cerita
Bukan bini dia yang perintah negara
Yang kita undi itu laki dia
Kita anggaplah dia macam perempuan biasa.

Ini pun salah kita juga
Kita hormat kita bagi muka
Jadi depa rasa depa ada kuasa
Tunjuk lagak tak tentu hala.

Tapi kalu Najib tak boleh kawal bini
Macam mana dia hendak perintah satu negeri
Kita carilah yang lebih berani
Tak kan satu Malaysia tak ada pemimpin sejati?

Mat Tunjang Ekspres berhenti dulu
Nak pi cari projek di hilir dan hulu
Sambil berdoa kepada Tuhan yang satu
Agar Malaysia selamat dan maju.

Anonymous said...

Dear Dato' Abdul Kadir Jasin
Salaam

"Sepanjang kehadirannya di dalam Umno dan kerajaan, dia adalah anak emas Dr Mahathir. Tetapi hari ini, satu-satunya kepentingan yang masih dikongsi bersama tetapi secara berasingan oleh Mahathir dan Abdullah adalah menyekat kepulangan Anwar."


Well you have our thots. Alhamdulillah.

What is your thots on that, please?
How do you justify that statement?

Why would Tun Mahathir and Abdullah want to 'menyekat kepulangan Anwar'?

I would like to read your say.

Salaam-mun-salaam.

Terim kasih.

BTW how good is Dr Bakri Musa?

A KADIR JASIN said...

Sdr Red84 asked: Why would Tun Mahathir and Abdullah want to 'menyekat kepulangan Anwar'?

Briefly, from my repeated conversations with Tun and from the many open statements he made, he does not want Anwar to lead the country. He remains convinced of Anwar’s guilt.

Although Tun no longer has the power to stop Anwar from staging a comeback, there are still people who listen to him. Furthermore who knows Anwar better than Tun. For 15 years Anwar was his anak emas and anak didik.

As for the PM, any attempt by Anwar to stage a comeback is a threat to him. Anwar may not be accepted back into Umno or he may not want to take the Umno route. But his active role in the opposition can pose a problem to the PM.

After a thumping victory in 2004 and promises of change, the PM cannot afford to lose his decisive mandate. It’s the question of maruah and continued loyalty of his supporters. As the trend goes, the PM’s first general election had always been good. But the subsequent one had been tougher. The PM knows this and so too Anwar.

There's no love lost between the PM and Anwar.

Anonymous said...

Datuk AKadir Jasin
Salaam

Thank you. I will take your thought on this matter at 'face value'.

A gambler's take:
Abdullah be another sitting PM who will die in office.

The bigger call:
Somebody will try to emulate Imelda Marcos.

Question:
Why is that Afghanistan is as it is? That my puzzle, not your's, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Please tell Tun Dr Mahathir to take it easy and enjoy the show.


Salaam and thank you to you, Tun Mahathir and Tun Hasmah.

Anonymous said...

DrM dengan dasar Penerapan Nilai-nilai Islam nya. Anwar dengan retorik Masyarakat Madani nya. Pak Lah dengan prinsip Islam Hadhari nya. Dan hasil/produk ketiga-tiga slogan adalah masalah sosial dan jenayah yang cukup membimbangkan sehingga sanggup meletup Altantuya berkecai jadi abu sekelip mata!

Ringkasnya, ketiga-tiga slogan itu kekal sebagai slogan berkepentingan politik Melayu dan Islam tanpa Roh Islam yang yang sebenar-benarnya.

Saya lebih suka slogan Nik Aziz, Membangun Bersama Islam.

Anonymous said...

Dato'
Salaam

Dengan Izin.

Sdr Langit Biru,

Is PAS evolving?
Syabas dan Tahniah, for Sdr Nasaruddin retaining his post in the recent Muktamar PAS.

It would be interesting to have Sdr Langit Biru and Sdr Bakaq thoughts on the emergence of PAS with more brilliant, dilligent 'professionals' in the highest hierachy. That would give UMNO a run for the money. And I love the competition.

Therefore where is Anwar in this scheme of things?

It would seem that DAP may need Anwar to be the 'unifier' then and the Chinese votes may be losing some of their charm.

Terima kasih dan Salaam, Dato'

Anonymous said...

Salam.

Saya suka membaca tulisan Sdr. red84.Ramai penulis dan pemikir hebat di sini dan ramai juga yang "mengundur" diri dari berdiskusi di sini.

Sdr.red84 bertanya:Is PAS evolving? Perlu sedikit penjelasan berkembang dari segi apa,apakah pertambahan ahli,apakah pertambahan ahli akedemik dan professional, apakah dari segi pemikiran umum dan pendekatan yang lebih holistik atau bagaimana?

Apapun, saya tiada jawapan. Kerana saya bukan ahli PAS, tidak seperti sdr.bakaq yang "merajuk" sebagai ahli PAS.

Namun begitu, kawan-kawan saya ramai ahli PAS. Sesetengah mempersoalkan seolah-olah ada gerakan atau pertembungan dalaman "Memprofessionalkan Ulama" vs "Mengulamakkan professional". Rakan saya yang berfikiran konservatif menyindir, nampaknya kita perlu tubuh parti Islam yang baru! Bagi sesetengah ahli pula, mereka mengecap kumpulan profesional sebagai sekular!

Bagi saya tidak timbul soal pertembungan tersebut. Yang penting, siapa mahukan Islam sebagai satu cara hidup. Dalam surah al-fatihah kita membaca "ihdinassira...", Tunjukkan lah aku jalan yang lurus. Dalam sembahyang kita membaca doa iftitah, "Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku, dan matiku kerana Allah s.w.t." Maka bagi saya, "Mengulamakkan profesional" dan "Memprofesionalkan ulamak" kedua-duanya perlu. Sebagai contoh, di negeri Arab,kita berasa amat sedih tatkala umat Islam berdebat bolehkah wanita bekerja, wanita barat sudah sampai ke bulan. Kita berdebat, solah subuh perlu baca qunut atau tidak, sedangkan dibawah perut bumi, barat menyedut minyak berjuta tong!

Di sinilah agaknya PAS perlu berubah. Harapan saya khususnya kepada Nasharudin,Salahudin,Husam akan membawa PAS kepada satu dimensi yang lebih mesra masyarakat sesuai dengan Islam sebagai Ad-Din.

Saya fikir Sdr.red84 lebih mengetahui, dan juga sdr.bakaq.
Wassalam.

Anonymous said...

Dato'
Salaam

Deangan Izin,

KAIN YANG BURUK...

Merajuk-rajuk Sdr Bakaq tak mengapa asalkan jangan membawa diri macam dalam cerita batu belah batu bertangkup.

Teman, dahulunya seronok membaca buah fikiran Sdr Annual Bakri, PA Yang Ariff Nik Aziz. Pintar orang putih melepak tu.

Sekadar memanjangkan ngomel-ngomelan teman, teman kira negeri Iran tu tiadalah boleh di jadikan contoh baik suatu daulah Islam kerana ia bertunjangkan kefahaman Shi'a sapertimana Saudi Arabia dengan 'wahhabbism' nya dan Sdr Osama Laden itu wadah perjuangannya sangat merbahaya di tiru.

Adapun dan kira-kiranya buah percakapan orang PAS, seorang cendiakawan muda Dr Mujahid Yusuf mampu menyahut cabaran politik di negara kita ini dewasa ini. Itu pun kalau Sdr Mujahid dapat sejenak berhenti makan bak buruk lantak dan mahu bersenam-senamkan mindanya. Wallahu'alam.

Maafkan sajalah atas kekesatan bahasa teman, Sdr Langit Biru dan Sdr Bakaq, ya.
Bak kata orang Kuala Kangsor: Seronoknye, yob, jadi orang UMNO - burrrp - alhamdulillah. Weh, mane hilangnye Sdr Berita Dari Gunung, yob?

Terima kasih dan Salaam

Anonymous said...

Datuk Abdul Kadir jasin
Salaam

"The bigger call:
Somebody will try to emulate Imelda Marcos."

Jeanne Abdullah is not who I have in mind. And I hope she would neither think nor want to be one or be even like one.

PM is politcally savvy. Abdullah will have his second chance prove himself. I wish him well and success. We could be something like Japan, Datuk, where the PM is more like a figure head - a very able leadership by consensus. The likes of Tun Mahathir is very, very, very rare.

"He is like a brilliant dictator - Caesar - but with heart of gold" said the sad, weeping citizens as they remember the times of old.

Terima Kasih dan Salaam

Anonymous said...

Salam Datuk.

Saya hairan kamu jadi penyokong kuat seorang pemerintah kuku besi (diktator) bernama Anwar Ibrahim.

Anwar itu telah pun masuk penjara jadi siapa nak undi dia? Semua orang yang masuk penjara itu adalah meraka yang melakukan kesalahan.

Anwar Ibrahim tidak mampu jadi "unifier" pembangkang sebab dia itu tidak dapat menyatukan Pas dan Dap. Pakatan Barisan Alternatif berakhir apabila Dap, parti yang mewakili kaum Bukan Islam telah pun keluar. Jadi BA Baru itu adalah parti yang mewakili kaum Melayu Islam.

Barisan Nasional adalah berbilang kaum, Islam dan Bukan Islam.

Mari kita menyokong BN dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada tahun 2009.

Anonymous said...

Datuk
Salaam

Interesting, Sdr Johnleemk.

Why do you say that: 2009?

How do you see the uncertainties and the risks with UMNO's and MCA's AGMs still hanging?

The feel good factor has been added a new boost. With a tour of the nation to 'introduce' a Non-Malay Muslim - or a 'new' Malay.

How the fish takes to the water and how the water feel after the fish takes to it, will it matter?

Who will be the new MPs?
Why do you 'fear' Anwar?
UMNO only do not want him in UMNO...

Unknown said...

Salam datuk,

PRU ni kami tak akan keluar mengundi..dan kawan2 dari masjid tmn tun kata mrk pun tak mau keluar. tak ada faedahnya..inilah satu kepastian dari masyarakat melayu di ttdi.

Anonymous said...

salam buat semua....
saya bukanlah seorang commentar yang aktif di blog ini tapi saya rasa terpanggil untuk sekurang-kurangnya melahirkan apa yang terpendam di hati saya.. saya adalah seorang guru tapi pandangan saya ini bukan lah mewakili suara semua guru-guru.. ia hanya bisikan kecil diri saya sahaja..
saya bukanlah seorang pejuang bangsa ataupun penganalisis politik yang hebat... tapi.. pada pandangan saya... survival kita kini sebagai bangsa melayu dan juga sebagai seorang islam semakin goyah dan tidak kukuh... saya bukanlah hendak memihak kepada sesiapa.. tetapi saya harap yang lain juga dapat merenungkan apa yang saya utarakan...
semasa negara kita diambang kekecohan kerana pemecatan DSAI... saya pada masa itu sedang belajar di tingkatan 4.. pada umur yang agak mentah untuk menilai kelangsungan politik di malaysia pada masa itu, saya agak cenderung ke arah DSAI.. mungkin kerana mengikut kata-kata teman pada masa itu...
mungkin juga kerana environment saya yang dilahirkan dan dibesarkan di KL... saya tiba-tiba jadi tertanya pada diri sendiri... kenapa perlu saya melibatkan diri di dalam politik semasa sedangkan saya hanya seorang pelajar... maka saya pun mengambil langkah untuk menjadi sebagai pemerhati sahaja.. tetapi saya mula merubah pendirian saya bila saya sendiri bertentang mata dan berjabat tangan dengan Tun M.... saya begitu mengagumi pemikirannya... dan juga prinsipnya... biarpun sekeliling mencemuhnya.. beliau tetap dengan keputusan beliau dan tidak berganjak walaupun sedikit... tapi itu semua kisah lama... sehingga kini saya masih mengagumi kredibiliti beliau..
apa yang saya ingin luahkan bukan kekaguman saya tetapi ialah semangat kita sebagai bangsa melayu dan sebagai kaum islam.. adakah kita cukup kuat??? saya rasa tidak... kita sanggup berpecahbelah semata-mata kerana ideologi politik yang diasaskan oleh mereka yang mempunyai kepentingan... sebagai seorang islam.. saya amat tersentak apabila kita sanggup bermusuhan sesama sendiri hanya kerana fahaman politik kita.. sehinggakan sembahyang pun kita politikkan.. orang pas tidak boleh berimamkan orang umno.. orang umno juga sebaliknya..malah tarikh puasa dan hari raya juga menjadi pertelingkahan..
ini bukan apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W dan sahabat2 baginda...
kenapa perlu kita mempolitikkan kesemua benda termasuk juga agama.. tidak bolehkah jika kita meninggalkan sebentar kesemua ideologi kita semata-mata untuk beribadat kepada yang maha esa... takkanlah semasa beribadat pun kita tidak boleh bersatu hati sebagai satu agama.. jika ini pun kita tak mampu untuk lakukan.. bagaimana kita ingin melakukan sesuatu yang lebih susah seperti mentadbir negara..
kadangkala saya rasa sedih sangat dengan sikap sesetengah kita sehingga ada yang sanggup untuk bersembahyang jumaat dengan dua imam semata-mata berbeza fahaman politik..
penganut agama lain sendiri mentertawakan kita... ketara sangat kelemahan kita... serapuh ranting yang kekeringan.. kerana itulah pada pendapat saya begitu mudah untuk orang luar menjatuhkan kita.. kita imbaslah kembali dengan sejarah bangsa kita.. betapa agungnya kesultanan kita dahulu semasa empayar melaka diambang kemashyuran.. tetapi siapakah yang merosakkannya?? yang menghancurkannya?? kita pasti akan terus menyalahkan portugis tetapi tidak ingatkah kita pada siapakah yang memainkan peranan penting sebagai tali barut portugis jika tidak orang kita sendiri yang tamakkan segala-galanya sehingga sanggup menggadaikan bangsanya sendiri...
hakikatnya saya terlalu sedih melihat orang melayu kita sekarang.. dimana semangat kita semasa ingin menuntut kemerdekaan dulu???
sebelum kita berkata apa-apa... kembalikan lah semangat melayu yang dulu..semangat bersatu padu.. dan pada masa itu saya jamin tiada sesiapa yang berani untuk memperlekehkan kaum melayu...

Takkan melayu hilang didunia...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).