[Posting terdahulu mengenai Belum adalah dirujuk]
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]
HUTAN Di Raja Belum (Royal Belum) yang meliputi kawasan seluas 117,5000 hektar di utara Perak telah diwartakan sebagai hutan negeri (state forest).
Demikian dilaporkan oleh akhbar The Star melalui perkidmatan pesanan ringkasnya (SMS) sebentar tadi.
Ia memetik Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajul Rosli Ghazali, sebagai berkata bahawa kawasan itu, bagaimanapun, kekal sebagai zon keselamatan.
Belum yang bersempadan dengan Negeri Thai adalah antara hutan hujan tropika yang terakhir yang masih kekal di dunia.
Pulau Banding- gambar daripada satelit
Dengan pewartaan itu, Belum kekal sebagai hutan simpanan yang tidak boleh dibalak.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, khasnya Datuk Seri Mohd Tajol Rosli dan bekas Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mula-mula sekali menimbang cadangan mengekalkan Belum sebagai warisan.
5 comments:
Datuk,
Salaam
Just a note: should you up date your profile?
I thought you have written another book call Bloggers or something like that.
It is indeed a step forward to maintaining a valuable asset of the country. What about in the East Malaysia?
sekurang-kurangnya nasib royal belum telahpun dipastikan walaupun hanya sekadar hutan warisan. nasib kita rakyat kebanyakan ini tak siapa tahu kesudahannya.. kalau tak dipertahankan rakyat khususnya bumiputra juga akan jadi warisan khazanah negara. "the royal bumi"
rakyat diajak bersorak sorai meraikan merdekanya sikuok dan siananda lepas dari kekangan malaysia setelah hasil mahsulnya dikikis habis.
next in line air asia is to sell it's entity to foreigners, a usa based company. the percentage may be minor but the lead is very strong for it to follow the precedent.
...and obviously people behind the deal are actually the same
Moga tak jadi macam hutan di kelantan.
ahm, bagaimana pula dengan proton dan volkswagon..
Atas nama pelancongan, akan dibina resort di kawasan seperti dilaporkan di Utusan Malaysia beberapa hari lepas...
proton akan jadi 'royal proton'. kilang di puchong akan jadi muzium khazanah kereta nasional. all in the name of corporate governance by the half past six pembesar
Post a Comment