Sunday, July 15, 2007


Khairy: Kuburkan PKR Kerana Memfitnah TPM

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

BINTANG timur politik Umno, Khairy Jamaluddin, dilaporkan oleh akhbar arus perdana sebagai berkata bahawa pemimpin dan ahli Umno perlu berusaha menamatkan riwayat politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang.

Ini, kata naib ketua Pergerakan Pemuda Umno pusat merangkap menantu Perdana Menteri itu, adalah pengajaran terhadap pendekatan negatif parti itu yang sanggup memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin negara.

Dan apakah fitnah yang dimaksudkan oleh pembesar muda Pergerakan Pemuda Umno pusat itu?

Jawapannya ialah “menabur fitnah, mencaci pemimpin dan terbaru sanggup mengada-adakan gambar Timbalan Perdana Menteri sedang makan bersama Altantuya Shaariibuu.”

Saya tidak sedikit pun terperanjat kalau Khairy dan mana-mana juga pembesar Umno mahu menguburkan PKR atau mana-mana juga parti pembangkang. Itu adalah hakikat politik. Tiada siapa mahu pencabar mereka kuat.

Saya lebih tertarik dengan tindakan Khairy merujuk khusus kepada gambar adunan (composite picture) yang mengaitkan Mohd Najib Abdul Razak dengan Altantuya dan Abdul Razak Abdullah Baginda sebagai alasan mengapa PKR perlu dikuburkan.

Mengapakah Khairy begitu berazam mempertahankan Mohd Najib dan mengapakah peristiwa itu dijadikan ukuran mutakhir “kemungkaran” PKR?

Bukankah media massa arus perdana pernah diarahkan jangan memetik daripada laman berita web dan blog?

Malah Menteri Belia dan Sukan merangkap ahli Majlis Tertinggi Umno, Azalina Othman Said, baru-baru ini menyatakan bahawa Perdana Menteri sebagai Presiden Umno telah mengarahkan agar Umno menubuhkan sebuah pasukan petugas (task force) khas untuk “memerangi” blog menjelang pilihan raya umum nanti.

Kita semua maklum bahawa gambar komposit yang dimaksudkan oleh Khairy itu disiarkan oleh sebuah blog yang dikaitkan dengan PKR.

Jadi bukankah dengan merujuk khas kepada gambar berkenaan dia secara sengaja dan tidak sengaja, langsung dan tidak langsung memberi pengiktirafan kepada kewujudan gambar itu dan kepada blog?

Kalau sebelum ini khalayak yang tidak terdedah kepada Internet berkemungkinan tidak mengetahui kewujudan gambar komposit itu, tetapi mereka kini mengetahuinya apabila akhbar-akhbar besar seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times menyiarkan kenyataan Khairy itu.

Utusan Malaysia, antara lain, melaporkan: “Dengan taktik menabur fitnah, mencaci pemimpin dan terbaru sanggup mengada-adakan gambar Timbalan Perdana Menteri sedang makan bersama Altantuya Shaariibuu, adalah jelas Keadilan perlu dikuburkan sahaja.”

Kesannya ialah dalam usaha beliau mendalangi gerakan menguburkan PKR dan mempertahankan maruah Timbalan Perdana Menteri, Khairy secara efektif mencanangkan kepada umum sesuatu yang majoriti daripada mereka tidak tahu sebelum ini yakni gambar komposit Mohd Najib, Abdul Razak dan Altantuya.

Dalam politik, garis pemisah antara yang tersurat dan tersirat dan antara sokong yang menegakkan dengan sokong yang membawa rebah kerap kali kabur dan memesongkan.

Contoh klasik kepada permainan politik ini berlaku pada pemilihan Umno tahun 1987 apabila di permukaan para penyokong Musa Hitam bertempik rosak menyokong Tengku Razaleigh tetapi di belakang tabir mereka berkempen menyokong Dr Mahathir.

Kenapa ini terjadi tidaklah sukar untuk difahami. Musuh sebenar Musa bukan Dr Mahathir tetapi Tengku Razaleigh. Kalau Tengku Razaleigh menang dan menjadi Perdana Menteri, Musa terpaksa menjadi orang nombor dua kepada musuh ketatnya.

Tetapi komplot dan konspirasi itu bertukar menjadi senjata makan tuan apabila Musa gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden (kalah kepada Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba) dan Tengku Razaleigh gagal menjatuhkan Dr Mahathir.

Namun dalam politik sejarah hitam kerap berulang oleh sebab orang politik mudah lupa kerana mereka berasa damai dan abadi dibuai kuasa dan belaian mimpi.

26 comments:

Anonymous said...

Datuk,
Setelah membaca isu yang datuk paparkan pada kali ini, terutamanya pemerhatian Datuk:
“ …Saya lebih tertarik dengan tindakan Khairy merujuk khusus kepada gambar adunan (composite picture) yang mengaitkan Mohd Najib Abdul Razak dengan Altantuya dan Abdul Razak Abdullah Baginda sebagai alasan mengapa PKR perlu dikuburkan.”

Secara analoginya Saya menyimpulkan nya seperti berikut:

1. Najib have two cows. KJ takes both, milks them, keeps the milk, and gives Najib a pint.
2. KJ takes one of Najib cows and gives it to a neighbor.
3. KJ takes both cows and shoots one of them.
4. KJ takes both cows and shoots Najib.
5. KJ milk both cows, sell one of the cows, and buy a bull.
6. KJ takes both cows, milks them, and pours the milk down the drain.

Apalah yang Najib dapat dari siaran Akhbar KJ itu? Datuk telah pun mencambahkan pemikiran kritis saya.

-makangaji.

Anonymous said...

Assalam alaikum A Kadir Jason !

Saya tetap fikir bahawa Parti Keadilan Rakyat itu mesti didenda sekurang-kurangnya RM 200 sebab parti tersebut tidak kawal ahli-ahli, terutamanya Tian Chua.

Tian Chua mesti dipecat dari Parti Keadilan Rakyat dan saya menyeru agar semua warganegara Malaysia yang berprihatin terhadap keadilan akan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat parti tersebut.

Anonymous said...

Dato AKJ,

Some bloggers think that they are important and relevant. More so than what they wrote. But not you Dato. Thank you for being cool headed. Maybe its your professional training. Blogger should soon realize they do not matter. The content of what they write matters. The days of superstar journalist and their wannabe superstar bloggers who can influence only by their well known name were gone. Produce good pieces that make the masses think, or you will be thrown away like yesterday paper. It will just take one click to go to another pages.

Once again thank you Dato for being the sane voice in this chaotic and moronic Malaysian bloggers excitements.

the indie story said...

Minta Maaf Dato' Kadir, hamba nak mencelah sedikit.

Kepada sesiapa yang mempunyai masa terluang dan berminat tentang ISLAM dan mempunyai daya 'sense of humour' yang setahap dengan Mr. Bean; boleh melayari weblog hamba yang tidak seberapanya ini : http://sabapersonalalbum.blogspot.com

Sebarang teguran dan idea bernas anda semua dialu-alukan. Pihak KAMI menyambut kedatangan pihak tuan/puan/dato'/datin/tansridatin sri dengan senyuman semanis isteri baru PAK LAH.

TQ.

Anonymous said...

salam dato'...

dalam bahasa inggeris ada menyebut;

"there will be people who cut other people's legs to make them look taller"

tapi dalam isu KJ ini, ia agak istimewa..

bukan sorg saja kaki yang kena "cut" tetapi 2 orang sekali.....ia juga seumpama pedang bermata dua.....satu khas untuk anwar satu lagi utk TPM...

Anonymous said...

KJ thinks he knows the game well. Yes and no. Yes he knows some games to play like this.No cos his game experience is limited and as soon as FIL is ousted when FIL does badly in the next GE, UMNO people will go after him.Without his FIL, he is not the man he is now even with Oxford degree.

AFRAR YUNUS said...

salam datuk,
ramai yg menganggap diri mereka sebagai pemimpin dlm umno. sudah menunggu lama utk naik. tiba-tiba dtg si budak KJ dgn restu bapa mertua. entah kenapa tdk ada suara yg dpt mempertahankan sistem dlm umno sendiri. dulu satu pencalunan utk presiden dan org no 2 dpt 10 undi. takdak lagi dlm sejarah manusia bertamadun yg undi mereka dikira sebegitu, tapi umno boleh terima. dan masa itu seluruh akhbar dan penulis media seolah-olah tdk menegur kepimpinan tertinggi umno, dan takda pula penulis media yg dgn tdk puas hatinya tentang perkara ini meletakkan jawatan. entahlah datuk, mungkin saya terlupa atau terlepas pandang tentang hal ini. kita perlu sedarkan orang kita, baik menteri, baik hakim, baik ketua polis, ketua jabatan mana-manapun, individu dsb - jika kita tdk berpuas hati tentang sistem yg ada dan tdk upaya mengubahnya, kita letak jawatan atau tinggalkan komuniti itu datuk. spt apa yg dilakukan oleh ketua hakim pakistan. spt yg dilakukan oleh syed idid. baru ada roh, kekuatan, disiplin dan kehormatan dlm apa-apa sistem pun. apa kata datuk?

BoxxTomoi said...

Dear Datuk,
Like your intro on KJ ; "BINTANG timur politik Umno" !!
Btw Datuk, saya fikir kalau UMNO tak berusaha pun PKR akan mati juga.

Unknown said...

hmm... apa yang saya faham, KJ cuba menjatuh kan Najib di sebalik kata-kata sokongan dan niat zahir mempertahankan Najib. Itu maksud dato'?

Anonymous said...

YBhg Dato',
Kenapa Kj ni beriya sangat nak jadi popular? Semua orang dah tahu agenda tersirat beliau. Pada saya beliau tidak mempunyai keperibadian dan tokoh sebagai seorang pemimpin yang layak kita alu-alukan ke dalam UMNO.Kekalahan UMNO nanti antara satu faktor ialah KJ. Saya harap UMNO duduk dan fikirlah masak-masak agar tidak kecewa besar kelak hanya kerana KJ....

Helang 79

Anonymous said...

Saya lihat gelagat KJ ini tak ubah seperti "street magician" David Blaine. PKR bubar, lenyap dari pandangan umum tetapi berada dalam poket KJ sendiri!! Ini sebenarnya adalah cara KJ untuk meroboh laluan masadepan NTR dan meluaskan lagi jalan bagi mempermudahkannya mengejar cita-cita politiknya untuk menjadi PM kelak.

liyas said...

politik ialah pentas opera (soap opera) yang mempunyai cerita yang tidak ada akhirnya..isunya sama cuma pelakunnya sahaja yang berubah..mengikut zaman

affendi hussain said...

satu percaturan politik berbahaya oleh KJ.. Najib ada 'alliance' (sepupunya)..KJ hanya ada bapa mentua yg populariti timbul tenggelam...
buat seseorg yg tiada kedudukan dlm DUN & Parlimen serta berada di tampuk kedudukannya dgn penangan 'hydraulic lifting jack' bermega ton daya tujah..dasarnya tetap rapuh.. bila kali terakhir KJ check 'formation' tapaknya?

apa2 pun dunia politik penuh sandiwara.. kita tengok saja pementasan ini..penghujungnya?? ntah ler..
the universe indeed beyond our mortal philosophy prediction..

The Truth said...

Salam Datuk,

Pada pandangan saya yang naif ini KJ adalah satu liabiliti bagi parti UMNO untuk jangka masa panjang.UMNO mungkin pada suatu masa nanti akan tercatat dalam lipatan sejarah sebagai parti DERHAKA kepada bangsa Melayu.Saya berkata begitu lantaran tindak tanduk KJ sejak mula meletakkan dirinya dipersada politik adalah sumbang,pencaknya lebih banyak menimbulkan kemudaratan kepada agama,bangsa dan negara.Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mungkin telah sedar akan kepincangan ini tetapi agak terlambat dalam tindakan.

http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Pendapat saya, memanglah KJ nak dedahkan hal gambar olok2 Najib. Orang politik memang bertindak untuk kepentingan diri, termasuk Tun Dr Mahathir yang Datuk kagumi. Jatuh-menjatuhkan ni biasa lah. Politik. Dulu2 pun selalu berlaku.

Tapi tengok je lah gambar tu sendiri.. Kalau rakyat masuk blog Tian Chua pun rakyat akan tahu Tian Chua main2 saja dengan gambar olok2 tu.. Tapi KALAU ada gambar sebenar yang belum didedahkan, kita berhak tau juga.. Sensational news amat penting dalam politik..

Anonymous said...

The scene I wish to happened: Farewell from NTR
Audience: colleagues in the MOD or larger group of bloggers
Message: I’m leaving, but don’t feel sorry for me. I don’t regret the decision.
Tone: formal, distant
Date: Near future
Timing: 2 minutes
KJ: “I heard you’re leaving,” “What are you planning to do?”
NTR: So I thought I’d take a few moments to outline some of my plans. The entrepreneurial bug has bitten me as it has so many others recently. Within the month—after some rest and relaxation—I plan to open my own computer consulting service, catering especially to Bloggers. We will offer a full line of services—analyzing their tasks, developing and introducing special programs for their specific applications, and providing installation and training.
NTR: …The decision has been made after years of dreaming and months of deliberation. The timing feels right. The opportunities in the blogging consulting area seem more than ample. And my associates and I are eager to begin pocketing the profit from our own efforts.
NTR:…One of the most difficult things about beginning a new business, of course, is the camaraderie of past friendships. I’ll miss those.
NTR to KJ: Thank you for your interest in my career and for the experience I’ve gained through my affiliation with you and the UMNO.
NTR to KJ: Thank you for coming to say good-bye.


-makangaji.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dan para pendebat sekalian,

Agak lama saya tidak mengulas di sini. Namun isu ini mengajak saya kembali bersuara. Kalau isu ini boleh dibaca dan dibicara sebagai KHAIRY LAWAN NAJIB, maka saya tidak sekali-kali mengecilkan kapasiti pemuda lulusan Oxford ini.

Saya kemukakan fakta dan faktor berikut bagi menyokong tesis bahawa Khairy akan mengatasi Najib dan Anwar ada tempat dalam politik Umno pada era pasca Abdullah.

1. Khairy mendapat aspirasi masuk Umno daripada Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim pada awal tahun 1990’an melalui program yang ditaja oleh Almarhum Tan Sri Noordin Sophie bernama Students For Vision 2020. Khairy adalah antara peserta pelopornya. Matahir dan Anwar mentornya. Waktu itu Khairy masih seorang siswazah di negeri Inggeris;
2. Khairy adalah antara pembela Anwar dan pengkritik Mahathir ketika terjadinya krisis Umno tahun 1998. Khairy pernah menyarankan pemberontakan terhadap Mahathir;
3. Bila kembali ke tanah air, dia melihat Abdullah sebagai tepak terbaik kerana Abdullah baru diangkat Timbalan Perdana Menteri dan dia mudah dieksploitasi. Khairy dilantik pembantu khas yang kemudiannya menjadi cukup berpengaruh;
4. Khairy mula mencumbui anak Abdullah Nori dan lantas mencetuskan konflik kepentingan yang nyata. Abdullah mula ditekan dan tertekan kerana kuasa dan pengaruh Khairy yang semakin melebar. Jalan keluarnya Khairy berhenti seketika atas alasan pergi berkursus di Oxford.
5. Ramai dalam Umno rasa lega tetapi kegembiraan mereka hanya sementara. Khairy pulang, bernikah dengan anak Abdullah dalam majlis seumpama pernikahan keraton, terus menjadi kuasa di belakang tabir, berkuasa ke atas media massa dan pejabat PM melalui para penasihat Tingkat 4 serta menceburi dunia korporat secara besaran;
6. Dia menggunakan kedudukannya sebagai mata dan telinga serta menantu kesayangan Abdullah untuk mengeksploitasi dan memanipulasi kepemimpinan Pemuda Umno yang lemah lantas dengan mudah menyekat kemaraan anak Mahathir bernama Mukhriz di Kubang Pasu. Tapi tangan kotor Khairy dan konco-konconya ternampak lantas terjadi pemberontakan pada pilihan raya Pemuda pusat di mana Mukhriz menang undi nombor satu majlis pemuda;
7. Dewasa ini khairy memberi idea dia yang dia simpati dengan Najib dan marah kepada Anwar. Itu yang zahir. Yang tersembunyi ialah Khairy lebih intim dan sejiwa dengan Anwar sebagai mentor politiknya. Perhatikan yakni persamaan perwatakan dan taktik Khairy dengan Anwar;
8. Najib mudah dineutralisasikan. Dia cukup vulnerable. Mudah digugat. Pun dia bukan fighter. Politiknya mirip Abdullah yang bergantung kepada simpati dan tidak memijak kaki sesiapa. Dia berharap kepada nama keluarganya dan saki baki sokongan Mahathir yang nyata semakin luntur.
9. Khairy gembira kalau PKR terkubur. Kritikan ke atas Anwar hanya satu helah (ruse). Satu taktik yang cukup tajam – kuburkan PKR, isolasikan Anwar, pujuk Umno supaya terima semula Anwar dan ampuni segala dosanya. Dengan Anwar di dalam Umno dan Khairy sebagai dewata, masa depan Najib berbilang harinya dan pemusnahan legasi Mahathir menjadi mutlak dan mutakhir; dan
10. Dengan gabungan Anwar-Khairy atau Khairy-Anwar itu, segala kekurangan era Abdullah bisa disembunyikan dan melalui kempen media massa ia bisa dirobah menjadi era pembaruan dan perubahan.

Profesor Tua,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Anonymous said...

YBhg Dato,
teori Prof Tua tu, betul ke??? kalau ye kenapa pemuda umno masih memdiam diri....keris tak ada ke? atau keris taming sari ada kat KJ...kesian kat Kak Ros...,mungkin kak ros ni akan pelan something for her beloved hubby.....
Helang 79

A KADIR JASIN said...

Sdr Kedidi,

Mohon maaf. Saya tidak akan siarkan komen anda. Namun saya ambil maklum reaksi Sdr terhadap tulisan Prof. Tua.

Saya rasa tidak kena atau tidak adil membiarkan hubungan peribadi (sebagai kekasih dan kini suami isteri) antara Khairy dan Nori menjadi bahan pertikaian.

Cinta, kasih dan sayang bukanlah bagi kita menilai dan mengadilinya.

Namun saya mengaku bahawa dalam politik dan kepada pemain politik yang bercita-cita tinggi, tiada apa yang tidak boleh dijadikan jambatan dan batu loncatan.

Maaf sekali lagi.

Anonymous said...

Dato,
Ya saya menerima pandangan Dato itu. Cinta dan kasih sayang adalah perkara yang subjektif. Ia boleh datang sebelum dan juga selepas. Dan kadang-kadang demi maruah, imej dan ego terpaksa bertahan walau terpaksa.

Kita sengsara dalam bentuk yang lain, 'mereka' juga sengsara tetapi dalam bentuk yang lain pula.

Terima kasih

marn said...

Jangan jadi hamba cinta tapi jadilah hamba Allah. Cinta Allah kekal abadi. Cinta manusia kan sirna jua.

Cinta pada negara; kalau dah pembesar negara yang sedia ada dok sibuk berpolitik lebih daripada memperjuangkan nasib dan membela rakyat, nak buat lagu mana tok?

Khairy seorang manusia yang cerdik dan pintar. Cumanya dia tak berapa nak matang lagi dalam politik. Tu aja. Karisma ada padanya. Ramai yang tak setuju? Ni pendapat saya.

Biasala orang muda.. kalau nak langgar, dia langgar. Tak macam orang tua, pelan-pelan kayuh. Sampai jugak. Kot mana pun sama, kita yang kerdil dan pacal yang hina ni la yang dok sengsara. Depa dok bergaduh sesama sendiri pun, depa dah kaya-raya. Kita? Marilah kita sama-sama mengubah hidup kita.

Kita asyik berpolitik, orang lain asyik bikin uang. Bila bikin rumah kos tinggi, orang beli, kita nga-nga menitik ayaq lioq tengok gambaq dalam brosur. Cantik kan? Nak beli? Duit talak..

Anonymous said...

Jadi bukankah dengan merujuk khas kepada gambar berkenaan dia secara sengaja dan tidak sengaja, langsung dan tidak langsung memberi pengiktirafan kepada kewujudan gambar itu dan kepada blog?

Saya tak faham kenyataan ini, care to explain.

I think in the case of the murder of altantuya, why not let the court decide on it? Kalau people like Anwar or Tian Chua ada maklumat yang boleh memsabitkan orang-orang tertentu mengapa tak bawa ke pihak berkuasa. Kalau tak percaya pada pihak bekuasa maka serah pada pihak wakil mereka di perlimen.

Buat blog fitnah macam tu cuma merendahkan taraf blogger-blogger lain yang tidak bersalah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Sakrizakaria, antara lain, berhujah: "Buat blog fitnah macam tu cuma merendahkan taraf blogger-blogger lain yang tidak bersalah."

Terpulanglah kepada pembaca. Kalau mereka berasa seseorang blogger itu membuat fitnah, mereka tidak perlu mempercayai. Lebih baik daripada itu, mereka boleh menyanggahnya.

Blog adalah ruang bebas yang cukup demokratik, luas, spontan dan virtual. Sesiapa sahaja yang ada akses kepada Internet dan berminat berbahas boleh mengambil bahagian.

Kalau saudara perhatikan tidak semua pembahas blog ini bersetuju atau menghargai apa yang saya nyatakan. Banyak yang tidak bersetuju dan ada juga yang melemparkan pelbagai tuduhan.

Sdr Marn, antara lain, berkata: Biasala orang muda.. kalau nak langgar, dia langgar. Tak macam orang tua, pelan-pelan kayuh. Sampai jugak."

Tetapi mestikah orang muda bersikap sedemikian ... kalau dia nak langgar, dia langgar?

Apakah orang muda kini tidak lagi diajar akhlak, sopan santun dan budi bahasa?

Saya pun pernah muda, berdarah panas dan penuh idealisme. Tetapi saya juga diajar akhlak, sopan santun dan budi bahasa.

Saya tak tahulah kalau nilai keluarga dan sistem pendidikan kita sekarang tidak lagi mengutamakan sifat-sifat dan ciri-ciri murni ini.

Terima kasih.

marn said...

Maaf tok, lari tajuk sikit nih. Masalahnya tok... ramai juga orang tua yang tiada akhlak. Rasuah sana-sini. Skandal sana-sini. Secara tak langsung mengajar orang muda untuk tidak berakhlak.

Memang Nabi Muhammad ajar kita cara berakhlak. Tapi berapa kerat yang ikut? Bukankah Muhammad SAW itu sebagai satu garis panduan untuk kita.

Akal fikiran Allah Taala sediakan untuk kita guna. Nafsu, Allah Taala letak dalam benak kita sebagai satu cabaran. Ramai yang tertewas dengan cabaran daripada Allah.

Memang kita belajar daripada sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi untuk berakhlak mulia. Tapi tok, berapa kerat yang ikut? Sekadar diajar di sekolah dan diberitahu tidak bermakna kita terdidik secara langsung.

Secara umum, kalau kebanyakan orang muda yang ada di Malaysia ni berakhlak, tidak timbul isu rempit, kebejatan sosial dsbgnya. Tanyalah pada penagih dadah "Perlukah kita hormati orang tua dan berakhlak mulia?" Saya percaya hampir semua akan menjawab "Ya!".

affendi hussain said...

Salam Dato',
(dah basi cerita ni..lama tak buka blog ni..sibuk sgt…tp harap boleh post lagi utk arkib.)

Najib already dispersed the light through a prism and emerged as a beautiful rainbow spectrum , while KJ indirectly used a mirror to reflect the spectrum back to a focusing optical lens..cunning! (naughty..naughty...)

Just for the sake of making things fun & interesting, let us apply the science of physics in the political domain.

The clasiccal Newtonian Physics stated these 3 Laws called Newton's Law of Motions:
1)An object in motion or at rest will remain in motion or at rest unless acted opon by a net force. - (law of inertia)
2) The rate of change of momentum of a rigid body is proportional to the resultant force acting on the body. i.e force equals mass multiplied by acceleration; F=ma (law of acceleration)
3) To every action force there is an equal but opposite reaction force – (law of conservation of momentum)
Let put these laws to application shall we....
The Ist Law:
In term of 'mass' Najib is greater than KJ (taken into account of his DPM post & status in UMNO). Therefore, KJ need to exert 'higher force' to make the net resultant force positive to his favour to 'move' Najib, otherwise it is a futile effort to move Najib from his rest state or motion. Bigger 'mass' means bigger 'inertia'.

The 2nd Law.
In order for KJ to acquire larger magnitude of force, he need to 'increase his rate of change of momentum' (F=m.dv/dt). Hence, he need to 'accelerate' - catch up & manipulate with every available options, get supporting force from above if necesary & any opportunities to boost his 'speed' . KJ need to make himself prepared for the next critical part of the Newton Law of Motions (the 3rd Law). To what extend has he achieved..hell knows how & when he will do it! A 2.0L engine plus V-Tech Twin Cam or DOHC technology (both these mumbo jumbo engineering terms just spells out a same thing..) definitely outrun a 1.6L in terms of maximum torque at a rated RPM for maximum acceleration output..If the driver is incompetent despite having a powerful 2.0L car, he will definitely be defeated in the race..Yes! a 1.6L still stand a chance throttling all the way ahead to the finish line!

The 3rd Law! (F1=F2... the final countdown... clash of the titans!).
Let m= 'mass' of KJ and v = KJ 'velocity'; M= 'mass' of Najib and V= Najib's velocity. The product of mass and velocity is momentum.. since M>m.. 'v 'should be bigger than 'V' for an equilibrium force equation (a win-win situation? Just to gain a balance force?).. otherwise KJ spells this–> MISSION IMPOSSIBLE! For a relatively smaller force magnitude, the momentum impact is unbearable for KJ to move Najib who is having the big taiko 'inertia', in return he will exert a bigger magnitude reaction force. KJ will end up distorted and moved away by the net resultant force acting upon him from the imbalance momentum collision impact.. just like a car direct hitting a 30Ton truck. But...if he want the Newtonian Law to be to his favour..BE like a speeding bullet!..act very fast..manipulate the 'opportunity' in the time domain! Then, the end is near for the 'massive' one! (provided if the big guy still at the state of 'at rest') -->Ready...Action Force... Kaboom!! Sayonara big guy..! (before the big guy could even blink his eyes..)

{the dead probably woke up and die again reading my boring mumbo jumbo blog post science of physics matters! :P Free country- freedom of speech, really, is it? Direct hitting really doesn't really pay off well, does it? To make thing worst, let me tell another story of politics applied with Modern Science of Physics.. ya..the masterpiece of that freak white-hair nutty prof guy..hail Einstein who view things at sub-atomic level!}

--> This is a ‘radioactively’ deadliest political move story...
In contrast to Clasical Physics that states mass in equilibrium equation is conserved, brainiac Einstein come out with his famous mass-energy equivalent: E=mc^2 (^2 : for square of speed of light, I cannot make the superscript function of '2' here). This applies in the nuclear fission reaction.
A nuclear fission happens when a radioactive isotope element such as Uranium-235 being bombarded with a neutron that result in splitting of the U-235 nucleus producing by-product element Kr-92, Ba-141 plus 3 neutrons and vast amount of energy in form of KE, electromagnetic radiation & gamma ray (all sort of biohazard things!). The lost of mass (just a mili fraction..per nucleus) is translated into energy via the E=mc^2. The biohazard radioactivity by-product will continue to pollute & toxicated the environment proportionate to its 'half life' decay time. The free neutrons produced from the terminal reaction will further hit other two or three U-235 nucleus, thus triggering a chain reaction- Chaos.! if the reaction is not conditionally controlled, the magnitude of vast energy from the chain reaction will caused a nuclear explosion!
--> apply this to the political domain:
If we view UMNO as a substantial amount of mass of U-235 isotopes.. Historically, the 'nuclear fission' already took place long time ago. Somebody already bombarded it with a 'neutron' giving away PAS. After some times, another 'neutron' triggered a reaction producing UMNO(baru) & Semangat 46.. then recently, a 'neutron' bombardment produced KEADILAN.. But along the way, somebody managed to be a 'neutron moderator' (just like in the nuclear reactor) controlling these reactions before it further up result in catastrophic & devastating uncontroable chain reaction!

Very unfortunate indeed that the total mass before and after these reaction will never be the same! So does the collective 'masses' of the Malay political power ..weakening! One things for sure, all these radioactive element have its own specific exponentially life span decay called the 'half life' proportionate to its mass number. The smaller the element..the faster the 'half life' rate..(see the Semangat 46, and Keadilan also for example..decaying fast!). KJ..!stop bombarding with those 'neutrons'. Don’t create a new nuclear chain reaction and caused nuclear explosion, or else the massive thermal energy can cause 'smaller element' to fused together creating more catastrophic disaster just like the nuclear fusion (another form of nuclear reaction) happening on the Sun, - small element like Hydrogen (H-1) fused together to produce Helium (He-2) releasing enormous energy that we human do feel & take it for granted from God.. what a mess!!!!

However, theories remain theories unless proven to yield the expected results!

The universe indeed beyond mortal philosophic prediction, imagination & understanding. Even if a politician succeed to be 'elevated' to the 'top of Everest (8840m)'..become arrogant & get the feel-good feeling as like he is on top of the world & nothing else matter.. pls. bear in mind, that this is so insignificant as to the view of the Holy Creator. For example, just take the distant of the nearest galaxy to earth, the Andromeda, which is a 2.5million lightyear away. Light travel at a speed of 2.998x10^5 km/sec, imagine the distant it traveled in one year.. (if interested, start pressing those calculator buttons to get the kilometer figures!).

Political struggle should not be for a personal oriented gain, lust of power & greeds! Its a social contract responsibility to manage the country..the citizen appointed you politicians via election to manage this country on behalf..the rakyat indeed the collective 'share holders' of this country! (Para pembesar..ingatlah Tuhan banyak2.. jangan takbur & bongkak, lupa tanggungjawab dgn kedudukan anda...begitulah kita juga seadanya..! )

Ali-Imran: 190-191..
wasalam..

xenon said...

listen to the wise old man,

the old man who counts to ten,

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).