Wednesday, July 25, 2007


Perihal Malam Wartawan, PM dan Ingatan Kepada Blogger

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TERKINI, 28 JULAI

Perdana Menteri nampaknya sudah kembali berada di tanahair. Sebentar tadi beliau berucap di Balik Pulau, Pulau Pinang. Laporan Bernama berkata Abdullah mahu usahawan wanita komited dalam perniagaan. Sila rujuj kepada Bernama.com. Terima kasih.]
POSTING ASAL
TAHNIAH kepada Institut Akhbar Malaysia (MPI) ‘baru’ kerana sekali lagi berjaya menganjurkan Malam Anugerah Kewartawanan Malaysia yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Saya sengaja menggunakan istilah ‘baru’ kerana beberapa pembaharuan dilakukan pada malam anugerah itu. Baguslah, sekali sekala kita memerlukan pembaharuan.

Pertama, kad jemputan majlis itu dengan jelas mengatakan bahawa kod pakaian bagi lelaki adalah lounge suit berwarna gelap, menggantikan batik yang sejak sekian lama menjadi pakaian ‘rasmi’ majlis.

Saya juga begitu terpegun melihat kesegakan ahli-ahli Majlis Pentadbiran MPI yang mengenakan tali leher dan sapu tangan kocek atas yang seragam. Tapi mintalah, tahun depan jangan suruh pakai tuksido (tuxedo) pula. Batik pun dah lebih daripada ok.

Saya perhatikan kategori hadiah pun bertambah, tabung kewangan bertambah dan penyampaian anugerah pula dibahagikan kepada dua seksyen. Anugerah utama disampaikan oleh Najib manakala anugerah selebihnya disampaikan oleh Pengerusi Yayasan MPI, Azman Ujang.

Saya juga berasa gembira kerana Najib turut menyebut mengenai blogger dan peranan yang boleh mereka laksanakan bagi menyokong aspirasi kerajaan, selain sumbangan besar oleh media massa arus perdana.

Rujukan Naib kepada blogger itu saya anggap penting kerana pada hari yang sama akhbar-akhbar arus perdana memetik beliau sebagai berkata bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengawal kebebasan blog, selain menasihatkan mereka supaya lebih bertanggungjawab.

Tetapi seperti umum maklum, pada hari itu juga tersiar berita mengenai laporan polis ke atas akhbar Internet Malaysia Today oleh pengerusi Biro Penerangan Umno Pusat, Muhammad Muhammad Taib atas dakwaan menghina Raja dan Islam.

Saya tidak ada masalah dengan saranan Timbalan Perdana Menteri itu kerana saya sendiri berpendapat pengendali blog, khasnya blog-blog berbentuk politik, sosial dan ekonomi, harus lebih peka terhadap tulisan mereka dan ulasan pembaca yang mereka siarkan.

Sayogia diulangi bahawa blog saya dari awal lagi mengamalkan kaedah mengawal selia ulasan pembaca di mana ia tidak disiarkan terus tetapi melalui proses moderating oleh saya. Hanya ulasan-ulasan yang bebas daripada unsur lucah, fitnah dan hasutan sahaja disiarkan. Namum apa jua ulasan yang disiarkan adalah disiarkan tanpa sebarang bentuk penyuntingan (editing). Saya juga mengelak daripada menyiarkan ulasan-ulasan yang mengandungi serangan peribadi keterlaluan.

Tidak kurang menarik pada Malam Anugerah Kewartawanan itu ialah penjelasan pemangku pengerusi institut, Chamil Wariya mengenai tetamu kehormat majlis. Katanya, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya menjadi tetamu kehormat seperti yang tertera di dalam kad jemputan.

Kata Chamil lagi, Abdullah sendiri yang memilih tarikh majlis malam itu. Bagaimanapun, di saat-saat akhir dimaklumkan yang beliau tidak akan hadir kerana “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.”

Saya tidak pasti jika hadirin dan penaja maklum lebih awal bahawa Perdana Menteri tidak akan hadir. Namun Chamil berkata, beliau bersyukur dan bergembira kerana Najib dapat menggantikan bosnya.

Selain menyatakan Abdullah tidak dapat hadir kerana “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”, Chamil tidak pula menyatakan apa yang terjadi kepada beliau atau di mana berada.

Ini secara spontan memanaskan lagi spekulasi dan khabar angin mengenai apa yang terjadi kepada Perdana Menteri atau di mana beliau kini berada.

Daripada beberapa wartawan kanan (media arus perdana) yang semeja dengan saya dan yang saya temui di majlis itu, spekulasi mengenai ketiadaan Perdana Menteri berbeza-beza.

Ada yang mengatakan beliau memang tidak dapat hadir kerana “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan” dan ada yang mengatakan beliau sebanarnya “ok” dan sedang bercuti di Australia. Ada pula yang mengatakan, selain Australia beliau akan ke Macau. Malah ada membuat spekulasi yang beliau mungkin meneruskan "bercuti" di pantai Waikiki, Hawaii.

Disebabkan ketiadaan kenyataan rasmi mengenai di mana dan apa yang terjadi kepada Perdana Menteri buat masa ini, mahu tidak mahu saya terpaksa mengambil maklum spekulasi dan khabar angin itu sebagai ‘penjelasan’ terbaik.

Manakala masih mengenai subjek blogger, saya mengucapkan tahniah kepada Centre for Media and Information Warfare Studies (CMIWS), UiTM kerana mengadakan persidangan kebangsaan mengenai media dan teknologi dengan penekanan khas kepada blogger di Shah Alam pada 24 Julai 2007.

Saya agak terperanjat mendapati begitu ramai peserta persidangan itu yang sama ada mempunyai blog sendiri atau membaca dan menghantar ulasan kepada blog.

Saya harap perjalanan dan hasil persidangan itu, khasnya rumusan mengenai tanggungjawab blogger dan percubaan memburuk-burukkan blogger, dapat dibukukan sebagai panduan (manual) kepada masyarakat blogger, khasnya golongan muda yang ingin memperbaiki mutu dan kebertanggungjawaban blog mereka.

32 comments:

Anonymous said...

Dato' The Scribe,
Salaam

Manakala masih mengenai subjek blogger, saya mengucapkan tahniah kepada Centre for Media and Information Warfare Studies (CMIWS), UiTM kerana mengadakan persidangan kebangsaan mengenai media dan teknologi dengan penekanan khas kepada blogger di Shah Alam pada 24 Julai 2007...Saya agak terperanjat mendapati begitu ramai peserta persidangan itu yang sama ada mempunyai blog sendiri atau membaca dan menghantar ulasan kepada blog.

What can I say but Alhamdulillah, Datuk AKadirJasin and thank you:
Panjang Umur, Murah Rezeki dan sehat-sehat selalu. Ameen

Pak Zawi said...

Bila terlalu kerap Perdana Menteri didapati tidak berterus terang dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan negara, ia pastinya memberi peluang kepada ramai untuk membuat spekulasi tentang sebab kenapa beliau keluar negara. Tambahan pula beliau keluar negara dengan diam-diam. Pada masa yang sama terdapat Perdana Menteri New Zealand yang sepatutnya dirai oleh Perdana menteri Malaysia semasa belaiu berada disini. Adalah tidak manis beliau meninggalkan negara semasa tamu masih berada disini.
Tandatanya juga terlintas mengapa IGP dan Director of CID juga ikut ke sana. Begitu juga orang akan bertanya apa pula halnya dengan kehadiran Musa Aman.
Besar kemungkinan mereka semua ini ke Australia dengan perbelanjaan wang rakyat. Apakah tidak patut rakyat mengetahui apa tujuannya kesana?

Fayzi said...

Salam Dato'

Kerajaan menyeru kepada bloggers yang "bertanggungjawab".

Tapi saya sendiri pun kadang kala keliru dengan definasi "tanggungjawab" itu.

Jika bloggers menulis mengkritik,menghentam kerajaan, adakah maksud tanggungjawab itu ialah melampirkan kritikan dengan bukti?

Tapi definasi bloggers sendiri adalah ekspresi,pandangan peribadi individu. Adakah pandangan peribadi juga perlu ada bukti?

Dan jika ada pun bukti pun, siapa yang akan mengesahkannya? Dan dalam bentuk apa bukti itu boleh diklasifikasikan sebagai bertanggungjawab?

Mungkin perlu dikategorikan pula antara bloggers yang menulis atas pandangan peribadi dan juga bloggers yang lebih kepada investigative reporter.

Saya lihat blog Dato' memang di moderate dengan baik jika dibandingkan dengan Malaysia Today. Tapi saya lihat Raja Petra pun sudah mengambil langkah berhati-hati dan mula mengawal ulasan pembaca.

Dunia blog baru berkembang dan kita semua banyak belajar dari trial and error. Saya menjangka dimasa hadapan blog-blog yang bertanggungjawab akan mempunyai kredibiliti dan pengaruh yang lebih besar walaupun saya sendiri bingung apakah maksud "tanggungjawab" itu sendiri.

Terima Kasih

zainal abidin awang kechik said...

TOK..
Ada kala kita terpaksa terima serta akur KETENTUAN ELAHI. pertemuan jodoh semua kehendak NYA.. saya malam tu pun tunggu jugak tok ..sampai majlis saya..tapi TAMPA IZIN ALLAH.. tok dapat menghadirkan diri..saya sekeluarga dan rakan rakan hadir majlis pada malam tu berdoa juga kepada ayahbonda tok semoga mereka beri kesejahteraan dunia akhirat.TOK.. saya bukan ulamak tapi saya nak kongsikan sedikit pelajaran saya di mekkah dengan tok..
DALAM AL QURAN,. ada dua ayat yang ber mula dengan perkataan AKU.. dan satu lagi bermula dengan KAMI..

contoh 1 " AKU CIPTA ADAM DARI SEGUMPAL TANAH"

contoh 2 "KAMI TURUNKAN AL QURAN KEPADA MU BAGI MANUSIA MENDAPAT PERTUNJUK"

Nanti bila tok ada masa.. kita teh tarik..saya ulaskan..

Anonymous said...

Dato' The Scribe
Salaam

"Saya juga begitu terpegun
melihat kesegakan ahli-ahli Majlis Pentadbiran MPI yang mengenakan tali leher dan sapu tangan kocek atas yang seragam. Tapi mintalah, tahun depan jangan suruh pakai tuksido (tuxedo) pula. Batik pun indah lebih daripada ok."


Ada ball-room dancing?

(Dgn Izin)
DrM: It’s due to money politics

KUALA LUMPUR (July 24, 2007): Former Prime Minister Tun DrMahathir Mohamad says he declined to contest for a delegate of the Kubang Pasu Umno to this year’s Umno General Assembly due to “money politics”.
He said the party would “roll out money” to buy votes from delegates if he decides to offer himself for a delegate seat.

“That’s why I declined. I know I will lose because they will pay money to delegates not to vote for me,” he told reporters after delivering a keynote address at the International Conference on Gold Dinar Economy 2007 here today.

Mahathir, who received three nominations from branches in the Kubang Pasu Umno to contest for a delegate seat, has declined to accept the nominations. Last year, Mahathir, who helmed Kubang Pasu Umno for more than 30 years, received 15 nominations to contest for a delegate.

The former Umno president, however, lost as he came in ninth among 15 aspirants who vied for the seven seats.

On claims that the government was clamping down on bloggers, Mahathir said though there has been such attempts, it would not stop people from using the Internet, Malaysia’s national news agency Bernama reported today.

“We have tried. I myself want to ban pornography in the Internet but it’s impossible. Unless, of course, the people who are putting these pictures in theInternet are taken to court by their own governments but they have been putting these ‘dirt’ from America.

“So, we can’t stop it,” he said, adding that it was just the same as bloggers…
http://sun2surf.com/article.cfm?id=18716


"Saya juga mengelak daripada menyiarkan ulasan-ulasan yang mengandungi serangan peribadi keterlaluan."

so it is business as usual lah
but I may have some business and pleasure with TPM, mayn't I?

brass and knuckles
like the boy scout brigadiers
such handsome military boys
in camouflages
keep your eyes on
the sparrows, the bears, and
the inclination of the climate and terrains


For Music Lovers,
Yusuf Islam's An Other Cup?

Will there be enough Gold Dinars in my cup, Allahu-Razaaqul-'Aleem

Terima Kasih Thank You

A KADIR JASIN said...

Sdr Zurich,

Saya mohon maaf kepada banyak kawan.

Sekarang saya kurang ke majlis yang panjang-panjang sebeb ada masalah dengan badan yang semakin tua.

Yang terpaksa sangat-sangat saya gagahkan. Mohon ampun.

Namun saya ingat majlis mulia dan barkat Sdr.

Saya gembira dan syukur orang muda dan berjaya seumpama Sdr selalu mengingati Elahi. Alhamdulillah.

Lebih daripada itu, bersadakahlah sebanyak mungkin. Banyak lagi umat Islam di negara kita ini yang miskin.

Teh Tarik di Raju bila-bila masa.

Terima kasih.

Sarjan low said...

Datuk:

Our Nation current "Cyberwar" development seem to make me believe blogger will lose out to the "attack" from the political force. As we understand executive power(Ministry) in "democracy" system is to make new or amend laws, so in the end we can keep on objection current laws but we cannot stop new similiar laws being draft out and endorse in parliment.

Most of the previous promises been broken by today government. I still remember when government proudly launch "MSC", No censorship been said quaranteed in first place..but now all been ignore or forgotten...even they feel not enough to control it!!

If the rumour or scandal expose in blog are not true, Why need to afraid. Just treat it as a teh tarik talk between friend or bunch of friends or a "penglipur lara" and his audience. Its really up to the listener to believe it or not.

If the authority feel public perception are believing the rumour why not investigate the case and make it clear in official media the false of the info? But instead they arrest the blogger?

Now it just like I said that you are wrong because of A with solid proof B and witness C. But you only reply no no no I was the one wrong and slam the door!

Some developed country, the government or private sector had been hiring staff to "monitor" the blogger info..but their job is clear the misunderstood and untrue and correct it by unveil the actual case. Doesn't it make us more respect each others?

Anonymous said...

dato'

sekarang musim hujan. cuaca tak menentu, kesihatan badan juga mungkin tak menentu. kadang2 semakin sihat dan gagah. kadang2 agak lemah.

jadi ramai orang yang tak dapat hadiri banyak majlis.

salam.

Anonymous said...

Selamat Sejahtera Datuk.

Saya sokong sepenuhnya kerajaan Malaysia untuk mengawal (censor) kandungan Internet.

Laman-laman web yang berunsur hasutan, seks, perkauman mesti diharamkan secepat mungkin. Kerajaan kita mesti ikut cara kerajaan negara China yang sudah mengharakamkan laman web, Google.com sebab menghina kebudayaan Cina.

Akhbar NST menyatakan bahawa UMNO telah membuat laporan polis terhadap laman web Malaysia-Today.net sebab menghina agama dan raja. Saya menyokong tindakan UMNO dan harap laman web MT diharamkan dan pengendalinya dipenjarakan selama hidup.

myi said...

What a stupid move made by MM2 and the UMNO government.This is a very reactive move. They will be the ultimate losers. UMNO cannot make war with the internet! For every action there is an equal an opposite reaction. I think UMNO will fare badly in the coming election. A lot of malays are very unhappy with the present government. But we deserve them cause we put them where they are in the first place!

Anonymous said...

Dato dan sekalian perayap,

Rajan rishyakaran kata... "saya menyokong tindakan UMNO dan harap laman web MT diharamkan dan pengendalinya dipenjarakan selama hidup."

Kata saya..."hey kawan, jangan nak provok la."

terima kasih.

Husin Lempoyang said...

UMNO nak menahan dari elemen hasutan dan pembocoran dokumen rahsia dari menjadi kelaziman di blog. Masaalahnya mereka sendiri tak faham apa tu blog dan proses polis.

Saya jemput anda membaca cerita sebenar ini dari rakan saya dalam UMNO yg sama2 ikut jadi hulubalang mengiringi panglimanya yang nama gelaran di kaitkan dengan peninju handalan dunia, Mike Tyson.

Jom sekejap ke blog saya untuk baca Bila Pemburu Musang Tak Kenal Musang

A KADIR JASIN said...

Sdr Johnleemk,

Saya mengambil maklum pertanyaan.

Saya berkata, alhamdulillah -- praise be to Allah.

Saya menganggapnya sebagai sesuatu yang penting.

Tetapi ia juga berbentuk peribadi yang saya rasa tidak sesuai saya menghebahkannya kepada umum dengan menyiarkan mesej Sdr.

Kalau Sdr ikhlas, saya tidak keberatan menemui Sdr, seperti yang menemui orang lain.

Sdr boleh dihubungi saya melalui e-mail di akadirj@yahoo.com

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Kedidi,

Biarkan Sdr Raja Rishyakaran dengan pendapat dan pandangannya.

Itu pendapat dia. Sdr jangan melatah kerana mungkin inilah tujuan Sdr Raja.

Lagi pun ini ruang untuk berbahas. Jadi marilah kita berbahas dengan waras dan sopan santun.

Saya rasa, Muhammad Muhammad Taib pun duduk tak senang juga.

RPK menjawab laporan polisnya dengan menulis panjang lebar mengenai isu peribadi bekas MB Selangor itu.

Kerana laporan MMT itu dan berita mengenainya dalam media arus perdana, lebih ramai orang nak baca dan nak tahu sipada RPK dan apa bendanya Malaysia Today. Free publicity.

Bagi saya, memadailah kalau saya katakan, saya pun kenal juga MMT.

Sdr Zawi pula, antara lain, mengulas:

"Bila terlalu kerap Perdana Menteri didapati tidak berterus terang dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan negara, ia pastinya memberi peluang kepada ramai untuk membuat spekulasi tentang sebab kenapa beliau keluar negara."

Saya tak perlu cakap banyak. Lojik kalau rakyat jelata mahu tahu dan elok diberi tahu di mana PM berada melainkan beliau dalam satu misi sulit/rahsia yang teramat penting.

Tengku Razaleigh Hamzah pernah menceritkan kapada saya bagaimana percubaan dibuat bagi "merahsiakan" kesihatan Allahyarham Tun Abdul Razak ketika dia uzur di London pada tahun 1976.

Tengku Razaleigh adalah antara orang terakhir melawatnya di London.

Terima kasih dan selamat berbahas.

Lily Abdullah said...

Pak Kadir,
Saya sangat meminati blog bapak yang saya kira lebih beretika & berbahasa. Sesekali apa kata Pak Kadir turun padang dan tulislah sesuatu mengenai nasib OKU di Malaysia tanah air tercinta ni. Benarkah kami ini GOLONGAN ISTIMEWA? Bacalah draf Akta Orang Kurang Upaya 2001. Baru draf...entah bila akan menjadi akta. Akta bergulung juga tiada gunanya,jika pemamtauan sewajarnya tidak dibuat oleh pihak berwajib.

the indie story said...

Dato' Kadir yang dihormati, semoga dirahmati Allah swt sekeluarga hendaknya...

Izinkan hamba sekali lagi mencelah.

KEPADA SEMUA BLOGGER YANG DIKASIHI BERSERTA ORANG AWAM. Anda semua dijemput hadir ke :

"INTERNATIONAL ISLAMIC FAIR 2007 YANG AKAN BERLANSUNG ESOK DI PWTC,KL...DARI 27 -29 JULAI.

KEDATANGAN ANDA SEKELUARGA BERSERTA RAKAN TAULAN AMAT DIALU-ALUKAN. BERILAH SOKONGAN KEPADA SATU-SATUNYA PESTA ISLAM ANTARABANGSA YANG ADA DI BUMI MALAYSIA INI. SOKONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN HIBURAN CARA ISLAM YANG KAMI ANJURKAN. PADA HARI SABTU MALAM AHAD NANTI PIHAK KAMI AKAN MENGADAKAN KONSERT CARA ISLAM BESAR-BESARAN DI MATRADE HALL, JALAN DUTA. KONSERT AKAN BERMULA PADA PUKUL 9 MALAM HINGGA 11 MALAM.

ANTARA ARTIS LUAR NEGARA YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN ADALAH MUHAMMAD AL HUSAYAN DARI KUWAIT, MILOUD DARI FRANCE DAN AA'SHIQ AL RASUL DARI UK. KUMPULAN NASYID HIJJAZ JUGA AKAN TURUT SERTA. TIKET KONSERT BOLEH DIDAPATI DISANA ATAU DI PWTC REGISTRATION COUNTER. tq.

#Kepada Dato' Kadir, kedatangan Dato' ke PWTC bersama famili, saya anggap sebagai satu tanda sokongan. Saya secara peribadi amat berbesar hati...Jangan lupa singgah gerai SABA ISLAMIC MEDIA. buku bekas setiausaha politik Dr.M, tentang zionist pun kami ada jual.

Ayuh kesana! SOKONG ISLAM! macam-macam ada...

Brother Anwar Arabi

Anonymous said...

Sdra Rajan,

Jangan terburu2 menyokong mana2 pihak! Tunggu dulu. Posting yang dibuat oleh RPK dalam Malaysia Today memang kontroversial. Itu semua orang tahu. Tulisan beliau memang kontroversial dari dulu lagi. Bukan hanya sekarang. Maknanya, mengapa Mike Tyson tak ambil peduli sebelum ni!

Kita lihat apa tindakan polis selepas 8 jam menyoal RPK. Mesti banyak yang dibangkitkan. Mungkin polis ingin tahu identiti mereka yang menghantar komen menyokong atau membantah pandangan RPK. Kalau identiti mereka yang menghantar komen itu orang umno, macam mana? Kalau yang menghantar komen itu orang besar Umno, macam mana?

Saya percaya Mike Tyson inginkan publisiti, apatah lagi PM akan memilih calon untuk pilihanraya umum akan datang. Ramai orang politik mahu dilihat sebagai pejuang sekarang supaya nama boleh naik! Setakat jadi Senator dan Pengerusi Biro Penerangan saja bagi Mike Tyson tak cukup...

Ini mainan politik Mr Rajan. Saya harap you tidak terpedaya!

the indie story said...

sila layari http://sabapersonalalbum.blogspot.com/ (weblog tak rasmi)

atau boleh terus masuk ke : .IIF4ummah.com atau .IIFportal.com

Brother Anwar Arabi

Anonymous said...

The Scribe
Salaam

Saya tak perlu cakap banyak. Lojik kalau rakyat jelata mahu tahu dan elok diberi tahu di mana PM berada melainkan beliau dalam satu misi sulit/rahsia yang teramat penting.

Cari Ilham untuk PRU12?

Kerana laporan MMT itu dan berita mengenainya dalam media arus perdana, lebih ramai orang nak baca dan nak tahu sipada RPK dan apa bendanya Malaysia Today. Free publicity.

Adakah M-T perlukan lagi publisiti?
Untuk MMT and gang - mungkin?
Kenapa?
Siapa kah yang berserta taskforce 'Anak Gajah'?

Dengan Izin.
Wall Street Skids on Lending Worries
Thursday July 26, 5:12 pm ET
By Joe Bel Bruno,
AP Business Writer

Stocks Plunge on Lending Worries, Dow Industrials Plunge More Than 300 Points

NEW YORK (AP) -- Wall Street suffered one of its worst losses of 2007 Thursday, leading a global stock market plunge as investors succumbed to months of worry about the mortgage and corporate lending markets. The Dow Jones industrials closed down more than 310 points after earlier skidding nearly 450...
http://biz.yahoo.com/ap/070726/wall_street.html?

Apakah PRU12 perlu di segerakan atau dilengahkan?

Dengar-dengar Hadi nak make a comeback to Parliament: fiction?

(Bukan untuk The Scribe dll, daa:
Track #6, #10, #11, lebih dari just OK - tolong beli yang Ori
)

Terima Kasih

Budakboy said...

Dato'

We are such a predictable nation. You can tell the time of year by what gets reported in the media.

The earlier months will have weight of school bags, increase in school bus fares and other related issues.

March will see the 5% of the previous year's SPM candidates who score 9-25 A's hogging the headlines. This will be followed by sob stories about how a noodle-seller's/rubber tapper's/local council roadsweeper's son who scored 35 A's, while helping at the family's stall/smallholding/whatever, cannot get a place to study to realise his childhood ambition of becoming a doctor. Accusations and insinuations of racial bias will be used by political Young Turks of every stripe and colour to achieve their childhood ambition of becoming politicians.

I guess now is the time for political parties to have their elections. Deputy Minister reports wrong figure of Malays leaving, UMNO stalwarts championing popular issues and many more.

Our politicians do not want to solve these issues because these are tools of their trade. At the rate we are going, if we were to go to sleep now and wake up 50 years later, we can still tell the time of year.

I stayed away from the blog scene for almost a year because I did not like the bigotry and harsh language. These poison your mind.

I came back to your blog because I miss the friendly banter and quick wit of the regulars here.

Thank you

A KADIR JASIN said...

Sdr Budakboy,

Welcome back. Running away from problems don't help solve them.

But staying back and fighting (even via blogs) may help ease some of them.

Along time ago, when my days were burning and my nights were frighteningly dark, I wrote a poem for my children.

I share with you and others, a portion of it.

"Kalau hari ini
aku masih di sini
tegap berdiri
merempuh pahit-getir
dalam guruh dan petir
kekuatanku datangnya
darimu, anak-anakku.

Bukan aku tidak
terfikir lari
membawa diri
mahu mati….
atau berasa jemu
dengan masalah hidupku
aku pun manusia juga
ada perasaan
ada kehampaan.

Tetapi aku di sini menunggu
Kerana engkau anak-anakku.”

So Sdr Budakboy
Do not run away
Or stray
Let’s fight a good fight
Without fear or fright.

Ah, Kawan orang lama
Hujah tuan dalam maknanya
Kerana tuan kenal siapa mereka
Tuan Md Tyson dan konco-konconya
Termasuk para pengarang khabarnya
Yang duduk dalam biro yang sama
Berbahas panjang tentang media massa
dan para penjahat bergelar blogger.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato' The Scribe
Salaam

Saya agak terperanjat mendapati begitu ramai peserta persidangan itu yang sama ada mempunyai blog sendiri atau membaca dan menghantar ulasan kepada blog.

Berapa banyak blog dan bloggers yang aktif?(jawaban kepada soalan ini di ketahui ZAM, saya sangsi)

Berapa banyak blog-blog yang tumpuan kepem-blog-annya politik negera Malaysia?

Berapa banyak blog-blig yang pro-gomen dan berapa ramai pemblog-bloggers yang 'tidak sini-sana' dan berapa yang anti-gomen?

Dan adakah ia keblogging-an menggugatkan gomen prestasinya dengan tulisan mereka yang 99 dari 100 'fiction' - fiksi, khayal, angan-angan, was-was, syak, dzan?
Fiksi kerana walaupun ceritanya berlaku di meatspace dan benar tapi tiada boleh di sahihkan kerana fakta dan bukti-bukti tiada lengkap untuk ia disahihkan ia pernah berlaku di meatspace?

Yang saya tahu orang banyak benar-benar takut pada pistol marah berpeluru hidup yang di acu di kepala mereka.

Adakah mengacu-acu pistol itu lebih kurang ajarnya dari mengacu-acu keris, Dato'?

Tapi ini cerita pasal blog dan memblog.

Terima Kasih

A KADIR JASIN said...

Sdr Tujuh Hang,

Pagi ini boleh akses Malaysia-Today.

Rasa saya lalulintas laman RPK itu sesak.

Terima kasih kepada Muhd Muhd Taib dan pendekar sibernya, makin banyak orang mahu tahu dan mahu baca mengenai laman RPK dan blog politik lain.

Selamat belayar di dunia siber.

Anonymous said...

The Scribe;
Salaam

CERITA-CERITA MENARIK UNTUK MoF-II

1. Cerita Sakit Lama Sikit:

Thai capital controls causing baht to trade at stronger rate outside country
The Associated Press
Published: January 26, 2007


BANGKOK, Thailand: Thailand's capital controls are creating a disparity in the baht's exchange rate, with the currency trading at a much stronger level outside the country than inside.

The baht was trading at 35.855 to the U.S. dollar inside Thailand late Friday, while outside the country — or "offshore" in currency lingo — the baht was trading in the 33.60-33.75 range, about 6 percent stronger...The withholding means that only investors certain they will be eligible for a timely exemption want to buy baht from an onshore institution...The baht's surge offshore prompted exporters to sell the dollar in local markets, but traders believed that..
Bank of Thailand Governor Tarisa Watanagase...The dual-pricing is evidence that the central bank's capital controls work, she said...
Traders also suspected the central bank of intervening in offshore markets...Traders said further high volatility is expected offshore over the weekend...any end in sight to the situation, despite the central bank's assurances that the controls are temporary and will be very gradually removed.
Thailand Currency Disparity

2. Cerita Air Liur Basi Kot:

OFF-SHORE THAI BAHT

3. Cerita Fiksi Hadhariah:

Stock markets rise and fall according to a new world pecking order


Cuba tengok apa yang dok jadi sekarang, Dato'

Budakboy said...

Thank you Dato' point taken.

In the 90's before blogs we had chat rooms and Malaysians were being kicked out and banned because they did not follow the rules, almost like being "drunk and disorderly".

Are we seeing a repeat of this with Malaysian blogs? With blogs, only the blog owners can control comments to be posted.

Freedom of speech and the MSC Bill of Rights have been cited as reasons why the government should not control blog postings and comments.

In my opinion absolute freedom without responsibility is a dangerous thing. It should not be a license to degrade religion and race. Especially for us in Malaysia.

I will protest derogatory remarks about my religion and race but I will not do that by abusing the race and religion of the abuser because my religion, culture and upbringing forbids me.

Anonymous said...

You kena tanya pasai apa PM kerap ke Balik Pulu, Dato'

MoF-II?

Anonymous said...

A SONG FROM YUSUF ISLAM'S AN OTHER CUP

6. In The End

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're gonna know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you are black or you're white
We're going to know who's right
We're going to see you in the light - in the end

O and every little thing you do
You'd better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you're old or young
We're going to see what you've done
There'll be nowhere else to run - in the end

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're rich or you're poor
You're going to meet at the same door;
You're going to know the real score - in the end

And if you want to help your fellow man
You better start with what is in your hand

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're going to know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth;
'Cause if the world you chose
No further than your nose
Will be where the doors will close- in the end

You can't bargain with the truth
'Cause for those who were deceived
There'll be no reprieve
There'll be no time to believe - in the end

O and every little thing you do
You better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end


to a tune you can dance to, Dato'
while we wait for the outcome of a trial within a trial in Shah Alam!!!

A KADIR JASIN said...

Sdr Indigo, in part, said:

"to a tune you can dance to, Dato'
while we wait for the outcome of a trial within a trial in Shah Alam!!!"

More like dancing with the werevolves.

Yes Sdr Indigo, it’s not too much too say that the whole world is waiting for the outcome of the Altantuya murder trial.

On trial are not just the three accused. On trial are the judge, the prosecutors, the Attorney General, the police investigators and the trial lawyers.

We’re all on trial. Seekor kerbau membawa Lumpur habis sekandang terpalit. The name of our 50-year-old Malaysia’s name is at stake.

What an anniversaty year!
Do you believe in bala saudara?

Yet we can’t hang the pauper if he’s innocent and let the rich to go free if he’s guilty.

Anonymous said...

Dato' The Scribe
Salaam


Malas nak cakap pasal bala bila Imam hadhari sedang bersyarah bab Ekonomi dan Perekonomian.

Maka kita tunggu sajalah keputusannya Yang Ariff.

Macam 'cartoon court', jadinya, Dato' dibuatnya : due to technicalities? but fimiliar...

Yes!
Eric Chia! (Should he sue the Government?)

. said...

assalamualakum dato', kita sama seguru allahyarham pak non. saya 1969 dato jauh lebih awal.
dato' dunia berat sebelah kerjabuat manusia sendiri. yang berkuasa di dunia, yang benar walaupun terbukti kebenarannya tetap di tidak di bela. tetap teranianya. contohnya dsai kes yang lalu mahkamah telah jatuh hukum tidah bersalah orang membuat tuduhan tetap bebas dan masih mampu menkeritik. tetapi dik hilang kuasa dik tumpul taring di tindas dihukum tanpa kesian belas. Cuma komen dato banyak membela tetapi setakat tulisan penyedap hati yang membacanya saja. AHALIM OTHMAN 1969

HJ ABD HALIM HJ OTHMAN-0194171951 said...

Dato

Dunia dah dapat membuat penilaian sendiri. kes liwat dsai memang sebuah konspirasi. Saya ingin beri dua saja hujah saya . Pertama tidak boleh diterima akal budak hingusan 2.0 boleh terus jumpa TPM minta biasiswa, sedangkan budak 4.0 nak jumpa pegawai belum tentu akan di layan. Kedua 8 kali di liwat atas kerelaan Saiful kali ke 9 baru di rogol sebab itu di buat repot FIKIR2 LAH

HJ ABD HALIM HJ OTHMAN-0194171951 said...

michaelian 1969

Assalamualaikum dato'

mungkin ini rancangan peminpin tertinggi UMNO kemudian dsai dibicarakan dengan saksama dan adil. kemudian keputusan di hebahkan dengan meluas supaya dunia tahu nama malaysia terutama pemimpin tertinggi akan dapat nama graf popularity akan naik menyucuk. pemilihan dec nanti akan di jadikan bahan perbahasan ketelusan pemerintahan polis naik nama , kehakiman naik nama bila satu naik graf maka yang satu lagi secara automatik akan menurun grafnya ini hukum dunia

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).