Monday, August 13, 2007

Image and video hosting by TinyPic

Kibarkan bendera
Demi negara
Demi Raja
Demi Malaysia
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!


C.H.E. Det Muncul Selepas 60 Tahun

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SELEPAS 60 tahun, penulis C.H.E. Det, muncul semula. Dia memulakan semula kolumnya, kali ini dalam bahasa Malaysia, di dalam akhbar bebas Era Baru, bermula keluaran 3 Ogos.



C.H.E. Det mula menulis pada tahun 1947. Rencana pertamanya yang disiarkan oleh akhbar Straits Times di Singapura pada 20 Juali, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).

C.H.E. Det adalah nama pena Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menggunakan nama samaran itu ketika belajar di Kolej Perubatan Raffles, Universiti Malaya yang ketika itu berpangkalan di Singapura.

Koleksi rencana beliau dalam Straits Times dan Sunday Times dibukukan oleh Berita Publishing Sdn Bhd pada tahun 1995 dengan tajuk “The Early Years 1947-1972”.

Berikut adalah rencana C.H.E. Det yang terbaru yang disiarkan dengan ihsan akhbar Era Baru.



HARTA INTELEK

Oleh C.H.E. Det

Bomoh Melayu mengenakan "pengeras" apabila mengubat pesakit.Biasanya pengeras ini merupakan bayaran yang tidak tinggi, sebanyak dua tiga ringgit dan beberapa sen sahaja.

Ramuan ubat diberi bersama jampi yang hanya bomoh berkenaan sahaja yang tahu. Mungkin ramuan ini benar-benar mustajab.Tetapi kerana dirahsiakan maka tidak dapatlah sesiapa yang lain menggunakannya.

Kadang-kadang bomoh memperturunkan ramuan dan jampi kepada anak-anaknya. Tetapi kerapkali tidak.Apabila tidak diperturunkan maka hilanglah ilmu dan pengetahuan ini apabila bomoh meninggal dunia. Maka rugilah masyarakat kerana kehilangan ubat atau rawatan yang begitu mustajab. Jumlah ilmu pengetahuan masyarakat juga tidak bertambah dan masyarakat tidak dapat maju.

Di Barat, iaitu di kalangan bangsa Eropah, apa juga ilmu atau kejadian biasanya dicatat dan disimpan. Masing-masing berbangga dengan ilmu mereka terutama yang diterokai oleh mereka.

Generasi yang menurut akan mewarisi ilmu dan pengetahuan generasi yang lepas, akan mengkaji dan menambah kepada apa yang diwarisinya. Semakin lama semakin bertambahlah jumlah ilmu pengetahuan yang dimilik oleh anggota masyarakat Eropah.

Supaya hasil dari ilmu yang diterokai atau dicipta oleh seseorang akan dinikmati olehnya maka undang-undang diadakan supaya hakcipta dipelihara. Perlindungan ini dihadkan kepada jangka masa tertentu. Kemudian dari itu perlindungan ditamatkan dan hasil cipta dan penerokaan menjadi milik masyarakat.

Dengan undang-undang perlindungan ini maka kajiselidik dan penerokaan menjadi satu kegemaran dan juga industri. Hari ini tidak ada perniagaan atau industri yang tidak mempunyai fasiliti dan bahagian kajiselidik sepenuh masa. Hasilnya ialah semua usaha dan produk dibaiki sepanjang masa.

Oleh kerana kajiselidik menelan belanja, maka syarikat, peniaga dan pengusaha berpendapat belanja ini perlu ditampung melalui harga jualan. Kos pengeluaran perlu ditambah dengan kos selidik. Oleh kerana bagi satu produk yang boleh dipasarkan, mungkin sepuluh, atau seratus atau lebih produk yang dikenalpasti, dikaji dan digugurkan, maka belanja kajian ke atas yang digugurkan perlu diperolehi dari hasil jualan produk yang dapat dipasarkan.

Demikian syarikat farmaseutikal membelanjakan berbillion dolar mengkaji beratus ubat sebelum terjumpa dengan satu yang boleh digunakan. Daripada penjualan yang satu ini syarikat akan cuba mendapat balik perbelanjaan kajiselidik ubat-ubat yang tidak berguna dan juga kajiselidik yang perlu diteruskan untuk mengenalpasti lain-lain ubat.

Oleh kerana perhitungan seperti ini maka ubat yang boleh diguna perlu dijual dengan harga yang amat tinggi. Ubat untuk HIV-AIDS umpamanya begitu tinggi harganya sehingga hanya yang kaya sahaja yang boleh membelinya. Oleh kerana kebanyakan pesakit HIV-AIDS adalah miskin maka mereka tidak dapat dirawat.

Formula untuk ubat ini hanya boleh dipindah kepada syarikat lain jika royalti yang tinggi dibayar. Walaupun kos pengeluaran amat rendah tetapi bayaran royalti menaikkan kos begitu tinggi sehingga harga jualan menjadi sama dengan yang ditetapkan oleh syarikat asal.

Sekali lagi alasan untuk dikenakan royalti yang tinggi ialah kerana syarikat peneroka perlu mendapat balik kos kajiselidik mereka dan kos untuk meneruskan kajian ke atas ubat berkenaan supaya lebih mustajab. Lain-lain kos juga cuba diperolehi dari royalti yang dikenakan. Tentulah ramai pengidap penyakit HIV-AIDS yang miskin tidak akan dapat manfaat daripada ubat ini.

Konsep ini dicipta oleh negara yang kaya dan berkuasa besar supaya keuntungan syarikat-syarikat mereka begitu tinggi sekali. Jika ada yang menjadi mangsa konsep ini, itu adalah masalah mereka.

Negara-negara miskin mengeluh tetapi tidak menyoal sama ada konsep ini adil atau tidak. Mereka terima sahaja konsep harta intelek (intellectual property) sebagai satu daripada undang-undang antarabangsa yang perlu mereka patuhi.

Jika mereka mempunyai harta intelek mereka berharap mereka juga akan dapat layanan yang sama. Tetapi kerana kos kajiselidik begitu tinggi jaranglah ada harta intelek milik negara dan bangsa yang miskin. Umumnya undang-undang harta intelek antarabangsa hanya menguntungkan negara-negara yang kaya.

Tetapi jika kita perhatikan keadaan di negara maju, kita akan lihat satu fenomena yang menjadi-jadi, iaitu terdapat ramai rakyat dari negara yang miskin bekerja di negara-negara maju ini.

Mungkin ini adalah satu kebaikan kerana mereka dapat bekerja dan daripada pendapatan mereka dapatlah sebahagian dihantar balik kepada kaum keluarga. Banyak juga negara miskin yang bergantung dengan "remittance" ini.

Tetapi di antara rakyat negara miskin yang berhijrah ke negara maju terdapat ahli profesional dan saintis, termasuk juga yang membuat kajiselidik dalam berbagai-bagai bidang.

Terdapat beratus doktor perubatan dari Malaysia yang bekerja di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mereka ini menjadi doktor kerana Malaysia menyediakan sekolah, universiti dan biasiswa.

Daripada seratus ribu anak Malaysia yang mendapat pelajaran berkat peruntukan belanjawan atau “budget” yang besar oleh Kerajaan Malaysia, hanya beberapa orang sahaja yang berotak geliga yang dapat menuntut ilmu perubatan umpamanya. Mereka ini berpeluang belajar di dalam dan di luar negeri, di peringkat ijazah dan post-graduate.

Apabila mereka dapat kelulusan yang tinggi mereka diumpan oleh negara kaya dengan gaji besar dan mereka tidak lagi pulang ke tanah air. Malaysia memerlukan khidmat mereka tetapi tidak dapat menawarkan gaji yang sama tinggi dengan di negara maju.

Jika kita fikir tentu kita akan dapati ada persamaan antara kajiselidik beratus formula ubat supaya mengenalpasti satu yang mustajab dengan memberi pelajaran kepada ratusan ribu muda-mudi Malaysia supaya dapat kita kenalpasti sebilangan kecil yang berbakat.

Jika mereka ini mendapat pelajaran tinggi dan kemudian berkhidmat dalam negara maka terpulanglah modal rakyat yang dilabur untuk memberi pelajaran kepada anak rakyat.

Tetapi jika yang berbakat ini pergi bekerja di negara maju maka tidak adalah pulangan dan manfaat daripada pelaburan rakyat untuk mereka. Sebaliknya negara maju, tanpa membelanja satu sen pun, mendapat manfaat daripada sebilangan yang kecil rakyat negara miskin yang berbakat.

Negara miskin ditinggal dengan rakyatnya yang tidak berbakat dan tidak berilmu pengetahuan. Keadaan ini tidak adil sama sekali. Sepatutnya negara miskin harus dapat balik pelaburan untuk melatih dan memberi pelajaran sehingga dapat dikenalpasti sebilangan yang kecil yang berbakat.

Negara-negara yang mendapat faedah daripada mereka ini sepatutnya bukan membayar gaji pada mereka sahaja tetapi juga kepada negara miskin yang melabur dalam pelajaran dan pendidikan bagi sebilangan besar daripada muda-mudi mereka sebelum dapat dikenalpasti yang mana yang berbakat. Keadaanya tidak berbeza daripada penyelidikan puluhan dan ratusan formula ubat supaya dapat dikenalpasti satu dua yang berguna.

Tetapi keadaan sekarang negara miskin membelanjakan wang yang banyak untuk kenalpasti dan melatih cerdik-pandai mereka, dan negara kaya tanpa apa-apa usaha atau perbelanjaan mendapat nikmat daripada usaha negara miskin.

Ramai jugalah rakyat Malaysia yang terbaik dan terlatih dengan perbelanjaan ratusan juta oleh kita yang diperolehi dengan percuma oleh negara kaya di mana mereka ini berkerja.

Sepatutnya negara maju ini membayar royalti yang tinggi kepada kita dan kepada negara-negara membangun yang lain yang membelanja wang yang banyak untuk mengenalpasti dan melatih ahli-ahli professional yang sekarang bekerja di negara-negara maju.

Negara maju mencipta konsep harta intelek untuk menguntungkan mereka. Jika negara membangun cekap membuat interpretasi undang-undang hak cipta dan harta intelek, mereka juga akan dapat keuntungan daripada undang-undang antarabangsa ini.

Sesungguhnya tidak ada keadilan dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa ini, seperti juga dengan undang-undang antarabangsa yang lain.

Nota: Era Baru boleh didapati di gerai-gerai akhbar. Tajuk utama keluaran 3 Ogos adalah "Perlukah Pak Lah Ditegur?"

35 comments:

Darren said...

The answer to our students' reluctance to come back is simple: There is only "fake" meritocracy here. Brains are not valued here.

Still don't believe? Take a look at the quality of lectures in our public universities.

Where are all the better lecturers you ask? They left.

Why? Most of them will say "Cuz Msia practices everything else BUT true meritocracy.

So cry as loud as you want now. But that's how shortsighted you were.

freelittlebrain said...

If we play basketball, can we kick the ball? If we play football, can we use hands? so any games, we have some laws to obey,neither it's written or unwritten? so is it something wrong with the "konsep harta intelek"?

zainal abidin awang kechik said...

tok..

berdoa saya semoga TUN di beri tenaga,kesihatan..dan pemikiran..

MOGA ALLAT swt. merahmati TUN & TUN Siti. sekeluaraga.

Mika Angel-0 said...

YBhg The Scribe
Salaam

Felicitations

Alhamdulillah and May your Qalam be sharp and fair always, Masters YABhg Tun Dr Mahathir and YBhg Datuk A Kadir Jasin: rabbi zidnil-'ilman warzuqnifahman, Ya 'Aleemul-Hakeem, Ya Azizul-Raheem. Ameen.

Thank You.

Anonymous said...

terimakasih datuk...

tahniah tun....

masih ramai yg di luar sana mengkagumi pemikiran tun...

tidak dapat mendegar percakapan tun..membaca tulisan pun cukuplah...

daripada membuang masa mendengar, membaca,melihat tv orang yang bercakap lain...dibuatnya lain..cakap pasal merdeka di kepala batas...tapi WPI buat kerin...

dulu bukan main mereka memperlekeh tun...bila nak bertanding ketua pemuda..samakan diri mereka dgn tun pulak...dlm thestar bukan main lagi ....walhal kalau buat perbandingan...jauh panggang dari api..hanya jauhari mengenal manikam...

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Assalammualaikum Dato,

Berita baik, alhamdulillah Tun kembali aktif menulis. Idea beliau sentiasa segar dan kritis. Tidak kira sama ada kita setuju atau tidak, Tun memang seorang yang mempunyai idea yang jauh dari jangkauan kita. Sentiasa kritikal & against the grain.Yang penting, idea dan pendapat beliau sentiasa mengundang perbincangan.

Semoga Tun sentiasa dalam keadaan sihat, insyallah.

Anonymous said...

I agree with koolgeek, our problems did not just surface overnight, nor did it take 1 ruling party to implement after the past elections. what we have, what we see everyday, has been going on since forever. Yes, while you too fall into this category of ill gotten management, and while you too tried to put Malaysia on your shoulders while fighting of the tigers, it didn't work as well as you hoped. Everything you say now, you could have done something about then.That is the truth. How many assemblies did you attend contain racial connotations. The problem has always been the same. Money. The ones with power demand continuous support, and the ones that deserve are left in the dust.Always thinking, the next time i will do something abt it. Well, it's too late now. All your reform wont change a thing, and all your cries for change will be silenced by those that fear change. Let's have an Indian deupty prime minister and a Chinese Prime Minister for one season. and then vice versa. And see what happens. The people now know how to shout. And we're shouting because Malays have a protective field around them. And for what? Look at all the "aristocratic" Malays, look at all the girls in their g-strings and tank tops. the only thing that comes to mind is this. Name sahaja Islam. as my best friend (a Malay) once said. Stop taking the easy way out.

Anonymous said...

Salaam, Dato'

Perhaps C.H.E. Det would like to exercise his formidable intellect on the subject of foreign direct investment (FDI).

In 2005, Malaysia attracted US$3.96 billion in FDI. In 2006, the figure was US$6.04 billion. An increase of 52.4%.

In 2005, Singapore attracted US$15 billion in FDI. In 2006, the figure was US$24.2 billion. An increase of 61.3%.

(Source: IMF, national and regional balance of payments statistics, Eurostat and other sources). See report in the Spore Business Times (http://business-times.asia1.com.sg), Aug 14.

The question to C.H.E. Det: why is it that Spore can attract 4 times the FDI compared to Malaysia?

And if he can come up with a convincing answer, I would be willing to consider his other arguments. If not, then he is just another voice crying in the wilderness.

Rockybru said...

Sribe!

Thank you for the piece on Che Det's comeback. I am going to get a copy of the Era Baru, for sure. Have a copy of the his early writings as a columnist. One piece that I remember well is his take on the "Ronggeng", which is an exotic dance that has its roots in Indonesia. In the article Che Det writes about paying money to dance with ronggeng ladies at dance halls and concludes that Ronggeng will never die and that it will be part of the Malay culture. Well, Che Det was wrong! I guess I remember that article because it was so difficult to pin Dr Mahathir for a misplaced conviction!

But then, I thought again, the dang-dut came and conquered the Melayu world, so much so that dang-dut joints mushroomed in the heart of the KL city. That, I realised then, was another form of ronggeng.

Che Det was right, after all. Darn!

(I write this comment without referring to the article so some points may not be accurate).

Anonymous said...

Tuan-tuan,
salahkankanlah "fake" meritocracy dan sebagainya, selagi boleh dicari alasan, carilah. Jika mahu pulang kenegara ini pulanglah, jika tidak tak perlu pulang. Terdapat banyak komen yang menyalahkan dasar bumiputra, padahal mereka ini sebenarnya bukan sahaja dilayan sebagai kelas dua (Jika benar dilayan sebagai kelas dua dibumi bertuah ini), malah kelas keberapa belas dinegara barat, namun berpura-pura kononya mereka dilayan baik disana, ketawakanlah diri sendiri, dan tipulah diri anda sendiri.

Dilahir dan dibesarkan dibumi bertuah ini, berbahasa Melayu pun hancur, masih mahu bercakap pasal "fake" meritrocracy. Apakah sumbangan anda kepada negara? Fikirkan itu dahulu sebelum melihat apa yang negara boleh berikan kepada anda.

Jika mahu balik, baliklah, jika mahu tinggal di luar negara, teruskan, maklumlah, orang putih melayan ada "kelas satu" and dengan "true" meritocracy. Saya tak pasti dengan siapa anda mahu berbohong.

berbalik kepada CHE Det. CHE Det dibenci kerana mampu berfikir diluar kotak, itu saja.Mereka tidak mampu berbuat begitu, jadinya, bunuh saja hang nadim.

Anonymous said...

C.H.E. Det.. terasa saya kembali ke zaman silam pula... Tapi nampaknya idealisme dan pemikiran C.H.E. Det tetap segar dan muda sentiasa...

Dengar khabar daripada kata-kata Tun Dr CT Hasmah dahulu, apabila semakin hampir perhimpunan Agung UMNO, DR. M akan selalu bersendiri tidak mahu diganggu kerana beliau mencari ilham dan melakarkan segala isi kandungan teks ucapannya.

Saya masih teringat betapa di era 1990-an (masih di sekolah rendah dan menengah)dan awal millennium baru (era menjadi pelajar universiti), ucapan pembukaan perhimpunan agung UMNO memang amat saya dan kawan-kawan nantikan. Ucapan penutup Dr. M juga amat dinanti-nantikan....

Masih segar dalam ingatan akan ucapan Dr. M pada sessi 1999, 2001, 2002 dan 2003.... Anda cuba ingat-ingatkan... Ramai yang masih boleh ingat intipati ucapan dasar pemimpin agung yang satu ini...

Seiring saya dengan Datuk Mukhriz... Anda ingatkan semula ucapan presiden UMNO untuk tahun 2004, 2005 dan 2006....

Tepuk dada tanyalah memori ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Salam hormat saya buat Y.ABhg Tun berdua. InsyaAllah, I'll get copy of Era Baru after this, if only to read his article. :-)

Semoga kita semua diredhai Allah SWT dan dikurniakan ilmu yang bermanafaat.

..yang bangga mengibar bendera,

~ anak desa di kota ~

Fayzi said...

Salam Dato'

harta intelek (IP) melindungi setiap rakyat Malaysia? Hak cipta rakyat Malaysia dipegang kerajaan. Siapa nak, bayar royalti. Agak kedepan jugak cadangan ini.

Atau cadangan lain ialah: bagaimana nak menyimpan bijak pandai Malaysia agar mereka tidak berhijrah ke luar negara? Adakah hanya faktor monetary menyebabkan mereka berhijrah?

Saya rasa kita kena mula dengan apa kelebihan negara kita. Menurut satu kajian pertama didunia berkenaan "Global Happiness" oleh psychologist Adrian G. White, Malaysia menduduki tangga ke-17 dunia dalam senarai negara yang bahagia untuk diduduki.

Kajian ini mengambil kira perkara: 1.access to education, 2.health, 3.poverty

Nampaknya negara kita mendahului berbanding negara maju lain. Mungkin kita boleh bermula disini. Kita juga ada kelebihan untuk menarik pakar2 dari luar untuk tinggal disini disamping mengekalkan bijak pandai sedia ada.

The 20 happiest nations in the World are:

1. Denmark
2. Switzerland
3. Austria
4. Iceland
5. The Bahamas
6. Finland
7. Sweden
8. Bhutan
9. Brunei
10. Canada
11. Ireland
12. Luxembourg
13. Costa Rica
14. Malta
15. The Netherlands
16. Antigua and Barbuda
17. Malaysia
18. New Zealand
19. Norway
20. The Seychelles

Other notable results include:

23. USA
35. Germany
41. UK
62. France
82. China
90. Japan
125. India
167. Russia

The three least happy countries were:

176. Democratic Republic of the Congo
177. Zimbabwe
178. Burundi

Berita dari sciencedaily berkenaan kajian ini
http://www.sciencedaily.com/releases/2006/11/061113093726.htm

Link kajian ini
http://www.le.ac.uk/pc/aw57/world/sample.html

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

Benar Atau Tidak

Saya terbaca cerita ada
saudara terima wasiat
sudah digayongkan
Apa benarkah?

Saya terdengar berita
si-merah kuning hijau
berkemas-kemas
membersih rumah
Apa benarkah?

Saya terlihat si-baju hijau celorong-celoreng sedang
rancak berjalan-jalan
Apa benarkah?

Khabar berita si-anak raja
mahu bermain siasah
Apa benarkah?

Benarkah cerita orang tua-tua parang bisa berterbang-terbangan
Wahai, Datuk Laksamana?

Apakah kita mahu meminta
diperturunkan bala
ada yang bertanya.

Atau hanya guruh di langit malam?


Terima Kasih

M. Bakri Musa said...

Dear All:

C.H.E. Det makes an intriguing point in comparing intellectuals and intellectual property rights. Before commenting specifically on the issue, let me dispose one unrelated technical point.

This "Era Baru" is not exactly the local version of "The Economist," meaning it has limited circulation in the equally limiting world of written works in Malay. If as I presume C.H.E. Det writes not with the idea of collecting royalty (I am sure he is not even paid for the piece, or if he is, the payment would be peanuts especially by C.H.E. Det’s standards) but for the dissemination of his ideas (the purpose of every writer), then this "Era Baru" outlet is a poor choice. Without intending to slight Era Baru’s editors, C.H.E. Det would probably get more readers through this blog.

So I join others in suggesting that C.H.E. Det has its own blog. I do warn him however that he would have formidable competition. One crops up immediately: “RantingsbyMM!”

Alternatively, other blogs and Internet portals (in particular the wildly popular Malaysia-Today.net) would follow the example of The Scribe and re-post C.H.E. Det’s piece in its entirety. I am of course banking on C.H.E. Det being not too fussy about such matters as copyright.

Now to the issue at hand:

Contrary to C.H.E. Det’s assertion, Third World countries like Malaysia CAN afford to pay globally competitive salaries to their talented citizens. In fact I would argue otherwise; these countries cannot afford NOT to pay them competitive salaries (pardon the double negatives). This does not mean these countries should match exactly what the First World is offering. After all a US $100,000 annual pay would get you a luxurious bungalow in Malaysia but only a modest condo if at all in America. There is the matter of what economists call comparative purchasing power. Besides, whatever generous pay the local talent would be getting, the country would recoup most of it back through taxes and other local expenditures.

Again contrary to C.H.E. Det’s claim, Third World countries are already paying First World remunerations; it is just that they are rewarding the wrong talents. Consider Malaysia with its Mat Deroses and Kalimullah Hassans. In America the Mat Deroses would at best be paid as a janitor to cleanup those mansions, while Kalimullah would be lucky to get his “Letter to the Editor” published in the free local neighborhood tabloid.

As for the First World paying Third World countries compensation for “robbing” their talent, the realities are these. Countries like UK and US, not Third World countries, are investing heavily in these talents. The contributions of Third World countries are only for schooling and perhaps undergraduate education, which are very cheap compared to graduate and professional training.

Take the only two Muslim Nobel Prize winners in science: Abdus Salam and Ahmed Zewail. They did their doctoral work in UK and US respectively. These two countries willingly invested in the intellectual development of the two. If they had stayed back in their native countries, they would have become tyrannical lecturers or petty civil servants, at best. At worse they could be jailed or killed. Third World countries do not treat inquisitive minds kindly!

Look at how Egypt treated its Nobel laureate in literature, Naguib Mahfouz, beaten physically with the acquiescence of the authorities. As for Abdus Salam, the Pakistan Parliament stripped him of his citizenship after labeling him kafir!

Lastly, intellectuals cannot be treated in the same manner as intellectual property rights for another more fundamentally important reason. They are first and foremost human beings, not properties of the state or race. Their talent is the gift of Allah. While that special gift is conferred only on selected lucky individuals chosen by Him, and only by Him, Allah in His wisdom has given us all humans an even more valuable gift: the gift of freedom and the pursuit of happiness. Freedom and the pursuit of happiness are not concepts invented by Western philosophers; such fundamental rights are stated in many places in our Holy Quran. No one can temper with what God has ordered.

M. Bakri Musa
Morgan Hill, Ca

Budakboy said...

Frankly I was not surprised that the first comments to something like students not wanting to return home would come from the likes of people who are quick to blame everything from acid rain to soggy french fries on Malays.

NEP horror stories? Try being a Malay working in a foreign multinational in the late 70's. I was labeled a "quota filler" when I was more qualified than most of the Cool Chinese and Indian Geeks who were recruited with me.

Good lecturers? In those days Chinese and Indian lecturers gave extra classes under the guise of Christian fellowship and prayer meetings.

In those days bright Malay students from schools like the MCKK, RMC, STAR, SDAR, TKC, Sekolah Tun Fatimah, etc. cannot make it past the 1st year of Medicine and Engineering courses in UM but excel when sent overseas.

Can we have an Indian or a Chinese Prime Minister? YES! Why not? WE are a democracy and that means it must be someone who has the support of the majority. It's as simple as that. Would I put my trust in an Indian or Chinese PM? I would but not in this present crop of clowns.

I has always held this belief that the reason we cannot solve longstanding issues is because we factor in race as the main reason. Take one of the comments. His last sentence was "So cry as loud as you want now, But that's how shortsighted you were". You? Meaning Malays? Why not WE? Meaning Malaysians. Are all our problems because of us dumb and lazy Malays?

People not wanting to come back is for one main reason, GREED. Do you think any of these people would admit to being greedy by saying "I left because of the money not because I cannot become the Dean of the Medical faculty"? Of course there are those that leave because they felt mistreated. They made their choice. Good luck to them.

Must the best administrators and lecturers and whatnots be only Indians, Chinese and others?

Rizals said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Terima kasih kepada Y.Bhg. Datuk kerana telah menkhabarkan perkara ini kepada semua. Peranan itu hanya kecil sahaja tetapi signifikannya besar.
saya setuju dengan Sdr, Fendi dan yang lain-lain tentang penulisan Y.Bhg. Tun. Namun apa yang lebih penting bagi saya ialah beliau telah memberi satu lagi ruang kepada kita untuk meneroka buah pemikirannya yang sememangnya begitu berharga dan bernilai tinggi kepada masyarakat negara luar. Saya dibesarkan didalam zaman Tun yang boleh saya anggap sebagai zaman emas untuk semua dan buah peimkiran kelas satu beliau telah meletakkan saya cukup kritikal apabila berhujah tentang sesuatu perkara. Alhamdulillah dan Terima Kasih Tun,diharapkan pemikiran kita akan hidup semula lepas ini.Ikhlas.

Anonymous said...

Agreed with Akma,

Koolgeek, Naveen,

You want equal rights and yet you cant even speak or actually refuse to speak/learn the national language to save your life?

You should be greatful we are not like Thailand or Indonesia where you have to change your name and speak their language.

But look at them - you can't even differentiate one from another.

So tell me - what gives?

Start acting like a malaysian - then we can talk about equal rights or else - like hell the malays are going to give in.

Look at UK's immigration policy and ask the local brit on how they detest immigrants who can't and refuse to learn english- so are the malays as racist as the british?

Norbaayah said...

The merger of Kumpulan Guthrie Berhad, Golden Hope Berhad and Sime Darby into a single company (Synergy Drive Sdn Bhd), will certainly be one of the ruling Government’s biggest mistakes. And the Barisan Nasional will pay heavily for this in the next general election.

Merging three multinational companies, all of which growing rapidly in terms of size and profitability on their own accord, into a single entity does not make any economic sense. Bumiputeras will be the end-losers. So much for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s ambitious idea to create “towering personalities” among Bumiputera corporate leaders. By merging the three companies, there will only be one Bumiputera CEO. The other two, although maintained by the merged entity, will become toothless. Their capability as leaders, gone to waste.

Scores of Bumiputeras in the three companies who were top ranking staff in their respective companies before the merger, will be sidelined post-merger. Some of them have no positions.

It is more and more evident now that our present Government is a Government of contradictions. While it says that it wants to increase Bumiputera equity from the current 18 per cent to 35 per cent as stated in the New Economic Policy, its actions suggest that it is doing the opposite – reduce Bumiputera participation in the country's economy.

The Government's decision to allow the merger is mind-boggling as all three companies are making profits. These profits are used to pay dividends to Bumiputeras who purchase unit trusts issued by PNB through Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera etc.

If these companies are running at a loss, then a merger would seem logical. But they are making profits and they pay high dividends to their shareholders including PNB (read: The Government and Bumiputeras).

PNB should also not stray from its original objective which is to narrow the economic disparity between the Bumiputeras and non-Bumiputeras. The impending merger has already caused casualties among the Bumiputera professionals. High-ranking Bumiputeras in the three target companies have lost their positions to non-Bumiputeras.

Merging the three companies into a single entity promises nothing. It will be a messy affair. At the moment, these companies, maybe with the exception of Sime Darby, are focused on their core competencies. Golden Hope is a fully integrated plantation company while Guthrie concentrates on plantations and property.

Merging them into a conglomerate is akin to the age-old saying of putting all the eggs in a single basket. When the basket falls, the eggs will break. You will be left with empty shells.

The merged entity will be a mess. It will be running all sorts of businesses ranging from hospitals to tyre production to sales of heavy equipment. Perhaps, Abdullah needs to be told that conglomerates are out of fashion. Companies now focus on their core competencies.

Equally mysterious is the Securities Commission’s approval of the impending merger. How can it allow PNB to vote in the forthcoming Extraordinary General Meetings of the three companies? PNB holds substantial shares in the three companies. By virtue of being a shareholder, it is an interested party. So how can the merger be considered as non-related party transaction whereby PNB can cast its votes?


Like the Government, PNB should also be held responsible if the merger fails. PNB should never have accepted the merger proposal. Its chairman Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid and President Tan Sri Hamad Kama Piah shoulder the responsibility of ensuring that Bumiputeras enjoy good returns from their investment. Operating as separate entities, Guthrie, Golden Hope and Sime Darby have been able to give good returns. But will Synergy Drive be able to do the same. If Tan Sri Ahmad Sarji and Tan Sri Hamad fail to deliver it will not only be a dereliction of duty on their part, but It will also be their biggest sin to the country’s Bumiputeras, a majority of them being Muslims.

The argument that the merger is necessary to ward off stiff competition from other large companies, does not hold water. As a merged entity, Synergy Drive will only produce 8 per cent of the world’s palm oil. No big deal. In just a matter of a year, an Indonesian conglomerate will become the biggest oil palm plantation company in the world. Indonesian companies can afford to do so because they have all the land they need for future expansion. Synergy Drive’s expansion plans, on the other hand, will be at the mercy of the Indonesian Government.

Synergy Drive’s calculation of future profits are based on current palm oil prices which have reached an unprecedented high. If the price of palm oil plunges, the outcome will be disastrous. And who will suffer? Well, Bumiputeras obviously.

The question that the Government and PNB should ask themselves is: In the first year, can Synergy Drive make as much as the three companies have made in combined profits over the last financial year?

If it can’t, then why bother?

Given the above reasons, it is mind-boggling that the Government could give its approval for the merger. Apparently, the same proposal was submitted to the then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad several years ago. He shot it down immediately for reasons that it will be detrimental to Bumiputera equity holding.

In any case, we know that at least one party will be richer by at least RM3 billion – Nazir Abdul Razak, the younger brother of Deputy Prime Minister Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, whose CIMB is the merchant bank for the entire deal.

One wonders whether that is the whole idea behind the merger exercise.

Anonymous said...

salam dato'

tak taulah masa terbaca artikel ni terbayang plak cara tun bercakap. lembut dan tidak berulang ulang. tanpa rasa ragu dan semua org paham. by aircondnomist

ibrahim yahaya said...

Tok, daripada pengamatan saya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang insan yang tidak takut dikritik. Kritiklah beliau dengan apa saja nama yang terlintas di kepala seperti Mahafiraun atau najis sekalipun. Baginya, orang lain bebas untuk berbuat demikian.

Mengapa beliau tidak takut dikritik? Ini kerana setiap kritikan boleh dijawabnya. Waima dalam pentadbirannya selama 22 tahun, beliau ada jawapan terhadap tindakan atau dasarnya. Inilah Tun.

Malah, Tun juga dikatakan seorang pemaaf terhadap lawannya. Lihatlah bagaimana beliau menerima semula YM Kuli dan pemimpin lain.

Namun, jangan buat Tun kecil hati kerana saya diberitahu beliau akan sedih dan kecewa terutama orang terdekat.

Oleh itu, kritiklah Tun kerana beliau sedia menghadapinya. Jika tiada lagi perkara untuk dikritik, dengarlah nasihat dan tegurannya.

Budakboy said...

naveen thomas wrote:

Let's have an Indian deupty prime minister and a Chinese Prime Minister for one season. and then vice versa. And see what happens.

Such arrogance. One season? Satu penggal le kot. You do mean one term don't you naveen?

That's how good a Chinese or an Indian Prime Minister would be? Pray tell me who among the present Chinese and Indian politicians fits the bill?

Pray tell me who among the present Chinese and Indian politicians is not as corrupt as the present crop of Malay politicians.

Thailand had its 1st ethnic Chinese PM and look what happened.

Scenarios like this reminds me of a Malaysian Chinese author who wrote a book in the early 80's about how lazy the Malays were/are. The book was a bestseller in Australia and a reporter picked a passage that said Malays are so lazy that they would rather wait for coconuts to fall from the trees instead of doing something to get them.

Even my mother can tell you that the best coconuts to make rendang with are those that fall when they ripen.

Another common complain is that the Chinese work hard to power the economy and pay taxes but are treated like 2nd class citizens.

I would agree to the Chinese being responsible for the supply side of the economy but without the Malays spending and borrowing to spend, who buys what's produced.

In the early days of ASB, the Malays were urged to save so that we can acquire the 30%. Now we hardly hear the government asking us to save. Could it be because if the Malays too start saving as much of their income as the Chinese, the demand side of the economy would be affected?

Chinese pay more tax? Maybe but then many successful Chinese businesses declare losses. Many Malays makan gaji and get their taxes deducted at source.

Seriously, when the British let us go (I do not subscribe to independence because technically we were not conquered but we had to submit because 2 Chinese gangster groups created a war that gave the British the excuse to come in and suppressed us with the Sepoys from India), nobody gave us a chance because of the multi everything that we were.

They expected us to be worse than India and Pakistan but contrary to popular belief, we prospered. The Malays was, and still is, the majority race. As my late grandfather told me once, it is because we did not abuse our majority.

Truth is after 50 years Malaysia is just like me (I am 51 this year). While I like some of the things I have achieved, there are many that I wish to improve and even change.

We have Malaysian problems. Let us solve them as Malaysians. I get put off when problems and issues are given narrow racist definitions.

Please accept my apologies if I have offended anyone with my comments. I wrote with no malice intended.

Anonymous said...

Agreed with M Bakri Musa's comments. Tun should have published his thoughts through his blog rather than this Era Baru.

freelittlebrain said...

akhbar bebas Era Baru, bermula keluaran 3 Ogos, how much is the price per copy? RM 1 ? Too expensive or too cheap if compare to Augusta EURO 1.
I can't even free a little of my brain as my littlebrain can't think about the value of the money.

norzah said...

The suggestion that developed countries pay a royalty for taking away professionals trained at a high cost by a developing country is superb. But the professionals were lured through the open labour market with very high income, which their own country can't afford to pay.THEY choose to go for a higher income and a better opportunity to gain international experience.

Is it fair to stop them? Or block their going away by
forcing the prospective employer oversea to pay a royalty?

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

Perlukah Pak Lah DiTegur?

Sesungguhnya tidak ada keadilan dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa ini, seperti juga dengan undang-undang antarabangsa yang lain.

Pertanyaan saya adalah undang-undang yang lain yang sapertimana, C.H.E. Det?

Dan bagaimana ia tidak adil?

Dalam pekara Era Baru, mungkinkah ia juga boleh 'online' dan di masa yang sama terus boleh dilanggan dari gerai-gerai akhbar di kampong-kampong di mana masyarakatnya tiada mampu memiliki komputer dan kemudahan infrastruktuurnya masih sedang diperbangunkan?

Terima Kasih

A KADIR JASIN said...

Terima kasih kepada semua pembahas dan pembaca.

Pertama, saya tidak menyekat saudara sekalian menghantar ulasan, berita atau pautan (links) yang tidak kena mengena dengan tajuk. Saya tetap membacanya. Namun ada kalanya saya tidak akan menyirakannya.

Kedua, apabila mengemukan perangkaan, cukup bagus kalau dinyatakan sumbernya. Saya mungkin tidak akan menyiarkan ulasan seumpama itu, jika saya tidak dapat mengesahkan ketepatan dan keaslian perangkaan itu.

Ketiga, saya rasa Tun pasti mahu menulis di dalam akhbar-akhbar arus perdana yang lebih besar. Tetapi bersediakah akhbar-akhbar itu, khasnya yang berbahasa Melayu dan dimiliki Umno, menerima karya beliau?

Saya curiga kerana surat-surat beliau atau setiausaha akhbar beliau yang bertujuan membuat pembetulan kepada laporan yang songsang mengenai beliau pun tidak disiarkan, apatah lagi tulisan beliau yang mungkin kritikal terhadap pemerintah.

Beliau memilih media tradisional kerana masih banyak pembaca,khasnya orang Melayu, yang masih belum terdedah kepada Internet.

Namum, sekira saudara berasa rencana Tun ini bermanfaat, saudara boleh menyalin dan mengedarkannya kepada orang ramai.

Itulah antara peranan yang kita sebagai blogger, pembahas dan pembaca boleh lalukan. Seperti dilaporkan, Tun menaruh harapan yang sangat besar kepada komuniti blogger.

Terima kasih.

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

Bi-iznillahul-Jabbarul-Qahharul-Sami'ul-'Aleemul-Rahmaanul-Rahiim

Jangan gundah-gundah dan khuathir.
Buah fikiran Tun Dr Mahathir didengari mereka yang menghormati beliau dan mereka yang mahu mendengarnya. Ameen bibarakati laa eelaha illallah muhammdur-rasulullah.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Salam Datuk

Sorry for going out of topic.

This is what you said in Rocky's blog:

Sdr Rocky's Bru,

If I remember correctly, Amir stop voluntarily in 1999. He stopped after we edited one of his articles. We edited and published that controversial article with his knowledge.

As a rule, we (Boon, Pak Non, Ahmad A Talib and I) would inform regular contributors if we had to edit their articles.

Most had no problem with us editing but others were not so pleased. A few opted to stop writing.

During my time, we had not only Amir. We had Mazlan Nordin, Karim Raslan, Askiah Adam, Farish A Noor, Salleh Ben Joned and several others writing for us.

Askiah's 1999 article criticising the Umno no-contest decision landade me in a huge trouble. In a way it was the beginning of an end for me. I stood by her article.

Thank you.

Comments from other's

Anonymous said...
Datuk Kadir

I am amused by your comments about standing by your writers during your time and it landed you in trouble. How about what you did to the former deputy premier anwar ibrahim. your continued works to embarrased him day in and out thru the newspaper you headed at that time is the worst ever by an editor in the history of Malaysian journalism. It situation was so clear between right and wrong...just like between white and black...HAVE YOU NO SHAMe...now you are kicked out ..you seems to keen to comment on writing and standing by people >>POOODAH.


AScriber said...
CREATIVE USE OF LANGUAGE

1. censorship replaced with "edit their articles "


2. constructive dismissal replaced with "A few opted to stop writing"

Wow, no wonder he's a scribe, and I'm just a scriber!


And from me , what you have to say........

Unknown said...

Y.Bhg Datuk,

Ini adalah satu perkembangan yg dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat malaysia. Saya mengalu-alukan Tun kembali bersuara dan memberikan pandangan serta kritikan untuk membina bangsa dan negara. Saya dapati akhbar tersebut habis di beberapa kawasan di sekitar Tmn Tun, PJ, Damansara. Esok saya cuba ke Klang pula untuk mencarinya.

Marilah kita berdoa agar Tun di berikan hidayah dan kesehatan yang prima agar terus bersama-sama kita.

Wassalam.

A KADIR JASIN said...

Khas buat Sdr Seraglio Seraph,

Mohon persefahaman. Manakala saya ingin memberi ruang kepada semua pihak untuk menyatakan pendapat dan perasaan seluas mungkin, namun saya rasa keberatan melayan perbincangan mengenai persoalan peribadi.

Pun begitu, saya akan cuba sampaikan pesanan Sdr kepada Sdr Sufi Yusuf.

Sekali lagi saya mohon para pengulas dan pembahas tidak menggunakan pengenalan "anonymous".

Tolong klik "other" dan masukkan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.

Dan seelok-eloknya biarlah mengenai tajuk yang saya poskan.

Mohon kerjasama dan berbanyak-banyak terima kasih.

Anonymous said...

Datok Kadir,

Tidak ada apa yang baru daripada hujah Tun Mahathir mengenai undang undang intellectual property. Lebih baik jika Tun menulis saja bab perubatan. Hanya mereka yang baru kenal atau baru dengar perkataan itu saja yang terbeliak biji mata lalu beranggapan Tun membawa perkara baru. Ini sudah lumrah berlaku sejak Tun memerintah lagi.

Memang selayaknya idea Tun cuma muncul di dalam akhbar picisan seperti Era Baru kerana ideanya memang picisan.

Untuk mengupas ketidakadilan undang undang intellectual property dengan adil Tun mestilah terlebih dahulu mengupas ketidakadilan di dalam undang undang koporat Malaysia sendiri. Cukuplah. Walaupun saya alu alukan kebebasan Tun bersuara, jangan lupa sebelum bersuara, tanyalah diri adakah anda berlaku adil kepada media dan rakyat Malaysia sebelum bersara?

KENALI QARIN TOKNGAH said...

Assalamulaikum,
Walapun selepas 20 hari keluaran kisah tok dukun CHE dat, Tun memang bijak dan pantas ingatannya masih cergas pemikirannya kerana saya biasa pertama kali sembahyang Isya disebelahnya sebagai orang biasa selepas Tun membaca yasin dan bertahlil mengiringi jenazah seorang yang saya tidak ketahui.

Hamba Allah yang bertaqwa akan teringat sesuatu yang orang lain tidak terlintas untuk memikir untuk menjadi bahan jalan cerita yang menarik.

Wallahualam

affendi hussain said...

Salam Sejahtera
dari saya yang dah lewat zaman..

Saya hanya nak komen yang kewujudan akhbar pelbagai bahasa di Malaysia ini antara faktor pembina tembok halimunan kepada gagasan penyatuan bangsa Malaysia..

Kenapa perlu banyak bahasa2 etnik untuk akhbar mainstream?? Kenapa org Thai semua fasih dan faham bahasa Thai tanpa mengira etnik? Di German/Austria semua org x kira etnik fasih berbahasa & membaca dlm bahasa rasmi negara..tiada pun akhbar tempatan yang berbahasa selain German..

Communication barrier is a promoting factor to paranoia and prejudism..

Akhbar melayu..mengapa menjatuhkan martabat bangsa sendiri?.. isi kandungan yang bersifat insulting intelligence ibarat menghidang sampah atau makanan basi untuk dijamah... hanya binatang liar dan org gila sahaja akan menjamah sampah sebagai pengisi perut.. insan normal akan loya nak menjamahnya!

inikan pula benda untuk mengisi aqal anugerah terhebat Allah Taala kpd manusia!

syukur susunan bahasa melayu saya agak baik..komen saya dalam bahasa Inggeris agak kurang bagus tetapi jika ada yg faham maksud sudah memadai sbg medium perhubungan..maklumlah dibesarkan oleh org tua yg bercakap loghat utara pekat..tak seperti ibubapa di KL yg speaking dgn anak2 mereka.

Vorsicht! Mull..Gehirn Beleidigung.. (:P a few Deutch words i've learned..)

wasallam

Naveen Thomas said...

Dear Budakboy and get real,

Thank you for intelligent writing. I am humbled and happy that you clearly showed me the error of my ways. It is true, I have perspective is narrowed to such racial bias and animosity. But please understand, it is because I have been at the receiving all my life.

This is my country too and a country I'd willingly do anything for.

Hidup Malaysia

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).