Thursday, August 02, 2007

Image and video hosting by TinyPic

Kibarkan bendera
Demi negara
Demi Raja
Demi Malaysia
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!



NCER Pemangkin Ekonomi Serantau

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[REMINDER

Dear esteemed readers and debaters,

Before you continue to read this blog and send your comments, please take note of what pembesar Zainuddin Maidin has to say about all of us. This is reported by The Star today Monday August 6.

Not all bloggers are stupid, says Zam

KUALA LUMPUR: Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin says not all bloggers are stupid as some of them are informative, knowledgeable and disseminate positive views on current issues.

The ones that were mostly goblok (stupid, in Indonesian) were political bloggers who float rumours and create hatred among the people, he said yesterday.

He said political bloggers “blatantly abused the freedom of the Internet.”

“Readers of these blogs read them to pass time and for fun, akin to reading a ghost story. The people must be able to distinguish between goblok bloggers and bloggers,” he added – Bernama.]

SETELAH berbulan-bulan terperangkap dalam kontroversi Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) akibat kesilapan propaganda, kita seharusnya berasa lega sedikit ekoran pelancaran Koridor Wilayah Ekonomi Utara (Northern Corridor Economic Region).

Kontroversi IDR pun nampaknya sudah reda sedikit apabila wujud ketetapan bahawa ia bukan ditujukan khas kepada pelaburan Singapura.

Walaupun Singapura jelas masih berupa “favourite” kepada pemikir dan pelaksana IDR, beberapa langkah propaganda telah dilakukan bagi meredakan kritikan umum bahawa IDR terlalu bergantung kepada Singapura.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri baru-baru ini membuat kenyataan mengalu-alukan pelaburan Negeri Cina di IDR.

Pada 30 Julai, Abdullah melancarkan pelan induk NCER di Alor Setar yang dijangka menarik pelaburan awam, separuh awam dan swasta sebanyak RM177 bilion daripada tahun ini hingga 2025.

Ini adalah suatu rancangan yang cukup besar dan unik kaedah pembiayaannya kerana dua pertiga daripada jumlah itu dijangka datang daripada sektor swasta dan separa swasta melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Persendirian (Private Financing Initiative).

Abdullah berkata rancangan ini diharap dapat memesatkan pertumbuhan ekonomi dan merangsang peningkatan pendapatan 4.29 juta penduduk di empat buah negeri yang tergolong di bawahnya iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

Daripada perspektif sejarah, NCER adalah lanjutan kepada pembangunan dan pemampatan ekonomi empat buah negeri ini sejak merdeka.

Tanpa NCER pun, pergerakan ke arah perindustrian dan integrasi ekonomi telah berlaku, khasnya sejak dua dekat lalu, di mana pertumbuhan sektor pengilangan yang pesat di Pulau Pinang telah melimpah ke Kedah dan Perak.

Manakala Pulau Pinang dan Perak terus menjadi tuan rumah kepada pengilangan tradisional, Kedah muncul sebagai tuan rumah kepada industri yang lebih canggih seperti pengeluaran wafer, komponen komposit dan automotif.



A comic break --- the monkey and the blogger. With apologies to Abu the Negeri Sembilan beruk (pig-tailed macaque). Abu lives at a wildlife park in the state of Darul Khusus. A certain Darul Khusus political upstart recently called bloggers monkeys and a journalist-turned-politician Zainuddin Maidin called them "goblok" -- javanese for stupid.

Selain Pulau Pinang yang sudah boleh ditakrifkan sebagai negeri perindustrian atau negeri maju, Kedah, Perlis dan Perak masih berupa negeri pertanian dan negeri membangun di mana kadar kemiskinan masih tinggi.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan, kadar kemiskinan di Kedah adalah tujuh peratus, Perlis 4.2 peratus, Perak 4.1 peratus dan Pulau Pinang 0.3 peratus berbanding purata nasional 5.7 peratus.

Rancangan bersepadu ini memberi peluang kepada kerajaan memikirkan semula peranan pertanian tradisional, khasnya padi, yang berupa punca utama kemiskinan.

Realiti pahit yang terpaksa dihadapi adalah penanaman padi dalam bentuk sekarang tiada berdaya maju. Malah ini balik modal tanpa subsidi dan perlindungan pasaran.

Walaupun pengguna beras terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menampung subsidi kepada petani di bawah kaedah cross subsidy, namun pendapatan majoriti petani masih di bawah paras kemiskinan.

Semakin luas kawasan sawah terpaksa bergantung kepada buruh import dari selatan Thai manakala pemilikan ekonomi (economic ownership) sawah jatuh ke tanah pemodal bukan petani yang majoritinya berketurunan Cina.

Ini bercanggah dengan matlamat cross subsidy yang dilaksanakan bagi pihak kerajaan oleh Bernas kerana semakin banyak subsidi yang dianggarkan bernilai RM500 juta setahun itu jatuh ke tangan tauke padi dan orang tengah manakala petani terus miskin.

Suatu aspek NCER yang tidak diuar-uarkan, yang pada hemat saya amat penting, ialah peluang mengintegrasikan ekonomi wilayah utara Malaysia dengan selatan Negeri Thai.

Kalau pemikir dan pelaksana IDR berharap dapat bergantung kepada kemakmuran Singapura, maka NCER boleh dijadikan pemangkin bagi melaksanakan dasar “prosper thy neighbour” atau perkayakan jiran kamu.

Dengan mengambil kira sensitiviti dan keadaan keselamatan di selatan Thai, kita masih boleh menjadikan NCER sebagai pemangkin memajukan ekonomi serantau selaras dengan konsep Segi Tiga Pertumbuhan Utara (Northern Growth Triangle) yang menggabungkan Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Daripada memperkayakan rakyat Singapura yang sudah pun kaya raya, adalah lebih baik dan selaras dengan Islam yang bertamadun kita menolong rakyat selatan Thai dan barat Indonesia yang jauh lebih daif daripada kita.

Lagipun majoriti daripada mereka adalah orang Islam. Dengan membantu mempertingkatkan ekonomi mereka, kita membantu menenteramkan keadaan di dua buah negara jiran yang sangat penting itu.

44 comments:

Rizals said...

Assalamualaikum Y.bhg Datuk,
Pembangunan dengan corak sendiri itulah yang boleh saya perkatakan. Bagus untuk kemakmuran ekonomi negara. bAGUS kerana mencuba idea yang baru. Doa saya ialah keuntungan yang akan dinikmati bukan hanya pada peringkat makro-negara tetapi juga kepada para petani di Kedah/utara Perak itu sendiri. Mereka yang seharusnya perlu dimutlakkan untuk mendapat hasilnya. Saya juga berharap agar proses ini kelak tidak akan menimbulkan penderitaan kepada orang-orang kita disana. Kerana apa saya berkata begitu kerana, KEDAH ADALAH SALAH SATU LUBUK ORANG MELAYU KITA SELAIN DARI KELANTAN DAN TRENGGANU. TERSILAP PERKIRAAN, MAKA TERKUISLAH ORANG-ORANG MELAYU DISANA KE SATU SUDUT YANG SUKAR UNTUK DISELAMATKAN. KEMASUKKAN ENTITI ASING PERLU DIBERIKAN PERHATIAN SERIUS. Oleh itu, saya mengharapkan agar semua pihak terbabit yang mengilhamkan projek ini, mengambil kira semua keadaan terutamanya dari sudut strategik.

Anonymous said...

Kita mengharapkan agar perlaksanaan NCER adalah lancar dan bukannya cakap-cakap 'indah' yang dijaja kesana kemari tetapi kesannya tidak kelihatan dan tidka terasa perbezaannya sama ada wujud NCER ataupun tidak wujud NCER......

Anonymous said...

Sigh..I am so tired of hearing about initiatives..especially current government's initiatives.. for once just tell us when you have completed the good works..not your good intentions..meanwhile leave us alone..be a small, non interfering and productive government...all i ask is just get out of the way..

A Voice said...

Yang saya tak faham, kenapa di bina jambatan di dua pusat yang terpanjang?

Yang saya tak faham, kenapa dibina dengan dana dari cina (USD)? Adakah tolnya akan diletakkan pada matawang amerika utk hedging?

Yang saya tak faham, adakah tidak ada syarikat2 tempatan berkebolehan utk membina jambatan sedemikan rupa setelah kita membina jambatan pulau pinang dan pelbagai erection lain dan tertinggi di dunia?

Yang saya tak faham, bagaimana terdaya SIme Darby atau kemudian menjadi terbilang mega Synergy Drive bisa membiayakan RM177 bullion selama 5 tahun?

Yang saya tak faham, adakah memungkinkan peningkatan dana pemegang saham melalui penarikan pelabur-pelabur saham dalam Synergy Drive melalui special placement ie Singapura? Kumpulan PNB dijangka memegang 45%, bukan controllign interest.

Yang saya tak faham, adakah pelan konon driver ekonomi pertanian akan mencapaikan hajat utk memperbaiki kehidupan rakyat jelata dari kalangan petani, kerana yang jelas adalah peningkatan pemusatan pulau pinang sebagai pusat kepada hinterland kedah/perlis, utara perak dan seberang perai? Pemusatan hanay berlkait dengan intermediary dan orang tengah.

Namun, pelan NCER nampak adalah jauh lebih dari baik dari WPI yang semuanya tangkap muat dan keputusan sporadic ... can cell jambatan dan membina sesuatu utk mengaburkan rakyat!!!

Rockybru said...

Dtk,

Terlalu banyak tandatanya tentang perkara2 yang asas. Contohnya, bagaimana kerajaan (melalui dananya sendiri dan PFI) bercadang menyalurkan RM10 billion setahun untuk NCER! Ini tidak termasuk IDR, yang mungkin memerlukan pembiyaan sama besar.

Sime Darby bertanggungjawab untuk menyelaraskan NCER. Maksudnya, ia atau PNB bakal memastikan yang RM10 billion itu mesti diwujudkan, tidak boleh tidak. Soalan saya: Sime Darby akan digabungkan dengan Guthrie dan Golden Hope di bawah Synergy Drive ( satu lagi projek Barisan Nasional!). Bila dah gabung, boleh ke Sime Darby menjalankan tanggungjawab tersebut?

Anonymous said...

Privatisation Will Now Be Mostly Through Tenders
Business

(Cut N Paste 101)

Under the PFI approach, he said the private sector would fund, manage and operate the facilities for use by the government sector for a specified concession period while the government would take on the role of a hirer of these facilities.

"If the services provided by the company did not meet the specifications laid down including service, costs and the like, the government holds the right to withhold or reduce payments," he said.

Companies involved in the PFI programme include Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Bhd and Petronas.

Priority would be given to these types of companies as they have the financial capability and critical mass to undertake certain projects, said Abdullah.

Lily Abdullah said...

"KEDAH ADALAH SALAH SATU LUBUK ORANG MELAYU KITA SELAIN DARI KELANTAN DAN TRENGGANU. TERSILAP PERKIRAAN, MAKA TERKUISLAH ORANG-ORANG MELAYU DISANA KE SATU SUDUT YANG SUKAR UNTUK DISELAMATKAN. KEMASUKKAN ENTITI ASING PERLU DIBERIKAN PERHATIAN SERIUS"

Salam Dato'
Saya bersetuju benar dengan pandangan saudara rizals. Apa yang diharapkan oleh rakyat di kawasan utara NCER benar-benar membantu mereka mempertingkatkan taraf hidup. SEMOGA NCER TIDAK MENJADI CAKAP-CAKAP KOSONG - MODAL POLITIKUS PILIHANRAYA MENJAJA KEHEBATANNYA DI SANA-SINI. Akhirnya mereka & keluarga mereka juga yang untung.

Anonymous said...

VISION AND STRATEGY
(Cut N Paste 102)

Therefore, in order to ensure that the Malaysian capital market provides an effective avenue for capital raising, efforts will be made to address the
shortcomings in the capital market’s current capacity to meet local fund-raising needs, as
well as to identify focused measures to ensure that the Malaysian capital market remains
the preferred fund-raising centre for Malaysian companies in the future.


To achieve this objective, initiatives will be directed at ensuring that the overall process of raising funds is efficient and provides a competitive cost of raising funds for issuers.

Measures will also be taken to promote sufficient breadth in the product markets and instruments to more effectively satisfy the maturity and risk profiles of issuers, particularly in the areas of the corporate bond market as well as financing through risk capital. Finally,
there will be appropriate efforts directed at ensuring that there is sufficient depth in terms
of liquidity and efficiency in the secondary market for issued securities.

A KADIR JASIN said...

Sdr A Voice, antara lain berkata, "....kerana yang jelas adalah peningkatan pemusatan pulau pinang sebagai pusat kepada hinterland kedah/perlis, utara perak dan seberang perai? Pemusatan hanay berlkait dengan intermediary dan orang tengah."

Sdr mungkin lebih daripada betul. Dr Afifuddin pernah buat kajian. Sebahagian besar perbelanjaan dan pendapatan petani dan untuk petani Muda tiris dan mengalir ke Pulau Pinang.

Sdr Rizals dan Sdr Waterlily, Kedah adalah negeri kelima termiskin di Malaysia.

Empat negeri "lubuh Melayu/Bumiputera" yang paling miskin mengikut skala adalah Sabah, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Sdr Ahirudin Atan aka Rocky's Bru, antara lain, mengulas: "Bila dah gabung, boleh ke Sime Darby menjalankan tanggungjawab tersebut?"

Saya kata boleh asalkan PM, Budak-Budak Tingkat 4 dan Khazanah Nasional kata "jalan". I fear that GLC's like Sime Darby and Petronas could be losing their managerial independence.

Yang perlu diperhartikan ialah entiti korporat tulen seperti Sime tidak dipaksa menjalankan tugas sosio-ekonomi macam SEDC atau Uda sehingga menjejas prestasi mereka.

As for the mega merger, it does not surprise me if in the run-up to the GE, a handful of Synergy Drive-linked companies will be refloated and shares distributed among the political operators to line up their pockets and fund the campaign.

This mega merger is first and foremost a market-making exercise aimed at enhancing the market value of the affected companies.

Thank you.

Anonymous said...

Tok Kadiaq apa habaq
Budak Pendang jadi orang besaq
Saya jumpa pun naik tetaq
Tapi bila cakap dia kelakaq.

Ni nak cerita pasai NCER
Mat pun pi ke Ampang Jajar
Tengok Pak Lah dan para pembesar
Projek NCER depa lancar.

Depa janji tinggi-tinggi
Orang kampung ternganga nampak gusi
Apa Pak Lah cakap depa tak gheti
Yang depa dok harap dapat subsidi.

Cakap betui Mat dah mangli
Dengan janji para menteri
Depa ikrai berguni-guni
Tapi yang depa bagi taik gigi.

Dulu Wilayah Pembangunan Utara
Berguni janji depa bagi kat kita
Lama-lama depa buat lupa
Kita dok tunggu tak dapat apa.

Betuilah macam Tok kata
Sawah bendang hak kita
Tapi sapa dok pajak sewa
Kalu bukan Ah Kow dan Ah Chua.

Mahyuddin janji nak naik subsidi
Pasai dulu nak pancing undi
Kita pun suka senang hati
Dapat undi menteri pun lari.

Dulu satu kampong satu industri
Kita pun suka tidak terperi
Kita sokong macam nak mati
Dapat undi depa buat tak gheti.

Ni pilihanraya nak mai lagi
Seboklah depa dok taboq janji
Pasai orang kampung depa tak gheti
Menteri cakap depa pecaya sampai mati.

Saya ni orang Umno setia
Pas dok kutok tak kira masa
Kat saya macam-macam depa kata
Kerana Umno saya dok sabaq juga.

Sampai bila nak dok macam ni
Menteri Besar mai Menteri Besar pi
Pak Lah ikrai Pak Lah janji
Yang kami dapat taik gigi.

Dok pikiaq-pikiaq jugak
Pilihanraya ni pangkah Pas pulak
Biar Umno mata tebeliak
Depa buat kita macam budak-budak.

Tapi Pas kenalah pandai
Bila cakap biaq masuk akai
Jangan dok asyik hantam dan bedai
Pengundi la ni bukan semua kaldai.

marn said...

assalamualaikum!

Saya setuju sangat dengan kata-kata tok "Daripada memperkayakan rakyat Singapura yang sudah pun kaya raya, adalah lebih baik dan selaras dengan Islam yang bertamadun kita menolong rakyat selatan Thai dan barat Indonesia yang jauh lebih daif daripada kita."

Yang tu la saya mau dengaq daripada orang2 besaq macak tok nih. Apa2 pun, kalau setakat perancangan gah sana-sini, tapi bila bab perlaksanaan: GAGAL! Tak guna jugak. Umpama FAM dan kemelut bolasepak tanah ayaq kita la. Sama ja. Idea macam2 bagi, tapi tang nak buat kerja semua tamau. Duit mau!! Tu yang rosak abih negara.

La ni bukan pasai melayu ketinggalan ke tidak. La ni kita nak cerita apa orang susah, miskin, kerdil dan bukan orang politik dapat nanti. Setakat la ni, yang dok nampak, orang politik sama orang kaya ja yang dok dapat laba keuntungan daripada mana-mana projek mega kerajaan. Saya ni orang kampung dok tengok klip pot, klip pot mata terkebil2 projek sana-sini. Bila tanya, depa kata supply barang tu dapat kat anak menteri ni, buat jalan ni yang kroni menteri tu punya. Bangunan ni syarikat Ah Meng (bukan nama sebenar) yang buat sebab dia baik dengan menteri sorang lagi. Kami orang kampung? Tengok saja. Bukan takmau nak join, tapi tak boleh dan tak dapat sebab kena 'tag' dengan mana-mana ketua bahagian UMNO takpun nak sedap lagi, main kot 'level' menteri.

Pastu kes orang tengah ni 'dah lama dah...' Nelayan sabung nyawa tangkap ikan, yang kaya orang tengah. Petani naik bengkok tulang belakang, tak jugak senang-senang. yang kaya orang tengah. Tak leh buat sesuatu ka? Ka memang macam ni hukum dunia? Memang tak leh nak ubah dah? Heran jugak.

Saya punya pendapat, educate kan orang kampung, orang miskin untuk sama-sama dapat peluang ambil sedikit keuntungan daripada projek2 mega ni. Utamakan rakyat setempat mana-mana projek. Sebab bila rakyat kaya, kerajaan lagi kaya sebab dapat cukai lagi banyak.

Saya tak reti sangat pasai ekonomi ni. Tapi tangan ni gatai jugak nak menulih. Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Marn,antara lain, berkata: "Umpama FAM dan kemelut bolasepak tanah ayaq kita la. Sama ja. Idea macam2 bagi, tapi tang nak buat kerja semua tamau. Duit mau!! Tu yang rosak abih negara."

Dalam posting 21 Julai mengenai sukan negara, saya membuat pemerhatian berikut:

"Yang paling hebat dan kita mesti menang nombor satu punya adalah politik sukan. Apa tidaknya? Boleh dikatakan tidak ada sukan dan persatuan sukan yang tidak dibolot dan dipolitikkan oleh para politikus yang rakus.”

Kita tengoklah apa kesan arahan PM kepada anak buah dia agar tarik diri daripada persatuan sukan. Yang jadi raja ni MB dan KM. Tapi mereka dikecualikan. Mesti ada baik dan buruknya.

Yang saya takut ni banyak sangat mega projek dan koridor ekonomi. Takut-takut birokrasi hebat tapi pelaksanaan cacat dan terencat.

Terima kasih.

Anonymous said...

Slm tuk..
ni 1 lg bukti kjaan kita 'walk d talk' n pkbgn ekon akn bwa faedah kpd smua rkyat..cuma akn ambik masa skit bru dpt rasa 'economic spilt over'.
hrp glc yng run d project jgn hmpakan amanh kjaan n rkyt..awk tu dh untug bnyk kna igt..
1 lg,sy stuju sgt dgn pndgn tuk utk bntu mkmurkan southern thailand..asyik nk bntu ngara sbrg tmbak jer..hrp pm ambik phatian.

ibrahim yahaya said...

Tok, sebut pasai GLCs,Petronas adalah satu-satu institusi yang hebat dan masih kebal dan berdiri megah. Setakat ini tiada "gangguan" besar terutama pengurusan atasannya. TS Hassan Merican menjalankan tugas dengan baik walaupun ada pelbagai "kata-kata belakang" mengenainya. Malah logo Petronas pernah dicop sebagai logo parti pembangkang oleh manusia berfikiran "sempit". Perrrrgggh.

Petronas banyak membantu Malaysia dan rakyatnya. Semoga tuhan melindungi Petronas daripada segala bala dan bencana.

Budakboy said...

Datuk,

Yang pasti, semua mengharapkan NCER berjaya mencapai matlamatnya.

Yang masih agak kabur bagi saya ialah dari mana akan diperolehi pembiayaan untuk WPI, NCER dan Koridor Timor.

Janganlah nanti NCER dijadikan mesin pencuci wang untuk tujuan "money laundrying". Wang dari KWSP, Tabung Haji, PETRONAS, PNB dan sebagainya kita tahu asal usulnya. Yang kurang pasti ialah sumber wang untuk PFI.

Satu senario yang tidak mahu kita lihat ialah apabila tanah petani diambil dengan harga yang terlalu rendah atas alasan kos perlu di kawal untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Janganlah NCER nanti dijadikan pemangkin untuk "merampas" tanah orang Melayu.

Siapa yang akan memastikan hak petani tidak dicabuli? Dulu kita ada mahasiswa, Pemuda UMNO dan akhbar sebagai "pressure group" tetapi sekarang satu sudah kena AUKU, satu sudah hilang pedoman dan yang satu lagi sudah hilang taring.

Bukan kita tidak percaya pada kesungguhan kerajaan memelihara kepentingan rakyat tetapi seperti yang kita semua maklum, wang boleh memesong mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan.

Janganlah nanti dikatakan projek-projek yang dirancang terlalu rumit, seperti "Halal Hub", hinggakan tidak ada pakar bangsa Melayu yang "layak" dan dilantik pula pakar berbangsa Cina dari Singapura.

Saya berdoa senario-senario yang tidak ingin kita tontoni ini tidak ada dalam skrip.

Berita dari gunung said...

Pembangunan.... Hampir dengan pilihanraya, janji pembangunan memang jadi trend dari dulu. Pelaksanaan, itu satu hal yang lain.

Dulu janji beri geran tanah, lampu jalan, bekalan air, jalanraya adalah normal. Kini, janji pilihanraya diulang sebut dalam angka billions.

Senario sudah berubah. Cuma saya harap kesungguhan melihat disebalik
billions benar-benar berlaku. Dan saya juga berharap nation building masih jadi prioriti.

Saya dengar MK (bunyinya begitu, ejaannya saya tak tahu) sudah tempah penglibatan di Ulu Perak sejajar dengan konsep NCER.

Saya cuma harap semua orang telus dan jujur dalam hal menguruskan negara.

Anonymous said...

Salaam, Datuk

It's been a while, yah?

Anyways, I recently came across a report which piqued my interest. It was something to do with why Condi Rice had to skip the Asean Foreign Ministers' and ARF meetings in Manila.

What stuck in my mind was that total cumulative US investment in Asean up to the end of last year was approximately US90 billion. And of this, approximately US$40 billion was invested in Singapore.

Something is off kilter when a country of around 4 million people can pull in almost 45% of US investments in Asean.

Why is this?

And will the IDR, NCER and the proposed East Coast Corridor (ECR) redress this imbalance?

With Sime Darby helming the NCER and Petronas taking charge of the ECR, will Malaysia see an influx of FDI and foreign talent that will compete with the likes of Singapore?

Will the IDR, NCER and ECR be benchmarked against the best in the world, or will it just be "jobs for the boys", as usual?

Will the perception of Malaysia as an "Islamic state" discourage US FDI into the country?

Spore Minister Mentor Lee Kuan Yew said in Jakarta recently that Indonesians own approximately US$30 billion of the US$840 billion in assets that are managed by Singapore-based banks, private banks, private equity funds and hedge funds. Any guesses as to how much Malaysian-owned assets are managed out of Singapore?

I know, Datuk, that you are not a fan of Singapore. But at least, as far as the US is concerned, the "little red dot" must be doing something right!

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

BOOK-MAKERS ODDS

Afghan doctors deliver medicine to Korean hostages

What are the chances that the hostages will come out of this situation alive?

What are the chances that these Talibans and their hideout will be bombed to kingdom come as the late Mohammad Dadullah?

What are the chances that the rescueers will say the tragedy could not be avoided?

Book-makers say: no takers!

Thank you.

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

BOOK-MAKERS' ODDS II

Nothing to do with politics but complicated!

Belarus threatens Russian gas

compounded with

Mugabe among African leaders in Malaysia for anti-poverty meet


Book-makers' odds on that Hassan Merican is jumping with joy and out of the window if he is not careful: 12.9673:1

(Not bad for Raikonen from 4th to 2nd. Not bad for Petronas car, too; and is Petronas to go into Uganda?)

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

BOOK-MAKERS' ODDS III

The End of Poverty

What are the odds that this book is in the collection of the delegates to the "Langkawi International Dialogue, will bring together 16 African and Southeast Asian leaders and more than 260 delegates."????

Book-makers' odds: ha ha ha ha ha!(No such thing as a silly question, is there?)

Terima Kasih Thank You Danke Erg Merci Bien

Anonymous said...

YBhg The Scribe
Salaam

BOOK-MAKERS' ODDS IV

IMF says Zimbabwe inflation may hit 100,000%

What are the odds that Petra 'Pete' Kamaruddin will be sued?

Book-makers' odds: same-same as Zimbabwe's and me getting my marching orders.

Till another lifetime, The Scribe.
(What are the odds that Kelantan falls to BN?)

Anonymous said...

terlalu banyak cakap-cakap pembangunan didampingi oleh angka bernilai berbilion-bilion ringgit pada tahun ini... tapi dari segi rasa dan kesan pada rakyat dan saya adalah tekanan ekonomi yang semakin mencengkan dibebani beban hutang kredit yang menggunung.

dimanakah angka bilion tersebut menghilang?? kepada KJ kah?

Anonymous said...

YBhg Dato'
Saya amat bersetuju pandangan Dato bahawa sememang dari dulu lagi ada berlaku pembangunan terhadap ke empat-empat negeri ini. Tak payah lah nak mencanang-canang lagi dengan menggunakan nama baru NCER (NCER dengar canggih!). Tentang SIME, GOLDEN HOPE dan Gutrie di bawah Synergy drive tu bagus juga, tapi selalunya syarikat yang nak bergabung ni satu syarikat yang tenat, tapi ini semua syarikat yang kuat dan kenapa hendak disatukan ? tak ada lagi competitiveness dalam business ini. Kebaikan yang dapat dilihat oleh saya, kurang lah CEO yang suka habis duit syarikat pergi melancong ke luar negara dan kurang syarikat guna wang untuk bagi cenderahati bagi VVIP,agar CEO dapat nama atau sambung kontrak.Saya harap 3 syarikat gergasi ini tidak akan tumbang dengan gabungan ini.
Helang 79

Berita dari gunung said...

Dato, ini catatan ringan sajalah..

Suatu masa dulu ada seorang kawan, kemudian dia jadi ADUN. Macam biasa, ramai orang datang minta tolong itu, tolong ini. Surat sokongan tu hal biasala. Yang merengek minta bantuan wang dekat-dekat sekolah nak buka pun ada.

ADUN ni pun manusia biasa. Ada sekali, dia melenting pada tetamu yang merengek. Katanya lebih kurang begini "Kamu buat anak pandai, bela anak, urus anak tak pandai. Kamu balik!"

Kawan seorang itu, masih lagi ADUN sampai sekarang.

Isu meminta-minta ni tidak berlaku dikalangan orang susah saja. Orang senang dan kaya pun terperangkap dengan kerenah meminta-minta. Tapi beban sebenarnya berada pada orang yang memberi atau melulus!!!

Orang kaya minta berjuta-juta ringgit nilai projek. Orang susah minta sepasang kasut sekolah anak.

Salah kalau beri pada yang tidak sepatutnya. Salah kalau yang sepatutnya dapat, tapi tidak dipedulikan.

Secara umum kita jadi salah bila tidak bertanggungjawab dalam tindak tanduk kita, dalam kerangka AMANAH.

Iskandar, NCER dan lain-lain program juga diharapkan dapat dilaksana dengan penuh AMANAH dan TANGGUNGJAWAB.

Terima kasih. Bukan catatan serius pun Dato.

Berita dari gunung said...

Sekadar catatan ringkas:-

Merujuk kepada apa yang Dato sebut tentang NCER dalam rentetan sejarah pembangunan, saya ingin menambah.

Dulu, buku teks "geography" menyebut tentang satellite towns. Satellite town adalah pusat perkembangan industri sesuatu bandar utama. Contohnya Kamunting untuk Taiping. Dulu juga ada SEDC untuk mengurus perkembangan ekonomi dan industri. Saya sebut setakat yang saya ingat zaman belajar dulu. Saya juga sebut ini, untuk terus melihat perkembangan negara dari sudut perspektif sejarah.

Development bukan stand alone activity. Development memang duduk dalam rentetan sejarah perkembangan negara. Melahirkan rasa terima kasih kepada usaha terdahulu adalah langkah segak dan bertanggungjawab.

Saya mengambil langkah mengucap Terima Kasih kepada pemimpin, pentadbir, teknokrat, dan pemain ekonomi yang terdahulu!!!

Rizals said...

Assalamualaikum Y.Bhg. Datuk,
Saya terpegun bila membaca post terbaru daripada Y.Bhg. Datuk;
Kibarkan bendera
Demi negara
Demi Raja
Demi Malaysia
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Pertanyaan saya, sudah merdekakah kita jikalau di RTM pada setiap jam 730 lebih kurang begitu ditayangkan siri cerita dari Indonesia;
Apakah kita bangga menayangkan cerita-ceriti mereka malah di siaran perdana -RTM dengan rancangan mereka....saya sebenarnya sebak dengan keadaan ini. Itu belum lagi bercakap tentang keperluan setiap kali adanya konsert maka akan adalah artis negara jiran seolah-olah ianya PENANGKAL; SOALNYA kenapa rancangan kita, artis kita atau lebih tepat lagi RAKYAT kita tidak dilayan sebegitu bila kita kesana atau disana?. saya bukan peminat ektrim seni cuma saya bertanyakan diri saya sendiri persoalan-persoala sebegini, dikala negara kita sedang kegawatan hendak menangkap pendatang-pendatang yanh telah mula bermaharaja lela sekarang ini membentuk satu koloni asing yang semakin mendesak rakyat dibumi sendiri. Jadi wajarkah kita berteriak sekuat-kuatnya pada tahun ini, Y.Bhg. Datuk?. Ikhlas untuk bacaan semua.

Kerp (Ph.D) said...

Assalamualaikum datuk,

Saya mengaku saya ada habit komen ttg hal yang lari dari topik sebenar. Dan yg ni juga tdk terkecuali. Jadi saya nak minta maaf terlebih dahulu.

Saya Cuma berasa tertarik sangat dgn lambang Jalur Gemilang yg megah berkibar diatas blog datuk, lengkap dgn kata2 penuh semangat dibwh JG tersebut. Itu yang membuatkan saya terpukul utk tinggalkan komen sikit.

By not flying your Jalur Gemilang does not make one less patriotic. True.

Tapi jika tujuan utama tidak mengibarkan bendera negara sendiri hanya kerana utk memprotes ketidak puas hati terhadap kerajaan hari ini bagi saya ia sesuatu yg tidak rasional, seolah olah Jalur Gemilang hak milik BN. Saya ringkaskan sahaja. Kalau ya pon marah pd PM, pemuda UMNO mahupun MCA, mengapa Jalur Gemilang jadi mangsa? JG bukanlah hak milik AAB, UMNO dan MCA tapi ia hak milik bersama semua rakyat Malaysia. Bukankah kita boleh kibarkan bendera Malaysia demi utk memperingati pahlawan2 pra kemerdekaan seperti datuk bahaman, tok gajah, tok bahaman dll. Juga kesinambungan perjuangan pemimpin2 seperti Tunku sendiri, Tun Sambanthan, Tun Tan SS dll?

saya mengaku tdk berpelajaran tinggi dan kurang arif ttg hal politik negara, but as a Malaysian commoner, saya tak nampak apa rasionalnya memprotes sesuatu seperti itu, oleh rakyat Malaysia kita sendiri. Mintak ambil masa datuk sikit utk baca. Dan jika saya salah, saya tidak akan malu utk mengutarakan 10 jari cacat memohon maaf kpd semua.

Terima kasih.

Ahmad Daniel @kerp

A KADIR JASIN said...

Sdr Ahmad Daniel,

Saya adalah "mangsa" pembesaran -- upbringing.

Bapa saya, seorang pesawah lulusan darjah empat sekolah melayu dan sekolah pondok, adalah seorang visionary dan seorang patriot.

Dia mengajar saya menyintai bendera sebagai lambang kemegahan dan kedaulatan negara. Sejak kecil saya diajar mengibarkan bendera.

Itulah sebabnya, di mana jua harta milik saya, saya mengibarkan bendera, bukan kerana Umno, BN atau PM yang sudah mati atau masih hidup, tetapi kerana Negara, Raja dan Bangsa.

Saya sangat malu dan dukacita melihat Jalur Gemilang dikibarkan di multi-storey carpark kondo bandar raya dan bukan di rumah penghuni. Lihat Kondo Kampung Abdullah Hukum!

Burukknya kita melayan bendera negara. Kerana marahkan nyamuk kita membakar kelambu. Kerana meluat dengab pembesar politik kita persendakan bendera negara.

Ulang tahun ke-50 kemerdekaan bukan untuk 5 Perdana Menteri yang sudah mati dan masih hidup.

Ia untuk SEMUA PERWIRA dan PEJUANG negara dan bangsa yang wajahnya tidak dipamerkan.

Terima kasih.

Kerp (Ph.D) said...

‘Ulang tahun ke-50 kemerdekaan bukan untuk 5 Perdana Menteri yang sudah mati dan masih hidup.

Ia untuk SEMUA PERWIRA dan PEJUANG negara dan bangsa yang wajahnya tidak dipamerkan.’

Terima kasih banyak2 atas pandangan datuk. Itulah jawapan yang saya cari. Tepat.

Bagi saya kalau tidak mahu mengibarkan lansung, terserahlah. Tapi tak perlu bagi alasan atas dasar ketidakpuasan hati kpd pemimpin mahupon sesiapa. Ia satu pemikiran yang lemah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Y Bhg Datuk,

Kalau dulu sebelum berlakunya serangan spakulator mata wang yang diketuai oleh George Soros, kemakmuran rantau ini pernah kelihatan indah seperti "merak kayangan", kini marilah kita sama-sama berdoa agar usaha kali ini bukan fatamorgana.

zainal abidin awang kechik said...

tok..
saya berpendapat ..kita jangan mula hilang mula hilang arah.. kalau kita menulis.. mengikut apa orang nak kata.. tak jadi lagu tu.
Iman Iskandar zulkarnain berkata.."buat lah apa cara sekali .. namum manusia tidak akan akur atau pun setuju dengan pandangan yang kamu berikan pada masyarakat/.. zam ni budak bila tok..
tengah dia ada kuasa nak bercakap dan RTM boleh dengan kata dia.. MASA akan sampai bila dia jadi TOK MAT.. kita tunggu je..
buang masa kita untuk belaga angin dengan dia..
tok kita hanya layak bergaduh dengan halary ka.. putin.. LKY ka..
kita jangan ikut melompat macam depa..
malu kita .. biaq dahi saya melecaq tapi misai saya tak kena pasiaq.

A KADIR JASIN said...

Bukan nak lawan Zam, Sdr Zurich. Zam dulu kawan saya. Lama kami berkawan. La pun kawan lagi kot. Tak pa la dia panggil orang macam saya goblok.

Tapi orang kampung yang tengok RTM depa percaya. Pasai tu Zam selalu keluar RTM. Jadi kita kena jawab juga. Manalah tahu dari mulut ke mulut sampai juga berita kita ni kepada orang kampung.

Kuasa ni hebat dan seronok Sdr Zurich. Ada kereta rasmi, ada pejabat besar, ada banyak pegawai dan ada bodyguard. Bila buat majlis, ramai polis mai jaga lalu lintas.

Kuasa umpama cinta bisa memabukkan Saudara!

Sdr Kerp P.HD, tapi sehingga hari ini saya tengok begitu sedikit Jalur Gemilang dikibarkan berbanding masa lampau. Ini ulang tahun ke-50 tahun. Bukan ulang tahun biasa. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

Yang banyak gambar pembesar Umno yang sudah mati atau yang masih hidup. Itupun nampak macam ada yang lebih besar daripada yang lain. Bagi saya Almarhum Tunku mesti nombor satu.

Sdr Mardhiah, Soros mungkin tidak menyerang mata wang negara kita sekali lagi. Tapi banyak lagi spekulator lain macam beliau ada di dunia.

Saya harap fundamental ekonomi kita cukup kuat dan pengurus ekonomi kita cukup hebat untuk menyekat dan mengangkis sebarang percubaan ala Soros. Prestasi hebat beberapa saham indeks di Bursa Malaysia bukan ukuran kekuatan ekonomi kita.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato'
Salaam

Pen Copek

Love the jpeg
the monkey on my back
with the goat looking on
the croc above all

wow! new buses!
komtar to komtar
401, 501, 101
round island cost
rm8 and three hours
and there's a monitor

thank you, thank you, ZAM
and the Merbok bateks - emm-mm
you are a pro, indeed

Anonymous said...

This NCER is all a gimmick. PFIs is also a gimmick, ask Pak Lah agian what it is, see if he knows what it is.

as for Zam,when the writer is pro UMNO, he is clever? Zam not all ministers are clever...and please stop calling better educated people goblok cos that makes you a bigger goblok. that is all I can say.

the 1st rocky

affendi hussain said...

salam sejahtera,

sudah berdekad lama koridor utara tanahair tidak mengecapi apa2 wadah pembangunan gah seperti di Lembah Klang & Selatan..akhirnya angin utara diramal bertiup membawa taburan hujan rahmat utk penduduknya yg rata-rata masih dihierarki sosioekonomi yg sederhana dan tercorot, walaupun kita gah berbangga pernah mempunyai pencakar langit tertinggi dunia, rakyat kita sudah mendaki Everest, pergi ke angkasa raya, terjun di kutub utara dll...

Selaku anak watan Kedah yg susur galur berketurunan petani, NCER ibarat lauk yg digambarkan menyelerakan, berjaya juga menarik selera saya yg sudah lama tawar meniti menu pelan2 pembangunan negara dicanang pembesar2.

bagi saya NCER jika dirancang dan diurus sewajarnya dapat menjana kesaksamaan nikmat ekonomi..potensi pasaran di koridor utara, malah ke Kelantan & wilayah selatan Thai lebih besar.. 8.66juta penduduk diselatan Thai & lebih kurang 3 juta lebih di negeri-negeri bersempadan dapat menikmati gagasan NCER ini.

Seperti juga hukum tekanan dalam fizik:
'Pressure = Force/Area'

kesaksamaan ekonomi dapat dikecap dengan melebarkan peluang penguasaan oleh rakyat marhain (increase the 'Area'!)..dapat mengurangkan 'pressure' yang menggugat kestabilan ekosistem ekonomi oleh 'market force'..(good distribution of risk..lihatlah contoh negara2 maju di Eropah!) berbanding IDR yg menyandarkan polarisasi ekonomi hanya pada negara 'bintang bucu enam' Asia Tenggara yg hanya dihuni 4.55juta, IDR bakal menghadapi tekanan yg hebat bila mana 'area' menjadi kecil dan seterusnya menjurus kepada monopoli oleh pihak2 tertentu..kesannya pasti sesuatu yg tidak baik..malah buruk & memperjudikan kedaulatan negara..

Kita sudah pun lama merasainya bahana kesan polarisasi & monopoli ekonomi oleh taikun-taikun yg menguasai ekonomi hatta ke keperluan asasi seperti gula, minyak sbg contoh!

Lebih besar usaha ke arah pelebaran jalur 'area' maka akan lebih stabil kualiti hidup ekonomi rakyat & bukan itu saja faedahnya..dgn merapatkan jurang pendapatan & menghapuskan kemiskinan tegar dapat mengurangkan masalah sosial tenat yg kita sendiri buntu mencari ubatnya..

Teori ini bukan sesuatu yg baru..telah digariskan 1400tahun yg lampau..itulah sistem ekonomi Islam dalam al-Quran(muamalah & peranan sistem zakat..tak ramai pun ulama kita yg mengkaji cabang ilmu ini di Malaysia! kita hanya sering dihidang dgn lauk2 fikah & ibadah yg telah lama terkupas oleh ulama2 silam nusantara). Sistem ekonomi Islam sgt berbeza dgn dasar ekonomi kapitalis yg di 'embrace' sbg acuan tamadun ekonomi kita..adakah ia telah diterap dlm perlaksanaan Islam Hadhari? Barangan baik & sempurna tidak perlukan kata-kata indah! Wallahualam..

mungkin suatu hari nanti anak2 watan Kedah, Perlis, Perak, P.Pinang & Kelantan tak perlu lagi merantau jauh 400-600km untuk menyumbang modal insan ke negeri2 lain..


wasalam

BoxxTomoi said...

Dear Datuk,
Blogger politik dipanggil goblok ..
woww nasib baik saya blogger sukan .. tapi bila saya baca blog Datuk adakah maksud saya dua kali lebih goblok dari datuk ??

A KADIR JASIN said...

Sdr Boxxtomoi,

Boleh jadi lebih daripada double goblok sebab politik sukan sama atau lebih teruk daripada politik kepartian.

Salah satu puncanya adalah orang politik parti juga jadi ketua dan kepala politik sukan dan persatuan.

Sdr Mardhiad, saya ambil maklum rintihan Sdr. Saya akan cuba cari jawapannya.

Terima Kasih.

Srikanth Siva said...

I wonder if someday there will be a fatwa that monkeys cannot be given a muslim name!

Anonymous said...

AKJ: "Daripada memperkayakan rakyat Singapura yang sudah pun kaya raya, adalah lebih baik dan selaras dengan Islam yang bertamadun kita menolong rakyat selatan Thai dan barat Indonesia yang jauh lebih daif daripada kita.

Lagipun majoriti daripada mereka adalah orang Islam. Dengan membantu mempertingkatkan ekonomi mereka, kita membantu menenteramkan keadaan di dua buah negara jiran yang sangat penting itu."

______________________


What does religion have to do with this? I really hope you are not saying that Indonesia and Southern Thailand should be helped just because they are mostly Muslims while mostly non-Muslim Singapore should not be helped!

Because if that's the case, then the non-Muslims will be feel that they should reciprocate and only help non-Muslims and should not help Muslims!

A KADIR JASIN said...

Sdr Bintang, the majority of the people in the territories bordering NCER are Muslims.

Whatever spillover effect of NCER should help these poor people.

Already tens of thousands of them are employed in economic activities in the northern states.

As for IDR, there may be a few among the minority Singapore Malays who may be able to afford to buy properties there.

Thank you.

affendi hussain said...

Salam Dato,
Dato AKJ wrote:
"....Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. And, if possible, don’t call anybody bodoh, goblok (stupid) or monkeys....."

-->Clearly some pembesar do not fit in the bill to comment on your blog, do they? :) i rather spell 'goblok'.. as 'go blog!!' go! go! go! agogo!

The posted picture further spells out a very clear distiction between a wise homosapiens and the so called monkey/ape species! (do bloggers really fit the bill to be tag as a genus of the other species?? )

Aren't these wise pembesar unable to see that ? or do they embraced the Darwin theory?? (the Deciples of the Order of the Apes??)
__________________________________
Just to share an old-school rock song lyrics from my all time favourite metal band..the Metallica...
_______________________________
"MASTER OF PUPPETS - METALLICA"

End of passion play, crumbling away
I'm your source of self-destruction
Veins that pump with fear, sucking darkest clear
Leading on your deaths' construction

Taste me you will see
More is all you need
You're dedicated to
How I'm killing you

Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master

Master of puppets I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Needlework the way, never you betray
Life of death becoming clearer
Pain monopoly, ritual misery
Chop your breakfast on a mirror

Taste me you will see
More is all you need
You're dedicated to
How I'm killing you

Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master

Master of puppets I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Master, master, where's the dreams that I've been after?
Master, master, you promised only lies
Laughter, laughter, all I hear or see is laughter
Laughter, laughter, laughing at my cries

Hell is worth all that, natural habitat
Just a rhyme without a reason
Neverending maze, drift on numbered days
Now your life is out of season

I will occupy
I will help you die
I will run through you
Now I rule you too

Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master

Master of puppets I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Lim Wing Hooi said...

Hi DAtuk Kadir. Well, it really is quite funny seeing you with a picture of a monkey. Good to have a sense of humour when poeple in power is so heated about bloggers; suing them, lodging police reports, threatening them, calling them names as goblok and even monkey!

What we really need now is a good laugh!

Lim Wing Hooi said...

Dear Datuk Kadir,

I happen to came across a blog that have commentsd that are hard to read. It is many times harder to reade than what I read in the mainstream press. Of course there are all the packaging being done but at least, it is not as crude as what I am reading here.

The sad thing is the distinction between a monkey politician and monkey bloggers are getting more difficult to distinguish if the discussions go on with foul languages, abusive name calling etc.

Why I am posting it here is because I can't log in to the site. But I still felt like saying it here, because I get think this is place tha, at least, where bloggers are more constructive and responsible in their words and opinions.

(I don not mind you editing it to fit you blog although I know that is not how you do things, Datuk.)

I personally think bloggers are concerned citizens who wanted their voice heard because the mainstream press is muzzled through press ownership, draconian press laws, newsroom socialization, lazy or biased editors who also inadvertently act as spin doctors, etc. etc. etc.

So what would we really want to read if the mainstream press is free from all these negative elements?

Is it what we are reading in postings that are highly or not similar to what politicians are notoriaous for?

Samuel Goh Kim Eng said...

It's indeed very sad
To allow things gone bad
To continue as a fad
With innocent ones being had

Rightly we should be glad
When all evils have fled
After precious blood had bled
We spread out all over as clad

Samuel Goh 090907

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).