Monday, April 07, 2008

Abdullah Kecam Dr Mahathir, Ku Li dan Anwar

A Kadir Jasin

[UPDATE, 8 Mac]MINTA maaf saya mengambil sedikit masa memikirkan implikasi kenyataan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, semalam yang mengatakan “parti tidak mempunyai bukti sahih mengenai identiti ahli yang mensabotaj parti dalam pilihan raya baru lalu.”

Yang diketahui, kata Mohd Najib adalah tuduhan bahawa individu tertentu terbabit dalam kegiatan sabotaj.

"Kita dengar cerita daripada ahli parti dan calon-calon yang tewas, tetapi ini tidak cukup untuk memulakan prosiding disiplin terhadap mana-mana ahli kerana ia hanya boleh dimulakan jika ada laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib,” katanya.

Seretak itu, Mohd Najib menggesa ahli Umno yang mempunyai maklumat mengenai mereka yang melakukan sabotaj agar membuat laporan rasmi kepada Jawatankuasa Tatatertib supaya penyiasatan boleh dilakukan dan tindakan disiplin diambil.

Kesimpulan rambang adalah:

1. Presiden parti Abdullah Ahmad Badawi mendakwa berlaku perbuatan khianat berasaskan tuduhan dan cerita;

2. Cerita dan tuduhan sabotaj itu datangnya daripada ahli dan calon-calon yang kalah;

3. Presiden tidak mempunyai bukti sahih kerana parti sendiri tidak mempunyai bukit sahih;
dan

4. Sekiranya tidak ada laporan bertulis, boleh jadi tidak ada tindakan disiplin diambil dan dengan itu juga dakwaan sabotaj oleh Presiden tidak dapat dibuktikan dan disahkan.

[POSTING ASAL]

KALAU kenyataan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi, hendak dipercayai dan media massa melaporkannya dengan tepat maka punca prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah sabotaj...perbuatan khianat.

Abdullah dilaporkan berkata begitu dalam sidang akhbar selepas majlis penerangan untuk jentera penerangan parti dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara semalam (Ahad).

Bernama dan Malaysiakini memetik Abdullah sebagai berkata kerana perbuatan khianat dalam Umno sendiri parti itu mengalami kekalahan.

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

Kekalahan? Betulkah Perdana Menteri berkata begitu? Kalau tidak silap saya, beberapa hari lalu media massa melaporkan beliau sebagai berkata Umno dan Barisan Nasional menang besar – lapan kerusi lagi dapat dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malaysiakini memetik Abdullah sebagai berkata sabotaj oleh ahli sendiri adalah punca Umno “menderita kekalahan teruk.”

Bernama seterusnya melaporkan yang tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli parti yang mensabotaj calon BN di 14 kawasan Parlimen yang gagal dipertahankan dan sekali gus menafikan BN kemenangan lebih dua-pertiga di Dewan Rakyat.

Abdullah berkata berdasarkan analisis parti, beberapa buah daripada 14 kerusi itu adalah kawasan putih (selamat) yang sepatutnya dimenangi BN.

Katanya BN juga kehilangan Kedah dan Perak akibat sabotaj dalaman di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dikenal pasti selamat.

Media massa tidak pula menyebut sama ada Abdullah mengulas mengenai kekalahan BN di negeri kelahirannya sendiri, Pulau Pinang, dan di Selangor atau tidak.

"Jika tiada masalah ditimbulkan (oleh anggota Umno) di dalam negeri-negeri berkenaan, 14 kawasan Parlimen dan 22 kerusi DUN yang dikenal pasti selamat, kita sepatutnya menang lebih dua pertiga, tidak hilang Kedah dan Perak," katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa ada anggota sanggup mensabotaj calon parti sendiri sehingga mengakibatkan BN gagal memperoleh kemenangan dua-pertiga, Abdullah enggan mengulas lanjut.

Katanya dia tidak perlu menyatakan sebab-sebab ahli terbabit bertindak demikian pada masa ini, sebaliknya akan memberi maklumat yang diperlukan kepada Jawatankuasa Disiplin Umno untuk tindakan sewajarnya.

Oleh sebab Perdana Menteri enggan mengulas mengapa ahli Umno mensabotaj calon parti mereka sendiri maka kita hanya mampu terus bertanya dan membuat andaian.

Misalnya, adakah mereka mensabotaj calon sendiri kerana:-

1. Marah atau tidak setuju atau kedua-duanya sekali dengan dasar, program, perwatakan dan perbuatan lepas cakap kepemimpinan Umno dan BN;

2. Tidak bersetuju dengan calon-calon yang diletakkan, khasnya calon pilih kasih, calon anak emas, calon payung terjun dan calon dari negeri lain;

3. Tidak puas hati kerana digugurkan atau kerana tidak dipilih menjadi calon;

4. Tidak puas hati dengan prestasi Pentadbiran Abdullah sejak empat tahun lalu;

5. Kelambatan menerima wang dan bahan-bahan kempen kerana peneraju Ibu Pejabat Umno sibuk berkempen sebab mereka juga menjadi calon; dan

6. Paling teruk apabila pembesar-pembesar Umno sendiri saling mensabotaj untuk memperkukuhkan kedudukan masing-masing, khasnya sebagai persiapan menghadapi pemilihan parti.

Bernama melaporkan yang tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli Umno yang mensabotaj calon Barisan Nasional (BN).

Menurut Bernama lagi, Perdana Menteri menyifatkan pihak-pihak yang menuduh menantu lelakinya, Khairy Jamaluddin, sebagai “orang yang menentukan segala-galanya" sebagai suka membuat tuduhan tanpa batasan dan bersikap terus menghentam.

Laman Web akhbar The Star pula melaporkan serangan Abdullah terhadap Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mengkritik kepemimpinannya.

Dia menuduh Dr Mahathir menyekat media massa daripada membuat laporan mengenai bekas Perdana Menteri Hussein Onn dan bertanggungjawab ke atas Operasi Lalang pada tahun 1987. Abdullah juga berkata masalah kehakiman bermula pada zaman Dr Mahathir.

Mengenai Tengku Razaleigh, Abdullah menasihatkan ahli Parlimen Gua Musang itu agar “mencerminkan” diri.

"Dialah yang asalnya menjadi punca Barisan (Nasional) kehilangan Kelantan,” kata Abdullah sambil menambah bahawa Tengku Razaleigh “tidak membuat apa-apa” untuk menawan semula negeri itu.

Mengenai Anwar, Abdullah berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu boleh menunggu sesuka hatinya untuk kembali berkuasa.

"Dia mungkin Perdana Menteri menanti (Prime Minister-in-waiting) tetapi saya adalah pemimpin hari ini,” katanya.

Abdullah juga menuduh Anwar cuba mengawal media massa ketika dia menjadi orang nombor dua negara.

Jelas Abdullah bukan lagi mengamalkan sikap "elegant silent" -- kebisuan yang indah. Apa kata Musa Hitam yang memberi label itu kepada beliau?

172 comments:

Anonymous said...

Salam Dato',

PM Abdullah sama sekali tidak akan mengaku bahawa keputusan PRU yang lalu adalah kerana kelemahan pentadbiran beliau.

Memindahkan kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir adalah perbuatan seorang pengecut dan tidak bertanggungjawab. Adakah keputusan PRU yang teruk ini ada kaitan dengan pentadbiran Tun dahulu?

Mengatakan bahawa Tun juga menyekat kebebasan media semasa zamannya boleh dibaca sebagai, "Jikalau Tun boleh sekat media semasa beliau berkuasa, kenapa saya tak boleh?"

Mengungkit segala kisah di zaman Tun adalah untuk menutup kebobrokan dan bau busuk pentadbiran kini.Kenyataan PM Abdullah jelas beliau seperti mahu menunjukkan bahawa pentadbiran beliau tidak sekotor zaman Tun. Apakah beza kotor dengan kurang kotor? Pusing mana pun, ia tetap kotor.

Saya berasa lebih lega apabila PM Abdullah sudah bersuara dengan lebih keras sekarang. Kerana dengan jawapan beliau yang seperti tidak cukup akal itu, mempercepatkan jalannya ke pintu keluar dari pejabat beliau.

Anonymous said...

akum dato'

saya berpendapat bahawa Pak Lah kini tidak lagi berpijak di bumi yang nyata apabila terus menafikan kelemahan diri sendiri yang menjadi penyebab UTAMA mengapa BN mengalami kekalahan yang cukup memalukan pada PRU 2008...tindakan beliau untuk terus memegang pucuk pimpinan hanya akan terus mengundang kemarahan di kalangan ahli UMNO sendiri....sekiranya selepas 15hb April 2008, Dato Seri Anwar Ibrahim kembali secara langsung ke arena politk sebagai MP maka ia hanya akan merumitkan lagi keadaan bagi UMNO untuk bergerak ke hadapan dengan mempunyai seorang pemimpin yang lemah


- Penyokong kuat PR

Anonymous said...

Sounds like a sour puss to me....... Pepatah Melayu kan ada..Bila tak pandai menari dikatakan lantai jongkang jongkit.

Jeez when are all our leaders are going to grow up? Stop playing the lay blame game and just clean up your own act!

Even my 12 year old ask me why do we have rasuah. What can I say? We have leaders who have no taqwa.If we do why should we reject leaders that is good?

Letih lah Datuk....dengar cerita orang tua buat perangai budak budak. Its like 5 year old having their candy taken away and running home to tell their mommy except there is no mommy to help replace the candy so you need to bash up the person that took the candy away.

Please grow up and take responsibility!

Keturunan Jebat

mn said...

A.kum Datuk,

1. Akhirnya Pak Lah telah membuka mulut dengan nada agak keras dan berani.

2. Jangan fikir Pak Lah itu terlalu bodoh. Jika beliau bodoh tidak mungkin beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

3. Saya setuju dengan serangan balasnya kepada Mahathir, Ku Li dan Anwar. Serangannya kepada 3 orang Pemimpin ini memang ada asas kebenarannya terutama kepada Dr. Mahathir dan Ku Li.

4. Bagaimanapun serangan kepada Anwar agak 'soft' kerana Pak Lah secara sengaja atau pun tidak telah berkata Anwar..'Perdana Menteri Menanti'..let him waiting, but today i'm still here. Jadi biar saya tambah sikit..'When I am not here then u can come here'?

5. Berkenaan dengan kehilangan 14 kerusi kawasan putih, kehilangan negeri Kedah dan Perak, saya rasa Bn tetap akan kalah juga kerana:

a. Jika pun menang 14 kawasan putih tersebut tetapi perlu ingat terdapat juga banyak kawasan lain yang Bn hanya menang dengan majoriti tipis ada yang 'puluh dan ratus'.

b. Jika tidak hilang Perak, bagaimana pula N.Sembilan? Bukankah pembangkang hanya memerlukan 3 kerusi sahaja untuk majoriti mudah membentuk kerajaan.
Manakala Kedah pula tidak perlu terkejut kerana ia memang kubu kuat parti pembangkang khasnya PAS.

6. Apapun 100 sebab musabab kekalahan Umno dalam PRU-12 baru-baru ini, yang pasti mengikut pandangan saya ialah..'Tahukah Umno bahawa selama ini kekuatan sebenar parti Umno itu bukan kerana kekuatan sendiri tetapi Umno kuat kerana sokongan dari kaum-kaum lain'?

7. Jadi apabila kaum-kaum lain tidak lagi menyokong Umno kerana sudah hilang kepercayaan, maka tumbanglah Umno. Apatah lagi kini orang-orang Melayu semakin ramai memihak kepada PAS dan PKR.

8. Apa pun politik itu adalah seni permainan. Dalam permainan mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Biasanya yang akan menang ialah pasukan yang 'Cerdik dan Pintar'. Jika sekadar interlek dan bijak sahaja ia belum cukup kerana belum tentu ia cerdik dan pintar.

9. Mungkin diri saya merupakan salah seorang yang 'Cerdik dan Pintar' yang ada di negara kita sekarang ini.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

anakbuah said...

Salam Dato',

"Bernama dan Malaysiakini memetik Abdullah sebagai berkata kerana perbuatan khianat dalam Umno sendiri parti itu mengalami kekalahan.

...Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa ada anggota sanggup mensabotaj calon parti sendiri sehingga mengakibatkan BN gagal memperoleh kemenangan dua-pertiga, Abdullah enggan mengulas lanjut."


# Beginilah rupa pemimpin yg masih menyalahkan pihak lain dan cuba membalas dendam akibat kelemahan dan bodoh-sombong sendiri. Kalau ahli UMNO sendiri yg mensabotaj dan khianat, tidakkah Pak Lah terlintas yang selama ini UMNO telah agak lama mengkhianati hasrat dan harapan bangsa Melayu?! Rasanya, memang patutlah beliau dan UMNO disabotaj/khianati oleh ahli2 dan akarumbi sendiri dlm PRU-12 8 Mac lalu. Pemimpin yg lembik tetapi degil dan mudah lupa ini perlu diajar dengan "kuasa keramat" rakyat begini. Kalau bebal juga, mungkin perlu diingat dan diajar lagi nanti (PRU-13).

# Keikhlasan bertindak dua hala; Kalau mengharapkan org lain atau ahli menyokong perjuangan UMNO, bukankah parti juga perlu berjasa dan berkerjasama dgn bangsa sendiri? - BUKAN MENGKHIANATINYA!

Anonymous said...

YBhg Dato,
yang pasti DSAAB sekarang telah membuka diri beliau dengan banyak lagi masalah...sekarang ni orang lain yang salah sebab kalah bukan sebab dia....tapi siapa yang memimpin Umno???Leader dont blame on others...they should be responsible and gentlemen enough to resign....tengukla contoh parti lain.Kata-kata DSAAB dalam sidang media semalam amat mengeciwakan rakyat Malaysia yang menyokong Umno....nyata DSAAB telah bertukar menjadi seorang yang bukan lagi Hadhari tapi tak sedar diri.
Helang 79

Anonymous said...

dia kena ingat ,kelembutan pada orang Melayu bukan bermakna kebodohan yg berterusan.juga kena ingat dlm masyarakat Melayu ada peribahasa berkerat rotan berpatah arang.itulah jiwa Melayu ,tidak takut bertindak bila masanya telah sampai.
apalah besarnya beberapa negeri jika dibandingkan dgn satu negara yg telah tergadai?
kalau beberapa tahun yg lalu hanya dgn karpet merah,kita hampir melutut hina,sekarang kerana bola golf dan tepuk tepuk belakang sekali lagi nak jadi hina?

atau sebenarnya terlalu banyak dvd telah terakam?.

corrigenda.

A KADIR JASIN said...

Saudara dan Saudari para pembahas dan pelawat yang saya hormati,

Bapa borek anak rintik.

Kalau Perdana Menteri menyalahkan orang Umno kerana kononnya mensabotaj Umno/BN, penyokong beliau pun lebih kurang macam itu juga -- baling batu sembunyi tangan.

Ramai yang hantar komen ke blok kita ini menggunakan "anonymous" tanpa sebarang pengenalan atau callsign lain semata-mata untuk maki hamun.

Pagi ini ada seorang makluk macam itu maki hamun kerana saya kini menggunakan saluran baru Internet pula untuk menyatakan pendapat saya.

Makluk itu mahu saya balik ke kampung saya di Kedah dan tanam padi.

No problem. Kedah tetap negeri tumpah darah saya walaupun kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan bercucuk tanam adalah kerja yang sangat mulia.

Kalau tidak kerana para petani dan pesawah, para nelayan dan pekebun, siapa yang menghasilkan makanan yang kita nikmati setiap hari?

Janganlah kerana tak setuju dengan pendapat saya, para petani dicaci cela. Apa salah mereka?

Bukan sifat Melayu atau mana-mana bangsa pun baling batu sembunyi tangan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang berani dan ikhlas, tak kira yang setuju atau kontra.

Guna nama supaya boleh saya siarkan komen anda yang menghentam dan memaki hamun saya.

Ari said...

Tak insaf lagi PM kita nih..Dah jadi PM tu..buat lah kerja PM, tak payah peduli nak balas dendam ke,nak mempertahankan anak menantu ker, jangan buang masa..buat kerja..kerja..! Orang suka ke tak suka ke peduli apa..awak dah terima pos tu, buat kerja la..

Anonymous said...

Dato'

Orang yang menggunakan taraf "anonymous" untuk mengutuk, memaki hamun dan mencerca adalah golongan yang paling bawah taraf dayus nya. Mereka ini lah golongan yang bukan berani kerana benar tetapi hanya dendam kesumat yang tidak perpijak di bumi nyata.

dayus! dayus! dayus!

Azahari

Anonymous said...

Kalau saya masih ingat seminggu selepas PRU 13 dalam temubual bersama BERNAMA TV, Perdana Menteri ada mengatakan bahawa punca kekalahan adalah Pelaksanaan... Pelaksanaan apa pun saya tak tahu (Allahualam) tapi saya masih ingat bahawa perkataan perlaksanaan tersebut diulang berkali-kali.

Dan semalam secara terang-terangan Perdana Menteri mengatakan bahawa punca kekalahan adalah sabotaj. Pening kepala saya memahami cara pemikiran Perdana Menteri ini.

Samada saya nyanyuk ataupun bebal kerana lupa bahawa pelaksanaan adalah punca kekalahan ataupun punca baru iaitu sabotaj seperti yang diberitahukan oleh Perdana Menteri semalam... saya makin kerliru.. saya harap kekeliruan ini tidak menukar saya untuk melacurkan diri seperti sufiah di Manchester London...

Pening... pening... keliru.. keliru.. mungkin selepas ini Perdana Menteri ini akan menyalahkan faktor cuaca penyebab kekalahan BN.... ataupun mungkin faktor rakyat kecewa kerana England tidak layak masuk ke EURO 2008... kerana England adalah tempat Universiti Oxford bertapak... kerana England adalah tempat asal usul kelab Manchester United yang di dewa dewakan oleh Menantu AAB - Khairy Jamaluddin Abu Bakar...

Saya masih keliru.. kerana risau jika Perdana Menteri menyalahkan beruk pak itam yang bernama Abu Renggo di Muar.

Terkeliru!

Anonymous said...

Saya adalah salah seorang ahli UMNO yang mensabotaj UMNO dengan mengundi parti pembangkang. Sabotaj saya itu adalah kerana meluat dengan cara Kerajaan dan UMNO ditadbir. Saya juga yakin ramai ahli-ahli UMNO di luar sana turut berkongsi pendapat dengan saya. Jika pucuk pimpinan berterusan tidak mengaku kesilapan dan lebih malang lagi cuba meletakkan kesalahan kepada orang lain yang tidak mempunyai apa-apa kuasa, saya akan berterusan 'mensabotaj' UMNO sehingga perkara yang meloyakan ini berakhir.

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam Dato,

Sejak kebelakangan ini seronok melihat sandiwara poltik Malaysia. Pak Lah dengan sindrom 'penafian' dan menyalahkan orang lain akan kekalahan teruk BN/UMNO, Tun Mahathir pula asyik menghentam Pak Lah dan sesiapa saja yang beliau fikirkan ada buat salah (macam dia saja yang betul), Anwar Ibrahim pula asyik bicara tentang "PM in the waiting", KU LI asyik bicara tentang EGM UMNO dan ingin bertanding jawatan Presiden UMNO...semua ini amat menarik bagi saya!

Dalam masa yang sama,saya juga berasa malu dan hairan mengapa perkara ini terjadi dikalangan umat Melayu Islam di Malaysia?

Memang perlu ada masalah dalam seharian tetapi persoalannya di sini adalah, bagaimana peranan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini saya lihat kebanyakkan pemimpin umat Melayu Islam gagal!

Pada pendapat saya mengenai kepimpinan Pak Lah, beliau begitu mengharapkan bantuan orang lain untuk mengetahui isu semasa dan masalah rakyat. Beliau sendiri tidak turun ke padang dan mendengar isu dan permasalah rakyat khususnya!

Masakan tidak, rumah PM di Putrajaya dan di sana mana ada kawasan setinggan atau orang susah. Putrajaya kebanykkannya adalah kakitangan kerajaan, justeru mesti hidup senang lenang.

Yang pasti, penyampai maklumat kepada Pak Lah gagal dalam memberitahu perkara sebenar mengenai Malaysia secara keseluruhan. Siapakah mereka ini yang bergelar 'penyampai maklumat' untuk Pak Lah?

Luka dalam telah kembali dan perkara ini akan menjadi parut untuk selama-lamanya.

Kini umat Melayu Islam dalam persimpangan jalan....sama ada memilih jalan ke kiri, atau ke kanan.

Anonymous said...

Good morning AKJ,

Thank God! Finally PM Abdullah engaged on the character debate Tun has been hurling at him for the past 4 years.

People are desperate for genuine good leadership. The absence of PM addressing this pest of an issue, people will listen to anyone who is steps up to the microphone. At this point, the Rakyat are geuninely sick of Tun doing all the talking and mud throwing at Paklah.

Frankly, I am so happy PM Abdullah finally broke his silence about his character debate and I hope all the other cabinet ministers will follow this courageous move, the govt will also take actions to correct all the injustices done in the past, all for a better tomorrow.

God Bless,
David Tan

karepu said...

Saya tak nampak rasionalisiti Badawi nak salahkan Ku Li atau TDM. Tidak dinafikan mmg zaman TDM kebebasan akhbar dan Kehakiman sentiasa dipertikaikan malah rating pun selalu tidaklah boleh dibanggakan. Tetapi persoalan utama sekarang siapa yang berkuas? Badawi yang berkuasa dan beliau berada dalam kedudukan boleh mengubah apa sahaja ke arah kebaikan tetapi beliau telah gagal berbuat sedemikian. Kalau setakat nak implement IPCMC pun tidak berupaya kenapa nak salahkan TDM.

Begitu juga dengan kes Kelantan. Mmg Ku Li telah memainkan peranan bagi kemenangan PAS pada tahun 1990tetapi itu 18 tahun yang lepas malah Badawi sendiri adalah kumpulan Team B ketika itu. Kenapa baru nak salahkan dia?

Penjelasan Badawi sedikit pun tak masuk akal saya yang duduk kat kampung inikan pulak orang bandar nak terima penjelasan dia.

Memang patutlah BN kalah teruk kat KL.

Anonymous said...

Datuk

Teruskan menulis di dalam blog datuk dengan idea yang bernas dan tidak berat sebelah. Jika kita tidak dapat mendengar pendapat dari kedua-dua belah pihak bagaimana kita dapat membuat 'informed decision' dengan tepat?

Mereka yang menyerang Datuk secara peribadi tanpa berani mendedahkan sebarang identiti tidak perlu dilayan.

T. kasih

Lo

Anonymous said...

Salam Dato,

Jangan lah Dato berasa gundah gulana dengan maki hamun kata nista balaci balaci pembesar kerana mereka tahu masa untuk mereka berada di singgahsana hampir tamat. Teruskan sikap yang berani kerana benar dan tidak menjadi pak turut yang anguk anguk geleng geleng.

PM semakin tersepit bila mana sekarang ini kononnya berada dalam 'attack' mode tapi beliau telupa bahawa musuhnya bukan TDM, Ku Li atau DSAI tetapi beliau sendiri yang tidak berpijak dibumi nyata.

Kita hanya perlu menghitung hari bila beliau terpaksa menyerah kalah.

Pak Nujum

KooLGuy said...

Sedih,sakit hati.takut semua ada.
Apa nak jadi ni?
Apa akan jadi kat orang Melayu ditanah tumpah darah sendiri,dah lah kaum Cina dan India kata kita ni orang pendatang macam mereka juga.
Dengan DEB selama 30 tahun pun cuma satu orang saja Melayu dalam senarai
"top 10 richest in Malaysia".
Sementara dalam Forbes Billionaires list 1 India 3 Cina 0 Melayu.Kalu tak ada DEB mungkin berlambak lagi bukan Melayu dari Malaysia dalam senarai tu.
Mungkin ada kut Melayu lain dalam senarai tu tapi tak boleh disenaraikan,sebab wang ehsan Terengganu pun dah lebih RM 5bil dibelanjakan.
Dalam bidang ekonomi lemah,sekarang dalam bidang politik asik nak gaduh,tuduh menuduh macam macam lagi.
Apa perlu buat huh?
Kan ramai cerdik pandai Melayu,tak kan tak tak bole buat sesuatu.
Mungkin secara kebetulan ada kebenaran ....."Menurut ramalan terkenal di Asia MAMA LAURENT Negera malasyia akan runtuh dengan sendirinnya .runtuhnnya Malasyia dikarenakan ada faktor dari para pemimpinnya.dalam hal ini tertuju pada Raja dan perdana menteri abdul badawi".

Anonymous said...

Salam Dato',

Kata Pak Lah ahli Umno mensabotaj calon parti mereka sendiri. Tidakkah beliau faham bahawa ahli UMNO itupun rakyat juga. Tidak kira kiblat kepartian dan kaum seseorang rakyat itu, mereka boleh menilai kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh pemerintahan BN sepanjang 50 tahun yang lalu.

Rakyat sekarang lebih berfikiran terbuka, termasuklah ahli UMNO itu sendiri. Janganlah salahkan mereka tetapi pemimpin yang kena muhasabah diri, melihat adakah UMNO konsistent memperjuangkan nasib umat Melayu.

Orang Melayu sudah lama kehilangan payung untuk berlindung. Rethorik dan slogan UMNO semakin gersang, tanpa makna dan tiada halatuju. Oleh itu generasi baru Melayu sudah tidak termakan dengan slogan UMNO pelindung kaum Melayu, lalu mereka mencari payung lain yang lebih realistik. Walaupun payung itu pada waktu yang sama menjadi tempat lain-lain kaum juga bernaung.

Inilah realiti politik masa depan masyarakat Malaysia. Realiti ini harus difahami juga oleh pemimpin parti-parti DAP, PKR, PAS dan lain-lain. Untuk kelangsungan hidup DAP contohnya ia perlu berubah corak supaya mampu menarik minat kaum Melayu menyertainya. Parti PAS sudah kehadapan dengan wujudnya kelab-kelab penyokong PAS. Dari segi menyesuai diri nampaknya PAS memang lebih kehadapan mengalu-alukan penyertaan kaum bukan Melayu dan bukan Islam dalam kerajaan pimpinan saperti Kedah dan Kelantan. Banyak toleransi terhadap bukan Melayu dan bukan Islam telah dilakukan oleh MB, Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan sedangkan kerajaan beliau adalah pukal PAS, bukan kerajaan campuran saperti di Perak dan Selangor itu. Oleh kerana itu MB, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP yang lain kena melihat betapa banyaknya kaum Melayu sanggup berkongsi dengan mereka.

Kalau satu kaum yang dominan begitu merendah untuk bersama-sama menguruskan negara, maka haruslah DAP mangatur semula objektif parti mereka supaya senada dengan realiti kewujudan negara Malaysia. Cakap-cakap besar dan sanggahan saperti yang sering dilakukan oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang keatas PAS hendaklah dihentikan. Hanya dengan perubahan sikap itu akan dapat memanjangkan hayat Pakatan Rakyat yang baru berputik itu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato dan pembahas2


Dah letih la Dato menghadap AAB dengan cakap2nya yg tak pernah nak berenti bermimpi...Yg tak pernah nak mengaku UMNO kalah kerana kelemahan barisan pimpinannya....

Lagi kecewa bila mana ramai pulak Menteri2 baru, org2 baru dlm poiltik (hingus-hingusan) dah nak tunjuk hero, jd penyokong tak berbelah bagi kat AAB, sanggup kritik dan kutuk TDM pecah belahkan UMNO konon mereka tu lebih sensitif dengan isu2 melanda UMNO sekarang ni...Kalau lah pemimpin2 la ni bukak minda, mata dan telinga, mungkin tak de la kebutaan dan ketulian mereka tu...

Dah penat tengok soap drama AAB dan pelakon2 nya...

Mohon izin la ...sy nak masuk kuliah didik anak2 bgsa supaya jgn jd Melayu mudah lupa!

Assalamulaikum

Anonymous said...

For goodness sake, just let Pak Lah
do his job and if he can't do it well enough he will be gone. IMO, mahathir should remains retired, Ku Li should not take advantage of the situation though I doubt he can win the presidency anyway. And for anwar/opposition do your best to govern the 5 states and after 5 years you will see what the people want. What's the use of 'persuading' those BN MPs to cross over only to be voted out 5 years later? Thanks for reading.

Anonymous said...

Ini bukan tuduhan melulu, lagi tidak berasas, tapi kita tunggu dan enjoy sahajalah kalau ada lagi ketidakmunasbahan kata-kata dan tindak-tanduk yang akan kita saksikan pada masa akan datang.

Rafidi said...

Komen Pak Lah amat lengkap. Semua orang bersalah termasuk DR Mahathir, Ku Li, DS Anwar, ahli-ahli UMNO dan sebagainya. Bagi saya, kekalahan UMNO adalah disebabkan oleh dasar yang diamalkan (kenaikan harga barang - kelemahan komunikasi utk penerangan), Pemilihan calon-calon, dan grape wine - khususnya berkaitan Khari (KJ). Kenapa Pak Lah kurang menyentuh perkara yang berkaitan KJ. Kalau fitnah, buktikan bahawa perkhabaran itu sebagai fitnah supaya senang kita sebagai pengikutnya membuat pegangan.

Anonymous said...

Dato.

Kita tidak faham apakah Pak Lah ni memahami sifat kepimpinan yang bertanggongjawab. Bukan kah dia PM, presiden UMNO dan Pengerusi BN. Apakah dia memahami faktor-faktor yang disebut beliau itu terletak kepada kepimpinan dia yang lemah!! UMNO hanya salah satu parti yang dipilih rakyat. Jangan dia fikir semua orang Melayu orang UMNO. Yang tidak memangkah UMNO itu rakyat bukan orang Melayu saja.Jadi, sebagai pemimpin Melayu yang Islam ada sifat malu, betanggongjawab dan ada maruah Pak Lah sepatutnya menyatakan " Ya..sayalah punca segala semuanya ini" dengan itu saya dengan rasa bertanggongjawab meletak jawatan PM dan memberikan kepada orang yang bertanggongjawab. Kan itu satu ubat untuk merawat UMNO. Kalau dia sayang kan UMNO dan bangsa Melayu sepatutnya dia berbuat demikian. TK Hang Jebat

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Kalau apa yang saya baca dalam akhbar itu betul, nampaknya SEMUA orang lain yang salah. Yang tak salah adalah......

Saya setuju dengan Khairul Azhar bahawa taklimat pada hari Ahad lalu adalah satu usaha untuk memindahkan kesalahan/beban kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ataupun program ungkit-mengungkit.

Saya rasa kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Saya adalah ahli UMNO dan tidak pernah menukar pilihan saya (boleh check kalau nak..). Insyaallah begitu juga di masa-masa hadapan sekiranya parti ini terus relevan kepada kesinambungan kepimpinan melayu.

Saya tidak takut berkata begini (walaupun muka terpampang dalam blog Datuk) kerana saya sayangkan UMNO. Namun sejauh manakah pemimpin-pemimpin sayangkan ahli-ahli parti yang menjadi tunjang kepada kepimpinan mereka?

Bagaimanakah mereka membalas kasih sayang ahli-ahli ini kepada parti dan pemimpin?

http://c-bok.blogspot.com

Rafidi said...

Umum mengatakan kebangkitan golongan muda berleluasa. Pemimpin harus dipilih dari kalangan orang-orang muda. Ramai meminta supaya Pak Lah bersara. Apa akan terjadi selepas Pak lah?
1. DS Najib - Pasti tentangan akan terjadi lebih hebat berdasarkan khabar angin yang sedang melanda.
2. Ku Li - Kegemilangannya memang tidak dinafikan. Tetapi masih relevankah pada masa kini?
3. DRM - Hampir mustahil, mometum kegemilangannya telah terhenti. Pendakian perlu dimulakan semula dan ini akan mengambil masa.
4. DS Anwar - Kalau mendapat mandat pun ianya lebih rapuh daripada sekarang.
5. KJ - Hampir semua orang mempunyai cerita mengenai beliau (Fitanah atau benar)

Kami sebagai orang bawahan terpinga-pinga untuk membuat pilihan.

Betulkah ungkapan yang mengatakan - UMNO masih relevan dari kacamata orang politik bukan dari kacamata rakyat?

Pihak yang bertanggungjawab harus membuat sesuatu. Peranan Kementerian Penerangan dan Penerangan UMNO mesti memainkan peranan hakiki mereka untuk kepentingan negara dan parti bukan diri sendiri. terima kasih

Unknown said...

Salam Dato'.
Yang dikatakan Melayu itu tentulah pemalu walaupun banyak waktu yang lain ingin digelar jaguh. Istilah 'baling batu sembunyi tangan' mungkin tidak muncul dalam korpus peribahasa Melayu lama kalau bukan itulah nilai tradisi kita. Mungkin jaguh Melayu baru caranya begitu. Kita ingin jadi pemimpin, tetapi kita malu berjuang. Maka diupahlah orang dengan wang ringgit untuk memilih kita, selain mengupah orang lain menarik diri dari bertanding. Upah adakalanya bukan wang, boleh jadi ugutan secara diam. Maka berdirilah orang-orang itu dalam hierarki tinggi parti, dengan sombong mendakwa mereka pemimpin. Mereka memaksakan orang lain menerima idea mereka, walaupun adakalanya dilihat sumbing. Mereka terlupa, mereka bukan dipilih masyarakat banyak, mereka hanya terpilih oleh mereka yang berhajat dengan projek, kuasa dan pengaruh. Malang, bila mereka terduduk jatuh, mereka salahkan orang bawah, rakyat yang miskin. Sedangkan rakyat ini tidak tahupun kewujudan mereka sebagai pemimpin.

Banyak contoh berkaitan dasar kerajaan yang tidak pun melambangkan dasar untuk rakyat. Misalnya, dahulu kita sibuk dengan "Agro-Tech' dan 'Bio-tech". dasarnya baik kalau dilihat nama Inggerisnya. Tapi sampaikah ke kumpulan sasar. Pak Mat yang sejak remajanya menanam padi, menoreh getah dan menternak lembu tahukah maknanya dasar itu? Kalau dia mahu membiotech pohon getahnya atau mengarotechkan padinya, dengan siapa dia harus bertemu? Dari jabatan mana dia perlu dapatkan nasihat. Sampai sekarang, kalau ditanya para petani di Kedah atau Perlis sudahkah mereka memodenkan pertanian mereka, mereka jadi keliru. Benihkah, bajakah, mesinkah atau apakah? Jadi, akhirnya dasar boitech dan agrotecgh hanya memanfaatkan kumpulan pemodal yang tahu selok belok bisnis, pandai menghasilkan produk kesihatan dan dijual melalui skim MLM. Yang kaya dan kenyangnya 'orang-orang itu', dan mereka yang ada kepentingan dengan 'orang itu'. Rakyat melopong.

Mahu jadi pemimpin, perlu banyak belajar. Nasihat untuk semua yang berhasrat jadi pemimpin bacalah buku budaya kita. Kalau malu membaca buku bahasa ibunda dan dikatakan ditulis orang Melayu, boleh baca buku Gary Yukl.

Anonymous said...

Dato,

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan dan tidak boleh menerima kritikan dari pengkritiknya terhadap kelemahan dirinya.”

~George Washington Carver~

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk dan semua pendebat

Teringat kata pepatah "tak tahu menari dikatakan papan berjongkang jongkit" . Ini lah sikap Peminpin Umno yang saya rasa tak akan padam

Pelik dan sungguh pelik saya rasakan Peminpin Umno masih tak mengaku kesilapan dan suka menyalahkan orang lain. Kepada Pak Lah mudah sungguh awak menyalahkan orang lain dengan mengatakan kekalahan Umno disebabkan sabotaj. Nampaknya awak dah tak percayakan ahli awak sendiri dan dengan terang-terang awak mempermainkan orang yang selama ini menyokong awak. Kalau awak tak percaya kepada penyokong parti yang awak pimpin tak susah bagi ahli umno sendiri tak percayakan awak. Malahan kepercayaan ahli umno kepada awak memang dah ZERO.

Kalau ya sekalipun perbuatan sabotaj...pernahkah awak terfikir sebab apa. Kalau orang buat sabotaj tentu ada sebab.

Kepada semua ahli umno diluar sana. Ingatlah pemimpin sendiri dah terang-terang menuduh ahlinya dan tidak percaya kepada ahlinya.. Adakah kita semua masih nak jadi tunggul.

Kepada Pak Lah jangan jadi orang yag bodoh sombong..atau cerdik tak boleh diikut..bodoh tak boleh diajar..

Anonymous said...

Salam semua,
Hari ini saya malu mengaku Melayu. Patutkah seorang PM tuduh org Umno sabotaj jadi sebab kalah? Bagaimana dgn kerusi MCA, MIC, Gerakan yg kalah tu, nak disalahkan org Umno jugak ke?

Kalau betul pun teori sabotaj tu, takkan daripada 13 negeri, 5 jatuh lepas drpd BN. Nak kata sabotaj juga ke. Cetek sungguh analisis PM kita ini.

Benarlah hypothesis yg saya buat 3 minggu sudah iaitu 'sense of denial' oleh PM & Umno adalah menyebabkan mereka kalah, dan bila kalah terus berada dlm 'sense of denial'.

Saya bimbang dgn Umno yg dulu telah byk berjasa pd org Melayu spt saya, risau sama ada Umno masih lagi relevant.

rocky said...

dakj,

"Bukan sifat Melayu atau mana-mana bangsa pun baling batu sembunyi tangan."

Surat layang is a Malay phenomena? No? well a malaysia boleh phenomena.

anyway I do like the Pak Lah i saw yesterday on tv. He is not silent anymore and that is what we need.

Fizisma said...

Salam Dato ,

Ini akan menambahkan lagi kehangatan dengan Pak Lah Yang silap berkira , menembak
satu peluru 3 musuh .Seingat saya untuk statement macam tu lebih baik dia Bagi pada Najib
atau Mike Tyson (yang dah tau pak turut) , mungkin depa pon tak mau cakap kot. Bila Pak Lah
yang buat komen

Nampak sangat la kurang ilmu nya.Mungkin inilah alasan yang dapat diberikan oleh orang Pak
lah Sebagai jawapan kekalahan di dalam PRU12.Jawapan ini mungkin bukan dari idea Khairi .
Dengan kelemahan Pak Lah + Najib , mungkin Rakyaat melihat perkembangan ini serperti menanti
gunung yang akan meletup .

Apa pon kita tunggu dan lihat sendiwara tahun ini yang kian menarik …
Kami Melayu kami sedar diri Cuma yang punya kuasa saja lupa diri .

Peduli mereka yang menghentam Dato teruskan perjuangan dengan cara Dato’

Wasalam

Anonymous said...

Dato'

Pak Lah sedang memberi gambaran minda strategi politiknya yang amat tidak "consistent or erratic". Ini akan membawa kesan yang amat buruk kepada parti umno dan seterusnya kerajaan BN itu sendiri.


Sun Tzu said:
Leader who takes on the role of the
commander, without understanding
the strategy of warfare invite defeat.

ando

Anonymous said...

Budaya pointing fingers instead of problem solving to find the real root cause is the recipe for disaster for any organization. Adakah Pak Lah akan dapat menyelesaikan the real root cause of the problem dengan menghukum ahli2 yang dikatakan sabotaj? Soalan2 beginilah yang selalu menyebabkan rasa gelisah rakyat biasa terhadap kemampuan kepimpinan negara sekarang. Is he competent enough or just half-competent???

Anonymous said...

Dato' dan Perayap sekalian,

Teringat satu cerita masa saya kecik-kecik dulu. Atuk saya lepas mengajar megnaji selalu akan bercerita. Agaknya nak ambil hati saya yang selalu kena sebat bila salah bacaan dan lagu dalam mengaji.

Dalam banyak-banyak cerita entah mengapa kebelakangan ini cerita ini yang menarik hati untuk dikongsikan.

Kisah seekor keldai. Keldai ni makin dipukul makin degil ia. Pukul la macam mana pun oleh tuan ia, ia akan keras tidak berganjak.

45 tahun yang lalu...saya tak faham kenapa aruah Atuk bercerita kisah tu. Tapi kini saya dah faham dah.

Terima kasih

KEDIDI

Anonymous said...

Tok,

Tu kerja orang penakut. Jangan dok layan la orang penakut ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Perdana Menteri Pak Lah, baru melontarkan beberapa fakta dan haknya mengenai kepimpinan beliau sebagai perdana menteri jangan disalah ulas oleh Warga malaysia.

Pak lah baru hendak mensinambungkan apa yang telah diperjuang dan di bina oleh perdana menteri sebelumnya.Apa yang dilakukan oleh Pak lah baru bermula dan jangan disamakan dengan kejayaan dan kegagalan Tun Mahathir dan perdana menteri kita sebelum ini.

Mengapa harus kita sebagai warga Malaysia terlalu cepat mengukur dan mahu mempertikaikan kerja Pak Lah? Sebagai PM kita tidak tahu apa yang digerak dan di rancang untuk diterjemahkan kepada perjuangan memartabatkan Melayu dan membina negara Malaysia maju dengan pengamalan kongsi kuasa pelbagai kaum.

Kita tidak boleh menjaguhkan sesiapa sesuka hati samada Pak Lah dan pemimpin sebelum ini atau pemimpin parti pembangkang.

Sikap kritik jangan sampah menepek najis fitnah kepada sesiapa akhirnya orang kita yang rugi.

Saya yakin politik UMNO atau politik orang Melayu memerlukan gelora dan konflik. Ianya akan mengajar kita semua terutama golongan pemimpin dan amnya rakyat Malaysia agar menghargai semua sudut dan semua pihak.

Kekalahan dan kemenangan dalam pilihanraya cuma ukuran dan penilaian kepada semua pihak samada parti pemerintah maupun parti pembangkang dan golongan serpihan.

Saya yakin pak lah bukan golongan yang suka menabur fitnah dan menuding jari kepada orang lain....Alhamdulilah kita memiliki PM yang bersifat sedemikian.

Anonymous said...

sekarang sudah menjadi trend yang saya rasa tidak sihat, baling batu sembunyi tangan. Semua bloggers akan kena tempias orang yang tidak beradab yang berani masuk rumah orang dan memaki hamun tapi memakai topeng.
kalau tak setuju, pemimpin hadhari kita dah menunjukkan contoh, jawap macam dia penuh beradab.
Mahu tak mahu saya kena mengaku bahawa Pak Lah ni ahli politik yang baik.
Sebab salah satu kriteria nak jadi ahli politik, muka kena tebal, telinga tak boleh nipis dan mempunyai muka seposen.
Semua ahli politik macam ni, termasuklah TDM, Ku Li dan DSAI.
Wa caya lu Pak Lah. Tapi sikit-sikit sudah lah.

Pak Lang Rembau said...

YBhg Dato',

Itu memang kerja 'gurkha' UMNO maki hamun, sumpah seranah dan carut marut. 'Gurkha' maknanya askar upahan (dalam tentera British), jadi gurkha UMNO ni jugak dibayar untuk buat kerja maki hamun tu. Mereka tak berani berhujah depan-depan sebab mereka tak tahu behujah. Seperti juga ketua-ketua mereka tak tahu berhujah menggunakan cerita-cerita lama yang dah basi sebagai hujah. Mengapa tak jawab kata-kata Tun Mahathir point to point? Point yang Tun sebut tahun 2006 pun sampai hari ini tak terjawab. Cerita pasal Ops Lalang...semua orang tahu Tun yang bagi green light sebab dia Menteri Dalam Negeri masa itu. So what? Apa kena mengena dengan kekelahan UMNO PRU 2008?
Kita tunggu bagai nak rak apalah agaknya Pak Lah nak sebut Ahad lalu. Rupanya nak cerita pasal orang sabotaj di 14 kawasan Parlimen. Sebenarnya bukan 14 tetapi ialah 82! Itu Pak Lah tak payah cerita, kita dah agak dah.
Satu lagi...semua orang tahu Ku Li tak boleh buat apa-apa di Kelantan sebab dia bukan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan. Pak Lah cerita apa ni? Kan Kelantan memang ada krisis kepemimpinan? Anuar Musa tak boleh, Tok Pa tak boleh, Awang Adik lagi tak boleh. Alih-alih Ku Li yang kena tuduh tak membantu memenangi Kelantan. Hujah Pak Lah dah tak tentu arah ni. Dia pakai peluru penabur...semua di tembaknya kecuali diri sendiri dan menantunya.

Anonymous said...

Salam Dato'

Bermacam-macam kerenah yang dato' siarkan.. syabas.
Sebagai seorang yang mempunyai prinsip serta etika hidup dan bukan pengampu , saya harap dato' akan terus menghidupkan laman blog ini dengan komen yang pro dan kontra setiap isu yang di utarakan oleh dato'.
Jika di lihat dan diamati ulasan Pak Lah tentang kekalahan BN (baru mengaku tetapi sebelum ini kata BN masih menang besar)ianya adalah disebsbkan ramai ahli UMNO yang berpaling tadah dan bukan masalah dari kepimpinan beliau ianya agak melucukan kerana PM masih menerima maklumat risikan yang tidak tepat tentang kekalahan tersebut.
Maklumat risikan dari ketua-ketua bahagian UMNO yang masih mengampu beliau sepatutnya tidak diterima bulat-bulat kerana ketua-ketua UMNO inilah menjadi barah kepada UMNO bukan dari masalah ahli UMNO.
Turun keperingkat cawangan dan ahli bawahan dan selidik untuk mengetahui masalah sebenar kekalahan tersebut.
Menuding jari kearah orang lain seperti Dr M, Ku Li dan Anwar adalah untuk menyelamatkan karier politik sendiri adalah bukan tindakan terpuji kerana rakyat/pengundi tahu sebelum PRU 12,PM pernah berkata bahawa Anwar dah tak da taring dan mungkin PKR akan berkubur dan semua pengampu beliau pun melaporkan perkara yang sama.
Dr M dan Ku Li pun bukan mampu mencorakkan senario PRU 12 kerana mereka berdua ni kalau berceramahpun entah berapa kerat yang nak dengar sebab dah tak relevan lagi.
Orang-orang kampung di kawasan saya, mereka tak kisah pun politiking atau masalah pentadbiran PM/UMNO ,tetapi yang menyebabkan mereka marah bila semua barang naik harga disebabkan kenaikan 30 sen petrol oleh Pak Lah.
Kemudian dijanjikan pemansuhan yuran sekolah, rata-rata orang kampung memikirkan nilai yuran yang mencapai ratusan dimansuhkan tetapi hanya RM 4.50 je.
Kalau setakat RM 4.50 dimansuhkan, tak payah la. Buah kelapa sawit yang lerui dari tandan jer boleh bayar.
Memanglah pada zaman Dr M kronisme, nepotisme, korupsi dan lain-lain ketakdilan amat subur tapi bila Pak Lah ambilalih kenalah cantas semua tu, sebaliknya terus mekar amalan tersebut dan tiada tindakan diambil untuk membaiki kepincangan yang di tinggalkan Dr M.
Pendekatan yang di ambil oleh Pak Lah seperti yang di siarkan dalam sidang media semalam akan menyebabkan UMNO menghampiri proses kematian, lepas ni dimandikan, di kapankan, di solatkan,di kebumikan dan akhirnya talkin untuk UMNO/BN.
Kita tunggu dan lihat ajelah ...ye Dato'.

Anak_Parit

Unknown said...

Masih adakah rakyat Malaysia percaya cakap Abdullah?

Anonymous said...

Dato' AKJ,

Terima kasih memberi laluan.

Sekali lag saya berpendapat, DSAAB/PM MESTI MELETAKKAN JAWATAN DAN BERUNDUR. Saya ulangi, meletakkan jawatan dan berundur.

Beliau dilihat sangat lemah dan tidak berkarisma.

Sekian,

Mahkota

mn said...

A.kum Datuk,

1. Datuk, Bagi saya mereka-mereka yang mengirim komen tanpa nama(anonymous) serta suka maki hamun...mereka ini juga adalah 'Beruk'?

2. Memang beruk perangai dia suka baling kacang sebunyi tangan.

3. Sebenarnya beruk-beruk ini dalam mana-mana parti pun ada tetapi ramainya dalam Umno dan PAS. Ini saya dapat kesan dalam blog saya. Itu sebab saya dah beri 'Amaran Keras' kepada mereka?

4. Saya tahu beruk-beruk ini mereka nak sokong parti mereka(Umno@PAS@PKR). Tetapi mereka tak tahu nak buat macam mana...?Sepatutnya kalau dah pandai sangat buatlah blog sendiri. Kemudian pertahankan parti yang dia sokong dan belasahlah parti yang dia tak sokong.Itu baru betul nak jadi penyokong sesebuah parti.

5. Datuk jangan pedulikan mereka ini, biarkan..lama kelamaan saya percaya ada diantara mereka yang akan menjadi gila sebab komen mereka kita tak siarkan.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

assalamualaikum datuk kj...
terima kasih kerana menjadi guru saya..
teruskan menulis.


anak melaka

Anonymous said...

Salam Dato'

UMNO sentiasa bermegah dengan lebih 3 juta keahlian. Apabila isu sabotaj ini ditimbulkan oleh Dato' Seri PM, satu realiti yang ingin saya timbulkan ialah berapa peratuskah dari 3 juta ahli itu yang benar-benar hidup dan matinya dengan UMNO. Satu contoh yang ingin saya berikan, ibu-bapa saya adalah penyokong kuat PAS dan saya masih ingat kedua-dua mereka pernah menjadi ahli UMNO, mungkin kerana pada masa itu mereka masih penjawat awam. Saya telah menyemak nama mereka secara online di http://www.ahliumno.com.my/ dan kedua-dua mereka masih tersenarai sebagai ahli UMNO. Ini tidak termasuk ahli-ahli yang berdaftar kerana terpaksa mungkin kerana hendakkan bantuan ataupun yang didaftar tanpa disedari. Saya pasti peratusan ahli-ahli sebegini amat besar dan saya juga yakin Ibu Pejabat UMNO tidak pernah memantau keahlian-keahlian ini. Oleh itu satu persoalannya kalau ahli-ahli yang seperti ini yang sememangnya bukan pendokong UMNO dah telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lepas, adalah ini juga dikira sabotaj?

Toncet Biru

Anonymous said...

Salam dato,

Pada pendapat saya PakLah berjasa besar dalam melonjakkan lagi roh reformasi yang telah dimulakan oleh mantan TPM.

Kelemahan peribadi Paklah sebagai orang nombor dan kemenangan besar PR telah menggugat zon selesa pemimpin UMNO.

Rakyat mendapat manafaat yang besar daripada peristiwa ini; mereka sudah berani bersuara dan blog-blog baru dibina untuk meluahkan pendapat mereka.

Arus limpahan reformasi sudah tidak boleh disekat lagi.

Reformasi juga akan berlaku di dalam PAS. Zaman retorika daulah islam sudah berlalu. Pemimpin PAS menanti kecaman-kecaman daripada pendukong yang mereka telah didik selama ini kerana PAS sedang menanggung beban mengurus 3 buah negeri sekular.

Teruskan memberi pendapat dato...

Mindamerdeka blog

Azman said...

Y. Bhg Datuk AKJ,

Well done and well said about our farmers and fishermen. It is not from those inconsiderate, selfish, dim-witted Malays that we expect our dinner, but from that benevolence of the farmers and fishermen which we can enjoy our lives today.

Carry on Datuk. Your superiority in writing is of great instrument in building ambition for the people.

Never mind those people as whoever speaks without modesty will find it difficult to make his/her words good.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

ahlil nujum said...

Assalaamualaikum Dato' AKJ,

Nampak spt Pak Lah echo statement Shabery Cheek last Friday.. but a step further.. dgn menambah bilangan bakal musuh within umno members bila dia kata akan ambil tindakan 'tegas' ke atas mereka yang sabotaj parti..

Tindakan yang tepat untuk kukuhkan kedudukan pemimpin, bukan kukuhkan umno..

Kenyataan menghentam orang lain tanpa mengakui kelemahan & kepincangan dalaman amat menjengkelkan bukan saja ahli yang cerdik, tapi juga rakan komponen bn..

Dari sedih jadi marah, dari marah bertukar fed-up.. sekarang rasa nak give-up.. itulah luahan hati sebilangan mereka kpd saya.. dan saya akan sentiasa bersedia membimbing mereka ke 'jalan yang lebih lurus'..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'
Semalam saya berkesempatan menonton Berita jam 8 di saluran TV3. Saya sungguh hairan melihat seorang yang tampil di depan TV saya dengan perasaan yg membuak buak serta wajah yg sungguh kusut membayangkan penderitaan & pedih hatinya yg dah tak tertanggung. Saya dah lama tak lihat wajah pemimpin di TV sebab saya balik ke Malaysia pun sekadar bercuti. Saya engineer yg bertugas di Bahrain dgn salah sebuah syarikat Swiss.

Pada saya kenyataan Pak Lah semalam menjatuhkan airmukanya sendiri. Saya bukan penyokong mana mana parti tp setelah melihat & mendengar kenyataan Pak lah semalam saya jadik bertambah yakin there is something secial about Dr Mahathir, Ku Li & Anwar sehingga isu yg mereka bawa sangat mengganggu Pak lah.

Saya tak melihat kekalahan BN dm PRU12 sebagai satu sabotaj kerana pada saya samada Pak lah tidak memahami maksud sabotaj atau sengaja membuat "disinform" kepada public untuk mengaut kepercayaan public semula. Pada saya kekalahan BN lebih bersifat "protest" dari ahli BN & UMNO. Saya tak percaya sabotaj adalah jargon yg sesuai utk dijadikkan ayat propaganda Pak Lah semata mata utk spin more confidence pada rakyat. Pak Lah gagal meghayati political ambiance nya sendiri sehingga memaksa dirinya bersetuju dgn political connotation yg diberi oleh penasihat yg samada mediocre atau terlebih empuk. Dommage mon ami !

Pada saya mustahak utk Pak Lah memahami public opinion. Public opinion is the most significant long term force in politic. Rakyat dah bersuara, Pak lah kena terima hakikat protes rakyat ini. Buat research yg lebih mendalam kemudian come up with good evaluation and then ubahlah stretgies & tactics yg lebih bersesuaian.

Jgn terlalu mencari salah orang. Semalam di mata saya, Pak lah lebih berminat utk "find faults" dan bukan "find solutions".

Kalau posting saya ini dibaca oleh Pak Lah, saya ingin berpesan, bawalah Melayu ke jalan penyatuan. Sekira Pak lah perlu berkorban utk melepaskan jawatan demi penyatuan Melayu, lakukan lah.

At this juncture org UMNO lebih memerlukan parti mereka drp Pak lah. SAVE UMNO or SAVE PAK LAH ???? choose !!!

Anonymous said...

Salam Dato',

Pak Lah menunjukkan denial symptom yang maha hebat.

Manusia yg tidak mahu mengaku kesalahan sendiri sentiasa akan memberi seribu satu alasan untuk menegakkan benang yang basah.

Sabotaj Lah, internet menuduh melulu Lah, itu Lah ini Lah dan macam2 Lah.

Semua tabiat buruk dan decision yg salah yg dibuat UMNO sebelum dan selepas PRU are a self destruction. Yang terbaru apabila Dato Azalina membatalkan MoU tourism dgn state.

Saya hanya nampak UMNO akan lupus sama sekali jika ini lah kepimpinan yg mereka laksanakan.

Maka berlinanganlah air mata orang Melayu melihat istana turun temurun hangus dijilat api.

Rizalman Mokhtar said...

rizalman..
Pak lah dah bercakap benar.kekalahan Bn adalah tanggungjawab semua termasuklah dirinya sSya kira pembangkang tidak kuat, masalahnya adalah kerana Bn tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman Parti..Pemimpin BN( Pak Lah) tidak perlu ditukar sebaliknya tukarlah gaya kepimpinan agar rakyat merasa selesa dan kembali yakin.

Rizalman Mokhtar said...

Pak lah harus terus diberi peluang untuk memimpin dan membetulkan kesilapan..Cuma perlu tukar gaya kepimpinan agar rakyat rasa selesa dan yakin..Dr M kalau benar2 sayangkan Parti Umno bantulah dengan cara memberi komen yang membina dan bukannya komen yang akan memburukkan lagi parti

Anonymous said...

After taking over the reigns of power from Mahathir, PM Badawi is now saying that the rot in the Judiciary began during the stewardship of Mahathir. My question to PM Badawi is, what have you done to stop the rot since you came to power? Are you saying that the Judiciary that we have today is rotten?

Why keep silent all these while Badawi, when you knew there was a serious problem in the Judiciary? Do you know dear Badawi, by saying that the Judiciary is in such a sad state of affairs, puts you in a very precarious position. You must now proof to the Rakyat that your allegations against the Judiciary is with basis and truth. If not, be prepared to face the music from the Judiciary. Remember, dear Badawi, you are not above the law. Whatever you say and do, can be used against you in a Court of Law. I hope you have not made this allegation out of desperation to stay in power and to counter attack Mahathir's salvos against your regime.

anakbuah said...

Dato',

"Ramai yang hantar komen ke blok kita ini menggunakan "anonymous" tanpa sebarang pengenalan atau callsign lain semata-mata untuk maki hamun.
....Guna nama supaya boleh saya siarkan komen anda yang menghentam dan memaki hamun saya."


# Kita kena berani dan bertanggungjawap untuk bersetuju atau untuk tidak bersetuju dengan isu-isu yg kita bincangkan di mana2 blog. Orang yg BACUL dan PENGECUT saja yg baling batu sembunyi tangan begini. Kalau saya jadi Dato', saya langsung tak komen dan delete terus je posting2 drp makhluk-makhluk yg tak berteloq tu - lebih macam budak2!

# Saya rasa sudah sampai masanya Dato' hanya melayan mereka2 yg ada "identiti" sahaja. Maki hamun "unggas-unggas" itu tak usah dilayan.

Anonymous said...

Dear KJ.

Pak Lah menyalahkan DrMahathir.Ku Li,Anwar dan ahli2 UMNO dan Pemimpin bahagian yang sabotag UMNO.Ia tidak menyalahkan dirinya sendiri.

Mari kita lihak apa yang Pak Lah lakukan sabagai Perdana Menteri yang menyebabkan ramai orang hilang keyakinan kapadanya sabagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.

Kelemahan nya yang jelas ialah;
1-Ia malas membaca dan takut untok menghadapi dan menyelesaikan problem yang timbul.Semuanya ia tolak kapada Najib untok menyelesaikan.Cuba lihat berapa banyak cabinet comittee yang di pergerusikan oleh Najib hampir 30.
Masaalah Hindraf,masaalah ugama Islam,masaalah BERSEH,masaalah scomi dan kontrek kerajaan boleh diselesaikan dengan mudah jika ia berani berdepan dengannya.Ramai ahli2 kabinetnya berani main2kan nya.Tidak pernah terjadi di dalam sejarah pembentokan kabinet yang menteri menolak jawatan salepas di umumkan.
Pelantikan menteri besar Perlis dan Terangganu juga menunjokan ynag Pak Lah sah PM yang lemah.

2- Waktu pilehan Raya,Pak Lah sabagai President tidak dapat mengendalikan dengan baik.Soal calun yang di tukar sawenangnya.Shah Alam.Bukit Gantang,Baling,Balek Pulau,Sungai Petani.Merbok tidak akan kalah jika calun2 nya di ambil dari bahagian.Siapa nak di salahkan,Najib,Radzi atau ketua bahagian.
Bila boss SB hendak memberi breifing dan update tentang election,dia suroh brief Kamaruddin dan Khary,anak dan menentunya.Akhirnya problem tak di selesaikan.Mengikut SB,BN tak patut memangil election kerana keadaan di bawah amat sukar.Ia tak mahu dengar nasehat ini kerana fung sui masternya berkata kedudokan bulan dan bintang sekarang amat sesuai untok mengadakan election.Ia terlupa pada waktu tarikh election di umumkan ia nya dalam bulan safar.Bagi orang Merlayu ia nya bulan sial.Orang2 Kedah pada bulan safar pergi di Pantai Merdeka untok mandi tolak bala.

c-Kerana terlalu taksub dengan no 13.maka ia benarkan kempen di jalankan salama 13 hari.Pada waktu Mahathir jadi Perdana Menteri ,paling maksimum ia benarkan kempen salama 8 hari.Ini memberi peluang yang luas untok pembangkan mengasak BN.

d-Masaalah Perjalanan Pilehan Raya itu sendiri banyak boleh di persoalkan.Soal wang Pilehan Raya yang tak sampai kabawah.Soal bagi Post dated cheque,soal silap print Poster Pilehanraya,soal manisfesto yang tak sesuai dan soal pembatalan daawat pilehan raya.Semua keputusan di buat sacara flip flop.

Perlu di sebut di sini soal pembatalan daawat Pilehan Raya.Ia nya merupakan satu issue yang besar dan melibatkan credibility kerajaan.Pembatalan di buat debgan bagitu mudah.Sebab yang di berikan oleh AG amat memalukan kerajaaan.Ini menunjokkan kerajaan tidak membuat home work dahulu.Polis atas arahan IGP telah menangkap 4 orang yang di tudoh cuba menipu membawa masok daawat dari siam.Kenapahingga hari ini mereka tidajk di bawa ka mahkamah.Cerita yang sabenarnya penarekan daawat itu merupakan satu drama yang di mainkan oleh Pak Lah.Tan Sri Rashid,Dato Yaakop ,Tan Sri Musa dan Gani Patail dan ketua2 parti komponent BN yang merupakan pelakon tambahan.

Parti Pakatan Raayat amat gembira sekali jika pAK lAH TERUS MENGETUAI BN.Si Lunchai dengan labu labunya.biarkan biarkan ia tengalam.

Salam.

Anonymous said...

yg brbahagia datuk...
nampaknya senario polotik negara kita dah jadi cerita telenovela.....sadis sangat kan kalau watak 'antigonis' dilebel macam hero,pulak tu watak utama....saya menyampah sesangat dgn watak utama nie,dah iras2 nk kalah pun masih tak sedar diri lagi.sebernarnya jangan salahkan kaum2 sendiri yg sabotaj pilihanraya,salahkan kami rakyat jelata yg telah bersuara.
masih sayangkan malaysia

Kapak Batu said...

salam datuk , sy hairan dengan pak lah ni , kenapa baru sedar yg ahli umno sabotaj parti, kami semua dah tahu lama ........... pak lah pak lah

IbnAbdHalim said...

A'kum!

Mana ada orang gila mengaku gila? Kalau ia mengaku bermakna ia tidak gila. Itulah sikap manusia. Manakan mahu ia mengaku dirinya lemah atau bersalah. Telunjuk senantiasa menuding.

Yang lucunya kalau tak silap saya Pak Lah menyalahkan Ku Li kerana kekalahan UMNO/BN di Kelantan pada 1990. Apalah punya samdol punya PM. Bukankah ketika itu Ku Li memimpin Semangant 46?

Anonymous said...

Salam Datuk

“Anonymous” tanpa sebarang pengenalan atau callsign lain semata-mata untuk maki hamun

Mereka ini adalah orang2 yang tak bertanggung jawab, tidak berilmu dan kurang daya memikir. Tidak hairanlah, maka mereka meluahkan kata2 yang kesat (kurang ajar) yang mana articles Datuk tidak memehak kepada mereka. Inilah gejala2 negetif yang di-amalkan oleh pemimpin2 UMNO, akar2 umbi and juga rakyat yang membuta tuli memehak kepada UMNO. Barangkali, sebilangan drpd mereka telah terse-pit kerana sumber kewangan yang haram selama ini di-perolehi akan terjejas.

Balek kepada kenyataan PM AAB sebab2 menurunnya prestasi UMNO PRU12. Mereka harus menilik (serious soul searching) akan diri mereka apakah punca kelemahan2 yang ada dan di binchangkan (thorough brain storming) atau musahabah diri secara terbuka dengan ADUN2 dan akar umbi. Sudah sampai masa nya AAB mendapatkan “professional advices” drpd pakar2 sama ada dalam atau luar negeri. AAB boleh merujuk kepada Mufti2 di Malaysia yang bertauliah dari University Al-Azhar ynag mana mereka peka dalam banyak bidang termasuk dalam bidang philosophy, political science, ilmu falak, mantik dan lain2 lagi. Saya di-fahamkan, Mufti 2 ini telah bermastautin di Univ Al-Azhar tak kurang drpd 15 tahun dan juga telah di lantik sebagai pensharah di Al-Azhar.

AAB dan ADUN2 mesti buang sikap angkuh (put aside your pride) mereka, melatih “good listening skills” dan lengkapkan diri mereka dengan ilmu2 yang memberi menafa’at untuk diri mereka dan rakyat.

Pandangan saya, apabila sesaorang itu yang telah memakan hasil haram, maka gelalplah hati mereka tidak tahu membezakan antara baik dan buruk. Apabila seketul daging (hati) didalam tubuh sesaorang rosak maka rosaklah segala anggota badannya. Maka timbullah perangai2 yang hina di-amalakan oleh mereka untuk kehidupan harian mereka.

Musuh yang paling kita takuti ada didalam diri kita. Kita mesti hapuskan perangai kita yang buruk lagi hina yang menyelubungi dihati kita. Baliklah kepangkal jalan, hayati ajaran Islam dan laksanakan apa yang telah di pelajari. Tidak ada guna nya kalau kita mempunyai doctorate degree serta memegang jawatan tinggi tetapi berperangai buruk dan tidak dapat melaksanakan amanah rakyat. Makan rasuah, fitnah, menindas antara satu sama lain, pembohong, memutar belitkan ajaran Islam adalah amalan regime Zionist.

UMNO tidak akin pulih dan berkembang selagi pemimpin2, adun2 dan akar umbi yang ada di dalam parti sekarang tidak melaksanakan ajaran Islam

Memohon ma'af kalau ada kata2 yang terlanjur sebab saya ini budak bahru belajar lagi bodoh.

Wallahu’alam

Anonymous said...

Salam Dato' & pembaca..

Mengucap saya sambil mengurut dada bila baca apa yang Pak Lah sebut dalam perjumpaan di PWTC..

Self-denial Pak Lah sudah sampai maksimum.. Adalah jugak kebenarannya kata2 Pak Lah mengenai Tun M dan Ku Li.. tapi yang salah dia sendiri, dia tak sebut? Oh ya, saya pun salah.. salah pilih calon.. salah timing buat pilihanraya, salah fokus isu2.. salah tak cold-storage khairy awal2.. salah tak selesaikan masalah hindraf.. salah tak tukar MB2 yang problem..

Bilakah Pak Lah nak mengaku (mungkin sedar tapi still self denial) bahawa dia tidak cukup kemampuan intelek dan fizikal untuk menjadi PM Malaysia?

I cannot bear this anymore lah.. Allah bagi amaran Tsunami kali nih, kalau masih sombong, bongkak dan hidup dalam dunia penipuan yang dicipta sendiri - there'll nothing left about UMNO to be save..

Anonymous said...

There are lots of reasons why BN failed to record 2/3 majority win in the last general election. I have discussed this in my blog. Feel free to visit my blog at: -

http://www.rozaimims.blogspot.com

To me, when Pak Lah said that BN had recorded big win during the PRU12, that was not more than just to comfort himself, as I strongly believe that he is fully aware of the fact that BN can be considered lost the PRU12. Just look at how he and the DPM reacted the night when the PRU12 result was annouced. Was that the face of the winner or the loser?

underBear said...

assalamualaikum dato'
kenyataan PM kita adalah sngt2 memperbodohkan diri sendiri.adalah patut kita katakan dia begitu 'kalot' dgn kedudukannya sekarang.terlalu 'kalot' untuk mnutup kesilapannya.
kenyataan yg begitu pd pmikiran sy,kanak2 darjah satu boleh berfikir. cakap muhong.
aritu kata menang besar
arini kata kalah teqok
mana satu betoi ni?
aduh...pening.
jd,itu sudah cukup utk kita rakyat malaysia.menilai sendiri.
pak lah,xperlu lah mgubah kesalahan kpd orang lain.

-sayang umno-

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Bagi saya dan juga rakyat kebanyakkannya tidak setuju unsur sabotaj adalah masalah UTAMA kekalahan BN pada PRU12 lepas.

Apa yang dinyatakan Oleh PAKLAH hanyalah satu alasan untuk menutup kelemahannya sendiri. Ini kerana di masih buat2 tidak sedar akan kesilapannya (terlalu banyak untuk dikatakan)sendiri. Saya percaya Rakyat pada masa ini MEMANG sedar akan kelemahan pemimpin kita ini. Bagi rakyat tugas UTAMA telahpun selesai dikertas undi. Saya percaya keputusan rakyat ini SANGAT rasional dan BIJAK. SEKARANG ini, apa yang rakyat mahukan adalah PERTUKARAN pemimpin yang berwibawa serta ikhlas dalam memperjuangkan HAK rakyat terutamanya orang MELAYU. Seorang Pemimpin yang sederhana tetapi KAYA dengan kebijaksanaan dan keadilan.

Bagi pendapat saya, pengumumam PAKLAH itu bukannya dapat menyelesaikan masalah dalaman UMNO itu sendiri malah akan bertambah parah. Bahagian2 UMNO yang dikatakan telah mensabotaj parti akan diambil tindakan. Beginikan tindakan pemimpin yang bijaksana?
Mereka TIDAK boleh dipersalahkan! Ini kerana Pelihanraya Umum adalah masa untuk rakyat memilih pemimpin. Kalau rakyat sudah TEKAD,MENYAMPAH dan TIADA HARAPAN dengan pemimpin yang ada sekarang, apeapepun itulah mesej JELAS akan kesilapan beliau bukannya Ahli UMNO/BN untuk dipersalahkan. Apa yang PENTING ketika ini ialah menyatupadukan AHLI UMNO/BN DAN Menampilkan Pemimpin Yang berpengalaman, Bijaksana dan dikasihi RAKYAT. Bukannya dihina, dikeji, dimaki HARI-HARI.

Sekian .

AZHARI MOHAMAD NOR
TAMAN MEDAN

Letting the time pass me by said...

Sebagai orang melayu yang selalu bergaul dengan UMNO (saya bukan ahli UMNO), saya lihat banyak beza pimpinan Pak Lah dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini...

Pak Lah pernah menang dengan cemerlang pada tahun 2004 dan kemenangan itu boleh jadi satu ujian...

Walaupun umum menganggap bahawa beliau tidak mampu untuk membawa perubahan, tetapi perjalanan politik beliau amat unik sehingga beliau naik menjadi PM...

Saya kadangkala tertanya-tanya, "doa apakah" atau "apakah amalan" Pak Lah yang menyebabkan beliau seakan-akan dianugerah kerusi PM... atau mungkin doa-doa orang terdahulu yang makbul...

Tetapi Allah maha kuasa... Allah boleh memberi kemenangan dan Allah jua boleh memberi kekalahan..

Kekalahan yang dialami kadangkala merupakan anugerah supaya kita kembali memuhasabahkan diri...

Saya rasa sebagai pemimpin yang menonjolkan imej Islamik, Pak Lah kena buka sejarah Rasullulah, sejarah Khalifah Ar-Rasyidin dan sejarah Salahuddin Al-Ayubi...

Mungkin Pak Lah tak perlu menggunakan Art of War Sun Tze atau cari nasihat yang lain kerana dalam Al-Quran dan Al-Hadis serta sejarah Islam terdapat pelbagai peristiwa yang mengajar kita..

UMNO memang berdepan dengan situasi yang rumit.. kemerosotan dalam pilihanraya yang lepas sememangnya menjadi signal bahawa UMNO perlu kepada kepimpinan yang lebih Dinamik...

Pak Lah juga perlu memahami bahawa boikot adalah satu tanda protes. Pak Lah kena cari sebab kenapa ramai orang memprotes, apa sebab mereka tak puas hati....

Adakah disebabkan mereka susah, atau mereka merasakan pemimpin mereka dah melupakan janji-janji.
Kenapa mereka perlu boikot? Takkan mereka nak boikot suka-suka aje...

Minta maafla kerana panjang pulak komen ....

Anonymous said...

Y.Bhg Dato,

Kepada s.u KJ dan semua orang-orang berkepentingan,

Tolonglah ingat kepetingan Ummah, remuk hati orang-orang bawahan UMNO yang diangap sabotaj. Mereka berkerja, berjuang demi parti yang selama ini banyak berjasa kepada datuk, nenek, moyang dan bakal anak-anak dan cucu mereka, tiba-tiba mereka ini (orang bawahan) yang dikatakan sabotaj dan menjadi punca kekalahan BN. Apa dah jadi dengan si Pak Lah yang kononnya dicop sebagai Encik Bersih? Susah sangat ke nak mengaku akan kesilapan dan kelemahan sendiri. Kalau malam pertama selepas 8 Mac lalu beliau memohon ampun dan maaf kepada rakyat dan ahli parti, sekurang-kurangnya sejuk hati mereka dan ada juga rasa simpati.Ni tidak, makin bertambah angkuh dan sombong jadinya. Orang lain disalahkannya. Mana perginya maruah diri. Kalau akar umbi kata si KJ adalah liabiliti utama kepada UMNO dan BN, tolonglah dengar. Kenapa ditulikan telinga tu. Itulah hakikatnya sebenarnya wahai Si Pak Lah.Orang Kampung dah muak dengan macam-macam isu. Dari minyak naik, barang naik, jenayah meningkat, adik Sharlini dibiarkan, dikerahnya Polis supaya jaga UMNO daripada jaga adik Sharlinie, semua benda ni Pak Lah buat Rakyat Marah. Tapi sekumit maaf pun tak keluar dari mulut beliau. Pak Lah..Pak Lah...Begitulah manusia, makin berkuasa, makin lupa segala-galanya.

-Rupa Tanpa Wajah-
Wakil Orang Kampung

antz said...

Dato,

Cara PM membuat kenyataan (yg saya rasa rationale itu) adalah catatan yg defensif.
Bayangkanlah sesiapa yg berada di tempat beliau?
Sepatutnya,PM harus memnbuat kenyataan ini lebih awal lagi dan bukan menunggu samapi 1 bulan (selepas PRU) baru hendak memberi taklimat.
Maka,kini taklimat ini adalah kenyataan defensif beliau.

Pernah menonton babak peperangan tidak?
Apa yg akan seseorang genaral lakukan sekiranya tewas?
Atau yg lebih relevan perniagaan sesebuah syarikat jatuh secara mendadak?

Mungkin PM ada cara pemerintahannya yg tersendiri,kita secara umum tidak tahu.
kalau sudah jelas,beliau sendiri yg mengatakan ada di dlm PARTINYA sendiri menikam beliau,maknanya itu apa?
Maknanya,kepercayaan mereka pada PM sudah tiada lagi dan mungkin ada sebab (kelemahan/tidak tegas...atau apa pun)

Secara terang,saya tidak setuju org menuding jaring secara melulu terhadap menantunya sahaja.
saya tidak tahu kenapa org sangatlah membenci beliau tak tahu mungin ada tuduhan beliau 'influence' PM (tetapi mana buktinya-ada yang tertera hitam putih)
atau kerana nama menantu kpd PM orang benci?

Saya ini bukanlah penyokong menantu beliau atau hendak menyanggah tetapi kita harus bersikap rationale.
Pada keseluruhannya,tindakan PM untuk tidak melarikan diri dari jawatan adalah murni.
Tetapi,tidak mahu mengaku kesilapan sebagai seorang ketua negara adalah tidak boleh diterima.
Saya sendiri tidak tahu berapa lama belai dapat bertahan lagi dlm jawatan beliau.

sekian

Anonymous said...

Assalamulaikum Dato AKJ dan Saudara sekalian,

Saya rasa ada juga kebenaran dalam ucapan PM seperti UMNO sendiri menjadi punca kekalahan besar seperti pernanan jentera Pemuda dan Wanita Bahagian terlalu lesu dan hanya mahu 'bajet' dan baju/vest/topi/payung sebelum membuat kerja.

Tapi ini juga kesalahan PM dan TPM kerana tidak bertindak sebelum PRU12. Tetapi , juga semngat dalam UMNO memang teruk, kerana dari zaman 80 and 90an, banyak atau kesuluruhan barisan pimpinan mengunakan cara materialistik dan bukanya roh perjuangan itu sendiri.

Renungkanlah...

salam,


ali kota raja selangor

Anonymous said...

Salam dato'
Saya juga tidak berapa setuju apabila kenyataan Dato Seri PM yg cuba menyalahkan pihak-pihak lain. Org2 tua pernah berkata jangan menunding jari ke org lain, kerana ia hanya akan berbalik kepada kita.

(Mengatakan bahawa Tun juga menyekat kebebasan media semasa zamannya boleh dibaca sebagai, "Jikalau Tun boleh sekat media semasa beliau berkuasa, kenapa saya tak boleh?")Quote from khairul azhar

Mungkin zaman Tun dia sekat kebebasan media dan pelbagai lagi keburukan yg Dato Seri PM nyatakan di zaman pemerintahan Tun dahulu, tapi kenapa Dato seri PM perlu ikut apa yg Tun buat, pada saya sepatutnya Dato Seri PM perbaiki apa yg tak betul, bkn ikut juga.

pendapat saya di bawah ini, mungkin off topic sikit..tapi saya hanya ingin meluahkan pendangan

Pada saya kalau ada kuasa mmg tak salah nak tolong keluarga dan kenalan2 rapat, sbb kalau saya ada kuasa pon, sedara mara mintak tolong, mesti la saya tolong mereka…tapi berpada-pada la, jgn sampai lupakan rakyat dan membebankan rakyat.

Pada saya kerajaan kena seimbangkan antara pembangunan dgn masalah sosial rakyat, saya tak pernah dengar pon ade yg kempen masa pilihan raya nak kurangkan penagih, kurangkan pusat hiburan, nak baik pulihkan remaja melayu. Sbb kalau pembangunan saja yg dititik beratkan, tu yg jadinye mat rempit pukul polis, rompak sana, rogol sini.

Saya banyak mendengar dan membaca agar sokonglah parti berilah sokongan padu pada parti. saya amat tertarik dgn padangan mufti perlis kalau tak salah saya, yg menyatakan kita perlu sokong org yg memimpin parti itu bukan parti itu semata-mata. saya amat bersetuju dgn pandangan ini. jgn jadi taat dan setia dgn membabi buta.

Saya masih ingat, kalau tak salah saya kata Dato Seri Adnan Yakob pada pilihan raya penggal 2004, yg menyatakan rakyat perlu sokong parti jgn tgk pada calon. kadang2 saya rasa mcm diperbodohkan saje, bila pemimpin2 keluarkan kenyataan begitu.Macam rakyat tak boleh berfikir secara waras.

Lagi satu pasal filem fitna tu, kalau tak salah saya kenyataan menteri kebudayaan, “kpd pada blogers2 di luar sana, bantu lah utk menolong terangkan perkara sebenar kpd masyarakat dan dunia luar… JGN DOK HENTAM KERAJAAN SAJE.” Pada saya kenyataan mcm ni, mcm budak2…masih nak marahkan rakyat lagi. Kalau nak minta tolong, minta la secara ikhlas. Tapi saya rasa ramai blogers yg bantu, tapi bukan kerana di suruh, tapi atas kesedaran diri sendiri sebagai umat islam.

Kesimpulan saya disini, para pemimpin apabila keluarkan kenyataan, fikir la dulu…kami rakyat bukannya tidak berpendidikan.

Saya minta maaf jika ade kenyataan yg saya tulis tak betul atau misquote. diharap kalau salah di perbetolkan

"Orang Muda 1982"

Unknown said...

Salam Dato',

Kemerosotan perestasi BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu telah diambil kesempatan oleh bekas PM yang lalu, Dr. Mahathir Mohamad, untuk menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan itu.

Mahathir mempunyai agenda yang belum selesai, tetapi beliau terpaksa meletakkan jawatan secara sukarela bila diganyang bertali arus oleh pendemonstrasi reformasi dan menerima isyarat protes yang jelas dari rakyat pada pilihanraya umum tahun 1999 dengan merosotnya undi orang Melayu kepada BN.

Mahathir telah cuba menutup segala kesalahan yang dilakukannya sepanjang 22 tahun beliau memerintah dengan meletakkan segala kesalahan itu atas bahu Pak Lah.

Itulah cara Mahathir, menutup kesalahan dengan kesalahan lain. Akhirnya cara itu jugalah yang telah memakan dirinya, yang membuatkan beliau kehilangan kuasa. Bila kesalahan telah menjadi bertimbun seperti bangkai gajah pasti tidak akan dapat ditutup lagi.

Kita kena ingat Mahathir mempunyai agenda yang belum selesai. Dia tidak akan duduk diam selagi agenda beliau tidak tercapai.

Mahathir pandai berkata-kata, walau nampak lurus tapi katanya berbelit, siapa mendengar pasti terpesona, tidak ada orang yang mampu berhujah dengannya, akhirnya jadilah dia pemimpin yang autokratik. Tidak ada orang yang berani menyanggah cakapnya. Kalau ada yang berani menegur, alamat tidak akan dapat naik ke atas. Akhirnya barisan kepimpinan UMNO dipenuhi oleh pengampu-pengampu beliau sahaja.

Secara ‘sistematik’ beliau telah menguasai badan perundangan dan kehakiman, dan juga secara terancang telah menguasai semua media perdana, pentadbir agensi-agensi kerajaan dan universiti-universiti awam, termasuk juga badan suruhanjaya pilihanraya.

Apa yang beliau lakukan itu sangat menyimpang jauh dari amalan demokrasi, beliau menjadikan demokrasi hanya sebagai topeng sahaja,

Dari masa ke semasa dijemputlah ahli-ahli akademik yang dianugerahkan gelaran professor bagi membincangkan kehebatan manusia yang bernama Mahathir dan projek meganya di media-media elektronik dan akhbar perdana.

Sehingga telah tertanam dalam benak fikiran orang Melayu dan rakyat Malaysia ketika itu, tidak ada orang lain yang boleh menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Malah lebih ekstrim lagi, ada orang yang percaya Malaysia akan jatuh miskin kalau Mahathir turun dari jawatan PM. Pernah di satu ketika dulu, Rafidah Aziz hampir jadi histeria bila Mahathir mengacah hendak letak jawatan.

Mahathir secara terang menolak demokarasi ala barat, beliau sering menegaskan demokrasi mestilah mengikut acuan kita. Tapi yang jelasnya bukan acuan kita tapi acuan beliau sendiri.

Tidak hairanlah kalau pemilihan dalam UMNO telah menggunakan sistem kuota, kerana itulah demokrasi ciptaan atau acuan Mahathir.

Apabila ada orang melabelkan beliau sama seperti diktatator, secara sinis beliau menjawab, beliaulah satu-satunya diktator yang ada di dunia ini yang dipilih melalui proses demokrasi. Memanglah betul melalui proses demokrasi tetapi melalui demokrasi acuan beliau sendiri.

Mahathir telah menyuburkan budaya ampu, calon-calon BN yang bertanding untuk menjadi Wakil Rakyat atau Wakil Parlimen bukan lagi berdasarkan orang disukai rakyat tetapi berdasarkan orang yang disukai Mahathir.

Letak tunggul pun sebagai calon, pasti akan menang asalkan tunggul itu disukai oleh Mahathir. Rakyat ketika itu sudah menjadi macam lembu yang langsung tidak boleh berfikir.

Walaupun barisan kepimpinan yang berada disekeliling Mahathir ketika itu sering dikaitkan dengan perkara-perkara salah laku dan tak bermoral seperti rasuah, kaki perempuan dan terlibat dengan jenayah, tetapi tidak pernah dilakukan siasatan atau pendakwaan selagi mereka patuh kepada telunjuk Mahathir. Kalau pun terpaksa disiasat, Mahathir akan kata kepada rakyat, seseorang itu tidak boleh disabitkan kesalahan selagi dia tidak diputuskan sebagai bersalah oleh ‘Makamah Malaysia’.

Akta rahsia rasmi telah digunakan untuk menangkap orang yang memberitahu ada orang yang membuat salah. Akhirnya bukan pencuri yang ditangkap tetapi orang yang memberitahu ada orang mencuri itu yang ditangkap.

Mahathir bercita-cita hendak meramaikan orang Melayu bergelar jutawan. Beliau mahu ada orang Melayu yang boleh berniaga dan menjadi usahawan supaya mereka ini akan menjadi jutawan. Tetapi malangnya peniaga dan usahawan Melayu yang cuba dibentuk itu adalah usahawan segera. Mereka tidak berilmu dan pengalaman luas, mereka banyak bergantung kepada projek kerajaan. Malah ada diantara mereka itu yang hanya ambil komisyen sahaja, sedangkan projek dibuat oleh orang lain. Di zaman beliaulah juga munculnya ramai usahawan-usahawan Ali Baba.

Pada tahun 1998 ketika krisis matawang melanda di Asia Tenggara, ekonomi Malaysia jatuh merudum. Untuk menjaga usahawan segera ini untuk terus hidup, Mahathir terpaksa ‘bail out’ beberapa syarikat yang dipunyai oleh kroninya dan membina lebih banyak projek. Kononnya pembinaan projek-projek ini adalah untuk membantu merancakkan kegiatan ekonomi negara.

Tetapi yang lebih rancak kelihatannya ialah kebanjiran pendatang-pendatang asing untuk bekerja di sektor pembinaan dan perladangan. Kebanjiran pendatang asing ini bukan saja telah membawa pulang bersama mereka duit kita tetapi juga menimbulkan banyak masalah sosial kepada kita.

Bermacam-macam projek telah dirancang untuk dibina bagi menjaga periuk nasi usahawan-usahawan segera ini, walaupun ada projek-projek yang dibina itu tidak langsung bermanafaat kepada rakyat dan kuliti binaannya pula sangat rendah. Selepas dibina ada yang langsung tidak digunakan dan setengahnya pula mengalami berbagai-bagai kerosakan dan masalah.

Apakah patut semua kesalahan yang telah dibuat oleh Mahathir itu dipikulkan ke atas bahu Pak Lah. Apabila Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003, rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi, ketelusan, keadilan dan nilai-nilai yang baik telah merasa lega kerana terlepas dari cengkaman Mahathir.

Harapan rakyat begitu tinggi kepada Pak Lah untuk membuat pembaharuan dan dapat menghapuskan segala amalan-amalan buruk yang berlaku semasa di bawah pimpinan Mahathir. Pada pilihanraya tahun 2004 Pak Lah mendapat sokongan padu dari rakyat dengan mendapat mandat yang besar.

Tapi sayang, amalan buruk itu rupanya telah menjadi barah yang sukar ditangani oleh Pak Lah. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu menunjukkan kekeciwaan rakyat kepada Pak Lah tentang apa yang menjadi harapan mereka kepada beliau sebelum itu.

Anonymous said...

Salam Dato'

saya bersetuju dgn pandangan En Alias Mohd yusof, mungkin benar kebanyakan perkara yg menyebabkan BN kalah pada PRU-12 di sebabkan kepimpinan dahulu, tapi pada saya agak sukar nak menyelesaikan masalah bila pemimpin sekarang asyik menyatakan kekalahan dan kejatuhan umno berpunca dari zaman pemerintahan Tun, mungkin nanti Tun boleh jawab ini semua berpunca dari zaman Tun hussien Onn...dan mungkin ini semua punca dari zaman british lagi. kalau mcm ni mmg sampai sudah tak habis.

kalau dah tau punca kesilapan, betolkan dan bukan di tambahkan. benar kata En Alias, rakyat menaruh harapan tinggi pada Dato' Seri PM mengubah keadaan dan menjadikannye lebih baik..tapi kecewa.

"orang muda 1082"

Anonymous said...

"Abdullah juga menuduh Anwar cuba mengawal media massa ketika dia menjadi orang nombor dua negara."

Siapa sebenarnya yang mengawal media, Anwar atau Mahathir?

Pada masa itu, kadang-kadang berita tentang Mahathir pun tidak duduk di frontpage.

PakChak

Fadhil said...

Salam Dato',

Wah! Sabotaj? Lepas ni agaknya apa alasan yg nak dibagi?

Ok la... katakan lah memang ada ahli-ahli UMNO yg buat kerja sabotaj ni (elok juga AAB jelaskan dahulu, apa definasi sabotaj), berapa ramai yg kena repot kpd JK Disiplin? Ramai tu... kesian JK Disiplin kena dengar semua kes. Ataupun cukup sekadar tindakan ke atas seorang dua, bak kata omputih, just to set an example?

Mari kita lihat sejauh mana AAB nak pergi dlm kes merepot kaki-kaki sabotaj... ataupun dia biasa cakap tak serupa bikin?

Anonymous said...

Kepada semua Pembaca,

Siapa yang berhak ganti pemimpin kita,

Yang paling layak ketika in ialah Sharir Samad or Muhyidin Yasin. Sharir memang dikenali sebagai orang yang berprinsip, demi prinsip beliau sanggup bertanding atas tiket bebas dan menang di JB pada suatu ketika dulu. Demi prinsip, beliau sanggup bersekongkol dengan pembankang di Parlimen demi atas nama kebenaran. Berkatnya, pihak BN tak mengambil apa-apa tindakan ke atas beliau. Nah wahai orang Melayu semua, kita sebenarnya masih ada lagi pemimpin yang boleh diharap, asal niat kita ikhlas. Tapi kalu kita fikirkan habuan, projek dan apa jua bentuk laba, maka selagi itulah kita akan terus terumbang ambing dan akhirnya menuju kehancuran.

Muhyiddin, he is relatively much better than Najib. Therefore, semua orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, pilihlah Sharir or Muhyidin.Mereka inilah yang boleh digangtung harap untuk reform Melayu. Mereka nuetral, kalau ada juga yang tak puas hati, mereka adalah jenis parasit yang pentingkan temolok sendiri.

OK Melayu, pilih lah Sharir.

-AKu Sayang UMNO-

Anonymous said...

Dato'

Setelah hampir sebulan Pak Lah bertapa memerah otak mencari punca kekalahan BN, akhirnya dengan konfidennya beliau telah memaklumkan bahawa semua itu adalah gara-gara Sabotaj!

Maka bergemalah lagu 'Bangau oh bangau' di PWTC semalam.

Moral of the story.. lain kali kalau kita kalah dalam sesuatu pertandingan, maka kita perlulah menyalahkan orang lain. Jangan sekali-kali mengakui kelemahan diri sendiri!

Siapa yang ajar? Siapa lagi, kalau bukan pemimpin kita yang sorang tu le..

Anonymous said...

Dia yang sabotaj diri dia. 'Pak Lah' lupa dengan berkeras tak bagi 'bonus' atau honorium kat kakitangan kerajaan dia hilang bukan undi 'laki bini' tapi abih semua ke anak cucu tak bagi undi kat BN.

Betul-betul menyusahkan semua orang sekarang. Sikit punya hal dah menjejaskan kepercayaan pelabur dan semua yang berkait ekonomi. Baru nie dah tukaq unjuran KDNK dari 6.2% ke 5.8%.

Tu ka menang besaq namanya!

-Pak Kalah

raja2u said...

YBhg Dato'

Saya tak nampak mengapa UMNO perlu bergaduh sesama sendiri. Yang saya tahu sebelum pilihan raya 12 UMNO khasnya dan orang Melayu amnya dikutuk dengan begitu hebat oleh pihak-pihak tertentu. Pelan untuk menjatuhkan UMNO pada pilihan raya 2008 tidak berjaya. Yang parah adalah komponen BN yang lain.

Kajian perbandingan keputusan pilihan raya 1999 dan 2008 menunjukkan prestasi UMNO pada 2008 adalah lebih baik dari 1999.Tiada sebab kukuh untuk menyalahkan UMNO atas kekalahan ini.

Kita tidaklah boleh menyalahkan komponen BN lain kerana tidak dapat menyumbang beberapa kerusi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan di 3 buah negeri dan juga untuk memperolihi 2/3 kursi parlimen.Tiada siapa yang hendak kalah. Mengikut logiknya yang perlu bertindak adalah ketua-ketua komponen BN untuk merangka strategi baru bagi memperbaiki prestasi parti masing-masing supaya dapat di terima rakyat secepat mungkin.

Tugas berat UMNO sekarang adalah untuk berikhtiar membantu ahli-ahli UMNO yang telah kehilangan mata pencarian disebabkan hilangnya kuasa ditiga buah negeri berkenaan.

Saya berdoa semoga perang mulut sekarang dihentikan dengan segera kerana musuh-musuh UMNO/Melayu akan menggunakan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan untuk menghampuskan UMNO bila berpeluang untuk berbuat demikian. Yang lebih menyedihkan jika ada orang mengambil kesempatan mengheret mereka yang berkenaan kemahkamah atas tuduhan menyalah kuasa dimasa berkhidmat.

Raja Abdul Rahman
Petaling Jaya

pencetusstrategicvision-raja2u.blogspot.com

Anonymous said...

saya hairan macam mana sabotaj-sabotaj boleh mengubah pendirian jutaan pengundi-pengundi?

memang sahlah Anwar PM menanti sekiranya Badawi tak menerima hakikat dan bertahan hingga PRU depan.

Anonymous said...

Datuk

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa kenyataan Pak Lah semalam hanyalah 'pointing fingers' kepada orang lain sahaja. Lihatlah banyak perkara yang berlaku sejak beliau menang pada pilihanraya 2004 hingga sekarang yang tidak ditangani dengan betul dan cepat.

Umpamanya isu kenaikan minyak, tindakan ahli kabinetnya yang sombong dan bongkak, isu mengenai keagamaan, DEB, Hindraf, membentras rasuah, pembelian jet baru, nepotisme, kehakiman dan sebagainya.

Sama ada Pak Lah sedar atau tidak, sikap elegant silence beliau telah menyebabkan beliau dipandang sebagai pemimpin yang lembik.

Tuduhan mengatakan sebab kekalahan UMNO adalah kerana sabotaj tidak boleh diterima. Jika betul ada sabotaj, kenapa ianya berlaku? Kenapa baru sekarang ingin mengambil tindakan dan tidak sebelum pru12? Mesti ada sebab dan punca ahli2 UMNO mensabotaj parti jika benar ianya berlaku.

Saya sebagai pemerhati dari seberang berpendapat jikalau Pak Lah ingin menyelamatkan UMNO dan BN, beliau perlulah berundur sebelum terlambat.

T. kasih

Lo

Hamdi Hanapi said...

Salam Dato' dan pembahas

Entah mana datangnya kekuatan Presiden untuk membidas semula segala hujah kritik yang tertimpa ke atas beliau. Bagaimanapun, ada beberapa hal yang tidak kena dengan tindakan beliau semalam:

1)Beliau tidak menjelaskan dengan tepat kenapa berlaku sabotaj.

2)Dalam keadaan ramai di kalangan ahli UMNO sedang begitu marah dengan Khairy, apa rasionalnya Pak Lah tiba-tiba membela menantunya?

3)Siapa yang sebenarnya takut kalau Pak Lah yang turun? Pembesar UMNO atau penasihat-penasihat di sekelilingnya?

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya fikir Pak Lah gagal melakukan perubahan yang amat diperlukan UMNO, iaitu mengubati penyakit rasuah. Malahan apabila KJ semacam berkuasa dalam parti dan kerajaan, Pak Lah dilihat semacam tumpang sekaki dalam penyakit rasuah. Kebanyakan pembesar2 UMNO sekarang ni adalah manusia oportunis yang melahap harta negara menggunakan topeng "perjuangan bangsa dan agama". Selama ini pengundi2 Melayu mudah digula2kan, pengundi2 Cina mudah ditakut2kan, pengundi2 India mudah dilalaikan dengan sandiwara. Alhamdulillah, PRU 12 telah memecahkan tradisi dan mitos yang membelenggu rakyat selama ini.
Pembesar2 UMNO perlulah menjadi manusia yang cintakan ilmu lebih dari cintakan harta dunia. Wallahu a'lam.

Pak Hj JB

Anonymous said...

dato, di dalam ilmu PSYCHIATRY, pak lah kini berada di dalam EXTREME DELUSIONAL DISORDER.

kalah 5 negeri dan sebuah wilayah serta hilang majoriti dikatanya MANDAT yg BESAR dari RAKYAT.

I am SPEECHLESS.

drmuzi

Anonymous said...

Dato' AKJ,
Sah! AAB sudah tak RELEVAN lagi pada Umno & Malaysia. We can start counting the days, inshaallah.

marazi said...

akum Dato,saya rasa sudah letih dengan perkembangan politik sekarang ni.Pak Lah salahkan Dr M dan Ku LI.Buat Dr M biarlah pak lah jaga pulak masa Dr M dah lalu

Anonymous said...

Ybhg Dato', melihat kenyataan yg dibuat oleh Pak Lah semalam seolah-olah beliau seorang yang tak tahu atau buat tak tahu. Beliau memperlihatkan siapa dirinya yang sebenar, angkuh, sombong dan bongkak. Tindakan media menyiarkan kenyataan Pak Lah semalam akan menambahkan kesengsaraan kepada usaha memulihkan parti UMNO.

Menyalahkan TDM hanya merugikan BN dan kerajaan Pak Lah. TDM hanyalah ahli baiasa sekarang ini. Tanggung jawab untuk memulihkan UMNO adalah dibawah kepimpinan pak lah dan kabinet cacamarba. Semakin Pak Lah menyerang balas kritikin TDM maka semakin meluat rasanya ahli dan umat melayu lain.

Begitu juga sindiran sinis kepada Ku Li. Jelas cucu ulamak ini merupakan seorang yang SANGAT sombong dan angkuh. Bukankah tindakan KU Li menawarkan diri bertanding jawatan utama merupakan tindakan yg dibolehkan oleh perlembagaan parti. Tak tahulah pula saya jika UMNO hari ini merupakan UMNO yang telah disenaraikan dibursa saham dengan jenama baru ABDULLAH & SONS BERHAD. Saya dikesempatan ini merayu agar pak lah pertimbangkanlah nasib anak bangsa dan tanahair. Berundulah secara terhormat dan bermaruah.

ahli umno
Jamil
Cawangan Rumah Pangsa Seksyen 20 Shah Alam.

LIN LIANI said...

(Sebelum pilihanraya umum, Hishamuddin tetap tegas akan tunjuk kerisnya setiap kali berlangsungnya perhimpunan UMNO).

Kalau terus kecam-mengecam seperti ini, nescaya UMNO akan berkecai dan menjadi tinggalan sejarah.

Fikirlah terlebih dulu, sebelum guna jari telunjuk tuding ke arah orang lain, empat batang jari selebihnya tetap tuding ke arah muka sendiri.

Pemimpin UMNO hanya pentingkan projek dan kuasa tanpa fikirkan kepentingan rakyat. Sebab itulah kalah dalam pilihanraya umum lalu.

Betul kata Dr.Sanusi Junid. Kemenangan BN yang ditunjangi UMNO mampu kekal perintah negara bukan sokongan pengundi Melayu, tetapi adalah pengundi bumiputra dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Renung-renungkanlah.

UMNO perlu sedar kini perjuangan mereka jangan lagi hanya menjaga kepentingan hak dan kedaulatan Melayu, tetapi kepentingan kaum lain juga perlu diutamakan juga. Begitu juga MCA dan MIC yang jangan hanya mahu jadi hero kaum masing-masing. Rakyat sudah tidak boleh terima politik berbau perkauman di negara kita lagi.

Inilah Malaysia Baru yang kita inginkan. Tanpa parti politik bersifat perkauman, rakyat tentunya akan lebih bersatu padu.

Pengumuman MB Perak untuk memberikan hak milik kekal kepada semua Kampung Cina di Perak dan kehadirian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ke sebuah gereja di Shah Alam untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi atas kemenangannya adalah antara dua contoh jelas masa depan politik negara kita akan bertambah baik sekiranya kita mempunyai pemimpin politik yang berpandangan jauh.

Saya bukan penyokong Pas. Tetapi cukup terharu kemunculan MB Kelantan, NIk Aziz Nik Mat ke tokong Cina di Kota Bharu dan kuil Siam di Tumpat. Inilah pemimpin yang kita kehendaki.

Namun semuanya ini tidak pernah ingin dipelajari pemimpin UMNO, MCA dan MIC.

Oleh itu, sesudah kalah, jangan salahkan orang lain, jangan tuduh-menuduh. Adalah lebih baik cerminkan diri sendiri dan mengkaji semula adakah perjuangan mereka ini masih boleh diterima rakyat atau tidak?

(Apakah Hishamuddin masih berhasrat menunjukkan kerisnya lagi selepas ini?)

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

In my opinion, Pak Lah’s “fight backs” on criticisms thrown by TDM has multiplied the political cynicism of the Malaysian public towards him. His inability to diffuse a “red hot” situation between him and TDM (including his and TDM’s die-hard supporters respectively) has cracked wide open unity among UMNO members.

I also think that, Pak Lah’s so-called “elegant silent” was definitely tainted by his unimpressive and unpersuasive responses during the Q&A session with the press. His attempts slamming down hard on TDM’s past deeds not only had increased public distrust towards him but to the present Government as well. If and only if TDM’s “misdeeds” were all true, why didn’t he do something in the last four years? Interestingly and possibly, those slams may boost warmer feelings towards TDM.

And another funny thing…..why did he ask for more time? He is not a junior executive entering job market requiring 3 or 6 months probationary period. He’s a Prime Minister for God sake…. How many probationary years does he need?

I beg for forgiveness Pak Lah but as I said the public is more cynical nowadays.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

CikSenget a.k.a Selendangpink said...

Salam Dato',

Sebagaimana lantangnya PAK LAH mengumumkan adanya sabotaj dikalangan ahli UMNO hingga mengakibatkan BN kehilangan 5 buah negeri, selantang itu jugalah seharusnya PAK LAH bersuara tentang apa puncanya 5 negeri terbabit blh jatuh ke tgn pembangkang, apa puncanya ahli UMNO boleh berpaling arah, mengkhianati parti?

Saya rasa sudah tiba masanya untuk PAK LAH berhenti dari menunding jari ke arah orang lain dan terus-terusan menyalahkan pihak-pihak lain. Seharusnya dia mendengar, menganalisis segala permasalahan diperingkat akar umbi. kami dah muak dan mual disogokkan dengan berita-berita yang sama setiap hari.

Kain sendiri koyak dia tak perasan tapi sibuk nak cari koyak di kain orang lain.

Kenapa perlu diperbesar-besarkan masalah rumah tangga sendiri? kenapa perlu ditunjukkan kepada umum yang UMNO itu ada masalah? Tiada ke saluran lain yang boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat?

Anonymous said...

Datuk,
Wow 2 hari tak menjenguk blog Datuk, saya ketinggalan 2 ulasan, seperti biasa ianya memang bernas.

Datuk,
Petang tadi saya berbincang dengan ayah saya berkenaan tentang 'sabotaj' orang UMNO terhadap BN/UMNO dan kami berdua bersetuju yang rakyat/orang UMNO telah matang. Kami telah mendengar banyak penjelasan baik dari pihak DSAAB mahupun TDM, akhirnya rakyat telah membuat keputusan iaitu memprotes.
Mungkin kami pacal yang hina tidak mengetahui apa-apa tetapi bagaimana dengan pihak2 di dalam istana. Jelas sekali mereka mempunyai laluan untuk maklumat yang tak terbatas jika dibandingkan dengan orang bawahan seperti kami. Hanya tuhan aje yang tahu.
Kami sekeluarga tidak pernah sekalipun sangsi dengan TDM, jelas niat beliau tidak berbelah bagi dan 'consistent'.
Ayah saya bekas pengerusi tetap UMNO cawangan manakala ibu saya adalah ketua wanita UMNO cawangan.

Salam.

Rafidi said...

Salam semua...
Masalah sabotaj. Apa yang anda faham dengan sabotaj. Bagi saya sabotaj yang dimaksudkan di sini ialah salah satu strategi menghadapi pemilihan nanti.
Setiap ketua bahagian dan kumpulan yang akan mengundi pihak lain selain dari barisan pimpinannya akan dikenakan tuduhan sabotaj dan diheret ke lembaga disiplin. Mereka mungkin akan dikenakan tindakan pengantungan selama setahun (terlepaslah peluang mengundi untuk menjatuhkannya). Benda seperti ini kan pernah berlaku dulu. Jangan sampai diulang istilah MUDAH LUPA pula.

Orang biasa said...

saya rasa Pak Lah bercakap benar bila dia kata punca kekalahan adalah sabotaj.. cuma kenapa orang umno sabotaj? Kemungkinannya macam yg Datuk senaraikan..

Zaman TDM tak ada orang sabotaj umno walaupun TDM dikatakan banyak buat kesilapan..Bila dapat kuasa kenapa tak betulkan kesilapan yg dilakukan TDM dan orang sebelumnya..so silap siapa??

Takkan Ku Li terhegeh2 melantik diri jadi Panglima perang kat Kelate..sedangkan dah dicanangkan Panglima Awang Adek mengetuai angkatan dan dibantu oleh Laksamana Annuar Musa..Sejak kembali kepangkuan umno.,Ku Li macm melukut ditepi gantang je..
Orang Kelate lagi meluat bila Panglima dan Pembesar2 Umno dari luar datang menunjuk lagak disana..Orang kampung sendiri pun masih ada yg merempat datang hina org Kelate mcm peminta sedekah., mcm org sakit tenat perlu dirawat.
To' Pa ada tolong tak??

Kedah dan Perak - sabotaj
Kelantan - Ku Li
Penang - ???? Bapa Mertua??
Negeri Sembilan - ???? Menantu??
Selangor - ????
Wilayah KL - ????
Sabah dan S'wak - lompat parti???

Warga Taman said...

Datuk,

Saya nak rujuk komen sdr alias mohd yusof di ayat awal di perenggan akhir seperti berikut:
"Tapi sayang, amalan buruk itu rupanya telah menjadi barah yang sukar ditangani oleh Pak Lah."

Pandangan anda yang panjang berjela mungkin betul berdasarkan akal anda

TDM adalah pemimpin yang tahu hala tuju..ada visi & misi . Setiap percaturan taktik & teknik yang dibuat sesuai dgn masalah yang dilalui TDM pada masa tersebut.
TDM bukanlah ahli nujum yg boleh ramal semua tindakan yg dia buat akan beri kesan positif hingga kiamat.

Kekalahan umno bukan berpunca atau barah yang dibawa TDM...siapa yang pimpin pada waktu ini dialah yang bertanggung jawab sepenuhnya.

Jika anda adalah kapten kapal Dalam satu perjalanan (setelah anda jadi kapten kapal tu 4 tahun) tiba2 kapal anda bocor lalu tengelam (nasib baik anda selamatlah!). Anda nak salahkan kapten kapal yang telah bersara?. Bila anda digajikan untuk jadi kapten, anda mestilah pastikan kapal anda dalam keaadaan 100% sebelum belayar.

Kalaulah anda ditempat AAB, apakah tindakan yang anda akan lakukan? Cadangkanlah..sekadar komen saja tidak beri faedah.

Anonymous said...

Macam mana Abdullah melaksanakan budaya mahkhamah dan kehakiman yang lebih baik?

Anonymous said...

Salam Tok Scribe dan rerakan pengunjung!

Lamanya baru AAB nak balas. Lepas itu, balasan bukan saja kebudak-budakan, malah tak strategis langsung. [Ada ke, tengah orang meluat dan marah pergi tambah supaya orang lagi menyampah. Pandailah tu! Hehehe!]

Kalau gerak balas spontan, boleh salahkan reaksi sentakan lutut, tapi ini jelas respons yg diperhitung.

Jika inilah kawalan kerosakan (damage control) terbaik yang penasihat AAB dapat fikirkan, dia tak perlu tengok jauh untuk mencari siapa yang sabotaj PU12. Malah seluruh pentadbirannya.

Meminjam pepatah BInggeris, dengan penasihat seperti SIL dan Rempit2 Tingkat4nya, AAB tidak perlu DrM, KuLi atau AI untuk menggegarkan kedudukannya sebagai Emperor Tak Berbaju. :D

P.S. Saya amat bersetuju dengan alasan yang disenaraikan oleh En Din Merican. Paling komprehensif, rasa saya.

Anonymous said...

Salam Datuk,

saya mrasa amat mual dgn suasana politik Malaysia pd waktu ini. masing-masing cuba mengambil kesempatan atas segala kelemahan yg timbul akibat PKR 13 yg lalu. tak kiralah sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang. Dari Pak Lah ke Anwar ke Hadi ke Lim Kit siang. semuanya sama..puke!!

-anak Malaysia yg dah muak

Anonymous said...

Salam Dato',

Dah berapa lama PRU 12 berakhir dan inikah kesimpulan yang dapat dibuat oleh Pak Lah dan para penganalisanya mengapa BN dan UMNO begitu teruk sekali di gasak oleh pembangkang? Mengalahkan seorg bekas PM yang tidak berkuasa...tidak berkuasa di atas media sekiranya betullah apa yang diperkatakan oleh Pak Lah bahwa di zaman TDM, kebebasan akhbar tidak ujud. Jadi bagaimana setelah TDM bersara dan akhbar bebas (untuk menyokong sepenuhnya Pak Lah), TDM masih lagi boleh manjadi faktor paling relevan di dalam kekalahan Pak Lah dan kerajaannya. Kelakar lah! Bukankah di zaman TDM, akhbar lebih tertumpu kpd timbalannya yang ketiga? Bukankah di zaman TDM, bekas PM yang pernah menghalaunya keluar dari UMNO bebas berkarya dan mengkritiknya? Tapi mereka yang tidak menyukai TDM memang senang menyalahkan segala yg berlaku yang tidak menjadi keatas TDM. Now mereka yang berkuasa ingin menyiasat salah laku TDM semasa pemerintahannya. 6 tahun selepas meletakkan jawatan, tiada apa pun bukti. Sekarang baru hendak mencari? Mencari? Yeah, right! Kronisme dan politik wang juga dikatakan bermula di zaman TDM. Bukankah TDM berjuang untuk menghapuskannya? Bukankah TDM pada setiap perhimpunan mengingatkan umat Melayu supaya menjauhkan diri dari politik wang? Memang senang untuk menyalahkan org lain. Pak Lah patut sedar, kekalahan yang tidak pernah sama sekali di alami oleh mana2 bekas PM di bawah UMNO adalah kerana kelemahan dirinya sendiri. Pak Lah tiada unsur seorg pemimpin. Beliau hanya sesuai di pimpin. Inilah di antara kelemahan TDM yang dia sendiri akui. TDM gagal "melihat" Pak Lah itu sendiri.

Semasa zaman TDM , beliau terpaksa menempuh pilihanraya berdepan dengan 3 perkara yang menyulitkan. Satu dengan penubuhan S46, pemecatan DSAI dan kegawatan ekonomi. Dia kehilangan Kelantan dan Terengganu. Tetapi apakah isu besar yg dihadapi oleh Pak Lah yang sebegitu besar dan rumit seperti yg dihadapi oleh TDM sehingga dia gagal dan BN kehilangan Kedah, Selangor, Perak dan Penang (serta KL) dan kehilangan 2/3 majoriti setelah kemenangan besar ketika apabila mengambil alih dr TDM.

Pokoknya ialah rakyat telah menolak Pak Lah. That is it. Bukan kerana TDM, bukan kerana Ku Li dan bukan kerana DSAI.

You're just not cut for the job. Full stop.

Joe

Anonymous said...

Salam dato',

Membaca pandangan En Alias, saya seperti membaca kenyataan PM Abdullah. Semua yang berlaku hari ini adalah kerana Tun.Masalah tidak akan selesai jika semua orang menuding kesalahan kepada orang lain.

Jika benar Tun bersalah atau terlibat dalam perkara-perkara yang salah,buktikan!Tun sudah nyatakan beliau bersedia didakwa.

Untuk En. Alias, jika ramai orang korup lahir pada zaman Tun,salah Tun kah? Tidak adil jika nak menyalahkan batu jika seseorang itu terjatuh. kenapa tak salahkan mata sendiri sebab tak tengok ada batu di situ?

anakbuah said...

Salam Dato' dan semua,

Kata drmuzi "...di dalam ilmu PSYCHIATRY, pak lah kini berada di dalam EXTREME DELUSIONAL DISORDER."!

# Sdr. drmuzi, bukankah ini dalam bahasa Melayu penyakit jiwa namanya?! Jadi, apakah negara sedang dipimpim oleh PM yg "mereng" dan sakit otak? Kalau begitu, saya juga telah lama seperti Sdr. - dah tak lagi mampu berkata2!

# Saya agak bersetuju dgn saranan Sdr. AKu Sayang UMNO..."Muhyiddin, he is relatively much better than Najib. Therefore, semua orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, pilihlah Sharir or Muhyidin.Mereka inilah yang boleh digangtung harap untuk reform Melayu. Mereka nuetral, kalau ada juga yang tak puas hati, mereka adalah jenis parasit yang pentingkan temolok sendiri." Memang dah lama saya tak berkenan dgn Najib dan baru-baru ini pun, TDM sendiri macam dah tak berkenan dan melepaskan sokongannya terhadap Najib. TDM sedar, Najib akan mula menjadi "biawak hidup" kepada UMNO.

# Saya juga amat bersetuju dgn Sdr. Orang Muda 1982 yg berkata..."Pada saya kalau ada kuasa mmg tak salah nak tolong keluarga dan kenalan2 rapat, sbb kalau saya ada kuasa pon, sedara mara mintak tolong, mesti la saya tolong mereka…tapi berpada-pada la, jgn sampai lupakan rakyat dan membebankan rakyat. Pengalaman saya dalam korporat, berbanding kita di Malaysia, orang Jepun lebih teruk lagi dalam hal kroni dan saudara-mara ini tetapi mereka lebih menekan amalan ini atas dasar nationalism yang sayangkan bangsa dan negara. Kerana itulah mereka cepat maju dalam segala bidang. Sikap bersalah org Jepun, kata TDM, sanggup "harakiri" kerana malu dan takut dipersalahkan kemudian nanti. PM kita sekarang, jangankan nak mengaku kelemahan diri sendiri, kata "sorry" pun tak terkeluar dari mulut beliau. Hadhari hapa kalau tak sedar diri?! Malu kita orang Melayu yg beragama Islam ni! (Bukankah malu itu sebahagian drp IMAN?)

# Mudahnya, banyak "penyakit" yg ada pada PM kita sekarang - dari berhotak mereng, "deep depression", ego yg teramat, mungkin juga insomnia sekarang dan lemah iman (tak malu). PM yang berpenyakit inikah yg akan kita amanahkan untuk menerajui negara sehingga PRU-13 nanti? Eloklah dia berundur seberapa segera sekarang atau, kerana kebebalan beliau, mahu pula "diundurkan" secara sabotaj oleh wakil2 dalam UMNO sendiri nanti? Dan jangan lupa peranan Anwar yg sedang "pressure" dari luar.

Anonymous said...

The Scribe,

Hello Hello Intelligent
(hakim siapa? lawyer siapa?)

Bolehkah anda senaraikan nama-nama bahagian-bahagian putih yang dikatakan telah melakukan sabotaj itu agar keadilan berlaku ke atas "ahli parti yang mensabotaj calon BN di 14 kawasan Parlimen yang gagal dipertahankan dan sekali gus menafikan BN kemenangan lebih dua-pertiga di Dewan Rakyat."

Kenyataan Muhyiddin "sabotaj boleh dirujuk kepada tidak berkempen bagi membantu calon parti (BN) apabila orang lain yang menjadi calon."

Najib kata apa, The Scribe?
Ada bukti atau laksana bikin sand castles in the air?

Ataukah anda dan saya larat dan mampu bercerita tentang hukum dan keadilan - dan segala adat-adatnya?

kata doktor latifah "the dirtiest part of the body is the mouth"

Unknown said...

Salam dato'

Yang pertama sekali - Pak Lah kena tanya
- Kenapa ornag kritik dia?
- Kenapa orang marah sangat kat dia?
- Kenapa orang sabotaj dia.
- Kenapa orang benci sangat kat dia.

Jawapannya satu saja - dia pemimpin paling teruk, selekeh di kalangan lima perdana menteri kita setakat ini.

Kenapa dia duk singkap balik kisah operasi lalang, (dia tak faham ke?)

Unknown said...

Assalamualaikum,
Kan PAk Lah dah faham mesej undi, dah lah. Saya rasa :-
1. Pak Lah ada salah [sekarang ini]
2. Anwar banyak salah [ yang lepas lepas]
3. Mahathir Laaagi banyak salah [ Yang lepas lepas dan terkini ]
4. Ahli UMNO laaaaaaaagi banyak salah [ dulu , kini dan .....]

Dah UMNO baaanyak salah, marilah kita sama sama menyokong Daulah Islam, PAS. Sekurang kurangnya tokoh tokoh PAS nampak ikhlas dan layak memimpin. Tuan Guru Nik Aziz, tolong lah tegur Pemimpin Malaysia hari ini yang baaanyak buat salah [ pada rakyat].

Ikhlas - Halim anak Pak Saleh

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Have you read today's newspaper? I mean on the issue where Najid said that the allegation of sabotage is only hearsay? So, what sabotage was Pak Lah talking about?

I have written my comment on this issue. Please feel free to visit my blog at:

http://rozaimims.blogspot.com

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato'AKJ dan sahabat-sahabat pembahas sekelian,

Ramai terkehel minda dan tergamam emosi serta rasa lihat PM melepaskan geramnya pada soalan-soalan pemberita. Tak faham ke PM kita ni..?, jawapan di hadapan pemberita biarlah teratur dan terkawal. Jawab yang patut-patut sahajalah. Jika terlebih, rosak diri, pertubuhan dan jawatan yang di sandang. Dah..ada yang tak sanggup dengar lagi. Yang lebih "brutal" lagi minta PM berhenti terus dan labelkan dengan tidak layak dengan post yang disandang.

Saudara-saudara sekelian. Begitulah hebatnya "dellusion" dan "depression" serta "illusion" yang menimpa para pemimpin yang tak pernah menerima kekalahan. Selamanya melihat diri sempurna, tak buat silap, laporan dari akar umbi semua bagus, banyak kawasan "clear sir!!" putih melepak, tuan tak perlu risau, umpan-umpan telah dipasang dan ditabur semuanya beres. Tinggal lagi kaut hasil tangkapan sahaja. Tiba-tiba Tsunami politik datang, ribut hukuman rakyat berlaku, semangat PERUBAHAN KE ARAH DEMOKRASI SIHAT datang menggila, dan rakyat BEBAS memilih pemimpin mengikut hasrat mereka DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG daripada yang sedia ada.

Oleh itu PM tak patutlah keluarkan istilah SABOTAJ. Fikir dahulu berapa kerap kali pemimpin menSABOTAJ rayuan rakyat dalam pampasan tanah yang tidak ikut harga pasaran, rayuan rakyat tidak naikkan harga minyak, rayuan rakyat mendapatkan bayaran upah minimum RM900.00 - RM1000.00, rayuan rakyat menjadi mangsa RUMAH TERBENGKALAI yang tidak boleh diheret ke mahkamah pemajunya, rayuan anak bangsa mendapat penajaan pengajian dengan selesa bayar dengan perkhidmatan bukan dengan berhutang, dan banyak lagi lah...,kerana tak ingin memenuhkan ruangan Dato AKJ yang berharga ini.

Pak Lah dan PM Malaysia, secara jujurnya ramai yang bersimpati kerana beliau bekerja dengan MODAL INSAN berkualiti "KOSONG",...kita kalikanlah dengan NILAI apa pun, akan menghasilkan "KOSONG". Ingat simbol saya, tidak bermaksud merendahkan yang telah berjasa.. tetapi menyedarkan individu yang terus menerus memabawa nilai "KOSONG" di dalam pentadbiran, INILAH PENSABOTAJ UMNO YANG SEBENAR, BAHKAN PENSABOTAJ NEGARA JUGA.

Terima kasih dato' dan sahabat-sahabat pembahas. Tolonglah bangsa dan negara kita tercinta ini; Malaysia..kemukakanlah jalan-jalan penyelesaian yang terbaik, Insya Allah swt masa depan kita akan turut berubah ke arah yang lebih cemerlang.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

Salam dato'

Akhirnya atau kesimpulannya BN kalah teruk dalam PRU12 yang lalu adalah disebabkan oleh ahli UMNO yang dok dibawah bawah ni sabotaj. Yang dok diatas tak pernah salah.

Yang yang kena pecat atau kena gantung keahlian nanti sudah pastilah terdiri dari ahli ahli yang dok dibawah ni. Yang dok diatas tak kena juga.

Seolah olah disiplin parti ni untuk ahli yang dok dibawah sahaja. Yang dok diatas tak kena juga.

Kalau Presiden pilih calun tak ikut keputusan Bahagian, dan calun beliau itu kalah, bagaimana? Ini pun ada unsur sabotaj juga. Presiden tak ikut keputusan dibawah. Tak kan yang dibawah sahaja yang kena ikut keputusan diatas. Demokrasi apa ni.

Saya nak bagi contoh/bertanya : Sapa yang buat keputusan letak calun BN di Sik Kedah ? Adakah nama depa 2 orang tu ada dalam list Bahagian UMNO? Dua dua orang luar/payung terjun. Dua dua S/U politik PM. Dua duanya kalah. Salah siapa? Siapa sabotaj siapa? Presiden sabotaj ahli atau ahli dibawah yang sabotaj presiden?

Tindakan disiplin bukan sahaja harus dikenakan kepada ahli yang sabotaj di kawasan yang kalah sahaja, dikawasan yang menang pun kena juga. Sabotaj tetap sabotaj.

Kesimpulannya, saya nak kata begini, boleh jadi AAB masih releven kepada sesetengah ahli UMNO yang dok keliling beliau, tapi bagi ahli UMNO yang dok dibawah ni dan rakyat Malaysia AAB dah tak releven lagi. Selagi AAB jadi presiden jangan harap UMNO akan pulih.

Kalau AAB nak tau apakah ubat yang paling mujarab waktu ini untuk pulihkan UMNO, senang sahaja iaitu letak sahaja jawatan.

Saya cadangkan UMNO adakan pungutan suara untuk AAB. Biar semua ahli seramai 3 juta orang ini menentukan kedudukan AAB. Senang sahaja soalannya iaitu : PAK LAH PERLU KEKAL SEBAGAI PRESIDEN UMNO, YA ATAU TIDAK.

Nasirj
Kedah

Anonymous said...

Komen PM seperti tangan..."jari telunjuk menunjuk org lain tetapi empat lagi jarinya menunjuk ke diri sendiri".

Apakah sudah selesai segala persoalan dengan jawapan mempersalahkan orang lain dan mengungkit kisah silam sedangkan sebagai orang yang berkuasa dan berwibawa dia sepatutnya lebih arif bagaimana memperbaiki kesilapan lampau UMNO. Dan sepatutnya UMNO semakin teguh bukan makin kucar kacir.

Mengapa sebagai seorang PM dia berkata pusing keliling. Umpamanya pada pengistyiharan tarikh pembubaran parlimen. Mlm dalam berita perdana dia berkata "not today" Didada akhbar muka depan.."not today" tetapi yg kelakar pada hari itu juga pembubaran parlimen. Apa kes?!

Org yg berkata beginikah yang di katakan pemimpim?. Kita sebagai pasti mampu berfikir.

Anonymous said...

Dato'
Orang yg bodoh sombong & degil tak akan mengaku kesilapan yg dia lakukan malah sanggup menunding jari keatas pihak lain. Saya sendiri malu & meluat dgn sikapnya. Apa salah TDM selama beliau memerintah selama 22 tahun? Nepotisme?? kronisme?? Sila bagi bukti sebelum mengeluarkan kata2. Tak akan tak ada kebaikan langsung selama TDM menerajui Malaysia.

Selama di bawah pemerintahan TDM saya tidak pernah rasa terbeban dgn kos sara hidup namun tidak setelah Pak Lah mula memerintah, terutama kenaikan harga petrol yg amat mendadak sehingga 30sen. Saya yg berulang alik dari tempat kerja ke rumah sejauh 140km amat rasa terbeban dgn kenaikan itu.

Di kawasan saya semasa PRU12 yg lepas ramai ahli2 UMNO telah bersepakat utk tidak memangkah BN atas faktor calon (Parlimen).

Ayah saya seorang ahli UMNO yang sangat tegar tanpa rasa malu dan segan mencanangkan pada org lain yg dia tak akan memangkah calon BN di kawasan kami. Sehinggakan jiran saya seorang bekas YB BN(veteran) pun sanggup memangkah calon pembangkang. Alhamdulillah cita2 kami utk tidak memberi kerusi parlimen kepada BN tercapai malah DUN pun BN tewas sama sekali.

Bila seorang yg kuat semangat UMNOnya sanggup membelakangkan BN pada PRU yg lepas, apatah lagi org2 yg berada di atas pagar.

Adakah ini dipanggil sabotaj??? Ataupun pembesar2 UMNO sendiri yg mensabotaj pengundi dgn meletak calon yg tidak direstui oleh akar umbi.

Fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Nasihat buat Pak Lah,

Apa pun analisa berhubung kegagalan BN pada PRU 12 lalu ianya akan kembali pada satu kesimpulan, iaitu bahawa rakyat tak puas hati dengan prestasi kerja BN sepanjang penggal tersebut. Dan kini sewajarnya Pak Lah persetankan semua kritikan dan pekakkan telinga serta pedulikan apa orang nak kutuk. Yang amat utama saat ini Pak Lah kena bekerja 24 jam sehari beri tumpuan bagi penuhi kehendak setiap rakyat tampa peduli pada apa-apa pun. Pendek kata Pak Lah kena kerja-kerja-kerja-kerja-kerja hingga hari pengunguman pembubaran dewan rakyat bagi mengadakan PRU 13. Pada masa tu negara kita mesti setanding dengan jepun dari segi ekonomi dan teknologi. Setaraf saudi dari segi kekayaan negara dan kadar jenayah. Lebuh maju dari India dari segi demokrasi. Baru saya akan undi BN semula. Amacam Pak Lah.... janji...?

Atan
Anak Penoreh Getah

Anonymous said...

salam datuk dan para perayap..

dah sebulan baru nak mengulas tentang kekalahan!

pada saya tak perlu pak lah nak menyalah pihak lain atas kekalahan dalam PRU yang lepas..pada saya pak lah dan kabinet nya kena muhasabah diri mereka mencari kelemahan dalam pimpinan mereka.

saya pun tak mengundi BN pada PRU yang lepas (3 PRU saya undi BN) sebab saya dah TAK YAKIN dengan pimpinan pak lah lagi.. adakah saya di dalam kalangan yang pak lah katakan tu..pem'sebotaj' BN?

yazs
generasi TDM

Anonymous said...

Y.Bhg Dato' Kadir Jasin (Saya tak nak guna KJ, sebab saya meluat dgn huruf tu),

Saya percaya rata-rata yang memberi komen (walaupun melalui anonymous) adalah terdiri daripada golongan yang benar-benar ikhlas dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan baik dalam kerajaan mahupun UMNO.

Oleh itu, sekiranya boleh saya rumuskan bahawa sebahagian besar atau majoriti kehendak rakyat dan ahli UMNO sememangnya mahukan perubahan di dalam pucuk pimpinan kerajaan yang ditunjangi Pak Lah.

Sehubung dengan itu, kepada Pak Lah, secara berhemah, saya bersumpah saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun dalam hal ini melainkan kepentingan rasa sedih dan simpati kepada golongan yang terkena tempias hasil tindakan-tindakan saudara Pak lah seperti kenaikan harga minyak, harga barang, mengenepikan golongan marhain (Isu Adik Sharlini), tidur ketika mesyuarat (memalukan bangsa dan negara), penuh dengan retorika, dan segala macam yang mana pada hakikatnya bukan sahaja golongan bandar, malah makcik-makcik di kampung pun turut sudah tidak berkenan dan kalau boleh saya berkata secara jujur memang sudah meluat dengan Pak Lah gara-gara bebanan hidup makin meningkat. Rakyat benar-benar rasa tertipu dan terhina bila diperdayakan dengan laporan peningkatan pertumbuhan ekonomi negara sedangkan hakikat kehidupan mereka semakin perit. Pergilah tanya golongan-golongan makcik pak cik di kampung pak lah.

Namun, anda, Pak Lah terus-terusan dengan sikap ANGKUH dan SOMBONG tidak mahu mengaku kesalahan.

Pak Lah, saya berani cabar kalu dibuat undian di kampung-kampung pendalaman yang miskin, saya percaya anda akan terus hilang wang pertaruhan. Rakyat memang sudah tidak suka anda.

Pak Lah, percayalah, Anda dan Khairi adalah merupakan LIABILITI utama kepada UMNO dan BN. Parti pembangkang akan sentiasa menyokong anda sebab jika anda terus berkuasa akan memudahkan mereka menang besar pada pilihanraya akan datang.

Tolonglah Pak Lah, demi perpaduan bangsa, agama dan negara, secara berhemah saya merayu supaya ANDA BERUNDUR!

Rupa Tanpa Wajah
-Wakil Orang Kampung-

Anonymous said...

Dato',

Sebagai pengundi Sik yang jaga pusat peti undi saya setuju sangan NasirJ bila dia berkata: "Saya nak bagi contoh/bertanya : Sapa yang buat keputusan letak calun BN di Sik Kedah ? Adakah nama depa 2 orang tu ada dalam list Bahagian UMNO? Dua dua orang luar/payung terjun. Dua dua S/U politik PM. Dua duanya kalah. Salah siapa? Siapa sabotaj siapa? Presiden sabotaj ahli atau ahli dibawah yang sabotaj presiden?"

Betul kata dia tu. Pada tahun 2004 orang lama Sik Wan Azmi bertanding. Kami kempen habis2 sokong dia. Pak Lah pun mai. Kami sokong lagi kuat. Wan Azmi menang, tu pun dengan majoriti sangat sik, 319 undi saja.

Bila Pak Lah terjunkan Setpol dia Othman Desa yang orang Sik panggil Man Dosa, saya dah tau BN akan kalah. Dia orang luar. Anak tempatan ada. kami dalam cawangan dan bahagian mati2 kerja untuk ketua-ketua kami tapi Pak Lah buat tak peduli.

Saya tau memang ada sabotaj. Mula2 Pak Lah sabotaj kami dengan hantar Man Desa. Lepas tu ahli balas balik dengan sabotaj Man Desa. Saya yang jaga peti undi tau. Kami lansung tak dapat sokongan. Pos peti undi konsong.

Yang mula sabotaj bukan ahli tapi Pak Lah, ibu pejabat umno Kuala Lumpur dan Mahdzir Khalid bekas setpol Pak Lah yang cakap besar dengan kami.

Ahli Umno Jeniang

Anonymous said...

TQ Y.Bhg Dato' kerana sudi menyiarkan komen saya.

Sejak 8 Mac lalu hinggalah pagi tadi, mana-mama bentuk forum baik rasmi ataupun tak rasmi mesti ada isu mengenai kritikan terhadap Pak Lah. Semalam, saya hadiri majlis tahlil sempena sedara yg ingin menunaikan umrah, turut tidak terlepas perbualan mengenai Pak Lah. Isunya ialah sikap ANGGKUH, BONGKAK, dan BODOH SOMBONG seorang yang bernama Abdullah Ahmad Badwi. Malah pada satu urusan kematian pun, masih terdapat perbualan mengenai KEBODOHSOMBONGAN beliau.

Apa sudah jadi ni, yang saya peliknya, Pak Lah tak sedar ker yang sebenarnya RAKYAT dan UMMAH memang sudah tidak sukakan beliau.Bukan stakat Ku Li, bukan TDM, bukan Muhyidin dan orang UMNO, RAKYAT marhain dan orang kampung sendiri pun dah tahu cakap pasal KEANGGKUHAN Pak Lah.

Semalam saya beli surat khabar di sebuah kedai runcit cina di KD, toke cina lebih kurang umur 60 tahun, apa dia kata " Haiyaa, ini olang aaa, talak tau malu punya, olang suma sula talak suka, tapi mau jadi PM lagi, haiyaa, mayak teluk ini olang, lia cakap aaa, itu ekonomi sulah naik, tapi manyak olang datang saya punya kelai kata apa barang suma mau naik, saya cakap itu smua kos sulah naik, balang musti mau naik maa, kalu tilak buat apa saya mau meniaga kalau talak boleh buat untung".

Jadi, saya pun tak tau nak cakap apa. Tapi rasa pelik orang bernama ABdullah Badawi tidak reti menilai apa itu PERTANGGUNGJAWABAN (Akauntabiliti), apa itu MARUAH DIRI.

-Abu Hanifah-

anakbuah said...

Sdr Nasirj,

"Saya nak bagi contoh/bertanya : Sapa yang buat keputusan letak calun BN di Sik Kedah ? Adakah nama depa 2 orang tu ada dalam list Bahagian UMNO? Dua dua orang luar/payung terjun. Dua dua S/U politik PM. Dua duanya kalah. Salah siapa? Siapa sabotaj siapa? Presiden sabotaj ahli atau ahli dibawah yang sabotaj presiden?"

# Lepas ini, disebabkan undi tempohari datangnya drp ahli parti dan drp penyokong pembangkang, PakLah mungkin akan kata pula UMNO kalah teruk disebabkan bangsa Melayu sabotaj UMNO dan kalau tak cukup juga beliau mungkin akan buat kesimpulan, rakyat M'sia kebayakannya sabotaj UMNO! Adakah beliau ingin menyatakan pula yg bangsa Melayu khianat terhadap UMNO yg kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu? Rakyat (samada ahli UMNO atau pembangkang) beri undi protes untuk mengajar pemimpin tetapi beliau tuduh ahli2 pula (yg juga rakyat) yg sabotaj parti?! Apa punya bengap PM kita yg seorang ini!

Mustapha Kamal Hj Mohd Yusof said...

Assallamualaikum Dato'

Saya hairan kenapa Pak Lah kini menuding jari kepada Tun dan Ku Li walhal pada awalnya keputusan PRU12 secara rasmi dikeluarkan sehingga kenyataan Pak Lah kelmarin, semua kata'ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa..'.

Akan tetapi Pak Lah akan tetap jadi Pak Lah. Macamana selama ini beliau kata BN tak kalah walhal semua MT UMNO dan MT barisan komponen BN kata kalah.

Pada pengamatan saya, kelam kabut serta kegoyahan UMNO sekarang bukan kerana Tun mahupun ketika beliau menjadi PM. Kalau benar kenapa PRU11 BN boleh menang BESAR! Bagi saya kesimpulannya amat mudah, BN tidak dapat 2/3 majoriti serta hilang 5 negeri sebab rata-rata tidak mahu lagi pada kepimpinan Pak Lah atau orang-orang beliau yang di sebalik tabir. Bukan begitu??

Menyalahkan orang UMNO di Perak dan Kedah sabotaj pilihanraya seperti mencari jalan mudah mencari punca kekalahan. Bagaimana dengan Selangor,Pulau Pinang dan jangan lupa Wilayah Persekutuan (KL)? Semua ni salah orang UMNO ka? Kalau benar mereka sabotaj, soalan yang penting Pak Lah patut tanya ialah KENAPA??

Kenapa pula dengan kritikan TUn, UMNO akan menjadi lemah? Bagi saya Tun membantu membuka mata terutama pada pemimpin yang berada di atas bahawasa nya akar umbi amat penting kerana kamilah yang akan menentukan siapa akan duduk di kerusi empuk di kementerian yang tertentu. Ini yang saya rasa Pak Lah GAGAL dalam pentadbirannya 4 tahun yang lepas. Orang yang di dalam borang keahlian UMNOnya masih basah sudah menunjol lebih dari veteran-veteran UMNO di peringkat cawangan mahupun bahagian.

Pendekata, Pak Lah memang sudah GAGAL sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan juga sebagai Perdana Menteri. Ini baru 4 tahun, apa akan jadi 5 atau 10 tahun dari sekarang kalau Pak Lah masih tidak mengaku kelemahannya...

Anonymous said...

Dato,

Saya begitu kecewa dgn jawapan yg diberi Pak Lah.

Kalau Pak Lah dah tahu dia akan mewarisi kepimpinan dan pengurusan negara yang banyak malapetaka, bencana, kezaliman, ketidakadilan dan kebobrokan..., mengapa Pak Lah terima perlantikan sebagai Perdana Menteri dari orang yg menyebabkan malapetaka, bencana, kezaliman, ketidakadilan dan kebobrokan itu?

Patut la, Tun Musa Hitam pun sudah jadi "elegant silence" skrg ni. Mungkin takut, isu Memali nya diungkit kembali.

Sudah lah Pak Lah....

Kami tak puas hati dengan isu2 ECM Libra-Avenue, Scomi, TNB arang batu,Proton, MV Agusta, Pantai, Telekom, Temasek, Jambatan bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, Global Penang City Centre, Masjid Kristal, Patrick Lim, Monsoon Cup, beli bot, beli jet, anak menantu dapat friendly loan RM9 juta sekali ngap! Sime Darby, BSA Tahir, AP kereta, Islam ada had ada hari, minyak naik, jenayah naik.

Semua benda ini berlaku sejak 4 - 5 tahun pemerintahan Pak Lah. Jawab dulu isu2 ini! Jangan nak ungkit cerita2 lama yg tak ada kena mengena.

Bila nanti jawab soalan kubur, tak kan nak jawab kat malaikat ... "jgn seksa saya sebab orang lain buat lagi teruk"


-sinbad-

Anonymous said...

My suggestion utk Pak Lah, tolong lah baca buku THE ART OF WAR and concentrate on chapter 9 The Army on the march !!!

Sila berusaha utk tambahkan ilmu wahai Perdana Menteri ku !

Anonymous said...

The Scribe,

Wah, dari kenyataan Muhyiddin bolehkah kita faham bahawa apabila calun MCA dan MIC atau calun parti komponen yang tak direstui oleh ahli UMNO didapati tidak mendapat kerjasama baik pengundi UMNO juga akan dikira telah disabotaj oleh ahli UMNO?

Abdullah kita ini terror: dia clotheline dan bodyslam BN dan UMNO menang. Syabas Pak Lah.

Edyes said...

Seperti biasa, ‘mereka’ sekali lagi menyalahkan orang lain dalam hal kejatuhan UMNO dan BN pada temasya PRU12. Apakah ini hasilnya paklah berdiam diri selama beberapa minggu? Kononnya, BN masih boleh mengekalkan majority 2/3 jika tiada sabotaj berlaku. Jika inilah yang diperkata oleh paklah dan disokong oleh penjilat setia, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa ‘mereka’ masih angkuh dan tidak memperhalusi punca-punca kekalahan yang sebenar dengan bahasa senangnya – tidak mengaku salah !!

Apakah maksud sabotaj? Mengapa sabotaj itu terjadi? Tidak salah jika dikatakan bahawa sabotaj itu berlaku setelah bahagian-bahagian yang terlibat itu di’sabotaj’ terlebih dahulu. Sebagai contoh, senarai pencalonan telah diubah di saat akhir dengan meletakkan proxy orang tertentu bagi mengukuhkan penguasaan dalam kerajaan. Oleh demikian, pucuk pimpinan UMNO harus bertanggungjawab penuh di atas kejadian sabotaj ini dalam mana-mana sudut sekalipun.

Pada pandangan umum, kita seharusnya tahu bahawa kejadian seumpama sabotaj ini berlaku atas kelemahan sendiri, bukanya sebagai ‘cerita’ untuk menagih simpati atas kekalahan teruk pada 8 Mac lalu.

Kepada paklah dan rakan-rakan, jika benar UMNO tiada masalah di detik ini, jika benar UMNO itu kuat seadanya, jika benar tiada kucar-kacir dan huru-hararey yang berlaku, sila tumpukan perhatian kepada pembangunan rakyat. Jangan ber’press confrence’ lagi dan tinggalkan segala isu ‘pengunduran’ ini segera lantas menumpukan perhatian kepada memperkasakan ekonomi dan janganlah tindas kami lagi dengan kenaikkan harga barang.

Kami menanti langkah kerajaan seterusnya dalam konteks membasmi kemiskinan dan jika kerajaan sekarang sudah tidak mampu membereskan masalah rakyat, nantikanlah kedatangan kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat !!! yakni kerajaan untuk rakyat !!

>
PS: HARGA MINYAK TURUN 30SEN SERTA MERTA DAN SEMUA JENIS YURAN PERSEKOLAHAN DIMANSUHKAN !!!

Anonymous said...

Salam Dato,

Sememamngnya PRU12 adalah sabotaj dari ahli dan protes dari bukan ahli kerana, kita bukan lagi lembu yang hanya tahu mengangguk-angguk kepala apabila di suruh oleh tuannya. Kita telah di beri pelajaran sehingga wujudnya berpuluh universiti di negara ini untuk mencerdikkan kita dan kerajaan telah berjaya di dalam urusan dan tanggungjawabnya ini.
Apabila kita cerdik kita dapat menilai yang mana satu baik dan yang mana satu buruknya. Hanya pemimpin seperti ketua itik sahaja yang tidak tahu apa yang terjadi di belakangnya apabila dia berjalan pulang petang. Menyalah kan orang lain bukannya pemimpin tetapi bacul kerana dia tidak mengetahui kebodohan diri sendiri. Dah lah Raja tidak menerima calun kita, kita tentang raja pula kata tak sah.
Itu bukan bodohkah namanya.Mungkin kita terlena tetapi kita tidak tidur semasa kita menjalankan tugas kita. Mana ada orang yang meredah sungai di mana kakinya tidak basah. Kita manusia pasti tidak lari dari kesilapan tetapi adalah kesilapan kita ini akan memusnahkan bangsa kita sendiri
ini boleh di terima semua?

UMNO hendaklah kembali ke dasar penubuhannya dulu. Pemimpin yang rakus hendaklah di gugurkan dengan sendirinya semasa pemilihan nanti. Barulah MELAYU boleh bergantung dan UMNO menjadi relevan semula kepada rakyat.
Terima Kasih.
Cara yang terbaik tinggalkan sri perdana.kerana mimpi enak telah pun berlalu. UMNO pasti akan hancur sekiranya perkara ini berterusan. Nak ambil tindakan kepada kepada pembelot silakan kerana kita nanti akan menyokong parti lain yang lebih berbibawa kepimpinannya. Kita bukan nya cacaing kepanasan sekarang. Kita sedang memikirkan untuk bergerak maju tetapi dah sebulan pilihanraya masih gagal lagi memberi petunjuk kemajuan adakah pemimpin ini yang masih ingin memimpin negara macam tikus memperbaiki labu.
kasih kita kepada UMNO bukannya boleh di jual beli. bukan di nilai dengan wang ringgit. tetapi kasih kita kepada UMNO seperti kasihnya kita kepada ISLAM. tidak akan hilang walau di tikam. tetapi sekiranya ada ramai dari mereka yang ingin memusnah UMNO untuk perut mereka kita patuh bertindak sekarang seperti mana Tok Gajah berjuang dulu.

Anonymous said...

Dear KJ.

Kekalahan terok BN dalam Pileharan Raya 2008 ada kerana Mahathir ,Tengku Razali,Anwar dan ahliahli UMNO yang berpaling tadah.Itu bukan salah kepinpinan saya.Kata Abdullah.

Biar kan Biarkan.Ia maseh bermimpi kerana terlalu banyak tidor.Salam.

Anonymous said...

Salam Dato' dan semua..

Saya rasa kes sabotaj ni dah lama berlaku dan bukanya satu fenomena baru.

Kepincangan kepimpinan UMNO yang menyebabkan majoriti Melayu menjadi sayu dan beralih arah memangkah apa saja yang ada selain lambang yang UMNO teraju.

Cubalah buat survey dan tanya semua orang Melayu kalau sendiri mahu tahu pucuk kepimpinan manakah yang mereka mahu.

Bukankah Melayu sudah seakan setuju menceritakan apa yang terbuku dalam PRU yang lalu?

Bukankah kejatuhan kubu2 kuat UMNO harus dijadikan ilmu yang bermutu?

Sejarah kejatuhan kerajaan Melayu seperti akan berulang laku. Juga kerana kerakusan kempimpinan Melayu.


dabozz

Apanama said...

He's drowning...and is trying hard to drag everyone down with him!

So much for Islam Hadhari.

Undurlah Pak Lah!!!!!!

Anonymous said...

Datuk,

UMNO please "Keep moving on".

Salam

Rozaimi Bin Mohd Said said...

I have written on this topic i.e. Sabotage -v- Hearsay in my blog. Feel free to drop by at http://www.rozaimims.blogspot.com.

To me, both Pak Lah and Najib are two jokers who are trying their level best to change the topic that people are currently talking i.e. the various reasons for BN's dismal performance during PRU12 as well demand for Pak Lah to give up his post as a PM.

Sufficed to say that Pak Lah has once again caused people to doubt his credibility when he was relying on hearsay information without concrete evidence during the press conference. It is very shameful to have a PM with such credibility, who had earlier lied about the Parliament dissolution.

Now, i believe that most of UMNO's leaders and Ministers are yes man because with such an embarrassing statement by Pak Lah, they can still afford to give credit to Pak Lah for making honest statement.

I just do not what is going to happen to Malaysia with such a low quality leaders that we have.

Anybody dares to say no to Pak Lah?

eddy said...

One thing for sure is that Pak Lah is out of sync with the UMNO grassroots. Now he blames sabotage for losing the 2/3 majority. He should tell us why there was sabotage in so many sure win UMNO parliamentary constituencies therein we will know why orang UMNO voted for PAS, DAP and PKR.
The truth is too painful for this Dollah, UMNO grassroots is just fed up with his weak and inept leadership and Uturn decisions and wants change pure and simple.

Pak Lah, Please investigate this sabotage at Rembau Parliamentary seat which was won by BN by 5000 votes when BN lost by a couple of hundred votes in the first count. SPR should investigate how so much postal votes were counted in the last minute. It is a sabotage of democratic elections in Malaysia.

Also investigate the fourth floor boys and their advisers and UMNO information chief who totally used the wrong strategy of ignoring the internet and refused to listen to grass root opinion and advised that the PRU12 is called when Pak Lah is at his lowest performance rating. I think these people are the true saboteurs, Dollah need not look further.

I would add also that Pak Lah has lied many times to the rakyat. Umum tahu tidak perlu detail. If he says that he will quit someday means he will not quit anytime soon. And now he publicly say that Najib will succeed him, then my two cent advise is Najib should start packing already as he WILL NOT.

Anonymous said...

Pak Lah umpama Lebai Malang nampaknya. Berminggu-minggu selepas PRU dia berusaha mengumpul idea-idea bernas untuk membalas kenyataan TDM dan rakyat jelata tentang kelemahannya tapi malangnya ternyata idea yang mungkin datang dari Pak Nujumnya itu hanya memalukan diri sendiri.

Saya perhatikan setiap kali Pak Lah mengeluarkan statement dia selalu cakap dgn nada sedikit bangga.."Saya Tahu itu!.... sekadar nak meyakinkan rakyat yang tuduhannya benar. Nak tergelak pun ada bila tengok gayanya.

Dgn kenyataan Najib yang kerajaan sebenarnya masih belum mempunyai apa2 bukti sahih tentang dakwaan Pak Lah yang kekalahan teruk PRU yang lalu adalah disebabkan sabotaj sudah pasti AMAT MEMALUKAN PAK LAH! Dan untuk menutup malu Pak Lah, selepas ini, mungkin kaki-bodek2 Pak Lah berduyon-duyon buat laporan bertulis wujudnya konspirasi jahat utk mensabotaj Pak Lah/BN.

Pak Lah macam tak pernah dengar pepatah Melayu "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Setakat ini, satu-satunya keputusan paling bijak yang pernah diambil Pak Lah adalah mengahwini Jeane. Ya, kerana Pak Lah hanya mencari Damai Abadi....

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya dapat memahami reaksi Datuk Najib itu.

2. Bagi saya beginilah...'Datuk Najib nampak pokok itu bergoyang kerana ditiup angin. Tetapi jika Presiden suruh tunjuk mana 'Angin' itu, manalah Datuk Najib boleh nampak dan pegang Angin itu?

3. Apa pun tindakan sabotaj parti itu memang berlaku. Mungkin ia melibatkan terlalu ramai Pemimpin dan ahli Umno. Hukuman kepada ahli yang mensabotaj parti ialah 'pecat'. Jadi jika ini dapat dibuktikan maka mungkin lebih dari 100,000 ahli Umno perlu dipecat?

4. Sanggupkah...?

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

Dato',

Siapa yang boleh tegur Pak Lah selain daripada Dr. M? Nak harapkan MT? Hui yo! Sorry

Anonymous said...

Dato' AKJ,

Mohon laluan. Tkasih.

Saya berpendapat, perkara seperti ini menyerlahkan/menguatkan lagi bahawa Presiden UMNO/PM seorang yang tidak berkarisma.

Sekian

Mahkota

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Dipetik kata-kata berikut sebagai pembukaan untuk tujuan perbincangan kali ini:

“Saya akan terus berhenti (bersuara) apabila mereka berhenti membuat perkara-perkara yang mungkin menjadi punca kekalahan BN”, kata Tun Mahathir pada majlis Fikir-Fikirkan Bersama Tun anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Cempaka Bahagian Pandan pada Ahad, 6 April 2008. Tun menjawab kenyataan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Ahmad Sabery Cheek yang dilihat oleh Tun sebagai tidak layak bercerita mengenai perpecahan UMNO kerana dirinya sendiri pernah keluar parti itu dan menyertai parti Semangat 46.

“Saya tengok budak-budak baru berpolitik hendak menegur Tun, baru tempah bush jaket sebagai menteri dah nak mengata Tun”, kata Tan Sri Sanusi Junid, bekas Menteri Pertanian. Sebarang teguran terhadap Tun hendaklah datang daripada pemimpin yang benar-benar senior dalam parti.

Saya amat tertarik kepada kata-kata dan cara pemikiran Tun apabila menghadapi kritikan dan juga pemimpin yang sangat rapat dengan beliau sebagai contoh untuk kita semua renungkan.

Beginilah cara dan pemikiran Tun semasa menerima kritikan……langsung tidak rasional dan cuba mematahkannya atas alasan yang amat cetek.. baik sekarang dan juga semasa zaman pemerintahannya selama 20 tahun lalu. Pernah saya ikuti yang Tun berkata pandangan sipolan-sipolan layak dibakul sampahkan sahaja di hadapan orang ramai suatu ketika dahulu.

Lihatlah saja komen Tan Sri Sanusi Junid, yang menyatakan hanya orang-orang tertentu sahaja layak menegur Tun. Tengoklah bagaimana cara dan bentuk pemikiran beliau, Inilah salah seorang daripada anngota yang amat berpengaruh semasa pemerintahan Tun dulu.

Tan Sri beranggapan yang tidak boleh orang biasa atau bukan setaraf dengannya membuat teguran kepada Tun.

Saya sebenarnya amat tertarik mengkaji ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin dan dengan itu boleh membantu kita mengenali cara dan bentuk pemikiran mereka.

Sebagai contoh bagaimana pemikiran Allahyarham Tun A Razak dalam memperkenalkan Felda sebagai tunjang kepada sistem ekonomi dan kuasa politik negara. Felda bukan sahaja menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi tetapi ianya sentiasa menjadi tempat yang teguh kepada parti berasaskan bangsa Melayu sama ada UMNO atau UMNO Baru (lepas 1987). Kebiasaannya kawasan-kawasan Felda sentiasa menyumbang lebih daripada 50% kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti pemerintah.

Contoh yang lain kita lihat bagaimana Allahyarham Tun Hussein yang mempelopori dana pelaburan Melayu, ASB, pulangan yang konsisten dan amat baik kepada orang Melayu sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

Lihatlah semua ini dan bandingkan dengan apa yang boleh kita banggakan semasa 20 tahun di bawah pemerintahan Tun Mahathir, hanyalah buih-buih sabun yang mudah pecah dan berlinang air. Jika kita robohkan Twin Tower dan Putrajaya sememang tidak ada apa yang boleh dibanggakan, Mungkin Proton dan Highway Utara Selatan yang sentiasa menjadi polimek dan menyusahkan rakyat jelata yang boleh dibanggakan.

Tanyalah ketua JKR dan orang-orang yang terlibat dalam pembangunan awal Putrajaya, bagaimana citarasa Tun yang cuba menggambarkan suasana syurga Firdaus sebagai konsep pembangunan Putrajaya.

Semasa pembukaan Twin Tower apa yang dikatakan Tun ketika itu… beliau amat kesal apabila diberitahu yang tiada jurutera tempatan terlibat dalam pembinaan tersebut.

Semasa ucapan Tun Mahathir di pembukaan UIA Gombak, habis dihentamnya ibubaoa yang menghantar anak-anak mereka sekolah agama dan tahfiz. Tun membuat tanggapan bahawa golongan ibubapa berkenaan hanya berminat untuk menebus dosa-dosa mereka sahaja dan mengenepikan hak anak-anak mereka belajar di sistem persekolah anjuran kerajaan.

Dengan contoh-contoh yang sebutkan di atas, saya rasa sudah sampai masanya kita secara serius meihat cadangan awal dahulu selepas Tun Mahathir bersara. Ada suatu cadangan diwujudkan satu forum atau yayasan menghimpunkan pemikir-pemikir yang berkelibar, untuk melihat dan mengkaji pemikiran Tun Mahathir. Tetapi elok cadangan ini dilihat semula agar ianya juga turut diperluaskan fungsi dengan meliputi semua pemikiran pemimpin-pemimpin ulung negara sejak Allahyarham Tengku A Rahman.

Mungkin dengan adanya analisa yang berkualiti ini, InsyaAllah kita semua boleh jadikan PANDUAN dan SEMPADAN dalam mencorakkan pembangunan Negara di masa hadapan. Saya amat berkeyakinan, terdapat banyak khazanah yang amat bernilai yang ditinggal oleh mereka untuk kita semua. Kepada yang telah pulang ke rahmatullah, didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh-roh mereka dan kepada yang masih hidup, didoakan jua agar diberikan petunjuk ke jalan Allah. Amin….


Wallahu’alam


Rakan20G

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Agak malu dapat PM yang amat lemah dan naif. Masa beliau beri penjelasan, saya tengok depan dia ada mikrofon Reuters dan Channel News Asia (Singapore base). Apa tanggapan orang luar dengar penjelasan Pak Lah..???

Keyword dia adalah sabotaj...!!!! Kalau betul tunjukkan bukti. Saya amat berharap agar beliau akan jawab pengkritik word by word atau para by para dan bukannya selar semula pengkritik dan terus simpulkan dengan satu perkataan kena 'sabotaj'.

Baiklah,saya ceritakan kisah benar saya dan kawan-kawan yang lain yang sewaktu dengan saya. Saya berumur 35 tahun dan sebelum PRU12 saya tidak pernah berdaftar dan mengundi. Terukkan saya sebagai warganegara yang gagal tunai tanggungjawab. Saya merasakan undi saya tak ke mana dan BN amat kuat. Saya tak mersakan sangat kesan ekonomi terhadap duit gaji saya. Terukkan saya ni. Tapi selepas PRU11, saya dah terasa bahang dan juga kelemahan Pak Lah sebagai PM. Tambah meluat dengan kehadiran KJ. Semua ini dapat melalui perkembangan ICT. Tahun lepas Mac 2007 saya daftar mengundi dan lepas hantar borang kat Pejabat Pos, terdetik kat hati saya. Habislah kau kali ni Pak Lah dan KJ. Alhamdulillah saya berpeluang mengundi baru-baru ini dan saya tidak menjadi ahli mana-mana parti politik dan saya pangkah pembangkang. Adakah saya ini tergolong dari kalangan undi protes..??? Sebab saya pernah duduk Kelantan, saya memang suka PAS tapi tak pernah jadi ahli.

Saya tanya pada rakan-rakan saya yang lain dan kisahnya hampir sama dengan saya dan memang seronok mengundi baru ini kerana tak sabar nak tengok kejatuhan Pak Lah dan KJ.

Kenapa Pak Lah tak siasat atau kaji yang statement dari BERNAMA dan SPR ada kira-kira pengundi baru seramai 1 juta (bukan pengundi hantu) yang mana mereka ini ialah pengundi atas pagar dan muda belia macam saya.... Tak apa lah mungkin Pak Lah masih lena dibuai mimpi dan ada penasihat berwibawa i.e KJ.

Setuju dengan pendapat semua yang KJ merupakan liability bagi Pak Lah dan BN. Punca dia satu je iaitu KJ dan cara nak atasi ialah simpan KJ kat rumah.

Respect dengan parti GERAKAN, MIC, MCA dan PPP, walau kalau teruk tapi pemimpin mereka kata nak sisat dan perbetulkan keadaan. Tak ada pulak kata ahli mereka sabotaj.

p/s - Dato' tak nak ulas ke pasal Sang Kelembai cium tangan Pak Lah kat Sabah. Gambar dan ceritanya banyak dipaparkan di blog lain. Ia juga mendapat jolokan ciuman hadhari.

Anonymous said...

Salam Dato;

Mari kita renungkan apa penjelasan TDM mengenai PM kita tentang jawapannya, berikut petikan Bernama untuk tatapan semua.
Semasa sessi soal jawab, Mantan Presiden UMNO itu juga mengariskan bahawa ahli UMNO perlu berani membawa perubahan dan jawatan Kepimpinan itu terbuka, selagi mereka yang kedepan untuk menawarkan diri mesti mampu membawa UMNO ketahap dimana rakyat meyakini dan kembali memberikan sokongan.

Untuk menjawab soal dimana laporan The Star yang menyebut PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyalahkan mantan Perdana Menteri kerana ketirisan Kehakiman, Tun Dr. Mahathir dengan panjang lebar menjelaskan bahawa tindakan untuk memecat beberapa hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara dilakukan kerana mereka yang diamanahkan memberi tafsiran mengenai Perlembagaan, telah didapati salah membuat tafsiran, undang undang dilaksanakan berbeza dan menyebelahi pihak yang mewakili golongan tertentu, membelakangi objektif dan falsafah kenapa undang undang tertentu dirangka. Beliau juga mengulas bahawa beliau bersedia dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan seorang Mantan Ketua Pengarah BPR dan akan menyediakan artikel yang menjelaskan seluruh episod itu dalam sedikit masa lagi. Beliau juga meminta dokumen ini disiarkan oleh pihak media, sepenuhnya.

Untuk soalan dimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengeluarkan kenyataan di PWTC pagi tadi mengenai “Tiada kebebasan media semasa Tun Dr. Mahathir”, beliau menjelaskan bahawa tiada sekatan keatas media dikenakan semasa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn mengkritik beliau dan meminta orang ramai menilai sendiri apa yang dimaksudkan dan bandingkan dengan cara media dikawal sekarang, terutama personaliti seperti Kalimullah “Riong Kali” Hassan dan ‘Budak Tingkat Empat’ sering menghubungi pengarang media untuk menentukan berita dan sudut yang patut diutarakan.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juda diberitakan menyalahkan Ketua UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai punca kekalahan BN di Kelantan dan membuat komen sinis “Semua orang lain saja yang salah. Seorang sahaja tu tak salah! Seorang saja tu tak pernah buat salah!”.
Semasa sidang media, untuk soalan bila beliau akan berhenti menganyang Kepimpinan UMNO sekarang, Tun Dr. Mahathir juga menegaskan “I will stop, IF they stop doing things that will cause UMNO to lose!“, sebagai perakuan bahawa mengembalikan UMNO kepada tahap dimana Kepimpinan ditinggalkanya pada 31 Oktober 2003 adalah paling utama, demi masa depan orang Melayu dan negara.

Untuk soalan mengenai sistem kuota pemilihan dalam UMNO, beliau menjelaskan bahawa sistem itu diadakan agar personaliti tertentu dihalang dari membeli pencalonan dari Bahagian, sebagaimana berlaku semasa Anwar Ibrahim mencabar Timbalan Presiden UMNO Ghaffar Baba dalam pemilihan UMNO 1993.
Sebelum itu, Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid menegaskan bahawa semasa dipecat dari Kerajaan kerana menyokong ‘Team B’ semasa pemilihan UMNO April 1987, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah datang kepadanya dan merayu untuk ketengahkan permintaan agar beliau kembali diberikan jawatan Kabinet, walaupun pernah ditawar dalam Lembaga Pengarah Petronas. Abdullah akhirnya kembali sebagai Menteri Luar Negara pada 1991.
Presiden UIAM itu juga menegaskan bahawa beliau telah meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah semasa Pilihanraya Umum ke X 21 November 1999 kerana menerima kepertanggung jawaban BN Kedah kalah 8 dari 15 kerusi Parlimen kepada Pembangkang, walaupun Kerajaan Negeri BN Kedah masih mengekalkan 2/3 majoriti.
Sanusi juga mendesak bahawa Kepimpinan “Menghadapi masalah” dan “Kembalikan budi Bangsa Melayu selama ini mendukung Perjuangan dan tebus kembali maruah Bangsa Melayu, yang sudah tergadai”.

Zan78

Pemuda Pelapis said...

Salam sejahtera,

Pertama kali saya melepaskan komen saya di sini tetapi bukan untuk bercerita panjang lebar.

Bagaimanapun secara amnya, kenyataan saya ada dituliskan pada blog di bawah berkenaan tajuk yang dibangkitkan.

Semoga saudara sudi merujuk dan turut memberikan ulasan menyeluruh dengan buah fikiran saudara sebagai berkongsi idea.

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

"Lihat topik Pak Lah -vs- Dr Mahathir - Dari Sudut Punca dan Fakta"

Sekian, wassalam!

anakbuah said...

Salam Dato' dan semua,

Pemimpin 'gelapkan' wang punca Umno tewas -KLpos.com

"Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin mendedahkan ada perbuatan pemimpin Umno 'menggelapkan' wang kempen pilihan raya sehingga menyebabkan calon parti itu kalah dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

...melibatkan perbuatan pemimpin tertentu melakukan sabotaj dengan tidak mengagihkan wang tersebut kepada jentera pilihan raya.

Sebaliknya, wang itu disimpan pemimpin tersebut bagi digunakan ketika pemilihan dalam parti nanti."


# Jentera pilihanraya UMNO/BN LUMPUH tanpa wang dan ini jelas menunjukkan sokongan yang TIDAK IKHLAS oleh ahli2 terhadap UMNO/BN.
Moto gerak gempur UMNO/BN: "Ada wang, kerja jalan. Tiada wang, sorry!"

Kemudian KLpos.com melaporkan lagi..."Menurutnya, jika terbukti bersalah, individu terbabit boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dipecat keanggotaannya seumur hidup."

# Agaknya ramai mereka2 yg dituduh sabotaj ini sudah pun "meminta" dipecat seumur hidup....eloklah "taubat", jangan lagi anggotai parti telah "DINODA" ini, selamanya.

Sdr. sinbad berkata...."Kami tak puas hati dengan isu2 ECM Libra-Avenue, Scomi, TNB arang batu,Proton, MV Agusta, Pantai, Telekom, Temasek, Jambatan bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, Global Penang City Centre, Masjid Kristal, Patrick Lim, Monsoon Cup, beli bot, beli jet, anak menantu dapat friendly loan RM9 juta sekali ngap! Sime Darby, BSA Tahir, AP kereta, Islam ada had ada hari, minyak naik, jenayah naik."

# Wah!...tak sangka sampai begini banyak onar pemimpin2 UMNO! Lebih separuh drpnya berkaitan dgn WANG dan untuk KEKAYAAN/KEMEWAHAN sendiri dan individu2 tertentu. Ini semualah yang mendatangkan "penyakit" kepada PakLah sekarang!

Anonymous said...

salam dato

sememangnya diakui..undi protes penybab kekalahan bn...bagi saya kekalahan ni bukan lah kekalahan teruk tetapi satu kekalahan baru dalam menuju ke arah kerajaan yang mempunyai suara pembangkang yang kuat..selama ini suara 2/3 bn disalahgunakan...perundangan negara digubal hampir 300 kali spanjang 50tahun ini..satu rekod tertinggi di dunia berbanding negara lain...

sabotaj juga adalah penyumbang kpd keklahan...tidak dinafikan....kerana ia berlaku di depan mata saya di kawasan ampang...geng2 calon yang tidak terpilih menjadi calon swing vote mereka atas dasar dendam ...tapi takpe..langit tidak selalunya cerah

drshamsulAnwar said...

Dah sampai masa semua ahli UMNO tak kira dari lapis yang mana, duduk berbincang apa yang patut kita buat seterusnya. Whats done is done. Orang yang sabotaj mungkin ada alasan masing masing, tapi yang paling mustahak, perlu ada langkah menambat balik hati org org yg kononnya sabotaj ini utk sama sama balik pada perjuangan asal. Kalau hari hari kita jerit isu sabotaj without finding the solution pun tak akan ke mana jugak isu ni.

~SAM~
save UMNO !!

tipulagi said...

Apabila mendengar AAB menjawab apa yang telah berlaku pada PRU12 ari tu... perkataan pertama yang ada dalam diri saya adalah "MELUAT"(orang utara cakap), kalau bahasa melayu nya "MENYAMPAH". Apa bukti dia mengatakan bahawa BN/ UMNO kena sabotaj? Tiada seperti cakap TPM (Najib)
Sesudah hampir sebulan memikirkan apa yang patut diutarakan pada ahli-ahli akar umbi maka keluarlah perkataan "spin"nya iaitu SABOTAJ.
AAB masih dibuai mimpi indah seperti seblum PRU12, tidak mahu bangkit-bangkit lagi dari tidur yang lena, walaupun Malaysia telah keLAUT.
Kalau kita boleh percaya pada HUSIN LEMPOYANG yang memberi anugerah POS MALAYSIA 2008 pada AAB, maka AAB perlu memikirkan kepopularitinya memang sudah tiada dan rakyat malaysia khusus nya tempat beliau sendiri pun dah taknak dia.. so.. tak perlu laa spin lagi...ahli akar umbi lebih cerdik dari Menantu OXFORD dia tu dalam membuat penilaian.

http://tipulagi.blogspot.com

Yusaini Ali said...

Asalamualaikum Dato'
Sebagai ahli UMNO akar umbi, apa yang berlaku hari ini amat mengaibkan.

Saya sebagai SU pemuda UMNO Bahagidan Pulai mendapati ramai ahli pemuda yang mula meluat dengan telatah pemimpin yang tidak pernah mengaku kesilapan sendiri dan bertindak seperti tikus membaiki labu.

Pak Lah seharusnya melihat kenapa mereka ini mensabotaj, di Johor lebih 54,000 undi rosak dan yang tertinggi di negara ini, ini kerana kami di Johor walaupun ingin memberi kesedaran kepada pemimpin pusat tetapi kesetiaan kami kpd BN dan UMNO menyebabkan tidak sampai hati untuk mengundi pembangkang.

Soalnya kenapa lebih 321,000 pengundi membuat keputusan untuk merosakkan undi.

Di Pulai Umpamanya, calon BN Datuk Norjazlan (akauntan) menentang calon Pas iaitu penjual ayam di pasar tetapi penjual ayam mendapat lebih 17,000 undi. Di mana rasionalnya?

Tentu ada punca kepada punca kenapa pengundi lari dari menyokong BN. janganlah hanya menjadi puncanya (sabotaj ahli) tetapi carilah punca kepada punca mengapa mereka sabotaj.

Yang paling penting penolakan kepimpinan pak lah semakin jelas, bagi saya sebagai ahli UMNO buat apa kita membocorkan kapal dan sama-sama karam, jika nakhodanya sudah melakukan kesilapan hanya nakhodanya harus disingkirkan dan bukannya menengelamkan kapal yang sama-sama kita tumpangi.

Ahli UMNO akar umno.

Anonymous said...

Dato Scribe,

Maaf, bagi laluan off topic!

Saya tengok rakan blogger Dato yang bernama Zahrin (Sang Kelembai) dah memelok Pak Lah dan mencium tangannya. Dulu Zahrin ialah antara pengkritik kuat Pak Lah. Malah, dia menyifatkan emerintahan Pak Lah ialah Kerajaan Tiga Beranak.

Apa dah jadi Datok? Ada masyuuuk ke? Ada member bagi tau Zahrin dapat habuan $1 juta dari Ku Nan, setiausaha agong Umno. Betul ke? Saya tengok blogger Kickdefella ada sebuat hal ni. Zahrin tu kuat ke pengaruhnya sehingga boleh dibayar $1 juta untuk tutup mulut?

Saya fikir kredibiliti Zahrin jatuh ke satu tahap yg lebih rendah!

Kawan

Unknown said...

Salam dato'

Apa habaq? lama juga saya tak memberikan komen di sini. Bukan tak baca, tak dan nak menulis...agak sibuk sedikit.

Ttg 'anonymous'bacul yg tak beridentiti dan suka memaki hamun.. itulah kenyataan mereka-mereka yg telah ditrained pemikirannya.

So, sekarang ni kebanyakan orang-orang umno@bn...itulah kepakaran mereka; memaki hamun, menjatuhkan orang lain, menipu, korup,pentingkan perut sendiri,putar belit dan segala macam kehinaan. Apa ni? sekarang tahun 2008, bijak pandai dah terlalu ramai...ruang perkongsian minda terlalu luas...kalau tak puas hati, be gentleman..luahkan secara jujur agar orang lain boleh perbetulkan, kalau ada silap...kan bagus. Jangan jd bacul - pengecut, cakap belakang je berani.

Saya cuma nk respons, berita hari ini...surat khabar. Tentang komen2 org bn..termasuk puteri2 mereka tu ttg penternakan babi di Selangor. Sudahlah bro and sis, kalau dulu masa kawan2 memerintah..awat hang pa diam..la ni nak berdegar-degar bagi komen. Jgn hipokrit...biar ikhlas.

Ttg penternakan babi ni, saya tak mao comen banyak2...yg pasti orang Islam haram makan babi...yg bukan islam...it's up to them. Klau nak ternak untuk kegunaan rakan seagama mereka...go on. Tp jgnlah sampai menyusahkan dan menganggu ketenteraman rakan-rakan beragama lain. itu saja.

ok lah Dato', itu saja kot.

Marzuki said...

Salam Dato

Bagi pandangan saya, pemimpin BN mesti menerima kenyataan bahawa BN kalah dari segi pengundi di semenanjung Malaysia and without a 2/3 majority. Tanpa Sabah & Sarawak apalah BN.

Misal kata kalaulah Tenaga/Mas/Maybank rugi besar, tak kan Kerajaan nak letak orang yang terbukti leadership nya tak berkesan dan membiarkan organisasi tu terus rugi besar dan muflis.

Begitu juga ahli akar umbi UMNO yang mahu pemimpin di tukar sebelum malapetaka besar berlaku kerana memikirkan UMNO akan menerima kekalahan yang lebih besar berbanding 2008 kalau tak ada tindakan sekarang. Pemikiran macam ini sudah menyerap kedalam kepala kepala kebanyakan ahli ahli grassroots selepas kekalahan UMNO/BN dalam 2008. Mereka nak ubat dan ubat itu yalah perubahan (Change).

Kalau pemimpin pemimpin masih berdegil maka nescaya mereka akan mencari ubat penawar di parti alternative.

Oleh itu bagi pandangan saya semua ketua cawangan mesti berjumpa dengan grassroots secepat mungkin dan apa apa pandangan mereka mesti lah di tampilkan ke Ketua Bahagian dan seterusnya hingga ke peringkat MT dengan syarat mesti transparent and no news blackout or ditapiskan.

Pemilihan UMNO sebaik baik nya tak patut di tangguhkan. Ia supaya krisis kekalahan dan kritikan kritikan dapat di bahaskan oleh wakil wakil. Menangguhkan akan memperburukkan lagi keadaan dalam UMNO dan juga akan membuat pelabur luar to take a stand of wait and see policy till the new mandate is given within UMNO.

Kita tak nak pemimpin di sokong oleh pemimpin-pemimpin saja. Kita nak pemimpin di sokong oleh ahli ahli akar-umbi Umno dan rakyat Malaysia

Tq

Edyes said...

Minta maaf Dato', lari tajuk...

* a kadir Jasin // April 9, 2008 at 12:07 pm

sdr sheih,

Saya SMS Sang Kelembai tanya hal ini. Penjelasan dia lain sikit.

Tapi dia kata dia akan jawab semua.

Kita tunggu apa dia nak kata.

I’ve seen too many unbelievable things to believe anything without question.

Thank you.

edyes wrote :

Dato' Kadir Jasin,

Saya faham bahwa Zahrin tu rakan seperjuangan Dato'. Ada masa sehaluan dan ada masa di hujung dipersimpangan...

Cuma apa yang berlaku pada sang kelembai itu adalah sesuatu yang sukar diterima oleh para bloggers even kepada semua yang kenal penulisan beliau. Tindakan beliau walau apa reason sekali pun mencerminkan peribadi beliau.

saya nak tanya dengan Dato', apakah Dato' setuju dengan tindakan lompatan seperti ini..? Adakah wajar dengan penulisan beliau yang mencerca paklah sebelum ini dilupakan...?

Bagi saya, bukan mudah untuk menjilat kembali ludah yang telah disemburkan ke muka 'seseorang'. tak tahu lah kalau kerana uwang!!

Jika sudi, Dato' boleh reply di sini

http://edyesdotcom.blogspot.com/2008/04/susulan-sang-kelembai-pernyataan-dato.html

the indie story said...

Minta Laluan...dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ

Anonymous said...

Boleh dikatakan saya adalah pecandu Berita pukoi 8 tiap malam sejak dolu-dolu...

Tapi la ni dah 'BOIKOT' tengok berita di RTM dan TV3...

Stat depa dok godam Tun, saya dah naik menugai campog meluat.

Menteri Penerangan yg baru mulut
hebiag jugak... tahniah... anda hilang sorang penonton...

Manrojak

Anonymous said...

Selamat Sejahtera Datuk;

Kalau dilihat dari jendela seberang Laut Cina Selatan, kekalahan atau keputusan PRU yang lalu membuktikan arus kematangan politik melayu sekadar diuji oleh ledakan teknologi maklumat yang didominasikan oleh generasi baru.

Saya tertarik dan amat gembira dengan keputusan PRU yang lalu kerana akan menghidupkan institusi perlimen dengan persaingan pihak kerajaan dan pembangkang dalam mendebat dan membahaskan hak rakyat Malaysia.

Selain itu, faktor kekalahan rakan BN lain selain calon Umno turut memperadabkan satu kesilapan dan perancangan yang tersembunyi semasa era Tun Mahathir menjadi PM.

Walaupun saya bertugas sebagai wartawan di Sarawak sepanjang era Tun Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia, saya rasakan paklah berusaha memulangkan kuasa yang hak kepada yang hak dan menyedarkan kaum Melayu negara kita mengenai sesuatu hak yang tersirat dipertahankan.

Peterjemahan hak yang saya maksudkan memang sukar untuk di jelaskan namun saya rasa ramai dikalangan kita menyedari dan memahami jika kita mahu merenung berlandaskan ageda dan apa yang berlaku setakat ini.

Politik melayu memang hebat, sukar kaum lain untuk menerobosinya.Tidak keterlaluan jika saya katakan generasi muda majoritinya gagal untuk menghayati dan memahami agenda di sebalik dinding waktu konflik politik melayu.

Saya kagum dan bersyukur kematangan dan idealistik ahli politik dan pemimpin melayu masih hebat. Malah saya tidak setuju jika kelemahan dan kekalahan dalam PRU yang lalu dijadikan alasan untuk menterjemahkan kelemahan pak lah.

Memang saya bersetuju kelemahan hari ini adalah berpunca dari kelemahan pendekatan pemerintahan Tun Mahathir masa lalu.Dan Pak lah yang terpaksa membayar ganti ruginya hari ini.

Saya khuatir, apa yang berlaku masa lalu berulang lagi , Tun Mahathir menempelak Tunku dan pernah membuat kenyataan yang campur tangan bekas bapa kemerdekaan kita Tengku Abd Rahman terhadap pentadbiran beliau, berulang lagi dan kini Tun Mahathir yang duduk dalam situasi seperti itu.Waktu itu Tunku menegur Mahathir tetapi Mahathir enggan menerima teguran tunku.

Barangkali roda sejarah pentadbiran negara kita berulang lagi setiap kali hampir 30 tahun.Mudah-mudahan umno tidak akan berkubur lagi.....wassalam

Anonymous said...

salam bahgia kesemua... dato' dan rakan blog yang budiman,selaku remaja yang berusia 18 tahun, saya amat takut melihat perkembangan politik kontemporari sekarang.. melihat bagaimana blog tempatan kebanyakkannya berorientasikan dunia politik semata-mata, seolah-olah orang Melayu kini dibelenggu dengan masalah politik sahaja... sesungguhnya Allah berfirman...
yang bermaksud, "manusia membuat perancangan, ALLAH membuat perancangan, sesungguhnya perancangan ALLAH lebih baik dari perancangan manusia".. Jelas, segala yang berlaku semuanya telah ditakdirkan, yang semua duk sibuk nak bincang balik, nak hentam semua buat apa... kerajaan pak lah dah menang... walupun ada jatuhnya,tak perlu dikritik, banyak lagi yang harus diselesaikan, masalah rakyat, negara... orang luar duk suka kat kita semua, abis election, bergaduh sana sini... dat is a foolish things done by the person who are older than me!! wujudkan blog cadangan nak bangunkan negara.., ways to improve the public service, nak bangunkan ekonomi... Jangan kerana pergaduhan hari ini, semuanya hancur berkecai, pelajarilah keindahan bahasa Melayu itu sendiri, kalau marahkan nyamuk, jangan kelambu nak dibakar... kita kena jadi bangsa yang rasional, matang dan waras. jangan cepat mengelabah, panik...

saya harap kesemuanya dapat memahami luahan seorang remaja berusia 18 tahun...

i wish one day, i can be da leader for UMNO, and of course ISLAM will be the main reference in my leadership..

Che Kem said...

Dato,

Masa Pak Lah lancar slogan Cemerlang gemilang Terbilang dulu lagi, saya dah rasa bahawa ia tidak mencerminkan satu wawasan yang jelas, terlalu abstrak. Wawasan beliau seperti nak menjangkau tapi cara dan kaedah jangkauannya kabur.
Sejak 2004, saya jadi kurang selesa dengan karenah politik kita apatah lagi menteri yang mememrintah kementerian seolah-olah menggunakan platform itu untuk mempromosi dan mendekatkan mereka dengan pucuk pimpinan. Gaya politik ini penuh bodek dan ampu yang akhirnya menular kepada pengurusan tertinggi kementerian di mana mereka pun turut membodek dan mengampu dan mengetepikan objektif dan sasaran sebenar.
Sayangnya, kesilapan ini makin tertayang setelah 50 tahun merdeka, jadi selama ini banyak sudak keburukan dan habuk-habuk permasalahan tersembunyi di bawah karpet politik pemerintah.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Pendapat saya: Menjadi pemimmpin bukanlah satu tanggongjawab yang mudah. Kita dipertanggongjawabkan atas orang yang kita pimpin. Kita berkuasa membetulkan sesuatu, jika tidak melakukannya, kita berdosa. Nerakalah jawabnya.Pada saya kalau kita membenarkan sesuatu yang mungkar, contohnya tayangan cerita berunsur sex di TV, setiap orang yang menonton akan mandapat dosa untuk diri sendiri. Akan tetapi bagi pemimpin yang membenarkan/membiarkan perkara itu, akan
menerima saham dosa dari setiap orang yang dibawah pimpinannya yang menonton. Bayangkan jika 10 juta orang yang menonton, berapa banyakkah dosa yang terpaksa mereka tanggong.
Oleh yang demikian mereka jangan sengaja mencampakkan diri kedalam neraka.
Mereka boleh menghalang kemungkaran dengan kekuatan tetapi mereka tidak lakukan. Begitu juga dengan dosa-dosa lain seperti riba, dan rasuah dan sebagainya. Oleh yang demikian seorang pemimpin umat Islam harus mendekatkan diri dengan ulama muktabar, bukan ulama duniawi , untuk mendapat nasihat,supaya mereka terselamat dari azab api neraka.
Bagi saya, pemimpin tertinggi umno sekarang tidak lebih tarafnya sebagai menteri ekonomi saja. Saban hari percakapan berkisar pada ekonomi dan pembangunan.
Jarang sekali keluar dari mulut mereka agar rakyat berakhlak mulia, mengikut sunah Rasulullah. Bayangkan seorang perdana Menteri menasihatkan kaum wanita Islam menutup aurat...tentu sekali itu memberi bekas yang mendalam. Kenapa...Tak glamour?? Masaalah Mat Rempit, kalau polis dan lain-lain tak dapat selesaikan, PM sepatutnya turun padang menangani masaalah ini. berjumpa sendiri dengan Mat sempit. Masaalah moral remaja..Apa komen beliau?? Sudahkan selesai masaalah itu di tangani? Jika tidak, beliau kena fikirkan cara untuk redakan masaalah ini. Itu tugas pemimpin paling atas.Menyelesaikan masaalah yang tak dapat diselesaikan oleh orang lain. Setiap permasaalahn rakyat yang tidak dapat diselesaikan oleh orang bawahan , beliau kena selesaikan sendiri. Itu baru layak jadi pemimpin. Jika tidak apa guna jadi pemimpin jika membiarkan masaalah tinggal masaalah dan mengharap orang bawahan menyelesaikannya, dia dah lantik , sudah , pandai-pandailah nak buat apa.
Satu lagi, peliharalah maruah wanita Islam- aktiviti-termasuk sukan yang mendedahkan tuboh jangan digalak. Pemimpin juga akan menanggong dosa- setiap mata yang menyaksikan, pemimpin tersebut akan mendapat saham dosa dari setiap orang yang menyaksikan. Jika berterusan perkara tersebut atas sebab galakan pemimpin, berterusan jugalah dosa yang ditanggong oleh sipemimpin hatta selepas mati pun. Tentu berat sekali.


Sekian

the indie story said...

Dato' Kadir yang budiman,

Menggunakan alasan SABOTAJ hanya semata-mata bagi menutup kesalahan sendiri.

Padahal diri sendiri yang SABOTAJ parti. Siapa yang dengan angkuh sebelum pilihanraya ke-12, mengatakan "Jangan Cabar Saya!"

Yang sebenarnya bukan isu penipu yang diberi nama SABOTAJ. Akan tetapi jawapannya sangat mudah sekali:"RAKYAT DAH NAIK MENYAMPAH!"

Tak perlu buang masa, tenaga dan wang untuk mengadakan berkali-kali mesyuarat dan post-mortem kerana "RAKYAT DAH NAIK MENYAMPAH!" adalah jawapannya.

Macamamana nak kurangkan "RAKYAT DAH NAIK MENYAMPAH!"?

Cuba penyelesaian praktikal dibawah:-

1) BANTERAS RASUAH SECARA BESAR-BESARAN TANPA MEMILIH BULU.

2) PEMBAHAGIAN EKONOMI SECARA ADIL DAN SAKSAMA

3) MENYEDIAKAN PELUANG2 PERNIAGAAN DAN PERKERJAAN DENGAN LEBIH BESAR SECARA TELUS DAN TERBUKA

4) KASI BUANG ITU HADARI DARI PERKATAAN ISLAM. ISLAM SUDAH CUKUP.

5) BANTERAS JENAYAH BERAT SECARA BESAR-BESARAN

6) MEDIA YANG ADIL DAN BOLEH MENGKRITIK SECARA TERBUKA DAN BEBAS DARI DIKUASAI OLEG SESEBUAH PARTI POLITIK

7) MEMBERI SOKONGAN KEPADA BLOGGERS DALAM MENYUARAKAN PANDANGAN TANPA TAKUT.


Wassalam. tQ

Anonymous said...

The Scribe,

What is Tun M so pissed off with Badawi?

Can you do me a real big favor and write about it - all the big and small that you think
Tun M would and should be pissed off with Badawi, please.

You expect the nation to bring down Badawi
and then have to be content with present bunch and then start all over again in another five or less?
...(what is wrong with UMNO?
corruption, no? No! corruption has nothing to do with what is wrong with UMNO - it's the Judiciary to blame, no not even the BPR or the Police no not even the rakyat.)

I think better all parties - pro M or pro B or pro X - keep shooting the SOS flare and keep us entertain while wondering if it should be better with Pakatan Rakyat having a 44 percent of seats in Parliament next time and still rules the 5+1 - don't you, Scribe? What do you think.

You can start with if you are the PM now...

Mahathirism said...

Fyi,

http://mahathirtruenationalist.blogspot.com/

Mahathir Loyalists.

Anonymous said...

Salam Dato' dan pembahas,

Semalam Utusan Malaysia sudah melaporkan kawasan yang dikatakan telah disabotaj ahli BN - dengan membuat undi rosak - hingga menyebabkan kekalahan tipis BN.

Akan tetapi, hujah berdasarkan 'undi rosak' itu sangat dangkal.

Berdasarkan perbandingan jumlah undi rosak di kawasan yang dikatakan telah disabotaj itu dengan pilihan raya 2004, kita dapat temui, antaranya:

# Parlimen Sik: Undi rosak 1,287 (BN menang 319 majoriti), lebih banyak berbanding 2008 (505 undi)

# DUN Jeneri: Undi rosak 280, lebih banyak berbanding 2008 (251 undi).

# DUN Tanjong Dawai: Undi rosak 643, lebih banyak berbanding 2008 (618 undi)

# DUN Bukit Payung: Undi rosak 152, lebih banyak berbanding 2008 (130 undi)

# DUN Simpang Empat: Undi rosak 133, lebih banyak berbanding 2008 (82 undi)

# DUN Maharani: Undi rosak 373, lebih banyak berbanding 2008 (354 undi)

Tidak logik kalau dikatakan undi rosak pada 2008 telah menyebabkan kekalahan BN di kawasan terbabit sedangkan jumlahnya berkurangan kalau dibandingkan dengan pilihan raya sebelumnya.

Ini kerja siapa sehingga ahli BN dijadikan 'kambing hitam' semata-mata untuk menyelamatkan populariti Presiden?

Anonymous said...

dato' KJ,
Dua pemimpin negeri Perak dan Negeri sembilan dah ensndorse Khairy Jamaludin sebagai calon Ketua Pemuda. Apa mereka ini butakah atau pekakkah dengan suara akar umbi? Itulah masalahnya kepimpinan negeri tidak turun ke padang hanya 'duduk di grand stand atau masih melihat melalui siaran TV sahaja'. Tidak ikhlas mengulas dengan menggunakan deria anugerah Allah iaitu mata, telinga yang amat berkait rapat dengan akal. Saya harap kedua-dua pemimpin ini tamatkan karier mereka pada pemilihan akan datang sekiranya UMNO mahu terus relevan. Pertimbangan yang matang perlu, dimanakah lebih penting, kepandaian (orang lain pun ada yang pandai lagi) atau menjauhkan orang yang menjahanamkan BN/UMNO?

Memang tidak dinafikan, gaya penonjolan KJ mirip cara Anwar. Dalam media masa KJ yang lebih-lebih menonjolkan dirinya dari bos. Kemungkinan wujud pakatan mereka berdua hanya mereka dan Allah yang tahu.Sekiranya assignmentnya ialah menjahanamkan UMNO dari dalam dalam pada masa yang sama mengaut kekayaan sebanyak mungkin untuk modal politik, orang ini memang bahaya.

Semoga kepimpinan yang akan datang (pengganti Pak Lah) dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menangani isu KJ dan Anwar sebaik mungkin. Buat perancangan yang ikhlas demi kesinambungan perjuangan bangsa dengan berpaksikan PANGKAL DASAR PERJUANGAN MELAYU. Tolak mereka mereka berdua ini PASTI ALLAH BANTU UNTUK MENJADIKAN UMNO TERUS RELEVAN SELAMANYA.

mini clubman

Anonymous said...

pak lang rembau

Saya setuju dengan pandangan pak lang. Ese sokong bonar. Cara penagkisan Pak Lah seolah macam budak-budak. Modal dalam hujahnya di suap oleh KJ.

Pak Lang buat lah sabir (survey) sendiri dengan semua orang Rembau pasal budak KJ ni. Bahayo. Dio yang paling rapat dengan pak mentuo eh, semua rahsia dan maklumat kerajaan ando dalam tangan dio.

mini clubman

Anonymous said...

Saya merasa terpanggil untuk menulis setelah membaca dengan geram laporan akhbar NST hari ini:

KUALA LUMPUR: DAP chairman Karpal Singh has called on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to stop championing the cause of the opposition and persistently attacking Prime Minister Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi.

"The opposition does not need the unsolicited support of Dr Mahathir to ensure that the Barisan Nasional government is kept on its toes.

"Dr Mahathir should, perhaps, devote more time to his grandchildren in the twilight years of his life," said Karpal, who is also the Bukit Gelugor MP, in a statement yesterday.

"It is time for him (Dr Mahathir) to keep his peace and let the opposition keep the government of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in check."

Karpal said the opposition did not need personalities like Dr Mahathir who went to the extent of deregistering Umno in 1988 and generally behaved in a dictatorial manner.

Karpal pointed out that Dr Mahathir's abuse of power when he was prime minister was conceded by Umno leaders, including Abdullah.

"He had publicly stated that Dr Mahathir was responsible for Operasi Lallang.

"I am sure Umno members will agree with what I am saying. I don't think Umno members today hold him (Dr Mahathir) in high esteem."

Mengapa NST (paper umno) membiarkan org seperti Karpal Singh yg suka menghina Melayu, mencaci sambil mendabik dada dgn sebegitu rupa terhadap seorang negarawan spt Tun?

Dia juga dengan semberono menyatakan ahli Umno juga akan bersetuju dengan statement kurang ajar dia itu.

I have half a mind to throw eggs at his face when I see him next time. Karpal Singh, at 68 should also stay home and play with his grandkids. He is too cocky in believing that he does not have any skeletons in his closet.

Saya sedih sebab Pemimpim Melayu membiarkan Orang Yang Anti Melayu memalukan dan mengherdik seorang Negarawan Melayu Yg Terulung. Siapa la sangat si Karpal Singh tu. Berjasa sungguh kah dia kepada SEMUA bangsa di Malaysia dan di dunia ni hingga boleh bercakap sebegitu rupa?

Anonymous said...

kenapa tak salahkan...
Nik Aziz,
Hadi Awang,
LimKitSiang,
KarpalSingh,
LimGuanEng,
SamyVellu,
OngKaTing.....skali???

diorg pun yg buat UMNO/BN kalah.
que sera sera

ayahzu said...

Assalamualaikum semua,
Just join, baru nak blajar blogging - jadi belum ada ulasan lagi. Cuma just to say a special hello to my ex-boss Dato AKJ- with you at NSTP (Circ Dept) for about 5 yrs from '94-98 Bye semoga selamat semua.

Anonymous said...

Salam Dato'

Sebenarnya saya fikir ada baiknya kena tunggu dan lihat apa kesudahannya yang berlaku pada Pak Lah, TDM, Ku Li dan DSAI. Kita sama-sama tengok siapa yang kena dan turun dengan labu-labunya....

http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

teja said...

wah liau! hehehe
Kelakar sungguh bila seorang manusia tidak mahu menerima hakikat yg beliau tidak boleh perform dan tidak pernah deliver.

2 faktor besar yg menyebabkan UMNO dan BN huru hara dan hilang 5 + 1 di PRU 12 baru2 ini mengapa masih belum tengok diri di cermin lagi? Akar umbi sudah tidak sabar mahu pecat Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin termasuk yg bukan UMNO dan bukan BN pun!!!!

Kami bersatu di dalam hal ini. Abdullah Ahmad Badawi and Khairy Jamaluddin have gotta go ASAP!

tarings said...

jebatmustdie @ 11.20am said:

"Saya sedih sebab Pemimpim Melayu membiarkan Orang Yang Anti Melayu memalukan dan mengherdik seorang Negarawan Melayu Yg Terulung."

Agak2 awak, adakah Pemimpin Melayu yang awak maksudkan itu 'membiarkan' atau adakah Pemimpin Melayu itu yang 'menyiarkan' cerita itu?

Anonymous said...

The Scribe,

Startled Beasts
(on page nineteen, lionel giles)

21. Movement amongst the trees of a forest shows that the
enemy is advancing. The appearance of a number of screens
in the midst of thick grass means that the enemy wants to
make us suspicious.

22. The rising of birds in their flight is the sign
of an ambuscade. Startled beasts indicate that a sudden
attack is coming.

23. When there is dust rising in a high column,
it is the sign of chariots advancing; when the dust is low,
but spread over a wide area, it betokens the approach
of infantry. When it branches out in different directions,
it shows that parties have been sent to collect firewood.
A few clouds of dust moving to and fro signify that the army
is encamping.

m r said...

Umno secara terang membenarkan pemilihan kali ini menggunakan wang (politik wang)...katanya, takan nak berkempen nak makan angin dan telan air liur (rujuk Utusan Malaysia).

Ini menunjukkan yg ada kuasa dan beruit akan terus mempengaruhi perwakilan ketika mereka berkempen....

Jika amalan ini diteruskan..Yang berduit spt `ehem2' pasti akan muda untuk mendapat Jawatan tertentu dlm parti, jika perwakilan lemah kerana dibeli dgn wang ringgit untuk memberi undi...

Kesannya, memang buruk sebab rasuah sekali lagi x dpt dibendung.
pemilihan x adil dan membuatkan RAKYAT semakin jauh dngn UMNO - meluat ulang perangai lama.

Sekarang ni, dah pun ada kaki2 melobi calon untuk menjadi org tengah membayar kpd perwakilan...Ini perkara benar dlm umno...Bagi tukang membawa beg `james bond' inilah masa untuk membuat segera - Alahai sampai bila nak berubah

MALAYSIA KOPI TIAM

Unknown said...

Salam Dato' KJ,

Salam juga utk Mr Podas,
seperti yg telah saya jangkakan...berita arus Perdana mlm semalam 'menyerang' Pakatan Rakyat di Selangor, orang-orang melayu (umNO) agaknya ditunjukkan juga menyerang bangunan SUK siangnya, Mr Podas juga nak menyerang nampaknya.

Satu pertanyaan buat Mr Podas terutamanya, penternakan babi di Sepang@Selangor ni baru nak dibuat ke?

Setahu saya, sejak sekian lama telah wujud penternakan (rasanya tanpa kawalan) di daerah tersebut, sampaikan pantai2 disekitarnya.. takut orang nak pergi mandi, walaupun pantainya agak cantik.

Ada eloknya, dikaji dan diteliti terlebih dahulu, berkelakuan secara profesional..., saya tak rasa, menjadi keutamaan pemimpin PR di Selangor yang baru berkuasa dalam sebulan, memikirkan untuk melaksanakan dan meluluskan projek itu secepat itu.

Satu lagi, jangan mudah melatah...kita orang melayu, kena belajar untuk profesional (kalau nak dipandang sebagai hebat) dan kita orang Islam dah tentu harus profesional dengan agam-agama lain, apalagi kita sebagai pemimpin mereka.. barulah, mereka akan hormat agama Islam. Ada tolak ansur disitu, kita tak makan babi, mereka makan....jadi, selagi ternakan tersebut untuk keperluan mereka, tidak mengganggu penempatan masyarakat Islam dan persekitaran. Apa salahnya...
Dan apa yg nak dibuat pun telah meneliti kesannya dan dibuat secara moden.

Satu lagi, kalau orang-orang Sepang @ umNO (pembangkang kat negeri tersebut) rasa ada kesilapan atau kesalahan, ada baiknya panggil dan duduk berbincang (jadi profesional). Panggillah seberapa ramai wartawan dan media, tunjukkan keprofesionalan....Nah, baru rakyat akan respect. jangan nak main redah je...serkap jarang, hentam kromo...membabi buta..tunjuk hero, tapi sebenarnya pengecut nak mampos!!

Sorry Dato'..macam kasar, tak...geram je sikit. TQ

Aji Baling

Unknown said...

Salam Dato'

BOLEH, KALAU KENA GAYANYA

mungkin itu tajuk post saya. ini sekadar pandangan orang yang tak berapa muda (hehe) tentang kepimpinan Pak Lah. Setelah diamati, ini penggal kedua Pak Lah menjadi PM dan penggal ini dimulakan dengan cukup mencabar olehnya.

Saya bawa pandangan sdr/i kepada peralihan kuasa... biasa la kan, apabila sesebuah organisasi atau negara diambilalih kepimpinannya.. banyak 'penyesuaian' yang perlu dibuat oleh pemimpin baru termasuklah Pak Lah.

sdr/i, biasa jadi bos kan? apa yg sdr/i rasa? macam-macam... terutamanya dalam konteks nak mentadbir dengan gaya sendiri, juga banyak ide-ide sendiri cuba diketengahkan...

Dengan andaian, tanpa campurtangan keras dari individu lain... InsyaAllah, ianya akan membuahkan hasil. Tapi, bukan mengambil masa yang begitu singkat.

Jadi dalam konteks Pak Lah, berilah Pak Lah masa untuk menunjukkan gaya kepimpinan dan karismatiknya sebagai PM. Berikan dia masa...

Namun begitu, dalam keadaan sekarang...setelah sopak, pekung dan segala macam kehinaan membuak-buak keluar dari sikap 'orang-orang' dan 'ahli-ahli'nya...banyak yang Pak Lah kena perhatikan dan mula lakukan perubahan.

Pak Lah kenalah...
eii..banyaklah yang kena dilakukan...terutamanya, orang-orangnya yang 'dikatakan' menSABOTAJ parti mereka, juga jgn lupa keperluan-keperluan rakyat.
Masanya tak lama, 4,5 tahun je lagi...kalau masih juga gagal...ingatlah, ketika itu BN@umNO sememangnya sudah tidak relevan lagi dibumi Malaysia, Pak Lah juga akan menjadi tidak relevan, malah semua pemimpin umNO menjadi tidak relevan. Jangan disesalkan.

Maknanya, kena benar-benar telus, ikhlas,istiqamah...dalam kebaikan yang cuba dilakukan selepas ini, dan (ini yg pentingnya)...jika Pak Lah berjaya...sememangnya UMNO@BN akan relevan sampai bila-bila.

Agaknya la...sesiapa orang BN@Umno yang membaca...berubahlah..dunia ini bukan ana yang punya.

Seadanya.

Aji Baling

anakbuah said...

Mr. Podas,

"Baru-baru ni, ana terbaca artikel yang menyatakan bahawa PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan BABI @ KHINZIR. Dengar katanya projek ternakan khinzir berkelompok tersebut bernilai RM 100 juta dan akan di bina di sepang, Selangor. Orang-orang PAS ni pula kata orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging khinzir ni. Apa cerita ni. Dulu masa isu babi di Melaka merekalah orang pertama yang memainkan isu ni. Kata UMNO Melaka melindungi penternak lah, membenarkan pemeliharaan babi ni dan macam-macam lagi. Tapi sekarang ni kau orang pula yang menjadi orang pertama menyokong penuh cadangan kerajaan Selangor.

# Saya bukan ahli PAS atau sebarang parti pembangkang tetapi dengan tidak menyokong projek ternakan babi tersebut seperti saudara, ianya tidaklah bererti atau menjadikan seseorang itu menjadi lebih Islam dan lebih baik daripada mereka2 yg menyokongnya. Lagi pun jika saudara perhatikan, projek "mega" ternakan babi ini bukankah dimulakan oleh kerajaan Khir Toyo sebelum ini dan bukannya kerajaan baru Selangor sekarang? Dan apabila melihatkan ianya memang sesuai dilaksanakan, kerajaan Selangor kini cuma meneruskan projek yg dikatakan berfaedah oleh kerajaan BN sebelum ini untuk masyarakat bukan Islam di Selangor. Jadi kenapa sebelum ini ianya dikatakan "amat perlu dan berfaedah" dan bila tersingkir selepas PRU-12 lepas, projek ini "kotor dan tidak sensitif terhadap masyarakat Islam"?! Kerajaan BN era Khir Toyo tidak membuat kajian yg telitikah atau retorik ini sengaja dibesar-besarkan oleh media arus perdana sebagai tindakan membalas dendam? Kenapa sekarang semuanya seperti tidak kena? Atau masihkah ada "agenda2 yang belum selesai"?!

# Menjadi lalang jika menjurus kepada kebaikan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini lebih baik daripada berhati busuk dan berdendam kesumat! Jadi, kalau gian menaip sekali pun, janganlah terikut2 sangat retorik pihak2 yang beragenda, kurang matang dan dangkal akal!

Anonymous said...

come on guys!!!! the judicial system IS NOT A FACTOR AT ALL on the downfall of BN last election.. are you blind or stupid???

people doesn't care about the judicial issues. What people do care is about the obnoxious PM and KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR...

I'm sick of this discussion about UMNO. Too stupid or just being stupid.

Anonymous said...

YBhg Dato,
saya bersetuju dengan Jebat mustdie...Siapa Karpal ni ...yang nak menghina negarawan seperti TDM??apa yang telah Karpal ni buat untuk Malaysia....saya sebagai anak malaysia dengan rasa tercabar oleh Karpal ni....yang tak sedar diri....siapa dia.Sedar lah anak malaysia semua betapa kurang ajarnya si Karpal ni....saya tak sokong UMNO ,DAP dan PKR tapi sentiasa menghargai pemimpin yang banyak berjasa dari si Karpal ni yang hanya hebat di makamah...Dia tidak pandai memimpin hanya pandai mencari kesalahan orang lain...Mr Karpal please if you got nothing good to talk about TDM just shut up....
Helang 79

HzY said...

Dato’ A.Kadir Jasin
Sdra. Alias Mohd Yusof,

Tulisan Saudara Alias dalam komentar terhadap tulisan Datuk A.Kadir Jasin menarik perhatian saya. Saya hampir bersetuju terhadap keseluruhan tulisan saudara. Banyak point (fakta) dan tindakan politik yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir (TDM) yang terpikul atau terpaksa dipikul oleh Pak Lah (PL). Fakta ini penting untuk TIDAK dilupakan oleh rakyat bahkan lebih khusus kepada pimimpin dan ahli UMNO. Fakta ini juga amat TIDAK WAJAR dilupakan oleh mereka yang mencari siapa yang patut disalahkan atau mereka yang sedang menyalahkan sesiapa. Kemenangan BN dalam pilihanraya yang hanya mampu menang majoriti mudah di Parlimen dan kekalahan di lima (5) negeri termasuk kerusi-kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan haruslah dipikul oleh kesemua ahli-ahli UMNO, tetapi bebanan dan tanggungjawab yang lebih, tentulah lebih terpikul oleh kepimpinan UMNO samada diperingkat Cawangan, Bahagian dan Perhubungan Negeri dan Pusat.

Ketika UMNO menyerahkan bebanan kepimpinan kepada PL, yakni TDM menyerahkan kepimpinan kepada PakLah, saya yakin sememangnya pada ketika itu tidak sedikit yang sangsi atas kemampuan PL. Keyakinan yang tidak padu itu juga terpahat bukan hanya kepada rakyat biasa bahkan kepada ahli UMNO sendiri. Ketika itu ramai yang berpandangan dari segi kemampuan, PL bukanlah orang yang terbaik untuk menggantikan TDM yang sudah begitu tercalar. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa ada suara yang masih `ter’sebut atau `ter’suara tempat itu lebih meyakinkan jika diisi oleh Anwar Ibrahim (DSAI). Namun apakan daya, samada benar atau tidak kesalahannya, beliau telah tercemar dan telah dipenjarakan. DSAI telah secara `Mahathiriun’ di campak dan terperosok dalam sampah dan najis yang hendak dibuang oleh UMNO selama-lamanya. Menyebut nama Anwar sahaja seakan menjadi dosa kepada ahli UMNO. Apatahlagi TDM telah berjaya menggembeling pemikiran ahli UMNO untuk terus mengutamakan, menghormati, akur dan menurut kehendak Presiden. Pembentukan sikap begitu terdorong dek kebergantungan kepada Presiden dalam urusan kepentingan-kepentingan kepada jawatan dan keselesaan dan juga `zon ketakutan’ (fear zone) yang telah terbentuk di dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO. Dan lebih ber`seni’ lagi, semuanya itu dilabelkan sebagai `demi menjaga peraduan dan keutuhan parti’.

Ketika PL mengambil alih pucuk pimpinan UMNO dari TDM, masyarakat umum dan ahli-ahli UMNO yang kebanyakannya sangsi akan keupayaan PL mengenepikan semua itu. Mengenepekan cerita-cerita PL hanya menggantikan sementara, hanya akan memegang jawatan Presiden dan Perdana Menteri untuk tempoh yang singkat. Yang lebih utama ialah dengan memberi peluang dan yang lebih penting harapan untuk membawa Malaysia dengan lebih berjaya. Harapan yang terbina lebih menjadi kukuh bilamana slogan awal PL ialah `mari bekerja BERSAMA saya’ dan slogan manifesto pilihanraya yang digunakan ialah membentuk Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Slogan tersebut telah digarap dengan baik sehingga ianya terbina harapan massa yang begitu menyakinkan. Harapan inilah yang telah membentuk kayakinan baru kepada PL yang akhirnya diterjemahkan dengan kemenangan besar dalam pilihanraya 2004. Satu kemenagan yang direkodkan sebagai kemenagan BN yang paling cemerlang berbanding dengan sepuluh pilihanraya yang terdahulu.

Tempoh empat tahun selepas kemenangan menakjubkan PRU11, menjadi medan sebenar untuk menguji kemampuan PL. Tidak dinafikan juga tempoh tersebut juga tidak begitu bernasibbaik bagi PL, bila mana ibunya kemudian isterinya kembali Kerahmatullah. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi PL samada dari segi emosi dan perasaanya. Ada perkara yang tidak mencukupi dalam kehidupannya. Pun demikian, simpati kepadanya juga bertambah.

Empat tahun yang berlalu juga, menyaksikan beberapa perkara yang diluar kawalan berlaku yang cukup memberikan tekanan dalam urusan mentadbir ekonomi negara. Kesan kenaikan harga minyak sejagat yang mengakibatkan `multiply effect’ kepada harga barangan dan penawaran yang lain, termasuk kenaikan harga bahan makanan. Mengecilkan jumlah subsidi bahan-bahan berasaskan petrolium.

Corak kepimpinan dan pengurusan yang kurang cekap, dalam isu-isu yang menarik perhatian umum seperti perebutan saham-saham Proton oleh Syed Bukhari dengan Tan Sri Nizamuddin. Begitu juga pengurusan tunggu dan lihat kepada isu AP yang melibatkan Rafidah Aziz. Puluhan isu lagi yang dilihat gagal diurus dengan cekap dan pantas telah menggoyahkan keyakinan kepada PL dan kabinetnya.

Ini ditambah lagi dengan campurtangan atau pengaruh manantunya Khairy Jamaluddin yang tidak dapat diselindung lagi. Hakikat ini sukar dipadam oleh oleh PL, atau mungkin PL menafikannya kerana sampai kini beliau tidak merasakan beliau sedikit sebanyak berada dalam pengaruh KJ.

Dalam segala keributan yang berlaku, TDM yang dalam tempoh itu telah diketepikan melalui projek-projek mega dan `benchmark’nya yang terdahulu di berhentikan, atau tidak diteruskan, telah tercabar dan tersinggung dengan hebatnya. Beliau dimalukan dengan tidak diberi ruang untuk menjadi wakil pada Perhimpunan Agung UMNO, walaupun TDM sendiri juga patut dipersalahkan kerana membuka ruang untuk dirinya dicabar. Semua `red light’ ini seolah-olah memberi isyarat kepada TDM untuk menggunakan jalan pintas yang lain dengan menggunakan atau dirinya dipergunakan oleh media yang berada diluar lingkungan UMNO dan kerajaan. Lingkaran yang mengelilingi beliau adalah lingkaran yang pernah berseteru dengannya seketika dahulu. Mungkin niat TDM untuk menegur dan memperbaiki, namun dalam waktu yang sama ianya juga telah digunakan atau kalau tidak dipergunakan telah memberi manfaat langsung kepada usaha ke arah menjatuhkan PL dan UMNO oleh pihak yang lain yang berada dalam lingkaran yang sama-sama disertai oleh TDM. Dalam majlis tersebut semua bertepuk tangan, bezanya ada bertepuk tangan dengan niat menegur dan sekelompok lagi dengan niat menghentam dan menjatuhkan.

Tempoh empat tahun ini juga menyaksikan DSAI dibebaskan dari penjara, juga dibebaskan dari tuduhan sodomi. Apa pun, sebahagian rakyat masih melihat DSAI sebagai harapan baru apatah lagi PKR yang seperti mendapat talian hayat. UMNO awal-awal lagi telah menutup ruang untuk DSAI kembali semula kepangkuannya. Pemimpin UMNO samada bongkak, atau sengaja mengwar-warkan untuk menyakinkan diri sendiri, menyatakan `Apa nak takut… dia seorang’. Pada hemat saya itu ayat orang takut, kalau tidak takut kenapa nak buat PRU12 cepat sangat, edahnya masih lama lagi. Kalau nak buat awalpun, kenapa bulan Mac tidak Mei, Jun, atau Julai. Semuanya kerana ketakutan, atau kalau tidak, kerana kerisauan. Betul, DSAI hanya seorang, tetapi beliau adalah tunggak dan obor aspirasi sebahagian dari rakyat. Hakikat ini tidak boleh diketepikan oleh UMNO.

Media alternatif yang tidak dapat dikawal, membantu ke arah penyebaran segala macam berita, hebahan, samada benar atau pun salah. Kehebatan Anwar memang sukar ditandingi. Kalau tidak masakan `The Great Mahathir’ membawa Anwar ketika UMNO kelemasan diganyang PAS dalam pilihanraya 1982. Sampai hari ini pun TDM masih menyebut, walaupun dalam kontek yang lain dan sinis, dia menyebut `Dia kalau campak di Israel pun boleh jadi Perdana Menteri’.

Bagi mereka yang beragama Islam. Jangan kita lupa, Aqidah kita mengajar, tiada suatu yang kekal, kita semua bersifat `BAHARU’ termasuk UMNO yang tersohor dengan usia parti politik tertua didunia. Yang memimpin negara lebih 50 tahun. Aqidah kita mengajar apa jua, barang sesuatu akan ada akhirnya. UMNO belum berakhir lagi, mungkin boleh seribu tahun lagi…… dengan izin Allah jua. Ianya memerlukan komitmen semua untuk memuhasabah diri, cawangan, bahagian dan pusat. Ruh perjuangan perlu ditahkiqkan semula, berjalan dengan merendah diri, budaya siasahnya perlu dibaiki. Ahli-ahli dan rakyat perlu nafas baru, keyakinan baru,….kalau dulu Great Mahathir tahu berundur, Mr. Nice Guy pasti lebih tahu untuk meminta diri, ……..


HzY@SUBSS

Anonymous said...

okaylah.. kalaulah Pak Lah belah,
Siapalah yang akan mencelah?

Najibkah?
Muhyiddinkah?
Saberi chik kah?

mhhh..

sorang pun takdelah...

rams609 said...

OOOO..TAK MAU TURUN YA? TAK TAU MALU SIMUKA TEBAL INI....
OKELAH....
DENGAR SINI RAKYAT MELAYU SEMUA...
MULAI SEKARANG BERKEMPENLAH KUAT-KUAT, SERUKAN DISELURUH KAMPUNG DAN NEGARA YANG ORANG YANG SATU ITU MUSTI TURUN TAHTA. KITA BUAT BELIAU MALU DAN KALAHKAN DIA DI PERHIMPUNAN UMNO DISEMBER NANTI....

RAKYAT BOLEH PILIH OPOSISI KERANA DAH MELUAT DENGAN PEMERINTAHAN BN. RAKYAT JUGA BOLEH PILIH SIAPA SAJA YANG OPPOSE PAK LAH!!!! BUKAN KERANA KITA MAU SOKONG ORANG NOMBOR DUA...TAPI SUPAYA ORANG NOMBOR SATU TAU DIRI...

SAYA PASTI DISEMBER NANTI SETELAH KEKALAHANNYA, PAKLAH MASIH TAK SADAR DIRI....
KASIAAAAANNNNNNN.......

rams609 said...

Suatu waktu saya menonton tayang TV swasta Indonesia Global TV mewawancara PakLah sebelum acara Petronas F1 race. Maka beliau ditanya:
MTV : "Bapak Badawi,apa yang membuta pemerintah ( kerajaan) Malaysia untuk membina sirkuit Sepang ini?"

Jawab beliau: " Ini sangat baik untuk perekonomian Malaysia, dan orang-orang Malaysia untuk enjoy F1 race"

KALAU TDM, PASTI JAWAPANNYA LEBIH KURANG MACAM INI:
" SIRKUIT SEPANG DIBANGUN UNTUK MEMBAWA SEBUAH PERLUMBAAN KELAS DUNIA KE BENUA SEBELAH SINI SEHINGGA PEMINAT-PEMINAT F1 DARI SELURUH NEGARA2 ASIA DAN ASEAN SEPERTI INDONESIA, SINGAPURA, THAILAND , DAN LAIN-LAIN BOLEH MENIKMATINYA BERSAMA TANPA HARUS TERBANG TERLALU JAUH..."

See what I mean? Get the drift?
Basic rule of thumb. Know your audience and make them feel good about coming and spending their money in our country"...

Orang macam ini kita serahkan negara yang sudah dibangun 50 tahun dengan susah payah...and 4 more years? Gottabe joking guys!

Enough is enough!!

Anonymous said...

Dengan Izin.

The Rhetorics of The Fellowship
(tulisan akademik yang tiada tandingan)

Petikan dari Bernama:
Features

April 17, 2008 10:24 AM
Corruption And Reform
By Md. Asham Ahmad

RHETORIC POLITICIANS

Politicians, then and now, are notorious for their use of rhetoric. They know that not many people are intelligent enough to weigh arguments and verify the evidence presented to them.

Today, rhetoric coupled with rigorous advertising and public relation exercises are used extensively to influence public opinion. Rhetoric uses language without logic, while advertising and public relations manipulate images and events to mislead the innocent public. And those who control the media easily control one's choices and decisions. Democracy, therefore, is about who commands the support of the majority, not about who is right or wrong.

The solution to the problem is not found merely in demanding a free media. Free media, in the sense of being free from political affiliation or patronage, does not guarantee that people would have the freedom of choice.

Freedom is an attribute of the soul, and what we call 'freedom of choice' would not be possible without knowledge. The public has to be freed from ignorance.

They have to be made aware of the assumptions, inconsistencies and contradictions of the politicians on major issues affecting them. Who else can do that effectively other than the scholars.

This, however, will not happen if the scholars themselves are corrupt. “Corruption of the best is corruption at its worst”, goes the saying. It is indeed worse than the corruption of the politicians and public administrators. Universities should not be the breeding ground for corrupt leaders devoid of intellectual and moral integrity.

Professors who profess nothing other than their allegiance to their political masters should not teach in our universities. They will only perpetuate cowardice and flattery.

The writer is a Fellow, Law and Political Science, Syariah Centre, IKIM (Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, IKIM).- BERNAMA


Nota
Eloklah ditanya hakim yang adil siapa yang patut mengajar di universiti-universiti kita walaupun ada pihak yang mengatakan "merekalah professor-professor yang 'perpetuate cowardice and flaterry'."

Bagi saya jangan para professor 'tau-tau tapi tak-tau' yang mengajar di kampus-kampus kita cukuplah itu yang lebih teruk. Tetapi siapa yang tahu yang bukan intan asli dan bukan permata tiruan melainkan jauhari.

Terima Kasih kerana menyiarkan komen Sdr hyz, Scribe. Namun saya rasa Abdullah "has pulled the wool over the eyes of most of the ahli UMNO"

Anonymous said...

Jgn bimbang!!! Melayu masih kuat.... kami akan menyokong BN semula dlm PRU13 nanti. Ikhlas drpd Pengundi pembangkang.

Unknown said...

Saudara/ri,
Pak Lah sedang memantapkan barisan kepimpinan 4 peringkat. Masa pemerintahan beliau masih panjang. Perbahasan di Parlimen akan dinilai rakyat.Isu-isu yang akan berbangkit akan menarik perhatian rakyat.Ironinya keputusan PRU 12 adalah satu percubaan paling berani rakyat Malaysia untuk mengubah senario kepimpinan negara. Usaha ini telah mengejutkan PM. Rakyat kurang memberi perhatian kepada ucapan PM. Rakyat lebih selesa membaca apa yang PM ucapkan. Berbeza dengan pimpinan pembangkang, di mana ucapan mereka amat dinantikan oleh rakyat. Aura ucapan pemimpin kerajaan gagal memikat perhatian rakyat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).