Saturday, April 05, 2008

Pemuda: Jangan Permainkan Ahli Lagi

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEMUNGKINAN berlaku pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno antara Khairy Jamaluddin, Dr Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno Disember ini tidak dapat dinafikan.

Sehingga kini, Dr Khir dan Mukhriz telah menawarkan diri mereka untuk dicalonkan. Hanya Khairy yang belum menyatakan pendirian.

(Oleh sebab tajuk ini mungkin mencetuskan reaksi yang pelbagai dan hangat di kalangan pembahas, saya mohon agar Saudara dan Saudari berhujah dengan waras, bijaksana dan sopan. Saya tidak akan melayan maki hamun dan tuduhan melulu.)

Penawaran diri oleh Dr Khir dan Mukhriz berlaku sebaik sahaja Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Menteri Pelajaran itu belum menyatakan rancangannya, tetapi besar kemungkinan dia akan menawarkan diri sebagai calon naib presiden.

Dengan menyatakan yang dia tidak menyokong mana-mana calon, Hishammuddin secara tidak langsung menjauhkan diri daripada Khairy yang sebelum ini dilihat sebagai rakan seperjuangannya – running mate.

Tanggapan ini tercetus ekoran kenyataan Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bukan beliau yang mendalangi kemenangan tanpa bertanding Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda tetapi Hishammuddin. Katanya, Hishammuddin yang mahu Khairy menjadi Naib Ketua Pemuda.

Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara tiga watak itu, masing-masing calon mempunyai faktor yang memihak dan yang menyanggah mereka.

Faktor yang memihak kepada Khairy dan Mukhriz adalah mereka sudah pun mempunyai tempat di dalam kepemimpinan Pemuda. Khairy adalah Naib Ketua dan Mukhriz, Ahli Majlis Kerja.

Dalam hierarki pergerakan, Khairy lebih kanan. Tetapi popularitinya tidak diuji kerana dia tidak dicabar untuk jawatan Naib Ketua. Hishammuddin juga tidak dicabar.

Pada pemilihan Umno tahun 2004, Mukhriz menang undi terbanyak di dalam pertandingan Majlis Kerja Pemuda setelah disabotaj dan gagal mendapat tempat di dalam pergerakan Pemuda Bahagian Kubang Pasu.

Kemenangan besar itu dilihat sebagai reaksi kepada sabotaj yang didakwa didalangi oleh pembesar-pembesar Umno Kubang Pasu, khasnya Ketua Bahagian Johari Baharom.

Kalau pemilihan Umno kali ini bertemakan perubahan, Mukhriz sekali lagi mendahului kerana dia adalah antara segelintir kecil penggiat Umno yang berani bersuara menuntut perubahan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dia telah menulis surat kepada Abdullah menggesa beliau meletakkan jawatan kerana prestasi hambar Umno dan Barisan Nasional.

Mukhriz mendapat kemenangan moral apabila Pergerakan Pemuda tidak mengenakan sebarang tindakan ke atasnya walaupun pada awalnya dia dikecam hebat oleh Hishammuddin dan beberapa pembesar pergerakan itu.

Sebaliknya, Khairy mungkin memikul beban kerana menyokong status quo, iaitu mengekalkan Abdullah yang berupa bapa mentuanya. Sama ada benar atau hanya tanggapan, Khairy turut disebut sebagai salah satu sebab pengundi menolak Umno dan BN.

Khairy dan Mukhriz kini sama-sama Ahli Parlimen. Dalam pilihan raya baru lalu, Khairy menang di kerusi selamat Rembau dan Mukhriz menang di kerusi sukar Jerlun. Khairy melawan calon PKR dan Mukhriz ditentang oleh calon Pas.

Kedudukan Khairy sebagai menantu Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai anak mantan Perdana Menteri sedikit sebanyak akan mempengaruhi psikologi perwakilan.

Dr Khir pula adalah Ahli Majlis Tertinggi yang mendapat undi terbanyak pada pemilihan parti tahun 2004 dan antara yang paling awal disebut-sebut akan bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Bagaimanapun, beliau mungkin dibebankan oleh hakikat bahawa sebagai Menteri Besar beliau gagal mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan pembangkang. Inilah kali pertama dalam sejarah Selangor dikuasai pembangkang.

Sejak kekalahan itu, Dr Khir telah mengubah pendiriannya menjadi seorang penggiat yang kritikal terhadap kepemimpinan parti dengan memulakan blognya sendiri dan berdepan dengan ahli Umno.

Di dalam forum anjuran KMU.Net pada hari Selasa lalu di Petaling Jaya, Dr Khir yang menjadi salah seorang ahli panel telah dikritik dengan teruk oleh hadirin.

Serentak itu, ramai yang menghargai kesediaan beliau berada di barisan hadapan untuk mendengar keluh kesah ahli parti dan berinteraksi dengan mereka.

Dalam konteks pemilihan keseluruhannya, perkembangan dalam pergerakan Pemuda pasti menjadi petunjuk dan galakan kepada pergerakan-pergerakan lain dalam Umno.

Ia juga akan mengukuhkan penawaran diri oleh bekas Naib Presiden Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden. Penawaran diri untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi yang lain pasti akan menyusuli.

Nama-nama seperti Muhyiddin yang pada akhir-akhir ini agak lantang menyuarakan pendapat dan Rais Yatim yang terkenal dengan daya inteleknya turut disebut sebagai bakal-bakal calon yang berpotensi.

Namun adalah agak terlalu awal membuat penilaian sahih dan mutakhir. Cuma perlu diingatkan kepada calon-calon pemilihan parti agar tidak mengulangi tabiat buruk bermain wayang kulit dengan ahli dan perwakilan.

Kalau sudah menawarkan diri dan mendapat pencalonan jangan pula mengundurkan diri dan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada lawan, apatah lagi dengan janji-janji dan persetujuan yang tersembunyi.

Setelah teruk dihukum oleh ahli dan penyokong sendiri dalam pilihan raya, adalah kesilapan dan dosa besar bagi para pembesar Umno terus memperkotak-katikkan mereka.

Mereka tidak akur membuta tuli lagi dan mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno jika mesej mereka terus dipermainkan oleh para pembesar parti yang bebal dan tumpul otak.

58 comments:

mn said...

A.kum Datuk,

1. Datuk, saya masih pening kerana gara-gara saya keluarkan 'fatwa peribadi' bagaimana cara untuk mengenali seorang 'Ustaz'?

2. Saya ingin melihat pertandingan jawatan Ketua Pemuda berlaku antara 2 penjuru. Maksud saya ialah 'Mikhriz vs Khairy'. Ini kerana kedua-dua mereka masing-masing ada kelebihan dan juga kelemahannya.

3. Kepada Khairy..'Brader, mati maut akan kekal selamanya tetapi mati politik boleh hidup semula. So, i hope by hook or by crook u must fight for this post. Good luck to u.

4. Kepada Datuk Hisham...'Datuk akan bungkus jika bertanding Naib Presiden. Jika u go for MT only, may be ur future is better'.

5. Kepada Datuk Khir..'Jika pemilihan dahulu, Datuk no.1 dalam MT, i suggest y not u go for Naib Presiden for this time'. Kata orang biar kita kalah kepada yang kuat, jangan kita menang dengan yang lemah.

6. Kepada Datuk Mukhriz..'U can try but dont think too confident u can won that post'. Anyway if i'm a voter dfntly i will not vote u because to me Mukhriz itu adalah Mahathir and Mahathir itu adalah Mukhriz. I'm sorry even i'm Kedahan but in 'pilitics' i dont like Mahathir.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Anonymous said...

Pelayar Sekalian,

Pada pendapat saya, Dr Khir agak 'rosak' sikit imejnya ketika ini kerana tewasnya BN pimpinannya di Selangor, maka beliau kekurangan faktor 'umphh' untuk menawan hati perwakilan Pemuda...

Saya kira, Dr Khir patut mempertahankan jawatan ahli MT nya, sekurangnya beliau kelihatan berpeluang dan boleh terus 'vokal' di dalam MT sebagai ahli MT yg aktif dan dapat menumpukan kepada UMNO pusat kerana beliau telah 'bebas' daripada tanggung jawab besar di Selangor.

Khairy sebagai KETUA PEMUDA, saya khuatir pada PRU 2012/2013, UMNO terus terkafan ! Maafkan saya kerana terlalu kritikal terhadap beliau. saya kira sama ada beliau 'bersalah' atau tidak, imejnya di mata rakyat bawahan (pengundi majoritinya) di serata negara kelihatan 'rabak dan tengik'

Suara-suara MUKHRIZ sejak 2 tahun kebelakangan ini sememangnya umpama ' nafas baru yg segar' untuk UMNO. Berilah beliau peluang, InsyaAllah, UMNO tidak akan kecewa.

Pembangkang juga tidak mempunyai 'MODAL' untuk menghentam mahupun emncerca Mukhriz, berbeza dengan Dr Khir dan Khairy. Mukhriz masih kelihatan bersih dan itulah yang akan menguatkan UMNO.

HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO !

cakapsiang said...

Pemilihan UMNO kali ini dilihat sebagai paling penting dan paling kritikal kepada UMNO itu sendiri. Bukan rahsia lagi pada masa-masa lepas permilihan UMNO merupakan lubuk duit bagi perwakilan-perwakilan. Selepas perhimpunanlah perwakilan pakat tukar kereta dan makan angin hasil habuan yang diberikan oleh calon-calon. Ada juga yang bawa keluarga pergi Umrah hasil dari duit haram ini!. Calon-calon yang tidak menghulurkan duit jangan harap untuk mendapat undi yang tinggi. Orang macam Rais Yatim, walau berperinsip, tapi jangan harap dapat undi yang tinggi. Undi kesian sajalah.

Rasuah politik dalam UMNO itu benar. Pembelian undi itu benar. Para perwakilan yang "memeras ugut" para calon agar memberikan mereka ganjaran, juga BENAR!.

Jangan sesiapa berani menafikannya. Ahli-ahli perwakilan kena jujur dan berani mengakui bahawa sekian lamanya, mereka melantik pembesar-pembesar UMNO berlandaskan wang ringgit. Cuba lihat ke belakang, berapa banyak wang sudah bertukar tangan selama pemilihan UMNO berlangsung. Inilah antara sebab mengapa UMNO lemah, kerana majoriti orang-orang yang berada di atas sana tidak kompeten, bengap, tidak layak dan tidak cerdik. Majoriti mereka adalah pengampu yang menabur wang ringgit untuk ke situ.

Jika UMNO itu wadah perjuangan bangsa Melayu, maka mereka inilah PENGKHIANAT bangsa Melayu. Cuba para perwakilan ingat balik berapa ramaikah dari kalangan yang berada di atas sana terdiri daripada PENGKHIANAT TEGAR yang dimaksudkan itu?

Dan para perwakilan yang menerima sogokan itu juga adalah PENGKHIANAT bangsa, cuba ingat balik berapa banyak wang sudah anda terima untuk mengundi sipolan dan sipolan. Anda juga adalah pengkhianat Bangsa Melayu, yang sanggup menggadai UMNO dan Bangsa Melayu hanya kerana WANG!

Hanya segelintir yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menduduki kerusi Majlis Tertinggi. Majoriti mereka adalah untuk meraih kuasa agar mereka boleh buat lebih banyak duit. Majlis tertinggi UMNO seolah kayu pengukur betapa tingginya modal kewangan seseorang calon. Lagi tinggi pelaburan, lagi tinggilah undian.

Jika perwakilan masih lagi mengamalkan tabiat lama yang terkutuk ini, tunggulah musibah yang akan menimpa UMNO. Jika para perwakilan datang dari ceruk rantau tanah air berkampung di PWTC masih mengharapkan para calon mengetuk pintu dan menyampaikan 'salam' wang ringgit, nantilah malapetaka untuk UMNO.

Kalaulan para calon masih menabur wang seperti lumrahnya, nantikanlah kehancuran UMNO.

UMNO bukan parti keramat dan duit bukan lampu Alladin DAN ingatlah perjuangan memerlukan keikhlasan dan kejujuran. Ingatlah perjuangan UMNO adalah untuk memartabatkan bangsa Melayu. Jika para perwakilan dan Calon berterusan mengkhianati bangsa Melayu dan berjuang atas landasan kebendaan, nantikanlah hari-hari bila talkin dibacakan untuk UMNO dan anda semua.

Di hari itu hitunglah wang anda dan kiralah hartabenda anda kerana itulah NILAI bangsa dan agama yang telah anda lacurkan. Dan mulai hari itu sejarah akan mengingati anda semua sebagai pengkhianat Agama dan Bangsa Melayu. Pisau di tangan anda...anda tentukan.

the indie story said...

Ahli UMNO akan memilih Mukhriz. Tiada kompromi. Tiada Ketakutan lagi. Pak Lah semakin tidak dihormati.

Anonymous said...

Khairyadalah merupakan liabiliti terbesar kepada UMNO. Saya cukup hairan kenapa manusia bernama Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini masih belum merasa kebencian rakyat dan grass root ahli party UMNO kepada dia dan kuncu-kuncunya.

Kenyataan terbaru makhluk Khairy ini semalam dengan menyatakan bahawa dia belajar politik dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menambahkan lagi liabiliti kepada Hishamuddin kerana terpaksa mendokong biawak hidup.

Saya cukup kecewa menonton media arus perdana. seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hatchet man PM seperti Nazri, dan terbaru Shabery mula berkokok tanpa merasai akibat buruk kutukan mereka terhadap Tun Mahathir.

UMNO memang sudah lumpuh. Saya menjangkakan jika manusia seperti Khairy ini masih ada dalam UMNO pada PRU 13, UMNO akan kehilangan kuasa mentadbir negeri. saya tidak risau jika PKR mentadbir Malaysia, yang saya cukup risaukan adalah kelangsungan hidup Khairy di dalam politik Malaysia bersama Anwar Ibrahim yang diangkat menjadi PM.

Jika UMNO mahu relevan dan terus hidup, dengarlah rayuan akar umbi. Blog dan saluran alternatif menjadi pilihan bukan sebab mereka berkuasa dan menarik, tetapi mereka melaporkan berita yang benar dan diterima akal oleh public.

UMNO boleh melaburkan bilion ringgit untuk membangunkan blog UMNO yang menyokong Abdullah Badawi dan mengangkat Khairy berstatus suci, tetapi percayalah tiada sapapun mahu menjenguk blog tersebut melainkan menaburkan kata-kata sumpah seranah.

Kami benci Khairy Jamaluddin dan kuncu-kuncunya. Dan kami tidak teragak-agak untuk mengundi pembangkang sekali lagi sekaligus menguburkan UMNO.

Anonymous said...

Salam,

Jika kita semua mahukan perubahan, maka seharusnya kita memilih Ketua Pemuda yang berani dan bukan pak angguk. Dato Seri Dr. Khir memang berkelayakan tetapi ketika menjadi Menteri Besar beliau tidak begitu berani menegur Pak Lah. Sebaliknya Dato Mukhriz lebih berani mengkritik dan meminta Pak Lah berundur sebaik sahaja BN 'tewas' pada PRU12 yang lalu.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru sudah pasti kelebihan kepada Khairy Jamaluddin kerana undi penyokong pembaharuan berpecah dua.

Adalah lebih baik jika Dato Seri Dr Khir memberi laluan kepada Dato Mukhriz supaya Pemuda boleh menjadi Pemuda yang sebenarnya dan bukan pemudi seperti sekarang. Jika tiada pertandingan atau Pak Lah menang jawatan Presiden, maka Dato Mukhriz akan menjadi igauan baginya kerana beliau akan menjadi jurucakap bagi ahli akar umbi untuk menegur kepincangan kempimpinan Pak Lah tanpa rasa takut.

Lagi pun saya rasa Khairy lebih takutkan Dato Mukhriz daripada Dato Dr Khir.

Sabri Bakor
S.Alam

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ,
Analisis yang cukup teliti... cuma saya agak pelik dengan Dr Khir... kalau dia betul2 accountable dengan prestasi teruk BN di Selangor dalam PRU12, apa basis dia nak merebut jawatan Pemuda pulak? Ini semacam Group CEO yang dah di pecat nak apply CEO subsidiary pulak... mana harga diri? Nampaknya politics can be begitu addictive macam candu?

semut said...

Assallamualaikum Dato'
PERATUSAN PENGUNDIAN :

99.85%

Saya pula musykil adakah pengundi ditipu? dengan peratus yang tinggi begitu ada mungkin penipuan berlaku tidak bergitu?

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya bersetuju dengan pandangan sdr Mahmud mengenai peluang Datok Mukhriz dalam pemilihan Ketua Pemuda akan datang. Walaupun dia membawa nama mantan Perdana Menteri tetapi kata apa lah tentang Tun Mahathir,semasa beliau menjadi PM beliau TIDAK pernah hilang 5 + 1 + 2 negeri saperti yang berlaku sekarang. Jadi pembesar pembesar yang tanpa segan silu menyalahkan beliau sekarang nampak sangat bersikap saperti bodoh sombong. BANGUN lah dari tidur dan sedar lah yang UMNO akan tidak relevan jika mereka masih mempertahankan pemimpin sekarang. Sambut lah saranan Ku Li dan juga pemimpin UMNO Pahang dalam UTUSAN hari ini yang meyarankan agar semua ahli MT berundur. Hentikan kerja bodek yang akan membawa kepada kehancuran UMNO.

Pak Nujum

Letting the time pass me by said...

Melihat kepada keputusan pilihanraya, saya rasa Pemuda dari Johor, Pahang, Sabah atau Terenggnau patut bertanding sama....

This is an open battle...

Tiada lagi favourite.. Mukhriz datang dari negeri PAS Kedah dan Khir datang dari Negeri Pakatan Rakyat Selangor...

Saya rasa Pemuda UMNO kena lebih demokratik dan lebih terbuka... Sebagai Pemuda, kena ada semangat perjuangan... Jadi kena ada pertandingan yang sengit... Kalau ada 3-4 calon Presiden lagi bagus.. Sekurang-kurangnya kita tahu ada banyak pelapis diperingkat Pemuda yang berani berjuang... Pemuda-pemuda kena la lantang bersuara dan menjadi kritikal terhadap kepimpinan parti dan bukan hanya menurut dan tidak berani menyuarakan pendapat dan terlalu "yes men"...

Landscape politik nie berubah-ubah dan cara kepimpinan juga kena berubah-ubah... Dari tiada telefon, kemudian ada telefon, kemudian ada handphone, lepas tu ada internet dan kemudian ada you tube... Landscape politik benar-benar telah berubah....

Anonymous said...

Salam Datuk

Di harapkan, kata2 dibawah ini tidak keluar drpd tajuk. Saya tak mahu binchangkan kelemahan dan kelebihan calon2 Ketua Pemuda UMNO, kalau adapun cuma secara umum. Sayugia di ingantkan, tanggung jawab Ketua Pemuda UMNO bukan sahaja untuk membimbing, mentadbir dan dapat sokongan drpd Parti, tetapi mereka juga bertanggung jawab untuk mendapat sokongan drpd orang Islam dan berbagai kaum dan agama.

Sebelum mereka ingin calonkan diri mereka untuk menjadi Ketau Pemuda UMNO, mereka mesti siapkan diri mereka dengan mendalami “Ajaran Agama Islam” dan lain2 ilmu seperti EQ, (Emotional Intelligent) dan mempraktik kan apa yang mereka telah pelajari supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih effective dengan pemuda2 UMNO, Ahli Parti Pakatan Rakyat di mana2 sahaja dan juga rakyat berbilang kaum dan agama. Mereka mesti hapuskan sikap takbur, rasuah, tidak bermoral, mengeluarkan kata2 sensitive di media masa yang mana menjadi perbualan (hot topic) di kedaia2 kopi., pejabat, kampung2 dan juga meida alternative.

Kita tidak dapat menerajui sesuatu parti dan masharakat , terutama sekali umat Islam di Malaysia, sebab kebanyakkan yang beranggapan bahawa pemimpin2 UMNO tidak mempunyai pengetahuan ajaran agama Islam yang mantap sebagaimana yang di tunjukkan oleh pemimpin2 PAS. Pendapat2 sedemikan juga di setujui oleh masharakat Cina, India dan lain2.

Ciri2 pemimpin2 yang akin diterima dan disokong oleh rakyat jelata adalah berikut

1. Berilmu, bekelulusan tinggi Agama Islam dan juga Ilmu Dunia
2. High EQ (Emotional Intelligent) kebanyakkan pemimpin2 UMNO mengamalkan LOW EQ
3. Berwibawa, amanah, bermutu, bersih dari rasuah dan penyelewengan dan juga berakhlak yang tinggi selaras dengan ajar an Islam dan juga global.

UMNO tidak akin berkembang, malah akin hilang dan tinggal sebutan sahaja kalau mereka tidak menonjolkan “Pemimpin2 yang berilmu dunia dan akhirat,bermoral dan berkualiti.

Terutama: Jangan sekali2 memanupulasikan ajaran Islam, kerana inilah yang menyebabkan kejatuhan UMNO


Wallahu ‘aklam

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan pembahas-pembahas,

Saya juga menghantar soalan ke blog Dr Khir mengenai apakah rationale beliau melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor (yang didakwa sebagai memikul tanggungjawab kekalahan BN negeri) dengan hasrat menawarkan diri bertanding kerusi Ketua Pemuda (yang didakwa oleh beliau bahawa pengalaman beliau sebagai Menteri Besar Selangor semacam dapat memberi “nafas” baru kepada pergerakan itu). Setakat ini, Dr Khir masih membisu lagi (sibuk agaknya membaca komen-komen yang menderu-deru memasuki blog beliau itu).

Apakah Dr Khir bercadang menjadi “broker undi” di pemilihan akan datang atau sekadar ingin mencongak popularity? Apakah kedudukan beliau sebagai AMT tidak lagi dirasai dapat memberi kelebihan di dalam menjalankan peranan pembangkang di Selangor? Mengapa beliau mengalihkan focus untuk “membetulkan” Pergerakan Pemuda sedangkan masih banyak usaha “pembetulan” boleh ditumpukan terhadap UMNO negeri?

Saya tertanya-tanya apakah agenda blog Dr Khir itu? Sebagai platform memberi input kepada beliau di dalam menjalankan watak yang lebih efektif sebagai pembangkang kah atau mempunyai lain maksud?

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Rakus seorang bujang said...

pemilihan UMNO ini tak boleh di tafsir ikut nafsu masa PRU, Jgn terkejut kalau nanti khairy menang...
tolak ketepi dahulu si kahiry ni, dia masih lagi nak mencari rentak...

Yang pasti dua orang iaitu Mukhriz dan Khir...dua2nya punya personaliti dan pengaruhnya sendiri..mereka meletakkan diri mereka sebagai calon, walaupun begitu Mukhriz kelihatan spt tunggu dan lihat sebelum mengumumkan kesediaannya bertanding, berbanding Khir yang telah lama menyuarakan hasratnya...

dari segi pengalaman Mukhriz masih mentah dan tak punya apa jasanya pada UMNO khususnya dan negara amnya...berbanding dengan Khir, punya pengalaman mengemudi kerajaan negeri, pengerusi UMNO negeri dan MT UMNO..dan jasanya keatas selangor tak boleh dipertikaikan lagi, malangnya pengundi beralih arah pada pakatan pembangkang memaksa Khir melepaskan semua jawatannya atas sbb tanggungjawab..

Khir seumpama ahli politik yang telah di uji ketahanannya dan kesabarannya. Kena ingat politik UMNO ini pelik, semuanya bergantung pada perwakilan nanti...yang lagi best pemilihan cawangan dan bahagian pun dibuat sama...sama2lah kita lihat orang siapa yang naik!

Anonymous said...

salam Datuk,
sekiranya KJ bertanding melawan Mukhriz, saya rasa mukhriz lebih mudah menang dan Khir lawan mukhriz pun masih peluang yang besar pada mukhriz..repotasi KJ dan khir ramai orang UMNO tahu, mereka amat teruk...berbanding dgn mukhriz, undi simpati masih berpihak kepadanya termasuklah serangan peribadikeatas Tun dan percaturan kekalahgan di Kubang Pasu...

Unknown said...

Dato',
Seperti mana UMNO secara seluruhnya perlukan penjenamaan semula, Pemuda sebagai sayapnya juga perlu melakukan reformasi.Sekian lama, pemuda pasca 1999 tidak lagi dilihat sebagai mempunyai kualiti, sebaliknya hanya bayang-bayang pemimpin vateran UMNO yang dimunculkan di sebalik wajah orang muda. Tiada perbahasan yang boleh kita anggap sebagai suara orang muda. Pemuda haruslah juga dipimpin oleh mereka yang ada karisma, yang kita andaikan bakal menjadi pemimpin utama negara pada masa hadapan. Jangan lagi biarkan Naib Pemuda dilihat lebih berkuasa, diberikan liputan luas oleh akhbar dan Ketua Pemuda dilihat sebagai hanya entiti yang menenggek dan bersembunyi.

Teruskan perjuangan. Hidupkan demokrasi kita yang sudah lama terpadam. Jangan biarkan Pemuda juga dilihat tak relevan.

Anonymous said...

Dato'
Pembesar umno termasuk yang baru jadi menteri masih tak reti bahasa, tak faham dan tak mahu faham punca masalah. Buktinya, mereka asyik menghentam Tun Mahathir dari menumpu kepada isu-isu dan permasalahan sebenar.

Percayalah, selagi mereka menghentam Tun Mahathir, semakin jauh lah umno dari orang Melayu. Saya dan ramai ahli akar umbi naik menyampah dan meluat dgn gelagat bodoh sombong mereka. Mereka boleh terus memilih menjadi dungu dgn penafian demi penafian. Tiada apa yang untung pada parti Umno dgn kebodohan mereka.

There are going straight to hell.
Umno are fading away. Good Bye.

Anonymous said...

Dato,

Saya nak bertanya pada Saberi Chik, Nazri Aziz, Shahril Samad, Muhd Mat Taib, Zainuddin maidin- Apa yang mereka dapat dari mengutuk Tun Dr. Mahathir?

Saya boleh tolong berikan jawapan.
1. Rakyat dan ahli umno semakin meluat pada mereka.
2. Rakyat dan ahli umno semakin meluat dgn Umno.
3. Tun tak akan dapat apa2.
4. Umno tak akan bertambah relevansinya.

Oleh itu, sila beri perhatian pada isu2 yang dibangkitkan oleh ahli umno dan Tun Mahathir.
Bukan membalas dgn penafian dan berlagak hero.

Itu bodoh sombong namanya. Sebab itulah kami ahli umno menolak mereka pada pemilihan baru ini.

Dan nampaknya, kalu terus begini, umno akan hanya tinggal kenangan sajalah.

Sekian terimakasih.

Berita dari gunung said...

Orang muda tercari-cari identiti sendiri dan seseorang untuk dijadikan idola.

Sementara orang yang lebih dewasa mula stabil dalam kehidupan, lebih mantap dan lebih suka terikat dan mengikat.

Demikianlah yang berlaku dalam pilihanraya baru-baru ini. Walaupun Nazri tiba-tiba muncul dan bersuara dengan statement bahawa UMNO tidak hilang sokongan, namun hampir setiap pusat mengundi menunjukkan saluran 6 masih mencari identiti dan idola masing-masing.

PEMUDA memerlukan ketua berkaliber yang mampu mewarnakan saluran 6 dengan warna biru tua, walaupun gelombang kuning kuat mengasak. Penggal lalu adalah era Pemuda yang malang dengan kepimpinan yang terlupa membawa krayon untuk memastikan laluan saluran 6 adalah biru tua warnanya.

Selamat Maju Jaya Pemuda UMNO.

Anonymous said...

A'kum dato'

Kita nak pemimpin pemuda yang ada 'feel' melayunya, bukan melayu pada kulit. Resam, cara hidup, menjaga tatasusila, ber adab dan lain-lain. pasti yang paling penting berlandaskan Islam. Tak perlu declare ke'islaman'nya, tetapi tingkah laku dan peradabannya ada elemen tersebut. Very subjektiflah.

Khairy pada saya, telah menyalahgunakan kebijakannya dengan bergabung dengan nafsu. Jelas pada perjalanan ' short cut' nya mencapai kejayaan dalam kedudukan. Konsep langgar, tanpa menghiraukan mereka yang telah bertungkus lumus bekerja untuk parti, atas nama 'menantu PM', jelas di lihat oleh semua warga UMNO. Selama perlantikan Pak Lah sebagai TPM, Grand designnya telah mula dirancang. Tinggal impliment saja bila Pak Lah jadi PM. Jelas Grand Designnya ALLAH hancurkan. Cara KJ saya tidak minat.

Definasi PEMUDA itu sendiri harus di kenalpasti semula dlam konteks semasa. PEMUDA sabagai pewaris kesinambungan golongan tua? Pemuda yang tak pandang ke bawah? Pemuda yang Merak? Pemuda yang hanya untuk segelintir masyarakat berstatus? Pemuda yang happy go lucky? Sama-samalah kita fikirkan.


mini clubman

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Saya berpendapat, perubahan di dalam UMNO akan lebih bermakna sekiranya DSAAB/PM MELETAKKAN JAWATAN dan BERUNDUR.

DAN sangat berharap, sekiranya pandangan dan mesej bernas sahabat pembahas/rakyat sampai kepadanya. Supaya beliau sedar.

Saya percaya, rakyat sudah muak dengan cerita pergolakkan UMNO dan PAK Lah yang lemah dan EGO di TV & Akhbar.

Sekian

Mahkota

Anonymous said...

Salam bloggers,

Pada pendapat saya, untuk melihat kredibiliti calon2 yg terlibat dlm pemilihan kali ini, saya cadangkan diadakan sistem debat sebagaimana yg diamalkan oleh sistem Presiden US, yang mana 2 calon Presiden berdebat secara terbuka,dr situ, ahli2 UMNO dpt melihat siapa yang matang pemikiran nya, ataupun siapa yang hanya tau berkokok, tetapi ekor bergelumang najis..
Perdebatan terbuka ini boleh dibuat di peringkat pemilihan presiden, dan juga pemilihan Ketua Pemuda, yakni jawatan yang kritikal. Ingin juga saya melihat Pak Lah berdebat dengan Ku Li.. dan juga Mukhriz berdebat dengan Khairy..
Apa pendapat Bloggers UMNO sekalian? Saya bukanlah ahli UMNO, tp saya cukup kasihan melihat parti ini, sementelah saya orang Melayu dan sentimen kemelayuan masih ada..

Unknown said...

su-kj memberi pandangan berdasarkan politik puak dan ampu yang ketadusan ilmu.

Saya percaya beliau adalah penulis upahan khairy. Beliau gagal membaca reaksi ahli UMNO yang telah dijelaskan dalam keputusan pru-12 yang lalu.

Anonymous said...

At least Mukriz has guts to call for Pak Lah to step down after the GE. My only concern is, does this guts coming frm his own conviction or derived frm his father's calling?

I dont care for Khairy, because his supporters are a reflection of him...arrogant. He should realize by now, that quite a number of grassroots dont really care for him either. The way I look at him, if you allow him to go on, he will need to rule by fear and that will be a dark future for all of us indeed.

Dr. Khir needs to go on a long road of redemption.....

I look as a whole the top echelon of PEMUDA UMNO as having no sense of servant leadership.

La haw lawa la ku wata illah billah hil ali il azim....

May Allah protect us from these future leaders who has no Taqwa. Amin.

Keturunan Jebat

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr2 semua,

Kata Sdr cakapsiang..."Rasuah politik dalam UMNO itu benar. Pembelian undi itu benar. Para perwakilan yang "memeras ugut" para calon agar memberikan mereka ganjaran, juga BENAR!."

# TERAMAT SETUJU....TIADA LAIN YG BENAR KECUALI PERKARA-PERKARA INI AMAT BENAR BELAKA!!!....BERI TAHU SAYA, ADA SIAPA2 (DI DALAM MAUPUN DI LUAR UMNO) YG MAHU MENAFIKANNYA?!

Anonymous said...

Kalau ditafsir dari komen-komen, perenggan terakhir itu melepas batuk di tangga:

Mereka tidak akur membuta tuli lagi dan mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno jika mesej mereka terus dipermainkan oleh para pembesar parti yang bebal dan tumpul otak.


Mukhriz = KToyo = 2x5 = masih dalam denial = membuta tuli.

Anonymous said...

Dato'

Sungguh aneh dan pelek yang agenda Umno sekarang ditentukan bukan oleh Abdullah Badawi atau mana-mana pemimpin Umno, tetapi oleh Dr Mahathir. Aneh kerena Dr Mahathir bukan ada kuasa dan bukan ada kedudukan lagi. Orang tua pencen tapi ada otak. Ini tidak lain kerana ruang yang ditinggalkannya pada tahun 2003 masih kosong dan berongga, hollow.
Sedih dan aneh bila pemimpin Umno terpaksa berhempas pulas cuba mematikan idea Dr Mahathir yang sudah tidak ada kedudukan dan apa lagilah kuasa.
Bayangkan kalau Dr Mahathir masih ada kuasa dan madih ada media massa di belakang dia.
Inilah bayangan tentang betapa inferiornya pemikiran dan imej Abdullah dan pasukannya yang sudah kena relegate ke Div. 2 oleh Pakatan Anwar Ibrahim.
Melawan Dr Mahathir seorang pun mereka sudah tak mampu dan kucar-kacir macam mana nak lawan Anwar, Haji Hadi dan Kit Siang?
Ahmad Shabery Chik yang saya sangka lebih baik dari Zam itupun dah mula jadi macam Zam sebab sudah hilang akal kena pressure agar sokong Abdullah yang lemah.
Shabery juga kena pandai-pandai untuk selamat kerana dia dianggap murid nombor satu Ku Li apahal lagi sekarang Ku Li sedang mencabar Abdullah.
Saya kasihan dengan orang yang baik dan cerdik macam Shabery yang terpaksa membodohkan diri untuk selamat. Tak payah serang Mahathir, guna RTM baik-baik dan dengan profesional suara Dr mahathir akahirnya tenggelam. Tapi apa guna perbesar Pak Lah kalau orang tutup TV?
Inilah trend Umno pasca-Mahathir, semua pemimpin kena jadi bodoh, cakap merapu dan cakap tak macam buat kerana nak jaga hati ketua yang kurang daya pemikiran.
saya jangka pemuda pun akan jadi macam itu kalau salah pilih ketua, semua akan membodohkan diri dan memperbodohkan ahli kerana kalau nampak cerdik dan berani akan kena cantas macam Rafidah dan Radzi.
Apa kata Dato', dapatkah Umno lawan Pakatan Rakyat di bawah Anwar yang belajar semua ilmu politik kotor masa dalam Umno?
Musuh Umno bukan Mahathir. Musuh Umno ialah Anwar dan Pakatan Rakyat.
Salam

Anonymous said...

The Scribe

Yang Pintar, Sabar Dan Berani
(itulah pemimpin ku)

Reaksi kritikan Dr. Mahathir"

Hentikan buat kenyataan
..sikap yang ditunjukkan Dr. Mahathir sudah kelihatan janggal dan tidak adil kerana kritik yang dilontarkan hanya menyentuh insiden selepas peristiwa UMNO diharamkan dan bukan pada era Allahyarham Tun Razak, Tun Hussein Onn atau Tunku Abdul Rahman Putra.

Nota:

Apakah kita masih tiada mahu faham-faham lagi? Chet Det kita telah dengan jelas mengkhabarkan bahwa kaedah-system sudah tak boleh digunapakai begitu sahaja. Dia yang melahirkan budaya itu. Setelah diamati dan di telitinya maka fahamlah dia akan selok belok perihal baik-buruk budaya UMNO(Baru). Tapi kalau kita yang pilih sebab gatai nak pakai juga terpulanglah. Dan maaf cakap, anak dia Mukhriz pun masih tak paham-paham.

Itulah yang buat saya sangat-sangat hormat Dr Mahathir bin Wan Tempahwan tanpa merendah-rendahkan Abdullah Presiden UMNO.

Anonymous said...

anak buah,

sokongggggggggggg, walaupun tak merasa dan tak naak merasaaa. Minta simpang benda yang dipanggil MASYUK tu. Senaraikan the dos and the donts yang terkini untuk perjalanan Pemuda akan datang.

mini clubman

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Mohon mencelah kata-kata Dato': "Tanggapan ini tercetus ekoran kenyataan Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bukan beliau yang mendalangi kemenangan tanpa bertanding Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda tetapi Hishammuddin. Katanya, Hishammuddin yang mahu Khairy menjadi Naib Ketua Pemuda."

Setahu saya, Pak Lah sendiri yang menelefon calon-calon supaya menarik diri daripada bertanding untuk memberi laluan kepada Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan lalu. Kalau pun Hisham yang cadangkan KJ untuk jawatan itu, adakah itu bermakna dia cadangkan tidak perlu ada pertandingan? Saya bayangkan diri di tempat Hisham, kemungkinan saya juga akan menyuarakan cadangan menantu PM (yang terkenal lantang dan gungho) supaya diberi peluang ke hadapan.

Pak Lah, Pak Lah... tak habis-habis dengan putar belit.

Respon saya bagi isu politik wang dan rasuah dalam UMNO: dengar-dengar MB baru Selangor telah pun memberikan saudara dekat beliau kontrak (bernilai lebih sejuta ringgit) untuk menurunkan gambar-gambar MB lama di seluruh negeri untuk digantikan dengan gambar MB baru.

Kalau beginilah gayanya, rakyat Selangor bak keluar mulut buaya masuk mulut harimau la jawabnya...

Kepada su-kj: apa masalahnya kalau pun mukhriz anak mahathir? Yang penting bagi orang Melayu, amnya, ialah seorang pemimpin yang berkaliber, berhemah, bermaruah, rajin, tidak bongkak, tidak tamak, bukan seorang munafik (hypocrite) dan tidak hodoh akhlaknya agar dapat membawa pembaharuan dan kebaikan dalam menjamin kekuatan Melayu sebagai bangsa yang perkasa. Tak kiralah kalau yang terpilih tu anak penarik beca sekalipun, apatah lagi anak seorang bekas PM yang telah banyak menabur jasa dan bakti serta menjadi kebanggaan bukan saja kepada Malaysia bahkan kepada negara-negara membangun lain dan dunia Islam sejagat...

Memang kita berhak untuk tidak menyenangi gaya dan peribadi seseorang, tetapi seorang yang matang pasti bijak membezakan antara pandangan yang objektif dan berbaur emotif. Kita tidak perlu suka kepada pemimpin kita, tetapi kita perlu terima hakikat bahawa tidak semua yang kita suka itu baik untuk kita...

Contoh, Pak Lah mungkin suka mengumpul kekayaan, dan memastikan dia dan keluarga terus ada jalan untuk mengaut kekayaan dengan terus memegang tampuk pemerintahan. Tetapi ini tidak semestinya baik untuk beliau, seperti yang kita ketahui.

Sekiranya su-kj ialah seorang penyokong KJ, itu hak beliau, tetapi janganlah sampai menidakkan kewibawaan Mukhriz dan membenarkan kelemahan menantu PM.

Bagi saya, Khir Toyo perlu mendiamkan diri buat masa ini dan tidak cuba menarik perhatian ramai dalam masa terdekat ini. Beliau perlu banyak bermuhasabah diri. Kalau beliau ikhlas, rezeki tidak akan ke mana... cuma... saya minta, kalau teringin sangat nak suasana kampung halaman, pergi lah ziarah saudara-mara di tanah Jawa, tak perlu wujudkan replika di Malaysia...

bukanahliUMNO-tapisayangkanMelayu

Anonymous said...

Kalau pertandingan 2 penjuru, katakan Labu dan Labi, yang mengundi Labu sekurang-kurangnya ada 2 kumpulan besar: 1. Yang betul-betul suka Labu, 2. Yang betul-betul tak suka Labi. Jadi, undi sokongan Labu bukan lah undi "mutlak". Samalah undi sokongan Labi juga bukan lah sokongan "mutlak".

Kalau pertandingan 3 penjuru, kebarangkalian undi sokongan adalah undi "mutlak" semakin tinggi peratusannya.

Kalau gitu, pertandingan 4 penjuru, lagi semakin tinggi kebarangkalian undi "mutlak". Akan tetapi, 4 pencalunan tu agak "mengarut" sikit lah!

Bagi saya, Ketua Pemuda wajar dipertandingkan setiap tahun pemilihan. Berpecah di peringkat pemuda, cepat bercantum kembali kerana kita masih ada lagi Tiang Seri untuk tempat bergantung.

JIKALAU SAYA JADI KHAIRY
Saya tak akan bertanding ketua pemuda tahun ini. Walaupun sebelum ini saya menguasai sebahagian besar pemuda bahagian, tetapi petunjuk semasa tidak memihak kepada saya. Saya juga baru 32 tahun, masih ada banyak masa. Saya yakin, saya berkemampuan dan berkaliber, jadi mengundur sekejap untuk satu penggal untuk membina semula sokongan sebenar akar umbi nampak lebih bagus bagi saya.

JIKALAU SAYA JADI MUKHRIZ
Saya akan bertanding kerana itu sebenarnya hasrat saya dari dulu, gagal di peringkat Bhg Kubang Pasu, menang undi tertinggi exco pemuda. Nampak kemungkinan akan menang agak cerah, tapi ini politik, apa saja boleh berlaku.

JIKALAU SAYA JADI KHIR
Lebih baik tak bertanding dan tumpu perhatian kepada MT saja. AKAN tetapi, saya telah "tersasul" cakap akan bertanding, nak tarik balik kata-kata tak bagus, nanti kata orang tak berpendirian, sebab tu Selangor jatuh. Jadi, nak tak nak saya terpaksa bertanding. Kebarangkalian nak menang, tak berapa tinggi sangat.

JIKALAU SAYA JADI HISHAM
Tindakan tidak mempertahankan Ketua Pemuda adalah tindakan tepat. Saya lebih suka tumpu kepada MT sahaja, kalau terus tanding Naib, nanti kata orang 2x5, 5x2 nak kuasa dan kedudukan bukan nak membina semula kedudukan parti yang rapuh. Saya juga yakin, kalau tumpu kpd MT, insyaAllah dapat undi tertinggi jadi modal untuk tanding Naib di pemilihan akan datang.

JIKALAU SAYA JADI MUHYIDIN
Lebih baik kekal Naib. Bila Pak Lah nak serah pada Najib nanti, saya tanding Timbalan.

JIKALAU SAYA JADI NAJIB
Kekal di Timbalan. Sekarang ni Tongkang banyak bocor dan pecah. Tak syok nak ambil alih. Bagi sat dekat Kapten la ni baiki sikit yang mana bocor dan pecah. Bila dah nampak stabil sikit, aku baru aku naik. Playsafe katakan!!!

zakariazaidi

A KADIR JASIN said...

Sdr Adi_fimiyun,

Terima kasih banyak-banyak atas maklum balas sdr. Insa-Allah kalau ada cetakan ulangan, saya akan buat pembetulan.

the indie story said...

Salam Dato' Kadir yang budiman,

Semalam, di PWTC saya terasa amat gembira dan teruja kerna dapat bertemu dan membeli buku terbaru Dato'. Sambungan buku Blogger yang pertama.

Akhirnya terbongkar juga siapa itu Mr.Moderator yang sebenarnya.

Mesti Dato' tak sangka bukan? heheheee.

Saya gembira dapat berbual dengan Dato' walaupun sebentar cuma. (Masa terlalu terhad).

Yang sebenarnya perasaan saya pada waktu itu bercampur baur. Malu ada, exited pun ada. Kiranya saya sudah termalu ala...hahahaaa (Sampaikan saya terlupa hendak bersalaman dengan Dato; K dan rakan2 sebelah Dato' hahahaaa. Maaf tidak sengaja Dato' K.) Maklumlah siapalah saya. Sekadar anak muda yang mempunyai imiginasi tak terbatas.

Tak sangka pula Dato' menyuruh saya buat pengakuan masa itu juga.hehehe. Sempat juga saya memberikan kata sokongan kepada Dato' Kadir yang budiman.

Apapun selepas ini saya berharap Dato' jangan sahaja menilai saya dari pandangan luaran, akan tetapi nilailah tulisan, pemikiran dan apa yang saya ingin cuba sampaikan diatas platform sebagai "Rakyat Malaysia".

Saya tidak penting...apa yang saya cuba sampaikan itulah yang lebih penting. Bukan begitu?

Saya juga berharap Dato' tidak membuat penilaian berdasarkan 'first impression'. Yang pasti Dato' sememangnya mudah mesra dengan sesiapa sekalipun. Pandai bergurau.

Apapun saat manis dapat bertemu dengan Dato' secara personal pada anggapan saya adalah satu dorongan dan peransang semangat kepada diri saya untuk terus berjaya.

Dato' Kadir akan selamanya menjadi mentor saya...

wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'KJ n pembaca-pembaca sekalian,

Saya sekadar ingin memberi pandangan untuk kita fikir fikirkan atas topik pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO di antara mukhriz,Dr khir, khairy dan yang lain lain jika berminat...Untuk menjadi seorang ketua ini bukan mudah, banyak tanggungjawabnya, bukan sekadar ingin cuba cuba mahupun ingin ambil kesempatan..semuanya bermula dengan hati yang ikhlas dan niat yang tulus..pemahaman tentang perjuangan UMNO itu perlu ditekankan dan perlu dihayati dengan sebenar benarnya, jangan masuk UMNO dan ingin menempatkan diri dijawatan tertentu atas dasar kepentingan diri. Jika seseorang ketua itu tergolong dalam golongan yang pentingkan diri, sudah pasti ia akan mencorakkan pengikut pengikut nya kearah yang sama lambat laun...itulah yang terjadi..kita banyak memperjuangkan pembangunan fizikal dan material yang memang diperlukan untuk hidup didunia ini tapi kita tidak boleh lupa tentang pembangunan rohani yang seharusnya lebih ditekankan dalam menuju kehidupan akhirat yang lebih kekal.
Sebagai orang Islam wajib kita berjuang atas agama..Saya tidak menafikan UMNO juga memperjuangkan agama cuma apa yang kita lihat hari ini, ramai yang berjuang hanya dimulut..perbuatan??? masing masinglah yang tahu..Keputusan PRU12 haruslah diterima dengan hikmah dikalangan ahli UMNO khususnya kepada pemuda pemuda..Bermuhasabahlah..Pemuda lah yang mencorak kepimpinan masa hadapan, pemimpin datang dan pergi..Pastikan kepimpinan hari ini adalah kepimpinan yang mengikut lunas lunas agama islam yang sebenar..agar memastikan UMNO itu terus relevan kepada rakyat Malaysia khususnya Orang Melayu pada PRU13 nanti..Wallahualam..

Stream83

Berita dari gunung said...

Silap sangat-sangat masa itu, kerana memberi ruang kepada Khairy tanpa bertanding untuk jawatan nombor dua Pemuda.

Jangan UMNO buat silap banyak kali, nanti darah pemuda yang panas dan mudah menggelegak akhirnya habis, dan tinggal periuk kosong berjenama "UMNO".

Saya yakin, Pemuda tidak akan dipermainkan lagi. Sudah tiba untuk kita melihat bukan setakat jawatan, tetapi merawat UMNO yang sangat lemah dan tenat.

Anonymous said...

Salam Untuk Dato' & Semua

Kenyataan 'Pak Lah' BN gagal mengekal majoriti dan kekalahan mnegekalkan kerajaan di 4 buah negeri adalah kerana 'sabotaj'. Mungkin benar. Tapi yang paling tepat 'Pak Lah' tidak mahu menerima kenyataan bahawa kegagalan PRU12 itu dirangsang oleh kegagalan beliau dan yang dipimpin menyakinkan rakyat. Malah krisis keyakinan ini timbul atas keangkuhan dan kesombongan tidak bertempat.

Krisis kepercayaan kepada kepimpinan akan berterusan berlaku
kerana kegagalan media memberi gambaran yang adil. Tekanan berterusan dari dalam UMNO dan juga parti komponen, apatah lagi pembangkang yang mencari ruang untuk menawan hati rakyat. Berapa keratlah mereka yang menyokong kalau sebelum ini 'sokong yang membawa rebah' lebih.

Potensi untuk berada dalam kepanasan dijangka berterusan. Isu dan cerita masih lagi berkisar kegagalan PRU12 kepada BN. Cuit mencuit dah mula dengan pertandingan berpenjuru. Muhasabahlah diri masing2 kepada mereka yang layak dan 'yang layak untuk tidak bertanding' atau buat semak. Ramai yang buat rakyat semak 'semak pemikiran'.

Media terus bermain dengan isu yang rakyat tak nak baca! Dan tidak cuba menjernihkan keadaan! Ekonomi pun dah sedikit terjejas. KDNK dinilai semula unjurannya. 'Ngapa tak percaya!

Kita lihat! Unjuran politik seterusnya

-Katun-

Siti Khadijah said...

May the best man win!

Anonymous said...

datuk,

dengaq2 khabaq angin,datuk telah menjadi ahli lembaga pengarah BERNAMA?

betoi ka datuk?kalo betoi tahniah saya ucapkan..kehadiran datuk dlm agensi berita negara kita sudah pasti akan membuka satu lembaran baru dlm pengamalan media sbg peyampai maklumat kpd masyarakat umum..

kalo tak betoi..saya minta maap,spt saya katakan tadik,saya hanya mendengag khabaq angin..

sang kumat-kamit

Cucu Adam said...

Saya kira Khairy, Mikhriz atau pun Khir jika menang sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak akan berjaya menggembalikan kegemilangan Pemuda UMNO seperti zaman Datuk Harun atau Albar. Malahan jika Hishamuddin membatalkan hasratnya dan bersedia mempertahankan jawatan tersebut, masa depan Pemuda tetap muram.

Kacau bilau dalam UMNO yang dibikin sendiri oleh orang UMNO menjadi bahan ketawa umum, sesama mereka menyalahkan sesama sendiri.

Porak peranda inilah bagi ahli yang masih bersama di dalam UMNO membuat mereka di dalam keadaan tidak menentu, hilang tujuan, merasa tawar, loya dan meluwat, dan membawa mereka mencari suatu yang lain.

Porak peranda dalam UMNO menguatkan lagi Pakatan Rakyat Malaysia serta mempercepatkan pengambilanalih kuasa oleh Pakatan.

Apa mahu jadi pada UMNO/BN? Nasi sudah bubur dan kezaliman yang mereka lakukan sepanjang 50 tahun mereka memerintah inilah balasan bala yang Allah jatuhkan kepada mereka.

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Nampaknya perkembangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat menguja. Ada ketika kelakar juga bunyinya dan buat kita sama ada tersenyum ataupun ketawa. Ada ketikanya pula kita berasa sedih kerana manusia hampir lupa adab dan tatasusila tatkala berkata-kata, lebih-lebih lagi terhadap orang tua.

Datuk, izinkan saya untuk memberi pendapat kepada dua perkara berikut:

1. Ketua Pemuda – Hishamuddin Tun Hussein umum tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan akan datang. Khairy ambil pendekatan tunggu dan lihat. Mukhriz bersedia untuk mengambil alih, begitu juga dr khir toyo.

Saya tidak begitu mengikuti hal Pemuda. Tetapi secara on the surface, saya berasa yang Mukhriz memang wajar diberi peluang, lebih-lebih lagi kedudukannya di dalam pergerakan itu sudah diuji menerusi pertandingan jawatan exco. Jadi maksudnya beliau memang benar-benar ada pengikut dan penyokong, kalau tidak masakan beliau boleh mendapat undi terbanyak.

Khairy, bagi saya, lebih wajar menuruti langkah bosnya dengan mengundurkan diri. Atau kalau beliau mahu, boleh juga mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang tetapi hendaklah membenarkan orang lain turut menguji beliau, yakni ada pertandingan. Menarik untuk melihat siapa akan menentang Khairy. Dengan segala permasalahan dan kemelut yang berlaku kesan keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang baru berlalu, ada baiknya Khairy keep a very-very low profile and emerge when the time is right i.e when he is no longer the PM’s son-in-law and become a mere Khairy Jamaluddin Abu Bakar @ Nori’s husband, daughter of the former PM of Malaysia who swept big victory in 2004 General Election and lost 6 states with a slim majority in the next General Election. Kalau benar Khairy seorang pemimpin berwibawa, ada kelas, ada kehebatan, ada akal setinggi menara Oxford University maka Khairy sepatutnya berlawan di luar gelanggang sayap Perdana Menteri yang ditumpanginya pada masa ini.

Dr Khir Toyo pula, bagi saya, sudah terlambat. Period.

2. Tun Dr M – tiba-tiba beliau dilihat sebagai sangat berpengaruh sedangkan dahulunya kata-kata beliau tidak sedikit pun diendahkan malah dianggap sebagai seorang tua yang sudah nyanyuk. Sekarang, Tun Dr M dikatakan punca kekalahan BN di dalam Pilihan Raya Umum 2008. Sekarang, semua orang menyalahkan Tun Dr M, daripada bekas menteri kepada menteri sehingga Perdana Menteri. Wah, hebat sungguh Tun Dr M! Sebagai seorang negarawan yang tersisih, rupa-rupanya beliau masih ada taring, suara beliau masih nyaring... dan berupaya pula menentukan menang atau kalahnya BN di dalam pilihan raya! Sedangkan sepatutnya Abdullah Badawi lah yang lebih berkuasa dan berpengaruh memandangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mentadbir sebuah negara berdaulat dan memimpin lebih 20 juta penduduk.

Daripada kaca mata saya Datuk, apabila mereka menyalahkan Tun Dr M, maka itu bermakna mereka mengakui kepintaran dan kelicikan Tun Dr M yang sukar ditandingi. Kalaulah... ya kalaulah mereka mendengar nasihat Tun Dr M dari awal lagi tentulah semua ini tidak akan berlaku. Now, Tun Dr M has got nothing to lose. Either he fight or he withdraw, he wins nothing, he loses nothing. Kita tidak perlu bercakap tentang air muka yang jatuh kalau Tun Dr M kalah di dalam percaturannya kerana saya rasa, matlamat beliau jelas iaitu memperbaiki kepincangan. Saya tidak percaya yang beliau gila talak seperti telahan sesetengah orang yang mengatakan Tun Dr M berhasrat untuk kembali menjadi Perdana Menteri. Dalam usia dan keadaan kesihatannya sekarang, saya yakin yang beliau hanya mahu melihat negaranya terus maju seperti yang telah dibawa pada zaman pemerintahannya dahulu.

CT Tanjung Perak

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato'AKJ dan sahabat-sahabat pembahas,

Pedas ke atau tidak dua perenggan berikut yang diungkapkan oleh Dato' hendak ditelan atau diluah...? ditelan pahitlah, tetapi mematikan ego..membangkitkan kesedaran dan muhasabah. diluah lega seketika, tetapi mematikan pemuda UMNO dan kepimpinannya. Fikir-fikirkanlah.

"..Setelah teruk dihukum oleh ahli dan penyokong sendiri dalam pilihan raya, adalah kesilapan dan dosa besar bagi para pembesar Umno terus memperkotak-katikkan mereka.

Mereka tidak akur membuta tuli lagi dan mungkin tidak akan kembali ke pangkuan Umno jika mesej mereka terus dipermainkan oleh para pembesar parti yang bebal dan tumpul otak."

Maaf Dato' kerana cetak balik statement di atas. Namun ada sebab untuk saya meneruskan komen.Jika ikut pemerhatian yang cetek ini, adakah ketiga-tiga tokoh ini membawa beban kepimpinan kepada Pemuda dalam konteks "order lama" akan mengganggu "new scheme of changes" di dalam pemuda UMNO? Mengapakah tidak ada tokoh lain yang bebas dari "conflict of leadership" dan "conflict of interest" dari kalangan kem-kem pemimpin senior?

Carilah suatu keharmonian di dalam barisan baru Pemuda, yang boleh membawa Pemuda yang berinspirasikan "mode of changes" di dalam gerak kerja pemuda dan akar umbi pemuda. Wahai tokoh-tokoh UMNO yang ikhlas, tampilkan tokoh-tokoh pemuda yang ingin berjuang untuk agama (Islam), bangsa (terima hakikat negara kita berbilang bangsa) dan Negara (cita-cita berSyariat, berilmu dan berteknologi tinggi serta bersyukur dengan kemakmuran Ilahi). Kembalikan semula Idealisma pemuda dengan jejak baru dan penampilan pejuang seperti dahulu, sehingga pimpinan senior pun terangkat dengan tindakan-tindakan pemuda-pemuda Melayu-Muslim sejati.

Biarlah Pemuda yang membuat kajian, perbahasan, pertimbangan dan keputusan yang memberi sinar harapan kepada warga belia-Muslim dan bukan Islam dinegara ini. Saya percaya dengan komitmen Wagasan Melayu-Muslim sejati, mampu membangkitkan kepercayaan ahli dan akar umbi.

BILA TAH LAGI PARA PEMUDA KAN MULA MERINDUI PERLAKSANAAN WAWASAN SYARIAT ISLAMIAH MENJADI WAHANA PERJUANGAN? PEMBUKTIAN ANDA SANGAT DIALU-ALUKAN...DI PERSADA PERJUANGAN AGAR KESATUAN UMAT MELAYU KEMBALI PERKASA.

Terima kasih dato' dan sahabat-sahabat pembahas.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

Salaam, Datuk

I have been indulging in one of my favourite Sunday pastimes today - reading the Singapore Sunday Times paper's coverage of Malaysian politics.

I have to admit that the reporters (and editors) working for the Singapore Straits Times, Sunday Times and Business Times papers are more often than not spot-on in their analyses of developments in Malaysia.

Back to a report "The Umno Crisis" by Leslie Lopez (the Straits Times' South-east Asia correspondent who is based in KL) in the Spore Sunday Times today, Apr 6.

Mr Lopez has put together an excellent analysis of the current "state of play" within Umno. He identified the "lead players" - Abdullah Badawi ("the embattled leader"), Tengku Razaleigh Hamzah ("the old warrior") and Anwar Ibrahim ("the wild card").

With a "supporting cast" comprising - Najib Razak "the loyal deputy"), Muhyiddin Yassin ("the dark horse") and Mahathir Mohamad ("the angry old man").

It sounds like a Malay historical epic, the way Mr Lopez depicts what is currently happening within Umno.

But amidst the literary connotations, Mr Lopez has made a few sobering points. These are what will be picked up and monitored by foreign governments, analysts and investors.

I quote (selectively) from Mr Lopez's report:

"The ruling Umno is reeling from its worst-ever electoral setback, sparking an intense debate about whether the party, which has ruled Malaysia for the last 50 years, may be on the cusp of losing power...

"The open race for Malaysia's leadership succession suggests that the country could be in for a prolonged period of uncertainty that would stymie policymaking and hobble the campaign to push ahead with much-needed reforms in a heavily energy-dependent economy.

"Turmoil in Umno could also create bilateral headaches for neighbours such as Singapore because party leaders are expected to take a more nationalistic tone as they try to burnish their credentials ahead of party polls....

"Now, Umno stands a crucial crossroads.

"Unless the party reforms and regains its appeal among the Malays - especially those in urban areas who swung most obviously towards the opposition - analysts believe that Umno could even lose the next election.

"More troubling is the prospect that the tumult in Umno could result in a less-than-orderly leadership change, which could give control of the party to rightist elements who may prefer to abandon democratic processes in order to strengthen their initial fragile grip on power.

"The kind of Umno that emerges will be determined by key players who have dominated the party over the past two decades."

The sobering message in Mr Lopez's report is in its penultimate paragraph, where he writes about the possibility of Umno being taken over by "rightist elements who may prefer to abandon democratic processes in order to strengthen their initial fragile grip on power."

Far-fetched? I would have thought so, but watching the latest developments in Zimbabwe and the efforts by Robert Mugabe and his Zanu-PNF party to stay in power (no confirmed election results 8 days after the polls took place), I am not so hopeful.

There are several elements in Malaysia who are willing to play the cards of race and religion in order to achieve their objectives. It has happened before. Could it happen again if Umno's hold on power is threatened or in jeopardy?

The raison d'etre for Umno has been continued Malay political supremacy in Malaysia.

If this is threatened in future by an acceleration of fledgling moves towards non-ethnic multi-racial political parties in Malaysia, how will Umno react? Will it be mature enough to reform and remake itself or will it, in desperation and seeing its grip on political power and dominance slipping away, resort to other means to maintain its supremacy?

Cool heads and far-sighted thinking is needed from all the stakeholders in the Malaysian political process, and indeed, from all Malaysians.

The stakes are simply too great for anything else.

Anonymous said...

The Scribe

What is the story on the fourteen black and white divisions?

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk AKJ

Baru habis membaca temuramah khas dengan dua calon yang ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam Mingguan Malaysia hari ini. Yang menarik Mukhriz jelas tujuan untuk bertanding jawatan tersebut manakala Dr Khir Toyo masih samar dan mungkin juga masih terlalu awal untuk menyatakan "manifesto" kempen.
Mukhriz mahu suara golongan muda diberi lebih ruang dalam UMNO,maknanya "input" golongan tersebut perlu diambil kira dalam menentukan perjuangan UMNO. Harap Mukhriz dapat menterjemahkan ideanya dalam bentuk yang realistik,jelas dan kalu boleh bertulis.
Bob From Kuching

ishakateng said...

Pembaca sekalian
Saya kira UMNO masa kini masih lagi tenat gara gara pemimpin pemimpin yang ada terlalu bongkak, rakus dan mementingkan diri sendiri.

Lihat saja bagaimana ucapan ucapan semasa berkempin ,terlalu riak dan sombong sehingga ahli umno sendiri pun menjadi muak.

Saya berharap semua pemimpin dapat mencari satu fomula yang terbaik dan cadangan YM Tengku Razali sepatutnya diambil.

Kepada Y.B Mukhriz, anda ada kekuatan untuk bertanding kerana andalah orang yang pertama membuat kenyataan yang berani meminta PM berundur.

Teruskan perjuangan anda.

ishak ateng

Anonymous said...

Dato'KJ,

Pak lah telah memberi alasan yang cukup memalukan dengan menuduh kekalahan Bn di kelantan adalah disebabkan oleh Ku Li.Satu penangkisan yang tidak sepatutnya dari pada seorang yang telah kalah secara moral. Sour Grape! Keangkuhan KJ di kelantan lah penyebab kekalahan BN di kelantan. Dengan teknik mencerca dengan slogan Pade Doh, terus jadi Pade Muko Demo Pak Lah. Ask Pak Lah to stop answering Press Conference. There will be more killing questions to come! He can't handled it.

To Ku Li, UMNO/BN Kelantan do an honest survey/questionaires and get feed backs from rakyat and members what actually causes the loss and what factor causes it. Other states should do on their own too. Don't be biased to save their faces.


mini clubman

Anonymous said...

A'kum Dato dan pelayar2 yg dihormati sekalian. Diharap semua dalam keadaan sabar dan bertenang walaupun keadaan skrg menjadi semakin tegang dan tertekan.

Dato,

Saya ni dah melanggar pantang apabila kembali menulis di blog Dato ini. Dulu, saya boleh dikira aktif juga memberi pendapat di sini. Setiap tulisan baru Dato, saya pasti akan memberi komen. Semacam balik kampung jumpa member2 lama, itulah juga perasaan saya bila melihat "berita dari gunung" dan "mat tunjang enterprise" masih aktif memberikan idea. Saya secara peribadi berharap "mat tunjang enterprise" dapat membuat blog beliau sendiri kerana ramai juga minat dengan seloka beliau itu.

Dato,

Saya berpendapat, penyakit yg dihidapi UMNO ini sudah sangat teruk. Roh dan semangat UMNO yg asli telah mati. Yang tinggal hanya roh dan semangat perut. Oleh itu, eloklah dibiarkan UMNO itu mati, dengan harapan roh dan semangat perut yg mencengkami UMNO itu cepat2 pergi mencari mangsa2 baru, mungkin PKR, PAS ataupun DAP. Bila hantu perut ini sudah tiada, barulah proses memulihkan UMNO dapat dijalankan dengan berkesan.

Ramai yang sangat takut jika UMNO kehilangan kuasa memerintah negara. Bagi saya, apa perlu ditakutkan? Ianya bukannya kiamat atau "game is over". Serah saja teraju kepimpinan negara ini kepada Pakatan Rakyat. Bila UMNO sudah tidak berkuasa dan tidak mampu memberi kontrak dan projek, barulah orang yg betul2 menyokong UMNO itu terdiri dari golongan yg ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara. Bukannya dari golongan hantu perut.

Kita mahu lihat bagaimana Pakatan Rakyat memerintah dan mentadbir negara. Kita mahu lihat bagaimana mereka menghadapi kes Lina Joy,kes Israel, kes2 tunjuk perasaan, kes2 kebebasan akhbar. Sebelum ini PAS yg dilihat sbg sangat tegas dalam hal2 agama, kita mahu lihat samada mereka akan kekal tegas ataupun layu dalam arus kuasa dan kemewahan. Tak lupa, pakatan2 mereka ini nanti juga akan diserang oleh hantu2 perut yg tidak peduli mangsa. Kita mahu lihat samada mereka mampu kekal bersih ataupun mereka berubah menjadi seperti UMNO yg korup seperti dikata mereka skrg.

Agaknya ini mungkin menjadi jawapan terbaik bagi ahli2 PAS, PKR dan DAP sendiri menilai keikhlasan pemimpin dan perjuangan mereka. Apakah hanya ikut sedap berkata-kata ataupun kelabu bijik mata.

Mungkin jika ketika itu UMNO telah dapat menghapuskan hantu2 perut dan berjaya mengadakan sistem pentadbiran yg lebih demokratik dan terbuka, tidak ada lagi kuota2 sekatan, tidak ada lagi undi2 bonus, saya yakin orang Melayu akan kembali menyokong UMNO. Tak mustahil, ketika itu melayu PKR dan melayu PAS juga akan kembali menyokong UMNO.

---------------------------------

Dato,

Minta tolong dapatkan komen dari Tun Daim mengenai keadaan politik Malaysia skrg ini.


-sinbad-

Anonymous said...

Buat apa nak minta komen Tun Daim, dia sibuk dengan International Bank Malaysia dia yang ura uranya parent company nak pergi listing kat London Stock Exchange...

Mana dia ada masa dan peduli apa dia...dah dapat apa dia nak... 7 generasi makan pun tak habis.

Keturunan Jebat

Anonymous said...

Pada saya lah, kalau nak diukur dari segi merit, cuma Muhriz yang saya boleh nampak sebagai sesuai utk terus mencuba bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO akan datang.

Selamat memilih !

underBear said...

assalamualaikum dato'
setkat arini khairi masih tidak menentukan dirinya akan bertanding at au tidak.dia hny menyatakan akan bertanding jika atas arahan ketuanya,dato hishamudin.disini adakah boleh dikatakan strategi khairy?yg mana akan menunjukkan keikhlasan utk bertanding krn tidak mahu berebut melawan ketuanya??!
sama2 kita lihat.jgnlah mempermainkan pemuda,pilihlah yg tepat.nilailah dgn mata dan hati berkeputusankan kewarasan.kerana kekuatan umno akan dibentuk semula.

Anonymous said...

Datuk,

ini cuma spekulasi saya.. sekiranya pak lah berundur. KJ mungkin tidak ada tempat lagi dlm UMNO.
Saya tidak terperanjat sekiranya KJ menyertai anwar untuk memenuhi impian nafsunya. mereka dua ni mcm sama wavelength.

KJ dulu memang meminati anwar sebagai idolanya.
tapi selepas pemecatan anwar, dia terus menghampiri pak lah sehingga berada di tahap sekarang. cita2 dia mmg tinggi...

seperti anwar, cita2 anwar pun tinggi. begitu cepat dia naik dlm umno.

semasa anwar dibebaskan dari penjara. KJ lah orang yg menjadi utusan membawa pasport kepada anwar. ape hal tu? mat depatch kan banyak.

mereka dua2 ni pun mcm ada link dgn singapura.

mungkin KJ memang merancang menjatuhkan Pak Lah, dari dalam. Sengaja menjadikan dirinya sebagai liabiliti

Ape gunanya Pak Lah sekarang ini kpd KJ. dia lebih muda dan percaya dia lebih handal dari pak mertuanye. dia lulusan oxford lah katakan..

In the mean time anwar pasang pengaruh. kalau pencaturan anwar mengena... dapat support dari lalang2 dalam BN, maka tidak mustahil PILIHANRAYA KE 13 akan berlangsung tidak lama lagi.

PAk Lah pun mcm dah membaca nasibnye.
kepada Najib dialah pengganti.
kepada Anwar, PM in waiting...
seolah2 kedua2 nya possible.

Kepada KJ, jika di tolak UMNO, kariernye bersama anwar tidak mustahil

inilah politik

MM

Anonymous said...

saudara "keturunan jebat"

hanya jauhari yg mengenal manikam.

Bagi politikus hingusan, Tun Daim ini dianggap hanya sbg penyamun yg pandai merompak; senadalah dgn tuduhan2 goblok pembangkang.

Tapi itulah ketaranya beza pentadbiran Tun Mahathir dan Abdullah Badawi, penasihat yg menjaga kepentingan "boss"nya dan penasihat yg angkat diri sendiri jadi boss malah melebih-lebih dari boss pula.

Tun Daim dan Khairy ..... ibarat langit dan bumi!

Dua bulan sebelum PU12, Tun Daim memberi nasihat kepada Pak Lah agar berhati2 dgn negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Ramai yg pandang sinis dgn nasihat Tun Daim ini.

Skrg ini, politikus hingusan masih hendak pertikaikan mengapa kita masih perlukan nasihat Tun Daim.

hanya jauhari mengenal manikam.

-sinbad-

Anonymous said...

Salam..

Dr. Khir dan Mukhriz ada keistimewaan masing-masing. Jika diberi pilihan, saya memmilih Dr. Khir kerana pengalaman dan peribadi dia sendiri tapi jika Mukhriz seperti bapanya atau lebih, pastinya saya memilih Mukhriz tapi setakat ini belum teruji kehebatannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato

Persaingan memburu pemimpin pemuda Umno tidak harus ditumpukan kepada nama-nama hebat sahaja. Barangkali kita perlu mencari yang tersembunyi tapi berkualiti dan sesuai dengan budaya fikir melayu global.

Nama-nama dan pemimpin hebat memang rata-rata sudah calar dan tercemar samada secara segaja maupun sebaliknya.

Tumpuan kita memburu pemimpin pemuda umno jangan terlalu taksub dan fokus kepada pemimpin yang popular. Kita perlu mencuba orang baru dengan berani.

Kita yakin ramai di belakang barisan pemimpin hari ini ada yang seperti kristal dan boleh jadi permata tulin.

Barangkali Hisamudin Tun Hussein menyedari adanya bakal pemimpin yang harus diketengahkan. Cuma keperhatinan dan bersikap keterbukaan golongan pemuda yang mampu menerima hakikat itu.

Bagi hemat saya, saudara Khairy perlu sedikit masa untuk memimpin pemuda. Suasana politik umno sekarang tidak memerlukan Khairy walaupun beliau sebagai menantu Pak lah.

Keterbukaan Datuk Khir Toyo yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai ketua pemuda perlu diambil perhatian serius. Jangan ukur kegagalan beliau mempertahankan Selangor sebaliknya usia dan gerak agresif serta pengalamannya menjadi menteri besar boleh dijadikan landasan.

Datuk Mukriz pula,rasanya beliau perlu bertenang, ini buka masanya untuk beliau bertanding, walaupun khabarnya beliau kuat mendapat sokongan di peringkat akar umbi.Namun suasana umno sekarang untuk mahu membina kegemilangan Melayu kerjaya polituk beliau masih dibayangi oleh Tun Mahathir.


Pemuda Umno perlu mencari tokoh dan calon lain. Pandangan pemimpin Umno Sabah dan Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) perlu diambil kira, mungkin ada keramahnya dari seberang Laut cina Selatan.

Wassalam.

Anonymous said...

The Scribe

I must admit that I am one of the less bright of the ahli umno seumur hidup but i really want to know in details of facts what is it that TunM is so pissed off with UMNO? (doing the wrong thing in UMNO, Tun?)

Yes, Scribe,
saya betul-betul tak faham
less bright ahli, remember?
but I tell you what, Scribe:
I know big money when I smell one.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Dalam pertandingan ketua pemuda nanti.Saya nampak aura sapa tu KJ?? haaa KJ.. aura untuk dia akan menang semakin terserlah dan akan bersambaq-sambaq lepas ni...aura tu akan jilat aura lain cam na pemuda perak hari ni
IPOH 9 April - Selepas Negeri Sembilan, hari ini giliran Pemuda UMNO Perak pula mencadangkan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Padzi Paharudin berkata, Khairy menunjukkan ciri-ciri kepimpinan amat berkaliber dalam tempoh beliau memegang jawatan naib ketua dan menjadi pembantu serta timbalan yang setia kepada Hishammuddin.

Jilat jangan tak jilat yob...errmm ni hanya pendapat peribadi ka atau sokongan akar umbi?? aduih hang tak payah la nak buat press statement cam ni.. oghang dah meluat yob! orang dah meluat dah ngan KJ tu... hang buat statement cam tu..ngan hang sekali orang meluat.. sebut ja KJ orang dah hangat... tapi dato' AKJ = a kadir jasin...ada 'A ' maaf Dato'.

bagi saya Dato' khir: bagi la peluang kat orang lain.. dah sedaq akan kesilapan tu.. banyak benda nak dibetulkan tu.. ni semua pesal Agama, Bangsa dan Negara... kena buat keja betui2 mana boleh main2 nak jadi 'superman' terbang sini terbang sana.. nak bersihkan imej pun...makan masa ooo untuk Dato' Khir nak settle semua.. dia kena banyak bagi masa kat computer dia sbb dia dah jadi blogger

saya berpendapat..bagi la peluang kat Dato' Mukhriz InsyaAllah ada perubahan sikit... mudah-mudahan apa yang baik dari bapak dia ada kat dia... yang buruk dari bapa dia..dia sendiri pun tau.. atleast dia ok dari yang lain, berani!!!....InsyaAllah.. Wallahua'lam



anakcikguchik
bangalore

Anonymous said...

The Scribe

Dengan Izin.

A Poem For the Naboob's Daughter
(berhujah dan berkarya)

Marina,

With Helen Of Troy
(do you catch my drift, marina?)

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeated
oh, gently will I go

Is it right that the focus I hold be who is 'your' pick of the 'right' 'man' for the Ketua Pemuda UMNO; and it is an all members only club, madam. Of course, some of these blokes are ict-savvy blogs followers. Some are shrewd professionals while some are cunning islamists while a whole lot of them are pseudo-capitalist. I do not know about the atheists. Are there Malay atheists, Marina? Should we be bothered about that question, Datuk Paduka?

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeated
oh, gently will I go

What are the strong points and the weaker points of the leading names interested to run for this post of Ketua, Marina? Is Mukhriz still endorsing Najib, now?

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeated
oh, gently will I go

What would say, Marina, if I say to you that UMNO is very shaky right now and that by calculation Abdullah will step down in about 7 months and that Mahyiddin is to replace him as the President of UMNO. That is a gossip going around, you know - something like when your dad said it is rumoured that eceteraeceteraecetera.

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeated
oh, gently will I go

Am I in a longboat all alone, madam? Would you like to taste the grapes of wrath - it is in season and very rare, Marina - like sitting with the moonshadow of a full moon, Marina)

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeted
oh, gently will I go

Do you think your father should be doing your little brother's work for him? Pemuda is a bit different and I think Mokhzani can say that I am wrong when I say that the prancing horses a couple of winners and porsche is nowhere in sight.

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeated
oh, gently will I go

Warmest salaams and regards to you-family, your wonderful father and lovely mom(i finally got to shake her hands and it was at the door of Dorset - and she is a very intelligent, very beautiful woman, Marina. Alhamdulillah)

row row row your boat
gently tug me on the swill
heave-hi a merry o
and with the seven oft repeated
oh, gently will I go


(i have to thank fadhil shuib for the tea and datuk sharifah for the love tit for tat and azmi for serving me and all those photo shots of a lamb in wolfskin)

azmanmdsah said...

datuk,

kami telah lama memperjuangkan hak suara akarumbi ni... kami akan terus bersuara.

http://azmanmdsah.blogspot.com/

Anonymous said...

Alahai , umno dah tak relevan la.

-Mat tempe lenyek-

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).