Tuesday, July 15, 2008

Kepemimpinan Melayu Dipersendakan

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 16 JULAI]

KETUA
de facto Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim ditahan polis di hadapan rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, pada jam 12.55 tengah hari tadi.

Dia ditangkap sebaik sahaja pulang dari memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah mengenai laporan memalsukan bukti perbicaraan terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Anwar dijadualkan menemui polis pada jam 2.00 petang untuk memberi kenyataan mengenai aduan liwat oleh bekas pembantu khasnya Saiful Bukhari Azlan.

Laporan tingkas (dua perenggan) Bernama mengatakan Anwar dibawa ke Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

[POSTING ASAL]

ORANG Melayu yang tahu sedikit sebanyak mengenai politik, ekonomi dan diplomasi pasti berasa sangat malu dengan kedudukan kepemimpinan negara sekarang.

Hendak tidak hendak, buruk atau baik hakikatnya kepemimpinan Melayu “masih” berupa tunjang dan tonggak kepada kepemimpinan negara.

(Saya sengaja menggunakan istilah “masih” kerana ia membawa maksud sementara. Mungkin selepas ini orang Melayu tidak akan lagi menjadi tunjang dan tonggak kepemimpinan negara.)

Di hadapan kita, kaum-kaum lain mungkin tidak mentertawakan kita. Malah mereka terus berharap Malaysia stabil dan maju di bawah kuasa majoriti Melayu.

Tetapi di belakang kita, di dalam forum-forum tertutup dan di arena antarabangsa kepemimpinan Melayu kini menjadi bahan sindiran, jenaka, ketawa dan kutukan.

Betapa tidak, kepemimpinan Melayu, sama ada daripada sudut realiti atau persepsi, dilihat sebagai lemah di segi pemikiran, korup, rendah moral dan pekerti, berpecah-belah dan hipokrasi.

Akibat daripada realiti dan persepsi ini, timbullah pelbagai tuduhan, tohmahan dan syak wasangka terhadap pembesar politik Melayu daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan ketua de facto pakatan pembangkang.

1. Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai lemah, tidak berkemampuan dan mengamalkan kronisme dan nepotisme;

2. Abdullah diuar-uarkan sebagai mengamalkan kebebasan dan keterbukaan tetapi institusi-institusi utama demokrasi dan ekonomi dirampas oleh konco-konconya yang beragenda peribadi;

3. Mohd Najib Abdul Razak dikaitkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan penasihat dan pengawal keselamatannya. (Dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak mengenali wanita Mongolia mangsa pembunuhan itu.); dan

4. Anwar Ibrahim dengan laporan liwat oleh seorang muda yang pernah menjadi pembantu di pejabat Parti Keadilan Rakyat. (Dia mahu penuduhnya bersumpah “qazaf” dengan mengemukakan empat saksi lelaki yang sempurna akal yang menyaksikan perbuatan itu.)

Realiti dan persepsi negatif ini tidak terhad kepada kepemimpinan politik sahaja. Ia turut merebak dan mencemari pentadbiran awam, polis dan kehakiman yang majoriti penjawatnya adalah Melayu.

Pegawai-pegawai tinggi awam ditangkap kerana disyaki melakukan rasuah -- yang terbaru dari Jabatan Imigresen -- dan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa memalsukan bukti perbicaraan.

Hari demi hari penarafan (rating) antarabangsa negara dalam pelbagai bidang merosot dan imej negara di mata dunia semakin buruk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Negara Amerika misalnya menyifatkan Malaysia sebagai negara yang terbabit atau menjadi pangkalan kepada “human trafficking”(jual-beli manusia).

Tahun lalu ia meletakkan Malaysia dalam “Tier 3” di segi pematuhan terhadap akta perlindungan jual-beli manusia.

Imej Malaysia menjadi semakin buruk dan meruncing setelah Kerajaan British baru-baru ini mengancam pengenaan visa ke atas pemegang pasport Malaysia mulai akhir tahun ini.

Alasannya adalah terlalu ramai pembawa pasport palsu Malaysia dikesan cuba memasuki negara itu. Tidak lama selepas itu, pegawai-pegawai Imigresen yang disyaki rasuah ditahan.

Cadangan Britain itu meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Brazil, Lesotho, Swaziland (bukan Switzerland), Afrika Selatan dan Venezuela.

Ini semua adalah kemelut kepemimpinan yang lemah yang gagal mempertahankan imej dan integriti negara.

Manakala kita mungkin menganggap apa yang berlaku sekarang sebagai hal ehwal dalam negara, tetapi tindak tanduk para pembesar kita sedang diperhatikan dan diteliti di seluruh dunia oleh para diplomat, pelabur, pelancong dan bakal pelajar yang hendak datang belajar di negara kita.

Di dalam negara, kepemimpinan Melayu yang hambar sekarang bukan sekadar dipersendakan malah dijadikan alasan oleh pemodal tempatan untuk membekukan pelaburan mereka atau untuk membawa keluar modal.

Kalau pemimpin akar umbi dan ahli Umno yang akan bersidang di peringkat cawangan mulai 17 Julai ini tidak membuat perubahan dengan memilih barisan pemimpin baru yang lebih berwibawa, bukan sahaja Umno akan menuju jalan kehancuran malah orang Melayu keseluruhannya akan menderita.

Hari ini, ramai orang Melayu tidak lagi yakin dengan Umno. Malah ramai yang mula mengarahkan pandangan kepada Pas dengan harapan parti itu boleh mengambil alih peranan parti utama orang Melayu.

Umno dan negara memerlukan kepemimpinan baru yang cekap dan berwibawa bagi menangani suasana ekonomi yang semakin meruncing sekarang.

Kedudukan orang Melayulah yang paling terancam dalam suasana politik dan ekonomi yang kucar-kacir sekarang kerana kuasa ekonomi mereka yang lemah berbanding kaum-kaum lain.

Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)

Anekdot: Pada tahun 2005, dengan persetujuan Abdullah Ahmad Badawi, Proton dipaksa menjual MV Agusta dengan harga satu Uuro dan menderita kerugian RM500 juta. Pada 12 Julai lalu, BMW menjual MV Agusta kepada Harley-Davidson dengan harga US$109 juta (RM359.7 juta). Tidakkah Badan Pencegah Rasuah atau sebuah suruhanjaya bebas berminat menyiasat kejadian ini?

96 comments:

Anonymous said...

rujuk anecdote Datuk,

sebelum itu satu dari brand dlm Mv Agusta juga telah dijual.kabarnya ratusan juta ringgit .tolong confirmkan.


corrigenda.

Hartini Omar said...

salam dato' yg dihormati,

-sebagai anak muda negara yg cukup sifat dan akalnya, saya MALU membesar dalam negara yg bertongkatkan nama dan harta sebagai agenda utama perjuangan
-segala kebaikan dan kegemilangan negara tercinta kini hanya dapat dibaca dalam buku2 sejarah dan lagu-lagu warisan
-saya MALU mendapat pemimpin negara yang sudah terang-terangan tidak mampu mengemudi negara ke arah kebaikan
-dan saya MALU menjadi seorang dari bangsa melayu yang dipersenda dan diomok-omokkan

dan kalau ketua2 negara juga cukup akal dan sifat seperti saya, semoga hendaknya mereka berhenti dari mempertaruhkan kedaulatan negara dan kerajaan.. bertindaklah segera dan usahakanlah sebuah perubahan besar-besaran (tapi bukan dengan rusuhan dan tunjuk perasaan..)

tolong-Lah!

Anonymous said...

Masyarakat Melayu tetap dengan "Denial Syndrome" walau pun setelah menjelajah ke luar negara dan bertemu belbagai bangsa dan tinggal bersebelahan orang China atau Hindia.

Dari masalah anak2 sendiri yang penagih dadah hinggalah kepada pegawai2 Kerajaan, pemimpin politik, sosial dan adakalanya agama sekali, orang melayu hanya menerima berlakunya perkara2 mungkar itu tetapi tidak mahu menyelesaikan atau mengatasi masalah itu.

Perasaan Hasad Dengki tetap tersemai dalam dada, kita tidak mahu menerima bahawa orang lain senang hidup, berusaha secara halal, meniaga, memimpin dan sebagainya.

Orang Melayu berkelumpuk mengikut darajah, pendapatan, kemewahan, kedudukan, pendidikan dan amat sukar bagi mereka untuk membenar orang2 yang kurang ataua di bawah menjadi ahli mereka.

Mengaku lah bahawa kita masih belenggu dengan Nilai FEUDAL dan adakalanya jika di teliti mendalam masih ada ciri2 Hinduisme dengan sistem Kasta nya!

Mengakulah bahawa kita dari zaman Melayu Melaka lagi tidak begitu mendalam dalam agama Islamnya.

Islam bagi Sultan2 dahulu hanya TURUTAN bukannya amalan hinggalah amalan Hinduisme masih menebal di kalangan Istana.

Kita hanya perlu lihat adat istiadat Istana .... tidak kena mengena lansung dengan Islam.

Apa yan gberlaku adalah cirit Keislaman kepada amalan Hinduisme di Istana.

Jikalau kita betul faham dan mengamal nilai Islam dalam siasah Politik, Ekonomi dan Sosial dari dahulu, Datuk Onn Jaafar tidak harus mengambil dan meniru sistem Demokrasi ala British dan membelakangkan Ulama2 dan Penjuang Islam yang tulin yang mahukan sistem Pemerintahan cara Islam.

Maka jelas lah menunjukkan bahawa dari dahulu lagi Pemimpin melayu ada HASAD DENGKI dengan penjuang2 Islam yang ini menyambung sistem Syariah .

Anonymous said...

Dato,

Saya nak tambah satu perkara lagi.

Ramai orang Melayu yg berjaya, cepat jadi lupa diri. Lebih Amerikan dari org Amerika. Lebih European dari org European. Sampai ada yg malu nak ngaku yg mereka itu Melayu. Terlalu terikut telunjuk kapitalisme hingga sanggup khianati bangsa sendiri. Berbeza dgn bangsa Yahudi yg gunakan kapitalisme sbg alat menjayakan agenda mereka.

Ramai Melayu yg lupa diri ini ramai terdapat di syarikat2 GLC negara.


-sinbad-

Salam said...

Secara amnya saya bersetuju kita sekarang mempunyai pemimpin yang lemah, kurang berwibawa dan ada masalah peribadi masing-amsing.

Akan tetapi, apakah pilihan kita? Adakah pemimpin yang kuat dan berwibawa itu boleh dicari dan didapatkan daripada UMNO, parti pemerintah sekarang?

Atau, adakah orang Melayu terpaksa menolak UMNO, dan mencari pemimpin yang kuat dan berwibawa itu daripada PAS?

Sayangnya, komposisi penduduk dan pengundi Malaysia sekarang tidak memungkinkan PAS muncul sebagai parti pemerintah secara bersendirian. Apatah lagi dasar dan matlamat perjuangan PAS untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam, bukanlah dasar dan matlamat perjuangan yang realistik dalam sebuah masyarakat plural seperti Malaysia.

Oleh itu, mahu tidak mahu, buat masa ini, kita masih mengharapkan pemimpin yang kuat dan berwibawa itu akan muncul daripada UMNO.

Akan tetapi, bilakah pemimpin yang kuat dan berwibawa itu dapat dilahirkan oleh UMNO?

Mungkin lebih cepat lebih baik, kerana kita sebenarnya sudah tidak banyak masa lagi untuk menunggu.



At

Anonymous said...

Melihat senario yang di ulas oleh Datuk,Saya amat takut. Fikiran saya menerawang kemasa depan lima atau sepuloh tahun lagi. Apa akan jadi kepada anak-anak saya yang kini belajar dan mengharapkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta negara kita?
dalam sektor Swasta, peluang orang Melayu tidak seberapa. Dalam sektor Awam, penerajunya: JUSA dan PTDnya semakin nipis semangat Jatidiri Melayunya.Tidak ada kelas.
Kalau apa yang di ulas oleh datuk itu sebuah lukisan, mahu rasanya saya padamkan atau bakar saja! Dan buat lukisan baru mengenai orang Melayu.Setidak-tidaknya Melayu yang mempunyai pemikiran dan semangat seperti Datuk Kadir!
-makangaji.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Pemimpin-pemimpin politik Melayu khasnya UMNO menggunakan 'Politik' bukan untuk mentadbir negara tetapi untuk mengaut harta kekayaan peribadi.

2. Akhirnya Tuhan mereka bukan lagi Allah, tetapi Tuhan mereka ialah 'Wang dan Kuasa'.

3. Jika Tuhan mereka Allah, saya percaya negara kita tidak akan bermasalah seperti pada hari ini..?

http://suarasukj.blogspot.com

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

QUOTE:
"Anekdot: Pada tahun 2005, dengan persetujuan Abdullah Ahmad Badawi, Proton dipaksa menjual MV Agusta dengan harga satu Uuro dan menderita kerugian RM500 juta. Pada 12 Julai lalu, BMW menjual MV Agusta kepada Harley-Davidson dengan harga US$109 juta (RM359.7 juta). Tidakkah Badan Pencegah Rasuah atau sebuah suruhanjaya bebas berminat menyiasat kejadian ini?"

Anekdot Sdr. amat menarik perhatian saya.

Tanpa fakta-fakta lain, saya bolih andaikan yang MV Augusta telah dijual kepada BMW (atau syarikat berkait rapat dengan BMW) pada tahun 2005. Dalam masa lebih kurang 3 tahun, mungkin BMW telah berjaya “turnaround” MV Augusta sehingga bolih (dan dapat) dijual dengan pulangan modal yang lumayan (beli Euro1 dan kemudian jual US$109 juta). Ini adalah pulangan modal yang begitu tinggi dari sudut peratusan walaupun jika kita andaikan yang BMW telah “provide working capital” untuk operasi MV Augusta semasa mengambilalih. Ini bermakna BMW telah berjaya dalam usaha “turnaround” mereka.

Adakah kita (terutama sekali Proton) tidak berkemampuan untuk “turnaround” MV Augusta? Jika kita lihat dari sudut penjualan yang begitu murah, memang tidak dapat dinafikan terdapat kekurangan kemampuan kita untuk “turnaround” MV Augusta. Dimana pergi para bijakpandai dari Oxford, Cambridge dan sebagainya? Tidakkah mereka berkemampuan untuk menyelesaikan permasaalahan MV Augusta ini? Atau adakah sesuatu “fishy” telah berlaku semasa penjualan tersebut?

Sepertimana ditulis olih Sdr. Kadir, satu lagi Suruhanjaya untuk kes ini? BPR tidak berminat untuk menyiasat?

Anonymous said...

Tok Scribe
Peristiwa terbaru membabitkan Allahyarhamah Aina dan Monday Gridlock menunujukkan Kemesraan Rakyat semakin terhakis. Kuasa pemerintah untuk "lord over us" akan terhakis sepenuhnya suatu hari nanti, jika segala kepincangan masih tidak dibendung.
aMiR

Anonymous said...

Salam Datuk
Perkara ini terjadi angkara mereka sendiri. Pemimpin melayu kita ini ANGKUH. Buta mata, buta hati. Mereka lupa tanggungjawab mereka. Allah memberi rezeki untuk mereka menjadi pemimpin, tapi malangnya begitu la sifat manusia, Betul la, iblis akan bekerja kuat dan telah pun berjaya dengan matlamatnye menyesatkan muslim, terutama pemimpin melayu kita yang berebut mencari harta,pemimpin berbangsa Malaysia.

amoker said...

If we only have a discussion not about race and superiority. The problem when we talk narrowly on a race is that the solution is not wholesome. Never the less, Datuk hit the right spot in questioning his observation.

The whole problem is Malaysian in nature. The culture of tak kisah, money first etc. is so ingrained in our delivery system and leadership that unless everybody put in the effort to uphold integrity, rule of law, constitution,juctice and equality on facts sans emotion/ racial prejudice, we are just drifting to mediocracy. So, whatever our theory or gripe is, if you are not willing to make a change in your sphere of influence, there is no big reason to complain. Talk and do ... even if problems on our leaders persist.

Unknown said...

Salam Datuk,

Sdr sinbad, saya ingat bukanlah melayu tu lebih amerikan dari amerika atau lain-lain. Melihat rentetan peristiwa beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan ramai melayu yang nak jadi amerikan, australian, european...sebab apa? Malaysia telah mula menjadi tempat yang tidak selesa untuk kehidupan, untuk berkerjaya...sesak kepala otak kalau terus tinggal disini. That why, ada rakan2 yang belajar di negara2 seberang laut, akhirnya tak mahu menabur bakti di Malaysia, sedangkan semasa duduk disana, majoriti mereka kekal dengan imej malaysia, sayangkan malaysia. Ini yang kita kena cari jawapan, bukan menghentam sahaja.

Datuk AKJ, hehehe..saya baca BH hari ni, akhirnya kerajaan percaya juga pada blog, sebab dikatakannya antara bukti PKR rancang demonstrasi ialah dari blog (entahlah, blog tu ada kredebiliti atau tidak), sms dan ceramah2 PKR. Nampaknya Datuk, blog ni dibaca mereka dan dipercayai oleh mereka, cuma mungkin.... diaorang ni sedikit hipokrit la kot.

Satu lagi nak tanya Datuk, "Semalam ada ke demonstrasi"?

Aji, Baling

mantra-indeeptots said...

Salam Dato'
In my recent article, TOK PA … PLEASE ANSWER THE RM120 MILLION LOST TO THAILAND... i guess the ACA should look into this issue too...

Is it corruption or mere stupidity? Pls do not answer the second choice. We are governed by stupid ministers? OH NO!

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya amat bersetuju dengan pandangan Dato'. Ini adalah kerana pemimpin dewasa ini lebih pentingkan jawatan dan sanak keluarga daripada kepentingan rakyat dan negara. Kumpulan ini rakus bagi mengaut wang untuk poket mereka sahaja tanpa memikirkan soal keselamatan negara. Asalkan poket aku penuh sudah.. mampus kat Malaysia. Begitulah sikap sebahagian besar kakitangan kerajaan yang hanya memikirkan kepentingan diri sahaja. Isu ini bermula dari KEPALA yang sepatutnya menunjukkan sikap mulia tapi apa yang berlaku kumpulan atas lagi kuat kaut pulak. Jadi efeknya sampai ke peringkat paling bawah sekali. Sekarang ini orang dah muak tengok televisyen atau baca berita dalam suratkhabar kerana tak habis-habis bertikam lidah mengenai kepentingan parti politik atau diri sendiri. Orang yang kaya semakin kaya manakala yang miskin terus papa kedana. Mengapa rakyat umum meluat dengan kerajaan sekarang ? Kerana mereka mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotism. Bahkan bila tiba masa untuk berita utama orang tukar saluran... tonton cerita kartoon lagi baik. Orang Malaysia sudah mula matang dan tidak mudah diperbodohkan selama-lamanya. Menunding jari terhadap pihak lain tidak akan membantu. Sepatutnya Pak Lah kata sudah dengar suara rakyat tapi setakat ini tak nampak pun sebarang tindakan susulan yang sememangnya beliau dengar. Selama ini kucing selalu dikatakan berfikir apabila katup mata seluruh dunia jadi gelap walhal kucing itu yang tak nampak apa-apa. Penggunaan isu ketuanan, agama, perpaduan bagi menarik sokongan orang Melayu tidak akan berjaya kerana orang Melayu dapat melihat ketidak adilan yang berlaku sekitar mereka setiap hari. Kita perlu ada REFORMASI MINDA UNTUK BERJAYA.

Anonymous said...

Dato scribe,

Pembesar negara dah buat keputusan nak serah kuasa pada Najib pada 2010. Jauh lagi tu. Belum tentu hasrat pembesar dan timbalannya akan tercapai. Dua2 pun mempunyai masalah imej dan kewibawaan. Dalam dua tahun ni, macam2 boleh jadi. Inilah tempoh yang paling sibuk bagi mereka. Mungkin pembesar utama dan famili serta rakan niaga akan kuat kerja mencari jalan 'membersihkan' keadaan. Mula2, bersihkan nama (tapi nama dan busuk dan tak mungkin dapat dibersihkan). Lepas tu, bersihkan khazanah! Masa 2 tahun ni cukup untuk mencari jalan 'buat duit' sambil mendapat 'perlindungan' dari pentadbiran yang mereka kuasai. Oleh kerana mereka berkuasa, tak siapa yang tahu apa yang mereka bikin dengan khazanah kita.

Dua tahun lagi puak2 ni - tan sri kalimullah, tan sri dato seri annuar zaini, dato seri KJ, dato seri brendan prera, tan sri patrick, tan sri kamaludin - semua akan menetap di perth atau mana2 bandaraya lain. Tan sri kali dan rakan2 semua akan jadi blogger dan hentam puak2 yang ambil alih! Itulah putaran alam!

Orang Dalam

Anonymous said...

Salam Dato'

Sememangnya orang Melayu sudah maju. Malah lebih maju dari sesetengah bangsa di dunia. Apa yang menarik kemajuan ini tidak dikecapi dengan hasil titik peluh sendiri. Kemajuan sebegini rupa tidak akan kekal selamanya. Ini yang berlaku dewasa ini. Terlalu maju sehingga lupa dimana terletak asal usul dan budi pekerti pulak...

Hambali ® said...

Assalamualaikum Datuk.

Selaku generasi selepas 13 Mei, saya melihat sudut ketandusan dan korupsi di kalangan pemimpin ini saya rasakan berlaku dan berpunca daripada pelbagai sebab.

ANTARA (saya tekankan perkataan ANTARA) sebabnya sendiri termasuklah dasar pendidikan negara yang menyekat perkembangan ilmiah dan kebebasan menyuarakan pendapat para pelajarnya.

Pelajar, terutamanya mahasiswa diikat dan dibekukan suara mereka. Mereka hanya boleh menyokong. Hujah yang dimukakan pula mestilah bersifat pro. Hujah yang bersifat mengkritik (mengkritik dalam konteks untuk membina) yang diutarakan oleh mahasiswa akan dicop sebagai penentang dan harus dirantai.

Memang sifat semulajadi seorang mahasiswa (walaupun bukan semua) adalah bersifat idealistik. Idealistik tidak semestinya boleh menjadi realistik. Sepatutnya mereka ini dibenarkan untuk menyuarakan pendapat. Idea mereka banyak. Kritikan mereka tajam. Semuanya kerana mereka mahukan perfection atau kesempurnaan walaupun ia kadangkala dilihat tidak realistik dengan keadaan sebenar.

Kenapa ini terjadi ? Kerana mereka masih belum keluar dari kepompong universiti sekaligus belum menempuh susah payah "sebenar" sebagai seorang dewasa. Dan generasi mahasiswa yang kritikal inilah Datuk, apabila keluar dari universiti, merekalah yang saya rasakan mampu mewarisi kepimpinan negara.

Namun ini tidak trjadi. Kempimpinan kita dilihat tiada pelapis. Balik-balik nama yang sama juga diulang-ulang bagi menduduki kepimpinan negara. Mengapa ini terjadi? Kerana ketandusan kepimpinan yang terhasil setelah lebih kurang hampir 35 tahun dasar pendidikan yang membekukan mahasiswa.

Mahasiswa hanya ke universiti atas tiket mendapat sekeping kertas untuk mencari kerja. Mahasiswa yang lahir hanyalah mahasiswa fotostat. Mahasiswa yang lahir hanya tahu meluahkan apa yang dihafal dari buku-buku tebal sepanjang berada di sangkar universiti. Maka tidak hairan jika sekarang kita banyak menjumpai ramai (bukan semua) graduan baru (fresh graduate) yang lembik, lemah, serta kurang daya tahannya.

Mahasiswa yang lahir kini jugak dilihat kurang mempunyai rasa tanggungjawab sosial. Apa yang penting, habis belajar dapat kerja makan gaji dan kerja sajalah seperti robot sampai ke tua.

Dan bila mana mahasiswa yang dibekukan mindanya ini hendak mengambil alih kepimpinan negara, maka tidak hairanlah bakat, talent, atau daya pemikiran serta karismatik sebagai pemimpin itu dilihat amat kurang.

Mahasiswa pelukan kebebasan. Mereka mahu suara mereka didengar. Didengar tak semestinya bermaknya dituruti dan diikuti tetapi peluang harus diberikan untuk mereka sama-sama melontarkan IDEA mereka dalam pembangunan negara dan bangsa. Kerana apa ?? Kerana mahasiswa yang "mentah" inilah yang akan mewarisi negara kita ini Datuk.

Dan akibat terlalu mengongkonglah maka apa yang terhasil ialah pemimpin yes man, pemimpin bodek, pemimpin pengampu, pemimpin yang tidak cerdik dan sebagainya seperti mana yang kita tengok di Malaysia ini hasil daripada sistem pendidikan kita. Pekara ini bukan terhasil dalam masa setahun dua tapi ia umpama bom jangka yang memakan masa bertahun malah puluhan tahun.

Bagaimana hendak berfikir bagi membantu rakyat bawahan yang melarat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu jika diri sendiri tidak pernah merasai susah ? Bagaimana mahu membina negara yang hebat dan dikagumi dunia kalau semasa hidup di universiti hidupnya hanya semata-mata pergi kuliah balik kuliah dan menyelesaikan tutorial? Hidup hanya dipenuhi teori tanpa sebarang unsur untuk mengaplikasikannya.

Pemimpin yang hebat seperti Y.Bhg. TDM juga lahir dari generasi yang kebebasan bersuara. Beliau mengkritik apa yang dilihatnya pincang terutama dalam kehidupan bangsa Melayu, kepimpinan YM Tunku dan bermacam lagi sehingga tercetusnya buku Dilema Melayu yang mana Datuk lebih maklum dan arif mengenainya berbanding saya yang masih mentah ini. Namun jangan kita lupa bahawa Y.Bhg. TDM beliau juga yang pada pandangan saya merantai suara mahasiswa generasi kami sekaligus turut menyumbang kepada ketandusan kepimpinan yang berkaliber untuk mewarisi apa yang beliau tinggalkan.

Akhir kalam saya Datuk, sekali lagi, saya mengulangi coretan picisan saya di atas itu hanyalah satu pandangan peribadi saya dan saya tidak menyatakan bahawa faktor itu sahaja yang merupakan punca ketandusan pemimpin pelapis yang berkaliber.

Anonymous said...

Salam sejahtera...

No doubt of what you had said. It's a great joke when you speak about Malays when you go abroad. And, not just Malays, generally Malaysians are look down upon !

Malaysian leaders from any party should STOP exploiting racial sensitivity for political mileage gains.

Our country leaders are low morals & unpatriotic. And, what do leaders expect from followers & the public when the former had betrayed our very own home country by practicing nepotism, cronyism, and send all their ill-gotten gain money abroad ?

General Malaysian Chinese & Indians never question the Malay Special priviledges enshrined in the Constitution. In addition, WE DO NOT WISH our Malay Comrades fail or die in their business ventures. We gain nothing from Malays' losses, but we gain something from Malays spending when Malays are rich. That's what we hope for. For UMNO Ultra-Malay extremists, they want us to die. When we die, what do Malays gain ? It's a loss for all.

Trust this, NEP/DEB policies make Malays totally pathetic internationally and uncompetitive in the long run. Forever, "Katak di bawah tempurung".

It's time we look into everything as ONE rather than differentiate each other as, Melayu, Cina dan India.

Lastly, critisms are good for self improvement. I wish our Malay comrades will take a positive approach by improving their weaknesses rather than just scream & hurl back insults in retaliation.

Let's built our country strong and be proud of our country again !

Dezmond Pang
desmond11@hotmail.com

Pak Malau said...

Datuk,

Angkara siapakah semuanya ini?

1. kredibiliti polis - siapa yang memulakannya? gempak habis!
2. sistem kehakiman - siapa yang mula mempertikaikannya walaupun kes belum dibicarakan?
3. sistem pendidikan - siapa yang hijack?
4. KKK - siapa yang memulakannya? pink forms, kontraktor wibawa dll?

Sekarang semua orang dipersalahkan.

Akar Umbi said...

Nampak TDM dalam banyak perkara betul dari segi telahan dan tindakanya.

Dalam kes MV Agusta, penjualannya seperti memperlekehkan TDM, malah sampai tergamak menjual dengan 1 euro.

Akhirnya yang terserlah ialah KEBIJAKSANAAN TDM dan KEBODOHAN Si******. Itu pun masih tak mahu mengaku lagi, malah dia dan konco-konconya masih nak mencari salah TDM.

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Kata-kata Sheikh Abdullah Fahim ditujukan kepada sesaorang yang yang beliau (Allahyarham) kenal, sebagai peringatan. Tetapi malang.

MV Augusta dijual semata-mata kerana Paklah hendak tunjuk bahawa pembeliannya oleh kerajaan terdahulu merugikan.

Short-sighted decision, as always.
Betapa malang.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Siasat sekali Ahli Lembaga Pengarah Proton.

Anonymous said...

Datuk

A "victim mentality" will not help improve things.

We now have a vibrant political dynamic. Much better than under the previous administration.

My only complaint is that it is very "low brow" - but these are growing pains. The rakyat will demand better arguments / rationales in due course - it is already beginning.

As long as the economy is kept steady and corruption minimised, Malaysia will be fine.

TQ
TIMTAM

Da Real Deal said...

Ku Li is the only one who can clean up UMNO.

Unfortunately, the grassroots' minds have been poisoned by Abdullah's predecessor by making them think that any contest for the top post will split the party.
After that, the quota system was introduced under the same man that the people on the ground feel that it's too tiresome to fight hard enough even if it's to save the party.

This chaos in UMNO is all attributed to Dr Mahathir. He is like Bush that destroys Iraq without having an exit plan for his troops.

The Bloke he chose is useless, the bloke he chose to replace the first useless bloke is a coward.

I hope Tun refrains from naming Tengku Razaleigh as a possible successor. All his picks have been horrible and known losers.

Anonymous said...

Hasbunal
assamu'alaikum Dato'AKJ

saya ingin mengulang ungkapan dibawah ;
Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)

bertepatan dengan maksud hadith 40 imam nawawi , hadith yg. pertama yg. bermaksud ,

"sesungguhnya sesuatu perbuatan itu dimulai dengan niat"

Niat ini adalah kerja hati, tak siapa yg. tahu tentang niat kita, tapi Allah swt. tahu apa yang terlintas dihati kita. Walau bagaimana pun kita dapat menangkap/meneka apa tujuan sebenar seandainya seseorang membuat sesuatu. Ambil contoh misalnya si saiful bukhari tu datang kepejabat TPM kononnya nak dapatkan biasiswa , pada hal terkandas ditahun pertama , CGPA 1.6 nak beri biasiswa apa? ... ? kemudian 2-3 hari pula cakap lain pula , sebagai rakyat biasa dia dtg. mengadu hal kerana kena sodomi oleh DSAI, sebagai seorang yang normal tentu akan berfikir setidak-tidaknya begini... kenapa repot kat TPM , kenapa tak ke balai polis sahaja. Ini menunjukan ada sesuatu 'niat' ... inilah perangai buruk, perilaku pemimpin atasan kita yang bersifat dengki kianat, hasad, orang lain tak boleh lebih dari aku .Sifat yang amat tidak disukai oleh Nabi dan Allah swt. Bermula perangai hasad dengki inilah Habil dan Qabil jenerasi pertama Adam telah berbunuhan, inilah kes pembunuhan pertama diatas muka bumi ini. Jadi ingatlah, renunglah apa akan terjadi selepas ini nanti , dendam kesumat tidak akan padam hingga bila-bila , bertele-tele dari jenerasi kesatu jenerasi kecuali kembali ke jalan ALLAH.
Kamu boleh buat apa saja diatas mukabumi ini, tapi ingat suatu hari nanti kamu akan mati dan berjumpa dengan Allah. Hari ini kamu boleh tunjukan kuasa kamu terlepas dari mahkamah didunia tapi suatu hari nanti terfikirkah kamu akan terlepas dari Qadhi Rabbul Jalilyang maha adil penghakimannya. Didunia kamu boleh suruh Lingam buat fakta penghakiman.Di sana kelak boleh kamu minta tolong sekali lagi pada Lingam.

Sifat yg. dato' sebutkan yg. seterusnya ialah hipokrasi. Ini kisah benar dari pembacaan bagaimana sifat hipokrasi pemimpin umno semasa pilihanraya yang lepas, semasa berucap dihadapan khalayak ramai/rakyat, beliau tidak habis-habis menasihati rakyat agar kembali kepada AlQuran dan hadith, ikut ajaran islam sebenar ... amboi sejuk hati mendengarnya, dalam hati berkata ada juga pemimpin umno yg. menasihati kepada jalan yg. baik. Tetapi bila bersembang dengan sesama pemimpin umno , apa yg. dibualkan hanya berkisar mengenai putri umno yg, cun,yg. nasi lemaknya besar, yg. bumpernya besar macam bumper volvo, apumnya membengkak macam pipi disengat tebuan.Kalau beginilah feel pemimpin kita maka tunggulah saat kehancurannya.

Keadilan adalah meletakan sesuatu pada haknya. Kita telah tersalah meletakan pemimpin pada tempatnya yang betul , hukumnya maka tunggu dan lihatlah ketentuan dari ALLAH kelak.

wallahu'aklam

Anonymous said...

Dato KJ,
You have raised a very interesting but fundemental question. There are many intellectual Malays in Malaysia,in or out of UMNO. Many are thinkers while some like to think they are thinkers. There are many Malays who are also do'er. But how many of us are thinkers and willing to take our thoughts and execute it and make a change.

Are the points you raised meant to reflect that we are a culture not willing to make a change and will always tow the line, and always "Biak pa", or is someone willing to rise to the occasion to make a change thus make the necessary changes within the UMNO leadership?

If we are not willing to "Do" and thus making a change, then we are no different then the politik Kedai Kopi while waiting for our rice crop to be harvested.

--Maya Iris--

NFH said...

Salam Dato,

Saya nak pastikan dari Dato samada ulama besar Sheikh Abdullah Fahim itu adakah datuk kepada Abdullah Badawi?

Jika benar, maka tentunya sukar di telan bahawa yang menghancurkan negara ini adalah cucu beliau sendiri.

Wallahualam...

abdrahim kassim said...

Datuk,

Penyakit suka "beramuk" (bersengketa) sesama sendiri bukan perkara baru bagi masyarakat Malaysia dan juga bukan penyakit orang Melayu sahaja.

Mungkin sudah ditakdirkan negara kita dihuni oleh rakyat yang suka "beramuk".

Semasa awal kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu telah pun wujud persengketaan, antara puak Gee Hen dan Hai San di Perak.

Orang-orang Melayu pula pada masa itu "beramuk" antara kumpulan Raja Abdullah yang tidak dapat menjadi sultan dengan kumpulan Raja Bendahara yang telah mengambil tempatnya.

Begitu juga di Lembah Kelang, kumpulan Yap Ah Loi beramuk dengan pelombong-pelombong Cina yang lain dan di kalangan Melayu pula bersengketa antara kumpulan Tengku Kudin dengan Raja Mahadi.

Kumpulan-kumpulan Cina yang berseteru ini pula membuat pakatan dengan kumpulan Melayu yang sedang bersengketa ini.

Jadi apa yang berlaku hari ini adalah lanjutan dari sejarah awal. Dibelakang pemimpin BN ada orang Cina dan India dan begitu juga di belakang PR ada orang Cina dan India.

Cuma yang mungkin tidak kita lihat lagi,kalau berlaku sengketa kalangan orang-orang Cina dan India,orang-orang melayu tidak ikut di belakang mereka.

Jadi kalau nak "bangga" pun tentang inilah, kerana orang Melayu masih lagi jadi ketua, walaupun suka beramuk sesama sendiri.

Anonymous said...

Salam Dato'

Sebagai bangsa melayu saya amat malu dengan teletah dan sikap pemimpin-pemimpin melayu dalam UMNO sekarang ini, amat malang lagi hanya kuasa politik ditangan melayu yang tinggal hanya menghitung hari untuk di talkinkan, semuanya berpunca dari kelemahan YAB PM dan TPM serta pemimpin-peminpin dalam kabinet BN, baru lah saya faham mengapa Presidan MCA menolak untuk menjadi menteri kerana malu untuk berada dan terlibat sama di dalam kerajaan yang lemah dan berpura-pura. Terbaru satu penipuan maha dasyat oleh menteri dalam negeri mengenai demostrasi yang bakal diadakan di parlimen, dari perisikan manakah berita ini didapati saya tidak ketahui, yang nyatanya saya tidak terjumpa langsung adanya rancangan ke arah itu di dalam laman blog, seperti perhimpunan aman yang lain jika ingin diadakan. Tuduhan bahawa DSAI akan mengetuai demostrasi ini disangkal oleh DSAI sendiri. Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri di atas pembohongan maha dasyat di negara Tanah Melayu ini. Wahai pak menteri jangan perbodohkan rakyat lagi seperti pembohongan dakwat kuku dahulu. Cukup,cukup dengan pembohongan anda itu. Kepada ahli UMNO saya menyeru agar anda membuat keputusan yang bijak untuk memilih pemimpin bagi mengganti PM dan TPM serta menteri kabinet yang ada sekarang yang ternyata lemah dan penuh kontoversi serta skandal di dalam pemilihan UMNO akan datang, anda dapat mengubah keadaan sekiranya ingin melihat melayu masih memegang kuasa politik, masih banyak lagi pemimpin di dalam UMNO yang saya rasakan layak dan berkemampuan untuk menerajui UMNO dan menjadi pemimpin negara selain dari orang-orang yang penuh dengan skandal dalam UMNO itu, biarlah reformasi dalam UMNO dilakukan dahulu agar keyakinan rakyat kembali pulih. ayuh anda boleh lakukan dengan undi yang ada pada anda itu bagi memilih pemimpin dalam UMNO untuk masa depan bangsa dan anak cucu kita dimasa depan terbela.

Lt Kdr Bersara

demimu malaysia said...

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

1. apa yg datuk nyatakan dalam artikel kali ini mungkin hanya mukadimah 'masa depan' kita. no more sweet wawasan 2020..now we need to learn how to survive...

2. pemimpin terus bertelingkah, rakyat terus merana dan negara terus tergadai...

3. paklah anomali utama..paklah anomali utama..paklah anomali utama..

4. rakyat malaysia sebaiknya menyiapkan diri dan berusaha utk terus survive..dijangka harga minyak akan terus naik (ada yg kata sehingga usd 266 per barrel/skarang usd 140++ per barrel) dan krisis ekonomi global djangka selapas olimpik 2008..tiada lagi pemerintahan berani yg akan memayungi kita seperti dulu..no more!!

Anonymous said...

Salam Datuk,
Memang pemimpin melayu sedang ditertawakan oleh orang bukan melayu dalam dan luar negara.

Malah ada diantara mereka yang sudah mula terang2 mengutuk dan merendah2kan kebolehan orang melayu dalam apa jua bidang.

Bukan itu sahaja. Mereka sudah mula mempersoalkan hak orang melayu dan ada yang sudah mula melakukan sesuatu untuk menghapuskan keistimewaan orang2 melayu.

Orang melayu tidak boleh berpecah seperti sekarang. Orang melayu mesti bersatu jika tidak mahu kehilangan hak. Jangan kita jadi seperti kerajaan islam andalus yg jatuh ke tangan kristian kerana berpuak2 dan perperang diantara satu sama lain.

Anonymous said...

Kita sebagai rakyat memang mudah untuk membuat penilaian terhadap seseorang. Lebih-lebih lagi jika penilaian tersebut lebih kepada menghentam bukan untuk kebaikan tapi menambahkan lagi keburukan: menjatuhkan reputasi seseorang..terutamanya Pak Lah.

Bila kritikan dah berbaur hasutan dan fitnah daripada pihak pembangkang maka lebih teruk jadinya.. Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat Pak Lah. Agaknya apa tindakan yang kita boleh buat? Bila kita bercakap memang senang. Bila kita nak laksanakan sesuatu adalah sukar yang mana ianya memerlukan perancangan rapi dalam banyak aspek supaya apa yang nak dilaksanakan menepati denagn kehendak semua pihak.

Mungkin masyarakat sekarang dah terlalu manja dengan cara pemerintahan Tun Dr M yang tidak dinafikan pembangunan dan teknologi yang canggih dalam tempoh 22 tahun (tolong betulkan jika silap). Jika nak dibandingkan dengan pemerintahan Pak Lah yang baru 4 or 5 tahun (tolong betulkan jika silap), memang unfair jika nak dibandingkan pembangunan yang berusia 22 tahun dan 4 or 5 tahun.. Pak Lah perlu ruang..

Rata2 kritikan yang diterima beliau adalah seperti dihasut oleh pembangkang. Memang ianya memberi kesan kepada Pak Lah. Berilah peluang Pak Lah untuk buktikan kemampuan beliau sebagai PM.

Quantum Metal Consultant said...

Dato'

Sudah banyak kita memberi pendapat dan berhujah dalam isu yang hampir sama di sini atau di sana, di mana mana.

Rasanya tidak perlu lagi saya menambah kata kata meluahkan perasaan berbuku di dada, memadai saya hanya mahu menanti perhitungan di Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti, jika tampok 1 dan 2 masih di tangan manusia yang sama, negara khususnya orang Melayu sudah tidak punya harapan, kita perlu mencorak langkah sendiri yang perit.

Anonymous said...

Terlalu banyak salesman dalam bangsa Melayu. Saya ingat inilah pekerjaan terbaik buat orang Melayu UMNO. Sebab tu semua hendak dijual. Orang Melayu UMNO semua nak mudah. Makan hendak bersuap. Apa yang jadi hari ini membuktikan teori ini betul:
1. Generasi pertama penat mencari;
2. Generasi kedua penat membina; dan
3. Generasi ketiga penat melingkupkan apa yang dibina.
Saya baru ni tengok filem Lady Boss, orang Melayu hari ini saya ibaratkan macam watak lakonan Ning Baizura.
Yang kita kurang orang Melayu yang berwatak Saiful Apek. Walau senang tetapi di ajar berdikari supaya berjaya sendiri sebelum di bantu untuk berjaya setapak lagi.
Orang Melayu UMNO sekarang sibuk nak mengukuhkan parti mana depa ingat pada rakyat atau bangsa Melayu.
UMNO dan Melayu tidak lagi sinonim.
Yang kita ada hari ini orang Melayu UMNO dan orang Melayu.
Sama macam kita ada orang India Muslim dan orang India.
Selagi ada perbezaan ini, orang Melayu UMNO akan selalu hidup dalam lamunan mimpi dan orang Melayu akan tertanya-tanya pa yang sedang terjadi.

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Imej yang sedia ada ketika ini adalah hasil daripada satu proses yang telah berlaku agak lama dan pemimipin sekarang ini nampaknya masih belum nampak berjaya mengubah insan-inasn Melayu dalam jangka masa lima tahun sebelum ini. Yg Bhg Tun Mahathir sendiri, yang begitu dikagumi dan setelah lebih daripada 2 dekad memerintah, telah memperakui kelemahan ini.

Proses mengubah segala kelemahan-kelemahan ini bukan terletak di tangan pemimpin sahaja tetapi, ianya satu gabungan di antara usaha-usaha yang ikhlas oleh setiap insan dan keyakinan tinggi kepada Allah SWT.

Bagi isu MV Augusta, diharapkan pihak Datuk memberikan butiran yang lebih lengkap agar kita semua tidak terus dalam senario "culture of blame".

Butiran lebih perperinci perlulah diperolehi agar dapat diberikan kesimpulan yang lebih adil, bukan satu prasangka yang negatif, berdasarlkan persoalan-persoalan berikut:-

1. Jumlah hasil jualan sahaja tidak mencukupi bagi kita membuat kesimpulan yang transeksi jualan MV Ausgust oleh BMW itu telah menghasil keuntungan.

2. Kalaulah pelaburan ini amat menguntungkan BMW, kenapa pihak BMW sanggup menjual satu pelaburan strategik jangkapanjangnya dijual setelah 3 tahun membelinya.

Ini semua adalah keputusan perniagaan yang sangat banyak liku-liku yang seharusnya dikenalpasti sebelum membuat keputusan sebegini. Saya percaya sebahagiannya sememangnya kita semua tidak akan dapat mengetahui....

Harap buatlah perbandingan-perbandingan yang sewajarnya demi mengelakkan kita semua dicengkami dalam "culture of blame" dan "Datuk Mukhriz's political belief on "Perceptions Vs Truth"



Wallahua'lam

Rakan20G

anakbuah said...

Sdr Quick Draw Botak,

"Dimana pergi para bijakpandai dari Oxford, Cambridge dan sebagainya? Tidakkah mereka berkemampuan untuk menyelesaikan permasaalahan MV Augusta ini? Atau adakah sesuatu “fishy” telah berlaku semasa penjualan tersebut?"

# Memang kita amat rugi jual MV Agusta. Tak tahu bila lagi negara boleh berpeluang memiliki ternama dan seprestage MV Agusta. Ingat lagi komen saya mengenai kombinasi Proton/Lotus-Agusta-VW? Tinggal mimpi sahajalah....

# Elok saranan TDM hari ini di Utusan Tubuhkan suruhanjaya khas siasat jualan MV Agusta" supaya disiasat kes penjualan yg merugikan negara sehingga RM800juta. Berjuta2 hangus begitu sahaja, langsung tidak berasa bersalah. Entah berapa juta/bilion akan hangus selama pentadbiran sekarang kekal? Tidakkah kita juga secara langsung bersalah kerana mengekalkan mereka di Putrajaya sekarang?

Anakbuah

Iskandar PT said...

Salam Dato' AKJ,
Kepimpinan, tadbir urus kewangan yang lemah dan Menteri Kewangan Kedua yang pernah menyebabkan Malaysia kehilangan berbillion RM diatas kertas sewaktu menjadi penolong Bank Negara Malaysia merupakan orang kepercayaan DSAAB.
Kemasukkan kembali Isa Samad, Muhammad Taib, Rahim Thamby Chik, Zahid dan Azim Zabidi yang semuanya mempunyai "masalah politik wang" suatu masa dahulu kedalam kepimpinan tertinggi UMNO juga menampakkan UMNO memang mahukan orang-orang sebegini menerajui UMNO.
UMNO akan terus terpalit dengan dosa dan noda walaupun sekiranya mereka yang tersebut diatas telah "insaf".
UMNO juga akan menjadi bahan lawak parti lain atau bangsa lain disebabkan kehadiran mereka tersebut.
UMNO semakin tak relevan dengan perjuangan bangsa melayu dan mereka yang tersebut seperti diatas pastinya sukar untuk bersuara untuk UMNO bila berhadapan dengan pada parti lain kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
UMNO hanya berharap orang melayu kembali berteduh dibawah UMNO tanpa reformasi dalam kepimpinan secara menyeluruh.
UMNO kena sedar bahawa barah yang menular di dalam organisasi UMNO semakin parah dan memerlukan rawatan secara total bukan secara sebahagian sahaja.
Anggota yang membawa virus perlu di buang terus sebelum rawatan susulan dibuat.
Alahai UMNO....makin karam...tenggelam dalam fantasi .

Anak_Parit

demimu malaysia said...

assalamualaikum sekali lagi...

MV agusta dijual? not a big deal untuk orang2 macam ni.sedangkan maruah sendiri maruah negara pun boleh dijual..apa la sgt MV agusta, proton..

kalau kata nk siasat paklah ni...dah lama dah 'kantoi'...baru angan2 nk bukak kes dah berterabuq bukti..kj & scomi 2 contoh mudah..belum lagi jmbatan bengkok, projek keretapi laju etc...pendek kata penuhla taik kat bontot dia (perumpamaan la ni)..

cuma tu la..takdak org berani sentuh dia..yg ada kuasa pakat masing2 kena koro..tadak 'teloq' org sini kata..nasibla ada lagi org2 macam Tun dan datuk.tapi tu la,takat mana sangat kita boleh buat..ntahla labu, sendiri mau pikir la...wassalam..

anekdot: paklah, i hate u!!more n more...huhh!

Anonymous said...

Encik pemerhati,

Tidak perlu bermastautin di Amerika untuk jadi Amerikan, tidak perlu jadi warganegara Australia untuk jadi Australian. Tidak perlu menetap di Eropah untuk jadi Eropah-ean.

Tentera2 kapitalis Melayu makan belacan yg ramai meneraju GLC-GLC negara kini, hanya perlu tinggal lebih kurang 5 tahun di Oxford, Harvard, LSE, Cambridge dll untuk lupa asal usul dan perjuangan agama dan bangsa.

Perjuangan memartabatkan bangsa dianggap satu perjuangan kolot yang meloyakan. Ia dianggap hanya menjatuhkan maruah mereka sebagai lulusan hebat universiti2 bertaraf dunia.

Perjuangan kapitalistik totok seperti "maximizing profit to the never never end" diangkat sebagai batu asas penilaian prestasi KPI. Apa yang lebih utama bagi mereka ialah syarikat perlu lebih untung supaya pemegang2 saham akan terima dividen2 besar. Berapa ramai orang Melayu yang mampu beli saham syarikat mereka yang bernilai berpuluh-puluh ringgit itu tidak lah perlu mereka heran.

Tetapi nak kata mereka2 ini amat cerdik dan hebat pun tidak jugak. Akibat kebodohan mengurus tentera2 Melayu Amerikan yg makan belacan ini, cara paling mudah diambil untuk memaksimakan keuntungan sering dinilai dengan membuang pekerja, membatalkan pembiayaan biasiswa, mengurangkan elaun, menggunakan kedudukan mereka sbg GLC untuk memperoleh projek kerajaan, melantik vendor dan pembekal dari luar, menaikkan tarif, harga jualan dan mengenakan komisen dan service charge yang berlebihan pada pengguna.

Kemudian gunapakai istilah-istilah yang fascinating seperti restructuring, rebranding, recapitalizing, renegotiating, reperforming, repricing, reorganizing untuk menunjukkan yang mereka ini belajar tinggi dan punya kepakaran yang sophisticated.

Tak pedulilah, kalau MV Agusta dan bangunan MAS kena lelong, penjual Proton tutup kedai, harga barangan melambong, lulusan universiti jadi penganggur. Mengikut hukum kapitalis, inilah adat dan harga berniaga yang harus diterima orang2 Melayu. Mantra yang sering diguna semestinya "persaingan secara terbuka".

Akibatnya, pekerja2 yang terima sengsara, pengguna2 yang ditekan, rakyat yang ditindas. Memang benarlah cakap saudara, "Malaysia telah mula menjadi tempat yang tidak selesa untuk kehidupan, untuk berkerjaya...sesak kepala otak kalau terus tinggal disini".

Kalau saudara bertanyakan jawapan. Inilah jawapan saya.

Macammana saudara boleh simpulkan yang saya menghentam orang Melayu yang tinggal di oversea, itu jadi misteri pada saya.


-sinbad-

Anonymous said...

"Petronas catat rekod untung bersih RM61 bilion

KUALA LUMPUR: Petronas mencatat rekod keuntungan bersih RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, naik 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion tahun lalu.

Dalam pengumumannya, hari ini, Petronas berkata peningkatan keuntungan itu disumbangkan oleh kenaikan harga minyak. "

sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080715121536/Article/

ni yang membingungkan kita...minyak naik harga...petronas beli minyak dunia mahal...jual kat kita mahal...tapi dapat untung lebih dari tahun lepas...macam mana ni?

tak nampak satu penipuan ke???

kita dok tanggung derita kos hidup naik...PETRONAS kebanggaan kita ni dengan BANGGANYA mengumumkan untung besar...mana dapat duit tu?mana pergi keuntungan tu?
untung macam tu tak dapat nak support subsidi ke?

-scofield_84-

Anonymous said...

salam Datuk...

saya setuju dgn Sinbad...
ramai melayu "bangsawan dan hartawan" yang ada la ni tak ingatnak tolong bangsa sendiri...
pemimpin kita, CEO2 GLC & golongan atasan melayu kebanyakan lebih memntingkan diri dan keluarga sendiri...
contoh...CEO Petronas siapa?kenapa tak jaga bangsa sendiri?
kalau nak kata duit petronas kerajaan yang agih...sapa yang agih...PM & TPM kita bukan Melayu ke?
nak buat pembangunan???berapa peratus pembangunan negara dapat kat Melayu?kalau dapat pun memang org2 tu dah dok dalam "kelas tersendiri"...rakyat kebanyakan dapat apa?
ini lah yang dikatakan tak jaga bangsa sendiri...
walaupun ada pemimpin kita melaungkan perjuangan memperkasakan melayu...tapi tak nampak bukti pun...melayu tetap melalu-layu menanti gugur di laman sendiri...

-Scofield_84-

Anonymous said...

Melayu adalah kaum yang paling fleksibel. Hindu datang ambil budaya Hindu seperti adat perkahwinan, China datang ambil adat China seperti angpau, pentingkan duit,Arab datang ambil perangai Arab. Masuk lagi media orang putih, Melayulah yang paling pandai jadi orang putih. Melayu jadi confuse sebab itu ada Melayu pro religion, Melayu corrupt oleh businessman. Melayu yang berperibadi semakin kurang walaupun ke Universiti. Isu2 remeh, isu perempuan di perbesarkan. Isu Melayu terlalu suffocating dan rasa semacam no way out.

Main Jauh Jauh

abdrahim kassim said...

Datuk,

Saya ingin menokok sedikit dari posting tadi tentang nepotisme, kronism dan rasuah.

Sebenarnya "ibu" bagi sebab musabab kecamukan politik hari ini adalah disebabkan "ketagihan manusia kepada wang".

Ketagih kepada wang dan ketagih kepada dadah, tidak jauh bezanya. Kedua-duanya boleh meruntuhkan tamadun manusia.

Bagi sesiapa yang telah dijangkiti penyakit ini, ianya akan mengalami "kehilangan rasa" iaitu kehilangan rasa malu, rasa berdosa, rasa bersalah dan rasa tanggung jawab.

Sebenarnya "ketagih kepada wang" sudah membudaya dalam masyarakat Melayu, iaitu apabila kepimpinan lepas beranggapan bahawa orang-orang Melayu mesti kaya kalau mahu bersaing dengan bangsa lain.

Disebabkan rata-rata orang Melayu miskin, maka ramailah kalangan orang-orang Melayu telah memilih jalan singkat untuk menjadi kaya terutama kalangan mereka yang berkuasa.

Abdullah dan pegawai-pegawai Imigresen itu, adalah diantara "mangsa" kerana menyahut dasar kerajaan, yang mahukan orang-orang Melayu menjadi kaya.

BlueMoon said...

Dato', Sememangnya komen Dato' ada kebenarannya. Namun meletakkan pembesar dan pemimpin sebagai pihak yang bertanggung-jawab sepenuhnya kepada semua masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh negara tidak berapa adil. Betul, pemimpim yang terletak di barisan hadapan semestinya memikul tanggungjawab yang besar. Namun, rakyat biasa juga perlu bersama-sama memikul tanggungjawab sekecil mana yang mungkin. Raswah dan penipuan merupakan dua gejala yang telah menghantui negara ini sekian lama. Kedua-dua elemen ini perlu dikikis dan dihapuskan ke akar umbi demi untuk kebaikan bersama. Walau senegatif manapun laporan yang disiarkan akibat dari penangkapan dan pendakwaan peraswah dan penipu yang bermaharajalela ini, saya tindkan kerajaan adalah wajar.

Walau pun Malaysia bakal dikategorikan sebagai negara 'koboi' seperti kesnya dengan Afrika dan Latin Amerika, maka ini adalah pahit yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Biarlah daripada pimimpim sehingga rakyat biasa merasai betapa malunya apabila kita tergolong dalam orang-orang yang disyaki.

azlishukri said...

Inilah akibat daripada pemimpin yang lemah dan tiada wawasan..

Anonymous said...

datuk kj,
saya meluat dah dengan kepimpinan sekarang..

kenapa??

*enggan akui kesilapan
*hanya tahu menjelaskan masalah kepada rakyat dan bukan CUBA mengatasinya.
*hanya jaga periuk nasi sendiri samada dari segi pendapatan atau karier politik.
*enggan terima pandangan akar umbi (khususnya UMNO)

dan macam macam lagi sebab yang lain..saya melihat kepimpinan di negara kita seolah-olah sudah melencong dari jalan yang sepatutnya.saya hairan mengapa pada zaman kepimpinan Tun Mahathir dilihat selalu mengkritik tindakan ayahanda Tun walaupun saya merasakan sebagai rakyat biasa yang mostly his action have strong reasons. TETAPI, pada zaman Hadhari ini, pengamal media, pembangkang, barisan kabinet hanya mendiamkan diri. ( hanya segelintir sahaja yang berani bersuara ). Yang memelikkan saya, rakyat seperti saya pula yang terasa ringan sahaja mulut dan tangan untuk mengkritik tindakan pemimpin pada masa ini.

Datuk KJ,

Bagi saya hanya ada 2 sebab mengapa mereka "sepi" pada zaman hadhari ini. 1) Mungkin segala tindakan Imam Hadhari tersebut benar benar dilihat sebagai sesuatu tindakan yang betul dari segi kepentingan rakyat dan politik.. 2) Mungkin juga pemimpin yang dipilih takut menentang kepimpinan hadhari tersebut walaupun mengetahui bahawa tindkan itu bakal mengundang kekecewaan rakyat.

Unknown said...

Ada dua blog yg saya kira mempunyai nilai kritis yg membina. Satu Datuk punya dan satu lagi Y bhg Tun Mahathir punya. Ini tak bermakna blog yg lain kurang nilainya. Kalau lah ramai Melayu boleh berfikir semacamlah Datuk dan Tun saya kira politik, sosio-ekonomi kita tak goncang punya. Mengapa kita lemah? Jawapannya sudah pun Datuk berikan - iaitu nawaitunya. Kalau niat tu baik baiklah hasilnya. Itu saja duit depan mata tak kelabu mata.

affendi hussain said...

Salam semua,

kalo ada borang permohonan jd PM dah lama saya akan apply..saya org teknikal berdarah muda kerja dgn GLC ttp tak pernah pula lupa diri smp hilang jati diri..saya ingat asal usul dari bendang..sebelum ada yg buat kesimpulan umum bahawa kami semua lupa diri renung sejenak & cermin diri..

yg mengharap rezeki dtg dari langit tu lg lupa diri bahawa dia umat Islam yg ada tanggungjawab tunai 5 Rukun..rukun ke4&5 tu bukan berkaitan ekonomi ker?

Hanya Melayu yg hidup mengharap subsidi..sampai bankislam pun disuruh jd baitulmal walhal bankislam adalah entiti perniagaan yg perlu generate untung untuk utk byr gaji & bonus pekerja Islam & keluarkan zakat kpd umat Islam...

Kalo semua org mengharap bantuan/zakat siapa pula yg nak usaha keluarkan zakat tu?? Ini mmg dilema Melayu umum yg jd bahan ketawa kaum2 lain..

dan masih ada hati Melayu nk jd juara Islam konon..(dah byk saya ulas dlm blog Dato AKJ posting2 dulu2)...Sgt memalukan..kita patut cermin diri kita..

Bukan susah sangat kalo nk jd pentadbir yg baik..dengar nasihat & cadangan yg baik...lantik penasihat yg baik..

TDM yg bijak tu pun dulu ada 10 org penasihat yg pakar2..hebat reputasi kelulusan mereka..sbb tu byk idea2 nampak mcm TDM tu hebat giler..10 brains are definitely better than one an a half (KJ + Pak Lah) or half past six cabinets brain.. (",)

SIAPA PENASIHAT PAK LAH?? Menantu Oxford konon ntah apa majoring.. ke general degree je..? Nurulizah pun org tahu majoring dlm electrical& electronic..
Sebodoh2 saya pun B.Eng Mechanical hons nk cerita kt org...Sampah2 yg org dah buang pun Pak Lah kutip balik jd penasihat..

ckp org2 tua: "bodoh tak boleh diajar..cerdik tak boleh menumpang"..ada value ke Pak Lah ni?

Kalo masih ada lg makhluk yg backing Pak Lah konon nk bg lg peluang (sampai kiamat ler jawabnya masa yg diperlukan) ntah apa nak cakap ntah ..anda rakan tdo jugak agaknya?

Tolong jgn malukan Melayu dgn menghina kemampuan minda anda sendiri. Dah cukup teruk hinaan terhadap kaum kita kerana kelemahan org tua ini!

Rubbish in rubbish out..Pathetic!

Heical said...

salam Dato'
Mesej seorang rakyat biasa.
Kerajaan sepatutnya memberikan kesenangan kepada Rakyat.
Semua keperluan asas perlu disediakan kepada rakyat Dan jikalau hendak mengenakan bayaran hendaklah paling minima.
Apa yg berlaku hari ini semua keperluan asaa dikenakan bayaran – Air,Elektrik,Indah Water,Cukai Pintu ,Cukai Tanah,Tol ,Cukai Pendapatan, makan dekat kedai pula kena cukai itu cukai ini 15 % dan lain lain cukai.
Tambah pula kenaikan 40 % harga minyak betul betul membebankan rakyat.

TNB untung hampir 3 Billion,Taukeh Puas pula sudah jadi Jutawan dari hasil jual air .
Kerajaan BN hari ini tidak prihatin dengan rakyat yg telah mengundi mereka . Mereka ini buat bisnes dengan rakyat yg telah berikan kepercayaan kepada mereka .

Apalah salah berikan kesenangan kepada rakyat di Negara Membangun seperti Malaysia ini.Jangan ikut Negara Maju dan jangan bandingkan dengan Negara luar bila beri alasan hendak naikan harga keperluan asas.

Yang paling mustahak keperluan asas yg menjadi tanggung jawab kerajaan iaitu Bekalan Air Bersih ,Bekalan Elektrik ,Cukai Pintu dan Tol.
Mulai bulan ini kadar Bekalan Elektrik telah naik berikutan kenaikan kos kata kerajaan.
Lihat perbandingan kadar dahulu dan sekarang
Dahulu
Unit Kadar
200 - 0.218
372 - 0.289


Sekarang
Unit Kadar
103 0.218
296 0.289
241 0.300
48 0.390
48 0.400
35 0.410

Kerajaan perlu sedar tanggung jawab terhadap rakyat bukan buat bisnes .Menteri menteri perlu ubah cara berfikir bagaimana menggunakan sumber yg ada untuk kesenangan rakyat.

Wan Shamsudin said...

Saudara AKJ yang dihurmati;

Saya yakin orang yang menasihati PM kita tentang penjualan Mv Agusta dengan harga satu Euro ialah orang yang paling rapat dengan beliau.Mereka bukannya bodoh, tapi pandai, dan mereka pun sudah mengaut untung/komisen di sebalik penjualan ini.

Topik Saudara AKJ tentang Bangsa Melayu ini amat bagus, tetapi apakah Pemimpin kita akan berfikiran demikian.Semuanya yang membuat bangsa kita menjadi lemah adalah kerana datangnya dari Pemimpin Pemimin UMNO yang di beri kepercayaan olih ahli ahli UMNO dan juga Rakyat. Apabila mereka mendapat kedudukan yang ada kuasa, maka mereka lupa akan janji janji untok membela nasib bangsa.

Mereka ini menjadi ego dan bongkak bila ada kuasa. Dengan kuasa yang ada mereka asyik mencari dan menambah 'kantung' mereka dan keluarga sahaja.

Pembelaan mereka kepada bangsa hanya dibuat sambil lewa saja.Kita lihat saja Pemimpin Pemimpin UMNO dari Perdana Menteri, TPM, Menteri Menteri, Menteri Menteri Besar dan EXCO. Semuannya bekerja untuk siapa? Mereka bekerja untuk ketua ketua mereka, bukan untuk bangsa melayu.Jadi jikalau nasib bangsa melayu di pinggir, maka yang bertanggung jawab adalah pemimpin pemimpin kita dari UMNO.

Mereka semua ini hanya mengumpul harta saja dan mengimpikan kedudukan yang lebih tinggi.

Anonymous said...

Datuk

I just do not understand why you had to divide the issue into Malays and orang bukan melayu. Haven't you seen enough what it has done to the country? Siapa cakap tadde Cina ke India ke yang kena ketawa. Top of my head i can call up Chua Soi Lek and Samy Vellu. Why can't we call a spade a spade ie corrupt government system , racist policy etc. I am pretty sure if you put Chinese or Indian in there with the same governing system, we would have the same scenario appearing as well.
JYC

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

Saya bukanlah penyokong Anwar tetapi debat yang sedang berlansung malam ini nampak gayanya memihak kepada Anwar Tok!

Anwar has all the points while Shabery tak reti hendak jawab. He's putting his head on the chopping board. Hendak ke dia resign??

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Anonymous said...

salam. Rasanya adalah tidak munasabah kalau dikatakan kita sudah kehabisan pemimpin melayu yang ada wibawa untuk menerajui negara ini ke mercu yang lebih cemerlang. Kita terasa terpinga mencari saf kepimpinan, pada saya kerana akal budi kita hanya tertumpu kepada UMNO sahaja. Seakan-akan kepimpinan itu hanya milik UMNO semata-mata. Kenapa tidak PAS? kampungan sangat ke kepimpinan PAS ni? Kita sebenarnya masih dalam kotak berfikir dan bertindak yang lama.

Tok Kemuning said...

Penyakit sebenar kepada masalah kita ialah kepimpinan. Umno harus melihat melepasi Pak Lah dan Najib. Itu sebagai titik permulaan kepada segala galanya. Tetapi persoalannya sekarang sanggupkah UMNO melihat melepasi Pak Lah dan Najib. Sekiranya walaupun itu yang akan menentukan survival UMNO dan kepimpinan Melayu UMNO.

DIN said...

salaam,

gamba datuk dengan beruk tu memang sempoi la...

http://ceritarassa.blogspot.com/

Anonymous said...

Datuk,

MV Agusta? Err....berita penjualan? RM800 juta? Err...er...ada ke media perdana siarkan?

Bangkai gajah manakan dapat ditutup? Haprak punya mentaliti. Tuih!

Pemuda gunung.

sheppard said...

Salam Datuk

Sangat jelas dan benar apa yang Datuk tulis.

Keadaan seperti satu zaman kegelapan dan kebodohan kaum Melayu. Seolah-olah dikuasai oleh Tok Demang zalim atau pun Firaun.

Masyarakat ditindas. Umpama zaman Jahiliah. Undang-undang dan peraturan mengikut sesuka hati dan hawa nafsu.

Apa jalan penyelesaiannya?

me said...

Saudara,

Sebagai seorang rakyat bukan Melayu, saya ingin menyatakan bahawa orang bukan Melayu (yang saya kenal) langsung tidak bersifat menyindir apabila membincangkan pergolakan politik terkini. Politik "mudslinging" seperti ini yang penuh dengan drama merupakan sebahagian daripada arena politik mana-mana masyarakat, kerana sifat tamak merupakan sifat yang dikongsi alam sejagat.

Masyarakat Cina, India ataupun kaum-kaum Malaysia Timur semuanya telah menghasilkan ahli politik yang lebih gemar dengan kelakuan yang mengaibkan seperti yang kita lihat hari ini.

Soalnya, bagaimana kita menghasilkan pemimpin yang lebih berwibawa (walau kaum apa pun)?

Tun Mahathir (mungkin saya silap), seperti yang diceritakan ramai bloggers, pernah mengatakan bahawa kalau UMNO meletakkan tunggul kayu sebagai calonnya, pun orang akan memilih calon mereka.

Ini menunjukkan bahawa kurangnya ciri-ciri "competitive" wujud di arena politik Melayu dan negara secara amnya. Apa yang kita lihat di sini ialah kurangnya "competition" atau saingan kepada golongan elit politik.

Seorang ahli ekonomi boleh menghuraikan sebab-sebab kurangnya saingan itu adalah tidak baik untuk perniagaan. Sesuatu perniagaan yang terlalu dominasi akan leka dan lebih kurang memberikan perhatian kepada memuaskan hati pelanggan kerana mereka sedar pelanggan2 tersebut akan terus membeli hasil-hasil mereka.

Samalah dengan arena politik, di mana "perniagaan" adalah parti-parti politik dan "pelanggan" merupakan para pengundi.

Oleh itu, walaupun dikatakan bahawa sekiranya politik Melayu berpecah-belah Melayu akan kurang berkuasa, saya tidak setuju. Ini adalah "the power of choice", di mana seseorang pengguna (consumer) adalah lebih berkuasa sekiranya beliau mempunyai lebih banyak pilihan. Bayangkanlah kalau kita terpaksa membeli satu jenama roti sahaja, tidak kira sama ada roti tersebut penuh dengan khasiat atau sedap. Bukankah pengguna yang rugi?

Dengan itu, janganlah dilihat pecah-belah ahli politik Melayu sebagai sesuatu yang menyedihkan. Sekarang orang Melayu ada pilihan, dan sekiranya sekumpulan ahli politik tidak memuaskan hati pengundi, maka alihkan ashaja sokongannya kepada orang lain. Biar ahli politik bukan sahaja bertanding untuk mencapai kedudukan tinggi dalam partinya, tapi untuk menjayakan aspirasi rakyat.

Ambillah kemunculan parti-parti politik Melayu alternatif sebagai peluang untuk memberikan tekanan kepada pemimpin, dan bukan sebagai sesuatu yang harus diubah dengan memaksa semua orang Melayu berdiri di bawah payung politik yang sama.

Money4Free said...

Melayu mempunyai satu budaya dan tabiat yang cukup buruk, iaitu tidak mahu menerima orang yang lebih cerdik dari pentadbir/pemerintah. ( baca sejarah Hang Nadim ).

Budaya rasuah juga sebenarnya telah menjadi darah daging kepada Melayu.Lihat bagaimana banyak tanah tanah Reserved Melayu yang bertukar milik kepada bukan Melayu atas nama pembangunan.Lihat juga bagaimana sebuah negara boleh terlepas begitu sahaja kepada kaum pendatang hasil "pemberian" orang Melayu.Jika bangsa lain akan mempertahankan tiap inci tanahair mereka dari terlepas kepada orang lain, kita sebagai bangsa Melayu,amat mudah menyerahkannya kepada orang lain.Senario ini masih berterusan sebenarnya.

Sebagai satu satunya bangsa di dalam dunia ini yang menetapkan Melayu wajib beragama Islam,kita gagal menjadikan Islam sebagai panduan.Kita hanya mampu berkokok konon konon kita lebih Islam dari bangsa lain di dunia ini.( pertikai Islam Arab Saudi kerana konon konon berfahaman Wahabbi ).Kita sebagai bangsa Melayu yang mempunya panduan maha hebat dari Alquran dan hadis gagal membendung rasuah, irihati, tamak haloba dan segala aneka sikap negatif yang secara jelas wajib dibuang jika benar AlQuran dan hadis dijadikan panduan.

Politik Dijadikan Kerjaya

Selepas berakhirnya era Tun Razak, amat ketara sekali politik dijadikan satu kerjaya untuk mencari nafkah.Sudah hilang semangat ahli politik untuk menjadikan politik sebagai wadah membela ugama, bangsa dan tanahair.Tanyalah siapa sahaja yang bermatian matian merebut jawatan sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan seterusnya ke jawatan yang lebih tinggi, semuanya bernoktah dengan pulangan akhir untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Apabila telah menjadi ketua, yang menjadi agenda adalah bagaimana untuk mendapatkan kontrak, menjadi pengerusi syarikat,menjadi ahli lembaga pengarah, membesarkan rumah dan segala macam mak nenek semata mata untuk kepentingan peribadi.

Kehidupan rakyat tidak dipandang sebelah mata pun.Rakyat hanya digula gulakan lima tahun sekali sahaja.Mereka ini gagal untuk mengerti, tinggi dan kukuhnya kedudukan mereka kerana kuatnya sokongan dari bawah.Umpama bangunan piramid,lebih besar dan lebar tapak asas, lebih kukuhlah puncak piramid itu.Tetapi sedarlah wahai pemimpin, tapak dan asas yang kamu biarkan reput dan kian longgar hanya akan meruntuhkan puncak di atas.Inilah yang sebenarnya berlaku sekarang.

Tunggulah saat keruntuhan piramid ini.

Anonymous said...

Salam Datuk AKJ

Kita kena kembali kepad sjaah perketaan MELAYU. Asalnya daripada perkataan LAYU yang bermakna jauh. Tanah Melayu satu negara yang jauh. orang Melayu adalah orang jauh. LAYU juga bermakna tidak segar, lemah dan tidak bermaya. Jika dicantumkn kedua-du makna LAYU ini, ia itu jauh, lemah, tidak segar dan tidak bermaya, tidak hairanlah apa yang Datuk katakan berlaku ke atas pemimpin-pemimpin negara sekarang. Mreka kini telah jauh ketinggalan dan begitu lemah minda mereka.
Yang paling ketara sikap orang jauh dan lemah ini ialah hasat dengki.
Contohnya ayat ini " Kalau kita kaya dikatakan rasuah, miskin pula dikatakan malas." Inilah orang Melayu.


Ahli UMNO 1969

Anonymous said...

Salam Datuk,

Nampaknya isu MV Agusta ini belum selesai. Mungkin ada sesetengah orang yang keresahan dengan timbulnya isu ini setelah menganggap bahawa telah tutup buku suatu ketika dulu.
Tajuk tulisan Datuk amatlah menarik. Saya percaya blogger seperti Datuk bukanlah pengkhianat tetapi peyelamat. Saya percaya masih ramai yang menganggap segala sesuatu di alam internet adalah karut, bohong, jahil dan fitnah semata-mata. Tetapi, selama ini tulisan Datuk semuanya bernas dan seimbang.
Balik kepada tajuk. Kepimpinan pada masa ini adalah pimpinan yang paling lemah di dalam sejarah negara. Tetapi ajaibnya, kepimpinan ini masih boleh bertahan. Mungkin di negara lain seperti di Jepun, kepimpinan yang lemah cuma boleh bertahan tidak sampai setahun dua, mungkin cuma berbulan bulan sahaja. Tetapi, di sini boleh kekal lama.

Saya amat yakin, pada zaman Tun Mahathirlah orang Melayu sangat kuat. Saya amat hairan kenapa orang Melayu sendiri sangat bencikan Tun.Banyak jasa Tun yang telah mengharumkan negara Malaysia yang secara tidak langsungnya menaikkan martabat orang Melayu itu sendiri.

Mungkin kerana sikap Tun yang tegas yang menyebabkan orang takut untuk mempersendakan kepimpinan beliau. Tetapi bukankah itu yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Rakyat haruslah hormat (respect). Tetapi sekarang malangnya pepimpin Melayu tidak ada bezanya dengan para pelawak di dalam drama atau filem, sehingga orang suka mengajuk cakap cakap mereka. Jikalau negara kita sebebas Amerika, sudah banyak filem filem komedi dan komik komik tentang pemimpin negara. Saya pun tak tahu nak letak muka kat mana, Datuk.

Saya bersetuju dengan komen-komen pelawat blog Datuk. Pemimpin sekarang kurang semangat kebangsaan. Saya percaya ini desebabkan oleh satu 'vakum' yang wujud setelah Tun menyerahkan kuasa dahulu. Pemimpin yang ada sekarang berlumba-lumba untuk meningkatkan kuasa masing-masing di samping menjaga periuk nasi masing masing.

Kita tengoklah Datuk. Apa yang akan berlaku sebulan dua ini akan menentukan nasib orang Melayu. Atau kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" cuma akan menjadi tajuk komik sepuluh tahun akan datang?

Teruskan perjuangan Datuk di alam siber.

Sekadar di pinggiran

WAK SAPU said...

Jika anda ingin lihat transkrip debat Anwar vs Shabery, sila layari http://waksapu.blogspot.com/

Dan jangan lupa kasi komen sikit.

A KADIR JASIN said...

Sekadar memudahkan fahaman.

Menang raksasa PRU 2004 kerana persepsi.

Kalah teruk PRU 2008 kerana realiti.

Terima kasih.

pang5bugis said...

Ybgh Datuk,
Agak nya dari dulu itu lah tajuk perbualan dan isu yang menjadi perhatian Melayu (Melainkan dalam zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir).Berbagai kongres, rumusan, fomula DLL dicipta konon nya nak memertabatkan negara. Namun yang pokoknya memang melayu penakut. Takut hilang pendapatan, harta, kedudukan DLL akhirnya mereka jadi hipokrit. Depan melayu lain bicara dan depan bukan melayu juga lain bicaranya, kerana apa? kerana takut hilang segalanya.

Nukilan Datuk masih terlupa beberapa perkara, antaranya, Melayu suka bertekak (debat) , hasilnya nak gah diri , akula terer, yang bukan melayu senyum je..

Cuba Datuk perhatikan, contohnya Karpal Singh , beliau ada panglima melayu yang sedia membela jika terperangkap dalam sesuatu isu. Lim Kit Siang juga ada panglima melayu membelanya dan bermacam macam lagi, tapi..... Tun Mahathir bukan saja dikutuk olih bukan melayu malah UMNO pun tompang kutuk beliau ???? DSAAB lain, dia disokong bukan saja UMNO malah Karpal Singh, Lim Kit Siang senang cakap DAP, PKR malah PAS pun.

Datuk nak komen macam mana......???? Tak kedengaran pun komen pemimpin berkuasa sekarang pasal nukilan Tun Mahathir mengenai Social Contract dalam blog beliau.

Anonymous said...

Salam, Dato' Kadir:

Ingin saya mengulas sedikit, mengenai ayat-ayat Dato' yang berbunyi berikut:

"Hendak tidak hendak, buruk atau baik hakikatnya kepemimpinan Melayu “masih” berupa tunjang dan tonggak kepada kepemimpinan negara. (Saya sengaja menggunakan istilah “masih” kerana ia membawa maksud sementara. Mungkin selepas ini orang Melayu tidak akan lagi menjadi tunjang dan tonggak kepemimpinan negara.)"

Dengan hormatnya, saya berpendapat bahawa ayat kedua di atas adalah kurang lengkap, atau kurang arif pemikiran disebaliknya itu. Sama ada kewibawaan Melayu dipersenda atau dibanggakan, ini adalah satu perkara yang berbeza dari isu kedudukan Melayu sebagai tunjang dan tonggak kepimpinan negara, dan soal sama ada kedudukan ini akan hilang atau tidak. Ini kerana isu kepimpinan Melayu adalah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya kepimpinan kita tidak dibanggakan lagi, maka harus ini diambil sebagai 'signal' untuk memperbetulkan kepimipinan ini demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia, tidak kira bangsa.

Dan oleh itu, tulisan yang berbunyi seolah-olah Melayu akan hilang kedudukan pemimpin negara adalah kurang tepat dan bertanggungjawab, dari beberapa segi.

Maka, pada pendapat saya, sesuatu hujah yang dikemukakan itu harus diikuti sebab-sebab atau sokongan yang munasabah, tidak harus berdasarkan berspekulasi semata-mata. Hujah ayat kedua yang saya rujuk di atas tiada dasarnya.

Oleh kerana pendapat dan pandangan Dato' disegani oleh ramai pembaca blog (termasuk saya), maka haruslah pandangan dan pendapat itu diberi dengan hati-hati, dan dengan pertimbangan yang secukupnya, dengan hujah sokongan yang betul, bukan spekulasi yang rambang.

Terima kasih.

Anonymous said...

This is what you get for having a cabinet members based on political seats. If we can get at least half of the cabinet members based on professional background, think of what we can achieved. But to think again, most of the 4th floor boys are well educated. So I guess the most important thing is "Nawaitu".

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Sememangnya menang raksasa PRU2004 kerana persepsi "AAB memberikan harapan untuk hijrah daripada cengkaman MAHATHIRISME": dan

Kalah teruk PRU2008 kerana realiti bahawa "cengkaman MAHATHIRISME terbukti masih amat kuat lagi".

Rakan20G

Quantum Metal Consultant said...

Dato'..perdebatan yang telah selesai menampakkan Cheek mewakili kerajaan kehabisan peluru untuk berdepan Anwar yang masih tangkas dan tepat kepada sasaran. Dalam perdebatan itu Anwar dapat mempengaruhi majoriti rakyat dan Cheek mengulang choorus yang sama dan sesekali terbabas tajuk. Wakilnya pula umpama baru balik dari minum 'todi'.

Bagaimanpun keberanian Cheek yang baru setahun jagung jadi Mintri (slang samu vellu) harus dipuji tetapi yang harus berdiri di tempat itu ialah Shahril Samad, Menteri yang bertanggungjawab. Mungkin Shahril masih belum sembuh penyakit 'koro'.

Berhubung penangkapan Anwar di luar rumahnya sebentar tadi agak memeranjatkan. Polis mungkin mempunyai alasan yang kukuh berbuat demikian tetapi di kacamata umum, agak tidak sesuai kerana tempoh yang diberi adalah 2.00 ptg hari ini. Situasi ini akan membuatkan rakyat marah atas 'cara' tangkapan, bukan kerana tangkapan tersebut.

Sudah banyak kali kita berada di situasi kecewa kerana 'cara' kerajaan dalam menangani sesuatu perkara. Tidakkah kerajaan mampu berhemah kepada rakyatnya sendiri.

Kadangkala kerajaan terlalu baik dengan pendatang asing atau dan pekerja asing tetapi kenapa tidak dengan rakyat sendiri.

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen,

Berikut adalah pendapat saya yang agak simplistik.

Sepertimana yang saya pernah komen dalam blog ini, saya bukanlah peminat Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, saya berpendapat bahawa Anwar mempunyai hak sebagai rakyat untuk pengadilan mengikut undang-undang negara. Malah semua rakyat (termasuk pemimpin) pun berhak untuk diadili mengikut undang-undang negara.

Janganlah kita ada "double standard" dimana proses pengadilan hanya untuk rakyat biasa dan bukan untuk para pemimpin. Jika terdapat pertuduhan yang berasas maka seseorang pemimpin itu mestilah diarah untuk "bercuti" dari segala tanggungjawab samada dalam kerajaan maupun dalam party. Ini akan memudahkan siasatan dijalankan tanpa kerisauan.

Jika seseorang itu dihadapkan ke mahkamah maka hendaklah dia meletakkan jawatan dalam kerajaan dan party. Perlucutan jawatan mesti dibuat sekiranya tertuduh enggan meletakkan jawatan. Sekiranya mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah maka dia bolihlah dilantik semula ke jawatan sebelum pertuduhan dikenakan.

Syor diatas bukanlah senang untuk dilaksanakan. Mungkin di negara Jepun ia lebih mudah. Akan tetapi ia mesti dilakukan demi menjaga kepentingan awam serta integriti dan kredibiliti kerajaan dan party-party politik.

Penggunaan undang-undang seperti ISA hendaklah dilakukan "sparingly" dan janganlah menteri yang berkenaan bersifat "trigger-happy" dalam meluluskan penggunaannya.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

Saudara Hajiman Ibrahim,

Pasal social contract ni, saya keliru sedikit:

Bukankah bulan May lepas, Professor Diraja Ungku Abdul Aziz membuat kenyataan (dalam satu majlis yang turut dihadiri Tun Mahathir) bahawa social contract ni tidak wujud sebenarnya?

Ulas beliau, ianya satu fantasi ciptaan orang politik yang pelbagai, bergantung pada niat atau kepentingan diri.

Sila baca: http://tinyurl.com/5ece6v

Anonymous said...

Salam Dato,


Saya sependapat dengan saudara boyz, nawaitu yang ikhlas kerana ALlah adalah asas. Tak jelas nawaitu boleh menyebabkan kita jadi kelabu .


Kanta

Mohd Nadzri Kamsin said...

Semalam berdebat, hari ini ditahan polis. Saya ada membuat ulasan tentang debat semalam. Sila berkunjung ke blog saya:

nadzrikamsin.blogspot.com

pang5bugis said...

Ybgh Datuk,
Bila kita berbicara pasal kepimpinan Melayu dalam negara akan lupus, selalu kita/kebanyakan nya akan memperkatakan dijamin olih perlembagaan - rujok Jailani Kamaruddin.

Saya ingin penjelasan Datuk , jika majoriti kerusi parlimen malaysia dimenangi 2/3 olih bukan melayu dan membentuk kerajaan , pemulaan nya mereka mungkin melantik patung melayu jadi PM ( Macam kat perak) kemudian mereka akan meminda perlembagaan. bolehkah perlembagaan dipinda ?

Tolong Datuk .........

A KADIR JASIN said...

Sdr Hajiman Ibrahim,

Nama-mana parti pun boleh cadang pindaan perlembagaan.

Parti minoriti pun boleh buat cadangan. Kalau disokong oleh parti-parti lain sehingga dapat sokongan dua-pertiga, pindaan itu akan lulus.

Kalau sesebuah parti ada majoriti dua-pertiga, ia boleh pinda perlembagaan dengan lebih mudah.

Terima kasih.

zukeri said...

Teruk sangatkah kepemimpinan negara sekarang?Kalau macam tu, kenapa orang yang tersohor seperti Mahathir telah memilih orang yang terlemah(pandangan sesetengah pihak) untuk menggantikannya. Nampaknya taklah bijak sangat Mahathir tu. Saya juga tidak menyangka orang melayu sanggup memperbodohkan orang melayu yang lain, setelah apa yang mereka ingini telah tercapai. Memang betul kata orang Cina, melayu ni macam ketam.

Hariz Hussein said...

mengarut ahli politik malaysia ini

www.mencandat.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Dato',


Pelik saya,masih ada yang nak tak henti-henti nak sebut tentang cengkaman Mahathirisme. Cuba tanya diri kita, siapa yang sebenarnya kena cengkam. Saya rasa kita sendiri, pemikiran kita dah kita cengkam untuk duduk dalam kotak.Cuba cairkan pemikiran sikit, tak usah beku sangat.

Kanta

A KADIR JASIN said...

Sdr Faezah (kanta),

Bukan semua yang bercakap mengenai "Mahathirism" faham maksudnya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sdr Faezah,

Bukan tidak mahu cairkan otak dan cara pemikiran, tetapi hakikatnya Tun masih terus menunjukkan cengkamannya, bulankah begitu?

Maaf Datuk, saya sememangnya tidak begitu faham dan telah menyalahgunakan perkataan "Mahathirism".

Tetapi maksud sebenarnya adalah hanya untuk menggambarkan sesuatu filosopi/kepercayaan yang dipegang bagi menunjukkan keadaan di mana idealisme terhadap Mahathir iaitu dalam konteks "Art & literature". ......tanggapan yang terhadap sesuatu idea dalam keadaan yang paling sempurna dan often in unrealistic ways....the way that we have been treated seems almost almost feudal.

Tapi henti lah disini kerana banyak sangat hendak diperkatakan tentang isu ini.....

Wallahu'alam.

Rakan20G

Anonymous said...

Salam Dato' Kadir:

Mengenai isu meminda perlembagaan:

Cuba fikir secara realistik.

Memandangkan hak orang Melayu sudah termaktub di dalam Perlembagaan, dan pemahaman mengenai kepentingan orang Melayu (dan juga kepentingan bangsa-bangsa lain masing-masing), sebarang 'pindaan' pada Perlembagaan yang boleh melemahkan pemimpinan orang Melayu tidak boleh berlaku.

1. Secara spesifik, pindaan kepada rang Perlembagaan yang mana yang dimaksudkan Dato'?

2. Adakah Dato' dan lain-lain di sini benar-benar yakin bahawa saudara dan saudari kita yang berbangsa lain akan secara sengaja akan melemahkan tonggak kepimpinan Melayu?

Saya berpendapat bahawa lewat-lewat ini orang kita 'paranoia' mengenai 'taklukan' bangsa lain (yang merupakan warganegara kita juga).

Ini mungkin di-spin atau diputarkan golongan tertentu untuk kepentingan sendiri.

Harus kita memerhati dan memahami nadi rakyat dengan sendiri. Saya rasa adalah bahaya sekiranya kita terikut-ikut kata-kata orang lain, walau orang yang dianggap sebagai orang besar dari segi politik atau kedudukan sosial.

Sekian.

Anonymous said...

jailani kamarudin

Hak keistimewaan orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan tidak mungkin dipinda secara fizikal oleh mana-mana parti politik kerana akan membawa kesan politik yang maha hebat dan akan membawa negara kepada kancah huru hara yang berpanjangan.

Tetapi hak tersebut telah dipinda dari segi perlaksanaan sejak 20 tahun dahulu. Dari segi perlaksanaannya perkataan " hak keistimewaan orang melayu" telah diganti dengan perkataan " HAK KEISTIMEWAAN UMNOPUTRA".

Saya bersetuju dengan pendapat saudara paranoia atau ugutan bahawa kaum bukan melayu akan merampas hak orang melayu. Ini adalah tindakan yang paling bodoh oleh pemimpin yang mengaku menjadi guardian kepada orang melayu.

Saya percaya orang bukan melayu tidak mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu yang termaktub didalam perlembagaan. Yang mereka persoalkan adalah perlaksanaannya yang hanya menguntungkan puak-puak umnoputra. Orang melayu pun marah juga.

salah satu punca yang menyumbang kepada gagalnya dasar DEB dalam 20 tahun terakhir untuk meningkatkan ukuiti ekonomi orang melayu adalah kerana dasar ini.

Semua peluang dibolot atau dirampas oleh UMNOputras.Dalam kebanyakan kes, mereka ini tidak berminat dalam perniagaan dan sebagai jalan mudah mereka menjualkannya kepada bukan melayu. Sedangkan orang melayu yang benar-benar layak dipinggirkan keran mereka bukan dari golongan umnoputras.

Sebenarnya ramai usahawan-usahawan melayu yang benar-benar gigih dan mempunyai potensi untuk maju dan bersaing dengan bangsa lain.

yang paling menyedihkan adalah akhirnya, bukan orang melayu yang bebefit dari dasar ini. Melalui DEB, kaum bukan melayu juga diberi hak mereka. hak orang melayu juga mereka dapat kerana hak tersebut telah dijual oleh umnoputra kepada mereka.

sedihkan dengan pemimpin-pemimpin kita yang mengaku sebagai pembela nasib dan maruah kita, orang melayu.

bat8

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
kulaan said...

Salam..

Walaupun tidak jelas pasal kontrak sosial tetapi kita perlu sedari bahawa kita telah menggadai Tanah Melayu kepada Malaysia.

Apabila orang melayu atau bumiputra telah lemah akibat kekalutan politik dan harga diri ,maka kepincangan serta kepinggiran akan menghantui hidup kita.Semua ini kerana ahli poltik melayu/bumiputra yang tidak peka atau lepas pandang sehingga kita merana.Tindakan kita membuat sesuatu tindakan atau perjanjian tanpa memikirkan 50tahun akan datang menyebabkan kita hilang maruah(adakah orang politik ini hanya lihat hari ini,esok atau lusa).

Nasib malang akan dirasai oleh orang bawahan sedangkan anda yang sudah tahu kesenangan tidak mersai terlalu banyak kesan

Anonymous said...

Scribe,

Che Det ada menulis mengenai mv Agusta. Saya nak tanya, Che Det apa jadi dengan Lotus kita di Norwich?

Elok baca:

Will Mini Go Electric?
BMW intends to use its Mini brand as a test bed for electric drivetrains.
by HANNAH ELLIOTT,
ForbesAutos.com

BMW is testing electric powertrains in its Mini models.
BMW has announced plans to begin testing electric powertrains in its Mini brand vehicles.

Several hundred Minis are currently being built at the company factory in Oxford, England, and will then be shipped to Munich, Germany, to receive electric powertrains, according to a statement from BMW Group.

BMW will use electrically driven Mini test vehicles to refine alternative-fuel technology and assess its future potential for mass production, the statement said. BMW representatives did not respond to requests for comment.

Automotive News Europe reported that 490 of the Minis will be leased in California and 10 will be used as show cars.

Jennifer Watts, a spokesperson for the Washington-based Electric Drive Transportation Association, said that although she had no prior knowledge about the impending announcement from BMW, it wasn’t totally unexpected.

“They were sort of going under the radar, but it’s not a huge surprise,” Watts said. Depending on how the field tests go, the electric Mini could be an important step for electric cars in general, she added.

“We hope the tests go well,” Watts said. “The more players in the game, the better. It helps bring the cost down, and it helps make electric vehicles accessible, so we’re glad to hear the news.”

BMW's announcement comes relatively late, compared to other manufacturers. Ford, General Motors, Honda, Mercedes-Benz, Mitsubishi, Nissan, Peugeot-Citroen, Renault, Subaru, Toyota and Volkswagen, among others, have already announced plans to develop and test electric vehicles.

Aaron Bragman, a research analyst for Global Insight in Detroit, said he expects the Mini electric cars to be used mostly to test the market in California.

“Frankly, I think it’s going to be wildly popular,” Bragman said, noting that the gas-fueled Mini Cooper has virtually sold out in California and elsewhere. “The market is just there.… There are people desperate to get these vehicles.”

Bragman said he would expect an electric Mini to command a roughly $10,000 premium over the standard Minis now available. The “assurance and guarantee” of buying a BMW-made electric car, as opposed to an electric car from an obscure manufacturer or developed as an after-market electric vehicle without a warranty, will be a big draw for would-be owners, he said.

Watts said BMW's brand caché certainly won’t hurt sales, either, even if it doesn’t necessarily aid them.

“It is a well-known car,” Watts said. “So far, this has had a good impact. So if BMW joins the game too, that’s great.”

BMW relaunched the Mini brand in 2001. Models have been available in the United States since 2002. The Cooper is now in its second generation; the Cooper Convertible is expected to be redesigned soon. An extended Cooper Clubman version debuted this year, and the high-performance John Cooper Works models follow for 2009.

The Mini brand dates back decades, when it was owned by the British Motor Corporation and popularized in the 1960s and ’70s.

Further details about the possibility of an electric-powered Mini and its marketing will be released by the end of the year, according to BMW press statements

Anonymous said...

Saudari Faezah,

Maaf atas penggunaan "Sdr" oleh pihak dan dengan izin, mungkin bagi pihak Datuk.

Terima kasih ats pandangan Saudari.

Rakan20G

Anonymous said...

Aslm
Saya setuju dengan saudara Jailani Kamarudin. Telah termaktub dalam perlembagaan bahawa hanya melayu sahaja yang boleh menjadi Menteri Besar kecuali dipersetujui oleh majlis raja-raja utk ditukar.(dijelaskan oleh pakar perlembagaan..Prof ..Bari..sorry can't remember the first name).
Penyelesaian kepada isu yang tiada noktah ini hanyalah dengan mengamalkan Islam yang syumul bukan Islam sekularisme atau Islam
Hadhari.

anakbuah said...

Sdr Faezah,

"p/s: Dato', saya saudari bukan saudara.

# Dlm penulisan atau forum, tidak kira gender, semuanya boleh dipanggil "Saudara", bukan begitu Dato'?

# Relakah (atau menguntungkankah) Sdr Faezah dibeza-bezakan gender oleh blogger-blogger?

Anakbuah

Anonymous said...

Saudara Rakyat Marhaen,

Terima kasih kerana mempertimbangkan ulasan saya.

Walaubagaimanapun, dengan hormat ingin saya menyatakan bahawa saya terpaksa menolak pandangan saudara bahawa semua penyelesaian masalah pentadbiran dan kemasyarakatan Malaysia adalah terletak pada Islam semata-mata.

Pemikiran seperti itu agak simplistik dan tidak mempertimbangkan kepelbagaian dalam realiti kehidupan masyarakat negara (dan dunia) yang majmuk. Namun begitu ini tidak mempertikaikan kebaikan dan kepentingan agama kita.

Pada intipatinya, tidak kira apa pegangan agama kita, yang menjadi panduan dalam tindakan dan interaksi kita adalah prinsip-prinsip murni. Prinsip-prinsip ini, yang juga membentuk dasar kepada semua agama utama di dunia, adalah seperti kejujuran, komitmen kepada kebenaran dan keadilan (tidak kira ideologi, pegangan sendiri, warna kulit dsb.), perbuatan dan pemikiran yang dipacu kesayangan, kelembutan dan penerimaan, bukan kebencian, kekasaran atau prejudis, dan sebagainya.

Sekiranya keadilan dan kebenaran dipraktikkan dan ditegakkan, maka tidak adalah lagi rasuah dan penipuan. Sekiranya rasa sayang dan penerimaan yang ikhlas menjadi panduan hidup, tidak ada lagi perbalahan antara manusia mengikut garis kaum atau agama.

Di mata Allah SWT, tentunya insan seperti ini mulia tidak kira sama ada amalannya itu Islam yang sekular, Islam yang syumul, Islam Hadhari dan sebagainya. Hubungan seseorang insan dengan Allah SWT adalah hal dan hak peribadi seseorang individu. Bagi pihak kita, kita cuma berhak menghakiminya berdasarkan perilakunya terhadap kita dan dari segi konteks masyarakat (misalnya soal sama ada tindakannya itu mencedera, menganggu atau menyusahkan seseorang lain atau menjejaskan hak orang lain).

Ini serba sedikit pandangan saya mengenai pentadbiran, kenegaraan, kerakyatan dan agama.

Sekian.

Anonymous said...

Tn Jailani Kamarudin,
Izinkan saya berbicara sedikit..

Secara umumnya setiap manusia memerlukan agama,kerana di dalamnya ada panduan dan sendi hidup.

Di sini pandangan kita berbeza..maaf. Turunnya Al Quran telah lengkap dan sempurnalah sistem hidup manusia.

Tidak perlu sistem lain ciptaan manusia' komunis, kapitalis, anarki hatta Islam hadhari sekalipun krn sistem ciptaan manusia ini tdk bersifat self sustainable dan ia tidak akan kekal.

Apabila menyebut perpaduan, saya memerah otak saya bertahun lamanya mencari formulasi perpaduan yang paling utuh dan ideal.

Minta maaf saya katakan hanya agama Islam yang bukan milik orang melayu shj inilah yang menjadi landasan perpaduan ini.

Saya pernah bersembang dgn seorang wanita muda cina yg bertanya byk perkara mengenai solat, puasa yg dia silap faham.

Saya menerangkan konsep puasa beserta zakat. Alhamdulillah dia jelas dan faham.

Ketidakjelasannya hanyalah kerana dia tidak menemui orang yg boleh menerangkan kepadanya secara logik dan jelas.

Namun saya terkedu dgn komennya yang terakhir apabila dia berkata, betullah Islam ni memang ada sistem.

Alhamdulillah dengan pembacaan dan kajian mengenai perbandingan agama dlm aspek apa pun, Islam adalah the utmost.

Islam agama yang dipelihara Allah hingga hari akhirat tidak akan rugi sekiranya kita mencari panduan-panduan lain.
#Rujuk surah al ikhlas#

So, here, again..I'm sorry i beg to differ, Tn Jailani!

Anonymous said...

Salam Dato',

Kepada saudara anak buah, mengapa perlu bab saya memaklumkan gender saya kepada Dato' perlu diulas. Saya memaklumkan kepada Dato' bukan tentang isu gender. Saya menjelaskan identiti saya kerana selama ini saya yang penakut memakai nama samaran, maka sekarang saya dah bersedia untuk memberi pendapat saya tanpa berlindung dengan nama samaran dan identiti yang jelas. Jika saudara anak buah dah bersedia satu hari nanti, elok juga menjelaskan identiti, beri pendapat tanpa nama samaran.

Apa pendapat Dato'?

A KADIR JASIN said...

Sdri Faezah, antara lain menulis, "Jika saudara anak buah dah bersedia satu hari nanti, elok juga menjelaskan identiti, beri pendapat tanpa nama samaran.

Apa pendapat Dato'?"

Saya setuju sangat-sangat. Bahagialah hidup saya dan lebih bermaknalah blog ini kalau semau pembahas berani dan bersedia menggunakan identiti sebenar.

Ikon delete (tong sampah)ada pada semua komen. Ini disediakan oleh program "Blogger".

Ia memberi hak kepada moderator membuang mana-mana komen yang telah disiarkan atas sebab-sebab tertentu.

Terima kasih.

Anonymous said...

mana tidaknya, sedangkan rakyat malaysia, termasuk melayu, tidak mahu pulang ke tanah air setelah bekajar di luar negara, walaupun kerja digerenti, sedangkan di negara orang tidak tentu. ramai orang melayu yang berkemampuan mahukan biasiswa untuk anak mereka sedangkan ramai bumiputra dan melayu yang tidak mampu hampa sahaja. kemudian bangsa lain yang tidaklah tak mampu pun nak sama juga. masyarakat kita semakin selfish. kita suka bercakap tentang memikirkan orang yang tidak bernasib baik, tapi tidak mengamalkannya dengan ikhlas kerana tidak mahu mengorbankan kepentingan diri dan keluarga sendiri. tidak ada pemikiran big picture. sebab itulah pemimpin2 kita berleluasa seperti ini.

Nuraini

Anonymous said...

Pasal guna identiti sebenar:

Saya rasa ini tidak perlu. Kalau mahu guna, gunalah.

Setiap orang ada kehendaknya. Ada orang yang ingin memberi pendapat tapi ingin juga melindungi keperibadian ('privacy') mereka. Ini mesti dihormati.

Ada yang ingin menggunakan nama sendiri. Sebabnya pelbagai. Ini terpulang pada mereka.

Kedua-dua pilihan, sama ada mahu guna nama dan identiti sebenar, atau sebaliknya, adalah hak setiap individu.

Daya Kekuatan sesuatu pendapat atau idea itu tiada kurangnya kalau ianya diberi secara 'anonymous' atau dengan menggunakan nama samaran.

Obsesi sesetengah pengarang blog yang mahu pelawat menggunakan nama sebenar itu agak cerewet dan tidak demokratik.

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr Kanta (Sdr/i Faezah),

"Jika saudara anak buah dah bersedia satu hari nanti, elok juga menjelaskan identiti, beri pendapat tanpa nama samaran."

# Saya rasa tak payah diberitahu bagaimana utk mengetahui indentiti blogger (w/pun memang ramai yg berselindung dibelakang nama samaran, tapi itu isu lain). Click saja anakbuah di mana-mana blog yg saya tinggalkan komen, Sdr boleh tahu sedikit sebanyak indentiti saya - nama dan lokasi saya jelas ada di situ. Lebih drpd itu, 'upon request'. Begitu juga blogger2 berdaftar yg lain, bergantung sebanyak mana informasi yg hendak dipaparkan.

# Sebagai blogger, nama Sdr atau Sdr/i langsung tidak bermakna sekiranya kandungan 'User Profile" faezah itu sendiri kosong.

# Saya tidak berniat menyentuh gender tetapi pernyataan Sdr/i Faezah sendiri yg mulanya berbau begitu. W/b'pun, tiada apa2 isu di sini sebenarnya - mungkin hanya salah faham.

Anakbuah

Anonymous said...

Salam Dato',

# Sebagai blogger, nama Sdr atau Sdr/i langsung tidak bermakna sekiranya kandungan 'User Profile" faezah itu sendiri kosong.

Terima kasih kerana maklumat diatas. Saya tidak tahu dengan menggunaka username saya sudah dianggap blogger and mempunyai ruang user profile.

Jika user profile saudara adalah identiti saudara, maka saya minta maaf diatas kenyataan saya tempuhari.

HJ ABD HALIM HJ OTHMAN-0194171951 said...

dato' dari sekolah menengah lagi cukup aktif dalam persatuan bahasa tahun 60an. tentu kalau saya katakan berani kerana benar takut kerana salah, membuat dato' tersenyum. bidalan biasa. Tetapi itulah hakikatnya. Jadi pendapat saya menggunakan nama sebenar memghasilkan keyakinan paling tinggi terhadap tulisan kita atau terhadap apa yang kita katakan. kalau menggunakan nama samaran seolah2 balimg batu sembunyi tangan
halim michaelian69

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).