No Mogok, No Strike
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEDIKIT penjelasan. Blog ini tidak mogok.
We’re open for business as usual.
Ya, kita menyampah, mual dan loya dengan permainan politik para pembesar dan masalah yang mereka bebankan ke atas bahu rakyat jelata.
Yes, we’re fed-up with their infantile behaviour and antics, their mudslinging and washing filthy linen in public. But we’re not striking. That’s not our way of protesting.
You think Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Anwar Ibrahim and a host of other VIPs care if we strike?
I think they’re happy if we go on strike. Better still if we close our blogs for good.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal.
Bukan semua pembesar Umno bersikap terbuka macam Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chek yang mahu berbaik-baik dengan para pemblog.
Saki baki pembesar Umno dan pemerintah yang benci kepada blog masih ramai.
They cannot accept the reality that the online media are here to stay and people are no longer listening only to the mainstream media.
Blogger Jailani Harun (Just Read) noted that Minister in the PMD, Mohd Zahid Hamidi, had made a statement in Jakarta urging Malaysians who are staying abroad not to read blogs about Malaysia.
Zahid, a throwback of Anwar Ibrahim’s Umno era, had told his audience that contents of Malaysian blogs are “mere lies” and urged them to read the official news portal “for real political news.”
I am pleased to note that there are overseas Malaysians who read this humble blog of ours and participate regularly in our debate.
I think they will continue to read blogs and independent news portals alongside official news portals to compare news so to speak.
Take the reports on the anti-oil price hike in Kelana Jaya last night.
Bernama said: “PETALING JAYA, July 7 (Bernama) -- The plan by the Coalition Against the Fuel Price Hike (Protes) to gather one million people to pressure the government to reduce the oil price, fell well short of the target when only about 10,000 people turned up at the Petaling Jaya City Council Stadium, near here, Sunday night.”
But Malaysikini reported: “Coalition Against Inflation (Protes) estimated 30,000 people were in the stadium to hear Anwar (Ibrahim), turning the football field into a sea of red T-shirts.”
So, in short, the people will continue to read blogs and independent news portals no matter how hard the likes of Zahid try to spook and discourage them.
And for that reason, we in this blog are not going on strike or throw in the towel, God willing.
Monday, July 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
59 comments:
MARGEEMAR THE SCRIBE IS NOT ON STRIKE! I am appalled with certain Bloggers who say they are going on strike. Why? Supposedly they are fed up with the Najib-Altantuya and Anwar-Saiful saga. I can understand ass wipers like Wong Chun Wai and Marina Mahathir but what surprised me most was certain prominent Bloggers who I thought were going to fight the good fight till the tyrannical regime of BN/Umno is defeated and cast into the abyss.
I’m together with the likes of Sloone, RPK, Haris Ibrahim Nathaniel Tan etc in fighting this evil in Blogosphere until this Evil entity called Barisan Nasional is cast into eternal damnation. Truth must prevail over falsehood. Even now, we hear how the BN/Umno evil regime is using God’s Holy Name to cover their evil deeds and claim innocence while cursing those who are standing up and speaking the Truth.
The BN/Umno regime certainly wants to break the will of the Bloggers by getting Bloggers to be at odds with each other. I appeal to everyone to boycott those Bloggers who are behind this stupid strike. They are as Sloone put it, nothing but hypocrites. We must strive to ensure that no one gets away from the crimes they have committed. We are not going to forget anything. We’ll keep the fire burning! We want Pakatan Rakyat to reveal the crimes the BN/Umno regime had committed in the states they used to rule. The Truth must prevail. No more cover ups.
http://margeemar.blogspot.com
Sejak Akuan Bersumpah Berkanun, kes liwat dan rentetan daripada itu, rakyat sebenarnya sudahpun mogok secara tidak langsung kepada isu sebenar. Rara rata sudah tidak memperkata secara serius lagi tentang kenaikan harga petrol dan barang atau kebungolan (bahasa banjar)kerajaan sekarang. Rakyat kususnya orang Melayu lebih tertumpu kepada isu sensasi, bagi mereka ini juga gossip, ala hiburan.
Matlamat Dolah untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap isu dirinya, petrol telah berjaya dengan cemerlang. Sambutan 10 ke 20 ribu di Kelana jaya membuktikan sambutan agak dingin, tedapat pula insiden penarikan diri PAS, perpaduan yang di cari, retak yang dapat. Dan dalam politik retak sekecil ini meupakan kudis di kemudian hari.
Begitu juga sambutan 100 hari penulis blog yang di adakan menerima sponsor dari beberapa syarikat yang 'panas' membuatkan pembaca blog seperti saya agak mual dan meluat dengan bloggers, lain cakap lain buat. Hari ini sponsor makan, besok sponsor jawatan...bukan sesuatu yang mustahil. Ia mungkin terjadi kepada Dato'.
Tidak mungkin bloggers akan mempertimbangkan perasaan 400 ke 500 pelayarnya kalau yang ditawarkan ialah menjadi Pengeusi atau Pengarah bergaji 20 atau 30 ribu sebulan, lebih mahal dari elaun Penasihat Petronas.
Ini dunia beb..kluangman
A.kum Datuk,
1. Saya seperti Datuk juga tidak perlu mogok seperti blogger lain.
2. Saya faham Blogger lain mahu mogok kerana ada kemungkinan mereka sebenarnya ada kecenderungan kepada pihak tertentu?
3. Tetapi kita 'Neutral and Volunteer'. So kita tak perlu mogok. Teruskan untuk nyalakan 'Api Blog' yang semakin mendapat tempat dihati rakyat.
http://suarasukj.blogspot.com
Well, I've been reading blogs since before they called it a blog at home and I still read blogs when I'm living abroad.
There is no way that the government can control what we read, what we hear, what we think. Unless ofcourse Malaysia is going to be the likes like China.
I only read the mainstream newspaper only for the comic spinning of it. :)
Salam Datuk KJ,
Hebat atau tidak pihak penganjur rally di stadium Kelana Jaya semalam yang bergerak dengan Anwar Ibrahim hanya berjaya menyambut lebih kurang 20,000 penonton wayang kulit/drama yang amat melucukan.
Satu lagi temberang Anwar dan Azmin Ali yang memberi kepastian minggu lepas bahawa sejumlah satu juta akan menyokong usaha parti Pakatan Rakyat dalam rally memprotes kenaikkan harga bahan-bahan api dan lain-lain kos penggunaan dan perkhidmatan yang sedang menggugut keselesaan hidup rakyat jelata.
Mengikut sumber "sang Kancil dan masagung", banyak Indon dan PATI juga hadir semalam dan mereka mendapat habuan angpow.
Saya tak sempat hadir tetapi dijemput oleh MB dan segala maklumat terdapat ialah daripada rakaman video oleh MI yang hanya ditonton pada awal pagi ini.
Datuk,I think poor Anwar dah confuse lah, siapa pakar Islam yang menasihati beliau "tak boleh lah sumpah dan sekira nya tuduhan itu hanya disakikan oleh Tuhan yang Mahaesa".Tetapi mengikut penjelasan para ulama-ulama kita, Anwar seharus menjunjung Al-Koran sebanyak empat kali bersumpah untuk memohon pengampunan Allah swt.atas salahlaku "liwat" itu jika penuduhan itu benar. (the gospel truth).
Berani buat berani tanggung sendiri lah dan jangan melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan telanjang kepada keseluruhan dunia melalui rangkaian khidmat CIA/USA.
Sekira nya Anwar bersih dari segi moral dan jiwa fitrah beliau, boleh bersumpah bersamaan dengan seisi keluarga lebih afdah. Sumpah itu patut disakikan oleh YDP Agong dan barisan menteri kabinet dan Ahli-ahli parlimen, BN dan PR.dan dipancarkan secara "live" untuk tontonan sedunia.Tetapi amat kesalnya rakyat Malaysia bahawa Anwar enggan bersumpah mengikut laporan yang terkini.
Biarlah pengadilan menerusi sisi Undang-undang menentukan nasib sahabat kita yang telah terpesong daripada jalan fitrah Islam yang benar.Saya nasihatkan Anwar, harap fikir sedalam-dalam nya, oleh kerana kesianlah jika didapati bersalah boleh dipenjara selama 20 tahun yang akan sekaligus menamatkan impian beliau jadi perdana menteri selepas Najib Tun Razak.
Syabas kepada Najib yang dicabar Anwar dan sekrang berdiri teguh serta membangkit semula untuk meneggakkan kebenaran bahawa beliau dan isteri yang tercinta tidak terlibat dalam sebarang "skandal mahupun konspirasi" melalui fitnah yang rekai Anwar,untuk menyekat beliau jadi PM selepas Pak Lah.
Rakyat dah bosan dengan krisis politik rekaan Anwar Ibrahim dan terus dilayani dengan emosi yang tidak terkawal. Ekonomi dan bursa saham jatuh teruk dan sebanyak sedikit rakyat terancan dengan permainan politik pada setiap hari 24jam.
Semua ahli-ahli parti BN mahupun Pakatan Rakyat bermain politik setiap hari, minggu dan bulan. Rakyat nak tahu bila pengurusan negara dapat dijalankan dengan tepat, cekap dan sempurna. Rakyat telah memilih wakil-wakil rakyat untuk berusaha demi kepentingan negara untuk membela nasib rakyat, bukan bergaduh untuk merebut kuasa diantara bangsa Melayu dan beragama Islam.
Yang lain pula, khusus nya kaum India terus shok sendiri tetapi kaum Cina MCA dan Gerakan langsung malas nak campur hal Melayu lawan Melayu.
HIDUP MALAYSIA BANGUNLAH PERDANA MENTERI DAN JUMAAH MENTERI UNTUK BERKHIDMAT BAGI KEPENTINGAN RAKYAT BUKAN BERPOLITIK SEJAK SEBELUM DAN SESUDAH PRU12 PADA 8 MAC, 2008. BILA LAGI NAK BERHENTI KERANA SUDAH TENTU MAHU TAK MAHU SEHINGGA PEMILIHAN KEPIMPINAN UMNO PADA BULAN DISEMBER. SELEPAS ITU, MUNGKIN YANG KALAH AKAN BERPOLITIK LAGI DAN BILA NAK BERHENTI, BERTENANG DAN SETERUS NYA BERTAUBAT????????????????
bagus datuk, blog datuk saja yg agak boleh dipercaya dari banyak-banyak blog ahli umno. walaupun saya bukan ahli umno dan penyokong pembangkang tapi saya suka membaca tulisan datuk sebab banyak kebenaran. teruskan tulisan datuk yg bernas.
Datuk,
Walaupun blog Datuk tidak dimulakan dengan lafaz "Bissmillahirrahmannirrahim"...saya dapat rasakan, yang setiap kali datuk menulis dan membuat huraian mengenai berita dan mengeluarkan hujah-hujah...Datuk tidak lupa bahawa Allah sentiasa melihat dalam fikiran Datuk.Oleh demikian, Apa yang Datuk tulis, fikiran saya dan fikiran orang Melayu mudah untuk mencerna dan mempertimbangkannya.
-makangaji.
Sdr Kluangman, moga-moga tidak berlaku. Nak buat blog tak perlu panaja atau sponsor.
Itulah antara sebab saya menolak tawaran beberapa pihak membeli iklan dalam blog ini atau menawarkan untuk menjual iklan bagi pihak blog ini.
Itulah juga sebab saya mengambil pendirian berkecuali dengan tidak berpersatuan dan tidak berpakatan.
Lagi pun saya ni orang tua. Dah tak kuat nak berpersatuan. Buat kerja berseorangan dan secara diam-diam cukuplah.
Sdr Margeemar, I take your point. But try not to be too emotional and graphic.
Bloggers are free. If they want to strike or close down their blogs, who are we to say otherwise?
Thank you.
Datuk,
..."Biar patah dayung dengan jari ku kayuh jua, Patah sayap bertongkat paruh, berjuang tetap berjuang"....kata-kata keramat almarhum Dato Asri Muda.
Saudara, saudari pemblog yang dihormati, kamu adalah pejuang-pejuang bangsa dan tanah air yang gigih.
Keperhatinan kamu kepada nasib bangsa dan negara membuktikan kamu seorang pejuang.
Sebagai seorang pejuang ianya tidak kenal cuti, bersara, kecewa dan putus asa walau digugat dan diugut.
Teruskan melayari blog-blog dan curahkan idea-idea kamu demi menegakkan keadilan rakyat dan meruntuhkan kebejatan pemimpin.
Ketakutan "mereka" kepada blog-blog membuktikan mereka takut kepada kamu.
Datuk,
Kalau dah orang yang berpengaruh dan "berisi" seperti Datuk dan TDM kelihatan tidak memberi apa-apa petunjuk untuk ke depan memimpin rakyat kebanyakan seperti saya ini, apalah lagi yang kami mampu lakukan untuk menyelamatkan negara tercinta ini selain menunggu pilihanraya akan datang.
"bukan mogok, tapi ... tungguuuu."
*asampedas*
Datuk,
Mereka yang sependapat dengan Haji Mustapha Ong (yang tak sudah2 dengan suruh bersumpah), apa kata kita buat satu majlis sumpah. SEMUA sekali. Termasuk menteri2 UMNO.
Nak dengar jugak kalau mereka ini berani bersumpah tidak mengamalkan rasuah dan politik wang.
"kalau dah penyamun, suruh sumpah apa pun sanggup. Hari2
berlaku di mahkamah."
*asampedas*
It's a good move now that we have alternative sources aside from the mainstream media.
This is in-line with what Pak Lah our PM is currently implementing, the freedom of voices.
Whether theym like it or not, blog is the alternative media for all. They are blogs which bias, they are blogs which neutral. It is up to the reader to judge.
http://nadzrikamsin.blogspot.com/
Salam Datuk,
Eloklah terus berblog. Kalau tidak suka suarakan kemarahan itu melalui blog dan uatarakan alternatif.
Namun saya bersetuju juga dengan beberapa rakan blogger lain yang sudah naik menyampah kerana sampah menjadi habuan kita setiap hari melalui media utama. Sampai naik muak dan nak termuntah.
http://c-bok.blogspot.com
Rasa nya klu lah RTM, TV3 tu kena bayar siaran oleh pengguna, dah ramai yang unsubscribed dah... beruntungnya kita ada broadband yang boleh membuka mata semua rakyat.. nk harap media massa .... zahid je laa yang masih tertinggal dengan zaman jepunnya.
Salam Datuk,
Blog saya juga tidak mogok :)
Ini kerana bagi saya, jika hendak menulis mengenai politik kita tidak boleh tidur/mogok. Apatah lagi jika cengkaman Pak Lah terhadap kerusi empuk Presiden Umno makin kuat nampaknya. Walaupun Pak Lah nampaknya selalu mengantuk, saya rasa beliau sentiasa sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, saya juga tidak akan berhenti menulis akan kepincangan kepimpinan Pak Lah sehingga beliau tertidur terus dalam persaraannya.
Sekian.
www.jebatmustdie.wordpress.com
sy sudah bosan dgn senario politik yg semakin tercemar dek krn kisah-kisah picisan org2 politik masa kini. Umumnya...sy sudah malas menonton berita di TV. Hanya menanti bilakah semua ini akan berakhir??
Kerajaan sepatutnya lebih prihatin dgn isu hidup rakyat drpd isu skandal pemimpin mereka.
Salam Dato AKJ,
Kenapa nak mogok?. Bloggers yang mogok hanya akan menguntungkan pihak yang memang mahukan bloggers mogok.
Perjuangan baru bermula dan ia tak akan pernah tamat walaupun Pak Lah meletakkan jawatan atau walaupun DSAI jadi PM.
Para bloggers wajib membongkar dan menyuarakan "suara-suara murni" rakyat Malaysia di dalam negara atau di luar negara.
Bloggers tak pelu takut sekiranya menyuarakan fakta dan bukan fitnah.
Teruskan bersuara dan perjuangan baru bermula.
Anak_Parit.
Salam Dato' AKJ,
Mengenai sumpah, kabinet Pak Lah dan semua MP pun bersumpah untuk jaga kerahsiaan dan macam-macam sumpah.
Tetapi apa yang saya dengar hari-hari ialah rakyat menyumpah BN dan menyampah.
MP BN atau PR dah jadi sesumpah dengan lidah bercabang mereka ataupun muka dan kulit MP BN dan PR boleh berubah macam sesumpah.
Pasal sumpah-sumpah ni dah tak relevan kerana dah ramai buat akuan bersumpah kemudian tarik balik.
Tak payah lah bersumpah keramat macam Ezam kemudian bertukar jadi sesumpah dan rakyat makin meluat serta menyampah.
Anak_Parit
Datuk,
(Buat Tuan Haji Mustapha Ong)
Tembak Anwar dan Azmin tak menjadi. Jangka orang datang 1 juta tapi yang datang 20-30 ribu sahaja. Tengok pada gambar pun orang tahu jumlah dalam lingkungan 30 ribu.
Tapi TV3 lagi temberang. Perhimpunan di Perak yang menyokong Abdullah dilapurkan dihadiri 13 ribu orang. Tetapi gambar yang ditunjuk hanya orang duduk bawah kemah sahaja. Kalau kira dengan bayang sekali pun rasanya tidak sampai 13 ribu orang.
Mana besar 30 atau 13.
Walaupun kehadiran di Kelana Jaya itu tidak mencapai target 1 juta tetapi rasanya tidak bermakna rakyat rela harga minyak dan barang-barang naik.
Anwar kena bersumpah atau tidak, kena rujuk pada mufti atau orang yang arif, dan bukan pakai agak-agak atau rasa-rasa.
Dato',
Blogger memang kerja dia menulis blog. Kalau tidak menulis blog, dia dah tak jadi blogger lagi. So harap Dato terus menulis
Politician memang kerja dia main politik. Kalau tak ada isu politik maka politician akan nampak lesu, layu, pasif dan lemah. So politician kena buat isu supaya mereka nampak aktif, bagus, benar dan bijak. Sekarang ini Najib nampak kuat, Anwar pun nak nampak kuat ditampung oleh unit amal PAS dan termasuk disokong oleh puak2 punk, rocker tunjuk punggung dsb.
yang akhir ni tak sedap sikit... 'makan gaji'. Orang ini kalau dia tak makan gaji maka dia tak dapat/tak cukup makan. Jadi kami kena pastikan walau apa pun situasi politik negara, kami kena terus makan gaji.
Bye
Roti Planta
Satu Pantun lama yang saya ingat, pernah terbaca dalam satu novel.
NYIUR GADING PUNCAK MAHLIGAI,
SAYANG KETUPAT BERISI INTI,
HANCUR BADAN TULANG BERKECAI,
BELUM KU DAPAT, TAK KAN KU BEHENTI.
Salam Datuk,
I view with great distress how blogs have turned into a money making enterprise, especially socio-political blogs.
I have always believed, and still do, that some bloggers believe they are better than the rest, more knowledgeable, more informed.
This patronizing attitude leads to arrogance and at the end, the people would suffer because of misinformation or even worse, deliberate manipulation of the truth.
Salam
www.suaradu.com
assalamualaikum sedare Kadir,
saya adalah salah seorang pelajar luar negara di Indonesia. saya tetap membaca blog2 dari malaysia yakni blog2 yang neutral dan tidak terlalu memihak pada mana parti.
sebab kami yang kat luar malaysia ni, internet la satu2nya sumber nak dapat info pasal malaysia. setakat nak baca media perdana (utusan, nst, bharian,ect..) je, diorang asyik tulis yang baik pasal kerajaan yang buruk semua tak kluar. Kalau baca web pembangkang pulak, ada yang buruk je pasal kerajaan, yang baik semua dia tutup.
so, lagi baik baca blog semua yang baik ka, yang buruk ka ada kat situ. bukan saya kata saya tak sokong mana2 parti, tapi kenapa yang baik tu kita boleh keluarkan yang buruk2 dok sembunyikan? tapi lama2 orang tahu jugak. bukan saya nak suruh bukak aib sendiri,tapi biarlah rakyat diberitahu berita dan keadaan yang sebenar.
ok sedare kadir, keep on posting new artikel, kami kat luar negara ni memang dahagakan berita2 dari blog-blog.
Wassalam...
Saya adalah belia berusia 25 tahun.. semasa pilihanraya lepas saya mengundi, tetapi undi saya satu kepada pembangkang, satu lagi kepada BN.. saya mengundi di kawasan Najib. Generasi saya mengharapkan perubahan positif kepada politik negara selepas pilihanraya umum. Kami mengharapkan perbincangan yang lebih cergas di parlimen, pembangkang membangkitkan isu-isu yang lebih intelek (bukan hanya sekadar persoalkan peraturan mesyuarat), perubahan taraf hidup, dan kegiatan ekonomi yang lebih rancak, serta penyelesaian masalah2 domestik yang lebih cepat dan telus.. Malagnya sebaliknya berlaku..
Terus terang.. SAYA SUDAH BOSAN, JELEK, MUAL dengan POLITIK masa kini..TV di rumah saya sudah shut-off.. saya tidak lagi mengunjungi laman web mana-mana part atau ahli politik, dan hanya melayari blog yang neutral seperti blog datuk.
TERUS TERANG, ahli-ahli politik tidak lagi meraih hormat dr generasi kami lagi..
Sekian
Alamak!?
Rasanya ini pertama kali tuan mencampur aduk kan bahasa dalam satu posting...
-g!
Saudara AKJ yang dihurmati;
Benar kata Saudara.Jangan MOGOK, kerana Pemimpin kita tidak kisah samaada kita mogok atau tidak.Kita berlapar pun mereka tidak kisah.Mereka tetap hidup bahagia bersama keluarga dengan makanan yang enak enak yang di subsidikan olih WANG RAKYAT.
Mulai hari ini baru saya terbaca didalam surat kabar yang mengatakan Pemimpin kita mahu memikirkan nasib dan masaalah Rakyat.Apa, selama ini bukankah memikirkan masaalah Rakyat itu adalah TANGGUNG JAWAB semua Pemimpin Pemimpin kita?
Kadangkala mereka ini sudah hilang AKAL agaknya, kerana lupa akan tanggung jawab mereka sebagai Wakil Rakyat.Mereka lupa, kedudukan mereka itu semuanya kerana dipilih olih Rakyat.Bila dah duduk di tempat yang enak lagi empok maka sudah lupa daratan.JENIS MAKLUK APAKAH MEREKA INI?
Pemimpin kita kata ingin memberi kebebasan kepada bloggers. Sekarang kita lihat ada blog blog yang disekat mereka. Kenapa? Kenapa takut dengan bloggers? Mereka sepatutnya memberi kebebasan untuk Rakyat memberi pandangan, samaada ada baik atau tidak baik pandangan tersebut.Jika apa yang mereka lakukan itu BETUL, maka kenapa mesti ditakuti? Lojiknya hanya orang orang yang membuat SALAH saja yang berasa takut.
Rakyat, semakin hari semakin meluat dengan tingkah laku mereka. Ada kenalan saya sampai bersembahyang hajat agar Pemimpin Pemimpin yang tidak bertanggung jawab di laknati dan menerima musibah. Sampai begitu sekali benci mereka pada Pemimpin.
Kisah Altantuya belum pun selesai, timbul kenaikan harga minyak.Rakyat hidup menderita. Kini timbul pula kisah SODOMI.Si kena cabul pula pergi untuk mendapatkan nasihat dari sesaorang. Sepatutnya si kena cabul terus pergi buat lapuran polis.
Kini timbul pula kisah 'akuan sumpah' P Bala. Selepas ini apa agaknya? P Bala pula hilang tanpa di kesan....Macam dalam filem pula.
Agaknya siapakah Pengarahnya dan Penulis skrip filem tersebut?
Besar kemungkinan filem lakunan ini akan berterusan kerana mengandungi banyak episod.Saya yakin lakunan ini akan tamat menjelang PRU 13.Budget filem ini tentunya agak mahal, mungkin lebih mahal dari filem filem Hollywood, kerana pelakun pelakun handalan semuanya orang orang yang ternama.
Semoga pintu hati kita sentiasa di buka agar kita dapat membuat pilihan yang terbaik di PRU 13 demi untuk generasi generasi kita akan datang." Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya".
Sdra Scribe,
As the saying goes, to each his own. I chose to continue writing as and when I feel right. The feeling of despair and disgust is so pervasive in our society. Only this morning, I got friends asking what is happening to our beloved country. I don't know, really. But I guess the foreign investors too would be asking the same question. I fear that many would be reviewing their plans to invest in Malaysia. That would be sad. And will deprive us of good money, jobs etc. It'll also affect our credibility, something which has has been there for long. The investors make their decision based on hard facts and have their pulse on what's happening in our country. I think they are generally apolotical and their priority is their ROI. This country has a lot of repair work to be done, and any delay can have catastrophic impact.
Pahit Manis
Sdr. A Kadir Jasin & pengomen,
First of all, thank you for not joining the strike, whatever that means. Secondly, lets talk about the economic scenarios and try our level best not to link it to politics.
Global economic scenario does not look too bright. Singapore reported negative first quarter numbers. My economists friends are waiting for 2Q numbers. If it remains negative, then by certain definition, Singapore is in a recession!
If Singapore's economy goes into a recession, would Malaysia experience the same? Although Malaysia's economy is not similar to Singapore, the country do export quite a fair bit to the republic.
Recent week or so, newspapers reported that some contractors are declining government contracts as costs are too high for them to earn a decent margin. The deferment of some major development works as announced by the government does not augur well for the economy. Cutting back on development spending would further stifle the economy and it could actually grind to a halt, technically.
Malaysia's economy is rather small and the private sector cannot drive the economy. To crank and restart the economy is beyong the private sectors ability and means. The government must continue its development expenditure albeit more prudently. Priority should be placed on projects that provide the most in terms of multiplier effect.
There maybe a seious need to think Whether some fundamental changes in the country's fiscal and/or monetory policies are required. Based on our own diagnostics, we must map a strategy to withstand/endure, survive and emerge stronger from the current scenario. At times, unconventional thinking and strategy are required to survive and the government must have guts to make these unconventional decisions.
Whatever it is, we as the Rakyat is anciously waiting for the governement's next moves. Hopefully it could disengage its flip-flop policy initiatives.
Sekian.
Dari Borneo ke Minang
Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,
Saya ucapkan syabas kepada Datuk kerana berjaya ‘membebaskan’ blog Datuk dari potensi ‘cengkaman/tekanan komersil’. Walaupun tidak dinafikan bahawa pendapatan yang boleh dihasilkan dari pengiklanan di blogs mungkin agak lumayan, tetapi ianya juga boleh mempengaruhi ‘kebebasan’ kandungan postings. Segala komen dari para pembaca juga mungkin akan ditapis supaya mengikut kehendak sponsors.
Oleh sebab itu, berani saya mengkategorikan blog Datuk ini sebagai MainStream Blog. Kredibiliti postings adalah tinggi dan ianya tidak menurut telunjuk sesiapa. Tidak seperti apa yang berlaku terhadap beberapa blog-blog yang lain, Datuk tidak ‘insult anybody’s intelligence’. Saya percaya ramai yang sudah bertukar habit daripada membaca akhbar kepada blog Datuk setiap pagi.
Malangnya Datuk, dengan keadaan sebegini – Datuk tak boleh cuti :-)
Azman Mohd Isa
Shah Alam
it's good that we have bloggers nowadays.
A fast and easy way to get news about the country aside from reading the newspaper alone.
Datuk,
I'm just speculating, if Najib comes out clean from this blunder, he will gain some strong political mileage, presumably Anwar got spunned by his own spinnings.
Hypothetically, Najib may claim credits for suppressing Anwar, the de factor leader of PR. And that is a BIG PLUS.
Najib will certainly comes out strong, and getting some real support that he needs.... to challenge DSAAB!!!
I'm pretty sure, if what being claimed by RPK's SD and Bala's July 1st SD turn out to be true, Najib is in deeper trouble or easily "melenting".
Reading JebatMustDie postings, I don't see how the SD's can really implicate Najib when most of the "damaging" allegations stated are flawed, to me at least.
Once Najib declared he's challenging DSAAB, this will get very interesting and it will be tough for Najib.
Level 4 boys will be working overtime for sure.
I just hope this will be a clean fight without any mudslinging.
Not sure if the Malay will split this time as of 87 coz
the split could just be within the UMNO delegates.
Perkiraan Tarikh Liwat....Bercanggah
Ramai orang tak sedar, Saiful buat laporan pada 28 Jun 2008, dlm laporan dia telah mengaku telah diliwat pada 26 June 2008 (2 hari sebelum laporan dibuat). Dlm press statement, Najib ckp Saiful jupa dia 3 hari sblm laporan dibuat, iaitu pada 25 June utk mengadu bahawa dia telah diliwat.. Macam mana dia bleh mengadu kt Najib padahal dalam laporan, dia diliwat sehari selepas dia mengadu kt Najib...
25 June 2008 (3 hari before laporan) - Saiful mengadu pada Najib dia telah diliwat.
26 June 2008 (2 hari before laporan) - Saiful dikatakan diliwat
28 June 2008 - Saiful buat laporan dia diliwat pada 26 June
1 July 2008 - Najib ckp tak kenal Saiful.
Mula2 ckp mamat tu jupa pegawai dia je utk minta "biasiswa"
3 July 2008 - Najib ckp Saiful dtg ke rumah dia utk mengadu 3 hari sblm laporan dibuat...
Apa yang menarik tentang blog Dato'ialah penulisan tentang sesuatu topik yang dikupas sederhana dan memberi ruang untuk rakan rakan lain mencelah dan memberi pendapat. Ia ada nilai berita, maklumat dan pandangan, tidak skima atau hanya 'tukang lapor'.
Tulisan Dato' menggamit perjuangan dan patriotik secara halus yang tidak memerlukan maki hamun kepada 'mereka yang relevan' tetapi ia tetap membara dan membakar.
Sesuatu yang pelik, di blog yang lain terlampau banyak tulisan dari golongan 'pelampau' terutama pro pembangkang yang membajiri sesautu blog tesebut dan melepaskan geram mereka di sana, apakah mereka tidak mampu di sini atau memang sengaja Dato' 'menghalang' mereka berbuat demikian. Sesuatu yang tidak menarik tentang mereka, ialah fanatik mereka tidak dihujahkan bersama fakta, jika adapun fakta itu sudah diseleweng seperti contoh video TDM yang diedit.
Benarkah Dato' bahawa penyokong fanatik itu sendiri dilahirkan dari gaya kepimpinan yang samseng dan hipokrik..kluangman
Salam Dak,
Dah lama tak menjengok laman sdr.
Kami tak jadi nak barter trade ikan2 koi kami.
Sdr Dak,
All I have time to scibble;
STRIKE AND DOUBLE STRIKE
DREAD AND DOUBLE DREAD
JEOPARDY AND DOUBLE JEOPARDY!
Everything seems to double up nowadays.
Salam kami kepada members of the Scribe.
Salam Datuk dan sdr2 sekalian,
Untuk apa mogok? Depa bukan peduli pun, depa peduli bila kena atas batang idung sendiri.
Macam kawan saya cakap la, "apa depa ingat kita bodoh!!"... Bukan apa media arus perdana (arus perdana ke...) dok saji 'sampah' kita kita, dok perbodokan kita yang tak bodoh lagi ni...
Abis, nak salahkan sapa?
Cuma satu la, elok jugak bloggers kalau nak sampaikan sesuatu biar betul, supaya kita tak tergolong macam depa2 tu...
Saudara AKJ yang dihurmati;
dan Salam hurmat buat Saudara Hj Mustapha Ong;
Bagi saya jumlah kedatangan pada rally di Klana Jaya bukan lah bolih diambil kira sangat. Apa yang penting ialah perasaan kita.Apakah kita mahu masaalah ini berterusan? Sehingga suatu hari nanti kita dan keluarga kita hidup sebagai pelarian.
Sesaorang itu yang mempunyai cita cita menjadi PM, tentunya akan menjaga tingkah lakunya dengan baik. Apakah DS Anwar sudah hilang akal? Mungkin.
Kita mesti bersikap 'rasional' didalam hal ini. Kenapa orang yang kena cabul pergi minta nasihat dengan DS Najib, dan bukannya terus pergi buat lapuran polis? Bagaimana pula dengan 'akuan sumpah' P Bala yang tidak berpendirian itu? Semuanya ini kena diambil kira.Kemana perginya P Bala dan keluarganya?
Tentunya ada DALANG disebalik kejadian ini? Hanya Allah SWT yang
Maha Mengetahui.Menuduh sesaorang membuat ZINA dan SODOMI adalah suatu dosa besar, dan memerlukan saksi.Nauzubillah.
Saya yakin ini adalah mainan politik ORANG yang berkuasa dan gila akan kuasa.
Semoga kita semua diberkati Allah SWT.
salahkan rakyat yang memilih mereka tempoh hari mengikut perasaan dan bukannya minda. orang putih kata " you give peanuts you get monkeys!" betulkah tu? hahaha
Akum Datuk,
1. Bilakah akan tiba masanya kerajaan akan memberi kebebasan kepada semua jenis media selain kerajaan beroperasi.
2. Sampai bilakah kerajaan akan berdolak-dalik atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.
3. Kalau kita negara demokrasi ala Malaysia, bilakah kita akan keluar demokrasi ala Malaysia ini.
4. Sampai bilakah Politik Malaysia ini akan lebih matang dan terbuka.
Blog adalah tempat untuk semua golongan untuk meluahkan dan berkongsi pendapat yang berbuku dihati dan dengan blog mereka dapat melepaskan tekanan tersebut. Teruskan menulis Datuk.
Tok Scribe
I would support a mogok on the dissemination of flawed info. But not any other mogok. I hope the people in Bernama remember the black eye incident and the darndest remarks such as "self inflicted" and "pressing a glass over his eyes", which I'm glad the multi talented Amir Muhammad has documented it for posterity. Terlajak kata tak bleh gostan beb, and buruk padahnya.
Still on "confius" Bernama. Watched the English news at 10pm tonite, and on the segment relating to Petronas, Yusmadi and Nazri Aziz, Bernama mistook Securities Commission for Suruhanjaya Syarikat. Oh dear ...
aMiR
"Mohd Zahid Hamidi, had made a statement in Jakarta urging Malaysians who are staying abroad not to read blogs about Malaysia"
What else Malaysians (regardless where they are) can depend on to give neutral and unbiased views on what really happens,
By the way, it is not that easy to undermine people nowadays!
Assalamualaikum Datuk,
Sometimes I wish you should be back to run NSTP like the good old days.
farouk
Nobody can deny the role the cyber-media played in the birth of a new Malaysia, one we witnessed in March. similarly, they cannot now conveniently wash their hands off the present mess, for the bloggers too were name calling and speculating, and added fuel left, right and centre to numerous issues. It's high time the blogosphere becomes more responsible, and we should take this positively to learn to read both sides of a story and come to an independent judgment. the blogosphere is not necessarily free of political manipulation charge.
Datuk,
Saya dah lama dah mogok....
MOGOK TIDAK MAHU PAK LAH MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN!!
MOGOK TIDAK MEMBELI AKHBAR TEMPATAN!!
Kenapa tiba-tiba BLOGGERS macam tak bersatu hati nie?
Mana pergi perjuangan Ol-skool Bloggers sebelum PRU12???
Apa sudah jadi??
Mungkin setengah2 mereka sudah terasa GLAMER dipandang tinggi sebagai BLOGGERS dan terus hilang isu untuk dibentangkan????
Apa2hal pun tabik kepada Datuk...kerana masih maintain kepada agenda utama..
Walaupun hits Blog saya tak der la bagus macam yg lain tapi masih lagi kearah mengutuk KEPIMPINAN yang LEMBAP dan ALPA dengan MASALAH RAKYAT!!!!
STRIKE. MOGOK. Untuk apa mogok. Tiada erti gelar diri 'blooger' kalau mogok. Mereka yang mogok ibaratkan telah tiada pendirian sebaliknya telah tenggalam punca, menjualkan diri kepada MSM atau kroni mereka. Sejak akhir-akhir ini beberapa 'blooger' yang dulunya lentang telah hilang kelantangan mereka seolah-olah ada 'Udang Sebalik Batu'. Ini jelas setelah beberapa 'blooger' diundang ke RTM dan mereka ini lah yang memulakan 'so called strike'. Ada apa-apa habuan di terima ke??? Kenapa tidak tutup saja BLOG. Ini saranan saya kepada mereka yang kononnya MOGOK. Tutup Blog. Kalau nak blog cerita perkara yang benar selain daripada kes yang sedang di bicarakan sekarang atau akan di bicarakan dalam sedikit masa.Bagi orang yang menghadapi tuduhan biarkan peguamnya yang berhujah dalam Mahkamah. PRU dah selesai jadi tidak perlu buat penjelasan kepada rakyat tentang isu-isu yang tiada kaitan dengan perut rakyat. PROTES itu adalah perlu perlu terhadap kenaikkan minyak kerana ia menjejaskan perut rakyat. Semakin hari semakin terdesak rakyat atas isu ekonomi oleh itu MSM hentikan lah kegiatan atau ajenda tersembunyi BN untuk menjatuhkan kerajaan pembangkang. Sama-sama berjuang untuk rakyat dan buktikan kepada rakyat BN lebih baik daripada pembangkang. Jangan buat kerja-kerja 'giler' untuk mengada2kan benda yang tiada bagi menjatuhkan kerajaan. Ada seorang pemimpin kata, kerajaan Perak akan jatuh menjelang 31 OGOS sekaligus rakyat di dendangkan ajenda tersembunyi ini oleh MSM. Jangan cuba melaga2kan adik beradik demi untuk mencapai hasrat terpendam kerajaan. Kerajaan patut contohi Dr. M ketika beliau menangani kegawatan ekonomi atau krisis ekonomi JUL 97 telah menubuhkan MTEN. Apa kerajaan hari ini buat? ZERO.KOSONG. Ketua pemimpin tiada kata apa-apa berkenaan ekonomi. Itu menunjukkan apa. OTAK KOSONG AGAKNYA???? Sendiri Mahu Fikir wahai blooger tulen. Tulis dan tulis dan terus tulis. Barulah di gelar 'blooger'. Jika tidak jadi blooger ayam. Kokok waktu tertentu saja. Dapat habuan ....... Pembaca Fikir sendiri.
Salam buat Datuk AKJ,
Syabas dan hebat weblog Datuk yang memang cukup fokus dengan penulisan sdra serta pihak blogger yang menyumbangkan komen-komen dan analisa mereka.Keep it up Datuk seperti Datuk Idris Tulis dan saya yang berjuang hanya untuk rakyat dengan perbelanjaan wang sendiri.Tak ada impian untuk menjadi, PM, TPM,MP,ADUN mahupun sebagai Senator.
Pada pagi yang tenang ini, izinkanlah saya menjawab kepada sumbangan blogger "asampedas(siapa dia yang sembunyi di dalam kain pelekat) dan juga sdr "abrahim" seperti komen saya yang berikut:-
Kepada "asampedas":
Siapa saudara/saudari saya tak tahu lah. Mungkin Datuk KJ tahu kut!
Kata "asampedas" minta pemimpin UMNO, khusus nya para Menteri-Menteri perlu bersumpah.Cadangan ini karut.Siapa yang memulakan espisod cabar "sumpah menyumpah atas kepecayaan fitrah Islam".Bukan kah pihak Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat,khususnya PAS???
Kalau kita menganalisakan perangai dan objektif kebanyakan politikus sedunia, termasuk George Bush dan General Musharaff Pakistan, semua nya hidup atas amalan mereka menipu rakyat dan mencuri harta kekayaan sumber negara dengan hela tipu menipu.Jika seorang politikus itu hanya larus, tak dapat hidup cari makan dan kaya raya. Jual goreng pisang lah adalah mencari wang yang halal!
Saya tidak mahu menafikan bahawa semua pemimpin-pemimpin kita di UMNO/BN bersih dan tidak mengamalkan penipuan melalui korupsi, tetapi jika nak curi makan, eloklah kesat mulut sebersih nya dan bukan hanya bergaya dan berperangai sembong terhadap rakyat jelata dan "kacang lupakan kulit".
Kepada sdr abrahim:
Angka 30 ke 13 ribu ke tak penting! yang penting nya rakyat dah cukup bosan dengan orang-orang Melayu yang memain politik dalam arena untuk semata-mata untuk berkuasa dari peringkat cawangan politik sehingga dapat menjadi seorang ketua bahagian dan seterus nya dilantik sebagai seorang menteri yang banyak rezki halal mahupun secara haram itu.Rakyat gulungan pendapatan pertengahan/miskin terus menderita dengan keadaan kemorosotan ekonomi negara yang tidak menentu inidan kenaikan harga semua barangan untuk mencari rezki dan hidup sempurna.
Kedua-dua pihak Pakatan Rakyat mahupun UMNO/BN tak payahlah mengadakan rally. Strategi ini hanya membuang masa dan menambahkan kebosanan dan kebencian rakyat terhadap semua parti politik yang terlibat.
Lihatlah contoh MCA yang membuktikan bahawa kepimpinan berpolitik mereka bukan untuk membela kuasa untuk terus kaya raya.Atas prinsip politik ini, maka Ong Kah Ting dan Chan Koon Choy telah seawal-awal nya menarik diri daripada bertanding sebagai Presiden dan Timbalan Prsiden.
Sdra saya telah berpolitik sejak tahun 1961 dan alhamdulillah belum terpesong pendirian saya merebut kuasa untuk jawatan kanan dalam parti UMNO.
Jika saya ditakdirkan Allah, agar saya sudah lama dilantik sebagai seorang menteri kabinet, khusus nya selepas UMNO dihidupkan semula pada tahun 1987 bersama-sama berjuang dengan bekas PM Tun Dr Mahathir, arwah Pak Ghafar Baba dan Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat atau Mat Bulat pada tahun lapan puluhan ketika dahulu.
Pada masa itu Anwar belum lagi berperangai gila kuasa!tetapi Tun Dr Mahathir tetap membuat penilaian yang silap untuk melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan yang pernah berkuasa dan bermaharajalela.
Sdr, tak payahlah kita terus memprotes, tetapi saranan saya tak kira PM ke, TPM ke, Menteri ke perlu terus berkhidmat untuk rakyat, agama dan negara.Kepada Anwar yang gila kuasa semata untuk merebut jawatan perdana menteri, biarlah keadilan dan kehakiman yang akan menentukan nasib beliau.
Jika tidak, eloklah Anwar dan seisi keluarga nya mengambil keputusan untuk menepat di Amerika Syarikat,boleh terus bekerja di Bank Dunia mahupun berpolitik, kita tak kesahlah. Tak silap langkah ini, banyak orang Melayu kita menetap dan mencari rezki di luar negeri dan bukan kaum lain Malaysia aje.
Anwar yang sebenar nya telah menghianati bangsa dan negara dan biarkan Allah swt menjatuhkan hukuman terhadap Anwar, sama ada dipercepatkan di dunia mahupun di akhirat.Keputusan kehakiman terhadap semua tuduhan-tuduhan terhadap Anwar perlu dipercepatkan.
Saya juga menyarankan agar pihak ACA,Bank Negara dan Lembaga Cukai Negara perlu menyiasat Anwar/PKR dengan segera, dimana mereka dapat begitu banyak sumber kewangan untuk berpolitik, sekira nya bukan daripada gerakan beliau dengan CIA di Amerika Syarikat!!!!Jika daripada sumber-sumber yang halal atau menerusi keuntungan perniagaan, perlulah diberi bukti-bukti yang kukuh.
Sdr Siamangagap, antara lain, mengulas: "orang putih kata " you give peanuts you get monkeys!" betulkah tu?"
Bergantung sama ada kita juga menerima kacang sebagai sogokan daripada kera,monyet dan beruk yang saudara ungkapkan itu untuk mengundi mereka?
So, if we elected monkeys to lead us, what are we then -- the slaves of the monkeys?
It appears to me that the "Planet of the Apes" was more comprehensible.
Terima kasih.
Salam Dato,
I am a blogger but I blog with care. I blog for my community in my neighbourhood. Non political stuff. Play safe.
I make my stand clear. I do not represent any political parties nor do I subscribe to one. This is to avoid factions in at ny delicate community.
Sometime the people in the neighbourhood introduce me to their other half as Mr Blogman and I do not mind but nevertheless, I would prefer doing the job quietly without any fanfare.
You see, blooging is not wrong or an offence, it is just when you spread lies and as an instrument of rumour windmill then it shall be dealt with caution.
The problem is the Goverment blogs or website do not get the much needed hits and comments in great numbers. Most of the comments are negative and not much support received.
Blogs & Website is indeed a powerful tools in this era. You must be 5 steps ahead of the competition in order to win.
Just look at the Sunday PROTES event at Kelana Jaya - a picture tells a thousand words. If you brouse through a few other blogs, you can conclude on what is going on.
What is said in the news buletin , the media and the blogs - convey different messages.
As an adult with matured & rasional thinking we know how to diffrentiate the white, the black & the grey.
Wassalam.
www.republicofttdijaya.blogspot.com
Aidi
Yeah, who is on strike?
Wong Chun Wai..
And even when he is on strike, his Star still come out with 'hearsay' stories and equally bad rubbish.
2 face...
Datuk,
"Menyinga" betul Pak Lah dengan blog, internet, sms dan YouTube.
"Tidak tumbuh tidak melata, kalau tidak sungguh orang tidak kata".
"Kalau tidak ada angin masakah pokok bergoyang"
Jangan marahkan blog atau pembelog. Jangan marahkan SMS atau penghantar SMS. Jangan marahkan internet atau penulis di
internet. Jangan marahkan YouTube atau siapa yang bercakap di YouTube.
Tanya diri sendiri, kenapa mereka berbuat begitu. Sebelum menyalahkan orang lain, kita kena jujur dengan diri kita sendiri.
kepada Tuan Hj musthapa ong...
anak saya berumur 20 tahun ckp kalu orang mcm tuan haji naik PM umno lagi dahsyat jadinya....
yelah dah join umno semenjak 1961, dah imune segala-galanya....
zzzzZZZzzzzZZZZZzzzzz-Pok Leleh...
Salam Dato' dan sahabat-sahabat sekelian,
Mogok jangan...Strike kaddang-kaddang..jika perlu.
Kalau mogok dan tunjuk perasaan berterusan pun, GAH DAN UMMPH tindakan itu akan jadi tawar.., tidak memberi kesan yang dikehendaki. Tapi jika Strike dan Mogok yang boleh mengubah KEDEGILAN SASARAN MAJIKAN atau PIHAK BERKENAAN, sehingga benar-benar berubah...YES itulah tujuannya yang perlu dicapai. Maka TERUSKANLAH... Cuma asas dan dasar serta logika dan pratikal tindakan ini biarlah benar-benar MENCUKUPI MALAH TIDAK DISANGKAL KEHARUSANNYA DI MATA MASYARAKAT, NILAI KEBENARAN FAKTA,ILMU RASIONAL dan NILAI WAHYU KITAB SUCI.
Pemerintah haruslah melihat dan mendengar kesanggupan rakyat jelata untuk memikul beban kehidupan dan perbelajaan negara. JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT RAKYAT MISKIN DAN KELAS BAWAH INI TIDAK MENYUMBANG KEPADA NEGARA. Mereka KELOMPOK PENGGUNA WAJIB DAN TEGAR. DENGAN LIMPAHAN KEPENGGUNAAN ITULAH MENGALIR HASIL KE POKET KHAZANAH NEGARA. Di situlah semua gaji sektor awam diagihkan dari setinggi-tinggi darjat kepada serendah-rendahnya. Begitu juga sektor swasta berurusan dengan siapa kalau bukan dengan KERAJAAN DAN RAKYAT UNTUK MEMAJUKAN BUSINESS MEREKA. MENGAPA HARUS JADI ANGKUH TIDAK PEDULIKAN KERAJAAN DAN RAKYAT SETELAH MENDAPAT KEIZINAN UNTUK MELEBARKAN BUSINESS DI NEGARA INI DENGAN MENYIKSA KERAJAAN DAN RAKYAT DENGAN KADAR PULANGAN YANG BUKAN-BUKAN....
Akhirnya, SEDARLAH kita hidup bermasyarakat, sandar menyandar, harap mengharap antara satu dengan yang lain. Prinsip "tolong menolong, bantu membantu" adalah amalan AJARAN ISLAM yang universal agar masyarakat mencapai "WIN-WIN SITUATION" yang di diakui oleh Stephen Covey di dalam teori pengurusannya bahkan diterima pakai oleh dunia busiuness dan pengurusan secara meluas.
Maka janganlah membuat sesuatu KETIDAKADILAN KEPADA DIRI SENDIRI, MASYARAKAT DAN KERAJAAN SERTA NEGARA INI. Kerana ada pihak yang tidak ada kuasa melainkan KUASA MOGOK DAN TUNJUK PERASAAN SAHAJA SEBAGAI SENJATA UNTUK MENGUBAH KETELANJURAN KEGAWATAN HIDUP. JIKA RAKYAT TIDAK DITINDAS DAN DITEKAN, secara hukum rimba dan hukum ketamadunannya RAKYAT TIDAK AKAN BANGKIT...TETAPI INGAT JIKA BINATANG PUN TERGUGAT SURVIVALNYA, MEREKA AKAN MENGGANAS...LEBIH-LEBIH LAGI MANUSIA YANG ADA AKAL DAN FIKIRAN...LEBIH DAHSYAT DARI SEGALANYA BOLEH DILAKUKAN JIKA MEREKA TERGUGAT..Fahamilah psikologi manusia dan haiwan INI.
Sekian, Bloggers HARAP jangan mogok.
WASSALAM
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
dear sir. either you blog in english or malay. do not mix it up. its very irritating. thank you.
assalamualaikum Datuk yang ensem dan dihormati serta pembahas brilliant sekalian...
petikan utusan hari ini...
Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis
KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera.
saya nak tanya datuk sebab saya dah konpius...ni apa cerita ni.bukan pak mentua dia pm ka?bukan decision semua ni pak mentua dia jugak yang kena bagi green light ka?..saya tak paham..bukan kj ni jugak ka yg hancurkan malaysia hari ini..saya tak paham..terima kasih dan wassalaam...
p/s: oh,kepada encik zahid hamidi n co..nak bagitau sket,saya ni dah setaun lebih tak balik malaysia dan saya tak pernah lagi berhenti/mogok/takde nafsu/takde selera nak baca blog.sorry sikit..no more lie please.dah meluat.huh!!
Yes datuk, STRIKE WHILE THE IRON IS HOT, alang2 seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, GE12 membuktikan suara ketidakpuasan rakyat. Kita mesti strike forward, to bring better governance.
Pengamal Blog Boikot
Penulis merasakan agak pelik apabila mendapat tahu ada sesetengah pengamal blog telah memboikot daripada menulis blog masing-masing selama 48 jam atas alasan telah bosan dengan keadaan yang berlaku di negara ini terutama isu-isu politik yang membabitkan skandal sesetengah individu..
Penulis berpendapat tindakan tersebut tidak membawa apa-apa impak kepada mana-mana target yang hendak dituju. Baik kepada pemerintah mahupun rakyat........
baca seterusnya di
fikirlahsendiri.blogspot.com
And guess what, Hamid Albar said in NST today only 8000 people turned up at Kelana Jaya, supposedly trying to downplay the whole thing..by miles! Mcm mana la kita nak trust MSM (or Hamid for that matter).
Come on... We are adults and not that stupid mind you. The more you push us around the harder we react.
Keep on bloggin Dato'.
Boska
Datuk,
keep on blogging, we need a check and balance of resources via mainstream and alternative media.
keep posting fruitfull fact and high quality opinions.
Demimu Malaysia menulis...
"KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera...."
..........................
Nampaknya tak payah
kita tukar kerajaan sekarang dengan Pakatan rakyat bagi menrealisasikan penghakisan hak orang melayu.
Penghakisan hak orang melayu bukan perkara baru. Sejak zaman TDM lagi. Entah berapa banyak hak-hak tersebut telah dihakis oleh mereka-mereka yang mengaku hanya mereka layak membela orang melayu!
Penghakisan ini bukan melibatkan orang melayu PAS atau PKR sahaja malah meliputi orang melayu UMNO juga termasuk yang daki pekat UMNO. Sayangnya mereka tak sedar.
peluang pendidikan adalah penting bagi semua kaum kerana kemajuan sesuatu kaum bergantung kepada peluang pendidikan kepada generasi muda kaum tersebut.
Mengapa kaum cina begitu mementingkan pendidikan dan peluang pendidikan kepada kaum mereka? Kerana survival mereka diera moden ini bergantung kepada tahap pendidikan generasi muda mereka.
So much of efforts from those claimning that they are they only legitimate and appointed devinely to protect the malay right!...my foot!
bat8
Post a Comment