Umat Islam Perlu Ubah Sikap Untuk Maju
A Kadir Jasin
[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT.
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
ADA pembahas yang setuju dan ada yang tidak dengan pendapat dan pandangan saya dalam posting lalu bertajuk “Politik Semasa, Islam dan Kelangsungan Malaysia”.
Bukan tujuan saya (kita) memperkecilkan sesiapa. Saya adalah yang pertama mengakui bahawa pengajian dan pengetahuan Islam saya tidaklah dalam. Jadi saya mohon maaf kalau perbincangan tajuk ini menyinggung perasaan sesiapa.
Sedikit sebanyak saya tahu mengenai Islam dan kemelut umatnya di Malaysia dan seluruh dunia adalah melalui pembacaan, pengembaraan dan perjalanan saya.
Kalau kita tidak membaca, kita tidak sampai ke mana-mana. Itu sudah pasti. Tetapi saya perhatikan ramai orang Islam di Malaysia tidak gemar membaca.
(Lama dulu, waktu saya menunaikan haji, ada jemaah Malaysia yang terperanjat kerana Maqam Ibrahim di perkarangan Kaabah tidak berbentuk kubur. Mereka sangka “maqam/makam” itu kubur. Mereka tidak tahu yang Maqam Ibrahim itu adalah tempat Nabi Ibrahim Alaihissalam berdiri ketika membina Kaabah.)
Bila tidak membaca, pemikiran kita tidak dapat dicanai. Orang kita lebih banyak melihat daripada memerhati dan mendengar daripada membaca.
Melihat hanya dengan mata. Memerhati dengan mata dan hati. Membaca lebih sahih daripada mendengar. Oleh sebab itulah Allah Taala memerintahkan kita membaca – iqrak.
Saya sanjung imam, haji dan lebai. Saya kagum dengan pengetahuan agama mereka. Ayah saya ketiga-tiga sekali. Dia mengaji pondok (lebai), dia pergi Makkah dua kali (haji) dan jadi imam surau kampungnya sampailah lulutnya tak kuat lagi.
Dialah yang ajar saya mengenai Islam dan keagungan ilmu. Katanya Islam dan ilmu tidak boleh dipisahkan. Hari ini pun kalau berdebat fasal Islam, politik dan pengetahuan am memang susah nak menang dengan ayah saya.
Dialah memperkenalkan saya kepada Gamal Abdel Nasir, Soekarno, Dr Mohammdd Hatta, Fidel Castro, Jomo Kenyata, Kwame Ngkruma, kepada nasionalisme, senjata nuklear dan banyak lagi. Walaupun dia penanam padi dan peniaga kecil, rumah kami dipenuhi buku, kitab, majalah dan risalah.
Saya tidak kata semua orang Melayu/Islam tidak sukakan ilmu. Sebaliknya saya dapati daripada interaksi saya, majoriti orang muda Melayu/Islam sukakan ilmu. Tetapi sistem pendidikan sekolah, maktab dan universiti tidak menyediakan peluang yang mencukupi untuk mereka meluaskan ilmu.
Baru-baru saya berpeluang berbual dengan beberapa orang kakitangan muda sebuah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya bercakap mengenai kedaifan orang Islam/Melayu di Malaysia jika dibandingkan dengan kaum dan penganut agama lain.
Mereka bukan sahaja setuju malah mahu terus berbincang. Ertinya ada kemahuan untuk mendalami ilmu dan maklumat tetapi kurang kesempatan dan kurabg sumber maklumat.
Saya belajar di sekolah Kristian Roman Katolik (Saint Michael School, Alor Star selama lapan tahun). Saya kagum dengan peranan paderi dalam sistem mubaligh mereka.
Mereka tidak pilih bulu. Mereka mendekati murid semua bangsa dan agama. Yang mereka tidak buat hanyalah mencabar akidah murid-murid Islam kerana tidak dibenarkan Perlembagaan.
Bagaimanapun banyak juga murid Melayu mengambil mata pelajaran “scripture” iaitu pengetahuan mengenai agama Kristian dan lulus di peringkat Overseas School Certificate (Sijil Pelajaran Seberang Laut).
Saya sendiri terlebih dahulu membaca terjemahan Kitab Injil dalam bahasa Inggeris daripada terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Ini adakah kerana ramai kawan-kawan beragama Kristian membawa Kitab Injil ke sekolah.
Kalau seseorang murid itu miskin atau lembap, tidak kira dia Melayu, Cina, India atau Siam, dia akan dibantu secara kewangan, bimbingan dan sokongan moral.
Waktu itu kami kena bayar yuran RM15 sebulan. Pada tahun 1950an dan 1960s, jumlah itu sangat besar. Kadang-kadang tak cukup duit kerana bukan musim padi atau kerana harga getah jatuh. Kami dibenarkan berhutang dan bayar secara ansuran.
Sekolah kami sekolah kayu. Bila musim kemarau tersangat panas. Tempat paling sejuk dan nyaman untuk berteduh adalah di Gereja St Michael. Di situ kami berteduh pada waktu rehat.
Dan di tepi pagar gereja itu jugalah kami, murid-murid Islam tingkatan tiga hingga lima, berkumpul setiap Jumaat untuk berbaris ke Masjid Zahir untuk menunaikan solat Jumaat.
Ada tidak ada pun hanya beberapa orang sahaja kawan saya berbangsa India dan Cina yang memeluk Kristian. Tidak seorang pun budak Melayu jadi kafir.
Apakah kita mempunyai sistem sebegini? Apakah mubaligh Islam mempunyai sistem “outreach” yang melepasi sempadan kaum dan agama? Atau apakah mereka sekadar berdakwah di kalangan umat Islam sahaja.
Saya pernah mencadangkan secara lisan dan tulisan kepada pendukung pendidikan negara (termasuk beberapa Menteri Pelajaran) supaya “memartabatkan” pendidikan Islam menggunakan kaedah “outreach” mubaligh Kristian ini.
Di sekolah Kristian pada zaman persekolahan saya, mubaligh mereka diberikan taraf yang tinggi. Mereka berfungsi sebagai “spiritual leader”, ketua moral dan disiplin. Malah mereka mengajar beberapa mata pelajaran. Dalam erti kata lain, mereka diberikan tempat dan nama jawatan yang istimewa dan terhormat. Di sekolah saya, ketua paderinya digelar "Brother Supervisor" yang bertindak sebagai penasihat.
Cadangan saya pada waktu itu adalah calon guru agama hendaklah di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat kelulusan tinggi dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab, matematik dan semua mata pelajaran sains.
Di Maktab Perguruan Agama, mereka diajar bukan sahaja mata pelajaran agama malah terus dididik dengan mata pelajaran konvensional ini supaya apabila mereka lulus mereka boleh ajar semua mata pelajaran.
Alangkah bangganya kita kalau guru agama kita boleh mengajar atau menjadi guru pengganti matematik, sains dan sejarah misalnya. Malah saya cadangkan agar mereka diberi gelaran yang lebih universal supaya boleh melaksanakan fungsi “outreach.”
Saya pasti murid bukan Islam dan ibu bapa mereka pun akan mempunyai tanggapan yang lebih sihat dan terbuka terhadap guru agama. Tidaklah guru agama dikenali sebagai tukang baca doa sahaja.
Dengan itu juga mereka akan lebih bermotivasi kerana peluang naik pangkat lebih baik. Itulah juga pengertian sebenar ilmu dalam Islam yang tidak terhad kepada ilmu agama sahaja.
Kalau tidak, masakan Rasulullah (SAW) menyarankan agar kita mencari ilmu hingga ke Negeri Cina. Dan masakan cendekiawan dan ilmuwan agung Islam silam boleh diterima dan disanjung begitu tinggi oleh tamadun Barat.
Perlembagaan penting. Kuasa politik penting. Tetapi bolehkah orang Melayu dan umat Islam Malaysia bergantung semata-mata kepada Perlembagaan dan kuasa politik untuk melindungi akidah dan menaikkan taraf sosial mereka?
Bukanlah amalan hipokrit apabila orang Melayu dan Islam membenci dan mensyaki setiap orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan tetapi mengemis dan meminta apa masjid dan surau memerlukan bantuan?
Atau apabila anak memerlukan wang pendahuluan untuk masuk universiti?
Kalau orang Melayu dan Islam tidak mempunyai sikap yang positif terhadap ilmu, kejayaan dan kekayaan, selagi itulah orang Melayu dan Islam akan daif berbanding kaum-kaum dan penganut agama-agama lain di Malaysia.
Kita tanya diri kita, adakah akan terlaksana hukum zakat dan fitrah kalau umat Islam semuanya miskin dan melarat? Kita selalu diingatkan bahawa kemiskinan itu hampir kepada kekufuran. Malangnya, umat Islam bukan sahaja miskin harta benda, tetapi mereka juga miskin sikap dan pemikiran.
Mohon maaf.
Sunday, August 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
68 comments:
Cadangan saya pada waktu itu adalah calon guru agama hendaklah di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat kelulusan tinggi dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab, matematik dan semua mata pelajaran sains.
Assalamu'alaikum Dato'
Saya sangat berminat dengan tulisan dato kali ini. Sesuai dengan minda dan jiwa saya.
Sebenarnya umat Islam Malaysia menganggap pelajar agama adalah pilihan akhir. Bila dah tak boleh belajar, maka baru hantar belajar agama. Kononnya daripada tak boleh jadi jurutera, tak pe la, asal apndai agama! Inilah fahaman yang sangat meleset.
Ada pula yang belajar agama main semangat lebih. Islam tidak akan bangun melalui semangat sahaja. Islam yang tepat akan membangunkan peribadi atau sahsiah diri pengamalnya.
Seterusnya sudilah ke blog saya. Di sana saya ada menulis antaranya;
Islam adalah cara hidup, bukan rasmi atau resmi-resmi je! Bila dah Islam itu 'dirasmikan' maka dia bukan lagi cara hidup tetapi lebih kepada cara nak hidup.
Sekian, terima kasih Dato'.
http://nawawidahalan.blogspot.com/
Salam Dato.
Sebenarnya ramai dikalangan cerdik pandai, cendiakawan, ulama dan umarak kita yang sedar malah teramat sedar bahawa masalah umat Islam hari ini ialah lemah pemikiran, lemah iman, lemah amalan. Tetapi sekadar mencerita itu dan ini tentang kelemahan umat Islam pun tidak membawa apa-apa erti. Tidak akan bergerak kemana pun. Sanggupkah turut sama mengorbankan diri, masa dan harta, itulah yang menjadi asas utama. Ketika ini susah benar untuk mecari umat yang sanggup melibatkan diri, mengorbankan masa dan mencurahkan harta dalam membantu menjulang Islam.Ada pula pendakwah (yang dilantik kerajaan)yang berkira-kira tentang elaun perjalanan, elaun tambah masa, elaun itu dan ini sebelum pergi berdakwah. Itu membawa maksud kepentingan diri mengatasi kepentingan agama.Jika merujuk para sahabat nabi, teramat jauh menyimpang amalan kita.
Datuk,
It is Said that:
FAITH WITHOUT WISDOM IS IGNORANCE
Our population especially Muslims are not aware of the difference between Faith and Belief.
Muslims should be able to debate about beliefs freely without fear of losing their faith.
With our assumptions of correctness;
BELIEFS try to make a known out of the unknown. They make presumptions about what is yet to come, how it will be, what it will mean, and how it will affect us. FAITH on the other hand is not a definition of reality, not a received answer, but an active open state that make us willing to explore.
While beliefs come to us from outside....from another person or tradition of from birth as in Malays...FAITH comes from within.....Note that the Swearings over the koran and all sorts of other conundrums from Muftis and so called religious elites alike resulted from external factors (political and social) is not a reflection of the person's religious faith but from the transient nature of his belief system that he was subject to from his birth till now.
Salam hormat saya untuk Dato'
Saya terkenang kumpulan kawad Jumaat dari Jln Langgar ke Masjid Zahir bersamping hijau (St Michael) dan hitam (SAHC Hostel).
Saya bersetuju dengan komen Dato' tentang perlunya ada satu cara dakwah (sistem outreach) di dalam masyarakat kita hari ini. Alangkah baiknya jika "The Scribe" juga dibaca oleh golongan pengurusan hal-hal agama kita. Apa yang terjadi sekarang ni kumpulan yang "kena tibai" oleh penceramah (ustaz) adalah yang menjadi pengunjung tetap masjid. Penceramah menghentam semahu2nya dan yang menjadi sasaran ialah jemaah-jemaah yang tak bersalah ini (sepatutnya disampaikkan kepada kumpulan yang memerlukan teguran tetapi mereka tidak pergi ke masjid). Hasilnya tidak ke mana-mana kerana teguran isi kulia/ceramah tidak sampai ke sasaran yang sepatutnya.
Betul kata Dato'. Pendakwah2 lelaki dan wanita ini perlu memikirkan pendekatan yang lebeh berkesan jika betul-betul mahu "memulihara" jemaah.
Baru2 ini ada sebuah masjid di utara menjemput seorang pendakwah wanita terkenal (asalnya juga orang utara) dari Kuala Lumpur untuk program Israk & Mikraj. Pendengar ("penonton") yang hadir adalah seperti biasa pengunjung setia masjid. Kadar kos untuk ceramah tersebut dianggarkan RM20/minit. Saya rasa musykil berapa orangkah yang telah "pulih" dan "dipelihara" .
I am wondering why you say Malays are all suspicious of those who are successful.
Is this true?
Are they suspicious because they think the success came through political connections and not hard work?
Otherwise I agree with you that we need to get Muslims to embrace success and be more cool because no one wants to be friends with losers and jerks.
http://pkrpasdap.blogspot.com
http://abe-mie.blogspot.com
Kita perlu meniru kejayaan bangsa Jepun. Mereka juga mempunyai sejarah yang tersendiri sama dengan kita. tapi kita tak pernah menjadikannya sebagai pengajaran dan teladan. KEnapa?
kalau begitu sampai bila kita tak boleh maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi,politik, teknologi, sains, pertahanan dan sebagainya.
Kebangkitkan Melaka sebagai kuasa Melayu terulung pada abad ke-15 perlu dijadikan landasan.
JANGAN LUPA SEJARAH.
Datuk AKJ,
Setiap kali menyimpang dari tajuk politik semasa, Datuk juga berjaya memberi penulisan yang bermakna berkait sikap dan tindakan orang Islam Melayu.
Rasanya sikap kita juga dipengaruhi dengan keadaan sosioekonomi dan politik negara.
Mubaligh kristian yang Datuk nyatakan, serta kumpulan-kumpulan sepertinya dan pemegang kuasa ekonomi negara ini dapat melakukan bayak perkara dan tidak punya batasan berkembang kerana daripada awalnya berada pada kedudukan yang lebih baik daripada orang Islam Melayu.
Mereka melakukan atau meminta yang lebih baik daripada apa yang mereka punyai, tanpa rasa bimbang
atau bersalah. Kejayaan adalah bonus.
Bagi orang Islam Melayu, segala-galanya perlu dimulakan daripada kedudukan kosong. Dan mereka perlu melakukan dengan segera.
Untuk mengejar ilmu,
dan kedudukan ekonomi dan sosial yang lebih baik banyak perkara yang diketepikan.
Mungkin ini yang membentuk sikap
Islam Melayu.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Salam Kemerdekaan buat Dato',
Saya tertarik dengan tulisan Dato' kali ini, Apabila terbaca tulisan Dato' ini teringat saya kepada nukilan Prof Syed Muhammad Naquib Al Atas iaitu manusia yang baik bukan sekadar manusia yang berpengetahuan, berketrampilan serta faham tanggungjawab kewarganegaraan, malahan lebih penting dari itu ialah kekayaan nilai yang menjadikan manusia itu jujur, ikhlas, amanah, adil, bertolak ansur dan bijaksana.
Pada hemat saya, kekayaan nilai yang disemai dengan tradisi keilmuanlah merupakan asas kekuatan bangsa untuk menjadi masyarakat unggul serta terus berbakti dan berjasa kepada keharmonian negara.
Malangnya, apabila ilmu dan adab telah dipinggirkan, manusia mula bercakaran untuk mencapai agenda tertentu. Kepentingan peribadi lebih diutamakan melebihi kepentingan umum. Manusia menjadi “opportunist”. Segala bentuk kepentingan dieksploitasi asalkan tuntutan nafsu dapat dipuaskan.....
Dato', I just wonder, kalau Dato' cerita pasal politik respon commentor tak sampai 5 minute mencecah puluhan. Tapi bila isu Islam diketengahkan, tidak ramai yang cuba respond. Sampai ke saat ini hanya 7 komen aje. Kesimpulan saya yang yang mentah ini, masyarakat Islam kita masih lagi jauh dari syu'ur Islam yang sebenar. Sinonim melayu dan Islam masih menebal. Kesedaran Islam sebagai satu yang syumul dan lengkap masih jauh. Kita lebih banyak bersemangat politiking Islam dari mengamalkan 'Islam sebagai satu gaya hidup'. Wallahu'alam.
Ubah sikap atau ubah persekitaran.
Ramai yang selalu berpendirian bahawa apabila sikap di ubah, maka dengan mudah kita dapat mengubah segalanya. Ini hanya akan berlaku sekiranya seseorang itu mempunyai jatidiri yang kuat. Ini hanya akan berlaku jika niat itu ikhlas dan ilmu yang mantap.
Sebaliknya persekitaran yang baik akan membantu kearah sikap yang perlu berubah supaya tindakan yang perlu akan terhasil.
Pada ketika ini, semua orang dari setiap bangsa dan agama perlu berubah, tetapi ada diantara orang melayu yang berbangga akan 'ketuanan' mereka tidak pernah menunjukkan 'ketuanan' yang sebenarnya.
Saya bangga dengan diri saya sebangai seorang yang beriman dari kumpulan orang Islam, dari keturunan melayu dalam negara yang dicintai Malaysia.
Apa jua saya, sekiranya saya tidak memperbaiki diri saya serta keluarga saya, orang lain tidak akan melakukannya.
50 tahun telah berlalu, yang lebih utama bagaimana 50 tahun akan datang?
Datuk, saya berdoa datuk terus sehat dan dilindungi ALLAH. Kemungkinan Datuk tidak menyedari penting nya tulisan datuk kepada rakyat Malaysia, saya dengan ikhlas memohan Datuk terus menulis. Semoga apa yang tersirat dalam tulisan datuk akan diberkati ALLAH. Selamat memenuhi ibadat di bulan ramadhan.dh9753@yahoo.com
Dearest Dato,
With more words and writings on wisdom for all. It will bring a more hormonious Malaysia to all of us.
Fellow Malaysians proud of you,Sir.
Saya Anak Malaysia
Saya amat bersetuju dengan dato' bahawa masyarakat kita majoritinya kurang membaca (bahan bacaan berkualiti). Hal ini pastinya mempengaruhi keupayaan masyarakat kita dalam aspek penguasaan ilmu dan daya fikir kritis. Kesannya, lahirlah masyarakat kita yang ada pada hari ini..seperti yang Dato' kata, "umat Islam yang bukan sahaja miskin harta benda, tetapi juga miskin sikap dan pemikiran.."
Sebagai bekas penganut Kristian, saya juga bersetuju bahawa daya juang dan profesionalisme dan penguasaan psikologi dakwah pendakwah Kristian jauh lebih baik berbanding kebanyakan 'pendakwah' Islam yang ada di Malaysia. Justeru itu, menjadi keperluan yang mendesak pada waktu ini untuk memberikan nafas segar kepada kaedah dakwah yang kita gunakan.
Berkaitan dengan hadis menuntut ilmu hingga ke China, saya mendapat maklumat bahawa hadis berkenaan adalah hadis palsu.
YBhg Datuk,
Masih di luar negara lagi Datuk? Esok kami akan mula berpuasa. Mungkin Datuk terlewat sehari dari kami dan terpaksa berpuasa lebih panjang.
Saya rasa posting ini patut mendahului posting sebelumnya kalau mengikum hukum induksi. Pada kali ini Datuk membincangkan sesuatu yang umum tentang kelemahan umat Islam. Dalam posting ini Datuk menarik perhatian kami kepada asas-asas kejadian pseudo pada manusia.
Pada hemat saya, asas kejadian pseudo pada manusia adalah seperti yang Datuk tekankan iaitu sama ada kurang membaca atau barangkali tidak membaca langsung. Seterusnya Datuk mengatakan bahawa umat Islam kurang membaca. Saya rasa tiada siapa yang bangkang pendapat ini. Kenyatan ini tepat sekali pada diri saya dan keluaraga. Barangkali hal yang sama juga terjadi pada keluarga orang lain. Beraneka jenis alasan yang diberikan untuk tidak membaca. Apa jua neis alasan, kita sentiasa kerugian jika tidak membaca.
Umat Islam perlu ubah sikap utuk maju. Tajuk posting kali ini. Rasa saya tajuk posting ini bukan lah sesuatu yang baru. Cuma sebagai intelek awal Melayu , Datuk rasakan perkara baca membaca ini amat penting. Oleh itu Datuk perkukuhkan seruan itu di dalam posting kali ini.
Seingat saya, seruan untuk mengubah sikap ini dibuat secara besar-besaran pada awal tahun 70 an. (Debat antara golongan muda dan golongan tua tentang perubahan sikap tidak saya sebut kerana saya tidak berada di zaman itu. pada waktu itu.) Arwah Datuk Senu Abdul Rahman telah menulis buku Revolusi Mental. Buku yang ditulis khususkan untuk perubahan mental dan sikap orang Melayu ketika itu. Namun buku tebal itu menjadi pengumpul debu di perpustakaan. Tidak ramai yang berminat untuk membaca apa lagi untuk memberi ulasan.
Pada awal tahun 90 an pula, sebuah kementerian telah membawa Stephen Covey ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Covey terkenal buku The Seven Habits of Highly Effective People. Konsep utama perbicaraannya ialah mengenai perubahan paradigma seseorang. Buku ini dicetak dalam bahasa Melayu untuk bacaan orang yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
Di sekolah pula telah diwujudkan jawatan kaunselor sepenuh masa. Antara tugas dan tanggungjawab kaunselor di sekolah ialah berusaha membina sikap positif dalam kalangan murid. Lalu Nordin Kardi (tidak ingat kata sapaan di hadapan namanya pada waktu itu) pun buat ceramah motivasi sana sini untuk mengubah sikap untuk maju.
Hari ini kita rangka Akta Khidmat Negara dan kita bina pusat Latihan Khidmat Negara seluruh negara. Anak-anak kita yang baru lepas tension habis peperiksaan kita hantar ke PLKN. Antara lain bertujuan untuk menanam semangat jati diri dan sikap positif.
Dan hari ini kita masih melaungkan supaya kita berubah sikap . Apakah kesan laungan sebelum ini. Teringat saya kepada pepatah Melayu "Berpuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga."
Esok kita mula berpuasa. Dan bulan ramadhan adalah bulan paling giat umat Islam membaca.
Selamat Berpuasa
TICO
Hari demi hari kita menyaksikan kemelut politik Malaysia bersandarkan pada Perkauman! Apa yang dato' catatkan mengenai Islam di Malaysia, kebanyakannya adalah kerana 'kejahilan' orang Melayu itu sendiri.
Mereka gagal menghayati Islam yang sebenar-benarnya yang dituntut, biarpun telah diterjemahkan olih alim ulama yang 'berakal universal'. Yang jelas, kelembapan itu terpikul di bahu orang-orang Melayu. Mereka kurang arif meneliti apa yang di kata 'Adat bersendikan Syara', Syara' bersendikan Kitabullah'. Rata-rata mereka masih dibelenggu minda di zaman penjajah dari Portugis ke British ke Jepun dan kembali ke British!
Sejarah membuktikan ramai penentang dan pejuang dahulu adalah dari golongan orang-orang 'agama'.
Mungkin kita dapat menimba corak dan kurikulum pembelajaran madrasah di Singapura, di mana pelajaran ukhrawi dan duniawi disepadukan dan berjaya melahirkan graduan-graduan yg berlatarkan sekolah agama tapi berakhir samada di menara gading ukhrawi mahupun sekular.
Saya turut gembira Dato' mengemukakan beberapa pendekatan demi kebaikan umat Islam Di Malaysia, Nusantara dan serata dunia.
Umat Islam perlu mengubah sikap serta meniru contoh yang terbaik di dunia iaitu Nabi s.a.w. Tiada manusia yang mulia disisi Allah melainkan Nabi s.a.w yang membawa pendekatan yang mudah dan sederhana serta mampu diikuti oleh umat manusia sejagat.
Marilah kita bersama-sama mengikut ajaran yang sebenar berdasarkan Al-Quran, Sunah Nabi s.a.w dan para sahabah (sahabat) yang lebih memahami perjuangan Nabi s.a.w semasa menjalankan dakwah serta mampu memenuhi keperluan manusia sejagat dari dulu, kini sehingga kiamat.
-ADAM AMIN-
Datuk,
Sistem pendidikan negara kita sekarang ini adalah sistem pendidikan acuan barat. Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah yang dasarnya masih bertunjangkan sekularisma.
Untuk melihatnya bertukar menjadi satu sistem pendidikan yang boleh memberi manafaat kepada Islam, prosesnya laluannya agak lama kecuali;
1. Berlaku perubahan pemerintah sekarang kepada pemerintah Islam atau negara dipemimpin oleh mereka yang ikhlas mahu kepada Islam.
2. Merubahnya secara evolusi menerusi badan-badan swasta sepertimana yang dilakukan oleh pihak gereja.
Sejak akhir tahun 70an sehingga sekarang rasanya telah banyak sekolah-sekolah swasta yang berteraskan Islam telah ditubuhkan.
Walaupun tidak 100% sempurna tetapi sebagai usaha awal ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka berfikiran sekular.
Mereka sanggup berbelanja lebih menghantar anak-anak mereka ke sekolah seperti itu.
Anehnya sekolah-sekolah ini tidak didukung oleh kalangan mereka yang mendapat pendidikan Islam secara formal tetapi adalah dari kalangan mereka yang dididik di Eropah oleh sistem sekular.
Mereka ini telah didedahkan tentang pentingnya membebaskan diri dari sistem pendidikan peningalan penjajah.
Untuk harapkan Datuk Hishamuddin buat perubahan ke arah ini, rasanya kena tunggu dia tukar parti dulu.
ramai ulama yang tidak faham mengapa kita perlu tahu ilmu lain, sebabnya mudah - untuk memahami realiti manusia yang sangat kompleks, tanpa pelbagai ilmu pengetahuan ulama sering menjatuhkan hukuman yang mudah dan tidak mengikut maqasid syariah (tujuan-tujuan syariat itu diturun) untuk itu, ulama khsusnya di Malaysia amat lemah dalam cabang ilmu fiqh al-Waqi' ekoran kerana mereka lemah dalam pelbagai disiplin ilmu yang lain. wallaualam.
Religion is a gateway of understanding God.
Studying the scriptures is the key of knowing God
Prayer is the door of meeting God.
Applying the principles is knowing who you are
Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, for it becomes your destiny.
Dato
Tidak perlu pohom kemaafan. Memang sukar untuk membuka pekong sendiri atau basuh kain kotor sendiri dikhalayak, tapi itulah hakikat. Sudah clise' ustaz mengajar ilmu agama sahaja, bahkan zaman dahulu uztak pakau dalam bidang perubatan, matematik, sains dan falsafah.
Minda perlu terbuka.
Selamat berpuasa semua~!
Syed Syahrul Zarizi
datuk,
thanks for sharing.
missionary schools are turned to national schools. islamic outreach is systematic to university level. for me, there should be a segregation between religion and education in public schools.
Salam puasa Tok Scribe!
Masukan hari ini memang sesuai sebagai sambutan Ramadan dan juga susulan Merdeka.
Bulan mulia ini adalah bulan untuk keinsafan. Nukilan Tok Scribe ini harus diguna sebagai pencetus penilaian semula diri.
Ia juga secara tidak langsung mengatakan bahawa Merdeka tidak bermakna jika minda dan jiwa warga sesebuah negara itu tidak terbuka.
Scribe,
The Halal Hub
(the turbans of the bedu)
Adakah anda mahu buka kelas bersyarah atau kelas menulis syarahan agama?
Melihat hanya dengan mata. Memerhati dengan mata dan hati. Membaca lebih sahih daripada mendengar. - iqrak
Terus terang saya katakan ini kerja berat! Kalau kerja-kerja pakai otak saya tak sanggup kerana saya masih ahli UMNO, Scribe.
Melihat hanya dengan mata. Memerhati dengan mata dan hati. Membaca lebih sahih daripada mendengar. - iqrak
Dalam bab brother supervisor, saya setuju 200 persen, Scribe. Kenapa tak mahu dirancang, direncanakan dan dihantarkan ke negara-negara membangun? Soal ongkos?
Melihat hanya dengan mata. Memerhati dengan mata dan hati. Membaca lebih sahih daripada mendengar. - iqrak
sikap yang positif terhadap ilmu, kejayaan dan kekayaan: halalan-toyyibban
Allahu-rahmaanur-rahiim
innallaha ma'as-sorbiriin
Ma'a salaam
(jangan kena jampi cukuplah)
Mohon maaf.
9. I would like to say this to the Prime Minister and his minions. You may have the power now. But as in five States, you may lose power some day. And this will certainly happen because of your obsession to block all contrary opinion from being heard. It will blind you to the reality of the situation so that you will continue to do wrong things and the people will reject you totally. (Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 29, 2008 12:44 PM
satu kenyataan yang agak terang
dan tegas.
Datuk,
Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada Datuk sekeluarga.
Bersyukur kehadrat Allah kerana kita masih lagi diberikan kesempatan menemuinya pada tahun ini.
Selamat berpuasa....
Salam Dato'
Saya terpanggil untuk memberi komen dalam hal ini. Good write-up.
Pada pendapat saya, untuk membuat perubahan kita hendaklah bermula dalam lengkongan kita.
Peranan kta sebagai ibu, bapa kakitangan pejabat, dan ahli masyarakat.Sekiranya kita dapat menjadikan ajaan Rasulullah dan Alquran dalam mendidik dan membimbing anak-anak dan keluarga kita, insha Allah kita dalam perjalanan dan landasan yang betul.
Kita hendaklah memperbaiki dari diri kita sendiri.
Wassalam.
benar sekali dato'.
umat Islam perlu bersikap 'beyond stereotype attitude'.
terima kasih.
YBhg Dato'
Assalamualaikum. Selamat berpuasa kpd Dato' dan sdr/sdri yang berugama Islam.Semoga kita diberkati dan dirahmati Allah dengan malam lailatul kadar.
Selama 51 tahun kita telah diberi peluang untuk membentuk bangsa dan ugama dan kejayaan atau sebaliknya adalah mengikut tanggapan kita. Terpulanglah kepada kita membuat andaian samada kita berjaya atau tidak. Saya setuju dengan Dato' bahawa kedudukan Islam di negara kita nampaknya menurun walaupun pada suatu masa rata-rata orang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh .
Saya tersenyum apabila seorang Ketua Menteri dilapurkan menunjukkan suatu kawasan yang dimenangi pembangkang tidak maju. Tidak sedarkah beliau bahawa parti beliau yang telah diamanahkan rakyat untuk memerintah begitu lama adalah bertanggungjawab memakmurkan negara keseluruhannya dan tidak berpilih-pilih.Begitulah agaknya yang telah berlaku kepada masyarakat kita kerana adanya dua parti dimana satu parti tidak akan menerima apa sahaja yang dicadangkan olih parti lawannya walaupun jika cadangannya tersebut baik.Yang jelas adalah berlakunya perbezaan pendapat dimana satu pihak mengatakan Islam itu adalah sistem keseluruhan gaya hidup sementara satu lagi mempertahankan bahawa ugama hendaklah diasingkan dari pentadbiran negara.
Masa kita dahulu Ibubapa menentukan kita mengaji Al-Quran samada diwaktu pagi atau petang dan kita sentiasa diingatkan olih guru -guru ugama kita mengenai dosa dan pahala.Situasi sekarang sudah berubah dimana persaingan dalam mendapat gred yang baik menyebabkan menghabiskan masa dengan mengikuti tuition dirasakan lebih penting dari yang lain-lainnya.Pada tahun 60 puluhan menteri pelajaran sendiri telah menghapuskan pembelajaran tulisan jawi kerana berpendapat pelajar Melayu rugi kerana perlu menumpukan masa pada perkara-perkara yang bukan akedamik dan dengan itu tidak menyerlah bila berbanding dengan orang lain. Tidak heranlah kita berada dalam keadaan sekarang kerana kita tidak mengikuti suruhan Allah untuk memasuki Islam keseluruhannya dan tidak berpilih-pilih.Ramai dari kita sekarang memepelajari Islam mengikut kemahuan kita sendiri dan disinilah terdapatnya sesetengah dari kita terjebak dalam ugama sesat.Untuk tidak sesat kita perlu berpegang kepada Al-Quran dan Sunah Nabi. Semuanya jelas disitu jika kita mengambilnya secara keseluruhan. Sebagai contoh tidak timbullah pendapat saksi hanya bolih bercakap apabila ia diberi kebenaran berbuat demikian olih pihak atasan kerana dalam Al-Quran jelas menyatakan seseorang yang menjadi saksi itu hendaklah seorang yang baik akhlaknya dan tidak fasik. Saksi juga tidak bolih berbohong mengenai persaksian beliau atau menyembunyikan sesuatu fakta kerana jika berbuat demikian mereka akan dilaknati Allah.
Penyelesaian kepada masalah yang dihadapi tereletak sepenuhnya dalam tangan kita sendiri.Semasa Islam tidak dipolitikkan dahulu tiada siapa yang berani bercakap mengenai Islam. Sekarang peraturan Islam sudah mula dipersoalkan. Soalnya sekarang adalah samada kita mahu mengwujudkan sistem pelajaran yang secara wajib mendedahkan anak-anak kita kepada Islam yang benar dan menyeluruh atau meneruskan cara yang ada sekarang dimana ibubapalah yang bertanggung jawab sepenohnya mengenai agama anaknya.
Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya.
Tak semua orang melayu saperti komen dato itu. Saya berusaha dengan tidak ada biasiswa dan bantuan kerajaan. Saya kerja sambil belajar.
Saya juga berniaga dengan modal kecil saya sendiri. Saya naik dengan usaha dan semangat melayu saya. Saya bangga dapat bersaing dengan orang cina. Saya tidak menadah projek kerajaan kerana saya tidak pandai lobi. Saya bekerja keras. Sayang, satu ketika dulu saya dijatuhkan oleh koporat melayu yang tamak. Conglomerate beliau terdiri daripada 70% bangsa cina. Beliau besar dan angkuh. Jatuh saya bersama lebih 100 kakitangan professional. Tergendala sebentar usaha saya meningkatkan ekonomi anak bangsa saya.
Tidak mengapa, saya bangkit semula. Saya berusaha dan saya berazam. Kita bangkitkan semangat anak-anak bangsa kita. Kita perlu latih dan buka ruang kepada mereka. Kita ceburi bidang yang dipelopori oleh bangsa bukan melayu. Kita jangan terlalu taksub dengan perjuangan palsu. Itulah azam saya.
Saya tahu anak-anak melayu ramai yang bijak dan tekun. jangan pandang rendah mereka. Cuma saya heran mengapa anak melayu kita mudah membuang masa taksub kepada orang dan pemimpin yang akan meruntuhkan komuniti melayu sendiri.
Salam dan maaf.
Salam Dato'
Saya kira sudah sampai masanya Dato membukukan tulisan dalam blog ini, untuk bacaan lebih umum dan membantu kerja-kerja pustaka. Komen-komen yang bernas juga boleh diselitan.
Ya sudah sampai masanya...
Adakah terdapat perbezaan di antara Islam Melayu, Islam Arab Saudi, Islam India, Islam Pakistan etc...???
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
I couldn't agree with you more Dato'.
My mum always go to surau or masjid to listen to ceramahs. Even she is now complaining that the ustaz are not effective. Berapi-api berceramah mengutuk-gutuk orang. Semua orang kira salah la... dia aje yang betul tapi kenapa berani bercakap depan audience that masjid/surau aje? Depan pemimpin, semua ikut budaya "cium tangan". Dengan Mat Rempit pun tak berani nak tegur.
Saya bila pergi surau/masjid, bila penceramah dah nak jadi ahli politik - saya pun angkat kaki la.. Buang masa aje nak dengar. Orang pergi masjid nak tambah pahala... bukan nak tambah dosa dengan mendengar bahan2 fitnah & umpatan.
Kepada ustaz2, fikir2kan la.. jangan berani bersyarah depan captive audience kat surau aje.. Apa kata turun padang & bergaul dengan orang2 yang hidup bergelumang dengan dosa? So that you can entice them to the right path.
Kepada penguasa2 agama, jangan la tak habis2 nak spy orang khalwat aje.. apa kata (benar2) tolong single mothers to get alimony from their ex? Please don't give Islam a bad name.
Lanomeila
Kalau saya yang tulis begitu, tak siapa peduli kerana saya orang kecil. Syukurlah org seperti Datuk telah membuka ruang dan tentu banyak yang menyahutnya. Saya antara yang setuju pemikiran Datuk mengenai Islam dan orang Melayu.
http://suparjo.blogspot.com
baru-baru ni ayah saya pergi ke masjid di bandar tun razak, imam di sana memulakan syarahannya dengan berkata 'marilah kita berdoa untuk kejayaan pkr', sedih betul hati ayah saya memikirkan bahawa seorang yang berpengaruh tinggi seperti seorang imam telah mempergunakan kuasanya untuk berpolitik, dan inilah akan memecahbelahkan masyarakat Islam Malaysia. Masjid adalah tempat untuk semua rakyat Islam, tak kiralah apa ideologi politik mereka. Macam manalah kita hendak bersatu sedangkan satu-satunya institusi yang sepatutnya memelihara kita telah dipergunakan sebegini rupa. Rasanya lebih baik menjadi orang Islam di negara Eropah, kerana masjid-masjid di sana lebih banyak digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan sosial selain daripada untuk mendakwah untuk setiap lapisan masyarakat, tak kira bangsa, politik atau puak. Apa hukumnya jika seorang imam berbuat demikian seperti imam masjid bandar tun razak?
Saya setuju benar Dato'.
Tapi, kenapa cadangan Dato ini tidak dilaksanakan?
Dato' Hisham ni pun sama mcm orang lain agaknya, MALAS MEMBACA!
Yang saya perhatikan pula, mereka bukan tidak gemar membaca, tapi mereka takut untuk membaca.
Salam Dato'
Saya begitu bersetuju dengan pandangan Dato' kali ini. Apa yang dapat diperhatikan di negera kita sendiri khususnya masalah kefahaman dan amalan Islam berlaku dalam semua peringkat daripada pejabat ugama / mufti hinggalah kepada mat-mat lepak akin mat rempit.
Tokoh-tokoh agamawan yang dengan pelbagai gelaran yang diharap mendepani masalah-masalah masa kini lebih suka untuk duduk makan gaji bersantai dikerusi empok walaupun sekali sekala dilihat 'turun padang' untuk baca doa pada majlis keramaian tertentu.
Mat dan Minah rempit (satu ketika heboh supaya gelaran ini ditukar kerana kononnya nama Mat dan Minah merujuk kepada Nabi dan isteri baginda)walaupun ber bin dan binti Islam namun cara hidup jauh sekali daripada Islam malah ada yang lebih teruk daripada orang bukan Islam sendiri.
Ingatlah..hanya Islam yang mampu mengembalikan dan mengangkat martabat bangsa. Islamlah yang mengangkat Bangsa Arab suatu ketika dahulu menjadi bangsa yang digeruni dan hebat. Dan Islam jugalah yang akan mengangkat bangsa Melayu menjadi suatu bangsa yang hebat sebenarnya. Saya tidak pasti apakah ini cukup difahami oleh penguasa ugama dinegara kita kini....
Saya mohon maaf kepada pembahas dan pembaca kerana lambat "moderate" komen sebab saya dalam perjalanan/penerbangan.
Mengenai puasa, saya mula puasa dalam kapal terbang. Sekarang ada di sebuah lapangan terbang berhampiran Malaysia.
Tak sempat berkuta di Malaysia nampaknya.
Sekarang kalau hendak ke bebarapa tempat di dunia, kita kena terbang melalui Singapura atau Dubai sebab Mas sudah batalkan penerbangan ke banyak destinasi, alasannya nak buat untung -- turnaround.
Terima kasih kerana mengucapkan selamat berpuasa kepada saya dan keluarga saya.
Selamat berbuka dan kepada yang bukan Islam selamat membeli belah di pasar Ramadan.
Terima kasih.
Salam Dato'
Saya hanya hendak berkongsi sahaja di sini, s
1) Dahulu dan sekarang memang mcm ni dato'. Pak ustaz diperlukan masa baca doa, tahlil, histeria, dan akhirnya bila nak berkahwin baru nak kenal pak imam.
miqdad
Dato AKJ,
There are two different things you are writing about here, race and religion. Take a look at other races who also practices the same religion and you will also find the differences that crept into the religion from the historical cultural practices of each race.
Those two are not interchangeable, and it's really funny how people here associate the Islamic Golden Age or Islamic Renaissance during the middle ages like they are somehow a part of it.
An example would be IF those of Chinese ancestry in Malaysia glorify paper making or fireworks because it originated in China thousands of years ago, when in fact it has absolutely nothing to do with any Chinese person today.
Or it's like your father is a great person, as you shared, but it does not automatically make you one, it is only through your own efforts in learning whatever he taught you and the personal trials and tribulations you go through as a person that makes you the person you are today.
There is certainly something wrong somewhere as you pointed it out here, and since there are two factors that come to play but only one can be wrong as the other is perfect, then no prizes for guessing which one.
According to the hadith "The ink of the scholar is more holy than the blood of martyrs."
Types of Believers & Types of Disbelievers from Surah Al-Baqarah & An-Nur
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Types of Believers and Types of Disbelievers
Consequently, there are several types of people. There are the believers whom the first four Ayat (2:2-5) in Surat Al-Baqarah describe.
There are the disbelievers who were described in the next two Ayat. And there are two categories of hypocrites: the complete hypocrites who were mentioned in the parable of the fire, and the hesitant hypocrites, whose light of faith is sometimes lit and sometimes extinguished. The parable of the rain was revealed about this category, which is not as evil as the first category.
This is similar to the parables that were given in Surat An-Nur (chapter 24). Like the example of the believer and the faith that Allah put in his heart, compared to a brightly illuminated lamp, just like a rising star. This is the believer, whose heart is built on faith and receiving its support from the divine legislation that was revealed to it, without any impurities or imperfections, as we will come to know, Allah willing.
The Parable of the Light of Allah
`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said:
[اللَّهُ نُورُ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ]
(Allah is the Light of the heavens and the earth.) by His Light the heavens and earth are illuminated. In the Two Sahihs, it is recorded that Ibn `Abbas, may Allah be pleased with him, said: "When the Messenger of Allah got up to pray at night, he would say:
«اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ»
(O Allah, to You be praise, You are the Sustainer of heaven and earth and whoever is in them. To You be praise, You are the Light of the heavens and the earth and whoever is in them. ) It was narrated that Ibn Mas`ud said, "There is no night or day with your Lord; the Light of the Throne comes from the Light of His Face.''
[مَثَلُ نُورِهِ]
(The parable of His Light) There are two views concerning the meaning of the pronoun (His). The first is that it refers to Allah, may He be glorified and exalted, meaning that the parable of His guidance in the heart of the believer is
[كَمِشْكَاةٍ]
(as a niche) This was the view of Ibn `Abbas. The second view is that the pronoun refers to the believer, which is indicated by the context of the words and implies that the parable of the light in the heart of the believer is as a niche. So the heart of the believer and what he is naturally inclined to of guidance and what he learns of the Qur'an which is in accordance with his natural inclinations are, as Allah says:
[أَفَمَن كَانَ عَلَى بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِ وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِّنْهُ]
(Can they who rely on a clear proof from their Lord, and whom a witness from Him recites it (can they be equal with the disbelievers)) [11:17]. The heart of the believer in its purity and clarity is likened to a lamp in transparent and jewel-like glass, and the Qur'an and Shari`ah by which it is guided are likened to good, pure, shining oil in which there is no impurity or deviation.
Allah gave a parable of the disbelievers who think that they have something, while in reality they have nothing; such people are those who have compounded ignorance. Allah said,
[وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَعْمَـلُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَآءً حَتَّى إِذَا جَآءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئاً]
(As for those who disbelieved, their deeds are like a mirage in a desert. The thirsty one thinks it to be water, until he comes up to it, he finds it to be nothing) (24:39).
Allah then gave the example of ignorant disbelievers, simple in their ignorance. He said;
[أَوْ كَظُلُمَـتٍ فِى بَحْرٍ لُّجِّىٍّ يَغْشَـهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَـتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَآ أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِن نُورٍ ]
(Or (the state of a disbeliever) is like the darkness in a vast deep sea, overwhelmed by waves, topped by dark clouds, (layers of) darkness upon darkness: if a man stretches out his hand, he can hardly see it! And he for whom Allah has not appointed light, for him there is no light) (24:40).
Therefore, Allah divided the camp of the disbelievers into two groups, advocates and followers. Allah mentioned these two groups in the beginning of Surat Al-Hajj,
[وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَـدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَـنٍ مَّرِيدٍ ]
(And among mankind is he who disputes about Allah, without knowledge, and follows every rebellious (disobedient to Allah) Shaytan (devil) (devoid of every kind of good)) (22:3), and,
[ومِنَ النَّاسِ مَن يُجَـدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلاَ هُدًى وَلاَ كِتَـبٍ مُّنِيرٍ ]
(And among men is he who disputes about Allah, without knowledge or guidance, or a Book giving light (from Allah)) (22:8).
Furthermore, Allah has divided the group of the believers in the beginning of Surat Al-Waqi`ah (56) and at the end. He also divided them in Surat Al-Insan (76) into two groups, the Sabiqun (those who preceded), they are the "near ones" (Muqaribun) and Ashab Al-Yamin (the companions of the right), and they are righteous (Abrar).
In summary, these Ayat divide the believers into two categories, the near ones and righteous. Also, the disbelievers are of two types, advocates and followers. In addition, the hypocrites are divided into two types, pure hypocrites and those who have some hypocrisy in them. The Two Sahihs record that `Abdullah bin `Amr said that the Prophet said,
«ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: مَنْ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا ائْتُمِنَ خَان»
(Whoever has the following three (characteristics) will be a pure hypocrite, and whoever has one of the following three characteristics will have one characteristic of hypocrisy, unless and until he gives it up. Whenever he speaks, he tells a lie. Whenever he makes a covenant, he proves treacherous. Whenever he is entrusted, he breaches the trust)
Hence, man might have both a part of faith and a part of hypocrisy, whether in deed, as this Hadith stipulates, or in the creed, as the Ayah (2:20) stipulates.
Salam Dato'
Topic yang sungguh menarik bagi umat Islam mengetahui, mempelajari, meniliti, menghayati dan mengamalkan nya.
Tanpa membaca, kita sudah pasti akan melakukan dosa2 besar yang kita tidak tahu dalam kehidupan harian kita. Kita akan ketinggalan kebelakang, baik di dunia mahu pun akhirat.
Di negara ini, ada Ulama' Sufism yang bertauliah, yang mana mereka 'alim (graduated) lebih drpd 10 faculties di University Al Azhar dan juga Damshik (Syria), tetapi kerajaan tidak mahu merujuk kepada mereka.
Kerajaan2 non-muslim di Eropah dan juga Amerika tidak menghalang Muslim Scholars menyebarkan knowledge of Islam (in depth knowledge) di Oxford University UK, University di Belfast dan Indiana Unviersity di United States. Muslim converts di negara2 tersebut di atas malah lebih berpengetahuan dari Melayu Islam di Malaysia.
Kalau kita baca dengan teliti (oepn heart & open mind) drpd tafsir Quran dan Ahadith, barangkali kita dapat narrow down & identify kelemahan yang ada pada diri kita.
Mudah mudahan di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat menegemaskan buku rekord diri kita dengan musahabah diri.
Selamat pulang Dato' AKJ
Dato,
Boleh cerita sedikit keadaan hidup di negara Swiss tu? Kos sara hidup, komuniti muslim, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, pelaburan hartanah dan lain-lain.
Manalah tahu kot2 kalau dah bosan sangat dok Malaysia, nak juga saya pindah pi dok kat sana.
Perihal tajuk perbincangan kali ini, saya tak nak komen. Cuma saya berdoa agar umat Islam di Malaysia ini tidak terlalu fanatik terhadap parti politik hingga bermusuhan sesama sendiri.
Saya setuju dengan tindakan Tuanku Sultan Perak yang mahukan masjid2 dan surau2 bebas dari pengaruh politik kepartian.
Salam Ramadhan pada Dato sekeluarga dan rakan2 pelayar sekalian.
-sinbad-
Sdr Sinbad,
Kalau nak duduk seminggu dua menumpang rumah anak-menantu bolehlah. Tapi kalau bercuti bersendirian dan dengan pendapatan kita di Malaysia, beratlah.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca Wikipedia dan laman web rasmi negera itu.
Tapi kalaulah Switzerland itu negara Islam, ia memang hebat. Negaranya kaya, rakyatnya berdisiplin dan alam sekitarnya bersih menghijau.
Antara pelajaran pertama yang mereka ajar kepada anak-anak mereka adalah sabun tangan selepas ke tandas dan gosok gigi selepas setiap kali makan.
Public transport mereka hebat.Kereta api mereka tetap hingga ke saat.
Menteri dan Ahli Parlimen mereka naik kereta api, trem dan bas. Politik kerja sukarela. Kerajaan pusatnya (Federal Council) ada tujuh orang menteri saja.
Terima kasih.
Salam pada semua,
Umat Islam perlu ubah sikap untuk maju? Yes, it sounds like a tape recording! "Sounds boring..ya ya..i know". That's surely majority of muslims in malaysia would say..including me.
Why? My personal opinion is because we are muslims by birth. Kita dilahirkan sebagai seorang islam tetapi dibesarkan didalam suasana 'islam' yang penuh hipokrit. Pemimpin2 islam didalam kerajaan majoritinya cakap tak serupa bikin. Nama islam tapi penuh dengan perangai yang dilarang Islam. Arak, rasuah, penipuan, kekejaman, ketidak saksamaan, dan sebagainya.
Kedudukan, kekayaan dan pangkat telah jadi 'penghalal' kepada segala kemungkaran. Sebelum kita ubah sikap untuk maju kita kena sedar kekurangan kita sebagai seorang muslim, sebagai seorang pemimpin muslim dalam sebuah negara Islam. Tunjukkan kepada rakyat yang kita telah cuba setulusnya menjadi seorang muslim sejati dan menjadi contoh kepada rakyat. Seadanya...
Bagi saya, perubahan sikap harus bermula dengan penghayatan yang ikhlas terhadap agama Islam. Ini pokok pangkalnya. Kita harus bangga mempraktikkan suruhan agama, bukannya malu menjadi seorang muslim. Suruhan agama bukan hanya solat dan puasa. Suruhan Islam merangkumi seluruh kehidupan. Amal maaruf nahi mungkar juga tuntutan Islam yang wajib. Bercakap benar juga adalah tuntutan yang wajib. Berlaku adil kepada semua rakyat tidak kira apa anutan agamanya adalah tuntutan yang wajib bagi pemimpin dan kerajaan.
Yang haram tetap haram.Arak haram. Fitnah haram.Rasuah haram. Menipu haram.
Bukan susah untuk mengamalkan ajaran Islam. Seperti sebuah keluarga, kerajaan harus bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang betul-betul subur untuk Islam dihayati. Kalau pilih ajaran Islam yang hanya menjunjung tindakan dan prinsip 'kebatilan' demi menjaga kedudukan dan kekayaan, maka sampai kiamatlah negara Islam tidak akan dihormati..jauh sekali untuk maju. Perbezaan kemajuan yang harus diburu oleh negara Islam bukan saja kemajuan dari segi jasmani tetapi juga rohani.
Ya negara Malaysia telah mengorak langkah yang besar kearah negara maju. Dunia telah mengenali Malaysia. Tapi seperti yang selalunya terjadi, kemajuan jasmani tanpa kesuburan rohani tidak akan kekal lama. Kalau 8 tahun dulu saya bangga menjadi rakyat Malaysia, hari ini saya malu untuk mengaku saya orang Malaysia. Bunyi saja gah dengan bangunan pencakar langit tapi jiwa pemimpin dipandang dunia dengan penuh jijik.
Umat Islam di Malaysia perlu ubah sikap untuk maju? Yes, it sounds like a tape recording! But that is exactly an attitude that has brought us down and would continue to push us to the corridor of morally bankrupt nation.
I for one firmly believe that the topic is boring as after 51 years of independance, we are still talking about basics.
:BenciUmnoBongkak
kita perlu berpijak dibumi nyata
www.mencandat.blogspot.com
Assalamualaikum Dato'..
Selamat Menyambut Ramadan.
Saya bersetuju dengan perkara yang Dato' utarakan.
Sememangnya Melayu adalah musuh kepada Islam di Malaysia, kerana Melayu jugalah yang memberikan imej Islam yang tidak baik kepada orang bukan muslim.
Ini kerana Melayu kurang ilmu.. (bukan semualah). Melayu suka enjoyyy.. malas membaca.
Kalau orang kritik Melayu bodo.. marah bukan main. Tapi realitinya, Melayu ketinggalan dan Melayu mesti berubah untuk menjadi bangsa yang dihormati.
Tapi sayangnya, Melayu tiada idola untuk dijadikan contoh.. Pemimpin suka berebut kuasa dan wang.
Datuk,
Islam di negara ini seperti satu simbol. Ya, ianya agama rasmi negara dan ya, setiap kali upacara rasmi akan di adakan bacaan doa, dan ya, kemudahan melimpah ruah untuk umat Islam disini mengerjakan ibadat.
Sedihnya institusi masjid dilihat hanya dalam context ini. Masjid - masjid disini tidak hidup selain di bulan Ramadhan yang menyaksikan umat islam berdoyon-doyon mengerja solat sunat (sunat, Datuk: Yang wajib mereka tak hadir sebelum Ramadhan :)...)
Tak ramai yang menjadikan masjid pusat mandapatkan ilmu. Dan masjid juga tak banyak yang mempunyai koleksi buku - buku ilmuan (Mungkin ada yang boleh menjadi pusat sumber yang saya tidak pernah jumpa.)
Saya masih ingat betapa pelajar dan penganut gama islam di Uni ( Norwich, 1992 ) tempat saya belajar terpaksa berhimpit untuk bersembahyang jemaah kerana yang ada hanya sebuah bilik yang dikenalpasti sebagai surau di situ.
Nak duduk tahyat akhir sukar kerana ketiadaan ruang.
Disini, jangan kan tahyat akhir, nak merapatkan barisan pun jauh sekali.
Islam agama rasmi, tapi mungkin kah ianya rasmi sebagai simbol sahaja?
Wasalam dari saya yang daif dalam ilmu agama.
Salam Dato'
saya ada mencadangkan kepada Dato' tempohari untuk membukukan artikel-artikel yang ada dalam blog Dato' ini.
Saya juga berimaginasi 'kulit buku' yang bakal diterbitkan. Untuk melihat imaginasi 'kulit buku'itu bolehlah melawat ke blog saya:
http://suteramalaya.blogspot.com
saya menyokong dan memahami isi penulis ayahanda sangat tepat sekali , pada pemerhatian saya sejak saya sekolah guru2 yang mengajar agama hanya mengajar satu subjek itu saja kemudian pemikiran dia orang sangat terkongkong sekali sehingga ramai murid2 tak ingin mendekati mereka dan jiwa mereka pun tidak terlalu open sukar untuk didekati.
saya amat setuju dengan cadangan Dato'.
Cuma nak tambah sikit. Sesuatu kena dibuat segera. Kerana zaman sekarang ni budak- budak sekolah kita tidak diajar untuk berfikir. mereka diajar untuk menghafal dan mengingat. Kalau dah main hafal tapi tak faham ilmu yang di ajar maka pelajaran apa sekalipun yang nak dikuasai pasti akan gagal.
Kalau dah budak budak tak pandai guna akal fikiran, senanglah kena tipu. Nanti kemudian habis negara kita terjajah semula.
Sekian dari saya di http://www.alternate-enter.blogspot.com
salam ramadhan buat Dato' & Blogger sekelian,
Isu yang dibawa oleh Dato’ amat menyentuh hati. Saya berhadapan dengan generasi baru di IPT yang jauh dari amalan membaca dan berfikir. Sebagai salah seorang tenaga pengajar di IPT, saya mendapati saban tahun kualiti pelajar IPT semakin menurun. Terus terang saya katakan kadang-kadang darjah pengetahuan, kebergantungan dan cara mereka berfikir tidak ubah seperti pelajar tingkatan 1.
Apa yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita? merdeka sudah 51 tahun, tapi masih teraba-raba tanpa tujuan.
Pada hemat saya, sistem pendidikan yang dilalui oleh dato', sehingga badge terakhir yang menduduki SRP adalah sistem pendidikan bersifat elitist. kenapa elit? kerana yang benar-benar layak sahaja akan dapat meneruskan pengajian, yang kurang layak akan memilih pengajian kemahiran/vokasional. keadaan ini sesuai dengan bilangan universiti yang terhad pada waktu itu. sistem pembelajaran di universiti dahulu lebih berdikari. pensyarah masuk hanya melontarkan idea, pelajar kemudiannya akan berpusu-pusu ke perpustakaan mencari bahan dan melakukan perbincangan. dahulu, tidak ada pelajar yang berani masuk kuliah atau tutorial tanpa persediaan. rentetan daripada itu, pelajar yang menjadi mahasiswa universiti lazimnya terdiri daripada pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berupaya untuk berhujah, mempertahankan hujah dan berfikir secara kritis. pada zaman dahulu juga, kita dapati pengaruh atau unsur budaya hedonisme tidak sehebat hari ini. dahulu, artis sukar untuk membuat persembahan di universiti. banyak halangan terutama daripada pihak pentadbiran dan persatuan mahasiswa sendiri. Pada saya keadaan sebegini sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan cara berfikir dalam kalangan mahasiswa dan menerap budaya mencari ilmu dalam kalangan masyarakat.
hari ini, sistem pendidikan kita bukan lagi bersifat elitist. Kita mengubah kepada sistem demokrasi dalam pendidikan. Kenapa? Kita beralih daripada meniru sistem pendidikan British kepada US. "Education for all" adalah tagline yang menggambarkan sistem ini. justeru, pelajar kita tidak melalui sistem tapisan seperti dahulu. semua pelajar layak menduduki UPSR, PMR dan SPM tanpa mengambil kira pencapaian sebenar pelajar.
Demokrasi dalam sistem pendidikan di peringkat sekolah menengah turut merebak ke IPT. Kerajaan terpaksa menambah bilangan universiti supaya limpahan pelajar yang keluar dapat diserap ke IPT. Secara tidak langsung kerajaan dapat meningkatkan peratusan warganegara yang memiliki ijazah.
Namun, dasar pendidikan kita yang tidak dibuat dengan terperinci dan berhati-hati telah menyebabkan kecacatan output yang sangat ketara. Saya tidak mahu menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh guru ketika ini. Saya kira para guru di luar sana lebih layak untuk memberikan gambaran. Di IPT situasi tidak jauh beza. Tahap pengetahuan am pelajar amat rendah sekali. Bayangkan saya pernah secara lisan bertanya soalan pengetahuan am kepada pelajar. Antara soalannya, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama? Ada pelajar begitu yakin memberi jawapan Dato’ Jaafar Onn. Siapa Ketua Setiausaha Negara hari ini? – Tan Sri Ahmad Sarji. Belum lagi senarai kementerian dan fungsinya. Siapakah Margaret Thatcher, Ronald Reagan? Hampir satu kelas menggelengkan kepala.. Belum lagi soalan-soalan yang lebih tinggi.. bila diberi tugasan, hasil yang diterima jauh daripada yang diharapkan. Rujukan hanya dipilih dalam bahasa Malaysia dan diperolehi daripada sumber internet. Jarang sekali pelajar memilih rujukan daripada buku ilmiah atau jurnal akademik yang berbahasa Inggeris.. Perpustakaan ibarat ubat, mahu dielak selagi boleh. Di dalam kelas sangat mengharapkan nota. Pelajar akan buat aduan atau memberikan penilaian yang rendah atas kualiti pengajaran pensyarah jika nota tidak diberi. Di dalam kelas amat pasif. Lontarlah walau macam mana kontroversi pun sesuatu isu, pelajar jarang untuk respons. Fikiran dan kepala mereka begitu kosong. Belum lagi dinilai daripada penguasaan bahasa Inggeris. Penggunaan he atau she masih keliru, her atau his juga tidak tahu.. aduhh Dato’ kalau begini bagaimana mereka boleh bersaing di peringkat tinggi, berhujah mempertahankan hak, berani bertindak atau membuat keputusan penting demi agama dan negara..
adakah kerana sistem pendidikan kita atau budaya di universiti tidak lagi melambangkan keagungan dan keintelektuan ilmu? lihatlah bagaimana artis keluar masuk membuat persembahan di universiti, majalah hiburan yang menghidangkan cerita terkini para artis berlonggok di koperasi. Ada koperasi universiti yang tidak mahu memasarkan majalah-majalah yang boleh merangsang perkembangan minda seperti Fortune, Economist, Far Eastern Economic Review, Reader’s Digest mahu pun Malaysian Business, Smart Investor kerana bimbang kerugian.
Jika keadaan ini berterusan, kita tentu dapat mengagak apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Moga Allah memberikan petunjuk dan panduan untuk kita ubah kekalutan ini.
NAZA
Salam Dato',
Daripada pemerhatian saya, bukan sikap guru yang menjadi punca sebegini namun berpunca dari kepimpinan peringkat tertinggi itu sendiri.
Masalahnya sekarang berapa ramai dikalangankita umat Islam yang betul-betul mengambil Islam sebagai cara hidup. Siapa dikalangan kita yang betul-betul mengambil iktibar dari kisah Rasullullah.
Rasullullah sudah menunjukkan semua sikap outreach ini sebelum mubaligh kritian berbuat demikian. Lihat kembali perjanjian Hudaibiah (kisah).
Apa yang saya nampak, agenda pihak Inggeris menjadikan umat Islam sebegini. Saya setuju kita perlu kepada pengetahuan ilmu yang tinggi namun peranan pemimpin itu sendiri perlu diubah supaya golongan islam yang berilmu dapat muncul.
Wassalam
Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru
----------------------------------
Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.
Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.
Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keugamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.
Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.
Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seugama sendiri.
Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.
Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.
Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada ugama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keugamaan yang dikutbahkan.
Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Ugama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.
Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.
Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?
http://patek1472.wordpress.com
Salam Dato'
Saya sangat bersetuju dengan artikel dato ini. Demikianlah yang berlaku dalam masyarakat kita, kalau ambik pengajian agama sahaja yang layak bercakap pasal agama sedangkan bercakap pasal agama bukan terletak pada sijilnya tetapi pada pengetahuannya, dan dari mana pula datangnya pengetahuan? Tidak lari dari pembacaan dan pemerhatian. Perkara ini juga berlaku dalam sektor awam, salah satu contoh yang dato' bagi, pendidik agama mesti terdiri daripada yang cemerlang dalam semua pelajaran dan diletakkan dengan pangkat yang tinggi kepada mereka ini. Keadaan ini bukan sepatutnya hanya kepada pendidik tetapi kepada semua pemerintahan sektor awam. Tetapi semua ni tidak berlaku dalam sektor awam, mereka yang diletakkan di pangkat tinggi bergantung kepada skim dan bukannya kemampuan, kehebatan, ilmu pengetahuan dan daya kepimpinan seseorang dan di sinilah wujudnya kepincangan mentadbir.
Dato' dimanakah kita perlu bermula untuk mengubah semua keadaan ini? agar kita semua tidak terus hanyut dan tenggelam dengan keadaan ciptaan manusia ini.
Dato' dan para pembaca,
Mengapa mahu bertelagah dan berlumba-lumba kerana mahu berdakwah dan mencari pemeluk baru?
Mari kita mengamalkan agama kita masing-masing, mendalami agama kita masing-masing dan pupuk kehidupan harmoni dalam kepelbagaian ini.
Salah satu masalah di dunia kita hari berpunca 'pabila ada golongan yang mengisytiharkan bahawa agama dialah yang paling benar, yang terbaik, dan agama lain kurang sempurna, atau membawa kepada kesesatan.
Inilah salah satu punca persengketaan yang harus dielak bersama-sama oleh semua pihak yang terlibat.
Yang harus kita doakan adalah agar seorang Muslim itu menjadi seorang Muslim yang lebih beriman, seorang Kristian itu menjadi seorang penganut agamanya yang baik, dan seorang Hindu itu menjadi seorang penganut Hindu yang sebenar lagi beriman.
Inilah sikap yang harus kita pupuk dengan kesedaran bahawa Allah S.W.T. telah menciptakan pelbagai agama di dunia ini bagaikan pelbagai arus sungai yang berakhir di lautan yang Sama.
Mari kita fikir sejenak, saudara saudari. Apakah berbeza kesolehan dan perasaan di hati seorang Kristian atau Muslim atau Hindu sewaktu dia bersolat atau berdoa dengan sungguhnya kepada yang Maha Esa? Tidakkah sama perasaan yang berputik di hati?
AKJ,
Malaysia antara negara yang memberi ruang yang cukup mantap untuk pembangunan Sistem Kewangan & Perbankan Islam. Dan begitu juga dengan perkembangan Perancangan Kewangan Islam. Cuma apa yang saya buat terkilan didapati lebih ramai orang bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu ini. Umpamanya baru-baru ini terdapat sekurang-kurangnya 70 orang menduduki peperiksaan Perancang Kewangan Islam dan 50% darinya adalah bukan Islam. Saya risau sekiraya trend ini akan berpanjangan.
Datuk,
Saya ingin menyentuh sedikit komentar yang diberikan oleh Seri Indera Melati.
Soal setiap penganut agama mahu mengistiharkan agama mereka yang terbaik tidak menjadi kesalahan, malahan itu yang dituntut oleh setiap agama.
Seseorang itu menjadi Islam, Kristian, Hindu atau Buddha kerana mereka percaya agama yang mereka anuti itu betul dan sempurna.
Kalau mereka tidak percaya agama yang mereka anuti itu terbaik dikalangan agama-agama lain, tentulah mereka akan mencari pegangan yang lain.
Cuma yang salahnya apabila kita mempertikaikan, memperkecilkan, menghina dan mempersoalkan agama orang lain secara terbuka.
Berbincang, berforum secara ilmiyah antara agama, dikalangan orang-orang yang memahaminya juga tidak menjadi kesalahan, malah itu adalah lebih baik untuk mencipta kedamaian di dunia ini.
Apa yang berlaku sekarang ini perpecahan dan perperangan dikalangan penganut-penganut agama yang berbeza adalah disebabkan masing-masing penganut cuba untuk menjadi "hero" kepada tuhannya.
Konsep jihad yang terdapat dikalangan semua agama telah dimanipulasikan oleh kalangan penguasa-penguasa yang bercita-cita menguasai dunia ini.
Tuhan tidak menurunkan nabi-nabinya di dunia ini untuk mengajak manusia bermusuh-musuhan sebaliknya nabi-nabi yang diturunkan adalah membawa pengajaran kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup.
Salamz Dato',
Apa kata jika Dato cuba membawa tajuk ini lebih ke hadapan. Di panjangkan ke dalam pangkuan pihak yang berwajib. Diletak dihadapan mata dan pemikiran umum.
Sistem pembelajaran negara kita sememangnya memerlukan pembaharuan jika bukan sebuah revolusi. Mana mungkin fardhu ain dikekalkan sebagai matapelajaran agama berulang-ulang di peringkat rendah dan menengah? Kegagalan membaca al-quran di kalangan pelajar bukanlah suatu keganjilan lagi hari ini. Siapa yang peduli?
Salam Dato',
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak di perantauan.
Dua posting terakhir Dato' ini amat bersesuaian dgn bulan mulia ini. Saya percaya jika kita tidak dapat berubah dan berhijrah setiap hari baru, bulan Ramadhan adalah bulan terbaik utk kita memperbaiki diri kita setiap tahun.
Umat Islam kita baru sahaja dimalukan akibat tindakan2 yg nampak terburu2 dan membelakangi Islam itu sendiri. Agak malang, kebanyakannya bukan dilakukan oleh musuh2 Islam yg nyata tetapi dicemari oleh penganut yg kononnya mempertahankan Islam hanya kerana ianya agama rasmi Perlembangaan.
Nampaknya agama menjadi permainan dan dipergunakan oleh golongan2 ini apabila tersepit tanpa menyedari agama menjadi mangsa kejahilan sendiri.
Betul kata sebahagian kita di sini - kita mempunyai ramai cendikiawan Islam yg hebat2 dan berilmu tetapi kita jarang merujuk kepada mereka.
"Antara pelajaran pertama yang mereka ajar kepada anak-anak mereka adalah sabun tangan selepas ke tandas dan gosok gigi selepas setiap kali makan."
# Mengenai kebersihan ini Dato', kita akan lebih berhati2 memilih makanan bila kita berada di luar negara. Malangnya di M'sia sendiri, banyak makanan kita diragui kebersihan dan kehalalannya. Saya kadang2 pergi ke rak2 kosher makanan Yahudi di sini dan saya dapati jarang ada kod2 makanan yg biasanya dikaitkan dgn lemak2 atau haiwan yg haram dimakan oleh umat Islam. Kdg2 saya hairan, mengapa kita tidak mampu menjaga makanan kita seperti org Yahudi dgn makanan kosher mereka?
# Kalau hendak dibincangkan lagi memang banyak Dato'. Tetapi cukuplah kalau kita sedar yg kita diperhatikan oleh penganut2 agama lain. Di negara mat salleh ini, mereka hormat kita berpuasa dan mereka kata org Islam hebat. Ada di tempat lain, Islam ditakuti dan ditekan. Malangnya kita jarang sedar, kitalah yg membuat Islam itu hebat dan kita juga yg membuatnya ditakuti atau ditekan.
Anakbuah
Salam, En,. Abdrahman Kasim.
Saya menggesa En. Abdrahman membaca balik apa yang saya tulis dengan baik-baik. Barangkali En. Abdrahman keliru.
Apa yang saya maksudkan adalah:
bahawa punca masalahnya ialah apabila seseorang berkata agama dia lebih baik, lebih sempurna dari agama lain, dan bahawa agama lain itu tidak cukup baik atau sempurna dan adalah jalan yang salah berbanding agama dia sendiri.
Sudah tentu seorang penganut agama tertentu itu akan rasa agamanya itu sesuai dan baik atau sempurna baginya. Ini bukan soalnya.
Soalnya adalah 'pabila kita mula membuat perbandingan lalu memandang rendah atau serong terhadap agama lain, seolah-olah agama kita lebih baik pada amnya dari agama itu. Perbandingan seperti ini tidak rasional dan tidak berasas.
Inilah sikap atau mentaliti buruk yang saya maksudkan.
Harap faham.
Namun saya setuju 100% dengan pendapat En. Abdrahim Kassim bahawa harus kita pupuk keharmonian di masyarakat kita tidak kira agama. Sikap mahu jadi "hero" bagi agama, berjihad tidak tentu arah dan sebagainya seperti diungkapkan En. harus dielak juga.
Sekian...
Salam,
Saya setuju kalau mahu maju atau lebih maju, orang Melayu/Islam di negara ini mesti "ubah sikap" -- tentunya dari yang negatif kepada yang positif.
Tapi perubahan sikap itu tentu tidak akan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada faktor-faktor yang mendorong atau menggerakkannya.
Oleh itu, di samping perubahan sikap, ada faktor lain yang sama penting, atau mungkin lebih penting, yang mesti wujud bersama-sama, yang antara lain untuk menggerakkan perubahan sikap itu.
Di sini saya sebut dua perkara saja. Pertama, peranan pemimpin dan kedua, peranan kerajaan.
Mengenai peranan pemimpin, sebelum perubahan sikap di kalangan rakyat boleh berlaku secara signifikan,mesti ada atau muncul pemimpin (atau pemimpin-pemimpin) yang berwibawa dan mempelopori perubahan sikap itu. Pemimpin yang betul, yang menjadi idola dan ikutan, yang boleh menjadi model, mesti wujud lebih dahulu atau pada masa yang lebih kurang sama.
Kalau pemimpin kita lemah, tidak menunjukkan contoh yang baik, dan sebahagiannya bobrok pula akhlaknya, perubahan sikap yang diharapkan di kalangan rakyat itu tentu sukar sekali berlaku.
Mengenai peranan kerajaan, maknanya dasar dan rancangan kerajaan juga mesti betul dan mendorong kepada perubahan sikap yang betul.
Sebagai contoh,kalau kerajaan tukar bahasa pengantar sains dan matematik dari bahasa Melayu kepada bahasa Ingeris secara serta merta dan terburu-baru, tanpa kajian dan perancangan yang teliti, anak Melayu di kampung-kampung mungkin "jadi bodoh" dan tidak jadi orang pandai, dan tidak dapat bersaing dengan anak bangsa lain.
Ada banyak faktor lain sebenarnya. Tapi dua perkara itu saya anggap faktor asas, yang boleh mendorong atau menghalang perubahan sikap yang betul di kalangan orang Melayu/Islam di negara ini.
really open up my mind...
syabas dato'!!
Salam Dato'
Saya bersetuju dengan pendapat Dato' betapa umat kita tidak berminat untuk menambahkan ilmu. Sistem pendidikan kita tidak menggalakkan budaya membaca untuk menambahkan ilmu.Terkadang bosan bila berbual dengan golongan 30an yang bekerja bagus dan bergaji tinggi tetapi ilmu mereka hanya terbatas kepada apa yang dipelajari semasa di sekolah dan universiti.Mungkin kita perlu mengambil langkah drastik untuk mengubah keadaan ini.Sudah terlalu lama kita membiarkan umat negara kita berada di dalam 'kegelapan'.
Selamat berpuasa kepada semua.
Salam Ramadhan Dato AKJ..
(Sempena Ramadhan al-Mubarak demi meluatnya saya melihat Melayu terus jadi kaum yg cabuk lagi haprak yg mengaku Muslim dan cuba jadi juara Islam sedunia)
Melayu ni kalo betullah nk jadi juara Islam kenalah kembali kepada asas Rukun Islam..bukan cipa versi cemerlang, gemilang, terberang sendiri..
Islam tu produk Allah s.w.t kepada manusia.. just like a manual to operate tools..
Adalah sumbang & bodoh bunyinya meraung2 cuba membela "manual & tools" yg cuba dirosakkan org lain sedangkan "manual & tools" itu sepatutnya digunakan untuk kebaikan sipemilik itu sendiri & domain sekitarnya, tetapi sipemilik itu tidak memahami apa yg diberikan kepadanya yg merupakan ciptaan Maha Hebat! Jahilliah..
"Manual & tools" itu milik Penciptanya..tak usah sibuk2 nk pertahan..bila2 masa Dia boleh ambil balik dari kita tanpa cela sedikit pun pada Nya.
Bagaimana nak operate "manual & tool" itu? Rasulullah s.a.w dah tunjukkan 14 abad dahulu.
"Manual"nya Al-Quran.."tools" itu adalah aplikasinya beserta beberapa "attachment notes" (hadis) ..
Bukan sekadar untuk dilagukan..ibarat kalo seorang jurutera hanya pandai melagukan/membaca "Maintenance Manual" ttp tidak tahu guna utk buat "preventive maintenance" & "troubleshooting" ,tak ke gila ?
Rasulullah dah simplify S.O.P untuk kita jadi umat terbaik - kuncinya ada dlm 5 Rukun Islam:
1. SYAHADAH (Ilmu & Aqidah)- bukan sekadar lafaz sahaja seperti fahaman Melayu tipikal untuk jadi Muslim..
"Aku naik saksi (witness)....tiada.."
apa yg dah diSAKSI untuk mengiyakan lafaz seterusnya??
Untuk mengakui kekuasaan Allah s.w.t & mengiyakan
"Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah"
kenalah lihat bukti2 kekuasaanNya.. untuk memahami & menghayati kekuasaannya kena ada ILMU, ayat wahyu pertama pun "iqraq".. dan seterusnya secara automatik membenarkan apa yg dibawa utusanNya - "Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 190-191)
Tidakkah kefahaman ilmu alam/sains itu dapat mendekatkan kita kpd Pencipta kita?? Merasai & mengakui kekuasaannya?
2. SOLAT (penyerahan) - saya tak reti nk ulas byk2 kerasa dalam solat adalah intipati penyerahan kita kpd Pencipta kita untuk membina kekuatan aqidah & rohani
3. PUASA (Latihan kekuatan fizikal, mental & rohani) - tak perlu dihuraikan kerana berapa banyak manusia di dunia ini yg sanggup mengharungi 12jam lebih tanpa air & makanan dlm apa jua cuaca disamping memelihara perlakuan sbg satu rutin??
Rakan2 bukan Islam tak makan pun merungut tak tahan apatah lg tak boleh minum..
4. ZAKAT (Ekonomi) - ini yg Melayu byk 'FAIL', minda subsidi keterlaluan, rezeki datang dari langit..kalo dlm 100 umat Melayu 'Islam' hanya 10 org yg keluar zakat mcm mana nak mantapkan ekonomi Islam bila 90% lg hidup mcm parasit?? Boleh nak tegakkan Islam tanpa kekuatan ekonomi?
Zakat (versi Melayu) hanya wajib pada yg berkemampuan? Perkara RUKUN ni pun boleh ambil ringan..?
Rasulullah sendiri seorg peniaga berjaya..bina kekuatan ekonomi Madinah, baru perang tawan Mekah..bukan hantar pengebom berani mati..
5. HAJI (kemanusiaan & ummah) - pun FAIL pasal Rukun 4 FAIL..penghayatan haji tu boleh ajar si kepala ego bongkak dlm UMNO/BN ,Pembangkang & sesiapa shj utk kenal hakikat kita manusia ni sama jer kt Masyar di depan Allah s.w.t..tiada beza pun antara hamba-tuan, miskin-kaya..
Matlamat umat Islam tu sama..penyerahan kpd Allah & memperoleh "peace" ..Salam..Islam...Ad-Din diduia & akhirat..win-win situation.
- Kalo lengkap quality 5 Rukun Islam ni, dah pasti Melayu jadi umat Islam..umat terbaik..
semua ada (macam2 ada).. kekuatan ILMU, AQIDAH, FIZIKAL, EKONOMI, PERPADUAN..
Saya sendiri hampir 3 dekad hidup bila fikir balik ttg tuntutan Rukun Islam ni pun masih berusaha kuat & rasa takut nak mengaku sudah jadi Muslim sejati, apatah lagi nk jadi juara Islam seperti sesetengah makhluk itu.
Pasti ada juga yg rasa saya ni dah songsang walhal mereka tak faham bahawa Islam itulah yg membawa Melayu naik di Nusantara sebelum dijajah...
(apalah agaknya dosa nenek moyang kita di waktu puncak kegemilangan mereka sehingga tulah laknat masih melekat belum hilang kpd anak cucu mereka hari ini...)
Jawapan kemurtadan org Malayu adalah diatas..tak perlu tesis PhD kerana merekayg murtad dah FAIL sejak dari Rukun Pertama..
Requote again from last post :
Wahai Melayu ..Islam itu tidak diturunkan untuk diselamatkan oleh kamu kaum yg haprak lagi cabuk..
malah ia diturunkan untuk menyelamatkan kamu & semua umat manusia jika kamu benar2 berusaha memahaminya untuk menjadi umat terbaik.
Manusia lahir sama sahaja, hanya ilmu & amal membezakan kita Islam atau tidak..bukan automatik (refer An-Nahl:78)
Wallahualm & Wasalam..
Salam Ramadhan & Syawal 1429H
Saya dilahirkan di Singapura, dibesarkan di Singapura dan sebahagian besar hidup saya melalui proses pendidikan di Singapura.
Seperti Datuk A Kadir Jasin, saya juga pernah melalui alam persekolahan yang diasaskan oleh para mubaligh Kristian.
Pada hari ini, sebagai salah seorang anggota kaum minoriti, saya masih seorang Muslim. Dan insya-Allah, akidah saya ini masih belum goyah.
Saya setuju dengan kata Datuk, bahawa banyak yang masyarakat Islam boleh pelajari daripada masyarakat bukan Islam, tetapi mengikut acuan kita yang sesuai.
Misalnya, aktiviti dakwah Islam yang berunsurkan "ala-outreach" seperti yang dilakukan oleh para aktivis Kristian, sebenarnya telah dijalankan di sesetengah kampus di serata institusi-institusi pengajian tinggi di Singapura khususnya, oleh para pelajar Muslim di republik tersebut.
Cuma sebagai aktivis pelajar, mungkin cara "outreach" yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Muslim ini agak terbatas kerana kurang bimbingan, masalah tenaga kerja yang mencukupi, kekurangan bajet dan juga suasana aktiviti pelajar yang agak lesu.
Rata-ratanya, masyarakat Timur, baik di Malaysia, Singapura, Jepun, Cina, Korea dan sebagainya begitu menekankan sistem pembelajaran yang agak pasif - "rote learning".
Maka pada hari ini, kita terpaksa mengajar anak-anak kita untuk berfikir secara lebih kreatif, dan menyemai mentaliti "think out of the box".
Adalah salah untuk menganggap masyarakat Melayu alpa akan kepentingan ilmu. Cuma malangnya ramai daripada masyarakat Melayu yang kurang meletakkan keutamaan di dalam memanifasikan budaya ilmu di dalam diri mereka dan juga keluarga masing-masing.
Orang Melayu terkenal sebagai suatu bangsa yang "house proud". Lihat sahaja bagaimana masyarakat Melayu menghias rumah apabila Syawal menjelang umpamanya.
Tetapi berapa banyakkah rumah-rumah Melayu yang sarat dengan perabot yang serba cantik dan mewah dilengkapi dengan bilik yang dikhaskan sebagai "mini library" atau bilik membaca/perpustakaan?
Dan di pesta-pesta buku di serata Malaysia dan Singapura, berapa ramaikah masyarakat Melyu kita yang berpusu-pusu mencari buku-buku rujukan untuk diri mereka dan juga anak-anak?
Sebaliknya apa yang laris di pasaran sekarang ini adalah buku-buku roman picisan dan juga yang berunsur hiburan, mistik dan pelbagai bahan bacaan ringan.
Dari segi pengurusan wang pula, berapa ramai di antara kita yang sanggup mengkhaskan sebahagian daripada wang gaji kita untuk membeli buku-buku atau bahan bacaan untuk keperluan sekeluarga pada setiap bulan?
Tidak dinafikan bahawa di kalangan anak-anak Melayu kita yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Semakin ramai juga anak-anak Melayu yang berjaya mengukir nama di dalam bidang pelajaran dan juga bidang-bidang profesional yang lain. Tetapi lebih ramai yang tersungkur dengan sikap hedonistik akibat budaya pop yang begitu hebat melanda.
Namun apa yang paling membimbangkan saya adalah sikap masyarakat Melayu yang semakin kurang mengikut resmi padi. Ramai daripada kita yang megah dengan limpahan material dan juga teknologi yang kita perolehi.
Ramai daripada kita yang menganggap diri kita sudah cukup pandai, sehingga sifat "humility" itu semakin terhakis di dalam jiwa kita.
Manakala bagi masyarakat Melayu yang terpingir dari segi ilmu, ekonomi dan juga material, mereka lebih suka melepaskan geram dengan berdemonstrasi di jalanan.Pada mereka, semuanya hendak dituntut keadilan sedangkan mereka tidak adil terhadap diri mereka sendiri.
saya bersetuju dengan artikel ini. benar, ianya bukanlah topik yang baru, tetapi paradigma sekarang ini amat susah untuk diubah, jadi kita patut memastikan perkara ini sering dibangkitkan. saya bukanlah seorang yang sangat terpelajar dalam bidang agama. kepakaran saya dalam bidang sains, tetapi walaupun saya kurang gemar mendengar ceramah agama saya amat gemar membaca buku-buku agama terutama yang ditulis oleh tokoh2 agama di zaman kegemilangan islam, seperti Imam al-Ghazali. malah sejak bapa saya memberikan Quran yang tertulis terjemahan bahasa Inggeris di sebelah bahasa Arab, banyak yang saya pelajari tentang agama islam hanya dengan membaca terjemahan itu dan membaca hujah terperinci tentang perkara-perkara yang saya sangsikan. tetapi saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa ramai sahabat-sahabat muslim saya yang saya fikir lebih islamik daripada saya, sebenarnya tidak tahu apa yang tertulis dalam al-Quran dan apa yang sebenarnya bukan (iaitu selain daripada itu sama ada diajari Nabi melalui sunnahnya, apa yang dilaporkan sebagai hadis, dan apa yang tidak ada asas langsung, dll.). sedangkan terjemahan al-Quran ada di mana-mana.
saya fikir keadaan ini langsung tidak ideal. kurangnya kefahaman agama yang diperolehi sendiri (dan bukan hanya ikutan atau dengar cakap-cakap seseorang tokoh tertentu) menyebabkan orang kita tidak tahu hak-hak mereka di sisi islam, tanggungjawab etika sebagai seorang islam, dan sebagainya, serta mudah diperdaya oleh pengajar ajaran-ajaran sesat.
Nuraini
Saya setuju sangat dengan pandangan Datok. Apa yang berlaku pada masa kini adalah sikap memisah-misahkan medan keilmuan dan begitulah juga skop kerja. Sebagai pendidik, saya setuju bahawa titik mula perkara ini datangnya dari sekolah. Contohnya sekolah saya, sebuah sekolah berasrama penuh integrasi. SBPI diwujudkan untuk mengintegrasikan medan keilmuan antara aliran agama, sains, sains teknikal dan sebagainya. Namun malangnya golongan ustaz-ustaz kebanyakannya diberikan skop kerja membaca doa, menjadi imam dan hal kerohanian. Hanya sebilangan menjadi jurulatih sukan dan ICT. Dari segi gerak kerja, kalau tamrin/usrah disinonimkan dengan ustaz (selalunya)dan jika urusan lain seperti debat, pertandingan kerjaya, pertandingan rekacipta, ustaz tidak dilibatkan dan yang terlibat ialah guru sains, guru kaunseling, guru bahasa dan sebagainya. Saya sendiri sebagai guru kaunseling dipinggirkan jika sekolah mengadakan tamrin/usrah seolah-olah saya bodoh dalam agama. Selagi pensekularan dan peminggiran ini dilakukan oleh pentadbir sekolah khasnya sekolah sebegini, impian seperti datok maksudkan sukar dicapai.
Post a Comment