Monday, October 13, 2008

Keahlian Terus BN Bukan Perkara Baru

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ALHAMDULILLAH, sejak mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan mempercepatkan peralihan kuasa, banyak pula idea-idea baru dan “secondhand” yang Abdullah Ahmad Badawi lontarkan.

Katanya dia tidak akan bercuti sebelum bersara kerana dia hendak tumpukan baki lima bulan itu untuk membuat reformasi kehakiman, polis dan Badan Pencegah Rasuah, antara lain.

Saya tidak mahu kata apa-apa walaupun dia sudah menjadi Perdana Menteri selama empat tahun 11 bulan. Niat yang baik Allah Taala bagi pahala dan kita kena sokong.

Cuma saya nak cakap sikit lagi fasal sejarah. Sejarah ni penting. Tetapi ramai juga marah bila kita bercakap mengenai sejarah atau menegur pembesar berlandaskan sejarah.

Macam dalam “posting” lalu, ramai yang marahkan saya kerana saya bagi nasihat yang tidak diminta kepada Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Ada yang tuduh saya benci Mohd Najib kerana tak dapat projek. Ada yang kata saya dah nyanyuk. Ada yang kata saya ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ada yang komen, hidung tak mancung lebih baik dari hidung silikon. Aduh, macam-macam.

Saya dah cuba jawab dalam ruangan komen. Tapi ada satu yang saya lupa. Saya menang ada minta sesuatu yang sangat besar daripada Mohd Najib.

Tetapi bukan saya seorang saja. Turut berjumpa Mohd Najib untuk membuat permintaan yang sangat besar itu adalah beberapa orang pengarang Melayu yang sedang berkhidmat dan sudah bersara (atau dibersarakan).

Kalau tidak silap saya pada tahun 2004 atau 2005 dan kami berjumpa Mohd Najib di pejabatnya di Putrajaya. Permintaan kami adalah:

“Tolong jangan hapuskan falsafah, semangat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru walaupun tempoh DEB sudah lama berlalu. Pertahan dan perkukuhkan pelaksanaan keadilan sosial (social justice) seperti termaktub dalam DEB. Jangan sekali-kali ketepikan kepentingan kaum majoriti kerana mahu menjaga hati kaum minoriti. Berhati-hati terhadap tindak tanduk golongan liberal dalam Umno.”

Pada waktu itu, timbul cakap-cakap di kalangan sesetengah pemimpin setahun jagung dan berhingus dalam Umno dan dalam Pentadbiran Abdullah yang menganggap dasar ala DEB dan agenda Melayu sebagai sudah ketinggalan zaman.

Kalau Mohd Najib tak terima nasihat saya atau tak pun baca apa yang saya tulis, tak apa. Saya akan kata apa yang saya rasa saya perlu kata. Namun saya gembira begitu ramai membaca dan memberi komen.

Oh ya, kalau nak komen, tolong bagi nama. Nama samaran pun tak apa. Kalau nama sebenar, lagilah cantik. Komen “anonymous” saya tolak.

(Saya pun bagi nasihat yang tidak diminta kepada seorang pembesar Umno yang akan bertanding pemilihan parti Mac ini dan isteri beliau (yang ayu) ketika menghadiri rumah terbuka mereka.)

Berbalik kepada Perdana Menteri yang akan bersara, dia juga mencadangkan, ketika membuka mesyuarat agung dan perhimpunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, agar Barisan Nasional mewujudkan keahlian terus (direct membership).

Dia mencadangkan agar ditubuhkan Kelab Barisan Nasional bagi membolehkan orang yang tidak berminat menganggotai mana-mana parti komponen BN untuk menjadi ahli terus BN.

Kalau kita menjejaki sejarah, cadangan Abdullah itu bukan sesuatu yang baru atau luar biasa.

Parti Perikatan, yang berupa pendahulu kepada BN, mengamalkan kaedah ini. Dalam Perikatan, seseorang itu boleh menjadi ahli terus tanpa perlu menganggotai parti komponennya.

Tetapi sistem ini tidak diteruskan apabila Perikatan (Alliance) digantikan oleh BN pada tahun 1973.

Sejak itu, cadangan keahlian terus BN ini telah dibangkit berulang kali tetapi tidak mencapai sebarang kemajuan.

Cadangan ini, jika dilaksanakan, mungkin baik bagi BN dalam erti kata orang yang tidak suka atau marah kepada parti-parti BN masih boleh menjadi ahli dan menyokong BN.

Tetapi ini boleh memberi masalah kepada parti-parti komponen kerana akan menyukarkan usaha mereka menambah ahli atau, lebih buruk, ahli mereka keluar untuk menjadi ahli terus BN.

Ini tidak mustahil terjadi memandangkan penolakan terhadap parti-parti BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dan krisis yang sedang mereka hadapi.

Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa cadangan keahlian terus BN ini satu masa nanti akan mengubah BN menjadi parti pelbagai kaum bagi menggantikan parti-parti komponen yang berasaskan kaum.

Atau, mungkin juga seperti banyak cadangan dan rancangan Abdullah yang lain, ia akan menderita keguguran atau terbantut seperti cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (yang diuar-uarkan oleh bekas Menteri di JPM, Zaid Ibrahim).

Macam mana pun, kita terimalah niat Abdullah yang baik itu. Yang baik kita kata baik, yang tak baik kita kena kata tak baik. Orang tak suka, itu cerita lain.

45 comments:

Anonymous said...

Dato'

Mungkin ahli Kelab BN adalah mereka yang meyokong perpaduan, kerjasama, hidup harmoni dan sama2 membangunkan negara. Mereka ini tidak sesuai masuk kedalam mana2 parti politik BN (UMNO, MIC, MCA, PPP etc) kerana keahlian parti politik mewajibkan ahli biasanya menjadi pak turut, buta hati pada penyelewengan, rasuah kecil-kecilan (duit kopi) dan sebaginya. Manakala pemimpin parti2 BN mestilah pekak dengan teguran rakyat, buta mata dengan masalah rakyat, bolot apa yang dianugerahkan kerajaan dan sebagainya.

Ahli kelab BN tidak yakin dengan PKR tetapi tidak mahu bersubahat dengan parti2 komponen BN... mereka inilah yang tidak mengundi BN tempohari

Bye/Roti Planta

-WADAH- said...

Kenapa nak bypass-bypass ?

Assalamualaikum semua

Penulis kira pembahas-pembahas terdiri daripada pelbagai golongan umur, ada yang muda seperti penulis, ada yang dah berumur sedikit dan mungkin ada yang veteran. Ada yang mempunyai pengalaman sebelum dan semasa merdeka (kalau adalah...) dan ada juga yang mempunyai pengalaman 13 Mei dan ada yang tak ada pengalaman langsung (macam penulis...)

Tapi apabila kita semakin tua, jantung pun sudah tidak kuat, salur darah pun dah banyak tersumbat sini sana, itulah yang terkena aterosklerosis; pemendakan atheroma (macam kolesterol, darah beku) di salur darah. Sudahnya, seseorang itu boleh kena serangan jantung atau lebih pilu lagi boleh kena strok (angin ahmar).

Semua dek apa yang kita makan semasa muda; dibawa sampai ke tua. Jadi, sesiapa yang hendak melantak sakan di rumah terbuka, fikir-fikirkanlah pasal kesihatan kita; anda mampu mengubahnya!

Kalau sudah kena atherosklerosis, salah satu remedinya ialah bypass. Ideanya ialah kita buat saluran baru bagi menghubungkan saluran darah di kawasan yang tersumbat. Maknanya kalau saluran yang sudah tersumbat itu lurus, kita pencongkan aliran darah menggunakan saluran artifisial untuk peredaran darah yang lebih baik.

Tetapi, buat apa kita dok sibuk nak buat bypass kalau tak perlu? Kalau sudah tak tersumbat, buat apa nak bypass? Bukankah lebih baik jalan lurus (straight foward) sahaja ? Buat bypass ini, risikonya tinggi. Boleh mati kalau tak kena gaya. Jadi, kalau sudah memang tidak nampak sebarang masalah pada jantung, buat apa nak buat benda yang berisiko?

Begitulah anologi keahlian dalam BN... Fikir-fikirkanlah.

Wassalam

Anonymous said...

askm,
hati kecil saya kata Datuk telah beri nasihat pada anak Tun Husin Onn,kalau benar baguslah dan memang tepat.dia tak ada kualiti sebagai pentadbir dan perancang masa depan Melayu dan negara.

saya juga harap nasihat yg Datuk beri utk Najib dihantar secara peribadi ,kalau kalau dia lupa atau tak ada masa baca blog ini.

corrigenda.

Anonymous said...

I wish to point out that the Orang Asli, not the malays, are the original inhabitants of Malaysia. Most of the malay Malaysians came from Sumatra and other parts of Indonesia. They only migrated here much earlier than the Chinese and Indian Malaysians. It does not mean they deserve privileges or rights just because they were the pioneer immigrants.

It is true that there have been abuses under the name of malay special rights and it is the duty of the malays in particular, and all Malaysians in general, to stop it so that the rightful malays get their rights, and the non-malays get their rights as citizens of this country.

It is a sad thing to say, but I do believe the main thing that is holding back malays is not the Chinese or the Indians, but the malays themselves. That is why Badawi and Mahathir have been quoted as telling to throw away crutches and work hard to face the challenges of globalisation.

The malay and others of the same mind should learn to stand on their own feet rather than claim for special rights and privileges. The world is becoming globalised and if they don't change their attitude, they will only become beggars in their own country.

As for the malays who insist on hiding behind the veil of malay special rights - you have lost the respect of non-malays a long time ago.

We also suspect that the current situation will, unfortunately, get worse if no action is taken now. Why? Because our kids in school hardly mix with each other. They will grow up with little understanding of their fellow Malaysians, and with the suspicions that exist, it will be worse.

The truth of the matter is that polarisation in Malaysia is caused by the discriminatory practises of the government - especially after the NEP - rather than vernacular education.

The NEP is upheld for the rich and not the poor in Malaysia.

Whether we admit it or not, the problem is that the special rights and privileges given have now resulted in only a selected few malays getting richer and richer. The bulk of the malays, especially in the rural areas are not benefiting from the system.

Poor people are poor people, rich people are rich people - no matter which race they come from.

The poor in Malaysia must be served but I am sure all taxpayers feel that this should be done in a manner which is blind to age, ethnicity, gender and religion.

What is wrong with extending help to all deserving citizens based on merits and needs regardless of race?

The Malaysia problem is that rich do become richer. And because of the political system, the players are the same.

Out of control - this is all I can say about any type of enforcement and the level of corruption in Malaysia. No idea what Badawi has done in his four years in office but judging from the ground, I guess nothing much.

If you have ever heard of the simple saying, "Give a man a fish, he eats for a day, teach him how to fish and he eats for a lifetime." you will realise that many non-malays have learned how to fish but the government is still handing out fishes to the malays. One day the fish will run out.

If you want to say discrimination is here in the US, yes, of course it is. Can you name a country where it doesn't happen? But let me tell you one thing - if you go looking for it, you will find it. But in Malaysia, you don't have to go look for it because it seeks you out, slaps you in your face every which way you turn, and is sanctioned by law!

Official figures have more than one million Chinese Malaysians emigrating over the past 25 years. Why did they emigrate? I am sure the government knows.

For most professionals, living abroad has its own ups and downs. But you get dignity, fair treatment and respect for your ability. You get a voice too. And ears to hear you.

Brain drain by the tank-loads is what we get. Every single year, Malaysia loses people who could potentially contribute to the country immensely.

So malay, you may keep your rights and perpetuate them. Such things are archaic. Who loses in the end? Your country, which should have been a first world one by today.

I sympathize with those that have benefited from the NEP, but the bad news is that the price he pays for his progress is much higher than what he pays for his benefit.

These special rights and privileges were once a necessity for them to move forward. Today, after many decades, they find themselves still standing in the same place.

It is a shame that our history has been constantly twisted so that our younger generation has no understanding of Malaysia's foundation and its true aspiration.

It is arguable that if not for the contributions of the Chinese and Indian Malaysians who helped in the development of this country tremendously, Malaysia would probably be in same category like Indonesia or the Philippines, if not worst.

To improve the malays lot, more have to be made to work in private companies where competition is real and what count is your ability. If special rights only help malays to become government servants, then all the more reason not to invoke special rights.

But of course, the present ruling elite drunken with wealth, will continue to fight this dream to ensure that Malaysia is kept divided so that BN can continue to rule.

Alternatively, Malaysians may begin to realise the dream of a new Malaysia.

The bitter truth is that the majority of this nation don't see the need to change things yet and until then, we can do little about it.

The bottom line with present day globalisation is this: compete on a level-playing field or you will lose. Plain and simple.

Raison D'etre said...

Datuk,

Selalunya "better late than never" dalam hal ini tapi bolehkah Abdullah buat macam - macam yang dia cadang (ye ke?) dalam masa yang singkat ini?

Terlalu banyak yang dia janjikan yang tak nampak hujung mahupun pangkal, jadi susah sikit orang nak ambik stok bila janji - janji terus dibuat.

Kalau jadi, alhamdullillah, tapi kalau tak dak pa2 sebab daripada dulu dah cam tu.

Apa pun, lima bulan terlampau lama di dalam keadaan ekonomi dunia yang makin nazak.

Tanggapan penyelidik, "crunchtime" adalah tahun ini, jadi takkan waktu crucila tak dibuat apa - apa strategi supaya negara tak terlampau terdesak situasinya.

Entahlah, Datuk.

Depa (pembesar seperti kata Datuk) semua ada penasihat yang pandai - pandai yang lebih tahu.

Wasalam.

ChengHo said...

asas demokrasi adalah Majority Rule
lihat kepada pemilihan parti Gerakan calun melayu kalah kenapa?

Nordin said...

Masalah utama BN bukan masalah struktur, tetapi kredibiliti pemimpin. Parti hanya menjadi kuda tunggangan untuk mencapai matlamat peribadi. Slogan dan wawasan dijadikan lagu dan 'zikir' untuk mengelirukan orang ramai dan meraut penyokong.

Peraturan dan undang-undang dijadikan alat untuk mengekal dan mempertahankan kuasa. Jentera kerajaan dan harta kerajaan di anggap milik peribadi yang boleh di'faraidkan' sesama sendiri.

Dan lebih malang,pemimpin membina dinasti feudal baru melalui kepimpinan politik. Ahli dan orang ramai hanya layak menjadi 'hamba'. Oleh sebab itu apabila pemimpin apabila bercakap seolah-olah memberi titah kepada orang ramai. Cakap mereka menjadi fatwa dan hukum. Pandangan warga dipersetankan. Penentangan adalah dosa yang tak terampun.

Kemerdekaan memberikan semua rakyat dan raja sebagai pemilik bersama negara ini, masing-masing bertindak mengikut perlembagaan.Namun pemimpin politik mengambil kesempatan menobatkan 'raja' baru dalam masyarakat.

Kesan daripada itu berlakulah apa yang telah berlaku. Apakah perubahan struktur dapat merubat dan penawar kepada penyakit ini?

Anonymous said...

saya menyokong kata2 tuan kadir,bagi saya PM Abdullah telah cuba sedaya upaya menyembunyikan pekara yang dia fikirkan rakyat tidak akan nampak,tetapi semakin disorok dengan mencanang kesalahan orang lain semakin nampak kesalahan diri nya sendiri. walaupun tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk dia meninggalkan kerusi selesasnya,saya tetap tidak dapat terima akan janji kosong nya utk membuat beberapa perubahan lagi,sedangkan banyak pekara yang memerlukan masa yang lama untuk di buat perubahan,beliau juga terlalu yakin yang TPMnya akan meneruskan perubahan yang dicanangkan,sedangkan beliau sendiri telah banyak merubah dan membuang semua usaha yang cuba ditinggalkan oleh mantan PM mahathir untuk diteruskan,ternyata semua ini bagaikan kata2 kosong yang akan membuatkan rakyat rasa mual. (Izz_Taiping)

Anonymous said...

sebelum kita buat keahlian terus kepada BN, mari kita lihat report card setiap ahli-ahli dalam BN.
- Mana satu parti dalam BN yang berjaya meraih sokongan paling besar dan sekaligus membawa BN sekali lagi menarajui negara?

Jadi, adakah wajar menolak parti yang paling banyak menolong BN dengan cuba menghapuskan parti itu sendiri dan menguntungkan parti yang tak bawa apa apa keuntungan?
Janganlah kerana leka untuk menjadi parti majmuk sehinggakan kita buang asal usul kita.

Mahukah parti yang tidak menuntungkan ini menerima cadangan yang sama jika mereka sendiri berjaya dan UMNO sendiri dalam kesusahan?
Tepuk kepala tanya la selera!

melayu-gagal

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sabar separuh dari iman. Dalam tempuh sebulan Ramadhan, kita telah berlatih untuk bersabar. Dan sabar itu tidak hanya sekadar diamalkan untuk bulan itu sahaja.

Berbalik kepada isu keahlian terus BN. Saya merasakan ianya satu cadangan yang tidak relevan dan terbuka kepada kerosakan.

Jika tidak berminat kepada ideologi mana-mana ahli komponen BN (tentunya banyak pilihan ideologi kerana BN dianggotai oleh begitu banyak komponen), kenapa perlu menjadi ahli?

Ia hanya akan sekadar membuka peluang kepada mereka yang mahu memohon menjadi kroni sahaja.

Masa adalah 6 bulan sahaja sedangkan dakwa Pak Lah begitu banyak kerja-kerja besar yang mahu diselesaikan. Tak perlulah Pak Lah membuang masa lagi.

Dengan penyelesaian beberapa isu itu pun sudah dapat menaikkan saham UMNO dan BN dimata rakyat. Itupun sudah cukup besar sebagai hadiah perpisahan dari Pak Lah.

p/s jika light sweet crude mencecah USD72, harga petrol akan diturunkan keparas RM1.92.

Mudah-mudahan Menteri Kewangan sedar, langkah pengukuhan ekonomi negara dalam menghadapi kegawatan dunia tidak seharusnya terhenti di situ sahaja.

Stimulasi kepada aktiviti ekonomi terutamanya sektor pertanian/pemakanan dan meluaskan sumber pendapatan negara bagi mengelakkan pergantungan kepada sumber pendapatan tradisi juga sama pentingnya.

kucau said...

Assalamualaikum Dato` AKJ,

Sedikit sentuhan Dato berkaitan DEB dalam posting ini menyentuh hati saya. Amat benarlah semangat DEB harus diteruskan jika orang melayu hendak terus sustain dan berjaya. Walaubagaimanapun saya berpendapat 2 dasar dalam DEB kepada org melayu haruslah berubah seiringan dengan perubahan yg ada. Ubah tapi bukan hentikan dasar ini.

1) Jika pada tahun 70an 80`an konsep DEB lebih berteras kepada konsep payung , saya raya ini perlu diubah sedikit. Saya melihat banyak melayu yg mudah lupa ini diberi payung yg mudah tidak memberi "lindungan" kepada melayu yg lain. Ramai yg memayungi sanak saudara sendiri. Tidak ramai Syed Mokhtar Albukhari dan Nazamuddin. Ini tidak dpt tidak menyebabkan ada golongan melayu ( professional, berjaya atau tidak ) yg tidak secara terus mendapat faedah ( walaupun sebenarnya mendapat faedah dari dasar pendidikan DEB ) telah bangkit menentang kerajaan kerana rasa relatif diskriminasi.Faktor ini janganlah ditolak terus oleh kerajaan.

2) Dasar pendidikan yg memberi pendidikan kepada org melayu dan berharap mereka ini akan keluar dgn sekeping kertas dan bekerja makan gaji harus segera diubah. Pada masa dulu, ramailah golongan melayu kelas pertengahan terhasil dari dasar ini.Apabila kerajaan membuka pendidikan kepada semua rakyat Malaysia dasar ini menjadi kurang berkesan. Prejudis kaum yg menebal pada masa sekarang lahir dari pilihanraya yg lepas boleh dilihat menutup peluang graduan melayu utk bekerja di sektor swasta. Perlu diingat bahawa jumpah ekonomi yg besar ini dipegang oleh bangsa lain. 30% pegangan melayu pada syarikat tersenarai tidak langsung membantu kerana sejumlah besar duit berpusing pada syarikat2 sdn bhd yg tidak tahu kita nilai mereka. Apa perlu bangsa lain ini menggaji anak2 melayu yg diprejudiskan lemah, tidak bijak dan mesti tahu berbahasa mandarin ( alasan sahaja?) utk bekerja dgn mereka. Paling tidak ambillah satu dua utk menutup lubang perkauman. Ataupun ambillah ramai tukang taip atau tukang sapu melayu, maka selamatlah syarikat itu dari hukum perkauman. Ini mmg berlaku dan janganlah ada diantara kita menutup mata. Perjudian kerajaan yg meningkatkan pengambilan graduan melayu untuk "mengimbangi" graduan bangsa lain mungkin akan makan diri. Jika ini berterusan kita bukan akan berjaya mengimbangkan graduan melayu tapi menambah golongan menganggur melayu. Dasar utk mengubah graduan melayu menganggur ini berniaga agak sukar kerana mentaliti bukan perniagaan yg menebal DAN Hutang PTPTN yg bertambah setiap tahun dengan bunganya itu. Bertambah teruk pula ialah pie ekonomi yg semakin mengecil adalah seperti meletakkan garam ke luka. Jika "kanser" yg menebal ini tidak disekat, maka dalam masa 20/30 tahun lagi kita boleh melihat anak2 golongan pertengahan ini akan kembali kepada golongan bawahan dan kita kembali kepada pre 1969.

Kebimbangan saya semakin menebal kerana saya rasa kedua2 faktor ini tidak difikirkan oleh pembesar2 UMNO. Mereka telah "detached" dari golongan bawahan dan pertengahan dan lebih minat mengekalkan kuasa dan ekonomi sendiri. Saya semakin risau kerana yg berjaya didalam pemilihan2 UMNO skrg adalah golongan kontraktor dan perniagaan. This "detachment" semakin meluas dek rasa tamak dan tidak paham golongan melayu yg secara besar MASIH lagi di kampung2. Perlu diingat antara sebab lahirnya Dilema Melayu adalah kerana "nature" pekerjaan Dr M pada masa itu yg secara terang berdepan dgn masaalah melayu secara berdepan. Beliau amatlah "attach" dgn melayu ketika itu.

Saya berpendapat DEB perlukan "tweaking" dimana melayu perlu mengambil alih ekonomi bukan dengan konsep payung dan pendidikan SAHAJA. Tetapi building block perniagaan melayu itu haruslah dibentuk dari block yg kecil2. Setiap individu melayu perlu keluar dari sangkar mentaliti ini.

Dato AKJ , saya hanya boleh menulis apa yg saya lihat dan rasa. Saya tidak penting, yg penting apa yg saya tulis itupun jika dato rasa itu benar. Harap dato boleh salurkan kebimbangan ini kepada mereka yg berkenaan.

Salam

Dr Yusri
Rompin

Anonymous said...

Dato',

Ada hikmahnya kita tidak tahu bila kita akan mati. Andai kita tahu bila kita akan mati lambat lagi maka kita akan berpoya2 dan lupa segalanya. Tapi bila kita tahu saat kematian akan tiba sat lagi maka kita insaf, ingat anak bini, ingat dosa-pahala, ingat nak buat kebajikan dan ingat janji2 kita yang belum kita tunaikan. Jadi bila PakLah ditetapkan saat kematian politiknya maka baru dia tersedar bahawa dia hanya ada lima bulan untuk menunaikan segala janjinya dulu. Baru nampak ramai rakyat jelata yang terhimpit. Baru tahu ramai rupanya orang tak suka BN.

Jadi ini masanya dia mendedahkan segala azam dan cita2nya nak buat itu, nak buat ini. Bagilah peluang untuk dia buat untuk kali terakhir. Saya juga ingin mencadangkan sempena pertabalan sebagai Bapa Demokrasi agar dia membersihkan undi hantu dalam senarai pemilih, hapuskan kuota pencalonan UMNO, budaya ugut-mengugut kepada pengundi, rasuah pilihanraya (Umno jangan buat maka parti lain pun tak buat ler) dan bla2....

Sempat ker lagi?.... oleh itu kepada Najib juga Dato' kena bagi nasihat percuma tentang;

masa lapang sebelum sempit;
masa sihat sebelum sakit;
masa muda sebelum tua;
masa jadi PM sebelum jadi Mantan;

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Dato',

Tun Dr. Mahathir yakin Muhyidin akan jadi TPM yang baik. Takkan TPM jer kot!. TDM diketahui sebagai orang yang berfikiran jauh kedepan. Jadi mungkin padanya budaya Umno yang mempusakakan jawatan akan berterusan. Maka Jawatan PM hanya layak diwarisi oleh keluarga Razak, Onn, Mohammed dan Badawi sahaja. Jadi selepas Najib akan ke Hishamudin dan kemudian Mukhriz tau kalau betul strategi Mukhriz dulu dari Hishamudin.

p/s: Keluarga Mohamed tu Mukhriz bukannya Jazlan bin Mohamed bin Rahmat

Bye/ Roti Planta

amoker said...

Dear Saudara Cheng Ho,
I notice your name in blogs with comments that perhaps reflect those in UMNO. You suggested racism by 'majority', in this case the chinese. This candidate is a CEO of a private college and look at his maturity.

"I am a novice. Although I lost, it was a good experience for me,"

"If they want to give me the central committee post, it is up to them," Arsharuddin said.

In the polls, Arsharuddin came out fourth and failed become one of the three vice presidents by only 31 votes. The winners were Datuk Mah Siew Keong who polled 1,153 votes and Datuk Dr S, Vijayaratnam and Huan Cheng Guan who garnered 568 votes.

1. He is a first timer, and he lost by 31 votes. Not bad that the racist Chinese is willing to appoint a Malay.
2. Oh my, an Indian is also accepted by the racist chinese.
3. Any first timer in UMNO that wins big? except those of KJ, Hish, Najib who have on silver platter.
4. I suspect Gerakan candidates are looking at the competency and ability of their leaders. YOu have a Malaysian of Malay descent who seemed to suggest that he has it too, and the mainstream Malays continue to ridicule him. So sad.

In short, I am firm believer that Gerakan should pull out of BN but your comments should be balanced.

Datuk,
Thank you for voicing out the need to have social justice strenghtened. Yet, in contradicts the very nature of DEB in implementation. DEB is supposed to end in 1990 and unless a more progressive policy is implemented, the stonewalling is unwarranted and creates vicious injustice to others.

azizIbrahim said...

Kenapa perlu ada keahlian terus BN sedangkan sistem kepartian dlm komponen BN sekarang cukup berkesan dan telah terbukti sekian lama ? Ini akan menguburkan UMNO, MIC, MCA, Gerakan dsbnya ?! Kalau ada orang bersetuju dgn idea ini lebih baik masuk PKR saja tak sakit kepala.

Parti politik seperti UMNO dan gabungan spt BN bukanlah masalah atau halangan untuk membawa mandat rakyat tetapi pemimpin itu sendiri yg mmbawa bala dan kecelakaan kpd parti yg dipimpin tapi masih tak mahu mengakui kelemahan dan kejelekan diri lantas menawarkan kononnya jalan keluar dgn cadangan tersebut.

Abdullah seorang yg tidak jujur kerana setelah meninggalkan kepimpinan UMNO lantas menawarkan keahlian terus BN. Tiada sesiapa pun akan percaya dgn seorang yg pembohong, mungkir janji.

Semua yg Abdullah buat sepanjang 4 tahun 11 bulan adalah kerja sia2 belaka dan langsung tidak mmberi manafaat kepada rakyat bahkan keparahan sahaja dan melainkan menunjukkan kebodohan politik.

Anonymous said...

kita tak usah la berfikir yang bukan-bukan.apa yang kita nampak baik dan elok,maka elok kita teruskan sahaja.kalau ada orang tak suka,itu lain cerita.

jika Pak Lah benar mahu melaksanakan pembaharuan yang baik maka apa salahnya.elok diteruskan jika ada kebaikan.yang tak suka pada sesuatu rancangan,itu belakang kira.kita bukan boleh puaskan hati semua orang.

Anonymous said...

Yang Berbahagia Datuk

Saya nampak usul-usul yang dikemukan daripada Pemuda Gerakan dan yang sealiran dengannya bukanlah penubuhan Kelab Barisan Nasional. Apa yang Pemuda Gerakan mahukan ialah pembentukan sebuah parti Barisan Nasional di mana keahliannya terbuka kepada semua kaum.

Apabila keahliannya terbuka kepada semua kaum bermaksud pemimpin tertinggi Barisan Nasional pun boleh dipilih daripada mana-mana kaum.

Pemimpin tertinggi Barisan Nasional akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya.

Saya melihat gagasan ini sebagai satu serangan kepada prinsip ketuanan Melayu. Sebelum ini ada cakap-cakap yang mempertikaikan perlantikan Perdanan Menteri dari pemimpin UMNO.

Gagasan ini sungguh ideal. Namun demikian sukar untuk dipraktikkan. Banyak parti politik yang membuka keahliannya kepada semua kaum pada perlembagaannya. Namun demikian realitinya, parti-parti ini dimonoploi oleh sesuaut kaum sahaja. Antaranya DAP, Gerakan , SAPP. Dahulu parti Siosialis Malaya ( orang Melayu panggil Parti Kepala Lembu) yang terbuka keahliannya kepada semua hanya dimonopoli oleh orang Melayu. Anggota Parti Komunis Malaya juga adalah majoritinya daripada orang Cina.

Demikian lanskap parti keahlian terbuka. Sejak dari zmana Malaya lagi, lanskap ini tidak berubah.

Bagi saya, penubuhan parti keahlian terbuka tidak akan merubah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Marilah kita lihat apa yang berlaku dalam politik parti satu bangsa seperti UMNO, MCA dan MIC. Parti-parti ini juga menderita akibat terjadinya parti dalam parti. Berada dalam parti yang sama tetapi khemah yang berbeza. Perkhemahan dalam parti ini nampak semakin jelas apabila tibanya pemilihan pcuk pimpinan. Ada yang mendakwa berlaku sabotaj atau berkempen luar tabii untuk menjatuhkan seseorang calon.

Kes Chua Soi Lek boleh kita ambil contoh untuk kita buat renungan. Chua Soi Lek mendakwa bahawa terdapat pakatan sabotaj terhadap dirinya kerana keaktifannya dalam MCA dan keputusannya untuk bertanding merebuat jawatan tertinggi MCA. Kita tidak tahu angkara siapa tetapi kita tahu bahawa jika benar ada pakatan sabotaj, ianya adalah terdiri dari kalangan orang-orang Cina kerana kesemua ahli parti MCA adalah orang Cina.

Kita buat simulasi baru, Chua Soo Lek adalah ahli Parti Lurusan Nasional yang keahliannya terbuaka. Kumpulan yang mensabotaj Chua Soo Lek adalah dari kem Melayu. (Ini adalah unjuran kerana sabotaj dalam parti berlaku pada mana-mana parti pada masa ini) Apakah mungkin keadaan seperti ini dapat meneguhkan hubungan kaum di antara kita.

Bagi saya, lebih kecil sesuatu itu, adalah lebih mudah diuruskan. Selasaikan dahulu apa jua masalah berkenaan parti sesama ahli dan barulah bawa berbincang dengan parti yang lain. Lebih banyak suara yang didengar, lebih rencam untuk mengatasi malsalah.

Pada pendapat saya, motto jiran kita Indonesia "Bhinneka Tunggal Ika" yang bermaksud bersatu dalam kepelbagaian masih lagi relevan pada masa ini.

Anonymous said...

Dato',

Kalau kami kakitangan awam biasanya orang yang nak pencen tak ada dok sibuk nak buka kelab-kelab baru ni. Kalau ada pun dia akan isi borang kelab orang pencen.

Lagi pun kerja2 kelab ni kerja sampingan. Kerja utama perlu dilaksanakan. Kalau kita pencen dengan kerja utama gagal dibereskan maka pengganti akan marah dan silap2 kerja2 tu pengganti tak nak teruskan. Jadi yang busuk nama ialah orang pencen tadi.. mereka kata 'pencen tinggalkan tahi'. PakLah tak payah sibuk2 menyeluarkan idea baru bermacam2.

Kalau 4 tahun 11 bulan tak sempat buat apa2,... Apa2 tang dibuat tak jadi apa2,.... Apa2 yang jadi pun tak bawa untung kat siapa2,... Jadi baik PakLah gunakan cuti tahunan yang lebih tu untuk berehat dan serah kat Najib pentadbiran PM... Saya khuatir kalau tunggu sampai Mac takut pulak Najib tak sempat jadi PM.. (jadi Ketua Pembangkang lak)

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Saudara, tidak syak lagi saudara adalah seorang pemikir yang berkebolehan selain memiliki keterampilan penulisan yang senang disusuri pembaca baik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Berhubung dengan nasihat saudara kepada bakal PM kita, saya amat bersetuju kerana ianya mempunyai asas yang amat kukuh. Selamat maju jaya

Unknown said...

Abdullah sebenarnya cuba untuk membuat perubahan.tapi perubahan itu nampak seperti "makan tuan".kebebasan bersuara dan keterbukaan yang diberi Abdullah telah dipergunakan sepenuhnya oleh pembangkang dan pihak-pihak yang berkenaan untuk meyatakan apa "yang terbuku dihati".

ada juga perubahan lain yang ingin dilakukan Abdullah yang mungkin tidak disenangi sendiri oleh orang dalam kerajaan iaitu perubahan yang dilakukan terhadap BPR.

nini ruspawan said...

kadang-kadang saya terfikir dan tertanya-tanya, diaorang ni tak penat ke cerita pasal politik tak habis2.. sedangkan ramai lagi rakyat yang menderita dengan pelbagai masalah kat luar sana tu, yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kerajaan.. kadang-kadang memang rasa terabai nasib jadi rakyat Malaysia ni... bila la agaknya keadaan nak berubah menjadi lebih baik ye...

ab said...

Salam Dato'

Lanjutan dari nasihat Dato' itu.

Sudah sampai masanya negara ini mempunyai seorang PM Melayu yang tidak malu dan tidak takut untuk memberitahu bahawa orang melayu adalah teramai
dinegara ini dan pemimpin orang melayu mesti menjaga kepentingan orang melayu,tetapi kepentingan bangsa lain juga tidak diketepikan.


Orang melayu adalah penduduk terawal dinegara ini dan telah mentadbir Tanah Melayu ini sejak dahulu hingga sekarang. Perbezaanya ialah sebelum kemerdekaan dahulu ,sekurang-kurangnya di 9 negeri di Tanah Melayu adalah hak mutlak Raja-raja Melayu. Olih kerana sayangkan negara dan bangsa, tanah
negeri mutlak mereka diberikan kepada rakyat untuk diperintah begitu sahaja tanpa banyak ikatan atau syarat. Selainya sudah diketahui umum tentang keraayatan kaum Cina dan Tamil di negara ini dan perubahan ekonomi negara sampai kini.


Kalau diibaratkan satu meja dan kerusi-kerusi,kesemuanya kepunyaan orang melayu. Orang melayu menerima kalau orang cina atau tamil duduk dikerusi-kerusi,kalau mahu berbincang atau kalau mahu meminta pertolongan.
Tetapi kalau mahu diambil kerusi dan meja tu,minta maaflah.Tetapi ada
petunjuk-petunjuk empunya kerusi dan meja tu seperti mahu dihalau pula. Adab berkawan,berjiran,menziarah dan mesyuarah di ketepikan sudah nampaknya sekarang ini.

Ini tidak dapat diterima olih empunya meja dan kerusi.



Orang melayu melayu mahu seorang pemimpin negara yang tidak malu menyatakan bahawa melayu itu bangsa,seperti cina dan tamil.Jikalau
tuhan bolih menjadikan berbagai bangsa,tidak bolih manusia menidakan bangsa. Kita bolih jadi rakyat Malaysia tapi kita mesti megah sebagai bangsa
Melayu,Cina atau Tamil dsb.

Jangan termakan dakyah menidakan bangsa Melayu tetapi diubah sebagai bangsa Malaysia. Saya rakyat Malaysia tapi saya bangsa melayu. Melebelkan saya (dan orang Cina,Tamil dsb) sebagai bangsa Malaysia seumpama menjadi `American black’ akan menghilangkan asal usul mereka yang tidak sedap didengar olih mereka . Orang Cina diIndonesia menggelarkan diri mereka
`indonesians’ begitu juga `singaporeans’ disebabkan perkara yang sama.
Tetapi orang itali di Geneva dengan megah memberi tahu mereka adalah `italian’ tetapi rakyat Swizerland, begitu juga orang jepun di Itali menyebut mereka `japanese’ tetapi rakyat itali.Tetapi orang cina di sana mengatakan mereka `Swiss’ atau `Italian’.


Pelbagai perasarana asas untuk perkembangan ekonomi orang melayu sudah
ada disini. Yang diperlukan ialah seorang PM yang tidak segan dan tidak malu untuk memberitahu semua bahawa melayu itu adalah melayu dan tetap melayu
selamanya.


Orang melayu mesti lebih baik dari 100 tahun dahulu.Orang Cina ,Tamil dsb jangan takut oramg melayu maju kerana sejarah sudah menunjukan kepada mereka jika orang melayu lebih bagus, lagi lebih kebaikan yang akan dipanjangkan kepada orang Cina,Tamil dsb seperti yang sudah sudah.

Tetapi dengan satu syarat,iaitu jangan menimbulkan kemarahan orang-orang melayu. Perlu diperincikan kembali bagaimana orang-orang melayu yang `mundur’ menghalau Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun,Komunis dan Inggeris lagi.
Orang melayu sekarang tidak mundur semacam dahulu.

Sejarah tidak pernah menipu.tetapi ada dan sudah ada negara yang menipu rakyat tentang sejarah.


Abu Bakar Ab Rahman

Nandre The Legend said...

ya datuk,

semalam saya nampak datuk kat kenduri anak tuan shawal kat keramat...

masa tu pengantin baru nak sampai la...

ok datuk, selamat hari raya..

Anonymous said...

dato'

saya pikir lebih baik abdullah ahmad badawi buat suruhanjaya untuk orang sakit otak. lantik khairy jamaluddin jadi pengerusi dan ahli-ahlinya dari kalangan budak tingkat empat termasuk zaid ibrahim yang boleh jadi penasihat undang-undang bila ahli-ahlinya dah tak siuman.

orang dah tak suka pun nak bertanding, sakit otak betul la menantu dolah nie. dolah pun satu, dah nak blah tu blah je la.. banyak songeh pulak.. baik jangan letak jawatan sebelum suruhanjaya tak jadi.

bila dia tak jadi PM nanti tgklah sapa pun taknak dengar cakap dia.. ingat dia boleh dapat pangkat tun? baik bagi kat shah rukh khan lagi bagus.

Anonymous said...

Dato' nak jawab Only. Tak ramai yang marah Pak Lah pasai perangi rasuah.

Ramai lagi yang marah Pak Lah pasai cakap saja nak perangi rasuah tapi tak buat.

Alahai, dua kes jerung saja. Satu Eric Chia. Itu pun buang kes. Satu lagi Kasitah Gadam. Itu pun pasai dia Menteri dari Sabah.

Yang kawan dia dari Kelantan tu pasai apa tak bawa ke mahkamah? Bagi pangkat dan gelaran pula. Pasai ampu dan taat kat dia.

Rasuah satu hal, salah guna kuasa lagi teruk. ECM Libra, Scomi, Pantai Holdings dan macam-macam lagi salah guna kuasa dan cuai sampai Khazanah kena bailout.

Fikir la beb, rakyat tak bodoh lagi. Pak Lah buat mata hang kelabu saja.

Syed Utara,
Alma,
Bukit Mertajam.

Unknown said...

Yang dihormati para bloggers (melalui Dato' Abdul Kadir)
Saya nak ulas sikit,
Walaupun kecil tapi mustahak.

Ada sesetengah perkataan ejaannya KURANG tepat, nampak KURANG comel.

Sepatutnya OLEH bukan olih.
Sepatutnya BOLEH bukan bolih.

Saya terpaksa sebab "bahasa JIWA bangsa"

Siti Khadijah said...

Dear Dato' AKJ,

I would be partial to become a member of BN.

I was in New Zealand recently just after PRU13 for some work. The Malaysian students organised a big khenduri with three lambs donated by UMNO. Well during the khenduri there was a move to recruit more UMNO members. I politely declined as I said I preferred to be neutral/apolitical so that I may comment without prejudice. Wow the reaction I got was totally uncalled for "You must have supported the opposition".

I agree with roti planta. How can I be part of any parties based on race. In my profession I must be seen to be neutral but I cannot see myself as agreeing with PKR. So perhaps for people like me being a member of BN would be a good option. Perhaps we can be the check and balance for BN.

My two sen worth.

Anonymous said...

Thanks Dato' for making a reference to the silicon nose :) LOL

Dorothy

BlueMoon said...

Assm Dato', Saya kira tidak ada cacat celanya UMNO,MCA,MIC,SUPP, dan komponen-komponen BN yang lain. Yang cacat ialah ahli-ahli yang menganggotai parti-parti ini. Terlalu banyak "warlord" yang terdapat di dalam BN. Mereka pentingkan diri sendiri dan suku sakat mereka melebihi rakyat yang mereka wakili. Ini adalah masalah sebenar. Jikalau "warlord-warlord" ini masih lagi bermaharajalela, maka, selama itulah parti ini akan bermasalah walaupun bentuk acuannya bertukar. Rakyat sudah bosan melihat kelakuan sesetengah ahli-ahli politik BN yang hidup seolah-olah seperti Raja Bersiung.

Musallam said...

Salam,

Saya rasa pembentukan Kelab BN bukan jalan keluar untuk menguatkan BN.

Kuatkan saja UMNO.MCA.MIC dan parti komponen BN yang lain.Itu akan lebih berkesan.

Lagipun, mungkin untuk sepuluh, dua puluh, atau tiga puluh tahun akan datang, kita masih memerlukan "parti-parti satu kaum, " kerana faham perkauman bukan semakin lemah, tetapi semakin kuat.

Inilah realiti yang perlu kita hadapi, dan bukan mengejar idealisme di awang-awang.

Dalam masyarakat yang masih kuat dengan faham perkauman seperti Malaysia, hanya parti satu kaum yang boleh mempertahankan kepenitngan kaum masing-masing, bukan parti pelbagai kaum.

Kalau hendak pakai pendapat Prof.Zainal Kling, UNNO mesti jadi parti Melayu, pro-Melayu dan lebih bersifat Melayu -- tidak perlu jadi parti liberal macam PKR.

Mungkin dengan itu, UMNO akan lebih mendapat sokongan daripada orang Melayu dan "dihormati" oleh orang bukan Melayu, apabila ia mendapat sokongan yang solid daripada orang Melayu.

Anonymous said...

Dato'

Saya tak setuju keahlian terus BN kerana saya amat percaya ramai yang akan berbuat begitu termasuk mereka yang memang ahli parti komponen. Ini akan menimbulkan masalah. Idea ini mungkin akan menambah jumlah ahli tetapi tidak menjamin samada mereka akan undi BN bila sampai masa pilihanraya.

Jadi apa gunanya?

Anonymous said...

Dato Kadir,

Saya maseh tidak faham kenapa pemimpin kita dalam BN maseh bodoh sombong.Kita tahu dalam sistem yang ada sekarang Pakatan BN ia nya tidak dapat melahirkan pemimpin yang berseh,berkelibar,dan kerja kuat untok membangun negara.

baik pemimpin UMNO,MCA,Gerakan.kesemua parti ini hanya dapat menengahkan pemimpin yang hanya tahu berpolitik,mementingkan kedudokan dan corrupt.

Selagi kita memberi kuasa kapada ahli2 parti untok memileh pemimpin mereka,selagi tiu lah kita tak dapat hapuskan politik wang dan currupsi.

Di Negara jiran kita Singapura,Lee Kuan Yew telah berjaya membentok satu kerajaan yang berseh dan berkelibar dan tidak corrupt kerana cara ia memelih pemimpin melalui recrut bukan dipileh melalui popular vote.
Singapora mempunyai pemimpin yang telah di uji dan berkelibar.

Kenapa kita mahu meniru apa yang di buat oleh Singapora.Ia merupakan satu experiment yang berjaya.Ini ada lah kita maseh tidak mahu menerima hakikat yang Singapora itu lebeh baik dari kita.

Saya malu,sabagai saotrang Islam,melihat Mr Lee bagitu kuat sekali membenteras corrupsi tampa mengenal kawan.Ada menterinya yang bunoh diri apabila mendapat tahu yang ia akan di sissat atas kes rasuah.

Anonymous said...

Bila Dato' berbicara tentang DEB.. bila saya melalui di kaw perindustrian kulim..,teringat saya akan MD kilang tu yang selalu dan kerap membuat kunjungan hormat ke pejabat Dato'..

A KADIR JASIN said...

Sdra Cucupakkasim,

Mungkin MD kilang yang Sdra maksudkan itu Allahyarham Kept (B) Mahyuddin Ahmad.

Ya, dia dan seorang rakan kongsi Orang Putih dari Amerika miliki kilang itu.

Mereka buat barangan getah untuk digunakan oleh para penernak untuk "kasi" anak lembu dan biri-biri. Kalau tak silap dipanggil castrating ring.

Allah cucurkan rahmat ke atas rohnya dan diampunkan dosanya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam buat Datuk AKJ,

Komen Datuk mengenai pertumbuhan Kelab Barisan Nasional yang dicadangkan oleh perdana menteri Pak Lah adalah wajar dan tidak dapat diterima oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahukan perubahan di dalam struktur BN.

Perkara ini sememang sudah ada asas nya apabila Dato' Onn menubuhkan parti negara untuk semua kaum sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957.Pada tahun empat puluhan, memang rakyat masih belum boleh menerima idealogi politik tanpa perbedzaan kaum, yang hanya merugikan bangsa Melayu dan menguntungkan bangsa Cina dan India.

Pada hari ini pula selepas 50 tahun negara kita merdeka, rakyat masih belum bersedia untuk memperjuangkan kepentingan satu 'bangsa Malaysia" tanpa semangat perkauman dengan minda yang sempit dan mempunyai perasaaan kecurigaan terhadap kaum masing-masing.

Pada hakikat nya perjuangan politik untuk kepentingan bersama tanpa perasaan perkauman itu amat baik dan tepat, tetapi pada pendapat saya rakyat masih belum sedia pada masakini.Justeru nya candangan Pak Lah untuk menubuhkan Kelab Barisan Nasional tidak juga dapat diterima oleh rakyat. Rakyat memerlukan suara berpolitik dan bukan berpoya-poya secara sosial untuk bergosip dan sebagai nya.Kelab BN tidak mungkin berfungsi sebagai sebuah parti politik yang juga bercanggah dengan peraturan ROS.

Sepertimana dimaklumkan kelab UMNO, MCA, Gerakan dan MIC juga telah ditubuhkan diperingkat pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri untuk meraihkan sokongan pelajar-pelajar kepada kerajaan BN. Itu matlamat yang lain dan tidak memberikan kebebasan berpolitik.

Pada awal tahun 2005, veteran UMNO juga mencadangkan satu badan untuk mewakili kepentingan tokoh-tokoh politik UMNO yang masih sihat, tetapi tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti.Majlis Tertinggi UMNO hanya merestui pertubuhan sebagai "Kelab" yang telah mendapat bantahan panaja ahli-ahli yang mahu kesatuan mereka diakui sebagai "Majlis Veteran UMNO".

Pertubuhan berstatus majlis adalah lebih berkesan dan mencerminkan perjuangan yang serius dan mempunyai matlamat yang tertentu bagi membantu pergerakan parti UMNO untuk kepentingan bersama. Akhir nya MKT telah bersetuju bahawa Majlis Veteran UMNO ditubuhkan pada bulan April,2006.

Cadangan untuk menyatupadukan semua parti-parti yang mewakili kaum masing-masing adalah penting sebagai satu landasan baru bagi mengujudkan satu semangat baru di dalam perjuangan Barisan Nasional untuk masa hadapan parti BN yang kini telah kehilangan citarasa rakyat jelata.

Dengan pertubuhan "BN baru"yang akan bergerak sebagai satu suara politik perjuangan tanpa perasaan perkauman akan mengujudkan sabuah parti alternatif kepada Pakatan Rakyat. Maka sekali gus akan juga mengubah landskap politik berdasarkan kepada sistem dewi parti. Kebanyakan negara yang mempunyai sistem politik dewi parti telah berfungsi dengan lebih berkesan untuk mengurangkan perasaan politik perkauman yang dapat dikawal dengan lebih berkesan.Rakyat harus sedia berubah untuk mempertengahkan kepentingan perjuangan parti mereka, iaitu UMNO, MCA, Gerakan,MIC dan lain-lain dengan pemikiran yang bertamaddun demi kemajuan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

tombak karat said...

Dato'

Saya tertarik tentang golongan Melayu Liberal dan Melayu baru yang mula mencerminkan penolakan keatas DEB dan menyokong kesamarataan atas nama bangsa Malaysia dan bukan berteraskan Ras. Terdapat hujah bahawa kita perlu meneladani bangsa Amerika Syarikat yang mula menunjukkan sokongan kuat berkehendakkan Obama yang bukannya orang kulit putih ( bukan majoriti) sebagai Presiden. Sebagai orang muda yang berwawasan, saya amat menyokong bahawa sudah tiba masanya Perdana Menteri Malaysia dilantik tidak bersandarkan kepada bangsanya ( dengan kata lain MELAYU) kerana ini tidak lansung mencerminkan Demokrasi yang kita agungkan dengan syarat kita ikuti sepenuhnya ciri yang dibawa oleh Obama seperti berikut

1. Beragama mengikut majoriti rakyat seperti Obama yang beragama Kristian seperti majoriti rakyat U.S

2. Menggunakan sepenuhnya bahasa rasmi negara dalam kehidupan iaitu bahasa Malaysia. Obama tidak menggunakan bahasa ibunda ibu bapanya.

3. mengamalkan adat resam kehidupan mengikut majoriti penduduk negara ini.

Obama boleh diterima oleh warga U.S sebagai pemimpin kerana secara amnya dia diterima sebagai bangsa U.S yang true American dan tiada lagi ciri-ciri kehidupannya yang mengikut asal usul datuk neneknya kecuali kulit sahaja. Adakah ini boleh berlaku diMalaysia?

PEMINAT ANTROPOLOGI said...

Setelah saya meneliti nasihat Datuk kepada DS Najib, saya mendapati nasihat itu bersifat umum yang wajib dilakukan oleh manusia yang bernama pemimpin, bukan cuma najib, kalau sesiapa pun jadi perdana menteri mereka juga kena buat macam tu, mereka kena jauhkan anak bini menantu dari pejabat mereka. Bini, anak, menantu hanya menumpang tuah saja, itupun sebab jodoh takdir, kalau bukan kahwin dengan pembesar mungkin bini dia akan kawin dengan drebar lori balak.

Jadi kalau seorang yang profesional, nasihat yang Datuk tulis tu sebenarnya tidak ada apa-apa, melainkan sebuah nasihat yang bersifat umum, so what, kenapa ada yang nak marah, inilah salah satu sebab kenapa PAK LAH JATUH, kerana pembodek tidak menasihatkan benda-benda yang betul lagi lurus untuk pemimpin, memberi nasihat kepada boss hanya dengan benda-benda yang menyenangkan hati boss, akhirnya boss berada di awan, last sekali rakyat dah muak, lalu di desak turun, akhirnya dengan pembodek pun bungkuih sekali.

Datuk, teruskan nasihat itu, nasihat itu bersifat umum, sebagaimana kita menasihatkan seseorang agar JANGAN TINGGALKAN SEMBAHYANG, kalau pembodek mesti mereka akan marah, kenapa awak nasihatkan najib agar jangan tinggalkan sembahyang? Kenapa tak boleh, bukankah setiap muslimin itu wajib mengingatkan antara satu sama lain agar sentiasa berada dalam kebaikan dan meninggalkan kejahatan..tak kan nasihat macam tu pun tak boleh, kalau tak boleh ini tanda-tanda KEJATUHAN kali kedua.

Cak Kun Cak said...

YB Datuk,

Niat yang baik sememangnya wajar disokong atau sekurang-kurangnya diterima dengan perspektif yang positif.

Namun, segala kesombongan, kesilapan dan salah guna kuasa yang telah mengakibatkan rakyat menanggung akibatnya sekarang tidak wajar dilupakan dengan begitu mudah.

Jika itu yang berlaku bilakah masanya pembesar-pembesar Melayu ini semua akan sedar dan berpijak di bumi nyata? Pimpinan UMNO yang tersilap ini telah membuktikan bagaimana kesilapan dan kesombongan UMNO boleh membahayakan masa depa rakyat hanya dalam masa 4 tahun.

Harta atau wang berbilion yang di kumpul tidak sepatutnya menjadi jaminan kesilapan dan salah guna tanggungjawab patut dilupakan dengan begitu saja, malah yang bertanggungjawab itu dipaparkan seperti wira, sekaligus menjolok mata rakyat seolah-olah rakyat Melayu ini semuanya buta dan tuli.

Unknown said...

Salam Dato'

Tentang keahlian terus BN. Bagi saya buatlah apa BN nak buat...janji untuk kebaikan. Tapi dok tengok2, kebaikan makin kurang kot..
Nasihat depa tak mao dengaq, komen apa lagi...jauh sekali la nak dengaq... tu yang susah tu Dato'. Pagi ni saya baca akhbar arus perdana 'BERITA HAIRAN', tajuk utama tentang boikot terhadap Anwar di Parlimen. Bagi saya ni la sikap tak pro ahli parlimen BN, kalau lagu ni la, elok negara ni tak payah ada pembangkang, buat sistem satu parti..pas tu buat la apa depa nak buat. Tu yang saya dok cakap tadi tu, nasihat mana depa nak dengaq, kot cakap ada komisen...juta2 kot dengaq kot.

Apa sudah jadi..sedihh oo..

Aji baling.

Anonymous said...

Dato Kadir,

Saya terbaca dalam Rocky Bru yang ketua UMNO Baghagian Ceras sewaktu merasmi mesyuarat Bahagian Ceras telah melancarkan tabong Azan dan tabong untok membela Utusan Melayu melawan saman dari Teressa Kok sabanyak 30m.

Saya saorang Melayu dan Ahli UMNO,ini merupakan masaalah besar dalam UMNO kerana terdapat mereka yang betul2 Pro melayu dan sanggup membela Melayu dan institusi Melayu mati2an sunggoh pun institusi dan si Melayu melakukan tidak betul.

Saya juga berpeluang menghaziri kursus yang di anjorkan oleh BTN di N.Sembilan di mana kami di tiupkan dengan semangat tebal Pro Melayu.Saorang penceramah dari PM department,Dato Zakaria,berapi2 meminta kita tidak berniaga dengan saudagar2 CINA baik di Malaysia mau pun di Luar Negeri.Dia meniupkan semangat anti CINA yang kuat.

Tan Sri Rashid Hussien,Tan Sri Azman,Tan Sri Zain,yang bukan ahli UMNO tapi merupaka perserta forum itu,memberi tentangan yang kuat dan tidak bersetuju dengan pendapat Dato Zakaria tersebut.Meraka berkata mereka hampir 80% pelangan2 mereka orang cina,pekerja dan pengurus mereka orang CINA."How do we operate".kata Rashid dengan lantang.

Sabenarnya ini merupakan masaalah besar UMNO,di belakang ornag CINA mereka bantai cukup2 tapi di hadapan mereka mereka kata kita abang adek,mesti kerjasama.Ini sifet Hypokrite UMNO yang paling susah dak di hapuskan.

Bagi saya UMNO sekarang di ambang kehancoran dan saya tak tahu bagaimana kita boleh betulkan hal ini.Bagi orang CINA ,mereka telah bertekat enough is enough.Saya ingat lepas ini jikalau Ong Tee Kiat menang Prisident MCA mereka akan meninggalkan BN.Lihat saja hari ini Dompok kata party sekutu BN juga mahu campur tangan untok melantek PM,yang sabelum ini merupakan hak exclusive UMNO.

Anonymous said...

Dato'

Dengan cadangan tersebut nampaknya Abdullah Badawi mengaku bahawa ada kemungkinan Ramai rakyat Melayu ingin memasuki UMNO tetapi enggan kerana keahlian yang ada sekarang tidak memerangsangkan.

Kesimpulan nya UMNO boleh dianggap sebagai UNITED MALAY NEPOTISM ORGANISATION.

Jadi Orang Melayu yang tidak layak dijadi sumber Nepotisma boleh masuk BN Direct dengan tidak menjadi Ahli UMNO yang exclusive. Ini termasuk mereka yang tidak ber"Pedigree" dan tidak berkaitan dengan keluarga yang terpengaruh.
Saya anggap Dato juga yang asal datang dari keluarga petani termasuk dalam kategori sama.

Sila Lihat Wikipedia;

"Nepotism is the showing of favoritism toward relatives and friends, based upon that relationship, rather than on an objective evaluation of ability, meritocracy or suitability. For instance, offering employment to a relative, despite the fact that there are others who are better qualified and willing to perform the job. The word nepotism is from the Greek word 'nepos', meaning "nephew" or "grandchild".

Many countries in the world have examples of this tilt towards dynastic rule, such as:

# Malaysia: Tun Abdul Razak, the second Prime Minister, and his son, Najib Tun Razak, the current Deputy Prime Minister; Khairy Jamaluddin who won his position as Deputy Chief of UMNO Youth Wing with the influence of his father-in-law, Abdullah Ahmad Badawi, the current Prime Minister."

Sekarang tiba masa pula untuk Mukhriz...Hishamuddin .... bersama Najib.

Melayu tidak berpedigree

affendi hussain said...

Salam semua,

Sebelum nak berevolusi ke tahap bulan bintang berbicara soal konsep neutral perkauman BN ni saya cuma ada satu (1) soalan mudah untuk diutarakan & dijawab..

APA YANG SEBENARNYA YANG ANDA BETUL2 MAHU DARI POLITIK?
What do you really want from politics?

Dan jawapan2 jenis berikut akan keluar..
-saya mahu keadilan sama rata tanpa mengira kaum ....
- saya mahu ketuanan kaum ... dipelihara dari ancaman kaum ...
- saya mahu kesamarataan pegangan ekonomi tidak didominasi kaum ...
-saya mahu kebajikan kaum ... dijaga dan diberi keutamaan seperti kaum ...?
-saya mahu dasar membantu kaum ... diteruskan
-saya mahu budaya kaum ... dipelihara
- saya mahu sistem pendidikan kaum ... dipelihara & diberi bantuan penuh seperti kaum ...
(... adalah nama kaum2 utama di Malaysia utk diisi sendiri)

Ok, cukuplah tu... kalau dikaji..soalan mudah sebegitu dijamin 90% akan kembali berkisar jawapannya kpd kemahuan kaum masing2.. takkan lari konteks jawapannya daripada konsep perkauman..

Jadi.. kenapa tiba2 keluar dari bulan biru (out of blue moon) mahu menipu diri sendiri & orang lain..?
Sekarang musim keluar dari dacing putih biru pula?..
kalo dari roket & mata biru memang saya tak heran.. mereka memang berfikiran jauh minda angkasaraya.

Kenapa mahu jadi hipokrit...?

Kenapa mahu jadi pesakit schizophrenia dgn 'spilt personality'?

Apakah virus politik telah menjejaskan daya pemikiran menjadi pemutar alam seperti org2 politik juga? Terlalu rethorik & 'pathetic'.

Nasihat saya..jumpa pakar psikologi..

Jagalah benda yg dah elok.. usah berangan konsep 'demolish & rebuilt' itu semuanya akan berjaya berlaka

Hakikatnya, sistem politik perkauman masih relevan dan diperlukan dalam tempoh mungkin 50tahun lagi dalam landskap sosio-politik & sosio-ekonomi Malaysia selagi mana setiap kaum masih mahu kekal dgn status quo mereka..

Proses 'neutralization' akan memakan masa & tiada jalan mudah kerana ia perlu berevolusi..evolusi memakan masa..usah eksperimen kejuruteraan genetik radiasi tanpa etika..kelak mutasi menjadi makhluk2 menakutkan berkeliaran di Malaysia!

soal siapa penghuni asal Malaysia kerap dibangkitkan oleh kaum2 bukan Melayu..
Di Taiwan pun ada org asli (Gaoshan) ada 13 etnik..
Di China yg didominasi etnik Han pun ada 55 etnik minoriti lain..

Siapa yg memerintah? Siapa yang mengaku berhak memiliki negara mereka?

Sudah tentulah etnik yg membina tamadun di tanahair itu..yg etniknya membiak menjadi majoriti.. yg jadi pemerintah..yang ada raja & kerajaan..yg bina empayar ke seluruh darat, lautan & kepulauan..yg ada sejarah serta kebudayaan..

Di Britain pun Ratu England(disembah Hindraf) etnik Anglo-Saxon (English) sejak zaman berzaman..kalo sebut ketuanan English..huh..dari pengalaman saya lagi dasyat ego org putih ni..Melayu ni kira kaum yg sgt2 lah berbudi bahasa & bertimbang rasa.

Di Australia pun ada org asli & kaum2 migrasi..Kaum minoriti bukan semestinya org asli..masalahnya org asli mereka yg mahir mengguna boomerang tidak berminat pun dalam politik..tetapi parti politik pembangkang disana jarang benar guna retorik org asli..

Kenapa konsep itu hanya disanggah di Malaysia? Hanya di Malaysia ("/)

Sikit2 hujah retorik org asli.. cakap je lah terus terang.. kami tak bodoh..kami faham..makin lama makin faham..teruskan usaha (",)

Refer Rukun Negara ke-2.. itulah ketuanan Melayu sebenar sebab raja2 & YDP Agong adalah etnik Melayu...UMNO tu hanya parti politik, bukan parti Raja & Negara, tak perlu tumpah taat setia pun..

Ada sebut nak perhamba kaum2 lain?

kalo yg Rukun Negara ke-2 tak boleh patuh, buat apa jadi warganegara? Kalo nak sangat kenalah pinda Perlembagaan Persekutuan.. nak pinda kena ikut proses demokrasi..demokrasi ikut majoriti.. siapa yg menentang arus sebenarnya?

APA YANG ANDA SEBENARNYA MAHU DARI POLITIK?

Apa masalahnya dgn Persekutuan Tanah Melayu & Malaysia & status org Melayu..?

(p/s: Memang lumrah majoriti ahli politik Malaysia bercakap mulut mendahului akal..semua mencari batu loncatan untuk batuan politik (political mileage)masing2..batu nisan pun boleh..janji boleh melompat....dlm politik mana ada etika.

itulah fitrah ahli politik..

mereka adalah hybrid antara pelakon + loyar buruk terhebat...sentiasa ada peminat.

dan virus mereka telah memutasi ramai rakyat Malaysia hingga menjejaskan populasi 'grey matter' dalam kepala otak..

Usahlah berhalusinasi, khayal dgn ilusi & fantasi.. anda golongan penagih 'ectasy'?

Berpijaklah kpd dunia nyata.. tengok realiti , buka mata & minda..usah terlalu hidup dlm kokun cyber maya, ini bumi lah bukan planet di galaksi andromeda!

Belajaq pi mengaji sekolah sama2.. cakap guna bahasa negara..kemudian baru duduk semeja & kita cerita ..tak usah nak auta jual minyak geliga..itu semua temberang taik unta belaka! Sendiri mau fikir guna neuron2 6 billion dlm kapala..

Unknown said...

A'kum dan salam sejahtera buat Tok Scribe & Bloggers,

Pada hemah saya, cara menangani sesuatu kemelut menunjukkan kematangan dan kearifan.

Terpulanglah kepada sesiapa jua untuk mengorak langkah dan memulakan inisiatif agar menambat perpaduan dan kekuatan. Teras utama nawaitu.

Jikalau ada pihak yang hanya ingin mengkritik tanpa memberi apa-apapun pendapat konstruktif, itu hak mereka. Tidak payah untuk sesiapapun melenting!

Memandangkan kita semua bukan pembesar yang membuat keputusan, 'let's just adopt the wait & see position'.

Wassalam.

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya menyokong BN walaupun tak pernah masuk secara rasmi mana mana parti...

Apa kata UMNO dan BN membuat kempen keahlian secara terbuka.

Apa salahnya buat kempen terbuka di 'shopping mall' atau 'stesen keretapi'

Saya tertanya-tanya, di mana saya patut pergi untuk mendaftar diri.. hahaha

Anonymous said...

Teori 'RAHMAN' bulih diguna pakai lagi ka Dato'?

R= Rahman (YTM)
A= Abd Razak (Tun)
H= Hussein Onn (Tun)
M= Mahathir (Tun Dr)
A= Abdullah (DS)
N= Na.. Na.. Na.. NABIL!?

'lu orang pikiag la sendiri'

ini pendapatan saya saja...

Etong adik Ekeng
Paya Mat Insun
PENDANG.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).