Monday, October 06, 2008

Limbo Rock Dalam Pemilihan Umno

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 8 Oktober]

PERDANA Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pilihan Majlis Tertinggi Mac ini.

The Star Online memetik sumber-sumber yang menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional sebagai mengesahkan hal itu.


Beliau dilaporkan memberi taklimat kepada mesyuarat mengenai langkah mempercepatkan peralihan kuasa kepada timbalannya Mohd Najib Abdul Razak.

The Star Online, antara lain, melaporkan: “Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will not defend his Umno presidency in the party polls next March, paving the way for his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak.

“He told a Barisan Nasional Supreme Council meeting at the Putra World Trade Centre here on Wednesday of his decision after briefing them on the fast-tracked leadership transition plan, sources told The Star
.”]

[Posting Asal]

RAMAI pembahas mencadangkan agar saya mengulas mengenai pertandingan Majlis Tertinggi Umno yang ditangguhkan daripada Disember kepada Mac ini.

Memikirkan hal itu, ingatan saya kembali ke zaman muda saya – zaman rock-n-roll, limbo rock dan kungfu fighting.

Dalam pertandingan sukan, palang ada dua kegunaan. Tetapi umum lebih biasa dengan palang sebagai halangan lompat tinggi dan lompat bergalah. Lagi tinggi ahli sukan itu boleh lompat, lagi baguslah dia.

Bagi mereka yang hidup atau menjadi remaja pada era awal rock-n-roll, palang mempunyai makna berlainan kerana dalam lagu (dan tarian) limbo rock oleh Chubby Checker, kita dikehendaki melepasi bawah palang dan bukan atas palang.

Kita terpaksa lentokkan badan kita ke belakang dengan dada kita menghala ke langit dan cuba menari di bawah palang. Siapa yang boleh melepasi palang di paras paling rendah, dia menang.

Dalam politik Umno era Abdullah Ahmad Badawi, palang telah direndahkan. Maka ramailah yang sebelum itu gagal melepasinya, berjaya dengan cemerlang seperti yang dimanifestasikan oleh keputusan pemilihan Majlis Tertinggi 2004.

Tetapi kalau palang yang direndahkan oleh Abdullah itu digunakan untuk pertandingan limbo rock (limbo lower now, limbo lower now, how low can you go?), saya yakin barisan kepemimpinan Umno akan terdiri daripada mereka yang cergas tubuh badan dan cerdas fikiran. Kita sering diingatkan bahawa dalam badan yang cergas itulah terletak otak yang cerdas.

Kemelut pertandingan limbo rock menjadi pertandingan lompat tinggi ini dikhuatiri akan menjadi lebih teruk dan lucu pada pemilihan Umno Mac ini jika ahli Umno tidak diberikan kebebasan atau jika mereka boleh terus digula-gulakan dan disogok dengan wang, kontrak, kain pelekat, sejadah dan lawatan ke Siam.

Namun nampaknya ada sedikit bayangan cahaya di hujung terowong. Kalau pada tahun 2004, Abdullah dan Mohd Najib Abdul Razak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden tanpa bertanding, kali ini nampaknya kedua-dua jawatan itu akan ada pencabar.

Ahli Parlimen Gua Musang, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Tengku Razaleigh Hamzah sudah pun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden manakala Muhyiddin Yassin bersedia dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Tahniah dan terima kasih kepada Ku Li dan Muhyiddin. Nampaknya keberanian mereka telah memberi semangat dan menyembuhkan penyakit “koro” (sindrom di mana kemaluan menyusup masuk ke dalam badan) beberapa pembesar Umno.

Saya sengaja menggunakan istilah “nampaknya” kerana saya tidak mampu memastikan sama ada mereka ini benar-benar telah pulih semangat dan sembuh daripada penyakit koro atau “dipaksa” untuk tunjuk berani.

Zahid Akan Tanding Timbalan?

Dalam rencana bertajuk “Race for Umno deputy president no longer restricted” (The Star, 4 Oktober) penulis politik Joceline Tan berkata, ahli Majlis Tertinggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

(Tan melabelkan Zahid sebagai “likeable” (mudah disukai atau didekati).

Tan berkata, bekas Menteri Besar Selangor yang bersara akibat tangkapan di Australia pada tahun 1996 kerana gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta, Muhammad Muhammad Taib juga sedang berusaha mendapatkan pencalonan.

Soalnya, mengapakah dua orang pengikut setia Abdullah ini tiba-tiba berminat mencabar Muhyiddin?

Kalau tujuan mereka adalah untuk memberi peluang kepada bahagian dan perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan, saya sokong.

Tetapi ada tanda-tanda bahawa cabaran ini besar kemungkinan ada kena mengena dengan kritikan Muhyiddin terhadap Abdullah.

Umum maklum bahawa Zahid dan Muhammad amat berterima kasih kepada Abdullah kerana memberikan tempat yang tinggi kepada mereka dalam kerajaan dan dengan itu membantu meneruskan proses pemulihan mereka.

Kerjaya politik Muhammad terbantut akibat kes wang tunai di Australia serta perkahwinan dan perceraian sensasi dengan puteri Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah pada tahun 1990an.

(Dia bebas daripada tuduhan di Australia atas alasan tidak faham notis dalam bahasa Inggeris yang mewajibkan wang sebanyak itu diisytiharkan).

Dalam era global ini, sewajarnyalah seorang yang ingin memimpin Malaysia menguasai bahasa Inggeris secukupnya selain pakar dalam bahasa Melayu dan kata Ibnu Khaldun, seseorang pemimpin hendaklah tidak terlalu kaya kerana kekayaannya itu boleh menjadi beban.

Begitu juga Zahid. Dia adalah antara watak utama yang terpaksa memilih antara kekal dalam Umno atau menyertai Anwar pada tahun 1998 kerana dia adalah antara penyokong tegar Anwar.

Zahid memilih untuk kekal dalam Umno dan dengan itu mengekalkan kepentingan (kekayaan) korporatnya yang bernilai ratusan juta ringgit.

Cerita soal-jawab belakang tabir antara Zahid dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Perdana Menteri) mengenai “kekayaan” beliau bukanlah rahsia lagi.

Zahid Cabar Najib?

Soalnya, Zahid juga rapat dengan Mohd Najib. Jadi apakah dia bersedia mencabar Mohd Najib kerana buat masa ini, Mohd Najib kekal Timbalan Presiden?

Mohd Najib belum menyatakan sebarang pendirian mengenai jawatan Presiden melainkan dalam masa beberapa hari ini Abdullah mengumumkan yang dia tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Sekalipun Abdullah mengundurkan diri, belum tentu Mohd Najib akan mendapat jawatan Presiden tanpa bertanding melainkan Tengku Razaleigh menarik diri atau dia gagal mendapat pencalonan minimum 58 daripada bahagian.

Andaiannya ialah harapan Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden lebih cerah kalau Abdullah masih mempertahankannya.

Tetapi kalau Abdullah mengundurkan diri dan Mohd Najib mengambil alih, harapan beliau memperoleh pencalonan yang mencukupi menjadi lebih tipis.

Exco Yang Tewas

Sabtu lalu saya berpeluang berbincang dengan seorang bekas Exco Selangor yang tewas pada pilihan raya 8 Mac lalu. Dia masih ketua bahagian dan akan merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagiannya.

Saya katakan kepada beliau begini: Kalau Umno masih relevan dan hendak dipulihkan, para pembesar yang ingin memimpinnya dan orang Melayu yang masih mahu menjadi ahli atau menyokongnya perlu memikirkan hal-hal berikut:-

1. Kembali kepada sejarah dan perjuangan serta hormati veteran parti dan gunakan pengalaman dan pengaruh mereka; dan

2. Kepemimpinan di semua peringkat wajib menggabungkan orang lama yang berpengalaman dengan generasi muda yang berdedikasi dan ikhlas; dan

3. Kembali kepada akar umbi untuk mendapatkan maklum balas dan dampingi generasi muda dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun.

Bagi ahli pula, mereka tidak boleh terus pasif dan hanya bersungut di kedai kopi. Mereka wajib merangka “manifesto” mereka sendiri dan sampaikan kepada kepemimpinan melalui dialog, surat, e-mel, SMS, surat kepada pengarang, blog dan apa jua jalan yang ada.

Buat permulaan, mereka perlu mengingatkan para pembesar Umno iaitu kepemimpinan (leadership) adalah untuk semua dan bukan sekali-kali untuk isteri, anak, menantu dan konco-konco. Kita pilih pemimpin. Kita tidak pernah pilih isteri, anak, menantu dan konco-konco mereka.

Dalam konteks ini, keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri sama pentingnya dalam menentukan kelangsungan (survival) Umno.

76 comments:

beraniberubah said...

As'kum Datok,

Nice write up Datok. If it is true that Pak Lah stepping down as UMNO No.1, I think TSri Muhyiddin should go for No.1. Let it be for broke against Najib. After all Najib's image has been tarnished by Altantuya's case. Zahid as he declared will go for No.2. Then we can expect a totally new team in control of Malaysia. What say you Datok???

Anonymous said...

Jika ingin mengetahui pandangan dan pendapat 'TERKINI' terhadap mereka-mereka yang ingin bertanding jawatan dalam UMNO...sila layari:

http://suarapengkritik.blogspot.com

SP

Anonymous said...

Sangat merunsingkan apabila UMNO, sebuah parti besar dengan jutaan ahli, menghadapi ketandusan mencari pengganti di peringkat tertinggi yang rata-rata dapat diterima oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
aMiR

Sarip Dol said...

Dato,

semalam saya baru menghabiskan pembacaan buku mengenai Singapura oleh lee kuan yew bertajuk 'Singapore Story'. saya amat menggagumi pemimpin2 UMNO lama yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara dalam mencapai kemerdekaan dan bagaimana 'menghandle' singapura pasa masa itu di bawah lee kuan yew.Saya sangat berharap pemimpin2 UMNO pada masa sekarang go back to basic dan pilihlah pemimpin yg betul2 mahu berjasa daripada pemimpin yang hendak menjadi kaya raya.allahualam

Anonymous said...

Well said Dato AKJ. Time to rebrand themselves and work for the people.

Dorothy

Anonymous said...

Yang Berbahagia Datuk

Baru hari ini saya tahu apa yang dimaksudkan dengan penyakit koro. Berdetik juga hati untuk bertanya akan maksudnya tetapi malu. Takut dikatakan ketinggalan zaman kerana ramai pembahas menggunakan istilah ini. Setahu saya pesakit koro hanya orang cina sahaja. Jarang terjadi kepada orang Melayu. Sama jugalah penyakit latah yang banyak dalam kalangan orang melayu daripada orang cina.

Zaman koro-koro baru berlalu. Ini zaman pasca koro., Pada zaman pasca koro ini tiba-tiba semua orang jadi berani. Orang berani cakap macam-macam sampai ada yang kena gantung. Orang berani tulis macam-macam sampai empat lima orang kena kurung. Pada zaman pasca koro ini menteri pun kabur terrortory . Menteri itu usik kerja menteri ini. Tak koro punya pasal la tu. . Ibarat main golf, pukul bola asyik OB saja. Menteri Tenaga dan komunikasi tak tahu bann lama web. Teringat tajuk buku , Who eat my Cheese . Menteri dalam Negeri kata jangan usik turf aku kepada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri. Menteri Besar dan Exco langgar pantang. Beli Mercedes ganti Perdana walaupun ada larangan.

Zaman pasca koro tiba-tiba orang jadi berani bertanding. Ketua Bahagian Pulai pun ada hati. Tiba-tiba saja Nur Jazlan dapat ilham untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Siapa Nur Jazlan? Bapak dia yang sehidup semati bersama UMNO pun segan- segan tanding kerusi Timbalan, inikan pula dia yang baru setahun pisang masuk UMNO. Bila diminta komen tentang niat Nur Jazlan, bapak dia sokong penuh. Alasan, generasi sekarang perlu berani. Jangan koro-koro.

Ini zaman pasca koro. Semua orang berani buat andaian. Abdullah belum kata apa-apa tapi orang andaikan dia sudah tiada. Kalau tidak masakan Shahidan terang-terang sokong Zaid Hamidi dengan andaian Najib akan tanding Presiden. Bukankah Abdullah belum kata apa-apa. Kesian Abdullah. . Ibarat orang belum meninggal , harta pusaka telah dibahagi-bahagi.

Hanya Muhyiddin dan Shahrir yang sebenarnya lantang pura-pura koro. Shahrir kata dalam usia ini ( baru 59 kan) beliau tidak berhajat untuk bertanding peringkat tinggi. Cukup hanya mempertahan kerusi MT sahaja. Muhyiddin pula masih meneropong dan membaca gerak awan..

Nak Limbo boleh . Nak Rock N Roll pun boleh. Kungfu Fighting tidak dibenarkan.

Brahim Nyior said...

"Tahniah dan terima kasih kepada Ku Li dan Muhyiddin. Nampaknya keberanian mereka telah memberi semangat dan menyembuhkan penyakit “koro” (sindrom di mana kemaluan menyusup masuk ke dalam badan) beberapa pembesar Umno."

Tersenyum sumbing saya membaca pos kali ini, tetapi masih kritis dan analitis.
Penyakit 'koro' tu, memang ada ke, Dato'? hehehe...

LIN LIANI said...

UMNO sampai bila-bila pun tidak akan relevan dan sukar dipulihkan lagi.

Pertama : Semua pemimpin hanya gilakan kuasa dan menyeleweng kuasa, bersaing untuk sapu projek besar dan kecil, bersikap mata duitan(tidak kira yang halal dan haram) dan cantas-mencantas untuk rebut kedudukan.

Contoh yang paling jelas dan nyata ialah sikap pemimpin-pemimpin yang tidak tahu budi dan tatasusila berpolitik.

Kita lihatlah bagaimana kurang sopannya pemimpin-pemimpin yang kononnya bakal memimpin negara begitu agresif umum tanding jawatan Timbalan Presiden sedangkan
Pak Lah belum umumkan keputusan sama mahu pertahankan jawatan Presiden atau tidak.

Inilah budaya tidak sihat UMNO selama ini yang dicemari oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu hormati dan memikirkan perasaan ketua mereka sendiri.

Alangkah baiknya kalau pemimpin-pemimpin ini berlumba-lumba untuk membela nasib rakyat yang sepatutnya dibela. Alangkah cerahnya masa depan negara kita kalau ada pemimpin-pemimpin ini berebut-rebut untuk tampil menolak sebarang kemungkaran, ketidakadilan, berusaha meningkatkan kehidupan ramai rakyat yang masih hidup daif di kampung, membimbing rakyat untuk hidup lebih bersatu-padu dan berdaya saing.


Kedua: pemimpin-pemimpin UMNO masih belum insaf daripada kekalahan teruk yang dialami dalam pilihanraya umum lalu. Mereka seperti tidak berusaha menyelamatkan parti yang semakin lemah sebaliknya lebih mengutamakan jawatan dan kedudukan sendiri.

Maka tidak hairanlah parti pembangkang merasakan mereka lebih yakin akan memerintah negara tatkala melihat kemelut yang dialami oleh UMNO.

Siapakah mampu selamatkan UMNO lagi kalau pemimpin-pemimpin daripada atas hingga ke bawah semuanya lebih sayangkan wang dan kedudukan daripada parti?

ChengHo said...

if we have great debate ( in both languages bahasa malaysia and english) we can see the quality of our potential Deputy prime minister in articulate the domestic and world issues. Muhyiddin vs Rafidah Aziz vs Zahid Hamidi vs Ali Rastam vs Mohamad Taib vs Nor Jazlan ?
after a few round 2 candidates will emerges who do you think?

-WADAH- said...

Jongkang jongkit terjongket-jongket

Assalamualaikum semua

Kadang kala memang seronok kalau kita kaji ketaktentuan dalam politik tanah air. Kalau boleh kita ibaratkan jongkang-jongkit, memanglah sekejap di atas dan sekejap di bawah. Tapi, yang penting dalam permainan jongkang jongkit ialah sinkronisasi antara penjongkang dan penjongkit.


Maknanya, sungguhpun salah seorang daripada pemain tersebut lebih berat daripada yang lagi satu, jongkang jongkit tetap boleh dimainkan kalau masing-masing saling mengalah, atau duduk di tempat yang betul bagi saling berjongkit.

Hal ini bermaksud salah seorang daripada pemain hendaklah mengalah dek kerana hendak berjongkang jongkit dengan lebih sempurna. Kalau tak ada yang mengalah, alamat terjongket-jongketlah jongkang jongkit itu. Lebih teruk, takut tak bergerak langsung jongkang jongkit tu.

Pepandailah orang UMNO atau segala-gala parti yang ada membuat pemilihan pada masa yang terdekat mengambil pusing analogi penulis ini.... Jawatan,jawatan juga... tanggungjawab, tanggungjawab juga...

Cubalah menangkan hati rakyat....
Wassalam

Anonymous said...

Ala Dato'

Citer la pasal benda lain pulak.

UMNO tu benda yang dah lapok la Dato'...

Quantum Metal Consultant said...

Pengumuman Zahid dan Nur Jazlan untuk bertanding Timbalan Presiden mempunyai 'isyarat' khas dari dua kem yang berbeza. Secata tidak langsung ini akan mematikan langkah2 veteran UMNO untuk niat bertanding jika badan sudah tua untuk naik turun berkempen memghadap calon yang lebih muda dan bertenaga.

Rais Yatim, Syed Hamid, Mat Taib adalah antara yang sepatutnya tidak masuk ke gelanggang semula jika kekuatan sekadar berbekalkan ginseng dan tongkat ali. Sebanyak manapun umpan mereka, pasti ikan bilis dan jerung akan telan habis habisan.

Dalam masa yang terdekat juga kita akan dipertontonkan gambaran sebenar bahawa bukan sahaja Zahid sebagai calon Timbalan Presiden tetapi juga siapa 3 calon naib presiden yang akan menyokong secara terbuka kepada Zahid, kita sudah ada shahidan yang menyokong zahid setakat ini.

Dengan zahid sebagai calon timbalan presiden dan dibantu 3 lagi calon naib presidennya tentulah calon presiden kurang mempunyai masalah untuk melepasi kelayakan mendapat jumlah undi yang mencukupi untuk bertanding.

Soal pokoknya, siapakah calon presiden yang akan zahid dukung ???

kas said...

The spurious reasons for the delay must be rejected. UMNO should hold its meeting as scheduled i.e. in December. That over, whoever gets to lead UMNO and the Barisan Nasional should immediately go down on the ground to explain things to the people. Hopefully the renegades from all the component parties will come back. If they return it is necessary to consolidate each party and the Barisan Nasional itself. These are herculean tasks especially as the country will have to also face turbulent times in the domestic and international economy

Dapatkan pinjuaman koperasi di http://creditcentre.webs.com/

Anonymous said...

Datuk,

Untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, pemimpin2 dan ahli2 UMNO mesti buang sikap sombong, berlagak, materialistik dan penting diri.

Pemimpin2 dan ahli2 UMNO hendaklah "membuktikan" pengorbanan mereka terhadap memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Bukan berjuang untuk mengejar pangkat dan wang ringgit.

Jernihkan semula hati dan jiwa dengan keikhlasan perjuangan anak bangsa. Kalau sudah lupa apa itu perjuangan anak bangsa... renung2 kan lah kembali semangat ketika berjuang menuntut kemerdekaan dahulu.


-sinbad-

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Limbo Rock? Maybe.

Penundaan dari Disember ke Mac. Beberapa penawaran diri yang baru. Ini semua reaksi pemimpin tertinggi terhadap angin perubahan dalam parti.

Namun saya tidak nampak perkara-perkara baru ini sebagai relevan kepada kehendak akar umbi.

Nampaknya minggu depan dan beberapa minggu selepas itu (dan mungkin jugaseterusnya), kita kena pandai-pandai jaga diri sendiri menghadapi kejutan-kejutan ekonomi dunia yang mendatang.

Raison D'etre said...

Salam Datuk,

Bolehkah Umno sekarang pulang ke seperti dahulu?

Sepanjang tahun - tahun kebelakangan saya bertugas (sebelum berhenti) membuat liputan acara yang melibatkan parti yang terbesar itu, ahli Umno kelihatan seperti terlupa asas (roots) mereka.

Ada di kalangan rakan media berkata ahli Umno seperti maharaja.

Orang tua/kampung untuk menerima bantuan/bingkisan raya dibiar menunggu berjam - jam.

Aturcara tak pernah tepat masa.

Lagu Negaraku tak di endah. Lagu Umno, dia berdiri tegak.

Bila bercakap, banyak menjurus kepada betapa hebatnya dia dalam masyarakat.

Tidak nampak seperti ahli Umno (yang besar jawatannya) telah mengalami perubahan lansung semenjak March 8.

Yang makin tebal cuma meluat ornag lain terhadap parti itu.

Wasalam.

PS: Zahid sebagai DPM? Ali Rustam? Mat Taib? Nur Jazlan?

Seperti mainan polis sentri.

Unknown said...

Assalamualaikum Datuk,
Ulasan datuk berkaitan limbo rock dalam pemilihan UMNO menarik sekali. Ahmad Zahid Hamidi dah pun menyatakan kesanggupannya bertanding Timbalan Presiden, begitu juga Ali Rustam.Muhammad Taib tak payahlah sebab Malaysia malu pemimpin yang buta bahasa Inggeris, bikin malu kompeni saja. Nampaknya Ahmad Zahid dah berjumpa regu bila shahidan terang-terang memberi sokongan kepadanya. Masalahnya Najib. Sama ada nak mempertahankan jawatan sedia ada atau bertanding merebut jawatan presiden UMNO (suatu jawatan yang menjamin post PM - kalau BN masih memerintah. Kalau Ku Li cukup pencalonan berentaplah Najib dengan Ku L. Pak Lah nampak gayanya diasak kiri kanan atas bawah untuk melepaskan jawatan. Kalau Pak Lah terus ,engumumkan mempertahankan jawatan presiden UMNO pada 9 Oktober ini, kemungkinan berlaku pertarungan 3 penjuru, atau Najib tersengot( tak jadi meneneruskan) dan terpaksa mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan mengumumkan regunya dengan Pak Lah.Kalau hal ini yang berlaku yang lain akan terus "koro" lah lagi.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ,
Pengumuman AAB sehari dua ini merupakan satu penantian yang ada banyak implikasi pada UMNO & orang Melayu sepertimana semua maklum. Yang pelik nya bila Zahid umumkan nak bertanding lawan Muhyiddin? Bagi saya orang macam Zahid yang "beli" Dr. dan jadi "Instant Doktor" & flip-flop macam mentor dia, AAB, amat membahayakan orang Melayu. Semoga warga UMNO tak memilih orang macam ni untuk memimpin... semoga akan lahir "susu" diantara "darah" & "najis" yang berselerak dalam kepimpinan UMNO sekarang, amin!!

amoker said...

salam Datuk,
Tak ada choice lain ke yang lebih berwibawa? Is this the best in the UMNO stable?

So many more Malays who can manage better and even speak fluent English and debate effortlessly. What a brain drain.

Cak Kun Cak said...

Sy berharap para pembesar UMNO dapat memahami dan menilai pandangan YB Datuk demi 'survival' mereka sendiri.

A KADIR JASIN said...

Sdra Amoker, antara lain, mengulas:

"Tak ada choice lain ke yang lebih berwibawa? Is this the best in the UMNO stable?"

1. Atas alasan itu jugalah saya tidak menyebut nama-nama seperti Ali Rustam (yang saya kenal sejak dia bertanding presiden WAY), sahabat saya Shahidan Kassim dan beberapa yang lain yang hendak bertanding Timbalan dan Naib Presiden;

2. Kita tidak boleh terus memalukan Melayu dengan memilih pemimpin yang hanya sesuai untuk politik kampung;

3. Malulah kalau dengan sistem pendidikan kita yang diuar-uarkan oleh orang yang sama sebagai bertaraf dunia kalau mereka sendiri gagal menguasai lingua franca ekonomi dan diplomasi dunia;

4. Malulah bila ada pemimpin yang tak tahu apa "ground zero" bila berbincang dengan pemimpin dunia;

5. Tunjuklah sedikit hormat kepada jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden -- budak-budak berhingus keringkan dulu hingus berjuang dalam pemuda dan paling tinggi pun MT;

6. Ya, kita mahu demokrasi dan kebebasan, tetapi bukanlah untuk dipersendakan .

Terima kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Mengulas mengenai ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata: "Itu pilihan mereka untuk umumkannya awal, selepas ini sesetengah daripada mereka akan berundur".
...................................

Apa maksud Dolah berkata begitu: sesetengah mereka akan berundur??? Siapa?? Apakah dengan pengumumannya mempertahankan jawatan, Zahid dan Ali Rustam akan menarik diri dan memberi laluan (sebagai kompromi) kepada najib untuk kekal Timbalan. Apakah pengumuman Zahid dan Ali Rustam sekadar amaran kepada Najib bahawa dia akan digugat jika engkar kepada Dolah.

Kem Najib seperti juga kem Muhyiddin sebenarnya masih membisu sambil memerhati gelagat kem Dolah, walaupun cacing naik ke mata tetapi mereka terus bersabar untuk melihat cacing kepanasan limbo rock.

Anonymous said...

Think will not be bad if only the top people in UMNO have sincerity in gunning for top post. Not for personal agenda.But then again we're talking about politician here.

LIN LIANI said...

Dato,

Kita memang dah lama rasa malu dengan pemimpin UMNO. Apa boleh buat, inilah yang mampu kita lahirkan. Cuma harap-harap selepas peralihan kuasa nanti, jangan terus buat rakyat rasa malu lagi.

Rakyat Malaysia tidak mahu pemimpin UMNO yang rasuah, tetapi mereka tetap tidak pernah rasa serik untuk makan duit yang haram.

Rakyat Malaysia mahu perpaduan antara rakyat kekal harmoni. Tetapi selepas negara merdeka 51 tahun, masih ada pemimpin UMNO yang mencetuskan sentimen perkauman.

Rakyat Malaysia telah lama menelan pahit dalam paksaan disebabkan inilah pemimpin UMNO yang dipilih rakyat untuk memimpin negara kita.

Negara kita yang kaya dengan sumber alam dan hasil galian yang banyak sepatutnya lebih kaya daripada hari ini. Rakyat sepatutnya lebih kaya dan taraf kemiskinan tidaklah seteruk seperti hari ini.

Namun kerana ketidakupayaan pemimpin UMNO, negara kita gagal mencapai kejayaan yang sepatutnya.

Kalaulah pemimpin UMNO sedar diri dan tahu cerminkan diri sendiri, mereka tentu tidak akan mempersendakan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Allahyarham Sulaiman Plastin telah memecahkan rekod UMNO dan harap tidak ada pemimpin UMNO yang mengikut jejaknya lagi.

Dato, apakah yang boleh mengharapkan lagi daripada pemimpin UMNO kita ini?

Saya lebih percaya biarlah kita ubah nasib kita sendiri daripada mengharapkan pemimpin UMNO membela nasib kita, lebih-lebih lagi musim pemilihan, lagi tak nampak batang hidup mereka bersama orang kampung.

affendi hussain said...

jawatan no.2 UMNO dah jadi mcm fenomena 'blackhole'

seolah nak sedut apa jua entiti masuk dalamnya...termasuklah batu batan asteroid yg x berguna..

sebab jawatan no. 1 bakal meletup menjadi 'supernova' ..bintangnya mmg dah sampai masa pun..

mungkin bakal berakhir sbg satu lg 'blackhole'

atau bintang neutron (jasad paling tumpat di alam semesta.. kalah batu & besi, sesuai utk buat patung utk disembah pengikut2 ajaran 'koro') kalo penyandangnya masih nk kekal lg lah..

Bintang yg meletup - No.2 UMNO 08/09..'blackhole' terhasil yg dicipta seseorang untuk sedut bakal2 penggugat..di'induce' utk meletup cepat berbanding no.1!

malangnya sasaran utama (Muhiydin) belum tersedut lagi..silap haribulan sama2 membuat letupan supernova utk no.1

Ali Ketam, Zahid blurr..ketua bahagian??
memang kemaruk kuasa betul..glokal angkasaraya ala UMNO...visi tahap Pluto..kualiti tahap zarah asap.

when matter & anti-matter annihilate each other..its called -collateral damages for UMNO...

Democracy in a pathetic sense..

Anonymous said...

Yang Berbahagia Datuk,

Berikut ini sisipan dari The Scribe

Kemelut pertandingan limbo rock menjadi pertandingan lompat tinggi ini dikhuatiri akan menjadi lebih teruk dan lucu pada pemilihan Umno Mac ini jika ahli Umno tidak diberikan kebebasan atau jika mereka boleh terus digula-gulakan dan disogok dengan wang, kontrak, kain pelekat, sejadah dan lawatan ke Siam.

Tulisan Datuk sudah terang. Saya suluh lagi tulisan ini. Maka jadilah ia sudah terang lagi bersuluh.

1) Pertandingan limbo rock menjadi pertandingan lompat tinggi.

1.1 Kenyataan ini adalah merujuk keada salah tafsir atau sengaja memanipulasi syarat-syarat pertandingan oleh calon. .Kejadian salah tafsir semestinya berpunca daripada kualiti peribadi calon.. Ada pemimopin yang yang merendahkan martabat negara dengan mengakui tidak memahami bahasa Inggeris mudah. Kalau bahasa Inggeris yang mudah pun tidak faham, bagaimana mungkin memahami konsep Ground Zero. Kualiti inilah yang dipersoalkan oleh rakan kita amoker Jika ini terjadi, siapa yang malu? Kita dan keluarga kita (ayat iklan)

2) ….. Jika ahli UMNO tidak diberi kebebasan……

2.1 Badan perhubungan negeri menentukan calon mana yang perlu dipilih. Selama ini undi dibuat secara pukal berdasarkan negeri
.
2.2 Mencari keikhlasan kata-kata Anuar Musa yang memberi kebebesan kepada Bahagian untuk memilih calon.

2.3 Ramai lagi Pengerusii Perhubungan Negeri akan bersuara seperti Anuar Musa. Tetapi hanya untuk di tulis dalam akhbar sahaja. Komplot sukar dibendung.

3) …. mereka boleh terus digula-gulakan dan disogok dengan wang, kontrak, kain pelekat, sejadah dan lawatan ke Siam

3.1 Politik wang berluasa sama ada dalam skala kecil , skala sederhana dan skala besar.

3.2 Dalam UMNO ada macam-macam personaliti. Ramai yang alim dan ramai yang antu. Yang alim diberi sejadah atau diterbangkan ke ke Jedah . Yang antu dihantar ke PatPong Siam saksikan pertunjukan dedah-dedah.. Semuanya AU tak ada yang MEI AU.

3.3 Datuk menteri ada kelebihan memenangi pertandingan kerana ada kuasa meluluskan kontrak..

Mengingati peranana SULUH BUDIMAN

Heical said...

Salam Datok,
Bila dilihat secara kasar politik ini macam gajah bersama geng geng ,anak bini sedang bertarung dengan kumpulan gajah lain yg serupa ada geng geng & anak bini.
Mereka ini bertarung kerana rebut kawasan rumput hijau yg segar diluar sana .Tak cukup rumput yg ada ,tamak kalau bolih semua mereka hendak kuasai.
Ada gajah gading satu ,ada gajah cengkoi dan ada gajah tua.Masing masing bertempur dan yg tak bolih tempur minta bantuan sitikus disuruhnya masuk lubang hidung gajah lawan.Musnahkan ketua lawan.
Maka dalam pertarungan ini yg musnah adalah kancil,kijang dan haiwan kecil.
Apa bolih buat inilah resam dunia.

Heical said...

Salam Datok,

Saya berpendapat TS Muhyiddin & Najib calon yg sesuai untuk No 1 & 2.

Yg lain lain macam tidak sesuai saja.

Hindraf sudah melampau sampai ganggu Umat Islam menyambut Aidil Fitri.
Langsung tidak hormati Agama kaum Islam.
Kerajaan perlu ambil Tindakan tegas.

LEKLOOK said...

Salam Datuk,
Saya tersentuh apabila ada orang menyatakan Zahid membeli Dr.

18 haribulan ini beliau akan menerima ijazah itu di UPM setelah hampir 7 tahun menyiapkan pra-syarat kelulusan itu. Zahid menghadapi banyak karenah penyelia-penyelianya yang berbeda fahaman antara satu sama lain.

Akhirnya dia berjaya juga tanpa 'membeli' ijazah itu. Sudahkah yang mengata membuat usul periksa?

Anonymous said...

Dear Kadir.

saya amat tertarek dengan komen oleh CHE DET..Dia kata jikalau Pak Lah nak berhenti kenapa kita perlu tanggohkan mesyuarat UMNO sahingga Mac.Tak Masok akal.Apakah ia boleh buat dalam masa 5 bulan ini.Dia nak reform judiciary.Tak mungkin kerana Zaid dah berhenti.Dia nak reform police.tak munkin.Dah 5 tahu berlalu,tidak ada apa2 yang berlaku.

Saya shak mungkin ia hendak mengunakan masa 5 bulan ini untok mejagasukapa kepentingan perniagaan anak dan mennatu dan kawannya betual terjamin.

Mungkin ada dua tigas kontrek yang perlu di selesaikan untok scomi dan ecm libra or Air Asia.Atau untok menjamin beberapa lagi kontrek Petronas dapat di berikan kapada keluarganya.

Nampak sangat yang Pak Lah lebeh mementingkan kepentingan dirinya dari UMNO dan BN.

Mari lah kita sama sam saksikan.

Anonymous said...

Sdr Kadir,

Betapa hebatnya budaya Melayu
betapa tingginya tamaddun Melayu
hebat dan tinggi lagi hemat the Scribe.

Rasa-rasanya, McCain atau Obama, Sarkozy, Merkel, Brown, Putin, Wen Jiabao, Zadari, Manmohan, Hsien Loong, Ben Ladin dan ramai lagi pun tak sehebat Mahathir!

Semuanya ada - 'teams of advisors' dan Mahathir tidak perlukan mereka. Itukah yang dimaksudkan kamu, Kadir?

Maklumlah kita hanya budak yang belum kering hingusan dan masih 'wet behind the ears' bukan begitu, Kadir?

Kalau demokrasi yang dilaung-laungkan kenapa harus disekat-sekat
siapa yang mahu bertanding?

Terpulanglah kepada ahli yang menentukan atau kita purak-purak berdemokrasi? Lainlah demokrasi Mahathir pakai 'kota'

Agak sombong kau, Kadir?

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ & pembaca blog the Scribe [Re: Comment "leklook"]:
Saya menerima komen "leklook" diatas kesilapan saya mengatakan Dr Zahid Hamidi "membeli" ijazah PhD beliau. Saya menerima hakikat bahawa "Senat UPM meluluskan pengurniaan Ijazah PhD kepada Datuk Zahid Hamidi pada 21-2-2008 setelah beliau menyiapkan tesis bertajuk "Manifesto Barisan Nasional Sebagai Agenda Akhbar Bahasa Melayu Semasa Tempuh Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999".

Kesilapan ini amat dikesalkan.

Andin Salleh said...

Salam,

Pada saat yang kritikal seperti sekarang ini, ahli-ahli UMNO memang diharapkan akan memilih calon yang paling berwibawa untuk mengisi jawatan timbalan presiden.

Orang-orang seperti Ali Rustam, Muhammad Mohd.Taib, Md.Isa Samad dll boleh menawarkan diri sebagai calon untuk mengisi jasatan itu. Akan tetapi, saya tidak menganggap mereka sebagai calon yang sesuai.

Saya yakin ahli UMNO masih mampu untuk memilih calon yang paling berwibawa itu, walaupun mereka akan dihujani dengan taburan wang dan keuntungan material yang lain.

Anonymous said...

Sya pernah terbaca dimana Lee Kuan Yew pernah meramalakan bahawa UMNO akan hancur di abad ke 21. Asas ramalan beliau ia lah kerana sebagai orang yang amat 'observant' dalam catur kuasa politik, bahawa sikap dan perangai pemimpin Melayu itu sendiri akan menghancurkan parti tersebut.
Saya bertambah yakin la tuk!!!!dh9753

Anonymous said...

Dato',

Bila ramai yang menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi maka bukankah bermakna demokrasi dalam Umno mula subur? tapi bagi saya kalau ramai 'hingusan' bertanding maka ini menunjukkan golongan 'hingusan'/bawahan sudah bosan dengan pimpinan tertinggi semasa. Saya rasa kalau semua ahli Umno boleh mengundi maka hampir semua pimpinan sekarang (dari Presiden ke Majlis Teringgi) akan terlingkup. Nasib baik hanya 12 org setiap bahagian boleh mengundi, mereka2 ini telah 'dapat macam2' maka pasti menyokong pimpinan semasa yang ada.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

KJ dan Dolah sama berani...cuma seorang tokoh mampu menarik perhaitan semua.
http://kluangmanexpress.blogspot.com/
- kluangman

Pakteh said...

bagi pakteh Zahid n Ali Rustam diremotekan untuk bertindak sebegitu. Diharapkan tindakan mereka akan menyebabkan TS Mahyudin melatah dan turut terikut-ikut dengan rentak mereka. Cabaran awal dari Zahid tidak disambut, dicuba pula Ali Rustam juga tidak disambut...tahniah TS Mahyuddin..anda memang bijak menangani perang saraf sebegini. Akhirnya yang terpaksa menjawab ialah KJ yang mengatakan Zahid n Ali masih betul walau mendahului Presiden yg belum membuat pengumuman kerana kedua2nya berkata "Hanya jika ada kekosongan"..sayangnya...kenyataan KJ ini boleh dianggap sebagai usaha penyelamat bilamana senjata dah makan tuan.
betoika? betoi la kot....
http://www.betoika.blogspot.com

azlishukri said...

saya tidak faham mengapa masih ada pemimpin2 UMNO yang masih berhasrat menawarakan diri bertanding untuk jawatan TP UMNO, sedangkan mereka tahu, mereka hanya membawa fitnah kepada UMNO dan negara, seperti Mat Taib dan kahiry.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kami melihat tindakan Zahid dan beberapa individu lain adalah untuk memecah-belahkan undi buat Muhyiddin Yassin.

Najib kini sedang mengatur barisan yang beliau lebih selesa memimpin.

Muhyiddin dianggap terlalu ambitious, dan boleh menggugat kedudukan Najib sebagai Presiden nanti.

www.suaradu.com

A KADIR JASIN said...

Sdra (anon) dh9753, antara lain, mengulas:

"Sya pernah terbaca dimana Lee Kuan Yew pernah meramalakan bahawa UMNO akan hancur di abad ke 21."

1. Benar kata Sdra itu. LKY amat peka mengenai pentingnya Malaysia kepada Singapura;

2. LKY amat takut ketidaktentuan politik Malaysia akan menjejas Singapura. Antara lain dia takut "pelarian ekonomi" dari Malaysia membanjiri Singapura;

3. LKY tidak takut kalau pelarian itu terdiri daripada jutawan dan warga korperat Malaysia seperti YLT, IOI, Kuok Group dan Genting yang banyak melabur di Singapura;

4. Singapura mempunyai rangkaian maklumat dan pengintipan yang meluas di Malaysia;

5. Wartawan akhbar dan TV Singapura di Malaysia menumpukan perhatian kepada "soft target" untuk mendapatkan maklumat ekonomi dan politik. Ada ramai operative media massa Singapura di Malaysia;

6. Ramai wartawan latihan Singapura di Malaysia bersimpati dengan negara itu;

8. Pengintipan politik dan ekonomi di Asia Tenggara adalah "forte" Singapura; dan

9. Kepempinan Abdullah Ahmad Badawi sendiri sejak awal-awal lagi memberi layanan istimewa kepada Singapura dan akur kepada kehendak negara itu.

Terima kasih.

Moshe said...

Zahid Hamidi dan Muhamad2 Taib adalah penyokong kuat Adullah dan umum mengetahui Abdullah adalah seorang pemimpin yang gagal secara total, jadi apakah takrifan Datuk terhadap mereka ? Orang2 yang menyokong pemimpin yg gagal ?

Anonymous said...

Tok Scribe menulis:
"Ada ramai operative media massa Singapura di Malaysia;"

Jika kita peka, kita pun dapat menghidu ada segelintir operative yang memblog untuk kepentingan Singapura di kalangan bloggers Malaysia.

aMiR

affendi hussain said...

Dalam Islam mmg dianjurkan demokrasi..

Ttp demokrasi dlm Islam berdasarkan kpd ilmu & kualiti pemimpin... bukan jenis main taram tak ukur baju dibadan sendiri..syok sendiri..

kerana kepimpinan dlm Islam dtg dgn tanggungjawab yg amat besar kpd umat Islam.. pemimpinan lemah dicela dlm Islam kerana akan memusnahkan umat.

Kalo ikut demokrasi Islam, ahli biasa pun boleh calon diri jawatan presiden kalo layak dari segi kualiti..

Calon ada PhD pun kalo tesis setakat topik yg bernilai taraf pengganggur buat apa..PhD hanya mcm buku cerita..org ada duit boleh cerita pasal cara membunuh nyamuk pun sbg tesis... kalo dah ada sijil dlm kajian 'hydrocarbon cracking process' pun saya respect..takde lah org tu cakap minyak kat malaysia hanya sesuai utk jet fuel..takyah PhD pun.

kat bawah jambatan tu pun ada byk "Dr." jugak..jenis cucuk sendiri..org nk title 'Dr' dikalangan kita pun byk yg 'cucuk sendiri' gak.. ttp 'Dr.' jenis ni tiada nilai ilmiah dari segi impak sosial, teknologi & ekonomi kpd masyarakat.

Bukankah org politik mmg dah ada 'built in' PHD dlm diri masing2... utk survival?

Sbg umat yg mengaku Muslim, baik refer balik apa dlm The Manual:

"Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui" - (Al-Baqarah:247)

Yg pasti calon2 jenis berikut tidak layak utk jd pemimpin:

1) Lemah mental - tiada ilmu yg luas, tak mampu buat keputusan selain berdolak dalik,..cakap mulut mendahului aqal..terlalu lemah minda sehingga boleh dieksploitasi musuh, anak bini, menantu & kroni. Minda hamba tetapi berjiwa tuan!

2) Lemah fizikal- taik penyakit, kuat tdo, mudah letih, nyanyuk (cakap lain buat lain)

3) Lemah akhlak - kaki duit, gila kuasa, kaki laki/perempuan, penyamun tarbus...penyangak masyarakat..munafik, penghasut besar.

Only results matters..Only results..the rest will only be only viewed as chronology of history.

For relevency..for survival..for future to be (if any, as a result of these people actions)....

just waive those mind insulting talking & irritating behaviour.. wahai pemimpin UMNO..childish..

please...

try to win our heart again.. if u can..
if u fail...

we will put u down deep 7 feet under in PRU13..that's our promise.. & we do keep it for sure..unlike your Mazhab-ul-flip-flop al-Imam Hadhari.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Semalam, Dow Jones ditutup pada paras bawah 10,000 mata (paras tertinggi +- 14,500).

Light sweet crude sedang diniagakan pada sekitar USD88 (paras tertinggi +-USD145) manakala sawit hadapan pada sekitar RM1,850 paras tertinggi +-RM4,500).

Bagi Bursa Malaysia pula, indeks komposit kekal berada dibawah paras 1,000 mata sepanjang pagi.

Sudah hampir dua bulan saya memberi signal begini di blog Dato'. Perlu tunggu signal jadi loceng amaran ke baru nak percaya yang kerajaan sekarang tidak berfungsi?

Kalau ada yang kata kerajaan sekarang auto-pilot, ramai yang mencemik.

Mengambil kata-kata seorang pelawak, "LU PIKIR LA SENDIRI!"

Maaf Dato, keluar dari topik. Sukar nak komen pasal UMNO pasal saya bukan ahli UMNO. Jadi saya cuma komen tentang ekonomi negara sajalah yang ada kena mengena dengan saya.

A KADIR JASIN said...

Sdra Mohd Affendi, antara lain, mengulas:

"kalo dah ada sijil dlm kajian 'hydrocarbon cracking process' pun saya respect..takde lah org tu cakap minyak kat malaysia hanya sesuai utk jet fuel..takyah PhD pun."

Betul ka dia kata minyak Malaysia hanya sesuai untuk jet fuel?

Kalau betul, ada dua kemungkinan: (1) Dia tak tahu (2) Dia ingat orang lain pun tak tahu.

Jet fuel sebenarnya lebih hampir kepada minyak tanah. Sebab itulah harganya lebih murah daripada petrol atau diesel.

Di Amerika harga Jet Fuel adalah AS$3.08 se gelen berbanding petrol AS$3.84 dan diesel AS$3.87.

Sdra Sawit Futures Trader, saya faham betul. Saya pun banyak cari makan dari pasaran saham dan unit trust.

Saya pegang saham NSTP. Masa saya berhenti tahun 2000 harganya dalam lingkungan RM6. Sekarang dalam RM1.40 se saham. Dah hancai!

Bursa Malaysia sudah lama tidak menjana "wealth effect" dan saya bimbang banyak badan korporat yang menggadaikan saham mereka sudah tidak mampu "service" pinjaman atau sudah kena tambah cagaran.

Kalau Mohd Najib tidak tangani ekonomi dengan baik, kesan kepada negara lebih akan parah daripada 1997/98.

Terima kasih.

affendi hussain said...

Dato' AKJ..

Datuk Zahid Hamidi selaku Timb. Menteri Penerangan ketika itu berkata ketika disoal oleh Dr.
Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9:

"Minyak petroleum yang
dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak
jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung
kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak
tempatan”,
- Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi.

Sgt kontra dgn fakta bahawa minyak kita kualiti terbaik..jika suling akan dpt byk produk high-end..petrol octane tu adalah hasil pertengahan..paling bwh dpt diesel & bitumen..

minyak kita terlampau baik kualiti kerana tak dpt ekstrak diesel & bitumen pun...kalo diesel mahal kita patut redha..ttp bukan gas & petrol.. bersyukurlah kpd Allah Malaysia ada hasil bumi sebegini..kalo masih kufur nikmat & bergaduh..jdlah mcm negara Islam Afrika mcm Sudan/Somalia..ada hasil berlian/arangbatu pun tak guna..asyik bergaduh..pandai melanun je - Nauzubillah!

Pemimpin2 versi UMNO jenis ini terperangkap dlm dimensi masa dinosour domain mereka sendiri terlalu lama..masa seolah-olah terhenti di tahun awal kemerdekaan bg mereka..

Rakyat dianggap boleh ditipu bulat2..malangnya mereka lupa w/pun org di kampung tak belajar tinggi, majoriti anak2 mereka pergi universiti..ibubapa kampung ini kelak lebih bijak ilmu berbanding pemimpin2 politik UMNO kerana mereka percaya kpd anak2 mereka yg berilmu..

Inilah landskap masyarakat Malaysia yg masih gagal difahami pemimpin egois UMNO w/pun lepas 51thn merdeka..

Kita di persimpangan getir kemerosotan ekonomi dunia..harap kapten ekonomi tahu memandu..bukan harap autopilot..keaktifan lingkaran api pacific dah byk ubah landskap lautan ekonomi dunia..kelak langgar batu/pulau yg tiada dlm GPRS terus masuk jurang dalam..

Tensen kita dibuat mereka ini kerana kita hanya boleh berdoa & berharap sehingga PRU13 (",)

p/s: Dato..semlm tgk Ibrahim Ali dlm rancangan tu..isu Melayu

Unknown said...

Saya amat tertarik dengan pandangan Dato' AKJ akan bahawa para pemimpin tidak seharusnya berlagak jaguh kampung kerana kenyataan ini akan memalukan negara kita apabila mereka duduk semeja dengan para pemimpin dunia tanpa mengetahui maksud 'ground zero'.

Apa yang berlaku kini adalah suatu 'zero-sum game'. Masalahnya, permainan ini bukan lagi dalam ertikata lokal, glokal mahupun kampung. Ini permainan dunia.

Anonymous said...

askm,
Datuk tiba tiba saya teringat kenapa Zaid lari dari kabinet Dolah.

kerana: kempen makan burnt fish di Melaka,jet fuel oleh PhD holder dan prestation oleh ah lupa pula namanya!.

sakit giler kepala dia!

corrigenda.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Paling kelakar bila bekas Menteri Penerangan nak sebut coffer tetapi disebutnya coffin. Bercakap dengan wartawan pulak tu.

Col Roseli said...

Saya seronok membaca komen-komen yang diutarakan didalam blog ini. Banyak idea-idea yang bernas yang dikemukakan terutamanya berkaitan ciri-ciri yang harus ada bagi seseorang yang ingin menawarkan diri bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Namun apa yang paling ketara sekali, saya lihat mereka-mereka ini semacam bukan ahli UMNO atau tidak pernah memasuki UMNO dan dengan itu nampaknya mereka semacam tidak tahu selok belok didalam UMNO.
Di dalam UMNO sebenarnya, suara akar umbi tidak penting. Pandai ke tidak bercakap Inggeris pun tidak penting. Yang menentukan siapa yang boleh kekal dikerusi Presiden dan sekali gus kerusi Perdana Menteri hanyalah ketua-ketua bahagian UMNO yang 191 orang itu sahaja. Itu pun tidak perlu semua. Jika Presiden boleh menjaga 100 ketua bahagian sudah memadai dan boleh kekal sampai 20 tahun. Dan untuk menjaga 100 orang itu bukanlah susah sangat. Mereka yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri pun sudah menjangkau 50 orang. Yang lagi 50 boleh didapatkan dari mereka-mereka yang berjawatan senator, Pengerusi FELCRA dan berbagai lagi pengerusi lain, termasuk Penasihat-Penasihat saperti Penasihat NCER.
Nasihat saya cubalah masuk UMNO dan tuan-tuan akan faham apa yang saya maksudkan.Usahkan untuk menjadi perwakilan bahagian, perwakilan cawangan pun saya kira tuan-tuan tidak akan lepas. Semuanya diatur dari atas. Dan ini bukannya perkara baru. Ia hanya menjadi baru sebab UMNO kehilangan kuasa dibeberapa negeri dalam pilihanraya yang lepas.
Jemputlah masuk UMNO kemudian kita bincang ...

Anonymous said...

Assalamulaikum Datuk,
Mungkin boleh renungi satu faktor mengembalikan kekuatan UMNO diwaktu kegagahannya dulu. Jika ini
diambilkira, generasi sekarang akan lebih menghormati pemimpin parti ini. Faktor itu ialah pemisahan wang dengan agenda politik. Bermula dari cawangan hinggalah keperingkat tertinggi semuanya ada imbuhan wang dan masing-masing mengejarkan imbuhan ini. Selepas tak berjawatanpun diberikan imbuhan wang berbentuk wang ringgit. UMNO tak akan dihormati jika pemimpinnya kotor dengan wang haram yang "dihalalkan"...
Walaubagaimanapun bolehkah UMNO dan BN terus berjuang untuk negara tanpa unsur wang haram ? Adakah cukup wang keahlian pada setiap tahun menghantar perwakilan dan pemimpin dari seluruh negara ke KL ? Adakah mereka sanggup tinggal di hotel Ah Chong atau Seri Malaysia dengan menggunakan duit sendiri ?
Minta Datuk menghalusi dan menganalisa perkara ini dengan lebih dalam.
Kita sememangnya dididik dan disuapkan dengan tradisi mengharapkan kerajaan memberikan sesuatu untuk kita. Dan bukan dipupuk dengan nilai-nilai berjuang untuk negara.
Sekian, terima kasih. Semoga Datuk terus berjuang dengan tulisan kritis yang berkesan membawa perubahan,

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,

UMNO WILL NOT SURVIVE BEYOND 14thGE!

Why? Because of people like me. I have started "brain-washing" my children and their friends to reject UMNO and ALL the dynasties within UMNO. Just because their father and forefathers were leaders of yesteryears, the country is served onto them on a SILVER PLATTER for them to rape and plunder!

What nonsense LEADERS are these?

Najib?
- What does he know of the plight of the ordinary folks?
- He just go around handing out cash (mainly from FELDA) to secure his votes!
- He doesn't have a clue about the economy!

Hishamuddin?
- What does he know about education?
- He doesn't have a clue of what is required for the country!

KJ?
- What does he know about the meaning of earning a living?
- He doesn't even respect the elderly in Rembau and doesnt even work but continued to be paid!

Mukriz?
- What does he know about the hardship of ordinary folks?
- He doesn't even eat with the ordinary people!

Zahid?
- What does he know about anything?
- He just go around on one of his big bikes & enjoy!

These people were either born into political family or married into one or connected/networked with previous leaders!

Their priority in life seems to be centred around making money and more money for themselves! Tujuh keturunan pun tak habis makan!

Our economy is heading towards a downward spiral!

Yet those idiots that we voted for keeps on harping on GDP growth would be maintain at 5% this year etc. etc. Using law of average, of course it would be relatively high after the "good" first half!

I suppose we are the bigger IDIOTS for voting them in!

But what is being done/planned to cushion the impact next year? Nothing!

Next year is EXCLUSIVE for:
(1) Pak Lah, the sleeping PM, to wake up and step down as "Leader" by March 2009?;
(2) Najib to take over the comfortable bed from Pak Lah and start sleeping?;
(3) Rafidah to step down as Chief Beauty Queen by June 2009?;
(4) Sharizat to take over as the new Chief Beauty Queen?; and
(5) UMNO and their Putras/Putris would feast in March 2009 to herald a new era of sleeping beauties? new warlords?

What else is there?
- Nothing for the people who pay taxes!
- Nothing planned for any eventualities arising from the US economy!

We are fundamentally strong and can withstand any impact of slowing US economy! We are totally self sufficient and we do not need US to survive!

The whole world can be in a recession or even depression BUT Malaysia will be alright because we have UMNO/MCA/MIC collectively known as BN and of course, the rejects of UMNO in the form of Anwar, Azmin and whoever else to ensure that the MALAYSIA remains afloat!

I am totally disgusted to say the least with the likes of Pak Lah, KJ, Najib etc. etc including (hail the GREAT Leader!) Anwar etc. etc. Not to mentioned HINDRAF members who's citizenship should be revoked!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

Dato',

Minyak tanah sebenarnya lebih mahal dari petrol dan diesel.

Hari raya baru ni, saya ke kedai india untuk mencari minyak tanah untuk menyalakan lampu pelita panjut hari raya. --1.5 liter = RM6.00.

Minyak tanah kat kampung Dato'lebih murah ke?

Pheww!!

A KADIR JASIN said...

Sdra Dari Borneo ke Minang, antara lain, berkata:

"Not to mentioned HINDRAF members who's citizenship should be revoked!"

Saya boleh rasakan kemarahan Sdra mengenai tindak tanduk dan tingkah laku Hindraf dan pakatan-pakatan seumpanya.

Tetapi bukan semudah itu menarik balik kerakyataan seseorang dan cadangan seperti itu boleh dianggap menghasut.

Sdr Col. Roseli, kalau saya mengambil hujah-hujah sdra mengenai Umno sebagai "the gospel truth:' kesimpulannya ialah ahli Umno dan orang Melayu akan/perlu tolak dan kuburkan Umno.

Saya lebih positif. Bukan semua pembesar Umno dungu, jaga periok nasi sendiri dan korup.

Takkanlah daripada 3 juta ahli tidak ada langsung yang cerdik, arif, budiman (berbudi dan beriman), bersih dan ikhlas?

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Buyong,

Saya dah lama tak mampu pasang pelita minyak tanah!

Harga RM6 seliter itu adalah harga "profiteering" oleh pekedai.

Inilah masalah peniaga kita. Mereka tidak ada hati perut dan kita pula "bodoh" pergi beli.

Tak pasang pelita minyak tanah malam raya tak mati.

Pasang pelita itu pun bukan sunat atau amalan raya.

Terima kasih.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dua komen yang menarik perhatian saya.

Pertamanya dari Borneo ke Minang.

Berikut pula adalah petikan bertentangan berkenaan Hindraf;

"Kesempatan apa lagi yang mereka ada untuk menyampaikan secara peribadi tentang tuntutan dan perasaan sedih bercampur benci mereka terhadap tindakan tidak bertamadun Akta ISA yang dikenakan terhadap keluarga mereka.

Hindraf dan keluarga mangsa ISA tidak datang ke jamuan tersebut dengan parang. Mereka tidak datang dengan senapang. Mereka tidak datang dengan cota. Mereka tidak datang dengan gas pemedih mata."

Artikel penuh pada http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16981&mode=thread&order=0&thold=0

Bagi saya ia sekadar seperti bertandang kerumah orang pada pukul 4 pagi.

Mengganggu tidur tuan rumah tetapi bukannya kencing di pagar.

Penilaian saya mudah. Tiada tangkapan dibuat bermakna mereka tidak membuat provokasi atau kacau bilau. Jauh sekali untuk menjatuh hukum mereka dibuang kerakyatan.

Jika dikatakan mereka tidak sopan kerana mengambil peluang, itu saya setuju.

Tentu ada yang memandang saya secara negatif. Saya sarankan anda cuba tanya kepada anak-anak arwah Pak Samad tentang perasaan mereka bila bapa mereka dijatuh hukum sebagai agen komunis tanpa bicara.

Disebabkan isu seperti inilah bacaan saya tidak dihadkan kepada MSM utama sahaja.

Keduanya komen dari Col Roseli.

Kerap juga saya membuat perakuan di dalam blog ini yang saya bukan ahli UMNO terutamanya bila saya memberi komen tentang UMNO.

Dan apabila saya bercakap tentang UMNO dan akar umbi, saya sememangnya sudah menyedari tentang realiti yang dikatakan oleh Col Roseli itu.

Kerana realiti itu jugalah jentera pilihanraya UMNO tersangkut-sangkut masa PRU12. Akar umbi merajuk dan protes.

Apabila komen dibuat berkenaan akar umbi dan UMNO, ia lebih kepada retorik, sarkastik ataupun harapan dan tidak sekali-kali tentang realiti.

Jika syaratnya saya kena masuk UMNO dulu baru boleh berbincang, saya rasa baik tak payah. Jika masukpun, saya akan termasuk dalam kategori akar umbi dan akar umbi, seperti perakuan Col Roseli, bukan ada suara pun.

p/s susahnya nak berjuang untuk bangsa, agama dan negara bila pemimpin ada keutamaan lain (mengeluh keletihan tapi masih belum mahu mengalah).

mad said...

salam aidilfitri datuk,

penangguhan pemilihan parti kepada mac tahun depan dan keputusan aab utk mempertahankan kerusi presiden parti menunjukkan aab tiada niat utk berundur dari putrajaya dalam waktu terdekat mahupun pada tarikh yg dicadangkan pada 2010. bukankah aab terkenal dgn sikap bohongnya dan keputusan flip-flop yg melibatkan kesejahteraan negara. mungkin benar banyak kerja yg perlu diselesaikan, i.e. projek juta2 syarikat keluarga dan kroni. nampaknya umno diperingkat atas masih lena lagi selepas tsunami 8 mac lalu.

Quantum Metal Consultant said...

Apa yang diperkatakan oleh Col Roseli itu ada kebenaran dan kebetulannya tetapi ia tidaklah menggambarkan keadaan semasa di semua bahagian dan seluruh negara.

Apabila menyebut akar umbi ahli UMNO sebenarnya ia bukan termasuk perwakilan bahagian kerana mereka juga adalah jangkitan virus tamak dan haloba dari Ketua Bahagian dan Pak Pak Menteri.

Oleh itu pemilihan di peringkat perhimpunan agung UMNO lebih kepada perhimpunan orang tamak haloba yang akan mengundi dan memilih mengikut towkey mana yang boleh menabur emas dan berlian. Setiap perwakilan akan mendapat hadiah cabutan bertuah, tak seorang pun akan terkecuali, buatlah survey Disember ini.

Akar umbi ahli UMNO sebenarnya akan bersuara melalui peti undi pilihanraya dan mereka akan mempengaruhi majoriti orang Melayu Islam lainnya, merekalah silent majority. UMNO dan BN tidak akan tumbang jika akar umbi ini masih setia. Mereka kecil tetapi peranan mereka besar.

Anonymous said...

Datuk,

Terima kasih DSAAB. Kita berdoa agar semua ketua bahagian dapat melaksanakan tanggungjawap dengan ikhlas, wallahualam.

Salam.

Anonymous said...

Datuk Kadir,

Aku nampak tadi petang you semyum lebar sampai nampak gusi dan muka you sama macam keran yang you bela,senyum lebar salepas dapat pisang.

Sekarang dah puas lah salepas Pak Lah mengumumkan yang ia akan letak jawatan.Hang punya god Father Tun Mahathir pun membuat kenyataan yang ia akan masok samula UMNO salepas Mac ini.

Kalau dia ingat salepas najib menjadi Perdana menteri,ia akan bena jambatan bengkok ka Singapura,ia akan menyesal sampai mati.Najib tak akan membuat sesuatu yang akan melukakan perasaan Singapura.

Semoga Allah selamatkan UMNO dan Orang Melayu.Kami orang2 UMNO dari kampong berharai Hajin akan cepat cepat mandi bunga aa jenis untok membersehkan dirinya yang telah termakan benda2 kotor di rumahnya.

Najib belagak macan singa bila di pejabat tapi bila dia pulang ka rumah dia jadi singa sarkas.Takut bini.saya juga berharap kira orang2 melayu yang pandai mengubati orang yang kena"buat" oleh bini dapat menolong Najib.

Anonymous said...

Datuk,

Minta maaf sebab lari topik sikit. Nak komen mengenai Hindraf serbu rumah terbuka Aidil Fitri menteri2.

Tindakan mereka ini saya ibaratkan seperti ceti pergi kutip hutang dari waris orang mati yang baru nak kebumi si mati.

Sungguhpun si ceti ada hak untuk mengutip hutang dari waris si mati itu tetapi dari segi adab dan susila, tindakan si ceti ini amat tidak sensitif dan sangat2 biadap.


-sinbad-

-baru pacak bendera Malaysia atas bumbung rumah. Esok nak beli bendera kecik letak atas bumbung kereta pulak.

Terima kasih Pak Lah.

-WADAH- said...

Berakhir satu penantian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penantian adalah satu penyeksaan. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari kesabaran adalah satu kemuliaan dan pengorbanan adalah satu kemestian.

Kini, telah sah bahawa Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus bakal meletak jawatan sebagai PM. Mungkin ada yang merasakan bahawa "eh, sepatutnya dah lama dah beliau letak jawatan..." tapi seperti biasa, penulis cenderung mempercayai setiap kejadian ada hikmahnya...Hal ini bermaksud, setiap kejadian pasti akan ada kesan-akibat.

Sesudah daripada itu, bagaimanakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN akan respon? Siapakah yang akan menawarkan diri untuk kerusi peringkat atasan? Bagaimanakah pula sayap-sayap UMNO yang lain? Sudah ada yang mencadang Datuk sekian menjadi presiden, Tan Sri sekian menjadi Timbalan Presiden... atau Tan Sri sekian patutnya rebut presiden...

Bagaimanakah pula dengan Mahathir? Adakah beliau akan kembali ke UMNO. Kalau ya, apakah peranan beliau pula?

Reaksi Pakatan pula bagaimana? Dapatkah pengambilalihan kuasa berlangsung dengan rapi? (kalau ada..) Adakah "beliau-beliau" yang akan lompat parti akan kekal lompat parti setelah Pak Lah letak jawatan? Atau "beliau-beliau" nak cuba nasib untuk kekal bawah PM baru?

Tatkala situasi-situasi ini berlaku, pasaran saham Malaysia masih belum stabil..Ada yang meramal Ekonomi Amerika boleh bankrap!? China pula dilanda melamin Tak taulah apa lagi seterusnya.

Sebab itu, berkali-kali penulis tekankan pandangan penulis bahawa perubahan pucuk pimpinan semata-mata mungkin tak mencukupi. Cabaran untuk beliau-beliau yang bakal hadapi mungkin lebih getir lagi...

Kadang kala orang terlupa, masa sebenarnya berlalu pantas... Kalaupun sesuatu perkara (baca: letak jawatan) berlaku terlebih dahulu daripada sekarang, belum tentu kesan berikutnya (baca: kestabilan ekonomi, politik, sosial) lebih baik... Moga Malaysia dapat kembali ke landasan asalnya
Wassalam

Anonymous said...

Sdr. Sawit Futures Trader,

Cadangan saya tidak ada kaitan dengan tindakan yang mereka lakukan di rumah terbuka baru-baru ini.

Cadangan saya berdasarkan kepada affidavit yang difailkan di London yang menggesa agar Perlembagaan Malaysia diubah dan segala hak-hak Melayu dimansuhkan. Ada satu atau dua lagi perkara dalam perlembagaan yang HINDRAF nak mansuhkan.

SOALAN SAYA:
Kalau tak setuju dengan perlembagaan sesebuah negara, mengapa patut jadi warganegara? The constitution has been around for half a century. If anyone disagree with it:
(1) get elected as MP,
(2) go to Parliment, and
(3) propose amendments to it!

Why go to London Court and chellange the constitution of another country? Kita dah merdeka. Nak ubah sesuatu, kenapa nak libatkan bekas penjajah?!

Yang bersalah ialah penubuh HINDRAF bukan penyokong yang pergi "beraya" di rumah terbuka. Mereka ini tidak tahu keadaan sebenar dan hanya terikut-ikut. Cadangan saya "is targeted at founders of HINDRAF bukan penyokong mereka".

Please take note on my anger! It is not directed to those that gatecrashed whatever open house. It is targeted at founders of HINDRAF. They are the troublemakers!

The problem is the government doesnt explain despite promoting so-called transparencies! So the masses terikut-ikut without knowing the gist of the issue.

Masalah ini serupa dengan measures taken during 1997/98 crisis. Semua orang terutama sekali (hail the GREAT LEADER!) Anwar Ibrahim criticised the measures taken. Sekarang ni (hail the GREAT NATION and master of Anwar Ibrahim!) US of A pun ikut langkah-langkah serupa! Padahal masa tu US of A oppossed our remedy dulu!

So? Only I can do it but others cannot/must not do it?

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

A KADIR JASIN said...

Sdra Dari Borneo Ke Minang, antara lain, mengulas:

"Masalah ini serupa dengan measures taken during 1997/98 crisis. Semua orang terutama sekali (hail the GREAT LEADER!) Anwar Ibrahim criticised the measures taken."

I would like to differ. Tun Dr Mahathir went on the air just before the implementation of the limited exchange control (ringgit pegging) and related measures in 1998 to explain in detail.

This was followed by his advisers and the NEAC that issued daily bulletin to explain to the people things that the government was doing.

Thank you.

A KADIR JASIN said...

Sdra Sinbad,

Bendara negara yang saya kibarkan 31 Ogos lalu masih berkibar.

Nak buat macam orang Amerika di negeri-negeri New England yang kibar bendera di depan rumah mereka sepanjang tahun.
Orang Amerika ni mereka cukup patriotik.

Saya kibar bendara untuk Raja dan negara BUKAN untuk orang politik atau kerana disuruh oleh mereka.

Terima kasih.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Kepada Dari Borneo ke Minang,

Apabila hindraf disebut secara tiba-tiba dalam komen kepada artikel berkenaan UMNO, tanpa rujukan, maka saya mengandaikan perkaitan hindraf dengan peristiwa terkini.

Saya mohon maaf kerana terlalu cepat membuat andaian.

Saya tidak menyokong hindraf tetapi saya amat membantah ISA.

Sinbad,

Yang serbu rumah terbuka dikatakan ceti. Yang tak bayar hutang ceti siapa pula?

Jika perbuatan ceti itu dikatakan kurang sensitif dan sangat biadap.

Tangkap dan penjara tanpa bicara itu apa pula?

Ceritanya, bila hindraf tiba ke pintu depan dewan, Menteri Dalam Negeri keluar ikut pintu belakang. Sebab tu, masa Pak Lah terima bunga dan kad, semua (kecuali satu) menteri kanan ada bersama.

Betul ke? Hanya yang berada disana yang tahu. Kita yang bukan disitu hanya boleh teka sahaja.

affendi hussain said...

Salam Dato'..

Org melayu malaysia patut besyukur ..guna pendengaran, penglihatan & hati.. (proses berfikir tu namanya )- refer An-Nahl:78) ada sebuah negara bernama dgn nama Melayu dipanggil Malaysia (Malay+Asia)..Kalo ada Melayu Malaysia yg masih tak patriotik, elok campak dlm laut jer.. sebutkan negara mana dlm dunia ni nak terima kaum cabuk & haprak mcm korang tu yg tetiba naik syeikh sarkas ikut dakyah sesetengah org sgt ni?

Jgn jadi bahlul atau biarkan bahlul2 tertentu memusnahkan negara ini dgn dakyah2 retorik plutorian mereka.. terlalu berkiblat negara lain yg kononnya Utopia..contoh syurga dunia...nak musnah mmg mudah..ingat senang nak bina balik? hahaha pandai konon...

Malah ada yg kutuk Malaysia mcm lah kita ni teruk mcm Somalia ke aper..tak sedar memperbodoh diri sendiri.. kalau kita ni teruk sgt takdelah kemudahan internet utk bahlul2 sebegitu sebar dakyah2 provokasi mereka.. ttp yg pelik kalo dah teruk sgt.. taknak pula mereka ini nyah keluar dari bumi Malaysia.. mcm2 alasan retorik.. cakap je lah terus terang tanpa belit2 masih ada agenda nak sapu Malaysia utk diri sendiri jugak.. kami faham.. kami tak bodoh..

sibuta pun dah boleh melihat dgn mata hati agenda2 bahlul2 ini..mereka ttp menyangka org lain bodoh hanya mereka saja yg cerdik.. biarkan.. tiba masaya rasakan penangan.. (",)

Negara kita berada jauh lebih baik dari majoriti ex-koloni British selepas 51thn merdeka..itu fakta..

our forefathers has built this country from scratches.. unlike some nearby country down south..and they succeed in doing that despite so many problems, obstacles & challanges..

cuma perlu 'maintain & upgrade'...

bukan 'demolish & rebuilt'..itu bodoh namanya...buang masa, duit & tenaga..dan byk minda2 generasi muda yg dah terpengaruh & mutasi dgn agenda bahlul2 ini... sia2 belajar tinggi2 tetapi berminda hamba w/pun konon berjiwa tuan..

hamba minda adalah sehina-hina kejadian makhluk bernama manusia..kerana itu saja kreteria yg membezakan kita dgn haiwan w/pun monyet yg 98% genetik menyamai manusia..jdlah lembu dicucuk hidung & ditunggang oleh org lain..sungguh menyedihkan.

Justeru, kepimpinan negara adalah faktor kritikal kearah usaha ini..tiada kompromi.. kepimpinan yg baik dpt bawa kemakmuran kpd semua & hilangkan peluang tumor2 subversif utk muncul..keseimbangan ekosistem ekonomi adalah antibodinya..kena virus tak kebah pasti musnah semua.

kita takmau pemimpin bersifat 'nuclear time bomb' ke sana sini berpolitik...mereka mmg tak sedar dirinya berbahaya.. 'public enemy' & boleh meletup bila2 masa memusnahkan segala-galanya di negara ini...

Dato Seri AAB..at least you've choosen the roses (dismiss with honour)... not the gun (for political suicide)..
tq for that...

KJ & gang.. don't think about it..your time shall elapsed soon even how strong u try to resist..even if u succeed in UMNO..going againts rakyat Malaysia indeed going to be futile & disasterous for u..

kesian.. mai kempen kt Kedah org tak layan..tau takpa..tapi rasanya dia mesti tak tau & tetap perasan lg..tu la mengaji tinggi sgt sampai tak nampak tanah ..tak tau pijak kat mana..

So let the dice role now UMNO! Play the game well... do not play Malaysian Roullete.

wasalam

sap said...

Salam Dato'...
Dgn penarikan diri DAAB, maka sy percaya bermulalah era Dato Najib sekaligus mengembalikan kegemilangan era Tun Dr. Mahathir.
SOALAN SAYA ADAKAH DATO' BERSETUJU DGN PNDNGN INI?
Jika Ya,maka secara peribadi sy menyokong dan sgt berharap agar YB KJ dpt menjadi Ketua Pemuda UMNO.
Ini kerana dgn penarikan diri DAAB serta perlantikan Dato' Najib sbg Presiden UMNO,
pengaruh Najib akan berleluasa.Maka era mahathirisme akan muncul kembali menerusi Najib.
Oleh itu amatlah penting pengaruh ini di imbangi. Dan caranya ialah perlantikan Saudara KJ ke jawatan
penting dlm UMNO.
Sekian.

Anonymous said...

Datuk,

Minta maaf la. Sebelum ni semangat kurang. Bendera pun pacak dalam bilik pejabat saja ala2 Presiden US dalam Oval Office.

Tapi start semalam, bila dengar saja berita tu..., semangat saya tiba2 naik balik. Teringat macam time Dr Mahathir dulu bilamana saya sangat bangga jadi rakyat Malaysia.

Entahlah Datuk, mungkin sebelum ni saya ingat saya duduk kat Singapore kot?

-sinbad-

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

I would like to clarify. What I meant was the present government's reluctance to explain to the rakyat on measures (using ISA) on HINDRAF leaders. The present government's refusal to explain on actions taken leads to continuous support for HINDRAF.

I wholeheartedly concur that the previous administration (under Dr. M) goes all out to explain on measures taken to counter the crisis then.

Coordinated dessimination of information through MTEN/NEAC ensured consistency of information, measures and actions. This is not followed by the present administration and has caused a lot of missinformation and jittery. Good measures should be followed and ego should take a backseat!

When I refer to Anwar Ibrahim, it was in reference to his "acceptance" on the prescriptions by IMF and World Bank for our crisis. Afterall, these prescriptions were from "orang putih" experts. We the browns, blacks, yellow or whatever color (of our skin) are not the expert compared to the "mad sallehs"!

Sekian.
Dari Borneo to Minang

Fireroll said...

berita terbaru...
kenapa zahid hamidi tarik balik untuk tak jadi bertanding jawatan timbalan presiden UMNO?? tukar untuk bertanding naib presiden pulak..
dia tu dah mula nak wat gimik je ke?

Anonymous said...

Sinbad,

Yang serbu rumah terbuka dikatakan ceti. Yang tak bayar hutang ceti siapa pula?

Jika perbuatan ceti itu dikatakan kurang sensitif dan sangat biadap.

Tangkap dan penjara tanpa bicara itu apa pula?


.................

Yang serbu rumah terbuka tu ceti dan yang tak bayar hutang ceti tu tuan rumah ler.

Yang jadi isunya sekarang... kalau nak tuntut hutang pun ... biarlah si waris selesai mengkafan, menyembahyang, baca talkin dan kebumikan jenazah. Hormatilah sikit majlis. Bila tak hormati majlis, itu yg kita cakap tak sensitif dan biadap.

Kemudian perseda-sedakan pula kata hikmah "Maaf Zahir dan Batin". Konon2nya mereka nak menghayati semangat bermaaf-maafan di hari raya.

Kita selalu mohon orang lain memaafkan kesalahan kita. Tak pernah saya dengar pula, tetamu yang datang beraya ke rumah terbuka hanya untuk menyatakan yg mereka "memaafkan" segala dosa2 tuan rumah berkenaan pada mereka. Ini cakap belit. Ini cakap orang tak ikhlas. Ini cakap buat sakit hati. Jangan jadi bodoh pi percaya dan sokong pula.

Nak kaitkan dgn tangkap dan penjara tanpa bicara dengan Aidilfitri? Apa ada kena mengenanya?

Kalau semua benda nak sumbat masuk masa Hari Raya maknanya rumah terbuka Hari Raya tahun depan penuh dengan orang protes tunjuk perasaan lah. Yg tak suka ISA datang protes. Yg tak suka harga minyak naik datang protes. Yg tak suka Samy Vellu datang protes. Yg tak suka Kaveas datang protes. Yg tak suka Najib datang protes. Yg tak suka KJ datang protes. Yg tak suka kes liwat datang protes. Yg tak suka kes Scomi datang protes. Yg tak suka kes ECM Libra datang protes. Apa nak jadi kesudahannya?

Dulu saya ada terbaca di blog ni, ada orang ni komplen yg pemimpin2 kita terlalu sangat berpolitik hingga terlupa nak tadbir negara. Tapi bila puak Hindraf ni main politik time Hari Raya ... dia tak komplen pulak.


-sinbad-

p/s. Tahanan ISA ada terdiri dari ahli2 Jemaah Islamiah. Andai mereka ini dibebaskan dan kemudian mereka menembak mati semua pemimpin2 HINDRAF, agak2 nya siapa yg akan dipertanggungjawab dan dipersalahkan?

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sinbad kata,

"p/s. Tahanan ISA ada terdiri dari ahli2 Jemaah Islamiah. Andai mereka ini dibebaskan dan kemudian mereka menembak mati semua pemimpin2 HINDRAF, agak2 nya siapa yg akan dipertanggungjawab dan dipersalahkan?"

Saya kira hujah-hujah sinbad itu semua berasaskan bahawa semua tahanan ISA itu dah tentu bersalah. Dan mereka dah tentu sah, seperti kepercayaan Sinbad, akan mendatangkan huru hara kepada negara jika dibebaskan.

Sayang sekali keluarga pesalah dari kaum india itu tidak percaya dan tidak boleh terima "hakikat" ini.

Bukankah lebih baik mereka membuat persiapan menyambut Deepavali yang akan menjelang seperti "tiada apa-apa" yang berlaku? Mungkin mereka boleh buat rumah terbuka dan menjemput ahli kabinet datang.

Anonymous said...

Salam buat Datuk A Kadir Jasin,

Why Limbo Rock and not Sambal Dalam Pemilihan UMNO yang telah bermula pada 9hb.Oktober ini?Banyak kuching belalang yang nak cuba nasib mereka dalam kandang politik yang agar "bebas bertanding" untuk merebut jawatan-jawatan tinggi UMNO.Kuota atau tidak semua yang layak boleh bertanding akan bertanding, ada yang main duit ada yang hanya kacau daun.

Pada hari ini saya selaku seorang ahli veteran UMNO, ingin merakamkan tahniah kepada Presiden kami Pak Lah yang telah dengan rasmi nya akan melepaskan kedua-dua jawatan tinggi sebagai Presiden dan seterus nya kerusi Perdana Menteri pada Mac 2009. Hasrat Pak Lah untuk menepatkan janji kepada rakyat dalam pelan peralihan kuasa itu amat terpuji dan jua mulia dari segi perjuangan seorang pemimpin yang disegani oleh rakyat jelata.

Pak Lah nampak bertenang dan tidak bersandiwara mahupun dipeluk oleh sesiapa dengan cuiman dan tanggisan.Beliau kool aje dan mulai hari ini akan hidup dengan lebih tenang dan kurangkan tekanan "stress".

Syabas saya ucapkan kepada Pak Lah selaku seorang setiakawan yang pernah duduk bincang semeja pada saat beliau tidak diberi apa-apa jawatan Kerajaan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir selepas UMNO dihidupkan semula pada tahun 1988.

Saya juga ingin mengambil kesempatan in untuk memberi sedikit padangan mengenai hasrat Nur Jazlan Mohamad, Ketua Bahagian Pulai untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden serta memberi saingan kepada Muhyiddin pada pemilihan pada Mac 2009.

Sebagai seorang sahabat rapat sekampung keluarga ayahan Tan Sri Mohamad Rahmat, saya lebih mengenai Jazlan dari sedut yang lebih dekat sejak beliau berada dalam setahun jagung lagi.Nampak nya ramai yang mengkeritik YB Nur Jazlan yang telah dapat ilham untuk berlawan dengan Muhyiddin.

Perlawanan ini boleh dikatakan di antara seekor "harimau (Muhyiddin) dengan monyet(Jazlan)".Adalah tidak mustahil jika seluruh ahli-ahli gulungan pemuda yang mengundi Jazlan yang hanya bertumur 42 tahun tetapi masih belum dipilih sebagai MKT.Trak rekod beliau hanyalah anak sulung kapada bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan.
Ketokohan Jazlan tidak ada perbandingan dengan pencalunan yang lain ke jawatan Timbalan Presiden.Justeru itu Jazlan telah membuat satu kejutan politik yang agar memalukan dari perspectif perjuangan dalaman UMNO.

Pada saya sayang seribu sayang, dan kereditabiliti Jazlan telah terjejas dan ada kemungkinan akan di pinggirkan selepas pemilihan kali ini. Sedangkan jawatan Ketua Bahagian beliau pun belum tentu menang dimana Timbalan nya akan berlawan dengan beliau.Namun demikian imej Muhyiddin mungkin kurang cerah sekira nya Jazlan atau Naib Presiden yang lain seperti MMTaib dapat memberi saingan kepada beliau, tetapi amat tipis dan tidak mungkinlah.

Muhyiddin tetap akan menang besar sebagai bakal timbalan Presiden yang telah dipertunjukkan oleh Najib kepada umum. Agak teori Jazlan jika ia gagal sudah tentu satu hari nanti beliau akan kembali semula saperti pemimpin-pemimpin yang lain termasuk Dr Mahathir, arwah Pak Gaffar dan ayanda nya sendiri.All the best to you Jazlan but you have overkilled yourself and sacrificed all your positions without much remorse and deep thinking.

affendi hussain said...

Bila Deepavali nnt baik Hindraf pi serbu rumah terbuka Tok Samy pulak buat drama Tamil..

Matlamat tak menghalalkan cara.

Jangan asyik nk cari pasal dgn Melayu & Islam saja..memorandum Hindrap tu kalo mana2 Muslim Melayu yg dah baca ttp masih nak sokong mereka juga mmg lah jenis aqal simpan dlm mangkuk tandas..

W/pun saya tak gemar PM kita skrg, bila ada puak buat perangai di bulan baik Syawal tu mmg kurang ajar & tidak sensitif.. mmg menyakitkan hati..

Nak org sensitif masalah mereka, tetapi diri sendiri tak tau jaga sensitiviti, perangai huduh tak fikir panjang.. bg majoriti org lg benci, bukan makin simpati..

mcm mana nak hidup di Malaysia dgn rakyat berbilang kaum & agama? .. otak kaki lima agaknya..

p/s: semua org akan ada sentimen terhadap org yg dia sayang..bagi mereka segala-galanya baik belaka, alim, pijak semut tak mati..tak kiralah ibu bapa, anak atau bini..

tetapi sejauh mana mereka dah kenal pasangan/keluarga mereka itu? adakan 24jam bersama utk mengetahui segala gerak geri?
Dah betul2 kenal ke? Allah sahaja yg Maha Melihat & Mengetahui.

kes laki/bini main kayu 8 pun cukuplah..tepuk dada..tanya hati budi..tengok contoh2 realiti.."lu fikirlah sendiri".. takkan lah SB/ perisikan Malaysia kita bongok/tongok sangat kan..

95% baik kalo ikut 'production quality' dah kira ok lah ..5% je mungkin tak betul..takkan nak reject seluruh produk sebab ada reject 5%..mana ada 100% perfect di bumi melainkan anda jnis berfikiran idealistik 'plutorian' mcm sesetengah badut sarkas politik...tak layak duduk kat bumi sebab tak berpijak di bumi nyata.

(",)

slyderrose said...

Betul ke ahli umno ada jutaan?. Mungkin atas kertas aje nampak banyak :). Ramai yg dah tinggalkan umno walaupun keahlian masih ada..sebab mereka ini dah dapat menilai yg mana baik, yg mana buruk. Tahu haq dan kebatilan. Dan mereka ini tak mahu bersongkongkol beterusan dengan puak yg munafik.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).