A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SETIDAK-TIDAKNYA sebatang duri telah dikeluarkan daripada daging Kerajaan Pusat apabila konglomerat perladangan Sime Darby Berhad membatalkan rancangannya menswastakan Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 6 Januari ia mengumumkan pembatalan cadangan memohon kelulusan kerajaan untuk menswastakan IJN setalah mengambil kira sentimen umum dan maklum balas mengenainya.
Ketua Eksekutif dan Presiden Kumpulan Sime Darby, Ahmad Zubir Murshid berkata syarikatnya terpaksa menghormati kehendak rakyat yang mahukan IJN kekal dalam bentuknya sekarang.
Baguslah kalau begitu. Tetapi alangkah baiknya jikalau Sime Darby dan pihak-pihak yang bersekongkol dengannya dalam cadangan itu menyelidik pendapat umum dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat cadangan itu.
Walaupun Sime Darby sudah membatalkan hasratnya, imej dan nama baik kerajaan telah pun tercemar. Banyak pihak amat marah dengan kerajaan kerana memberi persetujuan dasar kepada cadangan itu.
Malah kerajaan tidak pun membatalkan cadangan itu walaupun ditentang hebat oleh pelbagai pihak. Kabinet sekadar menangguhkan keputusan mengenai cadangan Sime Darby itu.
Nasib baiklah bagi kabinet kerana kini Sime Darby sendiri mengambil keputusan tidak meneruskan cadangan itu. Sekarang kabinet tidaklah perlu pening kepala lagi.
Keputusan Sime Darby itu tentulah melegakan Umno dan Barisan Nasional yang sedang bertungkus-lumus mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang sedang berjalan sekarang.
Sama ada Sime Darby benar-benar membuat keputusan itu atas kehendak dan kesedarannya sendiri atau atas desakan politik, ia akan mengurangkan tekanan ke atas Kerajaan BN.
Lagipun, Sime Darby mempunyai kepentingan yang lebih besar untuk dilindungi agar tidak meletup menjadi satu lagi kontroversi iaitu kebenaran yang diberikan kepadanya untuk memajukan Terminal Tambang Murah baru di Labu, Negeri Sembilan, yang akan disewakan kepada AirAsia.
Ia kini bercadangan memajukan sebuah projek bernilai RM6 bilion bernama "KLIA East@Labu".
Sime Darby terpaksa melancarkan projek-projek baru bukan perladangan bagi mengatasi masalah pergantungan yang keterlaluan terhadap sektor perladangan hasil penggabungan dengan Kumpulan Guthrie dan Golden Hope pada tahun 2007.
Tanpa pendapatan yang lebih besar daripada sektor bukan perladangan, Sime Darby mungkin mengalami masalah keuntungan akibat harga minyak kelapa sawit yang semakin murah sekarang.
Thursday, January 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
41 comments:
Kemelut Sime Darby akan berterusan...Adik pada Najib sebagai penasihat Sime Darby kenalah cari jalan jalan shortcut lain untuk menahan pendarahan disebabkan olih jatuhnya harga minyak sawit. Ini akan lagi mengheret Najib kearah memberi concession kepada Sime Darby bertentangan dengan hasrat rakyat kepada adanya transparency....
Sebelah bahu Rosmah sebelah lagi bahu SiNazir....Jangan Nazak sudah
politikus Bandar
Politikus Bandar
Syukur AlhamdulilLah, akhirnya IJN tidak diswastakan oleh Sime Darby. Kita semua tahu apa kesannya jika IJN diswastakan. Kerajaan tidak lagi terbeban dengan tanggapan negatif pembangkang dengan pembatalan ini. Cuma masih ada segelintir yang menganggap ini hanya retorik untuk raih pengundi bagi PRK KT.
Dato',
Saya selaku regular reader column Dato' amatlah berharap agar pihak berwajib dapat berfikir secara rasional untuk tidak meneruskan LCCT Labu kerana pembaziran yg terlalu besar ini akan menyebabkan lebih bnyk kerugian lagi2 dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Cukuplah LCCT & KLIA, kita tak perlu satu lagi airport.
Scottloeb
As'kum Dato'
1. Rakyat tentu bersyukur dan berasa lega di atas keputusan Sime membatal hasrat mereka mengambilalih IJN itu setelah mengambilkira kehendak rakyat.Namun bagi kerajaan demage has been done.Yang lebih mengecewakan dam memalukan lagi ialah Kabinet hanya menanguhkan sahaja keputusan mereka.
2. Sepatutnya Kabinet dan Kerajaan hendaklah lebih sensitif dan membuat keputusan awal untuk membatalkan cadangan itu dan bukannya mengangguhkannya.Dimana kewibawaan Kerajaan.Jelas bahawa Kerajaan sekarang tidak sensitif langsung terhadap rakyat.
3. Dari kes ini,rakyat sekarang agak sangsi dengan setiap keputusan yang diambil oleh Kerajaan.Sepatutnya Kerejaan perlu mengkaji dahulu setiap cadangan itu sebelum membuat keputusan dan bukan setelah mendapat bangkangan rakyat barulah terbalikkan keputusan.
Salam DAKJ,
Keputusan membina KLIA east@Labu pun satu projek paling sengal yang pernah saya dengar. Merujuk kepada Artikel Tun M dalam blognya, mengatakan purata pengunjung KLIA pun dah berkurangan sekarang ni. Itulah kenyataan yang pelik tapi benar, kerajaan meluluskan projek yang belum tentu dapat membawa pembangunan secara total. Pelik...pelik..pelik...
Negara berjaya menghasilkan 2 syarikat 'crook' gergasi.- Air Asia dan Sime Darby. Banyak justifikasi perniagaan mereka menjurus kepada kepentingan sekelompok yang mudah diteka.
Anjing serigala ini sudah pun berada di dalam laman rumah kita.
Saya tertanya-tanya dimanakah akal Menteri2 kabinet kita?
Asmlkm,
Dulu Airasia nak beroperasi di Subang sebagai LCCT kerajaan tak bagi tapi sekarang firefly syarikat tambang murah MAS beroperasi di Subang juga. Kerajaan patut menyokong Airasia pada ketika itu tapi banyak politiking.
LCCT di KLIA kan sudah ada, mengapa pula perlu ada LCCT yg berhampiran ? Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk membangunkan LCCTKLIA, di manakah rasionalnya LCCT at Labu ? Mengapa kerajaan begitu mudah meluluskan projek LCCT at Labu ? Firefly beroperasi di Subang, apa akan jadi dgn LCCTKLIA ? Adakah ini agenda yg belum selesai sebelum Mac 2009 dan juga Penswastaan IJN yg tak menjadi ?
Salam Dato',
Dato' dah baca Chedet Weblog? TDM ada tulis pasal Labu Airport.
Wal hasil balik asal. Sime Darby tu GLC. Secara tak langsung, harta kerajaan. Tak dapat makan IJN, makan labu pulak.
Lagipun, bukan ke antara tujuan utama merging dulu adalah untuk "memperkasakan industri sawit"? Yang jelas, sejak merge, kerjanya tukar pengurusan kepada kroni dan mencebur bidang baru (bukan sawit).
Patutnya laburkan arah mempelbagaikan produk berasaskan sawit (ingat lagi apa itu bio-fuel/bio-diesel?). Barulah untung tak jatuh bila harga minyak sawit jatuh. Tak gitu?
IJN ke, Labu Airport ke, dua-duanya pakai jumlah duit yang amat besar. Duit sapa tu?...........
Untuk risik-risik cerita dalam kelambu Sime Darby, Dato' boleh baca blog SIME DARBY WATCH, http://simedarbywatch.blogspot.com/
Maaf Dato', bahasa merapu sikit pasal semalam tidur 2 jam sahaja.
slm dato,
apa punya orang korporat ni, harga minyak sawit jatuh skit, panik, habis semua dia nk steamroll, berastagafar la skit.
x terdetik ke dalam kalbu depa penganiyaan yang akan d lakukan.
ini kes lcct labu ni aper citer, bukan ke pembaziran tu?
cmni sy yg x brapa pandai, nk cari makan tercungap2, pun bole jd ceo sime darby juga.
abdul sr
SALAM DAK
IZINKAN,
WE HAVE CHIDED SIME DARBY BERHAD(SDB) AS 'STINKING DUMB BASTARDS' WHEN THEY PROPOSED TO 'PRIVATISE' THE IJN BUT FOR THEIR PIRATE..OOPS 'PRIVATE' LABU AIRPORT PROJECT, WE SAY, GO AHEAD AS LONG AS THEY DO NOT MAKE LIFE MISERABLE FOR THE RAKYAT AND HABITATS IN THE DISTRICT.
ONE WONDERS WHETHER THE PROJECT WILL BE VIABLE IF AND WHEN SOME BRILLIANT BRAINS DECIDE TO EXPAND AND PROMOTE THE OLD SUBANG AIRPORT INTO 'THE' LCCT GATEWAY.
BEAR IN MIND MOST OF THE AIR ASIA PATRONS WERE JET-SETTERS MOSTLY RESIDING IN THE KLANG VALLEY.
WUD THAT BE POSSIBLE, DATUK?
ALFATIHAH, AMIN.
patutlah Sime Darby mahu mengambil alih IJN.rupa-rupanya sebagai salah satu backup plan untuk mengelak mereka menghadapi krisis kewangan yang teruk kerana bergantung pada sektor perladangan.jadi mereka memerlukan sektor bukan perladangan sebagai backup jika sektorpatutlah Sime Darby mahu mengambil alih IJN.rupa-rupanya sebagai salah satu backup plan untuk mengelak mereka menghadapi krisis kewangan yang teruk kerana bergantung pada sektor perladangan.jadi mereka memerlukan sektor bukan perladangan sebagai backup jika sektor perladangan mengalami kerugian.
Sime Darby boleh ambil alih yang lain tapi tidak IJN.IJN banyak membantu rakyat dan rakyat amat memerlukan IJN.jika IJN diswasatakan maka tak mustahil pelbagai bil akan dikenakan yang akan membebankan pesakit yang ramai terdiri dari golongan kurang berkemampuan. perladangan mengalami kerugian.
Sime Darby boleh ambil alih yang lain tapi tidak IJN.IJN banyak membantu rakyat dan rakyat amat memerlukan IJN.jika IJN diswasatakan maka tak mustahil pelbagai bil akan dikenakan yang akan membebankan pesakit yang ramai terdiri dari golongan kurang berkemampuan.
Dato,
i have no objections if sime darby really wants to take over ijn, if they're willing not to implement additional charges as what it is now before the take over, and this sort of agreement must be dicussed inside the parliament, and not to be decided among the ministers only...
but, this is surely just a fantasy of mine, so the action by sime darby to withdraw their bid for the take over is very much welcomed...
im pretty sure that sime darby will aim for other easier alternatives for the sake of their survival (of course with the help from the government)....
anyways, i really love reading your blog dato'
have a nice day...
Datuk and fellow commentators,
1.Pardon me if I say I smell rats in this whole SIme Darby affair.
2. It's a case of putting good money after the bad ones.
3.Pardon my language, but who screwed up SD?
4. First there was the flip-flop on the Bakun Project in which, I believe, SD lost a lot of money.
5. To cover up, the government of AAB allowed SD via Synergy Drive via CIMB to rape PNB's golden assets (the diversified and profitable original SD, Golden Hope and Guthrie Corporation.
6. Synergy Drive aka CIMB, the market makers and insiders made tonnes of capital gains from the merger before its prices collapsed.
7. Then came the disaster -- the global meltdown and the collapse of commodity prices. Overnight being the largest quoted plantation company in the world is bad news.
8. PNB was made to pay a huge premium to maintain control of SD. Now SD may not be able to pay PNB sufficient dividend to make its investment worthwhile;
9. So a backdoor bailout of SD was put into effect including trying to sell IJN to it and allowing it to built the new RM6-billion LCCT in Labu when KLIA is operating under capacity.
10. Here I smell even bigger rats. I smell Tony Fernandez and his 4th floor backers at work again.
11. Tony never likes Malaysia Airport Berhad. He always accused MAB of overcharging.
12. So using SD AirAsia gets cheap parking rates and put MAB and KLIA in jeopardy. Two GLCs fight each other and the clever mousedeer becomes fatter.
13. SD needs an anchor tenant for its 6,000-he Labu estate. Along comes AA.
14. If the enlarged SD is as good at its CEO and president has been telling the trade press, he should initiate the takeover of AirAsia instead of bothering IJN.
15. AirAsia is cheap. It needs money to pay for its expansion and it huge aircraft purchases.
16. I dare Mohd Najib and SD to bid for control of AirAsia which is very cheap now.
15. That how you expand and be diversified again -- buy big private sector companies like AirAsia, bukan kacau IJN.
ex-banker
dah abis isu IJN,sekarang timbul pula isu mahu membina LCCTLabu.bukankah sudah ada LCCTKlia dan juga LCCTSubang?.kenapa perlu ada lcct baru terletak dekat dengan lcctklia?
Sime Darby dan kerajaan kena beri maklumat dan penerangan yang lebih terperinci akan isu ni.
Bukan ringankan beban tetapi ringankan tekanan terhadap kerajaan.
Sekaligus meringankan beban rakyat kerana mereka tidak dibebankan dengan kos yang tinggi jika IJN diswastakan.
Hospital dan sekolah mesti diberi percuma kepada rakyat. Kalau rakyat tak berilmu dan asyik sakit, produktiviti negara akan terjejas. Negara juga yang rugi.
Salam Dato',
W/pun saya masih belum berputus asa, saya makin berasa letih dgn kedangkalan pemikiran kerajaan sekarang. Kenapa semakin diingatkan semakin teruk pula jadinya?
Tentu ada salah sana sini dan ada yg tidak kena.
Salam Dato',
Lewat Radio kata, "patutlah Sime Darby mahu mengambil alih IJN.rupa-rupanya sebagai salah satu backup plan untuk mengelak mereka menghadapi krisis kewangan yang teruk kerana bergantung pada sektor perladangan."
Mungkin ada yang akan kata saya ni suka buruk sangka. Itu terpulang. Pada saya, telahan saya berdasarkan fakta dan logik akal.
Bagi saya, ini sudah bukan back-up plan. Ini namanya tamak.
Sebelum saya menjelaskan kenapa saya guna perkataan tamak, biar saya jelaskan dahulu latar belakangnya.
Sime Darby asalnya adalah gabungan 3 gergasi dalam industri kelapa sawit malaysia iaitu Sime Darby Group, Kumpulan Guthrie dan Golden Hope Group. Sebaik selepas penggabungan, diberi nama Synergy Drive tetapi kemudian (tidak sampai setahun) ditukar nama kepada Sime Darby.
Penggabungan ketiga-tiga entiti itu berlaku pada 27 Nov 2006, baru dua tahun. Melalui penggabungan itu, asetnya bernilai RM32 bilion dan dianggap sebagai bakal menjadi kumpulan perladangan tersenarai terbesar di dunia.
Selain memiliki kawasan perladangan seluas 560,000 hektar di Malaysia dan Indonesia, profil perniagaan Synergy Drive yang digabung dan menyeluruh terdiri daripada kelengkapan berat, hartanah, minyak, gas, motor, kuasa dan utiliti.
Kenapa 3 entiti besar perladangan hendak digabungkan? Tentunya bagi tujuan memantapkan penguasaan dalam pasaran global, bukan begitu?
Synergy Drive lahir baru dua tahun lepas. Pada masa kelahirannya, prospek harga sawit adalah amat baik.
Adakah pengurusan (dan kerajaan?) tidak menyedari keadaan harga komoditi yang sentiasa berkitar naik dan turun?
Adakah pengurusan tidak berupaya untuk menggunakan kelebihan diversiti operasi Sime Darby yang mencangkup pelbagai industri itu untuk menampung kitaran penurunan harga minyak sawit?
Bagaimana pula peranan Sime Darby sebagai salah satu penaung bagi projek Koridor Ekonomi? Seingat saya, peranannya bukan di Negeri Sembilan (jika silap, sila betulkan).
Akhir sekali, yang dikesalkan, merujuk kepada suasana ekonomi dunia dan negara semasa, bukan kah lebih strategik jika kerajaan mengutamakan projek-projek mega yang memberi manfaat langsung kepada khalayak rakyat ataupun badan-badan perniagaan (terutamanya SMI).
Bukankah ini semua menjurus kepada unsur-unsur penglibatan orang-orang yang tamak?
Memang dah susah nak menaruh harapan ... letih dan rimas.
Bukannya sibuk memikirkan jalan untuk meringan beban kemelesatan ekonomi, tapi nampaknya rakyat bakal dibebani masalah jika LCCT Labu diteruskan. KLIA akan kurang traffic, prasarana/pengangkutan baru perlu dibina menghubung KLIA-Labu-Subang, dll. traffic bertambah di jalan tanpa sebab, tambah kos pengguna. ohh.. lupa .. peluang satu lagi lebuhraya tol...
Tak masuk akal langsung yang setiap negeri kemaruk nak airport sendiri!
Memang dah saya jangka masa SD, Golden Hope, Guthrie disatukan bukan sangat sebab nak jadikan syarikat perladangan terbesar -- tapi nak real estate! Seperti juga dengan IJN, tanah tu yang menyebabkan semua terliur!
sedihmalaysia
Orang melayu tak kira ngaji tinggi ke memang mudah percaya dan mudah lupa.
saya sama sekali tidak percaya dengan apa apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Kerajaan boleh tangguh ijn dibeli oleh sime darby.Kerana apa? kerana pilihanraya kecil parlimen kuala Terengganu.
Sime darby batal hasratnya untuk beli ijn dari kerajaan. Kerana apa?
juga kerana pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Mengapa dua dua pihak itu bertindakan demikian? tidak lain dan tidak bukan takut kalah.
takut kalahlah pihak kerajaan terpaksa tangguh - bukan batal. Ingat apabila Umno menang di Kuala Terengganu pasti agenda itu akan dilaksanakan walaupun sime darby sudah batalkan hasratnya.
batal macam bantal tidur. boleh surung boleh tarik. itulah amalan kerajaan yang memerintah negara ini.percayalah.
orang percaya tapi saya tak percaya, kerana pemimpin yang ada itu semua cari lubang kaya apabila diamanah menjadi pemimpin.
semua itu tipu belaka.
assalamualaikum datuk dan pembaca semua,
alhamdulillah,syukur akhirnya IJN selamat dari di noda oleh mereka2 yang pentingkan temolok masing2.namun rakyat semua harus berhati2 apa oula planing dia orang untuk merembat harta2 rakyat.
bagaimana dengan hospital,tak ada ke menteri2 yang datang kat thailand,jengok2 risik2,cam mane diaorang handle hospital diaorang,bukanke para menteri kita suka banding kan apa saje dengan negara jiran,minyak naik masih lagi murah berbanding serantau,tapi sekarang minyak kat thailand cuma rm1.60 woo...apasal lak diam.....
tah tah batal IJN ni pasal nak ngundi kat KT kot.....
Dear Dato' AKJ,
Sime Darby lost its heart to a pumpkin. In the magic land the pumpkin will turn into a golden carriage. Mice please line-up and take your numbers. Soon the fairy will turn you into pumpkin managers.
Dorothy Hodgkins
Gula-gula PRK KT. Sepatutnya peringkat awal dah reject proposal dari SD. Kabinet ada kata tangguhkan. Malu weh.
Apa nak buat kalau dah 'Flip Flop' government.
Datuk,
Kerajaan kita la ni macam tak tahwan hala. Dok tak dok nak buka LCCT lagi satu tak sampai tiga pelaung dari hat yang lama walaupun ada airport punya hebat di KLIA yang kosong semedang.
Dah ada eastern apekebende ntah kat Negeri Sembilan. Kononnya akan jadi catalyst kepada pembangunan.
Jadi catalyst kepada pembangunan memang saya sukup setuju tapi pasai apa macam ad hoc planning tak kena gaya, ye Datuk?
Macam ada tokua masam disebalik rojak je hal ehwal LCCT ni? Duit banyak sangat ke AA ngan SD untuk bina LCCT Labu? Ke nak pinjam duit EPF?
Maklumlah, dengar kata duit kita dalam EPF ada dekat RM330 billion ke hapa. Banyak kosong tu.
Mesti terliur set2 keparat (maaf, koporat) GLC kita mengenang nasib malang harga kepala sawit merundum.
Yang gomen main hentam "Ok saja" tu pasai apa?
Koridor tak mula2 dah nak mula benda lain.
Tak tahwan hala sungguh.
Wasalam.
Datuk,
Saya ingin mengajak para pembaca blog ini memperingati sumbangan dan keberanian 26 orang doktor pakar IJN yang membuat petisen membantah pembelian IJN oleh Sime Darby ini.
Selain berani menentang arus, pada saya, tindakan mereka ini amat terpuji dan melambangkan keikhlasan mereka berkhidmat untuk masyarakat.
Ini semua mereka lakukan tanpa banyak publisiti atau menonjol diri untuk menjadi hero. Ternyata mereka inilah wira yang tak didendang @ unsung heroes yang tulen.
Terima kasih saya pada mereka.
-sinbad-
Dengarnya LCCT Labu funded by private atau kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Sime dan Air Asia.
Air Asia dah lama menyalak nak bigger LCCT yang mana existing LCCT dan hampir amat sesak dengan penumpang dan juga parking bay untuk pesawat. Tapi pihak kerajaan tak mampu nak tunaikan permintaan Air Asia with thousand reasons untuk extend the existing LCCT.
Berbalik pada KLIA, memang under utilised. Sesekali rasa LCCT lebih sibuk dan meriah berbanding dengan KLIA. Walaupun hebat dan canggih prasarananya, KLIA masih jauh (diulangi JAUH) ketinggalan dengan Changi Airport di Singapura dan juga Survanabhumi Airport di Thailand dari segi pendaratan dan pelepasan pesawat dan aliran penumpang. Changi hanya extent the terminal dan masih menggunakan bangunan lama walaupun Thai airport baru.
Banyak sangat airport di KL konon KL dan setaraf dengan London ke...???
Baik kerajaan tumpu pada agenda untuk naikkan rating KLIA.
Masalahnya KLIA adalah legasi Tun, takkan si Dolah nak naikkan lagi nama Tun dengan membantu trafik di KLIA. Lebih baik lah dia buat legasi sendiri - LCCT Labu yang 3 kali ganda lebih mahal dan mungkin 3 kali ganda lebih kecil dari KLIA sebab sebahagian duit boleh bagi anak menantu tambah billion sebelum berhenti. ECER, NCER dan entah apa-apa projek yang telah dilancarkan tahun lepas tidak mendapat sambutan investor, jadi Sime Darby adalah scapegoat mudah dan cepat untuk dipergunakan untuk wang segera.....WANG BESAR!!! WANG BESAR!!!
Itulah udang disebalik pengabungan Golden Hope,Guthrie dan Sime Darby.Kelak,banyak kawasan perladangan bekas Guthrie dan Golden Hope akan diconvert kepada kawasan Bandar Baru,new corridor,highway,hartanah mewah,dijual kepada korporat asing untuk mendapat keuntungan sekelip mata.Jika sebelum ini syarikat asing dan dalam negeri susah untuk mendapatkan tanah perladangan yang merata tersebut(terutama di Johor),sekarang mereka hanya perlu contact Sime Darby yang kita sedia arif pendirian mereka melalui isu-isu terkini, untuk transaksi yang mudah.
Agen Hartanah perlu dapatkan maklumat dalam perancangan hartanah Sime Darby dinegeri lain untuk menjadi Pak Man Telo(skim cepat kaya) alaf baru.
Ladang Jasin Lalang.
Kononnya cadangan ambil alih IJN adalah idea Sime Darby! Ha, ha. Kalau lah SD cadang, takkan lah satu Kabinet Malaysia sepatah perkataan tak cakap apa, apa lagi kalau nak nata NO. So, cadangan ambil alih IJN tu ada tangan "hantu" di belakang.
Inilah kehebatan UMNO berfikir dan memerintah. Kalau lah cadagan tu datang dari Lim Kit Siang atau Anwar, maka tak cukup muka depan surat khabar gamaknya untuk hentam.
Tapi majoriti cerdik Melayu masih percaya UMNO pandai memerintah, tak percaya pembangkang mampu memerintah. Cukup-cukuplah UMNO....!
Dato,
keputusan sime ringankan beban Najib - sepatutnya ia di tulis?
Hairan saya bagaimana Sime begitu lebih berkuasa dari kerajaan BN.
Siapa sebenarnya di sebalik kegilaan Sime Darby ini ya Dato ?
Tak mungkin CEO nya yang berstatus kontrak sahaja.
Apakah Dollah, KJ, Kali dan Brendan?
Hanya Musa Hitam saja yang boleh tolong jawabkan.
SEkarang mari kita cari rasionalnya pembabitan Sime dalan KLIA@east.
Tony kata pembinaan guna duit swasta dan bukan duit kerajaan @ rakyat.
Tapi bukankah Sime itu adalah GLC, milik kerajaan yang mengunakan duit rakyat dan pemegang saham
Salam Dato' AKJ
Tergabungnya tiga buah syarikat awam di bawah Synergy Drive dan kemudiannya di Sime Darby kan adalah untuk memfokus kepada aktiviti perladangan. Pewujudan sebuah syarikat besar itu semata-mata untuk mencapai matlamat kecekapan, penjimatan, pengoptimuman keuntungan dan sebagainya. Walaupun penggabungan itu mendapat tentangan pelbagai pihak, rancangan itu diteruskan dan lahirlah Sime Darby hari ini dengan Zubir Murshid sebagai ketua dan Musa Hitam sebagai peneraju.
Segala-galanya sepatutnya difokuskan kepada perladangan dan aktiviti berkaitannya. Mengapa pula bila harga komoditi merudum, mereka mahu melupakan matlamat asas mereka diwujudkan. Sepatutnya mereka mencari jalan bagaimana untuk menguruskan aktiviti perladangan mereka supaya menjadi lebih berdaya saing dalam keadaan ekonomi sebegini. Ekonomi memang mempunyai kitaran yang boleh dijangka, apatah lagi yang berkaitan komoditi. Sime Darby yang telah tergabung sepatutnya mempunyai keupayaan yang lebih besar menguruskan faktor-faktor yang berkaitan untuk memastikan kelangsungannya dalam bidang perladangan.
Bukan soal legasi Mahathir dihapuskan kita berikan tumpuan. Mahathir sendiri tidak kisah dengan legasi. Soalnya sekarang Sime darby sudah keluar dari fokus yang digariskannya sendiri semasa kewujudannya. Pendek kata, benarlah hujah yang menyanggah penggabungan 3 jadi 1 dahulu, bahawa penggabungan itu akan membawa kerugian, betul. Sekali lagi kerajaan degil ini terbukti ketiadaan wibawa. Sekali lagi budak-budak lepasan skim pelajar cemerlang itu terbukti salah pertimbangan. Sekali lagi Musa Hitam cuba menutup kesilapan kejahilan ekonominya dengan mencipta kesalahan yang lebih besar.
Cukup-cukuplah tu. UMNO semakin hilang wibawa dengan rentetan peristiwa yang berlaku sejak 2003. Biarlah orang Melayu di Kuala Terengganu membuat keputusan bahawa undi Cina 11% bukanlah faktor penentu kemenangan. Biarlah PAS menang di sana untuk menutup mulut Karpal Singh dan yang sewaktu dengannya.
Labu Lcct....ni bunyi macam skim pak MAN TELOR baru jee...
Hutang air asia dah 4 bilion ringgit, rugi hujung 2008 dah 400+ juta.
Nak pinjam lagi?...bank mesti minta collateral baru, toni tak laku,meramun tak laku, letak tanah labu kat bank pinjam 1-2 bilion lagi..tahun depan untung 3-4 ratus milion, macam 2007 untuk 3 ratus juta lepas hutang 1 bilion.....
PAK MAN TELOR tentu sakit hati tak patent skim ni, kalu tak tentu dapat royalti tinggi....
Keluarga Madoff ramai kat KL dan ramai ahli keluarga terdekat kat Putrajaya.
La ni ada ahli keluarga Madoff share rumah dengan PNB dan SD....
Abu Bakar Ab Rahman
salam DAKJ n Bloggers,
tiada yg percaya isu ijn ini selesai!!!tunggulah sedikit masa lagi, terima kasih kepada pengundi-pengundi BN untuk pru lalu dan prk p036, tradisi membela rakyat
isu lcct adalah isu terkini dan belum lagi sensasi, sekali lagi syabas kepada pengundi2 BN, anda patut berasa bangga dgn KERAjaan yg anda pilih ini, elok kalau dibina sahaja di pekan rembau, lcct yang lama nanti bolehlah dibuat gelanggang futsal atau gelanggang sukan2 yabg lain, demi untuk memajukan sukan negara!!
p/s : ya ALLAH selamatkan BOLEHLAND yang kami amat cintai ini
HAMBA ALLAH
Datuk,
Sepatutnya Pak-Pak Menteri lah yang harus memeras otak untuk kesejahteraan rakyat. Asyik-asyik tunggu puak-puak koperat keparat buat cadangan yang menguntungkan puak mereka. Bila rakyat tentang, barulah kerajaa(yang dikatakan membela rakyat) baru sedar. Itu pun kerana pilihan raya kecil KT kot? Rakyat Terengganu tak nampak ke atau dok nampak 'fulus' royanti minyak aje.
datuk,
isu IJN rasanya hampir selesai,kini ambe dah tau serbasedikit apa yang tersembunyi di belakang sime darby,aduhai malang nya nasib orang2 melayu yang mempunyai pemimpin yang agak FOBIA pada WANG.
namun datuk saya amat berharap agar datuk dapat mengupas akan isu satu lagi (apa tu koglemerat ke apa bahasa modern ni) FELDA,tah apalah cerita disebalik kemurahan hati FELDA sekarang ni,sampaikan anak kat rumah mati kelaparan....
isu2 anak syarikat FELDA lagilah teruk...........
macamana kami genarasi ke2,3 ni yang dahlah seakan terabai dek BAPAK EH,kini dah terainaya dek ANAKNYA LAK....(anak syarikatfelda) tak ada kena mengena dengan anak dan bapak satu lagi tu,
assalamualaikum dan salam sejahtera...
legasi paklah...
1. jambatan bengkok (cancelled)
2. Jalur Kertapi Laju (cancelled)
3. UMNO (corrupted n condemned)
4. Penang 2nd Bridge (pending?)
5. Hubungan Kaum (full of hatred)
6. Melayu (severely damaged)
7. Crime (increasely gilak2!!)
8. HINDRAF (well done)
9. KJ (FU!!)
10. Terengganu (corrupted)
11. Musa Hitam (legam)
12. Iskandar (Bulls**t)
13. Government (Flip-Flop)
14. Pantai to Temasek (pinterrr!!!)
paklah IQ
1. Perpindahan UM main campus
2. Penswstaan IJN
3. LCCT Labu
n many2 more...
Thank u paklah!! thank u!!!
-kalitipu-
Datuk,
Tak tulis pasal kekejaman zionis di GAZA ke?
who is to be blamed? the gomen. are they made of stupid men and women? don't they know this is a no go...yes they do. But someone's interest is put ahead of the rakyat.
if sime thinks this is great busines, built your own hospital la. With heart attacks being the number one killer, sure sime can get lots of business at their hospital.why seek a monopoly?
i don't trust the govt. They are just doing things like this for their self interest or the interest of those connected. look at toll agreements.
datok,
saya berandai bahawa ijn akan tetap dijual oleh kerajaan tunggu saja masa yang sesuai.saya dah s serik percaya cakap menteri UMNO.
Bukankah penggabungan Sime dengan Golden Hope dan Guthrie adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia? Kenapa ia tidak harus berterusan dengan kegiatan 'corenya' itu?
Dan bagaimana pula penglibatannya dalam lapangan terbang khidmat murah di Labu dengan Air Asia? Apa faedahnya pembinaan lapangan terbang baru ini kepada negara? Apa pula akan jadi kepada KLIA?
mahmudba
Keep a close watch as the IJN interest is still there. Just because of KT election, SD come out with this statement. Belakang tabir, movements will be happening.
I disagree on Labu because corporate interests come first. there are Orang asli settlements there & they won't get a good relocation deal. Already, the Sepang airport causes relocation on an OA village and till now, they never recovers.
Salam Datuk,
Boleh tak Datuk huraikan atau dedahkan dengan jelas siapa agaknya yg jadi 'orang belakang' yg mendorong cadangan menswastakan IJN ni?
Post a Comment