Wednesday, January 14, 2009

Pengundi KT Mungkin Ulangi Kejutan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 16 Jan]

SEKADAR renungan. Berikut adalah tajuk berita akhbar arus perdana yang berkaitan Umno hari ini:-

Utusan Malaysia: Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi

Berita Harian: Peluang BN Cerah

New Straits Times: Barisan Upbeat, Pas Edgy (Barisan Yakin, Pas Gementar).

[Original Posting]

SESIAPA sahaja yang berhasrat membuat ramalan mengenai keputusan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu Sabtu ini boleh melakukannya daripada dua sudut.

Pertama sudut sejarah dan kedua daripada perspektif semasa.

Kalau dilihat daripada sudut sejarah, pilihan raya kecil ini, sama dengan PRK sebelumnya – kecuali Permatang Pauh Ogos lalu -- memihak kepada Barisan Nasional.

Tetapi daripada perspektif semasa, Pas mempunyai harapan yang cukup cerah untuk merampas kerusi itu sekali lagi.

Kali terakhir Pas memenangi Kuala Terengganu adalah pada pilihan raya umum 1999 apabila calonnya, Dr Syed Azman Syed Ahmad, mengalahkan Allahyarham Abu Bakar Daud dengan kelebihan 14,132 undi.

Pada PRU itu juga BN kehilangan Negeri Terengganu kepada Pas. Penyingkiran Anwar Ibrahim dan protes terhadap Menteri Besar ketika itu, Wan Mokhtar Ahmad, adalah punca utama kekalahan BN.

Dalam enam PRU daripada PRU 1986, BN memenangi Kuala Terengganu sebanyak empat kali, Pas dan Parti Melayu Semangat 46 masing-masing sekali.

Populariti BN merudum antara PRU 2004 dan 2008. Dalam PRU 2004, Allahyarham Razali Ismail menang dengan kelebihan 1,933 undi. Dalam PRU 2008 dia menang dengan hanya 628 undi.

Sampai hari ini pun kemenangan Razali sering dikaitkan dengan personaliti beliau yang disenangi oleh pengundi.

Sekiranya BN gagal menyekat trend ini dan populariti calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tidak sehebat Razali atau calon Pas, Abdul Wahid Endut, maka harapannya mempertahankan Kuala Terengganu adalah tipis.

Jika hasil kajian pendapat oleh Merdeka Centre di kalangan 527 pemilih Kuala Terengganu antara 1 hingga 11 Januari boleh dijadikan panduan, maka BN terpaksa melakukan yang terbaik.
Dalam kajian itu, Merdeka Centre mendapati 46 peratus pemilih Melayu dan 56 peratus Cina bercadang mengundi pembangkang.

Walaupun “sampling” kajian itu kecil berbanding bilangan pemilih Kuala Terengganu seramai 80,000, namun ia memberi gambaran yang menarik mengenai kecenderungan pemilih, khasnya pemilih Cina.

Selama ini para pembesar Umno dan BN berulang kali menguar-uarkan pemilih Cina sebagai penentu kemenangan mereka. Dalam erti kata lain, BN mengharapkan majoriti pemilih Cina mengundinya.

Reaksi responden Cina itu cukup menarik kerana pemilih Cina lazimnya tidak menyatakan siapa atau parti mana yang akan mereka undi.

Hasil kajian Merdeka Centre itu juga mengesahkan tanggapan iaitu pemilih Melayu lebih mudah diyakinkan melalui kempen dan propaganda media massa daripada pemilih Cina, khasnya dalam isu ekonomi.

Manakala 70 peratus pemilih yang ditemu ramah oleh Merdeka Centre bersetuju bahawa keadaan di Terengganu dan di seluruh negara sedang bergerak ke arah yang betul, hanya 36 peratus pemulih Cina yang berpendapat begitu.

Ini tidak memeranjatkan kerana pemilih Cina yang tinggal dalam bandar dan terbabit dengan perniagaan umumnya lebih peka terhadap ekonomi dan kerana itu lebih kritikal di dalam membuat penilaian.

Apa pun, keputusan PRK Kuala Terengganu adalah cukup kritikal bagi BN dan Pas.

Bagi BN, khasnya Umno, kemenangan boleh dikira sebagai bukti keberkesanan proses pemulihannya dan sokongan (endorsement) kepada peralihan kuasa Mac ini.

Bagi Pas pula, kemenangan sekali gus mengesahkan bahawa ia boleh berjaya walaupun tanpa sokongan atau persetujuan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam isu-isu pokok seperti Negara Islam dan Hukum Hudud.

Malah pembabitan PKR dan DAP dalam PRK Kuala Terengganu dilihat sebagai membebankan Pas daripada membantunya.

Kesimpulannya, Kuala Terengganu boleh sekali lagi membuat kejutan kerana kejutan sudah sebati dengan pemilih kerusi Parlimen ini.

Mungkin tidak ramai tahu atau sudah lupa bahawa pemilih Kuala Terengganulah yang memberi kemenangan kepada Presiden Parti Negara, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, dalam PRU 1959 dengan bantuan Pas.

59 comments:

sap said...

Mungkin kali ini kelebihan berpihak kpd BN.TAPI dgn majority yg sikit.

p/s:mohon izin dato' utk sy link kan blog dato'

Anonymous said...

Hi
"Malah pembabitan PKR dan DAP dalam PRK Kuala Terengganu dilihat sebagai membebankan Pas daripada membantunya."
I think so too but the situation/perception is changing a bit as people change their perspectives, demographics change, etc.
But in my humble opinion, ppl in KT has quite clear political affiliations and unless there is some REAL BIG "unhappiness", they will stick to their traditional parties...
Dun overlook wang ehsan! It's actually quite significant!
Some PAS ppl have hopped over because of development and some ppl I chatted with are happy with SUKMA, the new mosques (can take their family to the park, etc), etc. ;)

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dari komen di blog ini dan beberapa blog lain, agak kerap saya jumpa orang KT yang memberi peringatan yang umumnya ditujukan kepada tukang kempen BN yang datang dari luar supaya jangan sombong.

Kenapa agaknya?

Yang lain saya tidak mahu komen. Dah banyak saya komen dalam posting Dato' yang sebelumnya berkenaan PRK 036.

Tidak ada kejutan bagi saya kerana seperti yang saya telah komenkan sebelum ini, kebanyakannya telah dijangka.

1.Hudud bukan isu.
2.Personaliti arwah Dato' Razali menjadi rujukan.
3.Kerjasama di dalam PR tidak retak.

. said...

Dato,

Satu ulasan yang menarik. Komen saya ialah:

1. Dari segi "sampling size" kajian yang disebutkan, ia memadai dan mencukupi keperluan kajian. Saya fikir soal metodologi kajian OK. Sampling size ni macam darah juga. Walaupun darah dalam badan kita banyak, kita hanya perlukan beberapa titik saja untuk buat ujian.

2. Saya telah menulis dalam blog saya http://nobisha.blogspot.com bahawa tiga faktor akan menentukan keputusan pilihanraya tersebut iaitu calon, isu parti dan isu2 tempatan. Isu nasional, Anwar Ibrahim, pembangunan dll adalah penting, namun saya tidak fikir ia merupakan isu penentu.

Terima kasih.

mad said...

ya datuk, kuala terengganu pasti dimenangi oleh pas atas banyak sebab, samada disebabkan isu dalam negeri itu sendiri atau sebab isu nasional. saya pasti datuk lebih maklum tentang isu2 ini. terima kasih datuk kerana 'level headed' dalam tulisan datuk

Anonymous said...

Dato,

Kalau saya pengundi atas pagar, saya akan mengundi calon bebas atau PAS.

Sebabnya :

1. KT telah bertaraf bandaraya - seperti KL ia pintu masuk dan pusat pentadbiran negeri.

Jadi suka atau tidak, kerajaan tetap akan bangunkan KT.

2. Segala keperluan orang KT hampir dipenuhi sebelum hari mengundi. Jadi selepas mengundi belum tentu di penuhi walu wan farid menang.

3. Jika memangkah calon bebas pun, tiada apa yang rugi, sebab wang Royalti petronas telah di salurkan terus ke pejabat MB / BN yang memerintah negeri.

4. Kalau Wan Farid kecundang pun, Dollah akan turun bulan Mac ( kalau dia tak menipu), paling kuat pun KJ tarik monsoon cup dan mega projek yang membazir

Tapi masa itu Najib dah jadi PM dan berbaik dengan MB Ganu.

5. Kalau Wan Farid menang pun, ia semata mata untuk jadi proksi KJ dan Pak Lah dalam kabinet Najib.

6. Kalau ada orang Ganu dalam kabinet pun, tapi tak sebagus Arwah Dato Razali pung buat apa.

MB masih boleh bekerjasama dengan Federal sebab Federal masih memerlukan BN Trengganu dalam Parlimen.

7. Ingat bagaimana Dollah, Deris, Wan Hisham dan Wan Farid cuba menidakkan pilihan Sultan untuk melantik MB Ganu.

Ingat bagaimana wang dan kuasa digunakan untuk menidakkan Arwah Dato Razali dari menjadi Ketua bahagian KT demi menjaga kepentingan KJ, Dollah dan Deris.

Hapuskan pengaruh KJ dalam UMNO KT.

alrawa said...

Adalah molek jika dapat Merdeka Centre melakukan semula kajian satelah keputusan PRK Kuala Trengganu diumumkan.
Dengan cara ini dapat kita mengukur sejauh mana 'betul' nya poll2 yang sering dilakukan sebelum sesuatu pemilihan.
Juga dapat kita 'agak' akan ketelusan SPR.

Anonymous said...

Insya'ALLAH, PAS akan berjaya memenangi kerusi Parlimen KT sebagai satu message yang jelas kepada bakal PM bahawa kepimpinan nya dan BN/UMNO adalah amat di curigai.
The truth is people want change and why can't the BN/UMNO leadership open up rather than being hypocrites.It is so disheartening watching the UMNO leaders still in denial.
Dato' berdoa lah kita semoga PAS berjaya untuk terus memberi pengajaran kepada mereka yang telah lupa asal usul mereka. dh0753

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

tidak keterlaluan kalau pr berkata po36 adalah kubur besar be end!! hidup mati relevan ke tak be end memang disinilah pertunjuk paling penting!! pelbagai isu yang buruk dikaitkan dengan be end, kata-kata tdm juga menjadi peluru perak untuk be end!! ketidak hadiran wan parit ke majlis tahlil arwah dato' razali juga memcerminkan ketidak MESRAAN wan parit!! "mesra rakyat"???? dengan ugutan-ugutan mb, rasuah projek dan pembangunan itu mesrakah bagi be end?? pr hanya perlu tertib dan sopan, calon pas bukan calang-calang, 5 penggal cukup cemerlang dan wibawa berbanding lantikkan senator untuk jawatan menteri!!saya percaya dsn, calon be end dan sponsor-sponsor be end pasti tak lelap tidur menanti membilang hari malam 17hb!! syabas pengundi-pengundi p036 anda sudah pun memberi signal kepada be end agar sedar dan perbanyak muhasabah diri

p/s : kata-kata standard pak lah nanti "demokrasi masih subur di MALAYSIA" :-)

HAMBA ALLAH

Anonymous said...

Dato KJ,

Semua orang KT tahu ada beberapa orang yang lebih layak dan lebih mesra rakyat dari kalangan UMNO KT dari Wan Farid untuk di jadikan calon.

Ini semua arahan Pak Lah dan KJ yang tidak pernah ambil kira kehendak grassroot dan pengundi tempatan demi kepentingan politik peribadi Pak Lah dan KJ.

Undilah calon bebas, tak rugi apa pun kita.

Anonymous said...

Wan Farid ni geng tingkat 4 @ geng KJ.

Lepas menang nanti, dia sibuk berpolitik kat Putrajaya pulak jadi proksi Pak Lah dan KJ dlm kabinet.

Manalah nanti dia ada masa nak jenguk KT....macam dulu jugak

Anonymous said...

Dato Kadir,

Saya tak faham kenapa Dato Seri Khalid Nordin nak kena cium tangan Khairy Jamaluddin bila bersalam.

Berkuasa sangat ke Khairy tu sampai MENTERI PENUH kena sujud kat Naib Ketua Pemuda UMNO.

Nasib baik Mat Taib pun tak buat macam tu.

Anonymous said...

Jangan bandingkan Wan Farid dengan Arwah Dato Razali yang mesra rakyat

Cuba bandingkan Wan Farid dengan Wan Hisham adun Ladang dulu.....

adik beradik mesti lebih kurang sama sahaja kan.

Anonymous said...

Apa yang dilihat pengundi atas pagar di KT adalah ramai merekalah jadi penentu.Pengundi cina adalah boleh dikatakan salah satu pengundi atas pagar. Pada 2004 kebanyakan mereka tidak mengundi pembangkang sebab mereka tidak yakin PR boleh menang, tetapi sekarang mereka sudah melihat realiti yang sebenar jadi PRK KT dan PRU ke 13 nanti akan ada sokongan yang besar keatas PR.

Anonymous said...

Dato',

PAS atau PKR atau DAP malah UMNO pun tak boleh mencapai kemenangan atau memerintah tanpa sokongan satu sama lain. PAS dan PKR serta DAP sekarang ini sama-sama bergabung untuk atas satu matlamat untuk mengalahkan BN.

Jika Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, mungkin gabungan ini akan terburai atau lebih kukuh? Saya yakin pada masa itulah niat, keikhlasan atau perjuangan PAS, PKR dan DAP akan terserlah samada untuk rakyat atau kepentingan parti masing-masing.

Bagi saya Pakatan Rakyat akan lebih kukuh andainya mereka berjaya mengeluarkan species yang terancam dan mengancam seperti Kapal Sing@anaknya. Manusia tak tahu dek untung inilah yang selama ini memecahkan perpaduan kaum dan negara demi karier politik sempit mereka. Mereka sanggup memcampuri urusan agama orang lain seolah-olah tidak ada agama sendiri (tak amal kot!).

Jadi tidak mustahil DAP akan lebih dihormati oleh orang Melayu jika Kapal sudah jalan. Malah bukan sahaja PAS dan PKR, parti-parti lain (malah UMNO pun) akan boleh bersama-sama membangunkan negara dan masyarakat madani seperti zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz (harap Lim Guan Eng tidak hanya baca kulit buku itu sahaja) sepertimana kehendak DAP.

Jadi jika pengundi Kuala Terengganu terutama kaum Cina di DUN Bandar memilih PAS maka itu adalah isyarat jelas bahawa Kapal Sing dengan isu tolak hududnya tidak diterima oleh kaum Cina sendiri. Ia juga membuktikan bahawa kaum Cina pun faham Ayat AlQuran '...bagi ku agamaku dan bagi mu agamamu' apatah lagi kaum Melayu Islam yang tidak pernah menolak hudud.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

assalamualaikum datuk,

kejutan prk memang telah berlaku,dan akan terus berlaku,itu yang saya rasa dan nilai.
kejutan dah berlaku bilamana semua calon parti bertanding tidak ikut kemahuan rakyat k.trg.tapi terpaksa gak terima....
ianya terus terkejut bilaman berlambak2 projek datang ke k.trg. terkejut bangang orang trg.lagu ni kerja kerajaan kita (suddenly project)
lagi terkejut bila rakyat dok perati dok beruboh lagi parti pemerintah punya pemikiran dengan kehilangan 5 negeri dan kekalahan kat P.P itu hari...bukan ke salah satu sebab eh propaganda tv,cuba perhatikan sekarang tak terkejut ke?
lagi terkejut tiba2 mat said senyap je pasal berapa waang royalti di bayar ke kerajaan trg,siap cakap dah tutup kes,apahal ni...kami anok2 trg nok jugok taulagu mane leni,lagu mana siasatan mongsung kap dengang mejid kristal tu..... tu lah kejutan.....
lagi tamboh terkejut kalu tiba2 pah kaloh dengan majoriti besor.... memang kejutang..
sekian datuk nilaian saya ....
dah lama saya terkejut dengan pemikiran orang2 kita.

Anonymous said...

datuk,
saya menyimpang sikit dari topik ye.

haii, sekarang Khir Toyo kritik Khalid Ibrahim pakai Lexus dengan beli kereta baru untuk Camry, Khalid Ibrahim pulak kritik Khir Toyo pakai Mercedes.

Ni yang saya pening ni. Diorang bergaduh, tapi dua-dua pihak pakai duit rakyat nak bergaduh. Sekarang siapa yang untung? Yang untung dan syiok, siapa yang dapat kereta lah. Yang rugi pulak, kita yang bayar cukai ni.

Dua-dua pihak 2 X 5 lah. Yang sepatutnya dilakukan, kerajaan yang memerintah sekarang, kerajaan PR, kalau dah tahu Khir Toyo buat benda tak betul, tak payah lah nak ikut. Awak tu dah jadi kerajaan. Sekarang rakyat dah jadi menyampah. Kita bagi PR harapan baru sebab semua kita dah tahu tabiat Khir Toyo ketika memerintah yang tak prihatin langsung, hal-ehwal rakyat.

Nampaknya, pangkah siapa pun cerita sama lah. Dah nampak duit, masing-masing gelap mata. Haii, apa nak jadi la negara Malaysia ni.

Brahim Nyior said...

Tuan pernah di dalam media arus perdana, tentulah lebih maklum akan serangan terhadap parti pembangkang oleh akhbar dan siaran TV. Mungkin tidak segila tahun 1999, tetapi saya naik muak dengan propaganda dalam TV, khususnya berita.

Saya bukanlah orang kampung yang tiada ilmu, jadi saya beranggapan cara sebegitu sudah lapuk. Mungkin ia berkesan untuk mempengaruhi golongan tua yang hanya membaca Berita Harian, Utusan atau menonton TV3 atau RTM.

Dalam pilihan raya kecil seperti di KT, seluruh jentera digunakan, malah di'lambak'kan secara lelong. Sehingga adik saya yang turut bekerja di sana, "lemas dengan keadaan yang berlaku".

Hemat saya, kalau BN menang dengan majoriti yang mengecil, mereka tidaklah menang sebenarnya.

Kalau PAS menang, seperti kata tuan, maknanya PAS mempunyai dominasi dalam PAKATAN RAKYAT..

Anonymous said...

Tawaran timbalan menteri pada Wan Farid jadi jadi kemarahan
Sudah sekian lama Umno Terengganu meminta sekurang kurangnya dua Jawatan menteri penuh diberi kepada negeri ini.

Jadi tawaran timbalan menteri tetap menanti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh apabila beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini menjadi kemarahan yang bukan kepalang.

Percayalah. Umno Terengganu merasa kecewa dengan tawaran yang dibuat olehTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Wan Farid dan berkata, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berbincang dan bersetuju bahawa jawatan tersebut kekal menjadi milik Wan Ahmad Farid.

Kata Mohd Najib, ''Calon kita (BN) adalah timbalan menteri, tak kan rakyat di sini nak tolak beliau.Rakyat mungkin tidak tolak kerana mereka dapat habuan yang bukan sedikit, tetapi orang Umno pasti akan lakukan satu kejutan yang pasti akan menyamai pilihanraya kecil Parlimen Permantang Pauh.

Selepas penamaan calon ada desas desus yang Umno Terengganu akan petih keting kali ini, sebelum ini Datuk Wan Farid adalah timbalan menteri dalam negeri jadi amat tidak wajar jika menang nanti akan dilantik semula ke jawatan tersebut sepertimana dinyatakan apabila menang nanti beliau tetap jadi timbalan menteri,

Sesetengah mengatakan tawaran yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu seolah olah Umno Malaysia mahu menyerah kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS.

Wan Ahmad Farid sebelum ini menyatakan beliau rela melepaskan jawatan berkenaan untuk memikul amanah parti menjadi calon pada pilihan raya kecil ini. Kan sudah diberi amanah dengan gaji RM24,000 sebulan. Nak buat apa dengan Jawatan Ahli Parlimen. Nak tambah pendapatan barangkali untuk jadi lebih kayaraya.

Bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN, Najib menggesa semua ahli serta jentera parti supaya bekerja keras serta memberi sokongan padu kepada calon mereka.

Katanya, rakyat Kuala Terengganu akan mendapat banyak faedah jika seorang wakil rakyat berjawatan timbalan menteri mewakili mereka terutama dalam hal kebajikan dan perancangan pembangunan.

"Kalau orang lain menang, tak jadi apa, rakyat yang rugi, tapi kalau calon kita yang bakal jadi timbalan menteri menang, banyak perkara boleh dilaksanakan untuk faedah rakyat.

Ini mengambarkan kepada kita bahawa orang lain semua bodoh tidak boleh buat apa apa jika memerintah.

Datuk Seri Najib ketika berceramah di pasar cabang tiga menyerang PAS dan berkata, PAS tak buat apa apa pun ketika memerintah dulu. PAS hanya janji nak buat itu dan buat ini dengan rakyat. Cukai pintu yang dikatakan dihapuskan tidak dihapuskan.

Antara kata-kata yang mendapat tempukan gemuruh ialah kata kata “PAS dak rok cetong”. Kata kata inilah yang membuat rakyat Terengganu tumbangkan kerajaan PAS tahun 1999.

Ada kemungkinan Umno turut tumbang dalam pilihanraya kecil ini, kerana marah dan kecewa orang Umno dengan tawaran jawatan timbalan menteri kepada Wan Farid jika menang nanti.

Adalah munasabah kejutan kedua akan berlaku di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Unknown said...

Bergantung kepada sumber mana yang kita baca. Kalau tonton TV3, Pakatan Rakyat macam boleh bungkus kat KT. Kalau baca Harakah, BN macam tak ada harapan nak menang. Apapun sama-samalah kita lihatlah nanti kepada siapa rakyat KT berikan undi mereka nanti.
Saya tak pernah percaya dengan ulasan politik dari media propaganda.

Anonymous said...

Datuk,

Ada orang UMNO berharap UMNO tewas.
Ada orang PAS berharap PAS tewas.

Inilah hakikat nyata kemelut orang Melayu yang semakin parah akibat berebut kuasa.

Apa nak jadi dengan kita ni Datuk?


-sinbad-

Anonymous said...

Jika kita kata undi kaum cina adalah faktor penentu. KT memang milik Pakatan Rakyat. Tapi jika pengundi cina benar-benar pintar dan licik seperti yang kita rasakan selama ini undi patut diberi pada BN sebagai hadiah motivasi bakal PM kita untuk lebih cemerlang dalam membawa kita semua keluar dari kemelut ekonomi secepat mungkin yang dijangka akan lebih parah lagi pada tahun ini.

Moshe said...

Siapa menang ? Tak perlu bercerita panjang rasanya PAS akan menang. PRU 2008 BN menang dgn hanya majoriti 628 itu pun Razali lebih popular dari Farid. Lepas PRU 2008 banyak isu2 yg tidak memihak kpd BN. Sya "sure punya" BN kalah, memalukan...Tambah lagi Tun Mahathir pula komen "PRK KT tak penting".

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Saya bukan orang Ganu (meminjan istilah yang diguna olih pengomen). Tetapi jika sayalah yang mengundi, saya akan pilih PAS atau calon bebas.

Sebab? Kerana:
(1) kesombongan BN masih terserlah;
(2) kesombongan calon BN kali ni lebih menyerlah;
(3) KJ yang bongkak dan sombong ada dalam UMNO dan berani pulak bersuara; dan
(4) UMNO dah kena cancer yang baru ditemui yang dinamakan PL-KJ tapi tak berani nak buat amputation!

It doesn't matter what the media reports and whatever opinions the experts say, I am not convinced that UMNO/BN has changed for the better.

I am angry because the taxes I pay are misused to enrich the rich (especially PL, KJ & Co.).

If Najib, Rosmah & Co. were to continue this tradition, then I pray and hope that Najib/UMNO/BN will lose the coming GE.

I don't care whether contracts are given to their cronies as long as:
(1) the prices are not exorbitantly inflated. Nak buat profit, bolih tapi jangan sampai 200% to 300%; and
(2) jobs/contracts are executed in accordance to the highest standards. Kalau lambat kena denda as per agreement!

I sincerely and wholeheartedly wish and pray that either PAS or bebas wins in KT!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

A KADIR JASIN said...

Sdr Abdullah Ngah, antara lain, mengulas:

"Datuk Seri Najib ketika berceramah di pasar cabang tiga menyerang PAS dan berkata, PAS tak buat apa apa pun ketika memerintah dulu. PAS hanya janji nak buat itu dan buat ini dengan rakyat. Cukai pintu yang dikatakan dihapuskan tidak dihapuskan.

"Antara kata-kata yang mendapat tempukan gemuruh ialah kata kata “PAS dak rok cetong”. Kata kata inilah yang membuat rakyat Terengganu tumbangkan kerajaan PAS tahun 1999."

Pada tahun 1999, Pas yang menumbangkan BN.Pas ditumbangkan oleh BN pada tahun 2004.

Terima kasih.

Anonymous said...

DATO,

Yang nyatanya Wan Farid bukan sahaja tak layak jadi wakil orang KT dalam parlimen, bahkan menjadi Ketua bahagian UMNO KT pun dia tak layak.

Dilantik jadi ketua bahagian pun di sebabkan Pak Lah dan KJ telah mengarahkan Deris Jusoh dulu untuk memastikan Wan Farid yang di lantik tetapi tak di senangi grass root KT.

Anonymous said...

salam dato'
saya adalah pengundi PRK KT yang akan datang. Sehingga kini saya telah dua kali mengundi di KT. Sebelum ini telah 3 atau 4 kali di sekitar Lembah Kelang.
Bagi saya yang mengikuti kempen-kempen yang di jalankan serta suasana perang poster dan sepanduk, tiada isu besar yang boleh mempengaruhi pengundi-pengundi.
Saya percaya suasana masih sama dengan PRU 12. Bezanya ialah kini hanya tertumpu bagi kawasan parlimen sahaja.

Jika dilihat kepada keputusan lalu BN hanya menang lebih sedikit 600 undi. Tetapi jika dicampurkan 3 kawasan DUN yang dimenangi oleh PAS, PAS melebihi dengan lebih 2000 undi. Faktor inilah yang sebenarnya menjadi penentu.
Kenapa mereka memilih PAS@Keadilah (DUN Bandar) bagi DUN tetapi tidak di Parlimen?

Terdapat beberapa faktor besar di sini.

1. Faktor keluarga
YB Haji Wahid mempunyai keluarga yang besar di KT.Munkin 2 atau 3 ribu pengundi. Kebanyakan mereka adalah golongan orang-orang yang berjaya dan berpengaruh. Ramai yang menyokong PAS tetapi ramai juga merupakan antaranya pemimpin UMNO. Kebanyakan mereka menyokong PAS bagi DUN tetapi menyokong UMNO di Parlimen.
Tetapi kali ini saya menjangkakan mereka akan menyokong PAS kerana sukar untuk mereka menafikan keperibadian Hj. Wahid yang bukan sahaja mesra tetapi juga amat menghormati dan mengambil berat hal-hal keluarga.
2. Faktor calon
Wan Farid dikatakan sombong. Ini bukanlah kata-kata yang dikeluarkan oleh PR tetapi ianya berlegar dikalangan UMNO sendiri. Namun media perdana menuduh PR menyerang peribadi dan fitnah PR.Jika dibanding dengan Arwah amat jauh. Malah sekarang timbul pula cerita Wan Farid meminggirkan Arwah. Ini dipercayai benar kerana UMNO baru sahaja habis pemilihan dan Arwah telah kalah. Arwah memang disenangi oleh orang yang kenal kepada beliau kerana walaupun dia UMNO tetapi tidaklah menganggap politik terlalu penting baginya. Dia memilih UMNO kerana itu adalah platform baginya untuk berbakti.Beliau juga rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS. Malah Dato' Haji Hadi Awang berkata Arwah mungkin akan condong ke PAS sekiranya umurnya panjang.
Walaupun Wan Farid jauh lebih muda daripada Hj. Wahid, tetapi dari segi kecergasan baik cara jalan, bertegur-sapa dan perwatakan, Hj. Wahid jauh lebih cergas dan ceria. (Malah lebih hansome...he..he...he)
Ini akan menyebabkan mereka yang mengundi Arwah dahulu akan mengundi Hj. Wahid.
3. Calon Tempatan.
Kini PAS meletakkan calon tempatan. Tidak dinafikan Muhd Sabu telah diwarnakan hitam oleh media-media perdana. Beliau dicap sebagai celupar, kasar dan sebagainya . Ini menyebabkab orang-orang pencen yang baru nak mendekati PAS merasa janggal.

Memang benar sekarang ini UMNO sedang menabur wang di KT dan berbagai-bagai janji, tetapi saya tak menjangkakan ada perubahan besar. Orang-orang KT telah arif sangat tentang perkara ini kerana telah biasa dengan rasuah wang ehsan. Dalam kalangan mereka sendiri pun berpuak-puak macam mana nak tarik orang PAS.

Faktor wang royalti dikembalikan.Betulkah? atau hanya mumpan prk. Paklah telah menjanjikannya sejak Sept. 08 tetapi sampai sekarang belum ada hitam putih. RM400 juta yang diberi baru-baru ini amat kecil berbanding jumlah sebenar yang dikatakan sebanyak RM7 billion.
Satu pertubuhan NGO yang berjuang untuk kembalikan hak royalti kepada kerajaan (setelah dirampas olek TDM dan diberi kepada UUMNO)iaitu MAMPAT akan mengadakan debat malam ini (15/1/09) berkenaan royalti. Wan Farid (UMNO) telah awal-awal lagi menolak.

UMNO/BN telah menggunakan isu hudud untuk menakutkan pengundi Cina di KT. Ada rahmatnya juga kerana ini telah memberikan fahaman yang jelas kepada orang-orang Cina bahawa hukum ini hanya untuk orang Islam sahaja. Untuk apa mereka takut. Malah Cina KT amat berhubung rapat dengan orang Melayu. Adalah biasa bagi mereka membaca Harakah. Kalau dalam talipon kita tak kenal mana suara Cina dan mana pula suara Melayu.

'Serangan' yang bertali arus oleh pemimpin-pemimpin DAP dan DSAI merayu pengundi-pengundi Cina saya percaya akan meningkatkan lagi undi mereka kepada PAS/PR.

Berdasarkan perkara-perkara ini dan keadaan semasa sekarang saya percaya PAS mempunyai harapan cerah menarik semua pengundi-pengundi yang PAS bagi DUN dan BN bagi kerusi Parlimen yang lalu akan memlih PAS. Keadaan sekarang bolehlah dikatakan 60-40 bagi PAS.

ar-Razi

Unknown said...

BY ELECTION
BUY ELECTION
BYE ELECTION

Semua diatas boleh dikaitkan dengan PRK Kuala Terengganu.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Selepas 62 tahun berjuang, UMNO serba tidak kena dalam menghadapi pengundi. Kalau nak dikatakan Pak Lah tak berwibawa, mendengar Najib pun sama kalaupun tidak lebih membosankan. Memandang sahaja Najib, akan muncullah wajah Rosmah, Nazir dan yang sewaktu dengannya. Jika Najib itu lebih besar wibawanya, takkanlah OTK mengatakan MoF yang meluluskan pembinaan KLIA East. Apa guna Najib menguasai MoF tetapi telunjuknya masih dalam pegangan Pak Lah dan menantunya. Atau memang Najib turut bersubahat sama.

Selama ini UMNO berjaya kerana orang nombor satu dalam parti itu cukup berwibawa, bermula dengan Dato' Onn sehinggalah Tun Dr. Mahathir. Kerosakan di peringkat pertengahan dan bawahan memang telah berlaku sejak sekian lama. Projek-projek yang difaraidkan di peringkat bahagian dan cawangan memang memewahkan segelintir ahli UMNO yang memegang jawatan dan kepentingan sejak sekian lama. Namun wibawa orang nombor satu dalam parti menutup segala kepincangan di peringkat pertengahan dan bawahan itu. Dengan itu UMNO tetap dapat bertahan sebagai parti dominan dalam setiap pilihanraya sebagai tulang belakang Perikatan serta BN.

Nasib UMNO terumbang ambing apabila Pak Lah diamanahkan sebagai orang nombot satu parti dan kerajaan. Pelbagai kepincangan yang berlatar belakang anak, menantu dan kumpulannya menghakis kewibawaan Pak Lah sebagai orang nombor satu. Apabila orang nombor satu sendiri tidak dapat mempertahankan kewibawaan hingga terpaksa turun, kepincangan yang menjangkiti UMNO di peringkat bahagian dan cawangan selama ini terbuka satu demi satu. Cengkaman yang semakin longgar oleh orang nombor satu meleraikan ikatan parti dan memperhebatkan percakaran dalaman.

KT hanyalah salah satu episod dalam rantaian yang semakin terlerai itu. Orang nombor dua yang bakal memegang teraju parti tidak menyerlahkan wibawa yang diharapkan untuk memperkukuh kembali parti yang semakin terlerai. Perebutan di kerusi nombor dua juga bakal melemahkan lagi kedudukan parti. Biar apapun yang disyarahkan oleh juru kempen UMNO, harapan BN mengekalkan KT adalah tipis. Mulai April 2009, Najib tiada lagi alasan untuk menutup kepincangan diri dan keluarganya kerana ketika itu dialah nombor satu dalam parti dan kerajaan. Sama ada tindakan Kapt. (B) Zahar berpaling dari UMNO kepada PAS kerana kecewa dengan Najib itu rasional atau hanya emosi, akan terbukti mulai April nanti.

PAS perlu lebih bersedia untuk menjadi tonggak perjuangan politik Melayu Islam di Malaysia pada masa akan datang.

add said...

Harapan saya agar BN menang walau apa pun alasan pihak pembangkang tentang BN dan calon itu sendiri.

Kalau PAS menang di PRK P36 ni,maka makin bergema lah sidang dewan rakyat tahun ini.

Kalau PAS menang, maka saranan kepada pemimpin BN agar semua wakil rakyat BN pergi lakukan pemeriksaan doktor dan berubat agar jangka hayat lebih panjang, bila jangka hayat lebih panjang,maka pilihanraya kecil tidak akan berlaku lagi dan BN tidak akan kehilangan kerusi lagi (Saya bukan menidakkan kuasa ALLAH, cuma kita mesti berusaha).

Ikutkan "suasana" sekarang ni, PAS akan menang. Tetapi "silent majority" lah yang akan menentu kemenangan mana-mana pihak bertanding....
wallahualam

Anonymous said...

dari benda yang sekecik-kecik tungau dan sebesar-besar gajah semuanya akan dinilai oleh pengundi.pengundi mahukan yang terbaik untuk mereka.

PAS mempunyai kelebihan dalam isu agama manakala BN mempunyai kelebihan dalam isu pembangunan.

tp PAS seperti dibebankan dengan sokongan PKR dan DAP tetapi khususnya DAP kerana mereka memang tidak merestui perjuangan PAS walaupun baru-baru ini Lim Guan Eng mengeluarkan kenyatan seolah-olah "memujuk" PAS.

bak kata Kadir,kalau dilihat trak rekod dari dulu sampai sekarang memang BN ada harapan untuk menang.tapi kalau lihat pada keadaan semasa maka tak mustahil jika PAS pula yang boleh menang kerana penyokong untuk parti pembangkang semakin lama semakin ramai.

namun jika BN berusaha lebih gigih dan terus berkempen mungkin tiada masalah untuk mereka menang.cuma Wan Ahmad Farid kena lebih menonjol.

fital said...

BN atau PR dua-duanya orang Melayu.Kalah menang orang Melayu juga. Yang pentingya calun yang macam mana yang nak diundi. Antara BN dan PAS siapa yang lebih alimnya. siapa yang lebih berwawasan. Siapa yang lebih memahami kehendak pengundi.Siapa yang putar dan siapa yang belit siapa.Yang membelit tu ular sawa. jadi kalau kena belit kena bunuh ular sawa tu. nanti bukan aja kena belit tapi kena telan.

Tok guru saya kata lagi besar serban lagi besar belitnya. Lagi licin kepalanya lagi licin penipunya.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dari Borneo ke Minang kata,

"I don't care whether contracts are given to their cronies as long as:
(1) the prices are not exorbitantly inflated. Nak buat profit, bolih tapi jangan sampai 200% to 300%; and
(2) jobs/contracts are executed in accordance to the highest standards. Kalau lambat kena denda as per agreement!

I sincerely and wholeheartedly wish and pray that either PAS or bebas wins in KT!"

Secara praktikal, memang sukar nak mengawal pemberian "anugerah" kepada kroni.

Namun, secara prinsipnya, tiada kontrak yang patut dibenarkan untuk di "inflate" kan walau sekecil debu sekali pun.

Haram tetap haram. Duit rakyat tu, bukan duit bapak dia!.

Jika "inflate sikit-sikit tak apa" dibenarkan jadi budaya, ia akan kekal berkembang semula kepada keadaan sekarang.

Abdullah Ngah kata,

"Percayalah. Umno Terengganu merasa kecewa dengan tawaran yang dibuat olehTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Wan Farid dan berkata, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berbincang dan bersetuju bahawa jawatan tersebut kekal menjadi milik Wan Ahmad Farid."

Allahyarham Dato' Razali dulu tak jadi Menteri Pelajaran walaupun terlebih kelayakan, kenapa tak marah?

Saya cukup tak faham bila ada negeri minta kuota untuk menteri. Bukankah kualiti itu lebih penting?

p/s entah kenapa saya terbayangkan, PRK036 ini akan memberi kemenangan tipis kepada.....ayam masih berlaga. Senang kata 50-50.

A KADIR JASIN said...

Sdr Fital, antara lai, menulis: "BN atau PR dua-duanya orang Melayu.Kalah menang orang Melayu juga."

1. BN dan PR bukan parti Melayu;

2.BN adalah gabungan parti kaum Melayu, Cina dan India dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah;

3. Umno dan Pas adalah parti majoriti Melayu;

4. PKR adalah parti pelbagai kaum. Ada Malayu, ada Cina, ada India dan ada suku-suku kaum Sarawak dan Sabah;

5. PR adalah pakatan cadangan antara PKR, Pas dan DAP. Ia belum didaftarkan lagi.

Terima kasih.

Greenbottle said...

mengapa beri perhatian berat sangat dengan merdeka center poll ni... waktu PRU dulu poll2 yang di lakukan center ni tak pun dapat predict 5 negeri tumbang kepada PR and sokongan bukan melayu begitu sekali berubah daripada BN kepada PR?

anyway, it's about time orang melayu pula belajar2 lah cerdik sikit. parti umno ni dah berbarah begitu rupa, ia tak mungkin dapat di selamatkan lagi. umno bukan saja telah ditolak bukan islam malah telah gagal memertabatkan melayu dan juga islam.umno telah merosakkan jatidiri melayu.

it's time to move on. UNDI PAS wahai pengundi2 trengganu kite!

Kembara Politik said...

Assalamualaikum Dato',

Benarlah apa yang dikatakan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir. UMNO tidak menitikberatkan soal pemilihan calon dan PAS pula tidak berupaya menjadi parti pengganti orang Melayu walaupun dilihat sangat kuat dari segi jentera dan kepimpinan.

Ramai pemerhati hanya memberi fokus kepada soal personaliti calon, tapi dalam masa yang sama terlupa untuk melihat perkara yang lebih besar iaitu hala tuju perjuangan nasional yang mana dilihat lebih utama daripada soal calon.

Cuba amati apa yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir:

"6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.

7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.

8. Ternak tak apa.

9. Sentuh pun tak apa.

10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.

11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?

12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.

13. Katanya ini rancangan 30 tahun.

14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.

15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.

16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.

17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa."

Sebagai orang Melayu (saya memberi pendapat dari sudut diri saya), sentimen yang dikatakan oleh Tun sangat bertepatan. Saya amat percaya bahawa sentimen yang sama turut dirasai oleh ramai Melayu.

Sejurus kemenangan besar PR semasa PRU12 ini PAS dilihat agak penyenyap walaupun diserang secara berdepan oleh DAP. Namun sikap melentingnya ketika dekat2 nak PRK ini meragukan ramai pihak.

Segala rumusan intipati suara hati orang Melayu secara kasarnya sangat bertepatan seperti apa yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam artikelnya yang bertajuk "KUALA TERENGGANU".

Persoalan yang perlu dijawab oleh pengundi ialah:

"Apakah berbaloi mengorbankan dasar kerajaan (dasar pemberian tanah, status quo, etc etc) semata-mata terikut2 rentak permainan politik DAP demi untuk meraih undi?"

Juraimi Zainal said...

Saya menjangkakan PAS akan memenangi PRK KT ni dengan lebih bergaya....

Target saya majoriti adalah 3000-4000.. Kita tunggu sahaja Sabtu nanti yer...

Pilihan raya Umum lepas, jangkaan saya berdasar analisa yg dibuat;

Kedah, Selangor, P Pinang Kelantan T'ganu & WP

tergelincir sedikit jangkaan saya

Kedah, Selangor, P Pinang Kelantan Perak & WP

bumidaku said...

Saya ada menulis dua artikel berbeza mengenai kenapa orang KT mesti undi UMNO dan Mengapa kemenangan PAS sebenarnya kekalahan kepada Hj Hadi di blog saya www.bumidaku.blogspot.com

Mohon Dato' baca kalau ada kesempatan.

Ringkasnya, hujah saya adalah jikalau PAS menang di sini, ini bermakna penyokong PAS seluruhnya dan swing voters Melayu menerima sepenuhnya pendekatan PAS sekarang ini yang menyertai kapal Pakatan Rakyat sepenuhnya, at the expense of prinsip-prinsip mereka, yang sebenarnya berdasarkan takut pada Allah, taat pada Allah.

Sedangkan ini bukan pendekatan pilihan TGHH, Ustaz Nasha dan Chegu Pa. Mereka mahu persahabatan yang berpada-pada dgn PKR dan DAP, serta mahu juga bekerjasama dgn UMNO dlm beberapa hal.

Lihat kupasan saya yg tak seberapa di www.bumidaku.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk,

Kalau diambil kira faktor calon BN iaitu Wan Farid dan elemen virus PL-KJ, saya memang mengharap PAS akan menang di PRK Kuala Terengganu ini.

Tetapi apabila melihat apa yang telah dan sedang berlaku di negeri Perak sekarang ini, dengan Menteri Besar PAS nya yang sudah jadi macam lembu kena cucuk hidung; saya sudah jadi hilang harapan pula.

Tidak kiralah sekuat mana atau sehebat mana laungan perjuangan mereka ini, bagi saya kedua-dua UMNO dan PAS semakin GAGAL memperjuangkan maruah agama dan bangsa!

Kedudukan orang Melayu dan Islam semakin tergugat angkara sikap hipokrasi dan pengecut pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS ini.

Berseronok-seronok dan bermegah-megahlah bagi sesiapa yang menang di PRK Kuala Terangganu ni tetapi yang nyata orang Melayu akan tetap dan terus menangisi kehancuran maruah agama dan bangsanya.

Melayu dan Penyu menangis di Terengganu ...


-sinbad-

Anonymous said...

Sdr. Sawit Futures Trader,

Mungkin tulisan saya tidak jelas. Saya cuba perjelaskan di sini.

When a contractor (or service provider or supplier or whatever) quotes for a project, it always contain a profit element. Normal gross profit margin is around 30% to 40%. Net margin could, maybe, ranged from 20% to 30% depending on how well costs are managed. For example, my costs is RM100. I would charge RM140. Gross profit would then be RM40.

The above scenario is normally true in cases where "kickbacks" are absent.

However, when "kickbacks" (in whatever form) are added in, the project costs would be inflated by 200% to 300%. Here my costs of RM100 would be inflated to (maybe) RM340 or even more. My gross profit is still RM40. In my books, RM200 is expensed out as something or to somewhere! This should not be allowed.

A good recent (past year or so) example is when a ministry buys some thing at RM250 when the retail price is only RM50!

All these irked me because I pay tax as well as zakat!

If BN/UMNO thinks that I am being petty, well I am because whatever I earn is taxed and misused blatantly! Blatantly misused for the benefit of a few at the expense of the majority!

It means little to them but a lot to me, the one vote that they would not get!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

Pengundi KT,

Mari kita kejutkan Pak Lah, KJ dan Wan Farid setelah semenjak 2004 mereka ini masih lagi tidak sedarkan diri.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Terima kasih buat Dari Minang Ke Borneo untuk penjelasan anda. Maaf dari saya jika keliru saya menjadikan yang lain turut keliru.

I am a businessman too and I am fimiliar (and prefer) the use of the word mark-up. Where else, for me, inflated contract price will give a whole different meaning.

Glad we are on the same principle, by the way.

Yes, it does infuriat me when items were supplied at ridiculous inflated price compared to the market price.

Ketua Audit Negara has expressed this kind of findings year after year and yet it still happens.

What makes it more sad is that those who went for tender with the "mark to market price" method was never awarded.

Their offer does not look attractive enough even though their pricing are far cheaper (and does not contain kickbacks, of course!).

And the worst thing is, these bad tender handling is more rampant even when the country was having deficit budget, year after year.

mad said...

joke of the day dalam blog datuk - Berita Harian: Peluang BN Cerah, hahahahahaha.....

keputusan prk kuala terengganu esok akan menjadi satu lagi bukti bahawa media perdana dan pemimpin umno tidak boleh dipercayai walaupun kenyataan terserlah dihadapan mata rakyat. banyak undian online dlm blog menunjukkan rakyat memilih Abdul Wahid Endut, misalnya dalam web malaysian insider beliau mendapat 90.9% undian manakala wan farid 6.8% undian saja. walaupun undian ini bukan dibuat oleh warga kuala terengganu namun ia jelas melihatkan sentimen rakyat, malah dalam web berita harian yg memang diketahui berat sebelah, undian tetap memihak kepada Abdul Wahid dengan peratus yg tinggi.

blog juga melaporkan kehadiran yg tinggi dalam ceramah pr sedangkan ceramah bn dihadiri segelintir umum sahaja.

bukankah sebelum pru12 dulu laman web pernah mentafsirkan kejatuhan beberapa buah negeri kepada pembangkang, manakala media perdana ketika itu galak mencanangkan kemenangan bn, namun akhirnya kita tahu juga keputusannya. tak hairanlah rakyat sekarang tidak lagi percaya pada media arus perdana, lebih2 lagi tv3 (suku)

Anonymous said...

Datuk AKj,

Saya merujuk kepada update 16 Jan 2009 (tajuk Akhbar Utama).

Atas dasar apa mereka melaporkan begitu?

Bagi saya, baik BN atau Pas, sama-sama mempunyai peluang yang cerah. Kejutan mungkin berlaku dan mungkin juga tiada kejutan.

Keputusan ditangan pengundi di Kuala Terengganu.

Mengundilah dengan bijak. Selamat Mengundi.

Salam
Rohaizat Zainal
Bandar Baru Bangi

Anonymous said...

Salam Dato,

Ramalan saya - PAS menang dengan majoriti antara 8000-10000 undi.

Overconfident? mungkin agak over tapi disebabkan oleh kempen najib sendiri yang over.

Ramai yang meluat, kerana terlalu over, sehingga nampak semuanya umpama lakonan. Juga disebabkan sifat melayu yang memberontak jika dipaksa2. Ramai kakitangan kerajaan akan undi protes kerana terasa diri dipaksa mengundi BN.

Saya baru berborak dengan salah seorang pemerhati SPR, dikatakan kertas undi tidak ada nombor siri - jadi mereka akan terasa bebas menyuarakan bantahan.

Panglima Perang Cyber said...

IRI juga turut menaja badan penyelidikan bebas yang dinamakan Merdeka Center, yang ditubuhkan pada 2001, berpejabat di Bandar Baru Bangi.

Selain mendapat tajaan IRI, badan itu juga turut ditaja oleh dua badan penaja lain iaitu The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF). The Asia Foundation yang selalu bermain di sebalik tabir, turut menyalurkan dana kepada Merdeka Center untuk membuat kajian menentukan kecenderungan pengundi muda Malaysia.



Pengarah Eksekutif Merdeka Center ialah Ibrahim Suffian.

Berdasarkan penajaan badan penyelidikan ini jelaslah, kesemua penaja itu merupakan penaja Anwar, sebab itu sering disebut Merdeka Center adalah badan penyelidikan di bawah seliaan Azmin Ali, Naib Presiden PKR.


http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/bagaimana-international-republican.html


Apa komen Dato ?

Anonymous said...

Datuk,

Saya sebenarnya tinggal di luar negara. Cuma baca berita-berita Malaysia melalui online saja.

Saya tidak pasti samada isu pemberian hak tanah kepada penghuni-penghuni kampung baru China dari sementara kepada kekal(999 tahun ) oleh kerajaan PR Perak dengan Menteri Besar dari PAS menjadi isu pilihanraya K. Trengganu.

DYMM Raja Nazrin Shah menyentuh isu ini beberapa hari lalu. Saya baca dari Utusan Malaysia. Star dan NST tidak siarkan. Kenapa agaknya.

Sebagai anak Perak saya harap pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira UMNO, PAS atau PKR supaya fikir panjang-panjang sebelum membuat keputusan yang boleh merugikan orang-orang Melayu. Janganlah "Menang sorak kampung tergadai".

Ironinya orang Melayu begitu mudah memberi tanah sedangkan ratusan ribu kalaupun tidak berjuta rakyat Palestin mati kerana tanah sejak 60tahun lalu.

Anonymous said...

Bro Sawit dan lain-lain,

Bukan politician je yang mintak komisyen, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pengarah, ketua pengarah pun 2 x 5 lah. sebelum buat deal, kena belanja main golf dulu, sponsor pegi overseas, sometimes tu ada yang mintak sponsor pegi Umrah!! itu yang pelik/sedih tu.

Ini belum termasuk keluarga sultan lagi. yang ni lagi teruk! kalau dapat projek pun, semua total-sub pada kontraktor. biasanya yang dapat kontraktor cina laa. iye laa, diorang banyak duit, boleh bayar 'earnest money' once dapat award letter sebagai main-con daripada company tengku-tengku nih.

dari pengamatan/pengalaman saya, pegawai-pegawai kerajaan ni yang lebih 'hebat' daripada orang politik. sebabnya, memang diorang punya bidang kerja pun, politician bertukar-ganti, kalau pegawai tak brief menteri pasal projek itu dan ini, adakah dia akan tahu? dah tentu tidak.

itu yang saya kekadang tu meluat betul, tapi nak buat camana? Sebab tu kerajaan kalau nak approve satu-satu benda, ambil masa berbulan-bulan, kekadang sampai bertahun-tahun. Pengarahnya asyik meeting! meeting sahaja kerjanya, bila buat kerja kita pun tertanya-tanya jugak. yang pegawai bawahan ni sentiasa ada je kat cafeteria kementerian, mana-mana pun sama.

bila kita rakyat kritik, diorang naik angin, mula lah nak mengadu kat Omar Osman Cuepacs. tapi, realitinya macam tu lah, diorang ni lupa yang rakyat ni lah yang membayar gaji diorang.

Anonymous said...

Salam Dato'
Melihat kepada perkembangan hingga saat akhir. Masih belum mendapat mesej yang jelas berkenaan mood pengundi. Namun jika dilihat pada corak semasa polotik negara, PAS mempunyai kelebihan. Faktor calon, ekonomi,pergolakan dalaman BN/UMNO dan perkembangan semasa dunia memihak kepada PAS. Tetapi harus diingat bahawa BN perlu menang PRK ini dengan apa cara sekali pun.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Tuan sawit futures trader dan Dari Borneo ke Minang serta pembahas yang lain.

Tipu gomen bukan saja dengan naikkan harga semata-mata. Turunkan harga sampai pembekal lain tak boleh lawan pun satu cara juga. Kalau kosnya RM50 dan menurut cara biasa harga ditawarkan RM70, ada pembekal berani masuk dengan harga kos. Cuma bila jabatan minta bekalkan 5000 unit bunting misalnya, dia cuma akan hantar 2000 unit. Siapa yang mahu kira bunting yang dipasang sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, janji Tol Sungai Besi dan Jalan Duta meriah, yang lain-lain tu lebih kurang pun bolehlah. Alangkan bunga telur yang sepatutnya 200 unit dihantar sebanyak 180 unit pun tak dikira, inikan pula yang beribu-ribu unit. Yang terlibat mungkin bukan kroni orang politik tapi lebih kepada kroni kaki tangan kerajaan.

Anonymous said...

Dato,

PR menang satu lagi kerusi Parlimen.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=384419

BR

crea8tive

Anonymous said...

Dato

Rakyat KT telah membuat keputusan. Mereka telah memilih Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS.

Kempen pilihanraya kali ini agak pelik. Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku - sebilangan rakyat dari pelbagai bangsa turun ke KT membantu kempen pihak pembangkang. Yang tidak dapat pergi memberi sumbangan kewangan kepada dana kempen pembangkang.

Baik melayu, cina, india dll nampak bersatu dan sama-sama bekerja untuk memenangkan PAS. Itu satu pertanda yang baik untuk rakyat dan negara.

Juga kita teruja melihat bagaimana DAP terutamanya begitu bersungguh-sungguh bekerja keras bagi meraih sokongan orang cina untuk memenangkan PAS.

Pada saya, pilihanraya kecil KT kali ini mencipta sejarah bagi rakyat yang selama 50 tahun dipisahkan oleh batas perkauman dan ugama.

bat8

Anonymous said...

Salam DKJ,

saya beranggapan kemerosotan UMNO bermula pada tahun 1999, dan pada 2004 keyakinan ralyat kembali kepada BN, dgn harapan yang tinggi terhadap PAK LAH, dan akhirnya bila mana PAK LAH yang diharapkan tidak memberikan apa yang dikehendaki rakyat, maka kemerosotan 1999 itu berulang

salam takzim

Anonymous said...

COPY TO PKJ


UMNO - Oh UMNO!
(dah pi sana dah - p mana? pi 6-9)

Posto! Posto!

BN kalah!
BN kalah!!
BN kalah!!!

Hidup PAS!
Hidup PAS!!
Hidup PAS!!!

Saya tidak percaya isunya
bukan pasal uang beruang
peribadi cocok tidak sombongnya

kita hanya gagal memaparkan
calun yang mesra rakyat
di senangi rakyat
di hormati rakyat
di yakini rakyat

itulah ceritanya si-farid
itulah ceritanya abdullah
itulah ceritanya najib
itulah ceritanya muhyiddin
itulah ceritanya
hishammuddin mukhriz dan khairy

itulah ceritanya orang ganu kite!
Piiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

dah menang dah pun..hehe!!

Unknown said...

Berita Hairan Sabtu 17 Januari 2009 Ms 5, kenyataan isteri TPM, Rosmah

"Saya meluangkan masa selama tiga jam belajar tafsir al-quran dan mendengar ceramah dirumah setiap khamis....."

Beribadat dengan tuhan tak payah lah nak heboh2 masuk paper...


kejutan telah diulang hari ini.

dan untuk lawak jenaka percuma, sila baca akhbar arus perdana (politik tanahair) 12 hari yang lepas.

ataspagar opinions said...

Dengan kemenangan ini, sekali lagi rakyat menunjukkan isyarat bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi. Sepanjang 10 hari ( tidak rasmi ia lebih lama daripada itu ) UMNO cuba memberitahu rakyat bahawa PAS tidak relevan, tidak mampu memberi kekayaan kepada rakyat, melaung Pakatan Rakyat adalah mimpi Anuar Ibrahim maka terpaksa akur dan menelan segala pahit dan maungnya pilihan rakyat ini. Sogokan kebendaan dan kekayaan (pembangunan) kepada semua lapisan masyarakat di Terengganu nampaknya tidak berhasil, malah menambah malu dan aibnya UMNO serta gerombolannya.
Seterusnya di ataspagar.com

Anonymous said...

ABIS TU MELAYU TAK PENTING UTK KEMENANGAN BN....

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

adalah amat mendukacitakan!!ada bunyi2 yg mengatakan KERAjaan menakut-nakutkan pengundi cina, kemenangan PAS hasil dari undi melayu bukan dari undi cina!!

fakta atau auta, lu fikirla sendiri:-
1. rosenah quote "....that your vote is not secret and the government will know if you voted for PAS or BN"
2. mamat said quote "...If you are nice to me, then I will be nice to you. If you are not nice to me, then I can be ten times more not nice to you"
3. kehadiran bilangan pulis seramai 10k bersamaan dgn populasi cina di kuala trengganu....1:1

harapan saya agar ini adalah karut dan hanya kata-kata pembangkang yg taksub dan suka mencari kesalahan KERAjaan shj!!!

HAMBA ALLAH

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).