A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SALAM EID MUBARAK kepada Muslimin dan Muslimat. Selamat bercuti kepada yang bukan Muslim.
Bermaaf-maafanlah kita. Selamat menjamu selera. Tetapi jangan berlebihan. Selamat memandu. Kelajuan berbahaya. Tetapi ketidaksopananlah yang sering meragut nyawa.
Khabarnya Seri Perdana akan dibuka semula kepada pengunjung pada Hari Raya tahun ini. Ia ditutup selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkannya.
Eloklah begitu. Setidak-tidaknya bolehlah rakyat jelata merasa, walaupun buat seketika, berada di rumah paling berkuasa di bumi Malaysia.
Bila kita sudah dewasa, apatah lagi sudah tua, raya tidak lagi sama. Tidak semeriah seperti ketika kanak-kanak dan remaja.
Yang tinggal hanya kenangan mengenai kegembiraan mendapat sepasang kasut kulit pertama menggantikan kasut Foong Kiong dan Bata. Melecur tumit dimakannya.
Menjelang tengah hari, kasut tidak lagi di kaki. Terpaksa dijinjing atau disangkut atas bahu. Habis kotor seluar dan baju.
Di kampung-kampung di Kedah pada tahun 1950an dan 1960an, jarang sangat orang berbaju Melayu. Orang dewasa lelaki berkain pelekat dan baju teluk belanga manakala wanita berbaju kurung, kebaya atau baju Kedah.
Kanak-kanak berseluar dan baju biasa. Itu pun bagi yang mampu. Kalau tidak, pakaian sekolahlah. Bezanya pakaian seragam itu akan dikanji keras dan diseterika dengan “side” yang tajam.
Duit raya kalau 10 sen sudah cukup hormat. Dua puluh atau 30 sen sudah macan kena loteri. Maklumlah penanam padi dan penoreh getah manalah ada duit.
Kalau boleh kumpul dua atau tiga ringgit dalam masa dua atau tiga hari sudah cukup hebat. Boleh joli.
(Joli ni kalau tak silap saya daripada perkataan Inggeris “jolly” yang bermaksud bergembira, tapi kita tukar jadi berbelanja besar atau boros. Memang kita pandai pinjam bahasa asing kemudian bagi maksud sendiri!)
Kita pun pergi pekan. Makan mi rebus di kedai Mamak 30 sen. Tambah sotong jadi 35 sen. Air sirap 10 sen, ais kacang 15 sen. Ais kepai 10 sen meleleh hingga ke siku.
Nak tengok wayang kena ke Pendang. Naik basikal lima kilometer atas batas ban. Panggung lama jenis terbuka jadi boleh tayang waktu malam saja. Hanya bilik tayangan (projection room) dan layar ada bumbung.
Dinding diperbuat daripada zing. Di keliling panggung banyak pokok. Ramai tengok percuma dengan panjat pokok.
Bila dibina panggung baru di dalam kebun getah, baru ada tayangan siang hari. Bila tayangan hendak dimulakan, lagu tema filem The Bridge Over River Kwai oleh David Lean dimainkan.
Dulu, hari-hari akhir Ramadanlah yang paling mencabar. Alang-alang iman pecah puasa sebab emak buat kuih buah hulu dan ketupat. Ayah bakar lemang.
Budak-budak sekarang dah jinak. Ramai yang dari kindergarten lagi sudah belajar berpuasa. Kita dulu kuat curi tulang dan puasa yang yuk, pagi-pagi buka periuk.
Balasannya budak-budak sekarang mewah, duit raya sampai berpuluh ringgit dan pakaian dua tiga pasang. Tetapi kita kena ingat masih ramai lagi orang kita yang miskin, melarat dan menderita.
Beberapa malam lalu saya pergi minum teh di Bangsar. Malu jadi orang Melayu dan Islam. Ramainya orang Melayu/Islam mengemis, meminta sedekah daripada orang Islam dan bukan Islam.
Apa dah jadi dengan Kementerian Kebajikan. Adakah lagi kementerian macam itu? Apa dah jadi dengan duit zakat dan Baitulmal?
Di Damansara pula, tak senang duduk diganggu pengemis dari Negeri Cina. Apa dah jadi dengan kita?
Menteri sibuk cakap fasal KPI. Tapi nampak sangat negara kita dah balik jadi negara Dunia Ketiga. Malu.
Akhir kalam, saya ucapkan salam Aid ul-fitr khas kepada pembahas, “followers” dan pembaca blog ini. Maaf zahir batin.
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
52 comments:
Datuk,
Perbetulkan kalau saya silap. Dulu yang saya ingat orang beraya dua tiga hari sahaja. Hari Raya Pertama, Hari Raya Kedua dan Hari Raya Ketiga. Setengahnya lepas hari Raya Pertama, terus puasa enam lepas itu Raya Puasa Enam.
Sekarang sampai sebulan masih ada rumah terbuka Hari Raya.
PakChak
terima kasaih datok
MEMORY REMAIND..
HUHUHU..AISKEPAI YANG MELELEH TU YANG TAK TAHAN TU...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
Hampir setahun menjadi pengikut maka ucapan Salam Aidilfitri untuk Dato' dan keluarga...
YBhg Dato'
Assalamualaikum. Saya mengucapkan selamat hari raya kepada Dato' serta keluarga dan sdr/sdri pembahas sekalian. Maaf zahir batin. Kalau saya diminta apa yang saya suka waktu ini. Saya suka melihat semua orang tidak kira dari parti politik mana boleh bergaul bebas seperti masa dahulu kala.Saya suka melihat dinding pemisah antara dua orang Islam diruntuhkan buat selama-lamanya.
Ya! marilah kita balik kepada semangat lama ia itu negara ini kita punya , kerajaan ini kerajaan kita , pemimpin negara orang kita , dan seterusnya. Ini bukan satu khayalan kerana ia berlaku pada masa dulu dimana kita suka melihat kejayaan di kongsi bersama mahu dalam bidang sukan , ekonomi dan sebagainya.
Tahniah kepada YAB DSMNTAR yang dengan membuka Sri Perdana kepada orang ramai telah membuka lembaran baru bahawa semua yang ada ini adalah kepunyaan kita bersama dimana adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya dengan baik.Tiada sebab mengapa kita perlu berbalah sesama kita. Allah telah menjanjikan jika kita bersyukur dengan nikmat Allah , Allah akan menambahnya lagi.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya
Datuk,
Selamat hariraya maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.
Salam
Kementerian Kebajikan? Menterinya mungkin asyik nak melawa sahaja sehingga tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya.
Kalau beliau ada masa sedikit menonton TV tentu tahu apa yang telah dilakukan pihak berkuasa Indonesia ke atas pengemis-pengemis dan kutu rayau di sana.
Kalau tunggu PRaya baharu hendak bertindak takut kalah sekali lagi.
Salam sahabat,
SELAMAT HARI RAYA ‘IDIL FITRI
Maafkanlah kat kawan kalau ada terlajak tulis, terpanjang tajuk, terumpat keji dari ujung rambut sampai ke kaki………….
Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada DAKJ dan semua pembaca blog ini semoga "jolly" bukan berjoli sakan(lost in translation kot).
kecelakaan jalan raya ini "bala Allah".
Sebut sahaja bala Allah pasti ada yang tidak kena pada amalan manusia.
Terutama sekali yang mengaku bahawa aku sudah beriman sedangkan belum diuji lagi.
Yang mengaku beriman, tetapi tidak patuh dengan perintah Allah. termasuk masih makan riba makan rasuah.
Yang paling pkok sekali bahawa kenderaan yang ada diatas jalanraya hari ini dibeli menggunakan kaedah riba.
Riba jelas disebut sebagai suatu amalan yang sangat terkutuk sepertimana firman Allah surah Baqarah ayat 275 yang bermaksud: "
1. Orang orang yang memakn (mengambil ) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasok syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan (syaitan)itu.
Yang demikian disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berjualbeli itu sama sahaja seperti riba.
2. Padahal Allah menghalalkan berjualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba.
3. Oleh itu aesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
4. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)maka mereka itu ahli neraka. Mereka kekal didalamnya"
Inilah punca datangya "bala Allah" yang timpa bertimpa sepertiman yang berlaku keatas pengguna jalan raya.
Bukan sahaja yang mengamal riba yang terbabit malah orang yang tidak mengambil riba juga turut mendapat kecelakaan itu.
Cuba bayangkan OPS sikap yang baru lalu sudah mencatat kematian 17 nyawa hari pertama, 13 nyawa ahari kedua 12 nyawa hari ketiga.
pendek kata tiap tiap hari nayawa pengguna jalanraya di negara kita memakan korban melebih mereka yang diserang HINI.
Tidak dinafikan lalai dan cuai semasa memandu punca kecekalaan.
Allah sebut orang makan riba berjalan huyung hayang. Kalau berjalan huyung hayang, Apa lagi ketika memandu.
Syarikat insuran body kereta turut mendapat bala kerana kerugian yang begitu besar, kerana terpaksa menanggung kereta kereta yang terbabit dengan kecelakaan raya.
Bayang jika sebuah kereta syarikat insuran kena bayar baikpulih kereta sebanyak RM 20,000 setiap buah.
Oleh itu jalan pintas untuk menyelamatkan syarikat syarikat ansuran body kerajaan setuju kadar insuran diniakan hingga 200 peratus keatas kereta lama.
Demikian lah bala yang didatangkan oleh Allah hasil manusia yang menangaku tidak patuh dengan perintah larangan.
Apabila untuk menentukan tarikh hari raya pihak kerajaan bukan main patuh dengan perintah Rasulullah SAW, kalau tak nampak anak bulan tidak boleh raya. Tapi pasal yang lain lain diterjah sahaja asal boleh senang dan dapat kumpul harta.
Datuk,
Semoga beroleh keampunan dan kerahmatan di pagi adilfitri..Salam Aidilfitri..
Salam Aidilfitri Datuk... balik Tanah Merah ka?
OO.. Baru saya tau kat Pendang ada panggung wayang. Dulu kami warga kampung-kampung disekitar Bukit Jenun akan menonton wayang pacak dipekan berkenaan. Ada yg memanggilnya panggung 'sri embun'.
Ada sekali malam raya ditayangkan cerita Laksamana Do Re Mi.
Abang saya dan kawan2nya akan berkonvoi naik gerek pi tengok.
La ni malam raya kt kampung pun tak brapa best... budak dgn org tua
dok main mercun bola... sakit tlinga...
Boring-boring pi Pendang tengok depa lelong kuih sambey pkena mihun sup. Cheh... kalaula boleh balik masa dulu...
Dato',
Selamat Hari Raya AidulFitri.
Pengemis perlu ditangkap dan ditempatkan dirumah-rumah kebajikan. Namun mereka sering melarikan diri kerana sebenarnya mereka mempunyai rumah dan harta yang lebih selesa hasil daripada mengemis. Saya pernah tengok sicapek dan sibuta berlari bila van Jabatan Kebajikan tiba. Saya juga kenal seorang peminta sedekah yang mempunyai dua isteri!
Bagi saya orang ramai perlu disedarkan untuk berhenti 'bersedekah' kepada mereka kerana mereka tidak layak menerima sedekah (bukan fakir atau miskin). Rasanya lebih 50% daripada mereka adalah 'ejen kutipan' bagi sendiket tertentu dan bakinya adalah hanya untuk mengambil kesempatan. Lebih memalukan sebahagian besar adalah Muslim!.
Bye/Roti Planta
tuan,
tahniah dan t kasih atas imbauan kembali, saya sempat dengan situasi itu. Alhamdulillah.
Dato', Selamat Hari Raya Aidil Fitri. I am your regular follower. I really like reading your articles. Bila nak balik Pendang?
Salam Dato'
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, thank you for sharing your thots with us.
Eddy Daud dan Keluarga
Salam sejahtera,
Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Justeru, saya memohon maaf di hari mulia kerana tersalah kata dan terkasar bahasa selama kita bertemu atau berkenalan di alam maya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Dzahir dan Batin.
- Yopman
sanasinigitugini.
Datuk,
Kenangan raya Datuk lebih kurang sama dengan saya. Saya rasa begitulah keadaan masyarakat Melayu sebelum merdeka atau baru merdeka secara amnya tanpa mengira negeri mana kita tinggal.Lagi pula Tanah Melayu bukannya besar sangat. Namun kita terasa perjalanan dari satu tempat ke satu tempat amat jauh sekali berpunca dari sistem perkhidmatan awam yang konservatif.
Begitulah orang-orang Melayu dan nasib orang-orang Melayu sebelum merdeka khususnya hinggalah akhir 60an. Miskin, hina dan dianggap seperti melukut ditepi gantang. Keadaan orang-orang Melayu ini jelas digambarkan di dalam beberapa filem P. Ramlee. Betapa nikmatnya kehidupan orang-orang Melayu dizaman ini.
Berkenaan dengan pengemis Cina saya rasa inilah akibat dari dasar kerajaan yang terlalu "kemaruk" duit pelancung disamping bermegah-megah mahu menjadi negara Asia Tenggara yang paling ramai menerima pelancung. Atas sikap kemaruk dan bermegah-megah ini (menteri ingin mendapat KPI yang cemerlang) maka kita membuka pintu sempadan kita seluas-luasnya tanpa had. Tanpa memikirkan samada yang datang atas tiket tourist itu pelacur, peminta sedekah atau penyeludup dadah dan penyeludup manusia. Akibat tidak berhati-hati ini Malaysia tersenarai sebagai sebuah negara penyeludup manusia "human trafficking". Pak Menteri marah bukan main. Nafi sana, nafi sini. Akhirnya terpaksa mengaku.
Ketika tinggal di Pulau Pinang dua tahun lalu saya sering bertemu dengan belia-belia China yang berpakaian macam pelajar-palajar kong fu Shaolin temple. Mereka merayau-merayau meminta sedekah (selindung disebalik derma) di sekitar Gurney Plaza dan Pesiaran Gurney. Mereka ini pasti datang atas tiket tourist atau pun pakar agama (seperti sami). Tapi kalau melihat wajah mereka (ada yang merokok pula tu) rasa-rasanya mereka ini masih terlalu mentah untuk menjadi sami. Kesian kita dan kerajaan tertipu lagi.
Begitu juga dengan kementerian Pelajaran. Pak Menteri mahu jadikan Malaysia sebuah negara "education excellence". Mahu sampai 50,000-100,000 pelajar asing. Lantaran itu berduyun-duyunlah para pelajar (kononnya) datang ke Malaysia. Dari Africa, China, Bangladesh, Pakistan, India, Indonesia dan berbagai-bagai lagi negara-negara miskin dunia ketiga. Tapi sebenarnya ramai yang tidak belajar. Berniaga bermacam-macam jenis perniagaan termasuk menjadi ahli sendikit dadah antarbangsa. Black money, tipu melalui internet (sudah berkali-kali menerima email tentang wang konon-kononnya peninggalan ahli keluarga yang beralamat dari Malaysia). Ada pula yang kerja di restoren dan berbagai lagi.
Tapi paling sedih sekali ada pula pihak-pihak tertentu di Malaysia (biasanya warga asing) yang terlibat dengan kelulusan imigresen palsu khususnya kelulusn visa pelajar. Marah kerana kita dipermain-mainkan. Malahan pihak kolej sendiri tidak berhati-hati. Pernahkah mereka perduli samada pelajar mereka datang belajar ataupun tidak.
Tidak hairanlah ramai pendatang haram mendakwa terlalu mudah mendapat visa ke Malaysia.Malahan kerana kemaruk duit tourist sekarang kita mengeluarkan "visa on arrival (VOA)" kepada berbagai negara termasuk yang satu ketika dulu terlalu sukar untuk mendapat visa ke Malaysia. Jelaslah VOA ini telah banyak memberi keburukan kepada Malaysia.
Pihak berkuasa pula nampaknya macam mati kutu tidak tahu apa nak buat dengan pendatang haram yang dengan terang-terang menampilkan diri tanpa perasaan takut.
Sedih kita ditipu kiri dan kanan.
Akhir sekali, Selamat Hari Raya maaf zahir dan Batin. Maaf kalau ada yang tersalah dan tersilap.
Raya di Sarawak tahun 60'an dan 70'an: Seminggu suntuk orang Melayu berkunjung-kunjungan dengan memakai baju Melayu bersamping. Berkunjung tidak kisah rumah kenalan atau tidak. Kaum-kaum lain juga ikut sama. Kalau ada kenduri, orang-orang tua tidak kurang turut berseronok; lelaki perempuan menari dan menyanyi irama Melayu Asli. Tapi bila tiba Gawai Dayak, kenalah reciprocate. Minuman tapai semacam sudah tidak dapat ditepis; kenalah dirasa walaupun setegak kerana tidak sopan ditolak.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Selamat Hari Raya Dato Sekeluarga. Memang masa kita kecil, Hari Raya sangat meriah. Bila dah meningkat umur ni, Ramadhan la yang paling seronok sekali. Anak-anak sekarang dah tak hairan dah raya ni sebab rata-rata diorang hidup senang. Yang mengemis tu kebanyakkan orang luar, menunjukkan betapa bertuahnya bumi M'sia ni, tapi kesian juga sebab kebanyakkan tak menghargainya. Inilah lumrah kehidupan, mesti ada yang berlawanan.
Kampung Boy.
Salam Dato'
Budaya baru menteri2 dan ketua2 kerajaan kita menagani permasalahan rakyat dsb ialah, Perdana Menteri kena korbankan masa turun padang dulu bersama2 krew stesen2 TV dan wartawan2 terbabit, menteri pengiring terbabit dan ketua jabatan pengirng terbabit untuk mendapatkan "first hand experiences", kemudian barulah tindakan pantas "follow up" diambil oleh menteri dan ketua jabatan pengiring terbabit masing2 yang diikuti dengan upucara turun padang kedua beberapa bulan kemudian yang menyaksikan permasalahan rakyat yang dianggap mustahil untuk diselesaikan sebelumnya menjadi tidak mustahil lagi, jika permasalahan rakyat kelas bawahan di Hentian Puduraya dijadikan iktibar dan contohnya!
Akhir kata, Selamat Hari Raya Dato' dan Keluarga dan semua rakan Pemablas.
thank you and the same to you.
Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Saya berasa artikel kali sangat menarik kerana Dato telah membawa kita semula ke zaman 60 and 70 an.
Memang amat berbeda zaman dahulu dan sekarang. Memori zaman dahulu kadangkala memberikan kita perspektif yang tertentu yang amat bernilai.
Saya rasa komen Dato' memang benar, banyak juga orang yang kehidupannya disiarkan di TV yang sangat dhaif dan miskin supaya dihulurkan bantuan.
Mengapa zakat tidak boleh digunakan? Persoalannya, badan pungutan zakat ditugaskan untuk memungut zakat, tetapi siapakah yang bertanggungjawap untuk memastikan zakat diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Aid Mubarak.
Mus_JB
AKUM DATO SELAMAT HARI RAYA SALAM IDUL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEKIRANYA DALAM PENULISAN YANG TIDAK PROFESIONAL ADA MENGGURIS HATI DATO SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARI DATO YANG DIKASIHI SEMOGA DATO DAN KELUARGA CERIA GEMBIRA DIHARI RAYA INI DOA SAYA SEMOGA DATO DIBERIKAN KESIHATAN JUGA KEBERKATAN HIDUP DALAM LINDUNGAN ALLAH JUA HENDAKNYA. KEPADA SEMUA PENGKIRITIK SAMA2LAH KITA BERMAAFAN DAN KITA AKAN TETAP MENJADI PENULIS KOMEN DATO DENGAN MINDA YANG TERBUKA AGAR KOMEN2 SEMUA YANG BERNAS. Saya ini orang susah dato semasa kecil pakaian emak biasa nya beli yang harga lelong dipasar isnin di pekan tanjung karang dalam awal tahun 70an itulah pakaian hari raya namun saya tetap syukur denga apa yang ada kerana faham emak dan ayah tidak mampu. Saya ini sekolah pun hanya setekat darjah itu pun sekolah agama sahaja namun syukur juga kerana ibu dan ayah tidak mampu. Pada 1976 selepas ayah meninggal sebulan sebelum puasa dipagi hari raya yang ke3 saya telah mengambil keputusan untuk berhizrah kebandar kerana ingin merubah kehidupan agar ya nya lebih baik. Namun kepiluan tetap ada kerana meninggalkan ibu dikampung dalam suasana hari raya tapi hati saya cukup kuat untuk berubah dan tidak mahu menjadi orang yang susah dikampung. Saya bertapak dijalan klang lama dan tinggal dengan kawan2 pada masa itu juga saya berusha mencari pekerjaan tapi gagal almaklum tidak punya kelulusan tapi saya tetap tabah hati. Akhir nya saya mendapat kerja sebagai operator pengeluaran dikilang plastik betapa gembira lalu saya kabarkan kepada ibu maka ibu sangatlah suka rupanya kalau tidak punya pelajran maka kerja saya setekat operator sahaja. Saya mengmbil keputusan untuk belajar sendiri mengambil peperiksaan SRP dan lulus selepas 2 tahun saya ambil SPM bial berjaya saya pun usha dengan kebolehan yang saya memohon kerja sebagai penyelia dikilang tayar dan diterima kerana saya boleh berbahasa inggeris itu kelbihan yang saya ada maka kenaikan dan kecemerlangan kerjaya saya begitu baik sehinggalah mencapai pendapatan tahunan dari Rm 25 ribu setahun kepada Rm 125 ribu setahun pada masa kini. Itualah kenangn hari raya saya dato pada tahun 76 yang tak dapat saya lupakan. wslm
Pada Datuk AKJ dan sekalian rakan pembaca "The Scribe" ini; sempena Syawal yang bakal menjelang tiba, saya mohon ampun dan maaf andai komen-komen saya ada menyinggung atau menyakiti perasaan anda semua.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan berhati-hatilah semasa memandu di jalanraya.
-sinbad-
dakj,
Selamat Harai Raya. Maaf Zahir batin to you and your family
Selamat Hari Raya to you Dato and your family, and to semua muslims in this forum. Selamat balik kampung and drive carefully on the road.
Windtalker
"Budak-budak sekarang dah jinak. Ramai yang dari kindergarten lagi sudah belajar berpuasa. Kita dulu kuat curi tulang dan puasa yang yuk, pagi-pagi buka periuk."
Betul tu. Contohnya anak buah saya yang mengaji tadika sejak dari hari pertama puasa sampailah ke hari ini tidak pernah tertinggal waima satu hari puasa sekalipun.
Kalau beliau dapat sempurnakan puasanya pada hari ini dan kebetulan pula besok adalah hari raya makanya beliau diiktiraf berjaya puasa penuh di bulan Ramadhan!
Tidakkah beliau layak direkodkan dalam mana-mana buku?
Antihipokrit
Salam Dato'
Hari raya adalah hari untuk bergembira. Namun, ada yang menemui kecelakaan beberapa hari sebelum ianya disambut.
Kecelakaan tidak akan berlaku tanpa mendapat keizinan Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Kecelakaan bolehlah dikaitkan dengan sikap negatif, kemungkaran dan kemaksiatan yang manusia lakukan.
Atas sebab itu saya bersetuju dengan pandangan Abdullah Ngah bahawa peningkatan kemalangan di jalan raya terutama di ambang satu Syawal ada kaitannya dengan riba.
Cumanya bagaimana beliau mahu mempastikannya ada kaitannya dengan isu riba? Dan satu lagi bagaimana AbdullahNgah mahu menafikan statistik kemalangan berkenaan tidak ada kaitannya denga lain-lain sebab seperti berikut:
1. Sikap hipokrit parti politik dalam menggunakan agama untuk keuntungan duniawi semata-mata.
2. Sikap sambil lewa dalam menangani isu arak dan gagal memenuhi janji politik yang dibuat dalam PRU yang berlalu.
3. Sikap berpecah (enggan bersatu) yang di dorong oleh semangat kiasu dan assobiyah yang diamalkan dalam kalangan parti politik.
Antihipokrit
;) :) :)
salam aidilfitri
maaf zahir dan batin
teringat dulu-dulu
raya pertama saja
raya kedua ngan ketiga untuk adik beradik yang tinggal jauh sahaja
Dato', (maaf)
Kepada antihipokrik, puasa adalah antara manusia dangan Allah. Malah dihisab terus oleh Allah. Jadi pasal anak buah puasa penuh tu tak payah nak masuk mana2 buku didunia ini. Kalau puasa pun nak nama, bukankah itu bermuka-muka?.... antihipokrik?
Bye/Roti Planta
SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU
PULAU PINANG PULAU MUTIARA
RAMADAN PERGI TERASA SAYU
SHAWAL DATANG TERASA GEMBIRA
PKR DENGAN PAS
PBB DENGAN UMNO
TEKASAQ TERLEPAS
MINTAK MAAP NO!
Dah gitu kaedahnya 'tuk..
Ngeluh je ke kita ni layaknya?
Neway..Salam Eid Mubarak
Minal ‘Aidin wal Faizin
Selamat Hari Gaya
Maaf Zahir Bathin
Taqobballahu minna waminkum
~ bais
Selamat Hari Raya, Dato.
Salam Dato'
Lagu raya yang menggamit nostalgia sampai sekarang adalah lagu Ahmad Jais, Walaupun dah berumur sekarang bila dengar lagu tu., teringat kembali suasana dulu-dulu.
selamat hari raya
Datuk.
maaf zahir batin.slemat beraya.
Selamat Hari Raya, Tok Scribe, Maaf zahir batin.
And thank you for helping me out with the legal fees when they tried to break me with their mighty suit in 2007.
Salam Dato,
SELAMAT HARI RAYA ! Tika ini lah kita dapat lihat bagaimana semangat raya itu melangkaui batas2 politik, baik Umno atau Pas, masing2 akan bersalaman mesra, perbalahan dimaafkan jauh sekali isu penyokong Umno tidak masuk syurga !
Semangat Raya inilah yang diperlukan untuk penyatuan orang Melayu. Bukan maksud saya untuk menyentuh politik semasa Raya tapi kenyataannya, kita orang Melayu benar2 bersatu, bersaudara dan amat bertoleransi tika Raya.
Kenapalah semangat yang sama tidak diamalkan sepanjang masa.....
Salam Dak
Izinkan,
Di hari yang mulia ini kami mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada Ybg. Datuk dan saudara bloggers yang beragama Islam.
Al Fatihah, Amin.
Apabila sebut sahaja hari raya sekarang teringat saya dengan ingatan Allah Al Quran yang bermaksud: jangan kamu jadi macam Yahudi.
Sambut hari raya aidilfitri atas nama kemenangan kerana berpuasa selama sebulan.
Tapi malangnya umat islam yang sambut hari raya dengan bermain mercun dan bungi api menyamai apa yang dilakukan oleh orang china ketika menyambut raya mereka.
Tengok pada gayanya orang islam sudah jadi macam Yahudi ketika menyambut satu syawal.
Sepatutnya kita menyambut dengan takbir berkumandang ke udara. Yang berkumandang ke udara bunyi mercun dan bunyi bunga api disana sini.
Seolah olah itulah sambut hari raya dahulu dan sekarang.
Allah minta supaya kita jangan jadi macam Yahudi yang kita sedia maklum bahawa nabi nabi yang diutusan dari bangsanya sendiri dibunuh.
Sekarang sudah ada orang Islam menghina nabi,Cara menyambut aidil fitri juga seolah olah menghina Nabi SAW.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SElamat Hari Raya Aid Ul Fitr Datuk Maaf Zahir Batin jika ada salah dan silap terkata bahasa tersedap cakap terjeling mata haha bukan jauh sangat pun. mai singgah umah kalau sudi sallam
salam untuk BONDA TOK DI KEDAH..
moga ALLAH memberi beliau tenaga dan kesihatan...
salam aidil fitri
Salam aidilfitri buat datuk dan keluarga...teruskan berblog untuk perpaduan ummah dan meningkatkan kualiti rakyat serta negara...
http://jutawanklik.com/?a_aid=1bbf46b0
Dear Dato.
Saya rasa hari raya tahun ini amat bermaana kerana satelah hampir lima tahun tidak dapat berhari raya di Sri Perdana,tiba2 DS Najib membuat keputusan untok mengadakannya di Sri Perdana.
Satu keputusan yang mengembirakan ramai raayat Malaysia.
Datuk AJK dan semua sahabat2 bloggers,
Salam Aidilfitri semoga negara kita ini kembali aman, makmur dan penuh dengan kesejahteraan di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.
BERSEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA, ALA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KETUPAT DIDAHULUKAN RENDANG DIUTAMAKAN.ISTERI DIDAHULUKAN TETAPI MADU-MADU DIUTAMAKAN
JAUH DI MATA DEKAT DI HATI.MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA UKHUWAH KEKAL BERPANJANGAN.DENGAN UCAPAN IKHLAS MENGGANTIKAN DIRI.
Assamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Datuk,
1. Semasa dalam tahun 60an dulu saya berhari raya di kawasan Bakar Bata, Alor Star, Kedah. Berhari Raya di Alor Star (apatah lagi di kawasan Kuarters Kerajaan) agak berbeza sedikit dengan di tempat Datuk di Pendang. Pengumuman Hari Raya di Kedah pada masa itu selalunya dibuat melalui mesjid2 atau surau2. Di bandar Alor Star kami berpandu kepada lampu gemerlapan yang dipasang di Mesjid Zahir. Jika dilihat pada waktu selepas berbuka puasa hari terakhir puasa lampu itu dinyalakan maka bermakna esok adalah Hari Raya.Ini diikuti pula oleh dentuman bunyi meriam oleh pasukan Polis DiRaja bagi menanda esok Raya. Begitu nsstalgia sekali.
2. Beberapa hari sebelum Hari Raya, seperi juga ditempat lain, emak saya sebuk membuat persediaan kuit raya seperti kuit samprit, makmur dll. Ketupat palas dimasak pada malam Raya.
3. Pada paginya, selepas sembahyang sunat Hari Raya di Mesjid Zahir kami memulakan pergerakan kutipan duit raya di sekitar kawasan kuarters kami di Bakar Bata. Ini termasuklah kunjungan ke rumah seorang Medical Officer terkenal iaitu Dr. Mahathir Mohamad (mantan PM kita) dan juga rumah DS Dr.Wan Azizah, isteri DS Anwar (beliau tinggal dengan bapa saudaranya, Pak Darus). Duit raya yang kami dapat kutip bukanlah banyak sangat, hanya antara 5 hingga 10 sen sahaja setiap rumah yang kami lawati. Bayangkanlah kalau 10 buah rumah baru mencecah tak sampai RM1.00. Habis banyak yang mampu saya dapat sehari hanyalah sekitar RM10 sahaja. Itupun sudah cukup banyak.
4. Dengan wang sebanyak itu sudah mewah untuk kami keluar jolly di bandar Alor Star. Selalunya kami pergi tonton wayang cerita Melayu di panggung REX. Ketua kumpulan kami ialah Mokhtar Tahir (saya rasa Datuk kenal dia kerana dia sebaya dengan Datuk dan pernah menuntut di Sekolah Saint Micheal sampai Form 5). Ini kerana dialah yang paling tua diantara kami. Pada hari itu kami juga barulah kami mampu makan mee goreng dengan telor berharga 50 sen dan ais kacang 10 sen dengan duit sendiri. Kami juga turut berhibur di Great World Park dikawasan pangung REX dengan berbagai jenis permainan hiburan dan "judi tikam". Di sebelah petang barulah kami pulang ke rumah.
5. Selalunya apabila sekolah dibuka saya masih mempunyai baki duit raya RM5/-6/- untuk berbelanja mewah dikantin sekolah.
6. Sambutan Hari Raya pada masa itu cukup menghiburkan. Saya tidak fikir anak2 kita akan menghargai dan dapat menghayati keadaan serupa ini sekarang.
Maaf Zahir dan Batin.
Dato,tentu tidak terlewat membuat catatan tambahan.
Amat senang dengan notalgia Hari Raya zaman kita dulu yang ditulis olih Dato tetapi amat hampa dan meluat sekali dengan komen komen "ilmiah"(ilmiahkah) dan berat sewaktu kita bersama relakkan minda setahun sekali bersama anak dan cucu.
Terlebeh dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Dao' sekeluarga.
Cerita pasal pengemis memang memalukan. Hampir kesemuanya bangsa Melayu. Apa dah jadi kepada Kementerian Kebajikan? Mengapa gejala mengemis ini masih berleluasa hingga tidak dikawal. Perkara ini memalukan masyarakat Melayu yang beragama Islam kononnya agama kita membela orang-orang daif, tapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya.
Contohnya kalau kita berkesempatan makan malam di warong-warong kita akan tentunya ketemu kumpulan pengemis-pengemis yang mengemis seolah-olah mereka ada "syndicate" berulang-alik hingga larut malam mengemis dari setiap meja makan hinggakan kita tidak selesa untuk menjamu selera makanan.
Memang tidak hairan kalau mereka yang mengemis mungkin pendapatan mereka menjejak ribuan ringgit sebulan !! Tak payah kerja, hanya berpaut kepada belas ikhsan orang ramai untuk menampong hidup mereka.
Adakah ini adil? Dalam agama tidak digalakan manusia meminta-minta!!
Apa usaha yang berkesan Kementerian Kebajikan telah buat selama ini?
There is NO excuse anymore !!! ZERO KPI for the Minister responsible. What is HER priority?
Haprak & HP6 !!
Dah 50 tahun Merdeka kita tidak sepatut melihat pengemis-pengemis berkeliaran di jalanan dan juga di masjid-masjid.
Di masjid-masjid sepatutnya jawatan-kuasa masjid melarang mereka yang mengemis didalam kawasan masjid. Saya rasa pengemis ini hanya menyamar. Ada syndicate yang mengambil kesempatan untuk memeras pengemis-pengemis ini untuk kepentingan mereka.
Salam Dato',
Selamat Hari Raya.
Sekadar nostalgia raya dulu-dulu di tempat saya.Sehari sebelum raya penuh sesak bas MARA dengan anak-anak gadis dan teruna entah dari mana pakat pergi kedai untuk karan rambut.Megahlah mereka kerana rambut supaya nampak macam sarang tebuan.Manakala pemuda-pemuda hanya karan rambut dibahagian hadapan untuk remos mereka nampak canggih.Pada hari raya pakat berkampung dalam panggung wayang Jitra Theater.Babak pertarungan paling diminati oleh peminat beremos karan.Paling lawak ialah tengah-tengah adegan bergaduh reel filem berhenti. Kena tunggu pula sebab reel sambungan berada di panggung yang lain - Panggung Tunjang.Tuan punya panggung sewa satu filem untuk dua panggung tayangannya serentak. Jimat kos tapi kerusi kena tukar baru bila penonton naik minyak jika reel sambungan lambat sampai.
saya hidup dah zaman 70-an,tapi sebab kampung saya ulu sikit(sebenarnya ulu banyak)makanya raya 70-an pun tak jauh beza dengan 50-an & 70-an..
bila baca @ imbas kenangan raya,rasanya seme orang akan terbuai kenangan lalu yang kelat-kelat pahit untuk dilalui tapi tersngat manis dan indah untuk dikenang....
mungkin itu juga sebabnya juadah raya dulu-dulu manis-manis belaka...ingatkah lagi betapa manisnya halwa betik yang berukir indah,halwa maskat yang kuning berkaca,dodol yang lemak berminyak,pulut kacau yang melekit bersakar,putu kacang yang bersembur dimulut,kuih bakar(bangkit)putih sesuci lebaran,agar-agar kering seindah pelangi dan air serbat selasih wangian pandan....tapi masa tu takdak plak yang kena kencing manis..
ketupat palas pulak buat bergantang2..mana ada rendang macam la ni,yang ada gulai daging @ ayam kampung.sedap lagi + dengan rebung @ pucuk jauha(pucuk juwaq).pehh,hanya yang melaluinya dapat menggambarkan.walaupun semangkuk cicah ramai-ramai,sikit pun tak rasa jijik,malahan itulah merapatkan lagi hubungan..
andainya masa dapat diundur....
shah anak mat sabah
Salam Datuk dan semua pembaca blog Datuk Kadir,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Batin.
era zaman kini
zaman skrg telah banyak berubah dari zaman kita dulu.Perubahan tersebut banyak bezanya terutama dari segi kemudahan hidup hari ini yang begitu canggih dan terkini.Tapi yang merisaukan saya ialah perubahan sikap insan-insan skrg ni yg telah berubah sikap dari sopan santun kepada agresif dari baik budi bahasa kepada liar dan jahat kelakuannya.entahlah kenapa jadi begitu?ada kah kerana kemajuan yang telah melanda ketika ini menyebabkan manusia jadi sewel dan x bertimbangrasa.
Post a Comment