Sunday, September 13, 2009

Samy Vellu, Benci dan Rindu Politik Malaysia

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENURUT The Star Online, presiden MIC S. Samy Vellu mengherdik para pengkritiknya. Kata presiden MIC itu, orang India tidak mengundi Barisan Nasional bukan kerana meluat (fed-up) dengan beliau, tetapi meluat dengan BN.

Baguslah kalau Samy Vellu mengaku secara terbuka bahawa orang India menyampah dengan BN. Itu permulaan yang positif jika BN berhasrat kembali menawan hati pengundi.

Tetapi untuk mengatakan orang India tidak meluat dengan Samy Vellu pun tidak betul juga.

Saya rasa ramai wartawan cukup kenal dengan Samy Vellu. Maklumlah dia sudah menjadi ketua MIC selama 30 tahun. Dialah antara pembesar BN yang “terpaksa” ditatang ibarat minyak panas yang penuh. Kalau tidak dia mesti melenting. Tapi hendak ambil hati dia pun mudah. Puji.

Banyak orang India yang meluat dengan Samy Vellu, macam orang Cina meluat dengan pembesar MCA dan Gerakan, dan orang Melayu dengan pembesar Umno.

PKR, DAP dan Pas mencatat prestasi baik dalam pilihan raya umum 2008 kerana ramai penyokong BN berpaling tadah akibat benci dengan tingkah-laku dan tindak-tanduk pembesar parti-parti BN.

Saya yakin pembesar PKR, DAP dan Pas mengakui hakikat ini. Sebab itulah sampai hari ini pun mereka masih belum berani untuk menubuhkan Pakatan Rakyat secara rasmi dan bertanding dengan satu simbol.

Mereka takut penyakit BN menjangkiti mereka. Jadi mereka lebih suka bersekedudukan daripada duduk di bawah satu bumbung secara rasmi.

Sebenarnya faktor benci, menyampah dan fed-up inilah yang menjadi punca orang Melayu tidak keluar mengundi, orang Melayu rosakkan undi dan orang Melayu pangkah calon Pas, PKR dan DAP.

Apatah lagilah orang bukan Melayu. Kalau orang Melayu benci Umno, orang bukan Melayu tentulah lebih kebenci kepada BN. Adalah hakikat bahawa pengundi bukan Melayu mirip memihak kepada yang kuat. Ini cara mereka menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai kaum-kaum kecil.

Setelah menang besar pada tahun 2004, Umno menjadi bongkak. Pemimpin Umno lupa diri. Umno, pentadbiran kerajaan dan media massa dilihat sebagai telah dilarikan (hijacked) oleh beberapa kerat saudara mara dan kawan taulan pembesar teratas parti.

Orang India dan Cina turut meluat dengan kepemimpinan parti mereka kerana dilihat bersekongkol dengan pentadbiran yang hanya manis di mulut, pandai membuat slogan dan hebat memutar-belitkan kandungan media massa yang mereka kuasai.

Akibatnya, BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kalah di enam buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Samy Vellu dan Koh Tsu Koon tewas dan perwakilan bukan Melayu dalam BN merosot dengan teruk.

Kalau para pembesar BN masih tidak mahu melihat ke dalam diri, masih berasa diri mereka tidak bersalah dan terus mengamalkan perangai bodoh sombong jangan salahkan ahli dan penyokong parti jika mereka terus ditolak.

Kekuatan PKR, DAP dan Pas hanyalah cerminan (reflection) kelemahan BN dan parti-parti gabungannya!

PKR, DAP dan Pas juga mempunyai masalah seperti kemelut dalaman parti, perbalahan dalam perkongsian kuasa, pembelotan oleh wakil rakyat dan berbagai bentuk skandal -- daripada tuduhan salah laku seks kepada gambar bogel, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pembabitan dalam kegiatan kongsi gelap.

Tidak salah kalau ahli MIC mahu Samy Vellu jadi presiden seumur hidup atau Samy Vellu mahu mati dalam jawatan. Tetapi menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri tidak akan membawa parti orang Tamil itu ke mana-mana.

Begitu juga dengan MCA yang semakin hangat krisis dalamannya. Perwakilan parti mungkin boleh menerima ketua yang terbabit dengan skandal seks. Tetapi untuk kembali cergas semula dalam politik pilihan raya adalah perkara lain.

Mungkin dalam hal ini, BN lebih baik daripada lawannya. Sekurang-kurangnya dalam BN, pembesar yang terbabit atau disyaki terbabit dengan skandal seks tidak diterima kembali untuk memimpin. Seks dan rasuah adalah racun dalam politik.

Kesimpulannya mudah saja. Pembesar BN boleh saling tuduh menuduh. Boleh cuci tangan. Boleh berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Malah mereka boleh berasa mereka kuat kerana banyak pegawai kerajaan, penggiat parti dan orang ramai menyambut mereka dengan meriah di majlis-majlis keramaian.

Mereka boleh berasa seronok dengan puji-pujian, sanjungan, anugerah, gelaran dan laporan media massa yang berjela-jela.

Tetapi kalau prestasi mereka tidak memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat jelata atau mereka masih dianggap sombong, bongkak, rasuah dan tidak mendengar nasihat, maka tunggulah pilihan raya akan datang. Tiga puluh enam bulan tidak lama.

Rahsianya bukan susah sangat. Tahun lalu, pengundi --termasuk ahli dan penyokong Umno – menolak BN kerana “benci” dengan tingkah laku segelintir pembesar Umno dan BN.

Kurangkan atau hapuskan faktor benci ini, harapan BN kembali disokong adalah cerah. Lebih baik kalau mereka boleh kembalikan rasa rindu.

PKR, DAP dan Pas sedar hal ini. Oleh sebab itulah mereka menjadikan kebencian terhadap kepemimpinan BN sebagai asas utama kempen mereka.

84 comments:

pakbelalang said...

Samy Vellu is still dreaming and in a state of denial.

Kalau kita pergi gunting rambut di kedai India dan berkesempatan berbual tentang politik , kita tentu akan kedengaran bagaimana bencinya orang India terhadap Samy Vellu.

Samy Vellu has overstayed his welcome. The Indians are just fed up with him. Don't be surprised there will be few more new political parties representing the Indian community until the next election. You can see how divided the Indians are politically.

The question now is MIC a liability to BN? Is it worth to maintain the partnership within BN if MIC is not contributing in strengthening the component party. I think Samy Vellu is an obstacle to win over the hearts and minds of the Indians to support BN.

So there is no doubt Samy got to go for good. The earlier the better for BN.

PARPUKARI said...

Salam dato. Memang kelas la artikel dato ni. Mohon izin utk copy artikel ini di blog saya! Terima kasih dato!

Brahim Nyior said...

salam buat Datuk KJ,

Saya setuju dengan pandangan Datuk. Sebenarnya, hakikat yang Samy perlu terima adalah, dia sudah menjadi liabiti kepada MIC dan BN.

Samy menyatakan ramai samseng yang dibawa masuk ke PWTC semasa perhimpunan Agung MIC semalam, tapi siapa dalangnya?

Samy, pada pandangan saya, perlu melepaskan jawatannya secara terhormat, sebab MIC sudah pun hancur sebelum dia melepaskannya.

Tidak perlulah dia beretorik memberi alasan itu dan ini.

Kata-kata Najib harus dia terima, biarpun pahit. Pemimpin yang popular dalam kalangan ahli tak semsetinya popular dalam kalangan rakyat terbanyak.

Soalnya, siapa nak nasihatkan Samy? Tun M pun dijerkahnya...

Dey, Samy, kasi lepaslah Presiden MIC.. Mau bawak masuk kubur kaa?

Quantum Metal Consultant said...

Gerakan mendahuli MIC dalam menyatakan pengundi atau rakyat benci dengan BN khususnya UMNO yang dianggap membuli atau membuat dasar kerajaan mengikut saluran UMNO tanpa perundingan yang teperinci dengan komponen lain.

Bagaimanapun Gerakan tidak bergerak ke mana pun walaupun mereka pernah ada ura ura untuk keluar malah Presidennya diberi jawatan Menteri.

PPP juga menyalahkan UMNO tapi masih melukut tepi gantang.

Dalam blog Tee Kiat, pelawat majoriti setuju MCA keluar barisan tetapi di anggap kajian akademik, sehingga sekarang MCA masih melekat dengan BN cuma Chua Ji Meng yang melompat ke pembangkang, itupun sebagai strategi 'tinjauan' oleh kaum Cina MCA selain kaum cina DAP yang sedia ada di sana.

MIC juga berhasrat, tetapi tolak campur, pemimpin mereka masih berfaedah di BN berbanding dengan Barisan Pembangkang malah MIC tidak akan dapat apa jawatan dan kepentingan dalam negeri Pembangkang.

UMNO dalam usaha melembutkan hati kawan terpaksa berkorban banyak perkara tetapi jauh dari cukup atau memuaskan hati komponen yang lain dan akhirnya makan diri, orang Melayu masih marah pada UMNO, pilihanraya kecil tidak menunjukkan kesan sangat positif untuk UMNo kecuali di Manek Urai.

Najib masih play safe seperti di era paklah dan berlanjutan hingga sekarang - atau sebenarnya dia buntu dan strategi yang ada semuanya tumpul dan serba tidak kena.

BN akan terus ujud seperti biasa tetapi UMNO sudah longgar cengkamannya dan ini tidak baik untuk Melayu tetapi ini tidak juga satu kelebihan kepada MIC atau MCA kerana DAP dan PKR memberi lebih 'offer' dan memberi muka kepada kaum India dan China di Barisan Pembangkang sedangkan Melayu di PKR dan PAS masih melepas.

Dalam keadaan ini, India berpecah kepada 8 hingga 10 kumpulan, Melayu berpecah kepada 3 kumpulan besar dan MCA berpecah kepada 3 kumpulan besar.
Percakaran UMNO, PAS dan PKR langsung tidak menguntungkan Melayu berbanding dengan kaum cina walaupun terbahagi 3 tetapi mereka tetap dengan satu tujuan.

UMNO sudah hilang kekuatan dan ketokohan dan yang terbaharu ia makin dicemari dengan tindakan Ketua Wanita UMNO, Sharizat menganjurkan majlis berbuka puasa mewah di KL Hilton untuk 1500 orang dengan nilai satu kepala antara RM150 ke RM200.

Kayanya Sharizat, kayanya pemimpin UMNO, kayanya Najib..

mr edz said...

yer.. saya setuju dengan tuan.. lihat sajala cara hidup pemimpin umno.. berlagak macam takkan mati.. ada sorang menteri tu sombong nak mampus tak sedor diri.. kalau bukan rakyat yang memilih dia masa pilihanraya takkannyer jadi menteri..

Unknown said...

Assalamualaikum ... Datuk
Petikan ...
Saya yakin pembesar PKR, DAP dan Pas mengakui hakikat ini. Sebab itulah sampai hari ini pun mereka masih belum berani untuk menubuhkan Pakatan Rakyat secara rasmi dan bertanding dengan satu simbol.

Yang ini saya kurang setuju.Tak tahu pula saya sudahkah diutarakan permohonan secara rasmi untuk bertanding atas satu lambang. Tapi pada saya wajar sangatlah bertanding atas satu lambang. Kalau bertanding atas tiga lambang pun boleh pukul BN dan bagi padan muka BN apatah lagi kalau bertanding atas satu lambang.

Samy tu perasan. Macam mana tak menang semua calon dia. awal-awal lagi dia campur tangan macam Mahathir juga. Budaya MIC ni samalah macam budaya UMNO. Tak habis-habis mengcengkap dan ugut ahli-ahli dan rakyat.

BN tu ibarat sebuah rumah. Kini bumbung rumah tu dah mula bocor. UMNO lah tu ibarat bumbung. Bila bocor lantai-lantai dah mula reput. Lantai-lantai ni ibarat MCA dan MIC. Jadi tunggu masa saja rumah dah nak roboh.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato'

1. Sememangnya kebanyakan pemimpin dalam BN masih lena. Masih kekal dengan tingkah laku lama, sombong dan ego. Saya rasa tidak perlu kita membuat analisa canggih untuk merumuskan bahawa mesej PRU12 ialah rakyat mahu kepimpinan BN sedar dan membuat perubahan drastik tentang cara pendekatan mereka. Rakyat bukan tidak sayangkan BN tapi mereka dah meluat cara kepimpinan dulu.

2. Tapi setelah hampir 2 tahun rakyat memberi mesej itu, nampak kepimpinan BN masih belum sedar. Masih bongkak,ego dan mereka yang dikenalpasti perasuah masih lagi dengan megah memimpin parti. Jadi bagaimana rakyat nak ubah pendirian mereka dan balik menyokong BN kalau keadaanya masih sama. Contoh yang nyata ialah DS Samy. Kerusi Presiden MIC itu seolah-olah telah melekat dipunggungnya dan menjadi mustahil untuk dipisahkan.

3. DS Samy begitu bongkak dan ego sehinggakan kini beliau mahukan pula pelapis kepimpinan MIC mengikut acuannya. Dia beranggapan orang India masih perlukannya. Telinganya masih pekak agaknya. Jika ditanya pengundi kaum India (yang bukan ahli mana2 parti)sudah tentu hampir kesemua akan menyatakan mereka dah meluat dengan DS Samy. Tapi mereka tidak boleh berbuat apa2 kerana perwakilan MIC sendiri telah dicucuk hidung mereka oleh DS Samy.

4. Dari keputusan pemilihan MIC yang baru selesai membuktikan kenyataan ini. Nampaknya pengundi kaum India akan terus berada pada status quo semasa PRU 12. Untuk kita harapkan DS Samy mengundur diri secra sukarela dari politik MIC dalam masa terdekat ini nampaknya agak mustahil. Ini kerana pertamanya dengan perwakilan memilih calon pilihannya dalam pemilihan MIC itu akan menjadikan beliau lebih bongkak lagi. Dan yang keduanya, beliau tidak mahu mengaku bahawa kekalahan teruk MIC dalam PRU 12 disebabkan kaum India meluat padanya tapi sebaliknya menuduh mereka meluat kepada BN.(Jika ini tanggapannya, agaknya jika beliau bertanding atas tiket Bebas di kawasan Karpal Singh sudah tentu dia akan menang besar??). Oleh itu tidak hairanlah selepas ini pengundi kaum India akan terus meninggalkan BN dalam PRU 13 nanti.

5. Jadi, jika kepimpinan MIC masih sayangkan parti mereka dan ingin mencapai KPI yang ditetapkan oleh DS Najib kepada MIC supaya menarik balik sokongan kaum India kepada MIC maka mereka hendaklah memulakan suatu gerakan untuk mengubah senario dan hirarki dalam kepimpinan baru MIC ini mulai sekarang. Caranya,"Aya Fikirlah Sendiri".

Semerah Padi said...

Datuk,

Secara persendirian, saya masih merasakan bahawa kerajaan pimpinan DS Najib ini masih tidak memperdulikan "rintihan orang Melayu". Tindakan beliau yang bagi saya, agak merbahaya, dengan menghapuskan sedikit demi sedikit dasar-dasar dahulunys yang dibuat untuk "membela" orang Melayu dan Bumiputera. Dasar baru setakat ini bagi saya hanya merupakan suatu janji-janji manis yang masih belum tentu membuahkan hasil. Apa kata kalau rancangan-rancangan beliau gagal tanpa diduga? Bak yang dikejar tak dapat, yang dikendong telah dibuang dahulu (bukan berciciran)

Yang jelas bagi saya, kerajaan masih belum lagi sedar diri dengan sikap terlampau "apologetic"nya terhadap "kaum-kaum lain", yakni kaum yang kelima disebut dibawah Perlembagaan (Orang Asli, Melayu, Bumi Sabah, Bumi Sarawak dan kaum-kaum lain)

Saya orang Melayu, terasa merajuk sangat dewasa ini. Sebenarnya, saya berharapkan tertubuhnya sebuah parti politik baru untuk benar-benar membela nasib orang Melayu dan Bumiputera. Sudah agak puas saya menunggu, tapi UMNO masih lagi tidak mahu berubah. Buat masa ini, saya lebih kepada membuang undi rosak atau tidak langsung menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi.

"Malaysia ku Raya"

Semerah Padi

Anonymous said...

Salam...

Sesungguhnya pendapat Dato' itu adalah benar dan tepat kepada mereka yang melakukan perkara-perkara semberono itu.

Menyalahkan pihak yang mengkritik dirinya samalah halnya dengan seekor merak dihina oleh seekor bangau-bulu gah nan cantik tetapi tidak boleh terbang.

Saya juga salah seorang pemuda yang 'terpaksa' mengikut trend memulaukan BN walaupun sedari kecil telah diasuh oleh bapa (seorang yang pernah hidup di zaman sebelum merdeka)saya untuk mempunyai jatidiri untuk menyokong BN selamanya.

Hal ini kerana kejahilan dan kebobrokan pembesar BN peringkat parlimen saya yang tiba-tiba menjadi lupa diri laksana kera mendapat bunga.

Bukan kerana kecewa tidak mendapat sebarang keistimewaan tetapi kerana pembesar BN memang mudah lupa asas perjuangan yang sebenarnya.

Mereka yang 'super duper' senior pun tidak tahu menghayati perjuangan apatah lagi yang muda seperti saya yang sememangnya mudah melatah?

-keciwa-

Roti Planta said...

Dato',

Dulu rakyat menolak perompak (pak2 menteri) dan pencuri (ketua2 bahagian). Nampaknya memimpin PR yang mereka pilih sudah pandai mencuri, jadi tidak mustahil juga akan ditolak oleh rakyat. Bila rakyat sudah bosan maka lebih baik kembali kepada Monarki!

Minggu ini MIC tidak mahu berubah, kita tengok pula MCA hujung bulan. Jika semua tidak mahu berubah maka jangan harap nakkan rakyat berubah kembali mengundi BN.

Walaupun Tun Mahathir dan DS Najib dah bagi nasihat tetapi perwakilan MIC lebih berhak dan masih menganggap Samy pilihan Samy adalah 'pilihan tuhan'. Pilihan Samy menang besar dan Samy akan terus ditahta sekurang2 sehingga 2012. Bila 2011 nanti Samy akan berkata "perjuangan saya untuk masyarakat India belum selesai".

Saya rasa apabila Samy meninggala, masyarakat Tamil MIC akan mendirikan satu kuil untuk dia!

Dato, apa akan jadi jika Resolusi kumpulan Soo Lek (pecat Presiden diterima) dan Resolusi Kumpulan Ka Ting (pecat timbalan presiden)juga diterima oleh perwakilan MCA? Perompak dan Penggiat Seks turun maka barulah MCA boleh mula berubah. Perwakilan MCA perlu mengorbankan Presiden dan Timbalan sebagaimana Mantan Presiden dan Timbalan mereka berkoban suatu masa dahulu.

Jika tidak maka rakyat akan mengorbankan serentak UMNO, MCA dan MIC pada PRU nanti

Bye/Roti Planta

abdullahngah said...

saya pernah dengar kata kata yang berbunyi: selagi kita ada duit selagi itu kita menang dan memerintah.

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa rasuah yang menjadi amalan kerajaam dan pemimpin tidak dapat dihapuskan.

Untuk menang dalam mana mana pilihanraya baik pilihanraya kecil mau pun umum, wang menjadi perhitungan.

Ini juga membuat para pemimpin UMNO sombong dan angkuh punca rakyat benci dan marah.

Marah rakyat ada ubatnya iaitu duit yang diperoleh melalui jual tender kepada para kontraktor.

Duit jugalah membuat para pemimpin UMNO lupa daratan.

Benarlah kata kata dapat satu lembah mau satu lembah lagi dan seterusnya sehingga tanah masuk dalam mulut baru terhenti.

Saya masih belum lupa dengan kata kata yang berbunyi: kalau mahu menang pilihanraya carilah duit.

Oleh itu macam nama hendak hapus rasuah. Sudah tentu sampai kiamatlah nampak gayanya.

Apabila ada kata tak masuk syurga marah, termasuk ulama kerajaan yang turun marah konon salah tu.

Allah yang kata bukan manusia yang kata. Allah buat manusia dia buat peraturan bagaimana mahu masuk syurga dan masuk neraka.

Kalau ada orang Yahudi dan kafir musyrikin Mekkah masuk syuarga, tidak mustahil orang Islam juga tak masuk syurga.

Kalau faham ini mungkin feel para pemimpin UMNO/BN akan berubah. Orang India dan china juga boleh masuk.

Ini yang patut kita benci dan rindu.

Anonymous said...

Macam mana nak hilangkan kebencian tu Dato' sedap tulis sahaja serupa lah cakap tak serupa bikin sama macam pemimpin UMNO.
Hanya dua cara sahaja yang bolih merubah UMNO... tukar pemimpin yang ada atau Najib terpaksa akur kalau dia sayang kan negara bahawa he is a no go as leader in this country. Yang kedua, biarkan UMNO/BN kalah sebagai satu pengajaran kepada UMNO/BN yang setakat ini masih angkoh dan bongkak.
Dato' can you imagine Samy Vellu can instead blame others and I bet you Najib will do nothing and Samy knows that. So, ini bukan benci dan rindu Politik Malaysia tetapi benci terus benci dengan pemimpin UBN Malaysia. So Samy will smile and say " winner, winner chicken dinner!!!" Pm will forever look confuse and keep giving excuses before the greatest fall of the century and will be history.Melayu PD82.

mtgbertam said...

Datuk,

Percubaan yg baik untuk menampal kapal yang hampir karam. Datuk masih tak mahu faham atau saja tak mahu faham pun tak pasti, tapi ini bukan kes kapal bocor. Kes UMNO/BN ialah kes besar, daripada nakhoda sampai ke juak2 bawahan semua hilang arah tujuan. Datuk di atas, mungkin hanya agak2 masalah kapal ialah bocor, walhal kapal sudah hampir karam.

p/s- saya tunggu karam singh walia ulas bila kapal BN karam.

A KADIR JASIN said...

Sdr House PK,

Terima kasih.

Saudara boleh membuat link kepada blog saya atau boleh cut and paste. Tapi kalau cut and paste itu tolonglah beri kredit kepada blog saya.

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Dato' telah memberi gambaran bahawa dewasa ini semuanya nampak tak kena dengan BN. Jika ini berlarutan maka BN akan mengalami kekalahan pada pilihan raya umum akan datang.Eloklah saya rasa semua yang berkenaan mengambil cuti seminggu untuk memikirkan apa sebenarnya telah berlaku yang menjadikan perkara begini kusut.

Sebenarnya ramai yang berada dalam keadaan "shocked" bagaimana keadaan ini boleh berlaku memandangkan BN meraih kejayaan yang begitu besar pada pilihan raya 2004.Pada saya puncanya adalah terdapat pemimpin yang tidak berhati-hati apabila membuat kenyataan.Mereka lupa BN telah kalah kepada PBS disuatu ketika apabila PBS minta rakyat untuk mengurangkan (bukan mengalahkan)wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.Hasilnya BN telah kalah.

Ini berlaku pada pilihan raya 2008 apabila pemimpin BN sendiri minta supaya dikurangkan majoriti BN di parlimen.

Apa yang berlaku tidak diduga oleh semua orang baik BN mahupun PR dimana bukan sahaja BN kehilangan majoriti 2/3 diparlimen tetapi juga beberapa buah negeri.Ianya bukan penolakan rakyat secara "total " tetapi disebabkan kehilangan beberapa kursi sahaja bagi BN untuk terus menubuhkan kerajaan.

Tindakan yang sepatutnya diambil oleh BN selepas kekalahan tersebut adalah berbincang dari ke hati bagaimana untuk memperkukuhkan kedudukan dan memenangi kembali hati rakyat. Malangnya ini tidak dilakukan dan masa dihabiskan menonjolkan ketidak cekapan PR. Keadaan menjadi lebih panik apabila BN kalah hampir kesemua pilihan raya kecil yang telah diadakan.

Untuk pulih kembali pemimpin dan ahli BN perlu bersatu semula dan menunjukkan setiakawan yang kukuh dan tidak menuduh satu sama lain sebagai penyebab kekalahan BN.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

FataMorgana said...

"Setelah menang besar pada tahun 2004, Umno menjadi bongkak. Pemimpin Umno lupa diri. Umno, pentadbiran kerajaan dan media massa dilihat sebagai telah dilarikan (hijacked) oleh beberapa kerat saudara mara dan kawan taulan pembesar teratas parti."

~ salam,
merujuk kenyataan encik di atas, boleh encik berikan penerangan lanjut? saya berminat untk mengetahui.

-fatinsolleh.foundationinlaw.uitm

rajawali said...

Samy sudah mahu menjadi sami kuil.sami kuil akan bertugas sepanjag hayat d kuil untuk penganut hindu.Kali ini dia janji akan undur bila ada sami baru yang layak akan mengganti tempatnya.sekarag sami nival suda menang pa tunggu lagi..undur la.mungkinkah sami br yang dilantik mampu membawa angin perubahan kepada MIC?
kita tunggu saja la.
sekarang pemimin BN pun main tembak-tembak kawan dah.Pa kata PM,mantan PM,sami india(MIC)dan sami cina(MCA).semua pun menjadi tanda tanya politik ulasan/ucapan mereka.sekarag da jadi lagu bangau oh bangau!semua pun orang lain yang salah.
semoga hari raya ini akan mengeratkan semula hubungan antara mereka..Ujian pertama BN dalam krisis BN kini adalah BAGAN PINANG.

ab said...

Salam Dato,

Hipotesis saya ialah UMNO,MCA DAN MIC DAH JADI LIABILITY KEPADA BN!.

CONTOH terbaru TSISAMAD masih nak jadi CALUN PRK yang akan datang ni....KALAU DITERIMA CALUN INI SAYA FIKIR RAMAI LAGI KAKI RASUAH UMNO,MICdan MCA AKAN nak jadi calun pilihanraya akan datang...

Ingat laa rasul dan nabi pun ada giliran, ini kan pula perasuah-perasuah yang masih diluar penjara ni masih lagi lagi bernafsu besar.

KALAU PM DAN TPM ikut BN akan jadi DN...

TUAN-TUAN, masa tuan-tuan sudah berlalu,masa tuan-tuan GAH sudah berlalu,berehat laa.TIDAK jadi wakil rakyat tak bermakna tuan-tuan tidak dapat membina masyarakat, kalau tuan-tuan jujur..

INI KES INDONESIA NAK GANYANG MALAYSIA pun duk senyap....KEMANA AGAKNYA MENTERI PELANCUNGAN DAN KEMENTERIAN PELANCUNGAN,MENTERI PENERANGAN, KEMENTERIAN PENERANGAN, DAN KEMENTERIAN MULTIMEDIA.....semua dok senyap, tak ada ka yang tenguk video promotion sebelum disyiarkan? ..SEMUANYA TAK tenguk?susah nak dipercayai,TETAPI ITU LA kenyataanya.


Abu Bakar Ab Rahman

Mista Blogga said...

Assalamualaikum Dato'..


1. Yes. Samy Vellu returned unopposed as the President of MIC for another term in office.

2. He is indeed very popular among the MIC delegates and members.

3. But, is he among the general Indian public?

4. I think the 12th General Elections last year gave a very clear indication that he is no longer relevant and well-liked. The Indian community abandoned BN in large numbers last year in reaction to what they see as the MIC inability to fight for their gains politically and also, more importantly, socially.

5. That is why the speech by Najib Razak during the opening of the MIC general assembly this morning should be dedicated to Samy Vellu.

6. Najib emphasised that MIC and its leaders should be popular with voters and not just party members. He set a target - a KPI (key performance index) to be exact - for the party to win back the Indian community for Barisan Nasional.

7. A wishful thinking?

8. I believe so. How can MIC win back the backing of the Indian community when they have lost their trust in MIC, particularly in Mr. President? When Mr. President is only popular among the party members, but not among the general Indian public?

9. A short visit to the streets will reveal the level of popularity that he has.

10. A leader who has lost their touch and 'usefulness' should step down and give way to others to lead.

11. His term will end in 2012, after which he said he would step down. During that time, we are all preparing to face new general elections. Meanwhile, will he be able to mend all broken 'roads and bridges' that lead the Indian community to BN?

12. Well, only time will tell.

13. Nevertheless, congratulations to MIC members on their oh-not-so-new President. Perhaps, this what they really want.

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya masih ingat lebih dari sepuluh tahun lepas, Dato' ada menulis di NST tentang bahaya jika para pemimpin bongkak dan hidung tinggi selepas menang besar pilihanraya pada zaman TDM. You were alone that time in verbalising your worry. Until today, after reading your Other Thots, I can still remember thinking: "What's going on here?" At that time the country was still in a celebrating mood after the landslide victory.

Selepas kemenangan yang very decisive itu sememangnya terdapat segelintir pemimpin-pemimpin BN yang mengaut untung dari pelbagai projek yang kerap di ada-adakan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan negara. Mereka (dan/atau isteri dan anak-anak) juga bergelumang dengan pelbagai skandal peribadi dan tidak ada langsung rasa malu menunjuk-nunjuk kekayaan mereka di mana umum boleh mempertikaikan punca kewangan.

When they were riding high, saya kira mereka buat-buat lupa bahawa apabila tiba musim memangkah undi, mereka yang amat memerlukan rakyat lebih dari rakyat memerlukan mereka iaitu bagi calon-calon yang dikenali sebagai pengamal rasuah, suka berjanji palsu, menipu dan tidak ada rasa ingin memajukan rakyat di kawasan mereka.

Pada saya, parti atau calon mana yang bakal saya undi bergantung kepada perlakuan profesional dan peribadi mereka. Saya juga mengambil kira parti rakan kongsi calon-calon di kawasan saya.

Jika BN masih ingin menambat hati mereka yang menolak BN pada pilihanraya lepas disebabkan kedayusan pucuk kepemimpinan Pak Lah, maka BN mestilah bekerja keras dalam menangani segala kelemahan yang menjadi punca kekalahan mereka dahulu. Mereka perlu bijak dalam membezakan mana satu skirmish dan mana satu battle kerana tujuannya ialah untuk memenangi The War in 2013. No more shooting off at the mouth and in the foot because who wants to install bumbling fools who are too lazy to do their homework as their leaders.

Tapi apa yang saya bimbangkan adalah tiada pilihan calon-calon yang datang dari parti yang berkeyakinan tinggi, benar-benar bijak dan matang dalam menangani masalah negara, berpandangan jauh dan cinta dan setia kepada negara.

Melati

rocky said...

samy is syok sendiri. he blames everyone except himself. actuall when we see him, menyampah betul.

anyway this is the end of MIC. They had a chance to change which all new including najib and the rakyat. yet they stick to Samy who has led the party to no where. Samy blames everyone but himself. he does not get it that most Malaysian outside of MIC members do not like him.he thinks he is indispensable and will stay on till 2015.

Even najib’s hints was not received by majority. Indians are better off with a multiracial party. Indians just ask Samy to chart his wealth and Indian wealth on a graph. Indian wealth in Malaysia has drop or is stagnant. samy’s?

samy and MIC can continue syok sendiri but the winner is PR. Indians are better of with a multiracial party then one like MIC.

Dr.Sanusi J. said...

Dato Kadir.

You as a veteran political analyst miss one point.BN lost five states and lost two third majority not because people feedup with BN but suddenly they realise they can change the govertment if they want by voting the opposation.

A lot of young voters and new voters are colour blind.They just want a change.Now after they taste the blood,they want the meat.BN leader still dont understang this.

Najib come up with ONE Malaysia.They say that what Pakatan Raayat are fighting for.You are copying our idea.One Malaysia under Pakatan Raayat are more effective than under BN.Under Pakatan nobody control anybody.Under One Malaysia BN,We have to bow to the Malays as our master.Which is batter.

I dont think within next 36 month,Najib goverment can do much to change the trend.Tengku Razaligh said"dissolve Perak Assembly,I would rather lose Perak than lose the Federal Govertment"

Najib.I think you should stop listing to Tun Daim advice.He is only interested in making money.Go and see Lee Kuan yew,he has batter idea how to handle the opposition.He also equally worry that PAS govertment going to be next to him by 2013.

uton-51 said...

Dato,

Nampaknya terlalu ramai pemimpin isi bakul angkat sendiri. Seakan-akan semua yang mereka buat itu betul dan disukai rakyat. Sebenarnya semua yang mereka buat itu hanya dapat diketahui berkesan, disukai atau tidak hanyalah melalui PRU.

UTON-51

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,
Memang tepat bila datuk kata orang melayu menyampah nak pi mengundi.

Malu saya nak mengaku pasai la ni dah umoq 44 tapi sekali pun tak pernah pi pangkah sapa sapa.

Baru ni masa matang pasiaq saya terbuka hati nak balik pi undi walau dok cari rezeki tempat jauh,tup tup calon pulak haprak!

Masa zaman ketua pembangkang dalam
BN dulu pun saya tak bekenan nak pangkah dia pada hai bukan takat sekolah rendah,sekolah menengah pun sama.lagi mudah nak jadi kroni.

Hai,bila la saya tebukak hati nak pi mengundi.Kalu yang macam dok ada,sampai mati la tak kot!

Kita mungkin ok pasai tak bergantung pada siapa saja yang memerintah untuk cari makan. cuma kesian kat anak cucu esok hari, pasai depa tak akan dapat peluang macam kita.

Masa awai 80'an,dalam kerajaan bagi
mudah orang kita pi belajaq serata
dunia,kita 10 orang,depa 100 orang
pi.Tu pun dok kata takda peluang.

SUSAH CUCU CICIT KITA TOK!PAGAQ DAH MAKAN PADI

FED-UP IS AN UNDERSTATEMENT

Paksooyon said...

Dato'

It's a pity that you persist to lightly touch in several issues and lump them into a non-committal base, hoping the follow-up posts take their own course.

While seemingly, putting BN at the end of your whippings, you try to drag PR into the picture painting it (PR) not possess celebral coloumn of its own, but relaying on BN poor performance to shine itself.

Dato seem to forget that at least 2 of 3 components of PR has grown from strength to strength since two decades ago. While on its own PAS has manages to secure Kelantan since 1990. Though not able to secure any state, DAP has gain respectable momentum until securing Penang last year. Of Course with assistence of PKR.

Ironaically, these 2 parties (PAS & DAP) had been wrongly labelled as communal when in fact they are not. UMNO has not given up futile attempt to label PAS as Muslim Extremists and DAP as Chinese chauvanists. The very existence of PKR has proven succesful in eradating the extremist label painted to PAS and DAP.
UMNO is still desperately trying very hard and lately had resorted to labelling DSAI as traitor to Malays because the compromising unwritten pact existed within the PR circles.

UMNO, MCA, MIC ARE ALL COMMUNAL PARTIES, MIND YOU.

Dato should go deeper when discussing the above. Not just make some wild guessess as to what tranpires within PR or BN. BN is in fact dying a natural death. The major components namely UMNO, MCA, MIC and Gerakan are having seroius internal injuries. Dr M has rightfully pointed out when commenting the loss of LDP in Japan. If other than DR M, you Dato' and other UMNO fanatics would have shouted back.

Dato',

No one is in-dispensable. So is UMNO or BN.

Jelapang Padi Kedahku Yang Indah said...

Kadir,

Baik kamu betulkan tulisan kamu yang mengatakan MIC itu 'parti orang Tamil'. Itu salah. Parti itu ada ramai orang dari keturunan Sikh dan sebagainya. Misalnya Bendahari parti MIC ialah Jaspal Singh, seorang India yang berketurunan Sikh.

Tulis betul-betul, Kadir.

mack said...

AKUM DATO SEMOGA SIHAT DAN DALAM KESEJAHTERAAN DIBAWAH LINDUNGAN ALLA SWTA. Saya setuju sangat artikel dato berkenaan MIC dan BN. Apalah nak dikata lagi sememang tabiat para pemimpin BN sama ada UMNO atau MIC. MCA. PESAKA BUMIPUTERA. perangai nya hampir sama sahaja sebenar nya rakyat menunggu perubahan secara menyeluruh tetapi harapan tinggal harapan semua mengeceawakan. Lihat kesombongan dan ego masih menyelubungi kotak pemikiran tanpa kisah bahawa kumpulan parti BN sedang diperhati oleh rakyat untuk ditendang keluar dari arena politik malaysia. Saya berharap sangat para pemimpin UMNO berjuang jangan berdasarkan kaum melayu sahaja begitu juga rakan2 mereka kerana perkara ini sudah tidak disukai oleh pengundi pelbagai kaum lebih2 lagi golongan muda yang sentiasa memerhatikan gerak geri mereka. Dalam PRU13 pengundi melayu pecah kepada 3 golongan NASIONALIS akan tetap memilih BN/UMNO sederhana akan memilih PR/PKR/PAS/DAP inilah yang terjadi kepada senario politik malaysia. Jika kawasan parlimen itu mempunyai peratus pengundi melayu dibawah 60% peratus BN/UMNO dan rakan2 nya akan tewas. Mungkin BN/UMNO akan menang dikawasan mealyu tulin di johor melaka dan pahang akan tewas disebelah selangor N9 perak kedah pulau pinang perlis terangganu dan kelantan. BN/UMNO akan kekal disarawak sabah tetapi DAP akan memenangi kerusi dikawasan pengundi cina dikedua-dua negeri tersebut. Pada pendapat saya jika umno masih egonya macam sekarang inilah keputusan yang akan dibuat oleh rakyat.PKR 65 kerusi DAP 55 kerusi PAS 35 kerusi hakikat ini kena terima kalau tidak mahu berubah fikirlah sendiri BN/UMNO dan rakan2. SEKIAN DATO WSLM

Pak Lang said...

Datuk Kadir,

TS Isa Samad bakal calon UMNO di PRK Bagan Pinang?. Harap DS Najib dan TS Mahyuddin belajar dari kesilapan Permatang Pasir. Apakah UMNO Negeri Sembilan ketandusan pemimpin?.

Tok Ma said...

Datuk,

Samy Velu puji Pak Lah dan Najib tapi hentam Tun Mahathir (Tun M). Mentang-mentang Tun M. dah tak ada kuasa. Dulu masa Tun M. jadi Perdana Menteri lain ceritanya. Dia jadi menteri dan MP sampai berpuluh-puluh tahun kerana siapa kalau tidak Tun M.

Paling geli hati dia masih rasa diri popular. Menurutnya kaum India bukan tidak suka dia (Samy) tapi tidak suka BN. Kalau betul-betul rasa popular cubalah bertanding dikawasan majoriti India atau bukan Melayu kalau nak tahu samada selama ini dia menang kerana sokongan kaum India atau orang Melayu. Oleh kerana sebagaimana yang didakwanya kaum India tidak sukakan BN eloklh dia bertanding sebagai calon bebas.

Orang macam ini akan menambah gelapnya masa depan BN.

saji said...

Salam Sdr HUSIN PAKTONGKO

Dari sudut konservasi bangunan bersejarah dan sinektiks, mengibaratkan BN sebagai sebuah rumah yang bumbunngnya mula bocor. UMNO kemudian diibarat bumbungnya yang bocor itu, manakala MCA dan MIC diibaratkan lantai yang mula reput dek kesan kebocoran itu, sdr dianggap telah terang2 menolak sejarah kewujudan tiga parti komponen utama BN yang banyak jasanya itu.

Maksud saya, tidakah jika sdr ingatkan jasa2 BN dan UMNO, khasnya dan sdr kaitkan dengan usaha dan tujuan ahli konservasi tempatan melakukan usaha pemuliharaan terhadap bangunan bersejarah tempatan seperti bangunan lama Sekolah Victoria di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur, sdr perlu mengibratkan kedudukan BN pasca PRU 12 sebagai bangunan bersejarah Sekolah Victoria tersebut yang pada masa kegunaan terakhirnya sebagai Banggunan Panggung Drama telah terbakar pada tahun 1999 dan dibiarkan terbiar oleh pemiliknya dalam keadaan bumbungnya, lantainya, dindingnya dan segala fabriknya hampir musnah sehinggalah pada tahun 2002 pihak berwajib kerajaan berkenaan mengambil langkah melakukan usaha konservasi untuk dijadikan Kompleks Taman Budaya pada tahun 2001 hingga siap pada tahun 2004 seperti seadanya itu.

Anonymous said...

Dear Dato',
You could be both right and wrong about people voting BN. Some did not vote BN becuase they despised and were very spiteful of BN and then they were some who had lost all confidence with BN, period. And then they saw BA as an alternative worth a shot in the goverment. Just maybe BA could deliver what BN couldn't. Again, if BA couldn't deliver they can always wait for another 5 years to do the changes if necessary. Nothing in this world is definite. Just look at LDP of Japan, KMT of Taiwan and Congress Party of India. BN or UMNO too would have to face its demise sooner or later. It is a fact of life or Hukum Allah. Nothing lasts forever.

Unless, BN or UMNO is really a dynamic party that is prepared to adapt and go along with the changes around it. BUT the old guards are still around to ensure their relevance and they continued to exert influence in BN.

Either BN shape up or shake out!

The young turks are watching and waiting to shake BN out comes next election. Never underestimate the young voters.

Yours truly,
Din USA

Anonymous said...

It worries me Dato' on some familar names that continue to appear in Dr. Mahathir and your blog. They could do more damages and injustices to UMNO out of their overwhelming comments or overly ferocious supports for UMNO. It could very well backfire for UMNO or make people of different strata hate UMNO even deeper with their 'unqualifed statements'. I could single out pakbelalang and wajaperak as bad measures or bad omen for future UMNO.

Yg masih ingatkan budi UMNO lama,
Nid of NIU

saji said...

Sdr Anon Melayu PD82

Dua cara yang sdr cadangkan kepada DAKJ mengenai bagaimana mengubah UMNO itu saya lebih bersetuju jika DSN berani mengundurkan diri sebagai PM dan TGNA mengambil tempatnya

Anonymous said...

Akum Dato'
If you had asked me what was the turning point of all these losses suffered by UMNO, I would easily point it to Najib's blunder in Perak. It would continue to haunt UMNO until the next PRU 13. What a miscarriage of justice that was. Collusion of the highest order it was. It could very well be the beginning of the end of constitutional monarchy as we know it today.


Yours faithfully,
Din of Perak

Anonymous said...

pakcik kadir,

pakcik ni kelakar la. pakcik kata "Kekuatan PKR, DAP dan Pas hanyalah cerminan (reflection) kelemahan BN dan parti-parti gabungannya!

tapi pada saya kekuatan bn selama ini hanya cerminan kelemahan pembangkang di malaysia. sbb mereka tak pernah bersatu.

bila mereka bersatu walaupun belum benar2 kuta dah nampak sangat bn bukanah kuat mana pun. harap media haprak depa ja tonjol bn tu hebat sangat.

pakcik kata penyokong bn lari dlm pru 2008. ni pun pakcik salah jugak. penyokong bn tak pernah lari. letak tunggui pun depa pangkah jugak.

yang lari adalah pengundi atas pagar yg selama ini mengundi bn. perlu dingatkan depa BUKAN penyokong bn. depa juga bukan penyokong pr.

Azaman Wahid KL said...

Merujuk artikel saudara, "..PKR, DAP dan Pas sedar hal ini. Oleh sebab itulah mereka menjadikan kebencian terhadap kepemimpinan BN sebagai asas utama kempen mereka".

ingin saya bertanya kembali. Siapa pula yang menjaja kebencian sekarang ni? Ayat tu menabur kebencian juga tu...

Sedarlah sikit.

Anonymous said...

dato

jangan jadi bodoh dan bodohkan orang lain

PKR, DAP dan PAS tak boleh tubuh PR secara rasmi sebab tak cukup parti (minimum 7 tak silap la)

harap dato tak bangang lagi

orang tua macam dato ni patut dihumban kedalam tong sampah kerana kuat mengampu mahathir

jibam

Anonymous said...

Dato',
The issue is down to the decision making process. Tun Dr Mahathir was very smart decision maker and consistently could stay ahead of the curve, thats why he could last 22 years. Pak Lah came in, but unfortunately, and it is very sad for me to say it, underperformed and created the Opportunity for the Opposition to smell power.

But that is in the past. Pak Lah paid for his mistakes by being removed from power.

Right now, hand on heart, is the situation in 2009 better or worse in 2008? Blaming Pak Lah is the wrong strategy.

Yes, the Prime Minister may be cursing his luck. He has been in politics so long, and when he became PM, he inherited a bad political situation, a bad economic situation, a bad social situation. Now the new dimension is a worsening international standing situation.

So how to solve the problem?

I think for one we must learn how to adopt new decision making technologies. When you mention that the PAS, PKR and DAP is strong because of a reflective strength, I totally agree, but I still feel its stating the obvious. (Obvious to the discerning person lah). Its the same situation like the United States of America had to face when dealing with Osama Bin Laden. They have the firepower to destroy the entire world 10x over, but they cannot prevent an airline being used as a bomb against their city.

Which means its an asymmetric war. Your opponent uses your strength (i.e. your total control of the Government) against you because you are incapable of handling the job. The opponent need not offer a new alternative, he just lets you stink at the job until people get fed up and give him the power.

So how to counter?
Back to my original point: its the decision making process. We have to think past the first idea that comes into our head and look at things from a total system point of view. Like take the MIC election process - for all means, MIC is irrelevant but we give it relevance, and it comes and bites us back.

I have started a discussion on using decision making technologies in my blog under Seeing the Elephant. These technologies can help if adopted, as it allows people to know which input (i.e policy, speeches, penekanan,etc) to control which output (people support).

I would be honoured if you could share some of your point of view especially as it touches on your speciality i.e the media

Anonymous said...

Dato'

Orang kita memang degil dan keras kepala. Contohnya isu dadah. Walaupun mereka tahu tentang keburukan dadah di sisi agama, dan meskipun berbuih mulut kita memberikan nasihat agar jangan dihampiri dadah, tetapi atas sebab yang tidak mudah dimengertikan mereka masih juga mengambilnya! Ramai tu!

Dalam aspek berpolitik juga sama. Meskipun mereka tahu sesuatu pakatan kepartian itu mungkin tidak sehaluan dengan naluri dan penghayatan dari segi agama tetapi oleh kerana sikap seperti yang disebutkan di atas adalah sikap umum orang kita, makanya tidak hairanlah kalau mereka (pada satu tahap nanti) akan memilih parti berlandaskan jiwa yang serupa!

Lagipun mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai satu bangsa sudah semestinyalah kita berkongsi banyak sikap-sikap negatif dalam kalangan kita. Oleh itu, walaupun sesetengah ideologi dan bawaan politik itu (seperti komunisme, sekularisme, sosialisme jumud dll) bukanlah landasan alternatif yang molek bagi mereka mendapat kerahmatan dan keredaan hidup di dunia, tidak ada apa yang dapat menghalang mereka untuk membuat pilihan mereka sendiri!

Cumanya kita hanya boleh berharap dan percaya bahawa percubaan dan pertaruhan mereka itu berbaloi untuk masa depan mereka dan generasi penerus, iaitu sebagaimana kita berharap para "Mat Pit" sedar apa yang mereka lakukan!!!

Dua Sen

Akar said...

Kami beri amaran kepada pucuk-pucuk UMNO yang menjulang ke langit biru,menggapai awan..yang rasuah..yang menipu..yang membazir.. yang menyeleweng.. yang menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan parti...Kalau kalian tidak bertaubat,dan jika orang-orang seperti kalian dicalonkan dalam Pilihanraya Umum ke-13,kami akan menjadi saksi kehancuran UMNO secara total!Turunlah kalian dari kayangan masing-masing.Berpijaklah ke bumi.Jadilah pimpinan yang merakyat.Jangan biarkan '13' terus menjadi nombor tragedi.That is what we want to say.Thank you.

Unknown said...

Salam Datuk,

Sami Vellu bukan setakat mahu jadi Tok Sami MIC, dia mahu capai tahap Dewata Raya MIC. Sebab itu dia mahu sepenggal lagi. Siapa melawan maka kepalanya akan dipenggal...!

Kesimpulan mudah yang boleh kita buat ialah MIC ENGGAN BERUBAH...!

Keengganan mereka ini mungkin menyaksikan MIC menempah keranda sendiri pada PRU akan datang.

zainal abidin awang kechik said...

Samy VELLU ,tak boleh terus hidup tampa politik..
saya keseian juga kat dia sebab kalau dia hilang jawatan..sama lah dia akan jadi macam ketua politik yang tiada kuasa.. LUMPUH dia di rumah..MIC ni bagi dia ROH KEHIDUPAN..saya rasa kalau dia malayu..dah lama jadi PM malaysia.
all the best for MIC..say what we like...he win..THAT MALAYSIA POLITIK

salam

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Saya suka Samy Vellu duduk di atas.. sbb itulah alasan terbaik untuk MIC dibuang oleh pengundi dan menjejas habis BN... Kegagalan UMNO campurtangan dalam parti MIC (khasnya menyingkirkan SV) adalah kegagalan besar kepada BN

labu labi said...

Saya nak komen tentang pembesar umno Dato'.

Seminggu dua ni, ada 2 pembesar umno yang dah nak meluat saya tengok; yang pertama - Dato seri Hishammuddin. Yang kedua Dato Menteri Hal Ehwal Pengguna. (apa nama dia dah lupa).

Yang pertama tu asyik amaran jek memanjang. Tapi takdak teloq!!

Yang kedua tu tak sepatutnya jadi menteri menjaga kepentingan rakyat. Ada ka patut dia kata pengguna kena jaga diri sendiri supaya tak ditipu penjual. Dia kena tetapkan mentaliti dia dulu untuk membela rakyat daripada rakyat membela dia.

Otak letak kat lutut ka apa?

Fooart said...

Salam Dato' dan Selamat Menyambut Hari Raya yg Insyaallah bakal menjelang. Bagi saya, BN khususnya UMNO tidak langsung mendapat tempat di hati saya dan alhamdulillah saya kini mendidik anak-anak saya agar jangan meletakkan UMNO dalam pemikiran mereka wpun sekelumit. NO to BN and NO to UMNO. Kini dan selamanya.............harap UMNO akan lupus di muka bumi Malaysia ini...Insyaallah.

Izzat said...

"Mungkin dalam hal ini, BN lebih baik daripada lawannya. Sekurang-kurangnya dalam BN, pembesar yang terbabit atau disyaki terbabit dengan skandal seks tidak diterima kembali untuk memimpin. Seks dan rasuah adalah racun dalam politik"

Amatlah lega hati dan sejuk hati saya mendengar BN mengamalkan zero tolerance ke atas skandals seks dalam politik. Sungguh jelas sekali Umno ini meletakkan taqwa dan iman sebagai landasan perjuangan mereka.Skandal itu perkatannya pun membawa elemen tuduhan dan omongan- mungkin benar mungkin tidak.Berbanding dengan pemimpin pembangkang - pemimpin UMNO bukan kaki perempuan,kaki karaoke,kaki GRO,kaki pelacur,kaki perempuan simpanan kelas atasan dan sebagainya. Berbanding pemimpin pembangkang, pemimpin UMNO itu juga langsung tidak meminum minuman beralkohol apatah lagi wine atau champagne walaupun di majlis2 luar negara.Dalam hati mereka mereka sedar Allah nampak perbuatan mereka walaupun pengundi-pengundi mereka tidak nampak. Mana ada kita jumpa pemimpim UMNO mengulitit gadis-gadis GRO di pusat-pusat karoake atas pun di kelab-kelab malam. Pemimpin UMNO itu boleh didapati di masjid-masjid gigih mengajak ahlia kariah bertakwa walaupun upah tak seberapa. Betapa mulianya pemimpin UMNO ini tuan-tuan sekalian. Sungguh bertawqa sekali pemimpim-pemimpin UMNO kami.Berbanding dengan pemimpin pemmbangkang pemimpin lebih mulia darjat mereka di sisi Allah. Hidup UMNO untuk menegakkan syiar Islam !! Wallahua'lam

MANTOL said...

"Anonymous Jibam said...

dato

jangan jadi bodoh dan bodohkan orang lain

PKR, DAP dan PAS tak boleh tubuh PR secara rasmi sebab tak cukup parti (minimum 7 tak silap la)

harap dato tak bangang lagi"

Siapa yang bangang dan menipu rakyat dengan menggunakan istilah Pakatan Rakyat?? Lain kali guna istilah rasmi- Penipu Rakyat.

/MANTOL/

A KADIR JASIN said...

Banyaklah orang muda yang cerdik-cerdik yang bahasakan saya "Pak Cik" dan kata saya bodoh.

Boleh jadilah saya bodoh dan mereka cerdik.

Mereka kata Pas, DAP dan PKR tak boleh tubuh pakatan rasmi sebab tak cukup 7 parti/ahli.

Tak tahulah saya, tapi Perikatan dulu ada tiga parti saja iaitu Umno, MCA dan MIC.

Terima kasih.

abdullahngah said...

Benci adalah satu istilah yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Bencilah punca lahirnya kemarahan kepada orang, kumpulan dan parti.

Rakyat benci pada BN sebab itu banyak negeri jatuh kepada tangan parti pembangkang.

Dan tidak mustahil BN akan jatuh pada musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Lihat Parti parti leabel demikratik (LDP) yang memerintah jepun selama 50 tahun lebih kalah ditangan parti demokratik Jepun (JDP).

Mengapa LDP kalah? kerana dibenci oleh rakyat Jepun.

Walaupun bijak memerintah, macam dakwaan Najib bahawa UMNO sahaja yang layak memerintah malaysia ini tetapi akhir kecundang juga.

Sepandai pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga.

Benci bukan boleh dianggap tingan oleh mana mana parti.

UMNO jatuh di Terengganu pada tahun 1999 kerana rakyat benci. Bukan rakyat sahaja yang benci malah orang UMNO sendiri turut benci.

PAS jatuh pada tahun 2004 juga dibenci oleh rakyat.

Namun bencilah merupakan senjata yang paling mujarab.

Kenapa rakyat benci? kebanyakan pemimpin UMNO/BN utamakan kepentingan diri sendiri.termasuk mengutamakan kucu kucu kroni kroni.

Rakyat benci kerana para pemimpin negara jadi rasuah dan riba sebagai daraj daging masing.

untuk membuat rakyat kasih pada kerajaan Najib buat slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Nyatakan setakat hari ini rakyat masih benci pada kerajaan yang bertulangbelakangkan UMNO.

Slogan satu malysia juga sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana mereka hilang bangsa, hilang agama dan hilang budaya.

Rakyat didahulukan tidak boleh menjadi ubat penawar kepada rakyat, kerana rakyat manakah yang didahulukan.

Kalau di negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat, rakyat yang sokong UMNO/BN sahaja yang didahulu.

Maknanya didahulukan itu fungsi tidak adil dan membuat rakyat rasa benci dan bertambah benci.

Dalam konteks Terengganu, orang UMNO sahaja yang dapat wang zakat. orang UMNO sahaja yang dapat wang raya.

Manakala orang yang menyokong PAS berputih mata. Agihan kurma oleh MB Terengganu juga demikian.

Inilah yang membuat rakyat benci dan marah dengan UMNO kerana memerintah walaupun dianggap bijak, tetapi zalim terhadap orang miskin yang tidak sokong UMNO.

Oleh itu jangan harap UMNO akan dikasih. Maka betullah yang disebut oleh Samy Vellu.bahawa orang benci pada BN yang menyebabkan dengan dia tumbang.

langit biru said...

Itulah tanda-tanda BN bakal jadi pembangkang dalam PRU 13. Semua parti komponen BN ada masalah dalaman yang hebat.

MIC dgn "Tuhan" Samy

MCA dgn "2" Presiden. Ong nak cakap benar dalam PKFZ nampak gaya makan diri. Dalam permainan strategi politik BN, bahaya kalau lurus bendol, cakap benar, mesti kena cantas punya sebab "yang benar itu" banyak ganggu dan bagi masalah kpd kepentingan pembesar2.
Soi Lek pelaku seks ditugaskan sebagai coordinator bagi negeri2 yang dikuasai PR. Orang Melayu Islam boleh terima ka dia?? Melayu UMNO boleh laa!

PPP pun "2" Presiden. Semua berebut dan gila kuasa.

Gerakan.....Presiden nya yang ditolak rakyat diangkat jadi menteri....menariknya menteri yang jaga KPI....Wow, KPI dia PRU 12 dianggap cemerlang oleh BN sebab tu dilantik jadi menteri Penuh!

UMNO?
Menarik untuk menganalisa kepimpinan NM-Najib Muhyiddin. Muhyiddin la ni tiba-tiba jadi "Jebat", gelar Nuar Pengkhianat Bangsa Melayu, tapi bila dijawab kawannya itu dia jual tanah di Sg Lingu kpd Singapura, dia alih pandangan kononnya Singapura nak serang Malaysia-dinafikan oleh Tun DrM! Apapun Muhyidin dilihat "lebih sudu dari kuah".

Slogan dan Puisi apa lagi presiden UMNO nak buat? Dari Islam hadhari kpd 1Malaysia. Pak LAh baca puisi, Najib pun baca puisi. Akan tetapi demi "memujuk" bukan melayu, Najib sanggup gadaikan satu per satu kepentingan Melayu hingga PAS pun tegur juga tapi tak diendahkannya.

Terkini, Najib mintak Kartika buat rayuan hukum sebat minum arak. Ni pun satu hal. Tuan punya badan redha dan rela disebat, pemimpin wahid minta buat rayuan. Syoknya, Hishamudin habaq, kita tak ada PAKAR PENYEBAT ala Islam. Laa, selama 52 tahun tak da pakar ka walaupun hukum ada????? Apanama ni hei!!!!

Mahathir berucap di perhimpunan Agung, ucapan yang dilihat lahir dari hati sanubari. Pak Lah juga nampak begitu tapi Pak Lah tiada aura karismatik dan kredibiliti kepimpinan menyebabkan gagasan beliau kurang berjaya.

Tapi Najib bercakap tidak sama dengan Mahathir Pak Lah bercakap, bukan lahir dari kalbunya, tiada menampakkan ciri-ciri keikhlasan sebagaimana TDM ,TAB. Najib bercakap lebih kpd ingin menonjolkan kualiti kepimpinan beliau bagi menyakinkan ahli parti dan komponen BN.

Dan pertama kali dalam sejarah , Presiden UMNO dilihat tidak cukup bersih lantaran pelbagai isu kontroversi membelenggu beliau. Bukan sahaja pembangkang nampak beliau tak bersih, tapi AHLI UMNO sendiri pun nampak beliau begitu.

Saya fikir, Dato' boleh la mulakan penulisan "Kronologi Kejatuhan BN"!

DAN SESUNGGUHNYA, BN JATUH KERANA RASUAH. UMNO JATUH KERANA RASUAH DAN PENOLAKAN BERTERUSAN KPD SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

Mustapha Ong said...

Dear Tok Kadir,

Lama jua kita tak bersua beberapa minggu sebelum mulanya bulan Ramadhan yang suci ini.Hope you and your family are well during the better half of "puasa" and looking forward to celebrate Hari Pengampunan Adil Fitri, sebab di rautau ini banyak perbuatan bermacam dosa-dosa rekaan manusia yang agar kurang semangat. Adakah kita semu dah "fed up jadi manusi sejati dan "berhenti jadi orang"- sila tepuk dadah tanyalah sendiri,dan janganlah sekali-kali menyalahkan orang lain semata-mata berpunca daripada kelemahan kita sendiri sebagai manusia yang diciptai Allah swt.

Sudah muallah saudara, janganlah kita terus memalukan si Sami Value itu.Biar;ah dia itu angkuh dan Tuhan nya akan membalas budi perkerti atas sumpahan kaum India nya sendiri. Baik orang kita jangan campurlah kerana Tun Mah telahpun kenakan nya "kau-kau" kata orang Utara. Baguslah jika segelintir orang Samy nak baling kasut k, sandal k atau boot k kepada TUN, just go ahead but just don't threaten Tun and his family.

Maybe you have missed what I had expressed in my humble opinion of Samy, "in total support of Subra under Rocky's Bru by courtesy of KJ the ZORRO."

I think I have had said enough of Samy Value's antics and I firmly believe Samy is just digging his own political grave prematurely. The Indians had been sold back to India a long time ago, and definitely an honest, capable and sober MIC leader like Subra would have to come back fast, in order to save our "capati brothers and sisters in our Malaysian community and in the spirit of 1Malaysia."

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!

rocky said...

dakj,

rules change over time, dulu lain sekarang lain. It seems there is a new ruling on setting up a coalition and min required is 7 parties as mentioned by your neighbour Zaid Ibrahim.

that said I won't call you stupid cos things do change and sometimes it is difficult to track stuff. if you are stupid, I don't mind being you and driving the green jaguar with nice number plate.;)

Anonymous said...

Salam Dato',

Dikampung saya dari kecil lagi saya selalu mendengar apabila orang tua menahan perasaan marah kepada orang muda, mereka berkata" Orang mudo ni dogil eh tak buleh di ajar".Ayat ini kekal hingga sekarang. Tentang ayat mengenai orang tua tidak pernah saya dengar mungkin kerana orang-orang tua di waktu dulu matang akal dan emosinya.

Sekarang saya rasa kita perlu menambah satu ayat untuk sebahagian orang-orang tua. Saya tujukan ayat ini pertamanya kepada saya sebagai ingatan . Saya rasa ayat ini sesuai mengambar situasi sekarang terutama situasi politik, " orang tua sekarang taksubnya sampai tak sedar". Taksub kepada diri sendiri, taksub kepada kuasa, taksub kepada parti, taksub kepada kekayaan.Orang muda juga tidak lari dari sifat taksub tetapi jika orang tua yang taksub amat buruk rupanya.

Selagi dua resepi ni" orang muda degilnya tak boleh diajar' dan " orang tua taksub sampai tak sedar" dipakai oleh parti-parti politik maka perubahan yang dinanti tidak akan berlaku.

Yang muda belajarlah dari yang lebih tua meskipun yang muda berkelulusan oxford dan yang tua hanya SPM.Tak usahlah nak terlalu berdegil. Kita pun " kodopan poi eh". Maknanya kita pun akan tua juga satu hari nanti.

Yang tua pula sedarlah, berilah peluang dan kepercayaan yang muda. Berilah ruang untuk yang muda membuat kejayaan dan kesilapan.

Orang tua yang matang akal dan emosi amat bernilai namun ia akan lebih bernilai apabila ia dapat mendidik seorang orang muda menjadi orang tua yang matang akal dan emosinya.

Sekian.

Faezah

Anonymous said...

The rakyat are fed up with the civil service sector too, not just BN politicians. Traffic is still bad; same with public transport, cleanliness and rubbish collection, dirty black smoke from lorries and buses, pot holes, crime, unchecked development and lanslide. But every year they get bonus! BN govt should restrict bonus only to departments that do the jobs well. KPI, remember?

Windtalker

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Saya tidak kesian dengan mereka yang telah merasai nikmat dunia kalaulah nikmat berkenaan tiba-tiba berkurangan. Tetapi saya kesian dengan mereka yang baru nak merasai nikmat dunia tetapi belum tentu boleh mendapatkannya!!!

Satu hakikat yang jarang diberikan pertimbangan dan kupasan ialah sama ada manusia boleh meletakkan harapan atau semata-mata berdoa agar nikmat/kuasa yang dimiliki oleh puak yang lain akan berpindah kepada dirinya sendiri iaitu satu keadaan yang diistilahkan sebagai "zero-sum gain".

Contohnya, tidak malukah kalau sebuah individu A meminta dari Tuhannya agar melaknati / menjahanami individu B bukan kerana dia (individu A) adalah pihak yang tertindas sebaliknya dia adalah pihak yang berkepentingan, yakni yang bakal mewarisi sesuatu kalau ditakdirkan individu B mengalami kejahanaman.

Apapun berdasarkan logik akal, permohonan manusia yang berkepentingan terhadap lawan mereka tidaklah semudah itu dimakbulkan kecualilah yang berdoa itu adalah pihak yang tertindas dan tidak akan mewarisi apa jua kesenangan, kuasa atau harta daripada mereka yang 'kalah' dalam konteks zero-sum gain tadi.

Realitinya, untuk mana-mana insan meraih kesenangan duniawi, perlulah digunakan akal fikiran, berusaha dan berserah. Kesenangan/kuasa tidak datang menggolek, bahkan Obama telah membuktikan hakikat tersebut.

Namun, jangan lupa bahawa keghairahan mengejar nikmat duniawi (yang pelum pernah dijamahi) menyebabkan ramai insan dan rakan menjadi tamak haloba, gelap mata dan akhirnya 'makan' hak kawan. Sikap sedemikian banyak dipaparkan dalam filem seperti "Raiders of the Lost Ark" dan banyak lagi.

Antihipokrit

BESTOMYAM said...

ALLAH SWT MAHA AGUNG
KIFARAT(KARMA) ITU PASTI BENAR.
SAYANG BN.....
(ISLAM,IMAN...REDHANYA)

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Datuk begitu yakin akan fakta "benci" digantikan dengan "rindu" adalah resepi mudah Datuk untuk memenangani piliharaya.

Janganlah sangat mudah meletakkan tanggapan begitu kerana saya melihat resepi Datuk ini lebih menunjukkan tahap pemikiran Datuk dan samalah dengah Yg Bhg Tun Mahathir yang sentiasa melihat terlalu rendah tahap pemikiran dan kebijaksanaan rakyat umum.

Tun selalu membuat sesuatu tanggapan dengan amat mudah dan kerap merendahkan tahap pemikiran dan kebijaksanaan rakyat jelata.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana jawapan Tun semasa menghadapi kemarahan rakyat semasa kenaikan caj tol selama ini...dengan sinis dan selamba Tun menjelaskan bahawa kononnya beliau baru sedar yang rakyat negara ini belum sampai ketahap dapat menilai dan menerima khidmat taraf dunia.

Ini adalah contoh kecil sebagai rakyat meluat dan benci kepada para pemimpin negara kita selama ini tetapi majoriti masih tetap memilih BN sebagai parti pemerintah, kerana kematangan pemikiran dan kebijaksanaan mereka.
Bukan terdorong oleh sikap meluat atau benci kepada seorang dua pemiimpin.

Wallahu'alam

Rakan20G

ANAFAKIR said...

salam dato...
Saya hairan, kenapa sewaktu TSKA MB selangor sekarang mencadangkan agar kuota 10% diberikan kepada bukan bumiputra untuk belajar di UiTM ditentang, dimakihamun oleh semua, NC UiTM melalak sama, perarakan pelajar dibuat semata-mata untuk menunjukkan mereka membela Melayu..tetapi kenapa bila DS Najib menghapuskan pemilikan 30%saham bumiputra dalam syarikat, tiada siapa pun berani melalak.kemana perginya yang membantah dan memakihamun TSKA MB selangor tu?..kalau benar ingin mebela melayu, siapa juga yang bertindak membelakangi kepentingan Melayu sebenarnya perlu ditentang..Begitulah ironinya dengan dey samy tu..bukan setakat orang sekaum denganya yang benci padanya, bangsa lain pun meluat.Kekalahanya di sungai sipu sebab semua kaum sudah benci padanya.Memang tidak sedar diri betul la dey samy ni.Orang seperti DS Subramanian pun ditolaknya..kalau dibanding antara beliau dengan DSS tu, semua orang memilih DSS, majoriti kaum India bawahan pun memilih DSS cuma para perwakilan sahaja yang takut dengan dey samy tu...saya hairan macamana dey samy tidak mengetahui hakikat itu...Datuk Sothinathan tu dulu pun orang kesayangannya tetapi sekarang dibuang macam sampah..orang teluk kemang pun sayangkan sothinathan tu tetapi dek kerana benci pada samy punya nama, maka sothinathan menjadi mangsa dalam PRU yang lalu.betullah, samy menjadi beban kepada MIC, liabiliti buat BN.UMNO dan MCA serta GERAKAN telah berulang kali bertukar pemimpin tetapi MIC masih ada samy punya nama kat atas sana.Nanti kalau terjatuh..laju woooo....

MANTOL said...

"langit biru said...

DAN SESUNGGUHNYA, BN JATUH KERANA RASUAH. UMNO JATUH KERANA RASUAH DAN PENOLAKAN BERTERUSAN KPD SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM."

Tolong fahamkan saya. PAS boleh perintah cara Islam? Ada berapa wakil rakyat PAS? PAS hanya berani menentang wakil rakyat Islam dari UMNO. Kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Islam tapi tiada calon Islam dari UMNO, PAS rela serahkan kepada pemimpin ahli neraka peminum arak dan pezina. Itukah pemerintan cara Islam PAS?

Rakan sebantal PAS ialah DAP yang jelas TIDAK MAHU SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

Selamat berbuka.

/MANTOL/

pakbelalang said...

Sistem pemerintahan ala PAS bukan menyemarakan umat Islam tapi ianya akan tenggelamkan umat Islam.

Sistem pemerintahan Islam ala PAS akan membawa umat Islam lagi JAHIL dalam segala bidang.

Politik PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan tidak akan menyelamatkan umat Islam. Tidak membawa keberkatan.

Mungkin umat Islam akan lebeh sesat lagi !!!

Yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal. Yang Islam dituduh kafir dan yang kafir dikatakan Islam.

lebai said...

Born ini June 20, 1936 and known among his enemies as 'Semi Value', he has held the position since 1979. He was first appointed to the Malaysian cabinet in 1979, as the Government and Housing Minister. He then went on to serve until 1989, as the Works Minister. From 1989 to 1995, he became Malaysia's Minister for Energy, Telecommunication and Post. In 1995, he returned to the Works Ministry. 2008 lost his parliamentary seat.

He is the second longest serving minister in the country after Datuk Seri Rafidah Aziz.

Controversies surrounding Samy Vellu???... read http://paklebai.blogspot.com

BAM AL-HAJ said...

Salam Dato'.
Saya pun tak setuju komen-komen emosional dan guna perkataan bodoh ni. Saya setujulah bahawa BN dan UMNO masih belum berubah. Bahkan ada juga orang-orang yang baru dilantik jadi Menteri dan Timbalan pun mula bongkak dan tak peduli rakyat. Bukankah Najib pernah beri kata dua dlm Perhimpunan UMNO: Berubah atau rebah? Nampaknya sampai sekarang tak nampak benar-benar berubah. Rasuah dlm UMNO sangat teruk. Perhimpunan UMNO yang lepas buktinya. Ada pemimpin pemuda bahagian bertanding Ketua Pemuda terang-terangan bagi rasuah (envelop) kepada perwakilan. apa nak jadi jika mereka naik jadi pembesar nanti? Merekalah pengkhianat bangsa dan negara.

Satu lagi Dato', bab PR tak daftar sebagai satu parti tu kerana disekat dgn macam-macam peraturan SPR dan ROS. Saya suka sangat ada sistem dua parti supaya kita dapat pilih yang terbaik. Baru matang demokrasi.

Bagi saya politik perkauman dan sikap pecah dan perintah ala penjajah dah outdated. Rakyat sekarang dah berubah. rakyat sudah mula menilai pemimpin berdasarkan prinsip. Siapa yang dilihat tidak ada prinsip akan ditolak oleh rakyat. Pemilihan Isa Samad menunjukkan BN/UMNO tiada prinsip dan ketandusan pemimpin.

Selamat hari raya, maaf zahir batin..

Anonymous said...

Datuk,

Saya bercakap atas pihak diri saya sendiri; dan mungkin saya seorang sahaja di Malaysia ini yang berpendirian begini. Saya tidak tahulah dengan pendirian orang lain.

Saya ini menyokong UMNO dan BN. Tetapi itu tidak bermakna saya akan telan apa sahaja yang diberi oleh UMNO dan BN ini. Walaupun UMNO dan BN ada kekurangan dan kelemahannya tetapi bagi saya ia masih ditahap lulus dan boleh diterima lagi.Oleh itu, disetiap pilihanraya umum, saya akan mengundi UMNO/BN.

Namun di PRU12 yang lalu, saya telah memberi undi saya pada PKR yang menyebabkan seorang Menteri UMNO tumbang!

Mengapa saya beri undi saya pada PKR?

Alasannya sangat mudah. SAYA AMAT BENCI DENGAN KEPIMPINAN PAK LAH. SAYA AMAT BENCI DENGAN KERAKUSAN DAN PENONJOLAN MENDADAK KHAIRY JAMALUDDIN. SAYA AMAT BENCI DENGAN SIKAP PEMBESAR-PEMBESAR UMNO YANG DAYUS DAN KUAT MEMBODEK HINGGA KETAHAP SANGGUP BERSIKAP KURANG AJAR DAN BIADAP DENGAN TUN DR. MAHATHIR!

Adakah faktor-faktor PKR yang menyebabkan saya mengundi mereka?

Jawapannya TIADA.

Saya dah tak peduli lagi siapa yang bertanding dengan UMNO/BN. Di hati saya hanya mahu melihat UMNO/BN ini dihukum diatas keangkuhan dan kebongkakkan pembesar-pembesar mereka.

Alhamdulillah. Hasrat saya itu telah dimakbulkan oleh Allah.

Kini, saya ucapkan selamat menjalankan tugas kepada wakil rakyat PKR saya ini. Buatlah yang terbaik untuk rakyat.

Undi saya di PRU13?

Kalau ikut keadaan sekarang, saya pasti akan beri balik pada UMNO/BN tetapi tak tahulah .... apa-apa pun boleh berlaku.


-sinbad-

nasir said...

BN sememangnya tak pernah berubah dato . Asyik recycle yang lama dan yang kalah .

Dato Rahim Tamby Chik
Dato Mohammad Taib
Dato Isa

nie semua nak digunakan semula . Bknkah mereka pun masing2 ada terpalit . Dahla tu kehidupan pun jauh dr rakyat tak menampakkan langsung bahawa mereka hendak berasa susah sepertimana rakyat dalam suasana ekonomi yang tak menentu nie .

-ORang Kampong - said...

Oh alangkah indahnya...

Jika pemimpin

berlumba-lumba menyelesaikan masalah rakyat..

bergolok-bergadai untuk membantu rakyat yang daif dan memerlukan bantuan

menjadi pemimpin yang adil walaupon kepada musuhnya...

berfikiran kehadapan dalam memajukan negara...

Tetapi mengapa kita masih ketandusan pemimpin sebegini?

Anonymous said...

Datuk,

You are proven right when you said "PKR, DAP dan Pas juga mempunyai masalah seperti kemelut dalaman parti, perbalahan dalam perkongsian kuasa, pembelotan oleh wakil rakyat dan berbagai bentuk skandal -- daripada tuduhan salah laku seks kepada gambar bogel, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pembabitan dalam kegiatan kongsi gelap."

This is the excerpt of a report by independent news portal Malaysiakini:

"Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim today revealed that Pelabuhan Klang PKR assemblyperson Badrul Hisham Abdullah has some 'personal problems' that have kept him incommunicado for the past month.

That was the reason stated in his response to a show-cause letter sent to him early this month, demanding answers to his inability to serve effectively as a state representative.

"He replied the letter and answered our questions accordingly. Among others, he said he had some personal problems which had prevented him from performing as a state assemblyperson for the time being," Khalid Ibrahim told reporters at the PKR headquarters, Tropicana today.

Without elaborating on the personal problems, Khalid said that he will try to have a discussion with the state representative on Wednesday to solve the mystery of his whereabouts.

According to him, Badrul was scheduled to attend a PKR ceramah in Klang last night with PKR de-factor leader Anwar Ibrahim but he failed to turn up.

"With this, I have decided to hold a discussion with him so this will clear up the confusion among the constituents who have been wondering about his situation," said Khalid."

I think there are many more rotten eggs in the PKR basket. This will hurt the PR. This is the case of like father like son or bapak borek anak rintek.

PlankingHorse

ijam said...

Jangan kaitkan rasuah dengan UMNO. PAS sendiri mengamalkan rasuah dalam beberapa siri pilihan raya kecil. Beberapa pengundi mendapat habuan dalam bentuk wang dan barangan.

langit biru said...

MANTOL SAID,
"Tolong fahamkan saya. PAS boleh perintah cara Islam? Ada berapa wakil rakyat PAS? PAS hanya berani menentang wakil rakyat Islam dari UMNO".

Saya berhujah bagi diri saya sendiri bukan mewakili PAS atau mana-mana parti.

Apapun, memang benar sekarang ini wakil rakyat PAS sikit sangat,itu saudara tak perlu cakap, saya dah tahu dan semua orang sediamaklum dah tahu.Akan tetapi tidak mustahil PAS akan memerintah Malaysia, semua dengan kuasa Allah s.w.t.

Saudara tak tahu kenapa PAS menentang UMNO? Dan kenapa BERANI menentang UMNO? Bagaimana UMNO memperjuangkan dan menegakkan Syariat Islam? Apakah selama 52 tahun selama ini, UMNO memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang berasaskan KEIMANAN dan KETAQWAAN?

Jadi, apa matlamat UMNO memperjuangkan dan menegakkan Syariat Islam?

UMNO dalam BN bekerjasama dgn MCA,MIC,Gerakan dll. Apakah mereka ini senang dengan Hukum Syariat Islam? Bukankah mereka ini juga menentang Hukum Syariat Islam?Apakah MCA,MIC,Gerakan "lebih Islamik" daripada DAP?


Maka apabila saudara kata "Rakan sebantal PAS ialah DAP yang jelas TIDAK MAHU SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM", apakah saudara bermaksud MCA MIC Gerakan dll AMAT SUKA DAN MAHU SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM?

Depa sama je kan!!!!

Apabila saudara bertanya "PAS boleh perintah cara Islam?". Apakah saudara faham Sistem Pemerintahan Islam, ciri-cirinya, dasar-dasarnya,prinsip-prinsipnya, dan SUMBER RUJUKANNYA?

Jikalau saudara faham,bagaimana hukumnya bila Hukum Jenayah Islam yang dikemukakan oleh PAS Kelantan, ditolak oleh kerajaan Pusat? Ooo...saudara boleh berdalih itu Hukum Jenayah Islam PAS!! Bukan Hukum Jenayah Islam sebenar!! Cuba nyatakan secara jelas,mudah, dan terperinci fasa mana dalam Hukum Jenayah Islam PAS yang bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Hadis sebelum saudara mengatakan itu rekaan PAS?

SEBENARNYA amat mudah untuk menyatukan Umat Islam Malaysia dan Kaum Melayu Malaysia.....

Kiranya yang berkuasa dalam UMNO benar-benar ikhlas berjuang meletakkan Syariat ISlam menjadikan Malaysia Sistem Pemerintahan Islam. (Bukan sekular)

Yangretibase said...

Assalamualaikum pakbelalang,
Anda tergamak mentohmah dan memfitnah PAS dengan begitu jijik sekali!

Beristighfar dan bersyahadahlah anda wahai pakbelalang. Selamatkanlah diri anda dan kleluarlah anda daripada kesesatan yang nyata!

Tolong maafkan saya kerana menasihati anda dengan ikhlasnya.
Wassalam.

langit biru said...

Pak Belalang said,

"Sistem pemerintahan ala PAS bukan menyemarakan umat Islam tapi ianya akan tenggelamkan umat Islam".

Harap pak belalang kemukakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang mengukuhkan hujah pakk belalang.

Jelaskanlah bagaimana PAS akan tenggelamkan umat Islam.

Apakah umat Islam di Kelantan sudah tenggelam selepas 20 PAS perintah Kelantan?

"Sistem pemerintahan Islam ala PAS akan membawa umat Islam lagi JAHIL dalam segala bidang".

Tolong jelaskan dengan bahasa mudah,tepat dan padu bagaimana PAS menJAHILkan umat dalamsegala bidang.

Saya fikir pak belalang hanya nampak PAS ni pakai jubah,janggut panjang, serban dsb. Hahikatnya, lebih ramai professional,ahli akedemik, cendikiawan Melayu Islam ahli PAS berbanding dengan UMNO.

Berapa ramai cendikiawan bijak pandai Islam atau ulamak yang jadi ketua bhg,atau calun pilihanraya dalam UNMO?

Kerana tak dak lah dok ambil Masitah, Khir jadi senator. Tu pun Masitah habaq " Perempuan boleh MELACURKAN DIRI dalam keadaan DARURAT".

"Politik PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan tidak akan menyelamatkan umat Islam. Tidak membawa keberkatan".

Itulah kata-kata PEMIMPIN UMNO. Mereka tidak laksanakan Islam, dituduh orang perguna agama untuk raih sokongan. Soal BERKAT, kalau tiada Keimanan dan Ketaqwaan, tiadalah berkat.

Mungkin umat Islam akan lebeh sesat lagi !!!

Bagaimana PAS menyesatkan Umat Islam Malaysia? Sudah berapa ramai yang dah murtad? Harussani Perak habaq 250,000 Melayu Islam murtad tu sebab PAS perintah ke?

"Yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal. Yang Islam dituduh kafir dan yang kafir dikatakan Islam".

TOLAK HUKUM KISAS DAN HUDUD tu kafir ke Islam?

Anonymous said...

Orang Kampung,
Langit Biru
YangRetiBasa,

Adil itu dalam sesetengah kes tersangatlah subjektif sifatnya dan oleh itu perlulah di praktikkan secara menurut kesesuaian keadaan dan masa. Ini bermakna adil bukanlah satu istilah yang harus digunapakai secara membuta tuli dan tanpa mengambil kira realiti yang ada.
Namun, Inilah yang cuba dinafikan oleh PR apabila mereka menyajikan "bulan, bintang dan syurga dunia" kerana menurut mereka barisan lawan tidak mampu memberikan semua itu.

Lihat isu arak. Banyak sangat soksek-soksek yang digembar-gemburkan dan banyak janji-janji yang telah ditaburkan sedangkan setelah dua tahun berlalu, hanya tindakan berupa 'melepaskan batuk ditangga' yang dikotakan. Dalam nada sinikal ia dikenali sebagai: 'buat syarat aja'. Apa ini? Pokpek-pokpek, isu berkenaan masih tak berhasil kerana asyik mendendangkan nada klise 'walhasil balik asal'. Kalau sudah selesai masakan pihak Pemuda Pas dikhabarkan mahu mencadangkan satu peraturan yang standard dan seragam (di negeri yang dikuasai PR) bagi menangani isu arak. Lepas ini apa lagi? Melepas!

Nah! meskipun cadangan demi cadangan dilontarkan setelah hampir dua tahun PR berkuasa yakni bukan seperti yang dikhabarkan dulu iaitu yang membawa maksud: 'besok memerintah, lusa semua janji akan dilunaskan." Namun, dalam konteks biar terlambat asalkan jangan tidak berbuat apa-apa langsung, kita tetap memberikan kredit yang sepatutnya kepada yang berusaha. Apapun strateginya, tak kisahlah kerana dari sudut politik ia nampaknya masih mampu memberikan keadilan yang samarata kepada semua pembenci arak di negeri bawah penguasaan PR. OKlah tu!

Cumanya, dalam isu ini, tidak ramai yang sedar bahawa pihak yang masih rasional dan masih berpijak di bumi yang nyata adalah mereka yang telah termakan janji-janji. Bukankah mereka masih berlembut dan berlaku adil terhadap pihak yang menabur janji? Bukankah mereka yang berlapang dada memberikan PR peluang (kedua, ketiga dan seterusnya) untuk mengotakan janji-janji tersebut? Tunggu apa lagi?

Kini ada yang tidak kena. Respons MB PR Kedah dan KM DAP Pulau Mutiara berhubung cadangan berkenaan adalah negatif. Justeru, apakah akan ada parti tertentu yang akan menganjurkan penarikan diri dari PR memandangkan isu ini bukanlah isu kecil dari sudut sosioekonomi semata-mata. Atau, kalaulah komponen parti islam dalam PR masih mahu berlembut, apa pula alasan dan hujahnya nanti? Apakah mereka akan berkata seperti ini: "bahawasanya kepentingan pakatan adalah jauh mengatasi prinsip dan gagasan setiap individu parti", betulkah?

Oleh itu dari sudut pihak yang tidak berparti, dan kalaulah parti islam tidak 'berkeras' dalam isu ini, bagi kami, segala laungan untuk mendokong aspek keadilan (yang dibuat tempoh hari) bolehlah dilihat sebagai satu lagi retorik politik dari sebuah pakatan kepartian yang menganggap konsep berjanji (termasuk dalam skop agama) adalah tidak lebih sekadar satu alat untuk meraih simpati dari kami dan seterusnya untuk PR meraih kuasa! Itu hak mereka.

Jadinya, apa yang berbeza dan apa yang barunya?

Anak Bapak -- janji dikota.

Anonymous said...

Datuk,

Tajuk asal ialah berkenaan Samy Vellu. Macam mana tiba-tiba boleh lari masuk bab negara Islam pulak ni?

Nampak gayanya ada pengomen yang bersungguh-sungguh betul nak beri pendapat mengenai Malaysia dan Islam. Apakah Malaysia ni ikut Islam atau menentang Islam?

Apa kata Datuk "buka gelanggang" mengenai topik ni dan siapa yang berhajat tu, boleh la bergasak cukup-cukup. Kemudian kita sama-samalah menilai bunga siapa yang lebih elok dan tertib.


-sinbad-

langit biru said...

Anak Bapak,

Satu analisa perkembangan politik setempat yang baik dan menarik.

Apapun, kita perlu berbincang dari perspektif yang lebih luas iaitu Prinsip-prinsip, dasar-dasar, undang-undang dan perlembagaan dalam konteks Pentadbiran Dan Pemerintahan Sebuah Negara.

Apakah kita yang mengaku beriman dengan 6 Rukun Iman, masih mengekalkan segala acuan Pentadbiran Dan Pemerintahan penjajah British? Kita melaungkan Merdeka, tapi segala acuan kita masih acuan penjajah!

Bukankah Undang-undang Dan Perlembagaan diwarisi dari British? Mengapa kita dengan kebudayaan Melayu dan beragama Islam tidak bergerak satu langkah ke depan merencanakan sendiri Undang-Undang dan Perlembagaan yang bertepatan dengan Budaya Melayu dan Agama Islam?

Di sini pokok pangkalnya. Kita masih mengamalkan undang-undang Jahilliah. Jahilliah dengan kata asalnya Jahil, bermaksud Jahil dari petunjuk Allah s.w.t. Maknanya, apa sahaja perundangan yang dibuat oleh manusia tanpa rujukan kpd petunjuk Allah s.w.t. adalah perkara yang Jahil.

Sesuai dengan firman Allah s.w.t. satu cabaran bagi orang-orang yang beriman dan yakin: Al-Maidah Ayat 50,

"Apakah hukum Jahiliah yang mereka
kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"

Soal permasalahan setempat atau terpencil perlu kpd kekuatan akal dan kebijaksanaan menanganinya. Logik akal atau "Ijtihad" perlu selaras dengan dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam.

Sepertimana saya tegaskan sebelum ini, sekiranya UMNO memberi komitmen sepenuh tenaga mewujudkan Negara Islam, Perlembagaan Islam, Undang-undang Islam, maka PAS sudah jadi tak relevan lagi.

Dalam erti kata lain, UMNO tak perlu masuk PAS, yang perlu UMNO lakukan adalah DAULATKAN ISLAM, dan saya yakin Melayu Islam akan bersatu.

saji said...

Sdr pakbelalang dan Sdr langit biru

Saya rasa sdr ada masalah untuk menjawab cabaran yang diketengahkan oleh sdr langit biru berkenaan.

Sdr pakbelalang, di kalangan rakan Melayu saya yang tidak mahir agama seperti sdr dan rakan bukan Islam, saya akan menggunakan ilmu konservasi bangunan bersejarah apabila membezakan di antara Syariat Islam yang diperjuang dan ditegakan oleh PAS dengan lawannya UMNO hingga kini, dalam erti kata saya akan analogikan usaha ahli konservasi tempatan mengkoservasi bangunan bersejarah negara yang sesuai dari sudut ilmu konservasi bangunan sejarah dengan usaha PAS dan UMNO memperjuang dan menegakan Syariat Islam hingga kini, dengan berhujah bahawa, banyak persamaan di antara usaha konservasi bangunan bersejarah dengan usaha memperjuang dan menegakan Syariat Islam di zaman moden ini yang meliputi aspek definisi, pegangan nilai, kemampuan/kepakaran, kos, R&D dan authoriti.

Maksud saya, saya akan memilih dua bangunan bersejarah negara yang terkenal yang sudah dikonservasikan dan mempunyai darjah intervensi/ganguan yang berbeza, yang mana daripada dua pilihan tersebut, pada pendapat saya dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah, bukan sahaja amat sesuai jika dianalogikan dengan usaha PAS dan UMNO memperjuang dan menegakan Syariat Islam hingga kini, malah, lebih penting lagi, menghasilkan dapatan yang menjelaskan perbezaan yang jelas wujud di antara Syariat Islam yang diperjuang dan ditegakan oleh kedua2 parti politik tersebut hingga kini.

Berdasarkan pemilihaan yang dijelaskan di atas, hasilnya ialah;

Usaha PAS memperjuang dan menegakan Syariat Islam hingga kini boleh dianalogikan/disamakan dengan usaha ahli konservasi bangunan bersejarah mengkonservasi bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur yang seadanya itu yang asalnya (zaman penjajah) merupakan bangunan Pejabat Daerah Kuala Lumpur.

Manakala, usaha UMNO memperjuang dan menegakan Syariat Islam hingga kini boleh dianalogikan/disamakan dengan usaha ahli konservasi bangunan bersejarah mengkonservasikan bangunan lama Central Market di Kuala Lumpur untuk dijadikan bangunan Pasar Seni yang seadanya itu.

Di mana, dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah, dikesan bahawa, usaha mengkonservasi bangunan lama Sultan Abdul Samad melibatkan intervensi darjah ke-3 yang dinamakan penggukuhan fabrik, manakala usaha mengkonservasi bangunan Central Market melibatkan intervensi darjah ke-5 yang dinamakan pemulihan.

Jika dilihat dari segi sambutan yang diterima oleh kalangan rakyat dan pelancong terhadap hasil usaha mengkonservasi dua bangunan bersejarah tersebut, kita akan dapati, ada yang setuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap bangunan lama Sultan Abdul Samad yang sedanya itu, dan ada yang bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap bangunan lama Central Market yang sedanya itu.

Begitulah halnya, jika usaha konservasi dua bangunan bersejarah tersebut dianalogikan dengan usaha PAS dan UMNO memperjuang dan menegakan Syariat Islam yang sedanya itu.

Namun, dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah, lagi atas darjah intervensi atau lagi sedikit ganguan dilakukan terhadap bangunan bersejarah yang hendak dikonservasikan itulah yang amat digalakan.

BESTOMYAM said...

ALLAH SWT MAHA AGUNG
KIFARAT(KARMA)ITU PASTI BENAR
SABAR...YBHG. TUN M...
WAIT NC MIC SAMY...
WALAU APA PUN..
SALAM AIDILFITRI..RAKYATKU..
MAAFZAHIRBATIN.
HATI2 DJALANRAYA.

langit biru said...

Sinbad said,

"Nampak gayanya ada pengomen yang bersungguh-sungguh betul nak beri pendapat mengenai Malaysia dan Islam. Apakah Malaysia ni ikut Islam atau menentang Islam?"

Saudara Sinbad, tak perlu kita singgung-menyinggung sebagaimana kata saudara.

Di alam Siber, kita tak kenal satu sama lain, jauh sekali rupa paras, tutur kata, sopan atau sebaliknya. Ini satu kebaikan bilamana kita tidak "bias" mengutarakan hujah dan pendapat. Satu medan yang cukup baik untuk berdiskusi. Disini kita boleh berdiskusi dengan apa cara, pilihan ditangan masing-masing, nak berhemah,nak bergasak, nak kurang ajar atau apa jua. Yang penting, penulisan ini menggambarkan cara pemikiran dan keperibadian seseorang!

Saya tak pasti, apakah saudara ada elemen dendam kesumat bila berbeza pendapat dengan saya?

Dan apabila saudara bertanya, "Apakah Malaysia ni ikut Islam atau menentang Islam?". Satu persoalan yang perlukan hujah,fakta, dan bukti-bukti.

Yang jelas bagi saya, saudara bukan aktivis politik, tidak terlibat secara langsung dalam kancah politik, seorang awam yang berpendidikan tinggi yang tahu politik melalui bacaan media masa saja. Itu telahan saya. Kalau salah, maaf dipinta.

Anonymous said...

Datuk,

Kalau tajuk topik adalah berkaitan Islam; tidak mengapalah kalau ada hujah-hujah yang bersetuju atau mempertikaikan samada Malaysia ini amalkan Islam atau tidak.

Tapi kalau tajuk topik adalah berkenaan SAMY VELLU dan MIC; macam mana ler pulak kita boleh terbabas dan masih nak berhujah samada Malaysia ini amalkan Islam dan menolak hukum Islam?

Pelik. Dah macam orang gila talak!

Itulah sebabnya saya syorkan Datuk buka satu topik berkenaan "Malaysia - Islam atau Tak Islam"; supaya fokus kita lebih tertumpu dan lebih ramai orang boleh bagi pendapat yang selari dengan topik perbincangan. Masa tu sesiapa yang rasa ada pendapat, luahkanlah segala pendapat yang ada.

Tidak timbul langsung soal dendam kesumat atau singgung menyingung. Kalau ada yang rasa tersinggung, mintak maaflah.


-sinbad-

mack said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH KITA TELAH DIPENGHUJUNG RAMADHAN PADA HARI SABTU IN PIHAK PENYIMPAN MOHOR BESAR MAJLIS RAJA2 MALAYSIA TELAH MENGARAHKAN PADA PETANG HARI TERSEBUT UNTUK MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL PENGISTIHARAN RAYA AKAN DIBUAT PADA MALAM TERSEBUT. Kalau kita bandingkan kenapa ANWAR dekat dihati rakyat mungkin jawapan nya mudah. Semas dalam kementerian pertanian diwujudkan PASAR TANI dan wujud hingga kehari ini dari menteri sebelum nyaaysik makan ulam minum air kelapa.Dikementerian pelajaran diwujudkan peperiksaan UPSR dengan 5 mata pelajaran dan diperingkat menengah PMR dan dikementerian keawangan Nilai$ ditukar kepada RM semua nya masih wujud hingga kehari ini. Saya harap apa yang beliau lakukan semua nya dinilai untuk rakyat perkara ini dato mesti rungkaikan kebenaran nya. SEKIAN TERIMA KASIH

langit biru said...

Saudara Sinbad,

Saya tahu tulisan saudara ditujukan kpd saya, Langit Biru walaupun ditulis secara berlapik! Satu personaliti yang agak menarik!

Saya membahas tajuk "Samy Vellu, Benci dan Rindu Politik" dengan membuat kesimpulan, "Itulah tanda-tanda BN bakal jadi pembangkang dalam PRU 13".

Dan bukankah saya jelaskan sepintas lalu satu persatu Komponen BN?

Dan bukankah saya tidak menghuraikan langsung mengenai Negara Islam, Malaysia Negara Islam atau tidak.

Saya hanya memberi reaksi pendapat terhadap pemikiran Mantol, Pak Belalang, dan Anak Bapak.

Saya fikir saudara yang berpendidikan tinggi sudah tentu jelas dengan senario aliran perbincangan di atas.

Saudara tak perlu gusar samada ianya terbabas atau tidak dari topik perbincangan. Empunya blog Dato AKJ juga selaku "moderator" berkuasa 100% tentukan mana yang patut disiarkan.

Fokuskan pembacaan blog anda.
Fokuskan juga aliran perbincangan blog.

Sekiranya jurang perbezaan pendapat anda dan saya jauh berbeza, ada baiknya saudara fokuskan maklumbalas kpd artikel Dato'AKJ sahaja!

....takecare!

Anonymous said...

Langit Biru said,

"Sepertimana saya tegaskan sebelum ini, sekiranya UMNO memberi komitmen sepenuh tenaga mewujudkan Negara Islam, Perlembagaan Islam, Undang-undang Islam, maka PAS sudah jadi tak relevan lagi.

"Dalam erti kata lain, UMNO tak perlu masuk PAS, yang perlu UMNO lakukan adalah DAULATKAN ISLAM, dan saya yakin Melayu Islam akan bersatu."

Komen saya:

Ini hanya satu lagi pengakuan daripada individu yang memakai topeng agama ketika berbicara soal politik. Mereka ini pada luarannya mengaku berpegang kepada tali agama dalam membicarakan semua perkara tetapi apa yang difikirkan oleh mereka hanyalah tentang kemajuan dan kepentingan politik kendiri dan kepartian.

Langit Biru, satu soalan untuk anda ialah: apakah kalau ada sebuah negara yang ideal serba serbinya dari segi keagamaan dsbnya maka ianya adalah satu jaminan bahawa ia akan menghalang manusia daripada menjadi tamak dan haloba? Maka dengan itu manusia tidak akan berebut harta, pangkat dan kuasa? Ringkasnya tidak akan berpecah?

Seperkara lagi apa signifikannya kenyataan anda itu dalam konteks politik negara. Anda mahukan parti ini yang dianggotai oleh orang Islam agar buat itu dan ini demi perpaduan sedangkan parti yang satu lagi dibiarkan berpakat dengan musuh bagi parti yang pertama tadi. Apa ini? Hati cakap lain, lidah cakap lain dan jasad buat perkara lain!

Akhirul kalam, tidak tersasar kalau dikatakan bahawa manusia akan terus berpecah kerana mereka mempunyai nafsu dan naluri dan setiap puak (alim atau tidak; beriman atau tidak) akan terpendam dalam diri mereka perasaan angkuh dan sombong dan darinya timbullah sikap yang berasakan mereka saja yang lebih layak berbanding orang lain, bukan saja dalam urusan agama malah perebutan terhadap kerusi kuasa itu juga tidak terkecuali!

Anak Bapak

langit biru said...

Anak Bapak


Terlebih dahulu saya mohon maaf kpd Dato’ kerana perbincangan ini jadi semakin jauh.

Anak Bapak,

Fokus saya adalah kepada “PEMIKIRAN POLITIK ISLAM”, dan saya bukan mewakili PAS, PKR. Saudara sudahpun membuat KESIMPULAN bahawa saya “MEMAKAI TOPENG AGAMA KETIKA BERBICARA SOAL POLITIK”.

Itu pilihan saudara. Itu pendapat saudara. Dan dewasa ini sesiapa saja yang bercakap mengenai “Agama dan Politik”, sudah pasti dilabelkan memakai “TOPENG AGAMA”, kecuali jika menyokong kepimpinan pemerintahan yang dipertahankan selari dengan agama.

Kaum Bani Israel beragama Yahudi dan juak-juak Yahudi seluruh dunia berpegang teguh, dan kuat bahawa , semua Agama Langit adalah ancaman kepada Bani Israel dan Agama Yahudi.

Eropah dahulunya ditadbir oleh pemerintah yang kuat beragama Kristian. Akhirnya, Yahudi berjaya memecahbelahkan sistem pemerintahan Eropah dari mereka yang berpegang kuat kpd agama Kristian.

Dengan lain perkataan “ MEMISAHKAN AGAMA KRISTIAN DENGAN POLITIK”. Yahudi dengan cepat menguasai politik Eropah dan membiarkan ahli agama dengan ibadat mereka. Yahudi menguasai ahli politik Eropah dan pemerintahnya dengan mudah melalui sogokan kekayaan dan wanita-wanita. Dan rakyatnya dibiarkan bergelumang dengan maksiat dan wanita-wanita, sekaligus meruntuhkan akhlak, institusi keluarga masyarakat serta negara. Dan Yahudi menggunakan pemerintah beragama kristian seluruh dunia sebagai juak-juak atau tentera mereka memerangi Islam.

Modus operandi yang sama dilaksanakan kepada ISLAM, iaitu “MEMISAHKAN AGAMA ISLAM DENGAN POLITIK”.

(Dengan hancurnya Agama Langit, Agama Yahudi bertapak teguh dibumi dan Bangsa Yahudi akan menguasai dunia sepenuhnya)

DAN bagi kita yang beragama ISLAM, siapakah yang kita harapkan untuk MENOLONG AGAMA ALLAH, MENEGAKKAN ISLAM kalau bukan pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Muhammad Ayat 7,

“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Hajj ayat ke 40 ,

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya”.

Inilah janji Allah s.w.t. Jika sesebuah Negara menegakkan Negara Islam contohnya menegakkan Hukum-hukum Allah s.w.t, Allah swt berjanji mengangkat kemasalahan sosial dan jenayah negaranya. Inilah janji dan jaminan Allah swt, menjawab soalan pertama Anak Bapak.

Soalan kedua Anak Bapak. Saudara perlu jelaskan dulu siapa MUSUH yang dimaksudkan? Adakah DAP? Adakah MCA, MIC,Gerakan,PPP?

Semua orang kafir ( kafir kepada Islam) adalah musuh Allah swt. Namun, ada kafir yang halal mengalirkan darahnya, ada kafir yang haram mengalirkan darahnya.

Satu persoalan BAHKAN jadi satu perdebatan hebat dikalangan MUSLIM.

KERANA di sana ada beberapa ayat Al-Quran yang keras melarang pemimpin Islam mengambil musuh-musuh Allah swt sebagai sahabat dan penasihat mereka.

Ummah tidak akan berpecah?

Sudah pasti tidak akan berpecah kalau semua kembali kepada Agama Allah swt dalam semua hal dan perkara sesuai dengan KESEMPURNAAN ISLAM yang merangkumi dalam semua aspek kehidupan termasuklah politik. Allah melarang Umat Muhammad bercerai-berai.

Ayat 103 Surah Ali-Imran , "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.”

Ayat 256 Surah Al-Baqarah, "Barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus”.

Anonymous said...

Langit Biru bertanya,

"Soalan kedua Anak Bapak. Saudara perlu jelaskan dulu siapa MUSUH yang dimaksudkan? Adakah DAP? Adakah MCA, MIC,Gerakan,PPP?"


Komen saya,

Saudara sudah tahu mengenai perkembangan politik tanah air tetapi kenapa buat-buat bertanya seolah-olah pura-pura naif?

Takkanlah saudara masih tidak dapat membezakan antara berbagai jenis kafir yang berkawan dengan parti-parti Islam yang ada.

Apakah saudara tidak pernah mendengar pengakuan sebuah parti politik yang mahukan mayat mereka dilangkahi sekiranya sebuah parti Islam mahu meneruskan niat mereka untuk mengubah sistem bernegara dari sekular kepada Islam?

Apakah hukumnya berkawan dengan golongan kafir sedemikian itu?

Anak Bapak

langit biru said...

Anak Bapak belum jawab dengan terang dan jelas siapa MUSUH yang dimaksudkan.

Akan tetapi jawapan Anak Bapak menjurus kepada DAP sebagai MUSUH.

MUSUH macammana? MUSUH Islam atau MUSUH Politik? Atau lebih tepat MUSUH UMNO?

DAP menolak Hukum Islam Dan Negara Islam. MCA,MIC,Gerakan,PPP dan BN juga menolak Hukum Islam Dan Negara Islam.

Jadi DAP,MCA,MIC,Gerakan,PPP,BN adalah sama - menolak Hukum Islam Dan Negara Islam?

Apakah UMNO menerima Hukum Islam Dan Negara Islam?

Apakah UMNO berusaha keras sekuat tenaga mewujudkan Undang-Undang Syariah Malaysia bagi menggantikan Undang-Undang Syariah Negeri-negeri?

Bolehkan saya nyatakan bahawa sikap UMNO terhadap Islam sedemikian sebenarnya menyebabkan parti komponen BN boleh "tidur sebantal" dengan UMNO?

Kerana UMNO tiada Istiqamah,tiada usaha mewujudkan Negara Islam, masih selesa dengan Sistem Sekular.

UMNO bercakap perjuangkan Islam, tapi hakikatnya secara realiti, TABIAT UMNO adalah MEMISAHKAN ISLAM DENGAN POLITIK.

Beza Sistem,Dasar, Prinsip, Pelaksanaan UMNO
(BUKAN ORANG,AHLI,PENYOKONG,PENGUNDI UMNO)dengan DAP adalah - UMNO sistem KEMUNAFIKAN kpd Islam.

DAP sama dengan parti komponen BN yang lain, memang sah dan benar KAFIR yang tolak Islam. Kalau kafir terima Islam, tak jadi kafir lah depa!!!

Anonymous said...

Langit Biru,

Agama tidak boleh dipisahkan dengan politik dan aspek ini bukanlah hanya diketahui oleh mana-mana parti politik Islam tetapi di ketahui oleh semua manusia.

Malah, orang kafir juga tahu bahawa agama tidak dapat dipisahkan dari semua aspek kehidupan termasuk politik. Atas sebab itulah orang kafir memperjuangkan isu agama mereka menerusi parti-parti politik yang ada.

Atas sebab itulah semua urusan agama di negara ini dibuat menerusi urusan kerajaan (bukan swasta). Cumanya kalau nak diikutkan dari segi amalan maka didapati orang kafir lebih kuat memasukkan elemen agama dalam aspek kehidupan harian! Contohnya:

1. Kalau memandu teksi biasanya mereka akan pastikan model patung/demigod dsbnya digantung di ruang atas "dashboard".

2. Kalau buka kedai seperti kedai "hardware" atau barangan terpakai atau kedai apa saja , pasti ada ruang kecil di sedikan untuk diletakkan sebuah model yang mewakili tokong kecil.

Ini menunjukkan betapa orang lain juga mengambil berat tentang aspek keagamaan cumanya mereka diam-diam berisi. Lebih menyerlah ialah mereka (orang kafir) sama seperti tokoh agamawan kita yang terdahulu iaitu tidak banyak bergantung dengan kerajaan dalam melaksanakan tugas dan peranan. Dalam kata lain mereka bebas.

Atas sebab itulah dulu-dulunya agama ini mampu berkembang dari satu daerah menjadi dua, kemudian menjadi tiga dan seterusnya meliputi seantero dunia! Dan kebanyakannya atas usaha bersifat individu, bebas dan sukarela.

Anak Bapak

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).