Sunday, November 15, 2009

Cerita Cina Buta Dan Cerai Talak Tiga

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA tidak mahu ulas panjang mengenai bai'ah atau dalam pengertian Parti Islam Se Malaysia sumpah setia laknat. Cukuplah dengan apa yang telah dilaporkan dan diulas oleh media massa arus perdana dan alternatif.

Lagipun, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali, secara rasmi dan dengan buktinya sekali telah mengaku bahawa bai’ah memang diamalkan oleh Pas. Cuma pada pengetahuannya ia tidak membabitkan cerai.

Portal berita bebas Malaysiakini memetik Mustafa sebagai berkata bahawa bai'ah yang dibuat menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelak kemungkinan lompat parti.

Mustafa berkata bai'ah tersebut diguna pakai di setiap negeri sejak pilihan raya umum 1974 apabila kali pertama beliau bertanding mewakili PAS.

[Kalau betullah macam kata Mustafa itu, maka hakikatnya Pas mula menggunakan sumpah setia laknat itu ketika ia dalam Barisan Nasional. Pas menyertai BN dalam pilihan raya umum 1974 tetapi disingkir pada tahun 1977.]

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mempamerkan teks sumpah tersebut dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada 13 November.

Soalnya apakah ada pembesar Pas yang keliru atau sengaja memasukkan syarat cerai talak tiga sebagai sebahagian daripada sumpah mereka?

Sebagai seorang yang tidak dalam ilmu agamanya, saya susah hendak kaitkan cerai talak tiga dengan politik kepartian.

Tidak cukup dengan sumpah laknat, kena cerai isteri pula. Bukan main-main cerai pula, cerai talak tiga. Sekarang lagi susah sebab ada calon dan Wakil Rakyat Pas wanita. Adakah ini bermakna wanita Pas terpaksa meminta cerai daripada suami mereka?

Sebenarnya saya bila baca cerita cerai talak tiga dalam sumpah Pas itu, saya teringat cerita Cina buta masa budak-budak dan remaja dulu. Sekarang tak dengar lagi cerita atau amalan Cina buta.

Ceritanya begini. Bila seseorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga mereka tidak boleh rujuk atau menikah semula kecuali bekas isterinya berkahwin dengan orang lain dan selepas itu bercerai.

Masalahnya ramai si suami panas baran yang cerai isteri talak tiga itu bila sudah bercerai dia gila talak, kena penyakit “hangau” dan hendak kembali semula dengan bekas isterinya.

Kalau bekas jandanya hidup bahagia dengan suami baru dan tidak bercerai, maka gigit jarilah si duda gila talak itu.

Tapi ramai duda yang gila talak itu cerdik, pintar dan kuat putar belit. Orang utara kata banyak akai (akal). Maka dirujukkanlah permasalahan mereka kepada orang yang tahu hal agama. Selalunya tok gurulah.

Dipendekkan cerita, timbullah amalan yang dipanggil Cina buta. Kalau si janda belum berkahwin semula dan mahu kembali bersatu dengan bekas suaminya maka diaturkanlah kahwin Cina buta.

Daripada sudut amalan nampak sah. Ada pengantin lelaki dan ada pengantin perempuan. Ada jurunikah dan ada saksi. Semua lengkap cuma tidaklah berarak dan berkompang macam dara berkahwin teruna.

Yang berlainan ialah sebelum akad nikah, “perjanjian” dibuat di mana si suami akan menceraikan si isteri dalam tempoh masa tertentu tanpa menidurinya. Sebagai ganti, suami Cina buta itu akan mendapat bayaran wang ringgit atau harta benda macam kerbau, lembu dan motosikal.

Apabila pasangan Cina buta itu sudah bercerai dan lepas idah, si duda yang gila talak tadi bolehlah berkahwin semula dengan bekas isterinya yang kini menjadi janda.

Tetapi apa kena mengena tipu helah ini dengan Cina buta? Dikisahkan oleh orang yang mengetahui kononnya orang yang kerap diupah menjadi suami sementara itu adalah Cina mualaf yang buta matanya.

Agaknyalah hanya seorang Cina mualaf yang cacat penglihatan sahaja boleh diharapkan berkahwin dan tidak meniduri isterinya. Mungkin kalau dia teraba-raba mencari pun, si isteri boleh mengelak.

Di kampung saya dan persekitarannya yang selalu jadi suami Cina buta dan pak sanggup adalah orang susah (miskin) atau orang kurang daya akal.

Sekarang kahwin Cina buta tidak diamalkan lagi. Jadi tidak ada lagilah isteri yang diceraikan sebagai satu syarat.

Justeru itu, kalaulah benar ada syarat cerai isteri talak tiga dalam Pas sumpah setia laknat Pas, ia bunyi macam kahwin Cina buta. Susah hendak percaya.

Masakan sebuah parti Islam sanggup memperjudikan perkahwinan (yang disamakan dengan mendirikan masjid) sebagai syarat jadi calon dan wakil rakyat?

49 comments:

PARPUKARI said...

Hebat cerita Dato ni. Inilah masalah dengan parti yang memanggil dirinya sebagai pejuang Islam, mereka alter hukum ikut suka hati mereka je Dato!

Belum kisah pasal selipar Nik Ajis ni lagi, ditambah pulak sponsorship yang diterima Nik Ajis dari sayrikat yang berkepentingan dalam PMBK!

PAS sedaya upaya akan cuba mengubah hukum supaya ianya sesuai untuk mereka, pendek kata PAS boleh buat apa saja orang lain tak boleh!

Inilah perangai orang PAS!

Anonymous said...

Datuk

Saya keliru. Yang dedahkan hal bai'ah cerai talak tiga ini bukan orang lain tapi Khalid Samad, ahli parlimen PAS. Yang menafikannya pula, Mustafa Ali setiausaha agung PAS. Alih-alih, orang UMNO juga yang kena tuduh melaga-lagakan PAS. Macam mana pulak tu?

Nak bertanding jadi calon pilihanraya, boleh buat sumpah laknat tapi bila Saiful Bukhari sumpah laknat kena liwat dengan Anwar Ibrahim tak boleh pulak?

-sinbad-

pakbelalang said...

Politik punya pasal sampai ada sumpah laknat! Canggih !!

Di negara Islam lain adakah amalan yang sebegini rupa ada dilakukan?

Sungguh menakjubkan !! Something very unique, indeed.

Adakah ini selari dengan kehendak amalan sistem pentadbiran cara Islam sebenar? Apa pulak sampai nak laknat melaknat ni !!!

Tak ada cara lain ke untuk mendisiplin pemimpin yang dah tidak sehaluan dengan prinsip parti hinggakan sampai kena buat ikrar sumpah laknat?

Memang senang betul nak melaknat orang zaman sekarang ini!!

pakbelalang said...

Cerita pasal talak, agaknya dinegeri manakah yang banyak orang jatuhkan talak?

Di negeri Trengganu kerajaannya sedang berusaha untuk mengurangkan orang jatuhkan talak dengan memberi insentif RM 1000 pergi berbulan madu menginap ditempat peranginan untuk mententeramkan rumah tangga yang nak hampir retak.

Satu usaha yang juga menakjubkan !!

pakbelalang said...

Khairy Wants Explanation From Azmin Over RM8 Million Shares Purchase




SEREMBAN, Nov 14 (Bernama) -- Umno Youth chief Khairy Jamaluddin said on Saturday Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Azmin Ali should explain an allegation over the purchase of RM8-million worth of shares raised by Malaysian Indian Youth Development Foundation chairman S.A. Vigneswaran.


comment:

KJ should also explain how he managed to win the UMNO Youth Chief !!

mardhiah said...

Iye ka tak ada. I tak ingat tahun berape, but lepas saya join govlah. Saya jumpa satu kawan, dia bukanlah talak 3 sekali gus, tapi 1, 1, kemudian tu genaplah 3.

Suaminya minta bos jadi Cina Buta, dan my kawan cakap, "watever is it, aku nak cuba pikat suami baru aku ni, agar dia tak ceraikan aku"

I dunnu apa jadi dengan kawan yang ini. Lost kontek already once I balik Melaka.

Bohonglah kalau tak de....

Quantum Metal Consultant said...

Kemungkinan besar kerana sumpah laknat ini yang melarat kepada cerai isteri talak tiga menyebabkan PAS berdamping rapat dengan DAP untuk mudah mendapatkan 'cina buta' jika terberlaku atau terlanggar sumpah.

Dengan Nik Aziz yang dikaitkan dengan alarasuah tajaan ke Mekah, nampaknya PAS sudah mula tawar. Nik Aziz yang menghala 'peluru' kepada Hadi Awang dan kroninya kini termakan dengan pelurunya sendiri.

Husam elok panaskan diri ke jawatan MB sebagai satu kompromi dengan Nik Aziz yang akan dilantik Pengerusi Pakatan, satu pergulingan kuasa secara halus yang dimainkan oleh our brothers..

OKJ said...

Hati dan lidah & NO INSIGHT

Sebenarnya saya tertunggu-tunggu bila Dato’ nak tulis bab Bai’ah dan Kawin Cina Buta ni. Memang geli-geleman rasanya. Islam mengajar mengutamakan keluarga bahgia dulu. Takda pun mengutamakan parti dulu terutama parti sesat bersifat khawarij. Dan kalau dulu bercita cita nak berkawan dengan setan, sekarang dah berkawan pun. Sebab itulah nama je parti Islam tapi benda pelik-pelik terkeluar. Tahniah diucapkan.

Rupa rupanya Bai’ah ni dah ada dalam parti dah lama dah. Ingat lagi ke pada akhir 90an, bila Akujanji diperkenalkan oleh Tun, bukan main lagi kata akta zalim. Untuk dia takpa tapi orang lain tak boleh. Patutlah ulama kata organ yg paling bersih dan paling kotor adalah hati dan lidah. Pada masa tu juga sibuk diracuni rakyat dengan kronisme. Tapi bila lantik menantu sendiri jadi CEO, alasannya Rasullullah sendiri melantik sahabat sahabatnya. Inilah dikatakan hati busuk dan lidah bercabang-cabang.

Menipu dan memfitnah adalah amalan biasa parti ni. Generalnya kata tiada, tapi ahli-ahlinya kata ada, sampai video klip pun dibuktikan sekali. Memang dasar parti menipu. Yelah, ala ala setan. Yg peliknya, antara boss muslimahnya juga kata setuju dengan bai’ah ni, punyalah taksub hingga buat-buat tak tahu hak mereka sendiri.

Kemudian To’ Gurunya mengaku nak pergi haji dengan anak-menantu ‘fully sponsored’. Gila ke apa ni. Bila hakim dituduh disponsor oleh peguam bercuti, dikata rasuah. Bila To’ Guru pergi haji fully sponsored pula kata sedekah. Tak tahu nak cakaplah.

Satu lagi, tiada langsung rasa bersalah. Bila diasak-asak, akhirnya tak jadilah nak pergi haji tapi komen pula disebabkan oleh Qurasy Malaysia yg menghalang. Punya lah jahat lidah dan busuk hati tu. Kesimpulannya, pinjam kata mat saleh, memang ‘NO INSIGHT’ sampai sudah. Sekian TQ.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok,

Nostalgia kenangan lama zaman yang telah berlalu sebab ramai juga saudara mara saya yang panas baran, orang kedah kata pongoih, yang cerai talak tiga dah tu gila talak sampai cari bomoh Siam dan buat cara Cina buta. Tapi lepas tu ada yang kekal sampai mati.

Kemudian cerita Pak Sanggup. Ada seorang yang macam Tok kata tu di kampung kami. Dia tak cerdik sangat. Orang Kedah kata orang betoi. Bila ada saja anak dara atau janda yang mengandung, dialah yang "dituduh" dan diangkat jadi bapa. Kahwin beberapa bulan sampai anak lahir untuk bagi bin atau binti dia pun belah atau disuruh belah.

Kamudian cerita Sang Kelembai. Budak-budak sangat takut Sang Kelembai sebab kalau dia tegur kita bertukar jadi batu atau pokok dalam hutan. Teringat posting Tok tentang Zaid Ibrahim @ Hurrica Hattie. Nampaknya dia pun macam Sang Kelembai. Sebaik saja dia cadang Tok Guru NIk Aziz jadi ketua Pakatan Rakyat, Tok Guru kena dedah terima sponsorship kelas premium ke Makkah. Tergesa-gesa Tok Guru batalkan. Kalau orang tak tahu, nampaknya Tok Guru dah pergi Makkah lagi.

Kalau masin mulut Zaid @ Sang Kelembai, tak rasalah Bro. Anwar nak jadi ketua sah PR. Tokak jari lagilah dia.

Wassalam

Von Bukit Jenun

pakbelalang said...

Generasi Muda Sokong Umno Tapi Hadapi Halangan Sertai Parti - Dr Mahathir
KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.

"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini pada hari Sabtu.

Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.

Katanya sehubungan itu pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan.

Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, bekas Perdana Menteri berkata ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

comment:

1.Saya rasa masaalah ini boleh diatasi dengan senang sahaja untuk menarik orang muda bersama dengan UMNO.

2. UMNO mesti adakan bahagian pemasaran untuk menarik ramai lagi ahli.

3. Adakan Director of Marketing dan gunakan "all the modern tools of marketing management" untuk jual "product" UMNO.

Saya beri contoh berikut:

1. Adakan " Minggu Pendaftaran Ahli" dishopping complex dan adakan kaunter penerangan (customer service) yang dikendalikan oleh ahli-ahli putera dan putri yang "mesra" dan berkelayakan untuk melayan pengujung.

2. Phamplets yang "menarik" tentang apa faedahnya menjadi ahli UMNO hendaklah disebarkan berserta dengan borang untuk menjadi ahli.

3. Kemudahan menerima ahli baru "on the spot" menggunakan on-line system semasa kempen "Minggu Pendaftaran Ahli".

4.Setelah keahlian diluluskan surat akuan sebagai ahli mesti diedarkan berserta dengan kad keahlian berbentuk "credit card" dan ucapan "tahniah" kerana menjadi ahli UMNO. Surat ini mesti dianggap penting dan hendaklah ditanda tangani oleh President untuk memperlihatkan bahawa UMNO menghargai mereka sebagai ahli.

5. Surat mestilah disertakan dengan buku kecil perlembagaan UMNO.

6. Kad ahli kalau boleh dapat digunakan sebagai bank "debit card" BUKAN "credit card".

7. Door Gift seperti key chain, topi atau T-shirt berlogo UMNO juga disertakan sebagai tanda penghargaan.

8.Tiap-tiap bulan mesti hantar Berita UMNO kepada semua ahli UMNO. Tujuannya adalah supaya ahli UMNO merasai diri mereka sentiasa ada "personal touch" dengan UMNO disamping membertahu perkembangan terkini aktiviti UMNO. Kandungan berita mesti berkisar kepada bukan sahaja mengenai politik tapi tekanan mesti kepada aktiviti sosial seperti apa yang berlaku di Bahagian-Bahagian UMNO.

Macam-macam boleh dicadangkan tapi cukuplah setakat ini.

Jika Dato' fikirkan cadangan saya ini sebagai strategi sulit untuk UMNO tak payahlah postkan komen saya ini.

Sampaikan sahajalah kepada Ketua Penerangan UMNO.

kadtelai said...

Dato,ada borang kah nak buat permohonan jadi cina buta.

Hj Harun Perlis said...

Dato Kadir.

Awak mesti menjadi ahli Party PAS maka barulah awak dapat memahami konsep perjuangan mereka.PAS bukan lah party baru saperti PKR.Ia di asaskan di Tanah Liat oleh Tuan Guru Ahmad Fuad yang asalnya ahli UMNO.

Dari segi tradisi dan sejarah ia nya telah mengelami bermacam cubaan baik dari dalam maupun luar party.Ia pernah menjadi ahli BN apabila UMNO waktu itu mengalami kemerosotan dari segi sokongan orang Melayu salepas 13 Mei.Kemudian apabila UMNO sudah mendapat kekuatan samula maka ia menendang PAS keluar dari BN.Nik Aziz maseh hidup sebab itu ia tahu bagaimana bagaimana sereknya Pengelaman Pas waktu itu.Nasaruddin maseh kechil dan hingusnya belum kering di hidungnya.

Jadi Dato,tak usahlah menyebok sangat dengan PAS ini.Mereka TAHU APA YANG MEREKA BUAT.Nampak pelek bagi UMNO dan kuncho2nya,tapi itu lah PAS.

ambo_AsyMok said...

to be honest, Beza Insan BERILMU dengan INSAN BODOH umpama LANGIT dan BUMI. Janganlah mendengar SESUATU Perkara Tanpa MEMAHAMI. Bukan Setakat Dengar, tapi MEMAHAMI.Ingatlah bahawanya ISLAM ini bukan PISAH-PISAH, ISLAM mencakupi SEMUA PERKARA. Bila menilai, USAH GUNA EMOSI wahai RAKYAT MALAYSIA... Nilai dengan ILMU Tuan...

Unknown said...

Salam Dato',

Lama tak singgah sini..

'Saya tak nak ulas apa-apa, cuma dok baca dalam macam-macam media dan saya boleh buat kesimpulan lagu ni...

Apa yang pembangkang dok kata kat orang yang tak sealiran dengan depa sejak saya kecik dulu,
la ni dah timpa batang hidung depa
sorang sikit... ayag ludah depa dah jatuh mai timpa muka sendiri...

Tapi yang lawak (lawak ka?) depa pandai pusin nak bagi bulih kat depa jugak.

Ini mengingatkan saya pada lawak wayang kulit Etong dan Ekeng sewaktu bermalam didalam hutan kerana sesat jalan.

EKENG: Mola-mola aku tidog, hang jaga.
ETONG: Hmm takpaaa...
EKENG: Lepaih tu hang jaga, aku tidog pulak aa...
ETONG: Ihh..kot mana keng kayra ni..
EKENG: Ha la... Mola-mola aku tidog, hang jaga. Lepaih tu hang jaga, aku tidog pulak aa..
ETONG: Ihsy.. KENA KAT DIA KA SEMOA...

esbijay said...

Dato'
Cerita hal bai'ah PAS ni boleh buat saya ketawa dan menangis serentak.
Say pun saperti Dato' juga, iaitu tak ada lesen untuk berdebat hal agama..
Banyak tak kena tentang bai'ah ala Khalid Samad ni. Wakil Rakyat wanita PAS macam mana pula. Yang ada bini lebih dari satu.siapa yang kena tempias talak nanti?
Adalah lebih sempurna kalau lafaz bai'ah di buat begini
".........seandainya saya lompat parti saya akan potong kaf wau ta ya saya!" dan kalau wakil rakyat perempuan pula;" ....saya akan cilikan pa wau kaf ya saya!!"

ab said...

Salam Dato,

Perkhawinan adalah hikmah dan hikmat dari syurga juga...

Selepas allah menyuruh malaikat dan iblis tunduk kepada manusia, satu setuju dan satu bangkang, allah dah sediakan manusia `berkahwin'disyurga..and then the first couple was sent off to earth to live..

JADI ,PERKAHWINAN/NIKAH ITU ADALAH
nikmat dari syurga juga. Jangan permainkan nikah/kahwin ni..!!.

TINGGI SEKALI NIKMAT DAN HIKMAT NIKAH ni dan sebahagian dari islam.

CINA BUTA KA,CINA CEMEH KA,CINA BODO KA.. aktiviti mengarut!... ELOK HENTIKAN amalan ni...amalan yang tidak disuruh dan merugikan institusi keluarga islam.


KALAU KENA SATU CINA BUTA BETUI BETUI DAN SUDAH POTONG PUNYA DAN KAW KAW PUNYA NIKAH macam mana?..mati beragan melayu tu kut ni....!.


Abu Bakar Ab Rahman

Nik Hadi Mustafa said...

PakBelalang
Ape kemende kau ni? Tuan rumah cerita lain, kau komen bende lain. Kalau nak bukak cerita sendiri, pi lah bukak blog sendiri.

Tuan rumah cerita talak, cina buta dan bai'ah - ada paham?

Ada sekolah ke tak?

saji said...

Dato'

Dato' tanya, "apakah ada pembesar Pas yang keliru atau sengaja memasukkan syarat cerai talak tiga sebagai sebahagian daripada sumpah mereka?"

1. Jatuh sumpah atau sah lafaz bai'ah ori PAS berdasarkan apa yang dipaparkan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali,Mustafa dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada 13 November tersebut.

2. Tidak jatuh sumpah atau tidak sah lafaz sumpah jika ia diikuti sumpah dengan makhluk Tuhan yang meliputi Malikat, Nabi Muhamad SAW, Kabah dan Manusia seperti lafaz berikut:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama ALLAH dan BERSUMPAH MENCERIKAN ISTERI SAYA (nama isteri) TALAK TIGA, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.

3. Bahkan, perbuatan Muslim bersumpah dengan makhluk Tuhan itu makruh hukumnya.

4. Bagi saya,PAS, sebagai parti agama, sepatutnya menggunakan sumpah dengan ibadah seperti ... dan BERSUMPAH MENZAKATKAN SEMUA HARTA MILIK AKU KEPADA PARTI PAS ..........

MUBA said...

Datuk,

Nampaknya pemimpim-pemimpin Pas dah jadi tak keruan. Kerana nak berkuasa. Tidak dapat beza antara parti islam dan sekular.

Hairan perkara seumpama ini boleh diterima oleh ahli-ahli yang siang malam bercakap quote quraan dan hadis. Tambahan pula dewasa ini pemimpin-pemimpin dan pengikut parti ramai yang berkelulusan tinggi termasuk hasil dari DEB.

Perangai penyokong-penyokong bola sepak Kelantan di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini tidak sedikitpun menampakkan mereka datang dari negeri yang sudah 20 tahun diperintah Pas. Jelas ada benda yang tidak kena.

Sumpah laknat cerai bini talak tiga. He..he.. satu strategi yang baik. Mungkin Taliban Afghanistan dan Pakistan pun gigit jari.

zainal abidin awang kechik said...

tok..Islam ini mudah jika penganut nya faham apa itu islam.

Yang menarik nya sebagai contoh HAJI.
"HAJI TIADA BACAAN DI DALAM KITA MENGERJAKAN HAJI"WUKUF DI ARAFAH ITU HAJI..
HAJI ITU ARAFAH.
ramai yang ke tanah suci agak susah kerana berdepan dengan suasana 4 juta UMAT ISLAM yang yakin dengan ajaran BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.

sebagai contoh kita berbelanja secawan teh tarik untuk sahabat kita ..kita YAKIN itu juga satu IBADAH.

Tapi kita lihat bila manusia ubah suai selera hidup
maka nya seluruh peraturan dalam islam turut di tukar mengikut selera mereka.
RAMAI YANG YAKIN ADA PARTI POLITIK YANG BOLEH BAGI MANUSIA MASUK SYURGA.
dan ramai juga yang bercelaru..ada yang bercakap tentang agama pun kena permit juga macam permit taxi.
salam saya untuk tok sekeluarga serta berdoa saya moga allah memberi kesihatan sihat kepada bonda tok yang tercinta.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya outstation lagi lepas ni. Tak bolehlah nak komen seminggu-dua ni. Macam biasalah, sebelum berangkat, saya minta maaf jika tulisan saya terkasar bahasa atau ada sesiapa yg terasa. Saya menghormati semua pendapat yg diluahkan dalam forum Dato’ ni. Saya juga tahu bahawa setiap orang merasa diri mereka berada di pihak benar. Cuma janganlah buat buat tak tahu je. Munafik tu tak molek. Berbahas membuka minda tapi janganlah terasa hati dengan tulisan saya ye. Yelah, nak terbang jauh-jauh takut juga jika ada yg tak ikhlas dan terbuku di hati tu.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Dato’ kerana sudi menumpangkan komen saya yg tak seberapa dalam blog Dato’. Seperti Dato juga, saya tak pernah menipu dalam setiap komen saya, cuma kadang-kadang bahasa terkasar sikit dan bagi saya, ianya satu perkara yg adil iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya. Ialah, madu dibalas madu tapi kalau racum dibalas racun. Ituje sebenarnya. Sehingga berjumpa lagi dan 0-0 ye. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam semua.Tiga perkara utama yg menjatuhkan pemimpin.WANG, KUASA DAN PEREMPUAN.Spt kata dato kadir, jika takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai.

Apa yg baik itu, dijadikan tauladan dan buruk itu jadikan sempadan.Tepuk dada tanyalah iman.

Pada pendapat saya cadangan Pak belang itu takkan berjaya sekiranya ketua2 bhg, cawangan, perhubungan umno negeri adalah org yg sama dari dulu sampai skrg.Pegang jawatan sampai berpuluh tahun.Bila step down, pass batton kat anak pulak. Mrk2 inilah yg mencantas peluang org2 muda professional bersaing secara sihat dan membuat mrk meluat dgn kepimpinan umno skrg.

rakyat tak bodoh.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Ada orang (baca: orang-orang) memaki hamun TG Nik Aziz dengan mengatakan bahawa TG Nik Aziz
"berkawan dengan setan, hati busuk, busuk hati, lidah bercabang-cabang, jahat lidah, gila, 'no
insight'".

Saya menganggap orang berkenaan ialah seekor orang-orang. Orang-orang inilah sebenarnya
"setan, berhati kohong, lidah bercabang-cabang, gila dan tidak berperut pedal".
Saya nasihatkan orang ini supaya dia memohon ampun kepada Nik Aziz. Prasangka dia terhadap Nik Aziz teramat buruk dan jahat.

Saya pun memohon ampun kepada dia; "tolong ampun dan maafkanlah saya kerana menyumapah maki anda".
Wassalam.

Anonymous said...

Apa yang sesebuah parti buat dan nampak berkesan makanya kalau boleh biarlah ia menjadi contoh dan ikutan kepada parti lain.

Cuba Dato' bayangkan kalau sumpah yang sama yang di karang oleh Mustafa Ali itu menjadi ikutan oleh ummah yang menjadi ahli DAP dan sumpah berkenaan akan menjadi seperti berikut:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Aksi Demokratik (DAP) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Apakah itu betul atau ada yang tidak kena? Apa jawapannya?

Antihipokrit

Man Ysf said...

Dato',

Cerita cina buta dan cerai talak tiga sudah berakhir.. statement sudah dikeluarkan. Sila rujuk Harakahdaily (Lidah Rasmi PAS) utk statement tentang baiah yg dilakukan.

Bagi saya tak ada faedahnya utk kita berlelucon, berhabis masa dengan benda yang separuh masak ini. Sedap di mulut, puaskan nafsu amarah sahaja.

Sebenarnya semua dah tahu cerita sebenarnya tapi malang kita enggan memasukkan ke dalam kepala. Akhirnya kita tambah-tambahkan cerita seterusnya memburuk2kan lagi keadaan. Tidak membawa apa2 manfaat, yang UMNO tetap UMNO yang PAS tetap PAS.

Sekian dato, saya sedang menunggu cerita dato yang ke seterusnya.

p.s: Tak silap saya 'Cina Buta' kena meniduri isteri baru boleh jadi.. stkt kawin tanpa sentuh then cerai still tak boleh rujuk dengan suami asal yang gila talak itu. Sebab itu namanya 'cina buta' kononnya utk reduce kenikmatan/painful thought atas event 'meniduri' itu.

Che Li said...

Dato,

Puhh, kalau baca komen2 dalam ni, semuanya mengatasi ketereran Dato'. Hebatnya orang kita dalam bab nampak semut kat seberang laut. Tahniahlah House PK, OKJ, esbijay, Muba dan yang setaraf dengannya. Hangpa memang hebat, pasti satu masa nanti hangpa jadi pemimpin hebat...

pakbelalang said...

Nik Hadi Mustafa,

I note your iritation. Dato' Kadir is a professional journalist. This is his blog. I love to comment his writings. Sometimes I take the opportunity to comment something that is out of topic. The reason being I want to share and express my feeling towards certain issues with him. It is up to him whether he wamts to acknowledge my comments by posting them. It is his privilege.
Maybe he wants to extend my comments to the rest of you for reason he only knows. I don't know!!

mtgbertam said...

Dato,

Islam adalah wahyu, terus dari Allah. Huraian dan pengertian mengenai Islam banyak terhurai dalam kitab2 karangan ulama'2 muktabar sejak dahulu, dan kesemuanya dalam bahasa arab. Tafsiran yang sampai kepada kita di nusantara ini hanya sedikit berbanding khazanah sebenar mengenai Islam yang kita yakini, dan yang akan ditanya oleh PENCIPTA di akhirat nanti. Kehebatan para2 sahabat Rasulullah SAW antaranya kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah dan Rasulnya. Ketaatan ini ditafsirkan oleh pemuka2 quraisy sebagai tidak logik. Begitu juga sejarah telah menceritakan kepada kita mengenai para2 wali Allah. Sentiasa mendapat tentangan dari ulama' (su') sezaman. Bahkan, Imam Abu Hanifah (kalau tak silap) yang hafal 1 juta hadith, pengasas mazhab hanafi juga pernah di sebat, dipenjara oleh pemerintah sezaman.

Moralnya, orang awam sentiasa melihat pengamal Islam yang sebenar dari kacamata akal. Yang benar sentiasa daripada yang sedikit (dari al quran). Kata ulama', andai para sahabat Nabi hidup pada zaman ini pasti mereka akan mengatakan umat ini sudah jauh dari Islam, dan umat ini pula akan menuduh mereka para2 sahabat Nabi ini, tidak Islam.

Begitulah, antara wahyu dan akal. Untuk memahami wahyu tidak sama dengan membandingkan ism-ism ciptaan akal.

Saya tetap menyokong wadah Islam, walau tidak menang di dunia.

Anonymous said...

If PAS reps willing to divorce their wifes because of politics; i am sure they are willing to shun the rakyat who do not subscribe to their brand of politics. At least now we can confirm that they are politicians after all. Thank you Khalid Samad for exposing this.

Windtalker

Anonymous said...

Hj Harun Perlis said...

Dato Kadir.

"Awak mesti menjadi ahli Party PAS maka barulah awak dapat memahami konsep perjuangan mereka."

Komen saya:

Salah tu Pak Harun. Yang betul ialah konsep perjuangan ssuatu parti perlu difahami terlebih dahulu maka barulah orang akan menyertai ssuatu parti itu.

"PAS bukanlah parti baru saperti PKR.Ia di asaskan di Tanah Liat oleh Tuan Guru Ahmad Fuad yang asalnya ahli UMNO."

Dalam politik, kematangan bukanlah ukuran mutlak sesuatu parti itu akan diterima dan disukai ramai. Matang dari segi usia tetapi kuno dari segi pendekatan sudah tentu akan ditolak.

"Dari segi tradisi dan sejarah ia nya telah mengelami bermacam cubaan baik dari dalam maupun luar party."

Cabaran bukan saja berlaku kepada Pas malah semua parti politik di dunia ini berdepan dengan cabaran. Itu adalah asam garam keidupan.

"Ia pernah menjadi ahli BN apabila UMNO waktu itu mengalami kemerosotan dari segi sokongan orang Melayu salepas 13 Mei.Kemudian apabila UMNO sudah mendapat kekuatan samula maka ia menendang PAS keluar dari BN."

Tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Kesudian Pas menerima dengan tangan terbuka kehadiran DAP dalam hidup mereka meskipun sebelumnya mereka ibarat anjing dan kucing, adalah bukti kukuh tentang hakikat berkenaan. Dalam perkahwinan juga sama. Ada yang kekal dan ada yang tidak tetapi agama masih membenarkan lelaki rujuk semula selepas talak tiga dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Oleh itu konsep talak dan rujuk eloklah dijadikan pedoman iaitu kalau boleh biarlah sesama ummah kekal bersatu.

"Nik Aziz maseh hidup sebab itu ia tahu bagaimana bagaimana sereknya Pengelaman Pas waktu itu.Nasaruddin maseh kechil dan hingusnya belum kering di hidungnya."

Sepatutnya tidak ada perkataan serik dalam kamus mukmin. Mereka yang serik adalah ibarat mereka yang terlalu beremosi apabila berdepan dengan sesuatu kejadian tanpa mahu menilai semula sebab musabab dan enggan menerima hakikat bahawa di sebalik kejadian yang dilihat secara negatif itu tersembunyi perkara-perkar yang positif.

"Jadi Dato,tak usahlah menyebok sangat dengan PAS ini.Mereka TAHU APA YANG MEREKA BUAT.Nampak pelek bagi UMNO dan kuncho2nya,tapi itu lah PAS."

Kejayaan PR dalam PR12 adalah kerana mereka menyibukkan diri mencari dan mendedahkan apa yang ada dalam bahtera BN! Oleh itu tidaklah salah kalau diri mereka (PR) sendiri di pantau dan didedahkan kepada umum. Itu adalah halal dalam konteks politik. Yang sepatutnya dielakkan ialah membuat anggapan yang PR adalah makhluk yang tidak boleh disentuh dan dikritik cuma kerana kesemua mereka memakai topeng agama.

ALPASIKU

UMNO said...

Kata pada awal artikel "tak nak ulas bai'ah PAS"...tp tgk keseluruhan artikel lebih ulas dari pengulas..kahkahkah..poyo la hang.

- Hj. Ilias
UMNO Padang Besaq.

Qaseh Bonda said...

Orang Melayu zaman siber memang pakar belitkan fakta...tak payah nak buat2 keliru...

Fakta yang mudah dia kata auta...nak kenal pemimpin kena tengok macamana dia cipta keluarganya..

Cuba ambil mudah dengan hati terbuka...baru kita tak dapat nak memperlekehkan makna perjuangan...

Tak perlulah nak jadi pakar agama baru kita nak nilai makna talak tiga...

Rumah tangga adalah satu institusi kerajaan kecil...
Nakhoda yang mengemudi pasti sudah bijak melayari bahteranya...tatkala terumbang ambing dilautan penuh pancaroba dia juga pasti pembantu yang yang ada adalah pilihan tepat...

Pendek kata jodoh pertama pilihan Tuhan...walau apa pun yang terjadi..dia samasekali takkan melepaskan yakni menceraikan isteri pertama..

Andai dibuang tunngoi yang mula takkan bisa jumpa bahagia..itu pesan orang tua2...simpanlah tunggoi lama... itu azimat yang Tuhan beri pada yang bernama LELAKI...tak puas rasa dihati, dia boleh bina tunggoi lagi mengikut syara'bahkan diseru bila dia mampu...

Jadi orang yang mencipta sejarah ini pastinya sudah masak tentang makna perkahwinan dan perjuangan..

Lelaki yang seperti AlQamah tak layak jadi pemimpin..
Apatah lagi yang buang tunggoi...

Wanita yang jadi wakil rakyat sudah pasti melambangkan dia dah cukup bina keluarga jadi apalah salahnya dia keluar membantu...
berkongsi kepakaran dan idea..

Bandingkan Dr Halimah,Shahrizat dan Dr. Lo Lo...

mei kita tanya orang lelaki...yang mana satu tuan2 pilih untuk didik anak remaja zaman siber ni..

Jadi tak perlu kita mempersendakan ilmu hakikat ini...

saji said...

Sdr esbijay

Sdr tanya, " Adalah lebih sempurna kalau lafaz bai'ah di buat begini
".........seandainya saya lompat parti saya akan potong kaf wau ta ya saya!" dan kalau wakil rakyat perempuan pula;" ....saya akan cilikan pa wau kaf ya saya!!"

Tidak sah, walaupun didahului dengan lafaz aku bersumpah DENGAN Allah, atas alasan ia dikategorikan sebagai bersumpah DENGAN makhluk Tuhan. Bahkan makhruh bersumpah dengan makhluk demikian.

Hafiz S said...

Dato'

Sedangkan org yg dah berkahwin boleh bercerai.

Ni politik, you can be like brothers one day and a sworn enemy the next day.

In politics nothing is permanent, so, if someone dah tak sehaluan, tak kan nak jadi dungu and tunggu..so terpaksa keluar la dari parti tu.

Ni nampak gaya if you nak bertanding di bawah bendera PAS, it is a point of no return for you. Basically the Bai'ah set by PAS it is worst than selling your soul to the Devil...

nik hadi nasharudin mustafa said...

Barulah saya dapat simpulkan kenapa PAS berkawan dengan DAP.

Kerana adanya bai'ah talak tiga ni, wakil rakyat PAS perlukan cina buta. Dan dimanakha terdapat ramai cina buta kalau bukan DAP.

Memang pandai PAS mengatur strategi. Kesian DAP jadi cina buta.

saji said...

Sdr Man Ysf,

Sdr kata, " Tak silap saya 'Cina Buta' kena meniduri isteri baru boleh jadi.. stkt kawin tanpa sentuh then cerai still tak boleh rujuk dengan suami asal yang gila talak itu. Sebab itu namanya 'cina buta' kononnya utk reduce kenikmatan/painful thought atas event 'meniduri' itu."

Betul. Tetapi, lebih jelas jika perbuatan meniduri isteri itu melibatkan JIMAK.

saji said...

Sdr antihipokrit

Sdr kata/tanya, "Cuba Dato' bayangkan kalau sumpah yang sama yang di karang oleh Mustafa Ali itu menjadi ikutan oleh ummah yang menjadi ahli DAP dan sumpah berkenaan akan menjadi seperti berikut:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Aksi Demokratik (DAP) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Apakah itu betul atau ada yang tidak kena? Apa jawapannya?"

1. Kalau calon DAP itu Muslim orangnya, bukan sahaja jatuh sumpahnya atau sah lafaz sumpahnya, bahkan mendapat pahala, atas alasan sumpah merupakan hukum dalam perundangan Jenayah Islam yang diterangkan dengan jelas dalam bentuk takrif, rukun, syarat sah penggunaan dan contoh2 penggunaan seperti hukum2 Islam yang lain.

2. Jika calon DAP itu bukan Muslim, jatuh atau sah sumpahnya, dalam erti kata ia diterima sebagai telah memenuhi rukun dan syarat sah pelaksanaan sistem sumpahan Islam (jika sudah diwujudkan), tetapi perbuatannya lagha atau tiada pahala baginya.

Sama kedudukannya dengan kes bukan Muslim yang mengguna pakai sistem perbankan Islam, sistem insuran Islam dan pajak gadai Islam yang seadanya itu.

Unknown said...

Asm... Datuk

Sekali lagi cerita Datuk mengundang komen yang panas!panas!panas!panas!
Yang UMNo dok PAS tu pasai apa. Biasalah macam hidup berumah tangga. Bila masa lidah tergigit, akan trerlontarlah macam-macam yang tak elok. Tapi lepas tu bila suami isteri dak baik semula yang tak elok tu dilupakan terus. Ni yang dok sibuk-sibuk UMNO dok jaja melalui media tajaan dia buat apa.Dok tak dok sapa tu pemimpin UMNO lak yang keluagkan pasai baiah ni. Yang dok pi layan isu ni buat apa. Ni yang tak berapa cerdik pemimpin PAS ni, dah tau adat orang berkelahi, mesti cari saja kut-kut ada benda yang boleh pulas, boleh cubit sana, boleh luku sini, mesti dia buat.Yang dok bagi peluang kat dia pasai apa?
Nak kata bangang pun, pandai-pandai belaka.
Pada satu perspektif lain saya 'salute' juga pemimpin PAS ni. Ye le bila sanggup baiah begitu,(kalau betullah bagai diuar-uarkan) jelas menunjukkan yang mereka ni tak main-main dengan amanah. Mereka sanggup mempertaruhkan sesuatu yang amat mereka hargai dan sayangi iaitu bini mereka.Rasa saya iman pemimpin PAS ini memang cukup kental sekali. Saya rasa suatu masa dulu ketika Kelantan hanya mamerintah dengan kelebihan satu adun sahaja,pasti ada tawaran yang menggiurkan adun-adun Kelantan tersebut.Mana mungkin tak ada pancingan daripada pihak yang satu lagi.Buktinya di Perak yang lebih tiga adun senang-senang makan mata kail 'buta'.
Apapun isu ini tak bawa kemana.Tak akan tergugat PAS dek kerana baiah yang diuar-uarkan itu. Mereka yang menyangka ala teruknya PAS sebab baiah tu memang tak dapat melihat kilauan cahaya akibat jerubu yang tebal. Mana isu yang lebih teruk baiahkah atau isu PKFZ? atau isu kematian Teoh Benh Hock? atau isu landasan keretapi berkembar yang dikaitkan dengan ketua hakim negara? aatau isu rumah bekas MB Selangor yang berjuta-juta tu? atau isu memperbodoh-bodohkan kakitangan awam yang menuntut bonus sedangkan kerajaan beriya-iya teringin berlumba di litar formula one, atau isu memperuntukkan berjuta-juta kepada Permata Negara sedangkan peemerkassan boleh dibuat melalui pra-sekolah atau Taddika Kemas atau Tadika Perpaduan atau Tadika-tadiaka swasta yang lain yang begitu baanyak sekali. Kenapa perlunya lagi Permata Negara.Peruntukan tu pula bukannya untuk 100 peratus untuk pembangunan anak-anak melainkan lebih kepada perbangunan fizikal yang lebih bercorak projek.
Jasdi lu fikirlah sendiri.

pakbelalang said...

Anwar is now the Selangor economic advisor for RM 1 !! Really that dirt cheap for a former Finance Minister! What a joke !!

You pay peanut, you will get monkey as the saying goes !!!

Khalid shouldn't have mentioned at all the token RM1 salary. Wrong strategy. Now people are making fun out of that statement including Che Det !!

Khalid tak pandai politik !! Selalu cakap tersasul !!!Tak fikir dulu apa reaksi orang ramai terutama sekali musuh politiknya.

Saya cadangkan Khalid letak jawatan MB dan juga wakil rakyat kawasan dia. Gantikan Anwar supaya Anwar jadi MB Selangor. Kalau tak dapat jadi Perdana Mentri jadi Mentri Besar pun OK lah !!!

Anonymous said...

Ramai yang berdegar-degar komennya, tapi hanya tahu separuh cerita, malah ada yang memomokkan bai'ah dengan memberi contoh untuk DAP.

Bukan Khalid Samad yang mula tapi Hasan Ali masa jumpa dengan blogger UMNO.

Malah tukang karut ramai yang sengaja tak memandang fakta yang sesungguhnya amalan bai'ah talak ini bukan amalan PAS keseluruhan, hanya kes yang khusus sahaja.

Malah ramai yang tak menyebut yang Khalid Samad buat bai'ah begitu dengan restu isterinya.

Jangan bawak mulut dengan separuh cerita. Nanti jadi fitnah.

Dan jangan over bila ulas pasal ugama bagi yang tak cukup ilmu. Itu jahil namanya.

Fed Up

Anonymous said...

Datok dan para pendebat semua, assalamualaikum,

1. Tahniah kepada media perdana dan media alternatif kerana berjaya mememainkan peranan.

2. Dula hanya media politik macam Harakah, Rocket dan Suara Keadilan saja yang jadi saloran Pas, DAp dan PKR.

3. Sekarang semua media perdana dan alternatif sudah siar berita semua parti politik.

4. Bagus macam itu. Sekarang baru kita tahu hati perut dan mulut semua ahli politik kerajaan dan pembangkang. Dulu ahli politik BN saja macam macam Nazri Aziz dan Sami Vellu busuk hati dan mulut.

5. Sekarang kerana media perdana dan media alternatif sudah siar berita semua parti dan ahli politik pembangkang pun sudah guna media perdana dan media alternatif, barulah kita tahu mereka pun busuk hati dan busuk mulut.

6. Tahniah media perdana dan media alternatif macam Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysian Insider dan blog-blog macam blog Datok.

Media Tua

ghostWRITER said...

hai,
sekarang ni talak dan cerai serupa macam mainan pondok-pondok masa kecik dulu, kahwin olok-olok, masak olok-olok, anak pun olok-olok, bila petang mak ayah panggil balik maka berceraila mereka. cuma situasi kini, bukan kanak-kanak lagi dan bukan olok-olok lagi, semuanya adalah realiti Parti yang menggelarkan diri sebagai Parti Islam Se-Malaysia.

ghostWRITER
http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

Dato..masa kecil2 dulu pernah makan BELALANG x?

I am quite puzzled with Dr M statement that "Datuk Seri Anwar Ibrahim does not know anything about the economy."

I am not a fanatic of either Dr M or Anwar. I believe in giving a credit when it is due.

The fact that Anwar was appointed by Dr M during the good old days showed that Dr M was not speaking the truth about Anwar's capabilities. The appointment of a minister and the assignment of his/her portfolio has been the SOLE prerogative of the Prime Minister.

So, if Anwar was stupid and the person who wanted to appoint him knows about Anwar's stupidity (about economy), let the Malaysians judge about who was worse than the other.

zaleha

Anonymous said...

Belalang..

Good if he can bankrupt Selangor. At least if the Selangor falls, there is nothing left for the next government to plunder. At least we can have a name to lay the blame, and to be held accountable, by the same token, with so many alleged scandals and multi billion Rm.loses in mega projects past and present, and some during his long reign, we have yet to have anyone to blame and worse, not even one held accountable yet!!!
Haha, go ahead Anwar, bankrupt Selangor if you can.

Khalid tak pandai politik katanya...hahha..

Sebab too much of politik la malaysia tak boleh nak maju..

Asked if progress is at the risk of democracy, Mahathir said too much freedom and democracy can cause the priorities of the country to change.

“It can be a hindrance if a country decides to spend more time on democracy rather than develop the country. How can you develop your country when you spend time politicising,” Mahathir, Speaking at the Asia-Europe Eminent Persons Lecture Series today,

Man Kidal

Anonymous said...

Saji,

Anda kata sumpah Mukmin DAP adalah sah dan dapat dapat pahala? Persoalannya apakah anda mahu menafikan siapa DAP?

Sebelum ke situ, ayuh lihat dari sudut yang lain. Katakan anda tinggl di AS dan anda berada dalam kem Demokrat.

Apakah anda sanggut bersumpah taat dan setia dan sanggup dilaknat walhal anda tahu bahawa demokratlah yang buat keputusan menghantar GI blues ke negara-negara Islam untuk membuat onar dan kerosakan?

Dalam konteks tempatan bukankah DAP telah membuat keputusan yang mereka tidak sama sekali akan berkompromi dengan PR bagi meneruskan agenda agama mereka? Apa maksud pendirian berkenaan?

Dan anda dengan yakin mengatakan mukmin DAP mendapat pahala? Saya sangsi.

Antihipokrit?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Zaleha (Anonymous), antara lain menulis:

"Dato..masa kecil2 dulu pernah makan BELALANG x?"

Pernah. Orang Kedah kata belalang peroi.

Pada musim tertentu, belalang peroi ini begitu banyak seakan-akan locus.

Boleh goreng garing (deep fried) atau dipais (grilled).

Zaman dulu di kampung macam-macam kita makan -- buah keduduk dan buah letup, kulat tahi kerbau dan kulat kayu, daun sekentut dan belut.

Orang kampung kita dulu sama hebat dengan orang Perancis fasal makan makanan eksotik. Depa pun dalam diam-diam eroktik juga!

Terima kasih

A KADIR JASIN said...

Pembahas Zaleha (Anonymous), antara lain menulis:

"Dato..masa kecil2 dulu pernah makan BELALANG x?"

Pernah. Orang Kedah kata belalang peroi.

Pada musim tertentu, belalang peroi ini begitu banyak seakan-akan locus.

Boleh goreng garing (deep fried) atau dipais (grilled).

Zaman dulu di kampung macam-macam kita makan -- buah keduduk dan buah letup, kulat tahi kerbau dan kulat kayu, daun sekentut dan belut.

Orang kampung kita dulu sama hebat dengan orang Perancis fasal makan makanan eksotik. Depa pun dalam diam-diam eroktik juga!

Terima kasih

saji said...

Sdr antihipokrit (4:34pm)

1. "Anda kata sumpah Mukmin DAP adalah sah dan dapat dapat pahala? Persoalannya apakah anda mahu menafikan siapa DAP?"

Tolong baca baik2 keseluruahn respon saya sebelum menyoalnya.

1. Kan yang saya kata sumpah Mukmin DAP sah dan dapat pahala jika sistem sumpahan Jenayah Islam telah diwujudkan di negara ini seperti sistem perbankan Islam, sistem insuran Islam dan pajak gadai Islam?

2. Kan DAP parti politik yang sah di bawah akta penubuhan parti politik negara, di samping ahli dan penyokong bukan Islamnya membayar cukai dan tidak pernah memerintah negara ini, hatta membunuh umat Islam sebagaimana yang dilakukan oleh parti pemerintah umat Islam sendiri seperti yang didakwa oleh orang PAS?

3. Sdr kata, "......, ayuh lihat dari sudut yang lain. Katakan anda tinggl di AS dan anda berada dalam kem Demokrat.

Dan tanya, "Apakah anda sanggup bersumpah taat dan setia dan sanggup dilaknat walhal anda tahu bahawa demokratlah yang buat keputusan menghantar GI blues ke negara-negara Islam untuk membuat onar dan kerosakan?"

Saya hanya akan bersumpah jika negara US itu mewujudkan sistem sumpahan Jenayah Islamnya.

4. Dalam konteks tempatan bukankah DAP telah membuat keputusan yang mereka tidak sama sekali akan berkompromi dengan PR bagi meneruskan agenda agama mereka? Apa maksud pendirian berkenaan?

Apa yang saya tahu, DAP cuma tidak setuju dengan agenda Jenayah Islam melibatkan hukum Hudud, khasnya.

Namun, saya percaya mereka akan setuju dengannya suatu hari nanti, apabila terbukti suatu hari nanti bahawa;

pertama, hukuman Jenayah Sekular negara melibatkan hukuman penjara, sebat, denda, kerja sosial, pardon dsb tidak mampu memulihkan penjenayah, keadaan penjara negara menjadi terlalu sesak kerana kerajaan tak cukup wang untuk membina penjara baru dan bukan Islam lebih banyak melakukan jenayah Hudud, berbanding dengan orang Islam kita.

dan kedua, hukum2 Islam lain dalam bentuk jual beli/kontrak muamalat Islam banyak menguntungkannya seperti yang ditawarkan oleh institusi2 kewangan Islam yang tidak perlu dijelaskan.

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum yang berbahagia Datuk A. Kadir Jasin,
& semua yang melayari blog ini,

Bagi PAS, bai'ah talak tiga bukan apa-apa, bukan isu. Apalah sangat menyandarkan - sebenanya memeras-ugut - talak dan kehormatan institusi rumahtangga berbanding dengan sikap TIDAK MAHU menepati larangan keras Allah yang begitu jelas di dalam mafhum ayat 28 Surah Ali Imran dan ayat 51 Surah al-Ma'idah. Sangat menyedihkan!
Kalaulah sahaja kita dapat
memahami dengan pemahaman yang sejernih-jernihnya takrif politik mengikut makna politik manhaj nubuwwah (politik mengikuti jalan kenabian), kita (dan seluruh umat Muslimin tidak kira daripada parti politik apa pun) pasti hanya memberi bai'ah kepada seorang Khalifah: bai'ah pertama untuk melantiknya, dan bai'ah kedua untuk mentaatinya bagi mengurus seluruh aspek kehidupan kita yang mencakup urusan politik/ pemerintahan/negara, undang-undang/uqubat, sosial, ekonomi,
pendidikan, diplomatik dsb hanya dengan hukum syara'- syari'at.

Saya doakan semoga saudara-saudara saya, untuk kali ini yang di dalam PAS, ditemukan Allah jalan politik yang benar & lurus sehingga menemui permata bagi menggantikan kaca yang antum sangkakan geliga. Antun diucapkan ahlan wa sahlan bersama kami di dalam HTM.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).