Tuesday, November 17, 2009

Kemelut Politik Nasional: Dari Kota Mekah Ke Kota Siputeh

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, Nov. 18] -- JUST a thought. The Election Commission can, on the legal/technical ground, appeal against the High Court decision.

But morally the recalcitrant BN State Assemblyman no longer has the moral authority to stay on and be called Yang Berhormat. There’s no “hormat” whatsoever in his infantile behaviour.

We should just shoo him along and the EC should just prepare for a by-election.

[Original Post]

PERINTAH Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 16 November mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong menggambarkan betapa parti-parti politik nasional masih belum sembuh daripada masalah kronik.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Abu Hassan Sarif tidak hadir dua persidangan DUN tahun ini.

Apa sudah jadi dengan politik nasional kita? Kalau Barisan Nasional lemah, Pakatan Rakyat nampaknya tidak lebih kuat. Umno ada masalah. MCA ada masalah. Pas ada masalah. PKR apa kurangnya. Yang nampak “steady” sikit adalah DAP. Itu pun belum tahu.

Dalam Pas, kelompok Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegang leher dengan penyokong Abdul Hadi Awang sampai kena adakan seminar khas. Serentak itu muncul kontroversi mengenai cerai talak tiga dalam sumpah setia laknat parti itu.

Duduk tak duduk, Nik Abdul Aziz didedah menerima “sponsorship” kelas platinum bernilai RM65,000 ke Mekah dan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman, dilantik CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang Nik Abdul Aziz pengerusinya.

Kerana orang ramai sudah tahu, terpaksalah Nik Abdul Aziz membatalkan perjalanan hajinya kali ini. Tajaan RM65,000 itu boleh menghantar ramai fakir miskin ke Tanah Suci atau memberi makan anak-anak yatim dan ibu tunggal kalau si penderma yang baik hati itu mahu!

Nik Abdul Aziz Ketua PR?

PKR pula dikejutkan apabila pemimpin loncatan terbarunya Zaid bin Ibrahim mengatakan Nik Abdul Aziz adalah orang yang paling sesuai memimpin Pakatan Rakyat apabila ia didaftarkan secara rasmi.

Ini memaksa Ketua Umum PKR merangkap “Shadow Prime Minister” (PM bayang-bayangan), Anwar Ibrahim menyangkal dengan mengatakan bahawa itu adalah pendapat peribadi Zaid.

Tetapi kenyataan Zaid itu membawa erti yang besar kerana dia adalah Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat. Jelas Zaid memikirkan kelangsungan (survival) PR daripada aspirasi politik Anwar apabila dia membayangkan Nik Abdul Aziz sebagai calon unggul pengerusi PR.

Tetapi itu sebelum Nik Abdul Aziz didedah menerima tajaan platinum ke Mekah dan sebelum menantunya dilantik CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Zaid seperti kita maklum adalah anak Kelantan.

Sama ada secara kebetulan atau bagi menyanggah cadangan Zaid melantik Nik Abdul Aziz sebagai ketua PR, Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) melantiknya Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan gaji RM1.

Semua penyakit politik ini, tidak kira yang menjangkiti BN atau PR, bukan sahaja mengelirukan rakyat jelata yang sangat-sangat dahagakan pembelaan, malah lebih teruk daripada itu ia menakutkan pelabur dalam dan luar negara.

Silap-silap hari, arus politik nasional sekarang boleh menterjemahkan peribahasa menang bersorak kampung tergadai menjadi kenyataan, khasnya bagi orang Melayu dan Bumiputera yang serba daif.

Ayam sabung kita mungkin menang tetapi tanah bendang kita jadi milik orang. Apatah lagi kalau ayam sabung kita itu ayam “sponsor.”

Umno Kedah Mamaikah?

BERBALIK kepada kes Abu Hassan ini, bayangkan seorang wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh pengundi dan telah mengangkat sumpah dilucutkan jawatan oleh mahkamah kerana tidak hadir sidang DUN.

Katalah apa yang hendak dikatakan dan berilah apa pun juga alasan, seorang Adun tidak hadir sidang tanpa alasan dan tanpa mengikut peraturan sehingga dilucutkan jawatan tidak masuk akal.

Meminjam bahasa semasa anak muda, apa sudah jadi dengan si Mamat ni? Ke mana sikap dan sifat tanggungjawab dia. Apakah dia ini seorang yang tidak ada akhlak? Apa yang ketua dia Mahdzir Khalid (bekas Menteri Besar) buat? Apakah kerja Pengerusi Umno dan BN Kedah? Apa kerja Whip BN dalam DUN Kedah? Semua ralek?

Kalau inilah tahap prestasi dan tahap akhlak kepemimpinan Umno dan BN, maka susahlah bagi sesiapa pun menyokong dan mereka. Sebaliknya orang yang cuba menyokong dan mempertahankan mereka akan dicaci dan dikeji.

Kalau inilah tahap prestasi dan tahap akhlak kepemimpinan Umno dan BN Kedah, nampaknya malaplah cita-cita besar mereka hendak menakluki semula negeri itu daripada Pas.

Saya tidak perlu memberitahu orang macam Abu Hassan, Mahdzir dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang baru, Mohd Shafie Apdal, bahawa orang Umno pun selesa dengan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu, Kerajaan Pas Kedah yang dipimpin oleh Azizan adalah antara kerajaan negeri pembangkang yang paling “steady” dan tanpa kontroversi kecuali kes rumah sembelihan babi di mana DAP yang ada hanya satu kerusi berjaya “memeras ugut” kerajaan pimpinan Pas itu.

Malah orang Pas sendiri sudah mula membandingkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti mereka seperti Kedah, Kelantan dan pada suatu waktu dulu Perak.

Dengan imej kerajaan pimpinan Pas yang tidak banyak catat cela di Kedah, adalah satu tugas berat bagi BN mempertahankan kerusi Kota Siputeh jika (atau apabila) berlaku pilihan raya kecil.

BN menang tipis kerusi ini. Abu Hassan mengalahkan calon Pas Ismail Wan Teh dengan hanya 495 undi sahaja. Abu Hassan dapat 8,160 undi dan Ismail 7,665.

Peristiwa seperti ini dan orang macam Abu Hassan inilah yang menyukarkan usaha memulihkan imej Umno dan BN. Inilah jenis penyokong setia yang akan membawa rebah kepada Umno dan BN.

67 comments:

mananbuyong said...

Saya merasai 'frustrasi' Datok..

Bingung kita memikirkan mengapa terjadi begitu! Apa yang tersangkut di-benak orang ini sehingga begitu tindakan (atau tiada tindakan)untok menjalankan tanggungjawabnya.

Kenapa dia nampak terpisah dengan aspirasi parti dan rakyat yang memilihnya? Sungguh kita tidak faham.

Kalau mengikut cakap masa muda orang Perak dulu kita akan bertanya: " Ape ke jadahnye..!!"

Unknown said...

Tidak dinafikan semua parti samada dalam PR atau BN memang ada banyak masalah dalaman. Ada tiga tahun lagi untuk pilihanraya umum. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk masing-masing untuk buat pembedahan kepada parti masing-masing. Kalau tunggu dekat pilihanraya nanti baru nak buat pembaharuan dan perubahan, kacau nanti.

lilitserbanataspala said...

ini yang dikatakan..

"BN MENANG KEDAH SENANG
BN KALAH KEDAH SEJAHTERA"

UMNO Kedah sebenarnya masih berasa diri tu selesa. Tak penah sedaq diri kata diri tu dah jadik pembangkang. Apa nak susah jadik pemerintah kaa pembangkang kaa, yang penting masyuk.

Sapa yang kami xberkenan, nak amik kerusi kami, sapa yang pandai.. kami kaih.. kami cantaih.. janji semua peruntukan masih dapat kat kami. Sedangkan bekas PM pun kami bleh buat.. inikan pulak orang kebanyakan.

Penyakit orang UMNO dari dulu, kini dan selamanya.

Sakit hati kalau nak sembang pasai UMNO Kedah ni.

p/s: Ada yang mengatakan Kota Seputeh ni strategi UMNO. Strategi UMNO untuk merampas Kedah. Wallahualam.

ab said...

Salam Dato,


Orang kota dan bos bos sering beranggapan mereka lebih pandai,lebih cerdik,bolih buat berbagai perkara,dan kehidupan mereka lebih baik dari yang lain-lain.

Bos-bos selalu kata mereka yang betui,orang lain tak betui langsung,tak logik langsung dan tiada vision masa depan bangsa dan negara....


WAHAI ORANG ORANG KOTA DAN BOS BOS,
sekarang ini musim duit dollar-yuan tengah turun dan interest rate rendah di hampir kesemua negara. Inflasi pun tak la tinggi sangat.

Bank-bank,hedgefund, institusi pencen,kompeni kecil dan besar tengah ligat pinjam duit sebab faedah rendah,pinjamkan balik kat gomen dapat pulangan tinggi,beli saham meruap,spekulasi duit datang balik,dan spekulasi bon macam macam jenis,sat lagi spekulasi harta commercial ie hotel,kapal terbang,minyak,bahan galian lain dll akan bertambah...

KALAU KERAJAAN ATAU BANK NAIKKAN INTEREST RATE sekarang,bolih lingkup bank sebab duit-duit panas ni akan kepung bank-bank itu dan tak terlarat bank nak bayar interest kat depa ni...

KALAU INFLASI NAIK PULAK,kerajaan kena naikkan interest rate, bolih loghrat lagi bank dan kerajaan nak bayar pulangan tinggi keatas pinjamam kerajaan dan bond,bank kena tambah lagi bayaran simpanan...hutang orang biasa pun kena tambah bayaran balik pinjaman...

PENIAGA dan PENGILANG serta orang ramai akan sukar berniaga,LEBIH BAIK DAN CEPAT simpan duit kat bank,ambil faedah....KALAU BELI SAHAM dan jual lagi cepat dapat duit (atau HILANG duit!)..

PNB,TH,EPF,LTAT,FELDA,RISDA dan
lain-lain kena GET READY..kena sedia bayar dividen lagi tinggi dan bonus juga nanti ni....

THE BIGGEST ISSUE is, di tahun 2010,2011,2012,2013 BOLE KA bos-bos dan orang kota ni bayar dividen
tinggi kepada orang-orang luar kota/luar bandar/kampung?..


JIKA KEADAAN ini berterusan duit ringgit dan lain-lain akan lebih mahal dari dollar-yuan, maknanya
lebih murah barangan dan services
dari negeri China dan barangan dan sevices negeri kita dan lain-lain jadi lebih mahal....

Barangan dan eksport kita akan berkurangan laa nampaknya ni,

KALAU BOS BOS DAN ORANG ORANG KOTA SILAP KIRA,silap anggap,masih dok fiqiaq lebih pandai,lebih cerdik,visi tersangat baik,hidung tinggi,jalan berdabik dada... `MAHKAMAH' PALING BERKESAN, pru 13
nanti bolih kacau bilau...

MACAM ADA ain' pakej ransangan(cap duit baru) tahun 2010(2011, 2012, 2023?) disamping bajet deficit berterusan?....

BOS BOS bole teruskan bergaduh..!!.
BUKAN ada pa pun nak buat la ni,semua tak cukup duit punya hal!.
Kalau gaduh bolih masuk `paper' radio dan TV,ada laa sikit publisiti, TAK BEGITU??.

GADOH bos, gaduh...jangan lupa panggil reporter dan juru kamera!!


Abu Bakar Ab Rahman

Semerah Padi said...

Salam Datuk,

Parti politik bercelaru, sedikit sebanyaknya kerana pemimpinnya. Bukan sedikit, tapi banyak, agaknya. Begitulah juga dengan negara yang diterajui PM.

Kepercayaan semakin pudar. Yang tinggal tidaklah banyak sangat lagi.

1. Dulu bising2 menentang Omar Ong drp menjadi pengarah Petronas. Tup-tup, main silapmata, jadi juga, malah desas desus akan makin power!

2. Cerita IJN pun lebihkurang sama. Belum tentu lagi IJN tu kekal begitu sebelum "dirampok". Silapmata belum habis lagi ni.

3. Bajet maiden pun bukanlah gah sangat pun. Lebih banyak kedengaran orang mengomel dari memuji. Alih-alih flip-flop juga pasal usia kereta 15 tahun. Harap2 charge credit card mcm Nuar buat dulu, akan flip-flop juga. Kekadang, baik juga flip-flop ni.

4. Dasar liberalisasi buat orang Melayu lemah jantung, dup dap dup dap, terpinga-pinga, tertanya-tanya apakah wisdom disebalik tindakan Najib.

5. Airport Labu dah senyap. Belum tentu terus senyap.

6. Budak-budak tingkat 4, nampaknya galak melompat kembali.

7. Dengar kabar, anak menantu lama, nak jadi ahli kabinet tak lama lagi?

8. Selepas Prof. Khoo bercakap, ramai yang menyokong Sekolah Satu Aliran. Bloggers pun dari kedua-dua belah, termasuk yang di tengah-tengah pun suarakan sokongan. Tapi, nampaknya suara Dong Ziong lebih kuat kat telinga PM?

Sampai bila nak "apologetic" ni?

Mana boleh memanjang dok "play safe".

Apa mungkin UMNO boleh turut jejak MCA? Adakan EGM sebelum PRU. Ku Li pun mungkin dah tak ada masalah kuota lagi.

Bagaimana, Jib?

"Negara kita Malaysia"

Semerah Padi

Abdullah Ngah said...

Mahkamah lucutkan Abu Hassan wakil rakyat DUN Kota Seputih, Kedah dikatakan tak masuk akal.

Pada hal kes itu adalah kes undang undang dan mahkamahlah yang layak membuat keputusan.

Kalau lawan keputusan mahkamah bermakna menghina mahkamah. Tapi orang UMNO kebal. mereka tidak salah dan tidak boleh didakwa.

Yang masuk akal SPR buat keputusan bahawa kerusi Kota seputih, tidak kosong, sedangkan SPR tiada autoriti dalam membuat sebarang keputusan bersabit dengan kes undang undang.

SPR ditugas dan bidang tugasnya ialah mengadakan pilihanraya umum atau kecil jika dimaklumkan oleh Y ang Di Pertua Dewan dewan undangan

Itulah tugas SPR. Tapi malangnya SPR ambil alih bidang tugas mahkamah.

Peliknya keputusan itu masuk akal manakala keputusan mahkamah tidak masuk akal.

Mungkin itulah akal yang dimiliki oleh orang UMNO.

Yang salah dikata betul dan yang betul dikatakan salah.

Yang membimbangkan kita takut takut yang haram dikatakan halal dan yang halal dikatakan haram.

Minta dijauhkan segela itu, kerana mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram hukumnya kafir.

Bimbang juga takut takut ada yang mengatakan kafir dan Islam sama sahaja, macam dikatakan semua agama itu sama sahaja.

Kita kena ingat juga bahawa semua agama yang diturun kepada nabi nabi adalah islam. yahudi juga pada asalnya islam dan ramai Yahudi dilantik jadi nabi, tetapi mereka jahat dan degil pinda agama Islam itu menjadi agama sendiri dan terbatallah Islamnya.

Roti Planta said...

Dato',

Sponsor ke Mekah kepada TGNA hanay nampak tidak wajar jika memakai baju Menteri Besar tetapi telah menjadi budaya berzaman di Kelantan dimana orang berduit membawa Tok Guru ke Mekah. Semasa disana bolehlah Tok Guru memberi tunjuk ajar dan panduan mereka. Lagi pun bagi kami, ini juga melambangkan hormat kepada tok-tok guru. Malah kalau dihisab, ramai tok guru, tok guru mengajar Quran, ustaz dan sebagainya ditanggung oleh anak2 murib yang telah berjaya. Tahukah Dato bahawa TGNA tidak pernah mengambil elaun2 yang layak bagi MB selama 19 tahun!

Amboi Dato', duit RM60k tu boleh tanggung ramai ibu2 tunnggal dan orang miskin. Rasanya duit kapal selam RM100 juta tu kalau dijimatkan boleh tanggung lagiii ramai ibu tunggal dan orang miskin. Duit PKFTZ tu pula boleh buat rumah kepada semua orang miskin...

Bye/ Roti Planta

Shah Firdaus said...

Salam Dato'

BN yang dahulu dikenali sebagai Perikatan telah memerintah negara ini sejak tahun 1955 lagi..kini pada tahun 2009....apa yang jelas ialah parti-parti komponen dalam BN jelas terus bermasalah samada sesama parti komponen atau didalam parti itu sendiri..

Lihatlah pelbagai masalah yang melanda di dalam parti2 komponen BN...UMNO yang jelas masih mempunyai pelbagai masalah dari segi kepimpinan,dari segi budaya berpolitik dan berkhidmat,dari segi kredibiliti dll....semuanya disorok dari pengetahuan umum dan media massa...

Apa yang jelas ialah banyak lagi masalah yang tidak diselesaikan di dalam UMNO ..dan dibiarkan begitu sahaja...sedangkan tumpuan terus diberikan kepada parti2 dlm PR seolah hanya PR sahaja yg bermasalah...

Adakah BN hanya menunggu untuk mencari kesalahan orang lain dan tidak sebaliknya cuba memperbaiki kelemahan dirinya sendiri....banyak pemimpin yang sudah hilang kredibiliti dan kelayakan terus dibenarkan menjadi pemimpin...e.g-Ali Rustam,Khir Toyo,Isa Samad,KJ,Shafie Apadal,dll

Adakah BN begitu yakin bahawa rakyat sudah kembali menyokong mereka...sedangkan tidak sebarang langkah yang diambil untuk menarik kembali sokongan yang telah hilang....sbg contoh...BN terutamanya terus memainkan dogma pemikiran orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan kedudukan,maruah,darjat dll sekiranya PR yang memerintah negara ini....

Adakah dengan menafikan royalti terhadap negeri yang berhak menerimanya dan sebaliknya mainan politik dimainkan dengan menyalurkannya kepada JPP itu wajar sebagai 1Malaysia..

Adakah dengan menafikan dan menyekat peruntukkan kepada negeri dibawah PR dan sebaliknya mainan politik dimainkan dengan meyalurkannya kepada JPP itu wajar sebagai 1Malaysia

Pelbagai masalah yang ada sehingga kini masih tidak diselesaikan..Kita dapat lihat dengan jelas bahawa projek seperti PKFZ jelas bermasalah dan menyebabkan kerajaan (rakyat) kerugian berbillion-bilion ringgit sedangkan watak utama seperti Ahli Parlimen BN Sibu dan Timbalan Pengerusi UMNO Kapar serta bekas2 Menteri Pengangkutan wajar dipertanggungjawabkan....

Isu PKFZ adalah satu-satunya isu yang diketengahkan di media massa sedangkan banyak isu lain disorokkan dari pengetahuan umum..TETAPI oleh kerana penggunaan internet yang meningkat pada hari ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat maklumat berkenaan pelbagai salah laku yang dibuat oleh pemimpin dari BN mahupun dari PR...

Satu pembersihan secara besar-besaran perlu dibuat didalam BN bukan sahaja membabitkan pemimpin tetapi juga dari sistem pemerintahan itu sendiri...

Antaranya BN perlu mengorak langkah mengwujudkan media arus perdana yang telus,neutral,konsisten dan tidak memihak kepada sapa2(bukan seperti sekarang terutamanya Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3 yang jelas berat sebelah dan bersifat kepartian)

BN juga perlu memansuhkan akta2 yang jelas dilihat bersifat untuk memberi perlindungan terhadap mana pemimpin BN yang melakukan kesalahan..sebagai contoh pendedahan yang dibuat oleh MB Selangor baru-baru ini menunjukkan kesalahan yang dibuat oleh bekas2 pemimpin BN di negeri Selangor yang membabitkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan negeri dan juga kepada penduduk yang tidak mendapat rumah mereka walaupun premium sudah dibayar...ini kerana projek ini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi menyebabkan tidak ada pemimpin BN tersebut yang dipertanggungjawabkan

Dan pelbagai lagi masalah dan salah laku yang kita terus dengar sehingga hari ini yang tidak diselesaikan...Adakah BN mengharapkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu percaya dengan dogma bahawa negara akan jadi kucar-kacir sekiranya PR memerintah...sedangkan zaman BN memerintah dari merdeka sehingga hari ini jelas dilanda pelbagai masalah...antaranya dari segi defisit budget yang dialami pada setiap tahun,begitu juga dengan kerugian akibat rasuah yang dianggarkan oleh Morgan Stanley sebanyak 420 billion dollar selama BN memerintah...dll

Berubah lah sebelum terlambat...

Shah said...

Dear DAKJ,
Di Perak, UMNO tidak wajar berbangga mengambil alih teraju kerajaan negeri Perak dengan sokongan 2 ADUN yang tidak ada prinsip moral. Sepatutnya UMNO patut merasa malu kerana terpaksa bergantung kepada dua ekor ADUN katak yang Tun Mahathir dan Ku LI kata ahli politik yang 'low class'.

Anonymous said...

Dato',

apakah implikasi gaji RM 1 sama kesan nya dengan pencen RM 1. Saya tak faham ada berlaku dalam abad ke 21 ni?. Dapat datuk jelaskan.


TQ Dpd Pak Maloi.

Zulfahan said...

Dato'

Pasal Kota Seputeh.

Ini yang tak paham ni. Mengapa ADUN yang dipilih tak hadir mesyuarat ? Ini kan amanah yang elah diberi olih rakyat kepada dia, takkan dia jenis tak amanah kot ? Nanti, kalau tak diberi laulan untuk bertanding, siap bolih menangis dan merayu sakan.

Orang jenis ni, tak bolih di simpan dan harus di letak ke tepi. Manusia macam ini lah yang merosakkan kan UMNO.

Kalau dia ada marah ke atau kecik hati ke kat orang2 tertentu jangan la rakyat jadi mangsa. Ingat lah yang itu amanah, takde orang paksa dia bertanding dulu pun.

Heee...... GERAM..

Anonymous said...

Datuk,
Itu Adun makan gaji buta, cina buta pun ada buat kerja....gaji buta, tak buat kerja...

TQ
Cina Tak Buta

Anonymous said...

salam semua.

mahkamah dh jatuh hukum... kerusi adun kota siputeh kosong sekarang..
tpi kenapa SPR pulak sibuk nak buat rayuan.. rayuan pa ??.. setahu saya, tugas SPR adalah mengemudi perjalan pilihanraya.. pelik tapi benar...kakaka...
"anak mesti jaga bpak.. bpak tetap jaga anak"..

Cok Gali Karat.

Anonymous said...

Perlis and Terengganu UMNO have 2 chiefs each. Kedah chief doesn't even know who didn't attend the dewan sittings. Selangor chief still can't provide a logical answer about disneyland trip. Melaka chief is finished in the eyes of the rakyat. A former chief is back in negeri, and don't expect him to be an ordinary soldier. Too many chiefs, too few indians, and lots of bulls. How to win war like this?

Windtalker

Tok Kemuning said...

1. Apa sahaja alasan boleh diberikan.Tetapi tugas paling utama ADUN adalah untuk menghadiri sidang.

2.Lagipun Sidang ini bukan macam pergi sekolah yang mana hari hari kena pergi. Dalam setahun boleh kira dengan jari berapa hari sahaja yang diambil untuk bersidang.

3. Tetapi jika sudah 2X berturut turut tidak hadir sidang walau apa alasan sekalipun telah menunjuk betapa seriousnya ADUN BN kita ini. Regardless.

Abdullah Ngah said...

Saya tidak nanpak gambar yang kerajaan PAS Kedah kerajaan yang kuat dan sukar dapat ditumbangkan.

Mengapa saya kata begitu.Kerana betapa ramai hantu raya, syaitan jembalang dan pelesit yang tidak duduk diam untuk menumbangkannya.

Mereka yang jahat itu memang tidak pernah duduk diam, macam kafir juga sejk dahulu hingga kini memang tidak pernah duduk diam selagi orang islam tidak ikut terlunjuknya.atau jadi macam dia.

Demikian juga kerajaan UMNO/BN yang memang tidak pernah puashati penuh hangat dengki dengan kerajaan yang dibenarkan oleh perlembagaan dan demokrasi.

Mereka cari jalan dengan pelagai kaedah agar kerajaan PAS ke kerajaan PKR ke jatuh, macam diperlakukan keatas kerajaan Perak tempuh hari.

Allah larang jangan jadi macam Yahudi, kerana Yahudi adalah eejahat jahat makhlok diatas muka bumi.

Diberi nabi, dibunuh, disembeleh dan gergaji kepala. Sebab itu Allah memerintah umat Nabi Mohammad supaya jangan jadi macam yahudi.

Tetapi malang sekali betapa ramai orang islam ikut jejak langkah yahudi.

Atas sebab itulah saya berani mengatakan kerajaan di Kedah boleh runtuh sebab paksi kejahatan pemimpin yang bernama melayu dan mengaku islam.

orgkpgdoha said...

UMNO Kedah macam sudah lemah longlai, Adun UMNO pun dah tak minat nak berjuang untuk rakyat depa..Hanya nak makan gaji dan elaun buta saja..Haram hukumnya...

Kalau tak minat dah, tak payah nak ponteng bersidang...baik declare saja kekosongan Adun.tak payah nak habis kan duit rakyat makan gaji buta.

Ramai lagi orang UMNO layak dan berkelibar dari Datuk Abu Hassan Sarif...Lucut saja la pangkat datuk tu...Pegabihkan bogeh aja.......

Begini la nasib orang melayu dapat pemimpin tak ada tanggaungjawab.....

ambo_AsyMok said...

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
ANDAI GUSAR DILAMBUNG OMBAK; TAK PAYAH LAH BERUMAH DI TEPI PANTAI...
IF CAN'T BEAT THEM, JOIN THEM.

mad1 said...

sungguh lucu perangai spr yg terhegeh2 membuat rayuan pulak. sepatutnya adun itulah yg beriya2 sangat membuat rayuan. hahahaha cerita paling lucu tahun ni selepas cerita perempuan gemuk menemui kotak diatas kapal mewah hahahaha

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum.Sebagai sebuah negara yang kecil adalah menyedihkan terdapatnya terlalu banyak "politictking" dikalangan ahli politik dari semua parti politik . Parti DAP juga tidak terkecuali kerana sebab ahlinya melompat partilah jatuhnya Kerajaan PR Perak.

BN perlu membuat keputusan yang bijak berkaitan kerusi ADUN Kota Siputeh.Jika ia menang dalam rayuan ini bermakna ianya tidak menghayati selogan ' rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' kerana menyimpan wakil rakyat yang tidak menjalankan amanah memperjuangkan kepenting rakyat di dewan undangan negeri.

Sebaliknya inilah masanya Pemimpin UMNO menghukum mereka yang tidak menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat yang diwakilinya.Menang atau kalah di pilihan raya kecil ini bukannya penting berbanding dengan UMNO menunjukkan ianya betul-betul serious untuk berkhidmat bagi kepentingan rakyat.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

andakmaon said...

Dato'

Sebagai seorang Islam kita mesti sedar bahawa berlakunya sesuatu itu semuanya atas kehendak Allah belaka . Tentu ada sebabnya pekara-pekara itu berlaku.
Dalam hal Nik Aziz tidak dapat ke Mekah ini sebenarnya adalah peringatan Allah terhadap dirinya. Nik Aziz telah melakukan banyak penyelewengan agama semata-mata untuk kepentingan parti PAS. Terlalu ramai pengikutnya yang begitu taksub . Ini dinyatakan sendiri oleh Nik Aziz yang mengatakan seliparnya pun menjadi rwbutan orang kerana nak ambil berkat. Masyaallah ! Ini sebenarnya sangat bahaya kepada orang melayu Islam di Malaysia.
PRK Kota seputih juga tidak dapat dielakkan jika ia telah menjadi ketentuan Allah.
Maruah UMNO di Kedah mesti dikembalikan. Malangnya UMNO di Kedah begitu lesu ,selesu pemerintahan PAS di sana. Orang seperti Datuk Mahazir Khalid dan Datuk Johari Baharum yang menjadi penyebab besar kejatuhan UMNO di Kedah sangat wajar disingkirkan. UMNO memerlukan darah baru yang lebih telus dan berani. Mungkinkah Kota Seputih permulaannya dengan melantik Datuk Mukriz Mahathir sebagai calonnya ? Bakal MB Kedah ?

saji said...

Salam Dato'

Adakah mungkin Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang mengistiharkan kerusi DUN Kedah yang disandang oleh Abu Hassan Sarif kosong, atas alasan tidak hadir dua persidangan DUN tahun ini itu seorang yang arif tentang prinsip2 muamalat Islam seperti abang saya (seorang peguam)atau beliau telah membaca komen saya dalam posting Dato'yang lalu bertajuk; Sekadar Makluman, Calon BN Adalah Isa, iaitu komen saya mengenai sistem pilihan raya negara yang memenuhi maksud atau takrif dan contoh penggunaan kontrak muamalat Islam yang dinamakan al-Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil yang meliputi 4 rukun dan dua syarat sah penggunaannya berikut yang ditetapkan bagi pihak pemberi wakil (pengundi yang sah) dan penerima wakil (calon wakil rakyat), khasnya.

A) SYARAT SAH TUNGGAL YANG SAMA BAGI PIHAK PENERIMA DAN PEMBERI WAKIL;

ORANG YANG BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN YAKNI SEMPURNA AKAL, CUKUP UMUR DAN PINTAR.

B) SYARAT SAH TUNGGAL BAGI PIHAK PENERIMA WAKIL;

MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENGENDALIKAN TANGGUNGJAWAB ITU.

Sebaliknya, pihak yang bersungut dan yang cuba membuat rayuan mengenai keputusan hakim tersebut, sama ada mereka ini tidak membaca atau tidak faham komen saya berkenaan atau tidak berusaha mengkajinya dari sudut sistem perudangan muamalat Islam sebagai orang Islam.

INDIGO said...

Scribe,

Ide Bank Bankrup Baru
(hutang kertas dibayar negara)

Siapakah penganjur-penganjur budiman itu dan bagaimanakah cerita ini boleh 'meletup'? Teringat kita kapal layar Turki hadiah kepada seorang Perdana Menteri.

Mengenai pelabur dari luar negara...kenapa mereka mahu melabur di sini dan apakah yang akan terhasil dari pelaburan mereka itu? adalah satu pertanyaan kepada penasihat ekonomi negeri selangor darul ehsan dan adakah dia nya sebodoh yang dipertontonkan saperti dianya adun kota siputeh?

Terima Kasih

saji said...

Salam Sdr Roti Planta

Bukankah lebih afdal dan selamt bagi TGNA dan ahli keluarganya sebagai pihak yang dipilih menerima wang tajaan mengerjakan haji tahun ini itu diterimanya sebagai wang upah bagi membolehkan beliau mengambil upah mengerjakan haji bagi pihak pakir meskin di kalangan ahli parti UMNO atau PAS di Negeri Kelatan yang dibenarkan di bawah hukum Upahan Islam?

haji labu said...

Salam Dato,

Saya bersetuju dengan pandangan roti planta bahawa menjadi budaya sejak zaman berzaman bagi orang Kelantan yg berkemampuam dan berharta untuk sponsor mana2 Tok Guru ke Mekah. Saya tidak pasti samada Dato memahami adat atau budaya orang Kelantan itu sendiri. Untuk makluman Dato arwah datuk saya yang belajar di Masjidil Haram pada tahun 1950an telah kembali ke kampung dan membuka sebuah madrasah bagi mengajar ilmu agama. Datuk saya pernah disponsor ke Mekah untuk menunaikan haji oleh orang-orang kampung yang berkemampuan sebagai menunjukkan tanda hormat dan cinta mereka kepada alim ulama. Disamping itu diharapkan tok-tok guru ini akan memimpin mereka melaksanakan ibadat haji dengan sempurna. So what is the problem dato?..

sharat said...

Salam Tok,

If UMNO gonna keep on doing like this, there is no way UMNO will win the next election in any states for that matter.

Im not from kedah but my atuk orang Penang...u have used the correct word to describe 'them'... memang mamai!

sheikh faleigh

asalbayu said...

Pada hemat saya, Dato Mahazir Khalid ni macam tak setuju saja dengan Datuk Shafei Apdal tu dilantik jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Orang-orang UMNO juga macam tu barangkali.

Roti Planta said...

Dato',
Jika TGNA dapat tawaran ke Mekah pakej Platinum, maka Tuan Haji Najib dan Puan Harjah Rosmah pergi Mekah beberapa tahun dulu melalui pakej Triple Platinum lah ye!. Standard Puan Harjah Rosmah lebih tinggi sehingga bercuti pun di atas kapal mewah setaraf raja-raja arab. Kapal semewah tu belum tentu raja-raja Melayu pernah naik.

Bye/Roti Planta

A KADIR JASIN said...

Sdr Haji Labu,

1. Terima kasih atas pandangan Tuan Haji;

2. Saya faham. Itulah juga amalan orang Kedah. Ada yang sanggung papa kedana asal boleh sponsor tok guru dan tok lebai. Serah anak dara kepada Tok Guru untuk jadikan bini pun ada;

3. Saya membesar dalam persekitaran pondok. Ayah saya lebai pondok. Bapa saudara saya Tok Guru pondok;

4. Masa saya ke Mekah, saya jumpa seorang MB Umno bawa ulama besar jadi pengiring dia. Ulama itu akhirnya masuk Pas dan hentam Umno mati-matian;

5. Nik Abdul Aziz bukan Tok Guru saja dia tapi dia juga adalah MB. Tidak siapa pun akan komplain kalau Nik Abdul Aziz itu seorang Tok Guru pondok dan dapat tajaan ke Mekah;

6. Saya tak tahulah kalau ada Tok Guru pondok biasa yang dapat pekej tajaan RM65,000;

7. Saya dari dulu lagi dalam tulisan saya kata saya cukup hormat dan tabik kepada Nik Abdul Aziz sebagai ahli politik yang licik dan fleksibel;

8. Kalau pembesar Umno dan BN dituduh hidup atas tajaan, ini tidak bermakna Nik Abdul Aziz perlu tiru benda yang tidak baik atau yang salah!

9. Tak eloklah Tok Guru, Tuan Guru dan Tok Lebai ibarat dulang yang mengata paku serpih.

Terima kasih.

Anonymous said...

sebagai penduduk kedah, saya juga berasa selesa dengan kepimpinan sedia ada walaupun pada mulanya agak kecewa kerana Kedah jatuh ke tangan PAS. tapi ada hikmah di sebaliknya ... kami hidup aman dan tidak banyak masalah timbul seperti Selangor dan Perak. masalahnya, pemimpin UMNO di sini tidak pernah belajar daripada kesilapan dan terus berbuat silap. saya pasti, kedah akan terus diperintah PAS dan tidak mustahil banyak tempat akan menjadi milik PAS. UMNO? mungkin tinggal cebisan.

~anak Melayu~

Anonymous said...

Bukan main berapi-api Anuar Safian ni belasah Nik Aziz. Kalau terhidu orang PAS terlibat rasuah, menjerit-jerit pergi SPRM. Suruh siasat, suruh tangkap.

Tapi kalau tak silap saya, tak berapa lama dulu masa SPRM siasat rasuah dalam UMNO, orang-orang muda ini jugalah yang menjerit-jerit suruh jangan kacau.

Sekurang-kurangnya mereka 'consistent'. Bila dengar pasal rasuah, mereka menjerit-jerit. Alangkah baiknya sekiranya jeritan yang dilaungkan juga 'consistent'.

minah ronggeng

Anonymous said...

tajuk utusan malaysia..

MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan JIKA mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

apa bezanya dengan yang ini..

MUFTI dan tokoh agama sepakat boleh menunaikan haji menerusi tajaan JIKA tidak mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

PERBEZAANNYA...cara Utusan spin the story ja..dan dato'...once you was part of this spinning team!

Bertaubat sebelum terlambat.

minah ronggeng

Anonymous said...

AKUR KEPUTUSAN MAHKAMAH?

Kita bersyukur kerana akhirnya pembangkang kembali menjadi golongan yang terus mempercayai dan yakin dengan sistem perundangan negara. Kita juga berharap biarlah pembangkang terus menjadi insan yang sentiasa berpegang kepada konsep keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam semua keadaan.

Keputusan kes kerusi ADUN Kota Seputeh yang diisytiharkan sebagai kosong oleh mahkamah telah mendapat komentar yang 100% positif dari kalangan pembangkang termasuklah dari mereka yang melayari blog Dato'. Ini bermakna persepsi bahawa pembangkang tidak yakin terhadap wibawa dan integriti sistem kehakiman di sini adalah tidak benar sama sekali.

Justeru kita amat berharap sikap positif dalam kalangan pembangkang dalam negara ini terhadap keputusan mahkamah akan berterusan dan ini termasuklah kalau sesuatu keputusan itu tidak berpihak kepada mereka.

Apolitikal

Anonymous said...

Masalah orang kita ialah suka membuat perbandingan dengan pesalah lain (bagi tujuan menghalalkan kebejatan sendiri) yakni setelah individu berkenaan melakukan sesuatu keburukan yang boleh menyebabkan si pelakunya mendapat malu.

Contohnya kalau anak seorang itu di dapati melakukan kesalahan moral yang sepatutnya tidak wajar dilakukan olehnya berdasarkan status dan kedudukan keluarga berkenaan makanya untuk menutup malu, langkah yang sering diambil ialah dengan melakukan perkara ini: "eleh anak si polan itu (merujuk kepada individu yang lebih tinggi status dan darjatnya) apa kurangnya/lagi dahsyat/dsbnya". Ini dilakukan dengan harapan kesalahan anak sendiri tidaklah memalukannya kerana ada anak orang lain yang melakukan kesalahan yang sama.

Nampaknya perkara yang sama terbawa-bawa dalam politik. Oleh itu tidaklah aneh kalau ada pihak, puak dan pelayar internet yang akan mempertahankan kebejatan tokoh-tokoh politik pujaan hati mereka seolah-olah kalau politikawan lain boleh melakukan kebejatan makanya apa salahnya Tok Nik idola saya juga melakukan kebejatan!!!

Kalau inilah caranya kebanyakan kita melihat kebejatan yang berlaku dalam dunia politik makanya jangan haraplah dunia berkenaan akan menjadi bebas dari unsur-unsur negatif sebaliknya ia menjurus kepada pertambahan! Hmm, ingatkan politikawan juga adalah spesis hipokrit tetapi rupa-rupanya juak-juak politikawan juga tidak bebas daripada amalan hipokrasi.

Antihipokrit

saji said...

Salam sdr andakmaon

Sdr kata,"Dalam hal Nik Aziz tidak dapat ke Mekah ini sebenarnya adalah peringatan Allah terhadap dirinya. Nik Aziz telah melakukan banyak PENYELEWENGAN agama semata-mata untuk kepentingan parti PAS. Terlalu ramai pengikutnya yang begitu taksub. Ini dinyatakan sendiri oleh Nik Aziz yang mengatakan seliparnya pun menjadi rwbutan orang kerana nak ambil berkat. Masyaallah ! Ini sebenarnya sangat bahaya kepada orang melayu Islam di Malaysia."

Bagi Tok Guru yang bertaraf Mujtahid, lebih sesuai dan beradab jika kita katakan TGNA itu lebih melakukan banyak IJTIHAD yang SALAH daripada yang BETUL (mengikut IJTIHAD sdr),dan bukan mengatakan beliau lebih melakukan banyak PENYELEWENGAN agama.

Hujahnya, IJTIHAD satu amalan yang dituntut bagi Mukmin yang layak melakukannya. Kalau BETUL Allah bagi ganjaran 2 pahla,kalau SALAH 1pahala. Sejarah menunjukan bahawa para ulamak muktabar juga menghasilkan IJTIHAD yang salah,walaupun banyak yang BETUL.

Anonymous said...

Dato',

Bila TGNA ambik RM 65 ribu pergi haji, BN/UMNO kata itu rasuah, kes PKFZ, double track, kapal selam dan macam-macam lagi spt stadium runtuh, masjid kristal yang nilai nya berbillion dan ratus juta yang di buat BN bukan ler rasuah tapi sumbangan atau komisen.
" Satu Malaysia- rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" -slogan paling lawak, cakap tak serupa bikin. Indeks rasuah malaysia terus menjunam ke tangga 56, satu pencapaian yang paling memberansangkan. Tahun depan indeks CPI ni mungkin ketangga 180 sama macam Somalia.
PDRM , SPRM dan macam-macam agensi kerajaan hanya jadi agen nak meraih sokongan rakyat..tapi jadi alat menumbangkan kerajaan PR..apa ni??
Lawak demi lawak ditunjukkan PM, laporan ketua audit tahun lepas pun tak tersiasat, tahun ni laporan ketua audit lebih dahsyat dengan pembongkaran bermacam-macam salah laku yang melibatkan berbillion ringgit..apa ni? Haprak..punya BN, makin lama berkuasa makin terserlah "keperibadian unggul" pemimpin BN, Rakyat makin terhimpit dan meluat dengan telatah dan kelakuan "terpuji" pemimpin Be-End.
Mampukah Be-End membersihkan segala dosa dan noda pada badan mereka sebelum PRU 13- (nombor 13) mungkin akan memberi kecelakaan kepada Be-End andainya gagal melakukan perubahan sebelum PRU 13.
Be-End boleh berubah dengan cara-mencantas semua pemimpin atasan mereka dan menggantikan dengan yang bersih. Soalnya..masih adakah yang "bersih" dalam Be-End???

PRU 13 akan memberikan jawapan.

Anak_Bota

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Lama dah tak dengaq perkataan MAMAI.

Kampung saya ada sorang kami panggil
MAN MAMAI.Depa kata dia mamai dari kecik pasai perut buncit mata kunin banyak cacing.

Bila main bola ka,aci lut ka,toi ka,masa bagi bagi sapa team mana,mesti dia yang last kena pilih.Termasuk pompuan.

Malah team mana dia masuk,pemain lain pun mcm hilang semangat pasai
dia punca selalu kalah.

Tapi Man Mamai sangat penting pasai
kawasan lapang tempat main tu,tanah
tok wan dia.Tok wan dia tarah rumput bagi kami main dgn selesa,mak dia selalu buat ayaq kat kami.

Tolak pi,campoq mai kira ok lah jugak Man Mamai ni.Dia pun jenis yang ikut saja kot belakang bila pi tangkap ikan ka,mandi ban ka.Mungkin menyusahkan pasai slow tapi asam pedas ikan puyu mak dia memang tip top.He is our buddy.

Tapi bila pemimpin mamai,ni dah lawak tahap maksima.Akan ada lagi
lawak lawak tahap lebih maksima yang tak terpikiaq depa ni boleh buat.

THUMBS UP(2 tangan)TO THE JUDGE.ALL THESE SO CALLED LEADERS ARE ONLY GOOD AT SELLING 'AYAQ LIOQ' CONTIMINATED WITH VIRUSES.

Anonymous said...

Tok guru pondok biasa pergi haji pun tak keluar berita. Orang luar kawasan pun tak kenal. Kalau dia dapat pakej RM65,000 pun siapa yang tahu.

Tapi TGNA bukannya guru pondok biasa. Satu negara kenal. Imamkan solat berjemaah satu stadium penuh. Anak murid ramai, rasanya patut dapat tajaan RM65,000. Lebih dari tu pun takpa. Dia pergi haji, bukan pergi Disneyland, Las Vegas atau yang sewaktu dengannya.

-peacetoall

aoazmi said...

Salam Dato',

Kalau PR bercempera dengan masalah dalaman dan ketidaksefahaman mereka, saya tidak terkejut! Sikit pun tak terkejut. Mereka baru setahun jagung berpakat. Yang saya amat terkejut adalah kekalutan BN itu sendiri. Kalau sudah 50 tahun memerintah masih ada kekalutan, apa namanya itu. Bagus sangatkah BN. Yang ini patut difikirkan. Dari pemimpin-pemimpin berimejkan rasuah dilantik dalam parti hingga kes macam MCA pun Najib tak dapat selesaikan. Kalau Pengerusi BN jadi tunggui(bukan masa Tun M), kononnya biar mereka selesaikan sendiri masalah dalamannya, macam mana nak kata BN itu hebat?

Yang hebat hanya kenyataan-kenyataan retorit saja. Persepsi rasuah sudah merudum ketangga 57 dari 47 (dalam satu kajian). Yang ni nak kata apa?

arzawahiri said...

Salam Datuk,
Laporan persepsi rasuah CPI telah dikeluarkan semalam yang meletakkan kedudukan Malaysia jatuh 9 tangga. Tidak banyak media perdana membincangkan laporan tersebut yg meletakkan kita seolah-olah dalam "a state of denial" yg akan memburukkan lg keadaan ini.
Oleh kerana PM menetapkan penambahbaikan persepsi rasuah sebagai salah satu KPI beliau maka ini satu isu yg patut Datuk bincangkan dalam usaha kita menyerap kesedaran bahaya rasuah dikalangan pembaca dan seterusnya membantu PM mencapai sasaran KPI berkenaan.

Anonymous said...

Tuk,

This is among your best opinion, stand above politic. You must be "enjoying" your independent mind. But sadly, look at majority comments posted here, we are still emotionally charged and divisively split. This is despite your timely reminder about "menang sorak kampung tergadai". I hope you keep trying and keep reminding us as we are too consumed with politic. We are under illusion that all the problem in the country are caused by politic and ONLY through politic we can solve all those problem. Some of us are already looking forward for the next election.

What about our own economic backwardness and mediocre education level as compared to others ?. Well maybe we can say "Tak pe kalau aku dapat gred C aje periksa ni. Ini semua salah kerajaan UMNO/BN sebab salah buat polisi pendidikan. Nanti aku undi PR, boleh perbetulkan polisi ni. Boleh aku naik gred A. Takpe sembang lama-lama dan lawat laman-laman web politik. Sebab politik penting untuk masa depan masyarakat aku".

Salam,
Anonymous (2)

Roti Kaya said...


Roti Planta said...
Dato',
Jika TGNA dapat tawaran ke Mekah pakej Platinum, maka Tuan Haji Najib dan Puan Harjah Rosmah pergi Mekah beberapa tahun dulu melalui pakej Triple Platinum lah ye!. Standard Puan Harjah Rosmah lebih tinggi sehingga bercuti pun di atas kapal mewah setaraf raja-raja arab. Kapal semewah tu belum tentu raja-raja Melayu pernah naik.

Bye/Roti Planta

8:55 AM


Kalau orang terjun kolam taik, kita pun pakat terjun dalam kolam taik jugak ke?

Oh ya lupa pulak, tok guru kan maksum, terjun kolam taik, tapi ada 'aura' melindung dia, so tak kena taik laa

mack said...

AKUM DATO AKJ= Pada pendapat saya nanti parti yang akan hancur ialah PAS dan UMNO kerana parti2 jenis ini prinsipnya ialah perkauman dan keagamaan kesimpulan nya ia nya akan ditolak oleh rakyat. Pengundi pada masa ini mempunyai kecenderungan yang bersifat keterbukaan berpandangan bebas serta bijak membuat pilihan untuk menjadi AHLI PARLIMEN atau ADUN bagi negeri2. Parti yang akan mendominisasi ialah PKR dan DAP. kalau tidak percaya tunggu sahaja PRU. ok dato selamat malam

Abdullah Ngah said...

Saya tertarik dengan pendapat mufti dan tokoh yang sepakat dan buat keputusan bahawa tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan JIKA mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

satu lagi, MUFTI dan tokoh agama sepakat boleh menunaikan haji menerusi tajaan JIKA tidak mempunyai unsur-unsur rasuah, tidak menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta tiada niat lain.

Barangkali inilah yang dikatakan Islam itu "fleksibel".

Kita boleh menerimanya dengan senanghati, tetapi mengapa orang ada jawatan dan mampu menuaikan haji dengan wang sendiri di taja oleh pihak pihak tertentu.

Sudah tentu pihak yang menaja itu sudah pasang niat awal awal lagi.

Niat untuk mendapatkan sesuatu yang disahkan oleh islam ia adalah rasuah yang jelas haram hukumnya manakala yang memberi dan menerima semuanya didalam neraka.

Mustahil penaja akan menaja orang yang tidak ada jawatan, sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh sesiapa ysng kaya dan faham islam bahawa sedekah dan amal jariah itu mendapat pahala sebesar Bukit Uhud.

Orang yang menaja orang yang ada jawatan pasti mengharapkan sesuatu. Kalau tidak apa guna dia buat tajaan kepada yang sudah mampu.

Oleh itu tidak timbul tajaan itu tiada niat rasuah boleh tunai haji dan apabila ada niat rasuah tidak boleh tunai haji.

Boleh tunai haji tidak timbul, kerana tabung haji tidak pernah tanya dari mana datang wang yang kita simpan.

Wang judi hatta haram sekali pun mereka boleh tunai haji jika terpilih untuk menunaikan haji oleh Tabung Haji.Tapi haram hukumnya.

Yang harus disebut oleh mufti dan tokoh agama hukumnya sama ada haram atau halal apabila menggunakan wang judi dan wang yang ditaja.

Inilah yang membuat rakyat jadi keliru dengan pendapat mufti dan tokokmh agama sejak dahulu hingga sekarang. Itulah punca dakwah islam tidak jelas kerana tiada kejelasan.

Baru baru ini saya ada dengar satu wawancara TV 1 dengan gadis yang menandung luar nikah.

Apa kata gadis itu? Katanya, saya tidak tahu zina itu haram dan berdosa.

Mungkin mereka hanya pernah mendengar perkataan "tidak boleh berzina" dan tidak disebut perkataan haram dan berdosa.

Serupa juga dengan pendapat mufti dan tokoh agama tidak boleh tunai haji dengan tajaan yang ada unsur unsur rasuah dan boleh apabila tajaan itu tiadak unsur unsur rasuah.

Tiada kejelasan kerana tiada perkataan "haram". Lebih lebih lagi IQ manusia berbeza beza satu sama lain.

Atas sebab itulah rakyat jadi keliru dengan pendapat mufti dan tokoh tokoh agama yang ada kepentingan peribadi.

lebih lebih lagi mereka terikat dengan jawatan yang mereka sandang.

Takut menghantui jiwa mereka untuk berkata benar sepertimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. berkata benarlah walaupun pahit.

Man Ysf said...

Dato',
DUN Kota Siputeh PRK lagi?? Betullah kata Dato'. Nak menang PRK bukan senang, duit juta2 habis, TMY dan Menteri2 habis kena turun pdg meninggalkan urusan rakyat, alih2 bila menang dia buat onar plak. Hmm penat dah. May the best man win lah. Itupun kalau Mahkamah Federal grant a PRK. Kalu tak tersenyum giranglah Pak Abu, boleh bersegak lagi dalam DUN (kalau dia rasa nak pergi la).

Kota Mekah: Barangkali TGNA terperangkap dengan 'budaya' dan 'generation gap'. Zaman dulu, Tok Guru tak dibayar wang ringgit tapi hidup mereka di 'tanggung' (sponsor). Being TGNA yang ada sekolah agama (Darul Anuar) saya rasa begitulah cara hidupnya. Duit sponsor ada digunakan utk dirinya dan ada yang digunakan utk pembangunan sekolahnya (Darul Anuar). Itulah rutinnya year in year out).

Tapi zaman sudah berubah. Governance alaf baru didatangkan dengan its own set of expectation. Walaupun TGNA kurang ambil gaji (which is a reflective of typical gaya hidup tok guru yang allocate sbhg sumbangan utk pembangunan madrasahnya), the new generation yang belajar new form of governance hanya consider new ethics and value. So timbullah conflict sebegini. Apapun hendak tidak hendak TGNA has to adjust himself with modern standards of governance whether he like it or not. He wisely pullout from the Haj this year. Good for him.

borhan said...

Main sponsor ni biasalah dalam parti politik. PAS ke , umno ke hanya bila pas buat tu gempaq la. Bila UMNO buat dia kutuk, kononnya dia tak buat, rupa-rupanya buat juga. Cakap tak serupa bikin. Dalam UMNO sponsor jenis ni biasalah. Pergi Langkawi atau Hadyai, Bali atau Medan lepas Mesyuarat perwakilan atau perhimpunan Agung. Lawatan Sambil Belajar...Semua tanggung beres. Hee hhe hee ....Kata periok belanga hitam

mtgbertam said...

Mmg saya hangit PAS, dan bila PAS join PR aku akan sokong. Mula2 mmg keliru dgn isu2 yg melanda. Tapi era ini ialah era politik baru. Wakil rakyat PERLU berdiri atas kekuatan peribadi, bukan atas kekuatan parti semata2. Rakyat akan pilih tok wakil yang benar2 berperibadi tinggi. BN takkan rela ikut trend politik baru. Depa mau trend lama. Trend lama, walau ada tok wakil yang rasuah, kaki rembat duit rakyat, yg ada masalah, BN akan pertahan sbb takut imej parti tercalar. BN mahu kuasa ttp pada parti supaya kekayaan negara dapat dirembat lagi secara berterusan. Era politik baru menyaksikan tok wakil bebas bersuara ikut kemahuan rakyat walau kunun akan menjejas imej parti. Biarkan, ini harga yang PR perlu bayar demi memperjuangkan trend politik yang lebih baik dan demokrasi. Hasilnya nanti, tok wakil akan hanya terdiri dari mereka yang bersih, yang mahu berjuang untuk rakyat. Di Amerika, sesama ahli parti bebas beri kritik. Dalam dewan, mereka kritik dasar yang dibuat walau oleh parti mereka sendiri yang memerintah. Di negara kita, tok wakil BN takkan kritik keputusan pemimpin depa walau jelas tidak menyebelahi rakyat. Cth, perlaksanaan PPSMI.
Justeru, yang berlaku sekarang jangan terlalu awal kita nilai mengikut persepsi yang dimainkan oleh BN. Mereka mahu kekal berkuasa kerana mahu mengkayakan diri sahaja.

Anonymous said...

Datuk,

Kawan-kawan saya dalam UMNO Kedah ada cakap, depa tak heran kalau PAS perintah Kedah lagi. Bukan apa ... sebab PAS pun orang Melayu Islam macam depa jugak. Ustaz Azizan pun lagi elok dari Mahadzir Khalid tu. Jadi, apa nak takut? Cuma depa cakap. PAS jangan buat gila macam Nizar kat Perak tu sudah la.

Saya harap Mukhriz dipilih bertanding dan menang di Kota Siputeh. Kemudian ambil alih jadi ketua pembangkang. Baru cun dan molek bila Ustaz Azizan & Mukhriz sama-sama bersaing secara berhemah dan beradab tinggi di Kedah. Hati rakyat pun senang, jiwa tenang bila orang politik tak buat kelam kalibut macam di Perak dan Selangor tu.


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Saya tak berapa nak percaya sangat dengan Transparency International dengan CPI dia ni. Sebabnya, dia orang ni bukannya betul sangat pun. Dua tiga tahun lepas saya pernah tulis dalam blog Datuk, skandal-skandal pengasas Transparency International ni. Penglibatan George Soros dan Open Society nya. Agenda jahat mereka hendak memporak-perandakan kerajaan dan negara-negara tertentu. Licik dan mirip seperti IMF dan World Bank ketika krisis kewangan Asia tahun 1997 dulu.

Tapi Datuk..., saya gelihati lah juga bila ramai pengomen yang terus salahkan Najib dan kerajaan Persekutuan. Mereka tak sedar ke yang pemimpin mereka juga sudah jadi sebahagian daripada kerajaan yang punya kuasa dan memerintah. Di Selangor, ada pegawai khas ADUN dan MB yang kena tangkap sebab kes rasuah. Di Penang, ada kes beli komputer riba sampai RM65,000 sebuah. Ini semua pun boleh jadi punca ranking CPI tu naik. (kalau nak percaya sangat pada CPI ni la)...

Jadi, masing-masing kena sedar diri la. Jangan ingat anda masih lagi pembangkang.


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Saya tak setuju dengan keputusan Dr.Mahathir hendak merobohkan Stadium Merdeka dahulu.

Saya juga tak setuju dengan hasrat Nik Aziz yang hendak disponsor ibadah hajinya. Nik Aziz harus sedar bahawa beliau juga adalah seorang Menteri Besar yang punya pengaruh dan kuasa membuat keputusan dalam pentadbiran negeri Kelantan.

Kalau dia hanya seorang Tok Guru biasa tanpa ada apa-apa kuasa eksekutif, maka lantaklah kalau dia nak orang sponsor dia pegi haji
tiap-tiap tahun pun. Kita peduli apa!

Datuk,

Ada kalanya satu kesilapan itu sangat nyata dan jelas. Tidak ada alasan untuk menafikan kesilapan itu.


-sinbad-

mtgbertam said...

Khir toyo tibai duit pi disneyland datok tak mau mengurindamkan dalam blog dato ke? Rumah dia kemain punyai besaq, datok tengok mcm tu je? Pemimpin BN takdak orang sponsor ke pi melancong mana2. Hakikatnya dari cawangan ke bahagian UMNO, sponsor pi melancong dah jadi trend. Agaknya khir toyo dpt sponsor pi disneyland atas kapasiti dia sebagai doktor gigi kot? Panel doktor gigi PKNS dulu...

RB said...

Salam buat Dato' AKJ,

Memang terkejut besar bila dapat tahu bahawa TGNA dapat sponsor pergi Mekah. Pada hemat saya, seperti yang selalu dibicara Tok-tok guru, pergi Mekah ni kerana "dipilih" sebagai "tetamu ALLAH". Ramai juga yang mampu tapi masih boleh ter"pilih" lagi. Bukan begitu ke Dato'.

Tapi kalau dah sekali pergi, la ni nak pergi lagi, kalau boleh tiap-tiap tahun.....bukan ini RIAK, TAKBUR ke namanya......

tambah kalau pergi bawa niat nak pajak air zam-zam sampai beratus-ratus botol.... nak bagi orang kampung kononnya.... sedekah dari Mekah........BETUL KE NIAT PERGI MENJADI "TETAMU ALLAH"

tambah lagi bukan dengan usaha sendiri....orang bagi.....sampai RM65,000.00 punya pakej......duduk kat mana ni.......khemah fully air-cond kot.....ada laluan khas kot....mungkin pakai escort lagi.....

Jadi, benarlah apa yang disiratNYA.....kita ini semua sama sahaja.......masih ada rasa tamak haloba dalam diri.....

jadi, betul juga kata Dato'.....macam orang dulu-dulu cakap.....dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih....seperti meludah ke langit, terpercik muka sendiri....

...................
Bekas YB BN yang kena kosongkan kawasan pun berlagak sombong....

Pengerusi BN Kedah pun sampai hari ni tak mampu nak komen....macam mana nak komen, beliau orang Sabah, mana faham orang Kedah.....

sama juga orang di Semenanjung , mana faham orang Sabah......

Anonymous said...

Emmm...
Patut menteri-menteri di negara kita ni dilistkan harta masing2, supaya rakyat tahu dan menilai. Perbandingan rumah menteri A dan menteri B. Harta sebelum jadi menteri dan yang terkumpul sepanjang jadi menteri. Senang SPRM nak siasat.

-teropong

pakbelalang said...

Kemelut Politik Nasional has become topsy turvy !! Nothing much to look forward. It has become all rubbish! It is counter-productive.

It is a reflection how backward our politics is. A long way to go to see our politicians behave like professional politicians. They are all haprak and HP6 politicians.
They need to go back to school and learn the basics. Nothing much to shout about and to admire at all.

Their quality is just like "kedai kopi politcians zaman Tok Kadok"!!

Hurricane Hanez said...

Dearest Datuk Kadir,

Menurut cerita orang tua-tua, Kota Seputeh itu Lindungan Bulan. Ini saya baca daripada sebuah buku karangan/susunan Arman Sani, yang saya dapat hadiah masa darjah lima.

Kot-kot lepas ni Kota Seputeh lepaih kat parti bulan kot.

Shah said...

Dear DAKJ,
UMNO nak buat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan mungkin selepas itu ke Mahkamah Persekutuan menunjukkan UMNO nak mempertahankan pemimpin partinya (ADUN Kota Seputeh)yang tidak amanah dan tak beretika. Inikah perjuangan yang berslogankan 'Rakyat Didahulukan'?. Sepatutnya UMNO mohon maaf kepada Rakyat kerana mencalunkan pemimpin yang hampas ni dan calubkan orang lain bertanding dalam pilihanraya kecil.

mardhiah said...

Selicik dan seflaxible Nik Aziz, tidak boleh lawan Nazri Aziz dan Zaid Ibrahim. Apapun yang utama ialah survival PR.

Ok, saya tahu akan ada penyokong fanatik PR yang kata "oh kami lateral thinker blaka" True saya tidak pernah mengata being lateral is wrong. Infact saya adalah orang yang sangat menyanjung Sir Edward De Bono, namun sebagai mana De Bono tidak setuju pemikiran lateral diadaptasikan dalam bidang perakuanan dan perundangan, macam tu jugalah saya fikir dalam bab politik ini ada benda kita harus buat dan fikir secara vertical.

Juga, kalau semua nak dilateralkan, saya risau akan datang nanti ramai pasanganan yang akan test gf dia subur atau tidak sebelum nikah. Incase belum nikah, bf dah mati, mengaruk-ngaruk dan memeningkan kepala warga JPN pula mau mensahtarafkan anak yang tak sah taraf.

ii)

Rasanyalah Datukkan, macam lebih cantik, padan dan kena imej ideology kapitalism pada PR. So the equation will going to be PAS(Agama-Islam), DAP(Ideology-Kapitalis), PKR gam perekat PAS-DAP.

Anonymous said...

Di Penang, ada kes beli komputer riba sampai RM65,000 sebuah.

Kata Sinbad.

Kes ni di ILP (Institusi Latihan Perindustrian), tahu ke bawah kementerian mana? Bukan kerajaan negeri punya la.

Kalau ikut audit, semua kerajaan negeri bawah PR dipuji.

Sinbad ni baca ke tak laporan audit tu atau sekadar baca kat MSM je?

Kalau salah Nik Aziz kenapa tak dakwa? Hangpa tahu ke sapa yang sponsor, apa hubungan dengan Nik Aziz.

Jangan cepat melatah. Macam tuduh Khalid Ibrahim pasal lembu, sampai la ni tak dakwa pun........Padahal MACC siap declare kat Press Conference lagi.

Fed Up

Siberangan said...

Dato', kalau pun Mahkamah sudah buat keputusan bahawa Dato' Abu Hassan Shariff tidak lagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, itu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Dan, Hakim tersebut pun ada menyebut pehak SPR boleh buat rayuan ka Mahkamah Rayuan.

Jadi pada 20 Nov, Mahkamah Rayuan akan bersidang bagi memutuskan kedudukan Dato' Abu Hassan Shariff masih Wakil Rakyat atau tidak.

Saya kesal dengan sikap Spiker DUN Kedah yang terlalu sangat menekan nak kan DUN Kota Siputih kosong dengan mengatur terlebih dahulu menahan Dato' Abu Hassan jangan menghadziri sidang pada 17 Nov yang lalu. Selain itu beliau juga menarik balik jemputan yang dihantar kapada Dato' Abu Hassan yang dihantar oleh Setiausaha DUN.

Kerja2 saperti ini adalah perbuatan menghina Mahkamah. Kerana pada masa itu Mahkamah belum lagi membuat keputusan. Pada 16 Nov Mahkamah buat keputusan bahawa tindakan Spiker betul dan SPR kalah dalam perbicara peringkat itu. Pada 17 Nov Dato' Abu Hassan, atas syarat dinyatakan oleh Hakim, tidak hadzir lah ka sidang DUN 17 nov itu.

Hari ini kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

liya said...

`Dengan imej kerajaan pimpinan Pas yang tidak banyak catat cela di Kedah, adalah satu tugas berat bagi BN mempertahankan kerusi Kota Siputeh jika (atau apabila) berlaku pilihan raya kecil'

Dah kerajaan negeri ni tak banyak cacat cela, buat apa nak susah payah tawan kedah balik?

Kan rakyat dah selesa?

saji said...

Sdr Huriccane Hanez

Ingat apa yang terjadi dalam kes 2MB Perak dulu. Kan mula2 MB PR menang di Mahkamah Tinggi, tetapi kalah di Mahkamah Rayuan?

Anonymous said...

Datuk,

Kalau rasuah jer mesti kerja BN ke? Polis yang rasuah tu mesti orang BN? Pekerja Jabatan Hutan yang rasuah tu mesti orang BN? Pegawai khas ADUN yang rasuah tu mesti orang BN? Ahli Majlis yang rasuah betina dianggap sedekah tu pun orang BN ke?

Hahaha ... inilah apa yang dikata fanatik tahap cipan!

Rasuah ni bukan kira cap parti politik mana. Sapa yang ada kuasa dan pengaruh, mesti terdedah kepada gejala rasuah ni. Dulu ramai orang PR ni tak ada chance langsung nak rasuah sebab tak ada kuasa dan pengaruh. Tapi sekarang dah berubah. Di Perak ada seorang ahli politik tu, nak bertanding di PRU12 tak boleh sebab bankrap. Tapi bila PR dapat perintah Perak tak sampai setahun, tup.. tup... dia dah pakai Merz mata belalang. Mungkin pampasan kot sebab kalau dia bertanding itu hari, sepatutnya dialah yang jadi MB.

Saya ni dari dulu lagi tak berapa setuju dengan Transparency International dan CPI nya. Tapi kita sedia maklum bahawa CPI tu merangkumi satu Malaysia. Tak kira la dari parti politik mana, semua orang kena tempiasnya. Jadi, jangan syok sangat nak tumpang sekaki dengan TI ni dan kondem negara sendiri. Jangan jadi macam sesetengah pemimpin yang suka kondem negara sendiri bila berucap di luar negara.

Nak tangkap Nik Aziz dan sumbat dalam jel, semua orang tak sampai hati. Buat pening kepala saja. Silap haribulan BN kena backfire sebab simpati orang ramai. Lebih buruk lagi kalau jadi macam Abu Bakar Bashir di Indonesia. Anak murid balas dendam dan bom sini sana. Tahap fanatikal nya dah ada. Bahaya.....


-sinbad-

Hurricane Hanez said...

Salam Datuk Kadir,

Dengan izin Datuk nak sapa Encik Saji,

Ada ura-ura nak appeal ka ? Tak kan la kot, DUN pemalas bukan ground yang solid untuk appeal. ha ha ha...

Silap saya : Siputih, bukan Seputih.

Saya tak kisah pun kalau jatuh ke tangan Pas. Ustaz Azizan ni saya berkenan. Kalau bagi masa, makin tertonjol yang baik-baik dalam Pas kot. Takkanlah semua buruk. Biag UMNO bepeluh sikit.

Unknown said...

Salam Datuk

Rasanya sudah cukup kita hentam TGNA pasal duit sponsor haji tu. Alhamdulillah, TGNA pun rela batalkan niat pergi Mekah.

Sekarang, yang belum pergi haji atau akan pergi haji, mari kita semak duit dalam akaun tabung haji kita masing-masing... betulkah setiap sen yang kita tabungkan itu datang dari sumber yang halal...?

Ada elemen penajaan ke...? Ada tempias duit kopi ke...? Ada tempias duit projek landasan berkembar atau projek-projek lain ke...?

Semak... jangan tak semak...!!!

JgnLupaBayarZakat! said...

Salam Dato

Saya suka betul pandangan Dato tentang Paku Dulang...
People in high/elected office should know that RAKYAT who gave them power wish(read as demand) TO SEE them TO BE and SEEN TO BE professional( independent,integrity& objective) 24/7.
X kisah la BN/PR,PM/MB, Presiden MPPJ sampai la ajk2(read as bos kecik) agensi2 awam/berkanun...

Perception is important in a modern world bcz nobody cares how you conduct urself behind public/media eyes bcz macam mana nak nampak dgn mata sendiri..

Biar pi la kalau ada orhang syok balun duit 'sponsor' x kena tangkap tapi kita ikut sama pasaipa?

Politik Melayu ni macam zaman batu lagi..
Mesti nak kena ada yg menang atau kalah..Politik bukan sukan lumba kuda..

Melayu taksub dgn satu2 perkara..
Janganlah wat hingaq sangat sampai org xdak duit nak makan tu kebuloq ..
Allah x tanya pun kita pangkah parti apa pun..
Dia tanya apa kita buat untuk agama dan ummah dari kecik sampai mati..

Government of the day is a relative reflection of the majority society of the day..
Kalau majoriti rakyat Malaysia ni kerja rajin mcm org jepun saya jamin parti mana2 perintah pun maju..

-majula malaysia-

Jas Salleh said...

Assalamualaikum wbt persaudaraan kpd semua sebangsa Melayu dan seagama Islam.

Saya berpendapat dan sudah tiba masa pun kita lebih banyak berbicara mengenai AGENDA PUAK SOSIALIS DEMOKRAT yg menjadi AHLI SOSIALIS ANTARABANGSA dan mempunyai ahli-ahli sekutu termasuk PERGERAKAN BURUH ZIONIS SEDUNIA -- sila lihat LAMAN web SOCIALIST INTERNATIONAL DAN laman web DAP.

Saya bersetuju amat dengan tulisan saudara kita di sini mengenai sikap pemimpin UMNO di Kedah yg berpendirian tak mengapa PAS perintah kerana MELAYU-ISLAM juga ! Inilah semangat JATIDIRI TULIN MELAYU !

Saya juga bersetuju dengan pendapat saudara yg mengutarakan isu INTERNATIONAL TRANSPARENCY yg dikepalai oleh orang-orang yg tak telus dan bodoh. Malah mereka juga tak tahu apa erti TRANSPARENCY. Mereka memang mempunyai AGENDA JAHAT! Dan agenda itu kini di bawa dan diperjuangkan oleh sebuah parti sosialis demokrat di negara ini !

Marilah kita semua membongkar agenda-agenda jahat sosialis demokrat dan kita MEMPERSOALKAN DAN MEMPERTIKAIKAN MEREKA !

Ini lebih baik dan bermanafaat daripada kita membuka pebuatan2 salah para pemimpin MELAYU-ISLAM !

Ini hanya menambah dakyah dan fitnah parti SOSIALIS DEMOKRAT BAHAWA MELAYU-ILAM TAK LAYAK PERINTAH TANAH MELAYU!

Saya menyeru Dato' KADIR JASIN dan semua yg ada di sini , MARI ! MARILAH KITA ASAHKAN MINDA KITA SETAJAM-TAJAMNYA DAN PENA KITA MEMPERSOAL DAN MEMPERTIKAIKAN PARTI SOSIALIS DEMOKRAT INI YG MEMBAWA KEHANCURAN MARTABAT MELAYU-ISLAM !

Jas Salleh said...

Seperkara lagi,

Saya lihat dan baca banyak blog. Malangnya amat kurang blog yg mempertikaikan PARTI SOSIALIS DEMOKRAT YG MENJADI BATU API dalam percaturan politik di Malaysia kecuali blog PISAU.NET.

Dato' A. Jasin Kadir tentu mempunyai banyak maklumat dan keratan-keratan akhbar mengenai puak SOSIALIS DEMOKRAT yg curang ini.

Dari pembacaan saya di laman web puak curang sosialis ini, saya mendapati bahawa perjuangan dan matlamat mereka adalah SOSIALIS DEMOKRAT yg amat menyalahi semangat dan roh kemerdekaan Malaysia dan Perlembagaan Malaysia!

Mereka memperjuangkan nilai-nilai yg telah pun di capai dan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum di Malaysia. Tapi oleh kerana fitnah berterusan oleh puak sosialis curang ini, yang BAIK JD JAHAT ! yg KECIL jadi BESAR !

Kita tidak perlu melatah dengan salakan para sosialis demokrat ini dan saya yakin mereka sendiri pun tidak tahu apa makna ADIL, SAKSAMA dan INTERGRITI melainkan mereka seperti burung kakaktua yg mengulang-ulang apa yg dimomokkan olh orang luar negara melalui SOCIALIST INTERNATIONAL itu belum masuk campurtangan secara halus LEE KUAN YEW.

Saya telah lama memerhati dan saya membuat penilaian bahawa SELAGI KITA TIDAK GUGAT DAN MEMPERSOALKAN PUAK SOSIALIS DEMOKRAT ini , selagi itu mereka seperti tampak golongan yg layak untuk perintah dan membawa negara ini maju ke depan !

Sedangkan fahaman SOSIALIS DEMOKRAT dan apa yg mereka perjuangkan adalah AMAT MERBAHAYA SEKALI KEPADA SEMUA KAUM DI MALAYSIA !

Konsep MALAYSIA ADALAH WARGA MALAYSIA mengikut acuan fahaman SOSIALIS DEMOKRAT ini amat MERBAHAYA !

Keadilan sosial dan kesamaan taraf bagi semua kaum bagi puak ini boleh di capai melalui perlaksanaan fahaman sosialis demokrat ! walhal fahaman sosialis demokrat MENGHALALKAN CARA !

Mereka tidak peduli mengenai sejarah dan budaya MELAYU-ISLAM !

Jadi marilah kita mem[ersoal dan membicara lebih banyak mengenai puak-puak ini dan agenda-agenda mereka dan mencabar kwibawaan mereka dan fhaaman mereka sehingga mereka pula KEPANASAN DAN MELATAH !

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).