Saturday, February 27, 2010

Cerita Lama Dan Nostalgia Zaman Muda

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

HASIL tampalan mengenai ulang tahun blog kita yang keempat, beberapa pembahas meminta saya bercerita mengenai hal-hal yang ringan. Terima kasih.

Saya sudah bagi pandangan awal mengenai cadangan “menggabungkan” Felda, Risda dan Felcra. Berhati-hatilah. Jangan guna alasan “synergy” atau keserasian sewenangnya. Saya yakin kerajaan tidak akan tergesa-gesa.

Sdr Hang Jebat bertanya saya kalau saya jumpa tempat makan baru. Saya pun dah lama tidak menjelajah mencari tempat makan baru.

Cuma nak cerita yang ketika saya makan ikan bakar di Bandar Raya Melaka semalam, saya asyik dan kagum dengar Mr Chua nyanyi karaoke lagu-lagu Hindustan, siap dengan geleknya sekali.

Mr Chua kata kegemaran dia menyanyi lagu-lagu Hindustan. Katanya 13 Mac ini dia dijemput menyanyi di hadapan orang besar di pertandingan masak nasi lemak di Kuala Lumpur. Saya kena “check” dulu sebab Mr Chua kata hadiah nombor satu RM10,000.

Nasi kandar kegemaran saya di Kuala Lumpur ialah Kudu di “International Hotel” Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kudu dah lama meninggal. Perniagaan kini diuruskan oleh anak-anaknya. Semasa hayatnya, Kudu dan International Hotel adalah tempat lepak P Ramlee.

Di Penang, nasi kandar Line Clear di Penang Road pilihan saya dan di Alor Star Nasi Royal dekat panggung Royal lama dan tak jauh dari Pekan Rabu.

Kepada Saudara Said, terima kasih kerana menjadikan pekan nat Tanah Merah (kampung saya) sebagai pilihannya. Pekan nat Tanah Merah sejak dulu lagi diadakan setiap Rabu.

Pekan nat ni ada sejarah bagi saya. Pada tahun 1954, saya patut masuk darjah 1 Sekolah Melayu Pendang. Tapi pada tiga hari pertama pembukaan sekolah (Ahad, Isnin dan Selasa), pagi-pagi lagi saya dah cabut masuk kebun getah, bersembunyi kerana tidak mahu ke sekolah.

Puas Allahyarham ayah saya, emak dan kakak mencari tapi tak jumpa. Kebun getah zaman itu penuh belukar, rumpun mengkuang, duri dan banir.

Tapi pada petang Selasa, ayah dengan wajah gembira menyuruh saya berpakaian kemas pagi esok (Rabu) kerana dia hendak membawa saya ke pekan nat Tanah Merah makan laksa kuah belut kegemaran saya.

Saya membonceng basikal “Hercules” hitam ayah. Dia mengayuh dengan laju. Sampai ke simpang tiga pekan Tanah Merah, dia memusing ke kanan ke arah Pendang. Pekan nat di sebelah kiri.

Saya sedar saya masuk perangkap tetapi tidak boleh terjun kerana ayah mengayuh dengan amat laju. Setengah jam kemudian sampailah saya ke Sekolah Melayu Pendang.

Saya diserahkan kepada Allahyarham Cikgu (Datuk) Shaari Abu Bakar yang menjadi bapa angkat saya selama lima tahun selepas itu. Maka pada usia tujuh tahun saya memulakan persekolahan atas tipu helah ayah saya. Moga-moga Allah mencurahkan rahmat ke atas roh mereka.

Pekan nat Tanah Merah sekarang tak macam zaman saya. Sekarang banyak barang-barang moden, plastik dan berbungkus. Dulu ada buah keranji, asam kelubi, buah rotan, berjenis-jenis terung, jagung huma, timun huma, ikan pekasam, jeruk maman, daging kering, buah perupuk, ulam lamjai, petai, jering, genuak (kerdas), bedak sejuk, kulit sintuk dan halwa rambut.

Paling dinantikan adalah orang silap mata dan Abdul Rahman (Loman) tukang gigi dan penjual ubat cacing kerawit. Cacing rambu, kata orang Utara.

Dengan izin, “sales pitch” Loman tukang gigi: “Ni, Loman nak bagi tau sikit. Cacing lamu (rambu) ni pungkur Loman pun dia kolek (korek), pungkur laja (Raja) pun dia kolek, pungkur Tunku Abdul Loman (Rahman) pun dia kolek. Mai la beli ubat. Tak hilang penyakit, hilang dit (duit). Minta dit balik,Loman dah makan.”

Sdr Fed Up cakap pasal tanaman padi di Kedah. Maaf cakaplah, saya rasa petani sekarang tidak tekun, pintar dan pandai macam zaman dulu. Semua menjadi mudah kerana subsidi, jentera moden, baja kimia, racun serangga dan rumpai. Jelapang pun tak ada lagi. Padi dituai oleh “combined harvester” dan dihantar terus ke kilang. Makan beras beli mutu rendah bila makan rasa macam pasir.

Dulu kita buat dengan tangan dibantu oleh bantuan kerbau. Baja organik. Benih dikaji selidik dan dicipta sendiri. Menanam dan menuai secara gotong-royong. Dalam istilah Utara, berderau. Hidup susah tetapi orang kampung tekun, sihat dan saling tolong menolong.

Sekarang semua tauke buat. Baja subsidi pun silap-silap jual kepada tauke. Akibat penggunaan baja subsidi dan racun yang berlebihan, bumi kini keracunan. Padi semakin tidak menjadi. Rumput rumpai dan siput gondang emas semakin tahan racun. Upah menanam semakin naik dan bergantung kepada pekerja import dari Negeri Thai dan Bangladesh. Saya bimbang, tanpa subsidi dan perlindungan, bersawah akan kembali ke zaman cukup makan (subsistence).

Mungkin benar kata Sdr Keturunan Jebat, orang Melayu semakin “complacent” dan tidak lagi berdaya maju. Sesetengah atau majoriti orang Melayu pasti kena pukulan “KO” kalau kerajaan tidak berhati-hati dengan kempen liberalisme, globalisasi, persaingan, keterbukaan dan dunia tanpa sempadan.

Bukan orang Melayu saja akan susah, peniaga dan tauke Cina yang menjadi pembekal dan perantara juga akan turut menderita jika pertanian tradisional dan pekebun kecil terkena pukulan “KO.”

Jadi kita perlu pastikan tempat yang terjamin kepada sektor ekonomi ini dalam Model Baru Ekonomi/Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka itu.

Mengenai nostalgia SAHC (Kolej Sultan Abdul Hamid) di Alor Star seperti yang ditanyakan oleh Sdr Dan Kajang, saya hanya dua tahun di sana (tingkatan 6 rendah dan atas) tahun 1967 dan 68.

Bila dapat biasiswa (kecil) RM55 sebulan, kami pun pi joli (jolly) ke Penang. Naik bas UTC ke Butterworth, lepas tu feri, makan nasi kandar di Simpang Enam, beli seluar jeans di Pitchay Gani Penang Road dan menumpang di Peking Hotel.

Yang berani (adventerous) curi-curi ke Hat Yai. Bila balik kena tangkap guru disiplin di stesen kereta api Alor Star dan kena rotan di belakang tabir. Yang disyaki dijangkiti penyakit, dihantar ke klinik yang doktornya adalah juga ahli Lembaga Pengelola Sekolah.

Zaman itu zaman kita bercinta, berbahas dan berdrama. Madah dan puisi adalah penghias bibir. Surat cinta lebih penting daripada karangan dan kerja sekolah.

Dan akhir sekali cadangan Sdr Bleacher agar saya mengadakan perhimpunan pembaca dan pembahas blog ini. Maaflah, saya sudah banyak tahun tak buat rumah terbuka Hari Raya. Kalau dengar saya buat majlis seumpama itu, saudara dan saudari adalah dijemput.

Kepada semua pembahas, terima kasih atas ucapan tahniah saudara dan saudari. Kata orang Putih, we can all congratulate ourselves.

36 comments:

Abu Hasan Adam said...

Datuk Kadir,

Saya rasa memang ramai 'kawan-kawan lama' suka penceritaan yang sebegini. Relaks. Mungkin juga ramai sudah agak 'muak' dan 'mual' dengan cerita-cerita politik yang tak habis-habis.

Secara kebetulan agaknya saya juga sudah memulakan cerita yang sebegini. Jikalau Datuk banyak menceritakan kisah-kisah di Kedah, saya pula akan menumpukan kisah-kisah lama ( kisah benar ) di Perak, khususnya kawasan Padang Rengas.

Mungkin cerita sebegitu boleh dimanfaatkan oleh anak-anak atau cucu kita kelak.

Abu Hasan Adam

Roti Planta said...

Dato',

Apabila dah berumur, kenangan adalah harta yang amat bernilai. Kalau tidak ada anak-cucu yang nak dengar maka boleh tulis dalam blog atau facebook untuk rakan-rakan baca. Terhiburlah hati.

Apabila pencuri (pendatang) masuk rumah saya, mereka angkut semua camera video, kamera digital termasuk semua CD, tape yang diletak dalam satu beg. Habis 'kenangan digital' anak-anak saya semasa kecil termasuk semasa lahir, namun kenangan dihati masih dan akan kekal sehingga mati.

Baru-baru ini di kampung kami adik-beradik berbincang untuk membahagikan harta (tanah) keluarga. Saya minta hanya secubit sahaja kerana tempat itu ada terlalu banyak kenangan saya semasa kecil. Ibu saya mahu membahagikan sama rata kerana apa yang saya minta adalah terlalu sedikit katanya. Saya minta bakinya (kebun getah dan kelapa sawit) dibahagikan kepada adik-beradik yang lain kerana saya sudah cukup untuk bagi makan anak-anak saya. Alhamdulillah semua setuju dan saya mendapat bahagian 'kenangan' saya yang tidak ternilai. Terima kasih.

Apa yang saya khuatir sekarang jika anak-anak muda tiada kenangan untuk dikenag semasa hari tua kerana hanya menghabiskan masa depan komputer (bermain permainan video), lepak di pusat membeli-belah dan tidur...

Bye/ Roti Planta

BijakWang said...

Nostalgia yang lalu,memang indah untuk dikenang.Keadaan kita hari ini dibentuk sejarah kita yang lampau.

pakbelalang said...

Saya rasa yang mengilhamkan gabungan Felda, Felcra dan Risda mungkin serupa orangnya yang menghilhamkan gabungan Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope.

Perkataaan "Synergy" ini digunakan juga sebagai "vehicle" ketika mula-mula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope hendak digabungkan.

Walau apa pun kita harapkan gabungan ini akan memberikan faedah yang lebeh baik lagi untuk rakyat. Jangan ada penyelewangan dan kepentingan sekelompok manusia yang tidak bertanggong jawab untuk
meraih keuntungan untuk diri mereka.

Disamping itu saya tertarik dengan laporan Bernama hari ini seperti berikut:

Angkasa To Form Consortium To Strengthen Cooperative Movement

KUANTAN, Feb 27 (Bernama) -- The National Cooperative Organisation of Malaysia (Angkasa) is planning to form a national consortium to strengthen the cooperative movement in the country.

Its deputy president, Datuk Abdul Fattah Abdullah said the consortium would enable cooperatives to work together in bigger projects.

He said if cooperatives were to move on their own, the chances of securing big projects might be lower as their capital and expertise were limited.

comment:

Ini adala satu perkembangan yang patut kita ambil perhatian berat.

Soalannya adakah perlu bagi Angkasa untuk menubuhkan Konsortium Nasional dengan tujuan untuk mendapatkan kontrak besar dari projek-projek kerajaan.

Adakah Angkasa sudah bersedia dari segi pengurusan,modal dan expertise untuk mampu menjalankan projek-projek besar?

Pada pandangan saya Angkasa patut berhati-hati dan bersikap konservatif dalam perniagaannya supaya jangan akhirnya kelak Angkasa LINGKUP. Fikirkanlah apakah akibatnya nanti apabila Angkasa mengalami kerugian besar. Kepala siapa yang akan melayang?

Ingatlah pengalaman masa dulu dimana KOBENA telah menjalankan projek perumahan dan berbagai projek lagi, akhirnya semua LINGKUP.

Hang Jebat said...

Salam Datuk AKJ,

Terima kasih kerana bagi sedikit respond dan input baru pasal tempat makan. Betul kata Datuk. Nasi kandar Kudu memang sedap. Cuma harganya dah jauh berbeza dari dulu. Kita faham kenapa begitu. Apa yang penting rasanya tetap sama.

Betul ke pertandingan masak nasi lemak hadiahnya RM 10,000.00? Siapa penganjurnya, Datuk? Nasi lemak antarabangsa Kampung Baru tak masuk bertanding ke?

Cerita-cerita Datuk yang ala "walking down the memory lane" sangat menarik bagi saya. Sama macam karya Dato' LAT "The Kampung Boy" yang dah menembusi pasaran Eropah.

Saya doakan semoga Datuk sentiasa sihat, terus "blogging" dan membuka minda kami semua. Amin.

Salam Datuk AKJ.

Anonymous said...

DAKJ kata,

"Sdr Fed Up cakap pasal tanaman padi di Kedah. Maaf cakaplah, saya rasa petani sekarang tidak tekun, pintar dan pandai macam zaman dulu. Semua menjadi mudah kerana subsidi, jentera moden, baja kimia, racun serangga dan rumpai. Jelapang pun tak ada lagi. Padi dituai oleh “combined harvester” dan dihantar terus ke kilang. Makan beras beli mutu rendah bila makan rasa macam pasir."

Adakah ini maknanya DAKJ dah fed up? Adakah ini juga maknanya DAKJ dah give up?

Saya sendiri banyak yang saya fed up tapi masih banyak yang saya belum give up.

Tali air @ terusan, kerja siapa jaga? Jangan sekadar salahkan petani, kalau harga jual memanjang kena main. Tak cukup jual padi, mereka kena jugak cari punca lain sara hidup.

Dulu, LPN sediakan pasaran untuk petani. La ni Bernas buat apa? STOK BERAS NEGARA pun tak daya nak buat. Itu lah nak sangat kejar untung. Maklumlah kalau tak nanti pelabur tak minat, jatuh harga saham di bursa saham, tak gitu?

Sebab tu semua hasil padi tanam sendiri dijual tetapi nak makan sendiri, beli beras yang macam pasir.

Mana yang tamak simbah air kat guni beras. Sudahnya dapat la beras merah.

Tak kan DAKJ tak tahu semua ini.

Paling tak jauh, lihat saja bila harga lada naik tahun lepas, siapa untung, yang menanam dapat cam tu jugak.

DAKJ tak ada nostalgia main air tali air @ terusan ke? Atau mungkin menembak ikan puyu/keli di sawah?

Fed Up

pakbelalang said...

Kisah cerita lama memang dirasai nostalgianya kalau diimbas balik, terutama sekali jika kehidupan kita berlatar belakangkan orang kampong. Semuanya serba kekurangan. Saya berpengalaman mandi perigi dan juga rumah tanpa api letrik dan gas dapur untuk memasak. Ketika itu bahan api untuk memasak masih menggunakan kayu getah. Zaman persekolahan pun serba kekurangan.

Syukur alhamdulillah, masa telah berubah!! Segala-segalanya telah berubah kepada yang agak selesa jika dibandingkan dengan tahun 50han.

Setelah berhijrah kebandar hampir 40 tahun lamanya cara hidup pun dah berubah, lebeh pantas lagi untuk menguruskan kehidupan harian. Lebeh mencabar lagi. Sekarang hanya tunggu panggilan illahi sahaja. Tidak ada apa lagi yang hendak dikejarkan.

Abu Faiq said...

Asaalaamu 'alaikum Dato' AKJ & yang melayri ini,

1 Saya rasa saya sikit kemudian daripada Dato'. Tapi dari kampung juga. Berkebun kelapa dan tanam nanas, itu dunia saya dulu. Tapi sekarang semua dah kelapa sawit belaka. Di tempat kami tak pernah ada sawah padi.

2 Adalah juga sikit jiwa untuk berideologi. Muda-muda dulu giat dengan Pemuda UMNO cawangan kampung, kemudian ke bahagian. Tua sikit, tekun belajar agama dan lari masuk PAS, sebab insaf dalam parti lama, banyak yang tak serasi dengan agama pun saya ikut sama menerajui, terutamanya tentang ..'masuklah kamu ke dalam lslam secara kaffah..". Tak lama
tinggalkan PAS juga bila berlaku dua kepala tak satu idea, walhal tentang perkara agama.

3 Rupa-rupanya saya mencari sesuatu : ideologi - sistem kehidupan yang benar-benar serasi dengan akidah yang saya anuti, iaitu lslam sebagai akidah ruhiyyah, sekaligus juga akidah as-sasiyyah - lslam sebagai ideologi - sistem yang wajib dizahirkan sebagai pengatur segala dimensi/aspek kuhidupan: politik, pemerintahan dan kenegaraan, undang-undang, ekonomi, sosial, diplomatik, pendidikan dan sebagainya.

4 Pangkal jalannya sudah saya temui. Tinggal bertatih-tatih di dalam/ bersama jemaah yang sedang mendakwahkan lorong-Nya bagi anak-anak dan cucu-cicit di kemudian hari mudah mengikuti.

5 Bolehlah Dato' ikut sama ke arah menegakkan Daulah Khilafah.





2

zainal abidin awang kechik said...

"SEBELUM HELAIYAN KERTAS USANG INI KU ISI DENGAN WARNA WARNA TINTA YANG KAKU TAMPA SUARA INI KU LAYAR KAMAR MU.....''

itu la kut bunyi nya zaman itu

salam

Man at Work said...

Yes Datuk, i too grew up with Nasi Royal, Popiah Jamal (Next to High Court) & ofcourse Mee Abu. Now craving for it ;-)

dan kajang said...

Assalmualikum Dato',

1. Terima kasih kerana respon sedikit tentang permintaan saya mengenai cerita nostalgia di Sultan Abdul Hamid College, Alor Star.

2. Saya tahu Dato' hanya dua tahun sahaja di SAHC. Masa Dato' di Lower Six, saya di Form 5 (Arts). Saya tidak sambung Six Form di SAHC. Saya lulus HSC as a private candidate. Walau pun saya hanya bersama Dato di Kolej hanya setahun dan Dato tak kenal saya, tapi saya masih ingat Dato. I admired you as a bright student, especially sebagai seorang ahli Pendebat Pertanding Bahas Sekolah2 yang hebat. Dato' memang hebat dulu dan masih hebat hingga sekarang. I still admire you.

3. In this posting I can also share with you on Nasi Royal. Nasi Royal is good and delicious. But you forget mention Nasi Lemak Ali. During the 60's they were located under the tree at Jalan Tunku Ibrahim, near panggung Empire. I used to stop and buy the Nasi Lemak Ali on my way to Kolej those days (Nasi and telor separuh only cost you 20 cents). They are now located at Jalan Sebarang Perak. In those days we used to call Nasi Ali as "Nasi Ganja". This was because after taking it you will fill sleepy. People says like baru kena ganja (sorry I have no experience in taking ganja). How I wish Nasi Royal, Nasi Ali and Mee Abu will open their branches in KL.

Thank you again Dato' for sharing our common cerita lama Dato'.

Anonymous said...

salam dtk bro,

di penang, saya masih ingat MEE SULTAN KEDAH di kelab lumba kuda.

tak tau la kalau dtk pernah ke sana...

memang mantul mee dia

Roti Planta said...

Dato,

Rancanga televisyen yang digemari pada masa itu adalah Combat dan High Chaparal. walaupun tv hitam putih tetapi seronoknya bukan kepalang. Sebelah malam tengok combat manakala sebelah siang selepas sekolah buat latihan praktikal combat dalam kebun getah dan semak samun hehe.

Bye/ Roti Planta

ab said...

Salam dato,


Nostalgia`kampung life,simple life dan a very humble community relationship' ni mungkin sampai generasi yang lahir tahun 70an saja la kut ni.....


Yang dilahirkan tahun 80an dan terkemudian susah nak ada nostalgia hidup macam tu......kalau ada pun nostalgia MADE IN JAPAN.....adala kut doremon,pokemon,ultraman, dragon ball,etc..


Kalau kemelaka, saya cadang kesatu `kedai' makan tepi laut kat corner
depan merak resort/mutiara hotel dulu(dah tukar nama sebab lingkup dah 2-3 kali perniagaan) kat hujung pantai puteri/pantai kundur tanjung keling.....kalau waktu malam,romantis suasana sebab masih berpasir pantainya,tak kena tampal dengan batu bata atau konkrit lagi, lampu-lampu dijeti petronas menambah seri malam,pakok rhu,ombak kecil dan angin laut masih `elok' juga....berlantai pasir hampir diseluruh kawasan....ikan,ketam dan sotong dibeli dari nelayan berham-piran .......

Tempat ini OK untuk orang yang tak tinggi `expectation' untuk makan tapi lebih untuk bersantai malam bersama keluarga/rakan-rakan.....

TAPI KESIAN tuan kedai tu.. kompeni ASTRO RAMPAS TV SET sebab siarkan siaran astro kat orang ramai!!!lesen untuk rumah katanya.


KALAU DI NEGARA BARAT kedai makan ni dah PASTI MELETUP sebab `enviromental friendly' dan `simplicity',tetapi kat situ masih susah nampaknya,kerusi masih plastik dan dah dimakan cuaca,meja batu bolih tahan....SATAY KAT SITU
OK,kalau simpan sampai esok pagi masih lembut kalau dipanaskan!.


Kalau ada yang buat `infras-truktur' kedai dan kerusi meja TANPA USIK PASIR DAN PANTAINYA..
TENTU AKAN JADI TOURIST POINT juga...

Semalam say kealumni dinner diThe royal chulan hotel,....adohai, sangat bagus organisernya, sampai TPM tunggu sampai habis majlis,to the very end.....nampaknya ramai tansris,datuks,dato, etc yang `contemporary' dengan ramli sarip!!
terhibur dan menghiburkan.....


Walaupun saya tak reti bersas-tera, tetapi SAYA sangat teruja dengan pencapaian sasterawan negara, Dato Dr Anwar Ridhwan, yang sudah diterjemahkan tulisan beliau didalam 15 bahasa kalau tak silap.... saya juga sangat teruja kerana semasa masih DISEKOLAH MENENGAH BELIAU sudah organised
sessi DERMA DARAH semasa 13 mei 1969 dulu!!

Beliau senior saya....


Abu Bakar Ab Rahman

A KADIR JASIN said...

Sdr Roti Planta,

Kalau tak silap saya, montaj pembukaan High Chaparral adalah peta yang terbakar dan Combat pula budak-budak sekolah Melayu/Kebangsaan pasca-ejaan baru Malaysia-Indonesian kata chom-bet.

Sebab itu saya rasa Coco-Cola belanja banyak duit untuk iklan di radio dan TV, takut disebut cho-cha-cho-la.

Zaman saya budak-budak, takut main dalam belukar lama-lama. Tok kata: "Hang pa main dalam belukaq, kapai terbang orang Putih ingat hang pa kominis, dia bom hang pa!"

Bila main dalam semak dan dengar bunyi kapal terbang, kami cepat-capat lagi keluar.

Sdr Dan Kajang, dulu Mamak Abu ada kedai (gerai) di depan SAHC. Dia jual nasi dan mee rebus. Dia dah lama mati tapi Mee Abu ada lagi dan dah ada cawangan serta francais. Favourite saya di Jalan Telok Wan Jah.

Sdr Pakbelalang, di kampung saya,kalau musim kemarau (selama 3 hingga 4 bulan setahun), perigi (telaga) kering tinggal lanyau. Kenalah pergi ke sungai mandi manda. Bila sampai rumah berpeluh balik. Apa tidaknya, sungai lebih satu kilometer dari rumah dan kena kongsi dengan kerbau, lembu, itik dan macam-macam haiwan lagi.

Belajar pula pakai lampu minyak tanah sampai hitam lubang hidung.
Sekarang eletrik mati sejam dua dan bekelan air terganggu, macam nak kiamat dunia. Betullah kata Pakbelalang, dunia sudah berubah.

Terima kasih kepada semua kerana berkongsi pengalaman dan nostalgia.

BijakWang said...

Zaman saya membesar amat berbeza sekali dengan datuk dan commentor yang lain... Saya tidak merasai sepenuhnya kehidupan kampung..Terasa satu kerugian..Tak dapat nk berkongsi pengalaman seumpama datuk bersama ank cucu tatkala menjangkau usia tua kelak..urrmmm

Anonymous said...

Datuk,
Apabila Datuk sebut tentang buah keranji di nat Tanah Merah tu, teringat saya tentang buah keriang dot atu keriang aceh, buah kandis, buah muyu dan buah nanam. Boleh Datuk bagi tau di mana boleh dapat buah-buah yang sedap tu sekarang? Dah lebih 40 tahun saya tak merasanya. Rugi generasi muda sekarang yang tak pernah meras keenakan buah-buahan tu!

Mengenai cerita Penang pulak, tak kan Datuk tak dak cerita tentang musim "Kapal Haji?" Ia suatu "pesta" yang tentu sekali banyak meninggalkan kenangan kepada orang seangkatan kita.

--BALANGLAMA

Pak Lang said...

Datuk,

Memang betul kehidupan kita ditahun 50an tak dapat dipisahkan dengan komunis. Macam Tok Datuk kata jangan main lama-lama dalam belukar nanti kapalterbang orang putih ingat hang pa komunis nanti depa bom hang pa.

Becakap tentang kapalterbang saya teringat kapalterbang Tentera Udara Diraja British yang sering terbang rendah mrngguggurkan risalah-risalah menyeru pengganas komunis menyerah diri. Selain daripada itu kapalterbang-kapalterbang ini juga membuat berbagai pengumuman menggunakan pembesar suara khususnya memberi lokasi-lokasi pengganas komunis patut pergi menyerah diri. Kami panggil kapalterbang bercakap.

Kami budak-budak kampung bagaikan berpesta. Maklumlah bukan senang nak tengok kapalterbang dizaman itu.

Di sekitar Bruas, Perak tembakan meriam (orang kampung panggil meriam katak)oleh tentera komonwel ada yang berlarutan 24 jam sehari hingga berbulan lamanya. Lama kelamaan orang-orang kampung termasuk kanak-kanak tidak sedikitpun merasa takut dengan dentuman meriam ini. Mungkin kerana itulah jenerasi zaman itu tahan lasak. Sementara kampung-kampung seringkali menjadi tempat persinggahan anggota tentera baik dalam dan luar negara dalam perjalanan ke hutan memburu pengganas komunis.

Dua belas tahun lalu ketika mula-mula sampai ke US, menyewa sebuah kereta yang ada GPS. Kereta ini juga boleh bercakap. Suara (wanita) memberitahu jalan-jalan yang patut di ikuti untuk tiba ke destinasi.

Geli hati bila terkenangkan kapalterbang dan kereta bercakap.

Anonymous said...

Datuk,
Lepas ni, harap Datuk tak keberatan memberi pandangan tentang berita lebih 70 NGO Melayu bergabung. Apa maknanya ini kepada gerakan politik Melayu dan negara?

-- BALANGLAMA

al-Balingi said...

Dato,

Saya juga belajar di Alor Setar, tp pada awal 90-an. Bas UTC masih lagi beroperasi di kala itu. Sekarang tak tahu la samada masih wujud lagi atau tidak.

Tamingsari said...

Asalamualaikum Datuk.

Cemburu rasa hati bila baca cerita pasal kampong. Saya dilahirkan dipekan dan dibesarkan di pekan juga. Sesekali jengok nenek dikampong. Seronok dapat jadi tarzan atas pokok manggis dan rambai.

Bila malam, walaupun takut tapi tetap minta diceritakan kisah hantu itu dan ini. Bila time nak tidur berebut nak tidur disamping nenek. Esoknya leka melihat arwah nenek anyam daun nipah buat atap.
Curi rokok daun nenek dah jadi wajib. Sedih, dah lama tak baca al-fatihah untuk nenek.

Terima kasih Datuk. Kenangan manis
saat bercinta, lebih indah kenangan dikampong sewaktu kecil.
Betul kata P.Ramlee 'apakan daya masa tak akan kembali'.....

Unknown said...

saya teringat tahun '74 jambatan temerloh (jambatan besi) 'ampuh' dek bah besar. kami dr kuantan terpaksa park kereta dan naik feri menyeberang sungai. sampai di seberang terpaksa menapak untuk ke kg tengah (ada kenduri pak saudara).

sepanjang jalan terdapat jalan digenangi air. utk tidak melambatkan perjalanan maka saya terpaksa didukung. yg menjadi tukang dukung itu memang layak kerana beliau sebesar2 manusia, abang ipar saya.

mungkin dato kenal arwah Mohd Alim Abd Latiff, pernah di Bernama, NST dan akhir hayat beliau di Utusan. Alfatihah untuk Abg Alim.

abdullahngah said...

Begitulah biajaksananya orang tua tua.

Kalau ayah tak buat begitu barangkali entah apa akan jadi pada anaknya.

Orang Tua tua walaupun tidak sekolah tinggal tapi minda bagus.

Bukan setakat mindanya bagus malah inteleknya tinggi.Prihatin dengan anak anak bakal generasi negara akan datang.

Malangnya ketua negara tidak kisah apakah yang terjadi pada generasi akan datang.

Kalau ketua negara ingin satu generasi yang baik mana mungkin arak ibu segala maksiat bebas pasarannya.

Kalau ketua negara ada hsrat mahu satu generasi yang baik mana mungkin judi dilesenkan.

kalau ketua negara prihatin dengan generasi negara mana mungkin riba dan rasuah dijadikan amalan hidup harian.

Orang tua tua dahulu tidak macam orang zaman sekarang apabila pandai derhaka ibu bapa.Apabila ditegur mereka lantas berkata, orang tua apa yang dia tahu.

Bukan mereka tidak tahu derhaka kepada kedua orang tua tak bau syurga.

Kalau tak bau syurga alamatnya kekal dalam nerekalah.

Yang sedihnya banyak tak mahu kepada islam. Kasih kepada Nabi, tapi kasih macam Abu Talib.

Kasih kepada nabi tapi kasih macam Abu Lahad.

Inilah anak anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang tidak kisah dengan akidah mereka.

lebih lebih lagi sudah jadi kayaraya, pasti tidak ada masa untuk solat.

Yang hairanya mereka ada masa untuk minum kopi di kopitiam yang dikatakan kopi dicampur dengan arak.

Maaf, kerana terlalu ramai orang islam yang minat minum di kedai kopitiam. Pasti enak kopinya kerana dicampur arak.

Tinta Hitam said...

Dato,

Terim kasih kerana mengembalikan nostalgia tahun 50an tu.Tahun saya membesar adalah 60an dan 70an.Tapi suasana yang diceritaka tak jau bezanya dengan pengalaman saya semasa kecil.

Satu yg jadi kenangan saya semasa kecil barang makanan semuanya original.Pakaian aje jenamanya tiruan yg boleh dibeli dari pasar malam.Skg ni pakaian byk yg ori dan ramai pakai yg ori.Tapi makanan kebanyakannya dah artificial dah.Full of preservative and taste enhancement.Susu pekat pun tiruan.Susah nak cari susu pekat yg betul.Sapa sapa boleh bagi tau mana nak cari harap balas dlm blog ni.

Satu lagi yg saya rasa kehilangan adalah iklim sejuk dan nyaman pada waktu malam.Skg ni malam adalah panas.Suhu minima adalah 24 degree celcius.Itu pun pd musin hujan.Pd musim panas masa malam dan subuh pun kita berpeluh.Bilik tidur terpaksa dilengkapi dgn penghawa digin kalau nak tidur aman.Gone were the days where we could sleep in the mosquito net comfortably with blanket fully covered our bodies.

Reminiscing back the old days tell us something.We had journeyed so long in the world and that the day to meet our Maker is getting nearer with each passing days

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Bila sebut pasai penjual ubat,memang teringat
masa kecik dulu selalu ikut arwah ayah pi jual ubat.

Sg petani,Gurun,Kota Sarang Semut memang selalu sampai.Pendang pernah tapi jarang.

Arwah mak selalu jugak kata jangan ikut mcm ayah jual ubat bila besaq, pasai penjual ubat kaki temberang.Ikut mak pi bendang lg baguih.

Saya pulak syok ikut ayah pasai duit syiling semua akan jadi hak milik saya.Lupa semua panas hujan di kaki kaki lima.

Sampai lani pun berjual beli dah jadi darah daging.Kaki kaki lima lah yang banyak bagi ilmu untuk saya cari makan hari ini.

Cuma kalu tahun 70'an,harga apa jenis ubat yg ayah jual hanya RM 1,
skrg apa yg saya jual bukan lg ubat tapi produk yg harganya puluhan ribu RM.Jadi pening dia lain macam sikit!

Berdepan pelanggan,Accounting degree semua tolak tepi.Temberang penjual ubat lah, ilmu yang sangat
bererti!HE HE HE

tk

pakbelalang said...

Satu perkara yang saya tak boleh lupa semasa dikampong apabila nak buang air besar. Pengalaman ini memang sangat menggelikan hati saya. Disiang hari apabila nak buang air besar semasa saya berumar belasan tahun saya akan cari pokok kelapa condong yang rendah untuk buang air beasr. Saya tak suka buang air besar dipondok kecil seperti dalam cerita P Ramlee. kah, kah, kah.

Tapi sekarang kebanyakan dari kita buang air besar duduk dibowl ceramic.

said said...

Salam Maulid Dato'
Saya terpesona dengan kemajuan di pekan Tanah Merah. Stesen minyak gergasi di tengah pekan tu sekarang sukar ditandingi stesen2 minyak di bandaraya2. Tapi dimiliknya bukan kita (tapi mereka)

Kepada penggemar dialek Kedah khususnya anak jati Kedah saya syorkan laman di bawah (walau ramai dah tahu)
http://www.youtube.com/watch?v=E84ZJc27XDo

Moga ada sikit kelapangan minda.

affendi hussain said...

Salam Dato'..

Pekan Tanah Merah tu kira 'happening' lah dari Pekan Jenun.. 31thn dari saya hidup sampai skrg tak berubah rasanya..masa seolah-olah terhenti..teringat umah tok saya dulu kami masih pakai pelita minyak tanah..mana ada elektrik..sedar2 dah 20+thn dah arwah pergi..

Mee Abu bawah 'flyover' dpn SAHC..itu memang satu 'landmark' Alor Staq selain Pekan Rabu..

Cerita pasai padi..Pelik..dulu kita bangga dgn padi Malinja..dlm cerita P.Ramlee pun sebut.. mana pi skrg? Org boleh tanam 3x sethn kenapa kita masih di 'status quo'?

Ka ni semua pasal alkisah hal manipulasi subsidi, industri & tokey2 import beras yg dpt 'AP'?

Dato'.. kalau saya ni laksawan (bilionaire)..saya akan beli majoriti tanah bendang kat Kedah tu & bukak koperasi petani.. petani2 semua kerja makan gaji dgn saya..Pengeluaran, R&D & teknologi sykt pegang..lepas tu kalau ada yg nak buat lawak tekan harga jualan atau nak bg AP kat kroni2, kita boikot tanam padi setahun..kita tengok depa larat import takat mana.. makanan adalah kuasa.. & kuasa tu masih tak dpt dikawal org Melayu w/pun dibawah batang hidung depa..tuan taik minyak..

("/)

Anonymous said...

Bila DAKJ ubahsuai artikel, saya juga nak ubahsuai soalan.

Siapa yang kawal harga jual padi tuai, pesawah atau tokey "combined harvester"?

Lagi satu, pesawah jual baja subsidi dikatakan salah (saya setuju). Tetapi pesawah guna sepenuhnya baja subsidi hingga "ter"racun sawah sendiri, salah siapa?

Fed Up

Anonymous said...

Salam Dato' dan member semua,

Ada member dok Tanya
Mat Tunjang pi mana?
Lama tak cerita gila-gila
Dalam Blog Datuk Yang Mulia.

Mat ada tak pi mana
Dok pulon cari kerja
Tak kira kontrak apa saja
Asai rezeki anak bini ada.

Dok cerita pasai zaman dulu
Kita susah tapi tau malu
Sedekah, subsidi tak mau
Kerja kuat itulah kita tahu.

Dulu tandas dalam hutan
Punyalah susah bila hujan
Perut senak kena tahan
Kalau teran kena pelan-pelan.

Ayam itik punya la lapar
Benda tu jatuh dia sambar
Kita dok bergayot macam ular
Silap-silap jatuh dalam belukar.

Paling susah anak dara
Nak pin jamban kena kira-kira
Takut ada kaki tak guna
Depa mengendap tak kira masa.

Itulah cerita zaman dulu
Zaman kita belum maju
Kita sudah tapi tau malu
Minta merayu kita tah mahu.

Mat Tunjang Enterprise

matriz said...

Assalamu’laikum Dato’,

Membaca artikel Dato’ membuat saya terkenang kembali kisah silam. Saya pernah bertugas di negeri Kedah (Kubang Pasu) pada pertengahan tahun 70’an hingga awal 80’an. Pada masa itu hidangan yg popular di Alor Setar ialah mi Abu dan nasi lemak Ali selain dari laksa Teluk Kecai.

matriz

Orang Kampung said...

Bila baca cerita Datuk mengenai pekan nat Tanah Merah, saya pun turut segera teringat cerita lama saya dengan pekan nat sama.

Teringat lorong berdebu, buah jering, buah genuak dan umbut langkenang. Semuanya ulam kegemaran saya.

Namun, saya dah lama tak ke pekan nat tersebut kerana tinggal di SP. Saya yakin kalau yang masih ada lagi pun cuma jering dan petai tapi umbut lankenang dah tak ada lagi..dah pupus agaknya...

Sekali sekala balik kampung dan bila ke pekan Tanah Merah saya nampak pekan Tanah Merah la ni bukan lagi pekan tanah Merah dulu...dalam bendang pun dah ada taman perumahan ...apa pandangan datuk?

Salleh Saad.

mat nisfu said...

Tok Kadiaq,

Terima kasih kerana membangkitkan nostalgia lama famous food stalls di aloq staq & penang.

Kalu balik a/setaq ,saya selalu bawa big bos & best friend "try" apa yg patut. Saya atoq jadual yg padat supaya perut depa juga padat. Ianya bermula spt berikut :-

Menyorok & Lunch - Nasi Royal atau Zam Zam (Lrg Merpati )

Ptg - Mee Abu & Popia Jamal

Malam - Nasi Lemak Ali.

Tgh malam - Nasi Lemak Hj Ramli Smph Empat )

Meeting & site visit sepatutnya 2 hari je, tapi terlajak jadi 3 hari. Sebabnya, boss tak puas makan. Bawa lagi depa pi Penang pekena pula nasi kandaq kampong melayu air itam & Nasi Beratoq

Apapun, nasi kandas kudu dah jatuh 2nd place. La ni org dok beratoq panjang kat Yaseen Nasi Kandaq tak jauh dari kudu. Dengar cerita tukang masak kudu dah lari pi ke Yaseen. pasai tu kot org pakat pi beratoq kat yaseen.

Anonymous said...

Cerita Tahun 69/70 an
-------------------------------

Tahun 69/70 saya belajar di Kuala Kangsar. Selalu juga saya
dengan kawan kawan pergi ke P Pinang dengan railcar yang
datang dari Ipoh. Pada era itu P Pinang masih menjadi freeport
yang bermakna barang barang seperti radio, pakaian dan alat
alat fotography seperti filem dan photo paper dijual tanpa cukai.
Pada masa itu belum ada color print yang murah lagi -
hanya B&W aje. Dan kami selalu print di sekolah dengan menggunakan

developer yang kita beli dari Bee Loh di Penang Road. Saya masih ingat lagi
sebagai pelajar kita tangkap gambar, develop filem dan print gambar
semua sendiri. Memang Penang Road masyor dengan pasembor dan
nasi brianinya. Mungkin ramai masih teringat kari daging mereka terasa
buah pala dan saya selalu makan sotong bunting , telor ikan goreng dengan
campuran kari daging, ikan dan udang yang sedap betul. Semasa belajar
dulu saya belum kenal dengan Craven A yang yang terletak di Penang Road.
Tapi bila sudah jadi fan saya pasti akan terus ke Craven A apabila saya tiba
di P Pinang. Saya dapat tahu Craven A sudah tutup kedai tetapi ada satu
lagi kompleks gerai yang selalu kunjung di Jalan yang menuju Penang Teachers
College.

Sememangnya P Pinang ialah satu tempat yang indah . pada masa lampau
jalan rayanya di barisi dengan "royal palm" . Daun daun pokok ini akan melambai
lambai apabila ditiup angin laut seperti satu poster Marylyn Monroe dengan

seluar pendek yang berada di Tropical Isle. Walaupun lokasi PD di tepi laut
ianya tak ada glamour macam P Pinang. Tambahan pula Mat Salleh -pompuan
dan jantan selalu bersiar siar dibandar dengan seluar pendek ala hippy.
notoktok

Anonymous said...

Salam Datuk

How can u forget Nasi Lemak Haji Ali.fuuuhhhh its much delicious then Nasi Royale.For me nasi Royale the curry is too sweet ntah berapa kilo punya gula la dalam kuah dia.Well thats is my 2 cents.anyway went to Nasi lemak haji Ali during Chinese new Year holiday omg what a long queu but its a worth while visit.Its still pack the same punch.Wish one day they can open branch in KL.

little miss stubborn said...

i love nasi kandar at line clear..the last time i had nasi kandar there was last december..now, reading this makes me totally hungry..lol..and yes, love letters are more important than completing your essays back in high school days ;)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).