Sunday, September 11, 2011

11/9: Nyawa Muslim Vs Nyawa Amerika


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

MAAF cakap kalau saya katakan, saya nampak tanda-tanda penjajahan minda yang meluas oleh Barat ke atas sesetengah orang kita, termasuk yang mengendalikan media massa.

Saya rasa mereka begitu terpengaruh dengan diayah Barat berkaitan peristiwa 11/9 hingga mereka membuta-tuli menggunakan label 9/11 yang mengelirukan ramai pembaca, penonton dan pendengar mereka. Ada yang menyangka ia berlaku pada 9-11-2001.

Peristiwa pengeboman dengan kapal terbang ke atas World Trade Centre (WTC) di New York dan Pentagon, Washington DC, berlaku pada 11-9-2001. Jadi sepatutnyalah kita labelkan peristiwa itu sebagai Peristiwa 11/9 bukan tiru sistem takwim Amerika letakkan bulan dulu lepas itu baru hari bulan dan tahun.

Kesilapan ini mungkin remeh, tapi bagi saya, ia, secara tidak disedari, menggambarkan betapa tertakluknya minda sesetengah orang kita sehingga mereka menerima bulat-bulat apa saja yang disumbatkan oleh Barat, khasnya oleh Amerika.

Mungkin saya tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin latar belakang pendidikan dan ideologi mereka berbeza daripada zaman saya.

Saya belajar di sekolah Inggeris, baca buku dalam bahasa Inggeris, melanjutkan pelajaran ke dunia Barat, banyak tertugas dalam persekitaran Barat dan kenal ramai orang Barat.

Sepatunya, minda sayalah yang lebih mudah dipengaruhi atau terdedah kepada penjajahan psikologi Barat. Tetapi oleh sebab saya faham sedikit sebanyak “the mind game” atau mainan minda mereka, maka saya tidak terlalu taasub dengan pemikiran mereka atau percaya kepada propaganda mereka.

Jadi saya tertanya-tanya apakah nyawa kira-kira 3,000 yang terbunuh dalam serangan itu lebih mahal dan kekejamannya lebih teruk daripada yang dilakukan oleh Amerika ke atas jutaan orang Islam sebelum dan selepas kejadian itu?

Crusade George.W. Bush

Perang Jihad Dalam leksikon politik neo-konservatif dukungan George W. Bush, Peristiwa 11/9 umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Bush dengan serta merta mengisytiharkan “crusade” (perang jihad) ke atas sesiapa saja yang dituduh terlibat dengan 11 penyerang Arab Saudi itu.

Dengan penasihat-penasihat yang sangat kuat kebenciannya terhadap Islam, dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sedia berbohong, tugas Bush mencari biri-biri hitam di kalangan umat Islam untuk disembelih sangat mudah.

Begitu meluas dan meyakinkan pembohongan mereka sehingga sampai ke hari ini pun, media massa dunia, termasuk di dunia Islam, hatta di negara kita sendiri, begitu bersedia mengingati dan meratapi Peristiwa 11/9 tetapi lupa terhadap kekejaman Amerika, Israel dan sekutu-sekutunya di Iraq, Afghnistan dan Palestin.

Mereka lupa, nyawa 3,000 orang Amerika telah dibalas dengan 1.03 juta nyawa rakyat Iraq – orang tua, wanita dan kanak-kanak - antara Mac 2003 dan Ogos 2009 (Opinion Resarch Business Survey).

Di Afghanistan, antara 2001 dan 2009, operasi tentera Amerika dan sekutunya telah membunuh hampir 20,000 orang awam, kebanyakannya oleh pengeboman udara.

Keganasan Tajaan Negara

Jadi, dalam sesetengah orang kita dan media massa kita menjadi “ga-ga” akibat diayah 11/9 ini, kita harus bertanya apakah nyawa 3,000 orang mangsa pengeboman New York dan Washington DC itu lebih mahal berbanding nyawa jutaan orang Islam yang terkorban akibat keganasan halal tajaan negara oleh Amerika dan kuasa-kuasa Barat lain?

Kita kutuk pengeboman ke atas WTC dan Pentagon 10 tahun lalu.

Tapi mengapa berdiam diri terhadap pengeboman harian yang dilakukan oleh Amerika ke atas orang awam Afghanistan sejak 10 tahun lalu?

Rupa-rupanya, ramai orang Islam bukan saja dijajah mindanya oleh Barat, malah mereka bersikap talam dua muka – hipokrit.

Wallahulam.

72 comments:

ab said...

Salam dato'



Hampir kesemua media di timur dan barat dok cerita tentang kisah `kesianya' amerika kena bom dan `simpati sepenuh hati' semuanya keatas `kesengsaraan' amerika dan rakyat nya akibat serangan 9/11 itu.... sedihnyaaaaa...




TETAPI TIADA SEPATAH AYAT TETANG KESUSAHAN,KESENGSARAAN,PENDERITAAN
RAKYAT di Palestin,Iraq,Afganistan,
Sudan,Tunesia,Mesir,Libya,Somalia dll.....!!!.



Seolah olah amerika dan rakyatnya sahaja MANUSIA yang mesti `diambil berat' dan `disimpati' di DUNIA ini..



KALAU AMRERIKA DAN GENG nya bunuh orang lain dan menyusahkan dan menyebabkan penderitaan orang lain, itu bukan satu masaalah, kecuali kalau `kena' kat depa...



PEEEEGIIIRAH!...media hampir kesemuanya diketuai olih editors
PAK TURUT TANPA TELOG,DIKASI olih Amerika dan geng. OTAK ADA AQAL IKUT rumahputih tapi hati rumah hitam..



KAT MALAYSIANI masih ramai memerlukan masa untuk merdeka......terlalu ramai yang macam diatas dan akhir akhir ini kena sampuh jinmatsabuism..


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Well said Datuk.

I particularly like your vocabulary accuracy of "biri-biri hitam". Too many of our people use "kambing hitam" as if it is the right literal & context translation.

Azman Mohd Isa

besi said...

sekarang semuanya macam tu dato..
tanpa sedar atau buat-buat tak sedar
jauhari yang mengenal manikamnya

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

...Rupa-rupanya, ramai orang Islam bukan saja dijajah mindanya oleh Barat..
Ada pula yang terikut dan menggelarkan diri the FLOM...yang sepatutnya bergelar WOPM, duduk diam2 dibelakang suaminya dan bukan nya menyondol diri mengalahkan Perdana Menteri...

Perhaps, all PR needs to do is to promote the IMAGE of the FLOM running to the GE 13, and WIN!


ALFATIHAH, AMIN
Ps... UMNO/BN pls take NOTICE and BEWARE or it will be a FIRST in our history that a LADY was the cause of the LOST of a great party!

Hj Munawar said...

Dato Kadir.

Nyawa Muslim dengan Nyawa Amerika sama sahaja.Nyawa firaun dan Nyawa Nabi Musa pun sama.Yang bezanya ialah Taraf keimana nyawa itu.

Ada nyawa yang keluar dari badan atau jasad dengan mudah ada yang hendak keluar terseksa sahingga terpak di cabut dengan kasar oleh malaikat maut.Sebab itu ada orang mati tersenyum ada yang mati mengerang kuat.

Banyak orang Islam yang berimam yang saleh telah di bunoh dengan kejam di Iraq,Afhagistan ,di Pakistan.Di Libya.Semua mereka yang mati shayid ini mendoakan kehanchoran Amerika dan Europe.Sebab itu sekarang ini di Amerika dan di Europe hidup mereka porak peranda.Amerika dan Europe sudah bengrap.Raayat mereka hidup terseksa.

Tahu kah Dato ada saramai 15 ribu orang Askar Amerika dan UK uang menyerang Iraq pada tahun 1990 sekarang ini menghadapi satu jenis penyakit yang mereka tidak tahu asal usulnya.,Bukan sahaja ia hidup menderita,anak bini dia pun sama.malah satu generasinya hancor.
Mereka ini sekarang ini di dalam confiment di tempak khas di US dan Uk.

Semua yang berlaku ini adalah takdir Allah dan tertulis dalam luz mafhuz.Tak boleh nak complain.

usabukata said...

dato kj,

saya setuju dengan dato.

media kita hanya melapor semula atau memetik cerita atau berita dari media barat.
mereka tidak boleh mengeluarkan berita atau cerita sendiri.

usabukata

ku_seman said...

Salam Datuk, sejak tercetus peristiwa serangan itu saya berfikir ini adalah helah untuk mendapatkan lesen menyerang negara yang Amerika sudah sasarkan. Memang benar sangat apalah ada pada 3,000 nyawa dengan berjuta nyawa yang dibunuh oleh AS di Iraq dan Afghanistan. Saya membaca peristiwa ini sebagai permainan AS dan ia sangat berjaya meraih simpati dunia kemudian mewajarkan pembunuhan di Iraq dan Afghanistan. Kemudian Obama pula menggunakan isu pembunuhan Osama untuk meraih undi dalam pilihan raya Presiden akan datang. Obama dalam satu siaran televisyen menekankan "saya" bukan "kami" yang membawa kejayaan membunuh Osama. Dia menumpang dan meraih kepentingan politik hasil pembunuhan Osama. Itu pun belum tentu betul sebab banyak misteri hingga hari ini.

Anonymous said...

Barat dan segolongan puak di Timur (seperti mukmin pembangkang) berasa marah apabila pasukan keselamatan negara berkenaan menghalang penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

Barat mencemoh pihak keselamatan kerana menggunakan kekerasan terhadap awam dan ianya dengan pantas mendapat reaksi sokongan dari puak di Timur.

Terbaru, apabila pasukan keselamatan Mesir menghalang penunjuk perasaan terhadap Kedutaan Israel tidak pula pihak Barat menyokong pihak penunjuk perasaan. Dan sekali lagi mukmin pembangkang mengekori tindak tanduk Barat.

Makanya, sikap hipokrit yang datuk kaitkan dengan Barat memang terbukti. Cumanya, kenapa mukmin Timur begitu terikut-ikut dengan tindakan Barat dalam serba serbinya? Apakah kerana mukmin Timur banyak membaca media Barat, Dato'?

Pelayar Blog Politik

saji said...

Salam Dakj

"Mungkin saya tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin latar belakang pendidikan dan ideologi mereka berbeza daripada zaman saya.
Saya belajar di sekolah Inggeris, baca buku dalam bahasa Inggeris, melanjutkan pelajaran ke dunia Barat, banyak tertugas dalam persekitaran Barat dan kenal ramai orang Barat.
Sepatunya, minda sayalah yang lebih mudah dipengaruhi atau terdedah kepada penjajahan psikologi Barat. Tetapi oleh sebab saya faham sedikit sebanyak “the mind game” atau mainan minda mereka, maka saya tidak terlalu taasub dengan pemikiran mereka atau percaya kepada propaganda mereka."

Komen:

Kan Dato' ikan laut yang belum ditangkap ke darat untuk dijadikan ikan masin atau masakan?

Berbalik kepada Peristiwa 11/9 tersebut, memang umat Islam yang tahu cerita sebenar di sebalik Peristiwa tersebut akan merasa terlalu dihina oleh Barat. Namun sedikit demi sedikit ia mungkin telah dapat diubati, apabila diberitkan
sejurus daripada Peristiwa tersebut wujud kecendurungan di kalangan orang Barat di Amerika dan Eropah khasnya tentang Islam dengan mengkaji al-Quran hinggakan ada yang terbuka hatinya memeluk agama Islam.

...SAJI

Taufiq Mubarak said...

Kita kena kembali seperti
zaman keris dan purba wara -
siapa kuat, dialah kudrat !

Anonymous said...

Amerika dah bankrup. Tak lama lagi mata wangnya akan jadi "banana dollar". Tak laku. Amerika akan hancur dan kemungkinan akan jadi macam Rusia. Negeri-negeri dalam persatuan Amerika Syarikat akan keluar dan menubuhkan negara baru masing-masing dan mempunyai mata wang mereka masing-masing.

San Francisco akan hancur di landa gempa bumi dan tsunami. Percayalah. Allah akan laknat negara syaitan ini.

Jinah

Anonymous said...

Dato',
Peristiwa 11/9 patut kita jadikan iktibar dan mengkaji akan punca dan kesan terhadap Islam sejagat. Saya juga hairan kenapa media kita turut memaparkan peristiwa tersebut setiap tahun seolah-olah ianya berlaku dinegara kita sendiri. Saya telah lama mengeshaki mungkin ada kakitangan media kita telah diresapi roh yahudi laknat. Saya mendapat berita yang tidak jelas mengatakan ketika berlaku tidak seorang pun pekerja yahudi yang terbunuh, seolah-olah mereka telah tahu akan berlaku dan mereka mengambil cuti pada hari tersebut. Adakah peristiwa 11/9 itu sebagai lesen untuk Amerika/Yahudi membunuh org2 Islam diserata dunia. Mudah-mudahan Allah melindungi umat Islam dari kekejaman mereka. Amin. Dari peristiwa 11/9, melalui minda yang sensitif ini saya terpikir adakah serangan terhadap Mat Sabu juga mempunyai tiori yg sama dimana ada golongan yang ada agenda untuk memburukkan pemimpin dan PAS (ini pun idea yahudi juga). Saya faham itulah mainan politik dalam negara ku yang demokrasi.

Has Putrajaya

Hj Munawir. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Man dego said...

Orang islam patut mengadakan bacaan yasin seluruh Malaysia pada 11/9 bagi memperingat mangsa kejaman Amerika. Siarkan secara "live' semua stesen TV.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Bersyukur kita kepada Allah yang membuka hati Dato' memberi kita peluang dan ruang untuk berfikir seketika bersabit dengan nasib malang yang menimpa sebahagian dari umat Islam di seluruh dunia semasa kita sebuk cuba mempengaruhi orang yang tidak sealiran dengan kita siapa sebenarnya pejuang dan pengkhianat negara.Percanggahan pendapat ini yang kadang-kadang diluahkan dengan bahasa yang kasar terhadap sesama Islam inilah yang menjadikan sebahagian dari kita hilang kasih sayang terhadap sesama Islam. Masa dahulu kita sangat sensitif kepada siapa yang memburukkan Islam dan mengambil tindakan segera sewajarnya sampai tiada yang berani secara terbuka mencela Islam. Mempertahankan Islam adalah suatu budaya sesama kita termasuk orang yang liat beribadat pada zahirnya.

Kalau kita amat-amati mengapa orang berugama dahulu adalah yang terawal menentang penjajah adalah kerana mereka risau pengaruh orang Barat akan menjajah minda orang Islam sehingga mereka akan berkiblat ke Barat dan kurang yakin berugama. Kalau kita baca kisah lama diantara perkara yang misti bagi seseorang Islam termasuk Raja adalah mengaji semasa kecil.Pada masih kini sebahagian dari kita lebih mementingkan pelajaran keduniaan dari ugama bagi anak-anak mereka dengan menghantar mereka terus ke taman kanak -kanak (dan ada antaranya yang berasaskan ugama lain )dengan tiada langsung memberi mereka didikan ugama Islam.

Untuk mengatasi masalah porak-peranda sesama Islam masakini sehingga lawan kita merasa kita lemah dan boleh diratah hidup-hidup kita hendaklah menjalinkan suasana kasih sayang sesama Islam. Biarlah Allah menentukan siapa yang benar atau salah dalam ranting-ranting mencapai keredhaan Allah.

Saya menyeru sekali lagi semoga kita yang memupnyai kuasa untuk bersyukur kepada Allah dan menggunakannya bagi kebaikan ummah dan tidak menzalimi diri sendiri sehingga Allah menarik balik ni'mat itu.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

zahari said...

salam dato

11/9 or 9/11

to me its a matter of 'sedap di dengar/ucap'...

nine eleven / eleven nine

i think most will agree with the former..futhermore its their system as you mention

awang batuburok said...

Salam Sejahtera Untuk Semua,

Sikap mengagongkan pemikiran barat dalam masyarakat melayu-islam dinegara kita BUKAN perkara baru.

Zaman sebelum merdeka(walaupun ada yg mengatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah British???) golongan agamawan dan penentang cara berfikir kolonis barat khususnya British telah dituduh secara BORONG sebagai kelompok penderhaka,pengkhianat bangsa, teroris, ekstrimis, kominis dll.

Golongan bangsawan yang sanggup berkhidmat dan menerima cara berfikir kolonis British dan kuasa barat dipupuk dan diberi segala ruang dan martabat sebagai pembela dan pejuang memerdekakan tanah air tercinta dengan menafikan segala sumbangan dan pengorbanan pihak yg berada diluar kelompok mereka.

Implikasi dari urutan sejarah diatas tidak hairanlah setelah lebih 50tahun kita mendakwa tanah air sudah merdeka, tetapi minda dan budaya berfikir kita masih dijajah dan tidak ada jatidiri... hatta bagi mereka yang berbangga dgn kelulusan akademik dan pangkat yang berjela-jela panjang tetapi pemikiran masih macam Pak Kadok yang hanya setakat "Menang Sorak, Kampung Tergadai".

Apa pandangan Dato tentang cadangan saya supaya satu konvensyaen sejarah tanahair perlu dilakukan untuk mengkaji dan mengemaskini sejarah kemerdekaan tanah air kita supaya menjadi lebih konsisten dan telus tanpa mengira kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud?

Wassalam dan terima kasih Dato kerana sudi bertukar-tukar pandangan dengan golongan marhain dikampung dan didesa macam saya.

saji said...

Salam Dato'

"Tetapi oleh sebab saya faham sedikit sebanyak “the mind game” atau mainan minda mereka, maka saya tidak terlalu taasub dengan pemikiran mereka atau percaya kepada propaganda mereka."

Komen:

Berdasarkan pembacaan saya,cara berkesan yang disyorkan oleh Islam supaya umat Islam tidak menjadi terlalu taksub dengan pemikiran atau percaya kepada dakyah atau propaganda Barat ialah dengan memastikan anak-anak kita diberikan dahulu ilmu2 Islam sebelum diberikan ilmu2 Barat.

Nak jugak tahu cara Dato'.

...SAJI

saji said...

Sdr Pelayar Blog Politik

"Makanya, sikap hipokrit yang datuk kaitkan dengan Barat memang terbukti. Cumanya, kenapa mukmin Timur begitu terikut-ikut dengan tindakan Barat dalam serba serbinya? Apakah kerana mukmin Timur banyak membaca media Barat, Dato'?"

Komen:

Baca satu hal. Sikap terlalu barbangga dengan pencapaian tamadun moden Barat perlu difikirkan juga.

Cuma saya terfikir apa yang dilapurkan oleh media Barat tetang umat Barat dan umat Islam di zaman kegemilangan Islam dulu?

...SAJI

Anonymous said...

satu lagi isu untuk didebatkan, tapi yang sebenarnya semua orang dah tahu, yang buat-buat tak tahu hanyalah media-media yang ada agenda. hanya membuang masa.

kamunting

Anonymous said...

Jinah,

Percayalah, jika berlaku sedemikian kepada US, negara kita juga akan merasa bahangnya.

Kita masih lagi negara yang amat besar eksportnya ke US. Malah sebahagian besar "National Reserve" kita adalah dalam USD.

Buat sekian lama, saya yakin pemimpin negara kita sedar hakikat ini. Saya simpulkan demikian kerana telah lama kita diberi alasan, masalah ekonomi kita tidak dikawal kerana faktor-faktor luar negara yang di luar kawalan.

Namun buat sekian lama, tidak ada apa yang dibuat untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara sekaligus meminimakan impak negatif bahana kegawatan ekonomi US.

Bila kali terakhir kita mendengar negara melakukan perjanjian barter petrolium, gas atau minyak sawit dengan makanan? Ini pun tak ada, apatah lagi langkah-langkah yang lain.

Jangan lupa:
1.Thailand banjir dulu, maka bekalan beras kita menjadi amat terhad.
2.India kemarau dahulu maka kita dapati harga bawang naik dua/tiga kali ganda.
3.Baru-baru ini bila ternakan daging Australia kena penyakit, kita menjadi semput memikirkan juadah menjelang raya.
4. Dalam bulan puasa juga kita membaca berita rupanya sebahagian besar dedak makan haiwan ternakan diimport dari Brazil.

Matawang USD jatuh sekaligus menaikkan matawang RM. Namun kos import makanan kita kekal tinggi. Adakah matawang kita kurang laku di luar US?

Apakah yang diimport itu benar-benar tidak mampu kita tanam/ternak/hasilkan sendiri?

Dalam amalan media di negara kita, "ruh" yang sama juga kedapatan.

Adakah media kita tidak punya linguistis dan hanya mampu bersandarkan sumber berita berbahasa inggeris. (Nasib baik sudah ada al-Jazeera - itupun terhad).

Adakah amalan memasang "stringer" di luar negara?

Sepatutnya jika media kita mahu benar-benar mahu "menyambut" ulang tahun 9/11, pergilah buat produksi sendiri (menemuramah mangsa, pekerja penyelamat selain kelompok-kelompok masyarakat New York). Di US tidak merbahaya seperti di Somalia.

p/s saya suka menonton produksi Michael Moore - "Fahrenheit 9/11" dan "Sicko". Bagi yang suka kapitalism, boleh tonton "Capitalism : A love Story".

Fed Up

mad said...

pada saya sesiapa yg mempercayai cerita karut 9/11 adalah golongan yg masih dijajah mindanya, termasuklah datuk sendiri jika mempercayai pengganas islam yg menyerang wtc dulu. sungguh jelas dan terang serangan dilakukan oleh ejen amerika sendiri dengan bantuan mossad. bush sendiri adalah penjenayah terbesar abad ini yg melakukan jenayah kemanusiaan terhadap dunia dan rakyatnya sendiri. tidak pernah dalam sejarah dunia bangunan rangka besi runtuh umpama pasir dalam sekelip mata disebabkan api dari minyak kapalterbang. tanpa mencari ulasan yg banyak di internet pun kita dapat melihat runtuhnya wtc begitu sempurna sekali kerana ianya sudah dirancang berbulan-bulan terdahulu oleh org-org yang pakar di bawah bush dan kumpulan elit di belakang presiden amerika laknat ini.

Twinkle said...

Salam Dato',

Saya memang setuju dengan pendapat Dato'. Kejadian 9 Sep itu seolah olah tiket/alasan/modal untuk kerajaan US menyerang Iraq.

Malam tadi, di CNN ada menayangkan memorial untuk kejadian tersebut.

I choose to read my book last night rather than watching it on TV.

abdullahngah said...

Oleh kerana Datuk kata datuk tak terpengaruh dengan barat. Jika tak terpengaruh dengan barat mengapa datuk percaya bulat bulat peristewa itu dilakukan oleh orang Islam yang berbangsa Arab.

Satu kjian yang dibuat oleh orang Amerika sendiri mengatakan peristewa itu adalah satu peristewa yang dirancang begitu rapi oleh pihak Amerika untuk meruntuhkan bangunan lama yang berharga RM 1.6 bilion itu yang mesti diganti dengan bangunan baru serta jalan mudah untuk menyerang negara negara Islam dan menjajahnya.

Peristewa itu bukanlah diserang oleh orang Islam berbangsa Arab, tapi diserang sendiri dan dituduh orang Islam yang melakukan agar Iraq dan Afganitan boleh diserang dengan mudah sehingga ada negara negara islam memberi pengkalan kepada tentera Amerika untuk melakukan kekejaman terhadap umat islam.

Saya tak percaya persawat penumpung yang merempuh bangunan itu walaupun ada bom boleh hancur lebur jadi debu kalau tidak diadakan bom ledakan didalam bangunan itu terlebih dahulu.

Yang pelik Kad nama penyerang tak hancur, Macam mana palstik tak hancur sedang besi dan batu bata hancur lebur jadi debu.

Saya tak percaya, macam mana Datuk yang tak mudah terpengaruh dengan barat boleh percaya bahawa serang 11/9 yang meranapkan bangunan PWTC dilakukan oleh orang Islam.

Pelik tapi benar.

saji said...

Sdr usabukata

Saya syorkan sdr baca sekali media pembangkang kerana banyak juga orang yang tidak dijajah mindanya macam Dakj itu ada di situ.


...SAJI

Anonymous said...

Rujukan dari Malaysian Insider:

ACCCIM: OPEN MORE FARM LAND TO KEEP FOOD PRICES LOW

KUALA LUMPUR, Sept 12 — The Najib administration should consider opening up more land for agriculture to increase food supply in light of rising food prices, the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia (ACCCIM) has said.

ACCCIM president Tan Sri Willian Cheng said food and fish were already “very expensive” and warned that the price of rice would follow suit once Thailand implemented its planned price hike for the grain.

“Hopefully, the government can open up more land for farmers,” he told reporters after a press conference at Wisma Chinese Chamber here.

“Every year we have to import over RM20 billion in food stock. If we can be self-sustaining, this will be a RM20 billion contribution to the agriculture industry.”

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/acccim-open-more-farm-land-to-keep-food-prices-low/

Fakta dan maksud:

1.Peniaga cina dah bersedia nak lebarkan perniagaan kedalam bidang pertanian makanan.

2.Peniaga cina mengharapkan tanah rezab diliberalkan bagi tujuan ini.

2.Import makanan setahun nilainya RM20 Billion.

3.Harga beras akan naik tidak lama lagi.

Kita tengok samada ini akan jadi berita lebih besar atau lebih kecil berbanding berita ulang tahun 9/11 atau berbanding ulasan tentang Mat Sabu.

p/s DAKJ, pembentangan bajet dah tak lama. Harap dapat tulis artikel di blog ini tentang "wishlist" DAKJ sebagai seorang datuk, sebagai bapa, sebagai peniaga melayu dan sebagai rakyat.

p/s wishlist saya yang terkini : Tanah pertanian secara intensif dibuka sepanjang lebuhraya manakala dok pengumpulan dan pemunggahan didirikan bagi membolehkan lori terus mengambil stok dari dalam lebuhraya tanpa perlu keluar-masuk dengan bayaran tol berganda. Sejuk mata, sejuk poket.

Fed Up

affendi hussain said...

Salam Dato',

Laterbelakang pendidikan bukan kreteria utama pembentukan perspektif minda seseorg..

Sesetengah hanya mahu lihat apa yg dia suka lihat & fikir nak lihat..

Ada sesetengah manusia berdegar-degar cakap pasal negara Islam, hudud, ajaran Islam malah petik ayat2 Al-Quran etc.

Tetapi bila kena bab yg dia sendiri tak suka dia akan diam atau cerca pula.. pemikiran berpilih (selective thinking).

Samalah yg tiba2 kutuk USA, cerita dajal & kiamat walhal dulu julang tindakan Israel (Tuhan Mata Satu kpd USA) membantai misi Freedom Flotilla..

Hipokrit atau munafik?

Dato', saya rasa Tun Mahathir punya mantra "Melayu Mudah Lupa" dah tak relevan utk generasi yg terbentuk mcm saya... bila saya berhujah saya ingat apa yg saya cakap & apa yg org cakap dan fakta2 yg pernah terbaca.. sbb tu saya boleh buat carian & link dgn cepat utk balas hujah.

Saya takkan jadi Melayu apologetik mcm sesetengah yg julang komunis, julang British, julang Singapura atau simpati kpd USA w/pun saya dilahirkan 2 dekad lepas 1957.. malah tragedi 11/09/2001 sendiri diselubungi pelbagai persoalan lojik & saintifik termasuk juga watak bernama Osama..

Kekejaman USA juga berlaku di Vietnam.. "agent orange" telah mencacatkan/membunuh janin manusia & melahirkan ramai generasi cacat & beratus ribu bayi terpaksa dilahirkan dibawah terowong.

Skrg generasi muda mereka sudah tidak faham perjuangan dulu & mengagung produk & hiburan ciptaan USA..kesedihan itu pernah dikongsi oleh seorg rakan dari Vietnam semasa saya ke sana.

Generasi muda kita pun 2x5.. terlebih "subsidi"..bila tak dapat menangis & salahkan org lain.. tiada rasa tanggungjawab & jati diri utk diri sendiri..

Di Palestine pula rejim Zionis menggunakan karya perang (war masterpiece) depleted uranium & white phosporus..

Dato'.. jasad kita ni hardware saja yg Allah s.w.t pinjamkan.. operating system , program & data tu yg mencorakkan siapa kita.. Iman tu ibarat anti-virus.. kalau dah korup & tak update, virus pun dia boleh terima sbg program yg baik..

wasalam..

(",)

Unknown said...

Salam, Dato.

Propaganda yang obvious. Media massa kita memaparkan betapa keluh kesahnya Amerika akibat serangan Sept 11 itu... dan sedihnya membuatkan sebilangan kita lupa apa yg Amerika dan sekutunya lakukan pada jutaan umat Islam.

Dan agak tidak kelewatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat Dato' dan keluarga. Maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

Mahaguru o mahaguru!
Salaam.

Anonymously Notorious
(in a cave some where)

subhanallah
HHHHAAAAAAAAAAAAAHHHHHH!
Pak Scribe panggil kita orangutans
talam two face-!!!!!-?

so what is the big deal?
i say we begin again
after a bismillah
no not yet alhamdulillah my son

yusuf islam - taleal bedru aleyna.

this big deal, mahaguru ku
maaf seribu maaf
Pakistan seeks foreign help after monsoon floods
subhanallah

terserahlah kepada budibicara mahaguruku
allahu akbar


Salam Teramat Takzim

Anonymous said...

Penang introduces form without 'race' category


GEORGE TOWN: The Penang Government has released the Penang Golden Child Programme application form with no race' category.

“This is the first form that doesn't require you to state your race. From the state's point of view, it is sufficient that you are a Malaysian citizen.

comment:

Datuk,

Is this a "test market" leading to applying DAP's Malaysian Malaysia concept? Soon everybody is treated equal and no special rights for bumiputras.

Don

Anonymous said...

Tun Mahathir telah lama mendahului kita dari segi memahami agenda Barat. Lama sebelum peristiwa 11 September, Tun telah bercakap tentang siapa pengganas sebenarnya, iaitu Amerika Syarikat, negara utama yang menaja keganasan diseluruh dunia.

Manggis

Anonymous said...

Mereka lupa, nyawa 3,000 orang Amerika telah dibalas dengan 1.03 juta nyawa rakyat Iraq – orang tua, wanita dan kanak-kanak - antara Mac 2003 dan Ogos 2009 (Opinion Resarch Business Survey).
==================================
Alamak !!?? datuk tak tahu kah bahawa diantara 3,000 orang yang dibunuh pada 9/11...3(tiga) rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan ugama termasuk dalam angka itu..cis.

warga tua

saji said...

Sdr Fed Up

"1.Peniaga cina dah bersedia nak lebarkan perniagaan kedalam bidang pertanian makanan."

Komen:

Bagi saya,mereka bukan sekadar mahu melebarkan perniagaan ke dalam bidang pertanian makanan, malah mereka mampu buktikan kemampuannya mengurangkan kos pengeluaran pertanian makanan yang merupakan masalah besar yang dihadapi oleh negara selama ini.

...SAJI

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

Saya khuatir bahawa negara ini semakin mundur ke belakang baru-baru ini. apa tidak nya bermula daripada kenyataan Mat Sabu yang karut serta memuji pihak pengganas komunis selepas perang dunia kedua yang menjahanamkan kan askar-askar Jepun.

Agar orang macam Mat Sabu itu buta sejarah dan sebab itulah terdapat banyak bantahan daripada warga-warga Malaysia yang berkenaan mahupun orang awam yang menentang pergerakan komunis pada ketika itu, ia-itu sejak 1942 - 1945. Kata PM Najib, Malaya dan negara-negara serantau tidak dapat menerima ideologi kominisme dan amat takut kepada negara dan Cina pada ketika itu.

Akan tetapi, ideologi kominisme pada era ini lebih terbuka dengan capitalisme yang semi-demokratik. Itulah sebabnya, Malaysia akan meraikan keuntungan yang besar jika kita bersahabat baik dengan negara Cina dan negeri-negeri dibawah laungan Russia Republik yang masih kaya dengan sumber-sumber asli mereka seperti minjak dan gas (Oil and Gas)

Baru-baru kita telah juga mengingatkan kembali pemerintahan British di Tanah Melayu sejak 400 tahun dahulu. Sejarah telah menunjukkan bahawa pihak British hanya memerintah di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak kurun ke16 atau 17. Jadi tidak lojik lah jika kita masih fikir pihak British menaluki seluruh Tanah Melayu, termasuk "The Malay Federated States" di Malaya pada ketika itu sehinggalah negara mencapai merdekaan pada tahun 1957.

Itulah sejarah yang sebenar dan kebanyakan rakyat yang masih muda dalam lingkungan berumur 30 atau 40 tahun tidak memahami sejarah Malaya pada ketika ini. Tetapi bagi jenerasi kita yang kini berumur 65 atau 70 keatas lebih peka kepada sejarah negara kita pada ketika itu.

Jadi yang tetap salah adalah buku-buku teks sejarah yang digunapakai di sekolah-sekolah menengah pada masakini harus dipinda dengan faktur-faktur yang sebenar nya. Maka rakyat Malaysia akan berharap kepada Kerajaan pemerintahan BN untuk memaskinikan pembelajaran kita di negara yang tercinta ini. 1Malaysia dan Malaysia Boleh.

affendi hussain said...

sdr fed up,

Pada fikiran saya wishlist sdr itu akan menyebabkan malapetaka trafik di alam Malaya di lebuh raya melainkan jika kerajaan boleh mengeluarkan belanja infrastruktur baru berbillion RM lagi untuk "dedicated lane" di lebuhraya.. sdr patut sedia maklum objek2 berat bertayar banyak ini banyak menyusahkan pengguna jalan raya lain & menyumbang risiko kemalangan kpd org lain selain diri mereka sendiri.

Penyelesaian sedia ada bagi saya pula: guna keretapi seperti negara maju Jepun, Europe, USA & Australia.. jimat bahanapi fosil per unit tan kargo, kapasiti optimum, tiada masalah trafik.

Untuk eksploitasi tanah, kita patut belajar drpd Jepun & Holland malah jiran kita Thailand bagaimana nak optimum hasil & kualiti tinggi dgn tanah yg sikit.. banyak bukan alasan utk membazir..malah eksploitasi tanah tak terkawal akan membawa masalah ekosistem & alam sekitar.

Memandangkan projek landasan berkembar keretapi berelektrik yg dlm pembinaan dari Ipoh - Pdg. Besar dah dilaburkan (dah pacak tiang letrik pun saya tengok masa balik raya hari tu), eloklah rasanya guna lokomotif elektrik..kurang penggunaan bahanapi disel.. sumber tenaga letrik boleh dipelbagaikan & dilestarikan..start going green.

Just my 2 cents.

p/s: Dato', adakah peluang mensensasikan isu mat sabu ni digunakan oleh pemerintah negara untuk mengalihkan kemelut di Suruhanjaya Sekuriti? boleh baca liputan isu dlm blog Rockybru.. Taufan tu.. tapi buat mcm angin sepoi2 bahasa..


wasalam

("/)

Apok.... said...

Salam Dato',

Yang munafik ini Dato' dari zaman Nabi S.A.W lagi. Banyak ayat-ayat diturunkan pun untuk puak-puak ni.

Kalau zaman la ni, yang munafik ini bukan dari kalangan yang english educated sahaja. Tetapi tidak dinafikan ramai puak ini dari golongan yang english educated. Salah siapa? Salah bangsa kita juga. Lepas sahaja merdeka, semua orang melayu memandang tinggi sangat kepada apa yang orang putih cakap, fikir dan buat.

Kebelakangan ini lah baru ramai kita yang mahu berbangga kepada kemelayuan kita. Kalau dulu, hinalah melayu kalau tidak pandai cakap orang putih.....walaupun bontot masing-masing hitam!

Bezanya dulu dengan sekarang, dulu lebih ramai munafik dari yang murtad...kedua-duanya musuh Islam yang nyata...
Don't you think its a little bit too late Dato'???

langitbiru said...

Tak banyak yang saya boleh tokok tambah atau ulas isu 911 atau 119. Pernah terbaca satu artikel menyebut terdapat 3000 pekerja Yahudi bekerja di bangunan WTC, tapi pada masa kejadian tiada seorang pun terbunuh! Apapun, logik akal menyatakan mustahil kapal terbang penumpang merempuh bangunan tinggi, hancur berderai berkecai menjadi abu, bangunan nan gah perkasa. Kerana, berapa gelen sangat minyak kapal terbang tu yang mampu membakar keseluruhan bangunan. KECUALI kapal terbang itu dilengkapi bahan peletup beribu kali ganda kuasanya dari C4!

Perkara teladan yang wajar dilihat adalah betapa serangan pemikiran Barat, pemikiran secular, dan pemikiran Israelliyat begitu menguasai kepimpinan Negara Islam.

Sebelum Barat meninggalkan tanah jajahan mereka (tidak termasuk Tanah Melayu yang tidak dijajah!), mereka telah melatih dan mendidik anak emas warga asal Negara jajahan, supaya elemen penjajah terus kekal dan terus menguasai pemikiran kepimpinan bekas Negara jajahan. Maka tidak hairanlah segala system kenegaraan Negara bekas jajahan ibarat copy & paste system Negara penjajah , cuma diubahsuai sedikit sebanyak, seolah-olah mencerminkan keIslamannya.

Seperkara teladan yang wajar dilihat juga, bekas penjajah ini bukannya berhati mulia, sebaliknya, mereka meninggalkan tanah jajahan dalam keadaan rakyatnya dalam keadaan dilemma, dan bertelagah sesama sendiri, yang melemahkan Negara jajahan terus menerus, yang untung bekas penjajah.

Saya menulis dalam posting “Susah Kalau Nasihat Ulama Pun Tak Dengar “;
“Selepas secular menguasai Kristian di Eropah, mereka menghala pula ke arah Islam di Timur. Sekali lagi, SASARAN UTAMA secular adalah serangan pemikiran dan kebudayaan ke atas “Rijaluddin Islam”, atau ulama-ulama Islam. Mereka perlu menguasai Ulama bagi meneguhkan tunjang pemerintahan Negara Islam melalui anak emas mereka yang dididik secara halus (meracuni pemikiran).

Maka, Negara-negara Islam bekas jajahan Eropah, mengalami konflik yang hebat iaitu konflik antara para ulama yang mendukung pemerintahan dan ulama yang menentang pemerintahan. Konflik paling dasyat iaitu konflik kafir-mengkafir sesama Islam, munafik memunafik sesama Islam membawa kepada pertumpahan darah yang banyak, tanpa kesudahan hingga ke hari ini, menyebabkan Islam lemah dengan selemahnya, terjerumus ke dalam perangkap musuh”.

langitbiru said...

Matlamat 911/119 USA adalah untuk menguasai telaga minyak Iraq, Selepas anak emas mereka, Saddam, sudah tak dengar kata mereka lagi, sudah berani lawan tauke, maka mereka mencari alasan munasabah untuk hapuskan Saddam. Ratusan ribu tentera Amerika, baik dari Pentagon, mahupun dari syarikat swasta Amerika, dihantar ke Iraq bagi menjaga kepentingan mereka.

Dalam pada itu, mereka juga membawa bantuan kemanusiaan sangat besar kepada rakyat Iraq (selepas menghancurkannya dengan dasyat), seolah-olah merekalah yang paling perihatin kepada kemusnahan kemanusiaan rakyat Iraq, didodoinya digulainya rakyat Iraq kononnya sebagai satu langkah ke arah pembentukan Negara Iraq yang lebih baik.

Amerika menafikan menjajah Iraq. Mereka kata, mereka melindungi Iraq, menaungi Iraq. Mereka membentuk pasukan keselamatan Iraq yang anggotai rakyat Iraq, tapi hakikatnya berada dibawah pengawasan ratusan ribu tentera Amerika. Soldadu Iraq ini hidup senang, tidak susah, dibayar gaji oleh Kerajaan Merdeka Iraq. Soldadu ini juga tinggal “dirumah pasong” Amerika, berbumbung cantik, berhawa dingin. Nak makan pun senang.

Dalam keadaan amat susah dan menakutkan, sebahagian rakyat Iraq menawar diri menjadi soldadu kerajaan. Soldadu ini didodoi bahawa mereka berkhidmat kepada Negara Merdeka Iraq, Tanah Air, Agama dan Bangsa. Soldadu ini amat yakin di belakang mereka adalah Tanah Air, Agama, dan Bangsa. Mereka juga yakin dibelakang mereka adalah Tentera Amerika yang akan membantu mereka. TAPI mereka menafikan berkhidmat untuk jaga kepentingan Amerika!

Di luar sana, ‘soldadu’ gerila Iraq berjuang dengan apa yang ada. Mereka hidup berbumbungkan langit, berdindingkan batu batan lereng bukit, air minuman di wadi-wadi mana yang ada, nak cari makan pun susah, nak makan pun susah. Tapi mereka yakin dibelakang mereka adalah Allah swt sebagai penolong.

Tetapi, mereka ini digelar pengkhianat, pengganas bertaraf komunis oleh Kerajaan Merdeka Iraq, oleh kaum sebangsa seagama mereka. Maka, mana-mana soldadu sebangsa seagama mereka yang berlepas dari rumah pasong Amerika, itulah sasaran mereka! Kadang-kadang, rumah pasong Amerika itu diserang hendap.

Rakyat Iraq tidak tahu, bagaimana kehidupan Soldadu Kerajaan dirumah pasong. Mereka juga tidak tahu bagaimana kehidupan soldadu gerila di lereng bukit. Apakah mereka bersenang bersuka ria hingga larut malam, atau sering berqiamullai bertahajjud di separuh malam.

Kalau rumah pasong Amerika itu dibakar soldadu gerila, mereka akan diburu hingga ke lubang cacing. Tentera Amerika menghantar mata-mata gelap soldadu Iraq menjejaki mereka. Jika soldadu gerila ini ditangkap, dibawa balik ke rumah pasong, tiada siapa tahu nasib mereka.

Tapi media kerajaan, memaparkan betapa tragis dan sedihnya anak-anak, isteri-isteri Soldadu Kerajaan yang terbunuh kerana mempertahankan tanahair. Media Kerajaan tidak pernah pula memaparkan kesusahan, kesedihan anak-anak, isteri-isteri soldadu gerila yang hilang dirumah-rumah pasong!

Dipendekkan, bertelagah berperanglah rakyat Iraq sesama mereka, pagi petang siang malam, SIAPA PEJUANG, SIAPA PETUALANG, TAPI hasil minyak dikaut habis-habisan oleh penaung, pelindung, (dan bukan sekali-kali penjajah) mereka, Amerika!

Yang rugi, rakyat Iraq. Yang untung,rakyat Amerika.

saji said...

Sdr affendi hussain

"Untuk eksploitasi tanah, kita patut belajar drpd Jepun & Holland malah jiran kita Thailand bagaimana nak optimum hasil & kualiti tinggi dgn tanah yg sikit.. banyak bukan alasan utk membazir..malah eksploitasi tanah tak terkawal akan membawa masalah ekosistem & alam sekitar."

Bagi saya, tumpukan saja kepada tanah-tanah pertanian milik orang Melayu yang subur itu yang sama ada hasilnya tidak dioptimisekan atau disimpan terbiar yang boleh dinamakan projek pertanian makanan insitu.

Setahu saya, FELCRA dan RISDA sudah dipertanggjawabkan mengenainya hingga ada pegawai2 pertaniannya yang dihantar belajar pertanian di Holland. Cuma atas beberapa sebab seperti kos pengeluaran yang tidak munasabah dan pemasaran kedua-dua pemaju pertanian kerajaan tersebut menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.

...SAJI

saji said...

Sdr Mustapa Ong

Tidak terfikirkah sdr penulisan sejarah kemerdekaan tanah air yang diiktiraf oleh kerajaan yang seadanya itu seperti sejarah yang mengkisahkan kelahiran Nabi Isa dalam Bible dan alQuran yang luar biasa itu iaitu tiada bapa atau, lebih tepat lagi, ibunya tidak perlu disetubuhi farajnya untuk pancutan air mani secara semula jadi.

...SAJI

mad said...

temberang amerika paling nyata ialah serangan keatas pentagon dimana diwar-warkan ke seluruh dunia pesawat penumpang melanggar bahagian dinding pentagon. kesan perlanggaran hanyalah lubang lebih kurang lima meter, beberapa kaki dari paras tanah. kesan rempuhan sayap yg lebar tidak kelihatan dan kawasan rumput dilalui pesawat tiada tanda-tanda rempuhan seperti geseran dari enjin kapalterbang yg tergantung rendah dari badan kapalterbang. malah tiada kelihatan sisa-sisa bangkai pesawat yg biasa kelihatan dalam mana-mana nahas udara yg pernah berlaku. satu kerusi penumpang pun tidak kelihatan dalam nahas yg luarbiasa ini. tapi pelik dan ajaib masih ada manusia yg percaya bulat-bulat laporan media amerika dan dunia yg mengatakan pesawat yg dirampas pengganas islam merempuh pentagon.sila lihat gambar-gambar serangan keatas pentagon disini> http://pentagonexithole.0catch.com/

ada banyak lagi website yg memaparkan gambar-gambar serangan tetapi cukuplah saya berikan satu contoh saja.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Terimakasih banyak-banyak kerana memberi masih memberi peluang untuk saya mengemukakan pandangan.

Saya ke sini, untuk berdiskusi.
Nak berdebat, pendidikan dan ilmu tak tinggi mana. Jangan nak kata belajar di Universiti ranking bertaraf dunia, rupa bentuk Universiti tu pun tak pernah tengok, tak pernah tahu.

Dalam berdiskusi, ada perlunya berlapang dada, setuju untuk tidak bersetuju, dalam apa jua hal, termasuk dalam hal-hal agama TETAPI bukan dalam hal furu’ (cabang) agama. Maka, saya tidak bersetuju kalau berlaku berlainan pendapat, masing-masing menghentam satu sama lain dengan kata-kata ‘menyakitkan hati’ yang lain.

Banyak faktor atau kriteria ke arah pembentukan minda, sahsiah dan keperibadian manusia. Dan pada pandangan saya, latarbelakang pendidikan adalah salah satu unsur kekuatan utamanya.

Latarbelakang pendidikan juga perlu kepada takrifan tertentu. Kalau mengisi borang-borang, terdapat kolum untuk latarbelakang pendidikan. Di situ, ianya khusus untuk peringkat pendidikan; SPM,Diploma,Sarjana Muda, Sarjana, PhD dll.

Apapun, latarbelakang pendidikan ibubapa mendidik anak-anak dari sejak lahir, mempengaruhi pembentukan minda, sahsiah dan peribadi anak-anak. Dilanjutkan ke peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, maktab, pondok, Universiti ‘kampong’, Universiti tersohor dunia dan sebagainya.
Di ‘latarbelakang pendidikan’ inilah manusia menggunakan 6 pancainderanya melihat,mendengar,membaca,memerhati,merenung,berfikir, bertindak,bergaul yang memberikan manusia ini pengalaman,pengetahuan,pengertian,kefahaman,kecintaan YANG AKHIRNYA diadunkan bersama dalam minda, membentuk sahsiah dan keperibadian manusia.

Itu hanyalah pada pandangan saya. Pandangan orang lain, mungkin tak sama. Pandangan pakar sosiologi kemanusiaan mungkin tak sama. Pakar Psikiatrik mungkin tak sama. Tiada masalah, kerana berbeza pandang itu satu rahmat.

Kerana berdasar latarbelakang pendidikan itulah mendorong manusia berfikir, menulis dan bercakap. Pendidikan itulah memberi manusia keyakinan akal menyampaikan apa yang difikirkan betul atau salah, membezakan yang benar dan batil, YANG sudah tentu buah fikirannya mungkin berbeza, tidak disetujui oleh orang lain.

langitbiru said...

Berdasarkan keyakinan akal itu juga mendorong segolongan manusia berdegar-degar cakap pasal Negara Islam, cakap pasal hukum hudud, dan memetik panduan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah dijadikan petunjuk.

Bagi insan kerdil langitbiru pula, akan beristiqamah, InsyaAllah, menulis sedikit ilmu yang tidak seberapa mengenai Negara Islam, hukum hudud dan ayat-ayat Al-Quran yang dipelajari yang bersangkutan dengannya.

Kalau ada yang menentang,menyindir,mengherdik atau memperbodohkan Langitbiru kerana berbuat demikian, baik daripada lulusan Darjah 6, hatta bersijilkan 2-3 keping PhD sekalipun, (apakan daya itu hak dan pilihan mereka), InsyaAllah, Langitbiru akan tetap menyampaikan walaupun satu ayat.

Langitbiru tidak mengharapkan bekas penjajah Inggeris bercakap pasal hudud, atau penganut agama lain bercakap pasal hudud, APATAH LAGI untuk melaksanakan hukum hudud, melainkan mengharapkan manusia beragama Islam bersama-sama berganding bahu menjayakannya.

Bertaklid buta tanpa ilmu tidak kemana, bahkan boleh merosakkan, membawa bencana. Sebagai seorang Islam, apakah salah saya memetik ayat-ayat dari Al-Quran panduan dan petunjuk?

Sebagai contoh, petikan ayat-ayat dari Surah Al-Maidah.

5:44. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

5:45. Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

5:47. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.

Ketiga-tiga ayat satu persatu perkataannya sama, kecuali diakhirnya berbeza dengan perkataan KAFIR,ZALIM,FASIK.

Kalau satu-persatu perkataanya sama, apakah TAFSIRANNYA sama? Ada berbagai pendapat ulama. Tapi, sebahagian besar berpendapat, “Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah” maka “sudah pasti TANPA kecuali” mereka itu tergolong orang-orang ZALIM DAN FASIK.

Apakah jika seseorang itu diadili,dihakimi dengan sebaik-baiknya dengan perundangan lain selain Syariat masih dikira ZALIM DAN FASIK? Ulamak menyatakan “YA”.
ZALIM kerana hakim tidak memberikan HAK kepada tertuduh untuk berhukum dengan hukum Allah, hukum Syariat, ITU HAK TERTUDUH. FASIK kerana hakim membelakangi hukum Allah, hukum Syariat, MEMILIH hukum lain selain hukum Allah.
Jadi, bagaimana dengan KAFIR?

Ulama berhati-hati dalam mentafsirkannya walaupun satu-persatu ayat dari mulanya sama dengan ayat ZALIM DAN FASIK. Berhati-hati kerana bimbang kalau-kalau umat sewenang-wenangnya menghukum pemimpin sebagai kafir.

Ulama memberi tafsiran “KAFIR DALAM KAFIR” atau “KUFUR DALAM KUFUR”, seolah-olah ada kafir kecil, kafir besar atau ada kufur kecil,kufur besar. TETAPI ulama sepakat, JIKA PEMIMPIN ITU BERIKTIKAD hukum lain lebih baik dari hukum Allah, maka mereka adalah sebenar-benarnya sudah KUFUR, KAFIR. Iaitu kafir sesudah beriman.

langitbiru said...

MAKA IKTIKAD itu pula perlu kepada penjelasan dan tafsirannya sebelum disahkan pemimpin sebenarnya sudah beriktikad sedemikian.

Bagaimana jika pemimpin mempersendakan jika dilakukan hukum hudud, hukuman potong tangan, bolehlah makan sup tangan! Apakah pemimpin itu dikira sudah beriktikad???

(Saya menasihatkan sahabat-sahabat, berserahlah sajalah kepada Allah swt, Allah swt Maha Mengetahui, LEBIH PENTING BAGI KITA adalah terus menerus menyampaikan ayat-ayat Allah).

Maka, ancaman Allah swt dalam ayat ke 49 dari surah yang sama menyebut;

5:49 …dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

YA, BENARLAH WAHYU ALLAH SWT, KEBANYAKAN MANUSIA ADALAH ORANG-ORANG YANG FASIK.

Menyusul ayat 50;

5:50 Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

Saya yakin PERUNDANGAN WESTMINSTER adalah hukum Jahiliah, yang dibuat oleh golongan kuffar untuk mengadili kemashalahatan manusia.

Maka, saya juga yakin penentangan saya kepada PERUNDANGAN WESTMINSTER adalah satu jihad. Itu keyakinan saya.

2:1 Alif Laam Miim.
2:2 "Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa," (Al-Baqarah 1-2)

Saya berdoa pagi petang siang malam, agar digolongkan Allah swt dikalangan orang yang bertaqwa, mati dalam keadaan baik,beriman,bertaqwa yang diberi rahmat disaat sebelum, semasa dan selepas sakratumaut, InsyaAllah.
INI KEYAKINAN SAYA.

MAKA JIKA SAYA DITUDUH SEBAGAI HIPOKRIT ATAU MUNAFIK, KERANA MENGGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH, ITU HAK MEREKA.

UNTUK KU PERKATAANKU, UNTUK MEREKA PERKATAAN MEREKA.

Anonymous said...

Dato,

Betul juga (warga tua).

Antara 3ribu orang di world trade,
terdiri banyak kaum pelbagai ugama
kesemuanya dianyai oleh pesalah pesalah ini.

Kami "respect" kehidupan kaum manusia tak kira kaum / ugama.
Kami juga hanya manusia bukan LAIN.
Darah kami semua berwarna merah sama. -WALI TULIN.

Anonymous said...

Saya mencuba-cuba guna sarcasm tapi tak menjadi nampaknya.

Sebenarnya saya kekal dengan pandangan saya di bawah tajuk yang terdahulu.

1.Kerajaan patut hadkan eksport hasil pertanian, perikanan dan penternakan. Setidak-tidaknya cukai eksport yang tinggi.

2.Badan berkanun seperti yang beroperasi di Cameron Highland berhenti menanam strawberry dan lain-lain produk eksport dan fokus kepada tanaman yang berorientasikan pasaran tempatan.

3.Gunakan program kerjasama korporat untuk menggalakkan penggunaan tanah terbiar. Kerajaan boleh kaji sistem pawah KFC Malaysia.

4.Masalah pertanian di Malaysia bukan pada teknik penanaman tetapi bekalan benih, dedak dan baja.

5.Tidak seperti persoalan ayam dan telur, fokus industri produk makanan tidak akan bermakna tanpa input industri yang kukuh iaitu hasil pertanian/penternakan itu sendiri.

Sudah terlalu banyak tanah rizab yang telah diguna pakai. Jika disemak, tanah rizab yang diliberalkan selama ini sebahagian besarnya untuk bangunan dan komoditi.

Kempen orang kampung bela lembu dalam kebun sawit tapi GLC satu pun tak buat. Punya luas tanah Guthrie. Langsung tidak terlintas konsep pawah macam KFC.

Terlalu kejar pertanian produk komoditi, pertanian tebu yang boleh pakai konsep tinggal dan tuai itu pun tak terbuat sampaikan gula nak kena import.

p/s Tajuk isu oleh ACCCIM ada dua laporan serentak. Satu lagi tajuk "Chinese businesses fighting for smaller pie, says ACCCIM" - http://www.themalaysianinsider.com/business/article/chinese-businesses-fighting-for-smaller-pie-says-acccim/

Kesilapan tidak meletakkan kedua-dua berita secara serentak adalah kelemahan saya. Jika kedua-dua berita dinilai serentak, barulah akan lebih impak sarcasmnya.

Fed Up

Anonymous said...

Salam Datuk AKJ dan semua pembahas,

Kebanyakan umat Islam sedang dlm keadaan lemah dan keliru sekarang.... maaf kalau silap. Satu demi satu negara2 Islam bertukar pemerintahan ditaja 'penjajah baru'. Kita sendiri dlm negara pun masih bercakaran tentang mazhab... tentang Sunni, Syiah, Wahabbi, ajaran sesat dan mcm2 lagi...

Dlm keadaan lemah dan keliru, minda dengan mudah dijajah

OM76

awang batuburok said...

Salam Dato,

khabarnya satu lagi projeck IPTS (Universiti Perdana) untuk anak-anak golongan bangsawan dan korporat dengan dibantu sepenuhnya mendapat segala keistimewaan peruntukan dan bantuan kerajaan akan di laksanakan? benar ke perkhabaran tu Dato?

Anak-anak marhain dari kampung dan desa ada peluang sama ke Dato?

A KADIR JASIN said...

Wali Tulen,

1. Itulah kehebatan diayah dan proganda Barat sampai kita bermati-matian membela 3,000 yang terbunuh dalam peristiwa 11-9-2001;

2. Nyawa orang Islam, orang Budha (di Vietnam) dan sesiapa saja di luar bumi Amerika kurang nilainnya berbanding nyawa orang yang duduk di Amerika;

3. Tetapi bila orang Islam yang damai berhijrah ke Amerika, mereka akan diprofilkan sebagai "potential terrorists". Hatta usaha mereka membina sebuah Pusat Islam arus perdana pun ditentang sampai ada orang Kristian yang sanggup bakar al-Quran;

4. Tapi, kerana terlalu ramai orang Islam, termasuk di Malaysia ini, yang begitu taasub dan dijajah mindanya oleh Barat, maka mereka lebih sibuk meratapi 3,000 mangsa 9/11 sepuluh tahun lalu daripada jutaan Muslim yang dibunuh Amerika sejak itu sampai sekarang;

5. Hujah-hujah menyembah Barat seperti inilah yang memberi legitimasi kepada Amerika dan Barat untuk terus mengainaya dan menyiksa umat Islam.

Terima kasih.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Amat tepat sekali kesimpulan DAKJ daripada tampalannya ini, "Rupa-rupanya, ramai orang Islam bukan saja dijajah mindanya oleh Barat, malah mereka bersikap talam dua muka - hipokrit".

Memang hipokrit atau munafiq sungguh sesiapa yang terus percaya apabila dikelentongkan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.

Sebenarnya, kerana dijajahlah Tanah Melayu menjadi Malaya. Dan Malaya dijajah dari pelbagai sudut dan segenap segi, terutamanya ekonomi.

Sangat menakutkan kita yang berhati perut apabila kita dapati dewasa ini, Malaya yang sudah ditransformasikan kepada Malaysia ini sedang bermati-matian mempertahankan pengamalan sistem politik penjajah, sistem undang-undang penjajah, sistem sosial
penjajah, dan serba-serbinya berunsurkan sistem nilai kepenjajahan, walaupun adakalanya sistem nilai penjajah Barat itu bercanggah dengan nilai Islam.

Paling malang ialah penggunapakaian Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh penjajah di bawah Suruhanjaya Reid. Akibatnya, menjadilah Malaysia negara sekular, bukan negara Islam.

Selagi Malaysia diperintah oleh UMNO/BN, selama itulah Malaysia kekal sebagai negara sekular.
Hanya PAS yang mampu, dengan izin Allah, untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara Islam yang sejahtera.

Wassalam.

Anonymous said...

Dato,

Kebenaran dan keikhlasan adalah nilai nilai yang mulia, yang disanjungi.
Dalam perkara 9/11 ini.
Ramai nyawa telahpun dianyai
Tak kira ugama /kaum bangsa serta negara.
Tiap tiap insan manusia disini juga akan AKHIRNYA dinilai atas pendirian kami .
Jangan kita tergadai nilai murni bangsa MANUSIA. -WALI TULIN.

saji said...

Sdr langitbiru

"Amerika menafikan menjajah Iraq. Mereka kata, mereka melindungi Iraq, menaungi Iraq. Mereka membentuk pasukan keselamatan Iraq yang anggotai rakyat Iraq, tapi hakikatnya berada dibawah pengawasan ratusan ribu tentera Amerika. Soldadu Iraq ini hidup senang, tidak susah, dibayar gaji oleh Kerajaan Merdeka Iraq. Soldadu ini juga tinggal “dirumah pasong” Amerika, berbumbung cantik, berhawa dingin. Nak makan pun senang.

Dalam keadaan amat susah dan menakutkan, sebahagian rakyat Iraq menawar diri menjadi soldadu kerajaan. Soldadu ini didodoi bahawa mereka berkhidmat kepada Negara Merdeka Iraq, Tanah Air, Agama dan Bangsa. Soldadu ini amat yakin di belakang mereka adalah Tanah Air, Agama, dan Bangsa. Mereka juga yakin dibelakang mereka adalah Tentera Amerika yang akan membantu mereka. TAPI mereka menafikan berkhidmat untuk jaga kepentingan Amerika!

Di luar sana, ‘soldadu’ gerila Iraq berjuang dengan apa yang ada. Mereka hidup berbumbungkan langit, berdindingkan batu batan lereng bukit, air minuman di wadi-wadi mana yang ada, nak cari makan pun susah, nak makan pun susah. Tapi mereka yakin dibelakang mereka adalah Allah swt sebagai penolong.

Tetapi, mereka ini digelar pengkhianat, pengganas bertaraf komunis oleh Kerajaan Merdeka Iraq, oleh kaum sebangsa seagama mereka. Maka, mana-mana soldadu sebangsa seagama mereka yang berlepas dari rumah pasong Amerika, itulah sasaran mereka! Kadang-kadang, rumah pasong Amerika itu diserang hendap.

Rakyat Iraq tidak tahu, bagaimana kehidupan Soldadu Kerajaan dirumah pasong. Mereka juga tidak tahu bagaimana kehidupan soldadu gerila di lereng bukit. Apakah mereka bersenang bersuka ria hingga larut malam, atau sering berqiamullai bertahajjud di separuh malam.

Kalau rumah pasong Amerika itu dibakar soldadu gerila, mereka akan diburu hingga ke lubang cacing. Tentera Amerika menghantar mata-mata gelap soldadu Iraq menjejaki mereka. Jika soldadu gerila ini ditangkap, dibawa balik ke rumah pasong, tiada siapa tahu nasib mereka.

Tapi media kerajaan, memaparkan betapa tragis dan sedihnya anak-anak, isteri-isteri Soldadu Kerajaan yang terbunuh kerana mempertahankan tanahair. Media Kerajaan tidak pernah pula memaparkan kesusahan, kesedihan anak-anak, isteri-isteri soldadu gerila yang hilang dirumah-rumah pasong!

Dipendekkan, bertelagah berperanglah rakyat Iraq sesama mereka, pagi petang siang malam, SIAPA PEJUANG, SIAPA PETUALANG, TAPI hasil minyak dikaut habis-habisan oleh penaung, pelindung, (dan bukan sekali-kali penjajah) mereka, Amerika!

Yang rugi, rakyat Iraq. Yang untung,rakyat Amerika."

Komen:

Berdasarkan petikan dari komen terbaru sdr berbunyi sindirin di atas itu, sama ada sdr sedari atau tidak, sdr telah menggunakan teknik sinektiks cara analogi langsung (yang saya bincangkan sebelum ini) dengan begitu berkesan sekali (iaitu tindakan sdr sebagai juruanalisa masalah mencari perkaitan yang seakan-akan sama antara dua atau lebih situasi yang bermasalah dengan tepat sekali) bagi tujuan merungkai dan menjelaskan lagi apa yang tidak dirungkai dan tidak dijelaskan lagi dalam banyak pembahasan sebelum ini mengenai pensejarahan kelahiran negara baru Malaysia dari segi menjelaskan di antara maksud perkataan dijajah dengan naungan khasnya dan mengapa kerajaan UMNOBN dan sekutunya terpaksa timbulkan perkataan naungan untuk menidakan Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris amnya.

..SAJI

Amer said...

Sebab itulah bila sampai bab pertahankan agama Islam, seperti yang berlaku di sini, apabila penguatkuasa menyerbu gereja yang memurtadkan umat Islam, pak-pak lebai putih berjanggut ni lah yang cepat sekali melompat, menghentam penguatkuasa.

Di akhirnya, siapa yang dapat menjaga kepentingan umat Islam?

Anonymous said...

Yang retibasa,

"Selagi Malaysia diperintah oleh UMNO/BN, selama itulah Malaysia kekal sebagai negara sekular.
Hanya PAS yang mampu, dengan izin Allah, untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara Islam yang sejahtera."

Komen:

Tidak salah, malah dianggap logikal bagi para pencacai meletakkan harapan setinggi Gunung Kinabalu kepada pakatan rakyat untuk mentransformasikan negara sekular menjadi negara Islam.

Namun, berdasarkan bentuk ikatan dan kerjasama sesama parti dalam pakatan rakyat, saya sebagai pengundi atas pagar sama sekali tidak nampak bagaimana negara Islam sejahtera impian saudara itu akan terbit bawah kekuasaan pakatan rakyat.

Realistiknya, kalaulah PR mampu mengekalkan ciri-ciri sedia ada sudah dianggap satu bonus dan kalau pun lebih teruk dari tahap yang sedia ada kami juga tidak berasa terkezut setelah menyedari pihak mana lebih dominan dalam pakatan rakyat.

Atas Pagar

saji said...

Salam Dakj

"Tapi, kerana terlalu ramai orang Islam, termasuk di Malaysia ini, yang begitu taasub dan dijajah mindanya oleh Barat, maka mereka lebih sibuk meratapi 3,000 mangsa 9/11 sepuluh tahun lalu daripada jutaan Muslim yang dibunuh Amerika sejak itu sampai sekarang;"

Maksud Dato', beberapa hari atau minggu sebelum Amerika bersiap sedia menyambuat ulangan peristiwa 9/11 tersebut, media tempatan dan di negara2 Islam lain sepatutnya tampil menyiarkan lapuran ekslusif bersiri mengenai pembunahan jutaan umat Islam oleh Amerika di Iraq dan Afganistan sepuluh tahun dulu hingga sekarang?

Namun, saya tertanya2 adakah media di Iran melakukan apa yang Dato' maksudkan itu?

...SAJI

affendi hussain said...

Menarik analogi sdr langitbiru berkenaan penjajahan di Iraq oleh Amerika dibanding dgn situasi di Malaya..

Cuma di Iraq ada lagi analogi persamaannya dgn Malaysia masa kini..

Puak Sunnah vs Syiah
Puak Kurdis yg mahu menubuh negara sendiri..

Sama mcm;

UMNO vs PAS
Puak minoriti Kristian yg menghasut mahu memisahkan Sabah/Sarawak dari Malaysia..

Yg beza kita hanya ada pertarungan politik, bukan pertarungan fizikal & bom2..

p/s: sdr fed up.. jika sacarsm itu hanya kita saja yg tahu & faham ia tak lebih dari fenomena "syiok sendiri".

wasalam

("/)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam Datuk
Pendatang pendatang komersial pun apa kurangnya....dalam minggu ni saje saya bertuah saksikan adegan pendatang komersial eropah merancang dengan pendatang komersial amerika (selaku agen perhubungan) mahu menabur bakti ke atas Malaysia dengan menyuntik bantuan kewangan.

Yang pasti kalau rancangan itu berlangsung, pke itu akan disanjung dan pka (pendatang komersial amerika) akan untung besar.

Pihak Malaysia pula akan tam bah hutang budi yang kebiasaannya dibayar balk dengan "bantuan" (favour) yang setimpal. Saya tak dapat baca lagi macam mana pihak Malaysia itu akan menang.

Setidaknya, saya cadangkan, gunalah mana mana agen tempatan....tapi tidak.

Sedih rasanya.

- jad -

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdulillah. Insyaallah saya akan menjadi tetamu Allah pada musim haji pada kali ini. Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ kerana sudi mengeluarkan komen-komen saya yg lalu. Juga saya ingin meminta maaf kepada Dato’ dan juga para pembahas sekalian jika ada komen saya yg menyinggung perasaan Dato’ dan sesiapa saja. Kepada penyokong PAS seperti Sdr Langitbiru. Fed up, Abdullahngah dan Yangretibase, saya juga ingin memohon ampun dan maaf kerana saya terkasar bahasa semasa berbahas.

Saya juga akan mengundurkan diri dalam perbahasan di dalam blog Dato’ ini dan akan melupakan buat seketika untuk tumpuan sepenuhnya sebagai tetamu Allah nanti. Diharap doa dari Dato’ dan rakan-rakan supaya saya dipermudahkan segala urusan serta dalam keadaan sihat di tanah suci nanti. Mudah-mudahan perjalanan saya diredhoi dan dikurniakan haji mabrur bersama isteri dan 28 ribu jemaah haji kita. Insyaallah. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam Dato',iap yang naik akan turun

Dpd Pak Hj JB,

Usia AS belum pun sampai dua setengah abad tetapi impak kewujudannya mungkin sudah menyamai impak kewujudan empayar-empayar zaman silam. Tetapi hukum alam tidak berubah; tiap yang naik akan turun. AS mula menguasai dunia sejak WWII tetapi sekarang sudah mula disaingi oleh EU, China dan India. Mana-mana kuasa yang ghairah menakluki dunia diluar sempadan semuajadinya pasti akan roboh sendiri, hanya masa sahaja yang akan menentukan.

Apa pun kita spesis bernyawa yang menganuti Islam, idak akan lebih rugi atau untung jika AS semakin kuat atau semakin lemah. Apa pun keadaannya, kita semakin rugi jika kita bukan spesis yang menimba ilmu dalam ertikata yang sebenarnya. Alangkah ruginya kita kerana masih berada dalam kelompok itu sedangkan kalimat " wa qul robbi zidni ilmaa" sudah terpahat kukuh dalam kitab suci Islam sejak 14 abad lalu....

BTW, tertarik saya bila Sdr Mustapha Ong mengatakan Mat Sabu buta sejarah kerana Sdr Mustapha Ong (2.15 AM) juga termasuk golongan yang menculiskan "Baru-baru kita telah juga mengingatkan kembali pemerintahan British di Tanah Melayu sejak 400 tahun dahulu. Sejarah telah menunjukkan bahawa pihak British hanya memerintah di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak kurun ke16 atau 17."

Tak sangka..

Pak Hj JB

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Petikan kata-kata Dato' "Saya belajar di sekolah Inggeris, baca buku dalam bahasa Inggeris, melanjutkan pelajaran ke dunia Barat, banyak tertugas dalam persekitaran Barat dan kenal ramai orang Barat.Sepatunya, minda sayalah yang lebih mudah dipengaruhi atau terdedah kepada penjajahan psikologi Barat. Tetapi oleh sebab saya faham sedikit sebanyak “the mind game” atau mainan minda mereka, maka saya tidak terlalu taasub dengan pemikiran mereka atau percaya kepada propaganda mereka".

2. Bukan semua mempunyai dayatahan atau jatidiri saperti Dato' kerana setengah terpaksa tunduk kepada tekanan.Kita patut ikut resmi ikan, walaupun hidup dalam laut yang persekitaranya masin tetapi bila nak kedarat,isi ikan tetap tawar. Kebanyakan Melayu tidak ada ada daya tahan dan jati diri.Bila berkuasa sikit dah mula nak ambil peluang untuk kepentingan diri saperti rasuah atau penyalahgunaan kuasa.Sebab itulah bangsa lain boleh ambil kesempatan. Banyak benda Melayu dah lingkup kerana tidak ada daya jatidiri. Banyak Syarikat GLC yang muflis kerana eksekutifnya cepat nak kaya untuk diri sendiri dan dirasuah oleh orang lain.
3. Dunia islam menghadapi masaalah yang sama. Banyak terpengaruh dengan dakyah pihak barat yang boleh memporak peranda negara-negara islam saperti apa yang berlaku diLibya dan Syria sekarang.
4. Politik Melayu semasa juga menghadapi masaalah yang sama.Perebutan untuk berkuasa membawa kepada kehancuran tamadun bangsa yang telah terbina sememjak negara merdeka. Ada yang sanggup untuk menulis semula sejarah bagi mengiktiraf petualang sebagai hero kerana bermaksud memancing undi.Pemimpin sedemikian tidak ada dayatahan atau jatidiri dan sekiranya dia berkuasa maka tidak mustahil negara dan bangsa serta ugama boleh tergadai.

iklas,
Rahim

saji said...

Sdr Rahim

"4. Politik Melayu semasa juga menghadapi masaalah yang sama.Perebutan untuk berkuasa membawa kepada kehancuran tamadun bangsa yang telah terbina sememjak negara merdeka. Ada yang sanggup untuk menulis semula sejarah bagi mengiktiraf petualang sebagai hero kerana bermaksud memancing undi.Pemimpin sedemikian tidak ada dayatahan atau jatidiri dan sekiranya dia berkuasa maka tidak mustahil negara dan bangsa serta ugama boleh tergadai."

Komen:

Sdr boleh mengandaikan itu dan ini mengenai parti Melayu yang belum berkuasa seperti di atas.

Tetapi, bagaimana halnya dengan parti Melayu yang telah diberi kuasa selama lebih setengah abad itu yang siang2 terbuti telah mengadaikan itu dan ini?

...SAJI

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr kami OKJ said,
Diharap doa dari Dato’ dan rakan-rakan supaya saya dipermudahkan segala urusan serta dalam keadaan sihat di tanah suci nanti. Mudah-mudahan perjalanan saya diredhoi dan dikurniakan haji mabrur bersama isteri dan 28 ribu jemaah haji kita. Insyaallah. Sekian TQ.

Salam kasih sayang Sdr OKJ,

Dengan penuh keikhlasan kami memohon kehadrat Allah Subhanahuwataala dijayakan (kun faya kun) segala rukun ibadah Haj saudara dan isteri tercinta dan juga seluruh tetamu Allah tahun ini... agar diterima dan dilimpahi dengan kesucian Zat Sempurna dan Zat Kasih dan Sayang Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Pergilah kalian dengan selamat dan pulanglah dengan kemenangan

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Kami juga mohon ampun dan maaf kepada kalian semua.

Anonymous said...

Mula-mula kata "Just my 2 cents."

Kemudian kata "sdr fed up.. jika sacarsm itu hanya kita saja yg tahu & faham ia tak lebih dari fenomena "syiok sendiri".

Wau, saya ingat isu yang diusul yang nak dibincang. Rupanya isu itu kurang penting. Yang lebih penting adalah teknik saya menulis.

Sehingga komen Langitbiru yang senada tentang masalah pertanian itu pun tidak di sentuh.

Bagus teknik debat itu.

Fed Up

langitbiru said...

Sdr Dr OKJ,

Selamat menunaikan Ibadat Haji dan Umrah.

Semoga Sdr OKJ dan Isteri (atau isteri-isteri?) mendapat Hj yang mabrur.

Saya juga mengharapkan lebih ramai akedemik/professional MelayuIslam yang graduan ilmu fardhu kifayah dari bumi Barat, menjadi pejuang, daie Islam seperti Dr Zakir Naik.

Bukan nak suruh angkat pedang, atau M16, tapi ada kesedaran pikul pensil 2B pangkah mereka yang ada matlamat perjuangan Islam, berjiwa khalifah.

Satu lagi faktor pembentukan sahsiah,peribadi dan minda adalah penguasaan banyak bahasa. Menguasai bahasa bermaksud boleh berfikir dalam bahasa tersebut, dan secara spontan boleh bercakap dan menulis dengan fasih dan tepat. Kalau BErfikir dalam bahasa Melayu, kemudian terjemah dalam bahasa Arab atau Inggeris, itu maknanya belum menguasai bahasa.

affendi hussain said...

Salam Dato'
Mohon maaf tumpang lalu topic lari sikit..

sdr saji,

Agaknya yg gi bekursus ke Holland tu belajar camne nk tanam gandum & bunga je lah kot, bukan padi..
Patutlah kos pengeluaran mahal..

Walhal Thailand dah lama tanam padi 3x setahun. Kita masih kekal 2x setahun.. tak perlu pergi jauh2 pun.. kalau kita tanam 3x setahun = (1+2)/2 x 100 = 150% ; i.e peningkatan 50% pengeluaran dgn tanah yg sedia ada.

Dulu Malaysia ni kaya dengan kepelbagaian tanaman komoditi..skrg semua di'baptiskan' menjadi sawit saja..mana pergi koko, nenas? Getah pun dah makin pupus.. Dah tu pi ajar & buka ladang di Indonesia pula.. tiap2 tahun jerubu syarikat yg menerangkan hutan secara pembakaran terbuka tu pemegang syernya syarikat2 tersohor dari Malaysia juga..

Terlebih pengeluaran telah menyebabkan kejatuhan harga pasaran sawit.. ni 'mastermind' polisi siapa lah..

Walhal koko dah naik harga lebih 88% per ton metrik..Terkini harga pasaran - Koko: ~USD3,400/ton ; Sawit: ~USD1,200/ton.
(rugi rasanya tebang pokok koko, emas coklat!).

Itu pasal lah harga Milo pun kita tak boleh kawal..semua kena import dari Brazil..Bijak2..

Getah pula, Malaysia ni sebenarnya untung.. bila harga petroleum naik, harga getah sintetik pun naik, justeru pemintaan utk getah asli akan meningkat.. 2x untung, tetapi pemerintah negara dok bising subsidi kena naik.. subsidi kena naik..harga kena naik..harga kena naik..poodah!

Tu lah Tun Mahathir kita..tumpu industri & kereta saja, benda yg tak perlu hari2 makan.. bagi menteri2 hp6 yg tadbir portfolio sektor pertanian..hasilnya kini..walla!!

Dalam situasi apa pun perang atau aman, fitrah manusia perlu makan.. bukan berkenderaan atau bangunan..

Dari satu aspek lagi adalah selera tempatan rakyat kita yg bercitarasa ramuan barat itu sendiri penyumbang punca masalah.. (penjajahan minda???).. Jangan katakan orang, ayam, lembu & kambing pun 2x5..

Cuba tengok hari ni berapa byk juadah yg guna tepung gandum dari mee, kueytiau, roti canai, roti putih & kuih muih.. dan berapa banyak yg guna tepung beras hari ni? Realitinya, semua kuih raya moden mana ada guna tepung beras.. pulut utk lemang, ketupat & wajik pun Thai mali.. mau tak inflasi.

Saya kira ACCCIM tu nak tanam gandum lah kot di Malaysia bagi mengurangkan kos pengeluaran makanan Malaysia dgn cita2 pembukaan tanah2 baru utk ladang gandum saujana mata memandang seperti Prairie di Amerika, sesuai dgn citarasa Malaysia selaku makanan ruji utama selepas padi..

now that sound sacarsm..

wasalam.

("/)

affendi hussain said...

fed up,

Topik disini pasal 11/09/2001.. kenapa perlu alih melalut ke pertanian?

Takdak modal bahas topik ke? Org main bola sepak kenapa perlu main bola jaring? Apa yg cuba dibuktikan?

Nasib baiklah tuan rumah Dato' AKJ & beberapa warga pembahas termasuk saya kesian, layan juga supaya tak terkontang-kanting "syiok sendiri".. .

Bersyukur ke hadrat Ilahi..The Scribe sebuah blog "open house".

Sdr langitbiru,

Lain yg saya tembak, saya tak sangka lain yg kena..tak sangka smp 3 posting sdr lengkap dgn petikan Surah Al-Maidah.. apa2 pun saya respect sikap yg merendah diri & yg penting pemikiran yg konsisten..bab hukum Allah, kita berlapang dgn "mutual agreement".. bukan mcm sesetengah tu..berubah ikut sedap dia saja.

Biasalah resam blog sdr,

Kalau takut dilambung ombak,
usah berumah di tepi pantai,
Kalau takut dipelangkung & diperlawak,
Usah cabar org lain berbahas mcm dah terlampau pandai..

tengoklah rakan kita yg juara nak tegak hudud ttp kutuk perbankan islam ni.. ni nk kira kategori apa ni? M or H?

selamba dek jer..muka tebal sungguh..mcm biasa..

p/s: ucapan selamat hari raya saya kpd hairulfitri.. sunyi rasanya tanpa watak mcm dia..t/kasih buat fed up.. dah lama saya tak berbahas di The Scribe..kehadiran anda memeriahkan kembali suasana..

wasalam

("/)

Anonymous said...

Muhyiddin launches phase one of Pagoh education hub


MUAR: The first phase of the Pagoh Education Hub, launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin Thursday, is capable of accommodating 14,000 students.

Speaking at the groundbreaking ceremony for the Education Hub, Muhyiddin, who is also the Education Minister, said the development of the first phase would involve four local public institutions of higher learning (IPTA).

He said the local IPTAs were the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Research Centre, and Politeknik Pagoh.

comment:

Satu usaha yang baik. Kawasan ini nanti akan memberikan spin off economic activity kepada orang Muar khasnya.

Saya nak cadangkan supaya Politeknik Pagoh diberi nama Politeknik Che Gu Mat Yassin, mengambil semena nama bapa Mahyuddin. Seorang educationist yang terkenal di Muar yang mengasaskan sekolah agama swasta dan ramai yang menuntut di Sekolah Che Gu Mat Yassin di Bakri, Muar ketika itu.

Orang Lama Muar

Anonymous said...

Tentang golongan tolak perpaduan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

comment:

Pemimpin Islam di Malaysia patut ambil iktibar atas amanat diatas.

Sudah sampai masanya umat Islam di Malaysia merapatkan saf untuk menempoh cabaran yang mendatang. Itu adalah hukum Allah dan tidak boleh dipertikaikan. Perselisihan antara umat Islam akan membawa bala' akhirnya nanti!! Di laknat Allah. Percayalah !!

Shiekh

saji said...

Sdr Shiekh

Apa yang telah dan sedang dilakukan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi dalam menyatukan umat Arab di Timur Tengah?

Kemudian,sdr bandingkan apa yang sudah dilakukan oleh Sheikh Ahamad Deedad hingga akhir hayatnya dalam usahanya menyatukan umat Islam dan bukan Islam di Afrika Selatan sekali gus?

...SAJI

saji said...

Sdr affendi hussain

Negara Thailand, seperti Malaysia ada petani dan pemaju pertanian keturunan Cina dan Melayu-Buddha dan Melayu-Islam yang disokong oleh pusat2 penyelidikan pertaniannya masing-masing. Tetapi mengapa sektor pertanian Thailand lebih maju? Malah, apa yang saya tahu, Melayu-Islam di sana (Thailand) yang memulakan usaha pemasaran makanan halal di seluruh dunia.

...SAJI

affendi hussain said...

Sdr saji,

Thailand lebih fokus kpd sektor pertanian dan pembuatan berteknologi sederhana atau pemasangan kenderaan saja tanpa R&D.

Malaysia Boleh pula menjadi hero optimis fokus kpd industri elektronik & kereta nasional yg berisiko tinggi dan tidak elastik pasaran berbanding sektor pertanian.

Tiada apa yg mengejutkan jika org Melayu-Islam di Thailand menjadi pelopor & berjaya seperti mana Melayu-melayu lain di serata dunia.. kunci kata: survival - a creteria that open portal for human full potential..

Sama juga mcm org Cina di Malaysia dibanding dgn yg di China yg hanya kerja 6jam sehari dgn 4 shift walhal standard dunia kerja 8jam sehari.

Potensi manusia ni subjektif.. bergantung kpd individu itu sendiri.

Kalau kena simptom kemaruk subsidi mcm sesetangah Malayu di Malaysia yg mahu tunggu disuap (cth: bankislam dianggapnya baitulmal & tak reti nak beza), dia hanya tahu merungut & menyalahkan org lain & keadaan kecuali dirinya bila mana dia tertekan atau susah..hatinya asyik berang & bengang sampai fikirannya pun jadi bangang..maka mutasi lah ia menjadi zombie politikus.

wasalam..

("/)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).