Wednesday, December 21, 2011

Dilema Pengundi Melayu Dalam PRU

A Kadir Jasin



[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]


MUTAKHIR, 24 Dis — (Malaysian Insider) Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau bersedia bertemu dengan kepimpinan tertinggi parti itu pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan berhubung polemik yang berlaku sejak dua minggu lalu

Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Hasan juga menjelaskan sehingga kini belum menerima sebarang surat rasmi daripada parti.


“Saya belum menerima surat lagi tapi apa pun untuk mencari kedamaian, demi mengelakkan polemik dan demi mengelakkan kegusaran di kepala dan hati saya bersedia (bertemu) pada bila-bila masa.


POSTING ASAL


BAGI Pas, kemungkinan hidup tanpa Nasharudin Mat Isa mungkin tidak terlalu seksa dan tentulah tidak akan sunyi tanpa Dr Hassan Ali.



Ini bukan kali pertama Pas meminggirkan pemimpin yang lantang atau yang tidak sealiran dengan pendirian semasa parti. Lagipun, belum tentu Nasharudin atau Dr Hassan akan meninggalkan parti, apatah lagi menyertai Umno.



Akan tetapi, tanpa mereka meninggalkan parti pun, keretakan dalam kepemimpinan dan ideologi Pas sudah cukup untuk mengganggu gugat prospek parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.



Hal ini sudah pun disedari oleh kepemimpinan parti itu apabila ia mula menjelaskan kepada ahli pendiriannya mengenai dua pemuka parti itu.



Yang akan menjadi masalah kepada Pas bukanlah pemberontakan oleh dua tokoh itu atau sokongan mereka kepada isu perpaduan Melayu yang dikatakan melibatkan Umno.



Yang menjadi masalah kepada Pas ialah tanggapan yang ia tidak lagi komited kepada perjuangan asalnya yang bermatlamatkan Dar-al-Islam dan Hukum Hudud. Tanpa idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud, Pas bukanlah Pas lagi.



Teringat saya kepada kempen Pas di Kedah dalam Pilihan Raya Umum 1969. Ia mencurigai keislaman penyokong Umno kerana bekerjasama dengan ‘orang kafir” melalui Perikatan, dan hendak “hambat orang Cina dan India ke dalam laut” kalau menang.



Pas menunaikan janji mengenai agenda Islamnya dengan mengartikulasikan idealisme Dar-al-Islam dan meluluskan rang undang-undang Hukum Hudud dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.



Tetapi, selepas kemenangan besar melalui pakatan pilihan raya dengan DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan pembentukan Pakatan Rakyat selepas itu, idealisme Islam Pas menjadi semakin kabur. Dar-al-Islam digantikan dengan “Negera Berkebajikan” dan Hudud “dikaveatkan” atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



Soalnya, adakah Perlembagaan Malaysia boleh diubah menjadi mesra Hukum Hudud kalau Pakatan Rakyat menang PRU akan datang?



Dr Hassan adalah mangsa perubahan dasar Pas terhadap idealisme Islam. Dosa beliau ialah cuba memperjuangkan Islam di Selangor, negeri yang dipimpin oleh PKR di mana pengaruh DAP cukup berpengaruh.



Sejak isu penjualan arak di kedai-kedai runcit di kawasan majoriti Melayu di Selangor, yang melagakan Dr Hassan dengan Ronnie Liu (DAP), Dr Hassan sudah menjadi duri dalam daging kepada Pas dan Pakatan Rakyat.



Inilah dilema politik Melayu/Islam. Kepemimpinan Umno bermati-matian mengambil hati bukan Melayu sehingga ramai ahli Umno sendiri berasa amat terkilan.



Kini, hasil pembabitannya dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas pula menghadapi dilema, iaitu sama ada terus memperjuangkan idealisme Islam atau mengambil hati orang bukan Melayu/bukan Islam.



Bagi orang Melayu yang peduli, dilema mereka adalah - yang mana hendak disokong demi menjamin kelangsungan (survival) masa depan mereka – Umno yang kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yang kebulur undi bukan Islam?



Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama. Malangnya bagi orang Melayu, politik bererti perpecahan.



Wallahualam.

86 comments:

Anonymous said...

Salam Dato',

Dato' menulis, "Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama. Malangnya bagi orang Melayu, politik bererti perpecahan.

Wallahualam."

Melayu dan Islam sama kuat tarikannya kepada kebanyakan orang Melayu kerana menjadi Melayu bermakna menjadi Muslim. Majoriti orang Melayu sedar bahawa kekuatan Melayu hanya melalui perpaduan kerana kekuatan Melayu hanya hadir jika ada kekuatan politik manakala kekuatan politik pula datangnya dari perpaduan. Tidak terlalu sukar untuk memahami hakikat itu, justeru, perpaduan Melayu menjadi amat sukar dijadikan kenyataan.

Kita semua tahu bahawa politik itu kuasa dan kuasa itu harta. Orang kata inilah hakikat realpolitik. Jika dalam UMNO pun TIDAK 100% bersatu padu kerana wujud pelbagai kem untuk berebut tampuk kuasa macam mana pula hendak satukan UMNO dengan PAS? Yang berebut kuasa ialah pembesar UMNO dan PAS, yang diminta bersatu padu mejoriti Melayu yang kelihatannya tidak berupaya berbuat apa-apa. Setiap hari mereka disogokkan oleh media utama negara memburuk-burukkan PAS manakala media alernatif memburuk-burukkan UMNO.

Dr Hassan Ali pernah menikmati kedudukan tinggi dalam PAS tetapi perlahan-lahan kelebihan politik yang ada pada dirinya terhakis dan karismanya menjadi pudar. Dia dikatakan sebagai pakar motivasi tetapi gagal menggunakan kepakaran yang dikatakan beliau ada untuk memotivasikan diri sendiri supaya terus relevan dalamn perjuangan partinya. Sama halnya dengan Zulkifli Nordin yang hilang pengaruh dalam PKR. Maka UMNO pun tanpa berlengah memberikan limelight kepada dua tokoh yang telah tersungkur ini dengan harapan dapat mengendurkan sokongan Melayu kepada PAS dan PKR. It is NOT a wrong move, only NOT clever. Melayu UMNO akan terus tegar dengan UMNO, begitu juga dengan Melayu PAS. Cerita Hassan Ali atau Zul Nordin tidak akan sebabkan pusingan-U kepada dua kelompok ini. Melayu yang lain? Saya adalah antara golongan ini, saya lihat apa UMNO buat dengan isu-isu seperti NFC suami Shahrizat dan yang sejenis dengannya. Tentu kita masih ingat 18 kes berprofail tinggi yang pernah diucapkan oleh Rais Yatim.

Saya sudahi dengan kalimat yang sama seperti Dato', wallahu a'lam.

Pak Hj JB

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Ceghita pasai Dr. Hassan Ali mungkin sepatutnya lebih jauh daripada peristiwa selepas Mac 8,kena ambik cerita malam menang jugak, apa yang dia bersembang dengan UMNO.

Sampai membelakangkan parti.Kalau adalah eghita-ceghita hat tu.

Raison D'etre said...

DAtuk AKJ,
"Umno yang kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yang kebulur undi bukan Islam"

Nak buat macamana sebab yang menjadi pimpinan negara sekarang nampaknya terlampau lapaq ke duit, sampai moral standing lansung tak ada.

Tengok saja NFC satu contoh yang sangat kecil dimata orang Umno yang macam dah lupa tanggungjawab besar sebagai parti yang menentukan siapa jadi kepala negara.

Saya tak akan sokong Umno walaupun PAS retak dan PKR parti serpihan selagi lapaq keduitan tu masih tampak nyata.

Nak bagi chance berapa banyak untuk gerombolan lapaq duit ataih angin bermaharajalela, Datuk?

Takkan sampai rakyat kurus kering mati tak makan?

Soalan kita sekarang: Siapa yang boleh kita harap lebih kalau dah cam tu?

Nik, KB said...

Salam Datuk, semoga sihat sejahtera selalu.

1. Sistem sediada, parti politik yg menang, akan memerintah. Calon yg menang jadi pemimpin.
2. Bila jadi pemimpin, ringkasnya bertugas utk memimpin dan memajukan negeri/negara.
3. Sebagai pemimpin parti, kena berusaha kekalkan kuasa/sokongan. Lepas tu kena balas balik jasa penyokong, kena bagi kontrak dll. Kalau tak, akan hilang sokongan.
4. Saya perhatikan, dlm melaksanakan kedua2 tugas ini, akan timbul banyak konflik, antara nak jaga rakyat/negara dgn nak jaga penyokong. Kalau nak jaga rakyat, nanti hilang penyokong. Kalau jaga penyokong, nanti majoriti rakyat tak undi.
5. Masa jadi pembangkang, berdegar2 membela nasib rakyat. Bila dah jadi pemimpin, membela rakyat bukan lagi prioriti. Sebaliknya pemimpin yg kalah pula akan jadi juara rakyat.
6. Terfikir di benak, kalaulah boleh dibuat, pemimpin tumpu kpd urusan memajukan negara shj, tanpa dibebani urusan nak menarik undi/nak menang pilihanraya akan datang. Terfikir kiranya boleh dilaksanakan di negara kita, dlm kerangka negara berperlembagaan.
7. Itu pun kiranya ia membawa manfaat kpd rakyat terbanyak.
8. Benar Datuk, kami dalam dilema. Apa pilihan yang ada..

Nik, KB.

Dr. Amir said...

Salam Rakyat Malaysia,

Masallah DR Hassan & Nasha bukan memperjuangkan idealogi islam tapi perjuangan politik yang bertaktakan 'kuasa dan wang ringgit". Ugama Islam dijadikan sandaran sahaja. Ianya perlu difahami oleh orang Melayu/Orang Islam tentang dua tokoh ini.

Isu Mengkristainksn orang Melayu, tidak timbul jika orang islam sendiri 'menjaga' umatnya, tetapi dimana pembelaan Dr Hasan dan Nasha? Udah jadi mau bising kenapa tidak cegah sebelum jadi? Kita ada wang zakat tetapi disalahguna barangkali??

Sekadar isu arak, kamu pergi kemana sahaja Negara Islam, 99% ada sediakan jualan arak,. Kita mesti pastikan yang arak dijual kepada bukan Islam sahaja. Susah nak kontrol? Itu alasan sahaja, dimana negara yang penuh dengan korupsi pasti susah nak kontrol.

Kenyataan Dr. Hasan tidak memaparkan perjuangan Islam sebagai ajenda utamanya? Dia ada menyimpan agenda lain yang tersirat hanya dihatinya tetapi kita bisa baca jika kita teliti ucapan dan tingkah lakunya.

Adkak dengan bersatu dengan UMNO bisa buat orang melayu lebih bahagia? Sikap korup UMNO dan salahguna kuasa sudah cukup untuk orang2 yang betul memperjuangkan Islam menolak parti itu. Jadi dari sini kita boleh lihat destinasi sebenar Dr. Hassan dan Nasha.

Untuk memperjuangkan Islam, Dua tokoh ini tidak memerlukan mana2 parti politik. Parti politik hanya akan menjeruskan pemimpin ke lubuk yang paling hina - bohong, tipu, rasuah, tikam teman dari belakang dan apa saja demi wang dan kuasa. Saya nasihat Dr. Hassan dan Nasha untuk duduk dilandasan ugama dan memperjuangkan isu2 islam dan tegakan kebenaran dan tegur semua pemimpin2 yang menyeleweng.

Saya hormat Dr. Asri dan Dr. Juanda kerana mereka adalah tokoh2 ugama yang kita bisa hormati - Dr. Hasan dan Nasha kucakakir perjuangan mereka dan bertemakan 'kuasa dan wang ringgit"

Anonymous said...

Masalah org melayu adalah ramai cerdik pandai iaitu oarang macam Datuk..tak minat masuk politik.. sebab politik seni serba kemungkinan... hari kawan dunia akhirat esok bertukar jadi lawan sampai kiamat.. tinggal la orang yang tak berapa baik dok aktif politik majoritinya puak-puak nie.. maka pasi tu la jadi kalam kelibut org melayu.. org lain nak lentikpun guru besar sekolahpun depa bersatu... satu puak dok keluarkan tentangan -- puak-puak lain paling kurangpun dok diam... (makna sokong la tu)

Puak kita.. bila puak a kata hitam.. aotomatik puak b kata putih... begitu la sebaliknya..

Biar luncai terjun dengan labu-labunya..

anak tamu tongkang yard

langitbiru said...

"Teringat saya kepada kempen Pas di Kedah dalam Pilihan Raya Umum 1969. Ia mencurigai keislaman penyokong Umno kerana bekerjasama dengan ‘orang kafir” melalui Perikatan, dan hendak “hambat orang Cina dan India ke dalam laut” kalau menang".

TAK nak ulas ke Dato apa Mahathir cakap atas pentas PAS tahun 1969.

Anonymous said...

DAKJ,

Memang sebenarnya orang Melayu dalam dilema - mengundi UMNO atau PAS atas alasan-alasan yang telah Dato huraikan.

Jadi apa kah jalan keluarnya?

1. Mengundi PAS. Pakatan Rakyat (PR) hanyalah satu 'loose alliance'. PAS tidak semestinya terikat secara total dengan apa jua kesepakatan yang tercapai. Ia boleh memilih untuk mengeluarakan manifestonya sendiri tanpa menghiraukan sebarang pandangan negatif atau tentangan lain-lain anggota parti PR khususnya DAP. Jika ini dapat dilakukan PAS, ia satu 'plus factor' kepada parti itu. Apa lagi PAS pernah suvive dengan hanya kekuatnnya sendiri. Di samping itu, PAS memberi keyakinan dan kepercayaan perubahan matlmat perjuangan daripada menegakkan negara Islam kepada negara kebajikan adalah realiti politik hari ini tetapi tidak sama sekali bermakna ia menyisihkan kepentingan ugama Islam sebagai landasan asal perjuangannya termasuk melaksanakan hukum Hudud dan juga kepentingan orang Melayu.

2. Mengundi UMNO. UMNO sebagai parti dominanat dalam Barisan Nasional perlu membuktikan di tangannya terletak kuasa sebagai pembuat keputusan terakhir dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan rakayat Malaysia tanpa mengira kaum. Dengan serta merta memberhentikan dan kelihatan memberhentikan yang ia mudah tunduk kepada apa jua tuntutan yang tidak munasabah dan melampau dari mana-mana kaum minoriti.
DSNTR mempunyai kekuatan kepemimpinan untuk tidak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galany sehingga mengorbankan kepentingan dan maruah orang Melayu.

3. Tidak mengundi langsung atau mengundi parti-parti lain sebagai undi protes terhadap kegagalan UMNO dan PAS memperjuangkan kepentingan ugama Islam dan orang Melayu.

ZMS

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato A Kadir Jasin
Salam Hormat

Dilema Pengundi Melayu Tanjung
(kerana dia hanya rakyat marhaen)

dilema mereka adalah - yang mana hendak disokong demi menjamin kelangsungan (survival) masa depan mereka – Umno yang kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yang kebulur undi bukan Islam?

Bagus betul ungkapan itu, Dato.
Saya marhaen UMNO berterima-kasih kerana penjelasan dilema pengundi Melayu dalam PRU. Seolah-olah dato dapat membaca minda dan hati kita.

Sebagai tanda berterima-kasih bagaimana sekiranya kita saran dan hidangkan kepada selera pengundi Melayu yang ada tak banyak pilihan dengan memberi mereka satu lagi pilihan yakni CALUN BEBAS? Semestinya mereka calun-calun bebas ini haruslah pro-Melayu perkasa serta peka dan prihatin kepada perlunya pengundi Melayu kepada jawaban baik dan tepat bagi meredakan dilema mereka.

Disamping itu kita harap juga ramai dari institusi Istana memberi pendapat berhikmah mereka melalui media massa dengan cara yang berhemah bagi menjernihkan lagi minda pengundi Melayu yang dalam dilema. Institusi Raja-Raja Melayu bebas dari tercemar dari kesat-kesut politik keduniaan semata-mata.

Benar, Dato, pengundi Melayu di Tanjung pun ada dilema mengundi dalam PRU. Marilah berusaha kita mengatasi dilema ini bantu membantu dalan sesuatu yang makruf. Bila agaknya PRU13?

Dalam menghadapi PRU13 apakah isu-isu yang lain yang harus dipikir dalam-dalam?

Melayu Tanjung yang kurang arif serta mudah lupa ini masih menunggu pendapat yang berbahagia Dato A Kadir Jasin apa dia kesilapan pengganti DrMahathir yang harus diperbaiki Sdr Presiden UMNO dan orang UMNO.

Kita menghormati DrMahatir kerana bukanlah dia cerdik sangat berpolitik tetapi DrMahathir belum pernahnya dia jatuh dan tidak dapat bangun; malah dia pernah memberi jalan keluar dari dilema Melayu tahun 1960an semasa dia YAB Perdana Menteri. Bukanlah kita meng'keramat'kan DrMahathir Mohamad ini dengan kata-kata ini. orang Melayu tanjung tidak ada dilema mengenal keramat. Alhamdulillah

Cuma 'caveat' adalah umur Dr Mahathir yang sudah mencecah delapanpuluhan tahun dan anak-anaknya tidaklah berkebolehan berkarisma saperti dia.

Ya, Dato Kadir antara dilema Melayu Tanjung ini adalah siapa yang boleh jadi PM yang boleh dipercayai kerana banyak juga pilihan. Kerana Wawasan2020 itu agak luas tafsirannya dan cabaran-cabaran yang perlu diutamakan dan diatasi dimasa dan ketika tertentu.

Saya tidak risau sangat kerana saya tahu selagi Dato Kadir dan rakan seperjuangan kebudayaan melayu yang unggul saperti Dato yang masih tajam pandangan dan tajam fikiran dapat membantu banyak pengundi Melayu yang mengadapi dilema dalam PRU.

Apapun membaca karangan Dato pun telah meringankan beban dilema pengundi Melayu dalam PRU sedikit. Cuma itulah, Dato, apakah kesilapan pengganti DrMahathir yang mengamcam kelangsungan (survival) masa depan Melayu?

Sekian dahulu dan Salam Hormat.

Anonymous said...

Salam Tok Kadit, saya setuju sangat dengan Pak Hj JB dan beberapa pengomen lagi mengenai serba salah kita orang Melayu dan Muslim. Saya adalah pengundi dalam kumpulan yang Pak Hj JB kata, atau boleh jadi lebih istimewa. Saya ahli sebuah parti, tak payah sebut Pas atau Umno, tapi bukan PKR. Mula-mula saya memang kempen dan undi parti saya. Tapi bila Cina yang anti-Melayu jadi calon, saya tak undi parti saya. Saya undi parti Melayu yang satu lagi atau saya tak undi langsung.

Bagi saya, buruk-buruk pun Melayu dan Islam. Macam mana jahat pun, dia sama bangsa dan agama dengan kita. Mati sama-mana naik van pi kubur. Cina India mereka naik van mercedes, kita naik van Toyota saja. Bukan semua pemimpin Melayu dalam Umno atau Pas jahat, korupsi dan gila kuasa. Ada banyak yang baik dan ikhlas.

Tapi bila terang-terang sudah korupsi, salah guna kuasa atau conflict of interest macam dalam kes NFC, wajib undur diri. Jangan tunggu dibuang atau ditendang oleh rakyat. Saya puji Pas, kalau Dr Hassan dan Hj Nasha dah jadi beban, singkir mereka, baru ahli hormat. Tapi saya nampak Umno/BN liat buang pemimpin nyang korup dan tak bermoral. Jadi orang macam saya, tengok Umno macam tak ada moral walaupun ada banyak orang baik dalam Umno.

Wassalan,

Bekas Guru RTC

doncin cai said...

sebab utama saya te keto keto nak bagi undi kat bulan mengambang adalah kerana deme ber ketua kan anwar ibrahim !!!! no other reason, Chor

Anonymous said...

Salam Dato'

BN mampu menjadi pembangkang yang baik jika orang Melayu beri peluang kepada pembangkang untuk mencari pengalaman selama 4 tahun memerintah negara.

Dengan pengalaman yg baik dan buruk BN, pemerintah baru sudah pasti akan memerintah dengan berhati-hati dan cuba untuk memenangi hati rakyat untuk penggal seterusnya. Di samping itu, tiada lagi parti yang boleh menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi.

Pada masa itu nantilah, dilema pengundi akan hilang kerana mereka boleh memilih yang terbaik dari dua parti yang berpengalaman memerintah negara.

Pemimpin pelapis juga tidak lagi akan menguncupkan pilihan mereka pada satu pemerintah sahaja.

*letih tunggu transformasi*

ab said...

Salam Dato,



`Beacon' MASA DEPAN penduduk melayu malaysia adalah- Islam, agenda melayu dan sistem beraja.



UMNO ada `beacon' tersebut. Beacon tersebut nampak malap sikit dah dalam PAS..


KALAU PAS `berkeras' dan dapat pertahankan ideologi asal parti maka PAS juga ada `beacon' tersebut, saya sangat bangga.


Jadi untuk jadi pilihan undi pada PRU13 nanti,faktor pencapaian dibidang ekonomi, pelajaran, infrastrukture dll serta faktor kebolihan calun akan menentukan undi saya UMNO vs PAS.



Sehingga kini, UMNO nampaknya lebih menarik dari PAS..



Parti PAS sekarang ini parti `PAS baru' ka? Macam pakai serban dengan miniskirt nampaknya..


Abu Bakar Ab Rahman

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Terimakasih atas komentar Dato’ kepada PAS.

Saya perhatikan, UMNO khususnya dan cybertroopernya banyak ‘hentam’ PAS berbanding dengan PKR, sebabnya PAS adalah musush tradisi dari sejak mula kedua-dua parti ditubuhkan. Walaupun dalam PAU2011 UMNO baru-baru ini, muncung senapang dihala kepada DAP, tetapi sebenarnya ia banyak melencong kepada PAS.

Kenapa PAS jadi sasaran?

Sebab, PAS adalah musuh tradisi dan musuh no 1 UMNO yang mula mendapat tempat di hati masyarakat Melayu-Islam. Ini satu ancaman besar kepada UMNO, kerana teras perjuangan UMNO adalah berasaskan kebangsaan dengan memakai ‘jubah’ Islam sebagai aksesorinya.

Kepercayaan masyarakat Melayu-Islam kepada PAS sebenarnya juga disebabkan sifat rakus,tamak haloba pemimpin UMNO yang merompak harta negara, tapi berselindung disebalik “Ketuanan Melayu” dan “Islam”. Bahasa Melayu moden sebut hipokrit. Dalam Islam pula, kalau berkata-kata dia dusta, kalau diberi amanah dia khianat disebut sifat munafik.

Lapuran terkini menyebut, “tokey lembu” bukan sahaja beli Twin-Condo di 1Menerung, tapi di Singapore pun ada sebuah! Juga 10juta harganya. Itu dakwaan PKR lah.

Lapuran juga menyebut, 10 tahun terakhir ini, Malaysia ketirisan wang sebanyak 1000Billion.

JADI SEBENARNYA, pengundi Melayu-Islam tiada apa-apa dilemma untuk memangkah mengundi dalam PRU13 nanti, TAPI yang berada dalam dilemma BESAR adalah UMNO, kerana tembelang mereka satu-persatu pecah.

Saya telah membaca dan mendengar komen bekas PJ Selangor dan bekas Timbalan PAS. Tiada yang saya TERKEJUT, kerana apa yang disuarakan adalah SATU NADA SATU IRAMA dengan apa yang UMNO dok sebut, doh hentam PAS, iaitu PAS sudah meninggalkan perjuangan asalnya. TIADA isu sebenarnya untuk UMNO menjatuhkan PAS selain dari “sudah lari dari landasan asal PAS” dan sanggup jadi kuncu DAP. Itu sahaja HUJAH UMNO, bagi mengalih isu RASUAH, PEROMPAK wang negara oleh bangsawan UMNO.

Tengoklah, sangat LUCU bila Ketua Wanita mengajak untuk berperang habis-habisan, tapi pada masa yang sama ada kondo hebat di KL dan Singapore. Yang akan ikut bersama beliau adalah orang yang tak guna kecerdikan akal untuk berfikir!!

Nak hentam Parti, tiada masalah.....hentamlah masa mesyuarat. Banyak saluran. Dewan Ulama ada, Majlis Syura ada, JK Pas pusat pun ada, paling tidak Perhubungan PAS Negeri.....ni satu pun tak pi mensyuarat, tapi dok mesyuarat dengan Utusan, TV3. Nak kata apa lagi.....!

awang batuburok said...

Bagi orang Melayu yang peduli, dilema mereka adalah - yang mana hendak disokong demi menjamin kelangsungan (survival) masa depan mereka – Umno yang kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yang kebulur undi bukan Islam?

Salam Dato'....

Saya berpendapat dilema dan persoalan diatas dapat kita selesaikan kalau pemimpin politik dikalangan umat Islam/Melayu mempertahankan jatidiri dengan nilai-nilai Islam yang "universal" -FATANAH,AMANAH,SIDDIQ,TABLIGH (FAST), yang melahirkan masyarakat BERTANGGUNGJAWAB,TIDAK RASUAH, ADIL, TIDAK MUNAFIQ,TIDAK MENIPU,TIDAK SONGLAP HARTA RAKYAT, BERSEDERHANA DLM KEHIDUPAN DLL.

Setelah 54tahun lebih merdeka, kita gagal membuktikan kapada rakyat khususnya rakyat bukan islam/melayu bahawa itulah keindahan jatidiri yang diajar oleh Islam yang telah dibuktikan oleh Rasulullah dan Para Sahabat Khalifah Islam yang unggul.

Mungkin dilema yang dimaksudkan adalah dilema pemimpin-pemimpin politik orang Melayu bukannya dilema Pengundi Melayu yang sememangnya turut kehausan dan kebuluran untuk memperolehi kepimpinan ummat yang ada jatidiri dgn nilai-nilai yang mulia.

aku bukan politician said...

assalamualaikum YBhg DAKJ,

dilema melayu Islam dari dulu sampai sekarang, itulah dia.

tak larat nak cakap pasal dua puak ni. tepat sangat dah lah, apa yang dato' habaq mai tu.

marilah berdoa, perkuatkan diri, keluarga dan masyarakat dari semua aspek baik akhlak, pendidikan, jati diri, ekonomi dll. kalau masyarakat kuat, pemimpin yang lahir dari masyarakat pun kuat. kalau lemah masyarakatnya... inilah yang berlaku sekarang. so, better muhasabah diri masing-masing.

wadah perjuangan itu pelbagai dan luas. insyaAllah, kalau ikhlas ada kemenangan untuk kita, kalau tidak di dunia, di akhirat.

-aku bukan politician-

Anonymous said...

Salam Dato,

Didalam mengajak rakyat menyahut cabaran demi cabaran yang mendatang untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa namun nampaknya Dato terbawa-bawa juga dengan rentak lama. Dato masih suka melihat PAS dan DAP di takuk lama dan tak perlu ikut arus pembangunan. Perubahan pada PAS dianggap mengadaikan islam dan Hudud. Pada saya, isu Hudud gembar gembur Pembesar umno je Dato.

Apa juga isu yang dibangkitkan, sama ada Hudud, chauvanist DAP, dan sebagainya tidak dapat menengelamkan isu-isu menghancurkan negara yang lebih besar seperti isu C4 Alanthuya, rasuah@komisen yang merompak duit negara RM500juta, PKFZ, Perwaja, bailout anak beranak dgn wang negara berbillion ringgit, kekayaan yang melampau yang dimiliki oleh pembesar2 umno, sukhoi, razaksat dan yang terbaharu lembu-lembu yang menduduki kondo mewah sampai ke Singapura.

Dengan isu-isu besar yang memalukan rakyat dan negara ini adakah ada lagi yang sanggup menjadi Hang Tuah dengan mengabdikan dirinya sehingga sanggup membiarkan rasuah, salahgunakuasa, penyelewengan, merompak, membunuh demi diatas penjenamaan ketuanan Melayu tetapi bukan melayu yang ramai, tapi sekerat melayu elite untuk terus berkuasa.

Drp; zuki ahmad

Hj Munawir. said...

Dato Kadir.

Kenapa orang Melayu Islam harus ada dilema dalam memileh calun untok mengundi.Sabagai orang Islam kita memileh calun sama saperti kita memileh Iman untok sembayyang.

Pertama.ia nya mesti alim dan faseh membaca Quran.

Kedua.Ia mesti lebeh tua dari kita.

Ketiga.Akhlak nya mesti baik.

Ini bermaana kita tidak boleh undi Pengundi bukan Islam,yang corrupt,yang tak ada moral.

Jika ini yang kita ikut maka aman lah negara.Melayu Islam tidak akan hilang kuasa.

Dalam

Keempat.Mesti lelaki.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Saya lihat masih terdapat usaha dikalangan kita yang mengdebatkan konflik dalam parti sebagai cara mengalih perhatian dari masalah kepimpinan sesebuah parti yang berlaku sekarang.Saya rasa agak susah bagi sesebuah parti untuk berubah diperingkat ini dan hanya kita sebagai pengundi boleh membayangkan apa yang kita hendak bagi kebaikan ugama, bangsa dan negara.Ada pembahas yang mencadangkan kita mengemukakan calun bebas.Tetapi pada saya lebih berkesan jika kita bebaskan diri kita dari terpaksa memilih seseorang berdasarkan parti walaupun calun tersebut mempunyai rekod buruk.Yang pentingnya calun-calun yang bersih dan berwibawa dipilih mewakili rakyat di Parlimen.Tahulah mereka apa yang hendak dibuat setelah mengetahui kedudukan jumlah wakil yang dipilih mengikut komposisi kaum.

Saya heran mengapa ada pihak yang riuh rendah bila PAS tidak menyebut menubuh negara Islam dalam manifestonya.Ini tidak perlu kerana Perlembagaan kita sudah menyatakan Ugama rasmi Malaysia adalah Islam. Apa yang penting adalah pengisiannya.Janganlah kita memandai-mandai mengusik isu ini kerana kalau silap hari bulan kedudukan istimewa ugama Islam yang ada sekarang akan terhakis apabila terdapat orang yang mahukan ugama-ugama lain diiktiraf sebagai ugama rasmi Malaysia.Allah minta kita menggunakan akal sebelum bertindak maka lakukanlah yang terbaik dan tidak mengikut hawa nafsu.

Hari ini saya sedih membaca Jabatan Pendidikan telah menarik balik calun Pengetua sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan hanya kerana ia berugama Islam.Jika ini betul apa dah jadi pada pemimpin kita.Adakah kedudukan seseorang itu lebih rendah dari kaum lain kerana berugama Islam.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
jatidiriteguhekonomikukuh-raja2u.blogspot.com

abdullahngah said...

Bagi saya pengundi Melayu terbahagi kepada dua golongan.

1. pengundi rasional
2. pengundi citarasa.

pengundi yang rasional pasti tidak mengubah haluan.

Jika parti umno sokongan mereka, mati hidup balikpun mereka tak undi parti lain. tetap undi diberi kepada umno.

Demikian juga PAS dan keadilan rakyat.Melayu inilah yang dilabelkan sebagai "taksub".

Taksub kepada parti dan kepada kepimpinan.

Tapi kena juga ahli umno bukan semuanya Melayu yang rasional dengan umno.

Satu kajian yang dibuat 2.7 juta orang ahli umno yang undi umno dalam PRU12 lalu, sedangkan ahli umno waktu seramai 3.2 juta orang.

bermakna setengah juta ahli umno tak mengundi umno.

Melayu rasional PAS tak pernah berubah setakat hari ini miskipun diberi bantuan sebagai gula pilihanraya.

Yang jadi masalah pengundi remaja dilabelkan sebagai pengundi "citarasa" sebanyak 50 peratus punca PAS berhadepan dengan dilema.

Apa lagi apabila pihak kerajaan melakukan suapan sebanyak Rm500, Rm 300 dan RM 200 menerusi Kem Remaja diseluruh negara.

Wang sebanyak RM 500 kepada isi rumah juga memberi tamparan hebat dan boleh mengubah haluan, terutama pada pengundi citarasa tadi.

Bagi saya bukan kerana PAS dulu tak sama dengan sekarang.

Sejarah telah membuatkan kemenangan umno menerusi dua faktor.

1. wang yang diberikan untuk meraih undi sejak dulu hingga kini.

2, Tipu daya iaitu memasukan pengundi asing sehingga peratus pengundi tidak setara dan tidak munasabah dengan penduduk asal negara.

kedua dua parti Melayu umno pas ada penyokong masing masing. undi penentu adalah undi china.

sebab itu puncuk kepimpinan parti melayu ini cuba dengan sedaya upaya meraih undi china hatta membuat ada pihak yang takpuashati dengan usaha tersebut.

Malik said...

Dato’

PRU13 adalah sangat-sangat kritikal kepada orang melayu islam. Saya berpendapat orang melayu islam perlu memikirkan semasak-masak pilihan mereka dalam PRU tersebut. Kita ambil contoh di Selangor, walaupun MB nya orang melayu Islam tetapi majoriti exco nya terdiri dari bukan melayu dan kita boleh rumuskan yang pemerintah Selangor sekarang adalah bukan melayu islam. Jadi adalah amat-amat penting kita kembalikan pemerintahan Selangor kepada melayu islam selepas PRU13 nanti walaupun prestasi kerajaan pakatan Selangor boleh dikira baik berbanding kerajaan dulu. Orang kata penyapu baru…

Dato’

Saya sebenarnya tidak kisah samada UMNO atau PAS yang memerintah Selangor kerana kedua-duanya melayu islam. Mungkin juga ramai di luar sana juga berfikiran seperti saya. Jadi Dato’ bagaimanakah caranya.

Orang PAS sangat terkenal berdisiplin dan taat kepada pemimpin yang pada pendapat saya akan pasti terus mengundi DAP atau PKR pedulikan samada calun itu islam atau bukan islam berdasarkan arahan pimpinan PAS. Sementara orang bukan melayu terutamanya orang Cina secara blok akan tetap mengundi Pakatan/DAP kerana mereka sudah seronok merasa sedikit kuasa sekarang dan pasti tidak akan dilepaskan… dan Selangor kekal dibawah PAKATAN. Malangnya komposisi exco nya tetap memehak kepada bukan islam kerana jumlah kerusi PAS tidak membolehkannya menguasai Selangor. Malang lagi melayu islam Selangor untuk 5 tahun mendatang. Perkasa akan terus menjerit-jerit, Perkida pula mungkin mengomok sakan.. Melayu UMNO macam ayam berak kapur…monyok…gitulah gamoknya…. Hardcore PAS tersenyum puas walaupun tak untung apa-apa…
Bagi mengembalikan Selangor kepada Melayu Islam, pengorbanan perlu dilakukan. Samada pengundi melayu PAS menyokong UMNO atau melayu UMNO mengundi PAS. Persoalannya kumpulan mana yang sanggup berkorban?
Dalam keadaan sebegini siapa yang sanggup berkorban dia lah hero melayu islam sebenar. Pada pendapat saya hampir tidak mungkin orang PAS akan berkorban kerana mereka belum pernah berkuasa walaupun sudah berpuluh tahun berjuang. Jadi saya meletakan harapan kepada orang UMNO. Ini kerana orang UMNO telah merasa semuanya selama lebih 50 tahun dan ada baiknya berehat sekejap dan bagi peluang kepada melayu islam lain pula kedepan. UMNO boleh berkuasa semula kemudian…. Mungkin selepas bersih dari kekotoran debu-debu jalanan selama 50 itu .

Anonymous said...

Apapun cerita, apa sekalipun asbab dan musabab, PAS tengah cuci rumah dia.

UMNO? Nak kena tunggu senarai winnable Najib dulu ke?

Fed Up

PakDin said...

Banyak pemuka-pemuka PAS kat blog Datuk ni dah meroyan salahkan UMNO jugak, hahahaha.

Ape nak buat bila dapat ularmak memimpin parti.

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato,

1.Biasalah dalam sepak terajang dalam politik.PAS pun tak terkecuali dalam hal ini.PAS rela hilang Hassan Ali dan Nasarudin daripada hilang Lim Kit Siang,Lim Guan Eng ,Karpal Sing dan Anwar Ibrahim.
2.Semua ini kerana faktor nikmat kuasa yang sedang di nikmati sekarang ini.Dalam perjuangan kena ada muslihat katanya.Apakah muslihat PAS dalam menegakan negara Islam sebenar yang perlu mendapat keredaan DAP terlebih dulu.Masa depan sebenarnya ditentukan oleh pengaruh DAP.Pemimpin PAS pun sudah ditaja oleh DAP.
3.PAS sudah menjadi penumpang sahaja dalam Pakatan Rakyat.PAS bukan ada pengaruh kuat dalam Pakatan Rakyat.PAS curi-curi tonjol perjuangan Islamnya ditempat tertentu sahaja.Secara terbuka macam dulu sudah pudar kerana takut pada DAP.
4.Di kampung melalui masjid dab surau Pak Lebai PAS cuba membuai orang Melayu dengan negara Islamnya.PAS pun sudah double standard .Inikah muslihat PAS agaknya.
5.Begitu juga UMNO untuk PRU 13 nanti.Banyak juga isu yang merugikan Melayu.Isu lembu dan 25o juta pun satu hal.Mudahnya nak jadi kaya cepat.
6.Rakyat dan pengundi tak ada masaalah..Meraka tunggu dan lihatMereka nak tengok calaon dikawasan mereka dulu.Kalau berkenan undilah mereka..Yang menjadi kerisauan ini ialah manusia yang sedang berkuasa,Takut hilng kuasa dan merana.Seperti orang kaya yang takut jadi miskin.Itulah hakikatnya.
7.Pada PAS/UMNO janganlah sampai nasi jadi bubor.Janganlah UMNO/PAS parti melayu jadi tukang Pelelong Melayu Berlesen di bumu sendiri.
Pemimpin senang lenang dengan segala limpah ruah orang Melayu jadi merana dalam senyuman.
8.Hasan Ali dan Nasrudin merupakan simbolik penolakan tokoh ulamak dalam PAS sendiri.PAS kini dalam imej terbaharu.Ramalan saya Hassan Ali dan Nasarudin akan menerima nasib yang sama seperti Nakaei dan yang lainnya.

Sekian terima kasih Dato.

sani said...

saya tak faham kenapa harus ada dilema pengundi Melayu dlm PRU yg akan datang?!!
Pilihan pengundi Melayu+ISLAM adalah nyata & tepat, iaitu mengundi utk menyelamatkan NEGARA dpd kemusnahan pemimpin yg mengamalkan RASUAH serta perbuat KEJI yg lain. Apakah kita masih mahu mengundi parti yg penuh dengan kepimpinan yg RASUAH atau TIDAK. Itu lah pilihan kita rakyat MALAYSIA ini. Tidakkah kita baca bagaimana NEGARA kehilangan sumber kewangan sebanyak 1Trillion, pemimpin yg menyebat & berjoli dengan duit rakyat sebyk RM250Juta, Timb.Menteri Kewangan yg menerima "derma" secara tetap setiap bulan ke dlm akaun peribadi (byk Chantik muka dia...) yg juga meluluskan lesen judi bola...apa2 lagi berita-berita RASUAH, KEJI & MAksiat yg pemimpin2 dari parti yg KONONNYA memperjuangkan hak-hak Melayu & Islam (Islam hanya bab2 Sumpah Laknat je...) yg di bolot oleh mereka2 ini.

Mengapa harus kita PILIH mereka2 ini utk menerajui NEGARA MALAYSIA? Cuba Tuan empunya blog berikan sebab2nya.

Akan datang, kita bakal kehilangan institusi FELDA, KULIM+KFC, dan saya rasa PETRONAS pun bakal kecundang sekiranya kita masih mempercayai pemimpin2 RASUAH ini menerajui NEGARA. KWSP & TABUNG HAJI sudah "bocor" sana sini, nasib baik ada rakyat yg setia menabung di KWSP & TABUNG HAJI.

Contoh pimpinan yg baik, walaupun masih belum terbaik, sudah ada jelas di depan mata. Pimpinan kerajaan PENANG, KEDAH, SELANGOR & semestinya KELANTAN (yg 20++ tanpa kepimpinan RASUAH) menunjukkan yg kepimpinan ini adalah lebih baik dpd kepimpinan parti BN. Biar pun pimpinan mereka ini pemimpin Melayu, Cina, India atau Lain2, keazaman utk mentadbir urud NEGERI & NEGARA secara BERSIH & BEBAS RASUAH hendaklah kita MELAYU+ISLAM dokongi.

Pilihan kita kaum MELAYU adalah terang & nyata bersuluh....PILIHLAH PAKATAN RAKYAT.

mtgbertam said...

Nak cerita pasai jemaah Islam pun dato' tak pernah join, asyik dok hentam saja. Jadi, mcmana dato' nak faham bagaimana memperjuang Islam dalam berjemaah.

Anonymous said...

Dato',
Memang ketara sekali, politik menjadi penyebab perpaduan orang Melayu semkin longgar kebelakangan ini. Jika perkara ini terus berlarutan, tak tahulah apa yang akan terjadi kepada negara dan generasi Melayu akan datang. Kalau ketika parti politik Melayu dikatakan kuat dan berkuasa pun, kepentingan Melayu tidak begitu terjamin kedudukannya, saya rasa tidak sukar untuk kita meneka bagaimana nasib orang Melayu apabila kuasa politik mereka menjadi lemah kelak. Oleh itu, orang Melayu perlu lebih bijak berpolitik agar tidak mengalami nasib "menang sorak, kampung tergadai". Cakap fasal perpaduan ni dah lama dah, tapi sasaran ke arah itu nampaknya semakin jauh. Bagaimanapun, orang Melayu tak ada pilihan, selain bersatu padu, agar mereka tidak menjadi melukut di tepi gantang di tanah pusaka nenek moyang mereka.

--Balanglama

Anonymous said...

Tok Kadir tulis pasai Pas
Kita di Kedah dah banyak terlepas
Banyak tanah melayu dah kena rampas
Bila buat projek Melayu dapat hampas.

Pi lah ke Pendang atau bk jenun
Sama ada bendang atau kebun
bila diambik untuk dibangun
Orang melayu tak dapat apa-apa pun.

La ni dok hingar cerita lembu
Kita yang dengar terbuku dikalbu
Kita pawah untung belum tentu
Kena penyakit tak boleh apa satu.

Depa dapat pinjaman berjuta-juta
Laki bini sema-sama berkuasa
Lembu kerbau depa tak bela
Dok guna duit beli kondo pula.

Macam mana Tok Najib nak dahulukan rakyat
Kalau orang kaya-kaya asyik dok dapat
Kami yang susah tambah melerat
Harga dok naik timur dan barat.

Mat kata mudah saja
Yang teruk-teruk tu berundurlah segera
Sebelum rakyat lagi murka
Mai pilihan raya padan muda.

Pas pun bukan la bagus sangat
Di Kedah pun dah banyak yang meluat
Tapi Ustaz Azizan dia banyak sahabat
Semua orang macam kaum kerabat.

Ni lah susah kita Melayu
Ada kuasa guna tak tahu
Asyik dok jada anak melantu
Rakyat jelata kurang ambik tahu.

Tu tak kira lagi laki dan bini
Sama naik tocang macam menteri
Macamlah depa kita bagi undi
Mengada ngada tak sedar diri.

Jangan susah jangan gelisah
Mai pilihan raya kita belasah
Umno Pas jangan dok ambil kisah
Depa tak buat kerja kita tak pangkah.

Mat Tunjang nak berundur dulu
Nak pi tengok kerbau dan lembu
Kondo mewah Mat tak mampu
Minta pinjam sapa nak bantu?

Mat Tunjang Enterprise

saji said...

Salam Dakj,

Kesian, orang kuat agama macam Nasa dan orang kuat memperjuangkan agama Islam di Malaysia masam Hasan masih tidak tahu antara tujuan pelaksanaan ajaran atau syariat Islam ialah untuk menarik minat bukan Islam kepada Islam.

ujang kutik said...

Dato',

Setiap kali kita digegarkan dengan berita benar/tohmahan kes 'lapaq duit' (saya pinjam istilah pengunjung blog Dato'), kita sudah dapat mengagak asal usul golongan itu.

Mungkin ada sebahagian pengundi Melayu yang akan mengambil kira faktor ini ketika memuktamatkan pilihan mereka.

mad said...

yg berdilema hanyalah pengundi umno. saya senada dgn sani yg komen panjang bab rasuah pemimpin umno. pendirian saya tepat dan yakin pada pru13 nanti - abu (asal bukan umno)

Biar miskin harta jgn miskin hati said...

Saya rasa tak perlu bagi kita menyelami bagaimana perasaan dan dilema pengundi2 Melayu dalam PRU yg akan datang secara terperinci kerana ianya bukanlah trend semasa.

Tamadun manusia telah mengajar kita bagaimana puak2 tyrant dunia lingkup dan bungkus kerana kejahatan keji mereka.

Allah knows the best...

zbk34 said...

selagi putrajaya tak ditawan
jangan kata pas tak nak buat hudud

yang pasti umno memang tak mau hudud

yg dilemma itu hanya umno...

AnaQarbana said...

Dalam PAS tidak ada bangsa, kaum dan suku, yang adanya Islam, sebab itulah PAS tidak mementingkan bangsa Melayu dalam agenda perjuangannya. Maknanya dalam PAS hanya ada Islam, tiada bangsa-bangsa. Manakala dalam UMNO ada Islam dan ada bangsa-bangsa, tetapi di tempelak oleh PAS sebagai asobiyah dan sekular. Ini yang memeningkan Melayu, yang mana yang mereka patut pilih, PAS atau UMNO. Takut pula salah pilih tak dapat masuk syurga......Melayu tolak PAS kerana bimbang nasib masa depan Melayu sekiranya Malaysia di perintah PR menyebabkan mereka terpaksa pilih UMNO. Melayu Pilih PAS kerana mengharapkan masuk syurga. Melayu yang memilh kebebasan memilih PKR. Jadinya Melayu ada tiga puak. Nak tak nak, UMNO dan PAS terpaksa survival dengan merayu pengundi bukan Melayu, terpaksa kemaruk dan kebulur pengundi bukan Melayu...demi meneruskan kelangsungan survival parti masing-masing dalam PRU ke-13 nanti

Anonymous said...

Umno kemaruk undi bukan melayu-pentadbiran penuh penyelewangan...NFC tu hanya tip of iceberg

Pas yg kebulur undi bukan melayu-setakat ini pentadbiran pas di kelantan yg dh lama dan malahan di kedah...tk penah sy dengar penyelewangan berjuta2

Mana satu nak pilih??asalkan bukan umno-cakap berapi belakang sibuk cari duit nk penuh poket

Org muda kedah

Hamba Allah said...

Salam Dato"

Pada semua bijak pandai melayu,ulamak,dsbnya:

Politik melayu kini tak ubah macam:


1.PAS macam Abu Nawas di Padang Pasir.

2.PKR macam si Luncai di tepi lautan .

3.UMNO macam Pak Pandir moden nudek diatas air.


Pengundi melayu pula:

1.macam cacing panas pun ada.

2.macam robin hood pun ada.


3.macam relek pun ada.


4.macam tam ambil tahu pun ada.




Sekian .
5.macam tunggul kayu pun ada.

Anonymous said...

Datuk, Salaam. The dilemma is not just of the Malays, but all Malaysians because both the Government and Oppositions are not telling the truth or don’t know how to tell the truth. What is the point of the Prime Minister having so many advisers and special officers when he cannot even respond in details to Anwar’s charges on World Bank borrowings.

To me, Anwar, the PKR and their Pakatan allies are confused on the WB loans issue and by the virtue of that are lying to the people, but the Government doesn’t even know how to respond. WB loans are for development i.e. build schools, roads, irrigation etc. They are for development not economic bailout. Bailouts is the work of the IMF.

IMF loans are for government facing financial crisis like Greece now. During the 1997 – 98 financial crisis, it bailed out South Korea, Thailand and Indonesia. Dr Maharhir rejected the IMF loan and that upset Anwar because he favoured IMF bailout. That was also the last straw with Dr Mahathir.

Most developing countries borrow from both WB and IMF and they are tied to the conditions imposed. The WB and IMF then call the shots until they repay their loans.

Malaya/Malaysia has always borrowed from WB for development. The Muda Irrigation Project was funded by the WB so were many other projects. Their officials visited our country every year and discuss with our officials on projects which they would offer loans at low interest rate with long repayment periods.

Negotiations took a long time after the request was made and before agreement signed. In the case of the loan of US$300 million that was signed on 18 June 1998, it meant that the application must had been made much earlier. Anwar was MOF then.

In 1999, after the crisis and Anwar was no longer in the Government, the WB country director for Malaysia came to see then Finance Minister Tun Daim to offer another US$300 million. She said money was reserved for Malaysia, but Tun Dr. Mahathir rejected the offer. Anybody can check with the WB’s record to show that Malaysia did not borrow during the financial crisis. I think for the sake of truth, the Treasury, which now under the PM, and the EPU, also under PM, should tell the truth by checking their records and come up with a statement to show who is telling the truth.

Ex-Treasury

saji said...

Salam Dakj dan rakan pembahas

Antara memilih UMNO/BN dengan PAS/PR pada PRU ke 13 nanti dan seterusnya Islam mengajurkan kita (umat Melayu Islam) supaya membuat ijtihad melalui analisa perbandingan yang dilakukan di antara kedua-duanya dari segi parti yang mana satu yang difikirkan dan diyakini mampu memelihara dan menjaga masa depan umat Islam dan agama Islam di negara ini dalam lima perkara berikut:

AGAMA

JIWA

AKAL FIKIRAN

KETURUNAN

HARTABENDA

Anonymous said...

Pada era 90an (sebelum krisis 1997), ekonomi Malaysia memuncak manakala lebihan dagangan dicatat tahun demi tahun. Pada masa yang sama, penswastaan juga sudah berjalan. Malaysia PALING laju perkembangan ekonominya dikalangan negara asean.

Sepatutnya kerajaan ada banyak tunai.

Memohon pinjaman dari sesiapa pun semasa dalam tempoh itu memang pelik kelakuannya.

Tapi dari segi bajet, dari awal 90an juga belanja mengurus menjadi semakin besar manakala belanja pembangunannya statik atau menurun (perlu menghadamkan faktor inflasi semasa melihat kenyataan saya ini).

Pertikaian Mahathir-Anwar ini sebenarnya adalah bersekitarkan dana "pembangunan" di Khazanah Nasional; tak gitu?

Banyak lagi cerita disebalik tabir Mahathir-Anwar ini jika mahu dirungkai.

Sebab itu mereka yang berkaitan jadi tak pandai nak menjawab.

Fed Up

Doktor Muda said...

yang pasti Umno 'amat menggemari' YB2 PR (dah lompat / akan melompat) yang cenderong kpd mereka. tanpa mereka sedari, Umno sedang 'memperkuatkan' parti dgn bersekongkol mereka yg dah ditolak parti lawannya. alahai,kesiannya Umno. semua yg dh di'reject' kini menjadi sekutu mereka,luar & dalam parti. dlm usaha semua parti dlm proses nak membersihkan dari ahli yg korup & x amanah, Umno tiba2 menjadi 'Penyelamat' ahli2 buangan ini.

kami tidak sama sekali akan lupakan korupsi & penyelewengan besar2an & berbilion2 Umno selama ini, jauh sekali mengundi parti KORUP ini. Umno x alih tumpuan ke isu lain, kami perhatikan kalian semua setiap masa. muhasabahlah diri, Insyaallah semoga Allah memberi hidayah bg mereka yg mencariNya.....

Anonymous said...

assalam Datuk,
Buat orang muda kedah,

Hang tak pernah dengar penyelewengan pas??, tu la hang asyik baca HARAKAH jer.. memang la tak dengar citer rasuah n penyelewengan PAS. cuba hang baca Blog KICKDEFELLA, kat dalam tu menimbun cerita Puak2 pas balun duit dan harta rakyat, bukan tomahan atau fitnah, semua ada fakta. cuba hang lawat blog tu..

Dulu masa pas perintah terengganu pun sama jugak, nak buat papan tanda (subhanallah, Alhamdulillah n Allahuakbar)tepi jalan pun puak2 pas mintak komisen, katanya tabung GSR.

Harap maaf, kenyataan itu amat pahit, tengok2 la diri sebelum mengata orang lain, takut sendiri yang lebih.

Din terengganu

Anonymous said...

Dato', I agree with Ex-Treasury and other like-minded commentators in your blog, but pardon me for saying that, I am disappointed that, you are too often trapped in the Malay/Muslim mindset. I am a Malay and a Muslim like you, but unlike you, I think our dilemma is collective one, irrespective of our race and faith.

Sadly, however, many of the proven corrupt politicians, are Malays and, therefore, Muslims. As of yesterday, another one joined the league, and another is awaiting his day of judgment, thrice in 11 years. He may be guilty and he may not, but shameful stories concerning Malay/Muslim politicians are abound. A few were found guilty, others had their cases thrown out because of weak prosecution and many more are under strong suspicion of criminal acts.

From cows to condos, diamonds to loans for non-existence or failed projects, our country and the present and future generations are being bled by bloodsuckers and parasites, but would political parties on both sides of the House dare to drop these people in the coming GE? Or would they continue to fool us by blaming one another of mud slingging?

Our dilemma, Dato' is a moral one. As time passes by and, when we are supposed to be more mature and civil/civilised, our politicians are becoming more corrupt and immoral.
Principle and idealism count for little, when an Islamic party like Pas is willing to negotiate on faith for the sake of votes and power.

Lawgiver

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

Dilema Pengundi Dalam PRU13
(pemimpin yang tiada wibawa dan moral)

Yang menjadi masalah kepada Pas ialah tanggapan yang ia tidak lagi komited kepada perjuangan asalnya yang bermatlamatkan Dar-al-Islam dan Hukum Hudud

Mahal denak Mahaguruku, berumpan ibu embun semestinya.

Dengan Izin.

Lawyer Lydia
Salam Hormat

Qisti O Qisti Di Mana Dikau?
(menuju ke kehancuran mahkamah)

Semestinya tetapi biarlah kita katakan kepala cerita posting ini hanya mendekati hina mahkamah.

Lawyer Lydia, apakah kebarangkaliannya nanti berlaku 'keguguran keadilan' (miscarriage of justice) dalam kasus yang penting dan bermula berlaku kehancuran mahkamah adalah bermusababkan apabila tiada tindakan betul dan tepat pada waktunya diambil terhadap perilaku menghina mahkamah yang telah terang-terang berlaku yang sepatutnya telah melahirkan perbicaraan tidak sah(mistrial) dalam perbicaraan mahkamah negara lebih-lebih lagi dalam kasus-kasus besar dan penting yang berpunca apabila Eksekutif menodai Kehakiman. Apakah anda setuju, Lawyer Lydia?

Namun di tahanair kita yang bertuah ini 'justice took its course and justice was served', kata saya. Kata anda bagaimana, Lawyer Lydia?

Yang menghacurkan UMNO adalah ahli-ahlinya sendiri yang jahil undang-undang dan pemimpin yang membiarkannya dalam sedar. Apa Lawyer Lydia setuju?

Biarkanlah ianya begitu berserta keluhan marhaen - Qisti o Qisti how sweet is thy lips and thy eyes lovely and wise like thy mother's.

Sekian

http://lydiausm72.blogspot.com/2011/12/nak-pastikan-anwar-ibrahim-didapati.html#comment-form


Mahaguruku,
Permainan politik PAS halus dan licik dalam persediaan menghadapi PRU13 dan Pilihanraya Peringkat Negeri. Sediakan payung sebelum hujan dan bila guruh di langit telah berbunyi retak PKR terserlah.

Tahniah Cempaka.

Apakah marhaen Tanjung dalam dilema PRU13, Dato dan pembahas-pembahas pintar yang lain?

Berapa titik dalam huruf cha tanya teman yang berpayung kuning diraja? Dan katanya lagi TunM tahu jaga dirinya - kita yang harus berpandai-pandaian jangan menyinggung hati orang tua yang disayangi; tetapi jangan sekali-kali menduakan tuhan. Itu perintah agama kita.

Maaf dan sekian.

Anonymous said...

Persepsi yang salah. PAS tidak berjuang untuk keuntungan material pemimpin & ahlinya. Tak kaya pun semenjak PAS memerintah di Kelantan, Kedah dan menyertai pemerintahan di Selangor. Oleh itu motif berjuang mendapatkan undi untuk kepentingan sendiri tiada. Yang ada hanyalah perjuangan untuk memastikan Islam berada ditempat yang sepatutnya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan, ditengah-tengah badai maksiat yang berlaku dibawah pemerintahan BN. Hendaknya pelaksanaan peraturan Islam dilakukan dengan penuh hikmah, bukan semberono mentang-mentang awak memegang portfolio yang berkenaan. Bawalah berbincang dengan pemimpin sendiri, angkat ke meja rundingan bersama barulah Islam dapat dilaksanakan dengan elok. Ini negara demokrasi. PAS tidak berniat untuk menjadi autokrasi. Oleh kerana 65% rakyat beragama Islam dan 35% bukan beragama Islam, pastilah pelaksanaan undang-undang Islam harus melalui proses Perlembagaan kerana ianya menuntuk 2/3. Ini realiti yang harus disedari semua. Oleh itu, Negara Islam dan Hudud adalah pilihan rakyat Malaysia dengan PAS sebagai penerajunya. Namun PAS tidak mungkin akan memaksakan kehendaknya kepada seluruh rakyat Malaysia sewenang-wenangnya tanpa proses yang sah. Jadi di mana timbulnya isu perjuangan Islam PAS sudah cair? Oleh parti yang dok mengatakan hudud belum sesuai, hudud hanya versi PAS dsb? Berkredibilitikah dakwaan oleh pihak yang sedemikian?

Rgds/Dr Badrol - Cheras

Anonymous said...

Datuk YM, mohon maaf lama tidak turut serta. saya setuju dengan Lawgiver. Dilema politik Malaysia, sebuah negara Dunia ke-3 yang berjaya, tetapi bermasalah daripada aspek kredibiliti global, banyak cabang-cabangnya. Andainya Malaysia negara gagal (failed state), masakan begitu ramai imigran, baru dan lama (saya imigran profesional generasi lama) masuk ke bumi bertuah ini secara sah dan haram?

Saya mahu cadangkan cara-cara hapuskan atau kurangkan dilema kita, tanpa kira bangsa dan agama.

1. Semua partai gugurkan dan jangan pilih calon yang korup, tercela atau disyaki moralnya, yakni sama ada dia korup wang, korup moral dan korup intelek, umpama yang ganggu wanita di restoran misalnya;

2. Semua partai letah sekurang-kurangnya 30 peratus calon kali pertama dan majoriti mereka harus di bawah 35 tahun. Politik Malaysia, khususnya politik Umno/BN sudah jadi politik orang tua kerna ramai yang ada hari ini jadi Wakil Rakjat bila Tun Dr Mahathir adakan PRU pertama beliau pada tahun1982. Lepas itu tidak amat kurang generasi muda dibawa bertanding;

3. Bukan Umno/BN saya perlu kurangkan politik partai. Pas pun sama. PKR sudah lama pecah hingga jatuh negeri Perak. Kini DAP pun mula hibuh akibat dinasti politik Kit Siang dan Karpal Singh;

4. Sebagai parti pemerintah, Umno/BN harus maifestokan tindakan terhadap korupsi, pengurusan ekonomi, matawang, perbankan dan yang terbaru ekonomi bawah tanah yang menyaksikan Malaysia kehilangan RM1 trilion wang yang dibawa keluar secara haram oleh sindikit jenayah. Soalnya ke mana kawalan matawang oleh Bank Negara?

5. Akhir sekali, pengundi wajar jengan terlalu emosi. Kita harus berfikir secara rasional. InsyaAllah, kita akan peroleh petunjuk.

Profesor Pencen
Bangi

Anonymous said...

Hassan Ali sekarang mulai sedar apa yang dihebohkannya selama kini hanyalah igauan dia seorang tanpa dikongsi oleh PAS keseluruhannya. Dia mungkin mula merasa terasing selain daripada UMNO cuba menangguk di air yang keruh.

ZMS

Lahuma said...

Sebenarnya jika menjadi ahli DAP sahaja pun sudah cukup dan memyamai PAS.

Anonymous said...

Dato Kadir, Sdr sani dan pembahas-pembahas yang budiman,
Salam Hormat PRU13

Patutkah cerita di bawah ini menambah lagi diilema Melayu dalam PRU13?

Injunction filed to stop Felda's listing
(Harakah Daily) - Four members of Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) have filed an injunction at the Temerloh High Court against the public listing of Felda Global Ventures Holdings (FGVH) on Bursa Malaysia.

Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad and Rakiah Sulong are also seeking injunctions to block KPF's extraordinary general meeting scheduled on January 5, as well as its decision to dispose its assets in Felda Holdings.

In a press conference, counsel Mohamad Harris Abdullah said FGVH had no sufficient assets or funds to go for listing, hence Felda Holding Berhad (FHB) was forced to mortgage its 360,067 hectares of land for 99 years.

“However, the land will be still developed using settlers’ money. FGVH also proposed to take over all equity belongs to KPF and 10 subsidiaries with a worth of RM3.13 billion," he said, adding that the extraordinary general meeting planned on January 5 did not adhere to KPF’s laws because four of its members had applied for an injunction.

Meanwhile, Mazlan Aliman, who leads the National Felda Settlers’ Children Association (ANAK), told the same press conference that the loss-making FGVH was using Felda Plantations's property for the listing...

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/46034-injunction-filed-to-stop-feldas-listing

Sekian.

RL-B

INDIGO MIKE said...

The Scribe
Salaams

Hancurkanlah UMNO & BN
(mahafir'aun mampus terkutuk)

Cerita dalam cerita, Scribe.
Nak siarkan, siarkanlah; nak bakulsampahkan sialkan.


Dear Dr. Mahathir Mohamad
Salam Hormat PRU13

PRU13, World Bank, FELDA & Investment Bank
(is it like taking MgSO4·7H2O, CuSO4, C12H11ClN6O2S2 in one go)

I may, Dr Mahathir, a copy of a small, inconsequential comment:

Dato Kadir, Sdr sani dan pembahas-pembahas yang budiman,
Salam Hormat PRU13

Patutkah cerita di bawah ini menambah lagi dilema Melayu dalam PRU13?

Injunction filed to stop Felda’s listing
(Harakah Daily) – Four members of Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) have filed an injunction at the Temerloh High Court against the public listing of Felda Global Ventures Holdings (FGVH) on Bursa Malaysia.

Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad and Rakiah Sulong are also seeking injunctions to block KPF’s extraordinary general meeting scheduled on January 5, as well as its decision to dispose its assets in Felda Holdings.

In a press conference, counsel Mohamad Harris Abdullah said FGVH had no sufficient assets or funds to go for listing, hence Felda Holding Berhad (FHB) was forced to mortgage its 360,067 hectares of land for 99 years.

“However, the land will be still developed using settlers’ money. FGVH also proposed to take over all equity belongs to KPF and 10 subsidiaries with a worth of RM3.13 billion,” he said, adding that the extraordinary general meeting planned on January 5 did not adhere to KPF’s laws because four of its members had applied for an injunction.

Meanwhile, Mazlan Aliman, who leads the National Felda Settlers’ Children Association (ANAK), told the same press conference that the loss-making FGVH was using Felda Plantations’s property for the listing…
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/46034-injunction-filed-to-stop-feldas-listing

Sekian.

ipso facto: can one worm hazard a guess and link isa samad directly to you, Dr. Mahathir Mohamad and isa is acting on your behalf: you are the rotten egg and not najib?

and can one kick the bucket when taking MgSO4·7H2O, CuSO4, C12H11ClN6O2S2 in one go?

It is a pity.


Scribe,
isa itu juga satu lagi blue-eye boy, mahafir'aun, betul tak?

mahafir'aun bersungguh-sungguh mahu beri peluang bagi najib, betul tak?

mahfiraun mahu langkawi dan peruntukan rm400juta, betul tak?

eloklah, sekiranya mahafir'aun dan umno(baru)nya pergi melingkup.

harapnya a kadir jasin bukan talibarut mahafir'aun.

moga mahafir'aun dan tujuh keturunannya semua mampus terkutuk sekiranya dia tidak membetulkan keadaan.

'silent is assent'

sekian.

INDIGO MIKE

Jaja said...

PRU13 menjelang tiba,masing-masing menunjukkan aksi masing-masing Hassan dan Mustafa, Karpal dgn Ramasamy. Bukan apa, tapi macam terbau musang pulut. Kalau umno ada masaalah dalaman dan mungkin menemui jalan penyelesaian. Begitu juga mereka PAS dan DAP. Nasharuddin..tiada sebesar zarah pun niat beliau untuk meninggalkan PAS dan begitu juga Hassan. Karpal dan Subra bagai pinang dibelah dua.Kesemua mereka sudah hampir lulus screen test. PKR terpaksa sengap kerana ketua mereka sudah menghasilkan Box Office.
Akhir kalam mereka semua akan ditenteramkan oleh pucuk pimpinan masing-masing. Semata-mata untuk menampakkan parti mereka sudah matang.

maae said...

Salam Datuk,

1. Perkara yang saya benci kepada melayu ialah apabila berjanji, MUNGKIR! Apabila berkata terselit kata dusta ! Apabila di ugut dan di tekan, terus kecundang mohon maaf, dan membiarkan melayu lain terkonta -konta,walau ternyata tidak lakukan kesalahan - Merujuk artikel Datuk sebelum ini.

2.Kemudian masih menepuk dada RIAK menyerlahkan kehebatan di celah kelangkang ! - merujuk artikel terbaru Datuk. Apa yang boleh kita buat di celah kelangkang selain....

3.Sesungguh nya pemimpin-pemimpin melayu masakini sungguh hina sekali serlahan luar dan dalam "bawaan" peribadi mereka, tiada lagi "nur Islam" sehingga mengaibkan dan menghancurkan peradaban Melayu Islam keseluruhan nya.Itu kenapa anak-anak melayu sukakan murtad (seolah-olah nya murtad itu mainan komputer yang boleh di tandingi kehebatan nya! Tidak takut kerana kehebatan alam fantasi yang membenarkan segala-gala nya)

4.Sampai bila suara siamang-siamang ini perlu bersahutan ? Siapa yang faham ?

5.Kenapa ada dilemma perjuangkan Islam ? Kenapa umno kerap memikul beban membersih najis orang ? Masih taksub PAS itu Islam ?

6.BUKAN KAH MELAYU itu SATU DAN ISLAM ITU SATU ? Kenapa bermacam-macam ? Bukankah umno itu sudah berjaya melakar wadah perjuangan nya? Apa lagi yang kurang? Meraih undi bukan melayu itu, pemimpin-pemimpin melayu itu cepat sangat melangkah ke hadapan....menjanjikan bulan bintang !

7.Dilemma nya tidak lain ialah kepada pengundi-pengundi melayu tanpa Islam...

Mohon maaf Datuk - bahasa saya agak kasar kerana kebencian meluap yang di timbulkan oleh sesetengah melayu konon nya mereka adalah"adiputra benar" pencatur bangsa, negara atau apa-apa saja sehingga boleh mengaku mereka lah segala-gala nya.... mereka lupa Melayu sebenar itu beragama Islam.

kermitt said...

Lebih baik PAS, dalam PAS tiada lagi kerenah moral.. pemimpin PAS dari segi moral, etika dan kebolehpercayaan.. lebih boleh dipercayai dari pemimpin umno.. 100 billion tiris, hilang, kena rompak harta negara ini bagi saya sudah cukup-cukup lah.. bekas2 MB selangor mohd mohd taib dgn khir toyo dah cukup beri contoh pemimpin umno.. taib dgn kantoi berjuta ringgit di australianya.. dan khir toyo kes rumah besarnya.. jgn salahkan rakyat memnolak umno.. kerana mat taib dan khir toyo itu hanyalah tip of an iceberg sahaja.. jerung lebih besar tak pernah lagi masuk perangkap.. but time will tell..

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Pendapat Dato' " Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan ugama. Malangnya bagi orang Melayu , politik bererti perpecahan".

Kenyataan ini adalah kunci kepada penyelesaian masalah yang dihadapi.Bak kata TDM untuk menyelesaikan sesuatu masalah kita perlu tahu puncanya.Dalam hal ini ianya telah dirancang dengan teliti oleh Kerajaan British. Ia mencadangkan perkongsian kuasa diantara semua kaum bagi memerintah negara.Itulah sebabnya UMNO terikat memberi beberapa kerusi majoriti Melayu kepada lain-lain parti dan sebagai balasan ahli mereka hendaklah mengundi calun UMNO.UMNO hanya perlu mengekalkan kerusi-kerusi yang dikhaskan untuk orang Melayu untuk berkuasa.Ini bermakna Melayu akan melawan Melayu untuk berkuasa. Ini tidak menjadi masalah besar jika UMNO terbuka kepada semua orang Melayu dan yang terbaik dan berwibawa dicalunkan sebagai wakil rakyat. Malangnya bak kata TDM UMNO diperingkat Bahagian menutup keahlian kepada orang Melayu yang berpotensi sebagai pemimpin seperti doktor, jurutera dan sebagainya untuk melindungi kedudukan mereka yang sedia ada .

Itu sebabnya UMNO sanggup menyingkir PAS dan lain-lain parti berteraskan Melayu dari BN kerana mahu mempertahankan kedudukan UMNO sebagai parti terulong untuk terus berkuasa.UMNO sekarang gusar kerana PAS telah berjaya menarik perhatian bukan Melayu untuk bersama-sama dengannya.Adalah tidak tepat kenyataan PAS kebuluran sokongan bukan Melayu.Kita masih ingat apabila ada pemimpin kelab penyokong PAS menggertak akan meninggalkan PAS atas isu Hudud PAS telah dengan jelas menyatakan isu itu tidak boleh dirundingkan (non negotiatable).Nampaknya buat masa terdekat ini kita perlu memilih calun yang baik dan berwibawa sementara menunggu formula terbaru bagi kelangsungan politik tanah air tercinta ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
jatidiriteguhekonomikukuh-raja2u.blogspot.com

Anonymous said...

Tok Kadir, ingat lagi ka stesen kereta api Alor Belat? Saya era tu la dan kita pernah sama-sama naik kereta api dari Alor Star. Tok turun di Tokai, sayu turun Bukit jenun. Semua stesen ni dah tutop Tok, tapi Dr Mahathir ada lagi. Alhamdulillah umur panjang.

Tapi baloi ka Tok dia dok sokong Najib dan Rosmah. Nama Mahyuddin pun nampak dah macam hanyut. Nampak gaya Najib selamat tapi Dr Mahathir yang kena godam. Saya rasa Pas, PKR dan DAP akan balon dan godam dia betoi2 pasai orang percaya kepada dia daripada Najib.

Apa agenda Dr Mahathir Tok? Takut-takut Tok kalau takdir PR memang habis kena siasat oleh suruhan jaya di raja. PR ni dia asyik suruhan jaya di raja saja, tapi kalau tak setuju dengan dia macam kes budak Cina beng hok, dia kata tipu.

Nasib kita Melayu la Tok. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Kita politik sana sini sampai pecah kaum puak, Cina dan India dapat untung. Nasib la Labi!

Bukit Jenun

Anonymous said...

Analisis saya Datuk YM adalah seperti berikut;

1. BN akan menang Parlimen tatapi kalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Negeri Sembiran terancam. Undi PR meningkat di Johor. Kes Khir Toyo hapuskan harapan BN kuasai semula Selangor.

2. BN menang Parlimen kerana PR lemah. Pas dan DAP pecah-belah dan PKR dibebani kes Anwar. Kalau Anwar bebas, BN mungkin kalah kerana hilang kewibawaan. Kalau Anwar bersalah, faktor simpati akan perkukuhkan sokongan kapada PR.

3. BN menang karena pengundi takut huru-hara kalau PR menang karena ia tiada pengalaman memerintah, apakan lagi kalau tiada Anwar bisa memimpin.

4. Kekuatan PR bukan kapada dasar atau kesepaduannya akan tatapi skandal yang terlalu banyak dalam Umno/BN. Kes lembu dan cincin permata serta derma Awang Adik bisa jadi "fodder" (makanan haiwan) yang cukup berkesan kepada PR di desa dan di kalangan pemilih muda.

5. Najib tidak cukup pantas dan tidak cukup berani memperbaharui kabinet. Kabinet terlalu besar tatapi layu. Kepemimpinan perkhidmatan awam nyata tidak efisyen dan banyak sabotaj oleh kakitangan awam serta keliru akibat prominance Idris Jala.

Profesor Pencen
Bangi

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Saya cukup teruja bila membaca posting terbaru Dato’ di KLIA subuh tadi. Juga teruja bila membaca komen Dato’ Dr Hasan Ali tentang api fitnah. Sebabnya, didalam Surah Al Baqarah Ayat 191 dengan terangnya menjelaskan “(ingatlah bahawa angkara) FITNAH itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”. Juga, Allah telah menurunkan satu surah Al Munaafiquun khusus menerangkan tentang bahaya orang munafik yg suka menyebarkan DUSTA.

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terperangkap di dalam prasangka buruk dan api fitnah apabila mengaitkan beliau terlibat dalam agenda politik UMNO.

Jika dilihat dua tokoh PAS tersebut, siapakah yg saudara lebih percayai? Marilah kita sama-sama renungkan Surah AL Hujarat ayat 9; “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Akhir kata, semoga kita semua terhidar dari gejala fitnah dan memfitnah orang lain samada secara sedar atau tidak sedar. Ini kerana API FITNAH tersangat hebat sehingga boleh meruntuhkan sesebuah Negara termasuk Malaysia jika tidak dibendung awal. Ini sajalah yg mampu saya lakukan untuk saling ingat mengingati sesama Islam supaya kita dijauhi dari FITNAH dan MEMFITNAH. Sekian TQ.

apizs said...

harap Dato' tolong bagi komen tentang kenyataan ini.... "Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan." http://www.drkhir.com/2011/08/selamat-hari-raya-maaf-zahir-batin-dan.html

A KADIR JASIN said...

Sekadar nota

1. Mr Ray, I will try to search for their contact numbers when I get home to Malaysia. If I am successful, I will contact you via your email. Thank you.

2. Sdr Anuar bin Najib/Mamakmia, saya ambil maklum cadangan Sdr iaitu undi BN untuk Parlimen dan PR untuk negeri. Terima kasih.

Anonymous said...

Tok, sorry for saying that our pols, govt and opp are a bunch nincompoop! More like poop. They quarreled among themselves openly and when the poop hit their ugly faces, they blame the press. The govt blamed the new media and the opp blamed the mainstream media. They? They are never wrong. How could they? They are just nincompoop.

Pressman

Anonymous said...

Abu Bakar
Bagi saya taklah terlalu sukar untuk membuat keputusan. Sekarang 4 nnegeri diperintah PR sedangkan kerajaan pusat dan negeri-negeri lain diperintah BN. Bandingkan antara negeri-negeri ini. Mana pemerintahnya yang korup. Kalau mereka korup, jangan undi mereka. sesiapapun yang memerintah akan terpaksa ambil kira kepentingan Melayu dan Islam kerana mereka majoriti. Kalau tak buat begitu mereka membunuh diri. Lepas 4/5 tahun mereka akan dinilai semula.
ABAH

Tan Malaka said...

Salam Dato

Harap Dato boleh menjawab kemusykilan saya ini ?

apa kah ada kemungkinan akan terjadi selepas PRU 13 bilamana generasi muda ( umur 30an dan kebawah ) yang kini lebih bersikap "indi" akan menukar arah dan selera dengan meninggalkan parti mainstream yang ada sekarang dan menubuhkan parti2 politik yang lebih memenuhi kehendak dan citarasa "bebas dari kongkongan" mereka.

kemungkinan mereka akan merasa bosan dan jelek dgn sikap ahli politik dan parti yang ada sekarang dgn sikap kepuraan dan keanak anakan semata mata hanya untuk mempertahankan kedudukan masing masing.

kita sudah nampak bibitnya di serata dunia baik di timur tengah, kota london, wall street, dll

KIta pernah melihat trend generasi muda ini terjadi sewaktu era zaman 40an & 50an selepas WW2, lewat 60an ( hippies ) dan sekarang pula era ledakan ICT.

wan malaysia said...

susah sangat ke minda pengundi Melayu untuk membuat keputusan dalam waktu mengundi kelak hingga ia menjadi dilema ?

apakah minda orang Melayu dan bumiputera tak mampu berfikir untuk menilai apakah wakil yang mereka pilih 5 tahun yang lepas bagus atau tidak ?

sedangkan anak anak kita di sekolah rendah pun secara dasarnya tahu mana yang bagus dan mana yang tidak bagus setelah melalui alam persekolahan selama 5 tahun.

apa kah kita harus bergantung 100% kepada pemimpin politik dan janji mereka kepada kita untuk 5 tahun yang akan datang ?

kenapa tidak sahaja kita membuat keputusan dan penilaian keatas pengalaman yang kita lalui 5 tahun yang lepas ?

ternyata minda orang Melayu baik sebelum mahupun selepas merdeka telah di lemahkan oleh puak politik baik kiri atau kanan hingga tidak mampu membuat penilaian sendiri keatas nasib sendiri.

budak u said...

dato

anwar sudah mempersiapkan nurul izzah sebagai yingluck untuk menggantikan dirnya bila dia ke penjara kelak.

karpal jugak sudah ada 2 anaknya begitu jugak kit siang.

pelapis Umno pula ? nak harap khairi jamaludin??? mana pelapis exco pemuda ? puteri ?

yang nampak cuma YB Hamidah-Adun sungai rapat Perak untuk menandingi Nurul Izzah

pelapis PAS pula ? mana pergi pemuda dan muslimatnya.

memang golongan muda yang bagus dalam Umno dan PAS pasti akan di biar merangkak hanya untuk melukut di tepi gantang.

inilah sikap pemimpim Melayu.

Melayu Lunas said...

Salam Dato.


Satu persoalan pada PAS .Layakkah Sdr Mat Sabu sebagai penggnti peneraju PAS masa depan.


Isu ini sahaja pun dah nampak PAS tidak ada pilot yg berwibawa.Parti PAS juga ber RETORIK berlebihan.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato' Kadir@ Masaalah politik Melayu semakin kusut.PAS pun sama macam UMNO. Pemimpin mula bercakaran bila sudah ada kuasa memerintah dari Majlis Dairah sampai ke Dewan Negeri.Banyak jawatan politik berelaun bulanan tetap boleh diisi. Setengahnya tak perlu lagi berceramah kehulu kehilir kerana rezeki melimpah ruah. Peluang dapat kontrak sudah banyak dari kutip sampah sampai kontrak jahit uniform atau cuci tali air.
2. Sekarang target PAS adalah Putrajaya. Mereka dah mula nampak angka berbillion bukan pulohan juta lagi. Semua mata dah terbeliak melihat banyak peluang nak jadi kaya kalau dapat Putrajaya. Beribu orang akan dapat peluang. Serban pun dah mula longgar bila mulut ternganga luas.Air lior dah mula mengalir.
3. Agenda islam dah hilang bila nafsu menguasai segala-segalanya. Itulah dilema kepada pengundi Melayu untuk menyokong PAS.
4.UMNO pula semakin banyak kes terbongkar. Kes Khir Toyo menyebabkan ratusan ribu undi lari dan susah nak kembali. Kes duit untuk beli lembu dibeli kondo lagi serious. Kerajaan nampak macam tak serious untuk memberi penjelasan yang terperinci.Ini menyebabkan ratusan ribu undi lagi hilang.
5. Kes terbaru pula dilaporkan Awang Adek dapat duit masuk akaun peribadi kononnya bagi khidmat masyarakat dalam kawasan Parlimennya. Sungguh pelik seorang Timbalan Menteri tidak faham prosediur bagi seorang penjawat awam tidak boleh terima sumbangan secara peribadi kecuali sumbangan tersebut dimasukan kedalam akaun disatukan dan menjadi hak Kerajaan. Kes ini mungkin menyebabkan ratusan ribu undi lagi lari ke pihak pembangkang.
6. Memang pengundi Melayu menghadapi banyak dilema untuk turun ke PR13. Nak undi PAS pun risau juga memikirkan pemimpin-pemimpin islan sesama mereka pun dok berkelahi, kata mengata antara satu sama lain. Tak patutlah pemimpin bertaraf ulama pun perangai mereka macam orang jahil.
7. Kesimpulan bagi diri saya adalah terus yakin dengan UMNO sebagai sabuah institusi Melayu yang telah berjaya membawa kemajuan yang banyak kepada orang Melayu.Beberapa isu yang diketengahkan boleh dianggap masaalah beberapa pemimpin yang tetap ada dalam mana-mana organisasi dan Kerajaan.Mereka yang bersalah elok dihumban dalam penjara. Mereka yang dikhuatiri tahap integriti harus dipinggirkan.
Saya percaya kepada kemampuan UMNO sebagai sabuah organisasi politik untuk membangunkan Negara dan bangsa Melayu disamping dasar UMNO yang konsisten dari segi Malysia adalah sabuah Negara Islam saperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan. Sudah berpuloh bilion ringgit dibelanjakan untuk pembangunan berkaitan dengan islam semenjak UMNO menerajui Kerajaan Persekutuan. Berbanding PAS masih lagi tidak pasti dengan agenda sebenar apabila PAS bersatu dalam PKR. Pemimpin PAS takut kehilangan undi untuk memperjuangkan agenda islam.Sebaliknya UMNO amat konsisten dengan agenda islam dan telah diterima rakan lain dalam BN.

iklas,
Rahim

aboudiabydoo said...

Bagi saya begini Datuk.

Sekiranya DS Shahrizat ada unsur salah guna kuasa dan tidak dapat balasan dunia, balasan Akhirat tidak boleh dielak. nanti jawab sendirilah dengan Allah.

Begitu juga sesiapa pun yg memerintah hatta Hj Najib sekalipun, jika ada kamu buat salah samada korupsi atau apapun, kamu jawab sendiri dengan Allah.

Tapi saya tetap akan undi UMNO, kerana UMNO sebagai sebuah organisasi, ialah satu-satunya organisasi yang paling kuat mampu pertahankan hak-hak orang Melayu sekaligus Islam di bumi Malaysia ini.

Tentang PAS, kekuatannya dalam PR tak sampai 50 persen kekuatan UMNO dlm BN. Orang Islam PKR langsung saya tak harap.

Hak-hak kita bila sudah diberi tak boleh diambil balik. Contohnya jika diskaun 7-10% harga rumah Bumi dimansuhkan oleh PR yang memerintah, maka sampai bila-bilalah benda tu mansuh walaupun BN menang semula lepas kalah.

Begitu juga bajet bina dan selenggara masjid dan kemudahan Islam yang memihak Melayu sekarang ini, hak masuk sekolah asrama, uni dan hak biasiswa yang memihak Melayu sekarang ini, pemberian lesen dan kontrak dari sekecil penjaja pada korporat berbilion yang memihak Melayu sekarang ini, pemberian sabsidi, geran, bantuan pertanian, tanah Kerajaan, dan berjuta lagi yang memihak Melayu sekarang ini.

Ya, ramai pemimpin UMNO jelik, tapi masih ada yang boleh pakai. Oleh itu saya masih akan undi UMNO, terutama bila lihat bagaimana PAS dan melayu PKR senang-senang boleh gadai semua hatta kalimah Allah sekalipun untuk undi.

Wallahualam.

www.aboudiabydoo.blogspot.com

Anonymous said...

siapa org melayu sebenarnya?





jawa johor

bulan said...

Salam Dato'

‘Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama. Malangnya bagi orang Melayu, politik bererti perpecahan.’ - oleh Dato'

Melayu Oh! Melayu, sedarlah dari awal lagi Melayu telah dipecah-pecahkan oleh British tetapi kesedaran dan semangat Melayu telah bersatu kuat didalam UMNO dan berjaya pula menyatu padukan bangsa-bangsa bukan Melayu didalam BN. Berkuasalah Melayu sehingga ke hari ini.

Sekarang lain pula, Melayu bukan saja tak sedar diri, tiada semangat kemelayuan malah lemah dan kemaruk pula undi-undi dari kaum bukan Melayu. Bolehkah Melayu berkuasa? Sedangkan kuasa itu memerlukan kekuatan buat manusia yang berbangsa-bangsa dan berugama bagi menjaga bena negaranya sendiri. Bangsa dan ugama yang mempunyai kuasa kekuatan akan selalu berada dalam kedudukan baik dan dihormati. Tanpa kekuatan, manusia tidak boleh menjaga diri sendiri, keluarga dan tanah tumpah darah nenek moyang yang ditinggalkan zaman berzaman sebagai tempat kediaman terpelihara demi bangsanya di dunia.

Banyak juga negeri yang bertukar tangan kekuasaannya kerana bangsa setempat itu tidak mempunyai kekuatan ilmu senjata pertahanan seperti bercakap, bertindak, bersatu, berbincang untuk melawan kedatangan musuh yang datang secara terang atau senyap. Bangsa yang tidak kuat tidak boleh berkuasa kerana bangsa ini banyak yang suka menjadi pengkianat dan pak turut atau ‘puppet’ semata-mata.

Anonymous said...

Dato Kadir yg dihormati.

Secara umumnya selepas PRU 2008 kita dapat simpul kan beginilah;

1.Barisan MT UMNO lemah.
2.Barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia lemah
3.Barisan EXCO Wanita UMNO Malaysia lemah.
4.Barisan EXCO Wanita UMNO Malaysia lemah.
5.Barisan EXCO Puteri UMNO Malaysia lemah.
6.Barisan UMNO Negeri-Negeri lemah.
7.Barisan UMNO Bahagian-Bahagian lemah.
8.Barisan UMNO Cawangan lemah.


Bukan lemah wang ringgit.Lemah dari segi semangat juang.Lemah dalam gerakkerja sebagai sebuah parti yang sedang mendapat tentangan hebat parti lawan.

Pagar makan padi pun ada.Rakyat pun nampak apa yang mereka kejar.

PRO umno

sani said...

salam,
(1) FELDA listing ini mcm kes SIME-DARBY listing jgak, yg buat duit ialah tokey bank2 saudagar, insider, politician yg rembat pink form, cronies, DLL yg seangkatannya. Selepas listing SIME-DARBY, terguling2 SIME-DARBY rugi & skrg kita bleh nampak SIME DARBY merangkak-rangkak utk bangkit semula. Problem MAS dari dulu, kini & selama2nya menghakis dana negara, x lama lagi Iskandar Region akan meletop, bos2 kat KHAZANAH tanpa segan-silu berpakat merencanakan business dgn HARTA NEGARA utk mengaut keuntungan peribadi. Semuanya x ikhlas demi AGAMA, NEGARA & BANGSA. Semuanya ini kerana darjat ISTIMEWA KETUANAN MELAYU.

(2) Bagi saya DARJAT KETUANAN MELAYU ini hanyalah propaganda yg tidak bernilai langsung di dunia GLOBAL hari ini. Bangsa MELAYU x akan mampu mengharungi GLOBALISASI sekiranya berdiri atas konsep KETUANAN MELAYU sahaja, tetapi sekiranya kita berdiri di atas paksi BANGSA MALAYSIA, kita akan (insya'ALLAH) mengharungi & berjaya mengatasi badai GLOBALISASI ini.

Semoga ramai lagi bangsa MELAYU akan sedar bahawa KETUANAN BANGSA MALAYSIA adalah lebih utama dari ketuanan melayu dlm meneruskan kelangsungan hidup di alam GLOBALISASI.

Anonymous said...

Heran bin takjub apabila membaca:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/27/nation/20111227133928&sec=nation

Muhyiddin: Claims that aide received bribes will be investigated

SHAH ALAM: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said claims that one of his aides has been receiving bribes will be investigated by his office.

"I will look into this. Whatever that is said to be linked to me, I will look into. Until then, I will not comment further on it," he told reporters at the Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Puncak Alam here Tuesday...According to annonymous blogger, the whistleblower711, the aide had been receiving "a steady contribution" from a company amounting to about RM160,000 since early last year.

-----------------------------------

Ini adalah satu lagi dilema pengundi Melayu - dan bukan Melayu - dalam PRU.

Paguh pun kata MACC tidak boleh diharap mahupun dipercayai melainkan orangnya sendiri - tahniah.

Patutlah Paguh tidak akan jadi PM tetapi boleh jadi macam Sheriff Scotland.

Dan ada pada PRU13 BN menang 143 kerusi Parlimen sahaja dan Perlis dimenangi PR -adjeeb dan harapnya dikabul tuhan.




Rob Roy

Anonymous said...

Salam Datuk,

Secara seriusnya orang Melayu kena bertanya apakah sudah cukup lama mereka memerintah negara sendiri selama 54 tahun? Sudah lupakah sejarah silam yang menyaksikan bangsa mereka dijajah, dihina dan tindas oleh bangsa asing? Adakah negara lain didunia selain dari Malaysia yang dihuni dan diperintah oleh bangsa sendiri? Apakah nasib agama jika kuasa pemerintahan diambil oleh orang lain? Sudah buta mata dan hatikah mereka jika tidak dapat melihat contoh dan keadaan negara lain yang diperintah oleh orang yang bukan sebangsa dan seagama?

Hanya pengkhianat dan pembelot saja yang tidak akan memperdulikan nasib anak bangsanya sendiri demi meraih keuntungan peribadi dan untuk melunaskan dendam kesumat, irihati dan kebencian melampau pada orang lain yang memegang tampuk kuasa walaupun golongan tersebut adalah sebangsa dan seagama dengannya...

Pada saya orang Melayu tidak ada alternatif selain dari terus mengundi parti yang telah banyak berjasa dari bermulanya merdeka hingga ke hari ini...dari menggadaikan masa depan anak cucu mereka kepada golongan pengkhianat dan pembelot yang tidak kisah atau peduli jika mereka diperguna dan diperkudakan oleh golongan yang sememangnya mahu melihat sejarah malang bangsa Melayu berulang kembali.. .

Amat malang sekali jika perkembangan politik sekarang ini tidak dapat membuka mata dan hati orang Melayu secara keseluruhan nya dan lebih malang lagi jika Melayu sememangnya mudah lupa...

Jimizul

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Tidak timbul langsung walau setotet dilema pun kepada pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum di negara kita Malaysia ini, jika pengundi itu seorang Islam yang kental serta tepu imannya terhadap Allah SWT.

Pilihan mereka hanyalah PAS, Parti Islam Se-Malaysia.

Saya cukup yakin, apabila PAS mempunyai suara dalam pengurusan dan pentadbiran negara, lebih-lebih lagi apabila PAS memiliki kuasa penuh, PAS pasti
berpegang teguh dengan hasrat dan matlamat menjadikan Malaysia 'baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Aspek yang menjadi keprihatinan DAKJ, iaitu tentang hala tuju Bahasa Kebangsaan negara kita atau bahasa Melayu yang tidak dipedulikan langsung oleh UMNO, insya-Allah pasti akan mendapat pembelaan yang serius oleh PAS hingga akhirnya bahasa Melayu dijulang tinggi serta dimartabatkan semulia-mulianya.

Pada masa ini, bahasa Melayu berada dalam keadaan cacamarba yang melampau dari segi tatabahasanya yang murni. DAKJ boleh perhatikan, tiada seorang pun pembahas blog DAKJ ini yang bahasa Melayunya sebaik bahasa Melayu DAKJ.

Hanya beberapa orang daripada mereka yang dapat menguasai bahasa Melayu dengan agak baik, manakala sebahagian besarnya mengamalkan bahasa Melayu yang punah-ranah.

Demi kemurnian, kemantapan dan kepersisan bahasa Melayu, saya sedia membantu kerabat DAKJ, walaupun saya hanya seorang pemantau bahasa Melayu. DAKJ mungkin boleh menganjurkan satu pertemuan antara kita.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Pak Hj JB antara lain berkata,

Melayu dan Islam sama kuat tarikannya kepada kebanyakan orang Melayu kerana menjadi Melayu bermakna menjadi Muslim.

Salam kasih sayang Pak HJ JB,

Izinkan kami menempel sedikit, Sdr yang dimuliakan.
...dan menjadi Muslim bermakna menjadi Muhammad dan menjadi Muhammad bermakna menjadi umat NABI MUHAMMAD S.A.W. bermakna BERJIHAD diatas landasan ISLAM yang BENAR dan BERKIBLAT kepada KA'ABA yang SATU dan BERSERAH kepada YANG MAHA ESA, ALLAH SWT...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Umat ADAM berupa2, Umat MUHAMMAD berwajah serupa.
Yang tersurat itu Pengetahuan, Yang tersirat itu Ilmu. wallahualam.

Anonymous said...

Pada pendapat saya dato, demokrasi sebenarnya sesuai untuk negara maju sahaja. Untuk negara level macam kita dan kebawah, sesuai sistem beraja sahaja.

Jadi tiada pertelingkahan politik, masa dihabiskan dengan fokus untuk membangunkan negara, bangsa dan agama. Contoh macam Arab Saudi dan UAE. Ya, memang ada sikit kelemahan itu ini, tapi yang baiknya pun banyak.

Negara kaya macam UAE atau ArabSaudi, duit disalurkan terus kepada rakyat. Raja pun dah terlebih kaya, dah tak mahu sangat duit. Tukang cop passport pun boleh dapat gaji 5 angka. Jadi kadar jenayah tiada, rasuah pun hampir pupus. Raja mereka pun risau kalau tidak puaskan hati rakyat, rakyat memberontak, nanti hilang kuasa. Maka hasilnya negara yang moden, makmur dan sejahtera.

Apa kata dato?

yg benar
melayumaju

Tinta Hitam said...

Datuk,

JIka melayu UMNO kalah dlm PRU13,melayu lain yg akan menang..Negara ini tidak memerlukan UMNO lagi.Malahan pd saya lagi lama UMNO berkuasa semakin byk sial majal yg akan menimpa org org melayu.Dibwh pemerintahan UMNO tiada suatu pun yg org org melayu capai samada dunia atau pun akhirat.Remember that "any failures,it should be the leaders be blamed first"..

mtgbertam said...

Dato'.

Pasai apa dalam masyarakat melayu, perbezaan politik boleh jadi perpecahan.

Pasai, pemimpin UMNO yg ada terlalu takut kuasa jatuh. Justeru di bikin kan suasana yg tidak baik jika rakyat tidak mahu memihak pada UMNO. Walhal, kalau naik parti lain pun yang menjalankan tugas adalah kakitangan kerajaan yang sama.

Kata nak jadi negara maju, tapi pasai apa tak mau contohi kematangan berpolitik negara maju? Kempimpinan silih berganti tapi takdak masalah pun.

Ini tidak, parti pembangkang diibarat seperti parti haram. Hak mendapat bantuan untuk rakyat melalui Adun/MP parti lawan dinafikan. Macamana tak timbul suasana yang tegang dalam orang melayu berpolitik!

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Rasulullah mula-mula hijrah ke Madinah terus buat Masjid Quba. Di Kedah pulak, rakyatnya baru hijrah kpd kerajaan baru, mereka dah sebok nak robohkan madrasah sebab sebok nak buat shopping complex. Lepas tu, ‘rigid’ sangat sampai org nak bagi cadangan sedikit ‘alteration’ pun tak nak dengar. Nasib badanlah org Kedah ye Dato’. Tapi tak tahulah kalau sesetengah pihak yg buat-buat lupa kisah hijrah Rasululllah kot !!!

Nampaknya, isu Dato’ Hassan Ali makin panas. Harakah lapor lain, Malaysia Insider lapor lain. Agak-agaknya siapakah yg berkata DUSTA ye??? Sebabnya, dalam surah Al Munaafiquun, salah satu ciri munafik adalah yg suka berkata DUSTA.

Kalau dulu ada nabi Tok Guru, sekarang dah ada pulak imam yg disamakan dgn Imam Mahadi. Yg peliknya, imam tersebut juga dikaitkan dgn pelakon utama video sex yg 99% disahkan tulen tu. Teruk!teruk! ustaz sekarang. Hai!!!! kalau macam inilah standard ustaz sekarang, habislah sesat anak-anak murid. Patutlah benda pelik-pelik terjadi. Sekian TQ.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir..

Tinta Hitam.

Penyataan anda terhadap UMNO dan orang Melayu sangat tidak wajar..sewajarnya saye menyarankan supaya anda muhasabah diri banyak banyak, dan saye medoakan semuga anda diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah..aminnn

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir..

Inilah mase untok Pas bertegas, dalam memperkasekan kekuatan orang Melayu,UMNO/Pas saling memerlukan itulah realitinya, mereke boleh saling lengkap melengkapkan.

Nampaknye Pas begitu angkuh dan tidak mengendahkan lambaian tangan yang pernah dihulurkan kepadanya.Pas sepatutnya menyedari kekuatan UMNO, dan mereka seharusnya cepat/cerdik mengambil kesempatan.(Bukan bermaksud untok menidakkan UMNO,tetapi harus menjadi teman yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh UMNO).

UMNO bukanlah sebuah parti yang akan hilang pengaruhnya tanpa Pas.

bulan said...

Salam Dato’

Semalam diberi satu pendapat
hari ini ada pantun penamat
undilah UMNO langkah tepat
perpaduan Melayu jalan matlamat

Langkasuka layari kuasa
buih ombak kemudi binasa
alangkah duka berperibahasa
memilih tidak menjadi mangsa

Pilihan aku bertema lama
bulan bintang itulah nama
kasihan Melayu sama ugama
jalan bertentang salah selama

Mendidih darah sumpah pendita
jejari nan cerah bersendi sengketa
bertindih marah tumpah merata
jauhari pimpinan bermandi nesta

Jendela cendala pintu dewata
bahasa tepat pantang selari
cerca mencela bersatu kita
kuasa berlipat datang sendiri

Anonymous said...

Buat masa ni saya & majority rakan2 di office (Sgor) masih memilih PR sebagai pemerintah & diharap dpt diteruskan hingga ke Putra Jaya selepas PRU13, insyALLAH.

Saya ambil satu contoh yg paling mudah saje la perbezaan antara pemerintahan BN & PR (dari segi kroni & pembaziran)yg mana saya orang2 terutama di Shah Alam bole nampak iaitu mengenai lanskap setiap bulatan setiap jalan.. Semasa BN memerintah sy rasakan 3-6bulan ada saje kerja2 langkap yg membazir dilakukan...

Pemerhati Biasa

saji said...

Sdr aboudiabyydoo

"Ya, ramai pemimpin UMNO jelik, tapi masih ada yang boleh pakai. Oleh itu saya masih akan undi UMNO, terutama bila lihat bagaimana PAS dan melayu PKR senang-senang boleh gadai semua hatta kalimah Allah sekalipun untuk undi."

Jika sdr tak keberatan boleh sdr sebutkan nama2 pemimpin UMNO yang masih boleh pakai?

Unknown said...

Dato', Pas memang bercakap tentang islam dari dulu sehingga sekarang.Itu adalah agenda utama mereka. Kalau orang melayu inginkan islam cara pas, sudah lama pas memerintah. Tapi itu cakap saja dan mereka tidak banyak lakukan untuk membuktikan bahawa mereka betul-betul serius dalam dari segi pelaksanaan. Umno dilihat dan dikaitkan dengan berbagai perkara tidak baik. Banyak isu salah guna kuasa dan dan korupsi di laungkan oleh pembangkang walaupun bukan semuanya betul. Jadi umno perlu berani membuat perubahan ini bagi mengekalkan sokongan rakyat kepadanya. Kekalahan Umno di beberapa negeri dalam PRU12 adalah kerana isu-isu buruk yang dimainkan pembangkang.Dan kita boleh lihat yang mengundi pembangkang adalah golongan yang dulunya menyokong umno telah tidak menyokong umno. orang melayu sepatutnya berfikir bahawa dengan memberi undi kepada PR, dan mengharapkan Pas boleh mertabatkan islam dengan lebih baik adalah satu kesilapan kerana Pas awal-awal lagi sudah mengalah dari segi prinsip menegak negara islam.Belum pun lagi memerintah negara sudah bertolak ansur dalam prinsip perjuangan. Ini dilihat DAP sebagai satu kemenangan moral kepada mereka. Sedangkan DAP tidak pernah berganjak dalm soal negara islam. Sekurang-kurangnya umno masih kekal dari segi perjuangannya walaupun ada banyak kelemahan yang perlu di baikki. Umno juga sudah dapat satu gegaran untuk terus berubah dan seneitif terhadap semua kerisauan dan kepincangan yang di suarakan oleh orang melayu.change before you have to. control your own destiny or PR will control you.

rul said...

a,kum...hassan ali org mcm saudara gak.....berkerja dlm sektor melibat kerajaan lepas tu beliau masuk dlm politik..bezanya saudara tidak masuk dlm politik...mngkn saudara rasa selesa berbanding ngan petani kat negeri saya kedah kot..tp x pa tu bukan isunya...semestinya bila masuk dlm organisasi parti tidak saMpai 30 thn tak perlu la tunjuk ketidakpuasan hati dengan tidak menggunakan cara dlm parti tersebut....heiii salah tindakan tu....ini parti, lain dari mengurus atau mengarah sesuatu organisasi dlm kerajaan....ni pemikiran yg dihasilkan...tindakan tu bg saya tidak menggambar perjuangan yg jelas...kalu tidak berpuashati jgn la guna saluran dari musuh tul tak saudara...kalu tidak berpuashati secara ilmuan yg mempunyai iktisas tertinggi bagi saya bersabo la...mngkn tindakan tul tp bukan sekarang dan bukan saluran media dari musuh.....sy pun petani gak..

rul said...

pada sy pengundi melayu kalu tul x terpengaruh ngan propaganda dari media kerajaan seperti syarikat saudara penah bekerja semesti tidak mengalami suatu proses dilema...dgn yakin ngan keputusan yg dibuat dari kacal mata sendiri.....sy berharap pengundi melayu dlm pru 13 kelak leh wat keputusan yg bijak tanpa terpengaruh ngan aturcara dan penyampaian terutama dari karangan2 suratkhabar perdana...suka sy tngk bila org semakin hari mempertikaikan karangan2 dari suratkhabar utama dan media massa lain...ni menunjukan bahawa suatu revolusi baru yg menuju ke arah positif...melayu oh melayu....mngkn kesan dari pembinaan negara bangsa kot....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).