Thursday, December 08, 2011

Semua Parti Akan Janjikan Calon "Winnable"

A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

KALAU ada benda yang kita di Malaysia tidak pernah kekurangan, malah berlebihan, adalah kepandaian mencipta slogan dan label.

Yang terbaru adalah “winnable”. Ia merujuk kepada label yang Umno/Barisan Nasional berikan kepada ciri calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Tetapi sama ada pengundi dan orang ramai faham atau tidak dan percaya atau tidak dengan slogan-slogan dan label-label tersebut adalah perkara lain.

Dalam bahasa Inggeris, “winnable” adalah boleh menang. Untuk menjadi calon yang boleh menang, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menjadi calon yang boleh memenangi hati pemilih.

Kalau tanya pengundi dan orang ramai siapa calon yang boleh menang itu, mereka tentulah kata calon yang baik, bersih, mesra, berusaha, berkebolehan, ada dasar dan wawasan, dan banyak lagi.

Masalahnya, semua calon akan kata, itulah ciri-ciri yang ada pada mereka. Semua parti pun kata, itulah calon-calon yang mereka kemukakan.

Oleh kerana yang mencetuskan label “winnable candidates” atau calon mampu menang itu Umno/BN, maka perlulah kita rujukkan perbahasan perkara ini khusus kepada Umno dan parti-parti rakannya dalam Barisan Nasional.

Mula-mula mereka kenalah mulakan konsep calon mampu menang ini dengan mewujudkan ruang kepada mereka. Caranya termasuklah:

1. Calon-calon yang kalah dalam PRU lalu janganlah diletakkan semula, apatah lagi kalau mereka bermasalah;

2. Bekas-bekas Menteri yang sekarang menjadi ahli biasa Dewan Rakyat silalah umumkan pengunduran mereka mulai sekarang supaya calon “winnable” boleh dikenal pasti dan ditonjolkan.

(Bekas-bekas Menteri tidak sesuai merendahkan martabat diri mereka dengan menjadi Ahli Parlimen biasa saja. Lagipun mereka tentu tidak boleh laksanakan peranan “check and balance” sebab mereka terbabit dengan dasar-dasar dan rancangan-rancangan Kerajaan masa lampau;

3. Perdana Menteri (yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN) kenalah beritahu Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak menepati slogan 1Malaysia – rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – supaya berundur dan jangan buat kacau. Kalau buat kacau, tunjukkanlah “fail sulit” mereka. Sah ramai sembelit atau cirit-birit;

4. Perdana Menteri kenalah adil bila pergi jalan-jalan. Jangan Brickfields, Petaling Street dan The Curve saja. Tolonglah masuk kampung, jalan-jalan jumpa rakyat jelata yang tak ada akaun facebook atau twitter;

5. Dengar khabar, Perdana Menteri akan siapkan senarai calon “winnable” beliau dalam masa sebulan dua lagi. Eloklah, lagi awal lagi bagus;

6. Tapi kalau nak tahu siapa bakal calon “winnable” jangan tanya Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua-ketua Bahagian saja. Jumpa dan tanya Ketua-Ketua Cawangan. Suruh mereka bagi tiga atau empat nama. Kalau calon Parlimen dan DUN pilihan mereka diletakkan, mereka mesti kerja kuat dan tidak sabotaj;

7. Boleh bagi duit kepada murid sekolah, keluarga pendapatan rendah dan pegawai kerajaan, tapi apa hal dengan berjuta-juta lagi rakyat jelata yang juga dihimpit inflasi?;

8. Bagi duit akan wujudkan permintaan tambahan. Itu baik kepada ekonomi negara. Tetapi, apabila permintaan bertambah dan bekalan tidak bertambah, harga akan naik. Apa kata kalau kita gunakan duit itu untuk tambah bekalan supaya harga tidak naik?; dan

9. Akhir kalam, tidak kira BN atau Pakatan Rakyat, jagalah baik-baik anak bini, abang adik, kawan taulan, kerbau lembu, kontrak dan projek supaya tidak jadi masalah kepada jentera parti dan tukang-tukang kempen masing-masing. Wallahualam.

52 comments:

sani said...

Among UMNO winnable candidate : Sharizat Jalil...wanna bet!!!??

jab sp said...

Ybg Dato'
Sebaik saja PM Najib umumkan bahawa UMNO akan utamakan Calun Winnable @ calun bolih menang sebagai syarat utama seorang calun,saya berkata "UMNO BELUM BERUBAH DAN UMNO BELUM MENEMUI HASIL BEDAH SIASAT SEBENAR PUNCA MERUDUMNYA UNDI BN PADA PRU12 YANG LALU."
Inilah sikap pemimpim utama UMNO yang masih menuding jari pada pemimpin bawahan dalam pencarian punca tewasnya banyak calun UMNO.
Pemimpin utama UMNO masih tidak berjumpa bahawa sebab utama rakyat menolak UMNO adalah kerana KEPIMPINAN UMNO SENDIRI dan punca orang bawahan hanya lanjutan penyebab.
Dato'
Bukan seorang atau dua pemimpin UMNO termasuk yang kali pertama bertanding tewas.Terlalu banyak dan mereka ini tewas bukan di kubu pembangkang tetapi di kubu BN sendiri dan majoritinya,otak normal sukar untuk menerimanya. Adakah ini faktor calun sebagai puncanya?.Orang yang normal otaknya akan berkata-HAMPA PUNYA PASAI AKU TERIMA AKIBAT.
Dato'
Cara pemilihan dan pemikiran orang kita tidak sama dengan orang barat.Orang barat utamakan calun tetapi orang kita utamakan parti.
Jesteru letak lah apa juga sifat sifat terbaik sebagai syarat untuk jadi calun tetapi jika rakyat menolak kepimpinan yang berada diatas,calun paling bersih akan turut tertungging sama.

Dato'
Adalah baik jika ada orang yang bolih bagi tau PM Najib,jadilah seorang Perdana Menteri dan bukan setakat seorang Presiden UMNO jika beliau mahu kepimpinannya di terima semula.
Juga jadilah seorang lelaki yang bernama laki pada seorang wanita kerana ramai yang melihat bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin utama jika seorang wanita pun gagal dikuasai kerenahnya.
Orang kita terutama Melayu masih berbudaya timur,ruang untuk kembali atas nama simpati mungkin masih ada,namun ia terhalang akibat ego ego berterusan insan utama disebelahnya.
Andaikata ego ini dibuang tidak mustahil saham yang menjunam akan mecanak naik semula.
Mungkin Melayu di selatan tidak kisah rambut terjurai tersembul,tetapi Melayu Utara dan Melayu Pantai Timur melihat menutup jurai itu adalah pelengkap bagi mereka yang baru bernama Hajjah.

Anonymous said...

DAKJ,

Bila wujud sahaja 'fail sulit', tidakkah itu secara langsung bermakna pemimpin UMNO berkenaan 'berpenyakit' lalu hilang kelayakan nya sebagai winnable candidate?

Siapa agaknya dalam senarai calun Najib itu nanti. Saya lebih tertarik nak tengok sebanyak mana kawasan melayu yang Najib akan serah kepada rakan UMNO dalam BN.

Akhir kata, undilah CALUN dan BUKAN parti.

Fed Up

Unknown said...

Salam semua, rasanya sudah sampai masa untuk rakyat Malaysia meletakkan kepentingan awam dan semua, kejujuran di hadapan dan dijadikan budaya sehari- hari.
Bukannya kepentingan peribadi yang menjadi tema sejak sedekad dua yang lalu.
Wahai pemimpin dan ahli-ahli politik('and wannabe') 'please' dan tolong mulalah mengambil dan mengamalkan contoh-contoh yang baik setiap masa supaya ianya boleh dijadikan model, tabiat dan budaya untuk generasi sekarang dan akan datang. Untuk mu, Malaysia.
Terima kasih.
SJW

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Winnable Candidates
(mana nujum pak belalang)

...
(menanti kata putus Dr Mahathir)


Sekian dahulu, Mahaguruku

ps.
upahnya pulau langkawi! masyaallah!!!!

Anonymous said...

"Winnable" dari segi menang secara main kotor dan calon itu sendiri sub-standard, bagaimana?

p.s. sy bukan sinis ttp berkata secara jujur

Harun, Sg Blh

orang kedah said...

Salam Dato',

Tak terjagalah kerbau lembu tu sebab terlampau banyak, maklumlah bukan sikit anak punya projek. Projek yang bersaiz RM250 juta tu.

Soal winnable candidate,, sebenarnya semua pemimpin Umno mahu dilihat winnable dan merasa diri winnable. Sebab tu dok berebut sakan.

Kalau nak ikut kriteria winnable yang Dato' sebutkan, ada ramai lagikah pemimpin Umno yang layak jadi calun...?

Kalau pimpinan didapati hilang kelayakan winnable, maka kenalah bagi laluan kepada calun lain yang mungkin tidak berada dalam hiraki pimpinan tapi winnable untuk jadi calun.

Rasanya perang dunia ketiga akan meletus dalam Umno tak lama lagi.

saji said...

Salam Dakj

Atas alasan orang UMNO masih dibelnggu masalah berpuak2 yang teruk, setuju atau tidak, label calun "winnable" merupakan muslihat politik DSHjNajib bagi membolehkan beliau meletakkan calun 'orang Najib' yang ada beberapa kelebihan,tidak semestinya anak tempatan, tidak semestinya antara orang kuat UMNO bahagian atau cawangan tempatan dan baik lapuran SBnya.

Anonymous said...

Kalu semua winnable candidate UMNO tu diketahui umum memang penyamun pun nak pilih juga ke?
Mana pergi Bersih Cekap Amanah dulu tu.
Rakyat mahukan pemimpin yg amanah menjaga kepentingan agama bangsa dan negara.
Dlm persidangan UMNO baru ni tak sentuh pun perkara ni.
MCA,MIC dah jadi harimau dan UMNO dah jadi kucing.
Dah jelas yg kuat bukan Anwar tapi yg lemah adalah Najib.


Harimau Jadian.

ab said...

Salam dato,


Bab `winnable candidates' ini bolih buat ramai bergaduh....


Kalau cawangan cadang, bahagian kata kena ikut bahagian,kalau bahagian cadang,perhubungan negeri kata kata ikut dia, kalau perhubungan negeri cadang,MB atau CM kata kena ikut dia punya senarai, akhirnya sampai ke PM dia `akan kata `this is my list,and it is final!'.....


Dah kecoh,masam muka berapa tingkat?...


Tak masuk kira `buyable/saleable candidates' lagi ni....


Tak kira` whisperable candidates' lagi....


Tak termasuk `cable candidates' lagi.....


Tak masuk `recycleable' menagisabel, merayuable dan macam macam `xble' lagi....



Malaysia oh malaysia, what a worderful country!....kalau tak bergaduh lagi bagus.. `Malaysia is a land of milk' kata beberapa orang sri lanka dan bangladesh yang saya jumpa ....



Abu Bakar Ab Rahman

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Kami setuju sangat pandangan dan cadangan pak Datuk terutamanya perihal 'fail sulit'..tersenyum sempol kami teringat akan fail2 yang 'dibuka' termasuklah fail2 gulungan V.I.P ( Very Important Penulis)yang radikal seperti AKJ..suatu ketika dulu.

Ketika era sebelum Pak Lah tidak pernah kita dengar slogan/label sedemikian rupa kerana rakyat begitu yakin dan teguh dibelakang BN hinggakan terdengar kata2 ' Gomen letak itu Orang Utan pun garenti menang punya'.

Mengapa agaknya kini perlu bersusah payah mencari calon2 'winnable' padahal Najib sedang bertungkus lumus untuk menjayakan slogan 1 Malaysia?.. rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Adakah Najib sendiri tidak yakin kepada usaha 1 Malaysia nya?

Kalau beliau betul2 yakin makanya slogan 'winnable candidate' tidak perlu diada2kan dan beliau seharusnya mencari 'capable candidate' iaitu calon2 yang;

1. mampu memberi khidmat yang tidak berbelah bagi bagaikan seorang 'ayah' melindungi anak2nya demi kesejahteraan dan kebahagian hidup rakyat yang diwakilinya .

2. mempunyai akhlak dan sikap mulia yang boleh dicontohi. IKhlas, suci, jujur dan benar dalam menjalankan tugas.

3. dihormati dan disenangi oleh ahli2 parti dan sentiasa mendengar pandangan dan teguran2 AJK dan ahli2 Bahagian nya.

4. kami 'copy & paste' kata2 AKJ '

' Akhir kalam, tidak kira BN atau Pakatan Rakyat, jagalah baik-baik anak bini, abang adik, kawan taulan, kerbau lembu, kontrak dan projek supaya tidak jadi masalah kepada jentera parti dan tukang-tukang kempen masing-masing. Wallahualam.'

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Kami difahamkan ada 'api dalam serkam' diPutrajaya..ignited by the Royal Ma'am of Seri Perdana...
Nauzubillah

Orang Kampung. said...

Asalamualaimum Dato semoga terus sehat:

Dato Najib telah memulakan istilah WC bagi PRU 13 nanti.Pengundi pun nakn tengok Dato Najib laksanakan apa yang dikatakan agar dikotakan.Jangan sekadar hendak memberi kesedapan hatipengundi alamatlah pada UMNO/BN nanti.

Andai kiranya Dato Najib gagal mengenengahkan WC ini bererti rakyat akan membuat keputusan sebaliknta.Suara UMNO/BN bukan lagi mencerminkan suara rakyat.Pengundi atas pagar tanpa parti tidak terikat dengan mana-mana ideologi parti politik.

Ramai juga pemerhati politik di Tanah Melayu menyatakan Dato Najib telah berjaya meletakkan WC semasa pilihanraya kecil sahaja.Mereka meramalkan PRU 13 Dato Najib dijangka akan gagal menampilkan WC kerana sepak terajang dan kerenah terutamanya Tuan Besar Ketua Bahagian disetiap negeri.Sudah wajar bukan semua Tuan Besar Ketua Bahagian itu seorang WC.

Satu lagi tentang WC ini sejak skhlir-akhir ini ramai lah ALIM KUCING sahaja.Sudah kurang menikus
kerana takut terkeluar dari zon WC.

Apakah Melayu bergantung pada UMNO atau UMNO bergantung pada Melayu.Atau pun Melayu kini bebas berpolitik dan tidak terikta dengan PAS,DAP,PKR dan juga UMNO sendiri.

PAS pun sudah lari dari asal perjungannya sebelum memerintah Malaysia.Banyak pertanda dan bukti semua yang dilakukan oleh PAS sendiri.Mungkin PAS mahu keluar dari parti Pak Lebai macam dulu.PAS dan Pakatan Rakyat pun apa kurang dengan WC mereka.Maka berentap lah PRU 13 nanti.UMNO pun serupa juga ada juga unsur terkeluar dari landasan nya.Pengundi muda sudah tak,hirau lagi zaman nostalgia UMNO.Bukan tak kenang budi.Cuma terkenang masa depan yang lebih terjamin.Produk siapa lebih bagus..

Wajarkah UMNo dan PAS dibubarkan dan digantikan dengan parti Melayu yang lain untuk semua Melayu dengan nafas baru dan segar.

Sebenarnya UMNO pun sudah menjadi kerdil seperti ayam katik atau pokok bonzai kerana faktor usia dan selesa serta alpa dengan kuasa yang ada.Manakala Parti lain pun belum tentu bagusnya kerana banyak main dengan janji manis termasuk bulan dan bintang.

Nasib malang menimpa UMNO kerana terlalu berlebihan merebut kuasa bila musim pemilihan kerana alasan demorasi tulen termasuk gejala politik wang.

Segalanya terserah pada Dato Najib.Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah padanya dalam menghadapi saat kesukaran ini.


Betul kata Dato Kadir.Semua parti akan janjikan WC.Macam orang jual ubat semua akan kata ubatnya bagus murah berkesan dan cepat sembuh

Bedul said...

Yang patut blah, undurlah secara hormat dan sukarela. Tak perlulah Najib menyuruh berhenti.
Ikut budaya dan adat Melayu, agak sukar untuk meminta seseorang pemimpin itu meletakkan jawatan.
Kena jaga hati dan mengatakan si anu tu sendiri pohon untuk tak bertanding. Standard PR orang UMNO.
Fikir sendirilah jika kita patut berundur. Jangan masalah kita dijadikan kempen politik yang menyusahkan pucuk pimpinan untuk defend.
Prime example is Aunty Ijat. Tak perlulah menyinsing lengan nak menegakkan benang basah.
Maybe there's no case, but you are perceived as in the guilty party.
Give up your ministership and concentrate being Wanita UMNO leader.
Dah kalah di Lembah Pantai, buat apalah try lagi. Kasilah seat to Raja Nong Chik untuk lawan Izzah, yang boleh menang, insyaAlah.
Another one is Rais Yatim. Ewah selepas Najib cakap tentang perlunya mengosongkan kerusi for winnable candidates, diapun tumpang semangkuk buat komen.
Luculah Menteri hang, Pak Kadiak. Dia pula sahut seruan PM suruh orang lain berhenti. Kahkahkah.
Dahlah tu sibuk ambil gambar PAU as usual. Make it your last memory lah, Pak Rais oi.
Masih lagi dok titi jambatan yang anda bakar.
Yang seangkatan dengannyapun perluah juga berundur like Mohd Nor Yaakub dan ramai lagi. Bung Mohtarpun sama mesti quit. Janganlah suruh Aunty kita sahaja letak jawatan.
The field is open for voluntary resignations but only few takers like Idris Jusoh, who knows he is no longer wanted.
Kita dah pledge baiah kan, so tolonglah calon baru jika kita tak dpilih.
Janganlah kita buat cerita lain dan membantu kemenangan parti lawan pula.
Lepas tu tulis blog mencaci UMNO macam seorang bekas Adun, a prolific anti-UMNO blogger.
UMNO perlu lebih takut kepada orang dalaman gagal yang keciwa daripada musuh-musuh luar parti yang sedikit sebanyak menyebabkan tsunami politik 2008.
Fikirkanlah UMNO tetap berdiri tanpa anda. No one is indispensable.

abdullahngah said...

Pada saya calon "winnable" yang dijanjikan oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib itu tidak lain dan tidak bukan orang yang akrab dengannya.

terutama sekali orang yang banyak kali mencium tanggannya ketika bersalaman.

Kedua, orang yang sealirannya dan tak pernah bangkang atau kritik apa yang dilakukan sedangkan itu salah sekalipun.

Pendek kata mereka itu adalah "yesman". Inilah "winnable" ukuran perdana menteri.

Ini adalah kesinambangan pemimpin terdahulu. Baik zaman Tun Mahathir sekalipun tidak terlepas daripada kritera cipta sendiri.

Sejarah telah membukti suatu masa dulu calon tunggul kayu pun boleh menang, hatta lawannya daripada pembangkan calonnnya ada MA.

Dalam umno saya dengar cerita Dr Asraf Dasuki yang ada PHD pernah tewas bertanding ketua pemuda bahagian Tumpat.

Pada bagi saya Dr Asraf ini calon winnable dalam pilihanraya akan datang.

Dia Kalah ditangan Kamaruddin Jaafar di Perlimen Tumpat lain ceritanya.

Dalam politik yang tak ada kena mengena dengan Islam sebenar usah cakaplah.

Kriterianya diambil dari cadangan iblis syaitan sebenarnya.

Calon yang boleh menang bagi saya ialah mereka yang banyak korbankan wangnya. Siapa sanggup habiskan duit sebanyak mungkin mereka past winnable.

PAS hampir jatruh diKelantan pada 2004 adalah kerana duit yang begitu banyak dilaburkan. Demikian juga di Terengganu.

Umno menghabiskan wang rakyat sebanyak RM4 juta satu Dun menerusi gelombang biru membuat PAS tumbang teruk dan buruk.

Umno akan ulangi kembali di Kelantan dalam pilihanraya umum ke 13 ini menerusi gelombang merah.

Entah berapa ribu juta dibelanjakan kita tidak tahu.

besi said...

dato...
satu pandangan yg jujur dari pengalaman..nampkanya.
sebagai rakyat kami memang mahukan calon2 yang berkualiti dari kedua-dua pihak..supaya siapa menang nanti tidakla cacarmerba jadinya.
salam jumaat dato...

Bedul said...

Lupa pulak nak cakap tadi. Kenapalah UMNO tak mencalonkan Dato' AKJ untuk kerusi ADUN Kedah.
Bila menang boleh jadi MB.
Pak Kadiak anak petani yang tahu degupan jantung dan nadi rakyat negeri jelapang padi.
Saya pasti PAS akan kalah kali ini di negeri itu.
Saya tak nampak calon lain dari UMNO yang berwibawa macam AKJ.
Jom kita ramai-ramai hantar proposal kepada Tok Jib.

Anonymous said...

DAKJ,

Indonesia terkenal dalam mencipta akronim-akronim dan slogan-slogan yang gah. Ada kala ianya menjadi modal untuk lawak jenaka orang Malaysia. Tetapi sekarang nampaknya kita akan mengalahkan mereka. Jadi janganlah nak tertawakan mereka lagi.

Buat pertama kali, kita dihidangakan dengan 'orang UMNO' - tidak memadai menjadi 'ahli UMNO' sahaja kata Najib. Kalau diteliti kesemua ciri 'orang UMNO' yang telah disenaraikan, saya bertanya kepada diri sendiri 'bukan kah itu juga ciri-ciri yang perlu ada pada semua ahli UMNO? Apakah Najib hanya 'splitting hairs' yang boleh mengelirukan ahli-ahli UMNO yang sudah keliru dengan pelbagai slogan dan akronim yang muluk-muluk seperti 'winnable candidates.'

Jadi siapa ahli UMNO? Sekadar 'card-carrying members'?

Pada saya, tentu lebih berkesan dan bermakna kalau ahli-ahli UMNO disuntik dengan ciri-ciri yang telah disenaraikan tadi. Tak usah nak diserabutkan lagi pemikiran mereka yang kini sedang memasang harapan tinggi terpilih sebagai 'winnable candidates'.

Apa tidaknya - kerana Najib telah memberi perakuan sesiapa jua boleh menjadi 'winnable candidate'tanpa mengira kedudukannya dalam parti.
Sejauh mana ianya boleh diterima oleh semua 'orang UMNO', sama-samalah dinantikan.

ZMS

Anonymous said...

Alah Dato', apa nak kira sangat pasai winnable atau tidak kalau yang kalah bertanding dan tak bertanding pun boleh dapat jawatan. Kesian kat orang yang susah payah bertanding dan berkempen apabil kemenangan depa tidak mendapat ganjaran yg sewajarnya. Orang boleh cakap macam-macam, tapi kalau kena kat diri sendiri, apa rasanya?

-- BALANGLAMA

langitbiru said...

Sepintas lalu kata-kata api PAU2011,

"......mengetepikan jati diri Malaysia berpaksikan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan........".

Jadilah Malaysia, Republik Malaysia. Terhapusnya Raja, terhapusnya Islam, itu yang dimaksudkan!

"Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di Tanah sendiri".
Tak pangkah UMNO, Melayu jadi bangsat, itu yang dimaksudkan!

"Andaikata UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?"

MAHU DIPANDANG MULIA?

Baiklah, kita dengar satu Ucapan Agung ini,

"Kita adalah bangsa yang diberi KEMULIAAN oleh Allah dengan ISLAM, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurniakan Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina".

Itulah Ucapan Khalifah Umar Al-Khattab r.a di Baitul Maqdis, selepas menjatuhkan 2 kerajaan yang lebih besar,lebih hebat keduniaannya, iaitu Rom dan Parsi. Maknanya, sesuatu bangsa itu dimuliakan DENGAN ISLAM, bukan kerana kekuatan, kehebatan, kekuasaan sesuatu bangsa.

Satu ayat khusus untuk bangsa Arab yang beragama Islam,
"Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini" (Surah Muhammad, 38).

Benarlah ayat ini, sejarah tamadun Islam, berbagai bangsa mengambil alih kepimpinan Islam menggantikan bangsa Arab, bilamana bangsa Arab itu leka dengan duniawi.

langitbiru said...

Selepas mukaddimah diatas, izinkan saya mengulas sedikit satu saranan seperti dibawah;

"Akhir kata, undilah CALUN dan BUKAN parti".

Saya merenung sejenak,bagaimana boleh "terfikir" saranan sebegini dalam lanskap politik Malaysia? Sejak merdeka, kita tak pernah memilih secara langsung PERDANA MENTERI, TIMBALANNYA, dan MENTERI KABINETNYA. Kita juga tidak pernah memilih secara langsung MENTERI BESAR dan Exconya, Ketua Menteri dan Exconya. Kalau kita boleh memilih mereka ini secara langsung melalui peti undi, MUNGKIN betui saranan di atas!!! (Yang kita pilih melalui peti undi cuma calun ADUN, dan calun PARLIMEN).

Baiklah, kita tinjau sedikit calun-calun UMNO. Dulu-dulu, hingga ke PRU12, sapa-sapa jadi calun UMNO tu "cukup hebat". Maknanya, beliau TELAH lulus dan menang dalam "permainan politik budaya UMNO", sekurang-kurangnya di peringkat Bahagian. Berapa banyak duit dihabiskan untuk "menang"? Maka bagi saya, calun UMNO ini adalah calun "pelakun masyarakat terhebat". Depa ini boleh melakunkan apa jua perangai dan cara masyarakat.

APAPUN, semua calun wajib dari kalangan "Orang UMNO", orang yang benar-benar faham dan arif Budaya UMNO, iaitu Budaya Permainan Politik UMNO. Budaya UMNO ini amat hebat, kerana ia mampu menangkis dan menguburkan apa jua "kuasa-kuasa ajaib" yang tidak selari, selaras, selandasan dengan budaya UMNO. "kuasa-kuasa ajaib" inilah pada pandangan umum, ciri-ciri yang layak diangkat sebagai YB/Pemimpin.

Contohnya, kelayakan akedemik sebagai loyar. Loyar yang hebatpun, sekali ditelan oleh budaya UMNO, dia akan berjalan lurus atas landasan UMNO. Loyar Shahrizat, hebat sebenar orangnya. Tapi bilamana lemas dalam budaya UMNO, cakapnya bukan macam bijaknya loyar bercakap. Amat menarik, dengan sinsing baju dilengan, isu RM250 juta lelembu-kondo dikira SUDAH selesai. Tu dok ugut nak selak kain, pelik bin ajaibnya dapat sorakan gemuruh nak selak kain!!!

Ada yang dapat PhD Pengajian Hadis di Al-Azhar, tapi bila lemas dalam dakapan budaya UMNO, boleh dr hadis ni keluar fatwa, perempuan darurat boleh melacurkan diri!!! Ada yang Master di Madinah, menentang hudud bukan main lagi. Terbaru, dalam konvensyen MCA baru-baru ini, hadir sama berceramah rupa-rupanya Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu. Bersama beliau juga, ulama-ulama muda, ber-PhD pun ada, tapi diam seribu bahasa bila Chua Soi Lek menghina hukum hudud, BETUL-BETUL didepan mereka. Sama juga lah Penasihat Agama Menteri Besar Pahang!!! Semuanya lemas dan tenggelam dalam budaya UMNO.

Ada yang lulus dari Oxford. Berani dia, mencabar sesiapa saja berdebat dengannya, termasuk ingin membela lembu dan kondo. Sayang sekali, kerana lemas dalam budaya UMNO, penampilannya tidak kemana.

PENDEK KATA, sesiapa yang tenggelam dalam budaya UMNO, baik lulusan Oxford, Harvard, PhD Al-Azhar, PhD Madinah, loyar-loyar, doktor-doktor, siapa saja, semua kuasa-kuasa ajaib ini hilang dalam budaya UMNO. Inilah tradisi calun UMNO. Berfikir cara UMNO, bercakap cara UMNO. Bukan cara PhD, cara Oxford, car doktor-doktor, loyar! Tiada lain melainkan cara UMNO. Beku, lesu, dan pilu.

PERNAHKAH ada akta-akta yang diluluskan di Parlimen oleh UMNOBN tidak disokong walaupun oleh seorang YB UMNO?? Semua calun-calun (tanpa mengira latarbelakangnya) UMNO terikat dan diikat sekuat-kuatnya oleh Budaya UMNO, tiada yang terkecuali.

Jadi, kalau ada saranan "undilah CALUN dan BUKAN parti", tentu sekali saya amat tidak bersetuju. Dan bagi saya, seolah-olah tiada pendirian yang tetap, tiada pandangan matlamat akhir yang jitu, kabur! Berdemokrasi Piramid cara Malaysia, matlamatnya, siapa yang akan diangkat sebagai PM! YB-YB hanyalah susunan batu bata menuju puncak!

Ya lah, kalau turun ke laut, biarlah tahu garis sempadan air sungai dan air laut. Biar jelas mana hitam, mana putehnya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf cakaplah tapi siapa yg sebenarnya tak menghormati pendapat Pakar-pakar?? Contoh yg terang & nyata ialah dalam isu Lynas dan juga Bukit Kepong. Perluke saya uraikan semula? Janganlah kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak. Tak berapa manis tu. Cukup-cukuplah buat provokasi.

Cadangan utk Dato’ bertanding atas tiket UMNO tu, saya rasa tak berapa sesuai sangat. Pertamanya, saya rasa Dato’ sendiri pun tak berminak nak bertanding, tapi lebih berminat menjadi pemerhati politik. Kalau tidak, dah lama dah Dato’ jadi YB masa zaman Tun dulu. Lagipun, akhir-akhir ni, artikel Dato’ banyak sangat ‘mengusik’ Dato’ Seri Presiden dan ISTERInya, juga UMNO secara tak langsung. Sesekali menyakat PAS. Tapi, jarang sekali bercerita tentang Anwar Ibrahim dan PKR. Walau bagaimanapun, saya menghormati hak seseorang. Apa salahnya diberi pujian kepada UMNO dan kerajaan BN sekali-sekala jika ianya betul??? Boleh ke???

Tentang calon winnable candidate, rasanya Dato’ Seri Presiden dah ada ilham dah, lebih-lebih lagi baru balik haji ni. Bila di tanah haram, berjumpa sekalian tetamu Allah, moga terbukalah pintu hati Dato’ Seri Presiden disana. Sekian TQ.

doncin cai said...

masa muda2 dulu, saya follow **** namanya "winicon" trainer - bernad ang... based kat singapore, drebanya bertuko tuko.. michikawa, oscar chavez, saimee... bila try.. wowww handsome dividen 97/30.. 67/23 rasanya calon calon umno pun kena gallop, trot etc macam **** juga.. sebab salah seekor tu, namanya "WINNABLE" juga... gamaknya idea umno ni, datang dari sini juga kut !!!!

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Langitbiru said,
Terbaru, dalam konvensyen MCA baru-baru ini, hadir sama berceramah rupa-rupanya Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu. Bersama beliau juga, ulama-ulama muda, ber-PhD pun ada, tapi diam seribu bahasa bila Chua Soi Lek menghina hukum hudud, BETUL-BETUL didepan mereka.

Salam kasih sayang Sdr. Langitbiru,

Begitu jugalah adanya Tok Guru-tok guru PAS diam seribu bahasa pabila Tok Janggut DAP melaungkan ' LANGKAH MAYAT SAYA DULU..' yang terpapar BETUL-BETUL dimuka hapadan Akhbar2 perdana.. mungkin ketika itu saudara yg kami hormati hanya membaca HARAKAH je kot?

Cubit mencubit membawa bahagia..
Bahagia Menjelma oleh A. Ramli (arwah), penyanyi pop Melayu dari Singapura..
Diam seribu bahasa juga tok guru2 dan orang Melayu/Islam disana apabila LKY memperlekeh pegangan dan amalan Islam mereka.

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Seharunya, pendekar2 dalam parti PAS tampil 'memancung' kepala kafirin seperti Soi Lek(tak lupa juga kepala Karpal)tu? Barulah jelas seperti 'kristal' jihad parti PAS dalam memperjuangankan hududnya.
Kami bukan menunding tapi menempel aje..

Anonymous said...

Salam Dato,

I have linked this post at my Blog today. Here is the link :

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/12/tun-dr-mahathir-suruh-shahrizat-undur.html

Syed Akbar 'OutSyed The Box'.

langitbiru said...

Cubit mencubit membawa bahagia..
……HANYA (insyaAllah) kalau cubit-cubitan ini ikhlas kerana Allah swt!

Berbeza pendapat, berbeza perbuatan, berbeza amalan.

Lumrah manusia, semuanya, KECUALI mereka yang benar-benar mengambil dan kembali kepada Quran dan Sunnah bila berselisih pendapat.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu BERLAINAN PENDAPAT tentang sesuatu, maka KEMBALIKANLAH ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa, 59)

Lumrah manusia, semuanya, samada yakin atau menyangka, perkataannya benar,perbuatannya benar, tindakannya senantiasa BETUL DAN BAIK .

Dengan itu, lumrah manusia, dengan persangkaan atau keyakinan itu, mereka fikir merekalah paling beruntung, tidak rugi.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu tentang orang-orang yang PALING RUGI perbuatannya?"" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka MENYANGKA bahwa mereka sentiasa BETUL DAN BAIK dalam setiap tindakan. (Al-Kahfi, 103-104)

Bila diam seribu bahasa hukum hudud dihina, BETUL-BETUL didepan mereka, disangka BETUL dan BAIK tindakan mereka, teruskanlah…….

Hukum Hudud semua orang Islam tahu, hukum yang jelas sejelas-jelasnya dari Quran dan Sunnah.

Kerana Budaya Assobiyyah yang sangat kuat, disamping MENCARI KEKUATAN DISISI KAFIR, dibuatnya helah……aahhh, Hudud PAS, bukan Hudud Islam……….Oooo, masa belum kondusif, belum sesuai, TAPI Allah swt maha mengetahui apa yang dirahsiakan di hati hati kamu!!

Bagi mereka ini,

Hudud PAS, bukan Hudud ISLAM.
(Maknanya, Hudud direkacipta PAS, bukan berlandaskan Quran dan Sunnah, TAPI berlandaskan NAFSU)

Maknanya, sama jugalah,

Binatang sembelihan PAS, bukan sembelihan Islam.

Sembahyang PAS, bukan sembahyang Islam.

Haji PAS, bukan haji Islam.

Puasa PAS, bukan puasa Islam.

DAN PAS, BUKAN ISLAM?

KERANA DAKWA MEREKA INI, PAS BERDIRI BUKAN ATAS LANDASAN QURAN/SUNNAH

PAS MENEGASKAN, KAMI DIATAS LANDASAN QURAN/SUNNAH

KAMI DENGAR DAN TAAT (BERIMAN) KEPADA AYAT-AYAT TUHAN

SESEKALI, KAMI TIDAK AKAN KAFIR TERHADAP AYAT-AYAT TUHAN,INSYAALLAH

Mereka itu orang-orang yang KAFIR TERHADAP AYAT-AYAT TUHAN mereka dan (kafir terhadap) perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.(Al-Kahfi 105)

“…….bila Chua Soi Lek menghina hukum hudud, BETUL-BETUL didepan mereka”.

“…..pabila Tok Janggut DAP melaungkan ' LANGKAH MAYAT SAYA DULU..' yang terpapar BETUL-BETUL dimuka hapadan Akhbar2 perdana..”

Jika 2 ayat ini dianalogikan SAMA maknanya, SAMA masa dan keadaannya, SAMA pentas siarannya, SAMA penyampai beritanya…….terpulanglah!
Dari ilmu nahu dan tatabahasanya, kalau dalam SPM, saya katakan ianya tak sama…….


Apapun, bila pendekar2 samurai melayu(UMNO Baru) tampil acah-acah 'memancung' kepala Tok-tok Guru , semestinya kami bergasak pertahankan Tok-Tok Guru (KECUALI, bila Tok-Tok Guru sendiri tidak lagi taat kepada Allah, dan tidak lagi taat kepada RasulNya).

abdullahngah said...

Oleh kerana Datok kata semua parti akan janjikan calon winnable maka PAS pusat telah memutuskan Dr Hassan Ali adalah calon tak boleh menang dalam PRU 13 ini.

Begitu drastik PAS membuat keputusan sesetengah penganalisis politik negara ini.

Bagi saya ia bukan suatu yang drastik, tetapi lama dah bahawa nama Dr Hassan Ali tidak tersenarai sebagai calon PRU 13 walaupun ada yang mengatakan ia calon winnable.

Saya percayai Dr Hassan Ali adalah calon winnable PAS dalam PRU 13 nanti miskipun berlaku kontroversi sedikit.

Bagi saya dia sebenarnya lawan arus. Bukan apa apa atau bukan calon tak boleh menang.

Buktinya ia telah digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAs Selangor dan diberi kepada Dr Rami.

PAS mengugurkan beliau bukan atas nama kurang sihat, atau tokoh tak boleh menang dalam PRU 13, tetapi tidak selari dengan kerajaan Pakatan Rakyat selangor yang sangat bertolak ansur dalam kes perlaksanaan beberapa peraturan yang dikehendaki Islam.

itu saja.Maaf ya cakap.

Anonymous said...

Salam Dato,

Cadangan Dato untuk mengenalpasti calon winnable adalah sangat tepat. Walaupun amat sukar untuk memilih 'calon winnable' dikalangan Pembesar umno yang ada. 'Kalau buat kacau, tunjukkanlah “fail sulit” mereka. Sah ramai sembelit atau cirit-birit'. Jika criteria 'winnable' itu adalah calon tanpa ada rekod rasuah, salah gunakuasa, penyelewengan dan sebagainya, maka soalan saya ada ke calon umnobn yang memiliki criteria tersebut Dato'? Terutamanya dikalangan Perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agung?

Soalan kedua; Panel yang membuat pemilihan calon winnable tersebut adakah dikalangan yang bersih dari dakwaan terlibat dalam pembunuhan, rasuah@komisen, salahgunakuasa, penyelewengan dan sebagainya?

Soalan ketiga; jika adalah dicelah-celah kalangan Perwakilan itu ada yang betul-betul bersih terpilih (tak ada fail sulit yg hendak ditunjukan) bukan ke akan menimbulkan masalah kepada besar kepada pucuk pimpinan yang sedia ada?

Soalan keempat; Dato dah pecah rahsia besar Pembesar-Pembesar umno selama ini. Dan tangggapan rakyat bahawa setiap pemegang jawatan umno dan kerajaan ada 'fail sulit' (maaf bahasa kasar sikit Dato, minta izin; fail picit teloq) untuk dijadikan bahan 'peras ugut'. Fail sulit pucuk pimpinan dua tiga kerat yang memiliki kuasa sepenuhnya diatas tu macamana pula Dato? Nampak gaya semua ahli kabinet kena berundur?

Pada pandangan saya lah Dato arus pembaharuan waima apa slogan,akronim, apanama sekalipun tidak lagi diambil peduli oleh rakyat. Perubahan minda dan tanggapan tidak boleh lagi dicapai oleh pembesar-pembesar umnobn.

Maaf Dato' saya dulu pun tak miss hadir di Perhimpunan Agung dengan semangat yang tinggi. Sebagai rakyat biasa yang bergaul dengan golongan pertengahan dan bawahan ini saya rasa faham kegelisahan mereka. Dan kali ini kegelisahan itu semakin ketara dan merebak luas.

Merenung tulisan-tulisan Dato saya kira Dato sedang mengutip sisa-sisa perjuangan lama umno untuk menampung benteng-benteng umno yang semakin rapuh dirosakkan sikit demi sedikit oleh anak-anak manja (spoilt child) Pemimpin umno diamanahkan kuasa.

Dato jika boleh, diibaratkan sebagai Hang Tuah ' Tidak akan hilang Melayu di Dunia' tapi yang pasti hari ini Empire Kesultanan Melaka yang di agung-agungkan dahulu tidak lagi berkuasa hari ini.

Negara yang tercinta ini perlu 'di reset' semula untuk terus maju tanpa rasuah, salahgunakuasa, penginayaan,dan penyelewengan. Umno diberi peluang selama 54tahun tapi gagal.

Drp; zuki ahmad

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat

PRU13, Dua Imam & Calin Bebas
(kenapa ajaran wahabi itu ganjil)

Dalam suasana dua imam, apakah peluang calon-calon bebas diterima rakyat yang mengundi di PRU13?

Betulkah Al-Arqam dahulu diharamkan kerana kepalanya bercakap-cakap dengan jelmaan nabi?
Sekarang ini kita ada terbaca ada mereka yang hirau pirau pasal derma yang bertimbun yang pergi ke yang dahulunya isteri kepala Al-Arqam itu yang matinya di Pulau Labuan.

Kalau tersilap fakta tolong betulkan, Dato.

Sekian

Free Man Friday

watanabe said...

Jika Najib inginkan kemenangan besar didalam PRU yg akan datang beliau seharusnya membuang kesemua pemimpin2 yg dikatakan mempunyai fail sulit...

So persoalannya mampukah Najib membariskan sekurang2nya 35% dari kalangan pemimpin2 muda yg berbakat dlm PRU yg akan datang....??

Amat malang sekali Umno tiada mempunyai pemimpin2 pelapis muda yang terdiri dari kalangan professional yang berbakat kerana sepertimana yg kita ketahui sejak dari dahulu lagi puak2 gengster UMNO peringkat cawangan & bahagian telah menyekat kemasukan mereka kerana takut kehilangan kuasa.

rosdi said...

saya orang muda dan profesional muda.. insyAllah saya dan kawan2 akan undi pakatan rakyat... kami sedang merancang untuk kemenangan itu dan rancangan ini sendiri tidak diketahui PR... Kalau ramai lagi orang muda macm kami.. PR x perlu berkempen insyaAllah boleh menang.. tapi PR kena kempen gak lah...kami kategori DAP (di atas pagar... kami akan gunakan medium baru.... heheh.. bye2 umno..

OKJ said...

Salam DAKJ

Izinkan saya menghangatkan perbahasan ini, jika diizinkan?

Orang PAS

Saya berasa cukup kesian bila melihat Dato’ Dr Hassan dilayan begitu oleh orang PAS sendiri. Rupanya, ‘cah keting’ dalam PAS teruk jugak. Masakan Pesuruhjaya PAS selama 8 tahun boleh dilayan sebegitu rupa. Itulah orang PAS. Bagaimana pun, saya tak berasa pelik pun sebab ada orang PAS mentafsirkan surah Al Baqarah ayat 120 ; mengqiaskan “mana-mana orang yang membenci dan memusuhi orang PAS, mereka itu seolah-olah orang Yahudi dan Nasrani”. Jadi rasanya, prinsip Dato’ Dr Hassan nak menegakkan Islam dan Melayu tidak berapa kena pada kaca mata mereka sebab tidak dapat membezakan antara orang PAS dan orang Islam yg lain di Malaysia ini.

Hudud PAS

Saya juga berasa cukup kesian sebab orang PAS sebok dengan Hudud PAS tapi Tuan Guru Presiden sendiri tak berapa yakin sampai membayangkan Hudud PAS berkemungkinan besar tiada dalam manifesto pilihanraya yg akan datang. Saya pun tak tahu sebab apa tapi mungkin mereka masih tercari-cari hukum meLIWAT bini sendiri kot. Dan contoh yg nyata macam YB Zulkifli Nordin bercerita, ada yg dah kena dah pun. Kotor dan tak senonoh betullah puak-puak ni!!!! Stor kunyit pun ada yg ketagih rupanya. Sekian TQ.

abdullahngah said...

mengapa ulamak umno membisu ketika bakas menteri kesihatan hina hudud, kerana hudud itu adalah hudud PAS.

Dr Ridhuan Tee kata tak apa hina hudud Pas. Yang tak bolehnya ialah hudud Allah.

Itulah pendapat ulamak umno. Mereka diam kerana hudud yang Kelantan hendak laksanakan itu adalah hudud PAS.

Tun Mahahtir pernah sebut hudud itu adalah hudud PAS, bukan Hudud Allah.

Anonymous said...

Salaam Datuk AKJ, mohon izin lama tidak debat karena balik Indon melawat kampung halaman yang lama ditinggalkan.

Saya tertarik dengan kelam-kabut Pas sekarang yang simtomatik kepada hilang arah tujuan partai Islam itu akibat kerjasama dengan parti sekular DAP dan parti reformist-cultist PKR.

Saya rasa Pas amat desperate antara keinginan mengekalkan imej sebagai partai Islam dan mengunci undi tradisional dengan nafsu untuk mengalahkan Umno dan berkuasa.

DAP tidak mengubah apa-apa bila menyertai gagasan Pakatan Rakyat. Begitu juga PKR yang mengidolakan Anwar. Yang nyata mengorbankan prinsip ialah Pas sehingga sedia berdolak-dalik tentang Darul Islam dan Hukum Hudud, hatta pejuang Islam yang gigih seperti Dr Hassan Ali sedia dikorbankan kerana dia menjadi duri dalam daging kepada PR di Selangor.

Apa yang kita lihat dewasa ini ialah penyeragaman dasar Pas dengan Pakatan Rakyat, bukan Pas mempengaruhi Pakatan Rakyat supaya menerima kewajaran Darul Islam dan Hukum Hudud. Dalam erta kata lain, Pas sudah mengalah kepada DAP dan PKR.

Profesor Pencen
Bangi

Budak Kelabu said...

Salam Dato'

Masih ada yang terasa termakan budi dengan umno. Sebagai membalas jasa tersebut ada yang setakat berterima kasih, ada yang memberikan undinya, ada juga yang mempengaruhi orang lain untuk mengundi umnobn hanya kerana dia dapat sesuatu dari umnobn tapi belum tentu orang yang dipengaruhi itu mendapat apa-apa dari umnobn.

Ada yang terus mengundi umnobn hanya kerana dapat biasiswa. Ada yang mengundi umnobn hanya kerana mendapat pinjaman PTPTN. Ada yang mengundi BN hanya kerana dapat RM100 atau RM500 dan ada yang mengundi hanya kerana pinjaman AIM dan tekun, dan ada yang mengundi hanya kerana dihadiahkan kain pelikat. Itulah tahap pemikiran Melayu untuk membuat keputusan mengundi tanpa memikirkan bahawa semua itu adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah baik BN mahupun PKR.

Isu rasuah yang dahsyat dan melampau , salahgunakuasa, bunuh, penyelewengan, merompak khazanah negara melalui Felda, MAS, EPF, PKFZ, scorpene,, memperkudakan PRDM, AG, SPR, SPRM, imigresen, mahkamah tidak menjadi kudis bagi mereka.

Mereka tidak tahu sepatutnya bukan mereka sahaja yang mendapat biasiswa malah semuanya layak jika kerajaan tidak dipenuhi oleh pegawai yang rasuah. Begitu juga halnya dengan kadar tol yang tinggi, barang keperluan harian yang naik mendadak sehingga belaku kenaikan empat kali dalam setahun. Walaupun minyak sawit kita miliki tapi hilang dipasaran. Tapi mereka merungut tapi reda dgn alasan yang diberikan oleh Pak Menteri walaupun tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

Lingkup negara pun tak apa.

Drp; salleh bachik

Budak Kelabu said...

Salam Dato AKJ,

Isu pokok dalam PRU13 ada dua perkara. Yang mana satu saya nak undi?

1. Kerajaan yang terlibat dengan rasuah yang melampau, bunuh, salahgunakuasa, penyelewengan dan menipu. Atau;

2. Kerajaan yang ingin untuk membenteras rasuah, bunuh, salahgunakuasa, penyelewengan dan menipu.

Anonymous said...

OKJ,

"Saya berasa cukup kesian bila melihat Dato’ Dr Hassan dilayan begitu oleh orang PAS sendiri."

Mengikut kenyataan akhbar PAS Selangor, pencalunan Dr Hasan diperingkat cawangan pun tidak cukup kuota.

Sistem ini lebih baik berbanding sistem dalam UMNO; perwakilan kena mendayu-dayu suaranya minta Presiden timbangkan cadangan bahagian.

Dan dari sumber media-pro PR, Dr Hasan lah yang menyebabkan kelewatan penubuhan kerajaan PR negeri Selangor pada 2008.

Ahli PAS lebih tahu.

"Saya pun tak tahu sebab apa tapi mungkin mereka masih tercari-cari hukum meLIWAT bini sendiri kot. Dan contoh yg nyata macam YB Zulkifli Nordin bercerita, ada yg dah kena dah pun."

Masa menaip komen itu, OKJ sudah tanggalkan serban haji ke?

Sila semak hansard parlimen semasa YB Zulkifli Nordin membuat kenyataan tersebut.

AbdullahNgah,

"Dr Ridhuan Tee kata tak apa hina hudud Pas. Yang tak bolehnya ialah hudud Allah."

Adakah Ridhuan Tee menyentuh betapa jika Hudud PAS itu diarah penambah-baikkan oleh TDM (bagi tujuan perbincangan ini, anggapkan lah Hudud usulan PAS adalah tersasar), maka kini sudah tentu ada sekurang-kurangnya dua negeri di Malaysia yang mengamalkan hukum hudud (seperti tuntutan Islam).

"Tun Mahahtir pernah sebut hudud itu adalah hudud PAS, bukan Hudud Allah."

Dan dari TDM lah, istilah "sup tangan pesalah hukum hudud" mula diguna pakai pemimpin BN khususnya dan bukan islam amnya sehingga ke hari ini.

Profesor Pencen,

"Apa yang kita lihat dewasa ini ialah penyeragaman dasar Pas dengan Pakatan Rakyat, bukan Pas mempengaruhi Pakatan Rakyat supaya menerima kewajaran Darul Islam dan Hukum Hudud. Dalam erta kata lain, Pas sudah mengalah kepada DAP dan PKR."

Apa yang diubah PAS supaya seragam dengan PKR dan DAP?

Jika mahu dikatakan perubahan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, harap definisikan Negara Berkebajikan dan juga Negara Berkebajikan. Kemudian kita akan lihat apa "perbezaan"nya.

Jika yang lain, harap kongsikan.

Artikulasikan lah bak seorang profesor.

Fed Up

bulat said...

Tok Kadir,
Boleh ka kalau Kita adakan senarai nama calon2 UMNO yang tak patut bertanding lagi mahupun dilantik jawatan senator dlm pilihanraya Dan barisan pimpinan kerajaan untuk kali yg akan dtg ni?. Saya geram sebab Najib tak paham2 apa rakyat hendak.
Satu lagi saya golongan yg atas sikit dari muda (40an) cukup tak berapa nak setuju dgn pendapat supaya kerajaan mengikut aspirasi dan hawa muda-mudi. Kita kena beri contoh dan teladan utk org muda ikut. Depa kadang2 beri pandangan yg tak berapa masak.

Unknown said...

Datuk,

Banyak ulasan dalam entri ini menjurus kepada HUDUD.

Mungkin kiasan ini sesuai:

Seorang Melayu, Islam, berketayap, berjanggut, rajin ke surau, ada title haji dikaitkan dengan kebaikan.Masyarakat seperti 'melarang' dia berkelakuan tidak baik.Contoh, dia tidak boleh berjoget,berkaraoke,.....

Sebaliknya, seorang Melayu, Islam, tidak berjangut, ada title haji tetapi tidak berketayap,tidak ke surau,jarang bercakap tentang Islam,umur lebih 50 tahun seperti dibenarkan melakukan perkara yang tidak baik - berkaraoke, berjoget, tidak solat dan sebagainya.

Bukankah kedua-dua personaliti tersebut sebagai seorang Islam wajib mematuhi peraturan yang sama?

Si A yg dengan jelas nampak baik wajib solat. Orang Islam yang berpura-pura nampak samseng dan jahat juga wajib solat!Kesamsengan samada dibuat-buat atau memang samseng tidak melepaskan seseorang itu dari tanggungjawabnya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Tak terbakar pun hati saya untuk menghangatkan perbahasan ini. Bahkan sebaliknya, saya berasa sangat kasihan belas kepada orang yang tidak mendapat cahaya iman serta hidayah yang benar daripada Allah SWT.

Sangat malang bagi mereka yang tidak berupaya menghayati kebenaran dan hikmah al-Quran, walaupun ada yang cuba mendekati al-Quran; namun sebaliknya lebih mendengar bisikan syaitan dan iblis laknatullah.

Peringatan saya kepada diri saya sendiri dan mereka seperti berikut:

1. Aku terlalu hampir dengan saat matiku.
2. Berbuat kebajikan sebanyak-banyak mungkin demi kemanusiaan
3. Tiap gerak-geriku dikira dosa dan pahalanya oleh Allah SWT.
4. Tiap gerak-geriku berlaku demi keredhaan Allah SWT.
5. Malu dan takutku hanya kepada Allah SWT. Aku tidak malu dan tidak takut kepada manusia.
6. Aku faham akan matlamat aku dicipta di muka bumi yang fana ini oleh Allah SWT.
7. Aku faham akan matlamat masa depan hakiki aku.
8. Landasan, tunjangan dan paksian hidupku ialah al-Quran dan al-Sunnah.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

ting tong guy said...

Dato'

Betul ape yang Dato' sebut dalam entry tu, hari ni Shahidan Kasim dah mendahului semua orang yang sememangnya sangat perasan dalam UMNO dengan mengaku bahawa dia adalah 'winnable candidate' kat kawasan dia.

DS Najib sekarang sedang diperangkap oleh orang-orang hampas, haprak dan berpendirian kacau bilau macam si Shahidan ni.

Satu soalan, buat apa letak calon 'winnable' macam ni kalau akhirnya UMNO will ended up losing, everything...seats, reputation, image, power, struggle etc ? '

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Dato Dr Hassan Ali Liabiliti Untuk Pas Atau Dap..??
(http://lydiausm72.blogspot.com/2011/12/dato-dr-hassan-ali-liabiliti-untuk-pas.html#comment-form)

Saya setuju dengan komen di posting itu, Mahaguruku.

no deal with pas -
let them keep dap and the island

Salam Hormat


umno marhaen tanjung

Anonymous said...

umno marhaen tanjung,

Artikel berkenaan begitu mengangkat Hassan Ali.

Kenapakah semasa Hassan Ali jadi pembangkang, dia dihina-hinakan oleh kerajaan BN Selangor.

Sila rujuk hansard DUN Selangor, ucapan Hasan Ali yang pertama selepas PRU12, semasa "membahaskan" Khir Toyo sebagai ketua pembangkang?

Isu-isu di Selangor bukan bertunas sejak 2008 tetapi berakar sejak dulu lagi. Termasuklah isu murtad.

Jika ada yang masih mahu mainkan isu PAS sudah hilang perjuangan islamnya, teruskanlah.

Tapi percayalah, rakyat marhaen tidak begitu pendek akalnya. Mereka akan menyusul dengan soalan "adakah UMNO/BN pendokong islam yang lebih baik dari PAS/PR?"

Percayalah, jawapannya tidak akan memihak kepada anda.

Akhir kalam, saya cuma boleh katakan, MB cagaran BN di Selangor berbaris-baris potretnya dalam "Scandalous MB Hall of Fame".

Jika menang PRU13, BN nak letak siapa jadi MB? Noh Omar? Sila lah tanya para nelayan Selangor tentang cerita tong ikan.

Fed Up

UMNO MARHAEN TANJUNG said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Dengan Izin

PRU13, BN nak letak siapa jadi MB?
(iringan moonshadow))

Sdra Fed Up
Salam Hormat

Fed Up pintar petik suis orang
baknya - cik has mana fail
demografi pengundi terbaru

Setelah dikemaskinikan
walaupun tiru dan tempel

"adakah UMNO/BN pendokong islam yang lebih baik dari PAS/PR?"

Lawyer Lydia
Salam Hormat

Perjanjian Lama
(dimakan ulat di dinding kaabah)

Tanpa Prejudis
Belajar bahasa Malaysia baru. Tahallus!
Apa itu tahajjud bahallul! bukan tahallul
mohon kepada tuhan apa yang tak sepatutnya
manakala sembahyang malam itu tahajjud
bahallul itu memohonkan apa yang tak sepatutnya
malaysia bukan palestine.

Tanpa Prejudis
UMNO ada Hukum Hududnya dan sesuai
sedia melaksanakannya sebelum PRU14
apalah sangat yang disuruh ar-rahmaan
berhukum dengan namanya kerananya
dia ar-Rahmaan - ahad
muhammad itu rasul al-amin

Tanpa Prejudis
melodramatik sangat kata utusan
no deal! i passed kata marhaen
i am a muslim i know a marhean
even when he and she
are just worms
and worms eaten

Tanpa Prejudis
i do not make deals with pas.
we have the mainland and sabah
pas can have dap pulau

Tanpa Prejudis
agama kamu untuk kamu
agama manira untuk manira

Tanpa Prejudis
salam hormat

http://lydiausm72.blogspot.com/2011/12/dato-dr-hassan-ali-liabiliti-untuk-pas.html#comment-form

Tanpa Prejudis
saya persembahkan http://dahalmi.wordpress.com/
analisisnya mententeramkan
persoalan dihati

demografi pengundi bersama
kebarangkalian corak mengundi

UMNO wadah yang lebih baik
kita memberi tiada meminta
mahu bersyukur itu hak kamu
UMNO menang PRU13 tanpa BN

bagaimana?
kenapa?

bila?

demografi undi 2008
demografi undi 2008-2010

faktor
I have made ​​an empirical analysis shortly after the 12th general election in 2008 on this matter, making use of data from Parliamentary Elections 2008 and 2004 and analyzed by multiple regression method

DAH IKHWAN Weblog
(Blog untuk ulasan dan analysis halehwal semasa yang objektif dan lengkap)


TANPA PREJUDIS
Hudud di Terengganu sebelum pru14
UMNO hidup WAWASAN2020
walau di heret dengan kaki
atau rambutnya

Tanpa Prejudis
kalau nak padam biar sampai 2020
cross the finish line

tanpa prejudis
no deal with pas

pintu kami senantiasa terbuka
tanpa prejudis

Salam Hormat

Anonymous said...

UMNO Marhaen Tanjung,

Ya, ya.

Hajat pendidikan kena tunggu 3/4 tahun lagi. Itu katanya.

Hajat NFC kena tunggu 3/4 tahun lagi baru nampak. Itu katanya.

Hajat ekonomi; kita di haluan yang betul; sekadar diganggu ekonomi dunia. Itu katanya.

Dan saudara katakan yang sama tentang hudud.

Janji PRU12 sudah banyak mana dibayar?

Najib tidak mahu buat macam Pak Lah. Hatta larangan had outstation pun bak angin. Larangan had poster besar calun bersama PM menjadi asap.

Itu contoh kecil. Belum contoh besar.

Apa kata cuit tentang bajet JPM bajet terbesar?

Apa kata cuit tentang hutang negara.

Apa kata cuit tentang jambatan bengkok.

Apa kata....zzzz....tidur sekejap, penat...

Demografi?

Ya! Ya! UMNO boleh menang sekalipun undi populariti sekadar 35%. BN boleh dapat 2/3 sekalipun undi populariti sekadar 50%.

Itu sudah terbukti dalam sejarah. Saban PRU.

Tahniah UMNO!

Fed Up

Anonymous said...

dato, payah dah nak ajar pemimpin pemimpin ni... sebab dah terajar makan dan inum besruap... lembu dah di ajar tidor kondo....

Tloh Utd

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

Rakyat Malaysia Melayu Berwawasan
(beriman dan berukunnegera)

Dr Saifuddiin itu cerdik orangnya
orang cerdik mencuri tiada siapa pun tahu
kalau benar-benar dia mencuri
kerana cintatakutnya kepada tuhannyalah

bagaimana melayu totok melihat demografi pengundi sekarang?
pengundi PRU13 tahun2011-13

kenapa harus UMNO menang bn dapat 2/3?
berapa model mencapai Wawasan2020?
tuanku sudah lama menunggu
dr mahathir datang sekali sekala


sebenarnya,
mukhriz elok dipindahkan ke Langkawi
kerana beria-ia mahu tetap di Jerlun
drmahathir biarlah bebas berbuat amal


Sekian


UMNOMARHAEN TANJUNG

UMNO MARHAEN TANJUNG said...

Dr Kadir
Salam Hormat PRU13

Dengan Izin

Calon "Winnable"
(63.88 persen bersih cekap amanah)


Lawyer Lydia
Salam Hormat PRU13

Dr Saifuddin Abdullah
(karisma timbalan menteri pelajaran tinggi)

KUALA LUMPUR, Dec 17 (Bernama) - The government is open to views of various quarters when amending Section 15 of University and University Colleges Act (AUKU) to make it more comprehensive and transparent.

Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah said although the ministry plans to amend AUKU, there are also proposals to repeal and replace it with a new act.

"The ministry is open to all possibilities. We are organising open discussions to sincerely seek opinion and feedback from all stakeholders.

"Amending and repealing the act are two major issues raised by various quarters," he said after chairing the first session of AUKU roundtable discussion here today.

Saifuddin also said that a separate meeting will be held soon to discuss the Magna Carta for Student Act 2008, an alternative act proposed by students.

"The matter is not new but it has never been discussed. We can have different views but must respect the views of students who made the proposal several years ago.

- MORE

SAIFUDDIN-AUKU 2 KUALA LUMPUR

Other than the proposed repeal of the act, Saifuddin said other proposals incklude student participation as representatives in AUKU Amendment Committee.

The government has yet to decide whether other sections in AUKU and other higher education acts would be amended.

"I can''t say much for now. I am taking notes and will definitely report to the minister."

Saifuddin said AUKU draft amendments are expected to be tabled in parliament in March next year.

He also accepted a memorandum from Academic Freedom (Bebas) chairman Muhd Safwan Anang@Talib which among others, demanded the repeal of AUKU, at Putra World Trade Centre(PWTC) building.

Earlier, about 200 university students representing Bebas marched from Masjid Jamek to Dataran Merdeka at 2pm this afternoon.

They then proceed to the office of Human Rights Commission Malaysia (Suhakam) in Jalan Sultan Ismail to hand over a memorandum to Suhakam Commissioner Muhammad Sha''ani Abdullah and dispersed at about 4pm.

--BERNAMA

PNW FZL NNA ZUB
http://my.news.yahoo.com/government-open-views-amending-auku-saifuddin-114141193.html



Lawyer Lydia,

Ada cerdik?
Ada kenal pawang?
Ada pakai bomoh?

Ada kenal dukun boleh kasi
orang pandan tenguk suka
sama saya?

Berapa ongkosnya?

Tip: dinmerican confused malaysian from penang
and
The Deputy Minister also announced that he supports the automatic voter signup and the idea to reduce voting age. Saifuddin was one the two speakers of the Malaysian Digest’s 9th Teh Tarik Session titled ‘Abolishing AUKU: A Step Towards Political Maturity’ held at Killiney Kopitiam, Sooka Sentral
http://dinmerican.wordpress.com/2011/12/08/dato-saifuddin-abdullah-abolishing-universities-and-university-colleges-act-auku-would-be-messy/


Salam Hormat PRU13



siapa menteri johor baru?
siapa menteri besar kedah baru?
kenapa mb selangor baru pun sama problem?
adakah nespotisma pun berlaku di kb?
mana datang duit kempen prdap?
saifuddin calon winnable


Salam Hormat PRU13

Anonymous said...

"siapa menteri johor baru?"
"siapa menteri besar kedah baru?"
"kenapa mb selangor baru pun sama problem?"
"adakah nespotisma pun berlaku di kb?"
"mana datang duit kempen prdap?"
"saifuddin calon winnable"

Siapa lebih besar dosa; itu ke yang diajak main dalam gelanggang?

1. Johor, Kedah saya tak tahu. Saya orang Terengganu mastautin kat Selangor. Undang-undang di Johor dan Kedah berbanding Perak (MB mesti melayu) pun saya tak tahu.

2.MB baru Selangor problem apa? Memang ada dibuka fail. Ada didakwa di Malaysia? Ada didakwa di Australia? Ada yang kena perintah letak jawatan sebab skandal anak luar nikah?

3.Nepotisme juga ada dibuka fail. Walau nilainya tidaklah sampai RM250 juta. Saya pun masih menunggu menahan layu mata, bila nak didakwa jika ada yang salah.

4.Duit kempen prdap, Bank Negara lebih tahu. Jika ada yang tak kena, kita akan dengar ceritanya di Parlimen.

5.Saya hanya tahu satu tentang Saifuddin Abdullah, perbalahannya dengan menteri sendiri sudah lama menyusahkan pelajar dan pensyarah.

Jawapan diatas, saya petik dari kata-kata anak buah saya.

Mainan budak-budak macam ni tak usahlah ajak orang tua masuk gelanggang.

Fed Up

Anonymous said...

Dato Kadir
Salam Hormat

Dengan Izin.

Cuit-Cuit Pecah Amanah
(isu keselamatan dan ekonomi halal negara)

Sdra Fed Up
Salam Hormat PRU13

Betul - orang lama hanya main sikit-sikit; macamana UMNO menang PRU13 tetapi BN tak sampai 2/3 majoriti? Melatah-latah itu jangan.

Pengundi baru berapa ramai dan jumlah mereka yang kurang 45 tahun?
Patutkah kita tanya Saifuddin?
Siapa Menteri Besar Darul Takzim
Patutkah Pasir Gudang tanya Tuanku Sultan.

Siapa lagi winnable candidate dari UMNO, BN, PR, DAP, PAS?

Bagaimana Darul Iman berani laksanakan Hudud dengan baik dan tertib sebelum PRU14?

Harapnya tidaklah Kemaman kerja macam di Melaka, Monorel, Siamang mengigit di Zoo dan kolam untuk 'dolphin' jadi kolam untuk 'anjing laut'? Inikan pula nak taman burung setaraf yang di Singapura?

Pengurusan UMNO tidak cekap?
Bersihnya dan amanahnya?

Tetapi mimpi di siang hari kita adalah cerita si-katak dengan puteri permaisuri dan calun bebas.

Sahrizat Ketua Wanita UMNO tak cekap dan tak amanah kerana apakah Abdullah A Badawi kata NFC itu bersangkut dengan isu keselamatan makanan halal.

Inikan pula nak bawa Hukum Hudud
di Darul Iman. Jaga binatang ternak pun tak tentu.

Kenapa patut UMNO menang BN dapat 2/3 majoriti? Cuit sikit jambatan bengkok katakanlah.

Apa kata anda orang muda, gen y?
Jangan melatah: apa wawasan kamu?
bersih cekap amanah - itu wawasan 2020 saya.


Sekian dan Salam Hormat

umno marhaen tanjung

Anonymous said...

"Betul - orang lama hanya main sikit-sikit; macamana UMNO menang PRU13 tetapi BN tak sampai 2/3 majoriti? Melatah-latah itu jangan."

Satu DUN pengundinya 40,000. Nilainya undinya 1/40,000.

Satu DUN pengundinya 15,000. Nilai undinya 1/15,000.

Bagi Parlimen, lagi ketara.

Setiap pengundi Malaysia, tidak sama hak undinya. Sebab itu bilangan undi dan bilangan populariti tak sama.

Sila semak.

Fed Up

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

Calun Boleh Menang
(orang najib atau orang bn atau orang umno)

5. Dengar khabar, Perdana Menteri akan siapkan senarai calon “winnable” beliau dalam masa sebulan dua lagi. Eloklah, lagi awal lagi bagus

Elok kita rujuk Peta Keputusan - Dewan Rakyat
http://semak.spr.gov.my/spr/flash/map_dr_public.html

Kita tidak ada perincian mengikut kaum. Tidak mengapa - perkara kecil.

Persoalannya: Siapa calun boleh menang bagi MCA, Gerakan, MIC, PKR, PAS, SNAP, PRM, Bersekutu dan Bebas dalam PRU13?

Kalau kita faham apa yang Dato Kadir katakan kita ada lebih kurang 2 bulan.


Sdra Fed Up,
Setiap pengundi Malaysia, tidak sama hak undinya. Sebab itu bilangan undi dan bilangan populariti tak sama

PRU13 lambat lagi.

Statistik pilihanraya (PRU12)(http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=170&Itemid=239).

Semestinya pertanyaan dangkal saya adalah apakah hak undi mereka - ataupun kuasa undi mereka?

Di laman http://www.spr.gov.my/ ada terdapat Hasil Penyelidikan
(http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=175&Itemid=249).

Apa yang dicari adalah mengapa pengundi mengundi apa yang diundinya? Apakah 'post-mortem PRU12' UMNO telah lengkap dan telah diketahui orang UMNO dan yang lainnya?

Kuasa mengundi ada pada setiap pengundi berdaftar. Bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk kebaikan diri mereka tidak terlupa soal agama bangsa dan negara.

Saya rakyat Malaysia dan undi saya tanggungjawab saya. Saya telah hilang kepercayaan saya terhadap najib sebagai PM yang bersih cekap dan amanah. Jadi, persoalan besar ialah kenapa BN harus diberi 2/3 majoriti di Parlimen?
Apakah kesalahan dan kesilapan besar Abdullah A Badawi yang najib tidak boleh perbaiki walaupun telah diberi peluang.

Saya katakan DAP lebih patriotik ahli-ahli mereka dan wakil rakyat mereka jika dibandingkan dengan 'produktiviti' UMNOBN; dan DAP berjaya membuktikan UMNO dan Melayu amnya belum bersedia mentadbir sebuah negara maju dan kaya. Pada hemat saya, People Republic of China mengiktiraf DAP dari MCA mahupun Gerakan.

Apa itu Malaysia Wawasan2020?
Apa kata kaum Tionghua di Pulau Pinang? Wawasan2020 tak penting.

Tak apalah kita main cuit-cuit sedikit. PRU13 masih jauh.

Sekian

Anonymous said...

PAS mengambil hati pengundi bukan Islam dengan negara berkebajikan. Hati yg sudah tertawan disamping fikiran yg terbuka lagi pragmatik menjadikan lebih luas dan mudah untuk didakwah dengan mesej Islam yg sememangnya bersifat fitrah dan universal. Jauh lebih baik dari sifat perjuangan berasaskan yg bersifat melawan macam khutub magnet.

Profesional Muda

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).