Thursday, January 05, 2012

Banyak Kalau Dalam Keputusan 9 Januari

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MUTAKHIR, 9 Jan - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, tidak bersalah atas tuduhan melakukan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari.

Posting Asal

PADA 3 Jan baru lalu, media massa melaporkan yang kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan ketua de fakto mereka, Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.”

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.

121 comments:

Unknown said...

kesimplulannya, baik tak yah buat kes makamah, meyusahkan org je....

anwar bersalah atau tidak, dia mesti nampak macam hero....

di harap PRU cepat datang supaya org politik nih berhenti bercakap dan buat kerja cepat... tapi apa nak buat, org malaysia terutamanya org melayu suka cakap kosong dan dengar org cakap kosong...

sani said...

KALAU PM baca ni, beliau akan pening kepala memikirkannya. Bak kata "diluah mati mak, di telan mati bapak"...walau bagaimana pun, senjata sulit KERAjaan dah tersedia. Kalau berlebih2 amarah penyokong, maka DHARURAT pilihanraya le kita setahun dua...terDESAK le katakan. Apa pun yg terjadi....MALAYSIA SERBA BOLEH.

ab said...

Salam dato,



KALAU 100,000 berkumpul,sahih bergaduh!...


Kalau ikut cakap DSAI ini dah banyak kali `ota' dia dah!...nombor 9 ni `sui' la untuk dia...


ADA KAH MASUK aqal, maki hamun polis,maki hamun mahkamah,caci hakim,caci undang undang-- TAPI DEPA report balik kat polis tu juga,minta polis tu juga siasat,minta mahkamah tu juga bicara,minta hakim tu juga buat hukum dan semuanya diMALAYSIA!....


Kalau ini tidak sifat sasau, tak jauh dari gila gamaknya....


BEBASKAN ANWAR DARI apa?...dia dok kesana sini,tiada halangan....dia kutuk dan malukan malaysia merata,tapi dia mai balik,dia tak kena kurung pun....DAN TERIMA ELAUN DAN GAJI DIA SEBAGAI MP DAN WAKIL RAKYAT di MALAYSIA TIAP TIAP BULAN!..


TETAPI POLIS DAN TENTERA DAH JAGA MALAYSIA SEJAK 1957...dah ramai yang mati terkorban dan cacat akibat mempertahankan MALAYSIA.


DAH BERAPA ORANG PKR/PR yang dah mati atau cacat lawan polis dan tentera? yang pecah pungkoq ada la,itu pun perbuatan sesama mereka...


JANGAN CABAR POLIS DAN ATM!, JANGAN, JANGAN DAN JANGAN!. ....
mereka dilatih menyiasat, mengalahkan, menangkap mencederakan dan kalau perlu mematikan orang!



Kalau student dengan pencapaian yang tidak cemerlang,menempek duit PTPTN dan biasiswa dan ibu dan bapa jadi penjamin,mengaji di akademia yang dibina dan dibuat untuk bangsa melayunya olih kerajaan yang dicaci dan dimaki itu, tok sah laa hampa nak tunjuk garang dan gigi siong.....buat orang gelak dan hampa malu, keluarga malu serta kecewa dan ada yang tidor atas katil simen!..


Pernahkah DSAI bina sekolah melayu,kolej baru,universiti baru,kilang baru,hospital baru,masjid,surau,jalan baru dll..semasa dia jadi menteri pelajaran,menteri kewangan dan tPM dulu?..KALAU ADA saya sokong dia, kalau tiada saya tak sokong dia.


APA PASAI DIA TIDAK KEMUKAKAN BUKTI DIA TIDAK LIWAT pekerja dia?.


Dia asyik kata bukti pekerja dia tak betui,APA DIA PUNYA BUKTI pulak?


KALU BETUI DIA NI KAKI TUTUH PUNGKOQ?..apa yang luarbiasanya?

HUKUMAN dah ada,APA PASAL DIA TAK UBAH HUKUMAN ITU DULU semasa dia jadi TPM dll jawatan dengan ramai kawan kawan macam dia?...


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

tuan , saya ingin menekan 2 "kalau" lagi .

kalaulah anwar ( atau PR ) menang PRU 13 , jangan sesekali ingat anwar atau rakan2 seangkatan blh lepas org yg menyebabkan anwar dlm masalah besar sebelum ini . saya rasa apabila anwar menjadi PM , dia akan guna kuasanya , walaupun bukan serta merta , tpi " mencipta konspirasi " sebagai alasan untuk menangkap org2 seperti :

1) Tun M
2) Najib
3) Saiful
4) Eskay
5) penulis blog2 seperti papagomo dll
6) bekas seangkatan yg dulu bersama anwar dan skrang menyalak kaw2 terhadap anwar seperti ezam , nalla , rahimi , dan ramai lagi ( perlu ingat bahawa Keadilan mula dgn 32 ahli founding member , tpi yg tinggal hnya 4 )

dan kalaulah anwar jadi PM , jgn ingat mrka akan buat perkara seperti haramkan UMNO , haramkan utusan , meminta media agar " stick to the line ( mcm 4th floor boys 1 ketika dahulu ) . harap tuan memberi respond .

akora

The Eugenist said...

Salam..

Kalau itu banyak yang bersifat emosional..

Agak kurang sekali kalau yang bersifat rasional..

Pada pendapat saya, kalau BN benar-benar ingin menang, baik dari segi persepsi dan realiti, mereka perlu mengambil tindakan segera menghapuskan "ketuat" yang menenggek di dalam BN.

Selain daripada itu, kita hanya mampu berserah dan meletakkan segalanya kepada Qada dan Qadar Illahi.

Hesmel Faznee Faisal

azam said...

biasanya kalau banyak sangat fikir kalau, kadang-kadang bila tak berlaku apa yang kita fikirkan, kadang-kadang terbit kecewa di hati. Sama-samalah kita tengok je nanti tuan :)

Anonymous said...

kalau kuda kayu ni semua tinggal dan jadi rakyat singapura sudah pasti mereka tahu langit tinggi atau rendah nasib mereka.

apa kata kalau-kalau anwar akan mendapat suaka politik di negara barat dan timur tengah..bunyiny pun sudah ada.. anwar tidak akan rela ke penjara kali kedua dalam usia emasnya....

Anonymous said...

Kalau pemimpin berlaku, dan dilihat berlaku adil dan tidak sombong, semua masalah ni tak timbul dan kita semua hidup lebih selesa.

Muslim

Ahmad Rais Johari said...

Kalau begitu semua serba jadi serba salah.

Anonymous said...

Kalau anwar terpenjara, umno akan bersorak keriangan kerana kononnya btoi la anwar adlh kaki liwat. Dlm keriangan,rupa2 nya itulah ketawa terakhir umno sblm kalah dlm pru 13,mcm kisah mb n pyapu. Ketawa bila bag hadiah pyapu kpd pjawat awam. Akhirnya pru12, kalah ilang negeri tlebih maalang ddpti bsalah oleh mahkamah n mgkin tpenjara. Zainal ibrahim

Anonymous said...

Datuk,

Najib & UMNO will be in real trouble whether Anwar win or loose the case.

But my gut feeling is that Anwar's sodomy verdict will be...case dismissed but not amounting to acquittal.

Though Anwar will be free,probably he will be charged again if BN wins the 13th GE with 2/3 majority.

I have a feeling that the Najib's gomen is playing safe.

With that judgement,Najib & UMNO will tell the world that our judiciary is fair and continue to harp on the issue, that Anwar is still a sodomite. Remember he has the 'sex-video' to answer.

In 1998,UMNO/BN won practically on non-malay votes,while the malays shifted their allegiance to the opposition.

In 2012, UMNO/BN is going to loose many non-malay votes,while the malay votes is divided 50-50.

Whether Najib and UMNO like it or not,Anwar is still relevant & a pain in their arse!!!

UMNO63.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Saya ada beberapa kalau:

1.Kalau berlaku rusuhan,pertumpahan darah pada 9 Jan.ini, Anuar Ibrahim dan PKR hendaklah dipertanggung jawabkan sepenuhnya,

2.Kalau 100,000 orang hadhir berdemonstrasi untuk 'menekan' mahkamah maka musnahlah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang2 Malaysia dan

3.Kalau demonstrasi ini dihadhiri oleh ramai ahli dan penyokong PKR,PAS dan DAP,ternyata mereka bukanlah parti yang berjuang berasaskan demokrasi seperti yang dilaung-laungkan selama ini.

Rakyat Malaysia hendaklah menolak Pakatan Rakyat sepenuhnya dalam PRU 13 nanti

Salam hormat,

Lat Juno

CheMadet said...

Kalau macam ini Anuar memang dah lama atur strategi sodomi 2 ini supaya bila menang atau kalah nanti dia akan dapat checkmate kerajaan BN.Memang hebat strategi dia.Masuk dalam sekejap kemudian keluar balik bila BN tumbang PRU13.Inilah di namakan Strategi Lilin.Tq

CheMadet said...

Kalau macam ini Anuar memang dah lama atur strategi sodomi 2 ini supaya bila menang atau kalah nanti dia akan dapat checkmate kerajaan BN.Memang hebat strategi dia.Masuk dalam sekejap kemudian keluar balik bila BN tumbang PRU13.Inilah di namakan Strategi Lilin.Tq

Mat Ali said...

Mat Ali......

Salam Dato..

Saya Berdoa kepada Yang Esa : Ya!! Allah tuhan yang mengusai seluruh alam , tuhan yang maha kuasa

" Sekiranya Datuk Seri Anwar benar meliwat saiful Bukhari kamu laknat lah dia, kamu hukum lah dia, Memang tempat yang sepatut untuk nya ada lah di penjara"

Ya Allah!! Kira nya dia di fitnah, dia terinaya maka dengan kuasa mu Ya Allah kamu laknat lah orang membuat Inaya ke atas nya...

Ya !! berikanlah pentunjuk mu di dunia ini semoga kami dapat melihat dengan mata kami sendiri Ya Allah..Semoga dengan petunjuk mu kami dapat membuka mata kami, dan kami tidak bergaduh dan berpecah sesama sendiri.....Amiiinnnn

abdullahngah said...

Dalam Islam sebenar "Kalau" salah dari segi akidah.

Tapi sekarang ini kebanyakan orang yang mengaku dirinya Islam tak terikat dengan akidah.

Mereka lebih terikat dengan iblis dan syaitan.

Kadang kadang kadang orang yang ada akidah pun terikut ikut.

Kalau begitu jadinya begini macam datuk sebut.

Atau dengan kata lain kalau itu tidak lebih daripada hanya satu ramalan hasil buah fikiran seseorang.

Dalam islam ramalan juga dilarang keras, kerana manusia tak tahu dihadepan.

Allah saja yang maha mengetahui.

Pada adatnya saja Anwar akan di penjarakan atas keputusan hakim yang memihak pada pemerintah.

Perdana menteri boleh main peranan sama ada hendak penjarakan atau bebaskan Anwar.

Anwar Musuh politik Najib.

Macam juga Tun Mahathir yang telah memenjarakan Anwar tanpa mengira politik umno/Bn merudum.

Najib kena ingat bukan Anwar seorang saja musuhnya. Ramai lagi yang akan jadi musuh selepas hakim memutuskan Anwar masuk penjara.

din klang said...

aslkum dakj

sejak mula perbicaraan fitnah 2 memang lakonan bodoh lagi cuba membodoh terutama si bebal2 ie penyokong umno bn.

yg hairannya ulamak dan mufti pun berjaya diperlembu hingga diam dek kerana pangkat dan habuan dunia.

kalau hakim, polis,peguam negara dan ulamak lebih takut pd allah maka tidak perlu dakj dan kami berkalau2.

yg pasti di akhirat nanti semua akan di tanya kenapa membiarkan rejim zalim najib membuat durjana

din klang

Anonymous said...

Anwar menang atau kalah, PR tetap kalah dalam PR akan datang. Video anwar dah cukup kuat nak bagi 50% pengundi atas pagar yg dulunya undi PR ke BN. Sebagaimanapun mereka war-warkan mereka lebih cemerlang di Selangor dan lain2, ramai nampak takde bezanya BN dan PR.

Walaubagaimanapun, saya tetap tak berminat nak mengundi. Kerana saya berpendapat dua-dua parti yg ada sekarang umpama serigala dan buaya yg mana dua-dua berbahaya dan tak boleh dipercayai.

yg benar
melayulayu

Manisan said...

WANG penentu segalanya..rakyat amat memerlukannya..Rakyat Malaysia adalah penagih tegar "Pulus Mania" Ada kesah tentang isu semasa ?? yang penting cuma perut ini harus di isi segera..Siapa yang isi ..itu tuan yang sepatutnya disembah..Dengar ..taat..faham..tetapi Buta apabila di hidangkan dengan Pulus Mania..

p/s : Rakyat kita masih miskin.segalanya miskin..

wrote by Manisan..

usabukata said...

dato'

kalau lah anwar tak jadi tpm
kalau lah anwar jadi pm
kalau lah anwar tak di pecat
kalau lah tak masuk penjara
kalau lah anwar tak keluar penjara

KALAU LAH MAHATHIR MASIH PM

usabukata

Anonymous said...

Datuk yg dihormati;
Dzulman, Shah Alam merasai kalau sekiranya Anwar dijatuh hukuman hanya kena bayar denda tak ke penjara dan kemungkinan tidak hilang hak untuk bertanding, apakah ini pula boleh ditohmah kehakiman kita takut kpd tekanan "100,000" penyokong Anwar?
Apakah pernah berlaku dalam sejarah penghakiman dinegara kita pihak tertuduh boleh desak mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka?
Kalau Anwar dikenakan hukuman dan 100,000 merusuh, salahke pihak PDRM mengguna "reasonable force to face the unreasonable reaction"?
Kalau ini berkemungkinan berlaku salahke pihak PDRM mengambil "pre-emptive actions".
Anwar sedang mengapi apikan sentimen "ciil-disobedience" yang dirasai amat merbahaya kepada ketenteraman dan keselamatan negara.
Anwar dan pengikutnya malam ini sepatutnya atur sembahyang hajat minta keputusan yang memihak kpdnya tanpa berdemonstrasi. Jika benar dia tidak bersalah, Insyaallah Tuhan akan menyebelahinya.
Dzulman,

rul said...

org wartawan cm saudara ni bkerja iku dasar yg telah dibuat.so...cara olahan ni terikat ngan dasar2 tersebut...dasar tersebut telah jadi lumut dlm pemikiran wartawan veteran cm saudara..tetapi tu la hakikatnya bila ada berada dizaman tersebut berbanding jika anda berada dizaman skang...piki2 kan...walau pe pun anda seorg anak petani akan mngkn berada tahap kesusahahn tu tersingkat berbanding dgn keselesaan utk berpiki dan hidup....pe2 pun olahan dan idea adalah dari org berpengalaman tetapi tak ada perkembangan minda yg memberangsangkn...utk generasi kini....aku seorg petani gak

Anonymous said...

kalau datuk pandai sembunyikan aib orang semasa jadi boss kat NSTP, sudah tentu malaysia tak 'maju' macam sekarang...

angkara 'over reporting' kes sodomi ni lah (angkut tilam, ummi habisda, zakar masuk dubur dsbnya) yang menyebabkan orang melayu jadi berani sembang pasai topik nie dan juga berani kawin gay!

minah ronggeng

Rao Lanun-Bahaso said...

Dato Kadir
Salam Hormat PRU13

Kalau-Kalaulah Hujan Petang
(cencaru mana yang kenyang)

Kalau-kalau Dato #2 dan #4 amat menarik - kalau-kalaulah!

Tetapi - kenapa cerita cepat habis?
sudah nak PRU13 kah?

Sekiranyalah, kalau-kalau mistrial terjadi
Kalau-kalaulah...

Biarlah dengar sekali lagu lama:
Have You Ever Seen The Rain

Kalau-kalaulah Azmin Ali MB Selangor baru

Kalau-kalaulah Hishammuddin sudah mahu
bangun dari nyenyak tidurnya
siapa yang ada mengganti
permata-permata melayu yang telah pergi

Kalau-kalaulah aku

have you ever seen it rain
coming down on a sunny day

Malay gentile said...

Saya selalu mengikuti article Dato sejak setahun yg lepas dan apa yang saya simpulkan disini disepanjang tulisan Dato ialah...,

Dato seorang yang ego dan tidak mau akan sebarang perubahan dan Dato masih sayangkan UMNO iaitu sebuah parti secular dimana telah diwarisi dari turun temurun oleh pemimpin2 'Melayu Bangsawan' (Tunku, Razak, Hussien Onn & Dollah Badawi)

Dato tidak pernah mengalami keperitan hidup selain dari keperitan dalam era zaman pemerintahan Jepun. Saya yg lahir di zaman 60an walaupun tidak pernah mengalami keperitan zaman Jepun juga tidak ketinggalan melalui bahangnya sedikit sebanyak maklum sajalah masa itu negara baru lepas Merdeka. Ibubapa kami terpaksa menaggung seramai 9 orang bersekolah & kesemuanya dalam aliran Inggeris. (sekolah penjajah swasta yang berbayar). Bayangkan sebagai penoreh getah ibubapa saya terpaksa membayar school fees sebanyak RM9 seorang (kesemua 9 orang) selain dari tambang bas kesekolah. Pada zaman itu gaji cikgu rata2 RM400 sebulan. Jumlah school fees yg dibayar untuk sebulan melebihi gaji cikgu pada waktu itu.

Bezanya diantara Dato dengan saya ialah Dato telah berjaya menjawat jawatan penting didalam negara diatas ehsan parti UMNO dan berjaya mendidik anak2 hingga keluar negara mugkin jua diatas biasiswa tajaan UMNO. Manakala saya pula telah berjaya menjadi 'Contractor Cabuk' dan langsung tidak pernah mendapat sebarang tender kerajaan UMNO.

Saya bekerja siang dan malam dan ada waktu ketika terpaksa tidur ditepi jalan kerana pada masa itu tidak mampu untuk menginap di hotel seperti Dato. Saya juga selalu makan nasi bungkus 'standard saiz' iaitu sama dengan nasi yg saya beli untuk pekerja2 Indon saya.

Kini saya telah berjaya mempunyai 4 unit rumah dari titik peluh saya sendiri dan berjaya menghantar 3 anak2 saya keluar negara diatas biayaan sendiri (tanpa mendapat tajaan dari parti UMNO). Rata2 saya belanjakan sekitar RM250 ribu setiap seorang.

Saya katakan kepada anak2 saya pergilah keluar negara menuntut ilmu dan jangan balik ke Malaysia kalau gaji hanya setakat 3-4 ribu. Salah seorang dari anak saya telah mendapat PR di Kanada dan telah bekerja dengan salah sebuah Internasional Company dan mendapat gaji yg agak lumayan sekitar RM24 ribu sebulan. Sekarang masih bujang dan bergaya memandu kereta idaman Mini Cooper yg hanya berharga RM70 ribu (berbanding dengan Malaysia RM200 ribu)

Walaupun saya boleh dikatakan berjaya tanpa apa2 ehsan dari tiket UMNO saya masih tetap mengharapkan 'Perubahan Besar' akan berlaku didalam landscape politic tanahair kerana saya sebagai rakyat Malaysia telah lama sengsara.

Salam....

Anonymous said...

Salam Dato,

Nak komen sikit perkara 5.

'Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000'.

Tak pernah dengar pun penyokong Anwar anggap 'mati syahid' yang saya baca dalam 'Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST' memang adalah komen 'mati syahid'tu. Saya pun tak hairan jika penyokong tegar umno percaya sakan dengan komen media perdana mereka. Sebagai ahli umno dah masak dengan goreng media perdana milik umnobn.

Kedua; soal sodomi satu, bukankah Anwar didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas beliau keluar penjara selama 6 tahun? Mahkamah membuat keputusan Tak bersalah setelah Anwar merengkok dalam penjara selama 6 tahun?

Ketiga; Anwar salahgunakuasa pada tahun 1999/2000? Salahgunakuasa kerana memanggil pegawai penyiasat ke pejabatnya utk mengetahui tuduhan sodomi? Mahathir tak pernah panggil IGP ke pejabat beliau ke? Abdullah Badawi tak pernah panggil IGP ke? Najib tak pernah kawtim ke dengan IGP? Dalam hal perjumpaan tersebut bukan ke Anwar di sabitkan rasuah? Tapi rasuah tanpa tukartangan dengan wang?

Keempat; dalam soal penyokong tegar dalan umno lagi ramai sehingga pemimpin yang rasuah, salahgunakuasa, penyelewengan, menipu, bunuh, merompak wang rakyat terus dipertahankan di atas nama ketuianan melayu. Sehingga kini ada orang yang bukan hanya taat setia, berbudi malah apa saja yang dibuat Mahathir semuanya betul belaka dan akan sanggup bermatian ala hang tuah.

Bagi saya ada dua pilihan.. Nak beri undi pada siapa untuk memerintah. Nak beri undi kepada umnobn yang sedang menjahanamkan negara dengan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan atau PR yang sedang membenteras rasuah.

Drp; zuki ahmad

Taufiq Mubarak said...

Kalau boleh ada baiknya kita semak dan teliti hujah dua dari tiga Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat satu dahulu.

Antara hujahnya: "Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar and Sukma)were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

Anonymous said...

Datuk,

Rasanya kita dah boleh lupakan si Anwar ni. Dah meluat dah!

Apa kata kita fokus ke NFC, IIB, MAS-AA pulak.

Hantu Gigi Jarang

Orang Kampung said...

Dato :

Orang yg lemas ini dia akan buat apa sahaja.Lemas dalam air atau atas darat.

2.Dunia memang dah akhir zaman.Yg benar jadi salah.Yg salah jadi benar.

3.Dunia akhir zaman benang basah pun boleh ditegak jua.Cuma sekadar petah bicara dan hujah serta ada wang ringgit upah pembela.

4.Amal makruf nahi mungkar sekadar ucapan dibibir sahaja sebagai hiasan luaran.

5.Maksiat termasuklah liwat sudah jadi perkara biasa bukan luar biasa lagi.Erti malu pada sesama insan sudah tisda termasuk Allah yg mencipta.
\

9hb adalah tarikh bala untuk semua.Itulah kesimpulannya.
Yang alim punj kena yg jahil pun kena.

Erti keadilan dalam bentuk hukum sudah tiada.

Manusia yang gila kuasa.Lupa segalanya ketentuan Allah.


Terima kasih .

Tak nak Anwar said...

Tengok stail Anwar cakap: "Kalau saya ditembak." Siapalah yang nak menembak dia?
Tapi dia bawa cerita tembak untuk mengapikan penyokongya.
Nauzubillah, kalau dia tertembakpun mungkin dari penyokongnya. Of course police dah tentu dipersalahkan.
Don't discount that from happening since this guy can think or do anything to prove what he said is true.
And we must remember he will file an appeal. That will take a long, long time. And knowing his penchant for postponement, it will take his life-time. More than 60 postponements, perhaps.
My heart really goes out to Najib and us Malaysians.
I am worried about the perhimpunan since penyokong Saiful pun nak adakan juga perhimpunan.
I think police should impose a curfew that day. Only certain people can go to the courts for the duration of the sentencing.
Kadang-kadang tak faham orang kita ni. Kenapa kita nak bermatian kerana mempertahankan orang yang memang bersalah.
Dan Saiful yang menjadi mangsanya berterusan menjadi mangsa.
Inilah bahana Anwar Ibrahim yang tak ada tolok bandingnya di dunia ni. Yang salah betul, yang betul jadi pesalah.
And God forbid, if he becomes PM, he will spend a life-time putting all and sundry to jail for revenge.
Ini ke yang dikatakan peimpin syumul??

Anonymous said...

Dato'

Saya yakin PR tidak mampu kumpul 100,000 orang, paling tinggi 5000 tapi saya rasa kurang dari itu.

Saya juga berpendapat pasal undi perkiraannya lain. Ramai yang sokong PR sudah tidak peduli sangat pasal anwar. Tanpa Anwar PR ada Hadi, Nik Aziz ada Nizar, ada Khalid yang boleh ditonyoh ke depan.

Lebih ramai yang concern pasal LEMBU sekarang.

~Malik~

salam

Anonymous said...

Dear Dato,

The correct decision would be to free Anwar on the basis of consesual sex between him and Saiful since there are no evidence of resistance from Saiful as well as the delay in reporting the matter to Authorities.

If the above is the verdict, both Anwar and Najib will be spared though Anwar will face a credibility issue (not something that he haven't before) but Najib and BN will save some face.

Regards

Balan
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Anonymous said...

PKR/PAS/DAPO MANA BOLEH MENANG PILIHANRAYA LA...ITU SEMUA TU NK KUASA JE, BARISAN NASIONAL DAN UMNO MASIH RELEVAN SAMPAI BILA2.
PRU12 KITA BG SBB KEMPIMPINAN PAKLAH YANG LEMBIK. TP NAJIB OK WALAUPUN X MCM MAHATHIR..TEGAS..
KITA ORG UMNO SENDIRI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU12..SAJE JE NK KENAKAN PAKLAH..SEKARANG KITA AMBIL BALIK LA. KAKI JUBO DH ROSAKKAN MALAYSIA PULAK...
SEKIAN..ANAK MELAKA DAN JOHOR

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Kalau semua orang dan umat Islam,mahu percaye bahawa keputusan hakim kelak adelah sudah menjadi kadak dan kadar Anwar bin Ibrahim.

Allah maha besar.."kun fayakun" katenya.

Endut51 said...

Kalau Tun Dr M tidak pecat Anwar Ibrahim 2998, keadaan politik tidak jadi seperti sekarang ini....dan kita boleh cipta cerita 1111 (KALAU, KALAU, KALAU, ... KALAU, KALAU, KALAU) Kalau Tun Dr M tidak pecat Anwar pada 2998 Pak Lah dan Najib tidak jadi Perdana Menteri.

Buyong said...

Kalau Tun M masih lagi PM, takkan jadi celaru mcm ni. Yang nyata, setiap Kali dia buka Mulut beri pandangan, kerajaan sekarang kelihatan terlalu lemah Dan bodoh.

Deli said...

Sesungguhnya mahkamah Allah di Mahsyar nanti kita akan dapat melihat kebenarannya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ingatlah, walau sebesar zarah pun perbuatan kamu, ia tetap akan diadili. Semoga Allah menunjukkan kebenarannya. Buat semua, jika berkesempatan bacalah buku "40 Hadis : Peristiwa Akhir Zaman" susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. Semoga kita mendapat manfaat darinya. Ya Allah, ampunkan lah dosa kami semua.

Anonymous said...

Tahun 2012 diramalkan penamatan kalendar masihi. Boleh ditaksifkan bahawa dunia tidak kiamat lagi cuma kalendar hijrah akan dominan. Maksudnya lagi, berlaku 'kejadian aneh' untuk kebenaran mengalahkan kebatilan di seantero dunia. Ini bacaan 'kalau' dalam skala makro untuk membaca mikro di Malaysia hari ini.

Pak Belalang

Azman said...

Kalau nak cerita bab 'kalau-kalau' ni, satu kerja pun tak akan menjadi.

Azman Mohd Isa

mtgbertam said...

Kalau BN kalah pru 13...mahkamah kena buka sampai malam bicara kes pecah amanah wang negara.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Kita telah menghabiskan begitu banyak masa dalam hal ini yang merugi dan memalukan Negara disemua peringkat termasuk antarabangsa.Kesudahannya apa keuntungan yang kita dapat semada YB Anwar disabit atau tidak dalam pertuduhan itu. Generasi akan datang akan menilai betapa tidak bijaknya kita membuang masa atas isu yang dilarang olih Allah dari melakukannya.

Kita tunggu sahajalah keputusan rakyat tidak lama lagi. Sementara itu kita berbaik sangkalah dan berdoa semoga Allah akan memberi kita pertunjuk bagaimana untuk memajukan Negara mengikut keredhaanNya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Salam Dato...

Saya hairan kenapa org takut sgt Penyokong Anwar nak berkumpul beri support kepadanya...sekiranya Najib atau DrM di tempat Anwar Isnin depan sudah pasti ramai juga penyokong2 mereka akan berkumpul utk beri support...ini perkara biasa/lazim kpd mana2 pemimpin politik...sedangkan Ibrahim Ali pun ada penyokongnya.

Pls lah respect hak masing2x...the large turnout not necessary meant you'll get more votes in GE. I wonder why pembahas2x di sini dok takut sgt dgn Demo 901 nih...padahal ini bukan demo cuma moral support jer.

Berbalik kpd persoalan "KALAU" tadi, saya nak tambah:-

- Kalau Anwar didapati bersalah tetapi diberi kebenaran utk di ikat jamin sehingga rayuan selesai...then Najib will gain the following:
(a) Anwar tak boleh bertanding lagi d dlm PRU13. No PM post for him for sometime.
(b) Mahkamah M'sia masih lagi nampak adil dan bertimbangrasa...kerana dia tahu impak besar daripada local dan international media kalau Anwar dipenjara.
(c)Tetapi Anwar masih lagi bebas untuk menyokong dan membantu calon2x PR spt yg beliau lakukan di PRU12 dahulu...impak kepada BN masih boleh lagi di "kawal" walaupun mungkin agak terjejas krn Anwar masih lagi "bebas".

- Kalau Anwar bebas, Pembesar2 UMNOlah yg paling gelisah akan kedudukan kekayaan anak-anak & sedara2 mereka...takut jadi mcm Ghadafi dan Hosni Mubarak.

- Kalau Anwar di penjara terus, maka akan muncul lagi 100 Anwar dikalangan orang muda yg memang bercita-cita untuk pembaharuan politik negara.

Dato, pertembungan Kaum Muda dgn Kaum Tua ini sudah menjadi kebiasaan di dalam arena mana2x politik di dunia...Spt KMM-Kesatuan Melayu Muda dulu...personally saya lebih mengagumi Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, Pak Sako, Zaaba dan banyak lagi golongan perjuang berhaluan kiri (termed by British)berbanding dgn Pemimpin UMNO ketika itu...Alangkah bahagianya Malaysia skrg jika mereka2x ini yg menjadi pemimpin negara...kita sudah pasti sudah lama menjadi satu BANGSA MALAYSIA dimana Bahasa Melayu dipertuturkan dan digunakan di mana2x sahaja baik oleh org Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Bajau dll...selain memartabatkan Bahasa Inggeris...Lihatlah di Indonesia, terma kaum pribumi dan bukan pribumi sudah lama terkubur since 1970an...yang ada skrg pada mereka hanyalah Bangsa Indonesia...bayangkan Lim Guan Eng bernama Herdy Gunawan. Karpal Singh bernama Rudy Hafiz dan Hassan Ali bernama Hartono Ali...dan Dato sendiri bernama A Kadir Jasin.

Rgds/ Dr Hussein Razak - Cheras
I'm a Doctorate in Electronic Engineering, Imperial College - Generasi muda kelahiran akhir 1970an.

Anonymous said...

SETUJU BENOR DENGAN akora 2:43PM, ANWAR XLA SEJIJIK PEMIMPIN UMpOrNO NI YANG SELALU BERPOLITIK JATUHKAN ORANG SECARA PERIBADI. GENTLEMEN LA SKET...LAWAN HUJAH DENGAN HUJAH LA...YANG PASTI UMporNO HARUS DILENYAPKAN DARI BUMI M'SIA NI.

ISMA

Anonymous said...

KALAU tukang2 komen disini sudah berdaftar sebagai pengundi..tahniah

KALAU SPR itu memang telus, maka keputusan PRU13 akan jadi kenangan paling manis pihak yang menang

KALAU melayu itu kurang hasad dengkinya, kurang adu dombanya, kurang protesnya, tinggi kredibilitinya, penuh jujurnya, insyaallah aman semuanya

dan KALAU cuma pandai membebel tapi buat keputusan nak boikot pilihanraya..DIAM!

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Saya berperasaan bahawa verdik kes Anwar Ibrahim ini terletak dalam genggaman PM Mohd Najib; bukan dalam tangan mahkamah.

Saya berperasaan juga bahawa PM Mohd Najib berada dalam dilema, atau lebih tepat, dia benar-benar kebingungan dan kepeningan.

Kalau Mohd Najib memenjarakan Anwar, UMNO pasti kecundang akibat daripada undi simpati dan juga undi marah kepada Mohd Najib.
Lebih buruk lagi, Mohd Najib selepas kekalahannya itu akan bersara sebagai seoran PM Malaysia yang zalim.

Kalau Mohd Najib melepasbebaskan Anwar, UMNO pasti juga kecundang akibat daripada keserlahan bersihnya dan mulianya peribadi Anwar. Maka pengaruh baiknya akan segera tersebar.

Saya berpendapat, dalam keadaan keserbasalahan itu, lebih wajar Mohd Najib membebaskan Anwar. Dengan demikian, PM Mohd Najib akan bersara sebagai seorang PM Malaysia yang baik dan mulia hatinya. Beliau akan sentiasa dikenang dan disanjung sampai ke akhir hayatnya.

Wassalam.

Hanezam said...

Datuk,

Dah letih la layan Anwar dalam lanskap politik Malaysia. Boleh padam dia tak ? Saya ingin nak tengok lanskap baru yang cantik sikit. Saya dah tak kisah pun sama ada dia teraniaya atau tidak. Tak nampak macam teraniaya pun. Yang saya kisah, dia bukan pemimpin sejati. If we need some higher degree of ruthlessness to remove him, why wait ? He he ...

Dan, tak setuju dengan "kalau" Datuk No. 6 dan 7. Anwar ni Datuk, macam badai dalam secawan teh aje. Badai dalam secawan teh takkan menjadi tsunami kedua PRU nanti.

Lebih penting masa yang berbaki ini digunakan buat perbaiki persepsi rakyat tentang apa yang busuk-busuk dalam UMNO.

Macam SAA cakap, may the best men win.

AzemanJelani said...

Untuk orang yang tak faham separation of powers, yakni, kerajaan dan juga sistem kehakiman, mereka memang punyai banyak teori konspirasi. Malahan, juara teori konspirasi tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Kes liwat ini sebenarnya mudah sahaja. Ada seorang mangsa mengaku diliwat 'secara paksa'. Lalu dia buat laporan kepada pihak berkuasa. Lalu pihak berkuasa buat siasatan dan terdapat bukti yang boleh dibawa kepada muka pengadilan. Itu sahaja. Jadi, di mana kesalahan kerajaan dalam soal ini? Tertuduh berhak untuk dapatkan pengadilan daripada hakim, sama juga dengan orang yang mendakwa menjadi mangsa.

Peranan kerajaan yang dipilih rakyat hanya memastikan sistem perundangan dan pemerintahan berjalan seperti yang ditetapkan perlembagaan.

Untuk mengaitkan suatu kes jenayah dengan teori konspirasi serta mengkaji senario-senario sokongan kepada kerajaan hanya berdasarkan keputusan kes liwat, hanyalah mimpi siang hari orang yang masanya dihabiskan di kedai kopi.

Bila kita mudah terpengaruh dengan orang yang bermain dengan elemen manipulasi, kita pun sebenarnya mempunyai karakter sebegitu juga.

Bila seseorang itu hidup dengan menipu orang lain. Muka yang dah terang, lagi bersuluh dalam rakaman video pun dikatakan 'body double'.

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya berasa sangat sedih dan cukup takut akan azab Allah apabila mengenangkan sebahagian umat Islam yg hendak membela seorang peliwat yg telah disahkan meliwat oleh mahkamah sebelum ini. Ini kerana terdapat sekurangnya 8 surah dalam Al Quran yg menerangkan betapa kejinya golongan nabi Lut ini, yg dimurkai dan dilaknati Allah sehingga diturunkan bala secara cash. Juga peristiwa Bandar Pompeii di Itali dimana terdapat mayat-mayat yg mati dalam keadaan bersetubuh yg mati secara terkejut.

Surah Al Qamar ayat 33-39, surah Al Araaf ayat 80-84, surah Al Ankabut ayat 28-35, surah Ad Dzaaariyat ayat 32-37, surah Al Hijr ayat 58-76, surah Hud ayat 77-83, Surah al Naml ayat 54-58, Surah Al tahriim ayat 10. Semuanya mengingatkan manusia tentang betapa laknatnya kaum lut seterusnyan dihujani dgn batu dan tanah yg dibakar sehingga lenyap dari atas muka bumi.

Doa berkat sembahyang hajat, kebenaran telah ditunjukkan jua. Tetapi sayangnya, bukti video sex yg disahkan 99% tulen juga dianggap hanya besi dan tidak boleh jadi saksi. Begitulah akibatnya apabila Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran bilamana hambanya mendustakan kebenaran.

Akhir kata dari saya, Surah An Nuur ayat 26 mengatakan perempuan jahat adalah utuk lelaki jahat sebaliknya perempuan baik untuk lelaki baik. Begitulah juga pemimpin yg jahat adalah untuk golongan yg jahat. Kerana hanya org yg tak beriman akan jadikan kaum yg dimurkai Allah sebagai teman rapatnya seperti terkandung didalam surah Al Mumtahanah ayat 13. Sedih dan kesian saya melihat golongan yg tidak dibukakan pintu hatinya untuk kebenaran. Sekian TQ.

Anonymous said...

Persolan dari mula-mula Anwar didakwa di mahkamah sehingga keputusan yang akan dibuat pada 9/1 bukanlah sama ada beliau bersalah atau tidak. Kalau UMNO bijak dan berfikiran strategik tentu sudah dapat membaca apa sahaja keputusannya, ia akan memberi impak negatif kepada parti itu.

Semua orang tahu Anwar bukan calang-calang orangnya. Beliau mampu mengkondisi minda para hadiran dalam ceramah-ceramahnya untuk bersama-sama menentang 'kezaliman dan konspirasi Najib' yang hendak menghancurkan karier politiknya.

Pemblog-pemblog pro-UMNO juga turut bertanggung-jawab menyebabkan meningkatnya momentum anti-UMNO berhubung kes liwat Anwar ini. Dari mula lagi, Anwar tidak henti-henti dicaci-cerca, di maki hamun, dipanggil dengan akronim BABI dan lain-lain panggilan. Malah isteri dan anak beliau juga turut menerima peghinaan tersebut.

Pada saya kalau pun Anwar dikatakan telah melakukan pelbagai kesalahan termasuk didakawa menjadi tali barut AS dan Yahudi serta penderhakaan terhadap orang Melayu dan negara Malaysia, Anwar bukan orangnya yang boleh semudah itu diperlakukan demikian.

Apa yang sebaleknya tercetus sekarang, kes liwat ini menarik simpati setiap lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar terhadap beiau dan keluarganya dan ini tentunya boleh menggugat UMNO/BN dalam PRU akan datang.Justeru, UMNO dengan segala think-tanknya perlu segera memikirkan bagaimana hendak menghadapi dan menanganinya agar tragedi PRU 2008 tidak berulang.

ZMS

Anonymous said...

Salam Dato' dan semua,

semakin banyak dibaca dan diteliti tulisan Dato' dan komen-komen mengenai DSAI ianya menjadikan ramai antara kita lebih membenci, dan mahu mengetepikan UMNO untuk masa yang lebih panjang lagi. Banyak peisian ampu dan kejian terhadap sesaorang.

Dulu bersama keluarga dan orang sekampung (atau lebih tepat kalau disebut taman) adalah penyokong tegar parti UMNO atau BN walaupun dalam sejarah hidup saya yang menghampiri tujuh dekad ini tidak pernah sekali diberi peluang memilih calun UMNO. Bagi pemimpin, orang UMNO hanya layak dijadikan sebagai penyokong MCA atau MIC.

Banyak benarnya akan kata-kata Eugenist 2:46; 'Pada pendapat saya, kalau BN benar-benar ingin menang, baik dari segi persepsi dan realiti, mereka perlu mengambil tindakan segera menghapuskan "ketuat" yang menenggek di dalam BN.'.

Rangkap seperti ini sudah acapkali diperkatakan, tapi apakah tindakan yang nampak pernah diambil. Dari rekaan fitnah hingga ke rakusan perangai anak menantu, seterusnya ke gelagat seorang isteri, kini timbul kes lembu pula. Apakah tindakan para pemimpin kita ?.

Dato', Orang seperti saya bukan dua atau tiga. Berani dikatakan KALAU UMNO tidak dapat merampas negeri yang lima di PRU~13 ini, maka mustahil bagi UMNO hidup bersaing lagi. Ini kerana PR telah membuktikan akan keperhatinannya terhadap rakyat dan rintihan sejagat.

Mengapa begitu dangkal kita untuk menerima kenyataan, hingga kejahilan dan ketotokan penulis skrip TV perdana kita mahu direstui. Sesunguhnya kita kaya dengan budaya bodeking dan syok sendiri sahaja.

Rakyat kini bukan sahaja terhina dengan janji manis dan kerenah kebanyakan pemimpin, malah jijik dengan setiap cacian yang dilontarkan kepada seteru. Tidak pernah terlintaskah di hati pemimpin Melayu bahawa hanya dengan 30 peratus peruntukan Bumi di setiap penempatan baru, akan dengan sendirinya menutup jalan UMNO mencalunkan wakilnya. Itupun KALAU dapat dicapai kuota Buminya.
Haji Kampung.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,,

Sdr. Eugenist said,

Kalau itu banyak yang bersifat emosional..

Agak kurang sekali kalau yang bersifat rasional..

Samuraimelayu said,

Ikut Nafsu...emosional

Ikut Iman... rasional

Terima Kasih kepada Yang diMuliakan,
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain dengan pandangan rasionalnya.

Ikut Nafsu..Taksub, ikut Iman..Takwa

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN

kermitt said...

kalau Anwar kepenjara akan ada undi marah.. undi marah ni.. sama semasa pru 12.. nurul izzah yg muda pun boleh menang.. asalkan bukan umno/bn yang akan mendominasi sekiranya keputusan memenjarakan anwar.. mengapalah si saiful pergi jumpa najib dahulu siap ambil gambar lagi sebelum lapor polis.. ia memperkukuhkan teori konspirasi.. persepsi kepada saiful adalah alat untuk menjatuhkan anwar, seperti mengakunya trio datuk T untuk memerangkap Anwar.. pru 13 predict saya selagi sabah n sarawak tidak maju sepenuhnya selagi itu bn berpeluang menang.. sebab fixed deposit di kedua negeri ini cukup untuk menampung kekalahan BN di semenanjung kelak..

Hamba Allah said...

Datok:

Tok Lebai kita selalu buat ceramah sambutan mauludul rasul.Kemudian sambutan maal hijrah.Kemudian israk mijraj.Tiap tiap tahun Tok Lebai ceramah tema tersebut.

Kalau macam itu apa kata tahun Tok Lebai kita ceramah pula kisah kaum Nabi Lut yang berlaku kira-kira dalam tahun 1800 sebelum masihi.

Bagaimana penghidupan kaum Nabi Lut yang songsang.Sehinggakan seruan Nabi Lut pun disanggah dan ditentang oleh mereka.

Disini peranan Tok Lebai Islam sebanar kearah pembentukan umat yang luhur.Masaalahnya sekarang Tok Lebai politik bila beri ceramah ikut selera tambah undi atau pengaruh.Umat jadi lintang pukang.Tok Lebai lebih utama kuasa politik.

Barangkali ceramah Zaman Nabi Lut ramai orang Islam hanya tahu sepintas lalu.Mereka lupa yang cara hidup songsang ini sudah ada sejak dulu lagi iaitu di suatu tempat di dunia Arab yang bernama Sodom yang menjadi ibun kota waktu itu.


Oleh itu jangan lah perhimpunan 901 bersamaan dengan apa yang berlaku dizaman Nabi Lut.


Lepas ini buat ceramah pengkisahan penghidupan umat Nabi Lut.

Nmapak lekeh tapi matlamat baik untuk Melayu dan umat Islam.

Terima Kasih lah Datok.

Anonymous said...

Dato,

Saya hanyalah rakyat biasa berpendidikan rendah dan kurang tahu tentang undang-undang sivil terutama undang-undang jenayah. Pendapat saya lebih kepada logik akal sahaja. Bukankah undang-undang sivil adalah berasaskan logik?

Persoalan pokoknya di sini ialah: Mana mungkin Anwar merogol (meliwat secara paksa) Saiful? Bukankah lebih logik jika dikatakan Saiful merelakan dirinya diliwat?

Secara logiknya sebagai orang muda Saiful boleh mempertahan dirinya atau lari dari dirogol oleh orang tua seperti Anwar.

Daripada cerita (rekaan?) Saiful saya tidak boleh bayangkan langsung (tidak logik) bagaimana Anwar boleh merogolnya.

Dari persoalan pokok di atas saya tidak akan menyalahkan sesiapa sahaja yg kurang faham tentang undang-undang (jenayah?) seperti saya untuk tidak meyakini keputusan mahkamah kita jika Anwar didapati bersalah.

Din Pudu

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Keadaan sekarang ni memang banyak "kalau" sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas 9 Jan 2012. Saya hanya nak bincang 2"kalau" sahaja iaitu "kalau" PR menang dalam PRU 13 dan "kalau" PR kalah (tidak dapat tawan Putrajaya)dalam PRU 13.

2. "Kalau" PR menang, kita juga tidak tahu berapa lama (tahun) masa yang akan diambil untuk pulih dan mengembalikan Malaysia menjadi polically stabil. Kita jangan lupa bahawa DSAI telah memulakan budaya balas dendam dalam corak kepimpinannya. Sejak dia masuk semula ke gelanggang politik parlimen, tidak habis2 dia buat cerita pembohongan yangmana akhirnya didapati tidak benar.Tidak mustahil ( mengenali sikap DSAI),jika ia pegang kepimpinan negara nanti beliau akan bongkar semula cerita pembohongan lamanya supaya menjadi cerita benar dan menghukum mereka terlibat.Dia dah berkuasa. Jadi proses bongkar membongkar ini akan ambil masa dan merugikan rakyat. BN pula akan buat kerja membangkang atas semua projek kerajaan PR,tidak kira baik buruk.

3. "Kalau" PR kalah pula maka senario yang sama akan berulang.PR akan terus "membangkang" semua projek Kerajaan BN tanpa mengira baik buruk. BN pula terpaksa melayan karenah pembangkang ini semata2 nak menangkis bangkangan "pembangkang". Tidak ada kerja lain. Kerja sebenar dapat berjalan dengan baik.

4. Akhirnya rakyat juga yang rugi dan menderita kerana politikus kita yang kurang profesional.Wa asal balik hasil, tadak kira siapa menang.

Dan kajang

abuamir said...

Samada Anwar masuk penjara atau tidak umno/bn akan kalah dlm PRU13 kecuali mereka tipu dlm pilihanraya.
Sekiranya rakyat kecewa dan tidak puas hati mungkin kita akan jadi macam "arab spring".

Sebab itu apa yg berlaku di negara arab, najib and gang senyap tanpa bantahan atau ulasan serta kritikan. Kita lihat bagaimana pemimpin berjiwa besar spt PM Turki yg lantang mengkritik barat, Israel dan negara arab yg zalim.

Mungkin umno/bn akan gunakan darurat dan kekerasan terhadap pembangkang tetapi sudah terlambat hanya masa yg menentukan.

Semoga Allah lindungi negara kita dari kekacauan dan Allah tegakkan kerajaan Islam yg adil di Malaysia.Amin...........

A KADIR JASIN said...

Sdr Din Pudu,

1. Dalam undang-undang Malaysia, liwat adalah perbuatan jenayah di bawah Kanun Kesiksaan;

2. Jadi tidak timbul liwat paksa atau liwat rela. Liwat rela, liwat suka sama suka atau liwat kerana tabii semuanya salah;

3. Di banyak negara Islam memang macam itu. Di Arab Saudi liwat dan amalan homoseks boleh dikenakan hukuman pancung; dan

4. Di banyak negara Barat, amalan homoseks perkara biasa. Liwat tak salah, kecuali paksa/rogol.

Terima kasih.

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Seperti yang Dato' katakan,dalam Islam liwat tetap salah tidak kira samada secara paksa atau suka sama suka.

2. Dalam kes DSAI dan Saiful, orang Islam tetap percaya bahawa samada ia benar2 berlaku atau tidak "hanya Allah yang lebih mengetahui". Keputusan yang akan dibuat pada 9 Januari ini adalah keputusan undang2 dunia yang akan dibuat atas keyakinan dan kebijaksanaan manusia Yang Arif Hakim. Kita janganlah emosi dan jangan pula pertikai keputusan beliau kecuali kita lebih bijaksana daripada beliau.

3. Jika keputusan pada 9 Januari itu mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan Tn Hakim dan juga ketentuan Allah swt. yg. lebih mengetahui keadaan sebenarnya,tidak menyebelahi DSAI, saya khuatir mereka yang akan turut serta dalam tunjuk perasaan menentang keputusan tersebut kelak dianggap bersubahat dengan perkara mungkar. Kita juga khuatir jika ini berlaku,Allah akan melaknat kita seperti dizaman Nabi Lut. Nauzubillah.

4. Jadi pada mereka yang tidak begitu pasti tentang apa yang sebenarnya berlaku di antara DSAI dengan Saiful pada hari tersebut, maka eloklah jangan turut terlibat dalam tunjuk perasaan itu. Takut2 kita semua akan menerima bencana dan akibatnya dari Allah.Serah sahaja kepada Allah yang maha esa.

Dan kajang.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Tiada kalau.Yang ada adalah pasti.UMNO pasti tumpas akhirnya dan hilang dari kehidupan sehari harian org org melayu.Semua petanda telah pun wujud pd mereka.petanda yg mereka sendiri tempah dan buat..

Dinasti yg tumbang tidak akan bangun kembali.

Fedup dgn Anwar said...

Dato

Zaman Najib ni banyak sangat sindrom penyakit "kalau" sampai banyak polisi menjaga hak anak bangsa terhakis.

Buat saja macam zaman Mahathir, tak perlu banyak sangat risaukan sindrom "kalau". buat saja apa yang perlu demi kepentingan majoriti.

Masa tu undi Melayu banyak pergi ke PAS sampai trengganu pun jatuh , tapi di kawasan lain undi Cina dan India yang menyelamatkan BN.

fedap

Anonymous said...

kesilapan terbesar 'Dato' T adalah mendedahkan video DSAI melalui sidang media..

saya sependapat dgn RPK yang jika didedahkan spt mana kes CSL, rakyat pasti lebih mudah terima.. saya tak katakan 100% org akan terima..

utk kes sodomi II ini, jika DSAI didapati bersalah, karier politik beliau akan tamat melainkan PDRM dibawah Hishamuddin mengulangi tindakan 'tidak bijak' spt mana ketika bersih 2.0..

-aldan.

din klang said...

aslkum dakj

soal halal dan haram adalah jelas dlm islam.

begitu juga perbicaraan adil dan berat sebelah boleh dibezakan dgn mudah oleh mereka yg punya akal sihat.

tiada siapa kata mona fande dianyai dalam kes bunuh dato mazlan.

tiada siapa juga kata khir toyo dianyai dlm kes rasuah berjuta melibatkan penyalahgunaan kuasa ketika beli rumah.

tapi ramai org termasuk peguam dlm dan luar negeri berpendapat bahawa keseluruhan proses perbicaraan fitnah sodomi 1dan fitbah rasuah adalah rekayas pemerintah zalim ketika itu.

13tahun berlalu rakyat dihidangkan sekali lagi dgn perbicaraan fitnah 2 yg lagi dengan bukti yg tak masuk akal bertujuan membunuh karektor seorang muslin yg baik akhlaknya.

peringataan kpd org spt okj, aznanjelani, din kajang dan haznezam banyak2 bertnaya pd peguam yg beramal baik islamnya. jangan beecakap ikut sedap akal yg cetek je
.

apakah kita fikir ulamak yg ramai menokong gwrakan bebaskan anuar yg jelas dianyai itu golongan yg keliru sehingga tak dpt bezakan antara yg halal dgn yg haram?

din klang

Anonymous said...

Datuk,

wah...cakap pasai hukuman kat arab saudi? Tapi datuk jangan lupa lah..kalau ikut hukum islam, orang mcm shyfool dan pengikut2 dia mcm ezam kotak, umi habisda, zul kuning dan OKJ yang percaya kat fitnah nie dan buat fitnah la yang kena pancung dulu kalau kat arab saudi...

Ini baru mahkamah dunia, azab allah tunggu dan lihat.


Nota:
Utusan (umno) cakap anwar dah tak relevan? 901 punya pasai, nak masul railway station Ipoh pon ada road block...Nak keluar dari ipoh ada 5 road block....

minah ronggeng

Anonymous said...

Datuk,

Seperti kata saudara/i hantu gigi jarang, citer pasai anwar selalu pon boring jugak...apa kata citer pasai menteri agama guna duit zakat bayar legal fees..nfc....

minah ronggeng

Anonymous said...

Dato',
Saya pun ada banyak kalau. Cuma nak luahkan satu KALAU saja.

KALAU pemimpin kita Islam tidak wujud konspirasi, fitnah, penganiayaan dan sebagainya.

Hasnie, Putrajaya.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Ramai di kalangan rakyat hari ini ghairah mempersoalkan tanggung jawab pemimpin tetapi lupa tanggung jawab mereka sebagai rakyat yang dipimpin. Mereka dihidangkan dalam ceramah dan kuliah dengan contoh penentangan Nabi Musa as terhadap Firaun dan Nabi Ibrahim as terhadap Namrud. Maka disimpulkan bahawa pemerintah yang zalim begitu harus ditentang habis-habisan. Kuliah, tazkirah, ceramah dan sebagainya itu tidak sekali-kali menyebut bahawa penentangan sedemikian hanya terhaap pemerintah kafir. Contoh yang diberikan semuanya melibatkan pemerintah kafir tetapi tidak sedikitpun diberi penekanan. Maka kelirulah hadirin dengan menganggap mana-mana pemerintah yang tidak adil pada mata mereka harus ditentang habis-habisan tanpa menjejaskan iman serta aqidah. Malahan ramai yang beranggapan penentangan terhadap pemerintah Islam yang masih mendirikan solat itu adalah satu tuntutan dalam Islam. Atas nama demokrasi memang sesiapa sahaja yang memperoleh sokongan majoriti akan berkuasa hatta perompak, perogol, penyamun, penipu dan yang seumpamanya. Dan kita perlu yakin bahawa Allah akan menurunkan laknat terhadap sesuatu kaum dengan menurunkan pemimpin yang zalim di kalangan kaum itu sebagai pemerintah. Apapun yang bakal terjadi adalah suratan takdir dan kita perlu berlapang dada menerimanya walaupun apa yang kita hajati serta usahakan tidak kesampaian. Dan jika YAB DS Najib mampu, beliau hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memastikan DS Anwar terpenjara serta merta selepas hukuman dijatuhkan pada 9 Januari. Sama ada PRU 13 milik BN atau bukan, bukanlah faktor yang perlu diberi pertimbangan. Ambillah iktibar daripada kisah Abu Zar Al-Ghafiri pada zaman Khalifah Uthman Al-Affan.

Anonymous said...

Malay gentile said "Saya bekerja siang dan malam dan ada waktu ketika terpaksa tidur ditepi jalan kerana pada masa itu tidak mampu untuk menginap di hotel seperti Dato. Saya juga selalu makan nasi bungkus 'standard saiz' iaitu sama dengan nasi yg saya beli untuk pekerja2 Indon saya.

Kini saya telah berjaya mempunyai 4 unit rumah dari titik peluh saya sendiri dan berjaya menghantar 3 anak2 saya keluar negara diatas biayaan sendiri (tanpa mendapat tajaan dari parti UMNO). Rata2 saya belanjakan sekitar RM250 ribu setiap seorang.

Saya katakan kepada anak2 saya pergilah keluar negara menuntut ilmu dan jangan balik ke Malaysia kalau gaji hanya setakat 3-4 ribu. Salah seorang dari anak saya telah mendapat PR di Kanada dan telah bekerja dengan salah sebuah Internasional Company dan mendapat gaji yg agak lumayan sekitar RM24 ribu sebulan. Sekarang masih bujang dan bergaya memandu kereta idaman Mini Cooper yg hanya berharga RM70 ribu (berbanding dengan Malaysia RM200 ribu)

Walaupun saya boleh dikatakan berjaya tanpa apa2 ehsan dari tiket UMNO "
Inilah contoh Melayu angkuh sombong dan tak sedar diri , bahawa segala kekayaan yang dia dapat adal;ah kerana dasar-dasar kerajaan menyediakan peluang dan ruang untuk usahawan bumiputra maju, saya bangga dengan Syed Mokhtar Al- Bukharai, Billionare tetapi tetap mengatakan , "jika tidak kerana dasar-dasar kerajaan dan DEB mustahil saya boleh jadi macam saya sekarang" saya harap Malay gentile jgin jadi sombong apatah lagi bodoh-bodoh sombong. Saya Ustaz Ismail Al Kelantani

langitbiru said...

901

APA JUA KEPUTUSANNYA,

IANYA NOKTAH AKHIR UMNOBN

TITIK HITAM UMNOBN

UMNOBN AKAN TUMBANG

UMNOBN AKAN MENYEMBAH BUMI

DAN UMNO TIDAK AKAN BANGKIT LAGI

KERANA,

PERUTNYA BOROI, BUNCIT

MAKAN BANYAKNYA

HASIL DARI RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA, PENIPUAN

HASILNYA, BUKAN BADAN YANG SIHAT

BUKAN AKAL YANG SIHAT

BUKAN PERIBADI YANG BAIK

BADANNYA BANYAK PENYAKIT

AKALNYA BERKARAT

PERIBADINYA BURUK BANGKAI

MACAMMANA BADAN,AKAL PERIBADI BEGINI MAMPU BANGKIT

TINGGALLAH UMNO SEBAGAI KENANGAN

MASUK MUZIUM

BERSAMA SEJARAH HITAM LEGAMNYA

AKU BERDOA

UMNO BERKUBUR

901 NOKTAH AKHIRNYA

901 TITIK HITAMNYA

AMIN.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.BHG DATO', Saya tak tahu Dato' seorang pemain golf atau tidak kerana atas padang golf istilah kalau jadi macam bahan ketawa setiap pemain golf kerana setiap pemain golf berusaha untuk mengurangkan pukolan sehingga bola masuk lubang. Kita akan ketawakan pemain lain kalau dia kalah dengan memberikan alasan bersandarkan 'kalau'. Contohnya kalau bola tak masuk air atau kalau dipukol kuat sikit dan dsb. Semuanya nak sedapkan hati bila sesorang itu tidak bermain dengan baik atau telah kalah pertaruhan.

2. Dalam kes DSAI pun istilah kalau sudah tidak boleh digunakan lagi kerana proses undang-undang telah berjalan dengan penuh keaadilan. Kerajaan melalui Peguam Negara telah mengemukakan pertuduhan dengan bukti yang mencukopi kepada Hakim. Manakala pihak DSAI diberikan haknya untuk menepis setiap hujah pihak pendakwa. Demi keaadilan kepada semua pihak kita tunggu sahaja keputusan hakim tanpa sebarang prejudis.

3.Pengikut DSAI harus terima sebarang keputusan hakim tanpa sebarang prejudis kalau kita percaya kepada amalan demokrasi dan juga prinsip kedaulatan undang-undang. Institusi kehakiman adalah tiang utama dalam sistem demokrasi dan menjadi asas kepada keutuhan negara. HAKIM bebas dari sebarang pengaruh dan mereka bebas membuat keputusan berasaskan kepada bukti yang dikemukakan dimahkamah.

4. Saya tidak sabar untuk membaca teks penghakiman dalam dalam kes DSAI yang sudah tentu sungguh menarik kerana perjalanan perbicaraan yang bagitu lama. Kita berdoa semoga keaadilan ditegakan untuk kepentingan semua pihak.
iklas,
Rahim

Rao Lanun-Bahaso said...

DO WE NEED A TAKBIR?
(allahu akbar)

Excitednya menunggu hari 901!

Kalau-kalaulah hujan petang!
kalau-kalaulah ada sambungan cerita

ooh, excited sungguh!
hurray - azmin ali!!!!

do we need a takbir
(allahu akbar)

Anonymous said...

Dato Kadir

Kalau #777
(boleh buat cerita cerciter)

Kalaulah yang menuduh pun didapati bersalah dan dihukum 20 tahun serta sebatan dan anwar dipenjara 2 tahun

cer citer, cer citer

sekian

RL-B

OKJ said...

Salam DAKJ

Akhirnya Dato’ Dr Hassan Ali dipecat dari PAS. Seorang, pejuang Islam sejati, yg bercakap benar, penyokong perpaduaan ummah, tidak pandai berdusta, yg bekerja keras melaksanakan syariat Islam, mencegah permurtadan, yg hanya takutkan Allah, akhirnya dibuang dengan alasan tidak menguntungkan parti!!!!!!! Marilah kita menghayati surah ini.

Surah An Nisaa' ayat 138 – 139 bermaksud; “ Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Sekian TQ.

Lahuma said...

Dalam kita sibuk dengan KALAU,KALAU...

Seperti yang dijangka Dato Hasan Ali kena pecat serta merta dari PAS.

Nasib Dato Hasan Ali dalam politik PAS.Rupa nya jodoh dengan PAS tak kekal.

Rupanya PAS pun kalut juga.

snow white said...

pak kadir,
saya setuju dengan terlalu banyak 'kalau'. hanya satu saja saya nak sebut di sini iaitu 'kalau' anwar tak buat perkara yang dilaknat allah s.w.t, tentu dia tak jadi begini - tak kena pecat dari jawatan, tak kena tumbuk oleh igp rahim noor, tak masuk penjara, tak perlu lari bersembunyi di sana sini semasa perhimpunan bersih dan tak perlu minta simpati orang ramai kerana kesalahan moral yang tidak ada kena mengena langsung dengan konspirasi politik. mungkin anwar terlupa 'kalau' dia tak buat perbuatan keji tersebut, dialah yang menjadi pm sekarang. saya rasa anwar tak perlu banyak sangat guna perkataan 'kalau' kerana 'kalau' bukan rezeki dia jadi pm,dia akan menghabiskan sisa hidupnya di penjara kajang ataupun sungai buloh.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Lahuma, antara lain, menulis:

"Seperti yang dijangka Dato Hasan Ali kena pecat serta merta dari PAS."

1. Nampaknya begitulah. Dr Hassan Ali terlalu gigih memperjuangkan Islam yang bercanggah dengan perjuangan politik partinya;

2. Pada hari yang sama, DAP menyelesaikan krisisnya. Tiada siapa yang dipecat;

3. Malah ia dapat bonus pula apabila dua bekas ahli Umno, termasuk bekas ADUN Pulau Manis, Pahang, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, menyertai parti itu. Seorang lain ialah Aspan Alias dari Negeri Sembilan;

4. Itulah politik Melayu!

Terima kasih.

din klang said...

aslkum dakj

org yg banyak bercakap tapi tak buat kerja akhirnya telah dimalukan dgn kuasa allah di dunia ini juga apabila dibuang oleh pas.
org2 yg kenal dgn hasan ali sejak sama2 bertugas sebagai pegawai ptd sehingga berhenti gara2 tiada masa dpn dlm perkhidmatan tersebut seterusnya mengintai kesempatan masuk pas bila pembangkang menjadi lebih kuat selepas mahadir menzalimi anwar hinggalah sekarang akan berkata bahawa manusia hasan ali penuh dgn sifat2 munafik.

mana mungkin munafik tinggal serumah dgn islam.

syabas pimpinan pas. allah akan bersama org yg menentang perjuangan islam spt hasan ali, okj, snow white, samurai melayu, lahuma dll.

kenapa susah sgt nak belajar sejarah. terbaru bukankah allah telah hinakan mubarak yg telah lebih 3 dekad menindas rakyat masir terutama parti islam gabungan ihwanul muslimim?

din klang

Gaylord said...

Bukak artikel pasal PAS pulak laa Pak Kadir. Banyak isu sedap ni.

anakbuah said...

Salam Dato',

Bagi UMNO/BN, kalaulah Anwar tidak pernah dilahirkan, tidaklah nasib parti jadi haru-biru dan punah begini. Kalaulah TDM tak pecat dan tuduh Anwar seteruk ini, Malaysia mungkin lebih makmur dan aman - tidaklah Melayu berpecah-belah dan bermusuhan seteruk ini. Kalaulah Malaysia mengamalkan hukum syariah dgn adil dan saksama, tentu para konspirator, penuduh dan pemfitnah sudah lama dihukum termasuk PM, TPM dan menteri2 kabinet, juga tidak terlepas org2 lain dari semua lapisan masyarakat.

Kalaulah Anwar betul2 berjaya menjadi PM dlm PRU13 akan datang....(yg pasti, semua ini tidak akan berakhir di sini). Dan yang pasti Najib/UMNO/BN tidak mampu kalah dan tidak akan meyerah kalah. Dinasti dan saka UMNOPutra amat perlu dipertahan dan dikekalkan utk serakah golongan ini, kalau boleh selama-lamanya!!!

p/s. Saya sokong Sdr minah ronggeng. Bagi saya komen Dato pasal hukuman di Arab Saudi mmg tidak relevan kat sini, lagi2 di M'sia ni. Kalau kita amalkan hukum syariah sebenar2nya atau sekurang2nya mcm Arab Saudi, ingat manusia2 yg terlibat mcm Saiful, Umi Hafilda, Ezam dan/atau sampaikan TDM, Najib dan Anwar ni boleh terlepas ke???

Jaja said...

Keputusan dari mahkamah. So simple. Buat apa berdemo?? Sekarang Mahkamah telah membuat keputusan Anwar tidak bersalah. Bersalah atau tidak bersalah adalah satu keputusan dari mahkamah. Jadi buat apa sibuk2 berdemo?? Bodohkah kita rakyat ini untuk menidakkan perundangan? Atau mereka yang berdemo dgn sepanduk "bebaskan anwar" dan"rakyat hakim negara"lebih adil dan mempunyai mahkamah tersendiri??

Kamal Sanusi said...

Salam Dato

Terkini, mahkamah telah membebaskan Anwar.

Tapi bagi saya, beliau belum bebas kerana bila diimbas kembali perjalanan kes di antara bekas MB Perak YB Nizar, tak sampai 24jam, mahkamah rayuan buat pusingan U.

Sama jugak dengan kes Anwar ni, rasanya pusingan U akan dibuat tidak berapa lama lagi kerana diberitakan bahawa si Saifool pun tidak hadir seolah-olah dah tahu keputusannya lebih awal. Malah mungkin penghakiman dibuat sebegitu kerana tidak mahu berlaku kekecohan di kalangan penyokong 901 yg ramai berhimpun.

Apa-apa pun, BN terutamanya UMNO harus bersedia menghadapi kebangkitan rakyat yang semakin muak ditindas seolah-olah wujud perlaksanaan dasar apartheid secara halus.

Zin said...

Berdasarkan keputusan mahkamah kini, Anwar dah capai kemenangan moral. Sekarang PM kena fokus pada government reform.

din klang said...

aslkum dakj

syukur kpd allah yg melepaskan hambanya yg cuba dizalimi oleh penguasa kejam ygmenguasai mahkamah dunia.

saya sgt yakin majoriti org islam dimalaysia masih kukuh pegangan islam mereka justeru itu tidak teagak2menyokong parti berhaluan islam spt pas bererti menolak umno yg keislamannya pemimpinnya boleh diragui kerana mengambil islam secara terpilih2 ikut selera nafsu syaitan mereka. ini terbukti dan konsisten dgn eemenangan besar parti2islam di tunisia dan egyptt selepas rakyat menolak diktator bin ali dan hoesni mubarak di negara2 berkenaan.

saya berharap dan berdoa agar allah segera menbuka pintu hati penbahas dan blogger tertentu yg masih liat dgn semangat umno mwreka.

din klang

Anonymous said...

Dato'

Kalau kita tengok berita tv di Singapura, tak habis-habis PM dia berucap peringat rakyat supaya kerja kuat sebab keadaaan ekonomi yang mencabar. Dia pun dah kena potong gaji..

Di Malaysia, balik-balik cerita pasal DSAI, cerita Hasan Ali, cerita Politik.

Cerita potential Listing Felda, cerita 9 Billion order Kapal Perang, disenyapkan...

So, salah siapa kalau rakyat terus lena dengan sensational story?

AZ

Anonymous said...

geli dengan politik.

Kalau nak lepas bila buat salah, jadila pemimpin pembangkang. Kalau kena tangkap, bicara -maka tuduh konspirasi kerajaan.

Kalau orang BN pula, nak kena tunggu sampai kena sisih, barula naik kes-kes berkenaan pemimpin ni.

Rakyat pula, kalau yg jenis taksub, imam dia kentut basah pun boleh jadi imam lagi.

Sokongan patutnya pada sapa boleh buat kerja, sapa jujur, sapa ikhlas.

yg benar
melayulayu

Orang Kampung said...

Dato.

Demekianlah tamatnya sebuah filem hindustan yg penuh mencabar,geli hati,geli perut dsbnya.

Kesimpulannya.UMNO kena kerja kuat.Saham PKR melonjak naik.Melayu pun ibarat kura-kura.Ada yang malu simpan kepala dalam badan.Yang satu lagi dengan gagahnya menjulur kepalanya.

PRU 13 sudah pasti hebat kali ini.UMNO kian lemah kalau tak kuat semangat.Apa pun Melayu diambang dan sudah pun berpecah-pecah.

UMNO pun sudh tak boleh lagi cakap fasal Melayu takut hilang undi.
PAS pun serupa berhati-hati kalau nak daulat Islam takut hilang undi.

Dua-dua parti unggul Melayu.

Apa nak jadi.

Bahagian kah Melayu dan Islam

Mungkin PKR akan bela Melayu dan mendaulat negara Islam..

Ini pun termasuk dalam zon kalau.


Terima kasih.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Mahkamah telah pun membuat keputusan dan rata-rata nampak orang melepaskan nafas lega bahawa negara selamat dari ancaman berlakunya keadaan tidak tentu hala.Tahniah saya ucapkan kepada PDRM kerana telah berhemah dalam menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam yang melibatkan ribuan orang dari segala penjuru. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih bertemadun dan tidak bertindak ganas jika wujud suasana hormat menghormati. Peristiwa berdarah yang melibatkan hanya 100 orang mahasiswa UPSI bolehlah kita katakan satu kejadian terpencil yang boleh dielakkan jika pendekatan yang diambil oleh Ketua Polis Wilayah Persekutuan sebagai contoh. Tahniah saya ucapkan kepada YAB PM kerana berjaya mentransformasikan PDRM supaya mesra rakyat.Saya berdoa semoga ini adalah satu permulaan bagi membolehkan rakyat yakin semula bahawa semua penjawat awam adalah bertugas untuk kepentingan rakyat dan negara.
Yang penting kita pelajari dari isu kes ini adalah apabila kita berkawan ianya hendaklah atas asas kerana Allah. Kalau tidak ianya akan melibatkan pertengkaran dan tuduh menuduh sesama sendiri.Ini benar kalau kita kaji konflik yang hebat ini adalah antara mereka-mereka kawan baik dalam satu angkatan masa dahulu.Yakinlah kepada peringatan Allah bahawa fitnah-memfitnah akan membawa kemusnahan kepada pengamalnya.Jika ini kita dapat hayati dengan serta merta tiada apa yang kita perlu bimbangkan ,Wujudnya kasih sayang antara kita adalah satu benting yang kukuh bagi keselamatan dan kesejahteraan kita ,Insyaallah.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang said,
..
syabas pimpinan pas. allah akan bersama org yg menentang perjuangan islam spt hasan ali, okj, snow white, samurai melayu, lahuma dll.

Salam kasih sayang Sdr. din klang,

Kami berasa Sdr. maksudkan adalah ' Allah tidak akan bersama org yg menentang perjuangan islam...'dan komen Sdr. diatas hendaklah diakhiri dengan 'Wallahualam' kerana Allah SWT Yang Maha Mengetahui dari Sdr...Amin

Kesilapan yang dipengaruhi oleh emosi Nafsu..Nauzubillah


ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Tidak perlu kami berkata lagi kerana Sdr. telah pun mencerminkan diri sendiri.. mohon maaf jika terguris hati..
Layan nafsu...Gelojoh, layan Iman...Tertib! Walahualam.

Lahuma said...

Ramai pemimim hebat yg kena pecat sprt Datuk Hsaan Ali.Dr Mahatihr pun kena pecat.

Datuk Hassan Ali kena pecat bukan kerana lawan arus perjuangan Islamnya.Tetapi dia di pecat kerana lawan towkeynya.

Kalau.kalau Mat Sabu ganti Hj Hadi nanti sebagai Presiden PAS.Mungkin Datuk Hassan Ali boleh RUJUK semula pada pangkuan PAS.

Politik apa sahaja boleh belaku.
Bilakah agaknya MAT sabu akan jadi Presiden PAS.

Terima kasih.

Anonymous said...

Jika DAKJ begitu suka dengan "kalau", harap dapat tulis artikel tentang berikut:

"Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi"

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hutang-negara-dan-gdp-sama-menjelang-2019-jika-putrajaya-terus-boros-kata-pakar-ekonomi/

Apa kata "kalau" berita ini benar....

Fed Up

Jaja said...

>> “fair verdict” <<
Ada lagikah rhetoric2 PR dalam sistem perundangan? sepatutnya ahli2 politik dan parti2 akan menjurus kepada kapisiti untuk pemerintahan. Tapi..bolehkah pembangkang dapat menyakinkan rakyat dengan pengalaman yang mereka ada berbanding dengan Barisan Nasional? Rata2 rakyat memerlukan 'belaian yang berterusan'dan bukan 'belaian janji2' yang tersangkut2 dan sukar untuk tiba....

Jaja said...

"Malay gentile"
Alhamdulillah...rezki dari Allah swt.Kalau saya tidak akan membiarkan anak saya di negeri orang. Saya akan memanggil beliau pulang untuk berkhidmat di negara kita. Kalau sekadar mencari pengalaman di sana tak apa lah. Di sini tempat kita dilahirkan dan tempat kita berbakti. Dapat memberi contoh kepada anak-anak yang lain untuk berjaya seperti anak saudara. Dan memberi contoh bapa2 yang kurang arif boleh berjaya seperti saudara.Bukankah itu yang terbaik??? Adakah saudara daripada Indon?? Kalau anda seorang pendatang maka maaflah, memang patutlah saudara paling bangga dan menidakkan rakyat Malaysia ...

Anonymous said...

Datuk,

Dalam PRU Mac 2008, adakah faktor fed up kan Pak Lah/UMNO lebih penting dan besar daripada sokongan padu untuk Anwar/Pembangkang ? Saya fikir yang pertama adalah kesnya dan yang kedua hanya mendapat manfaat tidak langsung daripadanya. Rosmah factor aside, don't you think UMNO has improved tremendously and hence will do better in the next GE ?

g

Arunzab said...

Dato'
Thank God this case is over. Hopefully those who we had put in office will go about govening the state so that the rakayat will benefit . InshahAllah Allahhuakbar.

Anonymous said...

Salam..

"Kalau anwar di penjara, akan ada 100 lagi anwar".

Anwar yang macam mana?, adakah seperti zaman dia jadi pelajar 1970-an dulu..merusuh dan selalu buat demo.

Mula2 dia berdemo kerana penduduk baling, kedah..bila dia jadi TPM, macam tu juga keadaan penduduk baling.

Anwar seperti USA @ Israel - guna orang lain, untuk mati untuk mereka.

"Malaysia aman ketika anwar berada dalam kerajaan".

Wassalam..

Yan

Anonymous said...

Saya umur 52 tahun. Dah banyak kali undi. Tak pernah sekali undi umno. Semua Pas. Masa 1999, walau tak yakin anwar tak buat seperti yang dituduh, tetap undi Pas.
Tapi pilihanraya ni rasanya saya akan pangkah umno buat pertama kali. Saya bukan nak pangkah yang lebih baik, tapi tak nak pangkah yang lebih teruk (pada pandangan saya)
That's too much of this.at least for me.

mek

din klang said...

aslkum Dakj

tiada paksaan dlm memilih sukan tertentu. Tapi kalau mau bermain bola maka hendaklah patuh pd FIFA.

Begitu juga dalam berorganisasi. kalau seseorang telah memilih parti politik tertentu spt Unmo, Pas maupun Pkr maka org berkenaan harus patuh pd peraturan parti pilihan beliau. Jika tidak beliau berdepan dgn pelbagai risiko tergantung kepada kesalahan yg dilakukan.

kalau org berkenaan merasakan diri dah terlaku pandai maklum petah bercakap dan ada Phd dari Wisconsin Amerika maka ada baiknya org berkenaan buat parti politik baru.rakyat pun nak tenguk berapa ramai yg akan tergiur nak sertai parti tajaan beliau maklumlah pakar motivasi terkenal.

dan pd waktu itu harap beliau masih mendpt air time dari akhbar talibarut Umno.

din klang

Anonymous said...

Datuk,

Its a joke and moronic to say that the judiciary is independent because Anwar is not convicted.

This would make us cried out in pain of all those who were convicted and sent to jail because the judges were not independent? .

The stupidity of this present government is beyond redemption` An entertaining circus for the world.

One of the fastest way to redeem Malaysia's pride would be to change the government at the coming opportunity!

undertaker

bat8 said...

Jaja,

Track record apa yang UBN nak sandarkan sekarang? Laporan ketua audit negara sejak beberapa tahun inikebelakang ini banyak menunjukkan ketidakmampuan UBN mengurus kerajaan dengan baik. Bukan sahaja lapuran terbaru tetapi lihat kepada lapuran say 5 tahun kebelakang. Yang jelas, kepincangan bukan makin berkurangan tetapi menunjukkan peningkatan kearah makin buruk.

2. bagi memudahkan perbandingan kemampuan UDN dan Pakatan, ambillah laporan ketua audit negara dari tahun 2009 hingga kini untuk kajian bagi setiap negeri dibawah UBN dan pakatan. Bandingan performance pada peringkat pengurusan negeri antara tentang keduanya akan memberi gambaran tentang siapa yang lebih berupaya mentadbir negara.

bat8

Budak Kelabu said...

Salam Dato',

Kpd Abu Bakar Rahman,

Tiada siapa pun mempertikaikan jasa Polis dan ATM. Sebab itu jgn hanya membaca utusan Malaysia, Berita Hairan, NST, kosmo, Metro, TV3 dan RTM kerana mereka berperanan sebagai tukang canang kampung. Siapa percaya Media Perdana sahaja bermakna anda bagaikan rusa masuk kampung.

Yang dipertikaikan ialah dua tiga kerat yg amat berkuasa dlm polis dan ATM yg membodohkan anggota2nya utk membuat kerja yg tidak sepatutnya utk menjaga kepentingan mereka yg melakukan penyelewengan dan salahguna kuasa.

Jaja said...

Salam DKJ
Petikan: Donna Guest, deputy Asia-Pacific director at Amnesty International.
"The sodomy law violates the rights of gay Malaysians. Moreover, it was used as a tool of political repression against Anwar"

Andai kata jika Anwar ditabal PM ke-7, pihak antarabangsa merupakan penyokong tegar tapi bukan PAS dan UMNO.....

Satu perkara lagi:
"In 2009, India repealed its sodomy law."

Adakah Anwar ke India untuk menambah ilmu beliau...
Cuma soalan yang membawa seribu kemungkinan...

Pendang Mali oooo said...

DATO'
Saya ni orang kampong Dato'..Pendang!!!
Dato'pun dah lama bersama orang2 UMNO kan..?
kebebasan Anwar Ibrahim hanyalah sementara saja je..lepas PRU13 ni tengokla ada lagi tuduhan kat beliau. silap2 lagi teruk.
kebebasan Anwar juga adalah untuk menarik undi mereka yang di atas pagar..UMNO buat mcm2 agar tetap berkuasa.
kemungkinan juga selepas PRU13 ni pihak pendakwa akan buat RAYUAN...
dan nasib Anwar akan jadi mcm MB Perak Nizar Jamaludin...kalau jadi mcm tu la tak tau la nak kata apa lagi...

langitbiru said...

SOALAN bermula dengan KALAU, sah tak ada jawapan!

KALAU,

Di masa yang lalu, lepas, sememangnya TAK BERLAKU kejadian tersebut. Contoh, Kalau Mahathir tak pecat Anwar…….hakikat sejarahnya, TAK BERLAKU. Jadi buat apa nak berkalau-kalau masa lalu, lepas? BUANG MASA!!

KALAU,

Di masa sekarang ini, pun TAK BERLAKU kejadian tersebut.

KALAU,
Di masa kedepan, hadapan, juga TAK BERLAKU kejadian tersebut.

Peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”, bersiap sedia hadapi sesuatu perkara akan datang (kejadian belum BERLAKU). Dah tahu hari mendung, langit gelap bukan biru, nak keluar rumah elok bawa paying sekali, KALAU-KALAU hujan di tengah jalan.


KALAU,

Dikaitkan dengan ramalan dan nujum, pawang, itu yang salah dari segi syariat.

UMNO
Percaya sangat kepada pak nujum. pawang, bomoh tak cukup dari kalangan bomoh-bomoh Melayu, bomoh India, Siam dan Cina pun disapu!!! TERMASUK kepercayaan kepada nombor-nombor.

PRU13, tunggu isyarat Bomoh SAMI India ke???


Penghakiman,

Kes Sodomi 1,
UMNO kata, hakim bebas sebebasnya, tanpa campur tangan pihak berkuasa (UMNO). Tiada konspirasi.

Kes Sodomi 2,
UMNO kata, hakim bebas sebebasnya, tanpa campur tangan pihak berkuasa (UMNO). Tiada konspirasi.

Apa beza ULASAN UMNO, bersalah atau tak bersalah, SAMA. (Tak perlu ber kalau kalau)

SEMUANYA WAYANG UMNO!

Majoriti Melayu-Islam hari ini yang berakal, nampak itu wayang UMNO.

UMNO semakin tersepit dan terdesak, dek kerana silap percaturan permainannya!!! Silap sendiri, senjata makan tuan.

Dalam peperangan, Nabi saw membenarkan panglima perangnya melakukan tipu muslihat strategi perang, untuk mencapai kemenangan. Sabda Nabi saw, “Peperangan itu satu tipu muslihat”.

Dalam “PERANG” UMNOBN VS PAKATAN RAKYAT, tipu muslihat melalui penyalahgunaan kuasa, mahkamah, termasuk fitnah yang jijik, itu satu dosa besar!

Dosa besar ini, jangan lupa, SUMPAH PALSU termasuk dalam salah satu dosa besar.

UMNO, mana takut DOSA BESAR!

Jaja said...

Salam DKJ

Bat8,
Sakit perut,loya2 dan muntah2 dari 2004-2009 lambat pulih. Sabarlah ..give a favourable chance la. Perlu perbandingan yang telus. Ular , lipan serta jengking ada dimana2 sahaja. Bila kena insecticide made of 1Malaysia nanti hilang lah dia...insects "ketuat" sukar mati!!!

tok man said...

Keputusan mahkamah adalah kemenangan Pakatan dan kehakiman kerana dapat berdikari tanpa dapat dipengaruhi mana2 pihak....syabas dan di harap pihak kehakiman akan terus membuat keputusan dengan telus dan ikhlas dalam semua kes2!

Anonymous said...

Apa yang hebat sangat tentang Anwar Ibrahim ni? Para penyokong tegar Anwar, tolong list 10 jasa Anwar kepada Malaysia semasa menjadi menteri kabinet & 10 lagi jasanya sebagai ketua pembangkang (selain jasa sebagai pencetus demonstrasi)?
-Tertanya2-

Anonymous said...

Dato Kadir mestinya Melayu totok seronok dapat gelaran 'Malay Gentiles'!

Apa maknanya "Malay Gentiles', Dato?
Maaf bertanya: benda meletup di 901 itu serupa IEDs, bukan? Siapalah punya angkara?

Sekian

RL-B

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Kalau.. yang kite cakap banyak tak jadi,ramai yang terkezut berok.hehehe

Anwar Ibrahim nampak bertambah gayrah dengan keputusan yang memehak kepadanya.

Apo nak di kato,
Kito hanyo urang semondo,
Baik burok ditangan buapak,
Dagieng dikincah dek busoknyo,
Dimasak dimakan juo,
Hancur luloh hati ambo rusak.

Batu sempadan jadikan alasan,
Jikalau kalah dalam berperang,
Dimane muke nak ku sorokkan?,
Tak terkalah sang petualang.

Pagi pagi mengail ikan,
Ikan dikail di laut dalam,
Dari jauh doa diiringkan,
Semoga tuan diredho pencipta alam.

Buat mu Mohd Saiful, Allah mendengar segale rintihan mu.jangan kamu melupakannye.

din klang said...

aslkum Dakj

memang sudah diduga Najib dan juak2nya dgn tak tau malu melalak mengatakan kehakiman Malaysia bebas dari perintah pemimpin Umno sebaik saja Anwar dibebaskan.

Cuba kita analisa betul2 agar tak mudah terpengaruh dgn skrip terbaru penyangak2 Umno.

1. kenapa baru ni pemimpin Dap kena hukum 10 tahun penjara kerana kesalahan melibatkan cuma Rm70,000. Tapi Khir Toyo cuma kena 12 bulan sedangkan kesnya melibatkan wang berjuta rgt.

2. bukankah suruhanjaya diraja kes Lingam terang2 membongkar bagaimana org politik dan bisnis tertentu berjaya mempengaruhi Mahadir melantik org tertentu menjadi hakim mahkamah tinggi?

3. kenapa selepas 4 tahun kes pembunuhah Altantuya hakim berkenaan masih belum membuat penghakiman bertulis? Oleh yg demikian menidakkan hak bapa mendiang menyaman kerajaan Malaysia.

4. Dalam kes Altantuya jugak hakim berkenaan menjatuhkan hykuman bersalah kpd 2 pegawai polis tanpa terlebih dahulu mengetahwi motif pembunuhan.

5. Dalam kes fitnah 2 hakin telah berkelakuan sgt pelik. antarnya engan berundur walaupun jelas kelihatan berat sebelah, tidak membebarkan penbela mendapat akses kpd rekod perubatan, tidak membenarkan saksi penting hadir, dan menbuat kenyataan bercanggah bahawa Saiful adalah saksi benar dan boleh dipercayai. Cubalah anda fikirkan inikah mahkamah bebas yg cuba nak diwar2kan oleh Najib dan juak2( semoga dilaknat Allah)

Pendapat saya kalau pendakwa di Malaysia bebas maka kes fitnah 1 maupun 2 tak perlu ujud langsung. kalau mahkamah pula bebas maka kes berkenaan telah dibuang kes pd hari pertama.

Kalau dikira masa dan tenaga pendakwa, hakim, pembela dan rakyat yg terbuang saya kira junlahnya beratus juta rgt semata2 kerana terpaksa menonton drama pembohongan pemimpin yg bernama Najib and the gang.

din klang

Anonymous said...

"Dalam peperangan, Nabi saw membenarkan panglima perangnya melakukan tipu muslihat strategi perang, untuk mencapai kemenangan. Sabda Nabi saw, “Peperangan itu satu tipu muslihat”."

Nak buat macam mana?
Memang betul pun. Tapi Anwar lebih besar penipuannya dan bukan muslihat. Kalau tak tahu duduk diam saja, tunggu PRU13. Yang tertipu pilihlah Anwar..

beBUZZ.

langitbiru said...

4. Kalau Anwar menang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

SAYA tertarik dengan 3 kalau terakhir Dato’, kerana 3 kalau di atas juga pendapat saya sebelum ini kepada sahabat dan lawan.

Sebab itu saya katakan, apa jua keputusan mahkamah (Anwar menang atau Anwar kalah, ianya satu noktah akhir UMNOBN. DAN UMNO SEBENARNYA DALAM DILEMMA DAN TERSEPIT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN. ……….

MENDAKWA ANWAR KALI KE 2, SATU KESILAPAN PERCATURAN YANG BESAR, SALAH SENDIRI, SENJATA MAKAN TUAN!

Kalau (6) dan (7) tidak menjadi kenyataan.

TAPI kalau (4) sudah menjadi kenyataan (iaitu Anwar menang), cuma impaknya akan diketahui dalam PRU nanti.


Bagaimana Dato’ melihat Najib dan BN akan hadapi masalah BESAR dalam PRU nanti?

Dan bagaimana keputusan mahkamah tersebut menyebabkan kredibiliti Najib merudum?

KALAU Dato tiada keberatan, harap Dato’ jelaskan sedikit KALAU-KALAU no (4) tersebut.

langitbiru said...

“Use of zakat for MAIWP legal costs in line with Islamic law, says Mufti”

“MAIWP official backs minister, claims zakat use OK if defending Islam”

“‘Wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan kedaulatan Islam,’ kata Pengarah MAIWP”

Saya membaca ketiga-tiga berita di atas. LAGI dan LAGI.

“Islamic law” mana rujukan Mufti?

“…defending Islam”, “….mempertahankan kedaulatan Islam”, apa yang dipertahankan???

Fakta: Anwar minta Jamil Khir selesaikan tuduhan Saiful ke atasnya dengan MENGGUNAKAN HUKUM SYARIAH.

Dipendekkan, Anwar minta GUNA HUKUM SYARIAH

Dipendekkan, Jamil Khir MENENTANG GUNA HUKUM SYARIAH

JADI, kat mana yang di katakan “mempertahankan kedaulatan Islam”???

Menentang guna hukum syariah, Hukum Qazaf (menuduh seseorang berzina/liwat tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang berwibawa), dikatakan mempertahankan kedaulatan Islam???

Bila diamanah, ia khianat!!! Siapa ini???

KALAU BUKAN DUIT ZAKAT PUN, BOLEHKAN GUNA WANG PERUNTUKAN KEMENTERIAN UNTUK SELESAIKAN KOS GUAMAN PERIBADI???

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Saya terbaca akan komen-komen secara rawak dan sepintaslalu kerana kesuntukan masa.

Namum saya nak tambah satu lagi "kalau". Jika ia telah ditulis, saya mohon maaf.

"Kalau" BN kalah dalam PRU13 nanti, penyebab bukanlah Anwar Ibrahim tetapi BN sendiri yang kurang peka akan isu-isu berbangkit.

Sekian.
Saya Anak Malaysia

din klang said...

Aslkum Dakj

Sdr Tertanya2

Soalan sdr tentang jasa Anwar tak serius langsung dan lebih berniat memperlekeh.

sehebat mana pun sdr tak mungkin dpt menandingi Anwar yg pernah menjadi Tpm paling bersih dan pernah dinobat sebagai menteri kewangan terbaik dunia.

Kan lebih baik jika org kerdil spt saya dan sdr berusaha membantu umat menombangkan rejim zalim pimpinan Umno!

ramai org dah la tak buat bakti ikut ajaran agama malah bersekongkol buat masiat


din klang

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

BN dan PR mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza.

BN memperjuangkan hidup bersama, 1 Malaysia berasaskan perlembagaan dan berteraskan kesaksamaan.

PR memperjuangkan Malaysian Malaysia berasaskan perlembagaan yang akan dipinda dan berteraskan sama rata.Malaysian Malaysia dicetuskan oleh Lee Kuan Yew yang nak menghapuskan perkara 153, dalam usahanya untuk menguasai kerajaan pusat semasa Singapura masih dlm Malaysia.Gagasan itu dipegang teguh oleh DAP.Orang2 Cina sangat suka Malaysian Malaysia.Sebab itu DAP semakin kuat.

DAP sebuah parti yang bijak.PAS sebuah parti lantang memperjuangkan Islam, membangun bersama Islam,sanggup bersengkokol dgn DAP parti yang terang2 menentang Jslam. Aura DAP telah meresap ke dalam jiwa PAS hingga merasakan DAP sekarang sedang mendalami Islam. Walhal PAS sebenarnya telah tergoda dengan 'salam persahabatan'DAP akibat dendam yg membara kpd UMNO dan nafsu yg tak terkawal nak ke Putra Jaya.

PAS dinakhodai oleh Ulama yg agak bercelaru pemikiranya.Allah dikatakan mencarut,samseng sedangkan ini ialah perbuatan syirik khafi.Penyokong UMNO dikatakan kafir,syirik,syaitan pula boleh dijadikan sahabat walaupun Allah berfirman antaranya..syaitan itu musuh kamu yang nyata.Dia juga tak bangga jadi Melayu padahal itu anugerah Allah.

PKR nakhodanya mempunyai moral yang menjadi persoalan.Dia jugak tak sokong Melayu.Katanya...sampai masa kita selamatkan Malaysia,Malaysia ini orang Cina punya,orang India punya.Jangan fikir Malaysia ini orang Melayu punya.

DAP terang2 tak suka Melayu.Hairan kenapa masih ada Melayu yg menyokong DAP termasuklah bekas ADUN Pulau Manis, kalau benar.Dia ialah ADUN UMNO yang tak 'perform'
Disingkir.
Saya ingin bertanya kpd.penyokong2 PR yg menghina dan mencaci UMNO,sudahkah tuan/puan memikirkan nasib orang Melayu sekiranya PR menang PRU 13 dan diperintah oleh DAP ?

Salam hormat,

Lat Juno

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

'KALAU' kami Anwar Bin Ibrahim.

Sesudah sahaja Mahkamah menjatuhkan hukuman 'tidak bersalah' kami akan sujud syukur kepada Allah SWT dihadapan khalayak ramai dan perkataan yang pertama keluar ketika berucap kepada penyokong kami adalah ' Mahkamah Malaysia adalah BEBAS dari TEKANAN mana2 pihak dan berterima kasih kepada pihak Polis Malaysia atas 'professionalism' mereka menjaga ketenteraman dan keselamatan orang awam'.

Lepas itu memohon AMPUN dan MAAF atas segala tohmahan dan buruk sangka terhadap kedua badan dan jabatan kerajaan tersebut. Syabas Mahkamah dan Syabas Polis DiRaja Malaysia!

Barulah kami membuat ucapan terima kasih kepada penyokong2 'ABI' yang begitu taksub terhadap kami.

Barulah anak bapak dan PRU 13 'SURE' dalam tangan!

Oh,Oh.. hanya Kalau!

ALFATIHAH, AMIN
Ps. Pru 13 milik siapa jika PR menang?.. Kena tanya DAP lah.

Anonymous said...

Lat Juno dan Samurai Melayu,

Dalam MSM milik MCA, dikatakan jika PR menang, Malaysia akan dikuasai dan diperintah oleh PAS.

Eloklah UMNO dan MCA berpakat elok-elok jika betul nak menang PRU13.

Fed Up

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang berkata antara lain,

Sdr Tertanya2

Soalan sdr tentang jasa Anwar tak serius langsung dan lebih berniat memperlekeh.

sehebat mana pun sdr tak mungkin dpt menandingi Anwar yg pernah menjadi Tpm paling bersih dan pernah dinobat sebagai menteri kewangan terbaik dunia...

Salam kasih sayang Sdr. din klang,

Setelah membaca komen2 sdr. kami juga tertanya2 adakah sdr. kenalan rapat yang seangkatan dengan Anwar Bin Ibrahim( ABI)atau hanya antara orang2 'ABI' yang taksub terhadap beliau?

Kalau nak tahu siapa dianya bertanya lah dengan kawan2 rapat atau pelajar2 kolej MCKK yang seangkatan dengan nya atau lebih molek tanya 'English teacher' nya yang telah menasihati beliau supaya hentikan tabi'i kurang sihat itu setelah dua(2)kali tertangkap.

Jawapan nya kepada teacher ' I can take care of myself'

Bersih dan hebatnya TPM dan Menteri Kewangan berjenama ABI itu kami akui hinggakan kami yang kerdil ini dapat merasakan nikmat panduan kereta jenama 'Ferrari' dan 'Porsche' ampunya kroni2 nya dan juga diperkenalkan kepada jenama 'Salvatore ferragamo' dan 'Patek Philippe'... Terima kasih kroni2 ABI

Yang tersurat itu Pengetahuan, Yang tersirat itu Ilmu'..

Wallahualam.

ALFATIHAH,AMIN
Ps. Ketika itu kami rasakan jenama 'Bally' dan ' Christian Dior' sudah cukup hebat untuk dimiliki.. Ini bukan olok-olok, ini betul, betul!

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang berkata antara lain,

Sdr Tertanya2

Soalan sdr tentang jasa Anwar tak serius langsung dan lebih berniat memperlekeh.

sehebat mana pun sdr tak mungkin dpt menandingi Anwar yg pernah menjadi Tpm paling bersih dan pernah dinobat sebagai menteri kewangan terbaik dunia...

Salam kasih sayang Sdr. din klang,

Setelah membaca komen2 sdr. kami juga tertanya2 adakah sdr. kenalan rapat yang seangkatan dengan Anwar Bin Ibrahim( ABI)atau hanya antara orang2 'ABI' yang taksub terhadap beliau?

Kalau nak tahu siapa dianya bertanya lah dengan kawan2 rapat atau pelajar2 kolej MCKK yang seangkatan dengan nya atau lebih molek tanya 'English teacher' nya yang telah menasihati beliau supaya hentikan tabi'i kurang sihat itu setelah dua(2)kali tertangkap.

Jawapan nya kepada teacher ' I can take care of myself'

Bersih dan hebatnya TPM dan Menteri Kewangan berjenama ABI itu kami akui hinggakan kami yang kerdil ini dapat merasakan nikmat panduan kereta jenama 'Ferrari' dan 'Porsche' ampunya kroni2 nya dan juga diperkenalkan kepada jenama 'Salvatore ferragamo' dan 'Patek Philippe'... Terima kasih kroni2 ABI

Yang tersurat itu Pengetahuan, Yang tersirat itu Ilmu'..

Wallahualam.

ALFATIHAH,AMIN
Ps. Ketika itu kami rasakan jenama 'Bally' dan ' Christian Dior' sudah cukup hebat untuk dimiliki.. Ini bukan olok-olok, ini betul, betul!

din klang said...

Aslkum Dakj

Malang sekali Org Melayu mempunyai samurai yg sgt berlainan dari samurai jepun.

Belajarlah sedikit psl Islam. Takkan hukum menghadirkan 4 saksi yg tidak fasik pun sdr Samurai tak tau sebelum nak tuduh Anwar atau siapa saja meliwat.

Kalau tak cerdik jgnlah tunjuk pd org lain.

Dah banyak sgt ke pahala yg sdr bawa.yg bakal diambil oleh Anwar diakhirat nanti. Atau sdr sudah tak percaya pd soal dosa pahala atausyurga neraka. Yg sdr percaya apa yg Mahadir,Najib dan media mereka kata sehingga akal sdr dah tak dpt membeza antara yg hak dgn yg bathil.

Sudah2lah tu.Kan lebih baik sdr bertaubat dan berikrar melawan kezaliman Umno Bn

Din Klang

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang berkata,

'Kalau tak cerdik jgnlah tunjuk pd org lain.'

Kami pula berkata,
' Kalau tak cerdik jgnlah menunjuk-nunjuk pd org lain.'

Sadaqallah..

Cukup sampai disini, sayang

ALFATIHAH, AMIN

kermitt said...

Saya ingin bertanya kpd.penyokong2 PR yg menghina dan mencaci UMNO,sudahkah tuan/puan memikirkan nasib orang Melayu sekiranya PR menang PRU 13 dan diperintah oleh DAP ?

Lat Juno

----
komen saya, org melayu wajib undi PAS dan memberikan undi yg solid pada calon PAS.. 60 kerusi DAP tidak akan memungkinkan DAP menguasai PR.. Malah DAP tidak ingin bertanding pun dikawasan majoriti melayu, berlainan dengan umno.. kawasan melayu bagi MIC, MCA, Gerakan... kan?? kat perak ade contoh.. kat Klang pun ada contoh sampaikan ada gelaran ustazah kamala.. hihi.. untuk itu melayu umno perlu bersedia berpolitik secara bijak.. PAS takkan join UMNO itu yg pasti.. jadi org UMNO perlu berfikir dalam2 hal ini..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).