Thursday, January 12, 2012

Kemungkinan Daripada Buang Kes Liwat,

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MUTAKHIR, 20 Jan - Pendakwa Raya hari ini mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat 9 Jan lalu. Rayuan dikemukakan pada jam 4.30 petang di Pejabat Pendaftar (Jenayah) Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh, mengesahkan hal itu kepada pemberita.

Posting Asal

DARIPADA fasa kalau – kalau Anwar bersalah, kalau Anwar tidak bersalah – kita masuk ke fasa kemungkinan kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 9 Jan lalu, tidak menyabitkan tuduhan liwat ke atas beliau.

Jelas daripada keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang pihak Pendakwa Raya (aka Peguam Negara Abdul Gani Patail) gagal membuktikan di luar keraguan yang Anwar telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful Bukhrari Azlan.

Antara kemungkinan yang terlintas di fikiran saya termasuklah:-

1. Pendakwa Raya mungkin (atau mungkin tidak) membuat rayuan terhadap kes itu;

2. “Perbicaraan” terhadap Anwar mungkin tidak berakhir dengan keputusan 9 Jan. Walaupun beliau menang perbicaraan dalam mahkamah undang-undang, beliau pasti akan terus dibicarakan di mahkamah pendapat umum (the court of public opinion);

3. Beberapa hari sebelum penghakiman 9 Jan, parti beliau sendiri, PKR, telah berusaha keras mengembleng “the court of public opinion” sebagai persediaan kalau-kalau beliau disabitkan kesalahan liwat;

4. Sebaik saja beliau dibebaskan daripada tuduhan itu, PKR dan penyokong beliau yang lain segara menggerakkan pendapat umum bagi menaikkan kewibawaan mahkamah dengan memuji kebebasan kehakiman. Dengan menaikkan kewibawaan kehakiman, mereka berharap menaikkan kewibawaan Anwar hasil keputusan itu;

5. Kerajaan tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan akur kepada keputusan itu sambil mencari apa jua perbatuan politik yang ada dengan mengatakan bahawa kehakiman adalah bebas dan Kerajaan tidak campur tangan. Lagipun, tidak ada siapa yang boleh Kerajaan salahkan selain dirinya sendiri kerana itulah standard pendakwaan yang ada kepadanya;

6. Kalau PKR, Pakatan Rakyat dan penyokong Anwar yang lain pintar dan pantas menggunakan “the court of public opinion”, saya rasa penentang-penentang beliau juga akan menggunakan pentas yang sama untuk terus membicarakan beliau;

7. PR mungkin bertambah kuat, tetapi ada kemungkinan yang pengundi, khasnya Melayu, akan bertambah takut terhadap kemungkinan status quo agama, bangsa, bahasa, budaya dan ekonomi diubah dengan drastik jika PR menang PRU nanti;

8. Harus diakui iaitu wujud perbezaan antara simpati dengan Anwar dan percaya kepada beliau. Mungkin ramai bersimpati dengan Anwar, tetapi tidak semua percaya kepada beliau;

9. Bukan Anwar dan PR sahaja akan dibicarakan di mahkamah pendapat umum tetapi juga Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, Barisan Nasional dan Kerajaan;

10. Realiti penting. Kedudukan ekonomi, inflasi, kadar jenayah, gula-gula pilihan raya, penghapusan PPSMI, penarik-balikkan novel Interlok kerana protes orang Hindu, bandar dan kampung yang semakin kotor, kepala lembu di kuil, kepala babi di masjid, gereja dibakar, transformasi dan reformasi semuanya akan memberi kesan kepada pertimbangan pengundi; dan

11. Yang akan menjadikan PRU nanti sensasi dan kontroversi adalah isu-isu peribadi, daripada liwat kepada khalwat, nepotisme anak isteri dan dinasti, rasuah dan penyelewengan, lembu, kerbau, permata dan rumah di kayangan.

Wallahualam.

121 comments:

hakim said...

Anda pun di hadapkan court of public opinion!

Hakim

Shamsul said...

Hakim Rakyat akan menghukum Anuwar pada PRU 13

LaM said...

Kes rogol dan kes liwat adalah sama...kemasukan zakar kedalam kemaluan/ dubor.

kalau ikut precedent kes2 rogol dimalaysian dan negara komanwel, kes liwat ni tidak sepatutnya dibawa kemahkamah kerana keraguan terhadap integriti Siful.

1. Jumpa Najib dan rodwan( sodomy 1) 2 hari sebelum kejadian mengadu kena liwat.

2. Kena liwat dan selepas tu pegi kejamuan dirumah tertuduh. Dengan senyun minum kopi dan makan karipap.
3. 2 hari tak berak dan jumpa Dr Pushrawi cakap jubor sakit sebab ditebuk dng objek plastik.
4, terjumpa airmani mangsa dlm dubornya sendiri.

banyak lagi kelemahan kes ni termasuk pendakwa tidak memanggil Najib dan Rodwan utk mencanggah tuduhan konspirasi. najib patut dtg mahkamah beri keterangan yg Siful pi mintak scholarship dan juga mengadu diliwat dihotel dijakarta. Itu pun tak berani ke Siful/Najib/rodwan.

Saya agak rakyat telah kerugian lebih RM1million untuk menjaga kepentingan dubor Siful dgn perbicaraan yg sia2. Dia punya dubor..patut dia pandai jagalah supaya tidak diliwat. Bapanya Azlan patut berterimakasih kerana dari laporan Dr HBKL, tiada kesan dubornya diliwat dan dubor masih dari lagi. Untuk menjaganya Azlan patut beli 'chastity belt' untuk menjaga dubor Siful dan tak perlu membabitkan duit rakyat dng rayuan yg tidak berfaedah.

Alternatifnya, pergi fail saman terhadap Anwar kerana merosakkan dubor anaknya. Susah nak menang kalau dibaca laporan medical Pushrawi dan HBKL,

Org tak sekolah pun tahu ini liwat rekaan.

ab said...

Salam Dato,



Kalau saya, saya akan pilih `calun kerajaan memerintah' yang dapat tunjuk rancangan memerintah negara/negeri untuk 5-10 tahun akan datang; saya pilih yang `lebih' meyakinkan untuk menyediakan pekerjaan baru, katakan 500,000 dalam 5 tahun iaitu 100000 setahun, iaitu dalam 10% dari tenaga kerja sekarang dalam 10 juta orang...sebab saya ada anak dan anak saudara dll, semuanya memerlukan pekerjaan untuk hidup.



Saya juga hendak tahu `kerajaan' mana yang dapatkan rancangan untuk menambah tenaga elektrik negara...
kerajaan yang berjaya kena ada lombong arang batu atau empangan air baru....kat eropah dan amerika,negara mereka diberi allah salji,glacier, gunung dengan banyak.. dan sumber elektrik mereka murah,dari ATAS bumi punya!....


ELEKTRIK adalah nyawa negara ini.


Kerajaan yang dapat buat rancangan `iskandarism' baru akan dapat lebih kelebihan peluang ekonomi macam istanbul asia dengan istanbul eropah, Hong Kong dan kawloon,pulau venice dengan semenanjung itali dll....penduduk (tempatan dan asing)tinggal dengan ramai di kawsan `murah' dan kerja dikawasan `mahal'...limpahan ekonomi dari kawasan `mahal' akan berlaku di kawasan `murah'....



Saya nak juga tahu , ada kah `calun kerajaan' akan datang ada rancangan untuk mengenal kawasan kawasan setinggan `berpotensi tinggi' utk aktiviti ekonomi seperti didharavi,mumbai..dimana
1 juta setinggan sesak dan `slum'..tetapi MENYUMBANG hampir 600 billion dollars (USD) setahun dalam ekonomi India, hampir 15%GDP kalau saya tidak silap.



Saya yakin negara ini banyak kawasan sesak `city slums' dan `town slums'...tentu ada potensi.



Satu lagi LEBUHRAYA UTARA SELATAN BARU sangat di perlukan...`calun kerajaan mana' nak bina ?..kalau ada jalan keretaapi kat tepinya , lagi bagus!.



Last sekali saya nak juga tahu calun, bolih dipercayai atau sebaliknya...kalau 4-5 tahun sekali atau `tak nampak hidung' dikawasan saya..apa `label' winnerble ka , `nampak alim ka',
`people friendly ka'...BOLE JALAN laa.. SAYA TAK UNDI PUNYA!.



Yang fasal point no 11 dato itu masuk dalam senarai terakhir saya juga.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Salam Dato'

Pada 1998, Anwar dipecat; bermaksud Anwar merasuah, meliwat dll ketika dalam UMNO/BN. Bukan dalam pembangkang. Oleh itu, parti liwat dan rasuah yang sebenar ialah UMNO/BN, bukan pembangkang.

Sungguhpun Anwar dituduh semula ketika dalam pembangkang, sejarah membuktikan di dalam UMNO/BNlah jenayah itu berlaku. Jadi, UMNO adalah punca masalah dan akan terus bermasalah biarpun tanpa Anwar. Itulah hakikat UMNO/BN hari ini.

Rakyat pun tahu, pembangkang tidak cukup kuat. UMNO/BN masih boleh menang PRU. Akan tetapi rakyat mesti berani 'pulas telinga' UMNO/BN agar insaf. Gaji PM pun datang dari duit rakyat juga...!

-Rakyat Marhaen

Anonymous said...

Yang pasti najib dan adik-beradiknya akan makan duit rakyat dengan lebih rakus.



ahmad maarof

Anonymous said...

As'kum Dato'

1. Saya adalah dalam golongan No.8, yang tidak begitu percaya dan tidak bersimpati kepada DSAI. Dari keputusan pada 9 Januari 2012, nampaknya DSAI bukan 100% tidak bersalah.Beliau hanya secara teknikal didapati "tidak bersalah".Mahkamah telah memberi "the benefit of doubt" kepada DSAI. Jadi beliau terlepas dari hukuman mahkamah.

2. Pada pendapat saya, dari segi politik keputusan itu tidak digemari oleh DSAI, PR dan penyokong tegarnya. Mereka mengharapkan DSAI dikenakan hukuman penjara agar mereka dapat menagih sokongan simpati dalam PRU 13.

3. Mengenali DSAI beliau tentu dah ada skrip lakonannya dan rancangannya sendiri bagi menghadapi keadaan ini. Sama2 kita tunggu dan lihat apa pula tema ceritanya kali ini.

4. Apakata sekalipun , sama ada kes liwat ini benar2 berlaku atau tidak, hanya DSAI dan Saiful sahaja yang lebih mengetahui. Yang pasti ialah salah seorang daripada mereka pasti yang menipu. Oleh itu biarlah Allah sahaja yang akan menghukum orang yang benar2 bersalah sama ada di dunia (secara Cash) atau diakhirat kelak. Tidak seorang pun akan terlepas dari hukuman Allah.

Dan Kajang

Anonymous said...

Salam Dato,

AG hanya tunggu isyarat dari Najib untuk proceed dgn rayuan atau tidak?

Implikasi yg Najib harus pertimbangkan...kalau di teruskan juga maka nampak macam sah niat asal untuk memenjara Anwar akan timbul balik...tekanan dlm dan luar negara begitu hebat...susah nak jawab soalan yg bertalu-talu...jadi kemungkinan besar just let it go... just like that.

Pada saya Dato, lebih baik lah Najib jadi anak jantan lawan secara bermoral dgn Anwar nih...tak payah lah nak guna lagi tuduhan2x liar...fight like a true gentleman...kalau di takdirkan kalah pun, he can still be proud of himself.

Jgn ulangi kesilapan DrM yg takut lawan secara gentleman dgn Anwar dulu...if you wanna kill your nemesis just do it with pride and show that you are more capable than him as a true leader...ini sudah cukup untuk memenangi hati rakyat...tak payah lah lagi guna taktik2 kotor yg rakyat dah muak nak dengar and tonton nih.

I wish that we all can see both of them in a live debate talking about their manifesto and plan for us in the next coming GE...so by then we all can decide who to choose? This is a true democracy practice.

Ir Ahmad Rosdi Sahlan
Petaling Jaya

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Pada saya isu yang penting adalah bagaimana untuk dapat meyakinkan rakyat supaya mereka memberi undi mereka.Nampaknya kepimpinan UMNO walaupun terdiri dari orang Melayu tidak memahami budaya sebenar orang Melayu walaupun pertunjuk jelas dihadapan mata mereka.Orang Melayu sebenarnya tidak suka kezaliman dan jatuh menjatuh sesama sendiri.Isu fitnah memfitnah dikalangan UMNO menyebabkan kehilangan banyak undi orang Melayu termasuk jatuhnya Negeri Trengganu pada PRU tahun 1999. Pak Lah telah mengubah pendekatan dengan dasarnya berbaik-baik yang menyebabkan menang besar dalam PRU 2004.Malangnya timbul balik budaya jatuh menjatuh dalam UMNO yang menyebabkan kekalahan besar kepada BN dalam PRU 2008. Keadaan bertambah buruk selepas PRU 2008 dimana budaya fitnah-memfitnah menjadi-jadi hinggalah kesaat ini. Hanya Allah mengetahui apa akan jadi jika UMNO terus leka dengan isu fitnah memfitnah ini seperti yang Dato' ramalkan akan berlaku di mahkamah rakyat.Pada saya ini adalah isu UMNO dan biarlah mereka mengatasinya.Kita tumpukan perhatian kita memperkukuhkan kekuatan kita. Saya difahamkan semasa kita sibuk berbincang mengenai isu yang tidak berfaedah , kes liwat umpamanya, banyak bangunan pencakar langit dibina oleh pihak lain.Betullah apa yang dilagukan RTM tiap-tiap hari bahawa kita akan hanya layak duduk diatas lantai dan tidak dikerusi tidak lama lagi. Saya juga difahamkan banyak konsessi melumbong besi telah diberi kepada pihak lain.Malang sekali jika kita gagal menyekat ini dari berlaku kerana asyik berkelahi berkenaan isu yang tidak jelas hujung pangkalnya.Agak menarik membaca ramai yang sekarang bercakap mengenai mahkamah akhirat walaupun tidak lama dahulu mereka ini jugalah yang mengatakan Mahkamah dunia lebih baik dan berkesan dari undang-undang Islam dengan membesar-besarkan isu DNA.Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa akan jadi kesudahannya. Sementara itu marilah kita berbaik sangka sesama kita dan berdoa semoga Allah Melindung dan Memberkati kita , Insyaallah.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Apa yg saya fahamlah, tertuduh tidak disabitkan kesalahan sebab bukti tidak mencukupi (tidak boleh bergantung kepada bukti DNA semata-mata). Hakim tak komen pun tentang liwat berlaku ke, tidak berlaku ke, berlaku suka sama suka ke atau secara paksa. Jadi eloklah kita menunggu keputusan penuh bertulis dulu. Tak perlulah makcik-makcik tua terkinja-kinja keseronokan katanya ala-ala bermarhaban ‘UMNO mampus’. Tak tahu pulak ada zikir marhaban macam tu. Lepas tu bersalam dgn polis lelaki. Dah tak tahu tentang dosa pahala, halal haram, syurga neraka. Begitulah bila Allah mencerminkan sifat peribadi sebenar mereka secara ‘cash’.

Dalam kes ini, tuduhan adalah diantara majikan meliwat pekerjanya sendiri. Tiba-tiba UMNO pulak yg difitnah berkonspirasi. Samalah macam cerita video sex. Begitulah jadinya bila Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran dan Allah menarik nikmat berfikir secara rasional kpd hambanya yg tak beriman kepada Al Quran seperti dalam surah Al Hujarat ayat 9. Bila fitnah dah menjadi makanan ruji, dah tak boleh nak beza yg mana fakta dan yg mana fitnah.

Lepas tu keluar pulak Rasulullah menggunakan tipu muslihat utk mengalahkan musuhnya iaitu kafir laknatullah. Yg peliknya, mereka pula bergabung dgn kafir untuk menentang sesama Islam. Sebijik macam sifat khawarij . Bila cakap mereka ni bersifat khawarij, tahu marah pulak. Tak tahu nak cakaplah. Sekian TQ.

Orang Kampung said...

Dato.

Kemungkinan drp buang kes liwat.
Pelbagai analisa politik dibuat.Terutama pada PAS yang menyumbang pada kekuatan PKR dan PR.

1.Dalam PAS sudah ada si kitolnya sendiri.

2.Hasan Ali ibarat sebagai Jebat.Dibunuh kerana derhaka pada tuannya.

3.PAS sudah tergadai body kerana terhutang budi.

4.PAS dilihat sebagai penumpang dalam kapal Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan PKR dan DAP.

Pelbagai pandangan dan tanggapan diberi terhadap PAS dari segi kemampuan kesinambungan hala tuju nya untuk menjulang Islam sebagai perjuangannya.

PAS mungkin ibarat lilin membakar dirinya demi untuk kesejahteraan dan kebajikan orang lain.

PAS mungkin ada sikit gelojoh terburu-buru dan tak sabar.

Mungkin cempedak jadi nangka atau nangka jadi cempedak.

Itulah gebang-gebang tak resmi .Ada telinga dengar.Ada mata tengok.Ada mulut senyap.

Ada akal dan fikiran gunakanlah sebaiknya untuk menilai dan membuat rumusan.

Terima kasih.

HJ munawir said...

Dato.

Keputusan mahkamah mempunyai kesan kapada dua pehak.Bagi Anwar ia tidak masoj jail dan boleh terus berpolitik.Bagi Najib ia menaikan lagim pretasinya sabagai PM yang baik.Banyak Menteri UMNO yang saya berjumpa memberitahu jika Anwar di dapati bersalah,susah bagi mereka untok menghadapi PR13.Rais berkata jika Anwar di masok Jail,Negeri Sembilan akan jatoh ka tangan PR.

Sekurangnya orang Melayu percaya yang najib tidak terlibat dengan Konsprasi untok menjatohkan Anwar.Anwar memberitahu TS Gani pathil sewaktu ia berjumapa di hari pertabalan Agong, orang yang bertanggong jawab membuat tudohan liwat kapada nya ia lah Former IGP Police dan AG office setuju dengannya.TS Gani menapi yang ia terlibat.

Perlu di ingat bahawa kes Anwar bermula samasa Pak Lah menjadi PM dan Najib maseh lagi timbalannya.Penapian najib yang ia terlibat memang benar.

Saya percaya sunggohpun ada desakan untok membuat rayuan ka Makahmah Rayuan.jika AG smart dan Najib tidak mahu di kaitkan dengan kes ini,kerajaan patut lupakan sahaja untok merayu.Kenapa kita membuang masa lagi dengan kes yang memalukan semua orang dan membuang masa.

Maseh banyak lagi agenda yang perlu di teruskanlebeh lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

XERONINE said...

Salam Datuk,

Muka yang manakah yang ingin kita tunjukkan.

Muka yang kita lihat dicermin itu samakah dengan muka yang kita halakan ke umum.

Benar belakakah kita ini.

Tepatkah perkataan kita.

Bersihkah denyut-denyut nafas yang yang mengiringi pertuturan kita.

Biarkan air mengalir terus, jangan diempang dengan kemungkinan.

Terima kasih

bashir said...

rakyat kecewa dengan senario politik sekarang. langsung tidak menguntungkan rakyat.ahli politik baik kerajaan dan pembangkang hanya sibuk mempertahankan diri masing masing untuk terus berkuasa.Sudah sudah lah...kalau ada skandal, perlu letak jawatan atau dengan bahasa yang lebih cantik undur diri. baik anwar, baik sharizat, awand adek dan jamil khir perlu lakukan sesuatu demi negara, bangsa dan agama tercinta. kita sedang ditertawa oleh bangsa asing. kemenangan pakatan nanti hanya akan memberi kebebasan kepada bangsa asing utk lebih berani memperjuangkan hak mereka. sedikit demi sedikit kita kelihatan memberi peluang kepada mereka...

bashir said...

saya kira dato pun sudah seakan akan kecewa melihat umno yang tidak berubah dan tak mahu berubah.macam ditelan mati mak dan diluah mati bapak. betul tak dato ?

Malay Gentile said...

It’s so obvious UMNO will raise the same slogan “Hanya UMNO mampu memperjuangkan Bangsa Melayu” on very upcoming election.

UMNO only generous during critical time. They promise to build a bridge even where there is no river.

Bangsa Melayu must remains poor forever so that UMNO can use them as their tools in order to retain its power (>54 yrs)

There's an old saying... "One must be poor to know the luxury of giving”

Hik... hik.. hik...

Anonymous said...

yg number 11 tu killer shot utk korg2..tak fhm2 lagi ke? hahaha!
-mahasiswa universiti kerajaan

Jaja said...

Salam DKJ,
Satu sms pada saya dari kawan.
"reminded me of the Animal Farm story .. some pigs liberated all their farm animals frens fr the humans but end up ruling the animals worst than the humans"
Dato,agaknya ini lah "realitynya".

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',ini satu tajuk perbincangan yang sangat baik.

Saya yakin pihak pendawaraya perlu dan akan membuat rayuan demi keadilan kepada mangsa dan demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang2.

Hakim ragu2 menerima DNA sebagai bukti.Mungkin hakim di mahkamah yg lebih tinggi bersedia menerima DNA berkaitan sebagai bukti kes dan Anuar boleh disabitkan kesalahan.

Kesasihan DNA lelaki Y dlm anu mangsa tidak dicabar, kesahihan DNA yg diambil pada towel dan berus gigi kepunyaan Anuar juga tidak tercabar. Dalam perbicaraan terbukti, setakat yang saya faham,kesamaan DNA ini juga tidak dicabar.Jadi sah DNA lelaki Y itu ialah DNA Anuar.Saya berpendapat, bukan nak menghina mahkamah, ketulinan DNA ini tak perlu diragui untuk mensabitkan Anuar kerana DNA tidak boleh ditiru, tak boleh dibuat-buat.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menyokong Anuar atau tidak.Apa yang perlu mereka tahu ialah pemimpin2 PR tidak suka Melayu,mungkin untuk mendapat sokongan orang2 Cina.

TGNA kata dia tak bangga menjadi Melayu.

DSAI kata "..sampai masa kita selamatkan Malaysia..Malaysia ini orang Cina punya,orang India punya...jangan fikir Malaysia ini Melayu punya".

DAP pulak tetap dengan Malaysian Malaysia yg berjuang menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Keperluan orang Melayu dan bukan Melayu, terutama Cina, sangat berbeza.Inilah yang menjadi cabaran kpd mana2 parti yang memerintah Malaysia nanti.

Salam hormat,

Lat Juno

Orang Kampung said...

Keputusan penghakiman telah pun dibuat.Anwar dibebaskan.

Maka ramailah hakim dikalangan rakyat bicara sesama mereka.

Tunggu apa lagi pada pemimpin politik terutama UMNO.Turun padanglah buat kerja dgn serious dan ikhlas.

Bukan lagi masa nak tunjuk lagak,mewah,ego bergaya dsbnya.
Terutama ketua umno bahagian yg masih syok sendiri.Menteri pun serupa juga.Jaga rakyat bukan jaga kroni sahaja.

PRU 13 jangan pandang ringan dan remeh.Semua parti ada masaalah

UMNO pun ada masaalahPAS pun ada masaalah.DAP pun ada masaalah.PKR pun ada masaalah.Mca pun ada.MIC pun ada.Gerakan pun ada.Semua ada masaalah.

Anwar sendiri pun ada masaalah.
Rakyat pun ada masaalah..

Semua parti politik kena dekati rakyat dgn ikhlas.Siapa yg baik pendekatannya maka dapat lah sokongan.

Media masa stail lama macam surat Khabar TV yg propaganda yang tak ada asas itu eloklah hentikan sahaja.

Rakyat lebih cerdik drp pengarang akhbar.

Orang politik yg menagih kuasa macam cacing panas.Rakyat pula menagih selera pada yg mampu janji manis serta hebat.

Anwar bebas atau secaliknya rentak politik di Malaysia tetap panas dan rancak.

anakbuah said...

Salam Dato',

Sdr OKJ kata..."Dalam kes ini, tuduhan adalah diantara majikan meliwat pekerjanya sendiri. Tiba-tiba UMNO pulak yg difitnah berkonspirasi. Samalah macam cerita video sex. Begitulah jadinya bila Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran dan Allah menarik nikmat berfikir secara rasional kpd hambanya yg tak beriman kepada Al Quran seperti dalam surah Al Hujarat ayat 9. Bila fitnah dah menjadi makanan ruji, dah tak boleh nak beza yg mana fakta dan yg mana fitnah."

# Hairan, siapa sebenar tertutup hatinya? Apa 'kebenaran' yg Sdr OKJ dapati selama 2 pertuduhan sodomi ini berlangsung? Dan Sdr OKJ tak terfikirkah, siapa sebenarnya yg buat fitnah selepas yg menuduh gagal membawa 4 saksi yg tidak fasik dan haq? Kalau doktor kata ada DNA yg datang lebih drp seorang (termasuk air mani sendiri) dlm sampel air mani yg diambil drp jubor Saiful, fakta mcm mana lagi yg kita nak percaya?

# Dan kejadian2 sebelum Saiful mangadu kpd polis seperti yg dinyatakan oleh Sdr LaM memperkuatkan lagi kepercayaan yg pentadbiran Najib berkonspirasi dlm kes ini atas sebab2 yg tidak susah utk difahami oleh rakyat, kecualilah mereka2 tidak dpt menerimanya dgn hati dan fikiran yg terbuka!

Dato',

Explosives ‘work of an expert’? - The Star

Bukankah Altantuya dulu diC4 oleh 'pakar2' bom juga? Dan 'pakar2' itu telah dijatuhkan hukuman tanpa mengetahui motif mereka membunuh sekejam itu?

mtgbertam said...

Saudara Abu Bakar,

Tak payah susah2, dalam Islam bagi panduan suruh pilih pemimpin yang AMANAH.

Takkan tak tengok pemimpin yang ada ni amanah ke tidak??

samagreen said...

Bukan senang nk buktikn d mahkamah 'isteri d rogol suami'; mana nk cari saksi?...... kes terpaksa rela.

Aku simpati dgn famili Anwar, tapi percaya pd Saiful.

"Ilahi anta maksudi wa redhoka mathlubi"

Nor Azman said...

Dato.

Senerio politik yang memalukan Bangsa Melayu,UMNO dan Kerajaa,

Banyak yamh ,asok Neraka kerana membuat Fitnah.Tak terkechuali Editor Akhbar Utusan dan BH,

Saya ingat cukop lah.Harap Najib dapat membuat keputusan yang baik.

Anonymous said...

Salam Dato....
Saya boleh terima salah guna kuasa pada kes lepas.
Walau saya tidak bersama PR tetapi dalam isu Liwat DS Anwar saya tidak boleh terima. Titik dan Total. Kecuali jika dibicarakan di mahkamah shariah.

Sukar untuk diterima jika kes lalu dituduh tapi kondominium belum siap dan pinda tarikh. Dubur azizan tidak diperiksa.

Kes kini.....mana boleh cebisan mani disimpan dlm almari- meragukan.
Pemeriksaan di Pusrawi dan HKL mengesahkan tiada tusukan.
Tidak berak dan mandi beberapa hari....lagi keraguan.

Kesimpulannya Datuk.....Saya ingin percaya TAPI sangat bertentangan dengan AKAL waras dan ilmu yang Allah anugerahkan pada saya. Maka : Saya tidak percaya sekali lagi Titik dan Total. Kalau dan Jika mahkamah rayuan menghukum juga pasti saya akan Review semula UNDI saya pada Umarak.

Hentikanlah isu2 unsuk seks ini. Marilah fikirkan majukan negara, satukan rakyat.....usahakan FDI dll. Biar lah DrRistina, Mokhtar Abdullah, Agustin Paul, Cristopher Fernando, Ariffin Jaka tinggal sebagai kenangan.
Kita yg hidup sementara ini terus berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Semoga BN dan PR terus berusaha memajukan negara spt yg dilakukan oleh Konservatif, Labour dan LDP di England.

oleh
Kabyn

husin syedmohamad said...

1/Nampaknya semua berita negatif. Cerita pemimpin banyak yang negatif. Mencari-cari berita positif. Mungkinkah terpaksa memilih yang terbaik dari dua kumpulan yang terburuk? 2/ Mungkin juga banyak yang baik , tetapi yang diriuh - riuhkan hanya yang buruk. 3/ Kalau semua boleh berpakat , kalau benar semua nak bekerja untuk rakyat , kalau sebenarnya rakyat ada ruang memilih.

Anonymous said...

Assamlamualaikum Dato'

Sebut pasal Melayu alim atau tidak, UMNO atau PR bila nak mengundi, yang pasti masalah rakyat perlu diselesaikan.

Contoh 1: UMNO memerintah, pengerusi KTMB (satu-satunya yang ada perkataan Tanah Melayu) orang Melayu. Tapi, semua buat tidak peduli rakyat yang telah menetap sejak sebelum merdeka di tepi rel keretapi yang kini hendak dihalau seperti anjing. Wakil rakyat UMNO pun tak berani bersemuka.

Pelbagai tipu helah dibuat oleh kerajaan untuk menghalau mereka yang rata-ratanya tidak berpelajaran dan warga emas. Yang bongkok 3 pun ada di kg saya. Baru-baru ini seorang telah meninggal kerana tertekan dengan masa depan yg malap tidak berumah.

Tanah-tanah lot, Felcra dan sebagainya hanya dikurniakan kepada org kuat Ketua Bahagian dan sedara-mara kakitangan pejabat tanah serta penceroboh tanah yang mengaut untung atas angin.

Setinggan2 ini dicop sebagai anjing yang menumpang sedangkan di antara mereka ini ialah pejuang kemerdekaan (bekas askar).

Itu satu contoh. Kami boleh beri banyak lagi contoh.

Oleh itu, untuk tidak menjadi orang tepi jalan, kami akan undi pembangkanng supaya pembinaan jalan keretapi gemas-jb akan ditangguh sehingga kami mati.

**veteran Tanah Melayu dan UMNO Kluang Johor**

Anonymous said...

Salam Dato yang dikasihi,

Apapun kesudahannya dgn Datuk Seri Anwar ini haraplah ianya menjadi yang terbaik untuk semua rakyat Malayia. Saya amat senang dengan tindakan KM P.Pinag yang berani mendedahkan harta beliau serta Exco2nya melalui laporan KPMG - An Independent Auditor.

Setahu saya, Ketua Bahagian UMNO, Ketua Pemuda Bahagian UMNO serta timbalan masing2 di kawasan saya kesemuanya memiliki banglo, tanah dan projek berjuta...belum lagi Exco2, Timb Menteri dan Menteri2x UMNO.

Saya berharap agar Najib and gang juga turut buat begini.

Nah..lihat sendiri Senarai Harta Exco2 Pulau Pinang:

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun harta mereka secara terbuka. Perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco. Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

1) Phee Boon Poh - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

memiliki beberapa rumah
memiliki tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta
memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000
memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund2)

2)Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang
memiliki simpanan tetap RM298,785
memiliki saham amanah berjumlah RM25,989
memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000
memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom

3) Datuk Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri I

memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000
memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819
memiliki sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000

4) P Ramasamy – Timbalan Ketua Menteri II
memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan
memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000

5) Chow Kon Yeow – Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas,

memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000
memiliki serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000
memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000
memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund

6) Abdul Malik Abul Kassim – Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

tidak mencatatkan sebarang harta miliknya
memiliki Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000

7) Lim Hock Seng – Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,

memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh
memiliki saham di Kotindak dan Kojadi
memiliki beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000

8)Law Heng Kiang – Exco Pelancongan dan Kebudayaan,

memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000
memiliki sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000
9) Law Choo Kiang -Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air

memiliki sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000
memiliki beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC

10) Wong Hon Wai – Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian

memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000
memiliki sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000

Maaf jika menyinggung - Haji Abdul Kadir Buyong.

Anonymous said...

Amat menyedihkan melihat bagitu ramai kalangan org Melayu yg mempercayai bahawa kes liwat Anwar 98 dan kes Saiful adalah rekaan.
Saya tidak suka UMNO kerana setelah lebih 50 tahun mereka menerajui kepimpinan negara bangsa Melayu masih tidak diterima sepenuhnya olih kaum pendatang putih dan hitam sebagai penduduk pribumi.Dlm isu ini jika bukan UMNO yg salah,maka siapa?
Tetapi dalam kes Anwar saya masih rasional.
Sewaktu Anwar dlm kerajaan saya tidak melihat apa2 keistimewaan atau pencapaian luar biasa selain dpd kehebatan bercakap.
Tapi semua tahu yg Anwar memberi kekayaan kpd adik-beradik dan kroni2 beliau tanpa had.
Jika ketahap sekarang masih ramai Melayu yg menutup mata dan hati maka hanya Allah SWT yg bolih menyelamatkan bangsa Melayu drp menjadi alat SYAITAN.

Mat Sabun

Anonymous said...

sebenarnya kes liwat anwar
tak perlu diperbesar2kan.
malu kita dengan anak cucu cicit
kita pada masa akan datang.
lepas ni sudah2lah bicara liwat tu.
bukan saja anwar tapi juga sesiapa pun.
lagi pun meliwat tu kes peribadi.
duit rakyat habis bermilion2 hasil zero.
banyak kes lebih penting patut
dibicarakan tapi terabai.
sejak tahun 1998, kita telah
disogokkan dengan kes liwat anwar.
seolah2 anwar saja kaki liwat di malaysia ni.
apa, anwar tu tak ada kerja lain ke.
bagaimanapun, dato' pun tau saya pun tau.
inikan suvival politik.
benar atau tidak anwar meliwat.
bukan persoalannya.

- luqman hakim.

Rao Lanun-Bahaso said...

Maka ianya, PRU13 pada 2013 lah.

Pasal I:
BN masih belum dapat tawan hati majoriti pengundi muda-mudi yang ramai berlambak, mereka habis pengajian kolej dan berhutang tetapi masih belum dapat kerja.

Pasal II:
BN sekarang pun kena buat kerja 'damage control' banyak; dan baguslah di masa ini shahrizat mahu pergi bercuti. Kalau dia nak pergi buat umrah pun pergilah.

Pasal III: FELDA listing (pukulan buah maut kepada najib)


Sekian

INDIGO MIKE said...

The Scribe,
Salam Sejahtera

Tajuk cerita: najib miscalculated as always (najib mengundang bala malapetaka kepada negara)

Menakutkan, betul tidak?
Tetapi yang lebih menakutkan ada orang letak bom semasa perhimpunan, betul tidak?

PRU13, banyak yang rakyat dan bukan rakyat akan mati akibat keputusan BN menang tipis dan Perak jatuh kembali ke PR. Ini yang menyedihkan, bukan menakutkan. Dan ada pihak yang seronok malah merekalah yang menjadi dalangnya huru-hara.
Maaf bukan PR dan bukan BN tetapi rakyat juga.

Musabab: najib itu penakut dan ambil jalan mudah walaupun dia tahu akan merugikan banyak melainkan dirinya.

Tak apa, kita tengok sahaja nanti.


Sekian.

din klang said...

Aslmkum Dakj

sejak lebih 50 tahun Umno Bn memerintah kehidupan rakyat semakin terhimpit sebab

1. rasuah dan salah guna kuasa dikalangan menteri, menteri besar;exco, ketua bahgian hinggalah ke ketua cawangan merugikan rakyat berbillion rgt.

2. oleh kerana faktor 1 di atas maka rasuah dan salah guna kuasa juga berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan tertentu spt polis, imigresen, kastam, hakim, pendakwa raya, sprm , jpj, pej tanah, majlis perbandaran dll.

Rasuah dan salah guna kuasa pasti membawa bencana kepada rakyat kerana:

1. beberapa kerat yg kaya menguasai sebahgian besar ekonomi sementara majoriti rakyat miskib papa kedana

2. oleh kerana semakin ramai rakyat miskin maka kualiti otak anak2 yg mereka lahirkan juga lembam. Tak hairan lah kenapa 8% tamatan Spm masih buta huruf. Yg paling sedih mereka tu rata2 anak Melayu. Lagi ramai Melayu bodoh lagi selamat kedudukan perasuah Umno Bn dan konco mereka yg menguasai ekonomi dan pemimpin Umno sendiri.

Satu2nya orang yg benar mempunyai keupayaan menggugat kedudukan Najib and the gangs adalah Anwar. Fahamlah kita kenapa Anwar harus dihapuskan dgn apa cara termasuk fitnah liwat.

Masaalah besar kita dalam menumbangkan rejim zalim Najib and the gangs ialah kerana masih terlalu ramai Melayu berfikiran spt okj, din kajang, jaja, dan samurai melayu yg sentiasa mengiakan segala perbuatan jahat peminpin Umno Bn tanpa melihat keperluan menjaga kwbajikan Melayu dan Islam dalam kontek yg lebih besar serta jangka panjang.

din klang

Anonymous said...

Datuk, greetings. Anwar's personal issues and personality aside, I do not believe there's anything special or extraordinary about the man other than his ability to rabble rouse. Coming from the same generation and university as he did in the sixties as I did, I know Anwar than and now. Other than the gift of the garb, omong kosong, he is actually intellectually shallow. But he is good at making the mountains out of mole hills. He read a page of a book and he talked about it as if he knew the writer.

He did nothing original when he was 16 years in Umno and the Government. Media wise, as you are aware, he was made by Ahmad Sebi, his UM contemporary. Ahmad Sebi and the compadres charted Anwar's political course with the help of Daim, Mohd Nor Azam, Elis Noor, Pak Wan Ismail, Kept. Sudirman and others.

When he tried to break away from Dr Mahathir and Daim, he sought the assistance of Quek Leng Chan, Tong Kooi Onn and later Michel Camdessus of the IMF and the pro-Jewish American neo-conservatives in DC. Until today, he know little about real economy, finance, fiscal and monetary issues. He is merely echoing people like Khalid Jaafar and Din Merican who did the reading for him and to his American friends.

So, as a warga emas and a contemporary of Anwar, feel sorry for his equally uninformed followers who blindly believe whatever he says. As he had led Dr Mahathir up the garden path for more than 16 years, he is now leading Haji Hadi and Nik Aziz on the road to pergatory. But he could not fool Kit Siang and Karpal Singh. These people could read him. He is a pawn in their games. Sadly, his nemesis Najib is no better. Our bad luck Datuk.

Class of 69.

JamalPT said...

Rakyat juga memerhatikan perkembangan di dalam PAS dengan penuh minat. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam telah membakul-sampahkan ideologi mereka.

Ismail Kamus yang hadir sidang akhbar Datuk Hassan Ali dipetik berkata, “saya tidak ada apa-apa komen tentang Hassan cuma saya melihat beliau seorang pemimpin yang bagus dan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dan parti tetapi sedikit tersilap langkah”

Ya! Silap langkah, kata Ismail Kamus, kerana mengkritik partinya, yang tukar daripada negara Islam, kepada negara Kebajikan. Kerana apa? Negara Islam tiada dalam Al-quran. Agaknya, apakah yang Hadi Awang fikirkan bila dia keluarkan amanat Hadi pada tahun 80an, sekaligus menjatuhkan hukum kafir kepada sesama Islam.

Ulamak-ulamak munafik bertopengkan syaitan perlu ditolak oleh umat Islam. Mereka inilah yang akan menjual Islam kepada orang kafir atas secebis kuasa.

Perkembangan terkini isu semasa akan juga meletakkan PAS di bawah lampu limpah, untuk rakyat terus melihat Islam terus dibola-sepakkan oleh mereka ini.

JamalPT said...



1) Phee Boon Poh - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

memiliki beberapa rumah
memiliki tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta
memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000
memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund2)

2)Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang
memiliki simpanan tetap RM298,785
memiliki saham amanah berjumlah RM25,989
memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000
memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom

3) Datuk Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri I

memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000
memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819
memiliki sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000

4) P Ramasamy – Timbalan Ketua Menteri II
memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan
memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000

5) Chow Kon Yeow – Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas,

memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000
memiliki serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000
memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000
memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund

6) Abdul Malik Abul Kassim – Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

tidak mencatatkan sebarang harta miliknya
memiliki Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000

7) Lim Hock Seng – Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,

memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh
memiliki saham di Kotindak dan Kojadi
memiliki beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000

8)Law Heng Kiang – Exco Pelancongan dan Kebudayaan,

memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000
memiliki sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000
9) Law Choo Kiang -Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air

memiliki sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000
memiliki beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC

10) Wong Hon Wai – Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian

memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000
memiliki sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000

Maaf jika menyinggung - Haji Abdul Kadir Buyong.


wow!!! TKM Pulau Pinang ada simpanan dalam ASB? Benci kerajaan tapi melabur dalam ASB.

Yang exco cina kaya-kaya belaka ya.

Cuba mintak declare sebelum naik exco, dan sekarang, supaya rakyat dapat tengok bezanya.

Cuba mintak sedara-mara declare sekali.

OKJ said...

Salam DAKJ

Ayat Quran yg pertama suruh kita membaca dan mencari ilmu. Tanpa ilmu, kita akan sesat dan didunia dan di akhirat. Jadi, terlanjur Dato’ bercakap tentang permata, eloklah kiranya saya bercerita sedikit tentang berlian (diamond) setakat yg saya tahu. Kita bersantai sekejap hujung minggu ni.

Pertamanya, untuk menilai berlian, ada 4C yg perlu diketahui. Carat, cut, colour, clearity. Carat adalah berat seuatu berlian. Lagi berat lagi mahallah harganya. Contohnya, harga berlian 0.5ct, H, SS1, GIA biasanya RM 4K. Tapi berlian 1.0ct, F, IF, GIA mencecah harga 60K.

Keduanya ialah Cut. Potongan yg cantik akan membiaskan cahaya semaksimum mungkin. Potongan yg paling mahal adalah round brilliant dan bentuknya macam diamond pada baju Superman. Jadi kalau cincin dipakai pada jari, ia akan nampak tinggi sedikit dan elegant.

Ketiganya, ialah colour. Lebih jernih colour lebih mahal harganya. Dan colour juga digred ikut D dan ke atas. Berlian 1.0ct, D, IF, GIA harganya RM1000K keatas. Kalau 1.0ct, H, SS1, GIA harganya lebih kurang 13K.

Dan terakhir iaitu clearity atau dalam bahasa melayunya bertahi lalat atau tidak. Yg tiada kecacatan tahi lalat dikenali IF, diikuti, VVS1, VVS2 sehinggalah I3. Lagi clear lagi mahallah harganya. Jadi, eloklah kita bawa glass magnifier semasa nak beli berlian supaya puas hati.

Akhir kata, eloklah kita tukarkan ‘hantaran’ sekarang dari cincin belah rotan kepada cincin ber‘carat’ pula. Dan satu lagi, setinggi manapun sayang dekat isteri kita, belilah berlian ikut kemampuan semasa. Sekian TQ.

Anonymous said...

As'kum Dato'

1. Seperti yang saya katakan, hanya Allah yang lebih mengetahui tentang siapa yang sebenarnya bersalah dalam kes ini.Allahlah yang berhak menghukum mereka yang bersalah samada didunia atau di akhirat.

2. Saya amat kasihan orang2 seperti din kelang dan koncu2nya yang terus buta hati untuk mengenali di antara amalan baik dengan amalan mungkar.

dan kajang

Tinta Hitam said...

Datuk,

Dulu kalau skg dah mungkin pulak..kih3..Walaubagaimanapun jawapan saya adalah sama shj.Tiada mungkin .Semuanya adalah pasti.UMNO pasti tewas (Insyaallah) cepat atau lambat.UMNO skg ini hidup "from the past glories" shj..

Hamba Allah said...

Sara 1 Malaysia pula Najib lancarkan untuk orang miskin moden.

Itu lah hikmahnya bila pembangkang kuat di Malaysia.Berbagai package di lancar oleh kerajaan BN.
Kerajaan Bn takut hilang kuasa maka berbagai habuan di hulurkan.

Oleh itu eloklah dalam PRU 13 nanti supaya kekuatan politik kita seimbang antara kerajaan dan pembangkang semua pengundi merancang agar kekalkan dengan jumlah kerusi yang seperti kini.

Negeri Kedah,Kelantan serah pada PAS.Pulau Pinang pada DAP.Selangor serah pada PKR.Perak serah pada PAS semula.

Kerajaan Persekutuan kita kekalkan pada BN tadbir.

PM kita wajib sokong 100 peratus pada Najib.Ketua Pembangkang pula kita kekalkan Anwar Ibrahim.

Mana-mana menteri yang mandom dan tak bersih eloklah diganti.Wakil Rakyat yang kaki joli tak berhidmat dengan brtul jangan pilih lagi

Ini lah suatu yang amat baik untuk rakyat.Biarlah kerajaan BN tidak lagi lena dan leka terutama pemimpin UMNo yg utamakan diri sahaja..

Kalau kita serah bulat-bulat maka siapa yg nak suara masaalah rakyat macam pemimpin UMNO dahulu.

Sekarang pembangkang lah yang banyak korek dan cakap masaalah rakyat.Suara pembangkang laku dan bernilai.Kerajaan BN amat takut pada suara pembangkang.Suara rakyat bawahan siapa yang dengar dan ambil peduli.

Apa yang berlaku hari ini di Malysia ada hikamhnya.Politik sudah berubah.

Demokrasi perlu hidup subur.Kerajaan baru aktif jaga rakyat macam hari ini.

Parti Kerajaan BN dan Parti Pembangkang perlu seimbang kalau mahu suara rakyat didengari dan terbela.

OKJ said...

Salam DAKJ

Ralat:

Berlian 1.0ct, D, IF, GIA harganya RM100K ke atas bukannya RM1000K ke atas. Minta maaf kerana tersilap taip. Banyak sangat 000. Rambang mata jadinya. Sekian TQ.

Anonymous said...

Wow dato,
komen sdr Hamba Allah pedas dan menarik juga untuk renungan kita.

TQ.

Peminat Scribe
.

Anonymous said...

sodomy I & Sodomy II tetap mempunyai fakta reasonably doubted.
Menjadi isu dominan buat Malaysia ketika melangkah milenium baru.
Menjadi bahan lawak dan sinikal di media antarabangsa.
Ini semua adalah trademark Malaysia Boleh !!
Elok sangat tutp bab ini, buat malu bangsa dan agama.

Dr. Zeus

Anonymous said...

Datuk,
Alangkah baiknya kalau kes liwat yang membabitkan dua orang berkenaan tu tidak dibesar-besarkan dan diberi tempat sebagai isu utama negara. Banyak isu lain yg patut ditangani dan diselesaikan untuk menjaga kebajikan hidup rakyat pada zaman yang penuh mencabar ni. Kalau betullah perbuatan liwat merupakan kesalahan yang amat besar dan tak boleh diterima di negara ni, kenapa sejak berpuluh tahun, pondan-pondan dan peminat mereka dibiarkan bermaharajalela di kawasan Chow Kit, Belakang Mati dan beberapa tempat lain yang sememangnya diketahui umum sebagai sarang golongan Mak Nyah mencari pelanggan? Adakah kalau orang biasa terlibat dengan perbuatan terkutuk tu tak dianggap salah, tapi bila orang politik, khasnya yang tidak sealiran dengan parti pemerintah melakukannya, maka ia dianggap kesalahan besar dan perlu diperbesar-besarkan? Menyampah bila melihat media elektronik dan media cetak dipenuhi laporan perbicaraan kes tu dengan penuh terperinci. Malu!!!

-- BALANGLAMA

Anonymous said...

As'kum Dato',

1. DSAI sepatutnya buat sujud syukur kerana terlepas dari hukuman dipenjarakan atas sebab teknikal dan diberi "benefit of the doubt" oleh Hakim kepada beliau.

2. Beliau juga masih boleh gembira kerana masih ada lagi rakyat seperti beberapa orang dalam blog Dato' ini,pemimpin2 Pas seperti Nik Aziz, Hadi Awang dll. yang terus tertipu dan mempercayai pembohongan beliau.Namun yang jelas ialah bilangan yang kena tipu dan mempercayai pembohongan beliau kini telah berkurangan berbanding dengan semasa Kes Liwat 1.

3. DSAI memang bijak dan pakar memutarbelit cerita dan fakta hingga ramai rakyat yang tidak begitu bijak terus tertipu dan mempercayainya. Tapi beliau agak terlupa bahawa beliau juga kena tipu dengan beberapa pemimpin tertentu lain. Secara lojiknya tak akanlah pemimpin seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan mempercayai pembohongan DSAI.

4. Pemimpin2 ini bijak dan licik dalam percaturan politik mereka. Pada pendapat saya, mereka ini sebenarnya yang mempergunakan isu DSAI ini untuk kepentingan parti mereka. Sebenarnya mereka ini yang menipu DSAI dan bukannya sebaliknya.

Dan Kajang

din klang said...

Aslkum Dakj

Najib melalui penasihatnya yg dah kehabisan modal adalah perdana menteri yg paling banyak temberang.

1.Fikirkan apa sgt ada dgn sumbangan klinik 1 Malaysia yg tak de doktor pun. yg rakyat mau adalah lebih banyak hospital kerajaan yg bukan sahaja cekap tapi banyak dan mampu menyediakan perkhidmatan termasuk rawatan pakar secara percuma atau minima.

2. rakyat disogok dgn projek mee segera spt kedai 1 Malaysia dan menu 1 Malaysia yg nampaknya tenggelam begitu saja. Apa yg rakyat perlu adalah kenaikan gaji atau mendapat upah yg cukup tinggi yg dgnnya mencukupi utk pekerja berkenaan menjalani hidup selesa sebagai seorabg manusia biasa.

3. temberang ketiga ialah projek rm100 setiap murid dan rm500 setiap keluarga berpendapatan bulanan kurang rn3000. Rakyat dibuat spt peminta sedekah bila wang kerajaan diagih melalui saluran politik atau dipolitikkan utk menguntungkan puak Umno Bn. Tiada iklas langsung, macamlah duit tu banyak sgt atau dtg dari poket Najib sebagai individu.

4. temberang terbaru konon nak galak 100,000 yg berpendapatan rendah melabur dlm saham amanah 1Malaysia dgn janji pulangan lebih 30% setahun persis saham labu peram dan pak man telo. kalau skim Asn dan Asb tak pernah mampu beri pulangan lebih 30% nampak benar skim terbaru ni sebagai usaha terdesak Najib nak sokongan rakyat dgn cepat tapi dgn kos yg paling minima. apa jaminan para bank akan beri pinjaman pd rakyat miskin utk beli saham berkenaan.

Sekali lagi setiap kali Najib buat pengumuman rakyat harus hati2 sebab keikhlasan dan keberkesanannya sgt diragui.

rakyat perlukan program kongkrit jaminan jangka panjang bukannya progran bersifat popular jangka pendek.

Apakan daya kalaulah kerajaan dulu dan sekarang tak curi wang rakyat.

din klang

Anonymous said...

Dato'

Mungkin boleh ulas gula-gula terakhir Najib, skim saraan 1 Malaysia. Macam skim PAK MAN TELO je.

Mungkin juga haram dari segi Islam kerana keuntungan telah ditetapkan!

~Malik

Malik said...

Dato'

Kalau sesiapa tidak punya alasan untuk menolak BN dalam PRU13,mungkin boleh guna alasan ini, LAMA SANGAT,54 tahun lama sangat. Bagi peluang melayu lain pula kedepan.

OKJ said...

Salam DAKJ

Homoseksual: Apa kata Din Klang???

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Astaghfirullahalazim. Alangkah sedap mulutnya JamalPT menyumpah seranah serta mengutuk parti Islam, PAS. Wahai JamalPT, bertenanglah anda, berlapang dadalah dada, dan beristighfarlah banyak-banyak. Janganlah terlalu ghairah memperlihatkan sifat cela ammarah anda yang pula menggambarkan kejahilan anda.

Apa bukti anda bahawa PAS telah tidak lagi memperjuangkan Islam dan membakulsampahkan ideologinya?

Untuk pengetahuan anda, PAS terus istiqomah dengan perjuangan membela Islam dan penubuhan neagara Islam Malaysia. Tidak sebesar zarah pun PAS berganjak daripada jihadnya dalam menegakkan negara baldatun toyyibatun warabbun ghofur sebagaimana perintah Allah SWT. Hanya mereka yang buta hati sahaja yang meraguinya.

Wahai JamalPT, nampak jelas anda seorang munafiq apabila anda terus percaya bulat-bulat akan berita yang dibawa oleh media fasiq. Alangkah jahat dan zalimnya anda apabila anda turut memburuk-burukkan Ismail Kamus, padahal Ismail Kamus berada di wad Hospital Pantai semasa sidang media di rumah Hassan Ali berlangsung.

Sebenarnya ulama UMNO-lah yang merupakan ulama-ulama munafiq bortopengkan syaitan yang menjual Islam kepada orang kafir kerana secebis kuasa. Buktinya jelas. Mereka (ulama UMNO)senantiasa bersekongkol dengan UMNO, sedangkan mereka tahu UMNO itu parti sekular, parti fasiq.

Wahai JamalPT, ucapan Haji Hadi yang disebut-sebut sebagai Amanat Hadi itu sebenarnya bukanlah rekaan buah fikirannya atau datangnya daripada nafsu jahat beliau; tetapi beliau sekadar menyampaikan perintah Allah SWT supaya pemerintah melaksanakan pemerintahan negara dengan menggunakan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.

Oleh yang demikian, bukanlah Haji Hadi mengkafirkan orang Islam melalui ucapannya itu, tetapi beliau tolong menyampaikan peringatan Allah SWT melalui Firman-Nya dalam al-Quran, Surah al-Maidah: 44, 45, 47, 48 dan 49.

Ayat 44 bermaksud: "Barang siapa
yang tidak berhukum dengan apa (hukum) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir".

Saya nasihatkan JamalPT supaya menghayati juga empat Ayat lagi itu untuk mengetahui status JamalPT sama ada kafir, zalim atau fasiq.

Dalam kaitan menghayati al-Quran, saya ingin menanyakan satu soalan kepada OKJ yang pada akhir-akhir ini kelihatan ghairah menggunakan hujah al-Quran, walaupun selalunya tersasar kepada diri sendiri dan parti pujaannya.
Soalan saya kepada OKJ:"Ke manakah OKJ humbankan Ayat 44, 45, 47, 48 dan 49 daripada Surah al-Maidah, dan Ayat 3 Surah Ibrahim?"

Wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT Dato' 

Semoga dirahmati Allah sentiasa. Saya tidak berminat untuk menyebelahi mana-mana pihak, sekadar mengemukakan pendapat. Sekiranya pendapat saya berpihak kepada satu kelompok, dan tidak kepada pihak yang satu lagi, anggaplah itu satu kebetulan.

Sebenarnya saya semakin tak senang dan rasa jemu dengan perbalahan yang melibatkan masyarakat Melayu di Malaysia akibat perbezaan ideologi politik. Kadang kala saya mengucap panjang bila baca atau dengar bahasa kesat yang digunakan untuk menegakkan hujah masing-masing. Begitu mudah masyarakat kita membuat kesimpulan, dan ada juga yang menjatuhkan hukum, berdasarkan persepsi dan ruang lingkup yang agak sempit. Kecenderungan ini jua membabitkan mereka dalam kalangan yang terpelajar atau yang menganggap diri mereka beriman dan berilmu. 

Bagi saya, boleh saja kita ketengahkan pandangan dan pendapat dengan berkesan tanpa perlu mengenepikan tata susila dan kesantunan masyarakat Melayu, di samping menjaga  adab dan akhlak Muslimin. Dalam keadaan terdapat sesetengah khalayak yang pantas menuding jari apabila pendapat orang lain tak sehaluan dengan mereka, saya lebih rela jadi pendengar atau pemerhati. Malahan, sedaya upaya saya cuba elakkan diri daripada rapat dengan orang-orang yang gemar berpolitik, termasuklah ahli politik - kecuali kalau terpaksa atas  
sebab tugas. To me, politicians always tell half truths. They outwardly say things that will put them in a favourable position, especially in the eyes of their supporters. In politics, that's not called lying. Politics is about convincing others to believe in one's cause, and to gain an edge from it.

Saya ambil contoh laporan akhbar semalam (14 Jan) mengenai Menteri Besar Selangor - menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, Sultan perkenan dengan keputusan memecat Dato' Hassan Ali. Saya melihat itu sebagai satu kenyataan politik; ia memberi gambaran Sultan merestui tindakan yang diambil terhadap Dato' Hassan. Apa yang tidak dilaporkan ialah penjelasan yang diberikan kepada Tuanku oleh Menteri Besar, yang mendorong Tuanku bertitah sedemikian. Dan bagi yang tahu tentang peranan dan fungsi Raja-raja Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, mereka akan faham atas dasar apa Tuanku Sultan Selangor bertitah sedemikian, dan ia bukan kerana Tuanku memihak kepada mana-mana kelompok parti politik. Hakikatnya, kita perlu faham Tuanku Sultan tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik.

Tapi apabila keluar kenyataan seperti itu daripada MB Selangor, saya melihatnya sebagai usaha seorang pemimpin politik untuk meraih sokongan dengan membayangkan pendirian partisan Tuanku Sultan. It reminds me of someone I know who's always dropping names to enhance his credibility. In this case, the Selangor MB has made a political statement to gain political mileage by quoting the Sultan. One could say that he has improved somewhat in the art of playing politics. But why drag the Sultan into partisan politics...?


Mom-o-Success
(This is Part 1, Dato')

Anonymous said...

Dato',

Berikut Bahagian 2 komentar saya.

Saya tak berasa hairan kalau masih ada ramai yang tetap menyokong dan percaya bahawa Anwar Ibrahim mangsa fitnah dan sasaran konspirasi. Di Amerika Syarikat pun, masih ramai yang percaya orang Islam itu pengganas dan agama Islam itu tidak relevan dalam dunia moden. Semasa zaman George Bush, Jr. ramai juga yang percaya Iraq itu "axis of evil"; malah mereka menyokong dasar pemerintahan Bush yang keluarkan arahan menggempur Iraq dan menghukum Saddam Hussein. 

Namun, kini semakin ramai rakyat Amerika yang mulai mencurigai tindakan ketenteraan yang dilakukan terhadap negara  Timur Tengah yang tidak ada hubungan dengan Amerika. Bahkan, jumlah rakyat Amerika yang memeluk agama Islam semakin meningkat selepas kemusnahan WTC di New York pada September 2001, apabila mereka mula membaca tentang Islam. Mereka berusaha mencari kebenaran, dan mereka telah pun bertemu jalan yang benar.

Saya nampak persamaan antara taktik kepimpinan Amerika dan taktik Anwar Ibrahim untuk terus meraih sokongan dan mempertahan kedudukan dan kredibiliti masing-masing.

Amerika terpaksa terus mengatakan bahawa pengganas itu tergolong daripada penganut agama Islam, dan Islam itu pula dilihat sebagai agama yang melahirkan pengganas. Pernyataan demi pernyataan dibuat bagi memastikan tindakan yang diambil untuk memerangi keganasan dilihat sebagai wajar dan harus disokong. Dengan dibantu oleh elemen-elemen Zionist, Bush dan orang-orangnya mencipta skrip dan melakonkan adegan yang direka-reka, mengadakan yang tiada untuk mengabui mata dunia. 

Begitu juga Anwar Ibrahim, terpaksa terus menghasilkan skrip demi skrip bagi memastikan lakonannya terus mantap, dan dia terus disanjung sebagai pejuang sebenar. Selagi beliau terus mengatakan bahawa semua yang memusuhinya adalah jahat dan zalim, selagi itulah dia dapat menguasai minda golongan yang menyokongnya. His opponents have to  be seen as evil to ensure that he continues to be seen as a victim. 

Bagi dia, kerajaan mesti digambarkan sebagai zalim, kalau tidak, tak akan ada modal untuk dia menagih simpati dan meraih sokongan. Polis perlu dilihat sebagai pro-BN atau pro-UMNO, zalim dan makan rasuah, kalau tidak, tak akan ada isu untuk mengkritik tindakan polis menghalang demonstrasi jalanan anjuran pembangkang. Barisan kepimpinan kerajaan perlu digambarkan sebagai tidak membela nasib rakyat, tidak bermaruah dan hanya memjaga kepentingan kerabat dan kroni, kalau tidak, tak akan ada alasan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Saya tak pasti mana zalimnya kerajaan terhadap rakyat. Saya tak pasti apa ukuran yang digunakan untuk menuduh kerajaan zalim, atau negara mana yang dibuat asas perbandingan untuk mendakwa rakyat sengsara hidup di bawah kerajaan hari ini. Tapi kalau dakwaan itu bersumberkan orang yang ada kepentingan politik, kemungkinan besar banyak tokok tambahnya cerita yang diolah.

Mom-o-Success

Anonymous said...

Dato' 

Berikut Bahagian 3 komentar saya (Terima kasih terlebih dahulu kerana memberi ruang kepada saya)

Semasa Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998, saya menyebelahi dia, malah sanggup bertegang urat dengan suami untuk membela pengasas ABIM itu (saya ahli ABIM ketika itu). Tapi Alhamdulillah, Allah beri saya ruang dan peluang untuk mencari kebenaran. Sekarang ini, saya hanya mampu geleng kepala bila melihat segelintir bangsa saya masih menganggap Anwar Ibrahim tu "Anugerah Tuhan". 

Bagaimanapun, seperti yang saya katakan di bahagian awal komentar saya, saya tidak bermaksud untuk menyokong mana-mana pihak yang bertelagah. Ini pendapat saya sebagai rakyat Malaysia, berbangsa Melayu, beragama Islam. Kalau pandangan saya dilihat sebagai partisan, itu cara kebetulan saja.

Hari ini, apabila saya mendengar kenyataan daripada mana-mana ahli politik - tidak kiralah parti pembangkang atau pemerintah - saya tak akan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan sebelum saya dapat lebih banyak maklumat daripada pelbagai sumber, dan menilai hujah mereka. Dengan cara ini saya boleh membezakan antara persepsi dan fakta. Persepsi boleh keluar dari mulut sesiapa saja tanpa perlu ada bukti, tapi fakta perlu disokong dengan bukti kukuh. 

Alangkah baiknya jika masyarakat tidak mudah percaya apa yang didengar dan dibaca, tanpa menilai sumber dan kredibiliti pihak yang membawa cerita itu. Sebab, selagi kita tidak dapat membezakan antara persepsi dan fakta,  selagi itulah kita menjadi sasaran mudah untuk ahli-ahli politik memperjuangan kepentingan politik mereka. Sedangkan tidak semua orang yang didedahkan dengan cerita-cerita negatif itu arif tentang muslihat dan selok-belok permainan politik di negara ini.

Mohon ampun dan maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sekadar pandangan seorang Melayu/Muslim yang bersyukur atas nikmat hidup di bumi bertuah ini.

Mom-o-Success

Competente said...

Datuk,

Mungkin ramai orang Melayu kini berasa bingit dengan keadaan 'politik kekecohan' semenjak DS Najib mula mentadbir negara.

Pakatan Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Kit Siang bukanlah pilihan majoriti rakyat Malaysia. Mereka-mereka ini hanya menangguk di air keruh. Kelemahan UMNO yang terlalu dipertonjolkan oleh Dr. M sewaktu pentadbiran Pak Lah telah membuatkan kedua-dua belah pihak penyokong pembangkang dan juga penyokong kerajaan BN untuk menjatuhkan calun-calun BN ketika itu. Tidak lebih dari itu.

Akibat dari kejatuhan BN yang dipengaruhi oleh kebencian Dr. M terhadap Paklah dan juga akibat kelemahan Pak Lah dalam mengawal anak menantunya telah menerbitkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang 'perasan'. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang timbul sekelip mata ini merasa gah dan fikir diri mereka hebat. Mereka terlupa bahawa mereka naik hanya kerana orang benci kepada UMNO ketika itu; iaitu hanya bersifat sementara.

UMNO berpeluang untuk meningkat semula jika mereka dapat memaparkan pentadbiran yang baik.

Malangnya, DS Najib timbul dengan pemberian beratus juta ringgit wang rakyat kepada projek isteri beliau, penubuhan divisyen FLOM dalam Jabatan Perdana Menteri. Isteri beliau melancung merata dunia menggunakan wang rakyat atas kapasiti eksekutif 'First Lady' untuk bertemu pemimpin-pemimpin negara asing.

DS Najib telah melantik pula senator-senator yang hanya memburukkan keadaan, dan tidak mencerminkan langsung kaedah pentadbiran yang baik. Kerja mereka hanya melakukan propaganda memburuk-burukkan orang lain menggunakan wang rakyat.

Tindakan terdesak memberi wang RM100 dan RM500 hanya kelihatan seperti rasuah 'undi'. Setelah itu, timbul pula kisah lembu-lembu tinggal dalam kondo.

Hasilnya, pasangan DS Najib dan DS Rosmah nampak lebih buruk dari pasangan Pak Lah dan menantunya. DS Najib kelihatan lebih banyak bercakap samada secara fizikal mahupun dalam media sosial; bukan bekerja untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

Dilemma orang Melayu kini; kedua-dua pihak BN dan pembangkang tidak boleh dipakai. Jadi kepada siapa kita boleh mengadu?

-Competente-

abdullahngah said...

Pada saya Anwar Ibrahim adalah musuh politik umno.Musuh, baik macam mana sekalipun dia tetap jahat.

Kalau tak musuh jahat macam dajjal pun dikatakan baik.

Inilah perangai manusia, kecuali manusia mukmin.Kalau masih tahap umat islam itulah ukuran yang mereka pakai.

Anwar Ibrahim tetap dianggap orang jahat miskipun telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Hari ini kebanyakan orang umno masih tetap yakin bahawa Anwar kaki liwat.

Pada hal mahkamah telah menentu dan memutuskan dia tidak bersalah.

Ini adalah modal politik UMNO agar dalam pilihanraya nanti rakyat tak undi Pakatan rakyat.

Kalau tidak berbuat demikian rakyat akan undi pakatan rakyat dan umnoBN kalah teruk.

Dimana mana saja orang umno mencanangkan anwar peliwat, kotor, dan tak layak jadi perdana menteri.

Yang layak jadi perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah Najib Razak berbanding Anwar.

Ada yang berkata, Putrajaya sudah di depan mata. Tapi ada yang juga yang berkata, mimpi disiang hari.

Namun demikian kita kena tunggu pengakiman rakyat pada PRU 13 nanti yang diadakan bakal diadakan bila bila saja dari sekarang.

Rakyatlah hakim mutlak.

Anonymous said...

Kpd yangretibase,

Kalu PAS berjuang utk Islam kenapa Kelantan masih tak laksana HUDUD? Kenapa Kelantan masih tidak menjadi negeri Islam sepenuhnya?
Dah 20 lebih tahun memerintah, apa hal?
Asyik kata Dr M penghalang,masalah perlembagaan ....nak tanya kat PAS,takut DrM ke takut kat Allah SWT?
Yang sebenarnya PAS sendiri yg takut kalau nanti yg kena kerat tangan,pancung,sebat,rejam semua org PAS!
Hanya mereka yg buta hati dan mata saja yg menyokong PAS dan Islam PAS.

YangMeluat

Anonymous said...

Salam Dato,

Bagi saya soal undang2 biarlah diputuskan oleh pihak berkenaan - mahkamah dan Pendakwa Raya(PP). Sebab kes dibuang belum terang walaupun kebanyakan orang kata bersalah sebelum 9/1. PP sepatut nya fail notis rayuan dan bila dapat keputusan bertulis baru putuskan nak teruskan rayuan atau tidak. 10 hari tinggal 3 hari saje, nak fail hari penghabisan ke macam orang bayar kompaun saman?

Pihak PM jangan campur-adukkan dgn political milage bagai. Biarkan avenue undang2 selesai. Kalau tak buat rayuan saya kata PM tak ada tulang belakang, kena gertak sikit kecut habis.

Campur dgn penyelewengan GLC / Khazanah (IDR / MAS-AA etc)kalau tak beres, undi keluarga saya akan rosak.

Pemerhati

Anonymous said...

Dato' dgn izin,

Terima kasih banyak kpd mom-o-Success atas satu pandangan yang sangat bernas.

Diharap ramai lagi rakyat Malaysia,Cina,Melayu,India dan lain2 bangsa yang celik politik seperti mom-o-Success.

Salam hormat,

Lat Juno

Anonymous said...

Encik Ygretibase,

Orang PAS patut sokong PAS sahajalah. Pernah ke terpikir siapakah Melayu-melayu dalam parti PKR itu? Bukankah mereka melayu ala UMNO jugakker? Kalau mereka seikhlas perjuang agama Islam, pasti mereka masuk PAS dari tubuhkan parti Melayu ala UMNO.

Andaikata nanti PR menang pilihanraya akan datang. Pernahkah terpikir yg PAS akan dapat laksanakan negara Islam seperti idaman? Orang pertama bangkang dah tentu DAP, orang kedua bangkang dah tentu orang PKR. Tak percaya?

Jangan cakap aje Ulama UMNO ulama munafiq. Sedarkah kamu orang bawahan cam saya ni pun dah tak nampak beza ulama umno dengan ulama PAS sekarang? 2 x 5 aje..

melayulayu

Anonymous said...

Anon>"Saya amat senang dengan tindakan KM P.Pinag yang berani mendedahkan harta beliau serta Exco2nya melalui laporan KPMG - An Independent Auditor."

kalau ingin bermain dengan angka biar tepat to the nearest decimal point. Kalau setakat roundup lupakanlah...sbb kucing,anak kucing di luar rumah pun ada akaun...

beBUZZ

Anonymous said...

"11. Yang akan menjadikan PRU nanti sensasi dan kontroversi adalah isu-isu peribadi, daripada liwat kepada khalwat, nepotisme anak isteri dan dinasti, rasuah dan penyelewengan, lembu, kerbau, permata dan rumah di kayangan."

Dari "kalau", kini sudah "mungkin". "To-mah-to, to-may-to".

DAKJ sendiri yang minat kepada sensasi dan kontroversi seperti ini, sehingakan ajakan saya kepada perbincangan tentang unjuran negara bangkrap pada 2019 sekadar bertepuk sebelah tangan.

Apatah lagi tanda-tanda kecil seperti pembayaran gaji kakitangan awam pada 16 Januari 2012 yang masih ikut skim lama. (Sedangkan tempohari, MSM keluar tajuk besar menyatakan penegasan menteri bahawasanya dua minggu adalah cukup untuk "menguruskan" SBPA.)

Pendapat saya, kadang-kadang penulisan DAKJ macam "spinning" sahaja.

Nepotisme anak isteri dan dinasti, rasuah dan penyelewengan, lembu, kerbau, permata dan rumah di kayangan; semuanya kontroversi tetapi tidak sensasi.

Tidak sama kategori dengan isu-isu peribadi, liwat dan khalwat.

Kecualilah DAKJ menulis tentang sosial dan bukan politikal.

Akhir kata, saya nak tanya DAKJ pilih yang mana satu,

1.See the forest for the trees?

atau

2.See the trees for the forest?

Fed Up

Anonymous said...

Khusus Untuk YBhg Dtk A Kadir Jasin


Tahun Naga Tahun Seri Kemboja
(tok rindukan cucu-cucunya)

(lepas 2 - 3 lah jawab nya)
lepas pru - anak felda fru
frust menonggeng - duriah runtuh
ada - tetapi dikebuk tupai ganas
main atas main bawah main tebuk
depan belakang pun tebuk -ada
tak percaya tanya bro anwar

hero muka tebuk bukan muka nurrul
itu heroine namanya
hero muka tebuk bermamat tupai
namanya pekan baru

tahun naga tahu seri kemboja
tingginya tujuh puluh
lebarnya tigapuluh lapan
panjangnya?

wallahualam
datang beriring hujan tengahari
ada cucu panggil namanya
cerita melayu namanya
kembara kembar naga kiranya

yang pasti
mesin atm pekan rosak
dek selalu ditekan
joli seluruh pekan
makan taulan dan sakan
belanja belanja belanja

jangan lupa cukai dan zakat
kerana ada apa terkejar-kejar
bak nampak wajah naga datang
berwajah garang durja
apalah zakat dengan hasil yang keji

apakah dagang yang datang bersama
pak malau malang dari pekan?

maka kita ucapakan
kong xi fatt chai
tahun naga tahun seri kemboja
tahun pekan baru kena jual orang
saudagar masyur saudagar pekan rabu
(lepas 2 - 3 lah jawab nya
penyamun tarbus ya tak ia juga)

kita buatlah lekas-lekas
kemudian kita tengok
apa akan jadi

- lepas 2 - 3 sakit lah jawab nya

- sakit hati
sakit badan sakit kocek
sakit kepala sakit otak

bukankah zakat itu wajib
tetapi bukan dari sumber yang keji



(Dan Terima Kasih kepada Pembahas-pembahas Handalan)


Sekian

peminatmattunjangenterprise

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya nak bertanya satu lah pd org org org UMNO ni.Pasal apa buruk sgt perangai? Buat malu melayu aje

langitbiru said...

Anwar VS UMNO

Tak tepat,

LEBIH tepat, Anwar VS Najib

Bagi Najib dan sekutunya, (BUKAN semua ahli UMNO), menghalang Anwar jadi PM, LEBIH utama, LEBIH penting ,dari menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya…………..INI SATU REALITI.

Najib dan sekutunya, akan menghalang Anwar jadi PM, dengan apa jua cara sekalipun, matlamatnya menghalalkan segala cara………..INI SATU REALITI

Najib dan sekutunya, JUGA akan menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya, dengan apa jua cara sekalipun, matlamatnya menghalalkan segala cara………..INI SATU REALITI

Najib dan UMNO, sanggup MENGORBANKAN apa saja, SIAPA SAJA, asalkan Anwar tak jadi PM………INI SATU REALITI

MENGORBANKAN APA SAJA, SIAPA SAJA

Bagi ahli yang dah nampak akan DIKORBANKAN, MEREKA ada 2 pilihan, “berlutut merayu” atau “segera tarik diri”…………………kedua-dua jalan selamat. MEREKA tak boleh melawan, kerana MEREKA sebenarnya bermasalah besar, terpalit lumpur hitam, bernafas dalam lumpur……………..seperti kata Shahrizat, “Siapa pemimpin UMNO yang tidak bermasalah?” Juga mantan Mahathir kata, UMNO sudah busuk sampai ke Usus!

SIAPA YANG LAWAN, akan diKORBANKAN, kerana Najib tahu RAHSIA mereka.

Manakala dalam sifir permainan politik UMNO, baik diperingkat cawangan, bahagian, atau negeri, CUKUP MUDAH,……………..

”KALAU AKU TAK DAPAT, HANG PUN TAK DAPAT”………………….”

KALAU AKU PADAN MUKA, HANG PUN PADAN MUKA”.

APAPUN, perjuangan UTAMA NajIb dan sekutunya, Anwar “MESTI” dihapuskan dalam lanskap politik Malaysia

MAKA saya nampak, Anwar dapat menarik nafas lega hanya untuk seketika, jalannya masih terlalu berliku, duri di merata-rata.

Walaubagaimanapun, saya yakin, apa jua tindakan UMNO hari ini, segalanya tak menjadi, BAHKAN lagi memburukkan keadaan.

HARI INI, ESOK, LUSA, BULAN MAC, BULAN JUN, SEPTEMBER ATAU DISEMBER 2012, TIADA HARI YANG BAIK UNTUK NAJIB OANGGIL PRU13.

SEMUA HARI-HARI, ADALAH HARI YANG MALANG BUAT NAJIB DAN UMNO

UMNO MENUNGGU HARI DIKUBURKAN, DITALKINKAN

PERGINYA TAK KEMBALI

SELAMAT TINGGAL UMNO

Anonymous said...

Mungkin Yangretibase boleh kemukakan bukti tuduhan beliau yang Umno itu parti sekular dan fasik, bahawa amanat Hadi Awang itu bukan datang dari mulutnya dan Pas sebenarnya tidak berganjak dari matlamat perjuangan Islamnya walaupun banyak yang telah di'alter' kannya sejak bersahabat baik dengan Dap...

Saya rasa mungkin JamalPT terlalu banyak membaca akhbar harian arus perdana yang asyik memutar beliktkan fakta sebenar. Saya dan ramai pembahas rupanya telah terpesong selama ini oleh propaganda Umno...jadi harap Yangretibase bantulah kami ni semua yer..

Takretibase

JamalPT said...

Mamat bernama 'yangretibase' yang merupakan komentar setia blog Datuk Kadir yang juga merupakan penyokong tegar PAS.

Seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang didewakan dia, mamat 'yangtakretibase' juga tanpa segan silu menjatuhkan hukum munafik kepada orang lain. Kita harus kagum akan ketaksuban mereka ini. Kalau dulu Hadi Awang kata bekerjasama dengan parti kafir adalah seumpama bekerjasama dengan syaitan, mereka ini pun seperti lembu dicucuk hidung, mengikut sahaja.

Sejak kebelakangan ini pula, makhluk bernama Hadi Awang ini juga menghalalkan kerjasama sama dengan kafir untuk menumbangkan kerajaan yang membina masjid, yang memberi peruntukan untuk sekolah agama Islam, yang memastikan perlembagaan terus meletakkan Islam di atas, yang siaran ceramah tv, radio, hanya untuk Islam.

Mamat 'yangtakretibase' ni juga, akan memetik dalil2 ciptaan golongan khawarij berkenaan demi menghalalkan fatwa Nik Aziz dan Hadi Awang.

Orang yang betul2 melaksanakan Islam seperti Hassan Ali terus dibolasepakkan.

Oleh itu, silakanlah, 'yangtakretibase' dan golongan-golongan luncainya untuk terjun bersama labu-labu mereka.

Anonymous said...

Tok, saya setuju yang Pas kuat daripada Umno sebab pas ada penyokong tegar dan taasub macam Tinta hitam dan yangretibahasa yang sebenarnya tak berapa reti apa-apa sebab mereka taasub sangat dengan Pas. Dulu Anwar dalam Umno, mereka kutuk dia. Tapi sekarang Anwar kerjasaama dengan Pas, jadi mereka sokong dan pertahan dia mati-matian.

Sebenarnya yang taasub sangat sokong dan pertahan Anwar bukan orang PKR, tapi orang Pas. Orang PKR tak berapa taasub sebab ramai dulu dalam Umno. Mereka boleh lompat macam katak, tapi orang Pas dia taasub sampai liang lahat. Jadi merekalah yang sokong dan pertahan Anwar. Sebab itu Anwar pakat dengan Pas. Dia tahu kalau tidak kerana penyokong fanatik Pas yang sanggup tidur atas jalan raya, orang rak berapa peduli dengan dia dan PKR. Jadi Anwar tumpang sifat fanatik penyokong Pas.

Kerana fanatik, orang macam yangretibahasa dan tinta hitam sanggup sokong Anwar mati-matian tanpa sikit pun syak wasangka dan ragu-ragu. Mereka sangka Anwar Malaikat hidup. Mereka kutuk sesama Muslim tapi sanggup pakat dengan dengan DAP yang kata langkak mayat mereka dulu kalau hendak tubuh negara Islam dan laksana hukum Hudud. Tapi pemimpin Pas macam Haji Hadi dan Nik Aziz takut langkah mayat Karpal Singh jadi mereka gugurkan negara Islam dan hukum Hudud, dan penyokong fanatik Pas ikut saja.

Inilah masalah Pas yang saya tak boleh sokong walaupun saya meluat dengan perangai sesetengah pemimpin Umno yang lupa daratan. Sifat fanatik penyokong Pas yang dikuda-kayukan oleh pemimpin mereka dan sekarang turut diperalatkan oleh PKR dan DAP menyebabkan saya benci kepada Pas walaupun Pas parti Melayu dan Islam yang ingin saya sokong sebagai alternatif kepada Umno.

Semut Tonggek

ab said...

Salam Dato,


Saudara langit biru,


Tinggi ilmu kamu ni.. sampai hang tahu bila mati UMNO!.


Hang belajaq `ilmu' ni kat mana,atawa hang ni kaki gelembong!


Saya tak mungkin tahu bila kematian akan berlaku.


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

YBHG. DATUK A KADIR JASIN

1. SAYA FIKIR, WALAUPUN DSAI DIDAPATI TIDAK BERSALAH OLEH MAHKAMAH, DIA TIDAK LAGI MENDAPAT AURA WIRA SEPERTI DULU. KERAGUAN TERHADAP KEELOKAN WATAKNYA SEMAKIN BERTAMBAH. RAMAI ORANG SEPERTI SAYA YAKIN DSAI IALAH SEORANG PENGAMAL HOMOSEKSUAL YANG PANDAI BERMUKA-MUKA.

2. DSAI DIBICARAKAN KETIKA DIA TELAHPUN BERKEDUDUKAN SANGAT SELESA SEBAGAI SEORANG KETUA PEMBANGKANG. DIA BEBAS KE SANA KE MARI, DAN BEBAS MENJELAJAH SELURUH DUNIA. DIA DIANGGAP SEORANG YANG SANGAT KAYA DAN INGIN SANGAT BERKUASA SEPENUHNYA SEBAGAI PERDANA MENTERI.

3. RAMAI ORANG, SEPERTI SAYA, YANG TIDAK LAGI INGIN MENYOKONGNYA KERANA RASA SIMPATI SEPERTI DULU. MATA LEBAMNYA TIDAK BOLEH LAGI DIGUNAKAN UNTUK MERAIH SIMPATI. UNDI PAMPASAN UNTUKNYA TELAH PUN DIBERIKAN PADA PRU12 YANG LALU. KELAKUANNYA YANG DIRAGUI KEELOKAN PERANGAINYA MENJADI FAKTOR MENOKOK TAMBAH RASA BENCI TERHADAPNYA.

4. TIDAK PERNAH TERDAPAT SEORANG WATAK POPULAR MELAYU YANG PERNAH MENDAPAT CEMUHAN MELEBIHI APA YANG SEDANG DIKUMPUL OLEH DSAI SEKARANG.

5. MAHKAMAH RAKYAT MELAYU, MENERUSI PRU13 AKAN MENOLAKNYA DENGAN KALBU YANG SUCI BERSIH. PENGUNDI BUKAN MELAYU PUN SUDAH MERASAKAN HAL INI, IAITU DSAI AKAN DITOLAK OLEH PENGUNDI MELAYU. OLEH ITU PENGUNDI BUKAN MELAYU, TERUTAMANYA CINA, AKAN KEMBALI MENYOKONG BN.

TERIMA KASIH DATUK.
KAMARIAH KARIM

Anonymous said...

Semut Tonggek

Tak payah berdalih-dalih, takanlah kerana dua orang fanatik PAS kamu tidak mahu sokong PAS. Lebih baik kamu mengaku je lah yang kamu sebenar fanatik umno dan juga mungkin cari makan dengan UMNO.

~ semut Api~

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. din klang antara lain berkata,

... dan samurai melayu yg sentiasa mengiakan segala perbuatan jahat peminpin Umno Bn tanpa melihat keperluan menjaga kwbajikan Melayu dan Islam dalam kontek yg lebih besar serta jangka panjang.

Makanya kami yang Sdr. tuduh mengiakan segala perbuatan jahat juga sentiasa mengiakan salam kalimah "BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM"

Salam kasih sayang Sdr. din Klang,

Kami memohon kehadrat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang agar Sdr. dirahmati dan hidup dengan penuh kasih sayang dan juga dimuliakan dengan Zat Sifat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...iaitu Ikhlas, Suci, Jujur dan Benar.

Kenali lah Zat sifat Sama', Basar dan Kalam dalam diri agar Sdr. dapat mendengar, melihat dan berkata2 sebagai seorang umat Muhammad yang beriman...dan kenali Zat sifat Ilmu supaya mampu mengeluarkan pandangan yang membina yang boleh dijadikan kayu pengukur atau tongkat sakti hidup di dunia Fana' ini..

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps.Kami bersyukur diberikan Ilmu melahirkan konsep BANDESA, suatu konsep pembangunan yang berpaksikan Masjid dan bertemakan 3B ( Bina Budaya Bangsa)telahpun digunapakai diPutrajaya dan akan panjangkan ke Kampong Baru.. alhamdulillah.

umar said...

Hakim Mahkamah persekutuan, Ariffin Jaka, baru meninggal dunia selepas Christmas. Beliau pernah jadi hakim dalam kes Anwar dahulu. Beliau di potong kedua kakinya kerana penyakit diabetics.

Khalid Jefri, yang pernah tulis buku " 40 Dalil" pun meninggal dunia setelah sebelah kakinya dipotong.

Ketua Peguam Negara, Mokhtar Abdullah pun meninggal dunia setelah 10 bulan dalam keadaan koma selepas berbulan2 di hospital.

Augustin Paul, hakim mahkamah tinggi pun meninggal dalam keadaan yang tidak aman.

Dr.Rustina Majid yang memberi tempat untuk menyorok kepada umi Hafilda pun meninggal dunia di Jakarta airport kerana sakit jantung.

Justeru itu, Hakim yang mengadili Anwar kali ini memikir jauh....

Saiful Buhari tak rugi apa pun. Dia mengadu diliwat dua hari selepas berjumpa Najib. mula-mula Najib tak mengaku.
Setelah diliwat, esoknya Saiful makan dan bermesra di rumah Anwar.
Dia tak berak selama 2 hari konon.
Air mani Saiful pun dijumpai oleh Jabatan Kimia di dalam dubur Saiful dengan Sample Y.
Apa cerita ini ?

Ramai anak pinah keluarga bekas hakim hidup susah kerana dicemuk oleh mangsa yang diadili.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

rasa terkejut juga kerana masih ada yang menuntut 4 saksi bagi kes liwat dibuktikan. bukankah itu untuk tuduhan melibatkan zina? dan jika mahu disamakan, untuk dakwaan zina oleh suami terhadap isteri, masih ada jalan keluar selain mengemukakan 4 saksi iaitu bersumpah dengan nama Allah oleh yang menuduh dan yang dituduh. jika alternatif ini digunapakai dalam kes yang dibincangkan, telah terbukti yang menuduh berani bersumpah kebenaran dakwaannya tetapi yang dituduh takut bersumpah menafikan. kalau benar tidak melakukan, atau tidak berlaku seperti tuduhan, dan mahu mengikut syariah, bersumpahlah sebagaimana yang disuruh dalam Qur'an. bila satu pihak berani bersumpah dan pihak kedua tidak menafikan, secara syariahnya, tuduhan itu benar. itulah kesimpulannya. tentang hukuman tidak diperincikan kerana bersumpah hanya untuk menunjukkan siapa yang benar.

dan yang menyeru tolak umno sebab dah lama, memang bukan hujah yang boleh dipegang. mungkin dia akan ceraikan isterinya bila dia rasa dah cukup lama dinikahi dan nikah dengan perempuan lain walaupun lebih teruk dari segala segi berbanding isteri yang terdahulu.

anak tanjung bunggah said...

Aslkum Dakj

maaf menyimpang sedikit


si Hasan Ali tu bila nakberubah. Dari muda sampai la ni cakap tak serupa bikin.

bila kena pecat dia putar cakap kata Pas tunduk pd Pkr pulak.

Org yg banyak sifat munafik ni nak perjuang Islam? Tanya dia kenapa janji nak sponsor mak sdr pergi haji tak tunai hinggalah meninggal org tua tu tak sempat tunai fardhu haji.

Anak Tanjung Bunggah

Anonymous said...

Tok, minta izin jawab Semut Api. Semut Api kata saya fanatik Umno. Ya, saya ahli Umno, tapi dua kali dalam pilihanraya saya pangkah Pas. Satu dalam kerusi Parlimen sebab calom BN Cina yang anti-Bahasa Melayu. Akhirnya Cina BN itu kena ISA dan kena pecat dari MCA.

Kemudian pada pru 2008 saya undi Pas lagi bagi kerusi DUN sebab dia ada kelulusan tinggi. Tapi bila menang, dia diam dalam DUN. Kalau dia bertanding lagi, gerenti saya tak undi dia.

Jadi saya tak fanatik. Saya jadi ahli Umno sebab keluarga saya dari nenek saya lagi cergas dalam Umno, tapi saya undi ikut calon dan dasar iaitu dasar calon dan dasar parti.

Jadi yang fanatik Umno bukan saya, tapi Semut Api yang fanatik Pasd sebab dia tuduh semua orang yang tak sokong Pas fanatik.

Semut Tonggek

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Hakim yang itu tak boleh fikir ke?,menidakkan perkare yang benar ape hukumnya?,kamu bukan berugame Islam ke?.

Saye sangsi akan kepercayaan hakim, bahawa perbuatan meliwat seolah olah tidak menjadi kesalahan baginya.

Dengan secara halus hakim membenarkan perbuatan liwat.

Malik said...

Salam,

Arwah datuk dan nenek saya hanya mempunyai seorang amah yang berkhidmat untuk nya sepanjang hayat. Ayah and ibu saya juga meneruskan khidmat amah ini dan kini saya sekeluarga juga meneruskan warisan keluarga ini.

Oleh kerana terlalu lama dengan nya maka kita boleh agak apa jenis menu pagi , tengahari, petang dan malamnya. Dari datuk hingga ke cucu cicit jalan ceritanya sama, telah sebati dengan jiwa dan selera seakan kita tidak boleh hidup kalau tanpa amah ini. Takut yang teramat sangat untuk mencuba yang baru walaupun amah ini sudah amat tua dan hampir nyayok. Masih sanggup menelan menu-menu lapuk .. walaupun dalam hati memberontak inginkan sesuatu yang baru.

~ salam

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Untuk kesekian kalinya saya nyatakan, saya suka baca dan ‘memblog’ dalam blog Dato’ kerana ramai pembahas yang hebat-hebat.

Ramai pembahas yang hebat-hebat “datang dan pergi” dalam blog Dato’.

Tentu sekali saya merindui tulisan Affendi Hussain, Pak Belalang, Pak Hj JB dan lain-lain.

Juga saya sangat suka baca komentar Sdr ab, seorang yang tak asing dalam blog Dato’, dengan gaya bahasa yang tersendiri.

Kali ini saya AMAT TERKEJUT juga dengan komentar Sdr ab. DAN seingat-ingat saya, ini kali pertama beliau mengajukan soalan/bahas khusus kepada saya.

Terimakasih sdr ab.

BILA UMNO NAK MATI???

Bila bila……………kita tak tahu.

TAPI SAYA YAKIN, UMNO SUATU HARI AKAN MATI,

KEBENARAN AKAN MENGALAHKAN KEBATILAN

DAN BAGI SAYA, MELAWAN UMNO ITU ADALAH SATU JIHAD.

Minta maaf, sdr ab, (kita dah lama kenal di laman ini),

Kefahaman politik kita tidak sama

Bahasa politik kita tidak sama

Tiada masalah bagi saya, bersetuju untuk tidak bersetuju, berlapang dada

Kamu nak pangkah dacing, itu kamu punya pasal, tiada masalah bagi saya

Untuk saya amalan saya, untuk kamu amalan kamu.

Anonymous said...

Dato',

Tinta Hitam," Saya nak tanya satu la pada org UMNO ni.Pasal apa buruk sangat perangai ? Buat malu Melayu je"

Sdr Tinta Hitam dan lain2.Kekuatan UMNO ialah atas dasar perjuanganya dan ahli-ahlinya.

Perjuangan UMNO hampir semua orang politik tau.

Ahli2 UMNO bolehlah dibahagikan kpd 3 golongan besar.

1.Ahli UMNO tulin,
2.Ahli UMNO tenggek dan
3.Ahli UMNO penyamaran.

Golongan 2. dan 3.lah yang mempunyai perangai buruk hingga menjadikan UMNO dilihat buruk,kpd orang berkepentingan.Mereka berada dlm UMNO dengan tujuan tertentu,terutama untuk kepentingan diri dan sanak saudara sendiri.Soal perjuangan parti diluar agenda mereka kecuali untuk menguatkan kedudukan masing2 dlm UMNO.Golongan ini juga sanggup menjatuhkan kawan.
Golongan inilah yg membolot kekayaan, menyambar segala peluang yang ada walaupun merosakkan reputasi UMNO.

Ahli2 UMNO yang keciwa pula memburuk-burukkan UMNO dari dalam, melaga-lagakan sesama ahli. Bila dah terdesak melompat parti.Bekas Ketua UMNO Kuantan melompat ke PKR dan bekas ADUN Pulau Manis melompat ke DAP diantara contohnya.

Yang menyamar pulak berlagak lebih dari ahli UMNO tulin.Berkepit dgn pemimpin ke sana ke sini,ada peluang sambar.Bila mengundi undi pembangkang.

Yang songlap duit rakyat tak termestinya orang UMNO.Banyak kakitangan kerajaan yang tak amanah, kaki rasuah mungkin ahli PAS,PKR,DAP,MCA,MIC dan lain lain lain.

Yang buruk bukan UMNO, bukan perjuanganya tetapi golongan ahli2 yang perlu disingkir.

Bandingkan perjuangan UMNO,MIC,MCA dll.dlm BN dengan perjuangan DAP, PKR,PAS dll dlm PR.Kalau Tinta Hitam benar2 nak mencari kebenaran, ianya nampak dgn jelas.Satu perjuangan tulin.Semenjak menentang Malayan Union hinggalah sekarang.Kecualilah dah disetkan dlm kepala bahawa UMNO tak baik, UMNO zalim, UMNO kafir hinggakan ada yang kata ABU (Asal Bukan UMNO) ok.Seperti pengikut kerajaan langit Ayah Pin walaupun diberitahu ajaran Ayah Pin ajaran sesat, tetap nak ikut.

Salam hormat,

Lat Juno

langitbiru said...

Assalamualaikum Sdr berasiam.

Sdr berasiam dok di Bukit Mertajam/Permatang Pauh. Di sana ramai guru-guru agama, banyak sekolah sekolah pondok, ramai juga ulama. Sdr berasiam boleh bertanyakan sesiapa sahaja bab hukum fekah.



“rasa terkejut juga kerana masih ada yang menuntut 4 saksi bagi kes liwat dibuktikan. bukankah itu untuk tuduhan melibatkan zina?”

Saya AMAT TERKEJUT dengan soalan Sdr berasiam. Jawapannya, tuduhan zina dan tuduhan liwat, kedua-duanya WAJIB mengemukakan 4 orang saksi. Sdr berasiam cuba cubalah bertanyakan guru-guru agama.

“dan jika mahu disamakan, untuk dakwaan zina oleh suami terhadap isteri, masih ada jalan keluar selain mengemukakan 4 saksi iaitu bersumpah dengan nama Allah oleh yang menuduh dan yang dituduh”.

Sekali lagi saya AMAT TERKEJUT dengan analogi Sdr berasiam.

Tuduhan zina seorang suami ke atas isterinya, atau sebaliknya, ada petunjuk khusus dari Al-quran dan Hadis. MAKNANYA, ianya tidak sama dengan tuduhan zina si polan kepada si palon, yang bukan suami isteri.

Bagi tuduhan zina suami ke
atas isteri,atau sebaliknya, di sini kedua-duanya boleh bersumpah.

CARA BERSUMPAH, (contohnya suami tuduh isteri berzina), 4 kali (si suami) bersumpah dengan nama Allah bahawasanya isterinya telah berzina, DAN SATU KALI SUMPAH LAKNAT. Maknanya, 5 kali angkat sumpah.

Si isteri, bersumpah sebanyak 4 kali dengan nama Allah bahawasanya si suami berdusta (sumpah dusta), DAN SATU KALI SUMPAH LAKNAT. Maknanya, 5 kali angkat sumpah.

(TAK PERLU SUMPAH PAKAI BAJU KALIS PELURU DI MASJID, DENGAN JUNJUNG QURAN DI KEPALA. JUNJUNG QURAN TU, CARA TURUN MENURUN ORANG MELAYU)

Kemudian, qadi memisahkan kedua-duanya, cerai kekal tanpa boleh dirujuk sampai akhir hayat. Tiada hukuman dikenakan kedua-duanya, berserah kepada Allah swt. KERANA sudah pasti, antara satu, salah seorangnya berdusta, akan ditimpa laknat Allah swt.

BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DAN SUMPAH LAKNAT HANYA KHUSUS UNTUK KES SUAMI TUDUH ISTERI BERZINA, ATAU SEBALIKNYA.

KAEDAH ini tidak boleh digunapakai dalam kes si polan menuduh si palon berzina, ATAU meliwat. Kaedah hukum fekah menetapkan, hukum Qazaf. Ini Undang-Undang Syariat Islam.

“jika alternatif ini digunapakai dalam kes yang dibincangkan, telah terbukti yang menuduh berani bersumpah kebenaran dakwaannya tetapi yang dituduh takut bersumpah menafikan. kalau benar tidak melakukan, atau tidak berlaku seperti tuduhan, dan mahu mengikut syariah, bersumpahlah sebagaimana yang disuruh dalam Qur'an”. INI TIDAK MENGIKUT SYARIAT ISLAM. Syariat Islam, wajib mengikut Hukum Qazaf.

“bila satu pihak berani bersumpah dan pihak kedua tidak menafikan, secara syariahnya, tuduhan itu benar. itulah kesimpulannya. tentang hukuman tidak diperincikan kerana bersumpah hanya untuk menunjukkan siapa yang benar”. SEKALI LAGI, INI BUKAN SURUHAN SYARIAH, INI HANYA LOGIK AKAL SAUDARA, MENYALAHI SURUHAN SYARIAT. Bila mana sumpah sudah jadi kebiasaan, maka sumpah dijadikan untuk menutup kesalahan!! Masyarakat Islam akan tunggang langgang dan haru biru jadinya.

SEKALI LAGI SAYA SYORKAN, SDR BERASIAM MINTA PANDANGAN GURU-GURU AGAMA, USTAZ-USTAZ, RUJUK QURAN DAN HADIS, BUKAN GUNA LOGIK AKAL DALAM BAB-BAB HUKUM FEKAH YANG KHUSUS.

wallahualam.

Tinta Hitam said...

Datuk ,

Saya tertarik dgn pendedahan Jamal IPT mengenai kedudukan kewangan KM,TKM serta exco exco P ulau Pinang..Nampak gaya saya telah membuat langkah betul dgn menyokong PR.Sya berbangga dgn mereka.Aset aset yg dimiliki oleh pimpinan negeri Kerajaan Pulau Pinang adalah biasa shj.Tiada yg "extrordinary".Ramai rakan rakan dlm blog ini yg memiliki aset lbh byk dari mereka.Memiliki aset byk tidak salah asalkan dicari dgn cara yg halal..Yg kita query ni adalah mereka yg mendapatkannya dari sumber yg tidak halal.Merembat wang dan harta rakyat.Cuba pulak dedahkan aset pemimpin2 UMNO.Mereka diperingkat bahagian cukuplah.Tak perlu pergi pd mereka diperingkat nasional..Terbeliak mata kita dibuatnya..

Tapi biasalah org org UMNO pemikiran mereka sikit kurang bijak.Tak boleh nak faham apa yg dimaksudkan...

Anonymous said...

Khas buat Saudara Hasan Ali,

Silalah jelajah seluruh Malaysia, ahlan wasahlan (dipersilakan).

Pergilah bagitau seluruh rakyat siapa yg awk fikir parasit dlm PAS!

Gunalah seluruh media perdana samada tv3 suku, rtm 1/2 dll utk burukkan PAS/PR. Klau x cukup, guna sama astro awani! Buat statement media tiap2 hari pun x apa.

Kami dlm PAS/Pakatan sikit pun x gentar. Cuma kami kesian kat awk hasan, awk telah pun menunjukkan 'belang' awk yg sbnar.

Perjuangan Islam ntah kemana, datuk hasan ali ntah kemana. Akhirnya awk telah pun mengikut jejak zul kulim & ibrahim ali.

Amat malang & rugi rasanya, org yg ada ilmu agama mcm awk tetap jatuh kedlm lubang & menjadi mcm mereka (zul & ibrahim).

Cuma satu saya nak ingatkan, roadshow awk ni hasan, x akan memburukkan PAS/PR walaupun sedikit (walau 1 sen).

Yg terjadi adalah, awak hanya lebih memburukkan pandangan org ramai terhadap awk. Tapi awk jgn menyesal la, itu awk yg pilih, bukan kami yg suruh!...

minat PAS

Anonymous said...

Homoseksual: Apa kata OKJ dan yang sewaktu dengannya?

'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'

3:36PM Jan 17, 2012

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

minah ronggeng

Anonymous said...

sdr umar dan pembahas,

angkara UMNo yang memperbesarkan kes sodomi 1 dan sodomi 2 dengan cara mengaibkan DSAI, dengan perbuatan dan kata2 yang tersangat nista dan kejinya seperti fitnah, video seks, china doll, datuk tiga suku, bersumpah mencari publisiti dalam masjid, sumpah seranah, mengulangi perkataan "zakar dalam dubur' berulang kali dalam media yang menyebabkan kanak2 pon tahu dan nak try apa 'benda' sodomi tu, mengangkut tilam dan spender busuk secara terang2, menghasilkan 'artis2' fitnah sampingan seperti ummi habisda dan zul kulim;

dan setelah 14 tahun di'semai' fitnah sodomi melanda bagaikan tsunami yang merosakkan jiwa raga setiap umat melayu/islam, sekarang 'semaian' itu telah menghasilkan rakyat Malaysia yang dilanda musibah dengan adanya orang melayu (islam) tidak malu pada sodomi, tidak malu mengaku gay, megadakan parti gay secara terbuka, terdapatnya golongan gay/lesbian LGBT yang meminta pengiktirafan dan juga perkahwinan gay melayu.

minah ronggeng

langitbiru said...

"Saya tak pasti mana zalimnya kerajaan terhadap rakyat. Saya tak pasti apa ukuran yang digunakan untuk menuduh kerajaan zalim, atau negara mana yang dibuat asas perbandingan untuk mendakwa rakyat sengsara hidup di bawah kerajaan hari ini".

Mom-o-Success

tak pasti....apa boleh buat.

Saya fikir, rakyat Kelantan cukup pasti.........

MENAFIKAN HAK RAKYAT, yang jelas ada dalam perlembagaan persekutuan, dan dalam perjanjian dengan Petronas, ITU ZALIM NAMANYA.

1Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia. Hasil minyak, royalti kepada negeri, untuk rakyat.

Kalau rakyat Kelantan dinafikan hak mereka, royalti minyak, adakah memenuhi konsep 1Malaysia, Rakyat diutamakan??

(Secara komulatif, jumlah royalti Kelantan 20 billion ringgit, SATU SEN PUN RAKYAT KELANTAN TAK DAPAT MERASAINYA!!!)

2004 PAS, menang di Terengganu, royalti minyak ditarik balik.

2008 UMNO, menang di Terengganu, royalti minyak di kembalikan...................
(tapi amat sayang dibazirkan...bina masjid-masjid KRISTAL untuk pelancungan.....stadium 300juta runtuh dll). SEMUA ITU HAK RAKYAT

HAK RAKYAT DINAFIKAN KERANA SIKAP DISKRIMINASI UMNOBN, TIADA LAIN TIADA BUKAN, KERANA MUSUH POLITIKNYA MENANG....YANG SENGSARA RAKYAT MELAYU KELANTAN TERENGGANU.

Yang zalim, Penguasa UMNOBN

Yang sengsara, rakyat (MELAYU KELANTAN TERENGGANU) kerana menolak UMNOBN

(iTU SALAH satu contoh, yang zalim, yang sengsara)

Kalau itu pun TAK PASTI.....apa boleh buat....

Hanezam said...

Salam Datuk,

Tidak sukar memahami perubahan karaktor seorang yang asalnya kerdil dalam dahagi, kemudian diberikan kuasa dan dihamburkan dengan kesenangan. Lihat perlakuannya dan sumbangannya ketika di mercu kuasa. Jangan keliru dek kekuatan oratorinya. Air liur dan simpati semata-mata tidak mampu membina jati bangsa.

Bagusnya Anwar telah bebas. Sebaiknya biar dia lepas terus. Biar rakyat sendiri buktikan Anwar tidak lagi relevan. Badai dalam secawan teh akan reda dengan sendirinya. Kalau kita anak jantan, ayuh kita bertanding di datar medan rata.

Rakyat di persimpangan emas kala ini. Inilah masanya tawar-menawar kuasa dengan tampuk pemerintahan. Kami hanya mahu yang bagus-bagus daripada yang tersaring itu. Kami celik IT dan tidak bodoh tentang urustadbir. Kami ada mata-mata iaitu Pembangkang yang siang malam bersengkang mata mencari salahguna. Kami ada mahkamah pendapat umum yang siang malam bersidang tak tentu waktu dan tak terikat dengan mana-mana peraturan untuk bawa masuk barangbukti. Kami juri, kamilah hakim.

Boleh ke Datuk, macam kat atas ni ? You have a pleasant evening ahead. It's a pleasure reading your esteemed readers' comments especially din klang's.

mat romeo said...

UMNO adalah parti yg suka memperdagangkan cerita seks utk menarik minat rakyat terhadap UMNO. Sekiranya cerita seks tidak dimasukkan maka filem UMNO tidak laku langsung. Malahan ada ahli UMNO melakukan seks tetapi tidak difilemkan oleh UMNO sebaliknya di tukarkan watak pelakon itu dgn DSAI maka jalan ceritanya mmg real kerana praktikal telah dilakonkan oleh mereka dulu....

LebaiXkeliru said...

Satu soalan Dato' pada kita. Apalah kes liwat boleh menyebabkan negara bankrup. Mana lebih penting rasuah atau kes liwat. Sebenarnya orang melayu suka melondeh sikap buruk masing-masing. Cakap sahaja Islam, perangai macam tak bertamadun. Semua orang tahu, dalam Islam mendedahkan keaiban sesama islam dosa besar. Tapi itulah yang suka dilakukan orang pemimpin-pemimpin dan orang melayu.

Isunya disini, rasuah dan penyelewengan harta kerajaan itu dianggap 'biasa' oleh sesetengah pihak. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Apakah rasuah itu juga bukan soal moral? Rasuah dan penyelewengan boleh membawa negara papa kedana macam di Greece.

Kalau kita hendak menghakimkan Anwar kerana moral apakah pemimpin kerajaan bermoral mengelap, rasuah, seleweng duit rakyat. Itu juga persepsi namanya. Ketua Audit Negara selalu memberi teguran tetapi rangking kita tetap jatuh (60 dalam dunia).

Kerajaan telah menggunakan media menghentam individu yang tidak menyokong dasar-dasar kerajaan termasuk para-para pelajar dan mahasiswa. Menggunakan media kerajaan untuk menghentam dan memfitnah itu 'bermoral'? Saya rasa itu lebih dasyat impaknya 'peliwat' yang buat kerja dibelakang tabir.

Inilah yang dikatakan politik murahan. Kalau di Peru, kerajaan yang memerintah dilarang dan menjadi kesalahan menggunakan media kerajaan untuk berkempen dan propaganda kerajaan.

Saya lebih suka media dijadikan tempat mencerna minda rakyat samaada pembangkang atau kerajaan berhujah tentang dasar-dasar dan wawasan masing-masing. Biar persepsi rakyat itu mendapat maklumat lebih adil.

Orang-orang pencen seperti Tun M pula menjadi batu api dalam memecah belahkan minda orang-orang melayu. Seolah-olah dia seorang yang pandai memerintah.

Sebenarnya, kes anwar itu kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan masalah syarikat-syarikat GLC dan rasuah dalam kerajaan sekarang.Pemimpin-pemimpin (bukan semua) UMNO yang mempamerkan kekayaan macam zaman firaun. Inilah keruntuhan moral paling dasyhat namanya.

Kita jangan buta hati dan menutup pintu hati bagi kes-kes besar yang boleh membawa kehancuran pada negara.

Maaf Dato', kadang-kadang ada orang memberi ulasan dan komen-komen ikut warna baju. Orang lain semua tak betul. Macam golongan khawarij yang mengkafirkan umat islam.

Bagi saya, PR atau BN saya tak kesah asalkan bersih rasuah. Adakah rasuah itu lebih mulia dari 'liwat' dan zina. Bagi orang yang ada ilmu agama tahu membezakannya.

langitbiru said...

Hasan anak lelaki Ali,

Buah cempedak,
Yang masak ranum
Baunya wangi,meleleh air liur
Biasanya tumbuh didahan
Didahan yg rendah,cempedak dijaga,dibalut dsb
Didahan yg sangat tinggi
Selalunya dibiarkan masak dgn sendiri
Selalunya, masak ranumnya dibiarkan juga, tak tercapai kerana tingginya
Tiada berguna kpd Tuannya,
Berguna ia kpd binatang parasit
Memburuklah ia
Jatuh ke bumi
Pecah bersembur bisa bisa busuknya
Tingginya tiada berguna
Rendah dibumi juga tiada berguna

Burung gagak
Tak cantik, hitam tidak menawan
Tapi dia juga makhluk Tuhan, jangan hina dia,dia sentiasa mengingati Tuhan
Bila nafsunya membara
Mula dia lupa tuhan
Malu dirinya hitam tidak menawan
Mahu dia jadi burung Rajawali
Dipandang mulia,dibela bangsawan kaya raya
Cantiknya Rajawali tiada tara
Tapi, gagak tidak berjaya
Tidak berdaya
Meniru Rajawali
Jauh sekali menjadi Rajawali
Lebih menyedihkan lagi
Gagak tidak layak pula,gagal pula
Untuk kembali lagi
Jadi burung gagak yang asli
Sebenarnya
Gagak menghina dirinya sendiri

Selamat jalan
Sahabatku
Hasan Ali

OKJ said...

Salam DAKJ

Sumpah Mubahalah

Mengikut Syamil Al Qur’anul Karim, Miracle The Reference; ms 111, Mubahalah ialah masing-masing pihak di antara org-org yg berbeza pendapat berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yg berdusta. Nabi mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadikan bukti kebenaran Nabi Muhammad. (kisahhnya boleh saya ceritakan atau boleh cari sendiri jika inginkan kebenaran)

Surah Al Imran Ayat ke 61; “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.

Kesimpulannya, sebagai org-org yg beriman kepada Al Quran, eloklah kita tidak mempertikaikan dan MENCACI sumpah mubahalah seseorang kerana jika jika beliau berbohong, Allah akan melaknatinya. KERANA hanya org yg yakin dirinya benar sahaja yg sanggup bermubahalah. Cuma, masalahnya pada org yg tak berani nak bersumpah mubahalah, Jika diikutkan definasi mubahalah dalam Syamil Al Quran, bila sepihak lagi tak berani nak bersumpah mubahalah, menjadikan bukti kebenaran di pihak yg satu lagi.. Sekian TQ.

JamalPT said...

Seperti dijangka, rombakan exco Selangor menyaksikan Hassan Ali diganti.

Yang menggelikan hati ialah, Menteri Besar ambil-alih portfolio Agama Islam, sementara Exco baru PAS menjaga portfolio Adat-istiadat Melayu.

Nampaknya PKR atas arahan DAP memastikan supaya jualan arak di premis-premis Awam, serta kehadiran orang Islam ke tempat maksiat tidak lagi diganggu gugat oleh Jabatan Agama Islam. DAP sejak dari awal lagi tidak mempercayai PAS untuk menjaga portfolio agama Islam.

Ya tuan-tuan, nampaknya begitulah nasib Islam sekiranya dibawah pemerintahan PAS. Dikerat-kerat dan dijual timbang kati.

Apa-apa pun, PAS harus berbangga, kerana exco barunya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada hal-ehwal tarian Melayu, pakaian tradisional Melayu, makanan kesukaan orang Melayu seperti nasi, dan tidak lupa juga protokol susun-atur majlis perkahwinan Melayu.

Anonymous said...

Tok dok cerita pasai liwat
Cerita zaman dulu Mat dok ingat
Masa pondok ada di banyak tempat
Ayam dan kambin pun depa hambat.

Depa ni bila naik gian
Kambin betina pun depa ligan
Dapat tangkap seronok sakan
Buat kerja dikutuk Tuhan.

Ini bukan cerita merapu
Budak2 pondok banyak yang tahu
Karja tak elok banyak berlaku
Pasai kepala dirasuk hantu.

Maklumlah umur muda remaja
Nafsu berahi mudah digoda
Nampak anak dara macam nak gila
Akhir kambin yang jadi mangsa.

Tok di sekolah orang putih mengaji lama
Mat mengaji orang putih belah petang saja
Tapi danlah baca cerita budak-budak choir
Konon jadi mangsa orang-orang agama.

Pasai liwat bukan kerja buat-buat
Ia berlaku di timur dan barat
Zaman Nabi Lut sangatlah hebat
Allah turun bala sekuat-kuat.

Kepada pemimpin Mat Tunjang minta
Jangan la buat kerja yang Tuhan murka
Jadilah tauladan kepada rakyat jelata
Barulah berkat mendapat redza.

Liwat dan rasuah kita tolak
Kita pilih yang ada akhlak
Janganlah buat orang tergelak
Malaysia kita negara lawak.

Mat Tunjang nak berhenti dulu
Ke Gunung Keriang Mat nak tuju
Nak pi tengok kambing dan lembu
Bela sikit-sikit buat isi waktu.

Tak pinjam duit sapa-sapa
Mat belanja apa yang ada
Bukanlah kita nak jadi kaya raya
Sekatak rezeki dari Allah Taala.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

Nampaknya, dengan inisiatif DAKJ mengutarakan cerita liwat dua kali berturut-turut, nampaknya hanya satu dua sahaja yang buka mata dengan ajakan saya yang pipi tersorong-sorong, teringin sangat nak sembang hal ekonomi.

Apa nak buat. Rumah orang.

Disebabkan DAKJ ahli UMNO, saya nak tanya satu soalan.

Adakah masa kempen PRU13 nanti BN/UMNO tidak akan berminat cerita hal ekonomi seperti dalam ruang komentar ini?

Jika BN/UMNO betul-betul nak menang, saya harap tidak!

Fed Up

din klang said...

Aslkum Dakj

Di negara kafir bernama Amerika Syarikat, ahli parti Republikan sedang memilih calon yg bakal berentap dgn penyandang sekarang iaitu presiden Obama.

Yg cantek ialah walau pun mereka kafir cara mereka berkempen sgt islamik Mereka mendapat air time yg sama, mereka di benar berhujah mengkritik serta menyampaikan pendapat terhadap isu berkaitan kebajikan rakyat dan negara tanpa halangan, putarbelit dan ugutan mana2 pihak.
Tak pernah pulak ada ahli Republican dibuang parti semata2 kerana tak sokong pemimpin tertentu.

Tak pernah pulak mereka menfitnah pemimpin lain dgn liwat atau video seks.

Tak pernah jugak pemimpin no 1 merekayasa liwat terhadap pemimpin no 2 apabila takut kalah dlm pemilihah parti sendiri(masih ingat bagaimana Mahadhir pondan menfitnah Anwar pd tahun 1998 untuk menghalalkan pemecatan Anwar dari Umno sekali gus menyelamatkan Mahadiridari kekalahan kpd anwar dlm pemilihan presiden Umno?)

Masa, wang serta tenaga rakyat dan kakitangan kerajaan tidak dibazirkan dgn mahkamah olok2 yg menghina lagi menjijikkan


Bila agaknya org spt samurai melayu, dan kajang, okj dll boleh menerima petunjuk agar tidak bersekongkol dgn kejahatan?

Din klang

din klang said...

Aslkum Dakj

kpd semua pihak udah2 lah.Jgn lagi buang masa dgn kes fitnah liwat 1dan 2, kes rasua dan kes video seks yg cuba dihidangkang oleh peminpin zalim spt mahadir dan najib..

Mulai sekarang fokuskan pd isu yg lebih penting terutama dikalangan org malayu spt:

1. Bagaimana nak tumbangkan rejim zalim Umno Bn kerana sebab2 yg tak perlu diualang2.

2. Bagaimana meningkatkan peluang ekonomi dan pekerjaan.

3. Bagaimana nak membaiki pelajaran anak melayu terutamanya menghapuskan bilangan murid lembam kesan kemiskinan

4. Bagaimana nak membetulkan sistem pelajaran Umno sekarang yg saya yakin menjadi penyebab kepada kecelaruan akidah org islam yg menduakan Allah dgn pemimpin Umno, wang dan pangkat

5. Bagaimana nak mengembalikan keamanannegara dgn polis yg bersih, hakim dan pendakwa yg tidak memihak dan pengambilan pekerja asing yg terkawal.

Apakah kita tak mau melayu dan negara. Umno saja. maju ikut piawaian antarabangsa bukan piawaian syok sendiri

din klang

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Kepada Dato’ Dr Hassan Ali

Salam Dato’. Salam takziah saya ucapkan. Diharap Dato’ berbanyak bersabar. Lihatlah bagaimana cacian dan fitnah dilemparkan keatas Dato’ bila tidak lagi bersama mereka. Sekarang bolehlah Dato’ mengenali siapa mereka dan juga w/pun ianya tidak ada kena mengena dgn UMNO tetapi UMNO jugalah yg difitnahnya.

Sebenarnya Allah amat menyayangi Dato’. Allah memperkuatkan keimanan Dato’. Allah membuka pintu hati Dato’ kepada kebenaran kerana Dato’ tidak mendustakan kebenaran yg ada didepan mata. Iaitu; Allah membebaskan Dato’ dari dipaksa menyokong kaum dimurkai dan dilaknati Allah. Allah juga menyayangi keluarga Dato’ dan tidak jatuhlah apa-apa baiah terhadap Dato’. Allah juga menjauhkan Dato’ dari golongan parasit dan yg menjadikan API FITNAH sebagai makanan ruji seperti Dato’ sebutkan tempoh hari.

Tentang rancangan roadshow tu, pertamanya, Dato’ perlulah memikirkan siapakan ‘target group’ yg hendak disampaikan. Kerana sebahagian mereka adalah dalam category delusion (fix false belief). Dato’ cakap dan berilah bukti setinggi bukit pun, mereka tetap tidak akan percaya kerana rawatan utk penyakit delusion adalah cuma di‘current’kan (ECT) otak mereka sahaja.

Jadi, ada baiknya jika Dato’ bersama-sama kepimpinan YAB Dato’ Seri Presiden bagi menyemarakkan lagi roadshow nanti. Saya akui selain para nabi & rasul, tiada lagi manusia yg maksum, begitulah jua dgn UMNO dan Barisan Nasional. Mereka mungkin sedikit ego semasa PRU12, tetapi percayalah, banyak transformasi telah, sedang dan akan dilaksanakan. Juga prinsip Dato’ untuk memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu sebijik macam falsafah UMNO. Dan banyak lagi golongan yg atas pagar yg dahagakan kebenaran serta masih tercari-cari diantara fakta dan fitnah. Eloklah kita bersama-sama memperbetulkan persepsi negative kepada realiti yg positif. Inilah ‘target group’ yg perlu didampingi.

Akhir kata, satu nasihat yg tak seberapa dari saya kpd Dato’. Buat baik berpada-pada, jangan sampai dipijak kepala. Pemimpin yg baik utk masyarakat yg baik, dan pemimpin yg jahat utk golongan yg jahat. Sekian TQ.

kermitt said...

Datuk, sebenarnya saya kasihan sgt pada DSAI, dia dihina dan dimalukan setiap saat oleh surat khabar dan tv UMNO, tak cukup dengan batang tubuhnya, isteri dan anak-anaknya turut dilibatkan sekali.. negara ini seolah2 hanya berlegar disekitar Anwar sahaja, ratib-ratib anwar ini membuatkan melayu jelak dan nak muntah.. bila ia dimainkan berulang kali ia memberi kesan overkill.. ada byk isu lain yg lebih penting misalnya bagaimana malaysia mahu berdepan dengan masalah ekonomi global yg sedang eropah hadapi dan juga masalah penyelewengan dana negara yg pada saya lebih membawa mudarat kepada rakyat, Datuk dan orang orang UMNO sudah menyaksikan bagaimana nasib "UMNO-UMNO Arab" sekarang.. segeralah insaf dan janganlah ingat rakyat boleh diperbodohkan selamanya.. Kuasa ada tamat tempohnya.. hanya kerajaan Allah yg kekal selamanya.. hentikanlah isu anwar ini. bukankah Anwar tidak lagi relevan seperti kata pemimpin2 umno? sekiranya tak relevan tak usahlah hari hari cerita pasal anwar..

- saya generasi ABU -

Anonymous said...

Tok, silap-silap kempen oleh PR, BN menang besar. Cakap tentang nak tukar itu dan ini, nak sumbat orang itu dan ini dalam jel boleh buat orang ramai takut kepada PR. Saya nampak orang PR dah mula sombong macam Umno/BN pada satu masa dulu.

Busuk-busuk BN, kita dah tahu siapa penyamun dan penyangak dan siapa yang baik dan tak rasuah. Tapi dalam PR, kita tak tahu siapa betul-betul kaki pusing, kilang kunyit, ulama tulin, ulama palsu, liberal tulin, liberal tipu.

Umno/BN kalau berani buang yang korup dan kurang akhlak macam kaki raba dan kaki judi, lepas tu bagi peluang kepada generasi muda,saya yakin Umno/BN ada can lagi.

Kalau PR menang, Anwar jadi PM. Geng liberal naik tocang minta macam-macam yang Anwar tak boleh kata "no". Silap-silap jantan menikah dengan jantan, perempuan dengan perempuan atas alasan seksualiti Malaysia.

Lim Guan Eng dan Haji Hadi jadi Timbalan PM1 dan PM2. Anak Karpal menteri kanan. Nurul Izah ambil alih kementerian sharizat. Azmin MB Selanor atau Menteri Dalam Negeri.

Kalau bawah Najib Melayu rugi kerana meritokrasi 1Malaysia, bawah PR tak ada lagi Melayu, Cina dan India, semua jadi Malaysian Malaysia. Siapa kuat dialah yang dapat barkat. Ekonomi globalisasi ala IMF sebab Anwar juga jadi menteri Kewangan dan dia taksub kepada IMF dan Amerika.

Betul tak Tuan Kermitt dan Tuan Semut Api?

Semut Tonggek

Anonymous said...

Salam Dato',

Panjang juga hayat tampalan Dato' yang ini; bak kata Sdr kremitt (12.44 am) tadi, dah masuk zon "overkill".

Mahkamah telah pun membebaskan Anwar daripada kemelut liwat II. Mungkin akan datang riak susulan jika ada rayuan. Selama mana Anwar ada kes perbicaraan di mahkamah maka selama itu juga namanya disebut dalam berita TV, radio dan akhbar. Jika mendiang Botak Chin pun boleh mendapat sanjungan dek sensasi berita perbicaraannya, inikan pula seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Episod liwat I telah membuktikan pengaruh Anwar tidak boleh dimatikan dengan cerita liwat atau cerita seks versi Datuk T dan terkini cerita liwat II.

Saya fikir UMNO terlalu memikirkan Anwar dan PAS sebagai musuh politiknya sehingga cuai dalam memperkukuhkan imejnya sendiri. Saya berpendapat, Hassan Ali "nampak" peluang ini, lalu dia pun menyediakan platform dengan Anwar dan PAS sebagai padang sasarnya. Ibrahim Ali pun nampak peluang yang sama. Tetapi, apabila "limelight" diberikan kepada dua anak Ali ini, pengundi atas pagar seperti saya hanya boleh geleng kepala, rupanya UMNO masih ditakuk lama. Semakin hampir dengan PRU13, timbul pula onar dek lembu NFC, semakin pastilah saya bahawa UMNO belum berubah.

Sudah tiba masanya, it is a high time indeed, untuk UMNO berubah sesuai dengan kehendak rakyat, iaitu, ketelusan, kejujuran dan akauntabiliti. Wawasan yang hebat tanpa tiga atribut ini hanya mempercepat proses peminggiran Melayu daripada arus perdana sosio-ekonomi negara. Itulah yang patut diutamakan, bukan sekadar dislogankan.

Saya fikir, selaku penyokong tegar UMNO, Dato' boleh membuat tampalan yang boleh dibalas pengunjung, terutama penyokong "die-hard" UMNO untuk memberi cadangan bagaimana sokongan Melayu kepada UMNO boleh dipulihkan, tanpa perlu memperlekeh Anwar atau PAS. While it is true that Anwar and PAS are two credible political enemies, belittle them will not make UMNO better. Tentu pembahas Fed Up boleh bersetuju dengan saya. Kita mesti memandang kehadapan.

Pak Hj JB

Anonymous said...

Tok, khas untuk Semut Api, Din Klang, Tinta Hitam, Ygretibahasa, Langitbiru dan yang seangkatan dengan mereka. Fanatik kepada pemimpin punya hal, Pas kena main lagi.

Pas tunduk kepada DAP dan PKR lalu buang Dr Hassan Ali, pejuang Islam. Ganti Exco baru tak dapat Exco Agama. Khalid gagagaga PKR jadi pengerusi Exco Agama. Hahahahahahaha..Pas ternganga dapat Exco Adat Istiadat Melayu.

Pas kata dia parti Islam. Kena jaga Exco Agama lah. Apa pula jaga Exco Adat Istiadat Melayu. Pas parti Islam bukan parti Melayu.

Tapi betul juga, mana ada "Islam" dalam Pas. Kalau ada "Islam" tentulah namanya PIS (Parti Islam SeMalaysia). Pasal jadi Parti Aslam SeMalaysia (*PAS) lah, Pas huru-hara. Tapi geng fanatik tetap sokong buta-tuli.

Kalau setakat pandai politik kampung saja, Pas akan selama-lamanya kena kencing dan kena main belakang oleh PKR (Anwar al Ibrahim al Permatang Pauh) dan DAP.

Apa dah nak jadi dengan Pas ni? Asyik kena main dan kena kencing saja oleh DAP dan PKR. Jadi la anak jantan. Kelauar PR dan lawan Umno macam dulu-dulu. Ada lah kelas sikit. Semut Tonggek tabik spring kepada Ustaz Fadzil Noor. Kalau tidak pun, join Umno dan tulung buang kaki-kaki busuk dan reput dalam Umno supaya gabungan Umno-Pas jadi parti Islam/Melayu yang big, strong and friendly.

Semut Tonggek

langitbiru said...

“Mubahalah ialah masing-masing pihak di antara org-org yg berbeza pendapat berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yg berdusta.

Nabi mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadikan bukti kebenaran Nabi Muhammad”.

Surah Al Imran Ayat ke 61.
Tuan Dr Hj OKJ 2:59 PM

Alhamdulillah kalau semua kita merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah, jika berlaku selisih pendapat. Amat sesuai dengan saranan Al-Quran:

4:59 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa ayat 59)

Pun begitu, rujukan mestilah menepati intipati perkara yang dipertikaikan satu sama lain. Mengambil rujukan Quran dan Hadis, TETAPI tidak menepati perkara yang dipertikaikan/dibahaskan, DAN sedaya upaya mempengaruhi orang lain supaya ianya diterima pakai dan dipercayai, bagi saya satu tindakan tidak baik.

Kaum Khawarij menggunakan ayat Al-Quran, dan berhujah tafsirnya, bagi MENGKAFIRKAN Khalifah Saidina Ali, lalu dijawab Ali,

“KATA-KATA YANG BENAR(ayat-ayat Al-Quran), TETAPI dimaksudkan dengan BATIL”.

Quran menegaskan, Ilmuan Agama atau Ulama yang membeli dunia dengan ayat-ayat Quran akan dihumban ke neraka, dinafikan syurga.

AMAT PERLU DIINGATKAN SECARA BERSAMA, delapan puluh ayat dari surah Al-Imran, adalah hujah secara langsung dari Allah swt, MELALUI LIDAH MUHAMMAD SAW, yang disampaikan/dihujah kepada ulama ilmuan pendita Nasrani Najran.

ISUNYA, MENGENAI NABI ISA A.S YANG TIDAK BERBAPA, ISA ANAK ALLAH, DAKWA NASRANI NAJRAN. DAN AKHIRNYA, ALLAH SWT MEMERINTAH NABI SAW MENCABAR NASRANI NAJRAN BERMUBAHALAH.

Turunnya ayat “MUBAHALAH” ini kerana Utusan Nasrani Najran mengajak debat tentang Isa yang dianggap Tuhan, atau anak Allah.

langitbiru said...

Ibnu Ishak dalam bukunya menyebut’

“Telah datang mengadap Rasulullah saw utusan orang-orang Nasrani Najran, terdiri 60 penunggang kuda, diantaranya terdapat 14 bangsawan yang mempunyai kewibawaan terhadap mereka. Mereka dipimpin 3 orang iaitu Al’aaqib Abdul Masih sebagai kepala yang menentukan dan mempunyai kata terakhir, Assiyid Al-Aiham sebagai Ulama, dan Abu Haritsah Al-Aqamah sebagai pendeta dan ahli perunding mereka.

Kata Muhammad bin Jaafar bin Zubair: “Telah datang mereka utusan Najran ke Madinah dan memasuki Masjid Rasulullah di kala beliau bersembahyang Asar. Mereka mengenakan pakainan mewah dan bagus sehingga berkata orang-orang yang melihat kedatangan mereka; “tidak pernah kami melihat utusan sehebat mereka”.

Mereka menegaskan kepercayaan mereka tentang Isa, bahawa ia adalah Allah, Putera Allah dan satu dari 3 senyawa. Mereka mengemukakan hujah-hujah termasuk mukjizat Isa as. Mereka juga mengemukakan firman-firman Nya yang tidak menggunakan “Aku” tetapi “Kita” dan “Kami”, bererti Dia ,Isa dan Maryam.

Tatkala Rasulullah saw mengajak kedua pemimpin mereka masuk Islam, berkatalah keduanya kepada Rasulullah,

“KITA SUDAH ISLAM SEBELUM KAMU, HAI MUHAMMAD”.

Rasulullah bersabda, “Berdustalah kamu berdua. Islam bertentangan dengan kepercayaanmu bahawa Allah beranak, bertentanganlah penyembahan kepada Salib dan dengan memakan daging babi.”

Lalu mereka bertanya, “Siapakah Ayah Isa hai Muhammad”.

Rasulullah saw diam dan turunlah firman Allah swt sebanyak delapan puluh ayat dari surah Al-Imran sebagai jawaban langsung atas pertanyaan mereka.

Dengan turunnya ayat-ayat yang tegas menolak anggapan dan kepercayaan utusan Nasrani Najran itu dan untuk mengakhiri perdebatan, Allah memerintahkan kepada Rasulullah agar mengajak mereka bermubahalah.”

langitbiru said...

KEPADA ULAMA (UMNO-OKJ), tunjukkanlah bukti dari Sirah Rasulullah saw dan dari Al-Quran, berlakunya kisah mubahalah yang melibatkan PENUDUH DALAM TUDUHAN ZINA DAN LIWAT.

Apakah bukti tersebut mampu menangkis ayat dari Surah An-Nur, ayat khusus untuk hukum fikah zina.

24:4 Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan EMPAT ORANG SAKSI, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.

BUKANKAH ayat ini MEMFARDHU, MEWAJIBKAN, PENUDUH tuduhan zina (dan liwat) mengemukakan 4 orang saksi yang berwibawa?

Apakah ada ayat yang mewajibkan memfardhukan penuduh tuduhan zina (dan liwat) BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH dan sumpah laknat (mubahalah)

24:23 Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar,

Bukankah pertuduhan zina antara suami-isteri, perlu merujuk kepada ayat dari Surah An-Nur,

24:6 Dan orang-orang yang menuduh istrinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah EMPAT KALI BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.


Perlu juga kita berhati-hati dengan sumpah-sumpah, terutama sumpah dari kaum fasik,zalim dan munafik, kerana sumpah mereka adalah sumpah palsu.

3:77 Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan SUMPAH-SUMPAH mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. (Al-Imran 77)

Hukum Fekah mengenai zina/liwat dijelas sejelasnya dalam Quran dan Hadis. HUKUMNYA sangat jelas, YANG TIDAK MEMERLUKAN IJTIHAD MUJTAHIDIN, baik dari segi kaedah perbicaraan mahupun laksana hukuman .

Mengapa kita perlu mengambil rujukan cabaran mubahalah Rasulullah saw kepada Nasrani Najran, dalam KES ZINA DAN LIWAT, sedangkan hukumnya jelas dijelaskan dalam Quran dan Hadis?

langitbiru said...

Sdr OKJ,

Sebenarnya Allah amat menyayangi Dato’. Allah memperkuatkan keimanan Dato’. Allah membuka pintu hati Dato’ kepada kebenaran kerana Dato’ tidak mendustakan kebenaran yg ada didepan mata. Iaitu; Allah membebaskan Dato’ dari dipaksa menyokong kaum dimurkai dan dilaknati Allah. Allah juga menyayangi keluarga Dato’ dan tidak jatuhlah apa-apa baiah terhadap Dato’. Allah juga menjauhkan Dato’ dari golongan parasit dan yg menjadikan API FITNAH sebagai makanan ruji seperti Dato’ sebutkan tempoh hari.

Bagaimana Sdr OKJ mengetahui hal ini? Apakah Sdr menerima wahyu dari Allah swt???

Saya cadangkan Sdr OKJ, pergilah merayu "Ah Jib Gor" bagi pihak Hassan Ali, agar diterima sebagai ahli UMNO, dan dicalunkan di Gombak Setia di PRU 13.

Anonymous said...

Dato Kadir,
Salam Hormat

Kemusykilan Agama
(terlalu rumit ijtihad mufti baghdad)

Kita musykil kerana teralu ramai muallah, mufti, ustaz, shaikh dan ayatollah membawaw hukum.

Kita berbesar hati berlapang dada Sdr Langitbiru nyata tekun dengan hal-hal agama Islam. maka, fikiran singkat mendorong kita msalin dan tempek seperkara yang penting:

http://sites.google.com/site/hukumjenayah/qazaf-bagi-zina-atau-liwat
Qazaf Bagi Zina Atau Liwat
by penjejak_badai »

:salam:

saya ada kemusykilan semasa bebual dgn sahabat2 mengenai kes zina. kemuskilan pertama mengenai penuduhan zina, dalam kes zina penuduhan kenalah ada disertakan saksi 4 org, kalau tak cukup boleh jatuh kes tuduh zina dan kena sebat 80. kemusykilan saya ialah dalam kes muktahir ini, kes dato anuar ibrahim, ada yg mengatakan kalau mangsa sendiri lapor dah kira kes lain walaupun tak cukup bukti tak sabit kazaf? kazaf ini hanay sabit bila org lain buat tuduhan selain mangsa, betul ke?

kemudian kemusykilan ke 2, kalau seorg mangsa rogol buat laporan yg dia dirogol, tapi takde saksi dlm undang2 jenayah jatuh kazaf ke tidak? kemudian jika pelapor itu ada bukti selain dari 4 saksi seperti DNA, video etc2 , jika dibicarakan mcm mana jadinya? yg pernah saya baca, jika kurang saksi, tapi ada bukti lain, kes hudud ini jatuh ke kes takzir betulkah?

moga panel al-ahkam dpt membantu.

terima kasih.

wassalam


Jawapan:

by Abu_Umair » Jul 11th, '08, 19:12

Pertama:
Syarat untuk dikatakan seseorang itu melakukan kesalahan qazaf ialah apabila dia menuduh dalam konteks MEMBERI AIB kepada yang dituduh. Atau dalam Bahasa Arab disebut: Úáì æÌå ÇáÊÚííÑ

Dengan syarat ini maka tidak dinamakan qazaf sekiranya seorang mangsa rogol membuat aduan tentang perlakuan seks seseorang terhadapnya, lalu qadhi meminta penjelasan, lalu mangsa itu pun menceritakan bahawa dia dizinai oleh seseorang.

Dan tidak dinamakan qazaf jika seseorang yang dipaksa liwat menjelaskan perlakuan itu di hadapan qadhi apabila diminta memberi penjelasan.

Pengaduan di mahkamah jika diminta penjelasan TIDAK TERMASUK dalam qazaf.

Tetapi jika mangsa rogol atau liwat menghebahkan kes itu di luar mahkamah, maka di berdepan dengan hukuman qazaf jika tidak ada saksi yang cukup.

Rujukan: Takmilah Kafi Al-Muhtaj, oleh Zarkasyi.

Kedua:
Seperti di atas, laporan untuk tujuan siasatan tidak termasuk dalam qazaf. Kecuali dihebahkan untuk memalukan sebelum disabitkan kesalahan.

Dalam kes zina dan liwat, jumhur ulama mengatakan hendaklah ada 4 saksi yang cukup syarat untuk sabit kesalahan. Tetapi ada juga yang mengatakan tidak semestinya 4 saksi. Jika terdapat qarinah-qarinah yang kuat menunjukkan berlakunya jenayah tersebut, maka disabitkan kesalahan.

Sebagaimana sesetengah khulafa rasyidin menghukum had zina dengan qarinah kehamilan. Dan ada yang menghukum had minum arak dengan qarinah muntahnya terkeluar arak atau mulutnya berbau arak.

Rujukan: I'lam Al-Muwaqqi'en

Wallahu A'lam



Kita hanya dapat menganggok kepala dan mengelelng-geleng kehairanan terdapat ramai alim dan arif dalam hal Sariah tetapi Mahkamah Syariah tidak dipandang dengan hormat. Mahkamah Syariah di negara seakan-akan mandul perlaksanaannya.

Tetapi apalah yang kita tahu.

Minta-minta PRU13 nanti DUN Darul Naim Darul Iman Darul Aman Darul Ehsan semuanya beza jumlah ADUN kerajaan dan pembangkang kurang dari bilang jari di tangan kanan.

Namun kesian kita kepada pegawai-pegawai majlis dan jabatan agama Islam yang bertungkus lumus mempertahankan syiar Islam diperkecil-kecilkan jasa mereka. Apalah sangat Jamil Khir dengan perjuangannya, Datok?

Apalah pula kata ustaz muda saperti Dr MAZA? Beliau pula dilapurkan mengatakan Hudud perlu ijtihad baru, kata Dr Asrihttp://www.malaysiakini.com/news/176366

Baguslah bila Melayu celek agama kan, Dato.


Sekian

RL-B

Anonymous said...

Salam Datuk,

Ternyata saudara langitbiru (ulama-Pas) begitu mengambil berat tentang sesuatu hukum hakam agama hanya kerana terlalu sayangkan seorang pemimpin.

Kalau begitulah cara beliau berfikir maka kita tidak perlu heran sekiranya seorang ulama bertaraf nabi dari Pas sering mengeluarkan fatwa-fatwa suci atas dasar yang sama iaitu terlalu sayangkan pemimpin tersebut.

Saudara langitbiru tidak perlu bercerita tentang mata yang melihat bukti dan akal yang boleh berfikir dan menilai kesahihan sesuatu perkara itu..cuma mintak beliau, nabi jadian tersebut dan orang2 yang senada dengan mereka sama-sama mintak pemimpin tersebut bersumpah ajer (paling basic & kat tepi jalan pun takpe)...susah sangat ke?

4Mata

OKJ said...

Salam DAKJ

Minta memberi laluan kepada jawapan balas Sdr langitbiru.

Salam Sdr Langitbiru.

Pertamanya, saya bersyukur dan berasa puas hati kerana perbahasan kita barulah nampaknya masuk ke era perbahasan ilmiah. Sudah lama saya mengimpikan perbahasan yg sebegini. Setiap penceritaan disertakan bukti yg sahih. Tidak lagi dipengaruhi oleh fitnah dan khabar angin. Ini barulah perbahasan yg dituntut Islam, bukannya spt sesetengah pembahas yg suka berkata dusta dan fitnah, hanya berpandukan khabar angin. Sebab itulah ada yg saya jawab, banyak yg tidak.

Keduanya, tiada sesiapa pun manusia yg beriman dgn Al Quran yg menafikan perlunya mendatangkan 4 saksi utk pertuduhan zina dan dikenakan hudud. Masalah yg ada pada masa sekarang adalah untuk mencari 4 saksi yg ‘berkelayakan’ pun amat susah seperti yg diperkatakan oleh ramai ulama masakini.

Ketiganya, dalam kes video sex tersebut, “kae’dah yg you bahaskan tu salah”. Kalau sdr perasan, kesnya bukanlah menuduh seseorang berzina tetapi lebih kepada pengakuan pelaku di dalam video itu dikenalinya. Sebagai seorang yg beriman, beliau mengakui beliau tidak dapat menyediakan 4 saksi utk menuduh seseorang berzina. Pada masa yg sama beliau tidak sanggup menanggung dosa kerana tidak memperkatakan sesuatu yg benar kepada rakyat Malaysia. Kerana hanya ahli-ahli kitab Yahudi dan Nasrani sahaja yg menyembunyikan adanya nabi yg terakhir yg bernama Ahmad atau Muhammad di akhir zaman nanti.

Oleh itu, menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yg berakal dan baligh menentukan kesahihannya sebelum memilih seseorang menjadi pemimpin. Masalahnya, belum lagi tengok bukti dah kata tengok video tersebut haram. Ini satu lagi “kae’dah yg you bahaskan tu salah”. Jika niat dihati adalah semata-mata utk kepastian dalam mencari kebenaran, Insyaallah ianya diharuskan. Tapi jika niat melihat video sex tersebut kerana hawa nafsu, itu memang jahat dan salah. Jadi lihatlah video tersebut sehingga betul-betul pasti siapa pelakunya. Cuma bila dah pasti, cepat-cepat tutup. OK. Dan Ketua Polis Negara juga dah mengesahkan video tersebut adalah ori.

Akhir kata, sebab itulah saya selalu meperingatkan bahawa Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran jika hambanya mendustakan kebanaran. Tugas kita semua adalah utk mencari kebenaran dan janganlah sesekali memalsukannya. Sekian TQ.

Anonymous said...

As'kum Dato'

1. MB TS Khalid Ibrahim telah menlantik ADUN Sijangkang menganti tempat yang dikosongkan oleh Dato' Hassan Ali. Tapi porfolio Agama penting yang selama ini disandang oleh wakil Pas kini diambil alih oleh Ustz. Khalid (PKR). Ustaz Khalid mungkin lepas ini akan melantik Penasihat Agamanya dari kalangan orang PKR atau DAP kerana ia tidak yakin lagi kepada orang Pas akan memberi nasihat yang "tidak" betul kepadanya.

2. DSAI menyatakan undang2 lapuk mengenai liwat dalam perundangan negara Malaysia perlu dipinda. Tak tahulah apa yang ada dala kepala otak dia.Mungkin ini akan dijadikan slogan atau Menifesto PR dalam PRU13 nanti.

3. Harap dapat ulasan daripada penyokong tegar Pas dan PKR mengenai kedua-dua ungkapan di atas.

Dan Kajang

Orang Kampung said...

Sala Dato.

1.Bila berhujah dab beri komen ramai yang mampu kaitkan dengan dalil Al Quran dan Hadis.Baguslah tu.Tapi yang hudohnya cakap tak serupa bikin.Bikin pun tak serupa cakap.

2.Kalaulah benar ikut ajaran Islam melalui Al Quran dan Hadis umat Melayu/Islam tak lah jadi macam yang sedang berlaku saat ini.

3.Haru biru.marca merba jadinya umat Melayu/Islam.Yang bijak jadi bahlul.Manakala yang bahlul nampak macam pintar dan hebat.Terbalik kuang.

4.Sebenarnya perjuangan hari ini sudah terlalu menjurus kepada meterialistik dan kuasa dunia semata.Kawan jadi musuh.Musuh jadi kawan.Tipu diri sendiri,masyarakat dan sebagainya.

5.Sebab itulah bala turun pada umat Melayu/Islam kerana cakap tak serupa bikin.Auta sahaja.Zahir lain batin pun lain tak sama zahir dan batin.

6.Ada ulamak pun macam dikata,Sekejap bisu.Sekejap sengau.Sekejap berani macam harimau.

7.Ramai ulamak dan Tok Guru daripada anak murid.Ramai berguru di padang bola,mini stadium,dalam dewan,bawah pokok,bawah khemah dsbnya.Bukan lagi berguru secara berkuliah.ikut pengajian,bertempat dan berguru sebenar.

8.Kalau lah umat Melayu/Islam patuh pada ajaran Islam dengan berpandu Al Quran dan Hadis Insya Allah selamat.

9.Berpada-pada lah kalau nak patuh pada ideplogi pilitik pun jangan rugi lebih banyak drp untungnya Melayu/Islam.

din klang said...

Aslkum Dakj

kpd semut tonggek

Pas tak pernah dan tak akan menjadi kuda tunggangan sesiapa. Pas lebih rela keluar Bn bila Umno tidak setia pd janji perjuangkan Islam.

Yg menjadi kuda tunggangan ialah pemimpin Umno kpd Mca, toke2 judi, toke2 betina toke2 AP toke2 balak yg sentiasa mencuri kekayaan negara termasuk hak istinewa org melayu.

Yg menjadi kuda tunggangan adalah org spt semut tonggek, jamalPT dan penulis blog tertentu kerana asyik terpegun dpn tv Talibarut Umno sehingga tak boleh fikir sendir lantaran terus mendendangkan hujah2 rapuh yg diulang tayang oleh media talbarut penipu Umno.

Kalau sdr kata Mufti Perak, bekas mufti Perlis Dr Asr dan Tok Guru Nik Aziiz sebagai pejuang Islam ramai akan setuju. Tapi nak kata Hasan Ali pejuang Islam itu kata2 org Umno yg tak sekolah atau kalau tamat pun dah kena pasak telinga dan otaknya dgn agama baru barnama Umno.

Kalau sdr nak kutuk Pas, Dap,Pkr, dan Anwar cubalah cari hujah2 baru. Spt berapa banyak wang negeri yg telah disonglap oleh Guan Eng, Khalid Ibrahim,Nik Aziz maupun Anwar.

Kalau sdr penulis biasa saya doa sdr segera mendapat petunjuk. Tapi kalau sdr penulis upahan insaflah pendapatab sdr tu tak halal

din klang

INDIGO MIKE said...

Dato Kadir,
Salam Hormat

Perkasa, Kuasa Ketiga Dan Ekonomi
(rasanya rusa masuk kampung)

Perkembangan baru suasana pra-PRU13 yang timbalbalik reaksinya tak keruan tak berkesalan:


Itulah hari itu ada yang mengesyorkan BERSIH3.0, Lawyer Lydia.

"Campaign and election contributions." - Modern dan civil; Halal-Toyibban

Calun Bebas ini katakanlah mendapat sumbangan dari mana? Untuk Raja-raja Melayu...

Kita fahamkah Vision2020?

http://lydiausm72.blogspot.com/2012/01/kuasa-ketiga-politik-dr-hasan-ali-dr.html#comment-form

Kuasa Ketiga...Perkasa?
Apapun, kepada kuasa ketiga ini bolehlah ditanya mana duduk Mahkamah Syariah dan Hukum Hududnya di tahun 2020 dan Iskandar dengan takkaful perbankan dan kewangan Halal-Toyibban?
Bukan mengenai emas perak dinar dand dirham. Itu kena tanya Raja Saud. Liwat di Saudi? Bagaimana mereka menghukum perkara sebegitu, Mahaguru Dato?


Sekian.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato,

Dgn. izin,

Kpd. pakar2 hudud terutama langit biru saya ada beberapa persoalan:

1.Rasulullah s.a.w.bersabda yg. bermaksud Mereka yg. menuduh perempuan2 yg. baik, suci dan mukmin dgn. zina, mereka dilaknati (oleh Allah) di dunia dan di akhrat.Kalau zina itu sama dgn. liwat, Anuar setara ke dgn. perempuan2 yg. dimaksudkan ?

2.Berkaitan dgn. Qazaf,yang amat dikehendaki oleh PAS,...Orang yg. dituduh pula hendaklah orang yg. tertentu dan diketahui sebagai yg. suci dan berperibadi baik.
Layak ke Anuar jadi PUNUDUH dlm. kes Qazaf ?

3.Perkara 23 Rang Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II)1993,Kelantan..Irtidak ialah apa2 perbuatan yg.dilakukan atau perkataan yg. disebut oleh seseorang Islam yg. mukallaf yg. mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum syarak menjejaskan atau berlawanan dgn. akidah Ugama Islam, dgn. syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebut dgn. niat, dgn.sukarela dgn. pengetahuan dan tanpa apa2 paksaan oleh sesiapa atau keadaan.

Soalan saya,apabila TGNA kata Allah mencarut, Allah samseng,penyokong UMNO syirik, orang UMNO kafir, undi PAS masuk syurga adakah kata2 ini termasuk dlm perkara 23 ni?

Harap dapat penjelasan.

Salam hormat,

Lat Juno

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato,

Dgn. izin,

Kpd. pakar2 hudud terutama langit biru saya ada beberapa persoalan:

1.Rasulullah s.a.w.bersabda yg. bermaksud Mereka yg. menuduh perempuan2 yg. baik, suci dan mukmin dgn. zina, mereka dilaknati (oleh Allah) di dunia dan di akhrat.Kalau zina itu sama dgn. liwat, Anuar setara ke dgn. perempuan2 yg. dimaksudkan ?

2.Berkaitan dgn. Qazaf,yang amat dikehendaki oleh PAS,...Orang yg. dituduh pula hendaklah orang yg. tertentu dan diketahui sebagai yg. suci dan berperibadi baik.
Layak ke Anuar jadi PUNUDUH dlm. kes Qazaf ?

3.Perkara 23 Rang Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II)1993,Kelantan..Irtidak ialah apa2 perbuatan yg.dilakukan atau perkataan yg. disebut oleh seseorang Islam yg. mukallaf yg. mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum syarak menjejaskan atau berlawanan dgn. akidah Ugama Islam, dgn. syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebut dgn. niat, dgn.sukarela dgn. pengetahuan dan tanpa apa2 paksaan oleh sesiapa atau keadaan.

Soalan saya,apabila TGNA kata Allah mencarut, Allah samseng,penyokong UMNO syirik, orang UMNO kafir, undi PAS masuk syurga adakah kata2 ini termasuk dlm perkara 23 ni?

Harap dapat penjelasan.

Salam hormat,

Lat Juno

siva said...

Salaam Dato,
Just a quick reference to your menarik balik buku Interlok
kerana protes orang Hindu... Please note that Niat or the national interlock action team is headed by it's president Dato Thasleem Mohamed Ibrahim. Refer to myniat.com. It's a protest by people's of various religious beliefs belonging to a particular ethnicity. With due respect ,Dato, you are factually incorrect. But do facts matter when it is politically expedient to state otherwise? Dato, you are one of those towering Malay/Malaysians. Please revisit your ideals for a better Malaysia. Thanks

langitbiru said...

Salam hormat,


Lat Juno

Hanya jawaban dari Ulama UMNO SAHAJALAH yang mampu memberi kepuasan kepada Saudara.

Sebab itulah UMNO dan Saudara memberi pelbagai helah untuk TIDAK melaksanakan Hukum Syariah.


Sdr 4Mata,

"Saudara langitbiru tidak perlu bercerita tentang mata yang melihat bukti dan akal yang boleh berfikir dan menilai kesahihan sesuatu perkara itu.."

Hukum Islam menghukum seseorang berdasarkan bukti-bukti zahir yang jelas, bukan BUKTI BATIN. Siapa yang boleh melihat isihati seseorang dengan tepat?

Dalam Islam, bagi Hakim, jika hakim tersalah MEMBEBASKAN orang yang bersalah, ADALAH LEBIH BAIK dari hakim tersalah hukum orang yang sebenarnya tidak bersalah. (Sdr boleh dapatkan hadis sahih )

Sdr OKJ

"Keduanya, tiada sesiapa pun manusia yg beriman dgn Al Quran yg menafikan perlunya mendatangkan 4 saksi utk pertuduhan zina dan dikenakan hudud.

Masalah yg ada pada masa sekarang adalah untuk mencari 4 saksi yg ‘berkelayakan’ pun amat susah seperti yg diperkatakan oleh ramai ulama masakini".

Apakah Sdr OKJ 'mempertikaikan' atau 'meragui' perintah ALlah swt dari Surah An-Nur tersebut?

Setiap perintah Allah swt, kita kena yakin sekuat-kuatnya, KERANA PASTI ada hikmah dan kebaikannya.

Bila Allah swt mahukan 4 orang saksi lelaki yang berkelayakan dan berwibawa, itu yang WAJIB kita lakukan,

""Kami dengar dan kami taati""

sangat tidak patut jika kita ragui dan bertapi-tapi mengenai ayat-ayat Allah.

SEELOK-ELOKNYA, SDR OKJ wajar mengkaji mengapa Allah swt memerintahkan perlunya 4 orang saksi.

SAYUGIA perlu kita ingat, QURAN ini sesuai untuk sepanjang zaman alam semesta, hingga Kiamat. HUKUMNYA, tetap tidak berubah dan tidak akan berubah lagi, hingga ke hari kiamat.

Dari dulu, sampai sekarang, dan sampailah kiamat, orang berzina RIBUAN dalam masa satu HARI, TETAPI untuk membuktikannya, AMAT DAN SANGAT SUSAH, KERANA, WAJIB ada 4 saksi, PASTI ADA HIKMAHNYA.


Sdr RL-B,

Jutaan Terimakasih.

anakbuah said...

Pasa saya OKJ tak layak menggunakan Islam dan menyebut ayat2 Al Quran atau Hadis utk mempertikaikan hukum Allah. OKJ dan makhluk2 yg setara dgnnya sebenarnya sesat lagi menyesatkan!

Salah satu hikmah hukum Qazaf yg memerlukan 4 org saksi yg haq adalah utk mengelakkan fitnah. Dan jika kita menafikan keperluan hukum ini, maka situasi yg akan berlaku seperti kes Anwar inilah, contohnya - bukti2 yg diragui dan semacam dibuat2. Utk mengelakkan fitnah yg merosakkan inilah Allah mensyaratkan 4 saksi yg haq itu dan susah mendapatkan saksi yg haq inilah rahsia yg Allah berikan kepada umat manusia supaya masyarakat tidak purak-puranda dan kacau-bilau akibat fitnah. Dan hukuman sebenar hanyalah hak Allah yg Maha Mengetahui. Tentulah si pelaku tidak akan terlepas drp hukuman Allah. Dan kita perlu ingat, sekiranya si pelaku bertaubat nasuha, ianya lebih baik drp mereka2 yg menyebarkan fitnah dan membuka aib org lain. Siapa kita utk menghukum org lain yg tidak sempurna pertuduhan itu dr segi syarak? Bukankah si penuduh yg sepatutnya dikenakan tindakan kerana ketiadaan 4 saksi yg haq? Kerana ini bermakna fitnah!? Inilah hikmah hukum Allah yg tidak dpt dikesan oleh OKJ dan makhluk2 yg setara dgnnya!

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin lagi,

Sdr langitbiru,

Saya dukacita sdr TIDAK menjawab persoalan yang saya berikan.

Hal2 agama Islam ialah tanggung jawab semua orang Islam tak kira dia UMNO,PAS,PKR hatta DAP kalau dia berminat tentang Agama Islam, seperti yang PAS selalu mimpikan di siang hari.

Saya orang UMNO,saya marah kalau saya dikatakan atau dicap kafir, syirik, tak berbau syurga, sembelihan saya haram dimakan,tak boleh jadi imam.

UMNO tidak menolak hukum Hudud,hukum Allah, tapi yg dihebohkan oleh PAS ialah Hukum Hudud PAS untuk Kelantan dan Terengganu yg mempunyai banyak kelemahanya.

Dua senario untuk difikir dan ulas oleh langitbiru dan yg arif lain.

1.Sisuami baru masuk bilik didapati seorang lelaki sedang........dgn isterinya(sisuami)di atas katilnya,

2.Anak jiran dtg memberi tahu yg dia telah dirogol oleh ayahnya.Dia meminta pertolongan sdr.

Bagaimana kes2 ini boleh diadili oleh Undang2 Kanun Jenayah Syariah (II)1993 Kelantan.Untuk perbincangan bersama.

Salam hormat,

Lat Juno.

OKJ said...

Salam DAKJ

Minta izin menjawab komen pembahas Anakbuah secara ilmiah

Salam Sdr Anakbuah

Dari penulisan sdr, saya boleh merasakan sdr agak jahil dgn undang-undang Islam iaitu Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir. Pengertian ta’zir segi bahasa ialah menolak atau menghalang. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir termasuklah kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas; seperti kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya. Perlukah saya berhujjah dgn lebih panjang lagi?

Saya cadangkan eloklah sdr menambahkan ilmu pengetahuan dahulu sebelum berdebat. Ini kerana ianya menampakkan yg sdr cumalah seorang yg “tidak tahu apa yg saudara sendiri tidak tahu tapi berlagak macam tahu”, atau dalam bahasa melayunya “Bodoh Sombong”. Allah mengurniakan akal fikiran sebagai senjata yg ampuh utk membezakan manusia dgn makhluk-makhluk lain. Juga, sebagai seorang yg beriman dgn Al Quran, eloklah saudara mula menggunakan senjata tersebut yg letaknya dikepala sebaik mungkin kerana Surah Saba’ ayat 46 menyuruh manusia BERSUNGGUH-SUNGGUH mencari kebenaran kerana Allah semata-mata dan berfikirlah sematang-matangnya.

Akhir kata, sebab itulah saya selalu meperingatkan bahawa Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran jika hambanya mendustakan kebanaran. Pemimpin yg baik utk masyarakat yg baik, pemimpin yg jahat utk golongan yg jahat. Sekian TQ.

Anonymous said...

Ulasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin ttg tuduhan zina dan rogol;

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariah akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol;
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

*ABU*

Anonymous said...

Samb...

Lian;
Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

*ABU*

Anonymous said...

Pening kepala!

Dua-dua sama handal dan hebat,
tetapi OKJ termakan umpan?
termasuk jerat anakbuah?

belum nak jawab pasal fahaman Syiah dan Wahabbi



dough-ray-and-me

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).