A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google
Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
SEJAK (Tun) Dr Mahathir Mohamad
mempopularkan istilah dilema melalui bukunya “Dilema Melayu” lebih 40 tahun
lalu, ia telah menjadi kata kunci dalam banyak permasalahan dan keadaan.
Yang terbaru, dilema menjadi
kata kunci kepada pemilihan kepemimpinan Umno. Banyak pemimpin, perwakilan dan
ahli Umno dikatakan dalam dilema.
Akibat dilema itu, banyak
pemimpin Umno telah menjadi hipokrit, bermuka-muka dan lidah bercabang. Minta
ampun kalau kasar bunyinya.
Di khalayak dan di hadapan media
massa mereka setuju cadangan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan,
kononnya untuk mengelak perpecahan. Di belakang mereka mengomel, mengutuk dan
mengata. Mereka bantah cadangan dua jawatan teratas tidak dipertandingkan.
Di bawah peraturan baru
pemilihan, calon yang hendak bertanding perlu, secara terbuka, menyatakan
jawatan mana menjadi pilihan.
Buat Tawaran Terbuka
Kalau teruk sangat penyakit Koro
(baca di sini) yang mereka alami - dalam hati meronta-ronta hendak bertanding
jawatan tertentu, tetapi takut membuka mulut - mungkin ada satu jalan keluar,
iaitu mereka buat kenyataan umum mengatakan mereka bersedia bertanding
mana-mana jawatan yang dicalonkan.
Cuma bahayanya adalah perwakilan
mungkin tidak faham hasrat sebenar mereka. Silap-silap jadi kacau. Misalnya,
dalam hati meronta-ronta hendak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden,
tapi dicalonkan bertanding Naib Presiden saja.
Atau mereka boleh kata: “Oleh
sebab Umno adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan saya menghormati hak
ahli, maka dengan ini saya menyatakan bahawa jawatan yang saya pegang boleh
dicabar oleh sesiapa saja.”
Apabila penyandang berdiam diri,
orang ramai mungkin buat kesimpulan penyandang tertentu tidak mahu dicabar atau
takut dicabar. Kita faham bahawa yang paling teruk hadapi dilema (kalau beliau
dalam delima) adalah orang nombor dua.
Orang nombor satu tentulah akan
pertahan jawatannya kecuali dia bercadang untuk bersara. Keputusan hendak cabar
atau tidak adalah di tangan orang nombor dua. Dalam konteks pemilihan Umno kali
ini, orang itu adalah Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden.
Adakah beliau dalam dilema atau
beliau akan mencabar Presiden, Mohd Najib Abdul Razak?
Peranan Muhyiddin Sebagai “King Maker”
Umum tentu masih ingat peranan
Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad
Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat
pencapaian buruk dalam PRU 2008.
Adakah Muhyiddin yang
menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen
terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?
Soalan yang harus dijawab oleh
kepemimpinan dan keahlian Umno adalah masa depan dan hala tuju parti itu.
Pemimpin Umno sering mendakwa bangsa Melayu, agama Islam dan negara bergantung
kepada Umno – demi bangsa, agama dan negara!
Kalau mereka ikhlas terhadap
kenyataan itu dan tidak memikirkan kepentingan diri mereka sahaja, mereka tentu
tahu dan berani menyatakan secara terbuka siapa yang layak dan boleh diharapkan
untuk melaksanakan tugas berat demi Melayu, agama Islam dan negara.
Mereka perlu berani mengakui
siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu –
adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan
terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti
terkuat?
Apakah yang ditonjolkan dalam
pilihan raya lalu – panji-panji Umno, agenda Melayu dan ekonomi luar bandar
atau 1Malaysia, “Sokong Saya Undi BN” dan Janji Ditepati?
Siapakah yang diutamakan dan
ditonjolkan sebagai penyelamat Barisan Nasional ketika PRU – Melayu, Cina atau
India?
Perwakilan dan ahli Umno wajib
fikirkan semua ini kalau mereka komited kepada idealisme dan slogan demi
bangsa, agama dan negara.
Siapa Pilihan Bukan Melayu?
Ironinya, hari ini, banyak orang
bukan Melayu yang Perdana Menteri tuduh sebagai penyebab “tsunami Cina” pada
PRU lalu, mahu Mohd Najib kekal sebagai Perdana Menteri.
Tiba-tiba mereka “yakini”
1Malaysia dan sokong Mohd Najib kerana beliau dianggap “Malaysia first” dan
transformasi beliau menguntungkan mereka. Sebaliknya mereka momokkan Muhyiddin
kerana dilaporkan berkata beliau “Malay first”.
Secara tidak disedari atau
disengajakan, hakikat yang tidak diperkatakan adalah tidak seorang pun
warganegara Malaysia dilahirkan sebagai berbangsa “Malaysian”. Kita sama ada
dilahirkan Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India atau suku-suku kaum lain. Dan
sepanjang hayat kita, fakta bangsa dan kaum penting. Sebab itulah Melayu dan
Bumiputera mempertahankan keistimewaan mereka manakala orang Cina dan India
mati-matian mempertahankan bahasa dan sekolah mereka.
Tetapi oleh kerana kita
warganegara Malaysia maka secara kolektif kita dikenali sebagai “Malaysian”
seperti orang Eropah, Cina, India, Arab, Afrika, Mexico, Filipina dan Vietnam
yang menjadi warganegara Amerika Syarikat secara kolektif dipanggil “American”.
Sebaliknya, kenyataan “Malay
first” Muhyiddin itu dikutuk dan beliau digambarkan sebagai perkauman,
anti-1Malaysia dan mensabotaj Perdana Menteri.
Apa yang hendak dihairankan.
Itulah juga yang berlaku kepada Dr Mahathir beberapa ketika sebelum
menggantikan Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1981. Beliau ditakuti oleh
orang bukan Melayu, khasnya Cina kerana kononnya beliau “Malay Ultra” –
pelampau Melayu.
Orang bukan Melayu, khususnya
Cina, yang Mohd Najib tuduh penyebab “tsunami Cina” pada 5 Mei lalu tentulah
tidak mahu kepemimpinan Umno dan kerajaan kuat.
Kalau kepemimpinan Umno dan
kerajaan menjadi lebih kuat dan lebih banyak orang Melayu kembali menyokong
Umno, tentulah lebih sukar bagi mereka membuat tuntutan dan memberi peluang
Pakatan Rakyat menang lebih besar pada PRU akan datang. Jadi kepemimpinan Umno
dan kerajaan yang lemah atau tidak terlalu kuat adalah baik bagi sesetengah
pihak.
Lihat sajalah bagaimana Kabinet
terpaksa menelan ludahnya sendiri dengan menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran
Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 setelah ditentang bukan sahaja oleh pembangkang, tetapi oleh beberapa orang
ahli Kabinet sendiri.
Ini adalah manifestasi kegagalan
Kabinet membuat penelitian mendalam dan keputusan jitu dengan mengambil kira
segala aspek rang undang-undang berkenaan. Ia juga menjadi ukuran prestasi
Jabatan Peguam Negara di bawah Peguam Negara Abdul Ghani Patail sebagai
penggubal undang-undang. Ironinya, Muhyiddin yang mengumumkan penarikan balik
rang undang-undang itu bagi pihak Kabinet!
Kesimpulannya, terpulanglah
kepada pemimpin Umno memilih yang mana satu lebih penting – dilema mereka kerana
kononnya hendak beradab atau masa depan parti.
Mereka boleh memilih antara
menyelamatkan kedudukan mereka dan membiarkannya menjadi parti eksklusif, parti
rumah tangga, parti golongan feudal dan parti yang bermuka-muka atau berkorban
sedikit untuk menjadikan Umno terangkum, berani dan dinamik demi bangsa, agama
dan negara.
Wallahualam.
48 comments:
Salam dato,
Saya pilih ketua yang `clearly seen to think and acts on' malay first.
PM `belum' balik ke UMNO lagi, bayangan malay first pun tak nampak,dan dah 60 hari post pru...
Kalau dah `penat dah', eloklah `berehat'.
Setiap orang ada masa terbaiknya, tetapi masa terbaik tidak sentiasa bersamanya,tidak sepanjang masa hidupnya..tak gitu dato?.
No 2 selalunya nampak lebih baik,tetapi bila nombor 2 jadi nombor satu,tidak pasti lagi baik itu kekal.. harapan saya biarla dia baik juga.
Selamat berpuasa.
Abu Bakar Ab Rahman
Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berkira-kira apakah beliau akan jadi Timbalan Perdana Menteri yang tidak akan jadi Perdana Menteri ?
saya mohon link tok, tkasih
Pembahas Putra Merdeka,
Dipersilakan dan terima kasih.
Dato, saya pilih yang ketiga, iaitu "berkorban sedikit untuk menjadikan Umno terangkum, berani dan dinamik demi bangsa, agama dan negara". Masalah yang dihadapi Malaysia seperti Palestine dimana selepas 65 tahun semua yang masih hidup tidak mahu pendamaian setelah kehilangan nyawa ayah ibu, adik abang atau suadara mara dalam perang/keganasan. Di negara kita ini selepas lebih kurang jangka masa yang sama, kita semua telah hidup berasingan - melayu tetap melayu, cina tetap cina, hindu tetap hindu !! Oleh itu saya tidak nampak bagimana 1Malaysia boleh dipratikkan atau boleh dijayakan. PR12 dan PR13 dengan jelas membuktikan apa katakan ini.Saya kira sudah tiba masanya kita semua berhenti berpura pura.
Assalm,
Atok saya kata jika tak boleh bertanding maknanya tak demokratik..
Lembutnya bunyi
Pak Kadir,
Undang2 yang ditarik balik mudin yassin tu menjadi kontroversi sebab melibatkan keluarga bukan Islam.... memang wajar di tarik balik...
takkan nak diskriminasi ibu kepada anak2 ni yang di convert oleh bapa untuk tujuan balas dendam , untuk habuan dr perkim etc...
kalau kanak2 ni selepas jadi dewasa nak memeluk Islam, okey...kalau tidak mahu pun ok...
Jangan paksa2 sampai satu dunia mencemuh orang melayu....
Pasal isu najib atau mudin... tak peduli laaa.... tapi lebih baik ada orang baru jadi PM....kalau dengan najib, bertambah lagi skandal2 dlm kerajaan... terutama dgn bini no 2 mcm rosma yang tak bole di control ni...
Salam Datuk,
Menarik ulasan Datuk.
1. Dilema pemimpin melayu(tidak di perkuat huruf besar kerana malu mengiktiraf pemimpin bermuka-muka) seperti rungkaian di atas dan dilema Pengundi Melayu yang di hina-ludah DAP, masih kekampungan,membaca Utusan Malaysia. Realiti pengundi-pengundi ini(tiada bandingan nilai) sudah memberi kemenangan kerajaan yang di dukung UMNO.
2. Dilema Melayu yang tidak lagi duduk di bumi nyata. Hipokrasi kata Datuk. 100% BENAR. Berubah pendirian bila diasak pembangkang!
3. Lagi contoh nyata dilema melayu ialah timbunan lapuran Polis di buat oleh Melayu terhadap salah laku kumpulan atau individu menyalahi fitrah Agama, Bangsa dan Negara. Di bakul sampahkan begitu sahaja. Berbeza pula kepada suara-suara bukan melayu!
4. Dilema paling besar ialah pendidikan. Di asingkan dan terasing. Tidak pernah di lakukan di negara-negara jiran. Walhal amat nyata, pendidikan menyatupadukan aliran satu pemikiran yang di naungi berbagai kaum. B.Melayu bahasa Kebangsaan nya. Bahasa Inggeris bahasa kedua, kepentingan melengkapi. Bahasa lain-lain pilihan dalam keterangkuman. Dilema melayu apologetik.
5. Dilema Pemilihan UMNO akan datang. Mencari TOKOH yang hilang! KORO. Jika tiada pembaharuan, maka pupus lah ketegasan. Bila hilang ketegasan, hancurlah Bangsa, Agama dan Negara yang kita julang! Kita balik menjadi debu berterbangan
Sudah nampak nyata,yang sudah menjadi sebahagian debu, hanya boleh di hembus begitu sahaja.....
Dato.
Pemilihan Jawatan Dalam UMNO.
---------------------------------
Saya cuba korek-korek mengenai hak pertandingan jawatan dalam UMNO.
Rupanya broker kuasa dalam UMNO ini amat mengharapkan ada pertandingan dari atas pucuk sampai akar umbi.
Kata mereka kalau pertandingan bolehlah buat duit bukan sikit tetapi banyak.
Kalau ada pertandingan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden dan lainnya tentulah calon kena buat badget beli undi.
Kalau tak ada pertandinga jadi rugi dan sunyi sepi.
Bagaimana tak sara Ketua bahagian dan wakil-wakil nya disetiap pelusuk negara .Kecuali Serawak.
Walaupun teori nak UMNO bersih tetapi masih ada teori dan praktiknya yang kotor ,rasuah dan lainnya.
UMNO masih relevan.Tetapi selagi ada pemimpin rasuah serta politik wang itulah puncanya bala demi bala menimpa UMNO dan seluruh rakyat Malaysia yang tak berdosa angkara unsur kotor dalam parti pemerintah.
Tentang hipokrat tak payah ceritalah dalam.Bapak segala hipokrat memang terdapat banyak dalam UMNO.
Bila rakyat tegur tak diendahkan nya.
Rakyat dituduh tak kenang budi.Tak balas jasa.
Hipokrat sesama pemimpin.
Hipokrat dengan rakyat dan orang Melayu.
Hipokrat dengan bukan Melayu.
Rakyat mahu dengar apa mereka buat.
Rakyat tak mahu dengar lagi apa mereka cakap.
Terima kasih.
Saya mahu beri peluang kepada TSMY..
Tok Kadiaq,
Najib dah jadi Si Tanggang berjiwa Lebai Malang dan sepatut nya akan menerima nasib Mat Jenin.
Adakah Muhyiddin cukup berani?Jika tidak,pada mereka yang masih mengharapkan UMNO,lupakan saja.
Saya sangat suka membaca tulisan datuk
Saya bersetujubdengan pandangan Datuk AKJ. RataRata DS Najib gagal kepimpinannya dari segi pembangunan sosio-ekonomi negara, gagal dalam pentadbiran negara dan gagal meningkatkan maruah serta kedudukan orang melayu.Malah DS Najib selaku PM telah menggadaikan hak orang melayu apabila syarat-syarat penyertaaan 30 % ekuiti dan 'employment' di semua peringkat pengurusan di sektor swata dimansuhkan.
Muhyiddin Yassin juga gagal selaku Menteri Pelajaran, samada dar segi kurikulum pendidikan pelajar mahupun kecemerlangan guru. He failed terribly.
Yang paling layak untuk menjadi Presiden UMNO dan PM adalah YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi. Terima Kasih.
Hidup Melayu, hidupah UMNO!
Salam Datuk AKJ
Dalam politik, memang kehipokritan menjadi salah satu ciri utama. Dalam Umno pun, dulu, kini dan selamanya juga sedemikian. Di peringkat cawangan pun dah mula hipokrit. Di peringkat bahagian pun lebih ketara. Yang menjadi masalah, di peringkat tertinggi, sikap hipokrit itu terdedah kepada orang ramai.
Pinda Perlembagaan konon mahu tunjuk parti lebih demokratik dari segi pemilihan. Kemudian tangguhkan pemilihan bertahun-tahun. Bila sampai masanya, macam-macam kenyataan disebarkan supaya jawatan tertentu tidak ditandingi. Bukankah ketara pertentangan matlamat pindaan Perlembagaan dengan apa yang disuarakan sejak kebelakangan ini?
Kita bersetuju tentang persepsi menjadikan Umno BN semakin terhakis pengaruhnya. Dalam keadaan sekarang, bila ternyata pertentangan antara dakwaan semasa pindaan Perlembagaan dengan cadangan-cadangan supaya tiada pertandingan jawatan tertentu, apa agaknya persepsi yang timbul, baik di kalangan ahli, lebih-lebih lagi bukan ahli. Getik, kata orang Perak, yang dijadikan judul sebuah buku oleh arwah Megat Junid.
Janganlah memperbodohkan ahli akar umbi dengan cadangan-cadangan bodoh yang menerbitkan persepsi negatif terhadap parti. Ahli mungkin terpaksa akur tetapi yang di atas pagar tidak tertakluk untuk menjadi pak turut. Merekalah majoriti yang memenangkan Umno BN dalam setiap PRU. Jadi bijaklah dan tunjukkanlah bahawa Umno sebuah parti bijak yang boleh dibanggakan oleh ahli dan penyokongnya. Kalau masih sayanglah.......
Pada pendapat saya sama ada pertandingan patut atau tidak diadakan adalah sesuatu yang subjektif.saperti kata sdr Kadir ia merupakan satu delima bukan sahaja pada pemimpin tapi juga pada rakyat Melayu didalam atau diluar UMNO.
Kita sebenarnya tidak banyak pilihan kerana dengan jelas rakyat mahu melihat kepimpinan yang tegas,berwawasan, serta dapat mempunyai idealisma untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapai ole rakyat saperti kos hidop,peluang pekerjaan,perumahan yang tidak ada penghujong.
Pemimpin pembangkang saperti Anuar,Lim Eng Guan dan Haji Hadi mereka ada lah street fighter. Mereka pernah dipenjara,ditangkap,malah dihadapkan dimahkamah. Pemimpin kita rata-rata mempunyai career path yang nudah berubah dari satu tangga ketangga yang lain.Saya rasa rakyat inginkan pemimpin yang mengharungi liku perjuangan yang getir saperti Dr, Mahathir kalah dalam pilihan raya,dipecat dari parti. Jesteru itu kita dihidangkan dengan pilihan yang amat terbatas.Saya berharap mereka yang berkebolehan sila tampil kehadapan.
Salam DAKJ,
1.Didalam membuat satu transformasi politik dan perubahan UMNO ,satu format baru akan digunapakai bagi perwakilan diperingkat bahagian dimana anggaran 150,000 ahli menentukan siapa yang layak dipilih dari Presiden hinggalah pada ahli Majlis Tertinggi, MT.
2.Adalah diharapkan cara ini akan dapat mengatasi masaalah politik wang.Juga ianya akan dapat membuka ruang pada semua ahli bertanding dengan menggunakan sistem 'Electoral College' dengan satu bahagian punyai satu undi.
3.Kita juga mahukan satu pertandingan yang sihat bagi kesempurnaan sistem DEMOKRASI diamalkan dalam parti UMNO, parti tunjang orang Melayu/Bumiputra.
4.Saya tidak melihat pertandingan jawatan satu DILEMA pun.Bukankah UMNO sudah matang dan akan terus relevan berbeza dengan parti parti lain yang ada sekarang.Saya meramalkan akar umbi dan bahagian tidak mahukan pertandingan bagi kedua pucuk pimpinan teratas demi PERPADUAN.Gandingan telah membuktikan kebangkitan semula UMNO dari 79 ke 88 kerusi di PRU 13 dan kembalinya keyakinan pengundi melayu pada parti UMNO dengan berlatarbelakang 'TSUNAMI CINA' dan menebalnya' RACIAL POLARISATION '(Sila baca Che Det terkini dan komen komen menarik didalamnya dan hayati).
5.Walaubagaimana pun sekira pertandingan akan juga diadakan di kedua pucuk pimpinan ini adalah satu pembaharuan. Adakah UMNO berani melakukan atas nama demokrasi sedangkan dimasa lampau kita sudah melihat perpecahan ini berlaku kerana cabar mencabar.Apakah mudah bagi kita mengawal cara berkempen dan lobi melobi yang sihat?.Fikirkan dan terserah pada ahli akar umbi UMNO.
Terima kasih.
salaam datuk
1. selagi Timbalan tak kata "saya sokong penuh dan tak akan cabar Presiden", maka boleh difahamkan Timbalan bersedia untuk dicalonkan.
2. selagi Naib tak kata "saya sokong penuh dan tak akan cabar Timbalan", maka boleh difahamkan Naib bersedia untuk dicalonkan.
3. tapi kalau Naib dah kata tak akan lawan, ada kala boleh jugak lawan "setelah mengambil kira desakan akar umbi". almarhum Ghafar Baba kena yang ini.
4. di peringkat Bahagian pun hampir sama.
Assalamualaikum Dato'.
Konklusi: Muhyiddin takkan cabar Najib sbg Presiden UMNO.
Saya berasa sangat malu, marah pun ada dengan kenyataan Najib soal isu rampasan kuasa Mesir.
Saya tak siarkan diblog dato' takut jadi "beban" kepada Dato'
sebaliknya saya siarkan dalam blog saya
http://malaysianinsaf.blogspot.com/2013/07/malunya-aku-ada-pm-muslim-malaysia.html
Assalam.
Yang saya faham UMNO kini perlukan seorang ketua yang lebih tahan asakan kaum china dan india. UMNO perlukan ketua yang boleh menyatukan kaum melayu. Yang pasti orang itu bukan DSN.
You call this a dilemma faced by the malay race? To me, it looks more like a schoolyard bully changing the rules of the game, just so that he and his friends can remain as kings of the hill. And sadly, everyone else (playing, or watching) are too afraid to say anything about the unfairness, lest their honesty is turned into accusations of 'menggila kuasa'.
I don't even hope for umno politicians to do the right thing anymore, but the media should at least do a better job at reminding everyone what a working democracy looks like. And this includes free and fair elections at the umno convention (ge13 mia pasal cerita lain kali la).
Personally, I think the real dilemma here is whether the malay peoples should allow their leaders to bend the rules one last time (it's always the final one until the next time), or demand that they do the right thing for once. Sekian
Dato.
Bukan pemimpin UMNO hipokrat juga.
------------------------------------
Adalah tidak adil kalau kita tujukan isu hipokrat ini pada UMNO sahaja.
Sebenarnya semua pemimpin Melayu UMNO/Pas/PKR adalah hipokrat yang cukup besar.
Kerana merekalah nasib Melayu/Islam jadi begini rupa.
Lebih ketara kerana UMNO parti pemerintah yang dilihat tidak tegas dan tepat.
Menjelang pemilihan UMNO ini muncullah pemimpim UMNO hipokrat yang membawa LOGO RETORIK.
TPM Mahyudin gagal di Kementerian Pelajarannya.Dia juga banyak ikut tulunjuk pegawai dari dasar yang sebanr.
Merujuk satu soalan di Parlimen tentang gutu berkahwin yang dijawab oleh Timbalan nya.
Jawapan itu lebih bersifat lepas tangan,syok sendiri.kajian demi kajian dicakap.Lepas itu tidak ada hasil.
Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga mempunyai dasar harmoni famili.Sebaliknya kemetrrian pelajaran langsung tak ambil kira ini semua.
Menteri dalam satu kabinet pun tak boleh selasai isu ini.Bukan sekadar 80 % bahkan 30 % pun tak nampak yang isu ini makin panas dibincangkan terutama golongan guru berkeluarga dan lain pejawat awam.
Ada orang kata isu yang dijawab dalam Parlimen tempohari sekadar memberi harapan menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Besut nanti.
Itulah hipokrat yang yang dipamerkan pada rakyat.
Akibat pemimpin Melayu UMNO/PAS/PKR Melayu kian tersepit dalam semua hal membaluti masa depan Melayu/Islam.
Yang pilih pemimpin UMNO adalah orang UMNO.Apakah orang UMNO yang menjadi pemilih bakal pemimpin mereka merelakan ini semua.
Atau pun kerana wang dan duit menghalalkan dan memperjudikan masa depan Melayu.
Mungkin bila jadi pemimpin UMNO ada habuan lumayan dengan jawatan bernilai menanti para penyandangnya.
Begitu juga tak terkecuali dalam kerajaan Pas/PKR yang mereka terajui.
Yang terus dilema ialah rakyat jelata.
Terima kasih
Salam semua,
CREATING HISTORY.
1.PR wish to create history by winning PRU 13 after 55 years or so.They,Anwar and gang failed because PR was not good enough for Malaysia.
2.When Andy Murray won the Wimbledon Tennis beating Djokovic last night he created history for Britain after 77 years since 1937.It was certainly a joy to the Brits and Britain, a momentous for British tennis.However, it wasn't yet for PR in the context of Malaysian politics. Sorry.
3.It was with the believe that PR would secure that win that most chinese voters were behind the opposition never seen before.We read you.It was the Najib and Mohy workble leadership partnership that has made it possible for BN to retain Putrajaya.Now, why rock the boat when the majority rakyat has given them the mandate?.Why the need for leadership change?.Give me alternative names for us to consider,if any.I maintain that the top two positions should be retained as UMNO/BN needs continuity and change is not nescessary for now in my view.
4.To Najib and Mohy please set your priority right for the Melayu who voted for you.INI KALI LAH !!
Thank you.
Dato', kebimbangan saya ialah jika UMNO masih mahu mengekalkan Najib sebagai presiden dan juga PM tanpa cabaran dan pertandingan. Jika ini berlaku, kita akan kehilangan peluang untuk memberitahu najib akan kesilapan dan kesalahan beliau. Kita juga tidak berpeluang memberitahu najib akan apa yg kita tuntut dan apa yg najib mesti lakukan. Lebih malang lagi jika najib beranggapan bahawa majoriti Melayu dan UMNO menyokong tindakan beliau sepenuhnya.
Saya merasakan kaedah pemilihan UMNO kini masih tidak demokratik. Katakan Bahagian A ada 1000 orang perwakilan dan dalam pemilihan jawatan presiden misalnya, si polan1 mendapat 600 undi dan si polan2 mendapat 400 undi.Maka mengikut kaedah baru ini, si polan1 akan mendapat satu (1) undi dan sipolan2 mendapat sifar (0) undi. Katakan Bahagian B pula ada 1700 perwakilan dimana seramai 700 perwakilan mengundi si polan 1 dan seramai 1000 perwakilan memilih si polan2. Maka mengikut kaedah baru ini, kedudukan akan menjadi seri iaitu 1:1. Sedangkan mengikut bilangan sebenar undi ahli UMNO, sipolan1 mendapat 1300 undi manakala sipolan2 mendapat 1400 undi dan dengan itu sipolan2 yg sepatutnya muncul sebagai pemenang. mengapa kaedah begini tidak dilakukan? Ada agenda tersembunyi kah??
Darman - Batu Pahat
Dato', kebimbangan saya ialah jika UMNO masih mahu mengekalkan Najib sebagai presiden dan juga PM tanpa cabaran dan pertandingan. Jika ini berlaku, kita akan kehilangan peluang untuk memberitahu najib akan kesilapan dan kesalahan beliau. Kita juga tidak berpeluang memberitahu najib akan apa yg kita tuntut dan apa yg najib mesti lakukan. Lebih malang lagi jika najib beranggapan bahawa majoriti Melayu dan UMNO menyokong tindakan beliau sepenuhnya.
Saya merasakan kaedah pemilihan UMNO kini masih tidak demokratik. Katakan Bahagian A ada 1000 orang perwakilan dan dalam pemilihan jawatan presiden misalnya, si polan1 mendapat 600 undi dan si polan2 mendapat 400 undi.Maka mengikut kaedah baru ini, si polan1 akan mendapat satu (1) undi dan sipolan2 mendapat sifar (0) undi. Katakan Bahagian B pula ada 1700 perwakilan dimana seramai 700 perwakilan mengundi si polan 1 dan seramai 1000 perwakilan memilih si polan2. Maka mengikut kaedah baru ini, kedudukan akan menjadi seri iaitu 1:1. Sedangkan mengikut bilangan sebenar undi ahli UMNO, sipolan1 mendapat 1300 undi manakala sipolan2 mendapat 1400 undi dan dengan itu sipolan2 yg sepatutnya muncul sebagai pemenang. mengapa kaedah begini tidak dilakukan? Ada agenda tersembunyi kah??
Datuk,
Org org UMNO depan pemimpin setuju tetapi dibelakang mengumpat?Itu bukan hipokrit namanya.Itu ada lelaki kembiri namanya..Atau kalau bahasa kasarnya ialah pondan atau tidak bertelur
Datuk YM, lama tidak bicara di sini. Orang pencen kesihatan sering kurang ijin. Bila ijin, wisata pula dengan tiket murah Air Asia dan Firefly. Air Asia dan Firefly penyambung hayat orang tua dan orang pencen berwisata.
Berkenaan pemilihan kepala dan timbalan kepada partai Umno, saya kira ada satu lagi aspek yang Datuk tidak sebut yakni desperasi, keadaan teradesak yang amat sangat.
Ramai yang dalam desperasi kerana tidak lagi yakin kapada kesinambungan Umno dan kuasa BN. Lihat saja siapa yang ada untuk dilantik untuk kepalai agensi negera.
Pelantikan pemuka seperti Nur Mohd Yaakub ke Khajanah, Datuk Azeez ke Tabung Haji dan khabar angin pelantikan Annuar Musa ke Mara menampakkan ketidakpedulian PM Najib kepada sejarah dan integriti.
Watak-watak ini pernah diberitakan sebagai pernah disiasat oleh BPR dan pegawai mereka dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah dan pecah amanah. Mereka selamat seolah-olah kerana pegawai mereka menjadi scapegoat dan PM melindungi mereka.
Satu hal lagi, kalau betul Najib tidak akan dicabar karena tidak ada yang berani atau karena tidak ada calon lain yang lebih baik, ini bermakna Umno sudah di hujung hayat. Ertinya selepas Najib matilah Umno karena tidak ada lagi pengganti yang sesuai.
INi memberi kredibiliti kapada teori Rahman - Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib.
Selamat berpuasa Ramadan Datuk dan rekan-rekan pendebat.
Kita lihatlah nanti sama ada UMNO akan berwajah baru dan dapat diterima oleh gulungan muda terutamanya pemuda/i pemudi Melayu bandar.Barisan kepimpinannya akan menetukan hala tuju ini.tetapi kalau orang Umno memilih orang yang telah ditilak dalam pilihanraya, orang luput tempoh,orang-orang seperti Sharizat, Isa Samad, Rahim tambi Chik dan seumpamanya maka alamat syok sendiri sajalah UMNO.Ibrat orang berniaga barang hendak dijual mesti barang yang pelanggan mahu bukannya barang tauke rasa seronok. Najib bolehlah memilih orang-orang yang dia suka tetapi orang-orang yang dia suka tak semestinya rakyat suka serupa semua pembantu-pembantu kanannya yang tersungkur dalam PRU 13 yang lalu.
Mereka boleh memilih antara menyelamatkan kedudukan mereka dan membiarkannya menjadi parti eksklusif, parti rumah tangga, parti golongan feudal dan parti yang bermuka-muka atau berkorban sedikit untuk menjadikan Umno terangkum, berani dan dinamik demi bangsa, agama dan negara.
Salam Dato dan mohon maaf banyak-banyak sempena kedatangan bulan Ramadhan yg mulia.
Istilah berkorban sudah tidak ada dalam kamus ahli-ahli UMNO Baru (kumpulan syaitan yang dikenali).
Apa yang penting dan perlu difikirkan bagaimana nak mengikis saki-baki khazanah negara yang masih ada sedikit berbaki sebelum PRU-14.
salam Tok Kadir..
Saya peminat sukan Tok, empat malam berturut-turut tengok Tennis Wimbledon semi final dan final man and women, tak sempat baca posting The Scribe. Bila peserta Malaysia akan sampai situ???
Cuba sesekali Datuk ulas hal sukan dinegara kita, kerana sukan pun dah main politik di Malaysia ni.
Hak pemimpin kita pun dah ramai yang kena KORO, termasuk depa yang jaga sukan. (cuba-cuba cakap Kedah)
Apa nak jadi pun tak tau, Habih negara kita kalau macam ni.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan..
TQ Tok..
Sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi persiden umno. Jadikan kembali umno parti melayu. Telalu ramai menteri dari umno yg bukan berjiwa melayu.
Assalamualaikum Dato'
Sebagaimana hujah saya sebelum ini, Muhyiddin tak berani dan tak akan cabar Najib.
Kerana suasana kali ini jauh berbeza dengan suasana Pak Lah jadi Presiden. Semasa Pak Lah , Mahathir menyerang Pak Lah kiri kanan depan belakang. Najib dok di no 2 pun tak berani nak "sound" Pak Lah, sebaliknya menyokong Muhyiddin "serang" PAk Lah.
Muhyiddin berani pada masa itu kerana Mahathir dan Najib ada dibelakangnya.
Sekarang ini, Mahathir tidak sokong Muhyiddin lawan Najib. Mahathir sokong Najib, tiada alternatif lain selain Najib, katanya.
Tanpa sokongan Mahathir, Muhyiddin tak akan berani lawan Najib. DAN sejarah UMNO, no 2 takkan menang lawan no 1, dan akhirnya no 2 yang kalah merana sebab dalam budaya UMNO, KALAH JADI ABU!
SEBALIKNYA, NO 2 SENTIASA TERDEDAH KEPADA PERTANDINGAN.
3 orang no 3, Naib Presiden, sudah tentu ada nafsu besar nak naik lebih tinggi. Hisham, Shafei Afdal dan Zahid sudah tentu nak naik lebih tinggi. Naib Presiden pula lagi lebih terbuka kepada pertandingan. Jadi, penyandang Naib selalunya akan bertanding satu tingkat lagi iaitu Timbalan.
ZAHID NAMPAKNYA TIDAK SELAMAT. NANTI BULAN 8 KENA MASUK MAHKAMAH TINGGI ATAS KES "SERANGAN DAN CUBAAN BUNUH"....
Hishamudin, Shafei Afdal mungkin akan cabar Muhyiddin. Jadi, Muhyiddin perlu bekerja keras untuk selamatkan kedudukannya sekarang iaitu Timbalan Presiden, bukan Presiden.
SEPERKARA LAGI, TATACARA PENGUNDIAN KALI INI TIDAK DEMOKRATIK, DAN BAHAGIAN JADI MEDAN TEMPUR PALING HEBAT DENGAN JUTAAN RINGGIT BAKAL MELAYANG.
ADAPUN TUJUAN PINDAAN TATACARA MEMILIH DAN MENGUNDI INI ADALAH UNTUK MENGURANGKAN BERLAKUNYA POLITIK WANG, POLITIK RASUAH.
MAKNANYA NAK BERTANDING DALAM UMNO, TAK ADA DUIT TEBAL-TEBAL TAK PAYAH BERTANDING LAH.
MAKNANYA KALAU PEMILIHAN KEPIMPINAN UMNO ITU DISELUBUNGI RASUAH YANG HEBAT, MAKA PEMIMPINNYA NANTI JUGA ADALAH PEMIMPIN YANG HEBAT JUGA RASUAHNYA....
SEBAB ITU LANGITBIRU KATA, "UMNO PENYAMUN"
YA, "UMNO PENYAMUN".
....ada bantahan?
Lantikan Najib kali ini sangat hebat-hebat...
1. Tabung Haji: Azeez Baling
2. Universiti ISLAM UIA : Bekas Menteri Muzuim, Rais
3. Felda: Bekas MB N9, Isa Samad
4. Naib Canselor UPNM: Bekas Panglima Tentera, Tan Sri Zulkifli...
ITU yang Brahim marah sangat tu...."Aku jadi drebar teksi je"!!!
Dato
Yang nak sangat menjadi PM adalah KULI.
Muhyidin akan terus pertahankan jawatan no2. Beliau adalah ABU BAKAR UMNO.
UMNO akan terus digugat ..namun mereka mereka yang tidak senang dgn pemimpin UMNO tidak akan berjaya kerana UMNO masih dipimpin oleh pemimpin yang membawa panji panji ISLAM.
DS Najib adalah Pemimpin Islam kontemporari..
yang berupaya membawa umat Melayu Islam ke satu tahap yang membanggakan.
Yakin Percaya.
Dato.
Tiba tiba Kemneterian Pelajaran jadi tak popular dengan isu guru berkeluarga.Panas lagi dalam sidang Parlimen.
Sebenarnya Ahli Parlimen BN/PR menjadi sasaran di kawasan masing-masing.
Mereka juga tak menang cekup telinga dengan isu ini.
Semua nya berpunca budaya berfikir,merancang,bertindak dikementerian berkenaan ditakok lama dan lapok.Indah khabar dari rupa.
Menteri dan kementerian pelajaran menjadi kritikan panas sekarang.
Tak fasal-fasal UMNO/BN dan Menteri jadi sasaran.
Rasa-rasa Pilihanraya Kecil Kuala Besut isu ini akan jadi modal politik terutama kaum guru yang memang condong pada Pakatan rakyat.
Sepatutnya TPM metrangkap Menteri pelajaran kena jawab isu ini.
Jangan sekadar baca jawapan dalam Parlimen betrdasarkan teks yang disediakan oleh pegawai.Itulah tandanya Menteri tak buat persediaan.
Inilah KPI TPM Mahuyudin yang menerajui Kementerian Pelajaran yang kian bercelaru kerana isu yang kecil tetapi kesan nya besar.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
Sedikit kemuskilan
Kalau jawatan presiden tak dipertading apa kata semua jawatan di cawangan dan bahgian juga menang tanpa bertanding.
Jimat duit rakyat Malaysia.
Salam DAKJ,
3M sudah pasti angkat sauh
Muhyiddin & Mukhriz & Mahathir di balik tabir
Salam DAKJ,
Mohon berkongsi pandangan berkaitan isu yg menarik lagi bermakna untuk dibicarakan ini. Sebagaimana yg telah saya lontarkan di KNKB bertarikh June 21, 2013
Bahagian 1
1. Pandangan yg mengatakan bahawa setiap kali ada pertandingan peringkat tertinggi parti maka akan berlaku PERPECAHAN amat NAIF.
2. Tujuan pertandingan SIHAT jawatan tertinggi parti bukanlah bertujuan bagi MELAGA-LAGAKAN PEMIMPIN ATASAN UMNO tetapi sebagai MENYUBURKAN PENDEMOKRASIAN PARTI (jangan hanya berani melaksanakannya di peringkat Naib Presiden/MT/Bahagian/Cawangan sahaja). Bukankah dengan mempertandingkan kesemua jawatan dalam parti akan MENTRANSFORMASIKAN PARTI, PEMIMPIN DAN AHLI UMNO ITU SENDIRI?
3. Pertandingan peringkat tertinggi parti menjadi medan pengukur KEUPAYAAN CALON MENTERJEMAHKAN AGENDA MEMPERKASAKAN MELAYU/BUMIPUTERA sebagai PRIBUMI di tanahair tercinta ini.
4. Tidak timbul keraguan bahawa Presiden UMNO gagal memainkan peranan sebagai Presiden BN dan Perdana Menteri yg mewakili keseluruhan rakyat hanya kerana pada masa yg sama MESTI meletakkan agenda MEMPERKASA MELAYU/BUMIPUTERA sebagai SUMPAH SETIA. Nah lihat sebahagian buktinya:
i) semenjak hampir 56 tahun merdeka apakah keenam-enam Presiden UMNO yg juga Presiden BN dan Perdana Menteri telah melakukan penyisihan terhadap kaum lain? Jika ianya berlaku apakah mungkin terzahir kesemua bandaraya/bandar utama di Malaysia dikuasai oleh kaum Cina? Apakah SJKC dan SJKT makin terhapus atau terus diperkasa? Bukankah Sdr KNKB telah menyentuh bagaimana hampir 3 bilion diperuntukkan kepada SJKC dan SJKT sejak dari PRU12 hingga ke PRU13 lalu?
ii) selama 30 tahun pelaksanaan DEB apakah kekayaan kaum lain dirampas untuk diberikan kepada Melayu/Bumiputera? Tidakkah kek ekonomi diperkembangkan dengan mencipta kepelbagaian sumber melalui transisi daripada sistem berasaskan pertanian kepada pengeluaran dan sektor industri? Bukankah lebih 80% SME dikuasai oleh kaum Cina yg mana pernah diakui sendiri oleh DS Ong Ka Ting dalam blog beliau semasa menjawat jawatan menteri sedikit masa lalu?
iii) Bukankah pendidikan tinggi kaum Cina dan India terus berkembang maju sepanjang 55 tahun merdeka ini? Siapakah yg menguasai AIMST University, TAFE University, Sunway University, UTAR, HELP University, INTI University, NILAI University, WAWASAN OPEN University, dan segala macam kejadah Kolej University milik Dong Zhong yg chauvinist itu?
5. Jika bukan dengan ENDORSEMENT oleh Presiden UMNO/BN yg juga Perdana Menteri Malaysia apakah kesemua itu BISA DIREALISASIKAN? Tolong jangan terperangkap dengan PERMAINAN PSIKOLOGI (REMEH) oleh puak-puak EVANGELISTA KRISTIAN BINTANG 3 DAP itu! Lihatlah blog helenang.wordpress.com (kita perlu kaji psyche kaum Cina khususnya DAP melalui kacamata orang Cina sendiri).
Bahagian 2
6. Saya telah kupas sebelum ini bagaimana Tun Dr Mahathir upaya melonjakkan Malaysia sepanjang 22 tahun beliau menjawat PM. Kenapa? Bukankah pada tahun 1987 beliau dicabar oleh Tengku Razaleigh yg berganding dengan Datuk Musa Hitam ketika itu? Meskipun pertandingan peringkat tertinggi UMNO waktu itu telah menyebabkan wujudnya Team A dan Team B seterusnya tertubuh pula S46 tapi bak kata pepatah Melayu, 'Biduk lalu kiambang bertaut'.
7. Kemenangan tipis Tun Dr Mahathir MEMBUKA MATA/MINDA BELIAU bahawa betapa perlunya MUHASABAH DIRI. Kejayaan sebenar pemilihan UMNO ketika itu bukan terletak pada kemenangan Tun tetapi ALLAH SWT memberi ruang kepada beliau untuk TRANSFORMASI DIRI/PARTI demi SURVIVAL bangsa dan tanahair tercinta! Buktinya? Lihat sahaja bagaimana beliau bukan sahaja telah dapat mengembalikan semula S46 ke pangkuan UMNO malah di era pemerintahan beliaulah PKM ditundukkan (meletak senjata sepenuhnya), diikuti dengan 'rujuk semula' oleh PBS di Sabah ke pangkuan BN.
8. Renungkanlah. Bahawasanya Tun Dr Mahathir telah diuji secukupnya sepanjang meneraju UMNO/BN. Kesemua cabaran inilah yg telah MEMATANGKAN beliau. Pengajaran UTAMA yg perlu difikirkan secara halusi di sini ialah betapa pentingnya seseorang pemimpin tertinggi parti (Presiden UMNO/BN dan PM) MENJADI DIRI SENDIRI. Mereka mesti punya KEKUATAN KEPEMIMPINAN TERSENDIRI. Tak perlu menjadi orang lain atau buat sesuatu ikut TELUNJUK ORANG LAIN DEMI POPULARITI! (Itulah penyakit yg dialami oleh Pak Lah yg OBSES dengan bebudak Tingkat 4). Anehnya PM Najib yg dikatakan lebih cerdik berbanding Pak Lah itu turut terjangkit sama! Manakan tidak! Lihatlah siapa 'inner circle' beliau. Siapa Omar Ong itu? Bukankah anak Mustapha Ong si oportunist di era Pak Lah dulu.
9. Benar kata berasiam (June 17, 2013 at 12:09 PM) di KNKB bahawa PM Najib masih GAGAL membaca/memperhalusi dan menangani fenomena pasca PRU13 ini. BUKAN soal bagaimana nak mengembalikan sokongan kaum Cina yg ternyata TUMBUK RUSUK TIKAM BELAKANG slogan BOMBASTIK '1Malaysia' dan 'JARI TELUNJUK' mahupun gula-gula getah mereka, 'AH JIB GOR' dan 'I Love PM' itu!. Perkara pokok ialah betapa PM Najib MESTI tahu BERSANTUN BERBAHASA atas kepercayaan yg telah diberikan oleh majoriti Melayu/Bumiputera dengan meletakkan beliau di persada kuasa pada PRU13 yg lalu.
10. Sebagaimana pembesar kerajaan selalu ulangbicara mengatakan bahawa keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran tanahair Malaysia nan tercinta ini BUKANNYA TERJADI SECARA SEMULAJADI. Ianya adalah perancangan teliti lagi rapi oleh Bapa-Bapa Negara yg BERJIWA BESAR menerima dengan AKUR apa yg termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA hinggalah terbentuknya RUKUN NEGARA sebagai penyatuan bangsa selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. MAKA PM Najib juga perlu SEDAR bahawa kemenangan BN pada PRU13 tempohari JUGA BUKANNYA TERJADI SECARA TAK SEMENA-MENA MAHUPUN SEMULAJADI! Apakah kita boleh nafikan HAKIKAT betapa Melayu/Bumiputera telah MEMBERI ISYARAT JELAS kepada pucuk kepimpinan negara agar suara hati dan rintihan mereka lebih DIDENGARI? Atau barangkali PM Najib sendiri terlupa pada DENYUT NADI Melayu/Bumiputera lantaran terlalu leka mengejar undi dan sokongan kaum Cina?
11. INGATLAH! PRU13 hanyalah permulaannya. Apakah kita fikir puak-puak ultra kiasu ini terus berdiam diri sedangkan mereka telah mencatat kejayaan luarbiasa pencapaiannya hasil dari manipulasi MELAYU TOTOK PAS/PKR semau-maunya? CUKUP-CUKUP SUDAH mendambakan undi/sokongan kaum Cina yg punya agenda YG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH INI. Fokuskanlah pembangunan luarbandar/desa yg daif dan insan-insan Melayu/Bumiputera naif yg tidak pandai meningkah bicara memanipulasi '1Malaysia'! PERKASAKANLAH SEKOLAH KEBANGSAAN! Jangan hanya SEBOK MENYUSUKAN KERA sedang ANAK DI PANGKUAN MATI TERANIAYA!
Pembaharuan Pemilihan UMNO Bukti Pengiktirafan Parti Kepada Akar Umbi
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dilaksanakan dalam pemilihan UMNO tahun ini adalah satu penghargaan daripada pemimpin parti atas kesetiaan anggotanya bersama-sama UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.
MOHON PENCERAHAN MINDA SIKIT DATO'
SIAPA DATUK JOHN AMBROSE?
KETUA BHG UMNO PENAMPANG?
BERAGAMA KRISTIAN?
OMAK KAU EEHH...KRISTIAN TU PUN BOLEH JADI UMNO GAK KA???
Pembahas drlangitbiru penang,
1. Bumiputera dan orang keturunan Thai, walaupun tidak Islam, diterima menjadi ahli Umno.
2. Di negeri-negeri utara semenanjung banyak juga orang keturunan Thai jadi ahli Umno.
3. Dan apabila Umno mengembangkan sayap ke Sabah pada tahun 1991, Bumiputera Sabah, tanpa mengira agama, diterima menjadi ahli Umno.
Terima kasih.
MOHON PENCERAHAN MINDA DATO’
Kejadian tembak dalam sebuah klinik di Cheras.
Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang adalah Ketua MCA Bhg Raub.
Beliau datang dari Pulau Pinang ke KL atas urusan perniagaan. Beliau adalah Taikun Balak, serta Presiden Persatuan Dewan Perdagangan Cina dan Industri baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau membawa bersama pistol jenis Glock.
Semasa di sebuah klinik di Tmn Permata, Cheras , beliau menembak mati seorang perompak di klinik tersebut.
Hemm…orang BN boleh bawa pistol kemana-mana ka?
Kalau orang pembangkang bawa pistol, saya fikir awal-awal lagi kena tangkap…..!
Terimakasih Dato' AKJ.
Setahu saya, dalam Perlembagaan Malaysia, DEFINASI MELAYU itu syaratnya adalah
1.WAJIB BERAGAMA ISLAM dan
2.Mengamalkan BUDAYA MELAYU
UMNO (M for Malay/Melayu)tu definasinya macammana Dato'?
Hemm..patut la UMNO ni kuat sangat tolak Hukum Islam, Hudud!
Oh ya... baru saya teringat sejarah pada tahun 1951.....
Biro UMNO mencadangkan UMNO menubuhkan sayap baru bagi memperkasakan Parti UMNO, iaitu sayap DEWAN ULAMA UMNO.
TAPI UMNO menolaknya kerana dasarnya adalah Dasar Nasionalis Melayu, bukan Dasar Islam.
Ahmad Fuad, dan beberapa aktivis cendikiawan Melayu-Islam, dan agamawan/Ulama dari bekas parti Hizbul Muslimin dan PKMM (Parti Kesatuan Melayu Malaya)yang menganggotai Biro Agama UMNO akhirnya bermesyuarat di Rumah UMNO Butterworth, SEBULAT SUARA ISTIHAR KELUAR UMNO menubuhkan Persatuan Islam SeMalaya, akhirnya wujudlah PAS.
Ahmad Fuad, bekas Biro Agama UMNO, dipilih sebagai Presiden PAS yang pertama.
....Hemmm dari dulu lagi UMNO memang dingin dengan Islam
Ulama, bijak pandai agama Islam ditendang keluar....
La ni...bukan Islam pun dipanggil masuk....
KRISTIAN PUN BOLEH JADI KETUA BAHAGIAN UMNO!!!!
Haiyaahhh...INI MACAM KA UMNO!!!
Patut la tak nak Hudud!!!
Pembahas drlangitbiru penang,
Sepanjang pengetahuan saya, orang yang ada lesen senjata api wajib mengawal senjata miliknya sepanjang masa.
Inilah pengalaman Allahyarham ayah saya yang memiliki lesen senapang patah yang diwarisinya ketika menjadi anggota Home Guard masa zaman darurat. Dia sama ada membawa senjata itu kalau dia hendak berjalan jauh atau menyimpannya di balai polis terdekat.
Banyak orang kaya, termasuk orang politik yang ada lesen senjata api. Ada yang untuk diri mereka sahaja dan ada juga untuk pengawal-pengawal mereka.
Yang membimbangkan adalah nampaknya ada semakin banyak senjata api haram dan pembunuh upahan di negara kita sekarang. Lagi banyak senjata haram dan pembunuh upahan, lagi banyaklah orang yang minta lesen senjata. Lama-kelamaan jadilah kita macam Amerika Syarikat di mana boleh dikatakan setiap hari berlaku orang mengamuk guna senjata api.
Kita minta kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman paling berat ke atas pemilik senjata haram.
Wallahuha'lam. Terima kasih.
Terimakasih Dato. Sangat setuju dgn Dato mengenai pemilikan lesen senjata api.....macam licence to kill gayanya....salah sapa tok? Pembunuh upahan dah jadi satu kerja lumayan di malaysia....siapa bagi lesen? Polis?
The Scribe,
Salam Ramadhan malam ke-dua
Yang membimbangkan adalah nampaknya ada semakin banyak senjata api haram dan pembunuh upahan di negara kita sekarang. Lagi banyak senjata haram dan pembunuh upahan, lagi banyaklah orang yang minta lesen senjata. Lama-kelamaan jadilah kita macam Amerika Syarikat di mana boleh dikatakan setiap hari berlaku orang mengamuk guna senjata api
Cuba Iraq atau Pakistan, Dato'
Yang dimuliai Sdr Langitbiru
cc drlangitbirupenang
nampak gaya betul idris jusoh kata
semacam penyamun tarbus sangat paelnya
yakini BN menang di kuala besut
bolehkah majoriti dikurangkan?
cakap pasal penyamun tarbus dan royalti - pokok berbunga kertas
siapa pandai bagi idris jusoh menang
jurutera istana kena lawan arkitek istana
Salam Hormat
Dato orang Umno kalau malu alah atas dasar hormat sperti yang berlaku zaman Tun Dolah akan menanggung musibahnya. Mujur masa itu Tan Sri Muhyiddin mengenyit mata terhadap Tun Dolah sebagai tanda keluarlah lebih tegasnya berhentilah. Dato Najib juga serupa. Tapi ahli Umno perlu tunjuk isyarat berhenti kepada Najib selaku Presiden sebelum Melayu bertambah parah diperkotak-katikan oleh kepentingan bangsa lain sedangkan Najib duduk di atas kerusi yang dipertahankan dengan titik peluh serta mengadai maruah bangsa Melayu. Cukup! Tukar sebelum parah.
Dato orang Umno kalau malu alah atas dasar hormat sperti yang berlaku zaman Tun Dolah akan menanggung musibahnya. Mujur masa itu Tan Sri Muhyiddin mengenyit mata terhadap Tun Dolah sebagai tanda keluarlah lebih tegasnya berhentilah. Dato Najib juga serupa. Tapi ahli Umno perlu tunjuk isyarat berhenti kepada Najib selaku Presiden sebelum Melayu bertambah parah diperkotak-katikan oleh kepentingan bangsa lain sedangkan Najib duduk di atas kerusi yang dipertahankan dengan titik peluh serta mengadai maruah bangsa Melayu. Cukup! Tukar sebelum parah.
This is fantastic!
Post a Comment