Tuesday, August 13, 2013

Kalau Mohd Najib Masih Peduli


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MUNGKIN saya ketinggalan zaman. Mungkin saya haiwan purba (dinosaur) yang tidak pupus. Mungkin kerana itu dari awal-awal lagi saya menentang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Negeri.

Saya berpegang kepada falsafah bahawa undang-undang tahanan perlindungan terbukti berguna. Ia bukan sahaja melindungi 99% rakyat jelata yang mematuhi undang-undang dan hidup aman damai malah ia juga melindungi penjenayah, ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis daripada membunuh satu sama lain.

Cuba tanya, berapa banyakkah ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis yang mati atau cedera kerana saling menembak ketika dalam tahanan perlindungan?

Bandingkan pula dengan bilangan mereka yang dibunuh dan membunuh selepas Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak dan Parlimen dengan begitu gembira sekali memansuhkan undang-undang perlindungan di atas pada tahun 2011.

Saya rasa Mohd Najib, ahli Kabinet beliau dan Ahli Parlimen yang menyokong pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri wajib bertanggungjawab ke atas rakyat jelata yang menjadi mangsa tindakan mereka.

Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka yang ikhlas, peduli dan berani telah menyedari “folly” mereka dan, secara tersurat atau tersirat, mula mengakui bahawa pemansuhan undang-undang berkenaan telah membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata yang cintakan keamanan.

Ahmad Zahid Bersuara

Yang terbaru “menyalahkan” pemansuhan EO sebagai punca peningkatan mendadak jenayah adalah orang kuat Mohd Najib sendiri, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri. (Baca di sini).

Cuma saya hendak tahu, apakah yang Ahmad Zahid buat waktu cadangan pemansuhan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet?

Beliau dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, pemansuhan EO berpotensi menghasilkan 260,000 penjenayah. Mengikut unjuran beliau, tiap seorang daripada 2,600 tahanan EO yang dibebaskan mempunyai purata 10 pengikut yang apabila dicampurkan menjadi 26,000 dan mereka ini pula mencari 10 pengikut setiap seorang bagi menjadikan jumlahnya 260,000. Masuk akal.

[Mingguan Malaysia dibaca oleh ahli dan penyokong Umno, oleh anggota polis dan tentera dan oleh orang Melayu yang banyak jadi polis dan tentera.]

Laporan akhbar The Star 12 Ogos pula mengatakan kongsi gelap, kumpulan samseng dan geng jenayah mencari ahli baru ketika mereka di bangku sekolah lagi. (Baca di sini).

Seorang pemandu India yang pernah bekerja dengan saya berkata “perang kawasan” sangat sengit di kalangan bekas tahanan EO keturunan India. Katanya, yang keluar tahanan cuba mendapatkan balik kawasan operasi mereka dan yang diambil alih oleh lawan mereka. Maka berlakulah serang-menyerang, bunuh-membunuh. (Baca di sini).

Pembangkang Turut Bersekongkol

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal unjuran Ahmad Zahid.

Saya langsung tidak hairan. Pembangkang terpaksa menyembunyikan peranan mereka dalam pemansuhan ISA dan EO serta sikap negatif mereka terhadap pasukan polis.

Merekalah yang mendesak, mengasak, menekan dan mengenjut Mohd Najib sehingga beliau naik takut (takut hilang undi) dan tergesa-gesa menghapuskan akta-akta itu.

Sekarang Guan Eng sudah gelabah sebab negeri perintah beliau sendiri, Pulau Pinang adalah antara yang paling teruk dilanda jenayah. Dari dulu lagi Pulau Pinang adalah kawasan panas kongsi gelap tetapi telah berjaya dikurangkan. Kini, tanpa EO dan tangan polis pula terikat, jenayah nyawa dan harta benda meningkat semula.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari PKR (dan bekas tahanan ISA) yang mengunjungi saya untuk beraya, berkata mereka pun terkejut dengan kepantasan Mohd Najib memansuhkan ISA, EO dan Akta Buang Negeri.

Soalannya, di manakah Ahmad Zahid dan anggota Kabinet lain ketika cadangan pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri itu dibincangkan?

Jangan lepas tangan mengatakan Kabinet tidak bincang dan bahas hal itu. Habis apa tugas dan peranan Kabinet? Jangan juga beritahu bahawa itu semua kerja budak-budak liberal dan budak-budak lautan biru Tingkat Empat. Habis, masakan Kabinet “yes sir” saja? Tidak masuk akal. Mustahil.

Kesimpulannya kalau Mohd Najib, ahli Kabinet dan Ahli Parlimen - tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – telah terlanjur, silalah mengaku kesilapan dan berpatah balik.

Kalau mereka masih peduli kepada 99% rakyat jelata yang cintakan keamanan dan perlukan perlindungan, mereka WAJIB segera membuat undang-undang baru yang lebih tegas bagi menggantikan akta-akta yang mereka mansuhkan.

Tidak perlulah salah-menyalahkan, sanggah-menyanggah dan mencari “mileage” politik murah atas linangan air mata rakyat. Cukuplah buat kerja naif dan main politik.

Negara kita sudah sama teruk dengan negara-negara jiran yang dulu kita cemuh dan kita hina kerana kononnya dipenuhi jenayah.

Wallahualam.

43 comments:

Azman said...

Nasi dah jadi bubur! Pembelot Negara yg menyebabkan kematian di Lahad Datu pun x mampu dihukum sewajarnyer!

Blower said...

Salam dato akj

Penjenayah kata zahid hamidi, tapi pelik kenapa perlu tahan dgn undang2 tanpa bicara.

Apakah undang2 sediada yg menyediakan ruang bicara tidak cukup?

Atau apakah pegawai yg menguatkuasa dan mendakwa itu yang sebenarnya tidak kompeten sehingga penjenayah2 ini perlu ditahan tanpa bicara? Mereka inilah punca penjenayah2 ini terlepas atas kelekaan sewaktu melaksanakan tugas!

Nilai semula lah capability anggota penyiasat dan pendakwa negara kita, adakah mereka semua sebenarnya layak berada di tempat mereka sekarang sehingga penjenayah2 ini tidak boleh didakwa di mahkamah?

Sedih dan pilu. Majoritiya orang melayu


Blower

BelutMalaya said...

DAKJ,
Datuk bertanya,
"Cuma saya hendak tahu, apakah yang Ahmad Zahid buat waktu cadangan pemansuhan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet?, "

Saya pun nak numpang tanya, masa Pak Lah jadi PM, ketika banyak projek mega di cantas, kabinet nya buat apa?

melayudahmuak said...

1. Najib dan Kabinet yang mansuhkan untuk raih sokongan dan undi - mengapa pula pembangkang dan rakyat disalahkan?

2. Mangapa polis tidak tumpu tingkatkan jumlah anggota, peralatan dan kemahiran dalam mencegah dan menyelesaikan jenayah tanpa bergantung berlebihan pada jalan mudah tangkap tanpa bukti yang boleh dibawa ke mahkamah? Mana pergi duit berbilion-bilion?

3. Polis terlebih fokus pada isu-isu yang menguntungkan politik satu pihak; lebih kepada penahanan rakyat yang menzahirkan bangkangan atau kepada isu-isu kononnya "menghina Islam" untuk tunjukkan ke'hero'an setengah pemimpin atasan.

4. Sebagai rakyat biasa (bukan ahli pembangkang) kami boleh sokong penggunaan EO dll kalau yakin pelaksanaannya adil dan ada 'check and balance' dan bukan untuk tujuan politik. Sebagai langkah pertama lantik IGP dan AG dari kalangan orang yang ada integriti, bukan pengampu pemimpin atasan.

Lahuma said...

Dato.

Sebak rasa didada bila tatapi rintihan Dato kali ini.
Emosi teramat.Tak mampu tak komen lagi.


Terima kasih.

Hamdan Rukun said...

DATUK,

SAYA BIMBANG SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN PEMIMPIN UMNO DAN KERAJAAN PADA KETIKA INI BUKAN KERANA ' KEWAJIPAN'MEREKA TERHADAP 99% RAKYAT JELATA TETAPI SEBAGAI PENCETUS KEPADA GHAIRAH PEMILIHAN UMNO. JIKA INI BENAR MAKNANYA TIADA SESIAPAPUN ' PEDULI '.

banggoi petai said...

salam aidilfitri DAKJ. .. Mohd Najib akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia sebagai PM yg paling buruk dalam semua aspek pimpinan. .. pentadbiran@keselamatan@ekonomi@sosial@agama@dasar luar. .. sebelum ini kita mungkin ada PM yg mudah terlelap tapi sekarang lagi hebat. . kita ada PM yg terlelap sambil mata terbukaaa. .. nak kata tidor pun tidak, nak kata berjaga pun tidak. . macam Zombie kg Pisang barangkali. .. ini yang bahaya. . kita amanahkan dia untuk jaga negara !!! kalau dia masih dok kena alamatnya kita kena jirus air bagi dia jaga. . tak jaga juga terpaksalah kita tarik turun katil. . bagi dia lena di lantai puas puas. . setiap hari kita cuba gerakkan dia bangun dari lena tapi dia dok buat pekak badak maka wajiblah kita tarik dia turun dari katil dan bagi peluang orang lain pula guna katil tu. .. kerusi senang tinggal, katil yang susah nak tinggal. . maklum lagi kalau tengah hujan pulak. .. sejuk jaa dok mengerekot sampai petang. .. Mohd Najib ni paham ka dak bahasa Melayu ??? cuba DAKJ bagi nasihat dalam bahasa tamil atau cina ,, mungkin cepat sikit masuk dalam kepala dia. .. Selamat Hari Raya. ..

safiai saad said...

Well said sdr Kadir.The issue here is why those laws are being repealed because such law was preventive in nature and can be abused by the government.
The right to be heard in the court of justice is fundamental human right that we must adhered to since we have been member of United Nation.The decalaration of human right clearly stated that any prosecution must be done beyond reasonable doubt.
The question is why Malaysia could not forseen this problem before we invoke these law.Is our police can now work with new legal environment.Arrest-investigation-charge-sentence.These legal step is some thing that we are not prepared to deal with.
I know the feeling of Malaysian afterall Kuala Lumpur is the 6th dangerous city in the world.No investor or tourist will come to malaysia.No revenue to the government,another vicious cycle in the making.
Where does the goon get the weapon.Why our investigation take a long time to complete.Is our DPP competent in handling prosecution.Why our judges do not hand down tough sentence.If the answer to all this is in affirmative no, then we might as well create new preventive law to ensure the safety of the rakyat and the police force.We are indeed not ready to work in these new environment.I recieved complain from my police friends they have to work long hours without much compensation,cannot take leave during festive season,election time,mergency times..I just feel sad about them.....Time to think these over.Excellent idea,but limited resources.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Tolong jangan salahkan pemansuhan akta saja.

Sedangkan dinegara maju yg terkenal dgn kerajaan , sultan atau raja dan sistem pentadbiran yg terbukti bersih pun sda lanun2 yg cuba buat pasal.

Inikan pulak Malaysia. Saya akan jadi pentadbir, polis, pendakwa dan hakim paling malang dan sunyi jika tidak bersekongkol dgn pelindung penjenayah.

Tukar kerajaan UBN, MUNGKIN. SAYA KATA MUNGKIN ada peluang negara jadi amam dari menteri, raja, peniaga, pentadbir, penguatkuasa yg berlakun baik tapi srbenarnya secara langsung atau tidak telah menyumbang sejak sekian lama kpd kenaikan kadar jenayah.

Australia , New Zealand dan kebanyakan negara bebas atau kurang jenayah termasuk bunuh dan rasuah tak ada undang2 rimba spt ISA pun.

Dgn teknologi terkini betul ke EO masih berkesan?

affidy said...

Apakah nasib malang negaraku akan terus menimpa selepas era Tun M. Najib and his cronies must go. Enough is enough. Nak tunggu one of them pulak jadi mangsa baru nak bertindak. Ya Allah kurniakan kepada kami pemimpin yang tegas dan berwawasan..bukan pemimpin yang lembik dan beretorik selalu..amin.

Kawanlama said...

Saya amat setuju atas saranan Dato itu.

Quantum Metal Consultant said...

Semuanya bermotifkan politik hinggakan kalau anwar dan najib bermesyuarat berdua pun dalam sebuah bilik tiba2 salah seorang drpd mereka terkentut....pasti kedua-duanya tidak mengaku, seseorang akan dinamakan untuk perbuatan itulah.

Tahap jenayah di Malaysia belum lagi serius sepanjang mana pun Dato' menulis sehinggalah aset mereka (isteti, anak, menantu,keluarga) terancam dan terkorban. Itulah mentaliti pemimpin dan pihak berkuasa Malaysia hingga menjadi ciri2 budaya dan sejarah kita.

imlan adabi said...

Mansuh ISA dan Ordinan Darurat kerja senang. Yang susah untuk mencerdikkan golongan yang terbabit memansuhkan undang-undang yang sedia. Selagi kita bercakap pendekatan terbuka, selagi itulah juga negara diancam penjenayah, hatta kerani sekolah pun kena bom. penoreh getah kena tembak. Apakah perlu menteri dan pembesar pula ditembak? Harap tidak berlaku di negara kita

imlan adabi said...

saya geli hati apabila ada kes tembak, polis tubuh jawatankuasa penyiasatan. Penjenayah lepas bebas. berapa banyak jawatankuasa yang ada sekarang. Datuk kadir tolong jumlahkan semuanya!

Pembaca Berfikir said...

Berapa ramai sebenarnya tahanan ISA dan EO ni? Berapa ramai di kalangan mereka betul2 penjenayah? Kenapa tak dakwa dan hukum? Di mana mereka sekarang dan takkan tak ada mekanisme lain? Takkan bekas tahanan tak perlu lapor pada balai berdekatan? Banyak lagi persoalan boleh dikemukakan.

ab said...

Salam dato,




My question is:-


How many gunshot related deaths/acts were there in 5 years before the abolition of ISA and EO, compared to the recent deaths/injury/loss of property, over 1 year post abolishment of the laws?.





ALAMAK DATO....I overherd that there are goody boody called human rights watchs la, suhakam la and suharam laa.... WERE THESE
NGOs just overnight outfits or one nightstand punya NGOs?...heard very very vocal punya NGOs,mungkin dah mampuih dah or TAKUT GET THEMSELVE SHOT?

I say ...piiigiiraahh, ini semua mat dan minah gelap punya NGOs..!only good for nightlife and one night..



To me, any law that put away the
crooks is good, any law that `streamlined' those crooks to early funeral is better, and any law that `makes the next crook' to consider not to exercise crook- right-to kill-or anything goes-crook bylaws' is the best.





Polis ni tak kan lah takat kuasa tangkap saja(tu pun banyak punya halangan), dan lepas ambil `statements' lebih kurang,lepas tu lepas balik,tunggu AG teguk bolih pi mahkamah ka, atau jangan buat apa pun...letih la polis kalau macam ni.... KALAU DOK TERUS MACAM NI,depa ni BOLIH PI `melawat' rumah dan pejabat angota polis yang tangkap depa,lebih lebih lagi IO polis, lawatan saja pun jadi hai dah,kalau depa tembak lagi satu hai,depa rompak dan rogol,bunuh keluarga IO/polis lagi kacau....




Last last,kalau kita dok macam ni juga, kita akan sampai keperingkat ada polis/orang awam jadi bounty hunters,ada peguam jadi vigilantes, ada hakim jadi the last wiseman-before-death sentence.



Lama mana la agaknya PM,kabinet dan parlimen nak `goreng' orang ramai ni?





NI LA feadah kepada rakyat kalau ahli politik nak jadi pengamal undang undang...lingkup undang undang, kalau jadi `peniaga' lingkup perniagaan, kalau `jaga' perempuan ,depa kawin ramai,kalau jaga ugama,depa `buat' ugama,kalau jaga tanah`depa, bolih kurangkan tanah....



Looogqhrattt betui....



Abu Bakar Ab Rahman






Unknown said...

PM Najib perlu mengaku kesilapan besar beliau adalah MEMBEBASKAN PENJENAYAH DAN BAKAL PEMBUNUH dari penjara ISA..Mansuhnya ISA menjadi kegembiraan kpd semua penjenayah dan bakal penjenayah..PM Najib perlu mengakui kesilapan ini yg terlalu mendengar dan tunduk kpd permintaan pembangkang..beliau perlu segera perbetulkan..wujudkan kembali akta yg telah dimansuhkan.

mtgbertam said...

Salam dato',

Dalam parlimen MP kerajaan pakai ngeh saja apa ketua buat. Otak simpan masa nak kaut projek, masa nak mengundi saja.

Itu yang jadi pada banyak dasar. Duit habis tak terkira dek kerana teloq serot untuk berbeza pendapat.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato' @ Selamat hari raya dan maaf zahir batin. Nasi kalau dah jadi bubor masih lagi boleh dimakan kalau perut lapar dan untuk bagi sedap tambah kicap atau serbuk ikan kering. Penghapusan ISA dan EO bukan lagi jadi bubor tetapi sudah hangit sampai hitam legam. Hanya penasihat Tingkat 4 atau blue ocean boys sahaja yang sanggup nak telan. Suruhlah budak-budak blue ocean tu fikirkan!

Iklas,
Rahim

banggoi petai said...

USA n Singapork yg maju pun masih ada undang2 rimba bro. .....

Lahuma said...

Dato.

Inilah hadiah pada semua yg sayangkan Pakatan Rakyat yang beria-ia tak mahu ISA/EO.
Inilah juga ha Najib yang kalut ikut rentak Pakatan Rakyat.
Inilah juga hadiah pada semua rakyat Malaysia yang mula kecut perut.
Ada wakil rakyat MP BN/PR pun tak boleh harap.
Wakil Rakyat BN pun cucuk hidung.Wakil Rakyat PR pun serupa.

Tak payahlah salah PDRM.penyamun.samseng,kawak dan lainnya.Salah semua pemimpin Malaysia lah.

Semua ada kepenbtingan.Baru padan muka rakyat semua.

Apa nak buat.Tegaklah benang yang ada.

Terima kasih.

moya said...

Harap-harap Najib cerdiklah. Sengaja kosongkan Simpang Renggam, dan lepaskan kepala-kepala mafia kecil Negara mengambil alih semula tempat-tempat mereka yang telah diambilalih oleh orang-orang baru.
Kita sedang melihat kesannya sekarang.

srizals said...

Mungkin kini tiba masanya lesen senjata api diberikan dengan lebih mudah kepada rakyat yang berkelayakan. Namun, zaman koboi dan india merah kini akan mengingatkan pengundi tertentu bahwa mereka tidak banyak pilihan dalam pilihanraya yang akan datang. Semuanya mahu dilihat berperikemanusiaan terhadap penjenayah sehingga hak untuk berasa selamat bagi yang patuh undang2 dikorbankan. Adakah ini harganya untuk dilihat setara dengan demokrasi liberal barat?

maae said...

Salam Datuk,

1. Jika di analisa jenayah berat kebelakangan ini, kita pun takut nak keluar. Mana lah tahu, sedikit kesilapan di lakukan, nyawa galang ganti nya. Terlalu mudah hendak membunuh. Tauke lima restoran di Terengganu mati tak pasal-pasal.

2. Dalam keadaan kalut pihak polis hilang punca. Kuasa di tangan terhad. Arahan mesti berprotokol agak nya. Hingga perlukan penubuhan jawatankuasa dalam setiap kes ada nya ? PM Najib membisu seribu bahasa. Menteri KDN tidak punya senjata untuk bertindak segera. Saban hari hak rakyat hidup selesa kian di mamah penjenayah durjana.

3. Hidupkan perundangan sedia ada dengan segera. Gerakkan sekatan polis mengawal dan membenteras di setiap kawasan hitam dan laluan utama. Gerakkan tentera mengawal selia. Tiada ruang lagi untuk berbual bicara. Pakatan pembangkang tetap dengan seloka mereka. Semua kerajaan punya angkara ! Kepada mereka yang membuat kenyataan ini, tahan mereka segera kerana menghasut, menyebar berita yang bukan nyata ! Menyuruh rakyat percaya hasil kerja gila menghapus akta penting demi keamanan negara !

4. Sesuatu yang sukar kita percaya ! Malaysia makin hilang di mata dunia..... Melayu tidak lagi mencatur kuasa.... hanya penjenayah tegar, tersembunyi, beragenda dan yang duduk di depan kita berpura- pura mulia merencana carca marba yang ada..

Din Kalut said...

Din Melaka masih belum matang kerana sentimen baju politik dia.Buat Din Melaka Pembangkang semua betul.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Akta tu semua dah berjalan lama tak ada masaalah dan tak perlu dimansuh..

Yang jadi masaalah ialah bila ISA dan EO telah diguna oleh mereka yang berkuasa sebagai senjata untuk bertindak kepada pembangkang.

Kalau ada gulungan subversive yang menggugat keamanan negara sehingga mengancam keselamatan awam seperti dizaman awal kemerdekaan dulu.. gunakanlah..


TQ Tok..

azhar said...

salam DAKJ

undang-undang untuk mencegah jenayah itu baik.

tapi kalau dah tak ada jenayah polis dan peguam kurang kerja(kurang duit) pulak.oleh itu jika ada undang baru diperkenalkan untuk mencegah jenayah ,undang -undang mendisiplinkan polis ,badan penguatkuasa yang lain , peguam ,hakim ,pelaksana undang undang juga perlu diadakan.

Undang -undang baik,jika polis dan peguam rasuah tak guna juga.

Mata Mata Gelap said...

Assalamualaikum Warahmatullah, Datuk Abdul Kadir. Saya orang lama polis pencen mata-mata gelap seumor hidup kenal Datuk dan ayah Datuk Pak Su Jasin.

Masa saya jadi mata-mata gelap, kita setakat boleh perati dan awasi saja ahli kongsi gelap dan kumpolan samseng. Tangkap pun tak guna pasal mereka sumpah tak akan pecah rahsia. Kita boleh tibai mereka dalam lokap, tapi mereka sekali-kali tak akan mengaku.

Ada masa mereka kena belasah oleh ketua mereka sendiri. Tapi mereka tatap tidak akan belot jadi saksi pendakwa. Mereka rela mati. Kala mereka belot jadi saksi pendakwa, mereka kena bunoh dalam penjara atau kena bunoh bila keluar jail.

Jadi kita tak boleh buat apa2 kapada mereka. Bila ada EO baru kita boleh tahan mereka. Kita tangkap dan hantar satu demi satu ke Simpang Renggam sampailah tinggal ketua saja. Ada kongsi gelap yang mati kerana ada Eo tapi ada juga yang hidup balik dengan dapatkan anggota baru dari new village danb estet. Melayu jarang masuk kongsi gelap. Mereka jadi penjenayah bebas dan sambilan. Kita senang tangkap penjenayah Melayu pasal masyarakat melayu bagi kerjasama. Mak bapa adik abang malu bila ada ahli keluarga jadi orang jahat. Mereka sendiri buat repot.

Orang yang tak pernah jadi polis atau tak ambil tahu susah payah kerja polis memang tak simpati dengan polis dan orang yang jadi mangsa. Saya setuju dengan datuk, penjahat hari ini berani pasal mereka tahu mereka tak boleh ditangkap dan ditahan lagi pasal sudah tak ada EO.

Saya tahu banyak anak buah saya dalam polis tawar hati dan takut bertindak pasal takut kena tembak, takut kena tuduh pukul tahanan dan takut ambil laporan pasal ketua kata kena jaga PKI. Itulah nasib kita anggota polis bawahan Datuk. Saya tahu datuk tahu pasal ada adik beradik Datuk jadi polis. Minta maaf. Wassalamualaikum.

KL Ang said...

Kalau peringatan saya betul, masa pemasuhan EO/ISA, menteri KDN masa itu anak bekas seorang PM. Kini dia dah jadi menteri lain, namun saya ingin tahu mengapa dia mendiam dan tidak memberi sebarang komen. Kalau dulu dia amat pandai menghalalkan pemansuhan EO/ISA,kita pun ingin tahu mengapa dia berbuat demikian. Tidak betul jika menteri KDN terkini seorang saja yg menjawab bila masaalah berbangkit dari keputusan itu. Susulan itu, jika ada menteri yg suka lepas tangan bila dah lepas jawatan, nampaknya ada peluang untuk penjenayah menjadi ahli kabinet.

jebat said...

Najib oh Najib,

Apa kamu dah buat dengan Malaysia?


1 Malaysia ?

1M4U, Siapa yang kata begitu ?

Yang kata begitu ialah orang yang keupayaan berfikirnya '0'. menurut sahaja apa yang di katakan oleh Najib.

Kalau dibanding dengan Almarhum TUN RAZAK - macam langit dengan bumi.

Kalaulah beliau masih hidup tentu dibelasahnya Najib kerana ke BANGANGAN nya .

APA NAK DI KATA
CEMPEDAK DAH JADI NANGKA.

TUNGGU SAHAJA PRU14 NANTI

HARAP-HARAP ADA YANG SANGGUP MENGGANTI

JADI PERDANA MENTERI

YANG BERSIKAP BERANI.

wan hamzah b wan Ismail said...

Assalamualakum Datuk, bagi saya ISA/EO ni ibarat pisau ditangan. Sepatutnya ia digunakan untuk memotong daging dan sayu tetapi masaalahnya ia telah digunakan untuk membunuh.itu yang tak betulnya.

MalaysianKita said...

Assalamulaikum Dato'

Selamat Hari raya, Maaf Zahir Batin kpd Dato' dan para pelayar..

Saya tak fikir hanya dengan mansuh ISAEO, jenayah bunuh dan tembak tiba tiba jadi sangat berleluasa....

Nak dapat pistol, kawalan sangat ketat dari pihak polis....tapi lani pistal dah membunuh merata tempat....

Takkan tak ada peruntukan undang-undang lain...TAK KAN CUMA ADA ISAEO saja untuk cegah jenayah....

KESIMPULANNYA, APAKATA KITA CUBA HUKUM ALLAH SWT PULA...

HUKUM TU CIPTAAN ALLAH UNTUK MANUSIA DI BUMINYA...

Joe Black said...

Persoalan nya Dato'

Adakah PM Najib seorang Perdana Menteri bolih dianggap Effektiv?

Nampaknya,tindakan beliau yang suka Berdiam Diri Apabila menghadapi tuduhan yang terang sekali memerlukan jawapan amat mengeciwakan.

Tindakan ini memberi ruang kepada orang ramai mempercayai apa sahaja tuduhan yang di lemparkan dan dengan tidak langsung menjejas bukan sahaja Najib bahkan Kedudukan Perdana Menteri Malaysia.

Joe Black said...

Dato'

Apabila diatanya mengapa DS Najib tak patut di cabar di Perhimpunan Agung UMNO nanti...Jawapan nya adalah Tidak ada orang yang layak menggantinya dalam UMNO.

Adakah ini bermakna Najib adalah INDISPENSABLE?

Ini bermaknaNYA Najib lebih besar dari UMNO! Tiada Najib maka tiadalah UMNO!

Mungkin inilah sebabnya dalam PRU13 Najib berkempen atas Najib dan bukannya UMNO...I love PM bermakna I love Najib dan bukannya UMNO.

Inilah dia dikatakan Psychology Halus.....Untuk megekalkan Najib dengan tidak memerlukan UMNO.

Wahai Ahli yang kurang pandangan celiklah kamu!

wankamarul701 said...

drlangitbiru penang..cakap senang la time x pegang kuasa lagi..bila dah pegang kuasa cakap hudud bukan perjuangan utama plak..hmmm..bendera parti belakang ang tu..kui3

Kampong man said...

Salam semua,

1.Siapalah kita yang terus berkeras 'insisting' mahukan pertandingan bagi Najib dan Mohy agaknya?.Eloklah kita hormati 150,000 ahli yang akan membuat keputusan nanti.Apa adakah ahli UMNO semuanya tidak bijak dan kurang pandangan yang kita harus memaksa mereka supaya mesti celik?.Pleeeease lah.Tidak perlu ada paksaan dalam membuat keputusan.

2.Isu ini telah banyak dibincangkan di blog ini bertarikh 29 July 'Pemilihan UMNO -Pengekalan Staus Quo' dan diblog lain juga.Sila baca semula dan hayati feedback kalau anda ketinggalan.

3.Adakah Najib effektif dan relevan bagi UMNO ?.Biarlah ahli dan perwakilan UMNO menentukannya.Boleh ?.

Terima kasih.

din klang said...

Dato

Orang dulu kata kalau lelaki yang akal tinggi manapun tapi tiada teloq alamatnya pompuan dia lah memimpin rumahtangga.

Sudah tiba masa kita cari pemimpin yang ada teloq serta berakal

Unknown said...

Salam Datuk terima kasih kerana mengulas isu jenayah berat.
Suka tak suka Malaysia akan dikenali sebagai The New Mexico di asia tenggara. Kegagalan menangani kes tembak dan jenayah berat akan memberi impak kepada rakyat dan negara. Sudah pasti ekonomi akan kembali suram dimana rakyat akan mengurangkan aktiviti berisiko seperti minum teh tarik dikedai mamak pada.waktu malam. Aktiviti pelancongan sudah pasti terjejas, sekarang pun banyak terjejas ekoran serangan pengganas sulu di sabah. Hakikat yang pasti ketidakstabilan politik mencipya peluang baru kepada kongsi kongsi gelap yang berselindung di sebalik gerakan ngo ngo. Saya berpendapat terlalu banyak analisis, cakap cakap dan perbalahan politik menyebabkan penjenayah geli perut dan senang hati mencari rezeki. Fenomena jenayah yang berleluasa dikhuatiri akan memjadi pergaduhan antara kaum. Ini kerana terdapat ahli kongsi gelap didominasi sebahagian besar oleh kaum tertentu dan yang menjadi mangsa dari kaum lain. Insiden di Klang Utara baru baru ini membuktikan bahawa pergaduhan kaum mudah tercetus biarpun berpunca dari kes jenayah bukan perkauman. Saya percaya dari sembang sbang dengan kawan, jiran saudara mara terdapat fenomena baru dikalangan rakyat Malaysia yang mula menyimpan senjata dirumah bagi tujuan mempertahankan diri. Apa yang dapat disimpulkan kadar jenyah berat akan terus diramalkan meningkat dan lebih ramai yang menjadi mangsa kerana ketidakstabilan politik. Penyelesaian yang ada hanya satu, Rakyat Malaysia kena berganding bahu untuk memastikan hanya satu pihak mendapat majoriti 2/3 pada pru14 dan membentuk kerajaan yang kuat boleh menguatkuasa undang undang dengan mandat majoriti rakyat.

Lahuma said...

Dato.

Antara isyarat atau tanda-tanda pemimpin sendiri takut akan keselamatan mereka ialah bilamana PM/TPM/Menteri dan VVIP lain turun padang terpaksa dikelilingi escort keliling.Era sebelum ini taklah bgini rupa punya kawalan punya ketat.

Body guard punyalah ramai.
Sepatutnya kalau aman damai tak perlu kawalan yang ketat sampai rakyat nak jumpa pun susah.

Nampaknya bertambah luaslah jurang rakyat dan pemimpin.

Semoga semuanya selamat rakyat dan pemimpin.

Terima kasih.

MalaysianKita said...



Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

drlangitbiru penang..cakap senang la time x pegang kuasa lagi..bila dah pegang kuasa cakap hudud bukan perjuangan utama plak..hmmm..bendera parti belakang ang tu..kui3

Tkasih Wan Kamarul Ariffin,

PAS belum pegang kuasa Putrajaya...

Cakap memang mudah...tapi itu yang perlu dicakappun.....kalau kita benar-benar beriman dgn Al-Quran, benar-benar yakin Hukum Al-Quran mampu menyelesaikan masalah.

Dlm Quran, Allah beri jaminan KELANGSUNGAN HIDUP jika Hukum Al-Quran ditegakkan.

APA KATA KITA KEMPEN KERAJAAN CAMPURAN BN+PR?

ATAU KERAJAAN PERPADUAN UMNO+PAS DGN SYARAT LAKSANAKAN HUKUM ISLAM.

BAGAIMANA? SETUJU?

Fikir Tajam said...

Kesemua fenomena kalut kebelakangan ini adalah natijah daripada TRANSFORMASI LONGKANG Najib yg didukung oleh barisan Kabinet Half Past Six yg hanya perjuang PERUT SENDIRI TANPA PUNYA IDEALISME serta Pembangkang TONG KOSONG MULUT LONGKANG yg hanya tahu menyalak.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr fikir tajam

Kalau kerajaan dan pembangkang sama2 teruk apa cadangan sdr fikir tajam yg otak geliga?

longjack2006 said...

Tok,

Ini yang dikatakan menang sorak kampung tergadai.

Renung renungkan.....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).