Monday, January 12, 2015

Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM


A Kadir Jasin

PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi:

Pergi memburu di padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Kalau berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.

Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan.

Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas.

Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka?

Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau.

MAP Sambung Lidah PR?

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat, khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin.

PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR  seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim.

Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara.
Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN.  Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali.

Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.

Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.

Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim.

Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk bersekongkol dengan PR?

Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib.

Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim.

Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM.

Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli.

Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi?

Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.

Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik.

Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini.

Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.

Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu.

Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:

1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?

4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?

5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?

6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?

7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?

8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?

9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?

Mohd Najib "Mentor" Felda
 10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?

11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?

12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?

13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?

Arul Kanda Kandasamy Presiden Baru 1MDB
14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?

15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?

16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?

Maybank Asalnya Milik Cina Tapi Kina Aset Utama PNB
17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?

18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?

Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.

Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri.

Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan?

Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus.

Wallahuaklam.

58 comments:

Unknown said...

Sungguh pelik bila ada berita pro kerajaan sendiri menghentam Tun Daim Zainuddin tak tentu pasal, malahan mempromosikan puak pembangkang untuk menghentam Tun Daim macam berita di TV 3 sebelum ini, yang mereka pergi temuramah pimpinan PKR yang mengkritik Tun Daim tak tentu arah itu pasal apa? Malahan apahal TV3 tak tanya pun pimpinan PKR itu pasal Jam Omega Anwar, pasal video tak senonoh Anwar, pasal kekejaman Anwar ainaya Tan Sri Khalid Ibrahim, dan macam-macam pasal kegilaan puak PKR itu.

Young Cybertrooper belaan Najib ni tak mampu nak perbaiki imej Najib, malahan tindakan mereka bukannya Sungguh pelik bila ada berita pro kerajaan sendiri menghentam Tun Daim Zainuddin tak tentu pasal, malahan mempromosikan puak pembangkang untuk menghentam Tun Daim macam berita di TV 3 sebelum ini, yang mereka pergi temuramah pimpinan PKR yang mengkritik Tun Daim tak tentu arah itu pasal apa? Malahan apahal TV3 tak tanya pun pimpinan PKR itu pasal Jam Omega Anwar, pasal video tak senonoh Anwar, pasal kekejaman Anwar ainaya Tan Sri Khalid Ibrahim, dan macam-macam pasal kegilaan puak PKR itu.

Young Cybertrooper belaan Najib ni tak mampu nak perbaiki imej Najib, malahan tindakan mereka bukannya nak perbaiki imej Najib, malahan menyebabkan imej Najib makin buruk disebabkan mereka ini menjadi penyokong membawa rebah kepada Najib, ibarat si kitol dan raja mendeliar, menceritakan pujian dongeng kepada Najib untuk membodek Najib, sedangkan itu semua hanya menghancurkan Najib.

Saya bersetuju dengan pandangan daripada Saudara blogger A. Kadir Jasin, sebenarnya Young Cybertrooper belaan Najib ini tak tahu dengan siapa mereka berhadapan, mereka tak ada ilmu nak berhadapan dengan orang kritik Najib tetapi sayangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Kebanyakkan Young Cybertrooper belaan Najib ini tak ada pengetahuan yang mendalam mengenai isu semasa, sejarah, perekonomian, politik, budaya dan berbagai disiplin ilmu, sebab itulah mereka terus lakukan kesilapan demi kesilapan yang menjadi senjata makan tuan kepada Najib sendiri sekarang ini.

Bersambung..................

Unknown said...

Sambungan............

Misalnya isu undang-undang, puak Young Cybertrooper belaan Najib ini tak tahu sejarah, sebab itulah mereka setuju dan bermati-matian bela Najib mansuhkan ISA dan Ordinan Darurat serta sebelum ini Najib nak mansuhkan Akta Hasutan, bukan main galak Young Cybertrooper Najib menyokong tindakan buta kayu Najib itu. Mereka tidak sedar apa yang berlaku seperti isu Rusuhan Kaum di Singapura, isu Rusuhan 1967, isu Rusuhan 1969 secara terperinci, sebab itulah mereka memberikan komen dungu yang akhirnya menikam Najib sendiri.

Begitu juga dengan isu 1MDB, mereka tidak ambil iktibar gelembung pasaran dan gelembung ekonomi yang melanda Amerika Syarikat, dan negara-negara seperti Sepanyol, Portugal, Ireland, Itali, Greece. Malahan di Itali berapa kali tukar perdana menteri dalam tempoh dalam dua tiga tahun sahaja, malahan ada yang baru sekejap pegang jawatan dah letak jawatan. Malahan seperti negara Greece, hampir muflis akibat gelembung ekonomi yang tidak terkawal bila meletup menghancurkan ekonomi negara. Dalam isu 1MDB ini kebimbangan rakyat adalah hutang 1MDB yang tidak terkawal boleh menyebabkan gelembung ekonomi yang bila meletup akan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada negara. Young Cybertrooper belaan Najib tak ambil iktibar berkenaan perkara ini kerana mereka tak tahu maklumat.

Seperti isu Datuk Khairuddin Naib Ketua UMNO Batu Kawan, melalak puak Young Cybertrooper UMNO dan pimpinan pak turut dan gila glamour macam Ketua Pemuda UMNO, buat laporan polis pasal isu kebankrapan Datuk Khairuddin, laporan polis dibuat untuk merosakkan reputasi Datuk Khairuddin supaya menarik balik laporan polis terhadap 1MDB. Kemudian rumah Datuk Seri Khairuddin dilelong dalam tempoh yang singkat, menunjukkan betapa jijiknya perbuatan tukang bodek Najib ini buat kerja kotor. Mereka ini tak faham isu, laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin adalah untuk mengetahui ketelusan 1MDB yang menjadi kegelisahan kepada rakyat selama ini. Malahan puak pembodek Najib, para cybertrooper belaan Najib ini tak reti nak urus isu. Mereka tak lihat bagaiamana Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Marican yang menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Khairuddin oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dan kuncu-kuncunya itu tidak ada kena mengena dengan pendirian UMNO Pulau Pinang, ini kerana laporan polis Datuk Sri Khairuddin adalah kepada 1MDB, bukannya laporan polis kepada UMNO, patutnya 1MDB memberikan penjelasan terperinci berhubung tuduhan oleh Datuk Seri Khairuddin itu, bukannya para kroni Najib yang ketakutan buat hal dengan mengeruhkan keadaan yang sedia ada keruh

Bersambung............

Unknown said...

Sambungan.............

Najib jika terus memelihara para Young Cybertrooper hingusan ini serta mendengar bodekan dan ampuan dari para pecacai yang sanggup menjual maruah diri untuk secebis habuan, mungkin inilah penggal terakhir Najib jadi Perdana Menteri dan mungkin penggal terakhir Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia. Semuanya kerana kebodohan para pengampu Najib serta kedunguan Najib yang suka dipuji hatta yang pujian dongeng pun Najib gembira tak terkata.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Unknown said...

Macam isu harga petroleum turun sekarang ini. Para cybertrooper blaan Najib tak tahu bahawa harga petroleum menjadi penanda aras kepada kedudukan ekonomi dunia, jika harga petroleum menjunam dengan mendadak, maka ada perkara yang tak kena dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ini.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang tak stabil akan menyebabkan eksport negara juga terjejas, malahan dengan dasar Najib yang kurang menggalakkan industri dan pengeksportan barangan, maka keadaan ekonomi negara makin teruk dan parah.

Para Young Cybertrooper ini hanyalah tikus yang diarahkan oleh Najib untuk membaiki labu, akhirnya labu hancur, tikus entah ke mana.

zainal abidin awang kechik said...

Salam.. Tok

Semakin hari semakin tajam
Semakin hari semakin Bernas
Semakin hari semakin hebat
Moga semakin hari semakin paham

Ramai yang buta tok depa Tak tau yang mana Najib selalu minum tea dengan tun daim bebual hala tuju ekonomi Negara

Salam
Pokok ara tegak berdiri
Kayu arang berderap derap
Kalau Tak ada hak sendiri
Hak orang Apa Nak Di harap

Unknown said...

Berhubung isu pekerja asing di negara ini, lambakan pekerja asing menyebabkan kos operasi negara meningkat sedangkan tidak membawa perkembangan ekonomi negara yang mampan.

Jika sektor ekonomi negara terutama pasaran buruh dikuasai oleh pekerja asing, maka warga tempatan akan banyak menganggur di samping itu banyak wang negara mengalir ke luar negara kerana dalam setahun lebih kurang RM 1 bilion dikeluarkan oleh pekerja asing ke negara mereka.

Selain itu, belanja negara meningkat terutama kos subsidi. Pendatang asing juga gunakan subsidi milik rakyat Malaysia, bayangkan dalam negara ini dianggarkan ada 5 juta pekerja asing, kalau sehari RM 1.00 untuk seorang, subsidi milik rakyat Malaysia yang mereka gunakan, maka sehari RM 5 juta, seminggu RM 35 juta, sebulan RM 150 juta, setahun RM 1.8 bilion subsidi digunakan oleh warga asing.

Oleh kerana belanja subsidi makin meningkat maka Najib dengan nasihat oleh para punah ranah yang suka mengambil jalan mudah, maka subsidi dimansuhkan. Kesannya kos sara hidup makin meningkat sedangkan pendapatan adalah rendah dari kos sara hidup di mana peningkatan kos sara hidup lebih tinggi dari peningkatan kadar upah rakyat.

Kesannya rakyat yang berpendapatan rendah terutama yang tak ada tanah sendiri langsung tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri sepanjang hayat mereka kerana harga hartanah naik mendadak, Rumah Mampu Milik yang dicanangkan oleh Najib sebelum ini pun hanyalah Rumah Mampu Milik bagi orang kaya sahajalah, apa tidaknya harga RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00, untuk golongan berpendapatan rendah seperti pekerja kilang, pengawal keselamatan, pekerja pasaraya, pegawai kerajaan gred rendah, pekerja swasta gred rendah, yang gajinya RM 2,500.00 ke bawah, tinggal dibandar, maka Rumah Mampu Milik yang dicanangkan oleh Najib hanya menjadi Rumah Mampu Tengok sahajalah oleh golongan berpendapatan rendah ini.

Golongan yang berpendatan rendah ini hanya menjadi penyewa sepanjang hayat mereka kerana ketidak mampuan mereka memiliki dan membiaya pembeliaan rumah 'Mampu Milik' itu.

Bayangkan pendaptan sekitar RM 2,500.00 sebulan, ada anak 3 orang, semua bersekolah, sewa rumah paling murah pun RM 500.00, ada baki lagi RM 2,000.00, kemudian ansuran kereta dalam RM 300.00 (kereta murah sahaja), lepas itu belanja petrol lebih kurang RM 100.00 sebulan dah tinggal RM 1,800.00, kemudian belanja dapur barang kering sahaja sebulan lebih kurang RM 500.00, dah tinggal RM 1,300.00, belanja bil air, bil elektrik lebih kurang RM 50.00 (dah jimat sangat dah tu), ada baki lagi RM 1,250.00, lepas tu belanja anak sekolah, 3 orang x RM 3.00 sebulan dah RM 198.00, ada baki lagi RM 1,052.00, belanja beli ikan, sayur dan sebagainya sehari RM 20.00 x 30 hari 600.00, belanja telefon RM 30.00 sebulan, itu untuk seorang kalau dengan isteri dah jadi RM 60, hanya ada RM 392.00 baki untuk beli pakaian, bayar tol, dan lain-lain.

Jadi macam mana nak beli rumah MAMPU MILIK yang berharga RM 300,000.00 - RM 500,000.00 itu? Ansuran mau berapa ribu sebulan kena bayar, maka sampai matilah orang berpendapatan rendah yang tak punya tanah akan jadi penyewa sepanjang hayat mereka.

Perkara ni dah dikritik banyak kali, biasalah pembodek bertaraf pecacai kepada Najib akan pusing sana pusing sini nak nafikan, tapi mereka tak dapat nak nafikan sebenar-benarnya, cuma kerana nak membodek, mereka nafikan juga walaupun mereka tahu apa yang mereka nafikan itu adalah pembohongan semata-mata.

Sedarlah.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu.

JohorMali said...

DAKJ,
Serba serbi soalan Dato lontarkan disini, dimana semuanya itu boleh dianggap sebagai issues of the day kerajaan Najib.

Maka bagi kami para penonton (rakyat biasa) masih tetap menggaru kepala, yg mana sahih dan yang mana daif (yg hampir ke dusta)

Maka masih berterusan kah Emperor kita yg mungkin sedar atau tidak mahu sedar sama ada tubuh nya di selibung oleh urat urat benang?

alif said...

Ini semua duit punya pasal.

Unknown said...

Tepat...

Jika benar 1MDB berjalan dgn baik dan mengikut apa yg telah dirancang serta tidak perlu rakyat bimbangkan, mengapa pula ditukar atau dilantik CEO baru???

Sir Wenger Khairy said...

Dear Dato,
As much as I respect you, I think it is impossible for Tun Daim to prevail against Najib Guruji Sdn Bhd. They are too powerful, too young and too trigger happy.

Perhaps Tun Daim should meet and apologise to First Lady of Malaysia (FLOM). I hear she is very cross.

Ahmad saman said...

Dato Kadir.

Saya baru habis makan tengah hari dengan Ahmad Sabu,orang No2 PAS.

Dia komen kapada saya saperti berikut,"Kami dalam PKR amat berharap supaya Najib akan terus menjadi PM, sahingga Pilehan Raya akan datang,Jika TS Mahayuddin menggantikan nya maka susah bagi PKR untok menawan Putra jaya"

Zukri Valenteno said...


Salam Pak Kadiaq yg dihormati,

Nampaknya keras skit posting kali ini. Harus diberi perhatian akan hujah2 yg sukar untuk dipertikaikan ni…

zukri

Quantum Metal Consultant said...

Dato' sangat kejam...saolan-saolan tu buat budak2 Najib terkincit...

Hari tu Najib dah kena ecoli...takkan tak faham

Praxis said...

Good reminder of our KPI as we are being driven to the slaughterhouse.

Raz said...

Kaki gunting ni dah lama dalam PMO. Sejak zaman PakLah. Cuma bertukar orang je bila bertukar PM. Ada cybertrup yang cuba pertahankan Najib dan mereka tak bunuh pembawa berita. Mereka ikhlas kerana sayangkan umno dan negara. Tapi malangnya Najib suami isteri tak memberikan kerjasama. Perbuatan mereka berdua memeningkan kepala orang yang jaga mereka dan sekarang ramai dah berhenti menolong. Penat dah rasanya.

Kaki gunting ni depan Najib je semua bagus. Belakang Najib mereka pulun semua duit, projek. Sama perangai sejak zaman PakLah. Semuanya "Yes Bos, semua ok bos."

Selagi Najib masih tak sedar dan tak mahu sedar, dia sendiri yang hancurkan bukan sahaja umno tapi negara ni.

A KADIR JASIN said...

Maybe this is the time for the PM's propaganda machine to rise to the occasion and take on Fitch Rating head-on.

The agency has again given a negative outlook for Malaysia's Sovereign Rating.

It puts Malaysia in the same kettle as Mongolia - the country of the late Altantuya Shaariibuu.

The Star report:

"Fitch maintains negative outlook on Malaysia sovereigns (Update)

Monday, 12 January 2015

KUALA LUMPUR: Fitch Ratings is maintaining its Negative Outlook on Malaysia’s sovereign ratings.

In its 2015 Outlook for Emerging Asian Sovereigns report on Monday, said it said eight of 10 Emerging Asian sovereigns were on Stable Outlook, with two (Malaysia and Mongolia) on Negative Outlook.

The ratings agency pointed out its negative outlook for Malaysia, whose A- rating it had affirmed on July 23, “reflects the erosion of its current account surplus amid large public sector deficits and a drop in oil prices”.

Fitch said this was in the context of relatively weak credit fundamentals for an ‘A’ range sovereign.

Fitch acknowledges that the government has so far stuck to a path of consolidation for the headline federal deficit set out in July 2013, although the drop in oil prices could delay or derail fiscal consolidation, if sustained.

It added the emergence of “twin” pubic and external deficits could affect investor confidence, if it were to occur."

Thank you.

Rizwan said...

biasala tok...

najib ni takda kerja sgt, habis2 dia pegi wacana bersama pegawai tadbir diplomatik...

setakat itu aja standard dia...

Mullah TTDI said...

Salam Datuk dan para pembaca dan pembahas budiman

1. Soalan-soalan yang Datuk ajukan memang tepat pada masanya

2. Saya lebih berminat kepada pendekatan Datuk Seri untuk rakyat bawahan dan kelas menengah yang akan terdedah kepada 1,001 pancaroba pada tahun 2015.

3. Soalan saya kepada para 'cybertroopers UMNO/BN', bagaimanakah Kerajaan hendak mengekalkan BRIM, Kedai Ikan 1 Malaysia, Kedai Kain 1 Malaysia dan macam-macam lagi produk 1 Malaysia. Duit itu dating dari mana??

4. Kepada saudara Raz, sudah tiba masanya askar-askar siber UNNO/BN/ Pakatan Rakyat untuk bersara atau pun kurangkan lah 'politiking' tu untuk kebaikan rakyat bersama.

5. Dengan harga minyak yang beharga bawah USD 50 setong pada 12 Januari 2015, tiada pelan kedua atau pelan kecemasan daripada pihak Kerajaan untuk menampung Bajet 2015.

Sekian. Terima Kasih.

Mudskipper said...

Salam Dato'AKJ

Unit Media Baru UMNO yang ditubuh untuk mempetahankan UMNO didalam dunia siber telah disalah gunakan untuk mempertahankan Najib! tapi tak boleh salahkan mereka sebab mereka dibayar dan terpaksa dengar cakap boss kalau tidak tak 'masyuukk'.

Sementara Media Prima pula sedang dikuasai oleh 'makhluk 2 alam' sebagai pengerusinya!. Harap dato' boleh ingat kisah '4 budak Melayu' yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang di Parlimen sekitar 1997 yang tiba-tiba menjadi kaya raya hasil belaan Anwar dan pengerusi Media Prima adalah salah seorang darinya!

Saya sangat pasti UNIT MEDia Baru aka cybertrooper UMNO (oppps cybertrooper Najib and Rosmah) tidak tahu peristiwa ini sebab masih kencing dalam seluar lagi...

jumbeaux said...

Salam Datuk

Memang saya nampak akhir2 ini Datuk diserang oleh cybertroopers termasuk,"to my surprise", beberapa blogger terkenal yang dahulunya kita sangka bebas dari pengaruh. Boleh diagak yang menyanggah Datuk dan yang diam membisu mungkin kerana sudah terasa pedas dicarut sponsor mereka.

Saya doakan kesihatan Datuk, jasmani dan rohani. Bukan mudah untuk menghadapi serangan sebegini.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. Memang benarlah kata2 DAKJ org Melayu tiada keupayaan bunuh mesej. Terpaksalah mereka bunuh messenger.

Tak berbalui naik angin dgn org setakat tegur "ass" bukan salam atau aslkum.

Berkswan lebih baik dari bermusuh.

2. Baru tiga hari lalu diktator di Sri Langka kalah dalam pemilihan jawatan presiden.

Kalau media arus perdana sayang Najib dan rakyat maka berita kekalahan Rajapaksa itulah yg patut diulang2 dan dianalisa agar jadi pengajaran.

3. Pemenang pemilihan tu mendapat 53% undi sementara Rajapaksa hanya dpt 47%.

Dengar laporan rajapaksa cuba pujuk panglima angkatan tentera dan ketua polis agar menipu keputusan dan terus menyokong rajapaksa menjadi presiden.

Tabik hormat kepada angkatan tentera, polis dan SPR Sri Langka yg reti hormat hak rakyat memilih ketua berdasar % undi yg dimenangi.

DI Malaysia PR yg menang 53% undi dinafikan hak jadi kerajaan oleh BN yg cuma menang 47% undi.

Menjelang 2020 jika peratusan ini berterusan maka Malaysia negara maju baru akan di tertawakan kerana tak pandai mathematik.

4. Kalau lah Najib ni bagus dia tak perlu laskar siber samada yg berpengalaman apalagi yg hingusan.

Gara2 kerajaan Najib dan yg terdahulu banyak dosa yg pelbagai maka mereka terpaksa menipu dan terus menipu supaya dapat menutup kejahatan.

Cuba Najib mula dgn mengawal perbelanjaan negara hingga benar2 mematuhi teguran ketua audit negara maka rakyat akan tau bahawa rm50b wang rakyat benar2 selamat dari pengkhianat negara.

Tahun berikutnya pulak Najib katalah menghantar pulang 3 juta pekerja asing dan benar2 diganti oleh org Melayu.

Itu baru dua contoh yg layak digelar transformasi yg sangat dirindui rajyat.

Kalau Najib bersih saya yakin tak ramai menteri maupun raja apalagi rakyat yg kotor.

Barulah rakyat aman makmur dan bahagia.


Benang basah hanya boleh ditegak dgn penggunaan wang rakyat secara tak betul.

Lahuma said...

Dato.

Soalan -soalan yang di kemukakan pada penasihat PM Najib ternyata akan panas punggung.

Dalam 365 hari tak adakah satu atau dua hari untuk PM Najib diberi ruang untuk bertemu serta bertukar-tukar fikiran dengan para pengkritik sosial,ekonomi,politik dan lain-lain lagi.

Berbeza pendapat bukanlah ertinya menolak kerajaan yang ada.PM Najib adalah manusia biasa sahaja.

PM Najib kena ingat betul-betul bahawa masa depannya untuk menjadi PM Malaysia adalah samar-samar.
Lainlah dengan cara dia dan penasihatnya hanya memikirkan tentang jawatan dalam UMNO sahaja.
Jawatan dalam UMNO bagi PM Najib sudah tak ada makna kini kalau kalah dalam PRU nanti.

Apa nak buat hampir semua pemimpin UMNO hari ini adalah pakar YES MAN sahaja.Tak berani cakap benar dan menegur pemimpin walaupun ada pemimpin jalan bengkang bengkok.

Pengurusan banjir pun belum mantap.Inikan pula jangka panjang nasib rakyat.

Ramai rakyat lebih kedepan daripada pemimpin UMNO,pegawai tinggi kerajaan hatta menteri sekali pun dari segi kepakaran ilmu mereka.

Istilah Perang saraf Hingusan itu maknanya cukup lekeh sekali.Mungkin juga ada yang belum ada hingus.

Young Cybertrooper bukanlah belaan PM Najib.Mereka ini dibela oleh para penasihat nya yang juga meletakkan kepentingan mereka sendiri.
Lihatlah gaya dan cara hidup mereka.

Mungkin esok lusa akan muncul beberapa tokoh tersohor akan belasah Dato Kadir pula melalui media mereka.
Elok juga kalau reaksi dari mana-mana tokoh hebat atau yang sama yang pernah kritik.

Saya yakin pasti ada.

Terima kasih Dato.

nazri halim said...

Mantap.

adion said...

Dato bersuara lebih keras apabila Tun Daim di cuit. sepatutnya nada keras sebegini telah Dato utarakan sejak dari dahulu lagi demi kami yg tiada kedudukan yg lebih terbeban dengan tindak tanduk Najib ini

walau bagaimanapun terus kan usaha murni Dato ini demi Malaysia.

Jaafar said...

Dato Kadir.
Nothing to comment on Fitch report.
Najib blogger semua dunggu.
The best person to reply to fitch report is either Idris Jala or Wahid Omer.

Saya baru habis dinner dengan Singapore Private. Banker.

Dia kata Ringgit malaysia akan jatoh lagi.mungkin $3.8 to US$.

Kita banyak import makanan saperti beras,Ayam ,daging lembu dan perishable good.

Ini bermaana hatga makanan akan naik
Raayat akan menderita.
Saya ada baca Rosmah buat ucapan hari ini meminta ibu bapa mengajar anak anak kita belajar menyimpan wang.

Ini macam ketam suroh anaknya berjalan betul.

Ahmad abdullah said...


How many times, I wonder, have Najib "died" from the time he first entered politics in 1976 - the year his father died?

There have been many "deaths"during his tenure as Minister of Defense involving abuse of his position as Minister but these are par for the course for all BN ministers where corruption is an entitlement each of them insists as a perk of office to enrich themselves, their families, cronies and hangers on.

For Najib let me list out a few...just a few of these abuses!

The massive overpayment for the procurement of 12 helicopters from Eurocopter for the sum of RM2.3 billion while Brazil paid only RM4.2 billion for 50 units of the same helicopter.

The massive commission of RM500 million paid for the purchase of two Scorpene Submarines and RM380 million for 18 Sukhol Fighters Jets.

RM4.26 billion paid to PSC when work done only amounted to RM2.87 billion. Serious financial management and technical incompetence does not even begin to describe PSC that has never built anything but trawlers and police boats before Najib awarded the contract to build the Naval Patrol Boat.

Two missing Jet Engine valued at RM$50 million did result in the dismissal of a brigadier-general and 40 armed forces personnel but hardly slowed Najib's propensity to shit where he eats.

The Perak crisis was Najib at his duplicitious best. Engeering the defection of PR's MP's and playing the then Sultan of Perak like a violin...and damm the constitution! Perak was BN's and that was all that matters.

All these issues "bisa di atur" because the BN government was corrupt to the core and financial improprities by any of their own are studiously ignored....not one eye open one eye closed...BOTH eyes were closed!

But it was when Najib brain got stuck in his zippers that he started sweating bucket loads because that allowed Rosmah to grab Najib by the balls not for his sexual hijinks...no Sir ! Rosmah's interest was not what was attached to Najib's ball but in wearing the trousers in Seri Perdana and Putrajaya. Over time defecto control over many many things migrated from the PM to her.

When the "Port Dickson incident" first became public knowledge Najib did wonder if his political life was about to be terminated - but Mahathir saw the usefulness of having Ministers whose balls was his to squeeze - for Mahathir knows that when he has Najib's balls in his grasps, Najib's heart and mind will follow his every command. Mahathir's rationale was not lost on Rosmah.

And Altantuya sealed Najib's fate in his matrimonial home! After Altantuya Najib's fate was sealed! Henceforth as the Malays like to say of poor Najib "pijak semut pon tak mati".....or as the educated ones would prefer to say...the bumbling fat idiot will be tip toeing around Rosmah and even egg shells in his path will not be broken.

It is one thing for those in UMNO to be led by corrupt and arrogant leaders for after all they too aspire to be corrupt and arrogant but to be led by someone who lives in fear and dread of his wife gives even women liberation a bad name and makes Najib a joke amongst his peers and the rank and file within Umno. He is at best the son of one of UMNO's great, at worst a kerbau being led by his nose by the depised FLOM.




Najib can be led anywhere by Rosmah and now she is unwittingly leading him to his own slaughter!

The happenings of these last few weeks is telling! Once again Rosmah has use of the government jet while Najib comes back to Malaysia with his tail in between his legs. While he is unceremonously forced to be with his people in the flooded areas his wife is clebrating New Year and Chritmas with the rich and famous -at our expense!

All that is left to be done is for Umno to mercifully deliver the coup de grace to Najib even as he wallows in self pity that he is in Kelantan while his wife is tripping the light fantastic elsewhere and of course that he is down with ecoli!

But can Umno do tthis?

msh said...

Salam Dato.

'This is news to me'.

Dato memberi bayangan yg Najib tetap rapat dgn Tun Daim....sedangkan 'cyber troopers' dia menghentam Tun Daim kiri kanan atas bawah.

Ini agak pelik dan sukar sy fahami.

Tetapi sy kura Dato lagi tahu...dan sy tidak berhajat atau mengharap jawapan yg tepat atau bulat2 dari Dato...lebih2 lagi didlm blog ini.

Sy akan cuba mndpt butiran lanjut dgn sendiri....tetapi sy memang tidak tahu dan mengaku tidak tahu tetang Najib masih rapat dgn Tun Daim.

Berbalik pasal kelibat 'cyber troopers half past six' Najib.....sy kira mereka ini pun 'survivor' juga...mcm Boss mereka juga.

Secara tidak langsung kita boleh membuat andaian bahawa mereka ini masih hijau dlm perkara perang saraf ini.

Betul..mereka ini budak hingusan yg entah kencing pun masih bercabang sebab loceh pun tak pandai lagi...bila Tun Daim dijadikan sasaran.

Hmmm ini yg dikatakan "cerdik yg tak boleh dipakai dan bodoh tak boleh diajar".

Pokoknya....kenapa semua ini tidak dipantau oleh Najib?

Atau memang Najib yg arahkan?

Tetapi kenapa Tun Daim?

Atau ada org berkata..
"bila hentam Tun Daim....nanti jena Tun M sama"...

Satu batu pukul 2 burung?

Akhir kata...ketua2 Melayu seperti Najib cuma kelihatan sibuk dgn hal2 sebegini...membenarkan atau terlepas pandang dgn 'cyber troopers' bangang yg menghentam Melayu2 seperti Tun Daim..
Khairudin...Tun M..dll".

Apa faedahnya?

Musuh Najib bukankah org Melayu yg masih sayang Umno seperti Tun M...Tun Daim...Tan Sri Rashid..termasuk ramai pembahas disini.

Musuh Najib adalah Puak2 Pembangkang yg ada Melayu...Cina Dap serta Cina MCA yg talam 2 muka yg di depan mata yg nengunakan the Star dibawah Wong Chun Wai yg licik nenghentam apa saja Melayu Islam...termasuk Najib sendiri.

Puhhh !!!!

Dangkal sekali 'cyber troopers' Najib...tetapi apa yg nsk dikata....Boss sendiri pun 2x5.


Terima Kasih.

maae said...

Sebelum ini Datuk sudah analisakan kesalahan Najib. Salah satu nya kumpulan media yang di "hired" oleh PM kita ini. Kemudian "kekuasaan" peneraju 1MDB jelmaan Khazanah, dari OM sendiri. Lain nya golongan elitis pilihan yang langsung tidak ingin memahami sumber-sumber keperluan perekonomian Malaysia.

Umpama rumah agam yang sudah di bina sesuai dengan tempat dan keadaan. Maka apabila di rujuk konsultan, mereka tidak lain menyambung dan mengubahsuai mengikut selera kemewahan yang akhir nya sudah menghilangkan bentuk asal struktur binaan awal. Untuk apa sehingga sudah tidak selesa di duduki !

Dalam hal ini, amat jelas siapa dalang menyerang Daim. Maka di kalangan orang-orang Najib, sebahagian nya senjata memakan tuan. Masih tidak sedar ? Jika ekonomi Malaysia di porak perandakan, serangan terhadap pegangan Melayu di buat bertubi-tubi, sistem koporat di huruharakan dalam perspektif ketidak-telusan urusan, bukan kah ini sasaran nya ? Bukan kah secara relatif Najib bakal di lihat lemah dan tidak cekap menjadi Pemimpin No 1 ! Maka orang paling rapat kepada Najib tidak dapat tidur kerana rempitan mat-mat rempit. Realiti nya mat-mat rempit mana ? Ada kah mereka yang "merempit" dengan Najib ?

Kita belajar dari kesilapan. Kadangkala mengumpan kawan dengan duit, menyuruh bekerja menggandakan pendapatan, adakala kita terpaksa meminjam dari pihak lain yang ketara bijak mengumpul kekayaan (?) agar secara muka nya di lihat gah. Hakikat nya kita ini terus-terusan halimunan.

Bermimpi lah tidur dengan rakyat. Bukan dengan gayat !

Kawanlama said...

AsSalam dan terima kasih Datuk,

Tulisan Datuk kali ini lebih meyakinkan saya bahawa kepimpinan dan corak pemerintahan TunMahathir lebih tertumpu kepada beberapa individu yang cukup berpengaruh mendampingi rapat Tun ketika itu.

Juga menggambarkan Datuk agak jauh dengan pihak kerajaan dan pentadbir utama negara dan sukar mendapat maklumat dari mereka.

Cuba lah Datuk tengok isu dan persoalan yang kami rakyat inginkan penjelasan semasa TunMshathir memerintah selama 6 tahun awal dan bandingkan soalan-soalan Datuk di atas.

Betulkah tanggapan saya di atas Datuk?

Unknown said...

Dato

Fikirkan kalau akta hasutan digunakan atas dato kerana kritik pengurusan kerajaan, dan dianggap hina kewibawaan kerajaan and PM.

This is a double edged sword, ikut kata orang baik jangan 'friendly-fire'

This will be the last post from me, will cease to comment hereon.

I will continue following and reading your blog, cheers!

Joe Black said...

Dato'

Senjata Perang Saraf PR adalah isteri PM Najib yaitu Rosmah Mansor. Bahkan ahli ahli UMNO yang mengkritik Rosmah dengan tidak sengaja juga seolah olah memberi peluru kepada angkatan PR.

Selagi Najib masih dilamun delusi yang isterinya seperjuangan dengannya untuk memberi kemenangan kepada BN maka selagi itulah dia masih belum bertapak dibumi.

fatahismi said...

Salam Dato,
Artikel yang menyengat sekali dan seharusnya dapat membuka mata dan hati pengampu tegar DS Najib.

K-Dean said...

Pak Kadir Jasin
Salaams

Hebat betul soalan-soalan 'economics-based-high-finance' tuan -alhamdulillah, Pak Kadir pintar bikin soalan.

Apakah jawaban-jawaban bernas yang boleh diberi kepada semua soalan-soalan ini?

Kalau betul cerita Pekan banyak ada sembang-berbual dengan Daim(Tun) maka Negara tidak perlulah bimbang sangat.
Daim tentunya sudah arif permainan Wall Street pasca Fiasco Subprima 2007 saperti Daim telah tahu akan selok-belok Asian Financial Crisis 1997. Tun Mahathir(TunM) pun apa kurangnya ilmu dalam bab ekomomi dan fiance - cuma TunM sedikit kurang bab ilmu perbankan. Tetapi saya waham Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat jahil bab Ekonomi halal-toyiban.

Saya kurang senang sama Pekan kerana saya berwas-was Pekan adalah Melayu UMNO cum Anglophile cum Capitalist Lover dan tidak boleh berfikir dengan sihat untuk kebaikan jemaah Islam. Itu pun kalau Pekan tanya jemaah Islam mana? Saya cuma kena pasang muka marhean UMNO tak tahu malu dan jawab: jemaah Islam orang UMNO, Tuan.

Ini kerana saya amat suka sama Rosmah Mansor(Datin Seri cum First Lady) kerana beliau wanita Minang yang sangat pandai jaga diri, jaga harta dan suami.

Apa boleh buat kalau dunia sudah jatuh cinta sama Rosmah Mansur termasuk al-qaedah dan ISIS, Pak Kadir?

Salam Takzim

Din Kalut. said...

Makin panas.Blogger lain pun ramai tumpang posting DAKJ.
Apa yg DAKJ mahu dari Najib.Tepuk dada.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Puas jugak saya tenguk kat tv kalau2 ada muka Najib dan isteri dalam perarakan perpaduan di Paris.

Yg terhegeh hegeh tunjuk muka adalah penganas tersohor Benyamin Natanyahu dari Israel.

Kalau kena gara dan public relation yg bagus penjahat dianggap hero.

Bila mayat mh 17 pulang , hero betul si Najib tu di kaca mata ramai bongok Malaysia.

jail_narcosis said...

Alhamdulillah...terima kasih abg umar kerana dah tukaq dari 'ass'. Tiada siapa yg naik hangin cuma maksudnya mmg berlainan pun.

msh said...

Salam Dato.

Dato rapat dgn 2 Tun.

Minta tolong Dato... bisik2 selalu dan terus terusan kat telinga depa 2.. terutama Tun Daim supaya dia terus terang saja dgn Najib....tak payah lah nak berlapik2 lagi.

Minta Najib pi cuti sampai bila2 tak payah mai kerja pun takpa....tolong buat cepat2.

Suruh depa ambil GST.
Golf...Shopping dan Travel.

Sy pun risau bila dah tua2...takut Tun Daim...bila jmpa Najib...dia lembut pula...kalau Tun M dia 'very direct' pun bagus juga.

Kadang2 bila dah melampau atau 'ketegark' sngat....kita kena juga 'direct to the point'.

Lagi pun Negara ini bukan hak...anak..bapa...nenek atau cucu mau pun isteri untuk kita perjudikan dgn ketua yg buat2 bodoh...buat2 tak dengar....ketegark...dan dah lama sngat dia buat mcm ini (lebih 6 tahun).

Rakyat terutama Melayu majoriti sngat terseksa ..sesak nafas..tersepit...terkedu dgn dasar2....kelembutan cara...kelemahan fikiran dan sikap penakut...semua ok ...serta retorik dia.

Ini tidak termasuk segala tohmahan...asakan ...hingga khutbah Jumaat dipersoalkan dari puak 'Moderation' ala Wong Chun Wai/Dap Lakhnatullah tetmasuk 25 Melayu entah apa2.

Ini tidak adil dan menganayai rakyat....kerana kepentingan diri...rakan taulan dan team 'yes men' dia dan isteri serta golongan pelampau Cina yg dia kisah pula.

Lagi pun depa suka riadah... dia suka golf....'first lady ' Shopping and Travel'....biar depa buat semua tu selama mana depa suka dari memudaratkan negara saja.

Ini kenyataan...yg sy percaya 'cyber trooper' pun tahu...tapi buat2 tak tahu.

Dato bisik lah cepat....ketelinga 2 Tun.
InshaAllah.

Terima kasih.

wankamarul701 said...

"Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?"

Adakah ini memberi implikasi kepada ekonomi negara jika Kerajaan mengisytiharkan darurat sewaktu banjir besar belaku?

Yang saya faham melalui bacaan website adalah seperti berikut :

1. Ia memberi implikasi kepada pemegang polisi insurans kerana pihak insurans tidak melindungi kes-kes bencana alam.

2. BN boleh mengambil alih negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang jika diisytiharkan darurat.

doncin cai said...

Datuk ni bukan marah sebab FGV dah jatuh > 50%... tak pegang pun... kan ke stock market antara " sumber penchen" beliau..

Unknown said...

Semasa tokoh2 yang menegur PM sekarang sedang memeras otak untuk memajukan negara dulu... ramai cybertrooper belaan PM masa tu masih berhingus dan sedang main taik ayam....
sedih... sokong yang membawa rebah

eri said...

kalau bacaan setakat bersumberkan utusan memang tahap tu ja la pemikiran tuan

K-Dean said...

Pak Kadir Jasin
Salaams

Saya yang dongkol lagi heran tengok orang suka makan bunga banyak kerana dia kata ulama kata boleh makan bunga kerana setuju prinsip derivatif islam telah baca ini:

A dollar is expected to fetch 3.50 ringgit in a month, 3.51 in three months and 3.49 in a year.
http://www.theedgemarkets.com/my/article/asian-currencies-seen-despite-likely-fed-hike-yuan-rise

maka saya yang tak lah bodoh sangat kenalah pandai tanya Pak Kadir:

adakah ianya akan memberi impak yang baik untuk dagang China-Malaysia dan USA-EU-Malaysia walaupun iklim ekonomi di USA dan EU tidak berapa sihat namun mereka mahu berdagang dengan Malaysia kerana lebih percaya kepada kesetiaan Pekan kepada nilai-nilai Barat mereka?

dan, Pak Kadir rasa senangkah nak bawa turun Pekan dari kerusi Presiden UMNO pada pemilihan PAU2016?

Salam Takzim

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

" Ass ":

Alhamdulillah.

Minta maaf Sdr Umar.

Suara Rakyat said...

Satu teguran yang amat arif dan bijaksana. Seharusnya soalan2 itulah yang dijawab oleh ahli propagnda PM. Bukan membunuh pembawa mesej. Kerana pembawa mesej, memang tahu apa yang dilakukan.

Perang siber yang dilakukan propandas PM, lebih dekat kepada agumentasi kebudak2kan, malah menjadi bahan ketawa orang lain.

wanitabukittinggi said...

Datuk ..

Tahukah siapa dibelakang MyMassa?
Adakah Al-Azharri Siddiq penulisnya?

Semua soalan Datuk telah dijawab.
Adakah beliau ini wakil kerajaan yang dilantik menjawab soalan-soalan Datuk?

Tapi saya masih tak faham jawapan beliau kpd soalan Datuk terutama tentang 1MDB.

Kenapa perlu melabuh di Cayman Islands tu?
Setahu saya Cayman Islands ini tempat simpan wang untuk lari dari cukai.
Atau pun tempat deposit wang hasil daripada "money laundering"

Minta Datuk beri penerangan supaya boleh faham sikit.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Perkara menyakitkan hati dah beberapa bulan ni, dengan kuasa Allah bertukar menjadi berita baik akhirnya.

Iaitu cadangan memaksa 2 bank yg dikawal Melayu iaitu RHB BANK dan MBSB untuk di telan oleh CIMB yg pengurusannya dimonopoli india dan Cina telah dibatalkan.

Manusia merancang tetapi perancangan Allah lebih hebat lagi.

Pengabungan itu kalau terjadi akan menyebabkan ramai kakitangan RHB dan MBSB yg tentunya Melayu menjadi redundan dan terpaksa dibuang kerja.

Pengabungan itu diwar warkan untuk memuaskan hati seorang keluarga PM untuk mengetuai kumpulan perbankan terbesar di Malaysia mengatasi Maybank.

Orang ni yg dikhabarkan harap nama saja Melayu tetapi sering menggangap Melayu lain sebagai bodoh dan malas lupa bahawa cara terbaik mengatasi Maybank adalah melalui pertumbuhan secara organik . Bukan secara mendadak dengan cuba mengabung aset bersih tiga kumpulan bank yg qualiti aset mereka tidak sehebat mana.

Saya percaya kalau promoter pengabungan ni benar2 hebat kenapa tak diambil alih saja Public Bank sebuah bank Cina yg terkenal solid dari sudut qualiti aset. Tentu berballoi sebab bank di monopoli pekerja Cina dan India bergabung dgn bank di punyai Cina menjadi bank terbesar di Malaysia.

Akhir sekali tahniah kepada BURSA MALAYSIA yg tidak membenarkan KWSP mengundi.Keputusan Bursa ini sebenrnya menggagalkan pihak tertentu dan memberi kemenangan kepada kumpulan pemegang saham minoriti

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat dihormati,

1. Apabila kita menabur angin, kita hendaklah bersedia menuai badai.

2. Sekarang wartawan zaman lampau macam Tan Sri Zam dan saya dikecam oleh kawan-kawan dan anak-anak buah sendiri kerana kita menabur angin dengan menegur pemerintah, khususnya PM. Saya faham. Tugas mereka memuji dan mempertahan PM.

3. Seorang kawan yang pernah menjadi orang kanan DSAI ketika dia dalam Umno menghantar SMS berikut tadi malam: “Zam & Kadir hidup dlm dunia khayalan. Lupa
Time dan over.”

4. SMS itu, katanya, datang daripada seorang peneraju utama sebuah pertubuhan media arus perdana. Kawan itu pula naik memuncak pada zaman Anwar, jatuh apabila Answar jatuh dan naik semula apabila Mohd Najib naik. Alhamdulillah. Rezeki beliau.

5. To him, I say: “Bro, you are still my friend whether you’re koshered or not!”

6. Benar, zaman Zam dan saya berada dalam kedudukan tinggi yang kini beliau duduki sudah lama berlalu. Zam ditunjukkan pintu keluar dan saya memilih keluar pintu sebelum ditunjukkan penyapu.

7. Tetapi sebagai seorang Muslim, zamannya tidak pernah berlalu. Tidak ada sisa-sisa hidup dalam Islam. Setiap nafas yang kita hela berguna dan bermakna kerana ia anugerah Allah dan di penghujungnya kita akan mengucapkan syahadah.

8. Justeru itu, masa Zam dan saya masih ada selagi minda kami segar dan kami boleh berfikir, menulis, bersuara dan berbahas. Apa guna ada minda tetapi tidak ada suara dan tinta sekadar untuk memuji dan memuja.

9. Kemudian seorang pengarang MAP menghantar SMS dan saya memanggil beliau balik. Beliau merintih mengenai campur tangan orang bukan media di keliling PM dalam hal ehwal media seolah-olah orang media PM tidak lagi berfungsi, tidak dihormati dan berada di bawah telunjuk orang bukan media.

10. Beliau menyebut satu nama yang kebetulan yang kenali waktu kerap ke Restoran Raju beberapa tahun lalu. Waktu itu, orang berkenaan memberi gambaran dia amat intim dengan Mohd Najib yang masa itu baru Menteri Pertahanan. Selepas itu saya tidak lagi berkomunikasi dengan beliau.

11. Seorang kawan lain yang saya hormati dan sedikit sebanyak membantu rezeki saya, memberitahu yang dia hanyalah kawan PM. Saya kemudian mendapat tahu, kumpulan itu menggelar diri mereka “friends of the PM” dan tempat “mesyuarat” mereka adalah padang golf. Ada antara mereka baik, tidak angkuh, waras dan toleran.

12. Pengarang itu menyatakan kebimbangan beliau mengenai MAP digunakan oleh pihak-pihak dari luar media yang menasihati PM untuk menyerang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim.

13. Bagi saya mudah saya. Orang yang mereka guna untuk mengeluarkan kenyataan media membelasah Dr Mahathir dan Daim tidak sepadan dengan dua orang lama yang mereka serang itu.

14. Sebaliknya ia memberi gambaran MAP telah diperalatkan untuk menyerang Dr Mahathir dan Daim serta memberi gambaran yang PM tidak mengenang budi dengan membiarkan watak-watak jalanan ini membelasah dua watak yang banyak membantu beliau hingga naik jadi PM.

15. Dengan menyerang Dr Mahathir dan Daim mereka secara langsung bersekongkol dengan pembangkang yang tidak putus-putus menyerang Dr Mahathir dan Daim.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

nick said...

Salam dato, saya tak pernah komen di blog dato walaupun saya kerap membacanya. Dari apa yg dato tulis membayangkan seolah2 PM teraniaya, diperguna dan dipermainkan oleh kumpulan medianya dan juga mereka yg mempunyai kuasa utk campurtangan dlm urusan media. Apa yg dato' terlepas pandang atau mungkin enggan mengakui ialah PM sendiri kemungkinan memainkan peranan merestui ataupun mengarahkan kumpulan media ini menyerang kedua Tun tadi. Kita perlu ingat bahawa masalah yg berlaku adalah berskala amat besar dan bg masalah sebesar itu ditutup atau 'diselesaikan' pastinya memerlukan tindakan yg diluar batasan biasa. Apa yg kuat diperkatakan ialah kumpulan yg membuat serangan menggila ini ada kena mengena dgn seorang yg kontroversi di Petronas. Jika benar, maka kita bimbang yg kegilaan politik dlm media hari ini bakal 'sucks Petronas dry'. Dan jika benar juga..adalah tidak logik kalau dikatakan PM tidak tahu menahu mengenainya. Maka soalnya di sini ialah apakah PM benar2 hilang kawalan ke atas unit medianya? atau PM sebenarnya merestui/mengarahkan segala apa yg unit ini lakukan?

Apapun...kedua2 kemungkinan ini tetap memperlihatkan sesuatu yg amat tidak kena dgn beliau.

msh said...

Salam Dato.

MAP yg Najib kontrol.....org2 berkenaan berakal pendek.

Pendekatan yg diguna pakai mereka....terlalu simplistik.

Mungkin strategi mereka....defensif dulu.....lepas tu serang balas....serupa bolasepak liga kampung.

Sebenarnya...mereka tiada ada apa2 strategi pun....cuma main terjah saja.

Ikut gerak hati ...tetapi mesti berpaksi pd 'ketua mesti dijaga dgn apa cara sekali pun'.....hingga terlupa bahawa 'target' mereka itu 1000 kali hebat dari ketua yg mereka sanjung membabi buta.

Ketua batuk...mereka sudah deman kura.

Mereka lupa kerana terlalu defensif sngat....mereka dah kena pukul teruk dan tetapi masih nak serang juga...tetapi tersasar.

Inilah akibatnya.

Apa pun Datok....2 Tun yg Dato kenal sngat mesti bertidak segera...ASAP sebab ...ketua yg berkenaan masih dok melekat pd kerusi mcm plaster....ini terlalu bahaya untuk negara...bangsa dan ugama.

Dia dah bebal....MANA MUNGKIN BERUBAH !!!!!!

JMS said...

DAKJ,

Saya boleh agak siapa peneraju utama seperti yg Dato sebut di para 4 di atas.

Dato pun tau pertubuhan media arus perdana tu skrng menghadapi masaalah besar sehingga terpaksa melakukan mss.

Dengan keangkuhannya itu, saya tak sabar nak melihat sejauh mana dia mampu menyelamatkan diri dan tidak ditunjukkan pintu keluar.

A KADIR JASIN said...

Pembahas wanitabukittinggi, antara lain, menulis:

"Tahukah siapa dibelakang MyMassa?
Adakah Al-Azharri Siddiq penulisnya?

Semua soalan Datuk telah dijawab.
Adakah beliau ini wakil kerajaan yang dilantik menjawab soalan-soalan Datuk?

Tapi saya masih tak faham jawapan beliau kpd soalan Datuk terutama tentang 1MDB."

Saya kurang pasti.

Para pembahas dan pelawat yang berminat boleh baca di sini: http://mymassa.blogspot.com/2015/01/menjawab-kerisauan-datuk-kadir-jasin.html

Terima kasih.

wankamarul701 said...

Dah baca myMassa.blogspot.Tapi tak tahu siapa penulisnya.

Apa yang boleh saya simpulkan dia pun tidak dapat jawab soalan-soalan Dakj secara keseluruhannya khususnya mengenai 1MDB.

Perang besar la lepas ni agaknya Dakj dengan orang lempar batu sembunyi tangan.hi3

zainal abidin awang kechik said...

Ini lah masalah bila yang Arif bertanya Soalan ... MEREKA Terlupa a Kadir jasin Adalah perjuang Agenda Bangsa dan Negara..

A Kadir Jasin .. Bukan seorang penulis yang mencari Nafkah untuk tulisan .. Walaupun rumah beliau kecil tapi Saya yakin sudah habis Di bayar waktu remaja beliau .. A Kadir Jasin Bukan manusia yang meletakan nafsu di depan Apa tah lagi Nak pakai AP di tangan nya...
Jika ada penulis upahan Nak berhujah sila hujah dengan fakta ... Kalau tidak anda semua meludah ke cermin ...
Bertanya saya kepada sang pendita mengapa setiap jam DIA Melihat cermin .. Pendita itu berkata lihat lah cermin supaya kamu sedar kamu MASIH ada ... Saya senyum ..

" kita biar hilang harta Jangan kita hilang diri "

Bagi Saya YAB MOHD NAJIB ... Seorang Perdana Menteri Terbaik Dalam sejarah malaysia kerna ada benda DIA buat UNTUK MALAYSIA .. Tampa Di ketahui oleh rakyat..
Tahniah Najib .. ALLAH PELIHARAKAN MALAYSIA

SALAM

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Saya tak perlu setuju 100% dgn pandangan Dato Kadir. Tetapi saya umumnya suka baca idea2 Dato'. Justeru diminta Dato' terus menerus menulis demi buat amal jariah kpd rakyat yg berjuta junlahnya.

2. Rakyat Malaysia yg berumur tak kurang 35 tahun tak patut tak kenal siapa Daim Zainuddin.

Berasal dari seorang peguam bertukar menjadi pemaju perumahan sebelum menjadi bendahari UMNO merangkap menteri kewangan yg sangat menjengkelkan.

Nak tau betapa hebatnya org bernama Daim? Cuba teliti fakta berikut:

a. Seorang menteri yg tak banyak cakap bodo2 macam Isa Samad atau Zahid Hamidi tapi terkenal bijak ekonomi. Pernah seorang govenor bank negara malaysia pun dipaksa meletak jawatan kerana tak sebulu dgn Daim mengendali dasar ekonomi pd tahun 80an.

b. Hubungan rapat beliau dgn TDM diketahwi satu dunia.

Sebab itu walaupun Daim bukan timbalan presiden atau naib presiden UMNO akan tetapi beliau sangat berkuasa dan berpengaruh hingga membuat ramai org kuat UMNO sendiri terpelanting. Mengingatkan saya kepada pengaruh org spt Rosmah Mansor. Ada sesiapa org UMNO berani lawan Rosmah?

c. Ada juga lapuran media antarabangsa yg mendakwa Daim dan TDM sangat akrab dalam urusan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam hubungan ini pernahkah kita dengar Daim menggagihkan peruntukkan saham Bumiputra secara telus dan adil sehingga ramai pelabor Melayu pun merasa dapat borang pink?

Tanpa agihan peruntukan saham bumi secara adil dan telus bererti di zaman Daim hanya beberapa kerat manusia mungkin proksi Daim sendiri jadi kaya raya secara tamak.

3. Dengan polis, pendakwa ,mahkamah dan SPRM Malaysia terkenal dgn prestasi yoyo. Iaitu tiba2 super cekap bila siasat pembangkang tetapi mengalahkan kura2 bila siasat penyokong kerajaan maka Daim seolah2 mendapat status kebal dari undang2.

Melihat serangan MAP terhadap Daim baru2 ni jangan terkejut kalau pihak berkuasa akan mula membongkar sayu persatu fail2 atau dosa lama Daim.

Mengingatkan saya kepada perbuatan MAP menelanjangkan satu persatu keburukan perangai raja2 bila TDM mau mencabut immuniti mereka pada tahun 1993.

Saya sebagai rakyat kerdil berdoa dan berusaha agar Allah melingkupkan pengkhianat negara yg sebenar.

Bunga2 kearah itu nampaknya dah bermula bila sesama UMNO bergaduh.

wankamarul701 said...

Harakah lg x leh baca. Ofis masuk air akibat banjir...

Haikal Hakimi said...

Salam Dato AKJ...pls checkout this :

A Kadir Jasin Sila Hentikan Kerja Bodoh
http://youtu.be/W-HSc64gOt4

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Yang ni khas untuk PENGUNDI AMPANG.

Walaupun sdr tak perlu minta maaf akan tetapi tindakan sdr minta maaf mencerminkan jiwa sdr yg terpuji.

Maaf sgt lambat respon hampir terlupa

azarazara said...

Menarik

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).