Tuesday, February 24, 2015

Sembilan Tahun Kita Berblog


A Kadir Jasin

ALHAMDULILLAH, hari ini genaplah sembilan tahun usia blog kita.

Terima kasih kepada para pembahas kerana menyumbang buah fikiran, sama ada bersetuju atau bercanggah dengan saya, serta kepada semua pengunjung.

Sokongan dan penyertaan saudara saudari menjadi ilham dan pendorong kepada saya.

Tampalan (posting) blog kita yang pertama bertajuk “tanda tanya di sebalik mohon maaf NST” bersabit mohon maaf akhbar itu kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhamad (SAW) disiarkan pada 24 Februari 2006. (Boleh baca di sini).

Mula-mula enggan tapi akhirnya NST mohom maaf
Secara kebetulan, penyiaran karikatur itu oleh NST dan beberapa buah lagi akhbar tempatan berlaku ketika agen-agen propaganda pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mula menguar-uarkan dasar keterbukaan (openness).

Sejak itu saya telah menyiarkan 944 buah rencana dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan disertai oleh puluhan ribu komen para pembaca. Blog kita menarik 1,491 followers (pengikut) yang datang dan pergi.

Dalam tempoh itu juga kita menerima 7.25 juta kunjungan dan kerap dipetik atau disiarkan semula oleh pelbagai pihak. Sesiapa pun boleh memetik bahan daripada blog kita dengan syarat berilah pengiktirafan (credit) kepada kita.

Blog kita bukanlah yang terbesar atau paling popular, tetapi adalah yang tertua oleh seorang wartawan -- wartawan tua!

Dalam tempoh itu juga kita lihat ramai wartawan membuka blog. Ada yang kekal, ada yang hilang ditelan masa. Ada yang bertukar daripada pengkritik “establishment” kepada penyokong tegar.

Atas sokong kepada blog kita ini, saya bersyukur kepada Allah dan saya terhutang budi kepada para pembahas serta pelawat sekalian.

Moga-moga kita semua diberikan kesihatan, azam dan iltizam untuk terus menulis dan berbahas demi kebaikan bersama.

Wallahuaklam.

40 comments:

Joe Black said...

Dato'

Syabas atas kejayaan Dato dalam mengharungi lautan blogosphere...

Bukan senang berdepan dengan bermacam perangai manusia terutama sekali yang kurang tamaddunya bersampingan dengan yang kekurangan pelajaran.

Dato bukan sahaja terpaksa menjadi penyebar pengetahuan bahkan juga sebagai Psychotherapist kepada yang kurang daya mengawal emosi.

Syabas!!

RAWA LANUN-BAHASA said...

Alhamdulillah dan biarlah Yg Bhg Dato A Kadir Jasin dirahmati Allah swt memudahkan urusan Dato agar senantiasa beramal soleh dan banyak amal jariah anti-mungkar dan pro-kebaikan - ameen.

Salam hormat.

maae said...

Tahniah kepada orang lama seperti Datuk. Ilmu itu memang penyuluh hidup. Pengetahuan itu memang patut di kongsi bersama dan di ambil iktibar nya.

Nabi SAW junjungan kita juga bukan secara otomatik mendapat ilmu. Baginda juga mengalami kegetiran dan keperitan hidup. Malang nya sebahagian manusia sering menepuk dada tentang kehebatan nya yang entah di mana kelebihan nya !

Syaitan itu bersifat riak, sombong dan takbur. Ia mencipta yang serupa tetapi tidak sama ! Ini lah janji-janji nya di mana manusia berfikiran kosong tanpa akidah dan keimanan sering terpesona dan mudah terpesong. Penuh syak wasangka. Kejayaan besar syaitan yang juga di iktiraf berpangkat dan berstatus, bila berjaya menjalankan tugas masing-masing. Macam manusia yang berdendam, penuh tipu muslihat tidak lain hanya untuk kepentingan diri mengejar pelangi...

Salam sejahtera untuk Datuk dan keluarga. Semoga blog Datuk sentiasa segar berinformasi untk kita sama-sama kongsikan demi kebaikan ummah. Perpecahan ummah tidak lain bisikan syaitan setelah ejen-ejen manusia yang mereka iktiraf bermula dari berprasangka buruk belaka di sulami penerapan sifat-sifat kurang ajar dan memberontak, menafikan wibawa yang lain-lain yang telah mendidik mereka tanpa jemu dan berputus asa.

Baik itu dari Allah SWT. Buruk nya kita yang memilih dan suka berjenaka dengan ketawa berjela-jela setelah memiliki segala-gala nya.

ismail muda said...

Sekalung tahniah buat Datuk. Moga Datuk dan seisi keluarga dipelihara kesihatan olehNya dan dirahmati selalu.
Negara kita telah dilanda berbagai2 musibbah & kejadian serta bencana termsuk denggi yg kian menjadi2. Hospital Kerajaan dan swasta sentiasa penuh kerana byak kes dengi. Hinggakn hanya kes berat dibenarkan masuk wad. Kementrian Kesihatan telah brtungkus lumus hinggakan awal subuh senja dibuat fogging. Kempen, edar risalah dll sudah dibuat dan mcm2 lg. Tetapi tidak ramai yg sedari punca denggi adalah jugak dari limpahan buruh asing yg tinggal di kongsi2 & kerja pembersihan longkang yg tidak dibuat secara berkala oleh PBT. Ada kontraktor yg sekian lama bertaut di Majlis Daerah/Perbandaran mendpat kerja maintenance tidak ikut SOP, sdg bayaran dibuat oleh PBT berkenaan?!? Harap2 KSN bole meninjau masalah di PBT khususnya integriti YDP dlm agihan kontrak penyelengaraan. Ada jugak pemaju lepas tangan, biarkan longkang tersumbat dan PBT tidak memeriksa dgn berkesan. Maaf Datuk, menyimpang sikit kes denggi. Tapi itu lah ceritanya di hospital Kerajaan skrg.
Walau apa pun, Datuk byak suarakan dan panjangkn isu2 berkaitan kepentingan org ramai. Dari penuisan Datuk, saya merasai Datuk secara jujurnya byak berikan tumpuan kpd kepimpinan PM skrg. Akan tetapi, anak2 muda & gen Y skrg tidak arif bahasa kiasan. Entah faham atau tidak. Kalau Datuk jadi Tun Sri Lanang, tiada org akan fahami mesej Datuk.
Tahniah Datuk. Tkasih. Never miss Che Det jugak....

MOKHTAR said...

Salam dato

TAHNIAH!!!, lookin forward for more blogging..seronok juga..

SolitaireHunter said...

Salam DAKJ

Sekalung ucapan tahniah untuk Dato dan TSAKJ.

Sebenar blogger ini dicemburui oleh media arus perdana. Perhatikan bagaimana di media-media TV memberi amaran bahawa jangan percaya dengan media-media sosial (blog sudah pastinya) tapi pada masa yang sama mereka mengutip berita dari media sosial sebagai bahan mereka dan berlindung disebalik berita itu dengan alasan 'memetik'

Tidak semestinya orang setuju dengan pandangan kita tapi blog kita adalah identiti kita!

A KADIR JASIN said...

1. Blog kita adalah laluan dua hala. Saya pun banyak belajar daripada para pembahas.

2. Antara isu sensasi sekarang adalah (1) PAS mungkin berpecah lagi dan (2) Belum pun GST dikuatkuasakan, kos dandan rambut bini PM, Rosmah Mansor, dah naik RM1,200 sekali buat (baca di sini http://www.malaysiakini.com/news/290019)

3. Kalau PAS pecah kerana hendak kembali tidur sebantal dengan UMNO, politik Melayu akan berpecah empat - UMNO, PAS, PKR dan PAS baru (mungkin PASma).

4.Kalau berpakat demi agama dan bangsa Alhamdulillah. Tapi kalau berpakat kerana nak selamatkan jawatan parti susah sikitlah nak sokong. Mohd Najib dan Abdul Hadi kini terasak dalam parti masing-masing.

5. Pasal kos warnakan rambut Rosmah naik, saya teringat kepada cerita lawak seorang yang rambut jarang (tak mahu kata botak) pergi gunting rambut. Bila siap, tukang gunting minta double. Dia marah. Katanya: "Rambut saya sikit apa pasal mahal?" Tukang gunting jawab: "Tarak mahal. Awak punya rambut banyak kurang. Saya charge double pasal banyak susah cari!" (Minta ampun).

6. Gambar profil saya dah tukar. Kali ini Orang Utan duduk atas riba saya. Yang dulu Orang Utan Sarawak. Khabarnya ia dah mati. Orang Utan baru ini dari Sumatra.
DNA manusia dan Orang Utan hampir 98 peratus sama.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Apanama said...

Tahniah Tok!

Malindo said...

Salam Hormat DKJ.Selamat atas ketabahan mengharungi dunia penulisan dulu dan sekarang,tenang kalau dikritik pembaca/pembahas.Ada waktu orang tak suka apa yg kita katakan walau ada kebenaran,dalam bahasa pasar ABG(anak baru gede/besar)di Jakarta DKJ boleh kata begini kalau ada yg tak suka"emang gue pikirin"Salam hormat dari bumi Garuda.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Tahniah dan syabas.

Syukur kpd Allah kerana mengilhamkan teknologi internet yg membolehkan manusia berblog.

Syukur juga kpd Allah yg mencipta manusia termasuk DAKJ yg masih mau memilih kebenaran berbanding kemungkaran.

Mungkin DAKJ sekarang dah bergelar Tan Sri dan diberi jawatan tinggi kalau masih berada di zaman jahiliah.

Besar sungguh pengorbanan DAKJ.

Doa saya DAKJ terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus membela nasib rakyat tanpa mengira parti politik.

Jangan lupa tapis komen2 lucah dan biadap demi mempertahan imej bersih blog ini.

Ismail N said...

Tahniah Dato. Semoga akan terus berblogging lagi dan memberi maklumat berguna kepada pembaca. Saya akan terus setia membaca biarpun kurang berbahas di blog ini.

Rockybru said...

Salam Tok Scribe,

There were blogs before The Scribe but The Scribe will be credited for having inspired, encouraged, challenged scores of younger journos, including me, to open thier own blogs - and eyes!

Here's to another 9 blogging good years, insyallah.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Kudos and congratulations on your 9th year Blog Anniversary.

Let us know something or anything. Just put your fingers on the keyboard and go.

When it hurts, write. When you’re scared, write. Don’t edit or worry about it making sense. It doesn’t matter.

When the voices of self-sabotage and insecurity assail you… write... & be brave even as you shake in your boots.

Face your fears when you are sure they will consume you.

Your talent is God’s gift. It’s not about love or passion. Because we all need your words and don’t think, just write.

Salam

JMS said...

Sebesar-besar tahniah Dato. Semoga terus memberi pencerahan yg kritikal dan analitikal berhubung isu-isu semasa baik yg melibatan BN mahupun PR. Tujuannya demi keharmonian , keamanan dan kesejahteraan Malaysia yg tercinta.

Diharap tidak 'terkulai' seperti seorang blogger juga bekas wartawan dan menteri yg bertegas untuk bersara menulis isu-isu politik semasa tetapi memprovokasi para pembaca memberikan komen menghentam Anwar habis-habisan.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Tahniah kerana telah sembilan tahun menulis blog.

Semoga perbahasan dan buah pikiran Dato' dalam blog ini memberikan manfaat kepada semua.

Sallam

Zed-85 said...

Dato'

Mengenai Datin Rosmah Mansor upah dandan rambut lebih RM1000 dilaporkan di media.

Kalau tidak silap saya beliau Rosmah M berpesan supaya rakyat berjimat cermat.

Ini macama ada double standard. Satu standard untuk orang elit dan bangsawan dan satu lagi standard untuk orang biasa.

Saya terbaca di CNN, Raja Abdullah dari Jordan menyamar sebagai rakyat biasa dengan pakaian buruk meninjau di kota dan melihat keadaan sebenar rakyatnya.

Walaupun Raja, beliau sanggup merendah diri demi untuk rakyatnya. Sepertimana berlaku di zaman khalifah Umar Abdul Aziz.

Kalau DS Najib dan Rosmah Mansor dapat merendahkan diri seperti Raja Jordan, bukankah bagus?, saya rasa ramai akan sokong.

safiai saad said...

Salam Sdr Kadir, Happy Anniversary.
I was first introduced by a friend of mine regarding articles written by your goodself.

Your writing is interesting and you are a responsible writer.

I used to read Mahazalim writing, wow, I think in a civilised society ,yours are more dignified.

Keep writing sdr Kadir, once a writer is always a writer.

Imlan Adabi said...

Saya baca buku Blogger beberapa tahun lal. DATUK menegur budak tingkat 4 PMo. Dah DAPAT ilmu datuk. Saya murid anda

Pembacablogpolitik said...

Tahniah Pak Kadir. 9 tahun up and running. No small feat especially from someone like you. Jangka hayat sesebuah blog bergantung kepada pengunjung. Lagi ramai pengunjung lagi lama ia bertahan. Kalau pengunjung meninggalkan komen yang bernas, ia akan menarik minat lebih ramai pengunjung-pengunjung lain yang sealiran dan blog Datuk akan lebih popular. Keep it up bro...

Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kesihatan minda dan tubuh badan kepada Datuk. Apa gunanya umur yang panjang kalau kesihatan merosot. At your age, selain daripada amal kebajikan, kesihatan lebih beharga dari wang ringgit. Terima kasih kerana memeriahkan Malaysian blogosphere..

Unknown said...

Salam DAKJ,

Tahniah kerana telah mengabdikan diri begitu lama sebagai penyebar fikiran ummah disamping sembilan tahun berblog. Sekali lagi saya lari dari isu di atas.

1. Dalam fb hari ini dinyatakan bahawa DS Dr Wan Azizah dan anak-anak telah membuat rayuan pengampunan DSAI kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong. Pekara ini diluar pengetahuan PKR/PR. Saya rasa permohonan ini dibuat berdasarkan usia DSAI yang tua (sebaya DAKJ) dan sakit belakang. Saya yang baru 61 tahun kalau di penjarakan sudah tentu merana dan mungkin mati dalam penjara.

2. Saya membaca banyak komen dari pengunjung fb berkaitan isu ini. Ada komen positif bersimpati dan ada komen negatif yang menghina dan mencarut. Adatlah manusia mempunyai persepsi dan pendapat sendiri. Itulah juga yang perlu di tanggung ampunya diri sebagai pejuang dan public figure.

3. Apa yang saya kesalkan, ada komen yang dibuat oleh orang Islam yang nyata mempertikaikan hukum Allah dengan nyata. Contohnya merendahkan keperluan 4 saksi sedangkan katanya kita dizaman moden yang terdapat berbagai cara untuk membuat pembuktian. Lalu dipertikaikan perkara tersebut. Saya terpanggil untuk membalas komen tersebut dengan mengingatkan batas-batas perkataan yang boleh didebatkan sehingga lari akidah.

4. Saya sanjung topik yang DAKJ pilih kerana ia membuka minda pengunjung untuk lebih mengetahui apa yang berlaku di Malaysia. DAKJ juga menapis segala komen yang tidak waras untuk memelihara kredibiliti blog ini. Wallahuaklam.

tebing tinggi said...


Teruskan usha yang baik ini .

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Saya istiqamah mengikuti catatan Datuk walaupun saya tidak berapa selesa dengan sebilangan rakan sekutu Datuk .

" Seorang yg diagungkan oleh satu pihak tidak bernilai satu kupang pon pada penilaian pihak lain yg tidak sukakannya".

Semoga Datuk diberi kesihatan yg baik dan terus mencatat dengan jujur.

Unknown said...

Salam DAKJ,

1. Saya bersimpati dengan otai. Apa-apa peristiwa yang berlaku selalu saya kaitkan dengan (kalau aku ditempatnya). Ini memberi saya ruang untuk memikirkan lojik dan keupayaan seseorang itu dari segi fizikalnya.

2. Sebagai contohnya musibah yang menimpa DSAI. Saya andaikan kalau saya ditempatnya, saya tidak sanggup dengan risiko yang dihadapinya sebagai pejuang, tetapi saya kagumi istiqomah beliau bagi keadilah sejagat.

2. Masa kes liwat pertama,saya tergamam kerana DSAI dituduh meliwat Dr Anees Munawar (50an masa itu), adik angkatnya Susmita Kusumatmadja dan Azizan. Jika saya ditempatnya saya tidak akan memilih mereka seperti itu kalaupun saya gay. DSAI yang saya kenali adalah pendokong Islam sejak belia lagi. Seorang bekas presiden ABIM dan selalu dimimbar masjid menyampaikan khutbah Jumaat bercakap mengenai Islam, tiba-tiba sanggup meliwat. Masya Allah, teruknya perlakuan ini. Boleh digelar majjujaj, hipokrit dan dajjal. Namun selepas episod berakhir, sejarah pula tercipta. DSAI adalah korban perebutan kuasa. Kalau dia sanggup letak jawatan dan jadi duta, saya percaya segala tuduhan akan padam.

3. Saya tahu walaupun DAKJ penyokong pihak lain, sebagai manusia DAKJ juga menaruh simpati kepada orang tua yang tidak berdaya. Dato boleh memberi pandagan secara rasional agar pihak berwajib mempertimbangkan permohonan pengampunan ini. Kalau perlu berilah pengampunan bersyarat atau tahanan dalam rumah. Pesalah jel seumur hidup pun akan bebas umur 55 tahun. DSAI telah menjangkau 67 tahun.

Wallahuaklam.

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato, saya telah ikuti blog Dato sejak 2009. Alhamdulillah saya dapati tulisan Dato ada ciri ciri dakwah. Mengkritik kemungkaran dan mendorong kebaikan adalah sebahagian ajaran islam oleh itu Dato adalah pendakwah juga . Syabas !

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,


Tahniah,bagus dan teruskan menulis fikiran dato...



Saya sangat gemar mengikuti pemikiran Dato,ada kala kekanan,kadang kadang kekiri,kadang kadang ketengah..adakala terhantuk dinding pun ada!.


Tetapi itulah sifat manusia sebenarnya..tiada yang sempurna.


Abu Bakar Ab Rahman

msh said...

Salam Dato.

Tahniah kerana 'the Scribe' masih berterusan dan dpt bertahan hingga ke hari ini...sudah 9 tahun lamanya.

Syabas....kerana bukan semua 'bloggers' dpt mempertahankan blog mereka begitu lama.

Ini membuktikan bahawa blog Dato tetap berjaya menarik minat ramai dan masih relevan untuk dibaca atau dibahas.

Dlm lain perkataan....penulisan Dato masih lagi relevan didlm usul dan isu2 semasa terutama isu2 politik tanah air.

Teruskan usaha....kerana pembaca terutama org Melayu akan dpt melihat lebih dekat siapa sebenarnya ketua Melayu kita dan apa yg mereka lakukan pd bangsa dan ugama...'without fear or favour'.

Sy masih sayang Umno tetapi MELUAT dgn ramai ketua2 nya.

Terima kasih.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Tahniah dan syabas saya ucapakan untuk Datuk kerana sembilan tahun telah berjaya mengendalikan Blog semoga blog ini terus subur dan menghijau.

Walaupun saya sudah lama tak menulis diblog Datuk ini.. hanya sekali sekali macam Rosiah ismail, tapi saya tetap mengikutinya dan membaca komen-komen dari pembahas-pembahas setiap masa.

Selamat untuk Datuk
Selamat untuk semua

Terima kasih Tok..



Bukan Mangsa Banjir. said...

Tahniah Dato.'

Dah sembilan tahun, kalau budak dah darjah tiga. Namun ilmu dan pengetahuan yang kita dapat dari topik dan perdebatan melebihi dari usia yang kita telah susuri bersama blog Dato.

Terima kasih dan semoga panjang umur dan terus berkarya dan menyampaikan maklumat yang mungkin kami tidak akan dapat didalam MAP.

Bukan Mangsa Banjir.

Quantum Metal Consultant said...

Perjuangan yang belum selesai.

Saya percaya Dato' juga sudah merasakan perjuangan kali ini tidak akan sampai ke penghujung kerana kekebalan yang Najib ada.

Kalau mengubah pun tidak mampu, apalagi nak turunkan.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Sudah terlalu banyak isu yg DAKJ ketengahkan yg bertujuan memberi pengetahwan dan meransang minda mereka yg mau berfikir.

2. Setiap perbahasan tentu ada penyokong dan pembangkang dan atas pagar macam sdr Lahuma.

Perbezaan pendapat tak dapat dielakkan dan mesti diraikan.

Yang tak boleh ialah memaksakan atau mengugut org lain agar diam atau terima pendapat kita dengan berselindung dibelakang buntut aparatus pemerintah dan akta hasutan , akta rahsia rasmi, akta perhimpunan aman (haram?) akta mesin cetak dll.

Dan diblog DAKJ ada juga percubaan mematahkan hujah atau semangat pembahas lain dengan bahasa kasar, tersasar maupun tiada isi langsung.

3. Blog DAKJ juga mempamirkan betapa gagalnya sistem pelajaran termasuk pelajaran agama serta sistem nilai dikalangan sesetengah pembahas hinggakan bermati matian mempertahan tindakan atau kegagalan mengambil tindakan atau penipuan oleh pihak berkuasa selama ini.

4. Untuk masa hadapan saya mengharap agar DAKJ banyak menulis tentang kemiskinan harta yg semakin melanda org Melayu dan strategi bersepadu secara sendiri atau berkumpulan bagi mengatasinya secara tuntas.

Bagi saya isu kemiskinan Melayu kalau tak ditangani segera boleh menyebabkan Melayu terus merempat dan hilang identiti daripada tuan menjadi hamba kpd pendatang.

awang batuburok said...

Salam Sejahtera Dato,

Tahniah...semuga Allah SWT permudahkan segala urusan dan perjalanan yang masih panjang...

Led Zeppelin said...

Assalamualaikum Dato'

Congratulation on the ninth anniversary.Keep on writing and highlighting issues concerning the people on the street Dato'.As the saying goes "the pen is mightier than the sword".

Wassalam.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato’
Tahniah Dato’ . Sembilan tahun adalah suatu tempoh yang lama. Kekuatan dan kepakaran Dato’ sebagai wartawan yang menguasai dua Bahasa tidak ada tolok banding di Negara ini. Keberanian Dato’ menongkah arus perdana kerana kebenaran hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa Dato’.

2. Sebelum ini saya beranggapan gambar yang menghiasi blog ini adalah Dato’ memegang “beruk” tetapi sebenarnya “orang hutan”. Kedua-dua jenis haiwan ini mempunyai sifat yang berbeda. Saya sangat faham mengenai sifat-sifat “beruk” kerana saya dibesarkan dikampong dimana “beruk” dipelihara oleh beberapa kenalan rapat untuk tujuan memetik kelapa.

3. Beruk yang dipelihara sangat setia dengan tuan nya tetapi sangat garang dengan orang lain. Kalau ada peluang beruk boleh mencederakan manusia dengan giginya yang tajam.

4. Seekor beruk yang sihat dan dijaga dengan baik boleh memanjat dan menggugurkan buah kelapa dengan bagitu cepat tetapi mesti ada insentif untuk mempastikannya haiwan ini rajin. Seorang penjaga beruk yang berpengalaman sangat bijak untuk mempastikan beruk dibawah jagaannya rajin dan bekerja dengan cepat.

5. Sifat “beruk” yang mungkin ada kaitan dengan sifat buruk manusia ialah terlompat-lompat mengancam sesiapa yang cuba menghampirinya walaupun lehernya dirantai erat.

6. Ramai wartawan sudah menjadi macam “beruk” kerana penulisan mereka mirip kepada kehendak pihak tertentu. Besar insentif maka hebatlah penulisannya.

7. Saya menyanjung tinggi keiklasan dan kejujuran penulisan Dato’ dan sebagai pembaca blog Dato’ banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi. Sudah pasti Dato’ tidak termasuk dalam kategori wartawan “beruk” yang menulis ikut selera tuanya sahaja.

8. Di kampong saya di Baling, manusia yang mempunyai sifat-sifat haiwan saperti beruk dipanggil “beruk Mat Yai”. Sifat terlompat tak tentu arah, kurang disiplin, tidak beretika, suka ambil kesempatan, menindas, garang dan membuli orang yang lemah.

9. Ramai pemimpin politik di Negara ini yang memiliki sifat buruk saperti “beruk Mat Yai”.

Iklas,
Rahim

K-DEAN said...

Lucu juga cerita The Scribe.

Nah, kita tak pandai jual jenaka tetapi apatah habuan yang patut diberi YAB President UMNO kepada pemimpin parti yang nyata membantu UMNO berjaya mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat, wahai Scribe?

Apakah habuannya sekira MCA?
Apa pula kalau MIC?
Apa pula kalau PR?
Apa pula habuan yang patut dan adil sekiranya
PAS?

Tak mungkin PAS membiarkan mereka dibeli dengan harga murah kerana seolah-olah jatuh cinta sama Rosmah isteri President UMNO yang sangat karismatik?

Tiada kita kasihan pada Paguh kerana kuat berangan mahu jadi YAB President UMNO sampai buangan angin Rosmah pun dikatakannya wangi saperti attar yang dipakai isteri tersayang Raja Arab Saudi.

Jangan marah marhaen UMNO Tanjung ini kerana mat jeninnya tercorot dibandingkan mat jenin Muhyiddin Yassin.

Salam Hormat.

jebat said...


Assalamu Alaikum, DAKJ,

TAHNAIH !!!

Saya berharp dan berdoa dapat terus berjuang dengan cara dan ketegasan Dato'

Saya sangat menyanjung dan menghargai ketegasan Dato' dalam beberapa perkara terutamanya tentang kepentingan perjuangan Orang Melayu

Muga Allah mengurniakan masa dan kesempatan untuk tujuan itu.

A M I N !!!



Hanezam said...

Salam,
Datuk dan semua,

Alhamdulillah untuk sembilan tahun pemblogan yang bermanfaat. Moga Allah merahmati kita semua. Datuk sekarang teramatlah brutalnyer, brutal tak tau nak cakap ie brutal giler. You have raised the country's journalism to its utmost pinnacle, Datuk. Yes, I am sure you have. Takpa kalau Najib masih dok kebal cam tu juga. Dalam bab ni saya penyokong Datuk 200%.

Saya dah lama tak komen, dan komen jarang-jarang. Tapi saya tetap mengunjungi blog Datuk. Keluar air mata geram saya membaca cerita Rosmah merungut kos dandanan rambut mencecah RM1,200. Rosmah ini seusia dengan ibu saya di kampung. Dalam usia sebegitu fesyen rambut sudah berdekad berhenti menjadi isu kepada ibu saya. Fikir-fikirkanlah.

Saya baca balik komen saya ke blog Datuk sempena blog ini 5 tahun (dekat link yang Datuk sedia tu). Rupanya sudah tujuh tahun saya baca blog Datuk. Saya masih boleh 'relate' kepada emosi yang sama semasa saya menulis komen tu. Saya masih ingat, tak lama selepas saya tulis komen tu, Tun Dr M pun lancarkan memoirnya. Maka, buku itu bagai bulan jatuh ke ribaan saya. Saya bagaikan tahu, ada benda-benda tentang Dr M, dan Anwar, yang Datuk tidak tulis dengan terbuka dan bebas-lepas. Saya akan jumpa jawapannya.

Saya akan terus baca blog ini; dalam diam, atau jeritan saya akan bergema di blog ini sekali-sekala, bila rasa nak lepas geram.

Abu Khalid said...

DAKJ,
Teruskan.... masih byk tersembunyi dan terzahir belum diulas...
DJang

jail_narcosis said...

Assalamualaikum DAKJ,
Alhamdulillah dan tahniah buat Dato'. Teruskanlah berkarya. Saya doakan agar Dato' dan keluarga diberi kesihatan dan senantiasa berada dibawah lindungan rahmat Yang Esa.

Mohd Shubhi said...

Semoga Datuk dipanjangkan umur dan berterusan mencurahkan pandangan dalam bentuk penulisan di blog ini... insyaallah.

Buah Kerdas said...

Tahniah Dato'

Semoga Dato' terus sihat dan berkarya.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).