Saturday, March 07, 2015

Audit Forensik 1MDB -Terima Kasih Muhyiddin


A Kadir Jasin

UPDATE- 11 Mac, 1MDB simpan RM4 bilion di Singapura dan "salahkan" Bank Negara.

PARLIAMENT The balance US$1.103 billion that 1Malaysia Development Berhad (1MDB) had invested in a Cayman Islands fund has been brought back but is being kept in a Singaporean bank, the government said.

In a written answer to Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), the Finance Ministry said that the amount, equivalent to over RM4 billion, is being parked at the BSI Bank Limited Singapore (BSI Singapore).

“The decision to use a bank in Singapore was done in order to smoothen the transaction as there are regulations from Bank Negara that transactions above RM50 million needs its approval,” it said.

 

My question is, do we have to bring back our own money from abroad through a bank in Singapore and not directly to our own banks?

 

 Is Bank Negara that stupid to make capital flow into the country difficult or somebody is using Bank Negara as a punching bag?

ORIGINAL POST  

KEMUNCULAN (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi sebagai pembela utama Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad tidak memeranjatkan.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden (1) Umno itu memerlukan Mohd Najib dalam krisis yang dihadapinya sekarang berkaitan suratnya kepada Biro Penyiasatan Pusat Amerika Syarikat (FBI) mengenai orang disyaki Paul Phua Wen Seng.

Ahmad Zahid dilaporkan menuduh pihak-pihak yang mempertikaikan urus niaga syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sebagai bermotifkan politik. Beliau menyokong kenyataan bosnya, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, Rabu lalu bahawa penerangan 1MDB dan juruaudit luarnya, Deloitte, tidak mendedahkan sebarang penyelewengan dan kepincangan urus niaga.

Ahmad Zahid tuduh pengkritik 1MDB bermotif politik
Tetapi dua hari selepas itu, ketua nombor dua beliau, Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin mengeluarkan kenyataan yang berbeza dan tegas.

Menurut laporan Bernama, beliau mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. (Baca di sini).

Alhamdulillah, itulah kaedah yang tepat. Isu 1MDB memerlukan “forensic auditing” macam doktor menyiasat sejarah pesakit atau membedah mayat.  Terima kasih Muhyiddin dan hendaknya janganlah Ahmad Zahid menuduh tindakan Timbalan Presiden Umno itu bermotif politik!

Jawapan kepada tindakan Muhyiddin mudah saja. Apa yang dikatakan taklimat oleh Arul Kanda Kandasamy yang baru beberapa minggu menjadi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB dan juruaudit luar 1MDB, Deloitte semestinya amat terhad.

Muhyiddin mahu audit forensik ke atas 1MDB
Arul Kanda hanya berhak bercakap dan bertanggungjawab kepada apa yang beliau ketahui dan lakukan sejak mengambil alih teraju 1MDB pada 5 Januari lalu manakala Deloitte hanya untuk jangka waktu menjadi juruaudit luar 1MDB mulai Disember 2013.

Anggota Kabinet yang faham undang-undang dan peraturan tentulah tidak puas hati dengan maklumat terhad itu sedangkan mereka diminta turut bertanggungjawab terhadap syarikat itu. Mereka tentunya tidak mahu dituduh bersubahat kemudian hari.

Orang putih kata, splitting hair. Bayangkan bagaimana susah hendak membelah sehelai rambut. Mungkin benar akaun 1MDB bagi tempoh singkat diaudit oleh Deloitte memenuhi piawaian perakaunan yang digunakan di negara kita. Kalau tidak, masakan Deloitte berani mengesahkannya. Cuma adakah pengesahan itu bersyarat (qualified) atau tanpa syarat (unqualified). Kalau bersyarat, ertinya ada perkara yang tidak dapat disahkan oleh juruaudit luar.

Pembabitan Arul Kanda dalam 1MDB amat terhad
Ahmad Zahid boleh bantu penyiasatan kerana beliau seorang usahawan dan eksekutif perniagaan yang cukup berpengalaman. Sebagai bekas usahawan dan eksekutif korporat yang berjaya dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Kretam Berhad, sebuah syarikat umum yang disenaraikan di Bursa Malaysia, beliau tentu tahu laporan dan akaun tahunan hanya memuatkan fakta dan perangkaan asas. Ia tidak mendedahkan modus operandi syarikat atas alasan ia rahsia perniagaan (trade secret).

Saya harap Ahmad Zahid gunakan kepakaran beliau sebagai bekas eksekutif OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, eksekutif kanan PNB/ASN, pengarah eksekutif Scandinavian Motors Sdn Bhd, pengerusi Tekala Corporation Berhad, pengerusi Seng Hup Berhad, pengerusi Ramatex Berhad dan pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi melakukan pencerahan terhadap kekusutan 1MDB dan bukan sekadar membuat kenyataan politik murahan.

Bukan Semua Melayu Jahil

Orang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan, perakaunan, modus operandi urus niaga dan rahsia perniagaan tentulah akan terangguk-angguk mengiakan hujah Ahmad Zahid dan ahli Kabinet yang sependapat dengan beliau, apatah lagi kalau mereka ahli dan penyokong tegar Umno.

Tetapi hari ini, hatta di kalangan orang Melayu dan orang Umno pun ramai yang berniaga, menjadi eksekutif korporat, juruaudit dan pensyarah ekonomi. Jadi mereka boleh bezakan antara pasir dan permata.

Natijahnya, pemimpin Umno janganlah sangka semua Melayu “bangang” (meminjam istilah Perdana Menteri) dalam hal ekonomi dan perniagaan maka boleh diperkotak-katikkan.

Umno perlu belajar agar lebih pandai berkomunikasi dengan Melayu yang makin cerdik. Adalah kesilapan besar bagi Umno memajukan orang Melayu melalui pelajaran dan ekonomi, tetapi berkomunikasi secara dangkal kerana menyangka orang Melayu semuanya ikut cakap dan percaya omongan mereka.

Sekadar anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung, saya rasa adalah amat sukar bagi Umno kembali meyakinkan majoriti orang Melayu dan mengembalikan keyakinan orang bukan Melayu untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Umumnya, pengkritik dan penganalisis bukan sekadar mempertikaikan akaun 1MDB. Mereka juga mengkritik dan menganalisis perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan dan akaunnya – mungkin atas alasan rahsia perniagaan.

Antara yang dipersoalkan adalah hutang-piutangnya yang sangat besar (melebihi RM40 bilion), pengaliran modal, pembelian aset yang melebihi harga pasaran, pembawakeluaran modal untuk dilaburkan di Cayman Islands, kesukarannya membayar balik hutang kepada bank-bank tempatan, dakwaan pembabitan “billionaire” T Ananda Krishnan menyelesaikan hutangnya dan paksaan ke atas syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi pinjaman kepada 1MDB dengan membeli bon/sukuk yang dikeluarkannya dan pembabitan pihak-pihak misteri seperti Jho Low dan PetroSaudi.

Kalau tugas Ketua Juruaudit Negara sekadar “verify” (mengesahkan) akaun lMDB, ia tidak lebih daripada “rubber stamp”. Tetapi sekiranya KJN diberi kuasa khas atau beliau sendiri berani mengambil inisiatif melakukan “forensic auditing” barulah ada harapan kita menjejaki “money trail” untuk mengetahui siapa buat apa dan dapat apa.

Penyelesaian Ala Idris Jala?

Penyelesaian masalah hutang dan kerugian 1MDB pun bukanlah sekadar memperlondehan aset (asset tripping) ala (Datuk Seri) Idris Jala.

Idris Jala petah berhujah. Untuk itu saya tabik spring kepada beliau. Bagi mengatasi masalah kerugian dan kehabisan modal MAS, beliau menjual asetnya dengan melabelkannya “asset unbundling”. Realitinya kalau setakat memjual harta yang orang lain buat untuk buat keuntungan luar biasa, siapa pun boleh. Tetapi apa yang terjadi kepada MAS selepas Idris Jala londehkan asetnya?

Harap-harap “asset stripping” bukanlah model yang akan Arul Kanda laksanakan. Sekadar jual tanah atau buat usaha sama, mudahlah. 1MDB banyak mendapat tanah murah daripada kerajaan di Kuala Lumpur – tapak TRX di Jalan Tun Razak dan tapak Pangkalan TUDM di Sungai Besi. Anehnya, apabila membeli aset swasta seperti penjana elektrik bebas (IPP) dan tanah di Pulau Pinang 1MDB bayar harga tinggi.

Ramai tauke-tauke hartanah yang licik macam (Tan Sri) Liew Kee Sin (Eco World) dan (Tan Sri) Desmond Lim Siew Choon (Pavilion Reit) – sekadar contoh sahaja – yang pastinya berminat membeli atau menjadi rakan kongsi 1MDB.

Bagi yang tidak tahu, Desmond Lim terbabit dengan penswastaan tapak Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang yang dimajukannya menjadi The Pavilion. Tentu beliau amat berminat dengan tanah 1MDB. Malah ada laporan sejak tahun 2010 lagi yang mengatakan beliau berminat berkongsi dengan 1MDB.

Liew pula menjadi terkenal seantero dunia kerana berkongsi dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) majukan SP Setia. Setelah keluar dari SP Setia beliau menyertai Eco World. Baru-baru ini UDA ambil Eco World sebagai rakan kongsi majukan tanah Penjara Pudu. Liew juga tentu berminat “menyelamatkan” 1MDB.

DBKL dan Syarikat Perumahan Negara pun buat macam itu juga apabila mereka mengambil YTL sebagai rakan kongsi dan peneraju projek Pantai HillPark atau macam Ananda lakukan dengan penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang. Beliau “memodalkan” tapak itu dan jual sahamnya kepada Petronas bagi mendirikan KLCC.

Kalau 1MDB benar-benar syarikat pelaburan strategik ia tentulah mempunyai “business model” yang cukup unggul, berdarjat dan mengatasi kaedah perniagaan biasa. Ia sewajibnya membantu kerajaan dan negara menjana kekayaan baru, bukan membeli aset yang sedia ada seperti IPP atau bersaing dalam sektor hartanah yang sudah pun diceburi oleh syarikat GLC lain dan sedang mengalami lebihan bekalan yang teruk.

Bukan Semua Bermotif Politik

Masalah dan kontroversi 1MDB tidak selesai semata-mata kerana Kabinet tidak mengesan sebarang perbuatan salah setelah mendengar taklimat 1MDB dan Deloitte.

Deloitte baru setahun jadi juruaudit 1MDB
Dan bukan semua pengkritik dan penganalisis yang mempersoalkan modus operandi dan kerahsiaan (secrecy) 1MDB bermotif politik.

Yang bermotif politik adalah pembangkang yang sememangnya mahu menjatuhkan kerajaan Umno/BN dan orang Umno/BN sendiri yang tidak mahu diperdaya atau dituduh bersubahat dalam hal 1MDB.

Yang lainnya adalah pemerhati dan penganalisis yang faham selok-belok perniagaan dan nampak banyak isu luar biasa dan mencurigakan mengenai 1MDB.

Mereka tahu masalah 1MDB kalau tidak dibongkar dan diatasi boleh mencetuskan wabak sistemik yang sangat buruk ke atas ekonomi, fiskal, perbankan dan mata wang negara.

Wallahuaklam.

65 comments:

MelayuJahil said...

Nampak macam Zahid desperate.

Nampak macam dia ingat orang semua jahil.

Nampak macam kabinet puas hati..

Nampak macam macam.

Yang belum nampak jelas bukan semua rakyat faham apa yang Zahid desperately cuba nak sampaikan.
Sebab kalau betul pehak2 yang mencari kesalahan 1mdb ni dan menjatuhkan imej negara...

Nampak macam taktik 'flagging' saja macam zionis guna untuk flag orang komen anti zionis sebagai antisemitic padahal dua2 tu lain entiti...

Nampak macam ada consultant Zionis....

Urang Awak said...

Salam Dato,

Berdasarkan kepada pengalaman saya yg lepas2, kebiasaannya Bank Rakyat akan mengumumkan peratusan dividend kepada pelabur2 pada bulan February tetapi sehingga kini senyap sepi aje.

Apakah Bank Rakyat sama seperti 1MDB jugak ke...? dah kena kencing ...?? siapa kencing..? pak Arab..? carpet merchant..?

Adoi...UMNO sekarang tak abis2 buat tahi & berak merata2.

akaz said...

DAKJ,

Saya amat bersetuju dengan tulisan datuk ini. Kepada TPM syabas diucapkan kerani berani menyuarakan apa yang sepatutnya beliau lamunan. Ternyata ada juga ahli kabinet yang berani menyuarakan pendapat berhubung dengan 1MDB.

Pada hemat saya, sekiranga UMNO dan BN ingin besar dalam pilihanraya akan datang. Mereka harus besungguh-sungguh menyelesaikan isu-isu 1MDB. Mereka-mereka yang disyaki harus didakwa. Dengan kesungguhan ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Sudah masanya kerajaan tidak seharusnya menyapu habuk ke dalam tikar.

Joe Black said...

Dato'

Dengan menggunakan Akaun 2013 dan seterusnya yang telah diAudit olih JuruAudit Antarabangsa Deloitte serta mengesahkan bahawa tiada apa yang kekurangan atau terpesong dalam hal 1MDB, Najib seolah olah menyapu sampah sarap serta bangkai yang telah sedia ada di 1MDB kebawah permaidani cantik molek yang telah dibentang olih Arul Kandasamy.

Lega Rakyat biasa apabila Tan Sri Muhyideen Yassin mengarah supaya Audit kedalam hal kewangan 1MDB mesti merangkumi jangka bermula dari apabila 1MDB ditubuhkan. Ini akan memberi gambaran yang sebenar serta rakyat dapat mengintai dibawah permaidani yang telah dibentangkan itu.

Ahli UMNO patut memberi semangat dan sokongan padu kepada Timbalan President supaya beliau di uja semula dengan semangat baru untuk membaiki UMNO, sebab nampakya UMNO sudah rosak dipergunakan olih pihak pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Terima kasih DAKJ kerana secara tanpa berselindung ucap tkasih kpd TSMY.

2. Mungkin DAKJ terlupa nak ucap yg sama kepada manusia2 berani tanpa kira dari UMNO, pembangkang maupun NGO yg dah berbulan2 membangkitkan isu kecurangan pihak tertentu dalam merompak wang rakyat melalui IMDB.

3. Sejak kebelakang ni tiada seorang pun anggita kabinet maupun ahli MT UMNO yg mau menjadi kritikal terhadap teman mereka yg lebih berkuasa.

Perangai mereka persis cerita P Ramli di mana pencuri dgn gembira membahgikan harta yg dicuri di antara mereka.

" kamu diam2 la dulu. Dulu kamu dah dpt peruntukan saham itu ini, permit itu ini, kuota bawa pendatang asing, dana lembu kondo rm250jt, projek PKFZ berbillion rgt, projek buat istana negara/ hospital shah alam/bangunan matrade berbillion rgt, projek IPP berbillion rgt , projek Bakum berbillion rgt dll"

Sekadar menyebut beberapa contoh bertaraf lima bintang. Gimana pulak projek bertaraf puluhan juta yg diagih di perigkat pembesar negeri dan daerah?

4 Bahasa standar yg di guna oleh pembodek Najib adalah setiap kritikan dianggap politik.

Terbaru pengkritik Najib mungkin berhadapan dgn akta hasutan, akta OSA dan penal code.

5. Sudah beberapa kali saya tak setuju dgn DAKJ yg menyebut UMNO telah berjaya melahir ramai cerdik pandai Melayu.

Saya lebih yakin UMNO selama ini berjaya melahirkan Melayu miskin dan bodoh yg demikian terpaksa bergantung harap pd janji manis UMNO.

6.Ada politikus UMNO bertahap cop ayam hidup senang dgn membodek mengiyakan Najib.

Sayangnya org yg tiada kualiti dari segi keikhlasan dan kejujuran inilah yg dinobat sebagai org besar dalam hiraki UMNO.

Kalau ahli UMNO tu sendiri baik2 kenapa mereka tak pilih org macam Tok Pa dan Datuk Kamaliah?

Berlatar belakang situasi begini tau la kita UMNO teruk kerana Ahlinya juga teruk. Saya rasa malu hendak dikaitkan dgn organisasi spt ini. Malu sungguh graduan Oxford menjual diri terlalu murah.

Gimana pun saya pilih TSMY jauh lebih baik dari Najib. Paling tidak kita cuba dulu.

master said...

1) Muhyiddin 'The Brutus' perlu mendapatkan sokongan Khairy Jamaluddin untuk mara selangkah ke hadapan dengan syarat. Mungkin jawatan yang lebih menarik untuk KJ seperti Menteri Pelajaran atau Kementerian Dalam Negeri. Juga pelan Naib Presiden untuk Khairy Jamaluddin. Pemuda UMNO mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti.

2) Hishamuddin, Zahid, Shafie Apdal mungkin sedang berkira-kira siapa yang bakal tersingkir dalam episod terakhir Ides of March kali ini. Jika tidak berhati-hati kemungkinan kita akan dapat TPM dari Kepulauan Borneo. Mungkin juga boleh pertandingkan jawatan TPM.

3) Bebaskan Anwar dengan syarat tiada ancaman jangka masa panjang dari Anwar. Anwar mungkin tidak dapat bertanding PRU-14. Sekaligus mendapat momentum sokongan dari PKR untuk perubahan kuasa.

aku bukan politician said...

Aslm dakj,

u made my day with this posting.

Government of the day mmg tadak class, lekeh. knowledge wise fail, integrity wise fail, transparency pun fail. najib kena lah bertanggungjawab terhadap 1mdb, jangan main lepas tangan. audit firm pun kita tau banyak yang ada kontroversi, bukan malaikat.

Daripada sikit ada kepada banyak ada = untung
sikit ada kepada sikit ada = balik modal
sikit ada kepada tiada dan berhutang = lu fikirlah sendiri

makin hari saya semakin menampah dengan pentadbiran kerajaan najib termasuk barisan kabinetnya, apakah maksudnya ini.

aku bukan politician

msh said...

Salam Dato.

1. Terima kasih pd Muhyuddin kerana tegas dlm perkara ini.

Harap jgn 'cover up' lebih2 kerana ini satu skandal yg besar...tetapi jgn juga lupa tentang isu Bank Rakyat.


2.Tentang ancaman dan penafian Zahid pasal isu 1MDB untuk menjaga Boss...dia dari dulu lagi cuma GAH menjelang PAU sahaja.

Dia dlm 'inner cicle'....serupa pembodek2 lain yg ada 'personal interest'....dia seorg survivor yg licik dan retorik.

Lupa kah kita dgn kes Sabu yg dia gempar dan tuduh Syiah...gred A dan entah apa lagi oleh beliau lepas itu sepi bisu....tiada 'action'..?

Ramai org Melayu sudah kenal siapa Zahid sebenarnya...
'Kuat Glembong'.....kes surat pd FBI yg masih panas lagi mengenai penyangkak yg dia 'defend' pun bercerita semuanya tentang peribadi dia.

Dlm memegang tampuk jawatan Menteri Dlm Negeri...pun banyak isu2 polis dan pendatang yg penuh kontroversi terjadi.

Dia akan 'defend' Boss dia walau pun 'at the expense of Umno' dan org Melayu.. ..ini kira tidak adil dlm amanah yg diberi.

2x5 sahaja.

Letak tepi saja cakap dia buat ketika ini...sudah tiada kredibiliti lagi.

Hmmm....nmpaknya ketua2 Umno masih tidak belajar lagi dari pengalaman dan sejarah.

Berkopiah....berketayap...menjadi imam bila bersembahyang (siap dgn doa sekali)...bertutur.dan bertarbiah pasal ugama bila berkempen...tetapi perbuatan?

Allah sahaja yg tahu.

Tetapi seperti Dato berkata....bukan semua Melayu yg dangkal boleh diperbodohkan lagi.

Terima kasih.

aku bukan politician said...

satu lagi tok, pemuda dengan puteri ni apa cer? macam tadak kerja ka tak buat kerja.

gila glamor saja. mana kumpulan pendesak dalam umno? tadak taring, dah kena cabut ekor.

ketua pemuda ni masa di luar kabinet pandai cakap macam2, bila dah jadi anggota kabinet barulah kita tau takde lah bagus mana pun. sama lah macam mantan ada satu mp ni, masa jadi back benchers bukan main berhujah. bila dah jadi menteri, baru tau kemampuan diri tu.

we really truly desperately need a leader who will fight for the sake of the country and the people not for personal interest.

PUTRA MERDEKA said...

gua cilok tok, tq

Malindo said...

Saya tau DS Zahid(sebab dia Menteri)tapi tak kenal peribadi,hanya lama dulu(sebelum saya bermastautin di Jakarta)teman saya yg ada projek perumahan di batu 9 cheras minta tolong dari saya minta sewa dari DS Zahid yg dh lama tak bayar bangunan yg dia sewa dari teman saya utk jadikan IPTS.saya juga dilantik sbg direktor syarikat perumahan tersebut.saya kata pd teman,tulis surat saja,nanti kita lebih2,susah sebab.DS Zahid itu org politik.itu dulu,Skrg saya lihat DS Zahid bukan main hebat lagi sejak jadi Menteri,main buat statement tanpa data yg tepat,org ada Doktor(kata org Indonesia)buat statement base on fact.dia byk bercakap terlebih politik.

zainal abidin awang kechik said...

BERDOA saya kepada Allah semoga 1MDB ini hanya fitnah belaka...


KALAU BUKAN FITNAH.. MAKA MALA PETAKA BESAR AKAN DATANG DAN ADA YANG AKAN NAIK TURUN JALAN DUTA UNTUK TEPIS PAKU PAKU YANG MEREKA BUAT...


SALAM TOK..

JIKA TPM sudah buka mulut Ada yang akan dapat TUN

SALAM TOK

Hj Jaafar said...

Dato.
Saya tidak yakin Auditor General dapat membuat siasatan saperti yang di sarankan oleh TS Mahayuddin.Ianya tidak ada irang yang layak.Jika hendak menyiasat perbelanjaan Kementerian mudah.Penyisatan 1MDB melibatkan money trail di luar negara.Auditor General tidak ada keupayaan untok membuat nya.

Ingat kes Carrian di Hong Kong.
Auditor General waktu itu Dato Anmad Noordin mendapatkan bantuan dari Peguan Chooi,dari Chooi and Co ,dan Dato Ramli dari Peat Mewick.
Apa yang perlu di buat oleh Auditor general ,Amrin Buang ialah membuat laporan polis dan MACC supaya merekan ini membuat siasatan.
Jika perlu mereka perlu melantek firma accountant antara bangsa untok membuat forencis audit.

Apa yang berlaku di Malaysia,1MDB tidak melakukan apa apa kesalahan.Semua nya ada kelulusan board.
Yang kita hendak tahu,apa yang terjadi dengan wang salepas ia meninggalkan Malaysia.
Wang Kumpulan Penchen $4 billion lesap.apa yang di gunakan .Dengar kata wang ini di gunakan untok membeli lombong arang batu di Mingolia .Tapi lepas di beli Lombong arang batu itu tiada ada.
Bagaimana dengan wang yang pergi ka Cayman island.
Saya setuju dengan saranan Dato,Zaid Hamidi hanya untok ampu Boss nya.
Lihat apa yang terjadi dengan kenyataan Arul,ia kata J Lo tak terlibat.Lihat apa yang di dedahkan oleh Serawak report.ia nya mengesahkan J lo terlibat.
Bukan kah ini memalukan kerajaan dan credibility 1MDB.
Selamatkan lah Malaysia dari orang orang yang tamak.
Salam

Quantum Metal Consultant said...

Saya tidak nampak audit forensik Muhyiddin merupakan satu tindakan yang menyelesaikan isu sebenar 1MDB tetapi lebih kepada coverage segera untuk menunjukkan sesuatu yang betul sedang dilakukan, sekadar cuba meredakan keadaan.

Hakikatnya, cakap tak serupa bikin.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Hj Jaafar, antara lain, berkata: "Apa yang perlu di buat oleh Auditor general ,Amrin Buang ialah membuat laporan polis dan MACC supaya merekan ini membuat siasatan.
Jika perlu mereka perlu melantek firma accountant antara bangsa untok membuat forencis audit."

2. Saya setuju audit forensik tidaklah semudah itu. Apatah lagi kalau kesalahan dilakukan di luar bidang kuasa Malaysia.

3. Securities Exchange Commission (SEC) Amerika ambil masa hampir empat tahun siasat skandal Enron sebelum dapat menyeret eksekutif syarikat itu ke mahkamah.

4. Dalam kes Enron, firma audit antarabangsa Arthur Andersen didapati menipu dan akhirnya ditutup.

5. Saya pun macam pembahas Zainal Abidin Awang Kechik yang berkata: "BERDOA saya kepada Allah semoga 1MDB ini hanya fitnah belaka..."

6. Tetapi beliau menambah: "
KALAU BUKAN FITNAH.. MAKA MALA PETAKA BESAR AKAN DATANG DAN ADA YANG AKAN NAIK TURUN JALAN DUTA UNTUK TEPIS PAKU PAKU YANG MEREKA BUAT..."

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Bila sebut Audit Forensik terhadap 1 MDB oleh Jabatan Odit Negara.
Adakah Odit Negara mempunyai pakar Forensik dalam bidang ini.

Masa teori sahaja minta Audit Forensik.
Perlaksanaan nya tak ada setaraf forensik.

Rakyat sudah mula buka mata isu ini.Bangkai gajah tak uapaya ditudung lagi.Kalau pembangkang jaja isu ini janganlah marah-marah.

Sebab kerajaan yang berselindung dengan berbagai cara.

Cerita Skandal Bank Rakyat pun sudah mula menjadi topik rakyat biasa.

Ternya hari ini ahli dan pemimpin UMNO ketinnggalan dalam memahami kedua-dua isu ini.

Taat Setia tanpa berbelah bagi.

Janganlah sampai jadi burang kakak tua.

Terima kasih Dato.

Mat Osman said...

PM dah kata 1MDB betul.

Jangan persoalkan tindakan kerajaan.

Kalau tak suka, diam sajalah

Direktor Sketsa said...

Dato',

Statement TMY lebih kepada cover up boss nya tetapi statement DSZH lebih kepada mengampu. Kedua-dua nya sama walaupun nampak tak serupa.
akhirnya ia akan jadi seperti Suruhanjaya Dira Kad Pengenalan di Sabah, tiada yang bersalah walaupun nampak macam ada seleweng.
Drama BN/UMNO boleh di baca kesudahannya dan akhirnya 1MDB akan di bubarkan kerana strategi kearah itu sedang dilaksanakan oleh Arul.
Tiada yang bersalah dan happy ending. Ulang cerita lama seperti PKFZ, Perwaja steel dan banyak lagi salahlaku yang "happy ending". Buat pendakwaan dan akhirnya semua bebas, tiada yg bersalah....rakyat tutup mulut, masa PRU bagi gula-gula campur ketum, rakyat dah lupa, mabuk, lupa, undi balik BN, BN buat onar, tutup...
berulang-ulang Dato, dah 9 tahun blog Dato, dato buka cerita, ramai komen..pas tu senyap.

Direktor Sketsa.

Kawanlama said...

AsSlm Datuk,

Hanya hairan dan sukar hendak memahami apa lagi yang Datuk inginkan berkaitan IMDB.

Tidak boleh ke tunggu dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas daripada kerja tidak semasak umur Datuk dalam melihat sesuatu masalah.

Pemikiran dan ulasan para pemimpin pun hendak dijadi polemik yang tidak menguntungkan semua pihak.

Kalau hendak kumpulkan ulasan atau pemikiran idola Datuk semasa 22 tahun memerintah, terdapat banyak ulasan beliau memperkecilkan pemikiran orang Melayu ketika itu....mungkin Datuk tidak perasan kot.

Unknown said...

1Mdb maha hebat bank rakyat pun hebat kes liwat lagi hebat hingga ada road show macam konsert artis jadi macam2 ada tapi apakah orang2 melayu kampong masih tidur nya selesa atau melayu pra bandar masih enak minum teh tarik nya orang2 none melay dah lama bangun dah lama dok perati tingkah laku para pemimpin BIJAKSANA NASIONAL dalam mengurus hal ehwal ekonomi dan juga sosial rakyat. Apakah ki masih nak menjadi pemerhati sahaja dengan permasalahan yang berlaku atau sekadar cukup mulut ditampal dengan BR1M tanpa mahu berfikir warisan apa yang kita nak tinggalkan kepada generasi akan datang? dengan hutang sudah pasti kerana hutang kita berlonggok seperti tasik atau empangan BAKUN?. Masaalah ini masaalah negara dan perlu diatasi dengan kadar segera agar rakyat tidak terus derita dengan beban hidup kos yang amat melamaui pada masa ini. Sekian dato,

Unknown said...

Aslkum DAKJ

1. Bukti apa lagi yg Najib dan pengampu mau dari pengjkrtik IMDB.?

2.Dah dua firma audit tak sudi jadi auditor luar IMDB. Auditor yg ada sekarang mungkin tak cukup bisnis dan firma terkecil antara firma audit antarabangsa terbesar.

Biasanya auditor luar yg bermarwah akan berhenti setelah mereka tak lagi sebulu dengan majikan (IMDB) dalam urusan besar itu mereka tidak lagi dapat dengan yakin mengesahkan penyata kewangan IMDB itu benar, betul, dan adil agar tidak menipu bank, SC, BNM, pelabur, LHDN dan lain2 stakehokders yg ada kepentingan dgn IMDB.

Saya berharap akan ada siasatan oleh pihak berkuasa perakaunan antarabangsa apakah etika perlantikan dan pengantian telah diikuti oleh lembaga pengarah IMDB.

Percayalah. Bila dua auditor berhenti maka adalah yg sangat mereka tak setuju dengan IMDB.

Tak tau la jika rakan kongsi Deloitte sejak buka bisnis di Malaysia dah terlebih makan belacan atau nasi lemak atau main golf dgn org tertebtu hingga dah boleh sebut Deloitte BOLEH.

3. Dalam masa 5 tahun IMDB dah beberapa kali membuang kerja atau menganti CEO mereka. Apakah itu bukan tanda IMDB bernasaalah?

4. Satu dunia tau bahawa IMDB ada masaalah kewangan yg besar.

Hutang mereka besar sekitar rm42b berbanding modal berbayar cuma rm1jt.

IMDB dah beberapa kali terpalit dgn dakwaan mencari pasal bila membeli aset pd harga jauh melebihi nilai pasaran. Mereka juga dikatakan membeli IPP yg dah tempuh konsesinya hampir tamat tempuh. Mereka juga membayar aset yg tak ujud di Mongolia.

Mereka juga melabur dalam bentuk JV dgn firma Petrosaudi yg track rekodnya sangat meragukan hingga menjurus kpd anak tiri pembesar dan teman Cina beliau tiba2 dikatakan menjadi billionare.

Terakhir dan sudah tak boleh nak disangkal oleh sesiapa adalah IMDB ada masaalah aliran tunai hingga tak boleh bayar hutabg berbillion rgt kepada bank2 tempatan sehingga terpaksa dibailout.

Dan dalam situasi hutang IMDB akan matang satu persatu tak lama lagi dan rancangan IPO IMDB melalui penjualan saham anak syarikat masih gagal terlaksana mungkin kerana mereka gagal memenuhi kehendak pihak berkuasa atau mereka gagal mendapat pelabur antarabangsa atau tiada investnent bank yg berani nak menjadi underwriters maka kalau bukan namanya anak enas Najib, dah lama proses membangkrap IMDB dimulakan oleh pemberi pinjaman.

Bak Najib, KJ atau Hasan Malek berhentilah memperbodoh diri sendiri.

Din Kalut said...

Maka berhimpulah semua KB UMNO seluruh Malaysia hari ini.KB adalah wakil akar umbi katanya bersama Presiden mereka.

Johann said...

I can only hope that a proper audit will be carried out whether by the Auditor General or the PAC. It is also good to hear the TPM say that 1MDB's board should also be held accountable, if any wrong doing is found.

In the recitals to the joint venture agreement("JVA") between 1MDB and Petrosaudi, the latter claims to have assets worth USD2.7 billion. It further states that PSI had made advances amounting to USD700 million to the joint venture company (prior to the share subscription of USD1.0 billion by 1MDB, proceeds of which were used to immediately repay the advances).

Did 1MDB procure an independent valuation of the so-called assets prior to the initial subscription of USD1.0 billion?

Further did 1MDB engage its auditors or reporting accountant to review the accounts of the JVC to verify that PSI had indeed advanced USD700 million to the JVC (before the share subscription by 1MDB)?

Should the directors be responsible if basic due diligence was not carried out?

Now, we the rakyat are told to believe that all is well and the money has been redeemed and we the rakyat have made RM418 million. But where is this money and is it worth the paper it is written on? If things are so rosy and dandy, why can't 1MDB's Arul Kanda give a straight forward reply to the whereabouts of this money and the nature of the investments purchased?

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Tiori sdr kluangman banyak kebenarannya kecuali dgn tiba2 suara TSMY menjadi lebih kerap.

Atau ada kesepakatan TSMY dgn TDM, TDZ , Tengku Razaligh dan pembesar UMNO yg selama ini tak bersinar zaman Najib.

Apa2 pun dah tak sabar Najib digelar Tun.

matpenang said...

Zahid tabuli jadi pm, punah.

JMS said...

DAKJ,

Itulah masalah orang seperti kawanlama yg terlalu simplistic atau bersifat remeh bila berhadapan dengan isu besar seperti 1MDB.

Pernyataan-pernyataan oleh mereka yg berkepentingan memberi pelbagai makna dan erti sekaligus mempunyai ramifikasi ke atas kepentingan negara keseluruhannya. Inilah gambar besar (the bigger picture ) yg perlu difokuskan.

Benar Auditor General telah diarahkan untuk menjalankan verification. Apa salahnya jika ada mana-mana pembahas termasuk empunya blog DAKJ memberi input kpd AG ?

1MDB adalah brainchild Najib dan beliau juga adalah Pengerusi Lembaga Penasihat. Dikhuatiri akan ada kekangan psikologikal di pihak AG bersifat telus dan profesional. Apa lagi kabinet pada awal lagi telah menyatakan 1MDB semuanya baik. Pernyataan ini adalah premature dan memberikan tekanan kpd AG.

JMS said...

DAKJ,

Itulah masalah orang seperti kawanlama yg terlalu simplistic atau bersifat remeh bila berhadapan dengan isu besar seperti 1MDB.

Pernyataan-pernyataan oleh mereka yg berkepentingan memberi pelbagai makna dan erti sekaligus mempunyai ramifikasi ke atas kepentingan negara keseluruhannya. Inilah gambar besar (the bigger picture ) yg perlu difokuskan.

Benar Auditor General telah diarahkan untuk menjalankan verification. Apa salahnya jika ada mana-mana pembahas termasuk empunya blog DAKJ memberi input kpd AG ?

1MDB adalah brainchild Najib dan beliau juga adalah Pengerusi Lembaga Penasihat. Dikhuatiri akan ada kekangan psikologikal di pihak AG bersifat telus dan profesional. Apa lagi kabinet pada awal lagi telah menyatakan 1MDB semuanya baik. Pernyataan ini adalah premature dan memberikan tekanan kpd AG.

Joe Black said...

Dato'

Dari Segi Kepentingan Kerajaan dan Rakyat, 1MDB sepatutnya cuma diberi hak "Development Rights" olih kerajaan serta 1MDB tak dibenarkan menjual atau memajak Tanah tersebut.

Dengan sekadar dibenarkan membangun dan hakmilik tanah masih dalam tangan kerajaan tak mungkin kerajaan akan menghadapi masaalah yang dihadapi sekarang.

Saperti kata TSMY, 1MDB dijual tanah olih kerajaan dengan harga nominal yang selepas itu di jual olih 1MDB dengan harga yang Mahal khusus untuk membayar hutang, walhal kerajaan sudah kehilangan Tanah yang besar serta berharga dengan tidak mendapat apa pulangan pun.

Penasih 1MDB Najib Tun Razak patut disoal kepentingan siapa lebih mustahak? Adkah ianya kepentingan kerajaan dan rakyat atau kepentingan syarikat 1MDB.

Zed-85 said...

Dato'

Mengikut berita dalam media, 1MDB membeli tanah di Sg. Besi dengan harga Rm72 satu kaki persegi dan tanah untuk Tun Razah Exchange dengan harga Rm191 juta.

Kalau dahulu digantikan CEO 1MDB dengan graduan sekolah rendah darjah satu, tetapi bersifat amanah, 1MDB boleh untung jauh lebih besar.

Sekarang ini, mengikut media, tanah TRX sudah dinilaikan sebanyak lebih RM6 billion.

Ku Nan mengatakan 1MDB adalah "goose that lays golden eggs". Saya setuju 100%, tapi siapa sebenarnya yang dapat telur emas?, adakah rakyat Malaysia?.

Hutang 1MDB sampai RM40 billion. Kalau di kampung bunyi Rm40 billion tak berapa besar sangat tetapi RM40 juta, orang kampong terkejut besar. Oleh itu eloklah Ku Nan sampaikan sahaja jawapan 1MDB kepada orang kampong. Memang tepatlah wawancara 1MDB dibuat dengan Utusan Malaysia bukan dengan NST dan STAR.

Kalaulah 1MDB melabur dalam penjanaan tenaga dengan hutang Rm40 billion, berapa tarif elektrik yang akan dikenakan kepada rakyat Malaysia?

Rakyat Malaysia khususnya orang melayu tak perlu tengok bintang dan bulan, tengok lampu dekat rumah pun naik takut dan pikir dua tiga kali, takut bil naik melambong.

Janji Ditepati

Kawanlama said...

Terima kasih dan rasa sukacita bila sdra telah berikan perhatian dan maklumbalas kepada komen yang dianggap simplistic atau remeh itu.

Cuma hasrat saya hanya untuk kita fokus kepada mewujudkan keadaan yang kondusif bagi semua pihak untuk mencari keadaan sebenar halehwal 1MDB dan cari jalan untuk selesaikan apajua permasalahan.

Matlamatnya adalah untuk mencari fakta demi KEBENARAN & KEADILAN,

Kalau ini pun bentuk cara pemikiran yang remeh, mungkin cara fikiran Sdra JMS cukup tinggi dan matang kot

ANAK Pak Brahim said...

LEADERS, MANAGERS AND MINISTERS COME AND GO.
BUT UMNO MUST REMAIN.
IT IS UMNO THAT IS RELEVANT.
THOSE WHO HAS FAILED MUST GO.
MOR CAPABLE LEADERS SHOULD TAKE OVER....

Hi Jaafar said...

Dato Kadir,

Saya ingat TS Mahayuddin dan Cabinet gagal untok melihat satu lagi syarikat yang asalnya di bawah 1MDB dan sekarang ini di letakkan di bawah MOF.
Syarikat iyu ialah SRC.
SRC ada meminjam wang dari Kumpulan Penchen( KWAP) sabanyak $4 billion rgt.
Asalnay company ini hendak melabor dalam sektor arang batu.Mereka menggunakan wang yang di pinjam dari KWAP untok membeli lombong arang batu di Mongolia.
Sabenarnay lombong arang batu ini tidak ujud.Jadi apa jadi dengan wang $4 billions ini.
Wang ini telah di gunakan untok membuat fileh Hollywood dan membeli penthause di New York dan Baverly Hill,

Accountant General perlu juga menyiasat syarikat ini dan melihat money trail nya.

Saya percaya mereka sudah tentu tidak dapat membayar balej wang pinjaman dari KWAP,Jika ininterjadi MOF teroaksa menggunakan wang daro conselidated fund nya untok membayar balek wang KWAP.

Boleh Dato tolong masokkan cerita syarikat ini dalam Blog Dato.
Salam.

Unknown said...

Salam DAKJ,

Saya merujuk kepada kenyataan TPM Muhyiddin Yassin supaya dibuat forensic auditing ke atas 1MDB dari tahun 2009. Adakah ini hanya kenyataan akhbar yang mengutarakan pandangan beliau atau satu arahan kepada pihak AG? Kalau arahan, adakah valid arahan tersebut. Saya rasa oleh kerana PM ada kepentingan, perkara mengarah ini perlukan dari kabinet. Kalau setakat beri pendapat, pihak lain diluar kerajaan dah habis suara melaungnya. Bahkan ada yang disaman dan diugut saman oleh PM.
Sedemikian, saya mencabar kabinet memutuskan supaya audit forensik dilaksanakan ke atas akaun 1MDB.
Wallahuaklam.

Unknown said...

Salam DAKJ,

Rakyat memerhatikan setiap tindak tanduk politik menteri kabinet dalam menangani isu 1MDB. Beranikah mereka memberi tekanan kepada PM supaya audit forensik dibuat? Kalau dulu mereka berani mendesak Pak Lah berhenti dalam isu yang lebih kecil dan tidak melibatkan ekonomi negara.

2. Meminta PM dengan serta merta meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan, kalaupun tidak sebagai PM.

3. Kalau perlu, tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat salahlaku dalam 1MDB. Tidak mencukupi untuk membuat laporan polis, SPRM dan SC kerana rakyat tahu dimana kiblat ketua-ketua agensi ini.

4. Lebih radikal lagi, usulkan undi tidak percaya kepada PM dalam sidang Dewan Rakyat. Kita tenguk apa hasilnya.

Sesungguhnya rakyat dalam kegelisahan mengenang nasib negara yang telah ditadbir secara begini.
Wassalam.

banggoi petai said...

Alhamdulillah DAKJ , setidak tidaknya masih ada seperempat KB Umno yang tak perak buih p tengok panda bercakap d pwtc hari ni. Walaupun alasannya ada urusan lain yg tak dapat dielakkan ini menunjukkan yg KB2 tersebut tahu bahawa kata2 yg kluaq dari mulut c panda tak boleh dipercayai. .Yang hadir tu pun bukannya smua percaya cuma pasai nak tengok betoi ka panda boleh bercakap. .Balik ke bahagian masing masing nnt depa akan cerita kat juak yg depa kena tipu masa p pwtc. ..Ingatkan nk tengok panda rupa rupanya cuma c burung kakak tuaaa. ...

Pakcik said...

TSMY tak hadir tanda pengisytiharan perang?

aku said...

Masih terdapat orang Umno yang rasional.Syabas DAKJ!

JMS said...

Kawanlama,

Saya hanya mempersoalkan sdr/i kerana mempersoalkan DAKJ masih membangkitkan isu 1MDB walaupun kabinet telah memberi arahan kepada AG menjalankan verifikasi.

Dalam konteks tersebut saya katakan anda simplistic.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'

Semua kita sayangkan Negara ini. Tidak ada tempat lain untuk kita dan anak-anak cucu kita nanti.

2. Negara ini adalah milek semua. kita beri amanah kepada segelintir ahli-ahli politik untuk menjadi pemimpin dan mentadbir Negara ini dengan sempurna. Sekiranya mereka lupa kepada amanah ini maka Allah SWT akan menghukum mereka setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

3. Pertelingkahan mengenai 1MDB ini harus diselesaikan segera.Pihak pembangkang tidak yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Lebih merumitkan keadaan apabila Tan Sri Mahyuddin telah mengeluarkan kenyataan yang berasingan berhubung dengan isu 1MDB walaupun Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan Kabinet mengenai isu yang sama.

4. Walaupun Ketua-Ketua Bahagian UMNO telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dalam isu 1MDB, ianya tidak boleh menghapuskan keraguan rakyat mengenai pelbagai kemungkinan sekiranya 1MDB gagal sapeti yang digambarkan oleh pihak Pembangkang.

5. Kerajaan perlu berani sekiranya benar. Menunggu audit forensik akan mengambil masa. langkah segera yang boleh menghapuskan keraguan rakyat adalah melalui pembentangan kertas khas oleh Menteri Kewangan di Parlimen yang bersidang sekarang memperjelaskan kedudukan semasa 1MDB. Tidak ada pihak yang boleh berbohong di Parlimen.

6. Bagi mengelakan salah tanggapan oleh orang ramai dan atas prinsip tanggong jawap bersama maka Kabinet boleh mengarahkan Tan Sri Mahyuddin Yasin untuk membentangkan kertas khas mengenai kedudukan semasa mengenai 1MDB.

7. Kertas khas tersebut mungkin memberi fokus kepada isu-isu samaada benar 1MDB telah mendapat pinjaman dari Ananda Krisnan, kedudukan pelaburan di Cayman Island dan yang paling mustahaknya betulkah 1MDB tidak memerlukan bailout dari Kerajaan.

8. Sekiranya Kerajaan gagal memberi keyakinan kepada rakyat berhubung isu 1MDB maka kesempatan ini memberi ruang yang sangat banyak kepada pihak Pembangkang untuk membina kekuatan bagi menghadapi pilehanraya akan datang.

9. Semoga negara ini dihindarkan dari bencana perpecahan kerana membina semula sesuatu yang sudah teguh amat sukar dan melibatkan kos yang tinggi.

iklas,
Rahim

Malindo said...

pelaburan diluar negara memang baik kalau kita melihat secara terperinci data dan detail dan feasibility study sesuatu projek.Dalam berbusiness feasibility study penting,itu kalau betul2 niat berbusiness,tapi kalau berbusiness diatas kertas itu dah jadi lain.lebih2 lagi wang utk business dari duit negara.Bukan semua GLC pandai melabur,byk yang kantoi.Lebih ramai individu yang berniaga dari modal sendiri yang berjaya diluar negara yang jarang di lihat atau dibantu negara.entahlah..

Malindo said...

Salam hormat DAKJ,Disini(Indonesia)sejak zaman Susilo Bambang Yudhiyono banyak pemimpin negara(termasuk yg pimpin daerah) kena tangkap oleh KPK(Komisi Pemberantasan Korupsi)sekurang kurangnya KPK punya kuasa penuh dan rakyat sokong penuh KPK,hanya sehari dua ni KPK cuba di'bunuh'oleh setengah pihak dan rakyat demo sokong KPK,Menteri masuk penjara,Governor byk yg masuk penjara.Kita di Malaysia kalau rakyat bersuara lebih kena soal siasat.Kalau ada petinggi parti persoalkan misalnya 1MDB,terpelanting keluar.Di Indonesia tak ada parti oposisi yang ada dan disebut Parti Pengimbang pada yg memerintah.Walau disini korupsi banyak,tapi pemerintah sekuatnya pemberantas dan kalau pemerintah slow Komisi Pemberantasan Korupsi langsung tangkap.kalau tak siasat Rakyat demo besaran.Kalau di Malaysia demo untuk tangkap orang yg seleweng wang negara,pendemo kena tangkap.

merlimau9 said...

Dato
Berikan nama dan kelebihannya untuk mentadbir Malaysia.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Syabas sdr Malindo.

Org Indon yg ramai miskin pun dpt beza antara demokrasi dan rejim jahat Suharto bawah parti Golkar.

Sama2 kita berusaha kurangkan Melayu bodoh drpd 70% kpd 50% untuk tumbangkan UBN iaitu kembar Golkar

nor ishak ismail said...

sehari dua lalu saya melihat beberapa perkara yang menarik berlaku di KL. Di Sogo saya lihat ramai anak muda telah berkumpul dan menunjukkan perasaan mereka terhadap Najib dan Rosmah terutamanya, apa yang menarik tentang anak muda ini ialah kehadiran berbagai kaum menjerit dgn menggunakan satu bahasa, mereka terlupa tentang Melayu, Cina dan India mereka. Pada saya begitulah keadaannya apabila sesuatu "keperluan" itu diperjuangkan. Ini pernah berlaku pada tahun-tahun awal 70 an, dimana fesyen diantara anak dara pelbagai kaum dinegara ini pada masa itu hampir seragam, kesemua mereka bermini skirt, bermaxi dan berbellbottom. Ramai penyanyi Cina dan India nyanyi malah merakam lagu Melayu. Matlamat bangsa Malaysia hampir tecapai. Perjuangan ini kemudiannya terlerai apabila "kehendak" dijadikan matlamat perjuangan.

Semalam Najib telah mengumpulkan orangnya untuk menyatakan sokongan bahawa - segala yang dibuatnya adalah betul belaka tidak ada yang tak betul...semua orangnya kata OK, Ya tiada masalah. Malah Ku Nan kata kalau projek tu bawa untung (untung untuk siapa), apa nak disibukan?..Mahyuddin tidak hadir sebab katanya ada perkara yang lebih penting lagi yang perlu beliau buat?.

Hari ini pula (mungkin berita semalam) ada 3 berita menarik,(1). kes 1 MDB dikaitkan pula dgn bekas pembesar Sarawak. (2) Anak Isa dipanggil SPRM pasal pembelian hartanah (FGV) di UK. (3). Perempuan terkaya di Australia adalah Cina Malaysia, katanya kekayaannya diperolehi ikut undang-undang dan bersih.

budskpondok said...

umno mmerlukan 2 orang utk mmrintah selamanya. Pertama org BODOH kedua boleh diPerbodohkan.

msh said...

Salam Dato.

Setelah membaca surat khabar Utusan pagi isnin bertarikh 9hb Mac 2015 mengenai sokongan padu ahli2 kpd Presiden yg kini dilanda kemelut 1MDB disamping isu2 lain....sy terus terasa mual...loya teramat sangat....hingga hendak termuntah dan diikuti dgn rasa sakit perut yg tiba2 dan terus sahaja sy ketandas.

Serangan serupa ini jarang2 sy alami...tetapi akan terjadi bilamana sy terbaca cerita2 seram....dongeng yg terlampau atau cerita2 karut yg tidak masuk akal.

Walau pun Utusan melapur dan bercerita perkara yg sebenar tentang kesudahan 'rali solidariti ahli parti terhadap Presiden tersayang' sy rasa ianya sama sahaja seperti cerita dongeng yg seram dan karut dan tidak masuk akal langsung.

Inilah yg dikatakan cerita tentang bangsa sendiri yg;

..."tahu tetapi buat2 tak tahu".

Ada mata..tetapi buta.
Ada telinga ..tetapi pekak.
Ada mulut...tetapi bisu.

'Parti Keramat' konon.

Keramat apanya....jika ketua yg begini pun masih disanjungi?

Tetapi demi tembolok sendiri...inilah jadinya.

Bila agaknya bangsa Melayu menjadi lebih cerdik..bijaksana....berterus terang...jujur dan amanah agaknya?

Terima kasih.






Lahuma said...

Dato.

Kita amat berharap KEtua Bahagian yang angkat papan tanda sokong Presiden UMNO itu dapat buat majlis dailog terbuka dikawasan masing-masing dalam tempoh seminggu ini.
Jemput semua NGO_NGO,Pegawai Kerajaan,Swasta,Pesara Kerajaan,Penjaja Kecil dan besar untuk kita dengar dan berdailog dengan mereka.

Kita tengok pula sejauh mana kemapuan Ketua Bahagian meyakini rakyat dibawah.

Janganlah kerja Ketua Bahagian jelajah rumah UMNO sahaja dan kroninya sahaja.

Lebih malang ada Ketua Bahaigian yang jengok kawasan hujung setiap.Cari makan dilain.Cari pengaruh politik dikawasan lain.

Ketua bahagian ini ada tiga kategori.

1.KB yang tak perform pun.\
2.Ada juga KB yang perform.
3.lebih mnalang KB yang syok sendiri.

Kenapa TPM tak bersama.Mungkin tak dijemput secara resmi.
Sebenarnya ramai dalam UMNO yang kurang yakin dan puashati dengan penjelasan terhadap 1 MDB ini.

Niat nampak baik dan murni.
Selepas itu serabut dan memalukan.

Rakyat bukan semua jahil.

Terima kasih Dato.

mohamad adel said...

Result siatan 1MDB NTR semua ok.......

azman said...

Assalamualaikum wbt. pak Kadir.

Setuju dengan pendedahan yang berani sebegini,syabas & diharap pak Kadir tidak "hangat hangat tahi ayam".Tidak seperti pembangkan yang hanya tahu berkokok & tidak ada kesungguhan untuk menyudahkan kerja.

Nampak sekarang telah timbul kesedaran dari agensi agensi kerajaan, bahawa kebenaran mesti dipertahankan & rakyat perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pendidikan perlulah berterusan, supaya ia menjadi budaya kepada generasi muda untuk berbuat baik tanpa meminta dihargai(Ikhlas).

MOKHTAR said...

Salam Dato,

A special Task Force will only investigate if elements of cheating & CBT found in AG's report... kalau hanya ' cosmectic auditing ' sampai bila2 pun tidak akan jumpa unsur2 penipuan & CBT..diharapkan Task Force proceed with their tasks without political pressure.

matpenang said...

Salam,

Rafizi dah declare harta.
Tak nak yang menyahut ke?
Jangan kata najib, ajk bahagian pun berlipat kali ganda. Ketua bahagian? Menteri?
Syok belek bank statement nooo...

bat8 said...

Sdra confuse kot antara UMNO dan UMNO Baru.Jika kita boleh bezakan antara keduanya, kita akan nampak dengan lebih jelas masaalah orang melayu, halatuju politik UMNO Baru dan jakan2 menyelesaikannya.

2. UMNO Baru adalah sebuah SPV yang ditubuh oleh TDM untuk memastikan Presiden UMNO Baru kebal buat selama-lamanya dan tidak boleh dijatuhkan secara politik melainkan dengan kehendak Allah. Contoh pertukaran presiden UMNO/PM atas kehendak empujya diri atau Allah? Kalau ikut kehendak diri, sampai hari ni pun empunya diri xmau turun2...

UMNO Baru is never abt malay and Islamic struggles its abt one man's ammasing all powets unto himsrlf!

3. Statement yang absurd pada penyokong tegar. Tengoklah isu sebesar 1MDB yang boleh memberi kesan besar pada negara pun boleh nak main kongkalikong.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Sebagai rakyat kita jangan terlalu terharap2 dgn hasil siasatan PAN, PAC mau pun Task Force yg ditubuh oleh pihak Polis, SPRM dan AGC.

Semuanya wayang kulit yg bakal dimainkan selama bertahun2 demi meredam selama boleh keresahan dan kemarahan rakyat sementara ketibaan PRU 14.

Inilah satu lagi contoh dalam kes tertentu aparatus kerajaan jadi lembab dan lesu tidak seperti skrip mereka menyiasat Anwar dalam fitnah sodomi 1 dan 2 yg pantas bagaikan kilat.

Kalaulah kerajaan gunakan wang pinjaman IMDB itu untuk membantu program meningkatkan ekonomi Melayu, akan berlonggoklah jasa UMNO.

Inilah contoh Najib pinjam tektik TDM menubuh pelbagai suruhanjaya Draja untuk memperbodoh Melayu yg bodoh atau yg hina kerana rela diperbodoh asalkan mendapat sedikit habuan pentingkan diri sendiri di dunia ini.

Hasil siasatan PAN dll mudah ditelah iaitu tiada apa2 penyelewangan dipihak Najib, anak tiri dan kroni.

Untuk kelihatan agak dramatik dan real mungkin ada pendakwaan terhadap mantan CEO yg akhirnya wajib dibebas mahkamah kerana tak cukup bukti. Satu lagi contoh kebebasan mahkanah drpd cengkaman org politik.

Skrip murahan stantar cop ayam yg tak akan laku di kalangan kaum Cina

DAKJ dah buktikan lebih 9 tahun berblog beliau tak hangat2 tahi ayam terutamanya bila semakin ramai pembahas baru muncul mengkritik perbuatan pemerintah.. Di blog ini juga nampaknya selepas digelar oleh Najib sebagai blogger banggang ramai yg hilang tanpa berita.

Teruskan Datuk berblog demi menentang penyelewengan demi menyelamat masa depan cucu cicit.

Drpd terharap2 buang masa bagai menunggu bulan jatuh ke riba lebih baik rakyat gembeling tenaga susun strategi dan berkorban harta dan tenaga kalahkan UBN dalam PRU 14.

Kalau 50% saja Melayu merajuk terhadap UBN maka apa jua senjata tipu muslihat spt undi berganda, undi pos, undi hantu , nyah nama pengundi yg sokong pembangkangdan undi warganeraga mee segera Indon/Bangla tidak dapat pertahan kekuasaan UBN.

Sedikit pertanyaan. Adakah berjuta lagi duit rakyat dibelanjakan untuk memadan petisyen rakyat Malaysia kepada Obama untuk membebas Anwar?

Din Kalut said...

Kalau DS Najib harap pada KB 100% alamat lingkuplah.
Cari makan je.

msh said...

Salam Dato.

Dulu2 org Kedah berpesan;

"Kalau hang jumpa ulag (ular) dgn hindoo (keling)....hang mesti katok hindoo dulu".

Maksudnya?
Tak payah lah sy huraikan.

Tetapi semenjak kebelakangan ini....sy berpandangan dan kini berpesan;

"KALAU HANG JUMPA ULAG DGN ORG UMNO (bukan org Melayu...tetapi org Umno)...HANG KATOK ORG UMNO DULU".

Sy dgn penuh yakin ....saranan ini ada MERITNYA kerana dari apa yg terjadi selepas "Solidariti dibelakang 'Presiden Tersayang'" dari 160 Ketua2 Bahagian......MEMANG PATUT ORG2 UMNO INI 'DIKATOK' DULU....kerana mereka lebih bisa dari 'ulag'.

Kelibat mereka yg kuat 'corner'...kuat belit lebih dari ulag yg bisa.... dan membahayakan bangsa dan ugama.

Terima kasih.

Malindo said...

Salam hormat DAKJ,Salam Hormat Ibu Pertiwi,Sebaiknya semua petinggi 1MDB di Non-Activekan sewaktu siasatan audit,ini utk melancarkan auditing(forensik auditing)agar tangan penyiasat tidak terikat.Segala laporan media atau mana2 pihak diambil kira(samada The Edge,Sarawak ataupun dari DAKJ)diambil kira(itu pun kalau mau).KB yg datang dgr penjelasan President wajar wajar saja,biarkanlah sebab sesiapa saja berhak pertahankan apa yg beliau rasa benar.Biar masa dan audit atau siasatan lain yg tentukan.Ada waktu saya masih teringat seorg Menteri kita(lama dulu)yg merasakan satu projek disini(Indonesia)yg beliau inisiatifkan itu betul,sebenarnya projek itu salah disisi undang2 Indonesia,tukang jual Bakso juga tau projek tersebut tak diizinkan oleh negara.Bila saya berdepan dgn beliau(waktu itu PM juga ada)dan saya katakan projek itu gagal,beliau merah muka(si menteri).saya ada hak nak protes sebab saya warga negara malaysia.kita harus hati2 dgn 'Proxy War' yg mana pihak(sama ada dari luar atau dlm negara)yg memporak perandakan negara(tak perlu jajah,hanya perlu buat rakyat miskin dan bodoh dari dalaman sendiri).Saya teringat kata Prof Muchtar Kusuma Atmadja bahawa kita rakyat yg harus perjuangkan bangsa kita sendiri,negara kita sendiri,maruah bangsa kita.Salam hormat DAKJ dari bumi garuda.(Malindo)

Anonymous said...

Well DAKJ, as said by a noble Englishman "Stupidity is the same as evil if you judge by the results.”

Malindo said...

salam hormat Zed,sebetulnya pembelian IPP oleh 1MDB agak kelirukan saya,katanya(melalui media)beli dgn harga yg agak tinggi.(pelaburan 1mdb saya kurang arif,IPP bidang saya)IPP yg besar di Malaysia(eg:YTL Powers)dah buat duit byk dgn tarif mereka yg'tentukan'dari TNB.PPA(power purchase aggrement)biasanya 15thn dgn jual pada TNB.15thn tempoh buat duit yg byk.6thn dah balik modal,9thn buat duit utk IPP.kenapa masih beli dgn harga yg tinggi oleh 1MDB?dgr sangat ckp IPP yg besar tu.YTL power melalui Jawa Power gagal di Banten,Indonesia sebab mereka rasa hebat sgt disini(padan muka)satu lagi IPP Msia yg listed di Malaysia juga hampir kantoi di Riau.Di Malaysia bolehlah mereka kata hebat sebab link bagus.Saya challenge/cabar mana2 IPP hebat Malaysia lawan dgn saya disini yg bukan listed(hanya saya dan istri miliki syarikat ini)siapa yg lebih di yakini oleh PT PLN/TNB Indonesia utk bangunkan renewable energy di Indonesia tanpa perlu rasuah yg banyak.Silakan challenge dgn saya,seorang anak melayu yg kerdil dan istri warga Indonesia yg juga cintakan Malaysia.

Malindo said...

Salam hormat DAKJ.update Dato dated 11th March:Betul ke uang sejumlah RM4B susah nak bawa masuk ke Malaysia?malah uang tersebut milik negara.Heran juga saya.lama dulu pernah saya tanya pada seorang pegawai tinggi BNM,kalau saya nak bawa masuk duit 'halal'ke Msia,berapa maximal nominal wang?jwb beliau'bawa masuk seberapa byk tak jadi masalah bagi BNM,nak bawa keluar dlm jumlah byk agak rumit dpt approved BNM"itu kata pegawai tinggi BNM.agaknya dah tukar prosedur kut.

JMS said...

DAKJ,

Diharapkan Bank Negara dapat memberikan respons kalau ianya tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang khususnya Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).

Jangan semudah itu mereka yg bertanggungjawab hendak melepaskan diri.

yeop_sepet said...

Wow totoknya 'keumno an' mika.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Malindo dan Sdr JMS, boleh jadi betul kata PM itu.

2. Bank Negara ada peraturan mengenai wang yang hendak dibawa masuk ke Malaysia apabila melebihi kadar tertentu.

3. Salah satu tujuannya ialah hendak pastikan yang duit itu duit halal dan bukan dari sumber haram macam kegiatan "money laundering".

4. Kita andaikan 1MDB dapat persetujuan Bank Negara bila ia bawa keluar duit dari Malaysia pada tahun 2013 untuk disimpan di Cayman Islands.

5. Bagus kalau Bank Negara siasat dulu apa dah jadi dengan duit itu sebelum dibenarkan dibawa balik.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Lepas satu... satu. Umpama tikus membaiki labu.

Sadly, this has become too easy for the opposition. How they would love for the status qou to remain until next election.

Malindo said...

Terima kasih DAKJ respon my comments.

awang batuburok said...

Salam pagi jumaat Dato,

Nampaknya drama skim "Pak man Tello" ni semakin berbelit jln cerita nya...
Tahniah.... Malaysia Boleh!!!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).