Tuesday, January 19, 2016

Jangan Permain Harapan Rakyat


A Kadir Jasin

KITA berada dalam satu keadaan di mana setiap hari yang berlalu membawa lebih banyak penderitaan kepada rakyat jelata.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak telah hilang kewibawaan dan autoriti moral untuk memerintah.

Mandat yang diberikan kepada Barisan Nasional pada 5 Mei 2013 sudah tidak bermakna lagi kerana telah dipenyumbaleweng (pervert) oleh Mohd Najib dan konco-konconya.

Tetapi beliau akan terus memerintah walaupun tahu akibatnya kepada negara dan rakyat jelata. Untuk kelangsungan politik, beliau sanggup menggunakan cara-cara yang tidak demokratik.

Beliau bukan tidak tahu bahawa tidak ada siapa lagi, kecuali pemakan dedak, yang menyokong beliau secara tersurat. Secara tersirat hanya Allah Taala saja yang tahu.

Yang kita baca dalam media sosial, ada di kalangan pemakan dedak yang sudah goyang pendirian dan beralih taat setia. Kononnya sungai wang makin kering dan keberkesanan mereka sedang dipersoalkan oleh pemberi dedak.

Perdana Menteri dan jentera propaganda beliau mendakwa skandal perniagaan atas angin 1MDB sudah selesai apabila dua aset utamanya – penjana elektrik bebas (IPP) dan Bandar Malaysia - dijual kepada pemodal Negeri China.

Tetapi, sejak 4 Januari lalu, apabila Bursa Malaysia dibuka untuk tahun baru 2016, ia jatuh 3.53 peratus dalam masa sembilan hari perniagaan. Hari ini ia jatuh 0.36 peratus lagi.

Menurut majalah The Economist, antara 31 Disember 2014 hingga 6 Januari lalu, Bursa Malaysia jatuh 5.3 peratus dalam nilai ringgit dan 24.6 peratus dalam nilai dolar Amerika.

Keyakinan Terus Merudum

Di kalangan pelabur, penganalisis pasaran dan agensi penarafan naik turun pasaran saham adalah ukuran keyakinan pemodal terhadap sesuatu perkembangan penting.

Kita tolak sebelah faktor luar kerana semua pasaran saham terdedah kepada perkembangan peringkat antarabangsa. Kejatuhan berterusan Bursa Malaysia membayangkan penolakan pemodal terhadap penyelesaian skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada pemerintahan Mohd Najib.

Tidak cukup dengan penolakan pasaran saham, Mohd Najib menderita tamparan mutakhir apabila agensi penarafan antarabangsa Moody's (diperbetulkan) telah menyemak turun penarafan ekonomi Malaysia daripada positif kepada stabil.

Pada aras stabil, kerajaan terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi jika ia meminjam. Dalam keadaan di mana pendapatan kerajaan semakin berkurangan akibat kejatuhan berterusan harga minyak mentah, Perbendaharaan mungkin terpaksa berhutang.

Dasar fiskal Mohd Najib, khususnya penghapusan subsidi dan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), adalah bertujuan, antara lain, mengambil hati agensi penarafan antarabangsa agar tidak merendahkan penarafan Malaysia. Yang sebaliknya berlaku. Rakyat jelata menderita, penarafan Malaysia jatuh juga.

Kalau situasi kita hanya ada satu, harap-harap jalan penyelesaiannya pun janganlah satu juga.

Hari ini, rata-rata orang berkata, penyelesaiannya terletak kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Saya tidak begitu yakin. Apa yang saya khuatir adalah menjelang tempoh itu negara kita sudah menjadi negara gagal (failed state), rakyat jelata papa kedana dan usaha memulihkan ekonomi menjadi amat sukar.

Malah tidak ada jaminan bahawa PRU akan diadakan, dan kalau diadakan sekalipun belum tentu parti baru akan berkuasa. Berjaga-jagalah. Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas kepada Perdana Menteri.

Jangan Cakap Saja

Jadi, kalau ada sesiapa yang berasa berkewajipan dan berupaya mengubah keadaan dan menyelamatkan negara, orang itu – tidak kiralah Tengku Razaleigh Hamzah, (Tan  Sri) Muhyiddin Mohd Yassin atau sesiapa saja – perlulah bertindak segera atau disyaki telah disajikan dedak.

Dalam hubungan yang sama, Raja-raja Melayu turut terbabit kerana para Baginda sudah pun mengeluarkan kenyataan pada 6 Oktober lalu yang sekali gus menaikkan semangat dan harapan rakyat jelata bahawa merekalah pelindung dan penyelamat mutakhir rakyat jelata dan negara.

Dalam kenyataan itu, Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan segara penyiasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan sewajarnya dan tegas ke atas sesiapa saja yang didapati terlibat.

Rakyat jelata sudah tahu Raja mana berpendirian apa. Jangan salahkan rakyat jelata. Bukan semua rakyat jelata jahil dan boleh disuap dedak. Lagipun, bilangan Raja-raja Melayu bukanlah ramai sangat – sembilan orang saja.

Semua pihak di atas wajib bertindak pantas dan tegas. Kalau mereka terlalu kerap berteriak harimau, masanya akan sampai apabila harimau betul-betul menyerang kerbau lembu, tidak ada siapa percaya.

Ingat lagi “gempaq” 16 September 2008 (Datuk Seri) Anwar Ibrahim? Kerajaan BN tidak jatuh sebaliknya Anwar masuk penjara.

Jadi bertindaklah segera. Kalau tidak mampu janganlah beri harapan kosong kepada rakyat jelata. Lebih baik rakyat jelata terima hakikat dan cuba berdikari daripada berangan-angan Mat Jenin.

Wallahuaklam.
 


38 comments:

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato..


Pemakan dedak?...macam itek ni.

Yang jelas ialah;


1. 2020 tak jadi negara maju. Negara yang dah maju pun mengalami masaalah.

2. Sektor bank dan keewangan tidak dapat bertahan lama jika kelemahan ekonomi serantau in berterusan.

3. Sektor perkilangan yang kos perniagaan mengikut `acuan' harga tahun 2005-2010
juga tidak dapat bertahan lama jika harga jualan produksi bertambah rendah.

4. Sektor retail sedang tersepit teruk dan sedang mati perlahan perlahan.


Walau sesiapa pun memerintah sekarang perkara 1-4 tetap menjalani `natural history' sampai yang paling lemah dan sakit kuat mati/hilang.


Sektor 1-4 yang baru dengan acuan harga lebih murah akan mulai bertapak dan akan menggantikan yang sedang tenat sekarang.


Yang makan dedak `baru' akan ganti yang lama juga.


Itu lah malaysia.



Abu Bakar Ab Rahman

sukasamasuka said...

Datuk.

Hanya rakyat saja yang jadi "pelindung dan penyelamat mutakhir rakyat jelata dan negara" ini, maka kembalikan lah "autoriti moral untuk memerintah" tersebut pada rakyat untuk penyelesaian nya.

Unknown said...

salam...

from horse's mouth' i heard em say;

"there will be some sort of official global action taken to restrict anything IN or OUT of Malaysia by Malaysians so the trouble is about to start. the restrictions might push Malaysia into a RECESSION VERY QUICKLY..."

let us pray n stay united....

Pakcik said...

Kami penyamun belum puas menyamun
Ada byk lagi harta benda yg berharga
Kami pi lelong, kami pi gadai
Apa nak jadi, pigi la lantak
Kami tak peduli

LaM said...

Negara huru hara. Ada berita yg mengatakan yg disonglap olih Najib bukan RM2.6billion tetapi Rm4billion.

Apandi kini sedang bermain sarkas. Sprm dh submit Kertas Siasatan dn buat perakuan utk dakwa Najib beserta deraf pertuduhan2. Apandi nak penjelasan pula mengapa buat sokongan bagini & bagitu. Ini pertama kali berlaku dlm sejarah. Selalunya apabila Pendakwaraya atau Timb PendakwaRaya kaji Kertas Siasatan, adalah utk mengetahui samada keterangan adalah mencukupi atau tidak untuk membuktikan pertuduhan yg disyorkan. Lain pula kali ni. Nak bermain politik siApandi.

Jalan penyelesaian ialah Majlis Raja2 memanggil Abu Kasim, Ketua Sprm dan Apandi mengadap dn memberi taklimat sepenuhnya dan perinci hasil siasatan Sprm kpd Majlis Raja2. Ini sudah kira keadaan emerrgency. Kalau didapati Apandi tak jalankan tugas, Agong bolih pecat dia dibawah Artikel 145(5). Pemecatan ni tak perlukan nasihat PM pun. Dan Majlis Raja2 bolih mengarahkan Peguamcara Negara menyelesaikan kertas siasatan Sprm.

Itu shj jalan peneyelesaian.

ismail muda said...

Tahap kebencian rakyat pada Najib sudah sampai ke tahap maksimum. Ada yg tak bole menengok TV pun, jauh sekali membeli Utusan. Najib semakin dihina, dicaci dan dikeji sedemikian rupa. Penghinaan & kebencian yg meluap2 terhadap Najib diluahkan secara terbuka dengan berbagai cacian kesat yg sangat aib... Najib sudah tidak ada maruah lagi...!!!

Zalman A said...

"Dalam hubungan yang sama, Raja-raja Melayu turut terbabit kerana para Baginda sudah pun mengeluarkan kenyataan pada 6 Oktober lalu yang sekali gus menaikkan semangat dan harapan rakyat jelata bahawa merekalah pelindung dan penyelamat mutakhir rakyat jelata dan negara.

Dalam kenyataan itu, Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan segara penyiasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan sewajarnya dan tegas ke atas sesiapa saja yang didapati terlibat."

Datuk, you are right.

But the royal decree has been ignored completely.

a) Bank Negara requested TWICE to the AGC to prosecute 1MDB. They were ignored.

b) Then, Bank Negara tried to exercise their statutory powers to ask 1MDB to bring the money back. Arul Kanda brushed them off and said "spent already."

The royal decree has been ignored completely.

This is the level of respect being shown to the Rulers, the public and the institutions of government.

In his quest to stay in power at all costs, Najib is giving Malaysia cancer.

He must be cured (by removal), before it becomes fatal.



jamil said...

Salam Dato'
Mampu kah Malaysia jadi negara maju dengan ucapan menteri kabinet serta Najib senditi daperti berikut:-
1. Jangan makan ayam jika harga ayam naik
2. Makan kangjong kalau harga sayor mahal
3.Guna kenderaan awam bula harga petrol naik.
4. Guna jalanraya yang tiada tol bila harga tol naik
5. Bawa bekal ke pejabat untuk mengutangkan kos dara hidup
6.Bangun awal untuk elak jalan jem
7. Kita bukan negara komunis untuk paksa pemaju buat rumah mampu milik
8. Harga barang akan lebih murah selepad GST
9.Beli barang terpakai untuk jimat kos.
Menjelang 2020 nanti Malaysia akan jadi negara maju macam Indonesia dan Philippine dengan perdana menteri serya menteri kabinet sekatang

tebing tinggi said...



Rakyat terlanjur jauh dipermainkan ,saolah-olah sudah tidak nampak lagi jalan kembali.

Unknown said...

Selepas keputusan PRU13, saya secara peribadi memang berasa sangat sedih. Bukanlah kerana saya penyokong pembangkang sangat tetapi kerana sangat yakin negara akan menjadi ibarat labu ditebuk tikus sebelum sampai PRU14. Masa tu pun semua tanda tanda dah ada, PM bukanlah PM bekerja tetapi penabur duit (dedak?) dan akan menebuk dan menggali lubang baru untuk menimbus lubang lama. Sifat kabberap ni dah ada sekian lama. Sejak naik PM satu habuk kerja pun tak buat sebaliknya pergi melancong satu negara berkempan untuk "parti" menggunakan jentera negara - konon namanya Jelajah Janji Ditepati. Kes Scorpene pun tak setel dengan rasuah setengah billion dibuat tutup mata. Walau macam tu pun tetap dipilih juga, dengan para penyokong waktu itu begitu gah dan gembira sekali.

Nah. Sekarang fasanya "You reap what you sow". Kita pantas menuju "Failed State" seperti kata DAKJ. Saya menyokong penuh permintaan DAKJ, sesiapa yang ada pengaruh dan berupaya, minta tolong silalah bertindak seboleh mungkin. Janganlah dibiar lagi tikus terus menebuk labu. Selamatkan apa yang boleh demi negara yang tercinta ini.

Unknown said...

Salam Datuk,

Hope u in good health

Hanya semalam saja, saya berbicara dgn satu Wakil Rakyat yg bergelar Dato tentang situasi dan kondisi negara dan UMNO khusus nya.

Beliau mengakui yg si Najib ini telah menghancurkwn UMNO..org Melayu dan Negara. Beliau minta pendapat saya, siapa yg boleh menerajui jwtn PM ini sekiranya ahli UMNO minta Najib undur.

Saya bilang ke dia, rata2 tidak ada pun satu yg saya anggap boleh memimpin kerajaan skrg. Tapi maseh boleh angkat TSMY sebagai ' interim ' PM mungkin utk 3 tahun dan pada masa yg sama mula 'groom ' atau didik ahli politik muda seperti Mukhriz, KJ, Nordin Khaled,dll utk ambil aleh.

Lagi pun skrg ialah generasi muda atau Y Gen. Mereka lah yg akan mengundi pemimpin akan datang. Nah kalau calon2 UMNO dtg dari kalangan muda dan berintegriti, saya yakin BN boleh menang besar. Insyaalah.

Bbrp hari ini di media dan tv semua nya
berita tentang Allahyarham Tun Razak dan jasa2 nya utk memaju dan memakmur kan negara ini. Sedih nya kepimpinan Allahyarham amat singkat.

Setelah Tun M bersara, negara ini terus menurun atau going downhill. Dan skrg dgn Najib sebagai PM, seperti nya negara ini menuju Kehancuran atao Destruction

Bagi saya Najib ' is not even a fraction of a Percent of his late father'. Skrg rakyat harus tanggung beban nya dan trus menderita.

RD. said...

Aiit, sudah tukar ID ke?

Adakah 'Suka sama suka' dan 'sukasamasuka', pembahas yang sama?

Bagaimanapun, saya mahu membetulkan apa yang 'sukasamsuka' tulis;
"Hanya rakyat saja yang jadi pelindung........."

Sepatutnya;
Hanya RAJA-RAJA MELAYU saja yang jadi pelindung........"



Seperti yang Dato AKJ katakan:
"Malah tidak ada jaminan bahawa PRU akan diadakan, dan kalau diadakan sekalipun belum tentu parti baru akan berkuasa. Berjaga-jagalah. Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas kepada Perdana Menteri."

Sebenarnya Dato, saya sudah lama mengesyaki bahawa PRU14 akan tertangguh atau dilengah-lengahkan, sejak tertangguhnya Pemilihan Agung UMNO lagi. Saya bertambah yakin apabila program 'Nothing-to-hide' dibatalkan atas alasan keselamatan. Kemudian dihebohkan pula penangkapan mereka yang menyokong Daesh sedang buat latihan. Memiliki t-shirt dengan bendera Daesh pun, sudah menjadi 'jenayah' berat, walau apa sekali pun niat sebenar tuan-punya t-shirt atau bendera itu memilikinya.

Saya khuatir, kumpulan Daesh akan menjadi 'kambing-hitam' untuk menangguhkan PRU14. Oleh itu, saya amat berharap Duli-Duli Tuanku memainkan peranan demi "menaikkan semangat dan harapan rakyat jelata bahawa merekalah pelindung dan penyelamat mutakhir rakyat jelata dan negara."

Nota:-
Saya langsung tidak menyokong/bersimpati dengan Daesh dan saya juga tidak sokong Arab Saudi menyerang Yemen. Saya juga tidak setuju Arab Saudi, Amerika, Qatar dan lain-lain negara, beri bantuan wang dan senjata kepada Daesh untuk menjatuhkan Hafez Assad di Syria. (Saya masih ingat bagaimana Amerika, 'membantu' dalam pembunuhan Saddam dan Gadaffi untuk menyemarakkan lagi permusuhan Syiah-Sunni. Iraq dan Libya jauh lebih aman semasa Saddam dan Gadaffi masih hidup).

lonewolf said...

DAKJ said...KITA berada dalam satu keadaan di mana setiap hari yang berlalu membawa lebih banyak penderitaan kepada rakyat jelata.


Jadi bertindaklah segera. Kalau tidak mampu janganlah beri harapan kosong kepada rakyat jelata. Lebih baik rakyat jelata terima hakikat dan cuba berdikari daripada berangan-angan Mat Jenin.


Apa tindakan DAKJ? sekadar menunggu tindakan TR atau TSMY yang tidak kunjung tiba?

Zalman A said...


Here is the problem for Najib, in a nutshell:

a) You get RM42 million in your personal account.

b) The law presumes this to be corruption - you are a public servant.

c) If you use the excuse it is "CSR", then the facts must support that.

d) If the very next day, you transferred RM42,000,000.00 to Yayasan Badak Air (a nature charity), then you may have a defence.

e) But you did not, simply because not in your wildest dreams did you think that this secret fund would ever be exposed.

f) There is a transaction trail from the AmBank account. There is no way of altering history. Sorry.

g) If it can be proved that even RM10,000 of the RM42 million was used for personal purposes, you are guilty of a crime.

h) That is the MACC case, in a nutshell.

i) The only way out now is to sabotage the MACC case illegally. That is also a crime.

Hope you are clear, Dato' Seri Najib.

Please resign and/or get your safe passage. There is no money to take.

Thank you.

Zalman A said...


Salam Datuk,

The effect of Petronas slashing RM50 billion in capex / opex over the next few years will be very significant.

There is that ill-fated Canadian misadventure to factor in.

Elsewhere, ventures like ValueCap and many others will create more financial abuse.

The Finance Minister (Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) is not up to the task of steering this ship called Malaysia during a crisis.

He cannot lead.

His own scandals have caused global negativity.

We are seen as "rife with corruption at a high level", as one mat salleh economic analyst said recently.

During bad times, we should not make the situation worse by having sinking cronies running around to grab what they can.

If the 24-hour A-G does the unthinkable and frees Mappadulung from the MACC charges, it is giving the green light for massive theft.

Just say "donation" and "CSR".

Soon not just the KBU will have multiple London condos and BMW 7-Series, everyone in govt will. All stolen from public funds.

AirAsia says "now everyone can fly."

After the example of AirMappadulung, they will say happily: "now everyone can steal."

This is the legacy of the 6th Prime Minister of Malaysia.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Amacam, masih nigmat sihatka ? Dari laqaran hang, semangat nampak lagu besa... semoga lagu tu la no.

Ni pasai turun tarap utang malaya olih syarikat 'rating' moody's ni. Natijahnya, hang tulih kadag 'faedah' naik untuk pinjaman. Mintak mangap Kadiag, aku ingat lebih tepat hang guna kalimah riba'. Istilah fa'idah tak berapa nak kena, sabit hutang di Malaya ni banyak pakai atau sandag pada sistem yahudi. Hang tengok saja, la, macam telah di atog, bila pemimjam semakin tersepit, masa tu la depa nak tekan... 'Fitch' pulak kata apa no ?

Ni pasai istilah 'sukuk' ribu juta ringgit lagi satu. Ikut 'Financial Times, lexicon' antara magnanya ialah:-'undivided shares in the ownership of tangible assets
relating to particular projects or special investment activity.'

Kalu ikut tulihsan Rafizi pulak, bon atau 'sukuk' ni yg di bagi ke 1mdb olih Tabong Haji dan Amanah
Pencen... munkin telah diselingkoh apabila sebagian saham projek 1mdb pulak nak dijuai kepada syarikat China. Setakat ni, kata dia (Rafizi) dua2 tabong haji dan amanah pencen belum komen apa2. Dari satu aspek saja, aku baca gaji bos2 tabong haji saja ratuih ratuih ribu ringgit... berani ka depa bukak mulut ...?

Kalu ada silap apa, kepada yg berkenaan, aku mintak maghap. Sungguh 2.

Aku.

Abdullah Ngah said...

kerajaan satu malaysia yang diterajui Tunku Abdul Rahman Al Haj, Tun Razak, Tun Husein Tun Mahathir Tun Abdullah dan Datok Seri Mohad Najib Razak sah tak ada kuasa untuk menyelamatkan negara ini, apatah lagi para pemimpin umno dan raja raja melayu yang jelas dan nyata tak ada kuasa. Lebih lebih lagi nasi sudah jadi bubur. macam mana nak selamatkannya.

kusufian write said...

Salam semua. Pada waktu ini kita yang prihatin telah berusaha sekadar keupayaan masing masing memakmurkan dan mensejahterakan tanah air kita yang tercinta, ternyata kita gagal.
Demo jalanan bukan satu alternatif. Kesannya lebih buruk dijangkakan. Sungguhpun Thailand, Filipina, Indonesia berhasil. Tidak sedemikian di negara negara lain. Arab springs finally created ISIL. And its all about oil.
Tiga tahun sekejap sahaja. Kalau hancur pun Malaysia setahap mana kerakusan mereka. Pendekatan berhemah segelintir cendiakiawan, negarawan serta kawan kawan menjadi satu pilihan sebagai satu ikhtiar. Pergabungan boleh menghasilkan satu mutu kerja dan kejayaan yang berterusan. Setiap kesukaran pasti ada penyelesaian.
Gagal sekali dua tidak bererti mereka menang. Be a friend to Ku Sufian. Join fb and see what u can do or how can we do it to make this mother land a better nation.

sukasamasuka said...

Datuk.


"Berjaga-jagalah. Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas kepada Perdana Menteri."


Daulat Tuanku.

Tell the truth said...

Datuk, in 3 weeks time Apandi will retire. Is it true Shafee has already been sworn in as the new AG ?

sukasamasuka said...

Datuk.

"Dalam keadaan di mana PENDAPATAN KERAJAAN SEMAKIN BERKURANGAN akibat kejatuhan berterusan harga minyak mentah, Perbendaharaan mungkin terpaksa berhutang."

If education is not important, nothing else does as "Putrajaya suspends JPA scholarships AMID FALLING REVENUE which applies to both overseas and local scholarships and affects some 700 placements this year. (http://www.malaysiakini.com/news/327638"

sukasamasuka said...

Datuk.

IS THERE ANYONE ELSE who can save this country besides Dr.M, Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Mohd Yassin, Anwar Ibrahim and the nine Raja-raja Melayu? In fact, there is NO ONE ELSE other than these 13 living Malaysians worthy of consideration.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Ingat lagi “gempaq” 16 September 2008 (Datuk Seri) Anwar Ibrahim? Kerajaan BN tidak jatuh sebaliknya Anwar masuk penjara."

Maka nya, kalau ada yang mau jadi pemimpin, jangan "berangan-angan Mat Jenin" dan "Jangan Cakap Saja" pandai kalau akhlak peribadi sendiri tiada cap Sirim, Jakim, ISO 37001 (Anti-bribery management systems), ISO 26000 (Social responsibility), ISO 19011:2011 (internal and external audits of quality management systems), to name a few.

niesa said...

Assalam Dato',
Boleh komen sikit pasai UMNO Kedah? Agak2nya angkara sapa ni?

kusufian write said...

IMPP Independent Malaysian People Party bertujuan menggembeling usaha jika tidak memberikan tekanan, adalah satu platform mencari khalifah Umar mengetuai pemerentahan negara. Ia boleh direalisasikan dengan kerjasama Dato Dan semua rakyat marhaen.
Jadi fren fb Ku Sufian untuk keterangan lanjut. Semua penjelasan dalam Tackling a big project. Atau cal 011 23145958. Tk.

Azahari A Ahmad said...

Datuk,

Jangan lupa tagline BN masa PRU13 dulu, "BN menang, rakyat senang"....

Kalau difikir dari sudut ugama, mungkin ada yang membuat andaian bahawa ini lah bala dan musibah dari Allah sebab rakyat Malaysia pilih BN. Tapi tentu ramai tak setuju dengan andaian ini...

Wassalam

Mael said...

Tidak boleh mengharapkan siapa2 lagi. Jalan raya saja penentu untuk turunkan kerajaan sedia ada. Pilihanraya juak2 ini akn lebih berkuasa lagi...kalau tak ada demo jalan raya masyarakat Malaysia esp orang2 Melayu aka bani tamim tak akan terbuka minda dek proses pembodohan dari Zaman Tun M lagi. Kalau tak ada demo jalan raya Melayu akan hanya sedar bila terpaksa jalan kaki ke tempat kerja...fulus sudah abis digunakan untuk suap pemimpin melayu yang korup. Bangun wahai bangsa Malaysia, wahai bani tamim lawan kerakusan United Malays National Organisation dan Barisan Nasional. SUka atau pun tidak...juak2 ini harus diturunkan...

Anees Khan said...

Demo jalanan bukan budaya kita. tambahan pula, semua revolusi/reformasi ada kesan sampingan yang lebih buruk. Di Indonesia misalnya, gerakan reformasi mereka sebenarnya membuka jalan kepada aliran-aliran liberal dan fahaman sesat agama selain budaya-budaya asing kini menjadi sebahagian daripada budaya mereka. mereka menjadi sangat bebas sehingga menjadi keresahan kepada mereka sendiri...

Pada pendapat saya, di Negara kita ini, jika ada gerakan reformasi seperti ini, yang akan menjadi mangsa sampingan adalah pertamanya institusi beraja kerana dalam banyak keadaan mereka adalah benteng terakhir harapan rakyat Malaysia terutamanya yang Islam. kalau kesan sampingan adalah ke atas parti politik (keseluruhannya) maka elok sangat lah tu...dalam Negara kita terlalu banyak orang politik yang sebenarnya mengkhianati Agama, Bangsa dan Negara. belum jumpa yang baik pada mata saya, yang sanggup memikul amanah dan pada masa yang sama percaya kepada hari Pengadilan...seorang yang berakhlak, beriman dan bertakwa hasil dari kebijaksanaan yang timbul dari ilmu dan pengalaman yang sempurna.

Pada pendapat saya, Kalau Najib ni turun sekalipun, apa jaminan ahli politik berikutnya tidak serakus rejim yang ada? Rakyat sudah menjadi tolol pada mata mereka, tidak akan ada yang berani menentang kerana undang-undang melindungi mereka yang jahat. Negara ditadbir oleh mafia yang jauh lebih teruk dari penjajah kerana penjajah itu jelas bukan sebahagian daripada rakyat Negara ini, mereka orang luar...

kepada DAKJ, teruskan menulis supaya ada cahaya dihujung jalan yang akan menerangi hidup anak cucu kita di kemudian hari, in syaa Allah...

Agaknya Allah SWT pelihara Negara ini, mereka yang sedang menghancurkan Negara ini supaya selepas hancur akan menjadi lebih baik dari sebelumnya...in syaa Allah...

yana said...

Salam Datuk AKJ,

I don't know whether to cry or laugh at what transpired yesterday in Kedah. Mintak intervention PM konon, ke PM yang minta deckerparches (14 wakil katanya) ni yang intervene supaya kerja PM lebih senang? The people are not stupid like those seated tu muka macam cicak berak kapor. Whatever PM and clan want to do, do lah. We only have our farts for them.

Thanks Datuk Kadir. Semoga Datuk baik-baik selalu.

yana said...

Datuk.

I have thought about the same thing as you and the others have thought about - tidak ada jaminan yang PRU akan datang akan berlaku, kuasa PM di bawah Akta MKN amat luas. Dengan menjana benih-benih permusuhan kaum dari sekarang, dengan mengambil kesempatan daripada perkembangan dunia ISIS (benefit for Najib's government - good to scare make people look for shelter) - these are all seeds being sowed now so when things get out of hand and rakyat takut keselamatan semua, senang Najib dan kerajaan yang dipegangnya ini terus berkuasa dengan menangguh PRU indefinitely.

Just a thought. They're not that stupid. Will do what they can to hold on to power. Even if that means menjahanamkan Malaysia.

Ummu Aiman said...

Assalamalaikum Datu'

Mohon komen tentang dividend dan bonus Tabung Haji 2015 yang masih tidak diumumkan sehingga hari ini.

Penyimpan kecil macam kami tetap bertahan di Tabung Haji demi mencari pelaburan akhirat yang halal.Terima kasih.Maaf off topik.

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Pahit Manis bertandang ke warung saya kelmarin, tak dapat berbual kerana beliau bersama kawan.
Apa nak jadi ni ! UMNO kedah pun sudah huru hara dek pemakan dedak, rakyat makin tersepit selagi haprak yang memerintah sekarang ni masih di atas. Sesuatu perlu dilakukan sebelum kita jadi Phillipines pasca Marcos. Sehingga kini rakyat Filipina hidup daif hasil negara yang sudah bangkrap. Jika kita mahu begitu gigitlah jari dan mengharap tanpa doa semoga keajaiban saja yang akan memulihkan negara ini. Pada para pemimpin lama yang waras tolonglah lakukan sesuatu demi Bangsa Melayu kerana kita sedang berada di ambang keponahan.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Terlebih dahulu saya minta maaf pada Dato.
Saya tak berapa setuju apabila Dato menulis;-

"Ingat lagi 'gempaq' 16 September 2008 (Datuk Seri) Anwar Ibrahim? Kerajaan BN tidak jatuh sebaliknya Anwar masuk penjara."

Kenyataan sedemikian, sudah tentu akan disalah-tafsirkan ramai-orang bahawa Anwar Ibrahim dianiaya dan 'tidak bersalah' meliwat tukang bancuh kopi peribadinya sendiri.

Ia juga akan membawa maksud Dr.M/Najib memfitnah Anwar dalam Sodomy I/II. Bukan lah saya mahu membela Najib, tetapi yang benar mesti dikatakan benar. Kalau pun kita sebagai seorang berfikiran liberal yang menganggap homosexual tidak salah disegi undang-undang barat, tiada negara didunia yang mahukan seorang gay sebagai PM, kecuali Sweden.
Malah Karpal Singh, Peguambela Anwar pada Sodomy II, pernah mengaku (mungkin tersasul), mengatakan bahawa hubungan keji itu adalah atas dasar 'sukasamasuka'. Kalau sudah sukasamasuka, mengapa hanya 'boss' yang membalun tukang bacuh-kopi? Apabila sudah sukasamasuka, kedua-dua mereka, sepatutnya membalun sesama sendiri.

Sebab dan mengapa Karpal Singh tidak menjadi peguam Anwar pada Sodomy I, diketahui umum ketika itu. Setahun sebelum kes liwat dibawa mahkamah pada 1998, Karpal Singh bersama Mat Sabu (presiden PAN, hari ini) telah menuduh Anwar Ibrahim, seorang peliwat, di Parlimen.
'Kita mempunyai seorang peliwat sebagai TPM'....begitulah lebih-kurang kata-kata beliau. Dr.M bermati-matian tidak percaya. Sebab itulah surat itu jatuh ketangan Karpal Singh dan Mat Sabu.

Bukan setakat itu saja, Anwar juga telah dijatuhi hukuman penjara 9 tahun kerana salah-guna kuasa sebagai TPM. Beliau telah mengarahkan Polis menangkap Ummi Hafilda dan Dr.Christina, mengertak supaya Ummi menarik-balik surat yang ditujukan kepada Dr.M, mengatakan bahawa Anwar seorang peliwat dan ada hubungan sulit dengan kakak-ipar beliau.
Walaupun bebas dari tuduhan Sodomy I, ketiga-tiga hakim mencatitkan bahawa liwat ada berlaku, tetapi terpaksa dilepaskan kerana percanggahan waktu dan tarikh, kejadian itu berlaku.

Oleh yang demikian, dari segi moral, Anwar tidak layak sebagai bakal penganti Najib. Jika Mat Sabu mahu memegang 'Amanah' Rakyat, beliau mesti beritahu Rakyat atas alasan apa beliau menuduh Anwar seorang peliwat, di Parlimen, pada 1997.

adion said...

Dato
My 2 sen sincere tot.... image Najib sebagai pemimpin Umno sudah tercemar beyond repair atas kesilapan percaturan nya sendiri dan di tambah lagi dengan kelemahan para penasihatnya yang amat naif walaupun rakyat secara am nya telah memberi peluang dan ruang kepada Najib untuk memperbetulkan keadaan.

Harapan yang tinggal kepada rakyat hanya lah kepada parti Umno yang perlu dibangkitkan semula dengan roh yang baru dengan mengambilkira pengajaran dari kesilapan yg lama.

sukasamasuka said...

Datuk, sudah tiba masa nya kerajaan Malaysia bertindak dengan lebih tegas terhadap media antarabangsa, seperti WSJ yang menyebarkan berita palsu seperti "Malaysia’s Petronas to Slash $11.4 Billion in Capital, Operating Expenses (http://www.wsj.com/articles/malaysias-petronas-to-slash-11-4-billion-in-capital-operating-expenses-1453175548). Ini menjatuhkan imej negara yang sedang bertungkus lumus, siang malam, tidak kira hujan dan panas untuk memulihkan ekonomi negara.

zainal abidin awang kechik said...

salam..
saya melihat ada ombak baru Politik Malaysia
sejauh mana saya di hina dan di pukul,kris tamin sari masih di tangan Saya.

Nafsu kuasa yang ada saya masih lagi kuat.

salam

Suffian said...

untuk sukasamasuka.....

tiada mana2 pemimpin melayu yg daya capainya , keazaman dan ujiannya sehebat Anwar Ibrahim . Itu realiti & sejarah yg telag dirakam .
Nabi Yusoff, Mandela , Tayyib Erdogan...tak ada yg hitam putih bila di penjarakan. Budak kolej pun tahu itu .

Suffian

Drkecik said...

Surat terbuka buat Najib: Ke mana menghilang duit kami..


YAB Datuk Seri,

Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.

Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.

Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.

YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat.

Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan.

Jika demokrasi adalah pemerintahan “dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat”, ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya.

Untuk pengetahuan YAB, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi – harga makan minum mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal.

Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam.

Tidak cukup dengan itu, YAB mengumumkan kenaikan 20 sen harga petrol selepas empat bulan pilihanraya, harga gula diumum naik 34 sen selepas lima bulan pilihanraya, tarif elektrik diumum naik 15% selepas enam bulan pilihanraya dan terkini tol lebuhraya pula mahu dinaikkan, yang semuanya tidak pernah dijanjikan.

Semua ini adalah senarai rasionalisasi (baca: pengurangan) subsidi yang telah diumumkan, belum dikira dengan yang bakal diumumkan, ditambah pula dengan peniaga yang menaikkan harga barangan.

YAB pasti tahu, harga barangan menjadi mahal (baca: inflasi) disebabkan dua faktor, tolakan-kos dan tarikan-permintaan.

Dengan kenaikan kos bahan ini, sifir mudahnya, harga akhir yang perlu dibayar pengguna akan turut meningkat.

Natijah kenaikan harga barangan ini, kos sara hidup kian menghimpit, kuasa beli makin menyusut, dan hutang isi rumah dijangka terus meningkat.

Siapa akan pulihkan ekonomi Malaysia? Rakyat tiada akses pada perjanjian pembelian tenaga (PPA) oleh Tenaga Nasional Berhad terhadap penjanakuasa bebas (IPP) yang mengaut untung besar, yang kami kira wajar dikaji-semula.

Rakyat tiada akses pada keuntungan dan royalti minyak dan gas Petronas, yang kami hitung, wajar diagih rata.

Rakyat tiada akses pada perjanjian konsesi tol yang telah mendapat pulangan atas pelaburan (ROI), yang kami darab, wajar dirunding-semula.

Rakyat tiada akses pada tender dan kontrak kerajaan, yang kami bahagi, wajar diberi secara telus dan terbuka.

Rakyat tiada akses pada subsidi untuk monopoli beras dan gula, yang kami anggar, wajar diagih saksama.

Rakyat tiada akses pada aliran perbelanjaan menteri, yang kami perincikan, wajar dijimat dalam berbelanja.

Benar, rakyat tiada akses, tetapi rakyat punyai azam dan cita untuk berubah demi hidup sejahtera.

Akhir dari saya, ingatlah, ketika YAB (dan isteri) berfikir ke mana mahu pergi, kami anak muda berfikir ke mana duit kami pergi.

Teringat saya akan konsep wasatiyyah yang sering dizikirkan. Jika ikhlas diamalkan, pasti masalah mampu diselesaikan.

Syahir Sulaiman

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).