Wednesday, July 26, 2017

Insentif Felda Duit Siapa?



A Kadir Jasin


INSENTIF adalah pemelayuan istilah bahasa Inggeris “incentive” yang bermaksud galakan.

RM1 bilion insentif peneroka duit siapa - duit Maybank?
Soalnya galakan apakah yang dimaksudkan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak sewaktu mengumumkan enam jenis pemberian kepada 94,956 peneroka Felda yang setia pada 23 Julai lalu?

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Baguslah peneroka Felda mendapat durian runtuh. Tetapi siapa yang membiayainya? Silap-silap peneroka sendiri yang berhutang untuk membiayai insentif itu.

Ini adalah kerana kedudukan kewangan Felda, khususnya dan kerajaan pusat amnya, lemah longlai. Maka adalah mustahil insentif itu diberikan sebagai bonus atau habuan tetapi lebih berupa pinjaman yang secara tersirat atau tersurat terpaksa dibayar balik oleh penerima.

Pengerusi baru Felda, (Tan Sri) Shahrir Abdul Samad sendiri mengaku kepada media massa bahawa Felda mengalami kekurangan belanjawan sebanyak RM1 bilion sejak tahun 2015. Maksudnya pendapatan Felda kurang RM1 bilion daripada perbelanjaan.

Kata Shahrir, matlamat beliau adalah mengurangkan defisit tersebut. Tapi dengan Felda terus berhutang, defisit itu bukan sahaja tidak akan berkurangan sebaliknya meningkat.

Jadi dalam keadaan di mana kerajaan dan Felda tidak ada duit untuk diboroskan, jelaslah bahawa insentif yang dijanjikan itu tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan politik kepartian, iaitu menyogok peneroka dan ahli keluarga mereka agar menyokong Umno/BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sogokan ini adalah pengakuan mutakhir Najib dan konco-konco beliau bahawa Umno/BN bukan lagi pilihan eksklusif di rancangan-rancangan Felda, khususnya dan di kawasan luar bandar, amnya.

Secara terang-terangan Najib memberi gambaran bahawa ini adalah pemberian bersyarat apabila beliau berkata 20,000 peneroka bebas yang tidak termasuk dalam senarai penerima boleh dipertimbangkan dengan syarat kembali ke pangkuan Felda, iaitu kembali setia kepada Umno/BN.

Umno/BN Parti Eksklusif

Baguslah kalau peneroka Felda dan orang luar bandar sudah membuka mata kepada realiti bahawa Umno/BN bukan lagi parti terangkum untuk semua, tetapi sudah berubah menjadi parti eksklusif untuk kroni dan anak bini.

Umno/BN bukan lagi parti yang membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat jelata, tetapi parti yang membebankan mereka dengan GST, kenaikan kos sara hidup, pengangguran, pemotongan biasiswa, penghapusan pinjaman pengajian tinggi dan pengurangan kemudahan rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Umno/BN adalah parti yang mencipta 1MDB bagi memperkayakan Jho Low, Riza Abdul Aziz, Tim Leissner dan gerombolan mereka dan membebankan rakyat jelata serta negara dengan hutang paling besar dalam sejarah.

Riza (kiri), Jho Low (kanan): serigala yang baham 1MDB
Kita yang faham keadaan sebenar ekonomi negara dan bebannya kepada rakyat jelata tidak akan menyalahkan peneroka dan sesiapa saja yang teruja dan berasa amat gembira dengan sogokan yang dilabelkan sebagai insentif, bonus dan bantuan itu.

Pokok pangkalnya itu lah yang akan terjadi apabila kerajaan Umno/BN menggagalkan ekonomi negara dan memiskinkan rakyat jelata. Rakyat jelata yang dulu senang, selesa dan berkeyakinan hari ini menjadi pengemis yang mengharapkan sedekah dan bantuan.

Soalnya, adakah cukup dan memadai bantuan bermusim ini atau kita berusaha memulihkan ekonomi kita dan ekonomi negara kita agar menjadi lestari semula?

Kalau pilihan kita adalah yang kedua, maka kita perlu menolak kerajaan kleptokrat Unmo/BN yang mencuri harta rakyat jelata.

Felda tidak ada duit tetapi Felda tidak muflis kerana ia dijamin oleh kerajaan. Tetapi sekarang bukan sahaja Felda mengalami defisit (kekurangan) yang besar, kerajaan pusat pimpinan Umno/BN pun kekurangan wang akibat pengurusan fiskal dan monetari yang hambar. Sebab itulah potong sana potong sini, cukai sana cukai sini, hutang sana hutang sini, jual itu dan jual ini.

Insentif Duit Hutang

Jadi dari mana datang peruntukan “durian runtuh” untuk peneroka dan rakyat miskin ini kalau tidak daripada hutang dan perahan hasil daripada syarikat serta tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC)?

Inilah yang saya tulis dan sebut berulang kali sebagai punca kebimbangan yang amat sangat bahawa kerajaan kleptokrasi yang ketandusan wang ini akan berhutang lagi dan memerah duit GLC/GLIC.

Tanpa hutang baru pun, hutang kerajaan pusat sudah melambung kepada RM833.75 bilion pada tahun 2015, iaitu paras paling tinggi dalam sejarah negara.

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib adalah “bapa hutang negara”. Di bawah kelolaannya, hutang kerajaan naik kepada RM376.39 bilion pada tahun 2009 berbanding RM317.44 bilion yang ditinggalkan oleh (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan RM188.79 bilion oleh Tun Dr Mahathir.

Najib Bapa Hutang Negara. Hutang terbanyak dalam sejarah.
Sebab itulah saya sangat-sangat bimbang syarikat-syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), khususnya Maybank, akan dijadikan sasaran kerana mereka masih mempunyai rizab yang banyak. Kita akan perhatikan tindak-tanduk pengurusan baru PNB yang dipengerusikan oleh bekas menteri kabinet Najib, (Tan Sri) Abdul Wahid Omar. Saya sangat-sangat bimbang PNB dalam keadaan bahaya!

Saya rasa Najib tidak berani lagi menjadikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (pencen pekerja swasta) sebagai harta karun setelah meminjam RM25 bilion untuk syarikat misteri Pembinaan PFI Sdn Bhd.

Apatah lagi meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (pencen kakitangan awam) setelah mengaut RM4.4 bilion untuk sebuah lagi syarikat misteri bernama SRC International Sdn Bhd.

Begitu juga daripada Tabung Haji yang telah diperah untuk membiayai kegiatan 1MDB dan menyokong terbitan awam permulaan (IPO) FGV pada tahun 2012.

Jadi yang mungkin menjadi sasaran adalah syarikat-syarikat PNB dan GLIC milik Khazanah Nasional Berhad.

Inilah yang ditakuti dan wajib diawasi dengan serapi-rapinya kerana kerajaan kleptokrasi yang mencuri ini mungkin terus menggali sumber GLC dan GLIC bagi menampung perbendaharaan yang semakin kering.

Wallahuaklam.

21 comments:

Seri Nara al-Diraja said...

Tapi saya respect hutang zaman Anwar Ibrahim sebab hutang Negara terkawal. hehe

Ismail Muda said...

Salam Datuk, umum sudah pun mengetahui Felda hampir kekeringan dana utk membiayai operasi hariannya. Pendaparan tahunan dari pajakan tanah kpd FGV & pelaburan pasif & pelaburan baru yg belum matang hanya cukup membayai sebahagian emolumen staff. Sedih betul tengok nasib Felda sebuah agensi besar yg dulunya memiliki rezab tunai yg banyak & simpanan pelaburan serta aset yg kukuh...tiba2 jatuh menjunam di bawah seliaan Menterinya Najib.
Sudah tentu insentif2 yg diumumkan ini dibayai melalui pinjaman atau penjualan aset Felda yg masih ada. Saham2 dlm Maybank & MISC yg setatutnya digunakan utk tujuan jangkapanjang spt prog replanting, atasi kejatuhan harga, mungkin akan dilupuskan semuanya utk dapatkan tunai. Tiada ape yg tinggal kecuali Menara Felda di sebelah KLCC yg dimegah2kan oleh Najib.
Ketika PRU 13 lalu, Najib menabur janji menyiapkan 20 ribu unit rumah utk 2 gen Felda. Project ini gagal & sebahagian besar terbengkalai akibat kekurangan dana & masalah tanah. Kemudian Najib berjanji menjadikan penroka sebagai middle income group dgn pengapungan FGV. Kepimpinan Felda di bawah Isa Samad telah menyebakan hala tuju Felda semakin terpesong menyebabkan tugas2 hakiki menjaga kebun peneroka semakin terabai. Isa lebih utamakan membeli hartanah hotel & dll. Kebun2 penroka tidak diurus dgn baik & hutang penroka semakin bertambah. Ramai Peneroka mengadu pokok 5-6 tahun ditanam masih bual kerja2 sulam. Sepatutnya tempoh ini sudah break even & peneroka memperolehi hasil yg baik. Akibat krisis pengurusan & kepimpinan Felda, peneroka telah dibebani hutang2 yg tinggi. Ada Peneroka mengadu kos tanam semula 10 ekar melebihi rm140 ribu & terbeban dengan bayaran loan repayment yg tinggi.
Kesimpulan yg dpat dirumuskan ialah semua insentif2 yg diumumkan oleh Najib ini adalah berpunca & bertitiktolak dari kelemahan & kegagalan Menteri yg menjaga Felda. Ini juga mengesahkan dakwaan penroka sejak sekian lama spt hutang tinggi, hasil rendah & kebun semak samun yg tak diselia dgn baik. Pengumuman Najib hanya mahu menutup kegagalannya menjaga Felda & meredakan keresahan Peneroka. Pembangkang ada ruang yg banyak eksploit isu Felda...

sukasamasuka said...

Datuk,

- Latest BNM Report 2016, hutang kerajaan sudah naik keparas RM908.7bil (bukan RM833.75 bilion - 2015)...(1)

- Hutang masa Tun = RM188.79 bil +

Hutang Badawi = RM RM317.44 bil +

Hutang Najib hingga 2016 = RM402.47 bil (bukan, RMRM376.39 bil)

Jumlah hutang = RM908.7bil

- Pada dasarnya, hutang itu penting untuk menjana ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.

- Walaupun, BNM kata "The Malaysian economy registered a commendable growth of 4.2% in 2016. (1)", macam ada yang tidak kenanya dengan angka 4.2% tersebut, sebab pertumbuhan ini tidak nampak dan mungkin jadi disebabkan olih harga kos sara hidup yang naik mendadak, bukan "real internal growth by volume consumption yang stagnant".

- Kadar penganguran 2017 tinggi pada 507,500 orang (2)...ini tidak sihat sama sekali sebab hutang terlalu banyak masa Najib tetapi duit tidak di gunakan untuk membuka peluang pekerjaan baru.

- Dengan kadar yang kasar, kalau setiap RM1 bil hutang seharusnya menjana sekurang2nya 1,500 pekerjaan baru...maka RM402.47 bil dapat menjana 603,000...tetapi, ini tidak berlaku sebab hutang bukan untuk bikin pelaburan tetapi digunakan untuk "expenses" seperti bayar gaji untuk 1.5 kakitangan kerajaan dsbnya.

- Kerajaan dapat kutip balik "expenses" semacam ini melalui GST...GST bukan cukai menjana ekonomi.

- Kemana sudah itu hutang RM42 bil 1MDB?...ada ke ia sebahagian dari hutang Najib yang RM402.47 bil itu?

Ba kamu orang Islam Malaya dan PAS, kasi la naik Haji itu 5,000 orang lagi, walaupun bukan dari hasil keuntungan dari 1MDB, tetapi "hutang atas hutang"...yang bayar itu hutang nanti dari corporate tax juga macam Carlsberg, Genting HIghland, Sport Toto dsbnya juga.

- Hutang najib belum masuk lagi itu....RM50 bil ECRL + RM200 bil Carey Island Port + RMXX bil Bandar Malaysia + RMXXX bil Forest City + RM17 bil Pan Borneo Highway...itu semua kena bayar bos ku...bukan "investment" dari China bikin kilang2 manufacturing untuk AliBaba.

- Dengan AliBaba, kita jadi pembeli saja, barang2 murah dari China, bukan tukang buat barang untuk kita eksport...betul ke itu, bos ku?

Berapa AliBaba mau invest di Malaysia?...sudah masuk ke itu duit ke?

Jangan fikir Najib + JackMa sama dengan macam si Trump + JackMa...tidak sama itu bos ku.

si Trump is a billionare businessman-turn-President...Najib is a billionare-Kleptrocrat PM...macam tidak sama saja itu, betul ke?

- Nampak2nya, hutang kerajaan akan melebihi RM1 Trillion = RM1,000,000,000,000.00...macam jadi 12 kosong tau, bukan sembilan kosong.

- mau cakap apa lagi Datuk?

- Selamatkan la anak2 Malaysia dari si haramzadah yang sial ini!...ini bukan main2...bukan politik ok!



(1) http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/23/highlights-of-bank-negara-malaysia-2016-annual-report/

(2) https://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate

sukasamasuka said...

Datuk,

"Sogokan ini adalah pengakuan mutakhir Najib dan konco-konco beliau bahawa Umno/BN bukan lagi pilihan eksklusif di rancangan-rancangan Felda, khususnya dan di kawasan luar bandar, amnya."

- bagi 25,000+ warga Felda yang datang ke Putrajaya untuk menghadiri jamuan dan perayaan Felda Settlers Day 2017, mereka nampak happy saja dapat durian runtuh nie.

- mereka tak kisah duit datang dari mana Datuk, janji kata mereka dapat itu duit.

- datang ke pesta itu lagi la seronok...semua kena tanggung...itu duit juga...juta2 ringgit juga tu...bila lagi, bukan senang jumpa PM.

- Najib baik...dia "giving a 2nd chance” to 17,679 peneroka yang keras kepala tak mau jual hasil pada Felda...kesian melepas sikawan2 nie tak dapat duit...sabar bos ku, kalau bekerjasama dapat juga tu, tapi next year, Feb 2018...ini signal PRU14 bukan tahun ini...atau pun satu muslihat?

- Arwah kedua orang tua kami, moga2an roh mereka mendengar...selalu kasi nasihat masa kami kecik2 dulu..."jangan makan titik peluh orang, berdosa besar kalau dia tak halalkan".

- Kepada semua 94,956 peneroka Felda, tanpa kamu sedari kamu makan titik peluh orang lain...dosanya besar...tidak senang seumur hidup!

- Ini nasihat karut, jangan pakai.

sukasamasuka said...

Datuk,

" Baguslah peneroka Felda mendapat durian runtuh. Tetapi siapa yang membiayainya? Silap-silap peneroka sendiri yang berhutang untuk membiayai insentif itu."

- bagi Datuk, mungkin bagus...tapi, aku rasa, bukan itu yang tersirat dalam hati Datuk.

- sebenarnya aku jealous.

- 94,956 peneroka Felda yang setia tetap dapat duit undi awal, sedangkan aku habuk pun tarak.

- mana tidaknya, peruntukan lebih dari RM1.5 bil (6 incentives Felda) ini tadi, kita tidak tau dari mana sumbernya memandangkan Felda mengalami RM1 bil deficit.

- ini sikit kalau dibanding dengan reserve RM40 bil PNB...kalau bolih beli 25 nombor plat kereta, what is RM1.5 billion?...peanut!

- dari mana pun sumber duit itu tadi, macam juga duit 1MDB yang dipakai untuk naik Haji...itu bukan duit titik peluh sendiri.

- begini la bagaimana, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, membangsatkan bangsanya sendiri...kerana mau kuasa.

- aku undi UMNO pada PRU13 dengan harapan kita dapat pemimpin yang baik...itu hak aku.

- aku bukan undi UMNO supaya pemimpin haramzadah UMNO itu, suka suka pakai duit titik peluh rakyat dengan sewenang2nya...itu pecah amanah nama nya.

- pada saat ini, semalam ada seorang muda, seorang cikgu yang mengajar ditempat jin bertandang...7 jam kereta masuk, jalan lumpur, minum/mandi air hujan, tiada elektik, tiada telefon...dia cerita, bahawa elaun kesusahan mereka sudah dipotong dari RM1,500 kepada RM1,000...peruntukan kertas A4 pun sudah tidak ada...nasib kamu baik ba di Malaya, semua mewah...INI LA SABAH, TANAH AIR KU!

- tidak apa, kamu makan la itu titik peluh orang...kamu akan ditimpah balaNya!...itu kan janjiNya!

Kami orang2 tua yang sudah pencen ini...bagi pihak cikgu2 yang mengajar di pedalaman Sabah...mana mana saja ba kalau kamu orang Malaya!

Ini masa kamu....

Mali Muyung said...

Salam Datuk,
Najib sdah gagal sbg MK. Dia seharusnya menyerahkan portfolio itu pada org lain.
Mungkin Datuk boleh cdgkan bila PH memetentah kelak, PM dan MK harus dipisahkan.
Nampaknya kedudukan kewangan negara amat parah.

anak peneroka said...

Teringat cerita arwah Tun Razak dulu.

Anak dia mintak buat swimming pool kat rumah pun dia tak berani nak bina demi menjaga amanah rakyat.

Wallahualam.

A KADIR JASIN said...

1. Oleh sebab cek olok-olok RM1 juta yang dipaparkan mengandungi lambang Maybank, saya bertanya PNB apakah iannya ditaja oleh Maybank.

2. Pegawai PNB yang menjadi konteks saya, Encik Aziz Anuar (Senior Vice President Corporate Affairs & Communications)memaklumkan "Hadiah ditaja sepenuhnya oleh Felda. Logo Maybank hanyalah sebahagian daripada rekabentuk cek olok-olok."

3. Saya mendapat maklum daripada sumber-sumber Felda yang mereka mengambil kira kedudukan dan kemampuan kewangan agensi apabila membuat peruntukan luar jangkaan kepada peneroka tetapi orang atasan dari luar Felda mengarahkan bayaran yang lebih tinggi.

4. Sumber-sumber itu mengakui yang mereka terpaksa mencari sumber kewangan tambahan termasuk berhutang.

Wallahuaklam.

awang marang said...


Salam Dato,

Jangan dirisaukan sangat kalau kerajaan Najib tak cukup duit, Tuang Punasihat Lebai boleh bantu lancarkan tabung derma jihad dimasjid dan surau diseluruh negara untuk bantu kerajaan Najib.... akan ada dalil nanti rakyat wajib bantu kerajaan Najib/Rohmoh!

sukasamasuka said...

Datuk,

Terasa sayu aku dengar cerita anak peneroka 7.31PM.

Melayu dulu2, pemimpin kita, mempunyai sifat yang baik baik hingga negara senang, maju dan dihormati.

Itu hanya tinggal kenangan saja.

Sayang Melayu tidak pandai jaga harta sendiri...yang sikit kita ada pun sudah dirosakkan.

Orang2 Cina datang sehelai sepinggang...macam datuk nenek aku...tidak ada apa2...malahan buat kerja yang Melayu tidak mau buat...angkat taik orang Melayu...buat jalan raya...buat jambatan...tanam sayur...jual sayur...kuli kuli angkat guni beras dan gula turun dari kapal2 di pelabuhan...hisap candu kasi hilang penat dan stress...sakit TB...mati awal...tetapi, dengan usaha tulang empat kerat, mereka bikin kedai kecil2...lama2 ekonomy mereka punya, bukan kerana datuk nenek moyang aku tipu timbangan atau curi tulang atau makan titik peluh orang lain...tetapi, mereka buat sikit2...dapat satu ringgit, simpan 30 sen...lama2 mereka kaya...Allah itu adil dan saksama.

Sayang jadi Melayu...kasi malu saja...tidak pandai bikin harta, tidak pandai jaga harta...boros giler...dapat satu ringgit, belanja satu ringgit tiga puluh sen...tiga puluh sen hutang sama Cina...lama lama habis tanah dijual sama Cina.

Dulu sama sekarang, Melayu sama saja...suka berhutang...keliling pinggang...buat kerja sikit, tapi hutang banyak, macam orang2 Melayu Felda.

Kasi itu tanah 600,000 acres sama orang Cina ba...tengok macam mana...silap2 haribulan, Malaysia akan jadi pengeksport daging babi yang paling terbesar didunia!

Kasi sama Melayu, apa yang ada?

Kasi beban sama orang lain saja...minyak kelapa sawit pun mahal sudah.

Melayu tidak pandai bersyukur, sudah dapat tanah dan kemudahan asas percuma pun masih tidak pandai berdikari...asyik berhutang saja...banyak lagak.

Melayu Felda tidak tau malu punya Melayu...selepas 50 tahun pun masih terminta2.

Disini la kuasa politik UMNO.

sukasamasuka said...

Datuk,

Catitan Datuk 9.26PM..."4. Sumber-sumber itu mengakui yang mereka terpaksa mencari sumber kewangan tambahan termasuk berhutang."

- Felda dan FGV tidak ada maruah...tidak ada pride.

- Dapat RM1.00, belanja RM1.30...tidak tau malu.

- Cagar saja itu tanah Felda, supaya dapat hutang lagi banyak2.

- Kalau ikut cakap "orang atasan dari luar Felda (yang) mengarahkan bayaran yang lebih tinggi"...itu kita memang tidak hairan, sebab anakharamzadah sial itu bukan pakai duit bapa dia.

- Felda is a a typical Malay at its best!

- Kerja sikit, hutang banyak.

- Suka pinjam duit, macam la itu duit titik peluh sendiri, lepas itu enjoy sana sini, kasi habis duit beli barang yang tidak ada hasil.

- Sudah habis duit, bikin muka macam beruk keluar dari hutan...terminta2 sama orang.

- Nasib juga Felda dapat Pengerusi, muka macam dari Planet of the Apes...kaki rasuah.

- Itu la Melayu2 Felda dan FGV, suka makan rasuah!

Aku said...

Kadiag, السَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎‎
Terima kasih banyak kerana 'coret' pasai "Insentif FELDA duit siapa ?".
Benda ni nak habag mai dah lama depa dok buat terutama bila dekad pilihan raya. Tapi dolu bawah Raja Liyeh, FELDA duit banyak.. laa ni lain sekali, hutang pulak yg banyak. Tapi usaha nak beli undi macam "mesti" di teruihkan, macam satu yg 'wajib', dan pihak yg berwenang macam SPRM (biro banteraih risyuah) dan 'pengelola' pilihan raya (SPR) macam buat tak tau saja, basa almarhum Tok Guru munkin 'jeling pon dak'. Parti agama yg selayaknya bediri ataih perinsip "amar makruf nahi munkag" pon macam bisu, subhanallah.

Pasai unjuran hang duit munkin depa ambik dari Maybank yg banyak risab, bulih jadi jugak. Tapi lagi satu "prime candidate" aku rasa munkin PETRONAS, yg baru saja tarik diri dari projek di Kanada :
" Pacific NorthWest LNG megaproject cancelled. Malaysian national energy giant Petronas and its partners pull the plug on the $36 billion project... Dari Toronto Star, July 25, 2017. "
Satu sebab aku rasa lagu tu kerana banyak kali depa buat sesuatu yg 'luag jankaan'. Apa2 pon bulih jadi dgn puak2 ni. Orang dolu munkin kata 'bujog lalu, melintang patah'....Munkin ini isyarat kita kena pantau semua 'kemungkinan' atau "cover all bases", kalu tak bulih pon, kena tengok pd 'cash cow'2 yg masih ujud.

Lagi satu benda yg munkin depa kena kaba ("cover") jugak ialah Prasarana, yg hutang pon dilapog dah cecah bilion2, (dan jugak dilapog tak siyag kedudukkan akauns untung rugi pd orang ramai) dan yg dijadual untuk ambik alih projek MRT (jugak dilapog sarat hutang).

Mintak maghap ataih apa2 yg silap, dan sekali lagi, terima kasih Kadiag.
Aku

RD. said...

Taja jemaah Haji, guna duit hutang 1MDB. Bagi insentif atau pengalak pada peneroka, guna duit hutang juga. Kalau berhutang untuk berniaga dan menjana pendapatan, kira OK la juga. Sekurang-kurangnya, hasil keuntungan boleh digunakan untuk membayar hutang dan faedah keatas baki-hutang.

Kalau berhutang untuk meraih sokongan dan popularity... alamatnya nanti, jadi seperti kebanyakan mereka yang bankrupt dengan hutang keliling-pinggang, kerana amalkan cara hidup... biar papa, asal bergaya.

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.

Aku harap peneroka felda ni jangan jadi ikan dalam sangkar, sampai masa kena jual. Dan memang dah terjual pun .. peraih nye Isa Pendek.

PM kita Sang Mappadulung dengan mulut berbuih nya kata,kompom nak bagi RM5,000 pada Pak Peneroka .. dan hari tu janji nak ulur lagi RM25,000, jadi tak.

Ari tu keluar tv, betapa "hepi jomblo" nye Mak Cik Felda dapat RM5,000, katanye "Sapa nak bagi ooii, kalau tak Sang Mappadulung?".

Dan janji nak bagi RM25,000 tu, Pak Peneroka kena kejar. Takut yang RM5k sebagai ganti RM25k .. apa-apa boleh jadi di zaman Mappadulung ni, jika ia ada kaitan dengan duit.

Pak Peneroka pun kena mintak lagi duit daripada Sang Mappadulung .. ini lah masa paling baik untuk mintak. Ayok.

sukasamasuka said...

Datuk,

"2. Pegawai PNB yang menjadi konteks saya, Encik Aziz Anuar (Senior Vice President Corporate Affairs & Communications)memaklumkan "Hadiah ditaja sepenuhnya oleh Felda. Logo Maybank hanyalah sebahagian daripada rekabentuk cek olok-olok."

- PNB bukan bank...jadi tidak bolih issue cek, walaupun olok-olok.

- cek olok-olok yang ada jenama bank bermakna, PNB ada akaun di bank itu untuk membuat pembayaran pada peneroka, bukan pakai cek, tetapi masuk terus akaun masing2.

- jadi itu tidak ada masaalah.

- masaalahnya dari mana Felda dapat duit bayar RM1.5 bil insentif peneroka?

- kalau "pinjam" dari dana PNB RM40 billion itu, mampus la 13 juta pelabur PNB termasuk 100,000+ peneroka Felda yang melabur diPNB...kalau ambil dari dana pelabur RM260 bil PNB itu, kita Melayu gulung tikar!

- Datuk gigit jari, balik kampung tanam jagung!...Tan Sri Wahid masih muda, bolih jadi driver Uber?...aku masuk hutan, tinggal atas pokok, buru pelanduk.

- puas2 la ketawa, sebelum menangis bila yang ditangisi sudah dimiliki orang lain!

- bukan Tanah Melayu pernah dimiliki olih bangsa lain?

- yang kita tau, "Malaysia" bukan milik UMNO...itu saja.

Lee Watt said...

I sense a lot of jealousy here. With the writers trying to masked this. While pretending to be "concerned about the country".

Here are the basic facts:
1) Najib is the country's PM. His party and coalition has the numbers in parliament. THEY call all the shots. Including what to give to Felda settlers and so on.

2) You Bersatu and Pakatan people don't have any real power. You can shout and scream all you like. But most people don't really care. Only your fellow losers might.

3) Bersatu will get wiped out in the next GE. And all of its supporters will Balik Kampung Tanam Jagung HAHA!

Me - I will support the strongest side. And that is Umno and BN.
--
James Watt: Inventor of steam engine.
Lee Watt: Inventor of anti-poseur engine.

sukasamasuka said...

Datuk,

Coretan saya 2:33 PM pasal elaun cikgi pendalaman Sabah dipotong, mungkin ada sikit2 kena mengena dengan apa yang dikatakan olih Zairil Khir Johari...(1)

Kita harap Kerajaan Harapan mengambil kira:

1. Tambah guru2 budak Sabah untuk ganti 14,000 guru dari Semenanjung dalam 5 tahun selepas memerintah kecuali guru2 musik, English, Sains dan Matematik.

2. Hantar balik guru2 agama dari Semenanjung.

3. Latih guru2 muda dalam bidang musik, English, Sains dan Matematik.

4. Ambil budak2 SPM yang pandai2 jadi guru untuk pendalaman Sabah.

5. Jadikan English sebagai Official Language untuk Sabah.

6. Elaun2 guru Sabah mesti lagi bagus sebab keadaan pendalaman Sabah sangat teruk.

Terima kasih saudara Zairil Khir Johari...you are doing the right thing...you have my 101% support.

..............................

"Allowances for trainee teachers should not be abolished...July 27, 2017

By Zairil Khir Johari

Yesterday, a coalition of 14 varsity organisations visited Parliament to submit a memorandum protesting the government’s proposal to abolish living and travelling allowances currently provided to trainee teachers undergoing the Bachelor of Education undergraduate programme (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, PISMP) at teacher training institutes (Institut Pendidikan Guru, IPG).

As of now, trainee teachers enrolled in the PISMP programme receive a monthly living allowance of RM430 and a maximum travel allowance of RM500. In fact, RM430 is already a reduced amount, as it used to range from RM500 to RM800 a month depending on location.

In lieu of the allowances, National Higher Education Fund Corporation (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, PTPTN) facilities will be made available for students at teacher training institutes in order for them to finance their cost of living throughout their four years of study.

Misplaced priorities

Once again, the government appears prepared to sacrifice the future of our country in its attempt to cover its own wrongdoings. Instead of addressing the rampant wastages, corruption and financial scandals that continue to drain the resources of our nation, the government prefers to punish critical sectors such as education.

While education expenditure continues to command the bulk share of the government’s annual budget, its actual spending priorities are highly questionable. Billions of ringgit have been exhausted on white elephant projects such as YTL’s 1BestariNet, while key items such as teacher development has seen its budget continuously slashed, dropping by half from RM1.5 billion in 2015 to RM763 million in 2017. Even the allocation for English enhancement programmes have been reduced by two-thirds.

Unfortunately, while the much-vaunted Malaysia Education Blueprint 2013-2025 pays lip service to the need to improve the quality of teachers, the government appears to be doing the exact opposite.

Scrap the proposals

The government should immediately review its flawed proposal and scrap plans to abolish the living and travelling allowances of trainee teachers. If anything, the teaching profession should be further incentivised in order to attract better talents. If the quality of education in our schools is to be improved, then the quality of teachers has to be given the utmost priority.

Furthermore, it is even more outrageous to replace the allowances with PTPTN loans in order for the trainees to support themselves. Not only would this make the option of becoming a teacher less attractive, it would also add to the burdens of fresh graduate teachers who have already sacrificed much in taking up the mantle of their noble profession.

Zairil Khir Johari is Bukit Bendara MP, DAP Parliamentary Spokesperson for Education, Science and Technology.

(1) http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/07/27/allowances-for-trainee-teachers-should-not-be-abolished/

boy said...

sukasamasuka sir, woo…d subjects u talked....it like d barrier to entry is none...not exist. u must ve virtually some amount of experience of any sort to ve tat class. tats to say, u’ve opinions of all stripes. ur straight forward or rather a street brawl n illicitness at some points not much on intellectual weight too, a differ to any presumed expertise, not d like i see it in my collagenous world.....but still u offers some fascinating n sagacious arguments. a harsh sincerity it is. something of a random factor tat i can grab around more easily.

this is true. d thoughts n opinions by political pundits n cmentators, even my political science prof haven’t ve tat same value. they just play out their examined political philosophy without any gut to feel about. worth still d narratives based upon media coverage tat bears no resemblance to d actual state of affairs. like when d issue is about colluding on 1mdb scandal d opnion is about economic crisis...d malay status…so on n on.u might well not to listen too.

whwn u asked….melayu ada apa? i feel quite angry. i think abaout givin a challenge. am full of myself but i couldn’t effort to make it more impressive than d challenger. u’r right….after decades of flattering self-description....d agreement is worth a damn.

Ismail Muda said...

Dari sumber dalaman, sebahgian aset Felda telah berpindah dan diletak hak kepada Felda investment Corp ( FIC ) yg kemudian dijual kepada luar utk dapatkan tunai. Tanah felda di Bkt Katil Melaka seluas kira2 600 ekar sudah dijual kpd Encorp. Tanah kompleks Ibu Pej Felda seluas 22 ekar yg terletak di Jln Gurney diberi kuasa kpd sebuah sykt luar melalui Power of Attorney ( PA) utk tujuan pembangunan semula. Jika ini benar SPRM patut menyiasat bagaimana tanah Felda ( Kerajaan ) bole diserah PA kpd syarikat luar. Apakah rasionalnya Wisma Felda yg masih kukuh ( diresmikan Tun M) dirobohkan utk Menara 68 tingkat. Apakah projek ini akan beri pulangan kpd Felda? Bagaimana sykt RM2 yg tiada apa2 track record boleh dilantik sebagai Perunding membina projek yg besar ini? Apakah benar sykt Perunding rm2 ini mempunyai kaitan dengan isteri Isa???? Siapa pemilik Synergy Promenade?

benjamin liang said...

Sampai Bila peneroka 2 nak mengharapkan sedekah dari kerajaan? sepatutnya sudah boleh berdikari setelah sekian lama mengusahakan ladang2..maruah kita penting, daripada mengharapkan bantuan demi bantuan..bila anak kita Kecik Ok lah boleh kita Bantu, Tapi setelah 60 tahun, nak tunggu bantuan lagi kah??
...dunia ini Tak ada Benda yg datang bergolek percuma..mana mungkin ada durian runtuh, kalau ada pun dah lama dikutip orang lain.. akhirnya yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin..

Abdullah Ngah said...

Dahulu FELDA pernah beri wang sebanyak RM 15,000 kepada keluarga peneroka.durian runtuh konon, sedangkan Pemberian itu adalah hutang yang perlu dibayar balik. oleh itu tepat sekali dengan apa yang dikatakan oleh Datuk bahawa,"Maka adalah mustahil insentif itu diberikan sebagai bonus atau habuan tetapi lebih berupa pinjaman yang secara tersirat atau tersurat terpaksa dibayar balik oleh penerima."
Pada saya insentif ini adalah insentif untuk membeli undi para peneroka pada PRU 14 yang akan diadakan bila bila masa daripada sekarang.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).