Monday, August 14, 2017

1MDB: Daripada Sivil Kepada Jenayah



A Kadir Jasin


DALAM tampalan 4 Ogos bertajuk “Kecuaian Jenayah 1MDB” saya, antara lain, menulis: “Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara.”

"Who prosecutes on behalf of Lady Justice"
Saya merujuk kepada kes bekas Perdana Menteri Thai, Yingluck Shinawatra, yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “criminal negligence” kerana menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion (lebih kurang RM4.3 bilion) dalam pelaksanaan subsidi padi.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
 
Jumlah ini amatlah kecil berbanding duit 1MDB yang lesap dan kesalahan Yingluck ringan berbanding jenayah kewangan 1MDB. Yingluck dituduh buat salah dalam pemberian subsidi kepada penanam padi. Duit 1MDB masuk akaun Najib dan untuk anak bini serta Jho Low berfoya-foya.

Kita tahu bahawa tindakan macam yang berlaku di Thailand itu tidak akan berlaku di Malaysia – setidak-tidaknya selagi kerajaan Umno/BN pimpinan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berkuasa. Insya Allah selepas itu lain cerita.

Tidak ada sesiapa pun di muka bumi ini menongkat langit. Kuasa akan hilang dan nafas akan terhenti. Hatta Firaun yang mengaku Tuhan dan mahu hidup selama-lamanya itu pun akhirnya mati dan kering dibakar padang pasir.

Secara kebetulan, pada 11 Ogos agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang pihak berkuasa Amerika sedang menaikkan taraf siasatan skandal 1MDB daripada sivil kepada jenayah.

Bagi kita mungkin kebetulan tetapi ialah adalah kehendak dan perancangan Allah. Doa rakyat jelata yang teraniaya lambat laun akan dimakbulkan.

Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) dilaporkan meminta mahkamah di Los Angeles menangguhkan kes sivil terhadap 1MDB, khususnya ke atas Jho Low dan konco-konconya - termasuklah anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz - agar tidak mengganggu siasatan jenayah.

The Family: Jho Low (kiri sekali), Riza (dua dari kanan)
Maksudnya, pihak berkuasa Amerika telah menaikkan taraf tindakan ke atas pencurian duit 1MDB dan penggunaan duit haram itu di bumi Amerika daripada kes sivil kepada jenayah.

Ini adalah proses biasa di Amerika. Mereka mulakan dengan penyiasatan dan tuduhan sivil (civil indictment) kemudian apabila tindakan sivil itu berjaya atau menghasilkan bukti yang kukuh, mereka naikkan tarafnya kepada tuduhan jenayah (criminal indictment).

Itulah antara kaedah yang digunakan oleh Rudolph Giuliani ketika beliau menjadi Peguam Negara Amerika bagi Daerah New York Selatan pada tahun 1980-an bagi memusnahkan rangkaian jenayah Mafia di bandar raya itu. Giuliani kemudiannya menjadi Datuk Bandar New York.

Ironinya, tidak banyak beza di antara jenayah ganas Mafia seperti yang didramatisasikan dalam siri filem “The Godfather” dengan jenayah korporat yang diabadikan oleh Riza dalam filem terbitan bersamanya “The Wolf of New York”.

Penyiasatan jenayah 1MDB di Amerika itu melibatkan wang yang dicuri daripada 1MDB yang didakwa digunakan untuk membeli hartanah, lukisan, emas pertama, jet eksekutif, kapal layar dan menerbitkan filem.

Nilai harta curi itu dianggarkan kira-kira AS$1.7 bilion atau lebih kurang RM7.3 bilion dan melibatkan kegiatan jenayah yang dilakukan di bumi Amerika sahaja.

Siasatan jenayah di Amerika itu menyusuli tindakan jenayah yang sudah pun diambil oleh Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) yang menyebabkan beberapa orang eksekutif yang terlibat mengubah wang haram 1MDB didenda dan dipenjarakan, dan dua buah bank ditutup.

Inilah ironinya. Negara-negara yang orang kita hina sebagai negara kafir telah atau sedang bertindak terhadap “jenayah abad” (crime of the century) ini tetapi negara kita yang kononnya Islam menyapunya ke bawah permaidani.

Tetapi kita semua tahu bahawa bangkai gajah mustahil boleh disembunyikan selama-lamanya apatah lagi apabila baunya semakin hari semakin meloyakan.

Dalam usaha menimbus bangkai itu, imej Malaysia menjadi amat buruk, ringgit terus lemah, hutang negara melambung dan kebolehpercayaan kerajaan jatuh merudum.

Semakin hari kita semakin terjajah kerana mengemis hutang, khususnya daripada regim komunis di Beijing, untuk membayar hutang 1MDB yang telah mencapai RM50 bilion pada awal tahun 2016.

Nothing To Hide 2.0

Mengenai tindakan ganas para penghasut di forum di atas yang diadakan di Shah Alam semalam, saya membuat catatan berikut dalam laman Facebook saya:

“Saya ada di satu dari awal hinggalah para pengacau mula bertindak menjerit kemudian membaling capal, botol air dan kerusi serta menembak "flare".

Pengacau melepaskan tembakan suar (flare) dalam dewan
Ini berlaku di penghujung sessi soal jawab di mana beberapa soalan yang jelas ditanam oleh penaja kumpulan penghasut berjaya ditangkis oleh Tun Dr Mahathir.

Ini termasuklah soalan mengenai DAP menjadi parti utama Pakatan Harapan, Dr Mahathir meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar dan peristiwa Memali.

Sesetengah penghasut nampaknya tidak puas hati apabila jawapan Tun kepada soalan mereka disambut dengan tepukan dah teriakan "hidup Tun".

Saya nampak ada penghasut yang ditahan oleh ahli Armada dan orang ramai manakala yang lain lari bertempiaran sambil menanggalkan kemeja-T PPBM/Armada yang mereka pakai untuk menyamar.

Jelas tindakan provokasi kumpulan penghasut itu membayangkan keterdesakan penaja mereka yang mengakui bahawa majlis-majlis anjuran PPBM dan Pakatan Harapan mendapat sambutan sukarela rakyat jelata.

Sekarang semakin jelaslah kepada kita operasi ganas yang sanggup mereka lakukan demi mempertahankan kuasa yang semakin terlepas. Di satu pihak mereka berdoa dengan nama Allah di pihak yang lain mereka mengganas. Wallahuaklam.”

17 comments:

hud hud said...

Mereka mereka ni yang mendoakan agar negara aman selamat dan maju tapi melakukan sebaliknya tidak sedar yang mereka sebenarnya mendoakan agar mereka sendiri dihapuskan. Kita harus alu-lukan mereka ni buat lagi banyak majlis sembahyang hajat macam tu.

Bila kita lihat video TDM jawab soalan soalan provokasi tu amat terserlah kebolihan luar biasa beliau. Jawapannya tak panjang lebar tapi orang semua terima dengan tepukan gemuruh dan laugan hidup Tun. Tujuan mereka untuk memerangkap atau memalukan Tun langsung tak jadi. Malah yang sebaliknya pulak yang berlaku. Sokongan and sanjungan pada Tun makin melambung. Ular ni bukan calang calang ular. Bukan saje bisanya tak hilang, tapi makin di tekan, makin dihina, makin dia berbisa. Sebab tu kita dengar Zahid melahirkan rasa sedihnya dengan peristiwa keganasan tu and menyatakan yang polis akan diarah untuk terus siasat and mengambil tindakan yang sewajarnya. Dia tu bagi isyarat strategy hambar, dah makan tuan.

tumpang tanya said...

Adakah NSC akan diaktifkan supaya tiada pilihanraya dilakukan?

Mali Bin Muyung said...

Mengherankan. Kenapa UMno dgn bamtuan wang ringgit mereka yg melimpah ruah tidak sanggup berdepan dgn lawanya secara gentleman?
Kenapa bertindak d luar budaya org Melayu?
Dlm akhbar Borneo Post, Najib d beritakan berkata umno lagi kuat dan berpengaruh dari parti bunga.
Ya, dia x sebut parti Bersatu tapi parti bunga.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Dalam zaman IT ini semua boleh tengok di internet.

Orang buang kerusi, selipar, macam kera, monyet dan orang hutan sudah di viral kan.

Semua orang boleh tengok dan buat penilaian.

Kalau dekat negara jiran, Jokowi boleh berdebat dengan lawannya, di Singapura Lee Hsien Loong boleh berdebat dengan lawannya, tapi di negara kita, yang patut berdebat tak mahu datang.

Teuku Nan kata kes 1MDB dah selesai.

Tapi di internet, berjela berita di dunia berkenaan dengan kes jenayah yang melibatkan 1MDB.

dt rahman pekan said...

pd jam 2pm semlm ' saya tlh menerima panggilan telefon drpd rakan karib (seorang cina),utk berkongsi rasa bangga bila melihat 50/60 anak muda berkonvoy motosikal menuju k kl drpd arah Bentong ,lengkap dgn baju merah 'armada' mereka. beliau memang mengetahui yg saya ahli seumur hidup PPBM dr Pekan Phg.


selepas insiden d Shah Alam semlm, tergerak juga d hati kecil saya utk bertanya sama ada mungkin kah kumpulan ini yg tlh d latih (coached)d Pahang(Bentong) utk melaksanakan misi terancang mereka.


saya sukacita mengesyor kan agar pihak berkuasa menyoal siasat mereka yg udah tertangkap sama ada mereka pernah berada d phg sejak beberapa hari kebelakangan ini. tidak susah utk menyemak gambar2 mereka dgn CCTV d toll Bentong atau d toll Batu Caves.


jika pengesahan dpt perolihi, maka senang lah pihak berkuasa n 'pasukan keselamatan' PPBM merungkai nya sampai k akar umbi.


bagi ornag2 yg berhadapan dgn hukuman mati (jika terbukti terlibat secara langsung dgn pembunuhan Altantuya n d dapati bersalah kerana mengkhiati Negara - treason), maka mereka akan menggunakan apa saja helah n taktik (halal n haram) utk menyelamat kan diri.


apa yg saya amat khuatir ia lah kemungkinan kumpulan anak muda ini adalah 'prelude' kpd perkara yg lebih merbahaya kpd Negara.


dgn ujud nya anak2 muda (melayu) yg amat banyak menganggur terutama d kawasan2 luar bandar n d kawasan2 felda, maka tidak sukar utk pihak yg tidak bertanggung jawab melatih 'agent provocutuers' d seluruh perusuk Tanah air dgn tujuan utk mencetus kan huru hara jika tanda2 sudah jelas menunjukan PH akan menawan Putrajaya.


Akibat nya dharurat akan d ishtihar n 'status qou' d umumkan melaui penubuhan NOC atau badan yg hampir sama dgn nya. Pokok nya rosmah/najib akan kekal menduduki tahta.


selaku ahli MPT, pandangan ikhlas saya ini d mohon pertimbangan sewajar nya drpd dato n pimpinan PPBM.


'we hv 2 b ready 2 play their kind of game from now on' bcos 'all is fair in love n war'- John Lylys


wallahu'alam.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Saya ingat dulu terbaca, setaleh tamat perang dunia kedua, para Jeneral Jerman bawa keluar kekayaan dan harta mereka dalam bentuk berlian permata.

Kalau berlian permata, tak boleh dikesan dalam rekod.

Oleh itu para Jeneral Jerman dapat tinggal di Argentina beberapa lama tanpa dikesan.

Tapi kalau melalui bank yang dilakukan oleh Jho low, tambahan pula dengan jumlah yang begitu banyak, sudah tentu ada rekod hitam putih dan juga rekod dalam bentuk “bytes” yang disimpan dalam peranti memori bank.

Kalau dah simpan rekod ini, macamana hendak hilang.?

Kalau Teuku Nan hendak kata, kes 1MDB dah selesai, orang tak percaya kerana kes jenayah dan pendakwaan yang melibatkan 1MDB baru saja hendak mula di Amerika.

Kalau orang PAS mungkin percaya.

Dalam kitab Munakahad, yang penting adalah ijab kabul, satu pihak menjual dan satu pihak membeli.

Lebai-lebai PAS belajar halal dan haram sedangkan dalam akaun yang diamalkan sistem double entry, ada debit dan kredit.

Boleh jadi Lebai PAS menganggap halal itu debit dan haram itu kredit.

Dalam sistem double entry, kalau satu akaun dalam lejar debit, mesti ada satu yang kredit.

Boleh jadi, Arul Kandar tunjukkan yang debit , kredit tak tunjuk.

Oleh itu mungkin para Ulama PAS puas hati kerana tidak ada unsur-unsur haram kerana semuanya debit.

Kalau Ulama PAS mungkin boleh percaya, tapi rakyat Malaysia yang lain tak percaya.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Pembetulan kepada ralat,

Kitab Muamalat mengatakan perlu ada ijab kabul, iaitu seorang menjual dan seorang lagi membeli.

Bukan kitab Munakahad, (Ini kitab bab kahwin).

Maaf.

Aku said...

Kadiag, السّلامُ عليكُمْ.
Hang nulih dua perkara, iaitu :
1. 1MDB: Daripada Sivil Kepada Jenayah, dan
2. Nothing To Hide 2.0.
Untuk perkara no. 1, baguih sebab hang hurai sikit sebanyak liku undang2 Amerika, yg orang bukan loyar besanya payah nak paham.

Untuk no. 2, aku nampak ni sebagai tindak balaih yg munkin zaherkan ('manifest') yg pihak MOI gagai nak lawan hujjah dgn hujjah, lantaran depa guna 'kekerasan'. Bibit2 dia mola (untok episod kali ni,) antara lain masa kepala "United Malays" big riba (sg besag) taram geng 'bersih'. Kemunkinan kecenderongan untuk tindakkan 'desperado' atau a la fasis ni akan semakin memuncak. Lantaran mustahak nya hampa bersiap siaga (antara lain siapkan pelan A, B dan C sebagai opsyen2 stratijik untok hadapi kemunkinan2) terutama dlm pecutan terakiag ('final dash').
Selamat maju dan bejaya.

Nota tambah:
Untuk En Zed-85(1.57 pagi),
Setakat aku paham, "ijab dan kabul" diamal dlm uruihsan dua2, munakahat dan mu'amalat.
Wallahua'lam.
Maghap no.
Aku.

RD. said...

Tajuk posting Dato kali ini... "1MDB: Daripada Sivil Kepada Jenayah"... amat menarik sekali.

Saya amat pasti... keputusan DoJ, secara tiba-tiba, menangguh prosiding-sivil dan terus beralih kepada proceeding-jenayah... bukan secara kebetulan dengan pembayaran 1MDB (termasuk bunga & penalty lewat bayar) kepada IPIC.

Besar kemungkinan, DoJ hanya menunggu pembayaran-kali kedua ini, sebagai pengakuan tanpa-sedar 1MDB bahawa mereka sengaja 'tersalah' bayar kepada IPIC sebenar, 4 kali beberapa tahun dahulu.

Baru-baru ini, Sarawak Report mendedahkan; Jho Low telah 'berunding' dengan DoJ sejak bulan Mei lalu, secara senyap-senyap. Ketika itu juga, IPIC telah mengheret 1MDB & Kementerian Kewangan ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa di London kerana gagal memikul tanggungjawab sebagai penjamin ke atas bayaran pokok dan faedah(bunga) dua bon bernilai AS$4.8 bilion yang sebelum ini dijamin oleh IPIC.
1MDB berkata, wang itu telah dibayar kepada Aabar Investments PJS Ltd (BVI), sebuah syarikat yang mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC, iaitu Aabar Investments PJS.
Walau bagaimanapun, IPIC menafikan syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virigin itu adalah anak syarikatnya.
Akhirnya, pada 24 April 2017, IPIC berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan, setelah berbincang diluar Mahkamah Timbangtara, bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion dan juga memikul tanggungjawab sebagai penjamin ke atas bayaran pokok dan faedah (bunga) keatas dua bon bernilai AS$4.8 bilion yang sebelum ini dijamin oleh IPIC.

Baca selanjutnya di URL berikut:-
https://www.malaysiakini.com/news/381912

Maka jelas, tuduhan sivil hanyalah untuk 'mengertak' Jho Low supaya bersetuju menjadi saksi pendakwaan dengan mendapat separa-immunity atau hukuman lebih ringan dan mungkin beliau tidak akan menjadi papa-kedana. Dengan bukti kukuh yang ada ditangan DoJ, disamping 'pemain utama' dalam kes pengubahan wang haram terbesar dunia ini menjadi saksi pendakwa, MO1 akan terkena jerat. Sudah tentu Jho Low akan menggiakan dakwaan, beliau telah mengunakan sebahagian wang 1MDB yang dicuri itu untuk menghadiahkan intan-berlian RM128Juta kepada isteri MO1.

Mengenai kekecohan semasa forum Nothing To Hide 2.0, saya berpendapat, mereka yang merancangnya amat bodoh kerana menyediakan suar atau flare kepada 3 budak-budak mentah itu. Saya tidak pasti jenis apa, tetapi suar bukan boleh dibeli dengan mudah. Penjualan dan penggunaannya juga terkawal dan hanya digunakan oleh badan-badan beruniform tertentu saja. Sudah tentu, ia juga diguna sebagai isyarat atau penunjuk-kedudukan kepada pasukan pencari jika berlaku kecemasan pada kapal-kapal Nelayan... terutama di sekitar daerah tepian laut seperti Sekincan.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Mengikut bacaan saya, laporan dari EPF pada tahun 2013, 62% daripada mereka yang makan gaji di Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM2000. Hanya 4% saja yang mendapat gaji lebih dari RM6000.

Saya rasa, tak banyak yang berubah hingga sekarang.

Kita boleh buat kesimpulan kadar kenaikkan kos sarahidup jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikkan gaji.

Dalam bahasa melayu mudah, harga barang naik jauh lebih tinggi dan cepat berbanding dengan kenaikkan gaji.

Akan tiba satu ketika yang mana kebanyakkan rakyat tidak dapat lagi menahan beban faktor ekonomi atau "breaking point"

Macamana pun, manusia kena makan, beli pakaian dan memerlukan tempat tinggal. (Maslow Law).

Saya rasa kita sudah hampir atau sudah sampai pada peringkat itu.

Disebabkan faktor ekomoni, penduduk bandar sudah bersedia untuk menukar kerajaan tetapi penduduk luar bandar masih ramai yang takut kepada perubahan.

Ini boleh berubah dengan kehadiran Tun M. Ramai orang luar bandar yang mempunyai keyakinan dengan Tun.

Oleh itu, sekarang ini, saya rasa, BN dan PAS akan berusaha untuk merosakkan kredibiliti Tun M dengan mengali segala yang terjadi waktu pemerintahannya.

PAS sudah pun bermula untuk minta RCI terhadap kejadian Memali.

Kejadian suar dan membaling kerusi adalah contoh.

Trend ini akan berterusan hingga PRU14.

Pakatan Harapan seharusnya mempunyai strategi yang baik untuk menangkis serangan dari BN dan PAS dan berusaha supaya diterima di kawasan luar bandar.

Stranger than fiction said...

Datuk,
2 very strange events.
Immediately after the US State Secretary had his meeting in Malaysia, the DOJ sang a different tune. Civil suits changed to criminal lawsuits. The CFO Red Granite was appointed fiduciary officer which is akin to letting a fox loose among the hens.

How and why are petrol prices up from tomorrow when world oil prices have been coming down? Extra income to pay off the US305 million debt repayment to IPIC?

Zed-85 said...

Saudara Aku,

Sudah semestinya ada ijab kabul kalau berkahwin, kalau tidak tidak sah.

Saya sentuh pasal PAS kerana ramai orang yang berbuku sangat dengan PAS.

Banyak usaha yang dibuat untuk menerangkan kepada rakyat pasal 1MDB, duit berbillion hilang menjadi units.

Mengikut berita units,ini bertukar pulak menjadi macam-macam, intan merah jambu, lukisan yang berjuta nilainya.

Duit yang berbillion itu mesti dipulangkan balik.

Orang yang berusaha menerangkan kepada rakyat seperti Rafizi akan dimasukkan dalam penjara.

Begitu senang saja PAS kata puas hati dengan 1MDB.

PAS berbangga kerana pada tahun 2015, telah tulis surat untuk RCI 1MDB.

Kalau setakat tulis surat dan hantar surat, ketua pengawas sekolah menengah pun boleh, tak perlu PAS.

Saya rasa orang-orang PAS ini tidak ada sifat ehsan kepada orang Islam dalam negara kita ini yang semakin hari beban ekonomi semakin mencabar.

Hassan said...


"PETALING JAYA: A recruiter, a storekeeper and a roti canai seller have been charged separately at a Sessions Court in Kuala Lumpur on Friday with allegedly insulting Prime Minister Najib Razak.

Recruiter Nor Sabariah Abdul Kadir, 29, was accused of leaving a comment about Najib on the Otai Bersih Facebook page with the intention to insult another person, reported The Star. She is alleged to have committed the offence at 5.11pm on Feb 1.

Storekeeper Ng Thai Quen, 19, was accused of posting an edited image of Najib and his wife, Rosmah Mansor, on his Facebook page between 7pm on Dec 15, 2016, and 7am on Dec 16, 2016.

Roti canai seller Mazlan Yusoff was accused of posting an article titled “Zimbabwe Today Is M’sia Tomorrow” with an edited photo of Najib and China’s former leader Mao Ze Dong. He is alleged to have committed the offence using a Facebook profile under the name “Zain Al Aznam” at 2.53am on Nov 11, 2016.

The three were charged under Section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act 1998 (Act 588) which carries a maximum RM50,000 fine or one-year imprisonment or both, upon conviction.

All three claimed trial to the offences.

Sessions Court judge Zainal L. Saleh fixed bail at RM3,000 in one surety for each accused."

The biggest insult.....MO1 stole more than 25 billion from the rakyat, and still running free!

He cannot block our voices.

More bad news for 1MDB said...

Datuk, more turmoil at the White House, key strategists leaving, the President may be out before end of the year. Does this man the DOJ's lawsuits against 1MDB could be further enhanced because the next President and his men will have less bad history and the DOJ will enforce more punitive action against 1MDB? Bad news for supporters of 1MDB.

Aku said...

Kadiag, اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم‏ ,
Mohon laluan dlm blog hang sekali lagi, nak 'coret' sikit berkenaan komen En Zed-85 (1.13 malam)
pasai 'berbuku sangat dgn PAS'.
En Zed nulih banyak usaha dah dibuat untuk cerita pasai IMDB kad rakyat, dan antaranya ada (Rafizi) yg dihukum masuk
penjara. Dan dgn begitu 'senang saja PAS kata puas hati dgn IMDB'.
Kalu jalan cerita ni betoi, memang gholibnya ada orang sangat marah.
Tapi nak buat macam mana.... antara yang cerdik dlm PAS yg aku tau sekarang ni ialah Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM)
seken boss PAS dan
kalu jangkaan aku betoi, yg lain macam mana la agak nya... orang kata beletiag sudah, merayu pun sudah....
Ramai jugak yg buat andaian yg TITM tak berapa paham susog jalog kewangan korporat, sabit tu munkin dia dilapog 'puas hati dgn IMDB.'
Senario ni munkin mudah nak terima dan paham, cikgu2 sekolah, pengamal2 media dan lain2 yg aku jumpak pon tak berapa paham atau
tak mau ambik tau....
Tapi pimpinan satu wadah politik macam PAS, kalu tak mau ambik tau atau ambik kisah pasai IMDB
sekali pon, takkan tak paham dasag2 yg dibuat sangat memeritkan rakyat,
macam2 sabsidi ditarik, disamping dikenakan pulak cukai GST dan jatuhnya nilai duit Malaya....gaji tak naik, harga ikan naik, harga roman naik, penganggog dimana mana, pendatang asing pon dimana mana, risyuah toksah cerita laa,
bebarih orang tutup muka, tunduk masuk keluag mahkamah...
Dan TITM tau, aku rasa, kita nak cenderong pada orang yg dzolim pon tak bulih.....

Pd En Zed munkin bulih salog dan tumpu sepenuh hati ke isyu utama dan jangan rasa lece dgn isyu2 sampingan yg munkin
saja2 ditabog disepanjang jalan.
Teruihkan pejuangan.

Dan pada orang2 yg terasa hati, mintak maghap no....
Aku

Hakimi Abdul Jabar said...

It's interesting and downright appalling to note that Bumiputeras are now being galvanized into a stupor of super high income desirability in order to be unconcerned with the shock of 1MDB.

So, the so-called High Income NaTion (HINT!) unresuscitated cockamamie no longer has the consistency & resilience to benefit all the citizens of Malaysia and thus, MO1 must SHIP the bagfuls of SH*T to the "gullible" bumiputeras. I'm merely quoting Syed Akbar Ali.

https://syedsoutsidethebox.blogspot.my/2017/08/high-income-bullsht-replaced-by-super.html



Let me stymie the asbsurdity & ridicilous balderdash with facts,

For three consecutive years, MO1 had failed to achieve his targeted growth, and it was on a downward trend.

In order to achieve US$15,000 (RM64,500) by 2020, considering the gross national income (GNI) per capita is US$9,096 or RM37,738 in 2016, Malaysia needs to at least have 12% (13.5% to be exact) yearly GNI growth consistently every year until 2020.

MO1 had set a comprehensive economic transformation plan to propel Malaysia’s economy into a high income economy in 2010.

The plan aimed to lift Malaysia’s GNI to US$523 billion by 2020, and raise per capita income from US$6,700 to at least US$15,000, meeting the World Bank’s threshold for high income nation which was US$12,236 in 2016.

It was projected that Malaysia would be able to achieve the targets set if GNI grew by 6% per annum.

Bank Negara Malaysia 2016 Report had clearly recorded per capita income of US$9,238 (RM36,078) for 2015 at an exhange rate of US$1 to RM4.01. For 2016 it registered per capita income of US$9,096 (RM 37,738) at an exchange rate of RM4.45.
For 2017 until March, per capita income had increased to RM39,656 but because of the exchange rate with US$1 at RM4.45, it was quoted at US$8,906 or US$ 9,889 (if the exchange rate was taken at US$1 to RM4.01 )

MO1 failed to achieve his targeted growth and it is on a downward trend. Bank Negara registered a downward growth rate of 6% GDP in 2014, 5% in 2011 and 4.2 % for the year 2016. BNM has projected growth rate of 4.8% for 2017.

Even if the ringgit strengthens, the growth rate does not allow for such US$15,000 GNI per capita to be achieved come 2020.

There are about six to seven million of foreign workers in Malaysia and that makes up about 30%-40% of the country’s total labour force. And many of whom work and live in far worse conditions than even the poorest Malaysian workers.
We have a huge underclass, which is foreign, and which we are almost in denial.

These numbers are significant.

For Malaysia to become a high income economy, the World Bank’s recommendations were that the Malaysian economy specialise further, improve workforce skills, make growth more inclusive, and bolster public finance. This obviously requires that “national interest” be defined broadly – to include all Malaysians and reverse policies that benefit a select few.

The previous line brings up the 1MDB and Scorpene Corruption Scandals to mind. Names like Jho Low etc.

Erudite readers and scholars such as Greg Lopez had already foreseen and discerned the ludicrous and farcical claptrap espoused by MO1.

A ploy merely to divert the attention of the Malaysian public at large from such scandals such as 1MDB, the TRX no-development, the so-called AmBank private account "Donations", Scorpene Corruption Scandal, the impending failure of the high-income economy balderdash and the pressing need to pull the wool and assuage a segment of the voting population, the Bumiputera community, with another ploy that smacks of NEP failure.

https://www.malaysiakini.com/letters/72493

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/nep-blocked-innovation-in-malaysia-says-oecd

http://www.newmandala.org/malaysia’s-economic-future/

No honour among thieves said...

Datuk, there is no honour among thieves.
Latest emails leaks by Global Leaks detail how Yousef al-Otaiba the UAE ambassador to US berates Saudi.
Series of emails reveal Yousef al-Otaiba criticised kingdom as he attempted to influence policy in Riyadh, and which eventually saw a ganging up against Qatar. Not only that this ambassador also expressed amazement at the election of Trump as president of US. And this Yousef is the same person highlighted by SR as being at the end of receiving funds from 1MDB ? How the world turns round and round and round.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).