Monday, August 21, 2017

RCI Taktik Baru Melencongkan Perhatian Rakyat Jelata



A Kadir Jasin


PEMBURUAN musuh politik oleh kerajaan kleptokrasi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, telah bermula secara rasmi.

Banyak janji PRU 2013 tidak tertunai
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

(Kleptokrasi daripada bahasa Greek kuno yang membawa maksud pemerintahan oleh pencuri iaitu kerajaan yang dipimpin oleh ketua yang rasuah yang menggunakan kuasa mereka untuk memperalatkan rakyat jelata dan sumber alam negara demi memperkayakan diri sendiri dan membolot kuasa. Lazimnya sistem ini melibatkan penggelapan wang tanpa mempedulikan kebajikan rakyat. "Rule by thieves")[1][2] is a government with corrupt leaders (kleptocrats) that use their power to exploit the people and natural resources of their own territory in order to extend their personal wealth and political power. Typically this system involves embezzlement of funds at the expense of the wider population).

Kalau sebelum ini ia menggunakan propaganda politik dan putar-belit media terkawal, sekarang ia menggunakan kaedah   Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pula. RCI pertama adalah untuk menyiasat kerugian perniagaan mata wang (forex) Bank Negara pada tahun 1980-an.

Bank Negara rugi AS$10 bilion. Waktu itu kadar tukaran ringgit ialah sekitar RM2.5 bagi satu dolar Amerika. Perniagaan itu bertujuan mempertahankan nilai ringgit dengan menggunakan beberapa mata wang Eropah khususnya pound Inggeris dan mark Jerman.

Kecenderungan ke arah “witch hunting” (memburu ahli sihir) ini menjadi lebih nyata apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan bersedia menimbangkan kemungkinan menubuhkan RCI bagi peristiwa Memali.

Saya rasa RCI Memali adalah baik untuk memahami bagaimana radikalisme, keganasan dan kultus (cult) boleh tercetus akibat dakwah songsang seperti perbuatan PAS mengkafirkan ahli dan penyokong Umno mulai PRU 1969 yang kemudiannya dimaktubkan menjadi doktrin dalam bentuk Amanat Haji Hadi tahun 1981.

Janji Tidak Ditepati

Nampaknya RCI adalah cara terbaru kerajaan kleptokrasi menakut-nakutkan rakyat jelata dan pada masa yang sama mengalih perhatian masyarakat daripada isu-isu pokok seperti kos sara hidup yang melambung akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit, pemotongan peruntukan kesihatan dan pendidikan yang amat menyusahkan rakyat jelata, pengangguran yang semakin meningkat, khususnya di kalangan siswazah, skandal 1MDB, skandal Felda-FGV, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan skandal-skandal lain yang menunggu untuk didedahkan.

Kerajaan kleptokrasi tajaan Umno/BN menjadi semakin terdesak dengan menjelangnya pilihan raya umum ke-14. Apa tidaknya. Boleh dikatakan semua janji utama dalam manifesto PRU 2013 bukan sahaja gagal dipenuhi sebaliknya yang bertentangan berlaku.

Misalnya janji 500,000 unit kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) menjelang 2018. Pada 10 Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, memberitahu Parlimen bahawa sehingga Jun lepas hanya 8,4756 unit siap dibina. Maknanya tidak sampai dua peratus atau lebih tepat hanya 1.7 peratus daripada yang dijanjikan.

Sama juga dengan janji menurunkan harga kenderaan bermotor 20 hingga 30 peratus dalam masa lima tahun, menambah bilangan Kedai 1Malaysia dan menjual satu juta barangan 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya hyper.

Kita lihat apa pula kelentong dan auta yang “ketua” manifesto BN, Abdul Rahman Dahlan, akan rangka untuk PRU ke-14 ini. Kerana mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib, Abdul Rahman diberi tugas merangkan manifesto BN.

Najib sangat bangga kononnya GST menyelamatkan negara. Saya tidak berapa yakin negara selamat. Hendak bayar ansuran hutang 1MDB pun terpaksa tangguh dan mengemis sana sini.

Tetapi apa yang kita semua sudah tahu ialah GST membebankan pengguna. Tahun ini Najib menyasarkan pungutan GST sebanyak RM42 bilion. Peduli apa rakyat jelata menderita. Bagi Najib, luka hati mereka boleh diubatkan dengan gula-gula pilihan raya. Dia terus percaya bahawa duit tunai adalah raja.
  
PRU 2013 lwn PRU Ke-14

Tanpa skandal 1MDB, Felda-FGV dan GST pun Najib dilanyak teruk dalam PRU 2013. Pencapaian beliau lebih buruk daripada prestasi Abdullah Ahmad Badawi dalam PRU 2008 apabila BN kehilangan kawalan dua pertiga ke atas Dewan Rakyat.

Janji manis berubah menjadi skandal dan bebanan
Pertimbangkan fakta berikut:

1. Skandal 1MDB makin meruncing bagi Najib. Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) telah menaikkan tindakan ke atas duit curi 1MDB yang dilaburkan di Amerika daripada saman sivil kepada penyiasatan jenayah. Kedudukan Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz ibarat telur di hujung tanduk.

2. Najib lakukan tawaran awam permulaan (IPO) FGV pada tahun 2012 sebagai salah satu kempen mainan pasaran (market play) menjelang PRU 2013. Akibat prestasi hambar saham FGV, Felda menderita kerugian tidak nyata RM1.2 bilion daripada pelaburannya dan skandal rasuah FGV sudah sampai ke peringkat tangkapan.

3. Janji-janji manis kepada peneroka tidak tertunai. Banyak projek rumah generasi kedua terbengkalai atau tidak dimulakan langsung. Sebaliknya beban hutang peneroka terus melambung. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim, memberitahu Parlimen peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda.

4. Keadaan sebenar dalam Tabung Haji terus merisaukan umat Islam yang menyimpan dan melabur dengannya. Pulangan tahun 2016 hanyalah 4.25 peratus bagi yang sudah menunaikan haji dan 5.75 peratus bagi yang belum. Ini adalah kadar paling rendah dalam masa 15 tahun.

5. KWSP rugi RM203.18 juta apabila menjual sahamnya dalam FGV dan ia juga memberi pinjaman berisiko sebanyak RM25.29 bilion kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd. Anak syarikat Kementerian Kewangan itu dibebani hutang yang sangat besar. PFI atau inisiatif pelaburan persendirian (private financing initiative) adalah cetusan minda Najib. Pada tahun 2015, kerajaan mengesahkan di Parlimen yang hutang Pembinaan PFI telah melambung kepada RM27 bilion. Dividen KWSP pun merosot juga.

6. KWAP atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) adalah badan yang mengurus caruman kerajaan persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain untuk pencen kakitangan awam. KWAP dilanda kontroversi apabila didedahkan yang ia memberi pinjaman RM4.4 bilion kepada sebuah lagi anak syarikat Kementerian Kewangan yang bermasalah iaitu SRC International Sdn Bhd. Seperti 1MDB, ia juga terlibat dalam siasatan rasuah yang ditamatkan oleh Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali.

Itu hanya hanyalah sebahagian daripada krisis dan skandal yang melanda kerajaan kleptokrasi BN sejak PRU 2013. Modal PRU 2013 sudah tidak laku dan modal baru tidak ada. Jadi tidak hairanlah ia mengungkit cerita-cerita lama.

Tujuannya adalah mengalih pandangan daripada isu sebenar yang menekan hidup rakyat jelata dan mengabui mata generasi muda yang tidak tahu apa-apa mengenai peristiwa yang terjadi lebih 30 tahun lalu itu.

Fakta tidak boleh memenangkan BN lagi. Jadi terpaksalah menggunakan tipu-helah dan intimidasi.

Wallahuaklam.

26 comments:

Zalman A said...


Datuk

The 1MDB / SRC scandal is a case of personal theft.

Where are the proceeds?

They have been converted into pink diamonds, penthouses, yachts, bribes to KBU and payments of 9.5 million to lawyers.

Nothing about forex losses was personal theft.

The world's papers have covered !MDB - more than 100 of them have covered the story.

If you tell them it took Malaysia a quarter of a century to form an RCI on BNM, the answer will be simple:

"Why?"

The rakyat jelata are not stupid enough to fall for Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone's cheap deflection tactics.


sukasamasuka said...

Datuk,

Datuk,

Monday, 21st August 2017...

"RCI 'concludes' Bank Negara lost RM31.5b.

The Royal Commission of Inquiry (RCI) has “concluded” that Bank Negara's foreign exchange (forex) losses amounted to at least RM31.5 billion between 1991 and 1994, announced the commission's chairperson Mohd Sidek Hassan...."

- Setahu aku, Sidek tak bolih keluarkan kenyataan sebelum selesai investigation.

- Bukan ke RCI ini untuk perhatian Agong terlebih dahulu sebelum ada kenyataan rasmi.

- Olih yang demikian, kita mau tahu dari Sidek beberapa perkara:

1. Apa yang terjadi dalam sekitar tahun 1991-1994 di Malaysia...di ASEAN...diAsia dan seterusnya di peringkat global yang menyebabkan kerugian begitu besar?

Ada ke ini disebabkan olih Global Recession?..kejatuhan matawang USD?...harga minyak dunia?...Credit Crunch?...Peperangan?

2. Forex adalah perniagaan judi. Yang menang akan untung, yang kalah akan rugi.

Kalau BNM rugi RM31.5 billion between 1991 and 1994, siapa atau negara mana ke yang dapat untung?

3. Apa penglibatan Tun dalam kes Forex ini selain kita tau dia PM waktu itu?

Berapa banyak Tun dapat untung secara peribadi kalau beliau adalah salah satu key players dalam perniagaan Forex tersebut?

Kita mau tau apaka penglibatan Tun ini salah dari segi undang2 Negara?

Ada berapa banyak duit masuk dalam akaun peribadi Tun bila beliau dapat keuntungan sebagai "inside trader"?

4. Key players lain adalah bank2 di Malaysia.

Bolih Sidek beri tahu kita dalam tahun 1991-1994, Maybank untung berapa juta atau billion sebagai pemain Forex terbesar di Malaysia?

Begitu juga dengan key players yang lain termasuk syarikat2 gergasi seperti Petronas, Maxis, Shell, Nestle, AIA dbnya.

Salah satu atau kesemua mereka mesti untung kalau BNM rugi. Kalau bukan mereka untung, siapa yang dapat untung diluar negera?

Mereka2 ini bukan bodoh otak udang macam BNM dan pegawai2nya. Tanya mereka berapa banyak mereka untung.

5. Apa peranan CLOB Singapura dalam kerugian perniagaan matawang BNM?

6. Kita tau kita rugi sebab kita main judi.

Ini adalah bahan akedamik untuk pengajian tinggi, bukan untuk bahan local politik kempen pilihanraya, yang tidak ada kena mengena dengan pergolakan geo-politik pada ketika itu dirantau dan benua yang jauh.

Ada ke institusi pengajian tinggi kita sudah membuat penyelidiken terperinci 20 tahun yang lalu dan bolih membentangkan kertas secara akademik di ruang antarabangsa?

7. Kau ni Sidek bukan pandai tentang Forex...jangan la mengada2 pula...buat kerja kasi siap...hantar tempat Agong...tapi jangan buat kerja macam orang minum todi...jadi la Melayu yang ada kredibiliti sikit pun tak apa.


https://www.malaysiakini.com/news/392670

dt rahman pekan said...

asalam dato'

on d same subject of RCI, I wld like 2 share what I wrote in another blog :-

"2 3 hari ni ,saya sembelit (constipation). saya nak tuntut d tubuhkan RCI utk mmengetahui punca nya (diagnosis).

apa mcm ? bolih tak?

kalau tuntutan ini mengarut, maka saya rasa RCI Forex n mungkin RCI memali sama lah taraf nya.

tapi kalau RCI 1MDB atau RCI FGV, maka ia nya lebih cocok dgn tuntutan semasa".


utk makluman juga, saya tlh mendpt respon drpd saya percaya 'paid bloggers JASA'.

jawapan balas saya adalah saperti berikut :-


" wow, sudah lama saya tidak mendpt ulasan drpd anon 18:18 (aka sahabat).

respon saya yg setengah nya saya tlh jawab sebelum ini adalah saperti berikut:-

1)saya tlh jelaskan bahawa saya berkhidmat dgn kerajaan utk Negara. sumpah jawatan /jabatan tlh saya peggang sahinggalah saya bersara dgn d beri anugerah gelaran 'dato'.

2)Saya memilih utk bergiat dlm politik Pekan bukan utk melobi utk menjadi calun tetapi hanya utk mencari 'platform' agar dpt mendedahkan betapa bahaya nya pasangan 'klepet' ini kpd Negara.

3)saya tlh/akan hebohkan semua 'kemungkaran' ros/najib agar warga Pekan bolih mencari jln utk mendptkan semula MARUAH mereka yg hampir sudah tergadai.

4)salah satu maklumat yg tersebar sekarang yg saya rasa byk warga Pekan tak tahu ia lah 'najib adalah university dropout'.

5)banyak lagi yg akan saya dedahkan termasuklah apa yg terjadi d London semasa tun razak berubat d sana. saya adalaah saksi mata (eye witness) semasa tun razak nazak n meninggal dunia.

6)saya tlh memberitahu pucuk pimpinan PPBM bahawa saya hanya bersedia menjadi 'candidate of last resort'.

so sdr jgn khuatir. jika bolih n jika PPBM d beri kerusi par Pekan, maka saya akan tolak olih kerana kami sudah pun mengenal pasti calun yg lebih 'dynamic'.

isu2 saperti 1MDB n fgv/felda sudah pun d hebohkan olih ANAK n dlm sedikit masa lagi HISBAH.

kemungkinan besar ros/najib akan bertahan d Pekan. tapi jika UMNO/BN kecundang d tempat lain, maka Putrajaya akan terlepas drpd cengkaman mereka - insya'allah.

ketika itu mereka akan tahu lah tinggi rendah nya langit"

wassallam.



sukasamasuka said...

Datuk,

"Witness: Anwar said he would need to quit if true figure revealed.

Anwar Ibrahim said he would have to resign as finance minister if the actual figure in relation to Bank Negara's foreign exchange (forex) losses is revealed, claimed a witness.

Testifying before the Royal Commission of Inquiry (RCI) on the forex losses, former Bank Negara assistant governor Abdul Khalid Murad said Anwar had confided this to him.

Reading his witness statement, Murad said in 1994, then Bank Negara governor Jaafar Hussein had instructed him to explain the forex losses to Anwar, who was then finance minister..."

- Kamu, pegawai2 di BNM ini nampak sangat kerja macam orang gila.

- Ini khalid murad ni siapa? baruah mana?

- Aku peduli apa Anwar cakap apa sama kamu?

- Aku peduli apa yang kau cakap?

- Ini bukan drama Melayu la, bahlul...

- Give us your bluuudy facts and figures, you idiot...who give a shit to what you said?...talk that to your mother and father ok.

- We want hard evidences...documents...nothing else...you f*****g idiot!

- Patutla BNM jahanam olih Melayu macam kamu...Melayu sial!



https://www.malaysiakini.com/news/392685

A KADIR JASIN said...

Assalamualaikum,

1. Saya ambil maklum bantahan yang saya terima dari masa ke semasa mengenai gelaran Bugis Najib. Ada pembaca yang menganggapnya sindiran dan penghinaan.

2. Saya sendiri tidak ambil kisah asal keturunan Najib sehinggalah beliau sendiri mendabik dada mengatakan pantang pahlawan Bugis berpatah balik walaupun kapalnya dilanda badai sehingga layarnya carik.

3. Bukan sekali beliau mendabik dada merujuk kepada kebugisan beliau tetapi berulang kali dan di majlis-majlis penting.

4. Gelaran beliau itu adalah yang tertinggi oleh bekas kesultanan Bugis wilayah Gowa. Ia dianugerahkan kepada beliau pada 12 Nov 2005, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ia berupa gelaran Bangsawan Gowa iaitu gelaran tertinggi masyarakat Bugis di daerah Gowa, Sulawesi.

5. Saya tahu bahawa ramai orang keturunan Bugis di Malaysia yang datuk nenek mereka datang daripada pelbagai wilayah Bugis di Sulawesi, dan daripada bantahan yang saya terima itu, nyatalah ada perbalahan di antara wilayah yang berbeza itu.

Wallahuaklam. Terima kasih.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Jahanammmm!....Jahanammmm!....Jahanammmm!

Hanya perkataan itu yang mampu kulafaskan.
Jahanammmm!...
Segala tindak tanduk Kerajaan Kleptokrasi hanya akan menyemarak kebencian dan ketidakpercayaan rakyat. Apakah dengan menubuhkan RCI untuk kes yang telah ditelan zaman ini akan menyelesaikan keperitan dan tekanan yang diyanggung oleh rakyat ketika ini?...tidak lebih hanya permainan kanak kanak yang belum akil baligh....

Kenapa RCI untuk peristiwa 20/30 tahun dulu?...bagaimana dengan isu semasa?...1MDB, Felda FGV?...dan berapa banyak pula BNM rugi dalam Forex untuk menyokong (prop) Ringgit yang merosot masakini?...Kerugian forex oleh mana mana bank pusat sesebuah negara adalah perkara lazim demi menyekat kejatuhan nilai matawang. Tanpa berbuat demekian pasti ianya mengancam ekonomi negara dan akan memberi kesan yang lebih buruk kepada rakyat.

Peristiwa Memali?...kalau tak ada Amanat Haji Hadi...peristiwa Memali tak munkin berlaku...itu puncanya....ketaksuban...mati "syahid" adalah impian mereka...syahid ala Haji Hadi....tiada bezanya seperti "syahid" ISIS masakini....Islam berbunuhan sesama Islam.

Walaupun segala tindak tanduk kerajaan kleptokrasi amat menjengkelkan...tapi semakin banyak perkara sedemikian...semakin memualkan...biarkanlah...kita tahu menilai...

Tak sabar menunggu PRU!...untuk ku balas segala "budi baik" kerajaan kleptokrasi ini!...

Birds of the same feather said...

Datuk,
birds of the same feather fly together, and this is indeed proven when an RCI on the Memali incident was put forward. Typically, Putrajaya goons which proposed this are falling flat on their faces.
The retired IGP at that time Tun Haniff Omar and the retired Selangor Police Chief Rahim Noor have questioned the wisdom of this.

FORMER police chief Mohammed Hanif Omar has weighed in on the matter of a royal commission of inquiry (RCI) for the Memali tragedy, calling it a "waste of taxpayers money".

“What exactly are they dissatisfied about?” Hanif said in response to The Malaysian Insight’s request for comment on the government’s proposal for an RCI to investigate the incident that happened 32 years ago.

A baffled Rahim Noor today said PAS had no reason to welcome an RCI, which would reveal the role PAS president Abdul Hadi Awang played in the tragedy.

He said young Hadi’s speech in 1981 had influenced Ibrahim and his followers and caused them to think they were fighting a righteous cause.

“What are the important questions that have yet to be answered?”

Never mind, as long as Hadi is called up to be questioned by the RCI, it would be interesting to see how he wriggles his way out.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

RCI ini diberikan tempoh iaitu selama 3 bulan.

Pada minggu pertama sudah pun diumumkan angka 31.5 billion.

Saya rasa nilai itu yang mahu disampaikan kepada rakyat.

Saya boleh bayangkan nanti, dalam ceramah UMNO, angka ini akan diperbuat perbandingan dengan kelesapan wang 1MDB.

Bezanya angka 31.5 billion adalah kerugian tetapi tuduhan terhadap 1MDB bukan saja kerugian tetapi kecurian (kleptokrasi).

Kehilangan 31.5 billion daripada Forex bukan kerana kleptokrasi.

Zaman sekarang ini, bukan saja Bank Negara boleh membuat berurusan Forex tetapi orang biasa pun sudah boleh.

Kerugian daripada Forex atau dalam pasaran mata wang dunia, tak banyak berbeza dengan kerugian pasaran saham. Kalau saham jatuh, maka kerugian itu akan diserapkan dalam pasaran saham. Ini serupa dengan Forex.

Tetapi, dalam kes 1MDB, duit itu bergerak dari satu akaun ke satu akaun dan mengikut kata DOJ Amerika masuk ke dalam akaun MO1.

Ini adalah kes curi.

UMNO akan menggunakan media arus perdana untuk sampaikan ceritanya , Pakatan akan menggunakan media sosial untuk bawak cerita 1MDB. Rakyat akan menilai.

PAS juga hendak tumpang sekaki untuk RCI Memali. Kalau tidak, PRU14 nak bawak cerita apa? 

Saya rasa, RCI untuk Memali tak akan dibuat kerana akibatnya tidak jelas samada menguntungkan atau merugikan, satu-satu pihak. 

Lagipun Amanat Hadi 1981, sudah pun disebarkan meluas dalam media sosial.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم .
Pojok hang kali ni " RCI Taktik Baru Melencongkan Perhatian Rakyat Jelata " memang tepat.
Tapi aku pon nak lencong sikit.
Aku perati dari 'coretan' peserta blog hang dan blog2 lain, taktik ni akan meleset kerana 'out of sync'
atau 'tak relevan'. Malah munkin 'makan tuan', Insya'Allah.
Ramai rakyat laa ni aku perati lebih 'begelut' dan 'stres' dgn tekanan ekonomi atau soai kerezekian,
dan kurang peduli
skandal2 yg betali aruih.
Lantaran tu, munkin ada baik jugak kalu kita lencong sikit kepada isiu2 'bread and butter'...
Antara lain masaalah ni disebabkan oleh hutang 'isi' romah yg sangat tinggi. Ini dari Malaysia Industrial Development Authority :
"Household Debt to GDP Country Comparison"
Country Household Debt (% GDP) 2014
Malaysia 86.8
Singapor 60.6
Indonesia 17.1
Thailand 69.4
United States 77.9
Japan 65.9
China 36.1
Mengikut maklumat dari Ostolia yg rakyat dia pon dok begomoi dgn hutang Isi romah yg sangat tinggi,,
punca utama ialah hutang beli romah (mortgage) dan hutang kereta. Macam diMalaya, harga romah dan tanah
naik mencacak dan diluag kemampuan rakyat kebanyakkan. Penggunaan 'kredit kad' diMalaya
jugak beleluasa,
lebih 3.6 juta.
Tapi yg teroknya diMalaya, 'sabsidi' banyak dimansoh,
Paih tu, barang2 banyak dikenakan GST (antara lain munkin jugak untok nak bayag hutang2 IMDB dan macam2 selingkohan)
pasaran meleset,
penganggoran meninkat, yg di istihag muflis semakin ramai, jinayah dan kepincangan sosial macam
kadag penceraian, pesundalan, pejudian, 'samseng'an dan bagai jugak turut meninkat...
pendatang asing melambak,
dan kadag gaji teruih ciput.

Pakatan Harapan munkin kena sora kan ('articulate') gelisah rakyat dan dinegeri2 yg dikuasai,
laksanakan langkah2 untuk bagi penyelesaian secara tuntaih. Premis2 niaga di tempat tumpuan ramai seperti di stesen LRT,
di sediakan dgn kadag sewa rendah
aku cadang buat bawah projek kilat, sekim penuaian ayag hujan, pajak tanah kerajaan untok buat kebun sayog
di celah2 romah2 pangsa, wujudkan sekim pembiayaan 'mikro', sekim latihan teknik, dan
sekim pengeraman usahawan dan karyawan untok disalogkan kerja senggara
jalan, lampu jalan
dan longkang, kerja2 kejuruteraan awam dan letrik pada depa... secara bejadual dan Insya'Allah macam2 lagi.

Terima kasih Kadiag,
dan maghap no kalu tesilap.
Aku.

Aku said...

Ksdiag, ya ampun,ada silap sikit.
Angka2 "household debt" bukan besumbagkan Malaysia Industrial Development Authority tapi dari Malaysia Industrial Development Finance, maghap no.
Aku nak tambah sikit, dsri aspek tiorinya, sebab isiromah sarat dgn hutang, sedikit kenaikkan harga bepunca dari GST ka, ringgit merosot ka, tarik balik "sabsidi" ka apa ka, kesannya sangat besag, sebab prndapatsn "sebenag" atau "real income" semakin
mengecut ...
maka ini munkin jadi isiu yg besag dan rakyat kebanyakkan memang tekesan.
Maghap no
Aku





Permadu Malaysia said...

Bila tpm nak perkenalkan jln raja alang kg baru sebagai Little Indonesia ?

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Saya agak tertarik dengan cadangan Musa Hitam supaya RCI ditunda selepas pilihanraya, kerana ditakuti RCI ini dipengaruhi oleh tekanan dari Pilihanraya.

Apa salahnya ditangguhkan berapa bulan? Perkara yang berlaku pun sudah lebih 25 tahun. Kalau orang berkahwin selama 25 tahu, dah boleh dapat cucu.

Niat untuk buat RCI penting. Kalau niat itu tak betul maka akibatnya pun tak betul.

Dalam kita sembahyang pun, niat merupakan rukun sembahyang. Tak ada niat, maka sembahyang tak sah.

Jadi itu, niat untuk RCI itu untuk apa?

Saya terbaca dalam majalah Sains Physics, para saintis cuba mencari satu formula untuk menerangkan dan menjelaskan semua sekali perjalanan alam semesta ini.

Dalam bahasa orang putih, “The Theory of Everything”.

Saya rasa, kalau hendak hadapi pilihanraya ini pun mesti ada formula. Yang mana yang lebih utama dan yang mana kurang penting.

Mengikut kata Rafizi, daripada survey, faktor ekonomi paling utama, kemudian barulah faktor rasuah dll.

Rakyat Malaysia kita yang paling banyak berhutang di Asia Tenggara, harga barang, harga rumah yang naik begitu banyak.

Kalau nak letakkan formula untuk menang pilihanraya PRU14 saya letakkan,

Menang pilihanraya = 50%E+ 30%P+ 20%R (Total 100%)

E= Faktor Ekonomi, P = Kepercayaan kepada kebolehan pembangkang, R= Mendedahkan Skandal Rasuah

Manifesto pembangkang sepatutnya menawarkan perkara yang boleh selesaikan faktor ekonomi rakyat. Faktor-faktor “reform” jugalah penting.

Usaha 4 parti bergabung menjadi Pakatan Harapan, rakyat nampaknya lebih confident dengan pembangkan berbanding dengan dulu yang tunggang langgang ankara PAS.

Orang-orang luar bandar percaya kepada Tun M.

Oleh sebab itulah strategi BN banyak tertumpu untuk memomokkan pembangkang dan Tun M.

Ramai yang menganggap niat untuk usaha RCI ini hanya untuk memburukkan kredibiliti Tun M supaya kepercayaan kepada Tun M merudum.

Esa Adam said...

Datuk AKJ,

RCI bukan untuk mengalih perhatian rakyat tapi untuk memberikan keadilan kepada rakyat. Yang takutkan RCI ialah mereka2 yang terlibat secara langsung pada isu2 yang dibangkitkan.

Esa Adam
Subang Jaya Selangor

Mind boggling said...

Datuk,
Tun M has put it succinctly, ...the RCI must adhere to rules and regulations to ensure it does not affect the image of the Agong.

“I feel the commission will always be mindful of that and the expectation is that they will not smear the image of the royalty."

The then Finance Minister Anwar has not yet been called to testify.
Hearing only one side of the story from the then Assistant Governor Abdul Murad Khalid is surely considered hearsay and the RCI should have straightaway disallowed his testimony.

Furthermore, an ex-Bank Negara internal has auditor refuted the central bank's former assistant governor Abdul Murad Khalid, who claimed there was no investigation into the foreign exchange losses incurred in the 1990s.

Wong Yew Sen, who was with the central bank since 1971 until his retirement in 2003, said checks showed there was a committee formed to monitor forex activities, which was the external reserves committee.
Does this not show that Murad's credibility is questionable and Murad must now prove and substantiate his claims without fail.

sukasamasuka said...

Datuk,

"RCI Taktik Baru Melencongkan Perhatian Rakyat Jelata"

- Nampak2nya begitu la. Itu saja cara taktik terakhir untuk UMNO sejak (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak jadi PM.

- Dan, ini sudah pernah dilakukan suatu masa dulu di Sabah, pada 1hb June 2012 sebelum PRU13, dimana anakharmzadah itu mengumumkan penubuhan RCI "Project IC" atau "Project M" (M stands for Tun).

- Melompak2 orang PBS kesukaan sebab makbul permintaan mereka yang mendesak kerajaan BN membuat sesuatu sebab orang2 Bumiputra Sabah terutama sekali Kadazan, Dusun dan Murut sangat tidak berpuas hati dengan kemasukan orang2 pendatang haram yang dapat IC biru dan dapat mengundi sebagai warganegara Malaysia. Bukan sikit, tetapi beratus2 ribu. Orang2 PBS tuduh Tun memainkan peranan penting.

- Maka dengan dakyah RCI "Project M", PBS/BN menang, sapu habis kerusi diPRU13.

- Lima tahun sudah berlalu, kita tidak tahu apa kesudahan RCI tersebut.

- PRU14 yang akan datang, PBS "kena bayar hutang".

- Dr.Maximus Ongkili kena jawap pasal itu RCI sebab Pairin sudah pencen. Tetapi, yang kita tau, Pairin dan ketua2 KadazanDusunMurut dalam PBS sudah cukup kenyang untuk 10 generasi tidak habis, sebab jahanam satu itu bukan main2 kalau pasal main duit.

- Sebenarnya RCI tidak ada makna. Buang "R" lagi bagus. Lagi pun di Sabah dan Sarawak kita tidak pandang itu "R"...itu kamu2 saja orang Malaya yang taksub dan memuja manusia sebagai "R" untuk jaga bangsa dan agama kamu. Lemah.

sukasamasuka said...

Datuk,

"6. KWAP atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) adalah badan yang mengurus caruman kerajaan persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain untuk pencen kakitangan awam. KWAP dilanda kontroversi apabila didedahkan yang ia memberi pinjaman RM4.4 bilion kepada sebuah lagi anak syarikat Kementerian Kewangan yang bermasalah iaitu SRC International Sdn Bhd. Seperti 1MDB, ia juga terlibat dalam siasatan rasuah yang ditamatkan oleh Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali."

- Sebenarnya Datuk, berapa potong saja orang kerajaan yang tau duit pencen mereka dari KWAP?

- 90% peratus kakitangan kerajaan Melayu.

- yang 10% itu tau dari mana duit pencen mereka...cuba la Datuk try.

- 90% itu kata pencen mereka itu adalah rezeki dari Allah...janji tiap2 bulan ada masuk, jangan saja putus...malahan semua mereka kata buat apa mau tukar, nanti stop pula pencen.

- ada juga pengarah2 "yang disayang sayang" sudah siap beli kereta pacutan 4 roda sebelum pencen, untuk pencen..."sebagai hadiah tutup mulut"...sebab Ketua mereka diPutrajaya bukan main haramzadah dia...ini kereta ada apa, hal sikit saja bos ku.

- Ini la Melayu, kakitangan kerajaan sekarang. Tapi, jangan salahkan mereka.

Jidin said...

Saudara Esa,kerugian forex 25 tahun lalu,memali 32 tahun..kenapa sekarang baru nak sibuk tentang keadilan pd rakyat..peristiwa suku abad dulu..najib nak kenakan Tun,itu saja.Jelas najib sebenarnya sudah cemas..the noose is tightening...

Zalman A said...


Datuk,

MO1'S PLAN TO STEAL SELANGOR....

"PETALING JAYA: Talk is rife of a joint Umno-PAS collaboration to help the Barisan Nasional (BN) regain Selangor in the next general election (GE14), with a surprise move to get Khalid Ibrahim to return as menteri besar.

“He has been seen at the prime minister’s office several times recently,” a source told the Singapore daily.

“Prime Minister Najib Razak and PAS president Abdul Hadi Awang have been in near-daily contact for several months, with plans afoot to cooperate in Selangor at a general election due within a year,” the Singapore daily said, quoting sources.

The report also highlighted how the BN and PAS plan to take over the richest state in Malaysia is also part of a plan to launch further agreements between the two parties at the national level.

The parties are taking such a strategy because, according to sources in Umno, Najib sees Selangor as key to his survival in the party should BN lose even more seats in GE14"

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/25/report-pas-bn-woo-former-selangor-mb-to-help-regain-state/

No real surprise as Khalid was invited to the "Halalkan 1MDB" session done by Arul Kanda. Of course Arul will not speak to any other party. PAS is now a Cawangan UMNO so he feels at home.





Zalman A said...


Hence under the terms of marriage between MO1 and Hadi, PAS must compete in all seats in Selangor in order to split the vote.

This means that the Malay parties in PH must work super hard.

a) PPBM-PKR-AMANAH must not campaign in silos but together. A united front for Malay voters.

b) Use Shah Alam as a test case. Khalid Samad may not even contest due to some cooked-up court case. So what should a Malay voter who voted PAS in GE!3 do? That is the battle in S'gor (and other parts of Malaysia.)

c) Tell the Selangor people that Khalid and PAS are corrupt enough to ignore 1MDB and all the abuses of BN. There are many.

d) Tell the Selangor people that a vote for PAS = a vote for UMNO. People are not stupid, they know Umno is master and PAS is the barua, no matter how much they talk about "mature politics".

e) The youth vote is crucial. So make sure that PPBM-PKR-AMANAH Youth think and act as Harapan Youth. UNITY IS CRITICAL. They must work double hard. Make sure the youth take the message back to their hometowns.

Zalman A said...


The original article:

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/umno-pas-working-on-plan-to-take-over-selangor

Vote for Hadi Awang = vote for Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone.

Vote for PAS = vote for kleptocracy and more theft.

Simple.

Mr.Tai-pan.Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² #MY..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @ Prime Munafiq @ Penyangak #MY)"

-------

Malaysia 2k17 - Tempus Fugit

-"Me, Myself & I" mohon maaf pd Datuk Maestro & semua "Fellow³ Sahabat² Kita" disini kerana telah lama x "brainstorm bersama".. Masa berlalu dgn pantas & terlalu banyak yg perlu diurusankan dlm 'Era GST' ni.. Tetapi syukur Alhamdu'Lillah masih ada lagi masa terluang & masih x pernah lagi "missed" all 'articles/discussions' here.. Well done Maestro Sir & everyone! Keep the momentum solid! :-D


Malaysia 2k17 - Non Ducor, Duco

-Our dear beloved statesman.. His Excellency Tun Dr.M yesterday came to KLSCAH & spoke clearly about our beloved country's "current state of affairs".. Amat jelas apa yg telah disampaikan.. TDM terlampau terluka dgn keadaan 'Our Motherland' sekarang ini & seandainya kita amati apa yg dia sampaikan DGN JELAS, adalah amat mustahil utk KITA SEMUA x sama merasa "keterlukaan itu".. HAKIKAT KEBENARANnya ialah "Our country is going to the dogs"!


Malaysia 2k17 - Nolo Contendere

-'Negara Tercinta' kita ini sedang mengalami "keruntuhan dari segala sudut".. Rakyat Marhaen "terseksa dlm keredhaan" utk meneruskan kelansungan hidup.. Kerana kita semua 'Orang Timur' & "berbudaya Timur" dimana KITA SEMUA "x cenderung" pada "cara³" yg melibatkan "keganasan & kebiadapan" demi utk kecapi suatu PERUBAHAN.. REALITInya ialah kita RAKYAT MALAYSIA MASYARAKAT BERTAMADUN yg "kasih & cinta" pd keamanan sejagat & berpegang pd "nilai insaniah universal yg mulia & murni"!


Malaysia 2k17 - Res Ipsa Loquitur

-Prof.Dr.Jomo Kwame Sundaram juga telah menerangkan DGN JELAS "situasi kesihatan ekonomi" negara kita ni.. Prominent³ Panelist² yg lain semuanya juga DGN JELAS "berperasaan yg sama".. Keadaan ekonomi NEGARA KITA amat menyedihkan & x cara lain utk "solve this serious problem" melainkan dgn KITA SEMUA melakukan PERUBAHAN yg TOTAL demi utk "membina semula" negara tercinta ini bagi masa depan anak cucu cicit KITA SEMUA yg lebih gemilang..


Malaysia 2k17 - Esprit De Corps

-Bangunlah wahai rakyat marhaen semua.. NEGARA KITA sedang "HANCUR DARI DALAM" & semua kehancuran ini semakin JELAS LAGI NYATA.. Selama ini negara Malaysia adalah "iconic" pd dunia & dunia selama ini memandang tinggi pd negara kita.. Tetapi segalanya akan MUSNAH jika kita semua memilih utk X BERBUAT APA³!

-Moga Allah SWT kukuhkan semangat "Camaraderie & Altruism & Righteousness" pd KITA SEMUA rakyat #MY... Ameeenn!


-------

"If you can't just explain it simply,
means you don't understand it well enough."
- Albert Einstein

"The world is divided into men who have wit & no religion,
and men who have religion & no wit."
- Avicenna

"You're not supposed to be so blind with patriotism that you can't face reality.
Wrong is wrong, no matter who does it or says it."
- Malcolm X

"The greatness of a man is not in how much wealth he acquires,
but in his integrity & his ability to affect those around him positively."
- Bob Marley

"Having 'Knowledge' will give you power,
but having 'Character' will grant you respect."
-Bruce Lee

-------

"Fight The Battle AND ULTIMATELY Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects ALL OF US from Iblis & Dajjal Laknatullah**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion IS Dead"
"Diplomacy IS Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: DAKJ & Fellow Sahabats.. Stay Righteous.. DO NOT LOSE HOPE!
Take care.. :-)

#Malaysia.Tanah.AirKu

#Tanah.Pusaka

#Bahtera.Merdeka

Hud Hud said...

Datuk

Hadi kata siapa yang dengar ucapan penuh dia minta maaf kat dia. Seolah olah dia bayangkan yang kata kata dia yang di sebarkan sebagai Amanat Haji Hadi tu kurang tepat.

Yang saya ingat masa tu macam macam cerita timbul bahana Amanat Hadi ni. Orang orang pas rata rata menganggap orang umno tu semua nya kafir. Maka nikah wali umno tak sah, sembahyang imam umno tak sah, kubur umno kubor kafir dan macam macam lagi. Tapi saya tak ingat pun sepanjang masa tu Hadi cuba perbetulkan tanggapan yang umno tu kafir. Sampai sekarangpun saya tak pernah mendengar dia berbuat demikian. Tiba tiba sekarang dia cuba beri tanggapan yang berlainan.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Mengikut Straits times Singapore, Hadi dan Najib berhubung rapat untuk dapatkan Negeri Selangor, khabarnya berhubung hampir setiap hari.

Dalam realiti, sebenarnya dalam pilihanraya, bukan saja Pakatan kena berlawan dengan Najib tetapi berlawan juga dengan Hadi.

Sebab itulah saya rasa Pakatan kena juga bawa isu-isu yang lebih dekat di hati pengundi iaitu kos sarahidup tinggi dan juga masa depan pengundi.

Nampaknya, regim PAS yang ada sekarang, tidak berminat sangat dengan masalah rakyat tapi tertumpu kepada meningkat hukum kepada rakyat Kelantan.

Pakatan boleh tunjukkan model contoh pentadbiran PAS iaitu di Aceh yang juga daerah paling miskin di Indonesia.

Saya rasa, walaupun pemimpin tertinggi PAS tidak berminat untuk menang, tapi hanya ingin menjadi penasihat kepada BN (iaitu politik Matang pertama di dunia), ahli-ahli di bawah ingin juga menang.

Dungu said...

Datuk,
can someone put in a word of advice to LGE, desist and resist from adding comments not needed to win GE14.
Calling Trump a dungu president (if true), what for lah? Already got so many dungus in Malaysia already, no need to add outsiders to the group.
Calling the detention of Phee "illegal", again what for lah? MAXX now called him to apologise within 48 hrs or face action, can or not just say sorry and move on.
Why stop start stop start like this? He losing the story line ah?
Got so many better things to do.

Zed-85 said...

Sallam Dato,,

Baru-baru ini ada Forum berkenaan dengan pelaburan cina di Malaysia.

Saya dapati agak menarik ucapan Prof. Jomo.

Kerajaan kita berbangga dengan pertumbuhan GDP kita iaitu sekitar 5%

Sebenarnya, pertumbuhan penduduk kita steady pada kadar 2%. Oleh itu pertumbuhan sebenar adalah 3%

Ada satu perkara lagi yang dibangkitkan oleh Prof Jomo adalah jumlah penduduk Malaysia.

Mengikut perangkaan, jumlah penduduk Malaysia adalah 30 juta.

Tetapi, mengikut Prof Jomo, jumlah sebenar penduduk Malaysia adalah 36 juta.

Angka lebih 6 juta daripada penduduk haram.

Pengiraan GDP kita, termasuk juga GDP perkapita tidak mengambil kira 6 juta orang yang tinggal secara haram di Malaysia.

Oleh itu, dakwaan Abdul Wahid Omar bahawa negara kita akan menjadi negara pendapatan tinggi agak meleset kerana GDP perkapita tak mengambil kira 6 juta manusia yang tinggal di Malaysia secara haram.

6 juta orang manusia ini mendapat gaji dan upah di Malaysia, yang ini tak diambil kira dalam buku perakaunan negara.

Oleh sebab itu, kerajaan mengumumkan Malaysia adalah negara pendapatan tinggi pada tahun 2020, tapi pendapatan orang Malaysia tak banyak berubah pun.

Rupa-rupanya banyak pendapatan yang lebih itu dah pergi pada 6 juta orang yang duduk dalam semak.

Hakimi Abdul Jabar said...

I've read the elucidation of the article on the RCI by the blogger-writer.

And I've just reread Charles Hector's explication in the following passages which are reproduced in quotation marks :

"Some in Malaysia believe that MACC (and even the police) may not be brave enough to investigate crimes of the rich and powerful... especially those who hold political power.

MACC should also be more 'professional' "

Having read the brilliant exposition and am thus, delighted to further the potency of the constitutional panacea provided for under Art. 8 cl. (1) of the Federal Constitution that all persons are equal before the law and entitled to its equal protection. In accordance with Art. 145 cl. (3), citizens of this Federation are entitled to protection from perpetrators, abettors/accomplices etc. of criminal offences of corruption which under ACT 694 or generally known as the MACC Act 2009, which usually revolve around the act of giving or accepting gratification.

“Gratification” is indeed the defining word and is extensively defined under Section 2 of the Act 694 as follows:

“(a) money, DONATION, gift, loan, fee, reward, valuable security, property or interest in property being property of any description whether movable or immovable, financial benefit, or any other similar advantage;

(b) any office, dignity, employment, contract of employment or services, and agreement to give employment or render services in any capacity;

(c) any payment, release, discharge or liquidation of any loan, obligation or other liability, whether in whole or in part;

(d) any valuable consideration of any kind, any discount, commission, rebate, bonus, deduction or percentage;

(e) any forbearance to demand any money or money’s worth or valuable thing;

(f) any other service or favour of any description, including protection from any penalty or disability incurred or apprehended or from any action or proceedings of a disciplinary, civil or criminal nature, whether or not already instituted including the exercise or the forbearance from the exercise of any right or any official power or duty; and

(g) any offer, undertaking or promise, whether conditional or unconditional, of any gratification within the meaning of any of the preceding paragraphs (a) to (f) above.”


Thus, the constitutional provision has already provided the essential catalyst, stimulus and the ultimate panacea towards the successful investigations & prosecutions of such individuals etc.

http://charleshector.blogspot.my/2017/08/macc-want-more-power-no-need-macc.html

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).