A Kadir Jasin
DALAM apa pun tindakan ketua-ketua Umno/Barisan Nasional dan jentera diayah mereka, yang termasuk laskar siber K9, unsur putar-belit sentiasa ada dan amat jelas.
Gambar hiasan: Najib tuduh pembangkan sabotaj ekonomi |
Menteri Kewangan itu mendakwa ekonomi negara kukuh, berkembang pesat dan asasnya kuat.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tiupan sumbang trompet beliau itu berlaku pada saat-saat kehidupan rakyat jelata semakin terhimpit dan petanda-petanda harian menunjukkan ekonomi negara semakin meruncing dan kewangan kerajaan semakin longlai.
Menteri kabinet beliau sendiri bercakap mengenai pembinaan hospital kerajaan “sakit”, bekalan ubat di hospital kerajaan yang sering terputus dan pesakit yang dulu mampu berubat di klinik dan hospital swasta kini berpusu-pusu ke klinik dan hospital awam.
Najib seronok umpama budak-budak dapat aiskrim apabila ekonomi negara pada suku kedua tahun ini tumbuh 5.8 peratus dan agensi-agensi penarafan memberi markah yang baik kepada ekonomi Malaysia.
Tetapi seperti Sang Kelembai yang celopar mulutnya, puja dan puji Najib segera bertukar menjadi mimpi ngeri. Bank Dunia yang baru-baru ini memuji Malaysia kini memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya semakin lemah.
Dalam laporan terbarunya Bank Dunia berkata, daripada 15 negara Asia yang ekonominya dianalisis, Malaysia adalah di antara beberapa buah negara yang ekonominya dijangka meruncing.
Ia meramalkan bahawa dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang, ekonomi Malaysia tahun hadapan (2018) dijangka berkembang pada kadar lima peratus sahaja dan akan menguncup menjadi 4.8 peratus pada tahun 2019.
Harga komoditi yang tidak menentu, ketidaktentuan dasar ekonomi negara besar dan ketegangan antarabangsa adalah antara faktor yang melemahkan ekonomi Malaysia.
Bank Dunia berkata, manakala ekonomi negara Asia yang lain berkembang pesat, ekonomi Malaysia merosot kerana ia gagal menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi dunia dan tempatan.
Laporan itu secara khusus menyebut mengenai masalah hutang isu rumah Malaysia yang terlalu tinggi, iaitu melebihi 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.
Bank Dunia ramal ekonomi Malaysia akan merosot mulai tahun depan |
Merata-rata kita dengar cerita hospital kerajaan ketiadaan atau kehabisan ubat. Rakyat jelata disuruh beli di luar dengan janji dibayar balik kemudian nanti.
Nampaknya kita sudah sampai ke peringkat di mana bukan sahaja kerajaan berhutang daripada China, tetapi juga daripada rakyat jelata.
Najib dan para pendiayah beliau akan terus membuat tipu-helah, tetapi sampai bila rakyat jelata akan terus menderita?
Kalau naratif daripada institusi bebas macam Bank Negara pun tidak konsisten lagi, sukarlah kita mempercayai bahawa perangkaan ekonomi kita adalah benar dan betul.
Kita sering dimaklumkan oleh Bank Negara yang rizab antarabangsa kita tinggi sehingga mampu membiayai beberapa bulan import kekal.
Misalnya, sehingga 29 September lepas rizab antarabangsa Bank Negara naik kepada AS$101.2 bilion (bersamaan RM427.7 bilion). Jumlah ini mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import kekal.
Selama ini kita membandingkan kadar rizab dengan jumlah import kita. Tetapi kini kita diberitahu yang rizab itu juga dikaitkan dengan hutang jangka pendek luar negara.
Walaupun kadar tukaran ringgit naik 5.8 peratus sehingga 3 Oktober tahun ini, laporan Bank Dunia itu berkata Malaysia terus terdedah kepada risiko mata wang yang lebih tinggi berbanding negara-negara membangun lain di Asia Timur dan Pasifik. Indonesia dan Thailand turut menghadapi risiko yang serupa, tetapi tidak seteruk Malaysia.
Berkenaan rizab antarabangsa, Bank Dunia mendapati syarikat dan bank di Malaysia mempunyai hutang luar yang besar, tetapi rizab antarabangsa nampaknya mencukupi untuk menampung hutang itu.
Jadi adakah ini bermakna rizab antarabangsa kita bukan sahaja untuk menampung kos import, tetapi juga untuk membayar hutang luar?
Kalau begitu, dalam suasana krisis di mana hutang menjadi masalah, yang mana akan lebih diutamakan kerajaan – mengimport barang-barang, khususnya makanan, atau membayar hutang luar?
Pengalaman negara-negara yang mengalami krisis kewangan mendapati pembayaran hutang luar lebih utama daripada pengimportan barang-barang.
Ambil Greece sebagai contoh. Ketika krisis ekonominya memuncak pada tahun 2013, sehingga 90 peratus rakyat miskinnya bergantung kepada bantuan makanan kerana Greeca tidak mampu mengimport manakan dan harganya melambung. Sampai hari ini pun jualan makanan masih merosot.
Hal yang sama terjadi kepada Indonesia ketika Krisis Kewangan Asia 1997/98 apabila ia terpaksa berhutang daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan mengutamakan bayaran balik hutang luar daripada mengimport makanan.
Bagaimanapun kerajaan Umno/BN nampaknya tidak mampu dan tidak bersedia untuk berterus terang dengan rakyat jelata bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik.
Kejatuhan harga minyak mentah, ketidakpercayaan terhadap kerajaan akibat skandal 1MDB dan hutang negara yang melambung menyebabkan nilai ringgit jatuh.
Kejatuhan nilai ringgit secara automatik menyebabkan kos mengimport makanan dan ubat-ubatan naik. Ini menyebabkan harga makanan dan ubat-ubatan melambung.
Kalau ini tidak cukup membebankan, pengguna dikenakan pula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). GST dilaksanakan bagi menampung kekurangan hasil kerajaan akibat kejatuhan harga minyak mentah.
Putaran ganas ini akan berterusan selagi kepercayaan pelabur dan pengguna tidak dipulihkan. Malaysia bukan sahaja mengalami masalah defisit belanjawan yang serius tetapi juga defisit kebolehpercayaan terhadap kerajaan yang teruk.
Wallahuaklam.
21 comments:
dato',
yes, we all know najib and BN is bad. but what is your solution to ecnomic woes?'
what kind of policy are you putting forth? how do we increase our competitiveness? what do we need to do in strengthen our ringgit?
how we make living in the capital city affordable while providing all the services required for a world-class city? what is your strategy to put KL into a world class city? do we have a unity problem here in malaysia? are we getting too religious that we marginazlie other community needs and importance? what are we doing to win the next general election?
we already hear you barking to BN and najib for years. we want to hear your plan of action and why we should give your party a chance...
ds najib who is less than smart, will contd 2 live in his own cocoon n his world of denial.
assisted by his 'foreign' consultants n his 'power point kings', he will continue 2 manipulate figures n statistics in his effort 2 create 'd feel good' atmosphere solely 4 d purpose of d upcoming GE.
sad 2 say that so far he n his apparatchiks hv failed miserably. n d longer he waits, d more hopeless d situation bcomes.
just 2 deviate a bit. I just witness d glittering 50th celebration of d reign of his majesty Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei. what a pity. Our FLOM n her obedient 'consort' were seen sitting very far from his majesty. Pres joko widodo n d FLOM of Indonesia were given d recognition n honour 2 b seated just next 2 his majesty.
both rosmah n najib looked 'glum'.
hv 2 say that d Lady that looked most radiant that night was Tengku Permaisuri Norashkin Abdul Rahman, consort 2 Baginda Sultan Selangor. heartiest congrats Tuanku. 2 me, her majesty qualifies 2 b d prettiest guest that historic night.
sori rosmah. u hv just been dethroned.
I for one, have never believed in economic figures. Even if not manipulated, they are nothing but garbage. What matter are how much the people earn and their spending power. That's the true economic barometers.
correction!!
its not 'to deviate' but 'to digress'.
my apologies. salam.
Sallam Dato’
Orang BN sibuk tentang pertumbuhan ekonomi GDP, tapi sebenarnya apa makna tumbuhan ekonomi yang rakyat tak dapat merasakan sangat itu.
Kalau kita tanam pokok mangga, pokok itu akan tumbuh juga. Rumput lalang dekat depan rumah pun tumbuh juga.
Negara Singapura lebih kecil dari Malaysia, tapi yang herannya ekonomi Singapura (GDP) lebih besar dari Malaysia walaupun tak ada minyak, getah dan kelapa sawit.
Kalaulah ada kampong A dan Kampong B.
Kampong A dan kampong B saiz ekonominya sama iaitu satu ribu ringgit.
Tapi kampong A 10 orang saja yang tinggal manakala kampung B ada 50 orang kampong dan 50 lagi keturunan Bangladesh.
Kalau kampong A RM1000 dibagi 10, sorang dapat Rm100. Tapi kalau Kampong B, sorang dapat Rm10 saja
Sudah tentulah orang kampong A lebih kaya dari kampong B kerana saiz ekonomi kampong B kena bahagikan kepada orang 100 orang termasuk orang Bangla. Orang bangla tak boleh kerja secara percuma.
Abdul Wahid Omar mengatakan bahawa, kita akan capai negara pendapatan tinggi lagi 2 tahun lagi iaitu tahun 2020.
Maknanya, pada tahun 2020 nanti (lagi 2 tahun) rakyat Malaysia akan jadi senang lenang.
Ada pakar ekonomi mengatakan kiraan GDP perkapita kita tak betul kerana ada 7 juta pendatang asing haram yang dapat gaji tak diambil kira dalam kiraan GDP perkapita.
Kalau kita nak kata Orang Spore itu kaya , itu memang betul kerana GDP perkapita Spore lebih 5 kali ganda Malaysia.
Berapa bulan lepas , saya beli kuih di JB.
Ada orang Melayu Singapore jugak beli kuih. Harga Kuih RM8.
Orang Singapore bagi RM10 dan dipulangkan duit RM2. Orang Singapore kata tak perlu (Keep the change).
RM2, kalau tukar balik duit Spore dapat 70 sen saja.
Agaknya orang melayu Spore mungkin dalam hatinya kata, kesian orang melayu Malaysia, orang melayu hidup susah dekat Malaysia.
As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² #MY..
"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @ Prime Munafiq @ Penyangak #MY)"
-------
MY 2k17 - Tempus Fugit
-Touché dear Maestro Sir for another "thought-provoking" piece.. Salute!
-"Me, Myself & I" apologize to all for not being present lately in our brainstorming here.. So many things to do with so little time..
-Also congrats to all Our Fellow³ Sahabat² here.. Keep D spirit alive.. Keep D momentum SOLID..
MY 2k17 - Res Ipsa Loquitur
-Our Prominent Economists (Tun Daim, Prof.Dr.Jomo, Prof.Dr.Hoo & etc) says it clearly that Our Beloved Motherland's 'Financial Health' is heading towards "chaotic level"..
-Even though D "Kleptocratic Regime of #MY" keep trying to 'window-dressed & hoodwinked' D Rakyats into believing that everything is all "Sunny & Dandy".. They can't!
-Syukur Alhamdu'Lillah that "Majority of The Rakyats" are not 'Dumb, Deaf & Blind'.. SEMUA RAKYAT #MY merasakan bahana & celakanya kesan GST & 1MDB pada NEGARA TERCINTA KITA..
-Realitinya.. GST = Grand Systematic Theft.. & 1MDB = 1 Malaysia Diambang Bankrapsi..
MY 2k17 - Nolo Contendere
-Maruah & nama baik #MY tercalar di serata dunia.. Sebab itulah "PM MO1" & "DPM Belu-Osen" X HADIR ke 'U.N.G.A' yg terbaru.. Baru terasa malu kot!
-Jangan terkeliru wahai Rakyat #MY.. 'Politicians' X SAMA @ BUKAN 'Civil Servants'.. Penjawat Awam adalah Penjawat Awam, Ahli Politik adalah Ahli Politik, Agamawan Korup adalah Agamawan Korup.. FULL STOP!
-Civil Servants adalah Rakyat Marhaen.. Sebenarnya merekalah BACKBONE @ Tulang Belakang NEGARA KITA.. Tanpa mereka NEGARA AKAN LUMPUH.. Ini fakta!
-PURGE THIS KLEPTOCRATIC HERETIC REGIME.. RESTORE our HONORABLE civil servants.. KICKOUT all those Corruptors.. NO MERCY!
-We must do this.. There is no other way to restore Our Dignity..
MY 2k17 - Non Ducor, Duco
-GE14 @ PRU14 dijangka X lama lagi.. "Regim Kleptokrat #MY" X boleh nak delay lagi dah.. D DAMAGE IS DONE.. MO1 must "face the music"!
-Masanya hampir tiba utk KITA SEMUA to do D RIGHT THING.. To vote them out TOTALLY.. Its NOW or never.. KITA SEMUA mesti SELAMATKAN negara KITA!
-God won't help us IF we don't help ourselves 1st.. So WE MUST DO what needs to be done.. SAVE OUR MOTHERLAND.. God will help us after that!
-BUANG semua Kleptokrat & Agamawan Sesat.. Throw them all out!
-May God Almighty strengthen US ALL to do what is right.. Ameeenn!
-------
"If you can't just explain it simply,
means you don't understand it well enough"
-Albert Einstein
"The greatness of a man is not in how much wealth he acquires,
but in his integrity & his ability to affect those around him positively"
-Bob Marley
"WE are braver than WE believe,
WE are stronger than WE seem,
& WE are smarter than WE think"
-His Excellency Tun Dr Mahathir
"Great things are done by a series of small things brought together"
-Vincent Van Gogh
"A man who stands for nothing will fall for anything"
-Malcolm X
"Fear not the man who has practiced 10,000 kicks once,
Fear the man who has practiced one kick 10,000 times"
-Bruce Lee
"Do not be fooled by one who recites the Qur'an;
his recitation is nothing but speech.
But look to those who live according to it"
-Umar Ibnu Khattab r.a
-------
"Fight The Battle AND ULTIMATELY Win The War...Insy'Allah"
***May Allah AWJ bless & protects ALL OF US from Iblis & Dajjal Laknatullah**
***Ameeenn**
"The AhJibGO Factor"
"Discussion IS Dead"
"Diplomacy IS Dead"
"Democracy IS Dead"
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
P/S: DAKJ & Fellow³ Sahabat².. Stay Sharp.. Stay Righteous.. CONSOLIDATE Our HOPE!
Take care.. :-)
#Malaysia.Tanah.AirKu
#Tanah.Pusaka
#Bahtera.Merdeka
unknown writes "we already hear you barking to BN and najib for years. we want to hear your plan of action and why we should give your party a chance...
Why should the Scribe provide his game-plan actions to his adversaries. Najib as Prime Minister and his bunch of smart-alex ministers should have been able to steer this country into a far better nation than Tun Mahathir, when he was the Prime Minister. Najib and his BN coalition parties were elected by the people to form a government and as such it is his responsibility to rule n manage the economy in the best way possible, in order to give the people a sense of well being that they deserve for having appointed him as PM. But alas, all they've been doing is live on their fat salaries, enjoy all the perks that come with their appointments n who gives a damn.....
In the meantime the people continue to struggle with thier daily lives. And its getting harder and tougher by the day.
Datuk,
"...bekalan ubat di hospital kerajaan yang sering terputus dan pesakit yang dulu mampu berubat di klinik dan hospital swasta kini berpusu-pusu ke klinik dan hospital awam."
- Ini betul Datuk...100% tepat sekali.
- bini aku bilang, kawan2 Cina dia pun sudah pergi hospital awam minta rawatan dan dapatkan ubat walaupun terpaksa tunggu berjam2 sebab orang terlalu ramai.
- aku naik jet sendiri buat rawatan dan beli ubat di Singapura...kadang di London...malas mau queue ba.
Datuk,
Saudara rahman jpc 5:43 PM tulis "... what a pity. Our FLOM n her obedient 'consort' were seen sitting very far from his majesty."
- buang saja la gelaran auta "(Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil)" itu.
- Sultan Brunei yang sekarang ini ada darah keturunan Bugis.
- jadi itu bukan satu "what a pity" saudara Rahman, tetapi satu penghinaan sebab Sultan Brunei sendiri pun tidak bolih pegang gelaran itu.
apa pandangan tuang punasihat MO1???
apa kata kalau wala'un wala'un mengadakan solat hajat perdana untuk kesejahteraan dan keselamatan kerajaan klepektokrasi dari gangguan kuasa asing kafir harbi....
Rupanya ada seorang Datok bekas ketua pengarang tapi mempunyai mentaliti yang HAPRAK.
Datuk,
Warisan: Umno is the instigator of political turmoil in Sabah.
October 12, 2017
KOTA KINABALU: Umno, using federal government machinery, has been the instigator of political turmoil in Sabah since the formation of Malaysia in 1963, Parti Warisan Sabah (Warisan) Information chief Honorsius Bosuin charged today.
He said the actions of the Malaysian Anti-Corruption Commission, and taking Warisan leaders to court, gave the perception that Warisan was guilty of corruption. Umno, he said, was using the media as its propaganda tool to strengthen this perception.
Bosuin was commenting on the investigation by the MACC into the alleged embezzlement of RM1.5 billion in rural development funds for the state.
The investigation is thought to be an attempt to implicate Warisan president Shafie Apdal, who headed the rural and regional development ministry that was in charge of the funds.
Shafie, a former government minister, is now an opposition leader.
Seven people, including the party’s vice president Peter Anthony and Youth chief Azis Jamman are currently under remand as part of the probe.
“I’d like to urge all party members to reject the perception that Umno and its tools are trying to portray to the people, and explain the truth to them,” he said in a Facebook post.
According to Bosuin, the detention of Borneo leaders, both in government and the opposition because of their fight for the people’s rights is not something new.
He said the first Borneo leader to be “curbed” by the federal government was Sarawak chief minister Stephen Kalong Ningkam in 1966.
“He hadn’t agreed with Kuala Lumpur on certain matters, so federal power was used to bring about his fall and to amend the Sarawak constitution as well as declare a state of emergency in Sarawak,” he said.
The same thing happened with former Sabah leader Mustapha Harun.
“Federal then toppled Mustapha Harun in 1976 (sic). Kuala Lumpur fabricated news of his overindulgence and that he was a spendthrift,” said Bosuin.
“They were mum on Mustapha’s firm stand not to forego Sabah’s oil and gas rights to Kuala Lumpur. The real story was put under wraps until today.”
Later, the then chief minister Joseph Pairin Kitingan’s image was also muddied, said Bosuin.
“He was detained for alleged corruption.
“Although the court eventually found him not guilty, he had been made guilty by perception.
“Now, history repeats itself through their campaign against Warisan. I hope everyone sees through this.
What was happening at present, Bosuin said, was simply a political action and it had nothing to do with seeking justice.
Meanwhile, Warisan Wirawati chief Munirah Majilis said the arrest of the two leaders of Warisan is an attempt to put a dent on the people’s growing support for Warisan.
“The birth of Warisan made Sabahans at large see an alternative where they can put their trust and hope especially since Warisan parades young Sabahans at the helm,” she said.
“Warisan brought together Sabahans of different ethnics and beliefs as one. Tuesday’s s scene at the court’s compound (when Peter and Azis was remanded) witnessed the unity of Sabahans who have one thing in common – Sabah Ubah.
“I hope my detained colleagues will be treated justly.”
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/12/warisan-umno-is-the-instigator-of-political-turmoil-in-sabah/
Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Alhamdulillah dan terima kasih banyak2 pasai hang tonjoikan isiu rizab bank negara.
Aku rasa ramai orang telepaih pandang bila depa didedahkan angka2 rizab ni, kenun2nya cukup untuk
biaya impot 'kekal'.
Hang nulih :
"Selama ini kita membandingkan kadar rizab dengan jumlah import kita. Tetapi kini kita diberitahu yang rizab itu juga dikaitkan dengan hutang jangka pendek luar negara.
Hang nulih lagi...
." Misalnya, sehingga 29 September lepas rizab antarabangsa Bank Negara naik kepada AS$101.2 bilion (bersamaan RM427.7 bilion). Jumlah ini mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import kekal."
Kalu bank negara betoi tak tolak bayaran hutang (dan riba') jangka pendek dan jangka panjang yg mesti di bayag atau dilunaihkan,
sekorang korangnya untok 7.6 bulan yg depa kata tu... maka kak aku ini satu ketidak jujoran yg berat.
Kena ambik kira antaranya pasai hutang Malaya dilapog dah nak cecah satu
trillion ringgit.
Munkin kita akan dapat gambag yg lebih jelaih. Kelia la sikit....
Hang jugak nulih..." Menteri kabinet beliau sendiri bercakap mengenai pembinaan hospital kerajaan “sakit”, bekalan ubat di hospital kerajaan yang sering terputus dan pesakit yang dulu mampu berubat di klinik dan hospital swasta kini berpusu-pusu ke klinik dan hospital awam."
Aku cuba korek2 pasai apa benda ni belaku, dan antaranya :
1. Kontrek bekalan obat (dan aksesori2) dimeterikan tahun dolu2, masa duit Malaya agak tinggi banding laa ni,
jadi kalu harga tak di ejas, sapa nak bekai lagi menda2 tu. Nak tambah fulus, hang pon tau, gelap sikit laa, mana yg nak kena hulog
mak cik Pak cik Felda, kos dedak lain2 lagi ni pilihanraya dah dekad, nak tulong Donald Trump lagi, nak tulong Teresa May (England) lagi pasai
Putera Charles nak mai Malaya dan Sarawak katanya tak lama lagi.... lagi pulak bayaran yg tertunggak aku dengag pon dah banyak.
2. Jumlah pesakit melonjak, kos rawatan suasta, hang lebih paham... jadi Lantaran suasana kaih pagi makan pagi ni..macam hang jugak singgong, ramai dok tuju ke kelinik dan hospital awam yg memang sedia sesak sakan. Tunggu bejam jam dah jadi lazim. Korang ubat pon korang ubat laa... lagi pulak sesetengah farmasi suasta pon turut korang obat
Munkin pasai bekalan setok depa sangkut dgn 'over run' bekai pd kementerian kesihatan...
Macam2 cerita aku dengag, ambulan tak dak tong oksijen laa dan orang yg dah 'admit' ke wad lambat dapat rawatan antaranya sebab setok ubat tak cukop ka apa ka, bayi2 nak suntikan bejadual 'anti' itu 'anti' ini di lewat lewatkan atau di suroh pi kelinik suasta...
3. Anjakkan 'demographic', taboran penduduk yg mana rakyat berubah ke usia lanjut dan hidop lebih lama... jumlah yg selari
dgn insiden derita uzog ('positive correlation'), penambahan penduduk (termasuk pendatang asing dan pelarian- setengah orang kata
dah capai 7 juta orang).
4. Ketirihan (kebcoran) dalam peranugerahan tender, selingkohan ('embezzlement') dan pemerasan masa nak kutip bayaran...
Itulah dapatan aku, entah betoi entah dak.
Kalu silap, maghap no.
Aku.
Sallam Dato'
Ubat-ubatan ini sangat penting, tubuh badan manusia perlu kepada ubat untuk sembuh dan pulih dari penyakit
Zaman sekarang ini macam-macam penyakit ada.
Bukan setakat ubat-ubatan saja.
Sekolah pun sekarang ini mintak derma kertas kerana sekolah tak mampu beli kertas.
Saya dengar juga rungutan sekolah, hendak buat dewan punyalah susah kerana tak ada bajet.
Oleh itu masalah kerajaan tak cukup duit bukan cerita kosong saja.
Yang jadi masalahnya, walaupun kerajaan sekarang ini tak cukut duit, rasuah semakin meningkat. Beratus juta rasuah dan duit hilang begitu saja.
Sallam Dato’
Agak menarik apabila saya baca ada orang yang bukan lahir di Johor mohon untuk menjadi bangsa Johor.
Ini disebabkan Tuanku Sultan Johor sangat tegas dalam soal-soal perpaduan kaum, soal pelajaran, dan lain-lain.
Kerajaan yang ada sekarang ini lemah dan tidak bermaya untuk atasi isu-isu semasa.
Tuanku Sultan bertegas, ajaran-ajaran ala-Taliban tidak boleh dibenarkan bertapak di negeri Johor kerana memalukan bangsa Johor.
Ini ada kebenarannya juga.
Sebagai contoh lagi dalam soal asap Vape, Sultan Johor dengan tegas mengharamkan Vape kerana membawa pengaruh yang tidak baik kepada budak sekolah dan orang muda.
Sekarang ini boleh dikatakan Johor adalah bebas Vape.
Dalam Soal pelajaran pula, Sultan Johor bertegas supaya bahasa Inggeris diberikan keutamaan supaya negeri Johor menjadi maju.
Kerajaan yang sekarang ini agak lemah dan kita khuatir samada negara kita boleh bersaing dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.
Walaupun, negera kita ini pengeluar getah tapi banyak lambakan tayar kereta berjenama tinggi dibuat di negeri Thailand seperti Michelin, Bridgestone dan Yokohama.
Sekarang ini ada tayar berjenama Hankook. Rupa-rupanya dari Korea Selatan. Negeri Korea mana ada pokok getah.
Saya sebenarnya menyokong idea Bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020. Tapi nampaknya tak kesampaian.
Namun begitu, saya dilahir di Johor, bagus jugak jadi Bangsa Johor.
Alhamdullillah, negeri Johor terselamat dari ajaran-ajaran ala-Taliban.
Besok para pencacai MO1 akan spin habis habisan laporan terkini Bank Dunia ini.
Tapi mampu kah para pencacai MO1 mengubah lapuran record mereka di Bank Akhirat. Wallahualam.
Kita berdoa agar mereka cepat sadar akan beratnya tanggungjawab pemimpin ke pada rakyat.
.
Datuk,
Apa yang Datuk tulis ini sebenarnya ada kaitan dengan suatu laporan dari FMT. Aku rasa apa yang ditulis olih PMT ini memang sangat relevant.
October 14, 2017
Race politics won’t play in Sabah, says analyst.
KOTA KINABALU: A political analyst has voiced doubt that Sabahans would begin to vote along racial lines, as suggested by a Suluk community leader.
Speaking to FMT, Arnold Puyok of Universiti Malaysia Sarawak said regional identity was more important to Sabahans than racial identity, meaning they prefer to see themselves as Sabahans first and then only as members of their ethnic communities.
“This is because many Sabahans are of mixed blood,” he said.
“When it comes to their political ideas, I think they are more interested in issues that affect them directly. These include issues such as corruption, public delivery, leadership and development-related matters.”
Puyok was commenting on remarks made by Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, the national adviser for the Suluk Sabah Mixed Blood United.
In an interview with FMT, Akjan said his community had grown disillusioned with the government because of continued discrimination faced by its youths. He hinted that the Suluks might shift their allegiance from Umno to Parti Warisan Sabah, whose president, Shafie Apdal, is a Bajau-Suluk.
Puyok acknowledged that he did not have data on the socio-economic development of the Suluks and could not comment on whether they had been left behind.
However, he said the Suluks’ attraction to Warisan did not mean that it’s a Suluk party.
“We cannot see this purely with the ethnic lens because issues such as family ties and political patronage are also important,” he said.
Nevertheless, he agreed that some political parties that used to promote themselves as multiracial were becoming more and more race-based.
“For example, Parti Bersatu Sabah, which was a multiracial party when it was founded, now has become more of a Kadazandusun-based party,” he said.
Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/14/race-politics-wont-play-in-sabah-says-analyst/
assalamualaikum datuk dan kawan2 semua...
maaf lari topik... cumanya saya mahu menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan saya pada datuk yang tidak pernah putus-asa memberikan apa yang ada demi perjuangan ini. saya yakin dan percaya, PENGORBANAN ini tak akan sia-sia.
kisah pelacur yang memberi makan anjing sangat masyhur. kemuliannnya sang pelacur bukan kerana pangkat,darjat,ilmu menggunung, atau banyaknya amalan solat dan mengaji. kemuliaan seorang IBU juga bukan semata-mata kerana di celah kelangkang yang melahirkan, tetapi kerana LAUTAN KASIH-SAYANG dan PENGORBANAN seorang ibu. ketinggian iman Nabi Ibrahim dan Ismail ditandai dengan kisah penyembelihan anak kandung, yang diabadikan kisah ini di dalam Al-Quran. kesemua kisah dan ceritera ini adalah manifestasi dari KEMULIAAN SEBUAH PENGORBANAN!!!
sekali lagi, terima kasih datuk dan kawan2 yang sama2 mendukung perjuangan ini. meski himpunan anti kleptokrasi kurang didatangi orang, jangan kita berputus-asa. ramai2 kita berdoa diberikan umur yang panjang dan kekuatan untuk kita terus berjuang.
saya sayang negara dan bangsa ini. xoxo Malaysia!
Kesian tgk ko ni kadir. Susah payah cipta gelaran ntah hapa2 kat orang lain. Tapi tak ke mana2. Melalak la puas2, pru tak lama lagi dah. Bye Bye golongan tua2 yang tak sedar diri.
KAH KAH KAH
1MDB IN UN REPORT - UN NEWS RELEASE DATED OCTOBER 4TH. 2017
In the case of Switzerland, the UN expert noted that the risk of money laundering is particularly highlighted by the involvement of several banks in the Petrobas corruption scandal and in the suspicious cash flows linked to the Malaysian sovereign fund 1MDB.
http://www.un.org/apps/news/printnews.asp?nid=57810
Assalam DAKJ,It has been years i have not commented in your blog especially so now that you are an MT of PPBM.No worries i am with BN still.This morning a chinese daily was writing about their choice of not votingtheBN again.Just wish to share my view below.
My simple santai comment and analysis in response to that is as follows:
1.It is as expected as the chinese vote for BN has dropped to 10.8 % in last GE according to a statstical analysis study following the final voting figure last GE 13.
2.Berkemungkinan peratusan ini akan berubah sedikit in favour of BN di PRU 14 dari kaum Cina mengikut trend semasa. Kaum Cina adalah pengundi bijak.Peratusan mereka sentiasa berubah ubah dari PRU 11 lagi berbanding Melayu.Rally jalanan *BERSIH* dan mahukan *UBAH* dan *ABU* di PRU 13 melihat penurunan ini dari kaum Cina dengan *Tsunami Cina*. Walaubagaimana pun PR(kini arwah (2009-2015)) tetap gagal mengatasi BN dengan hanya perolehi 1/3 minoriti walaupun punyai undi popular. Tahap pengundi Melayu pada BN adalah tetap tinggi dan tidak banyak berubah.Bagi Semenanjung Malaysia analisis dan menunjukkan 63.7% undi Melayu masih berpihak pada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India.
3. Sokongan padu kaum Melayu kepada BN di Johore mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar *84.1%* dan Kelantan paling rendah *46.7 %* Di Kelantan ada sedikit peningkatan undi Melayu berbanding di PRU 12 untuk BN.
4.Adakah faktor Tun M kali ini dapat mengubah dan berpihak kepada PH ?.Saya ragu mereka boleh berjaya saperti kejayaan PR di PRU 13 dulu dimana PAS memainkan peranan besar di Selangor terutama nya. Kali ini PAS akan menjadi penentu bertanding sendirian dan tidak hairan sekiranya kerajaan campuran (Unity government) boleh berlaku bersama BN dan pertandingan tiga penjuru yang akhirnya memberi kelebihan pada BN.Rakyat mungkin sudah bosan dengan politik kebencian harian sekarang.In short many have grown tired of daily dirty politics ftom both the devide.
5.Himpunan Kleptrokasi sabtu lepas terbukti gagal meraih sokongan rakyat dengan hanya anggaran kurang 8000 hadir (Perancangan asal 100,000 kemudian berubah pada 30,000).Politik kebencian dan tidak matang mula ditolak rakyat pada pandangan saya. Wallahwu'alam.PEACE.
@Pak Din (Kampong man)
Post a Comment