Monday, December 04, 2017

Vendetta Politik Najib Akan Berterusan



A Kadir Jasin


UNSUR political vendetta (balas dendam politik) dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kegiatan tukaran mata wang (forex) Bank Negara tahun 1970an terserlah apabila ia mengemukakan laporan pada 13 Oktober lalu dan disusuli oleh laporan polis pada 30 November.

Setiausaha RCI Dr Yusof Ismail buat laporan polis
Hakikat ia menuding jari ke arah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperkukuhkan niat politiknya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Cuma pengasas suruhanjaya itu, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, dan konco-konconya gagal mencapai matlamat yang diharap-harapkan apabila tidak seorang pun saksi berjaya diugut untuk melibatkan Dr Mahathir dan Anwar.

Sebaliknya saksi lima bintang mereka, Tan Sri Nor Mohamed Yackop, merosakkan majlis suka ria mereka dengan menerima sepenuh tanggungjawab ke atas kerugian itu.

Bukti balas dendam mereka pantas dan jelas. Sebaik saja membuat testimoni yang tidak membabitkan Dr Mahathir, Nor Mohamed ditekan supaya meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah Malaysia Berhad.

Bagi Najib dan konco-konconya, Nor Mohamed adalah pembelot. Mana mungkin seorang pembelot terus menjadi pembantu kepada Perdana Menteri di dalam Khazanah. Najib adalah pengerusi Khazanah.

Dalam kapasiti itu, Najib amat berharap Nor Mohamed akan menuding jari ke arah Dr Mahathir. Apabila beliau tidak berbuat seperti yang diharapkan maka beliau tidak berguna lagi.

Tanpa testimoni menyalahkan Dr Mahathir dan Anwar, suruhanjaya itu tidak mempunyai pilihan melainkan membuat kesimpulan samar mengenai penglibatan mereka.

Untuk meneruskan vendetta mereka, laporan polis dibuat supaya Dr Mahathir dan Anwar disiasat kononnya bersubahat pecah amanah.

Mungkin dalam perkiraan Najib dan konco-konconya yang semakin tersepit dan terdesak, inilah cara terbaik untuk terus memburu Tun Dr Mahathir dan Anwar.

Mungkin beliau berpendapat bahawa adalah lebih berkesan menggunakan polis untuk membalas dendam berbanding RCI kerana dalam pandangan umum apabila polis terlibat ertinya jenayah telah dilakukan.

Persoalannya, adakah siasatan polis akan lebih meyakinkan rakyat jelata berbanding siasatan RCI setelah polis sendiri dimanipulasikan dalam kes siasatan ke atas 1MDB dan SRC International?

Siasatlah apa pun dan siapa pun namun kewibawaan dan niat kerajaan kleptokrasi Najib Razak akan terus dipertikaikan oleh majoriti rakyat jelata selagi skandal 1MDB-SRC yang melibatkan beliau sendiri disapu ke bawah permaidani.

Kebenaran tidak akan diperoleh selagi tangan-tangan hitam terus memulas dari belakang dengan memperalatkan agensi-agensi penguat kuasa dan kehakiman.

Mahkamah Kangaroo

Tetapi itu mungkin tidak penting bagi Najib dan konco-konco beliau. Yang peting ialah menggunakan suruhanjaya dan polis sebagai "kangaroo court" (mahkamah paslu) bagi membicarakan Dr Mahathir dan Abwar.

Tujuannya ialah dengan apa cara sekali pun Dr Mahathir wajib disekat daripada mengambil bahagian cergas dalam politik, khususnya dalam pilihan reaya umum (PRU) akan datang.

Seperti yang didedahkan, banyak dokumen bukti oleh Dr Mahathir tidak pun dimasukkan ke dalam laporan akhir RCI hatta sebagai lampiran sekali pun.

Namun saya rasa Dr Mahathir dan Anwar mengalu-alukan siasatan polis kerana mereka sekali lagi berpeluang mengemukakan bukti sambil membangkitkan jenayah berkaitan 1MDB dan SRC.

Silap-silap laporan polis itu akan jadi macam saman malu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terhadap pengarang Sarawak Report, Claire Brown, di mahkamah London.

Brown telah mengambil kesempatan mendedahkan bermacam-macam hal yang beliau tulis selama ini, termasuk pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaariibuu, sebagai bukti dalam pembelaan diri.

Sepanjang mengenai Brown, kes saman Hadi itu memberikannya peluang untuk menceritakan kepada mahkamah negaranya apa yang beliau dengar dan tahu mengenai Najib dan konco-konco beliau, khususnya dakwaan sogokan RM90 juta kepada PAS.

Wallahuaklam.

22 comments:

Unknown said...

salam

yg paling best tu bila najib di saman tetang 1MDB jawapan diberi ialah najib bukan penjawab awam!!406 tak boleh digunakkan!!

Gamaknya semasa itu TUN dan DSAI menjawat jawatan apa agaknya!!

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Ini bukannyo dondam ... tapi hakikat yang sabonar yang berpunco dari Turn M sendiri .

DSN telah hulur tangan persalaman pado Turn M ditahun pertamo DSN ambik alih jawatan PM .
DSN jugo telah hulur tangan persalaman pado TSMY pado PAU 2015.
Malang ehh tangan yang dihulur tu digigit olih keduo2 Turn M dan TSMY bersamo Boboy yang takdo budibahaso tu .

Akibat dari perbuatan biadap ni ' whistle blower ' pun keluarlah .
Tapi ' whistle blower ' ni bukan calang2 oghang . Dio oghang yang berintigriti tinggi dan mempunyai info at finger tip.

Dulu maso pemerintahan Turn M ..dio ado bukak mulut tontang kerugian terbosar forex dalam sejarah BNM dan jugo sejarah bank dunio .
Malang ehh dio takdo kawan maso tu dan kono hobeng olih Turn M dan konco2 Turn M sehinggokan ' whistle blower ' ni dipakso berhonti dari jawatan Timbalan Gabenor BNM maso tu.

Awal tahun ni , sekali lagi ' whistle blower ' ni bukak cerito .
Alhamdulillah ... cerito dio tu telah disambut olih pihak yang berwajib .
The rest is history ...

So .. adokah ini vendetta dari DSN ?

NO ...ini adolah untuk menogakkan kebenaran yang telah lamo disorok olih Turn M dan konco2 dio demi kepentingan diri sendiri.

Bersyukur lah kito ...kerano akhirnyo kebenaran terserlah .
Yang mungkar tu akan totap dikonokan balasan yang setimpalnyo ...

Wallahuaklam ...

Waghih.

Unknown said...

jilakau kita ludah ke langit...jatuh atas muka sendiri...itulah perumpamaan... perniagaan yang rugi berbeza dengan kehilangan akibat pencurian

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum),
Aku bulih paham dendam kesukmat depa kad Ma Tehag, depa bulih siasat dia pasai tak laksanakan tugaih dgn baik
atau kurang 'fiduciary' atau seksyen 409, pecah amanah ka apa ka...
Tapi depa pi sabit breder@bambu riba tu sekali buat apa...?
Tak cukop ka depa punya dera dia betahun tahun dlm penjara, jauh dari anak bini, mak ayah... dgn kata nista belori lori...
Kalu la breder ni jahat sangat, depa pi 'ziarah' dia di hospital tu, sekali bawak bini buat apa...?
Aku tak tuju soai ni kad MOI atau Tchokwo (Ponorogo (?)) tu, kemungkinan besag depa tak tekesan sikit pon,
tapi pada 'enabler' macam Kepala Mata2 yg baru, 'presiden' Petronas dan Usop Ismail tu dan ramai lagi.
Kepala Mata2 ramai S.B. dan banyak sumber maklumat, selayaknya dia cukop 'arif. Dia sayugia dah tau, mahkamah kata
MOI bukan 'kakitangan kerajaan', jadi tak bulih dakwa, sama jugak Ma Tehag masa keh FOREX tu belaku, dia MOI@PM.
Presiden Petronas ada gaji, elaun dan pencen yg sangat2 lumayan, tapi dengag kata ayah dia, tak salah aku, tukang panjat nyog
saja, bulih cari rizqi, mampu antag Presiden atau adik beradik dia ke sekolah... magna aku, rizqi di bumi Allah ni sangat luaih....
Usop Ismail jugak nampak lumayan, al maklum, big boss kad Amanah Pencen (KWAP), ahli Lembaga Felda, bank Pertanian, ...
senyum lebag masa berdepan dgn pemberita lepaih buat laporan polis.

Hanyasanya aku ingatkan diri aku dan sapa2 mau ambik kesempatan ni untok ingat pada Allah S.W.T. dan hari aqirot.
Maut tu sangat2 dekat. Dan Na'uzubillah, janganlah tak besedia, sabit ramai ma'nusia di sambag maut cara mengejut
dan dlm keadaan tak bersedia, tidak bulih tinggai pesan....
(Maksud secara kasag, suroh Ya Siiin, bulih rujuk pada tafsir Ibnu Katsir) :

مَتَى هَذَا الْوَعْدُ
Bilakah (terjadinya) janji ini? (Yasin: 48),
{مَا يَنْظُرُونَ إِلا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ}
Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. (Yasin: 49)
{فَلا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً}
Lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiat pun. (Yasin: 50)
terhadap apa yang dimiliki oleh mereka, karena urusan yang sedang dialami oleh mereka lebih penting dari itu,
{وَلا إِلَى أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ}
Dan tidak kepada ahli mereka, (mereka) kembali.

Wallahua'lam, dan banyak2 maghap. Salam perjuangan.
Aku

PutraKraken said...

Salam Datuk

Witch hunting Najib berkesudahan dengan dirinya dihambat kuntilanak, pocong, gendorowolo dsb...melayu cukup percaya hantu mistik ini....walhal semuanya adalah iblis semata.

Beberapa soalan saya nak tanya...
1. Kerugian 31billion dalam forex tu ada sesiapa yang dapat faedah dengan duit masuk dalam akaun peribadi?

2. Ada orang kata forex itu serupa judi...fatwa mana yang mengatakan demikian? Apa bezanya pembelian saham dibursa saham?...atau pembelian "futures" seperti minyak, emas dan galian mahupun komoditi?

3. Bank Negara...merupakan satu institusi yang antara peranannya ialah mengawal dan melindungi matawang negara. Forex adalah salah satu instrumen yang digunapakai untuk menopang (prop up) kejatuhan nilai matawang. Semua orang ingat asakan spekulasi matawang negara Asean hingga menjadi gawat.

4. Apalah 30 billion dibanding dengan kestabilan ekonomi yang dapat kita pertahankan dan rakyat tidak dibebankan dengan sengsara yang menimpa negara jiran kita yang terpaksa akur dengan ubat dari IMF.

Masa telah berlalu dan rakyat terhindar dari kesegsaraan...kerugian tersebut dikira berbaloi...

Ianya satu KERUGIAN yang disebaliknya menyelamatkan ekonomi negara..bukan PENYELEWENGAN yang faedahnya disalurkan terus kepada individu.

1MDB....berapakah beban hutang yang ditanggung sekarang?...oleh kerana tiada odit tahunan yang dapat diterima pakai kebenarannya....saya jangka hutang 1MDB kini mencecah 70 atau 80 billion (kita ambil kira bunganya sekali)...walaupun ditolak pembayaran kepada IPIC yang baru ini. (Pembayaran dua kali ini pastinya bukan dari pendapatan 1MDB sebaliknya hasil jualan paksa bon yang juga masih ditakrif hutang juga)

Apa faedah yang rakyat atau negara dapat dari putar belit 1MDB ini?
Yang kita tahu...
1. Najib terima duit RM 2.6 billion dalam akaun peribadi beliau.
2. Najib terima RM 42 juta juga dalam akaun peribadi beliau.
3. Anak Rosmah...jadi producer Hollywood dan membeli ratusan juta asset.
4. Begitu juga JLow...semena mena jadi billionaire.
5. Jangan lupa Artikel 117 dalam MAA 1MDB...siapa yang empunya kuasa mutlak.

Tapi AG Pandi kata tiada kesalahan berlaku.
Siasatan PDRM tak tahu kemana.
SPRM?...menyengat tapi tak da bisa...AG Pandi punya segala antidote.

What is happening now Datuk?
Selective persecutions and prosecutions is the Law of the country.

Yang kita harap...rakyat punya mata dan hati untuk menilai mana yang benar atau sebaliknya...walaupun kita tahu ramai yang tersedak dengan dedak. The silent majority must yield their power at the next GE.

Save our Nation for the sake of our future children.

Pejawat Awam...sumpah jawatan kamu bukan kepada pemimpin.
Ingat...bukan pemimpin yang membayar gaji kamu. Rezeki yang kamu terima setiap bulan datangnya dari hasil negara dimana secara mutlaknya adalah hak rakyat...kalau kamu bersubahat dengan penyelewengan dan memeras rakyat...apa status rezeki kamu?

Bersih, Cekap dan Amanah?

Ahmad said...

Untuk DS Najib, takrif berbeza, sbbnya dia kan 'maharaja' yg kebal drpd segala dakwaan. Muslihat mengelak dia pelbagai ragam.

Firebrand said...

Apo nak dibuek waghih, DAKJ masih nak menogakkan bonang yg basah... Biarkan dio dongan gurindam sumbang duo. Kito ontok-ontok ajolah...ponek nanti diam lah dio.

Unknown said...

Kita memang dah nampak taktik depa, sebab tu laporan polis hanya berdasarkan "kemungkinan" bersubahat. Kemungkinan ni macam kot-kot ja kata orang Kedah. Dalam RCI tak dak bukti Tun terlibat tapi nak teruskan juga dakwa supaya boleh propagandakan isu ni masa pru. Sebab tu jika dilihat lepas saja TS Nor menyatakan tidak pernah berbincang dengan PM dan TPM, si mangkok ayun Kashi terus menyanggah TS Nor dengan menyatakan TS Nor terhutang budi dengan Tun sebab tak kaitkan Tun. Bodoh juga orang kanan jib ni. Bila badan propaganda jib pi sanggah macam tu menampakkan maksud tersirat rci diwujudkan. Kedua, menteri kew Anwar tapi Anwar tak diserang, sipi2 ja. Yang diserang hanya Tun, sebabnya Anwar la ni tak dak dalam padang politik, yang dalam padang politik la ni Tun saja. Tun Daim pulak dah pencen. Belum bentuk rci, siasat dak lagi, laskar dah serang Tun macam-macam termasuk kepalanya sendiri kata Tun akan masuk dalam. Banyak yang menunjukkan maksud tersirat depa. Tapi kesian orang kampung hat dok tengok berita kt tv saja dok kena lending.

rakyat marhain said...


Sepanjang mengenai Brown, kes saman Hadi itu memberikannya peluang untuk menceritakan kepada mahkamah negaranya apa yang beliau dengar dan tahu mengenai Najib dan konco-konco beliau, khususnya dakwaan sogokan RM90 juta kepada PAS.

Salam Dato,

Kesian Geng Lebai yang berangan angan nak jadi Punasihat MO1, asal nya nak mengampu dan membodek MO1 malang nya tindakan saman telah dan akan melondehkan lagi kejahatan dan penipuan MO1.

Allahuakbar! Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Adil.

Dua Darjat said...

RCI kata skandal forex menafikan negara peluang pambangunan. Ye ke menafikan peluang pembangunan?

Kalau menafikan peluang pembangunan, bagaimana perkara-perkara ini boleh berlaku pada tahun 90-an dulu:

1. Fasa pertama kerja-kerja pembinaan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang bernilai berbilion ringgit mula dilaksanakan

2. Kerja-kerja pembangunan bandaraya pintar Cyberjaya juga mula dilaksanakan

3. Kerja-kerja pembinaan lapangan terbang tercanggih di dunia pada ketika itu, KLIA mula dibina di Sepang

4. Pembinaan menara berkembar tertinggi di dunia, KLCC mula dilaksanakan

5. Projek lebuh raya terbesar di Malaysia PLUS yang mula di bina penghujung tahun 80-an berjaya disiapkan pada tahun 1996;

6. Putra LRT, Star LRT, KL Monorel, ERL dan KL Sentral mula dibina di Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas

7. Projek litar lumber F1 mula dibina di Sepang

8. Projek-projek lebuh raya bertingkat dan fly over mula dibina di Kuala Lumpur secara besar-besaran

9. Matawang ringgit mengukuh setiap tahun bermula awal 90-an dengan nilai RM 2.40-2.60 sen berbanding US dollar dan tidak pernah jatuh merudum seperti sekarang

10. Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8-9 peratus setiap tahun pada awal 90-an sehingga di gelar Harimau Ekonomi Asia

bersambung...

Dua Darjat said...

Sambungan...

11.Rizab luar negara lebih dari 300 billion. Tertinggi dalam sejarah

12. Hutang negara pada bawah 100 billion

13.Malaysia berjaya memenangi penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1992. Sukan Komanwel ke 16 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Malaysia pada tahun 1998.

Malaysia negara pertama di Asia yang diberikan penghormatan untuk menganjurkan sukan berprestij tersebut. Persiapan penganjuran termasuk pembinaan stadium-stadium, pusat-pusat sukan dan infrastruktur sukan berskala besar mula giat dilaksanakan

14.Kerajaan tidak pernah gagal membayar bonus 1 bulan hingga 2 bulan gaji kepada kakitangan kerajaan. Pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan TERHENTI bawah pentadbiran PM ke-6 dan digantikan dengan hanya bantuan tunai.

15. Tiada cukai baru yang membebankan rakyat seperti GST diperkenalkan pada tahun 90-an untuk menggantikan kehilangan wang forex

16.Kadar dividen ASB yang tertinggi iaitu antara 8 hingga 10 sen per unit berlaku pada dekad 1990-an. ASB tidak lagi mampu memberikan kadar dividen yang tinggi setelah Tun M tidak lagi menjadi PM.

Perihal ini jelas membuktikan Tun Dr. Mahathir adalah PM yang paling BESAR jasanya kepada golongan Melayu Bumiputra.

Tun M mewujudkan ASN dan ASB bagi menggalakkan orang Melayu mempunyai simpanan. Kalau tak kerana ASB berapa kerat sahaja orang Melayu yang ada wang simpanan.

Sekarang ini sebegitu ramai orang Melayu Bumiputra yang ada berpuluh ribu, beratus ribu dalam akaun ASB. Dengan duit tulah orang Melayu sekarang buat modal berniaga, hantar anak belajar universiti, bayar cukai kepada LHDN, bayar cukai GST, bayar minyak yang naik tiap-tiap minggu dan untuk menampung kehidupan seharian akibat kos sara hidup yang tinggi sekarang

Lihatlah betapa besar jasa Dr. Mahathir kepada umat Melayu dan Bumiputra

Tapi orang-orang Melayu MEMBALAS JASA-JASA beliau dengan cara mengejek-ngejek dan menghina beliau dengan memanggil beliau pelbagai panggilan-panggilan seperti Kutty dan kepala bapak kau. Manusia yang sebegitu banyak jasanya kepada orang Melayu diperlakukan sedemikian rupa.

Ada orang Melayu di Sungai Besar yang kata dia akan ludah muka Dr. Mahathir kalau mereka bersua muka. Nauzubillah huminzaliq..

17. Subsidi barang-barang keperluan asas seperti tepung, gula, minyak masak, beras, gas memasak dan petrol tidak dimansuh seperti sekarang malah sentiasa di tambah untuk meringankan hidup rakyat khususnya yang tinggal di kota

18.Graduan engineering keluar universiti jadi engineer pada era 90-an. Bukannya jual nasi lemak

19.Graduan-graduan universiti keluar universiti mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan pada era 1990-an. Bukannya menjadi pemandu Uber

20.Pengangguran negara berada dalam tahap paling rendah dalam sejarah iaitu pada kadar kurang 5 %

21.Negara berjaya mencapai tahap kadar kemiskinan kurang dari 3 peratus pada tahun-tahun 1990-an

- Jadi celah mana kerugian forex menafikan pembangunan di Malaysia?????

Pak Pandir said...

Mat kemut: Cowardly act. afraid in a way that makes he unable to do what is right or expected : lacking courage

92 years old man : takes the bull by the horn.

Saudagar minyak said...

Tujuan Bank Negara pada masa itu actively involved in forex dealings is to create ‘new wealth’ for the country. Selain daripada itu adalah untuk manage rizab luar negara dan menstabilkan nilai ringgit.

Setiap keuntungan dan hasil mahsul dari kegiatan forex digunakan oleh BNM to create 'artificial demand' on ringgit, to stabilize its value without the need for Bank Negara digging into its reserve.

Jika aktiviti tersebut menyebabkan negara kerugian 10 billion, 20 billion atau 30 billion sekalipun itu adalah rugi berniaga which is normal in any businesses.

Rugi berniaga tak sama dengan duit yang tiba-tiba hilang, yang langsung tidak dapat dikesan atau dilencongkan ke tempat lain. Rugi berniaga tidak sama dengan duit berbilion-bilion yang tidak tahu datang dari mana tiba-tiba muncul dalam akaun bank perdana menteri. Lain sama sekali.

Rugi berniaga ada penyata kewangan dan buku akaun. Ada laporan tahunan. Ada pengauditan. Kena hantar penyata kewangan, laporan prestasi kewangan tahunan kepada pihak berwajib setiap tahun macam company-company berdaftar yang lain.

Tapi ada satu company ni sudah bertahun-tahun tidak mengantar report kewangan tetapi langsung tiada tindakan diambil. Company lain langgar peraturan bukan main lagi kerajaan ambil tindakan tapi company ni langsung tidak boleh disentuh.

Company ini bebas berbuat apa saja. Langgar peraturan kewangan dan akta pembankan negara. Hatta sebut nama company dilarang sama sekali. Dikatakan subjudis. Macam mana negara nak tarik pelabur asing kalau begini keadaannya. Company milik kerajaan bebas melakukan apa saja tanpa kekangan peraturan kewangan. Tiada rule of law. Patutlah semua pelabur asing lari. Tidak lagi invest di negara kita.

Tak semua urus niaga/business yang diceburi oleh kerajaan pada masa itu berjaya. Banyak yang gagal. Contohnya Perwaja dan MAS tapi yang pasti berkenaan isu forex ini, tiada wang yang 'hilang' atau dilencongkan masuk ke akaun entah siapa-siapa. Tiada wang digunakan untuk tujuan peribadi.

RD. said...

Saya sangat setuju dengan pendapat Saudara Dua Darjat & Saudara Saudagar Minyak.

Terima Kasih banyak.

RD. said...

Betul juga apa yang diperkatakan Saudara Omar Daud.

Sebagai President UMNO, Najib secara otomatik menjadi PM. Kemudian dia melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan. Sejurus selepas itu, ditubuhnya pula 1MDB dengan mengunakan khidmat orang-tengah kelabu-asap, Jho Low untuk berurusan bagi-pihak Kerajaan @ Rakyat... tanpa perbincangan dalam Kabinet-kayu beliau.

Mr.117 yang meluluskan semua transaksi keWANGan 1MDB, Najib. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB juga Najib, tapi... tiada sesiapa berani meletakkan (atau Najib sendiri langsung tidak berani memikul) kebertanggung-jawaban keatas urus-tadbir 1MDB.

Yang PALING PELIK, Najib telah diistiharkan BUKAN-Penjawat-Awam oleh Mahkamah tertinggi Negara. Malangnya, dalam RCI mengenai Kerugian Forex yang berlaku hampir 30 tahun lalu, boleh pula Dr.M diklasifikasikan sebagai 'Penjawat-Awam' untuk meletakkan kebertanggung-jawaban ketas bahu Dr.M atas kerugian itu, walaupun jelas WANG Rakyat yang hilang akibat kerugian urus-niaga yang TIDAK melibatkan orang-tengah kelabu-asap ini tidak masuk poket sesiapa.

Hakikat yang Rakyat nampak... integrity Institusi Kehakiman Negara tercalar akibat RCI Forex dan jelas, keputusan Hakim dipengaruhi Kerajaan UMNO-Najib.

Waghih said...

Camno lak laporan duit losap kek kabinet hanyo Rm 10 Bil tapi yang sabonar losap USD 10 Bil .

Bilo ditanyo mano poiee baki ..Turn M khobar tak ingat .
Timbalan dio , yang.jugo menteri kewangan maso tu khobar tak tau gak .

Apo namo ketuo ni ...langsung tak bertangung jawab .

Timbalan gabenor BNM yang siasat dan yang buek laporan disuruh berhenti lak ...

Duit sebanyak Rm 31 Bil yang losap ..takdo satu pun siasatan.
Macam ado bondo yang nak disorok.

Apo macam bro ...bolih terimo ko camni ???

Waghih.

Firebrand said...

Waghih,

Rm10 bil boleh dilaporkn losap sobab ado itam putihnyo... yang selobihnyo Rm21 bil tak dapek dilaporkan sobab sonyap2 dikelepek oleh penyamun Turn M dan konco2, sambil menyolam minum air... jadi takdo itam putih.

Waghih said...

Kalau tercalar tu biasolah ...nobody is perfect . Itu sobab sekarang ni ado check n balance bak kato omputih . Lobih transparent .

Tak macam zaman dinasti MahaFiraun dulu . Ketuo Hakim kono buang . Hampir sumo Supreme court judge pun kono buang .
Timbalan2 PM sumo kono buang .
Hanyo kerano mereka ni ado pandangan yang berbezo .

Ahli2 politik dan sosial aktivis jugo tak lopeh , kono tahan dalam jail hanyo kerano Turn M tak berkenan dongan pandangan mereko .

On the other hand .. DSN lobih bersikap terbuko .
Turn M buek fitnah , unBersih mangkok pijak gambar n tunjuk buntut tak lah ditahan ISA dan dimasok jail .
DSN merelokan sosial media membuek perbagai persepsi tanpo sekatan sehinggokan bloggers ado platform untuk ' berperang '.
Maso Dinasti MahaFiraun ..jangan harap laaa...

Latest .. khobar ehh PH akan lantik Turn M sebagai PM M'sia dan Kipas sebagai Timbalan PM sekironyo monang PRU 14.
Bersiap sedio ajolah ... acuan dah ado tu ...

Waghih.

Firebrand said...

Rm21 bil yg dikelepet bagi2 dongan koncu2... Rm1 bil bagi pulo kek cino LKS, itu yg sonyap jo si cino tu.

RD. said...

Waghih & Firebrand.

Zaman Dr.M tidak ado Orang-tongah kelabu-asap seperti Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low.

Firebrand said...

RD

Agreed... Tapi maso Forex untung, hanyo 20% declare, manokalo selobihnyo kelepet masuk poket diorang. Bilo maso Forex rugi, guno lagi duit BNM sampai tak tertampong laii. Using good money to chase bad money. Akhirnyo George Soros jadi scape goat.
Cadiek bona Turn M.

eri said...

Hg kerja BNM ka firebrand???

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).