Thursday, June 07, 2018

Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kritikan perlu dibuat secara tertib dan menunjukkan rasa hormat, kata Anwar
SAYA mulakan catatan ringkas awal pagi ini dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berasa layak mengulas tulisan saya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Anwar “mengkritik” saya “kerana menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.”

Beliau berkata, bukan sahaja kata-kata saya boleh dipertikaikan, tetapi raja-raja tidak boleh menjawab kata-kata menghina itu.

“Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib,” kata Anwar dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat PKR di Hotel One World, Petaling Jaya, malam tadi.

Saya serahkan kepada para pembaca dan pembahas mengadili saya berdasarkan “kritikan” Anwar itu dengan membaca balik dan memahami hujah saya mengenai hal berkenaan.

Rencana pertama saya dalam bahasa Melayu bertajuk “Masukkan Institusi Raja Dalam Reformasi” (Sinar Harian 27 Mei) dan kedua, tampalan blog saya dalam bahasa Inggeris berjudul “Constitution: The King and the Pauper” pada 4 Jun.

Berkenaan tuduhan Saudara Anwar bahawa saya “menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu” adalah tidak benar oleh sebab saya secara terbuka berkata dalam mukadimah tulisan saya bahawa segala pendapat adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang mungkin saya sandang.

Berkenaan dengan apa yang Anwar maksudkan sebagai “fakta yang boleh dipertikaikan” itu, silalah pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat pembetulan dan saya mohon ampun.

Beliau mendakwa saya mempertikaikan keperluan beliau menemui Raja-raja Melayu.

Saya tidak pertikai. Saya hanya berkata raja-raja tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan.

Saya tidak menafikan hakikat “Pakatan Harapan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu.” Cuma kemudian baru saya tahu bahawa selain Anwar, ada pemimpin lain PH yang menghadap raja-raja.


Saya tidak berhasrat mencetuskan polemik dengan Saudara Anwar kerana ini tidak perlu. Sesiapa saja yang ingin mendalami dan memahami apa yang saya tulis boleh kembali membaca dua makalah berkenaan yang pautannya saya beri di atas.

Bacalah apa yang saya tulis bukan apa yang dipetik dan diolah semula oleh pelbagai pihak.

Terima kasih.

Wallahuaklam.

64 comments:

Wan Mohamad said...

Alangkah moleknya jika diadakan wacana ilmiah antara Tuan AK dengan DSAI berkenaan isu-isu berbangkit

Jack Orlando said...

Enough with the internal tussles.. Stop Politics.
Start Governing.

We voted in PH not to see this kinda mess. Masa untuk Rapatkan Saf.

Kluangman said...

Sedia mengkritik dan sedia dikritik adalah prinsip asas..

Anwar sewajarnya berterima kasih kepada tulisan DAKJ kerana membolehkan dan memberinya ruang untuk membela Raja² Melayu yang dikiranya satu political mileage untuknya.

Pendedahan perbelanjaan seorang Agung saya beranggapan tidak menyalahi mana² undang² dan tidak juga melanggar adab dan susila.

Kewajaran jumlah perbelanjaan tersebut bukanlah topik yang mahu saya ulas.

Tetapi saya lebih tertarik kepada ketelusan yang membawa maksud pendedahan pembelanjaan seorang PM dan Menteri²nya yang dahulu, sekarang dan akan datang harus jadi (shall) pendedahan yang normal dan terbuka untuk rakyat mengetahuinya.

Ini kuga satu bentuk pemantauan (people justice) mengelak salahguna dan korup.

Well done Dato"

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Dalam hal ini, saya akan terus berdiri bersama, menyokong Dato.

Hakikatnya, kemuliaan Institusi Istana tidak akan dipersoalkan atau dicurigai Rakyat jika Baginda Sekalian bipartisan atau mengambil sikap tidak memihak kepada mana-mana Party politik, secara terang-terangan.

Anwar Ibrahim pun satu. Sepatutnya, Ahli-Politik berpengalaman seperti beliau harus mengambil sikap bersederhana dan tidak ternampak terlalu 'dekat' dengan pihak Istana. Setakat 'civil' sudah lah. Jika terlalu 'dekat', nanti pihak Pembangkang(UMNO/BN) pula yang menuduh Pihak Istana menyebelahi PH, lebih-lebih lagi setelah Anwar mengambil-alih jawatan PM dari Dr.M, 2 tahun lagi.

Apabila Pihak Istana terlalu 'rapat' dan menyebelahi Kerajaan PH, dan ditakdirkan Pembangkang (UMNO/BN) menang PRU15 nanti, sekali lagi Institusi Istana akan di'serang'. Oleh itu Kedaulatan Raja-Raja akan bertambah terhakis.

Sebab itu hubungan Party Politik dengan Pihak Istana, seharusnya setakat civil saja. Oleh itu, kurang lah sedikit kemungkinan tanah-pusaka Rakyat 'terlepas' ketangan/menjadi milik Warga/Negara Asing.

rahman jpc said...

Asalam dato.

I m wth u 100% on this one.

anwar has 2 enumerate n clarify which r d details in yr article that were inaccurate.

my friends in d treasury confirmed that d expenditure info of d ydp Agong is accurate. I hv also been informed that some of d mthly allowances were paid in euros(possibly 4 d upkeep of his spouse/spouses? there).

we r in n era of accountability m transparency especially when it involves public monies. so public figures (if they want 2 remain as one),must b subjected 2 d same rigorous assessment by d taxpayers.

during our uni days, anwar used 2 b known as a 'rabble rouser' n wth his oratorical skills (God given), he can move mountains. but sad 2 say that he is becoming 'a pain' n a nuisance 2 d extent of being irrelevant. he needs to do some readjustments n become a true team player (i.e genuinely seen as positively propping up d present administration).

jika dlm industry perfileman kita ada sulaiman yassin drpd Terengganu yg lebih d kenali sebagai 'mat over', maka jgn lah pula kita akan juga ada watak yg sama dlm dunia politik.

wallahu'allam.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Saya tengok di Thailand, Raja mereka ada penasihat, boleh sampai 18 orang penasihat, untuk menasihat pelbagai bidang.

Di Belgium dan di UK, Raja ada penasihat yang pandai-pandai belaka untuk menasihat berbagai perkara termasuk undang-undang, kewangan dan lain-lain.

Saya rasa, di Malaysia ini patut diadakan penasihat kepada raja dan agung.

Susah juga untuk DS Anwar untuk pergi mengadap tiap-tiap kali untuk memberikan nasihat untuk perkara-perkara pokok dan basic. Sampai hendak pergi ke tiap-tiap negeri.

Sekurang-kurangnya, kalau raja-raja kita ada penasihat, Anwar boleh gunakan handphone saja untuk talipon terus penasihat untuk menerangkan apa itu perlembagaan negara.

Saya rasa graduan baru keluar universiti sudah tahu berkenaan apa dia tugas peguam negara dan berkenaan dengan kedudukan raja-raja dalam perlembagaan.

Saya rasa memang patutlah perkara ini dihebahkan dan dibahaskan oleh rakyat kerana melengahkan peguam negara dilantik menganggu pentadbiran kerajaan. Akhirnya akan juga melengahkan kerajaan untuk sampai khidmat terbaik kepada rakyat.

Kita sudah sampai tahun 2018. Rakyat sudah matang.

Apa pun, saya setuju dengan DAKJ, supaya perkara ini tidak patut dijadikan polemik. Perkara ini sudah pun selesai. Anwar pun sebenarnya berada dalam pasukan sama, PH juga.

rakyatbiaseje said...

Sama Ada tuan sirakan atau Tidak Komen saya itu terpulang tetapi says AMAT BERSETUJU DENGAN PANDANGAN TUAN BERKENAAN ISU INI. Walaubagaimanapun says today akan mengulas panjang kerana rasa hati saya terhadap institusi in jauh lebih kritikal Dari tuan, apatah lagi dalam keadaan kami menanggung hutang negara yg terlalu banyak Dan Kos Sara hidup yg tinggi ini. Harap kerajaan ingat satubperkara, zaman ini adalah zaman suara hati Rakyat. What we feel is more important than what the high levels feel. 9 May 2018 telah menjadi saksi. Kerajaan renung renungkan lah

matnor cm said...

As salam Datuk. Saya setuju dan sokong penuh pandangan Datuk..

Raphael said...

Exactly. Why is Anwar Ibrahim backing up the King even before proving Kadir Jasin's financial statement on the King is fake? Why didn't he menyeru the Istana to clarify the King's Financial Statement? Why is the sheep blindly following its Shepherd? Stop being a sycophant. Don't get me wrong, I have the upmost respect for my King but that doesn't mean we, the people and taxpayers of Malaysia have no rights in knowing where our money is allocated to?

Hud Hud said...

Cara anwar memang begitu datuk. Berselindung dibalik kata2, samar2, dan tak diperkuat dengan fakta2. Dia ni mahir dengan kata2 bukan angka2.

Kritikan tu bukan apa datuk, cuma nak claim creditlah. Dia cuma nak peringat semua yg dialah pemain utama yg berjaya meredakan kemelut perlantikat TT sebagai AG diantaara istana dan kerajaan. Kalau tak, asyik2 TDM je yg dapat kredit.

Ultraman said...

Ala datuk..
Brader Anwar Bin Ibrahim nk dpt perbatuan politik je.
Jgn ambil hati.
Bukan sebelum ini sedari dlm kerajaan lg dia mmg terkenal sbg tin kosong.
Ucapan berapi membakar semangat, meningkatkan emosi, membangkitkan energi, menjulang jatidiri.

Sambil memetik nama yusuf qardawi, jusuf kalla, narendra modi, vladimir putih, al gore, donald trump, salman abd aziz dan lain lain lagi. Diselitkan dgn 2,3 ayat quran dan diselingkan dgn hadis.. booommmmm.

Aku terpesona.

Najib telepon mntk nasihat bila kalah pru.
Kah kah kah kah kah

Rajinikanth said...

Encik Kadir,

Selamat sejahtera.

Saya sudah lama mengikuti blog Encik.

Saya telah baca kedua-dua tulisan Encik tentang isu raja-raja dengan teliti. Apa yang Encik nyatakan adalah berpatutan. Tidak ada apa-apa yang kasar. Sebaliknya, kenyataan dan pendapat Encik tepat malah berani.

Sifat-sifat inilah yang saya mahukan daripada para pemimpin negara. Tapi saya kecewa dengan kata-kata dan tindak-tanduk segelintir pemimpin Malaysia.

Saya tidak setuju dengan 'kritikan' Anwar Ibrahim. Ia menyimpang dan tidak kena. Dari satu sudut, ia kelihatan seolah-olah satu 'knee-jerk reaction' yang menyokong dan mengangkat pihak-pihak tertentu tanpa kajian, dan kelihatan sedikit 'disingenous' dalam kata Bahasa Inggeris (ertinya kurang ikhlas). Saudara Anwar: bagaimana dengan keinginan rakyat untuk tahu, untuk faham, untuk diberi peluang berdebat dan menyatakan pendapat dalam isu ini?

Oleh itu perbelanjaan sebenar yang keluar dari kocek rakyat untuk membiayai cara hidup Agong dan sultan-sultan harus diumumkan secara benar dan telus kepada rakyat Malaysia.

Rakyat berhak tahu. Ia semudah itu. Tidak ada asas pada dakwaan kononnya ini akan mengaibkan sesetengah pihak. Para pemimpin tidak ada pilihan selain memberi jawapan dengan terus-terang. Para pemimpin usahlah segan silu dan malu-malu kononnya. Usahlah kononnya mahu menjaga maruah pihak tertentu.

Rakyat juga berhak menyatakan pendapat mereka tentang amaun perbelanjaan untuk institusi raja-raja, sebagaimana rakyat berhak bersuara dalam pentadbiran dan pengendalian mana-mana institusi negara. Wakil rakyat wajib membincangkan hal ini sekiranya itu yang rakyat mahukan. Sekiranya takut, letak jawatan. Undurlah dari medan politk.

Saya menyumbangkan $50 untuk Tabung Harapan agar hutang negara dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Bukan senang untuk rakyat biasa mengumpul wang seperti yang terkandung dalam Tabung Harapan.

Maka saya berharap pemimpin negara janganlah main-main dengan rakyat apabila timbulnya sebarang hal yang berkaitan dengan perbelanjaan rakyat, tidak kira untuk orang-orang kecil atau orang-orang besar.

Para pemimpin PH harus diingatkan bahawa tiada siapa yang berada di luar 'rule of law', yang hidup di rumah teres biasa atau di mahligai yang bersinar di cahaya bulan. Semuanya manusia, bukannya malaikat yang dilantik Tuhan. Di kalangan kedua-dua jenis manusia itu ada yang terlampau, ada yang menghelah, ada yang menyeleweng. Songkok dari Chow Kit dan tengkolok yang bersulamkan emas kedua-duanya bukan pemberian dari langit tapi hasil usaha daripada rakyat. Rakyat berhak tahu harga songkok dan harga tengkolok.

mohd sayuti Omar said...

Salam, saya mengikut beberapa tulisan A kadir Jasin apa dianggap sebagai menyentuh Raja-Raja Melayu. Kemuncaknya apabila didedahkan mengenai perbelanjaan untuk Yang DiPertuan Agong. Saya yakin apa didedahkan itu fakta sahih. Masakan sebagai tokoh wartawan berpengalaman masih berilusi atau bersenda dengan gosip. Jadi fakta itu tidak dapat siapa menolaknya, melainkan perlu dijelaskan.

Rakyat sangat terasa dengan angka-angka perbelanjaan yang mencecah suku billion itu. Ia menyeksakan sekali. Yang kita perlu tahu dan dijelaskan kenapa diperlukan semua itu.

Dalam hal ini A Kadir Jasin mempersoalkan untuk dijelaskan. Tidak timbul rasanya ia menyentuh dan untuk mengaibkan Yang diPertuan Agong. Dengan pendedahan itu juga mungkin ia menyedari ada kekhilafan berlaku baik di pihak kerajaan maupun Istana Negara.

Saya berharap rakyat dapat menilai isu ini secara terbuka dan rasional. Saya setuju zaman sekarang bukan lagi zaman, bak kata A Kadir, "raja dalam rumah buat kira-kira, dan suri dalam dapur makan roti gulai, manakala dayang tepi kolam di patung hidung dek buruk hitam." Saya senang dengan cara A Kadir menarikan perkara itu ke khalayak. Trims.

Regret Donor for Rafizi said...

Anwar , are you telling us you would like to have UMNO 2.0 when you become PM later?

Transparency, accountability, freedom of speech and democracy are your favorite key words in all your oratorical skill all these years. But can you put all these nice words in working rather than just rhetoric?

In the UK, the Royal Household's financials are publicly available. Eg. the 2016/2017 financials are here : https://www.royal.uk/financial-reports-2016-17.

If Kadir Jasin is wrong in the figure stated, can you please correct him and let us know in the name of transparency rather than merely despising him.

thibbs_kid said...

Datuk, you can separate your role as a blogger and as a member of CEP. It has a very fine line. Its like the Governor of Bank Negara make a statement in his blog (with a disclaimer of course), saying that that Malaysia's economy is in a very bad shape. People don't care the disclaimer, they only see person who is writing the blog.

john doe said...

Saya menyokong 100% tulisan DAKJ berkaitan perkara ini.

Sekalipun saya tidak selalu memberi komen di dalam blog ini tapi untuk 3 tahun ke belakang saya kira saya tidak pernah terlepas membaca semua entry DAKJ.

DAKJ telah mengulas dan membuat 'pendedahan' perkara ini dengan lembut dan berhemah.

Satu-satunya cara yang lebih lembut daripada itu ialah untuk 'tidak mengulas atau mendedahkan apa-apa sama sekali'.

Saya percaya jika dibuat referendum majoriti besar orang Melayu akan bersetuju dengan pendedahan tersebut, sebab ia melibatkan dana awam.

Rata-rata orang Melayu masih menyokong institusi raja tetapi ia tidak bermakna mereka tidak mengambil tahu apa yang dilakukan oleh raja mereka.

Tiada rakyat tiadalah raja.

Zorro said...

Dato',

Keep writing. Never be afraid to let your conscience speak. Never be afraid of any human, king or knave.

I have doubts about whether Anwar Ibrahim can be a good and impartial leader. He seems partial to the kings.

He was pardoned by the Agong. He is therefore indebted to the royal institutions. He cannot govern in an impartial way. There is an inherent conflict of interest here already.

This alone makes Anwar Ibrahim unfit to be the future PM.

If he has any morals or any sense of justice, which is one of the words in the name of his political party, he would withdraw himself from assuming the future prime ministership.

That's all I can say.

sukasamasuka said...

Datuk,

- padan muka Datuk!

- welcome to a new Malaysia!

- lain kali Datuk kena pandai pandai la main cium cium tangan...cium saja la tangan siapa pun.

- cium la tangan si Anwar, bukan salah pun.

- lepas tu rajin rajin la cium tangan sultan sultan...apa la Datuk ini...perkara basic begini pun tak tau nak buat ke?...kami di Sabah kepingin sangat la nak cium tangan sultan sultan, bila lagi, tetapi kami tak ada sultan pula...kalau ada hari hari nak cium.

- ada satu hal lagi, yang Datuk gatal tangan cerita pasal Sultan belanja berjuta juta tu kenapa?

- biar la dia spend million million...dia kan sultan Melayu what?...kenapa Datuk pula yang mau sibuk sibuk nie?...itu bukan duit Datuk pun.

- sultan dan raja spend million million untuk mempertahankan hak hak bumiputra dan menjaga kesucian Islam, Datuk ni tau apa?

- Datuk tu kan subject sultan Melayu ...kalau dia kentut bau sekali pun, Datuk tak bolih complain, tau tak?

- kalau belum jadi PM pun sudah kasi tau sama Datuk to toe the line, bayangkan la kalau sudah jadi PM...reformasi la konon.

- anak anak aku kata, kalau tak ada Tun, mereka belum tau nak undi PH sekali lagi...ini bukan aku yang cakap ok.

Jojo said...

Apakah fakta yang dipertikaikan oleh Anwar ? Kenalah bagi fakta tu. Setakat cakap semua orang boleh cakap.

Saya nak tahu, bila pula Anwar jadi penasihat Agong ?

RD. said...

Setelah membaca hujah Dato Rahman JPC pada 4:19 AM, saya bertambah yakin Agama Islam akan lebih terpelihara jika Institusi Agama seperti Jakim, ditempatkan dalam Kawasan Istana.

Dalam keadaan itu, Baginda Raja-Raja sebagai Ketua Agama setiap Negeri, YDPA sebagai Ketua Agama Persekutuan dan Agensi Agama akan lebih dekat dan saling menasihati, demi menjaga kehormatan, kemuliaan dan nama baik Bangsa, Agama dan Negara.

RK said...

Xpa DK....DSAI dia ni memang lagu tu.Dia suka rhetoric dia suka spotlight dia suka centre stage. Its ok. Lets move on

sukasamasuka said...

Datuk,

"Berkenaan dengan apa yang Anwar maksudkan sebagai “fakta yang boleh dipertikaikan” itu, silalah pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat pembetulan dan saya mohon ampun."

- ini dia anak jantan, berani kerana benar.

- ba betul juga itu, kalau ada orang rasa fakta si Datuk AKJ bolih dipertikaikan, sila la masuk ke gelanggang dengan keris yang berbeza ba...pakai lembing pun bolih atau senapang gajah.

- kalau tidak ada, diam diam saja la bos ku, hisap itu jari.

- antara Anwar dengan Datuk AKJ...aku pilih si Datuk sebab macam hensem juga ba kau ini Datuk.

- you are clean Datuk...so nothing to worry...many people is with you on this issue...you don't have to kiss hand...and asses.

- Datuk, kami ada hak mau tau itu perbelanjaan semua sultan sultan dan Agong kalau itu duit dari cukai rakyat.

- ini bukan menghina sultan.

- ini ada la hak rakyat Malaysia.

- kalau tidak bolih, reform itu perlembagaan kasi bolih supaya lagi transparent dan terbuka.

- kami sokong Datuk dalam hal ini...peduli la cakap cakap Anwar Ibrahim...tetapi kalau Datuk takut juga, cium tangan dia.

Abah said...

Setelah Tun berkuasa semula keluar artikel begini. Raja memang dijamin perlembagaan tetapi seperti ada maksud tersirat dengan meceritakan segalanya. Highlight semua kos-kos.

hamsor said...

Datuk,

Whether you are someone whom are close to the present government or acting as an independent blogger writer, you are still the same old Kadir Jasin! Be a man lah Datuk..Jangan lah jadi two face macam dalam cerita Batman tuh..

Tidak dapat dinafikan bahawa DSAI sedang menikmati 'kemerdekaan' yang beliau kecapi tempohari secara maksimum.. biarlah...bukan senang di penjara selama 10 tahun and you were part of the scheme to discredit DSAI when you were in NST then.

What I noticed now is that there is a systematic scheme to deny DSAI to be the future PM by friends (and foes) alike. You and Syed Akbar Ali among others. Its time for DSAI to have a teh tarik sesion with you guys...buat lah satu iftar dengan DPM DSWAWI, dan bisiklah kepada DSAI perlahan2...that is the Malay and Islamik way..

Jangan pisang berbuah 3 kali sudah!

ujang mohd said...

sebenarnya anda boleh menepis dan berkias tapi rakyat tau apa yang berselindung disebalik tulisan anda.

Labu8455 said...

Saya pun baca komen Datuk dan saya tak nampak pun dimana yg silapnya. Saya percaya Datuk akan meneruskan sikap dimana kritis itu perlu tanpa tunduk pada tekanan mana mana pihak.

mhzulkifle said...

Saya dibelakang dato. Sebelum ini kita hanya mendengar kabar angin tapi tiada bukti dokumen. Jika fakta salah dato boleh pohon ampun,tiada masalah. Jika maklumat ini benar dan sahih maka benarlah kabar angin sebelum ini. Kedudukan mereka termaktub dalam perlembagaan tanpa siapa boleh pertikai. Gunakanlah kemudahan yg diberikan secara yg berhemah. Jangan melampau dan tidak masuk akal.
Saya 💯 dibelakang dato. 😊

Jidin said...

Assalam Datuk,ini adalah antara posting yang cukup baik, berinformasi dan tepat sekali.Ianya
cukup dengan fakta dan saya percaya Datuk sudah selidik dan buat kajian terperinci sebelum
Datuk buat posting ni.Tentang salah faham dari pihak Anwar ni Datuk gunalah kebijaksanaan Datuk selesaikan sebab apa yang kita mahu adalah kerajaan baru ni terus laksanakan tugas dan janji-janji tanpa ada halangan dan gangguan dari mana -mana pihak yang akan ambil kesempatan
terutamanya dari Umno!

Shaqbal said...

Bersetuju dgn penulisan Dato'.. Jgn mengalah.. Saya yakin majoriti rakyat juga mahu tahu perbelanjaan dari hasil cukai rakyat utk raja2.. harus ada transperansi spt yg dilakukan di UK.. https://www.royal.uk/financial-reports-2016-17.

Ibrahim said...

Dear Datuk,

I don't see anything wrong with your articles. I am with you. The feudalistic mindset of the Malays should flourish in line with the current mindset of openness, equality and respect.

If Anwar said the Royals could not answer the Rakyat, maybe it is high time the Royals answer the questions the Rakyat have for them instead of perching on top of the feudal pedestal and believing that engaging with the Rakyat is beneath them.

PembacaMuda said...

Assalamualaikum,

Syabas Datuk AKJ, tulisan yg byk buka mata rakyat. Berani kerana benar. Usah takut dilambung ombak. Setiap perjuangan ada nilai² pengorbanan yg wajib dibayar. Sabar lah, sabar itu separuh dari iman.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Sekarang baru saya tahu siapa TK yang sebenar. Saya ingat selepas Chedet, dah tak de lagi Hero Malaya Moden.

Bukan senang nak cerita perkara benar. Mungkin kita perlu satu revolusi pemikiran. Kita masih mikir ala dan tahap kerbau dgn tali cucuk hidungnye.

Dia tidak semudah mitos "raja yg baek disembah.. yg krok disanggah" atau "takde rakyat takde Raja" atau kita nampak je Raja jalan tak ikut karpet, kita kata "phoooh subhaballah ..jiwa rakyat betul Raja aku ni". Simple betul pemikiran kita.

Ini belum masuk bab selera Raja yang dah semakin global. Untuk anak cucu kita, Raja mcm mana yang mereka akan sembah.. melayu lagi kah Raja Melayu kira masa tu.

Perlakuan TK ini perlu jiwa yang besar untuk dilakukan. Jiwa yang kesihan pada negara dan penghuni nye. Ia bukan ting-tong..ting-tong. Ia semacam nak mengerakan gergasi tidor.. semacam menangkap ular dalam gelap.

Prihal Sultan dan Raja ini memang merimaskan saya. Semalam semasa saya di masjid untuk berbuka puasa. Tukang Senduk nasi tu merungut "..ha sekarang mereka nak hapuskan Raja pulak .." saya dan rerakan hanya ontok sahaja. Kalau cuba nak berbalah silap-silap boleh gelincir perbukaan saya.

Mungkin kita faham, apa yg ada dalam benak Anwar.. tetapi saya memang tak faham apa yang ada pada benak Penyenduk Nasi itu.

Untuk TK.. sebagai hiburan bagi tenang jiwa, saya syorkan TK nonton filem Clint Eastwood "The Gaunlet".. cerita gimana Clint Eastwood nentang arus negak keadilan dan buka mata masyarakat. Atau dgr lagu "bongkar" dari Iwan Fals.

Saya doakan TK akan terus membetulkan apa yang tak betul. Saya dah bosan dgn gelagat Raja ini. Kita Ada 9+1 Raja. Yang TK bongkar baru satu.. ada sembilan lagi.. aduuuh.



Daniel Noor said...

Assalamualaikum Datuk

DSAI is Misinterpreting yr article for his own oersonal mileage. I doubt his sincerity since 1988 ( Period )

abrarmujahideen said...

Kalo backup diri kerna pandangan peribadi adalah salah sbb mudah di umpat di belakang kerna pegaruh kedudukan/ jawatan.

tebing tinggi said...



Dalam dunia ini kalau kita ingin mengigatkan sesuatu yang benar dan hak untuk diperingatkan ,maka akan adalah mereka-mereka mengambil kesempatan berbicara sebaliknya untuk mendapat perhatian .

Rakyat salah raja menyangah , raja salah rakyat pula menyangah,baru ada kesepahaman ,takgitu?.

Al Lahuma said...

Assamualaikum YBhg.AJK,
Saya bersama2 Ybhg 100% dalam persoalan ini.
And I dread the day YB TDM hands over the office to DSAI.I pray and hope it will never happen.

budak jawa said...

Aslm dakj,

Nak transparent, nak good governance, nak follow rule of law, tak boleh ada double standard. Nobody is above the law. Dalam Islam semua manusia adalah sama dari segi tertakluk kepada hukum. Tentulah YDPA mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam masyarakat, tetapi itu tidak boleh menjadi alasan prinsip dan rule of law tidak boleh terpakai kepada baginda. Kepimpinan melalui teladan. In shaa Allah baginda akan lebih disayangi dan dicintai oleh rakyat jelata.

Kuasa pada kerajaan, pengaruh pada raja, sekiranya dapat memberi teladan, in sha Allah pengaruh mampu mengimbangi kuasa dan dapat menghalang kebatilan dan kemungkaran yang cuba dilakukan oleh kerajaan.

Ampun tuanku, menjunjung kasih tuanku. Maafkan patik rakyat biasa bercakap, tetapi ini kerana kasihkan raja-raja melayu dan YDPA. Semoga Allah merahmati kita dan negara kita.

Budak jawa

you me said...

Datuk, majoriti menyokong datuk termasuk saya. Kita tidak takut kerana nempertahankan kebenaran dan menentang pembaziran. Kepentingan rakyat harus dibela dan dipantau sentiasa.

Nenekghuffran said...

Salam DAKJ...

Kalau seseorang mendedahkan suatu perbuatan curang dilakukan oleh sipolan tertentu.... ini bolehlah dikatakan menghina. Tak kiralah ianya benar2 curang ataupun tidak. Makanya adakah mendedahkan perbelanjaan itu suatu penghinaan?.. Dimana yang hinanya dalam perbelanjaan itu?
Sebagai rakyat yang membayar cukai dan yang memilih Kerajaan, kita memang patut tahu setiap perbelanjaan yg dibuat atau ditanggung oleh Kerajaan. Jadi apa masalahnya dengan perbelanjaan ini? Apakah yang hina dalam perbelanjaan itu? Dan kenapa mesti terasa hina?
Saya rasa persoalan ini bukan untuk Datuk menjawabnya tetapi mereka yang membuat tuduhan itulah yang perlu menjawabnya...

Semoga Datuk sentiasa dlm perlindungan Allah SWT... aamiin..

msh said...

Salam sdra RD.

Saya sokong komen sdra.
Spt hujah2 saya sebelum ini....Org ini memang ada isu....mungkin terlalu lama terperap....bila terlepas....langkah jadi sumbang.

Dia perlu sedar dan tahu tempat dia.
Ini yg kita kata gelojoh.....patutnya dia lebih bersyukur dgn apa yg telah dia lalui....tetapi kelaku mcm 'masih rasa diri hebat dan betul dlm semua segi'.

Dia kritik komen Dato....agar dpt 'mileage' dari pihak istana ....itu sahaja.
Tiada apa yg kontroversi....mahu pun menyinggung atau pedas dgn lontaran Dato....tetapi dia yg jadikan isu pula.

Mungkin kerana dia org politik dan Dato pula bukan....justeru dia rasa Ini 'easy meat' dan dpt bunuh 2 burung dgn 1batu.

Ini saya katakan Melayu oh Melayu.

Kawan2 juga....tetapi dgn kawan mcm ini.. selalu2lah toleh belakang bila bersama ....takut kot2......berdarah pula belakang....tak gitu?

Tiada isu pun dia jadikan isu.

msh said...

Salam Dato.

Belum 30 hari dibebas.....kulit sudah bertukar warna.

M5 said...

Anuar ni dlm penelitian saya banyak menunjukkan ciri-ciri individu yg mengalami sindrom narcisistic personality disorder. Tu yg suka sangat mencelah kat mana yg boleh menonjolkan diri dlm public.
Typically individu yg ada NPD kena feed the narcisisitic needs menggunakan antara lain oratorical skill dan ramai terutama ahli totok pkr yg more than willing to supply the demand dgn memberi sanjungan melangit tiap kali tok ketua depa bersuara.
1998 bila anuar kena pecat, dia nampak utk terus menjadi fokus dlm masyarakat, slogan reformasi dicanang ulang siang malam. Pengikut totok supplier narcissistic pun dok ulang kehulu kehilir reformasi. Apa benda yg reformasi kalu tanya anuar dia sendiri pun bukan tahu. Tapi one thing for sure, ini la resam individu NPD bila bercakap depan orang ramai, matlamat utama adalah untuk meletakkan diri sendiri dijulang and dapat excessive admiration pengikut. Kalau tanya realistically and specifically apa yg patut dibuat most of the time tong kosong saja la jawapannya.
Sama jugak dgn kemelut istana baru2 ni, perangai ambik kesempatan utk menunjulkan diri mmg boleh diduga dari awal.

SUZALIE said...

Apakah beliau mahu mengulangi tindakan dahulu tidak sabar utk menjadi PM?

Zed-85 said...

Sallam Datuk,

Pada pandangan sayalah, supaya lebih jelas, kita kena balik semula dan tanya apa sebenarnya masalah dan apa dia punca masalah.

Masalahnya adalah kerana lambat dan ambil masa untuk Peguam Negara dilantik.

Peguam Negara diperlukan untuk kes 1MDB, dan lain-lain.

Ini jelas.

Persoalan yang perlu kita tanya, apakah sebenarnya punca masalah ini.?

Ini yang tak jelas.

Saya menyokong penuh Datuk Kadir bangkitkan perkara ini kerana lantikan peguam negara menjadi terlengah.

Mengikut tulisan Prof. Shad Faruqi, Peguam Negara yang dahulu , Apandi dan Abdul Ghani pun bukan orang yang mahir dalam Syariah. Jadi itu masalah Peguam Negara bukan beragama Islam tak sepatutnya timbul.

Saya tak setuju dengan Anwar. Tetapi, bagi saya punca masalah bukan Anwar.

Kedua-dua sekali Anwar dan DAKJ termasuk dalam ribut ini yang tak sepatutnya terjadi pun.

Pendekata, saya setuju dengan DAKJ supaya perkara ini jangan dijadikan polemik kerana punca masalahnya bukan DSAI dan bukan juga DAKJ.

Sekarang ini PH sudah pun ada Peguam Negara. Menteri Kabinet yang selebihnya pun akan selesai tak lama lagi. Teruskan saja maju ke hadapan.

Mawar Princess said...

Memang dah Lama nampak ciri ciri begitu ada pada dirinya.. Mengambil kesempatan agar dapat menonjolkan dirinya sendiri.. Bukan sangat utk rakyat pun..

Nenekghuffran said...

Datuk...

Anwar... Oratorical Skill ke 'Auta'rical Skill...hmmm...🤔

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
"According to Anwar, the Rulers were concerned about whether Tommy Thomas’s appointment will have any effect on Malay, Muslim and bumiputra rights.
Thus, it was never an issue of race, he explained. "
(dari https://www.thestar.com.my/)
Aku nengok dlm satu napaih, anak Cherok Tok Kun ni macam selisih lidah. Kalu dia loghat pasai "Malay, Muslim dan bumiputra rights"
bukan "issue(s) of race" ka ?
Aku jugak tonton video dia dok mengata hang, maghap cakap, aku nampak dok hubung kata2, sebiji2..., meleret nak imaih Presiden Bush,
yg tekenai sebagai 'a stringer of words', jenuh dok pilih apa nak kata... tak spontan.
Mintak maghap Kadiag, aku mola rasa bedebag bila nengok gambag dia nak com tangan raja bugih Malaya, bonkok habih,
paih tu pi junpa lagi sorang raja bugih, kali ni yg tarik balik tutop lemned. yg ayah raja tu bagi.
Teruih kepala mata2 pon tumpang sekaki, dilapog nak siasat hang bawah akta hasutan ka apa ka...lantaran ada orang buat repot.
Yg chip UMNO big riba (atau Sg Besag), mantan KM negeri bawah bayu Musa Aman, Jo Lho dan kawan2 dia semoa dah ligat ka..?
Anggota cukopka...?

Secara peribadi Kadiag, aku arap hang lalui ujian ni dgn tenang dan banyak sobag.
Adakalanya Allah S.W.T. uji kita lantaran kasih sayang Dia...dgn rendah diri aku nak rojog hang kad suroh Muhammad ayat 17,
" وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ"
Yg maksod dia lebih korang : Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya.
Dari tafsir Jalalain-" (Dan orang-orang yang mendapat petunjuk) mereka adalah orang-orang mukmin (Dia menambah kepada mereka) yakni Allah swt. (petunjuk dan memberikan kepada mereka -balasan- ketakwaannya) maksudnya, Allah memberikan ilham kepada mereka untuk mengamalkan hal-hal yang dapat memelihara diri mereka dari neraka."(dari TafsirQ.com).
Sayyid Qutb dlm kitab 'fi zilallil qur-an' terjemah ulih Yusoff Zaky dari Pustaka Dian, dia nulih yg aku paham,
proses menerima hidayah mola dgn kita yg nak pd hidayah tu, paih tu Allah Ta'ala bagi hidayah, teruihnya bila hidayah tu meninkat-ninkat sampai satu tahap, kita jaga diri kita untok buat apa yg Dia suroh dan jauh dari apa yg ditegah, untok ikhlaih cari keridhoan Dia,
tahap ni dipangge taqwa.
Dlm pekara macam ni, kalu sapa2 bulih tegog aku, terima kasih banyak no. Munkin aku qilaf.
Lagi satu Kadiag hang tulong salon geng hang Apek kewangan tu kalu sapa2
nak pi jumpa mak raja ka apa ka naik Airasia saja, macam
apek tu jugak. Tapi kalu sapa2 terasa, mintak
maghap banyak2, dzahir batin,
Selamat hari raya,
Aku.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
"According to Anwar, the Rulers were concerned about whether Tommy Thomas’s appointment will have any effect on Malay, Muslim and bumiputra rights.
Thus, it was never an issue of race, he explained. "
(Read more at https://www.thestar.com.my/)
Aku nengok dlm satu napaih, anak Cherok Tok Kun ni macam selisih lidah. Kalu dia loghat pasai "Malay, Muslim dan bumiputra rights"
bukan "issue(s) of race" ka ?
Aku jugak tonton video dia dok mengata hang, maghap cakap, aku nampak dok hubung kata2, sebiji2..., meleret nak imaih Presiden Bush,
yg tekenai sebagai 'a stringer of words', jenuh dok pilih apa nak kata... tak spontan.
Mintak maghap Kadiag, aku mola rasa bedebag bila nengok gambag dia nak com tangan raja bugih Malaya, bonkok habih,
paih tu pi junpa lagi sorang raja bugih, kali ni yg tarik balik tutop lemned. yg ayah raja tu yg bagi.
Teruih kepala mata2 pon tumpang sekaki, nak siasat hang bawah akta hasutan ka apa ka...lantaran ada orang buat repot.
Yg chip UMNO big riba (atau Sg Besag), mantan KM negeri bawah bayu Musa Aman, Jo Lho dan kawan2 semoa dah ligat ka..?
Anggota cukopka...?

Secara peribadi Kadiag, aku arap hang lalui ujian ni dgn tenang dan banyak sobag.
Adakalanya Allah S.W.T. uji kita lantaran kasih sayang Dia...dgn rendah diri aku nak rojog hang kad suroh Muhammad ayat 17,
" وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Yg maksod dia lebih korang : Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya.
Dari tafsir Jalalain-" (Dan orang-orang yang mendapat petunjuk) mereka adalah orang-orang mukmin (Dia menambah kepada mereka) yakni Allah swt. (petunjuk dan memberikan kepada mereka -balasan- ketakwaannya) maksudnya, Allah memberikan ilham kepada mereka untuk mengamalkan hal-hal yang dapat memelihara diri mereka dari neraka. (dari TafsirQ.com).
Sayyid Qutb dlm kitab 'fi zilallil qur-an' terjemah ulih Yusoff Zaky dari Pustaka Dian, dia nulih yg aku paham,
proses menerima hidayah mola dgn kita yg nak pd hidayah tu, paih tu Allah Ta'ala bagi hidayah, teruihnya bila hidayah tu meninkat-ninkat sampai satu tahap, kita jaga diri kita untok buat apa yg Dia suroh dan jauh dari apa yg ditegah, untok ikhlaih cari keridhoan Dia,
tahap ni dipangge taqwa.

Lagi satu Kadiag hang tulong balon geng hang Apek kewangan tu kalu sapa2
nak pi jumpa mak raja naik Airasia saja, macam
apek tu jugak.
Mintak maghap banyak2 dzahir batin,
Aku.

Abdullah Ngah said...

Antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Agong meungkin ada pada yang tersirat dan tersurat. Kita sama sama tunggu apakah yang akan terjadi selepas ini.

Dr. K said...

Apa salahnya nak highlight kos-kos sara hidup/cara hidup raja-raja?

Bukankah wang-wang itu hasil keringat kita?

Salah ke kalau saya nak tau sama ada perbelanjaan bagi institusi raja-raja berpatutan ke tidak?

Ada kalanya saya kerje siang malam tak tido untuk siapkan projek kerje. Sakit badan dan otak saya hasilnya pendapatan saya.

Pendapatan saya yang dicukai dipakai dengan betul ke tidak?

Bersyukurlah Tun Mahathir masih ada dengan kita dan beliau perdana menteri. Orang berani, tak mengampu kiri kanan.

Nikmatilah harapan Malaysia Baru selagi Tun Mahathir ada
.

Nanti bila PM ke-8 mai, berani ke tidak orang itu mereformasi segala-gala institusi di negara kita, termasuk institusi raja?

Seperti kata salah seorang pengkomen di sini, ada konflik of interest: majlis raja-raja dah ampunkan dia. Beranikah dia mereformasi institusi raja-raja dan tegas memastikan mereka bertindak mengikuti Perlembagaan?

Dato Seri Anwar dalam ceramah pertamanya menasihati Menteri Kewangan untuk berjaga-jaga kerana akan ada ramai orang yang mahu mencium tangannya nak mengampu. Las las Dato Seri Anwar yang bergambar mencium tangan di sana sini.

Boleh percaya ke orang macam ni?

Kenneth Choong Wei Meng said...

Totally agree with you, sir.
You are a brave and honest man. I salute you.
Regards,

Kenneth Choong Wei Meng
Cimb Investment Bank Berhad

john doe said...

Hahaha..

Tang 9 + 1 tu ramai yang tak sedar.

Mereka masih menyangka ia adalah 1 di antara 9 seperti sebelum2 ni.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Ini apa Tun M kata ..yg baru saya baca "saya bukan nak nyah Sultan.. tapi nak selamatkan mereka.. ". Satu ungkapan yang sangat mudah dan senang difahami, tapi dalam makna nye. Ini mengingatkan saya pada aruah ibu yang kata "aku merotan kau bukan kerana tak sayang .."

Jashamsulnizam md. jani said...

Saya masih ingat lagi kata2 bekas pensyarah saya masa menuntut di universiti dulu yang menyebut, "beware to Anwar", masa tu saya kurang mengendahkan kata2 pensyarah saya tu sebab pada masa itu dia masih lagi penyokong BN. Dan selepas berbelas tahun kemudian dia masih lagi mengulangi ayat2 yang sama cuma kali ini dia sudah menjadi ahli DAP di Pulau Pinang. Sekarang baru saya dapat merasa kebenaran kata2 nya itu.

Manz said...

Nak sgt tgk berapa pbelanjaan istana setiap tahun..

Sarm Singh said...

Anwar has good points. I had read the previous blog post by Datuk Kadir and what Anwar had pointed out are correct. He is doing a good service here for PH. After Datuk's post which is clearly an attack against the Agong. This has resulted in many PH supporters feeling uncomfortable.

Take Anwar's advice in good faith for he is sincere.

Locked Away said...

Demi mendokong reformasi
Ada yg di paksa minum air kencing
Ada yg dibelasah belantan
Ada yg berulam asap gas pemedih mata
Ada yg di penjara kerana bersuara
Ada yg hilang punca rezeki dek melawan
Kau??
Tiba2 bg idea reformasi instituasi Raja pula?
Kena kritik pn dh tak mampu nk tahan?
Bersenjata jari menaip kebencian.
WOW!
Tgk cermin.. Pikir lah

Abit Pusher said...

The perception out there is you are the spokesperson for Tun M. Huhu

Amani S said...

Agreed. Alhamdulillah we have someone like DAKJ to write transparently. DSAI really have to start to be a people's politician in his own right, not just insinuating words and appearences. And its high time all must be place on the table. Even the Queen of England is no exeption! Thank you DAKJ.

Rakyat biasa said...

Tuan AK.
Terimakasih menulis topik yang membuka Mata Rakyat. Pandangan Tuan adalah seimbang Dan tepat.
Kami berdoa Tuan menjaga kesihatan Dan terus berkongsi pandangan yang matang untuk Rakyat.
Salam format.

Rip Whathell said...

Salam Datuk..
Saya melihat perkara ini dari sudut kacamata org melayu kerana hakikatnya saya org melayu. Institusi raja dimana mana negarapun adalah lambang kerajaan berasaskan warisan penduduk asal sesebuah negara sebelum datangnya kerajaan kerajaan moden. Sebagai tukaran melepaskan kuasa mereka tlh diberikan ganjaran yg dijamin oleh kerajaan yg mengantikan mereka. Raja kita hanya diberi kuasa terhadap isu adat dan agama org melayu. Itupun x dapat nak dilaksanakan sebab byk sangat kongkongan. Pada saya tidak kiralah apa yg saudara maksudkan tertapi tulisan saudara walaupun benar ianya seolah menyangah raja melayu. Dalam usaha kita mahukan kerajaan yg bersih dan mewakili semua kaum namun tak perlulah kita mensensasikan usaha penyatuan seperti yg dilakukan DSAI.

Esye Db said...

Definately agreed...

Adib Rahman said...

DSAI pidato yg hebat tapi IQ tak sehebat TDM .Sepatutnya ambil second opinion dari Tun sebelum melempar info dlm media mengenai tulisan DAKJ .Semoga Allah sentiasa merohmati u DAKJ

Ronin said...

Saya sependapat dgn tuan. Pemikiran dsai berkisar kpd bgmn ingin mendapat sanjungan. Setiap ucapannya pasti menyerlakan betapa dirinya dihargai, dihormati serta dipandang tinggi oleh individu² terkenal di dunia.
Berbeza dgn Tun M. Tun tidak pernah menyatakan apa jg sanjungan kpd dirinya. Sanjungan kpd Tun hanya dinyatakan sendiri oleh individu tsbt atau pun pelapor bebas atau rakyat biasa.
Tun melaksanakan kerja dan tanggungjawab dgn kuat, komited dan ikhlas tanpa memgharapkan apa² sanjungan.
Dsai bkn seorg pentadbir atau pengurus negara yg hebat. Beliau cuma mempunyai karisma mempengaruhi orang utk menyokongnya. Dia bkn pemikir hebat tetapi seorang yg melakukan sesuatu bermotifkan sanjungan sbg pemimpin agung. Dia umpama Che Guererra pemimpin gerila revolusi Cuba.
Saya tidak sedikit pun teruja dgn gaya kepimpinan dsai. Beliau lbh kelihatan riak, bersungguh² memperlihatkan dirinya sbg pemimpin hebat. Dia bkn yg terbaik menggantikan Tun M.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).