Saturday, September 29, 2018

Perdana Menteri di PBB: Mesej Beliau Sejagat dan Selari


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Tun Dr Mahathir berucap buat kali ke-11 di PBB


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakhiri ucapannya di Persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat, semalam dengan menyatakan betapa berat tugas beliau berdiri dan membuat ucapan.

Katanya: “Selepas 15 tahun dan pada usia 93, saya kembali ke pentas ini dengan tugas yang berat untuk memberi suara dan harapan kepada Malaysia baru di persada dunia.

“Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan demokratik yang mereka capai baru-baru ini dan menaruh harapan yang tinggi bahawa di seluruh dunia akan melihat keamanan, kemajuan dan kemakmuran.”

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya yakin ramai rakyat Malaysia dan, tidak kurang juga, penduduk dunia teruja dengan ucapan beliau.

(Teks lengkap ucapan beliau boleh dibaca DI SINI). 

Kalau seorang insan berusia 93 tahun dan yang menceburi politik sejak zaman remaja masih boleh mengubah sejarah negaranya serta cergas di pentas dunia, ia tentunya sedikit sebanyak memberi ilham kepada generasi yang lebih muda daripada beliau.

Dr Mahathir menyentuh banyak perkara dalam ucapannya dan sesiapa saja yang mengikuti siri ucapan beliau di Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mendapati bahawa beliau amat teliti dan konsisten dengan isu-isu yang dibangkitkannya.

Saya bernasib baik dapat mengikuti siri ucapan beliau bermula dengan kehadiran pertamanya di UNGA, sebagai Perdana Menteri, pada tahun 1982. Itu jugalah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Amerika.

Ucapan beliau pada tahun ini membuatkan kami, wartawan Malaysia, terpinga-pinga mendengar hujah beliau mengenai isu-isu yang pada pandangan kami tidak kena mengena dengan Malaysia.

Satu isu yang saya dapati mengejutkan yang beliau bangkitkan pada sesi sulung beliau di PBB itu ialah gesaan agar benua beku Antartika dijadikan warisan sejagat dan bebas daripada eksploitasi oleh mana-mana negara.

Saya bertanya kepada Menteri Luar ketika itu, Almarhum Tun Muhammad Ghazali Shafie, mengapa Perdana Menteri sebuah negara tropika peduli kepada isu benua beku?

Kena Tengking

Seperti biasa, Ghazali atau lebih terkenal dengan jolokan “King Ghaz” tidak akan menjawab sebelum “berkhutbah” memperkecilkan pengetahuan wartawan Malaysia.

Malah beliau pernah menengking saya di hadapan puluhan para pembesar, termasuk Dr Mahathir, di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1981 kerana bertanya soalan kepadanya secara mengejut.

Sekadar nasihat. Wartawan muda hari ini harus berani dan sanggup dimaki hamun jika mereka mahu menjadi wartawan tulen bukan sekadar pencatat dan pelapor. Pernah sekali saya diperintah keluar dari pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) oleh bekas Pengerusinya, Almarhum Tun Ismail Ali. Masa itu ibu pejabat PNB adalah di Bangunan MIDF.

Ghazali menjelaskan bahawa Dr Mahathir melihat isu Antartika dan Persidangan Undang-undang laut (Law of the Sea Conference) sebagai amat kritikal kepada kedudukan Malaysia sebagai negara persiaran pantai (litoral state).

Apa yang Dr Mahathir bangkitkan dan dijelaskan oleh Ghazali itu akhirnya menjadi kenyataan dan amat menguntungkan Malaysia. Kini, di bawah Perjanjian Undang-undang Laut, kita mempunyai hak ke atas khazanah laut di kawan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

EEZ mencakupi kawasan hingga 200 batu nautika dari pantai sesebuah negara. Hasil pelaksanaan perjanjian itulah kita kini memiliki banyak telaga minyak dan gas jauh dari pantai kita di Laut China Selatan.

 
Pelantar minyak Petronas di Laut China Selatan
Demikianlah pandangan jauh dan terperinci Dr Mahathir mengenai hal-hal dalam negara dan antarabangsa yang mempunyai kesan kepada kehidupan rakyat jelata.

Bagi beliau, lawatan ke PBB setahun sekali atau ke mana-mana juga negara bukanlah sekadar menerima jemputan – jauh sekali untuk berfoya-foya – tetapi adalah untuk mengibarkan panji-panji negara dan mendapatkan faedah terbaik untuk Malaysia dan penduduknya.

Hatta dalam kunjungan ke PBB kali ini pun – dalam usia lanjut – beliau masih berbahas dengan kakitangan beliau cara paling murah untuk pergi-balik New York.

Beliau mahu guna penerbangan komersial kerana lebih murah. Tetapi memikirkan perjalanan yang sangat jauh – lebih daripada 15,000 kilometer dan mengambil masa kira-kira 23 jam sehala – beliau akhirnya bersetuju menggunakan perkhidmatan jet peribadi.

PBB bukanlah persidangan yang asing kepada beliau. Sejak kunjungan pertama pada tahun 1982, Dr Mahathir telah hadir dan berucap di UNGA sebanyak 11 kali – termasuk kali ini.

Saya rasa beliau adalah antara pemimpin dunia yang paling banyak berucap di Persidangan Agung PBB.

Wartawan Malaysia yang membuat liputan di New York memberitahu saya yang beliau telah diberikan jolokan “the patron saint of politik comeback”.

Maksudnya Dr Mahathir dianggap seperti keramat yang menjadi penaung kepada ahli-ahli politik yang bersara atau disingkirkan tetapi kembali berkuasa.

Apa pun gelaran dan sanjungan yang diberikan kepada beliau, tindakan mutakhir kita bagi menghormati dan menghargai beliau adalah dengan meneruskan perjuangan beliau yang belum selesai.

Wallahuaklam.

23 comments:

Bom atom said...

Dato betul ke TUN nginap d THE PLAZA HOTEL new york??


HOTEL tu punye "mangkok jamban" pon bole beli myvi sebuah..


kihkihkih

DUIT PTPTN ni nk kene bayo ke x dato??

Konpius skrg ni..

JANJI kene tepati n HUTANG kene bayor..

Mane satu nk pilih ni???

Konpius, kinpius,konpius..

abahturon said...

Kagum dan bangga... Malaysia dihormati kembali.. Tun M peminpin agong dunia.

dt rahman pekan said...

semasa najib berucap, lebih ramai perwakilan malaysia drpd yg lain. penyampaian nya 'stylish' mcm mat selleh bunyi nya. isi kandungan nya (content) agak 'shallow'.

semasa wak jahid berucap (mungkin hanya kpd diri nya sendiri) perwakilan malaysia pun 'sorok kepala' kerana bahasa inggeris nya terlalu tinggi n 'pronunciation' nya ala 'jawa pekat'.

tun m dgn cara bersahaja amat consistent dgn pendirian terutama sekali kecaman nya terhadap negara besar yg suka membuli n masih mengamal kan philosophy 'might is still right'.

amat sayang sekali yg kita negara kecil yg sdg d pimpin olih pemimpin bereputasi 'bigger than live'.

jika tun m pemimpin negara islam besar saperti Indonesia (263 juta penduduk), impak nya d saentero dunia akan lebih 'menyengat'.

syabas 'my hero'.

DSAI-Baru said...

The last 4 months has been one-man show in the theatre of dream! With PD by-election, Malaysians can expect Malaysia Baru!

Jojo said...

Datuk,

1. Saya harap Tun Dr Mahathir habis sepenggal ini jadi PM kita. Mana nak cari dah PM sehebat ini.

2. Saya harap si gila jawatan kalah di PD.

3. Kuasa veto untuk kuasa2 besar di PBB sepatutnya dihapuskan. Jika tidak sampai bila2 pun tak ada perubahan. Mereka ini hanya mahu jual senjata billion2 mereka.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

TK kata .."pandangan jauh dan terpeinci Dr.M mengenai hal negara dan antarabangsa punya kesan kepada kehidupan rakyat jelata"

Dulu selepas Dr.M ..ada Dollah El-Tiduree dan Najib Mappadulong. 15 tahun mereka diberi amanah untuk memacu negara ..dan mereka GAGAL.

Sebab apa mereka gagal ..Lokman Adam tak de jawapan nye. Bila Dr.M serah kuasa ..negara kita dari segi ekonomi separas Korea. Hari ini kita dah ketinggalan jauh ..kata nye 10 kali jauh.

Apa yang Dollah dah buat. Dollah tak lah tak buat apa2. Pengurusan Tingkat 4 nye sangat popular ..Dr.M pun tahu. Satu lagi pembangunan "corridor". Bila saya balik kg ..penghulu, Tok Ompek dan org kampung akan bertanya "corridor" tu apa? Saya pun tak tahu ..

Era Najib tak perlu saya cerita ..kalau Dollah ada KJ. Najib ada berpuloh tongkang manusia untuk dikaitkan.

Tu yang jadi trauma saya ..kelak bila Dr.M dah tak de ..sapa nak ganti?

Sedang Dr.M berkokok bak ayam sabung dipersada dunia ..sedang setiap kalimah yang tersembur dari hati Dr.M dijadikan rujukan dan panduan ..tapi ..nun jauh di PD ada pilihanraya ala kartun sedang berlangsung. Calonnye sekali pandang macam bekas laki-bini sedang bergaduh.

Ngapa Port Dickson ..entah. Tapi ada orang ngatakan ..kebetulan agaknye. PD tu bahasa omputeh ..Melayu nye .." Pelabuhan Kote Budak " ..apasal sejak akhir ini perkataan mancarut semakin galak ..Lu pikir lah sendiri?

Hilly Billy said...

A week running up to Tun M to give his speech at UNGA, People scrambled to find info the exact date and time of his UN speech. People kept asking when would be his turn? When would he took the floor to adress the UN?

At coffee shops, at the offices, at men & women’s rooms, office pantries, what’app chat groups, people kept asking when would be his slot. When was the last time Malaysians felt that way? 14 or 15 years ago?

Alfateh Maju Store said...

Kah kah kah...dasar macai bekas kerajaan korupsi..dasar penyokong kerajaan kleptokrasi...boleh pertikaikan mana tempat tinggal tun m seorang perdana menteri..dasar buta hati

Terasing sepi said...

King Ghaz’s temper tantrum was legendary. If you ask PTD officers who served in 60s and 70s, especially those who reported to him at home ministry and wisma putra, they would regal you with lots interesting tales and anecddotes about the guy.

These guys would rather be a peon or an office boy, rather than gomen officials the moment the found out their boss would be King Ghaz. Merely mentioned King Ghaz’s name would sent shivers down their spines. Frequent visit to the loo would be expected if these officers were about to have an audience before him. Hence the moniker ‘King’ Ghaz!

There was a story when King Ghaz had a fit of rage where he threw a stack of files out of his office window from a tall building. An officer couldn’t found a letter that he wanted and the King just snapped. He then ordered the officer to go down and picked all those files and gave it back to him. And this officer immediately flew to action and went straight to the ground floor looking for the files!..

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Alhamdulillah, dan terima kasih kad hang dan jugak kad Mat Tehag yg dgn gigih cuba nyampaikan
pd ‘pesada’ donia cubaan ramai rakyat Malaya dan Sabah ngubah nasib yg di alami sekian lama.
Usaha yg dipimpin antara lain olih ‘nemesis’ baru hang hak tunduk sakan kad satu ketua agama.
Termasok dgn petolongan luag dari orang macam Rewcastle Brown yg tebaru diancam saman
olih satu orang, tak salah aku, kenunnya asai alog setag yg jugak bini pada sorang lagi ketua agama.
Mat Tehag jugak ulang lagi pendapat dia pasai punca ‘keganasan’ yg antara lain beperanan besag
macu ‘islamophobia’ atau fobia tehadap Islam diperingkat antarabangsa.
Aku kopipeh ucapan dia di New York...:
“ 21. The Palestinians initially tried to fight with catapults and stones. They were shot with live bullets and arrested. Thousands are incarcerated.
22. Frustrated and angry, unable to fight a conventional war, the Palestinians resort to what we call terrorism.
23. The world does not care even when Israel breaks international laws, seizing ships carrying medicine, food and building materials in international waters. The Palestinians fired ineffective rockets which hurt no one. Massive retaliations were mounted by Israel, rocketing and bombing hospitals, schools and other buildings, killing innocent civilians including school children and hospital patients. And more.
24. The world rewards Israel, deliberately provoking Palestine by recognising Jerusalem as the capital of Israel.
25. It is the anger and frustration of the Palestinians and their sympathisers that cause them to resort to what we call terrorism. But it is important to acknowledge that any act which terrify people also constitute terrorism. And states dropping bombs or launching rockets which maim and kill innocent people also terrify people. These are also acts of terrorism.”
Sementara tu pembunuhan, pemusnahan dan penghinaan beteruih teruihsan. (Teks dari NST.)
Ramai orang kata kita bulih cakap la pompang, pompang sana sini tapi tak dah peiidah nya sebab kuasa2 donia akan pastikan
pembunuhan, pemusnahan dan penghinaan beteruih teruihsan.
Pada yg bepikiran lagu tu, dgn rendah hati, aku nak rojog depa pd satu hadith yg sangat masyhog :
“ من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Yg maksod dia lebih korang:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a). (dari ‘ http://al-muwahhidun.blogspot.com ‘).
Pada aku, Mat Tehag dah buat semampu dia, laa ni tepulang lah pd ummat2 yg lain.
Semuga Allah S.W.T. mencucog taufiq, hidayah, inayah dan keridhoanNya pd Mat Tehag dan yg seperjuangan dgn dia. Aamiiin.
Terima kasih. Maghap no,
Aku

Hakimi Abdul Jabar said...

I must admit a sense of admiration for a 90+ year old man to admonish the UNSC P5 for the misuse of the veto powers which unstintingly results in major loss of lives. I've included 2 articles that have dissected the anomolies of wielding the veto in life-threatening circumstances. One of which is mine. It doesn't take a genius to see the negative aspects.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/381408/tegur-konsep-kuasa-veto-metrotv

http://www.atimes.com/to-veto-or-not-to-veto-that-is-the-question/

https://www.washingtonpost.com/posteverything/wp/2014/08/11/the-un-security-council-veto-is-literally-killing-people/?utm_term=.e3d8a82acbaa

RD. said...

Salam Dato Kadir.

Selepas mendengar uacapan Tun Dr.M di UNGA, perasaan bangga menjadi Rakyat Malaysia kembali semula. Hilang sudah perasan malu ketika Penyamun jadi PM dulu. Mana tidaknya, ekonomi Amerika pun dia nak bantu tingkatan.

Jojo said...

Saudara Aku @10:43PM,

Dah lama saya nak tanya apa maksud "Mat Tehag" dan kenapa ia dirujuk kepada Tun Dr Mahathir ?

Budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Kewibawaan Tun M tiada tolok banding dan masih seperti dulu. Namun, penjawat awam yang ada sekarang tidak seperti dulu. Menteri yang ada pun kurang pengalaman dan kepakaran. Tun perlu mikro manage kementerian strategik tertentu seperti kewangan, ekonomi dan miti.

Dikhuatiri masalah dalaman negara lebih parah berbanding masalah di luar negara. Dan tidak dapat diurus dengan baik oleh para menteri.

Rakyat masih menanti hasil kerja kerajaan baharu. Kurangkan politik dan jangan kemukakan alasan masalah kerajaan lama apabila keadaan tidak seperti yang diharapkan.

SST nampaknya tidak mengurangkan harga seperti yang dijangka. Jadi ke mana wang RM21 bilion yang sepatutnya dikutip melalui GST pergi? Ke rakyat? Atau ke peniaga?

Kita tunggu bajet 2019. Walaupun tun M dan lge telah memberikan hint tentang bajet yang akan dibentangkan, yang penting adalah polisi kerajaan, bukan berapa banyak yang akan dibelanjakan. Bajet ini juga sepatutnya menjadi penanda aras apakah kerajaan sekarang mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam merancang kewangan dan ekonomi negara berbanding kerajaan sebelum ini. Atau hanya pandai bercakap sahaja.

Sekian.

Budak jawa

Standing tall said...

Datuk,
This old man Tun Dr M he really makes us feel proud !
We won't have it any other way.

That Najib and cohorts, he makes us ashamed and humiliated.

Zalman A said...

Datuk,

Around a year ago I would have said that the southern istana had earned the admiration and loyalty of the people of that state.

They seem to want to throw it all away.

There was that unfortunate statement about “old leaders”, and now a new atrocity:

https://www.malaysiakini.com/news/445482

The fact is, Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman was NOT referring to events during Tun's first tenure as PM, but to the PRESENT DAY. He was merely relating a personal observation.

In any case, many Ministers in Tun's cabinet (past and present) have said the same.

So the issue of "mother's belly" is irrelevant.

Datuk, on a completely unrelated subject I found this saying:

“Better to remain silent and be thought a fool, than to speak and to remove all doubt.”

Not sure why I suddenly remembered this.

Of course it’s not connected to my first few paragraphs.

Daulat Tuanku!


Zalman A said...

Datuk,

Slightly off tangent but also quite important:

https://weechookeong.com/2018/09/26/ksn-minister-of-tourism-beware-of-the-smooth-operators/

This ridiculous deal of close of RM100 million being given to a completely unqualified crony is an example of the worst excesses of the previous regime.

The MACC has its hands full, but I hope this scandal is not left unpunished.

They must take action.



Aku said...

En Jojo, 2.37 pm., السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Terima kasih kerana tanya. Petama tama tidaklah niat saya untuk mencemuh, mehina atau merendah perdana menteri Malaya.
Malah munkin En Jojo sendiri sedag saya sangat hormat pd susuk yg saya kenai sejak lebih 60 tahun.
Dizaman dolu2 setakat saya tau nama Mahathir jarang ada, sebutan tu saya rasa tak wujud dlm ‘hikayat merong mahawangsa’
dan yg ‘sewaktu’ dgnnya maupon dlm nobel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ dizaman moden. Munkin yg pandai leksikon atau linguistik
kata tak wujud dlm ‘collocation’ atau inventori (stok) kombinasi sukukata melayu utara (‘colloquial’).
Yg lebih lazim ialah nama Mad Tahir yg gholibnya disebut Mat Tehag.
Dlm pelat ini jugak penekanan dan pepanjangan belaku di sukukata terakiag, (munkin sebagai lajakkan) kadang2 langsung sekali
dgn mehilangkan (atau menzahabkan
atau menegelamkan) sukukata sebelumnya, dlm kaedah ini munkin sukukata ‘ha’ dlm sebutan ‘Mahathir’ dizahabkan, maka yg tinggai sebutan Ma—thir.
Tapi kalu sukukata ‘ha’ dikekaikan, maka nanti disebut ‘Mahadiag’. Tapi cenderongnya ialah untuk meringkaihkan sebutan.
Wallahua’lam. Munkin, yg pandai basa/loghat bulih ulaih sikit. Terima kasih no
Dlm pekara merinkaih basa, saya rasa orang Jawa lagi tera.... misalannya Jawa Timur di sebut ‘Jatim’ saja, Jawa Tengah jadi ‘Jateng’.
Jadi saya pi tokok sikit.... saya pi tanya orang asai Lumajang, (Jawa Timur), “Lumajang” rinkaih pekataan apa dan depa pon taktau nak habag,
paih tu saya pon masuk gear ‘temberang’ aku kata asainya rinkaihsan “lu mandi telanjang” ... tu jadinya Lu-ma-jang, sebabnya ramai
hampa mandi telanjang. Paih tu sorang budak jawa tu kata “betoi, betoi, yg mandi kad sungai tu... “ Lepaih tu ada pulak pi tanya saya...
“Jember” rinkaihsan apa, “Gresik” rinkaihsan apa...
Aku.

A KADIR JASIN said...

Pembahas "Aku" dan "Jojo" izinkan saya masuk campur sikit.

Saya pun lama juga kenal Dr Mahathir - sejak 1964 - dan beliau pernah jadi Ahli Parlimen kampung saya satu penggal - 1964 hingga 1969.

Tapi dalam tempoh itu tidaklah pula saya dengar orang Kedah silap sebut nama dia sebagai Mat Tehag.

Sebaliknya, entah macam mana, boleh kata semua mampu sebut nama beliau yang agak sukar dan berlainan itu dengan baik.

Yang berbeza hanya penekanan kepada huruf "dal" atau "dhot" - Mahadir atau Mahathir.

Tapi pada awal beliau menjadi Perdana Menteri mulai tahun 1981, ramai wartawan dan juruhebah Indonasia tersilap sebut nama beliau sebagai "Matahir" sehinggalah diperbetulkan.

Terima kasih.

mamat said...

haha.. sejarah matahir :)

Jojo said...

Terima kasih saudara Aku yang memberi penjelasan panjang lebar dan juga Datuk Kadir mengenai sebutan "mahathir".

Saya tak kenal Tun Dr Mahathir secara peribadi tapi amat kagum dengan cara pemikiran beliau. Apa yang dia fikir dan buat sekarang lepas beberapa tahun barulah ada antara kita yang faham rasional disebalik tindakan beliau.

Sebutan manja orang utara untuk Mahathir, Mahadzir tu kalau tak salah saya "Det".

Ronin said...

Org yg pernah bekerja dgn Tun ramai bercerita. Pengalaman betsama Tun pun ramai yg cerita. Bgmn dgn yg pernah bekerja dan ada pengalaman dgn najib? Senyap sbb byk mkn dedak.

wansee c said...

hidup tun!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).