Saturday, September 15, 2018

Tanpa Kuasa dan Duit Umno Mati Akal



A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Pemuda Umno pernah julang Najib setinggi langit

SEKARANG terdengar cakap-cakap bahawa para pembesar Umno, dengan diketuai oleh Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terhegeh-hegeh mencari rakan baru setelah ditendang keluar oleh rakyat jelata pada 9 Mei lalu.

Jadi menang betul lah cerita yang tersebar di media tradisional dan media sosial mengenai saki-baki Umno akan bergabung dengan parti-parti lain dalam usaha untuk kembali berkuasa.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Secara tidak rasmi ia telah pun mula bekerjasama dengan PAS. Tapi ini nampaknya tidak memuaskan mereka kerana PAS juga di pihak yang kalah.

Perkongsian mereka tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan telah ditolak dalam beberapa pilihan raya kecil.

Setelah empat bulan menjadi pembangkang, Umno mendapati keadaan itu tidak tertanggung olehnya.

Ini adalah kerana ia terlalu biasa dengan kuasa dan duit, khususnya pada zaman “Cash is King”. Tanpa kuasa dan wang Umno mendapati sukar untuk hidup.

PAS pun tidak ada kuasa dan tidak ada duit. Malah khabarnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah Umno dan PAS hendak bayar gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu kalau tidak dibantu oleh kerajaan pusat.

Inilah bahana tidak dengar cakap dan terlalu yakin kepada bisikan-bisikan palsu penjilat dan pengampu. Kerana dedak, mulut jadi busu, mata jadi buta dan telinga jadi pekak.

Pemujaan Yang Merosakkan

Kalaulah tiga, empat tahun lalu Umno dengar cakap sebahagian ahlinya sendiri dan singkirkan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, rasanya nasib Umno tidak seburuk sekarang.

Malah ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat kalau menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu Mohd Najib mengundurkan diri, Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah dan Pakatan Harapan (PH) hanya boleh berpuas hati menjadi pembangkang.

Tetapi ini cara Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia iaitu dengan tidak membuka hati Najib untuk mengundurkan diri dan tidak memberi kejantanan kepada para pembesar Umno untuk menyuruh beliau berundur.

Dengan kekalahan Umno/BN maka terdedahlah kerosakan dahsyat yang Najib serta konco dan konspirator beliau lakukan ke atas ekonomi dan institusi negara.

Kalau ditakdirkan BN menang, segala kejahatan dan kerosakan ini akan berterusan dan disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hutang negara terus menggunung dan secara sistematik Malaysia akan tergadai kepada kuasa-kuasa asing.

Sekarang Umno umpama anak ayam kehilangan ibu – kesejukan, kelaparan dan ketakutan. Ke sana sini mencari tempat berlindung.

Baru-baru ini beberapa orang ketua mereka - termasuk Ahmad Zahid Hamidi - telah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk “berbincang”.

Khabarnya, mereka tidak lagi bercakap mengenai Umno tetapi Pekembar. Pekembar adalah singkatan kepada nama bahasa Melayu bagi Umno iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Konon cerita, mereka mahu meninjau kemungkinan menggabungkan Pekembar dengan Bersatu (PPBM) menjadi Pekembar Bersatu. Melaluinya mereka berharap menjadi sebahagian daripada kerajaan PH.

Itu cerita lah! Masuk akal. Tapi masakan PPBM yang sudah pun menganggotai PH mahu atau boleh bergabung dengan Umno/Pekembar.

PPBM tentulah faham muslihat Umno itu. Ini mungkin cara Umno memecahbelahkan PH dengan harapan ia akan kembali berkuasa.

Pendirian PPBM jelas. Ahli Umno dialu-alukan menyertai PPBM . Tetapi mereka hendaklah menyertainya sebagai individu dan ahli biasa. Mereka tidak boleh masuk berkumpulan sebagai cawangan atau bahagian.

Mereka masuk sebagai ahli biasa dan kalau bercita-cita hendak memimpin mereka perlulah melakukannya dalam kerangka PPBM.

Majoriti ahli Umno dialu-alukan. Tetapi tentulah ada segelintir yang tidak akan diterima kerana imej mereka yang buruk dan amalan mereka yang menyalahi undang-undang.

Ramai Akan Sertai Najib

Ini mengingatkan saya kepada makluman Perdana Menteri semalam bahawa Polis, SPRM dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini semakin cergas menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kes berkaitan skandal 1MDB.

Perkembangan ini sangat melegakan kerana sebelum ini terdengar cakap-cakap bahawa tiga agensi penting ini terlalu perlahan bertindak dan bertelingkah antara satu sama lain.

Keadaan berubah setelah ketiga-tiga mereka dipanggil menemui Perdana Menteri serentak baru-baru ini.

Tidak syak lagi perkembangan yang menggembirakan ini akan berkesudahan dengan lebih ramai ketua-ketua Umno era Najib mengekori bos mereka ke muka pengadilan.

Jadi secara tidak langsung proses pembersihan Umno sedang berlaku dan ini akan memudahkan kita membezakan di antara pertama dan kaca dalam pertubuhan itu.

Yang bersih atau yang tidak terlalu teruk kesalahan dan kesilapan mereka bolehlah diterima masuk ke dalam PPBM atau sebagai sekutu PH dalam Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Kemasukan mereka, sama ada secara langsung atau sebagai sekutu, boleh membantu kerajaan PH mendedahkan dan mengatasi pelbagai skandal dan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Wallahuaklam.


20 comments:

dt rahman pekan said...

Salam Dato.

Sungguhpun saya bersetuju UMNO mati akal kerana dana sudah terhad, maka statement itu juga merangkumi (applicable) parti2 politik yg lain. Termasuk lah parti keramat saya - BERSATU.

Setengah orang kata dlm politik 'money is a necessary evil'. "Ada duit saya kelija. Wang tak ada saya tidur juga".

Itu lah salah satu sebab nya mengapa saya terpaksa mengundurkan diri drpd jawatan Ketua Bahagian BERSATU, Pekan - kekeringan dana utk menghidup kan parti d peringkat pusat daerah mengundi (PDM), cawangan2 n bahagian. Banyak juga saya sempat berkongsi maklumat dgn arwah TS Sanusi Junid. Ini lah nasihat nya kpd saya (verbatim) mengenai hasrat saya utk meletak jawatan yg terpaksa saya abaikan : -

"Dato , just stay put because d new SUK is a new n reliable man".

Ini jawapan balas saya kpd arwah (verbatim) :-

"Tan Sri, apart from Tun M, i hv d highest respect towards u n what u hv done 4 d country. I hv made a personal vow that come what may, i wil help Tun M in contributing 2wards d down fall of this dirty kleptocratic couple. salam".

Arwah was dissappointed wth my decision 2 quit.

Namun saya halalkan segala yg telah belanjakan dgn menggunakan wang sendiri demi parti yg saya cintai n yab Tun M yg amat saya hormati".

D Indonesia pernah terdapat usul kpd Pres Jokowi n DPR (Dewan Perhimpunan Rakyat) agar semua parti2 politik d beri grant (lebih kurang rp1 trillion ) bagi kegiatan2 politik parti2 yg terdaftar. Tujuan nya adalah utk mengurangkan 'money politcs n horse trading'.

Sungguh pun cadangan ini banyak kelemahan nya , namun SPR perlu membuat penilaian saksama.

Akhir kata, BERSATU wajib mengumpul dana drpd sekaran utk d salurkan kpd akar umbi bagi kegiatan2 politik yg sah.

Wallahu'allam.

Zalman A said...

"Kalaulah tiga, empat tahun lalu Umno dengar cakap sebahagian ahlinya sendiri dan singkirkan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, rasanya nasib Umno tidak seburuk sekarang."

Datuk,

Who would have listened?

Ears stuffed with dedak make listening very difficult.

I recall Ku Li saying that the average KBU earned at least RM50,000 a month, plus "other benefits".

Forget the 50K, the "other benefits" were what made blind obedience to Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone so berbaloi.

The most vocal of the "New But Old" Umno are the ones who made the most by skimming money off MARA and uITM Tapah, among many others.

That is why when 1MDB broke, Datuk Seri Mappadulung was able to summon all the KBU to Putrajaya for a show of support.

If I'm not mistaken, 160 out of 191 showed up.

They showed up to tell the world that massive corruption is OK, as long as they get some crumbs.

Cash Is King.

Without Cash, Umno has no King.


Jalak Lenteng said...

Kepada parti Bersatu jangan dilayan depa ni. Kalau depa mai lagi tunjuk jari t***h. Masa Bersatu tengah susah dulu sorang-sorang siapa datang tolong? Umno? Pas? Yang datang tolong adalah parti PKR dan DAP. Depa yang datang hulur tangan bantu apa yang patut. Termasuklah menubuhkan gabungan Pakatan Harapan.

Dulu masa tengah gah berkuasa bukan main lagi sombong, angkuh depa-depa ni semua. Bercakap dengan nada sombong. Hang tak ingat ke macam mana depa tekan kita dulu? Depa guna segala kuasa mereka untuk menyusahkan hidup kita. Depa guna LHDN untuk tekan mereka yang cuba sumbang dana kepada kita.

Hang tak ingat ke macam mana depa haramkan Bersatu sehari sebelum parlimen dibubar? Hang tak ingat ke macam mana depa menyusahkan perjalanan parti Bersatu? Naik turun pejabat ROS di Putrajaya?

Hang tak ingat ke macam mana depa layan Tun M dulu? Depa buat Tun M seorang negarawan ulung macam sampah. Majlis-majlis besar kerajaan dan negara langsung tak jemput Tun M. Yang mana yang dah jemput, kad jemputan dibatalkan.

Semasa PRU baru-baru ni, gambar Tun M depa larang guna. Yang mana berdegil gantung juga, depa tampal dengan plaster hitam, depa gunting dan lain-lain. Begitulah teruknya depan layan parti Bersatu dulu.

La ni datang nak buat baik. Masa tengah susah baru nak mengaku saudara-mara. Baru nak mengaku kawan. Baru nak buat muka seposen, bukak cerita sedih. Masa senang dan berkuasa dulu bukan main action lagi. Jalan pun tak nampak orang. Jumpa Tun M lepas sembahyang Jumaat, boleh letak tangan atas bahu. Buat macam kawan sekolah dia. Umno please get lost..

Pakcik said...

Kasi bersih dulu sampai akar umbi baru boleh berunding semula

big machinegun said...

Xsampai setahun hilang kuasa dah sesak nafas.... Rilek la amno elaun MP Sama jer

Budakjawa said...

Aslm dakj,

Ada lagi ke yang tidak teruk dalam UMNO tu kalau sampai mempertahankan jenayah dan orang yang melakukan jenayah?

UMNO telah dimusnahkan oleh najib apabila pemimpin2nya mempertahankan najib. Mereka memilih individu berbanding parti yang diamanahkan menjaga bangsa semata2 kerana wang, kedudukan dan kepentingan diri.

Bodohnya melayu umno kerana tidak dapat membezakan mempertahan parti dan bangsa dengan mempertahan individu atau ketua.

Tapi memang banyak hikmahnya kejadian ini bagi membuka mata orang melayu supaya tidak lagi bergantung kepada mana2 pihak samada parti politik atau institusi tertentu untuk menjaga kepentingan agama bangsa dan negara. Kalau tak sedar juga dan menguatkan diri, mungkin dah tiba masa kita pupus.

Budak jawa

msh said...

Tepat lontaran Dato....

"Setelah empat bulan menjadi pembangkang, Umno mendapati keadaan itu tidak tertanggung olehnya.

Ini adalah kerana ia terlalu biasa dengan kuasa dan duit, khususnya pada zaman “Cash is King”. Tanpa kuasa dan wang Umno mendapati sukar untuk hidup..."

Pd saya...Umno bercerita segala2 tentang wajah sebenar Melayu.
Kuasa...pangkat...darjat dan duit adalah segala2 nya. ...dan ugama hanyalah alat.
Ketaksuban sebegini memang merosakan bangsa....agenda diri didahukan.
Hingga hilang plot bila mndpt kuasa.

Cuba kita lihat Parti Pas yg kunon nya 'Parti Islam' .....tetapi 2x5 juga.
Kerana....Pas pun Melayu (Melayu2 yg rasa diri alim lebih dari Melayu2 lain) tetapi perangai tetap Melayu.

Justeru itu ....bila kita lihat kelibat PKR ....nmpk mcm serupa juga....spt Pas dan Umno.
Sebab itulah saya beranggapan....jika 'PM in waiting' menjadi PM selepas Tun....sikap Melayu yg 'merosakan' ini akan berterusan.

Ibarat... salin kulit....tetapi badan isi dan hati tetap sama....masih Melayu.

Ini yg Melayu kena faham.....dlm perkara memilih ketua2 atau pun setelah mndpt kuasa.

Bila saya melihat komen Tun Daim mengenai DEB dan pihak DBKL gagal menolong Melayu.....ia menjelaskan semua tentang betapa korupnya ketua2 Melayu...semua kerana pangkat...darjat dan duit....maka mata jadi buta....telinga jadi pekak...hati menjadi kering.....bangsa sendiri dipinggirkan.

Alahai Melayu.

Dan saya tidak bersetuju jika Ketua2 dari Umno terutama KJ....Nazri.....diberi tempat dlm Bersatu ...kerana mereka2 inilah yg mendukung Najib walau pun tahu betapa buruk dan 'jahat' org ini.

Malah untuk 'JV ' sekali pun spt paparan Dato tentang 'Pekembar' mahu bersama PPBM.
Mereka adalah Melayu2 yg telah bersekongkol dgn Ketua Penyamun dlm merosakan negara selain kuat bercakap berbohong dan menipu rakyat.
Pencuri memang kuat berbohong.

Ketua2 Melayu dlm PH terutama PKR mesti sedar bahawa.....jika silap langkah....berperangai serta memerintah mcm Melayu2 Umno dulu.....mereka pun akan ditolak juga oleh rakyat.

Sbg penutup kata....saya berharap ramai dari Ketua2 Melayu2 Umno serta konco2 ikut serta bersama Najib kepenjara Sg Buluh kelak.




Hud Hud said...

Cash is king
Tak ada cash kepala pusing

Cash is king
Tak ada cash jalan berpusing2

RD. said...

Salam Dato dan Pembahas Sekalian.

Betul, semasa berkuasa dulu pemimpin UMNO sangat sombong dan bongkak. Maklumlah sudah lebih 61 tahun berkuasa. Walaupun tak ramai orang-kaya yang bersikap sombong & bongkak tetapi itu perkara biasa.

Malangnya, ada juga yang berpendapatan sederhana, dan oleh kerana mereka amalkan cara-hidup, 'biar papa asal bergaya, hidupan mereka macam orang-kaya. Orang beginilah yang paling bahaya. Untuk menampung cara kehidupan 'orangkaya', mereja jadi tamak-haloba. Caranya paling mudah untuk dapat 'kekayaan' mudah adalah terjun ke arena politik. Tak perlu kelulusan tinggi. Yang mustahak 'kenal' dan punyai kabel kepada 'orang-penting' dalam politik. Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low adalah contoh paling baik.

Jangan kata pemimpin UMNO saja yang sombong dan bongkak bila berkuasa. Dalam Kerajaan PH yang baru 3 bulan 'berkuasa' pun, sudah mula terserlah sikap sombong dan bongkak mereka, sehingga terkeluar kata 'kami dipilih Rakyat' dan 'kamu sibok kenapa?', apabila ada yang bertanya mengenai amalan 'nepotism'.

Mungkin dulu... oleh kerana terdesak mahu menyingkirkan Penyamun, Rakyat tak berapa ambil-peduli bab-bab nepotism ni. Namun, setelah pegang kuasa baru 3 bulan, kian terserlah sikap tamak-haloba setengah pihak dalam PKR sehingga tergamak, bukan sekali tetapi sudah 4 kali menyalah-gunakan proses democracy demi kepentingan peribadi mereka. Ini yang menyedihkan. Ingatkan, dalam masa 3 bulan, 'sessi' merebut 'harta rampasan-perang' sudah tamat atau reda. Malangnya bertambah parah.

Jangan Rakyat dapat yang lebih teruk dari Kerajaan BN/UMNO, sudah.

Unknown said...

Ingat akan mati tuan.

StevieChan for PD said...

Datuk,
it has been reported that a pakatan harapan supporter Stevie Chan will challenge Anwar in the Port Dickson by election.

Already predicted Anwar will lose the election to him.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Sekali hang timboikan isiu politik yg agak panaih.
Tapi aku nak nyimpang sikit no.... iaitu ke arah petahankan dan mengisikan kemenangan kita.
Untuk tu aku nak bawak keh kejayaan (secara ringkaih) revolusi Iran dan tebantutnya “Arab spring” di Mesir.
Almarhum Ayatullah Imam Khomenei mengwujudkan pd tabun 1979, ketumbokkan yg orang kenai sebagai penjaga revolusi Islam atau
Revolutionary Guards, yg menurut Wikipedia mempunyai :
“ The Revolutionary Guards have roughly 125,000 military personnel including ground, aerospace and naval forces. Its naval forces are now the primary forces tasked with operational control of the Persian Gulf. It also controls the paramilitary Basij militia which has about 90,000 active personnel. Its media arm is Sepah News. “
Sebagai bandingan, ikut maklumat yg sampai kad aku, Professor Muhammad Mursi tidak langsung mengambik
langkah2 mempetahankan revolusi rakyat seumpama yg di ambik olih Almarhum Ayatullah, bila dia (Mursi) menang
Pilihanraya 2012, malah melantik
jenderal Sisi untuk kepalai tentera mesir yg aku syak main peranan penting untuk kucag kaciag ekonomi dgn
kenaikkan harga barang, memutuihkan bekalan letrik dan petrol dan kemuncaknya belaku pembunuhan
ramai2 di Medan Reka’a pd tahun 2013. Sudahnya, Sisi telah dgn sokongan tentera laksanakan ‘kudeta’ atau
rampaih kuasa. (,,,bersambung)

Aku said...

(Bersambung...)
Laa ni aku tengok banyak usaha untuk gugat kestabilan (‘destabilize’) Pakatan Harapan dari dalam parti dan dari luag. Jugak dari dalam negeri
dan dari luag negeri....macam satu perang geseran atau ‘war of attrition’.
Usaha pembentengan pulak sangat kurang....
Di bidang media sosial, hang dan beberapa ‘blogger’ saja yg aktif, secara istiqomah atau konsisten.
Lantaran, munkin dah sampai ‘pembentengan’ dibuat secara sistematik, tangkaih dan dalam sekala yg besag.
Selain mempetahankan dasag2 yg dibuat, seperti projek kereta nasional ketiga yg bulih menjana kerjaya bagi jurutera2/teknisyen yg saban tahun dikeluagkan olih unibersiti dan pusat2 latihan dan memasukkan teknologi, inovasi dlm elektonik, kejuteraan nano dan robotiks dll.pd industri tempatan,
penggalakkan ‘pelancongan perubatan’ untuk serap doktor2 muda yg laa ni hanya dilantik sebagai pegawai kontrek ...
dan menjana pekerjaan2 yg serasi dgn cita rasa orang muda....
selain petahankan dasag bataikan projek gegasi dgn China merah (basa isam jolobu) yg banyak menambahkan lagi hutang
dan bagi pekerjaan pada rakyat asing dan macam2 lagi.
Samping tu bulih jugak buat cadangan penambah baik pada parti... rintihan rakyat pasai kenaikkan harga barang, kos rawatan perubatan, ‘lambakkan’
pekerja asing yg mengekaikan tekanan ataih kenaikkan gaji dan banyak lagi yg secara lestari dan bukan cara bebantah bantah melampau atau ‘oppotionist’.
Maghap Kadiag,
Aku.

Budak jawa said...

Saya setuju kebanyakan point saudara terutama mengenai umno dan pas sebagai cerminan sikap orang melayu. Yang satu mabuk harta dan kuasa yang satu lagi macam alim kata orang sana sini tak betul tapi diri sendiri cakap ikut kepentingan dia je.

Nazri dan kj atau mana2 pemimpin umno kalau tak diaabitkan apa2 kesalahan apabila kes 1mdb diputuskan bolehlah jadi ahli biasa beraatu never as pemimpin sebab tidak amanah dan tidak bercakap benar semasa berkuasa apatah lagi menentang kemungkaran.

Melayu marah apabila tun m tegur, tak terima kelemahan diri. Tapi sedarlah, untuk bangkit kita perlu mengakui kelemahan diri, kemudian barulah kita berusaha memperbaiki kelemahan tersebut. Rajin, amanah, jujur, saling membantu anak bangsa dan tidak mementingkan diri sendiri adalah antara sifat2 yang perlu ada pada orang melayu.

Janganlah sentiasa meminta tapi bersedialah untuk memberi. Kerana kita bangsa merdeka yang ada harga dan jati diri.

Bangunlah.

myDesignWorld said...

Aslmkm, Datuk. Sebagai bekas ketua editor, sy rasa tulisan Datuk harus free from typo. I see many. a bit disappointed. it's like reading MalaysiaKini. Wallahu'alam

majid smsp88 said...

Biarkan je cerita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini Tu Kadir. Mereka yang mahu sebegitu. Berdengkar laung slogan 'parti lebih utama daripada individu' but cakap tak serupa bikin. Berdengkar laung slogan 'perjuang & pertahan' hak orang melayu tetapi halau melayu Kg Kerinchi, kg Haji Abdullah hukum, Perumahan Sri Pahang & Ang Seng yang 47 tahun depan mata saya.

Faham sangat perasaan dalam hati Tuk Kadir tentang Pekembar ini. Kita memang tak boleh sangkal budi Pekembar. Tetapi lately ini Pekembar dicacatkan oleh penyangak sedikit demi sedikit. Dari 10hb May till now, masih kelihatan ramai warga 50an keatas tentang raut wajah sedih mereka, juga 'mata berkaca' mereka. Nasi sudah jadi bubur, jika tak berselera nak makan bubur then jangan teruk buang. Itik etc masih bolah makan bubur ini.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tempang selepas 9hb May kerena tentangan golongan muda dari usia 21 > 35 ini sebahagian besar menetang penyangak Perkembar. Anak muda ini pun faham & berani untuk terima 'mata berkaca' pada wajah orang tua mereka.

Sebahagian anak muda ini ada kemahuan untuk kembali kepada Pekembar andai perkara ini dihentikan:-
1) Terus bercakap besar.
2) Berterusan menipu & manipulasi isu kepada orang kampung.

OR

Anak muda akan terus biarkan Perkembar lenyap sedikit demi sedikit bila:
1) Presiden Perkembar terus tak reti kawal mulut & bahasa anak buahnya.
2) Terusan Nak menipu & mamipulasi orang kampung.

Andai arwah ibu saya masih hidup la (arwah pada March 2017) then she also tetap akan 'mata berkaca' but she tetap akan tergelak besar andai dengar melalut meraban pemimpin Pekembar ini. Tuk Kadir cuba ingat kembali kilang acid (galvanize) name Kang Ah Bah ini yang now terpacak Menara Mutiara Bangsar now. Disini la arwah ibu saya kerja sebagai buruh besarkan saya tanpa ayah & tanpa berkahwin lagi till she gone pada usia 74. Tak ada pun dapat apa bantuan dari Perkembar then arwah pun tak pernah mengemis to them cos tau sifat Permlkembar as 'Merampas hak dari yang berhak then hak itu diberikan kepada yang tak berhak'= penyangak...

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Sekali lagi maghap Kadiag, ada RALAT dlm ‘coretan’ aku, 12.42 pagi,
perkataan ‘oppotionist’ sepatutnya ‘oppositionist’ no.
Aku

anon said...

kalau umno nak bergabung dengan pas atau pkr tak menjadi kesalahan. asalkan gabungan itu jelas, bukan sorok2 dan dilakukan sebelum bertanding. dah menang baru nak pakat mana boleh. tunggu undi akan datang la..

Haikal Hakimi said...

Salam Dato',

Frasa pemimpin UMNO yang hendak sertai PPBM haruslah menjadi ahli biasa adalah 'cliche', sekadar mahu beri gambaran kononnya PPBM tidak terhegeh-hegeh menerima mereka ini. Sedangkan hakikatnya, PPBM amatlah mengalu-alukan penyertan pembesar UMNO malah berusaha menarik sebahagian besar MP UMNO ke dalam parti itu. Masakan pemimpin bertaraf MP tidak akan mendapat tempat dalam PPBM? Bahkan sekiranya mereka benar-benar sertai PPBM, sudah tentu lah PPBM akan memanipulasi kedudukannya itu demi kepentingan PPBM. Jadi tidak usahlah Dato' bermain kata lagi. Siapa yang Dato' tulis, adalah satu kaedah gerak saraf perang saraf bagi tujuan membunuh UMNO dan imej para pembesarnya.

Mohd nAzir said...

Salam Dakj,

Alhamdulilah ada yg masih ingat perbuatan keji rejim BN dulu terhadap Tun. Kita jangan maafkan atau lupa apa yg depa buat sampai Zahid Jawa perli Tun keling dari India . Kejam kamjat Umno depa ni. Jangan bagi muka kat depa ni.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).