Tuesday, October 30, 2018

Selamat Bertakhta Al Aminul Karim


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang. Kerana subjek ini mungkin sensitif, tolong berhati-hati ketika mengulas.

Sumpah jawatan raja yang dipercayai bersifat mulia


MUTAKHIR, 1 Nov – Pada mulanya saya tidak mahu memanjangkan lagi bahas isu ini sehinggalah seorang kawan baik yang juga kawan baik kepada Sungai Petani (bahasa Dewan Rakyat) menghantar pesanan WhatsApp dari London berbunyi:

“My point is, kenapa sama kawan-kawan nak gaduh. Sampai nak lapor polis. Jika tak betul tegur dengan baik.”

Terima kasih saudara. Saya jawab kepadanya: “Itu hak dia.”

Untuk pastikan yang saya tidak “mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah” seperti didakwa oleh Sungai Petani itu, saya baca balik tulisan saya.

Merujuk kepada lirik lagu rasmi negeri Kedah, saya berkata: “Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah di atas takhta dan tanggungjawab raja adalah memelihara Islam “agama Nabi kita”.

Ia tidak kata, “berpanjangan usia di bilik lembaga” dan “pelihara konglomerat niaga baginda.”

Saya tidak menyebut apatah lagi menuduh Sultan Kedah duduk dalam bilik lembaga (board room) dan menjaga konglomerat niaga baginda.

Macam itu jugalah rujukan kepada lirik Negaraku:

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”

Saya kata, lirik itu tidak menyebut bahawa raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.

Saya tak sikit pun sebut apatah lagi menuduh mana-mana raja berada dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.

Untuk maklumat, saya hanya bertanggungjawab ke atas apa yang saya tulis dan siarkan di dalam blog ini saja.

Saya tidak bertanggungjawab ke atas petikan blog saya yang disiarkan oleh akhbar atau portal berita lain. Tapi rasanya ada orang yang marah dan mahu saya disiasat tidak baca tulisan asal saya.

Namun begitu, saya tidak ada masalah untuk memohon maaf walaupun tidak bersalah seandainya permohonan maaf saya itu boleh membantu menjernihkan yang keruh.

Saya juga ambil maklum kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bahawa upacara pertabalan itu tidak membebankan kewangan kerajaan negeri. 

Terima kasih.
 


MUTAKHIR, 1 Nov - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (Pakatan Harapan-PKR) hari ini menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat saya di bawah Akta Hasutan kerana menyiarkan rencana ini. Dia mendakwa rencara ini secara tidak langsung boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah (baca di sini). Itu hak dialah. Bukankah ini Malaysia baru yang bebas dan tolaren?


POSTING ASAL
 


SULTAN Kedah, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ditabalkan pada 22 Oktober lalu mengambil gelaran “Al Aminul Karim.”

Seorang pegawai Pejabat Sultan di Alor Star memberitahu, terjemahan bahasa Melayu yang diperkenankan bagi gelaran itu adalah “raja dipercayai yang bersifat mulia.”

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Alhamdulillah. Sebagai negeri majoriti Melayu-Islam yang kaya pun tidak dan miskin sangat pun tidak, Kedah memerlukan seorang raja yang dipercayai rakyat jelata dan bersifat mulia.

Seorang menteri orang Kedah yang hadir upacara penuh adat istiadat Melayu itu memberitahu saya, empat ekor gajah dibawa khas dari Pahang untuk tujuan tersebut.

Saya rasa ini adalah gajah daripada Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Di situ ada dua jenis gagah. Gajah denak yang jinak dan gajah liar yang ditangkap. Gajah liar itu akan dipindahkan ke tempat lain agar tidak bertembung dengan manusia.

Menteri itu turut memaklumkan kepada saya berapa belanja membawa haiwan itu pergi balik. Boleh kira mahallah. Tapi saya kata kepada beliau, kalau raja bijaksana dan sentiasa di atas takhta, saya relalah dengan perbelanjaan itu.

Lagipun bukan hari-hari raja ditabalkan. Pertabalan terakhir berlaku di Kedah lebih 60 tahun lalu apabila Almarhum Sultan Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan.

Menteri itu kata lagi, bukan sahaja majlis tersebut penuh adat istiadat Melayu tetapi lebih daripada itu ia bersandarkan Islam dan Al-Quran.

Katanya, sumpah jawatan yang paling tinggi adalah apabila Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, membacakan doa yang terkandung di dalamnya Ayat ke-26 Surah Al-Imran.

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ
قَدِير

["Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”]

Walaupun terlewat, saya turut menadah tangan mengaminkan doa beliau sambil berharap lirik lagu rasmi negeri Kedah akan menjadi panduan.

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata.”

Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah di atas takhta dan tanggungjawab raja adalah memelihara Islam “agama Nabi kita”.

Ia tidak kata, “berpanjangan usia di bilik lembaga” dan “pelihara konglomerat niaga baginda.”

Rangkap penyudah lagu kebangsaan negara kita pun mengingatkan hal yang sama.

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”

Ia tidak kata, raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.

[Untuk bacaan tambahan TEKAN DI SINI].

Perlembagaan negara kita meletakkan raja-raja di atas takhta (di dalam istana) dengan peruntukan kewangan dan kemudahan yang tidak termimpikan oleh manusia biasa.

Mungkin dalam era Malaysia baru ini, Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri boleh maklumkan kepada rakyat jelata berapa banyak perbelanjaan yang mereka peruntukan kepada raja-raja mereka.

Nota kaki: Blog ini mengamalkan etika tunjang kewartawanan iaitu hak menjawab (right of reply). Sesiapa saja berhak menjawab dan membalas apa juga yang disiarkan di sini.

Wallahuaklam.

40 comments:

Unknown said...

Dah kadir tok kaduk. Kau tahu kebenaran. Kau aku harap di mahsyar kalu boleh jadi babi lg baik9

Serpico said...

Couldnt agree more than what was written. Perhaps the time has come for transparency in the costs of upkeep by our Govt for royalties in Msia.

Unknown said...

Datuk
Kita saling pesan memesan agar sama2 pijak di bumi nyata. Setuju dgn pendapat datuk. Kalau datuk ulas lagi banyak dan panjang pun bagus.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Teruih terang aku nak kena habag kad hang aku jahe pasai kelakuan kaum feudal ni. Keliru aku bila hang nulih pasai rangkap
akiag lagu depa :
“Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata.”

Pada hai ada laporan macam ni:
“Tunku Nafisah bersama Tunku Kamaliah berkenan menyiram air daripada ketiga-tiga tempayan itu ke atas Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha dengan diikuti siraman terakhir oleh Mufti Kedah ke atas baginda berdua.

Setelah itu, Syeikh Fadzil mengadap baginda berdua dan terus melafazkan doa. Kemudiannya, Ketua Istiadat mengadap baginda berdua dan mempersembahkan istiadat itu selesai.”(Utusan Online, 14 Okt 2018)*.

Kod2 hang bulih coret sikit macam mana depa pelihara agama nabi kita, yagni hang bagi kelia (‘pencerahan’ setengah orang kata).
Tu pon kalu hang ada kelapangan.
Maghap no.
Aku.

*Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-sultanah-kedah-berkenan-sempurnakan-istiadat-siram-tabal-1.767171#ixzz5VQ3l3JTk
© Utusan Melayu (M) Bhd

fauziasmara said...


Raja adil raja disembah,

Raja zalim bolehkah disanggah?

Unknown said...

Datuk
Kasi tekan sikit point belanja tu. Semua dah bagi dah, mau apa lagi.
Kami nak tau jugak . Agak2 laa

Manan Razali said...

Kenyataan Menteri ini perlu teguran : "Bukan sahaja majlis tersebut penuh adat istiadat Melayu tetapi lebih daripada itu ia bersandarkan Islam dan Al-Quran."

Sekadar membaca doa dan sepotong dua ayat Quran tidak secara otomatiknya menjadikan sesuatu upacara adat itu Islamik. Masih banyak lagi amalan2 yg diamalkan dlm adat istiadat pertabalan raja2 Melayu secara umumnya adalah berasaskan kpd kepercayaan Hindu. Para mufti disetiap negeri harus peka kpd perkara ini dan main peranan utk perbetulkan ini semua melalui nasihat dan teguran yg berhemah dan bijaksana.

Manunggal Jati said...

"Al-Aminul Karim"
Membawa maksud Seorang yang benar-benar amanah akan dimuliakan oleh Allah

“Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata.”

Maksudnya..
Tanda kemuliaan seorang yang bergelar Sultan yang berkuasa adalah Sultan mendapat jaminan keselamatan kerana dilindungi oleh Allah..
Perlindungan Allah sentiasa ada sepanjang usianya sebagai pemimpin..
Tanggungjawab sebenar seorang Sultan adalah menjaga amanah Allah yaitu memelihara dirinya supaya menjadi suri tauladan dan contoh ikutan yang baik bagi para ulama dan rakyat jelata di negeri jajahannya dan seluruhmya sebagai seorang pemimpin agama Islam yang benar-benar mengikut pemimpin umat pilihan Allah yang satu yaitu Nabi Muhammad Rasulullah.

“Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”

Maksudnya..
Rahmat yang dikurniakan oleh Allah akan sentiasa menjamin kebahagiaan hidup di dunia sehingga ke akhirat..
Sehingga seorang Pemimpin yang mendapat Rahmat dari Allah akan sentiasa selamat di dalam kehidupannya dari segala malapetaka bala bencana kerana sentiasa dilindungi dan dipelihara keselamtannya oleh Allah..

Transparency and accountability said...

Datuk,
the rakyat wants more followup on the annual upkeep for the royalty, their Treasury allocations and whether these exceeds or complies. I believe there was a recent statement on the Agong's expenditure, could you let us have more updated details on this.
Transparency and accountability must extend to everyone from the very top to the bottom ranks.

Hanezam said...

Ya Datuk

Negeri Kedah Serata-rata

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih kepada semua pembahas dan pelawat.

2. Jawapan ini saya tujukan khusus kepada pembahas yang menggunakan nama samaran Gaius Fabius aka johnapge1 dan seorang lagi yang memperkenalkan diri sebagai rosmin nasib.

3. Saya tidak dapat menyiarkan komen saudara Giaus Fabius aka johnpage1 kerana kandungannya keras, kasar dan mengejek. Kita boleh kritis terhadap individu yang menjadi raja tetapi kita wajib hormat institusi raja kerana ia termaktub dalam perlembagaan.

4. Kepada rosmin nasib, saya tertarik dan berminat dengan kupasan panjang saudari mengenai Perkeso tetapi komen saudari itu tidak sesuai untuk tajuk ini.

5. Saya ambil maklum dan bersedia berjumpa saudari bagi memastikan bagaimana saya boleh membantu. Tinggalkan nombor telefon atau email supaya boleh saya hubungi. Saya akan rahsiakan.

Terima kasih.

Putrajaya blues said...

Datuk,
from comedy to mockery, Shafee and Najib really make a nice couple.
It was reported former prime minister Najib Razak is opposing the prosecution’s move to transfer the case against him relating to SRC International to the Palace of Justice in Putrajaya.
He wants the case to be heard at the Kuala Lumpur High Court.

In another article, Shafee says bring on the live telecast. The defence team for former premier Najib Abdul Razak believes that it is a good idea to have his trial aired live on television.
Lead counsel Muhammad Shafee Abdullah said today that everything should be transparent.
"I think it's a good idea, let people know what the trial is about...

The courts in Putrajaya are sufficiently huge to cater to live camera crews.
Does Shafee think the Chief Judge of Malaya Zaharah Ibrahim can be bullied?

NO, NO AND NO !!! said...

Datuk,
Misunderstanding my foot!!

Arau MP Datuk Seri Shahidan Kassim has come forward to say that it was all just a "misunderstanding", after allegations emerged that a Perlis MP had sexually molested a 15-year-old girl.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/31/shahidan-kassim-says-molest-report-was-just-a-misundertanding/#pvbMukkPhsxlIY86.99

No need to beat about the bush if Shahitan thinks that the withdrawal of the girl's report will enable him to join Bersatu.
NO WAY, NO WAY!

Where do you go? said...

Datuk,
what's with all the hoohaa at PKR leadership that it is not healthy for PH parties (pointing at Bersatu) to invite unhappy UMNO MPs into its fold?

What's wrong if these UMNO MPs sign up into Bersatu? The only criteria would be to screen their motives and set criteria and bar certain corrupt individual leaders and members. Mustapha is one of the worthy ones, surely there are some more.

PKR now is jumping into the race to entice these dissenters into their own party.
Because PKR leaders are afraid they will lose out in the numbers of MPs in Parliament.
It is so shameful, sort of if you can't beat them, join them!

Just as well, let's make it more interesting, it's timely for some PKR members to put on their thinking caps and leave PKR, join parties like Amanah, Bersatu and DAP.


Hakimi Abdul Jabar said...

Pursuant to Article 8 clause 1 of the Federal Constitution, all persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law. Hence, what calls for the SPECIAL PROTECTION of a particular class of persons that deprives all other persons equality before the law and the same entitlement to the equal protection of the law? Kadir Jasin is constitutionally entitled and protected by law to express his opinion and speech and for his readers to exercise their constitutional right to receive information.

http://kadirjasin.blogspot.com/2018/10/selamat-bertakhta-al-aminul-karim.html

mecananga said...

Salam hormat Datuk..

Kalau tak silap saya Datuk dah kedua kali dituduh dibawah akta hasutan.Saya boleh katakan blog Datuk dah "panas" sekarang. Bukan dulu tak "panas" tapi sekarang lagi berat tuduhan2 yang dilempar.Saya harap Datuk boleh bertahan sampai bila2 kerana sebelum ini Datuk telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Media CEP ekoran kontroversi yang timbul melalui blog Datuk.
Inti pati tajuk blog kali ini bukanlah sampai ke tahap menghasut. Saya anggap ianya sebagai satu teguran umum kepada Raja2 Melayu.Memang ada asasnya apa yang diutarakan dalam blog Datuk ini.Munkin MP Sg.Petani diarahkan untuk membuat pertuduhan sebegitu.Saya faham dah orang politik ini kuat bersandiwara.

Sekarang ini Datuk juga dikira sebagai orang politik. Hanya saya berharap jangan terlalu bersandiwara.
Harapan saya Datuk, "Always say what you mean and mean what you say"

"Carry On Blogging And Remain Calm"
Terima kasih...

Unknown said...

Assalanualaikum.

Datuk

Majoriti rakyat berpihak pada tulisan atau write up Datuk ini. Please continue wriring.

Payung sebenar utk rakyat Nalaysia ialah PARLIMEN dan bkn dari pihak2 tertentu saja.

Wassalam

Rambling4 said...

Sultan sultan yg bertakta dinegeri masing masing pd sejarahnya memiliki jajahan negeri negeri tersebut. So why talk and complain? It is their rights including to sack any misbehaving citizens from their states.

Unknown said...

“Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”

Ia tidak kata, raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.
Yes ayat2 diatas tu dituju keatas sultan2 dn raja2,baca dn hadam...kita syg sultan dn raja tpi kene lah sultan yg adil yg jd penjaga kebajikan rakyat ....

pearlady said...

Apasal semua Bini raja tanah melayu x mengambarkan Bini seorang sultan Yang bertangjwab menjaga agama? Raja sendiri gagal mendidik Bini n keluarga masing2 macam mana rkyat boleh harap mereka utk memperkasakan agama mengikut ajaran Nabi Muhammad? Di Johor nuh, kijoan sapa YG menghalang ustaz Dan ustazah sunnah Dr bg ceramah kat Sana? Dah sampai masanya kena Ada satu lg peruntukan undang2 bg raja2 iaitu perlu mempunyai sijil at least diploma dalam Islamic studies..

anuar said...

Dulu Fitnah Agong...now nak bagi Rakyat benci pada Sultan Kedah...MB Kedah pun dah bagi kenyataan kos masih dlaam bajet di benarkan....Tunggula DSAI jadi PM....

jumbeaux said...

Hati-hati Datuk. Segala ucapan dan tulisan Datuk dipantau sekarang. Ada orang besar yang tak suka pada Datuk rasanya. Kalau dia dah naik jadi "Raja" mungkin lebih teruk tindakan yang Datuk akan kena nanti.

Tapi selepas membaca artikel Datuk, saya tak nampak di mana yang dikatakan hasutan. Biasalah kalau ada chandek menchandek sikit-sikit. Yang sensitif sangat tu mungkin ada cita-cita nak jadi MB kot.

Anak jati kedah said...

Betul la tu apa yang Dato tulis. Kisah kesultanan kedah ini pun ada yang tak kena, pihak istana dan MB ada sembunyi sesuatu dari rakyat jelata. Tiba masa meletop juga ia. Apa pun terbaik tulisan dato pasal raja2, mereka tertakluk di bawah sistem demokrasi raja berperlembagaan, semua tentang perbelanjaan kena hebahkan. Maaf mengganggu Dato'.

No more plastic waste processing said...

Datuk,
Why is The Housing and Local Government Ministry changing its mind, now it is mulling limited and stricter approved permits (AP) for importing plastic waste instead of an immediate ban.

Minister Zuraida Kamaruddin in a written parliamentary reply yesterday, said an immediate ban would impact the local plastic processing industry, whose recycled plastics are exported to other countries.

Question is does the Minister Zuraida want to risk the rakyat's health and lives when the processing of such waste is contaminating the rivers, air, environment?
Is she deaf and blind to all these dangers for the sake of $$$?
She better think twice.

The Minister of Energy, Green Technology, Science, Climate Change and Environment Minister Yeo Bee Yin must be appointed as the rightful owner and decision maker on this and the Housing and Local Govt must follow her lead.


Abitpusher said...

Malaysia baru yang pemimpinnya muka lama jugak. Huhu

zarra said...

Datuk, actually takde yg seditious tulisan trsbut. Apa yg cuba Datuk bawa ialah spya pembaca trdedah kpd konsep tnggungjawab & kebertnggungjawaban. Seseorng itu bukan sj responsible tp jg accountable selaras dgn hakikat insan ini diciptakan Khaliq (2:286). Tahniah Datuk!

Anonymous said...

Saya ulang baca beberapa kali tulisan Dato. Tak nampak ada niat buruk sehingga boleh merendahkan institusi Raja. Mengapa YB tu melatah sampai minta disiasat dibawah Akta Hasutan. Mungkin dia ada agenda tersendiri. Dato tak perlu rasa gementar kerana gelagat YB berkenaan.

Ikkas
Rahim

Pun unknown jugak said...


Cerminlah diri sendiri dulu saudara unknown.

Anonymous said...

Yang Berbahagia Dato'. Elok juga Dato telah memohon maaf sekiranya telah disalah tafsir oleh pihak lain. Institusi Raja harus dihormati dan saya fikir elok juga untuk kehadapan semua pihak lebih berhati-hati dalam menyampai sebarang pendapat dan pandangan. Kedudukan Dato sendiri tersangat sensitif sebagai Penasihat Komunikasi kepada Kerajaan sekarang. Lebih baik Dato tidak terlalu terbuka didalam isu-isu sensitif kerana setiap perkataan yang Dato tulis ditafsirkan mengikut kefahaman politik masibg-masing.

Iklas
Rahim

wansee c said...

Don't get upset just because of some insignificant sycophantic hand-kissers. There are numberless of your die-hard supporters are with you.
I dare say, most of us truly appreciate your genuine intention of bold writing to reveal the truth. The rakyat deserve the right to know the whole truth which we had been deprived of. To me, trust is nothing without truth. We need mutual trust to live in a harmonious and peaceful country. What more important than this?
Don't worry, nothing is going to happen to you as you have NOT offended anyone. You did NOT fabricate false information and it is NOT a narrative fiction, either. I believe.
My instinct tells that there must be a motive behind it. Never mind then. God willing, the divine retribution is on the way.
I wonder, why the hustle-bustle of this issue at the Parliament? On the purpose of drawing huge attention from the media? Well, they got that. Are we NOT living in a new HOPE era of government which permits the freedom of speech and press? And, are we NOT guaranteed the transparency and accountability? And, why is there the need for absolute secrecy of the Palace? And finally, is it still a taboo for the rakyat to overtly talk about the Royal?
I am getting perplexed now and can't bring myself to comprehend. Seemingly the PH sabotages PH thing has gotten from bad to worse. Really?
All human beings are equal in the eye of ALLAH, don't we? In the end, each and every one of us will have to be judged by HIM. No one is exceptional. Hidup Tok Kadir!

dt rahman pekan said...

negara Brunei mengamlkan 'absolute monarchy'. duit n hasil negara d urus n d kawal olih nya sendiri (d bantu olih penasihat2).

tak mungkin sultan2/raja d malaysia bolih setaraf dgn nya.

serupa juga dgn kerajaan persekutuan, semua peruntukan d semak n d perakukan olih 'budget review officers' sebelum ia nya d muktamadkan olih menteri kewangan n dewan perundangan/ parliamen.

jgn lah salahkan institusi sultan n raja jika jumlah yg d belanja tlh d lulus terlebih dahulu olih pihak berkuasa masing2. apa yg perlu d buat sekarang adalah memastikan jumlah yg d lulus berpatutan n seimbang dgn kemampuan kerajaan pusat/negeri.

Barakatnot said...

Datok kadiag !
Tegur boleh ...bagi kena cara... Kalu nak ada niat jahat dan memalukan Raja2 Melayu baik tak payah.. Bertahta maksudnya memerintah.. Agong/Sultan adalah ketua kerajaan yg memerintah... Jangan kelirukan awam... Jgn buka ruang pendatang dan kafir naik tocang mcm la ni...

Besaq jasa Raja2 Melayu... Nikmat iman dan islam pd kita tu antara asbabnya ialah Raja2 Melayu...

Buah Kerdas said...

Saya setuju dan sokong tulisan Dato'.

Kecoh kah Malayaia akibat tulian Dato' ini? Tidak. Tidak. Tidak.

Biasalah dengan ahli politik; mesti mahu tonjolkan diri walau pun dengan isu yang boleh jadi polimik kontroversi lagi sia-sia. Sejarah Malaysia modern telah menyaksikan bagaiamana sebilangan ahli politik, terutama yang berDNA UMNO sentiasa mengambil keuntungan dari institusi Raja Melayu. Mereka bergantungh pada keadaan mendewakan institusi Raja Melayu untuk meraih sokongan dan mereka juga mencemuh institusi Raja Melayu semasa hendak meraih sokongan. Tidak sedikit juga peniaga yang berselindung dibalik institusi Raja Melayu untuk melicinkan jarum laluan projek niaga mereka.

Pada pendapat saya institusi Raja Melayu sudah banyak kehilangan seri dan daulatnya dimata rakyat Melayu akibat daripada kegagalan kerabat Raja Melayu memahami maksud Raja Berperlembagaan. Cukuplah dengan UMNO yangh telah ditolak rakyat kerana mereka gagal memahami maksud Rukunegara dalam konteks demokrasi berparlimen; kita tidak mahu institusi Raja Melayu turut ditolak rakyat gara-gara mereka gagal memahami maksud Perlembagaan yang meletakkan mereka ditempat sekarang.

Unknown said...

Setuju dan amat menyokong tulisan Dato.Pedulikan ahli politik yang pertikaikan tulisan Dato. Kerana pada pengamatan saya mereka ini ada agenda politik tersirat dan sentiasa cari peluang untuk hentam mereka2 yang pada pendapat mereka bole halang tokoh tertentu dari pegang teraju suara.
Saya amat terharu kesediaan Dato untuk minta maaf untuk jernihkan keadaan dan menjaga perpaduan PH. That speaks volume of Dato magnanimity

End perks, allowances, remuneration said...

Datuk,

read in The Malaysian Insight that the National Council of Professors (MPN) will not be dissolved as earlier announced by the Pakatan Harapan government, but will now operate as a civil society body with the freedom to engage with any party or stakeholder.

So as a matter of transparency and accountability, are they still receiving remuneration? Their roles have changed, no longer advisory to the Govt.
Let's end all their salaries, perks and what have you.
What kind of useful work have they performed for the rakyat and for the govt

Education and education said...

Datuk,
the Education Ministry has been given the lion's share in allocations in budget 2019. It is an extremely heavy burden to bear for the newly appointed Minister Mazlee who is a novice in certain issues.
Isn't it logical and inevitable to have 2 Ministers to run the show? Mustapha has loads of experience in the education portfolio and he can take over the university portfolios without a sweat.

eri said...

salam boleh tau dulu2 macam mana nak jadi sultan/raja?

Jojo said...

Saya baca artikel ini dan tak nampak ada unsur penghinaan terhadap Sultan Kedah.

Saya rasa Johari Abdul ni nak bodek sultan. Saya harap Sultan Kedah yang bijaksana tak termakan bodekkan Johari.

Itu saja.

A KADIR JASIN said...

Saya menerima pesanan WhatsApp yang mengulas mengenai tajuk tampalan ini. Penghantar tersebut menggunakan nama samaran Geng Tomoi. Berikut saya siarkan sepenuhnya ulasan beliau itu untuk tatapan kita bersama:

"Cuma nak komen tentang Tuanku Sultan Kedah... Nak komen tentang Sultan2 lain x boleh.. Sebab x kenal secara peribadi

Pertama sekali, kadir x patut tulis kalau x tau fakta yang tepat. Lebih2 lagi kalau x mengenali Sultan Kedah secara peribadi.

Saya nak bagi fakta tentang Sultan Sallehuddin, Sultan Kedah ke 29.

1. Sultan Kedah sekarang tak gila kumpul harta. Tuanku hanya ada sebidang Lot Banglo yang dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Abdul Halim

2. Tuanku cuma ada tanah seluas 5 ekar di dalam negeri Kedah, iaitu di Tanjung Belikit Langkawi. Kiranya Tuanku Sultan punya tanah lebih sedikit daripada tanah2 kebanyakkan daripada kita. Kalau tak percaya boleh buat carian di pejabat PTG Kedah

3. Tuanku Sultan Kedah tidak mempunyai sebarang bentuk perniagaan ataupun mempunyai proxy untuk menjalankan perniagaan. Ketika ditanya kenapa tidak berniaga... Jawapan Tuanku adalah kerana Perlembagaan tidak membenarkan.

4. Pendapatan bulanan Tuanku Sultan Kedah hanya daripada elaun yang sememangnya diperuntukkan. Rasanya gaji pak menteri seperti pengisytaharan harta baru-baru ini lebih tinggi dari pendapatan Tuanku Sultan Kedah dan apa2 yang diperolehi daripada kerajaan hanya seperti yang diperuntukkan

4. Acara pertabalan baru-baru ini dicadangkan sepenuhnya oleh pihak pentadbiran negeri. Penglibatan gajah dan sebagainya tidak melibatkan permintaan keluarga diraja

5. Pernah satu ketika ketika Tuanku dapat satu AP setelah menjawat Jawatan Pemangku Sultan...Tuanku Sultan bercadang untuk membeli hanya kereta terpakai kerana mahu berjimat

6. Tuanku Sultan suka hisap cigar. Tuanku hanya hisap brand Villager yang murah.. Yang biasanya Tuanku akan beli sendiri di Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

7. Tidak seperti sebahagian ahli politik, Tuanku Sultan Kedah tidak mempunyai "funder" di belakang

8. Tuanku Sultan pernah menolak hadiah sebuah Rolls Royce dari ahli perniagaan sebaliknya menitahkan agar hadiah tersebut diberikan kepada Kerajaan Negeri

9. Tuanku pernah menitahkan kepada bekas Pengarah PTG Kedah, Dato Mohd Nor kalau tidak silap saya supaya sebarang permohonan daripada anakanda2 Tuanku mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan

10. Tuanku Sultan akan melenting kalau menerima aduan pegawai kerajaan tidak hormat kepada rakyat. Dah ada 2 orang pegawai yang kena

11. Ketika satu cadangan utk acara charity dikemukakan, Tuanku menitahkan supaya acara charity tersebut tidak fokus kepada bangsa Melayu sebaliknya melibatkan lain-lain bangsa kerana lain-lain bangsa itu masih rakyat Kedah

12. Tuanku Sultan tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kecuali yang tertakluk di bawah kuasa baginda

Sultan yang macam ni pun kena...

Nak cakap aku kaki bodek terpulanglah.. Tetapi.. Nasihat aku kepada Kadir Jasin dan ya g sewaktu dengannya adalah.. Jangan cari dosa kering. Susah nak merangkak kat Padang Masyar nanti

Lebih elok kalau Kadir Jasin menulis tentang isu2 yang lebih panas sekarang daripada contohnya icerd yang mana ramai lagi x begitu faham atau apa2 isu yg memerlukan penjelasan

-Geng Tomoi-"






panglimo potaseh said...

Geng Tomoi.

Cerita ..cerita jugak. Sebagai generasi "Malaysia Baru" kita nak tau berapa abis untuk pesta pertabalan tu ..kalau tak apa beza BN dan PH ..takat cakap "Malaysia Baru" je lah ..cakap-cakap semua orang boleh .. ..?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).