Tuesday, November 06, 2018

Batal IPP Untuk Ringankan Beban


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Empat hingga enam lesen baru IPP mungkin dibatalkan
DASAR “cash is king” kerajaan lama Barisan Nasional (BN) menular secara sistematik dan berleluasa sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi yang tidak diperalatkan.

Penyiasatan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dengan bantuan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Emiment Persons/CEP) mendapati sistem pemberian kontrak dan konsesi zaman kleptokrasi (kerajaan yang mencuri) merugikan negara dan membebankan rakyat jelata.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengamalkan dasar “duit adalah raja” dengan harapan mendapat taat setia dan sokongan semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.

Antara badan yang teruk dibebani oleh amalan ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini berkesudahan dengan kerajaan membatalkan beberapa lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) yang dikeluarkan pada beliau.

Pemberian tidak terkawal lesen IPP ini menyebabkan TNB dibebani kos operasi tambahan apabila terpaksa (atau dipaksa) membeli elektrik yang tidak diperlukan yang dijana oleh IPP.

TNB pula akan memindahkan beban kos itu kepada pengguna dalam bentuk tarif elektrik yang lebih mahal.

Dalam bahasa yang mudah, pengguna dipaksa membayar tarif yang lebih tinggi daripada sepatutnya supaya pemegang konsesi IPP mendapat keuntungan terjamin selama sehingga 25 tahun.

Walaupun penjanaan menggunakan sistem IPP telah membantu menjamin bekalan yang stabil, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu banyak lesen IPP dikeluarkan.

Boleh dikatakan semua lesen baru ini diputuskan secara rundingan terus dan kebanyakan penerimanya adalah orang yang tidak pernah terlibat dengan penjanaan elektrik atau yang sepatutnya tidak terbabit dengan perniagaan.

Akibatnya TNB, sebagai pembeli tunggal elektrik yang dijana oleh IPP di Semenanjung, mempunyai bekalan yang tidak diperlukan yang jauh lebih tinggi daripada margin rizab (reserve margin) 30 peratus yang diperlukan.

Margin rizab ini diperlukan untuk menghadapi kemungkinan seperti permintaan yang naik secara mendadak atau apabila berlaku penutupan penjana kerana kecemasan atau untuk penyelenggaraan.

Empat Lesen Batal

Pada 25 Oktober lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengumumkan pembatalan empat lesen IPP atas alasan gagal mematuhi syarat.

Empat lesen IPP yang dibatalkan itu adalah:

1.Usaha sama Malakoff Corp Bhd-TNB di Kapar, Selangor dengan daya penjanaan 700MW menggunakan gas;

2.Aman Majestic Sdn Bhd-TNB di Paka, Terengganu dengan keupayaan 1,400MW menggunakan gas;

3.Penjana hidro usaha sama Sabah Development Energy (Sandakan) Sdn Bhd - SM Hydro Energy Sdn Bhd di Sandakan, Sabah; dan

4.Penjanaan tenaga solar 400MW oleh Edra Power Holdings Sdn Bhd milik China. Edra ini asalnya milik 1MDB, tetapi dijual kepada China untuk bayar balik sebahagian hutang 1MDB.

Sumber-sumber memberitahu dua buah lagi projek sedang dipertimbangkan pembatalannya, iaitu Tadamax di Pulau Indah, Selangor dengan cadangan kapasiti 1,400MW dan THB Power Sdn Bhd dengan cadangan kapasiti 1,400MW juga di Gurun, Kedah.

Tanpa penjana-penjana ini pun, bekalan elektrik yang terpaksa dibeli oleh TNB dalam jangka pendek akan melebihi rizab yang ditetapkan.

Misalnya, apabila IPP Tuah milik Edra di Melaka mula beroperasi pada tahun 2021, rizab TNB akan melambung kepada 46 peratus dan jika pembinaan IPP yang sudah dilesenkan itu diteruskan, lebihan akan meningkat kepada hampir 50 peratus pada tahun 2024.

Dalam bahasa yang mudah, pengguna dijadikan mangsa dengan kadar tarif elektrik yang lebih tinggi daripada sepatutnya semata-mata bagi memperkayakan beberapa orang kenamaan dan kapitalis.

Identiti mereka bukanlah rahsia tetapi saya tidak akan dedahkannya kerana projek mereka telah pun dibatalkan dan mungkin mencetuskan satu lagi kontroversi jika dihebahkan.

Ironinya, lembaga pengarah dan pengurusan kanan TNB yang membuat keputusan merugikan itu masih belum diganti walaupun ada khabar mengatakan mereka akan ditukar tidak lama lagi.

Mereka ini wajib mengambil tanggungjawab atas keputusan yang mereka buat tidak kiralah sama ada mereka melakukannya secara bebas atau kerana wahyu daripada kerajaan lama.

Kesimpulannya, kalau BN terus berkuasa dan penjanaan elektrik yang berlebihan ini diteruskan maka TNB akan dibebani bekalan berlebihan dan pengguna dipaksa membayar kadar tarif yang lebih tinggi.

Tekanan harga elektrik tetap ada kerana kos penjanaan akan naik jika harga gas dan arang batu naik. Tetapi setidak-tidaknya buat masa ini tekanan harga kerana bekalan yang berlebihan sedang dikurangkan dengan pembatalan empat hingga enam IPP berkenaan.

Sementara itu, dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan penambahan subsidi elektrik kepada pengguna kecil daripada RM20 sebulan kepada RM40.

Nota kaki: Blog ini mengamalkan dasar hak menjawab (right of reply). Pembaca yang tidak puas hati boleh menjawab dalam ruang komen. Saya hanya bertanggungjawab ke atas blog ini saja. Saya tidak ada kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap petikan daripada blog ini oleh pihak-pihak lain.

Wallahuaklam.

26 comments:

budak jawa said...

Assalamualaikum DAKJ,

Saya harap kerajaan sekarang boleh telus dari segi menyediakan maklumat berkenaan siapa pihak syarikat, ngo atau individu yang mendapat kontrak, subsidi, bantuan, konsesi atau insentif cukai serta lain-lain faedah daripada kerajaan, yang boleh diakses oleh rakyat supaya lebih telus dan kita tahu sekiranya faedah yang diperolehi diterima oleh pihak yang layak, jumlahnya berpatutan dan mengelakkan pihak yang tidak sepatutnya tidak kira latar belakang dari memperoleh manfaat.

Didik masyarakat kita dan gunakan kuasa rakyat untuk menentang sebarang bentuk kejahatan, perhambaan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Satu lagi, semua ahli politik termasuk anggota kabinet dan ahli parlimen hendaklah mengisytiharkan pendapatan dan harta. Ini termasuklah pendapatan dan harta anak-beranak mereka dan anggota keluarga terdekat. Sila wajibkan dan segerakan. Saya musykil juga ahli politik sepenuh masa yang ke hulu ke hilir ni siapa pula yang menanggung kehidupan mereka dan keluarga mereka. Taknaklah juga bila jadi kerajaan timbul pula isu balas budilah apalah, sampaikan jawatan di pejabat menteri dan timbalan menteri habis diisi dengan lantikan politik menyebabkan komunikasi tidak lancar antara anggota pentadbiran dan pegawai. Kelayakan tu lainlah pulak ceritanya kan. Hmmm.

Sekian.

JBBoy said...

Rasanya bukan sekadar projek projek macam IPP ni aje Tuan.... Masih banyak lagi penipuan 'halus' yang belum di dedah di hampir semua Kementerian semasa pentadbiran lama tu. Rasanya Malaysia layak di gelar 'Oxford' For Obtaining Bribes And Being Corrupt. Rasa saya Mat Saleh pun boleh belajar dari kita cara menipu dan mencuri!!
Mudah mudahan semuanya dapat di bongkar dan yang salah di dakwa, di adili dan di hukum seimpal dengan pengkhianatan yang di laku kan!

msh said...

Salam Dato....'Well written...message loud and clear....'betapa rakyat dizalimi oleh Pemerintah dahulu.

Walaupun Dato tidak terperinci siapa dibelakang IPP2 berkenaan.... tetapi rakyat tentu dpt meneka siapa mereka2 ini....tentunya...ipar handai rakan taulan atau PROKSI Pemerintah daj@l.

Bayangkanlah jika BN Umno masih memerintah.
Kuddos untuk Tun M dan PH.

Ini satu perkembangan terbaik....tetapi saya masih menunggu bila lagi pendakwaan mencuri...menipu rasuah terhadap puluhan ketua Umno berjawatan menteri dan penjawat2 awam lain agar ditangkap dan dijelkan.

rexuan said...

Semua orang tahu yg contract berat sebelah ni umpama saka dari Tun M. Tapi cara tuan tulis umpama meletak salah atas BN (baca: DSN) padahal sekarang ni orang yg betul2 bertanggungjawab dilantik pulak jd PM lagi dan tk pulak tuan persalahkan walau sekelumit.. malah disebabkan usaha DSN la, tarif elektrik tak dinaikkan dan petronas tk perlu lagi subsidi IPP ni.. heran bab ni tuan tak sebut pulak..

SUZALIE said...

Syukur Alhmadulillah, rakyat Malaysia bijak memilih.

anti penyokong Bugis dan Jawa said...

aaik....masih ada yg tak nmpk realiti....dan mahu salahkan Tun M.
Kasihan org2 ini.
Masih tak puas hati lagi.

Mike said...

Lopsided PPA untuk IPP mesia zaman Tun semua dah expired. Ada yang diperbaharui based on new competitive PPA. Ada yang stop. Ada yg diperbaharui secara kontrak jangka pendek. Ada yang dibuka semula untuk IPP bidding based on competitive PPA. Sekarang, IPP besar yang terhasil seperti Malakoff dan YTL, sebahagian income syarikat adalah dari perniagaan bekalan elektrik luar negara termasuk green technology seperti wind mill. Tindakan Tun dahulu adalah betul dalam melahirkan IPP yang berdaya saing walaupun untuk menghasilkannya memerlukan satu tempoh yang lama dan pengorbanan yang membawa kepada pertikaian....

Unknown said...

Bagaimana 1MDB Telah Menguntungkan TNB Dan Petronas Selepas Rugi Sebanyak RM150 Bilion Selama 20 Tahun

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu bahawa, sejak tahun 1992, IPP Mahathir telah rompak TNB sebanyak RM150 bilion. Malah, pada tahun 2013, Kit Siang mendedahkan bahawa ini adalah rompakan terbesar dalam sejarah Malaysia. Salah satu sebab utama 1MDB ditubuhkan ialah untuk mengembal alih IPP dan menjimatkan TNB lebih daripada RM10 bilion setahun. Dalam proses yang sama, Petronas juga diselamatkan berbilion ringgit setahun dalam subsidi minyak. Ini adalah rahsia yang Mahathir tidak mahu rakyat Malaysia mengetahui, Sebab itulah dia menyerang 1MDB pada tahun 2015.
Najib Tun Razak berkata, selama 15 tahun sehingga 2012, syarikat petroleum negara terpaksa memberi subsidi gas yang dibekalkan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP). Ini menyebabkan Petronas menanggung kerugian lebih daripada RM10 bilion setiap tahun.

Walau bagaimanapun, Najib berkata, lebih kurang enam tahun lalu, 1MDB telah mengambil alih banyak IPP dan menjadi syarikat IPP kedua terbesar di negara ini. Ini, katanya, membenarkan kerajaan memulakan tender terbuka untuk perjanjian IPP.

Najib berkata selepas 2012, kadar gas yang dibekalkan kepada IPP meningkat secara berperingkat dan membolehkan Petronas mengurangkan kerugian yang ditanggung daripada subsidi gasnya antara RM1 bilion dan RM2 bilion setiap tahun dari RM13 bilion kepada RM15 billion tahun sebelumnya.

The watcher said...

Salam datuk,
Saya hairan mengapa UKM melantik bekas ketua PNB menjadi chairman BOD atas sebab kepandaian memimpin. Bukankah beliau dahulu adalah antara penyokong sistem ekonomi DSN. Adakah beliau akan meneruskan polisi sistem ekonomi dahulu yang antara lain menegakkan GST dan penjualan aset di institusi pengajian awam?

Unknown said...

Kit Siang mendedahkan bahawa IPP Mahathir adalah rompakan terhebat dalam sejarah Malaysia yang dianggarkan RM260 bilion hari ini
Ini adalah apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang pada 11 Oktober 2013, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

Dalam bukunya yang diterbitkan oleh Fulbright Alumni Association of Malaysia, bekas pengerusi eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ani Arope mendedahkan bagaimana selepas terjadinya “Blackout” yang bersejarah di seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 1992, TNB terpaksa menyerahkan tanah yang diperolehnya di Paka (Terengganu ) dan Pasir Gudang (Johor) kepada pihak ketiga untuk loji kuasa.
TNB dirompak dengan anggaran RM150 bilion selama 20 tahun lebih
Ini adalah permulaan era baru Independent Power Producers (IPP) dan yang pertama adalah YTL Power Generation Sdn Bhd.

Ini diikuti dengan yang lain – Powertek Bhd, Genting Sanyan Power Sdn Bhd, Segeri Energy Ventures Sdn Bhd, Malakoff Bhd, Tanjung plc, EPE Power Sabah Energy Corp, Alpha Intercount’l Bhd, Sutera Bhd, Cergas Unggul Sdn Bhd and Ekran Corp.

Walaupun Ani merasakan bahawa perjanjian pembelian kuasa dengan YTL untuk tempoh 21 tahun – dari 1994 hingga 2015 – adalah “terlalu-lalu murah”, dia telah ditekan untuk menandatangani perjanjian, yang ianya telah didraf oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Kemudian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang “membina” kewujudan IPP.
Ani Arope mendedahkan bahawa IPP Mahathir adalah penipuan dan Malaysia dirompak berbilion setiap tahun lebih dari 20 tahun.
“Tiada rundingan apa pun; daripada bercakap terus dengan IPP, TNB duduk dengan EPU. Dan kami dipermalukan dan dipandang rendah setiap kali kami pergi ke sana.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberi kami syarat dan meminta kami hanya untuk bersetuju. Saya berkata jangan harap untuk saya bersetuju,” Ani mendedahkan dalam memoirnya yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ani, yang berada di bawah tekanan untuk menandatangani perjanjian itu, merasakan bahawa perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan ianya berat sebelah.

“Sekiranya ia mengikut undang-undang dan tidak adil, saya tidak akan melakukannya. Sekiranya ia adil dan tidak mengikut undang-undang, saya masih tidak akan melakukannya. Ianya mestilah mengikut undang-undang dan adil,” katanya.

sirimuda said...

Takrif eletrik naik as towards expiring with IPP, before this is a cross subsidies who gets more or get less is immaterial the rates increases largely when consumers started complaining, usually in the 80's towards 90' bill that cost you rm 100 to 200 but later than year 2003 suddenly shoot to ram 300 that's with gst.. now its okay slightly down to rm 205..

Unknown said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Sekali lagi terima kasih banyak2 ataih coret hang pasai TNB, dolu2 orang pangge LLN,
depa kata singkatan pada Langut Langut Naik.
Kerja depa lebih korang sama saja tapi laa ni kenunnya di'swasta'kan, dan gaji ketua2 depa
dan elaun ahli lembaga depa yg aku dengag jauh melebihi gaji PM.
Kalu besungguh membela atau menjaga kepentingan rakyat atau pengguna tak pa jugak laa,
tapi bepuloh tahun depa dok bela kroni,
kaum kerabat dan yg seangkatan, terutama
dgn memangsa rakyat melalui IPP ni.
Antara lain jasa depa cukop besag untuk
mencetuih kenaikkan harga hampiag di segenap lapisan 'supply line' atau rangkaian penyampai.

Aku kira sepatutnya Saifuddin Nasution atau Azmin yg tonjoi 'kebrobrokkan' gegasi monopoli ni dan ambik
tindakkan tuntaih untuk merongkainya, tapi aku ingat tankat bulih harap saja laa...
Benda2 asas ('bread and butter') ni biag pi kad dia, kita ada agenda lebih besag, kita ada agenda 'rifomasi', menegakkan 'keadilan' dan macam2 lagi.
Sabit tu, antara lain, aku sangat2 terima kasih kad hang Kadiag. Maghap no.
Aku

Anonymous said...

pabila sykt2 utiliti ini disenaraikan di bskl maka tiada lg istilah tolong pengguna kerana sykt2 ini terpaksa menunjukkan prestasi kewangan yg sentiasa meningkat kpd pelabur & pemegang saham...profit oriented.
agak2nya datuk, boleh tak sykt2 utiliti ini dinyahsenaraikan? balik kpd entiti spt dulu..LLN, TELEKOM & JBA?

Unknown said...

Terbaik rexuan...hahaha..ipp ni Di tubuhkn semata2 utk menyedut Wang Petronas n tnb..rakyat naif dan mudah dimanipulasikan.

YSLim said...

Pohon pembetulan: Kuasa pemberian lisen IPP/kelulusan projek IPP bukan TNB tapi Kettha (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air).PPA (Power Purchase Agreement) yang akan ada pengaruh/ada kaitan dgn tarif pulak perlu persetujuan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan kelulusan Kettha.Sebarang perubahan Tarif perlu persetujuan ST, perakuan Kettha sebelum Kabinet menolak/meluluskannya. Ini "rule of law" industri letrik M'sia...

Bom atom said...

Dato baru tau ke IPP "mntedarah" duit rakyat??

Itu lah guneny (1mdb) "sapu" smue IPP 'lintah darat' kt mlysia niii

Mona said...

Since we have a lot of excess electricity, maybe it can be used to spearhead electric vehicles revolution in Malaysia.

Shame on PKR said...

Datuk,
The PKR political bureau took the dubious step yesterday of clearing its Julau branch which was accused of doctoring registrations to allegedly swell its membership from 603 to over 13,000 in a day.

The Malaysian Anti-Corruption Commission still has not closed its investigation into the matter along with another on alleged “money politics” , so is the PKR saying it is above MACC?

The situation in Julau branch is shocking and incredulous. Even a standard one student will know how to add up the numbers and will tell you, "teacher you are wrong".

How low can Anwar, Azizah and Rafizi go just to push Azmin out of the deputy president race?
Anwar must disqualify the Julau members from voting until MACC closes its investigation, otherwise he and his wife loses all credibility.

His teaming up with Larry Sng will prove his (Anwar) downfall, quick but messy.
The rakyat does not want him and his kind to helm the country after Tun M retires.
You can bet on it.
Larry Sng should be expelled immediately from PKR.

As for Azmin and his team, they must also get ROS to act. IT is not just the spike in the membership rolls in just one day, incredible as it is, why are these people sharing addresses too? AS for the breach in admitting these members after the closing date, this is a valid reason for PKR to suspend the whole PKR machinery and polls.

Shame on you Anwar, Azizah, Rafizi !! Shame, shame.

Jailbait soon said...


Datuk,
reported just now that a former Goldman Sachs Group Inc. banker is fighting extradition to the U.S., where he would face charges of money laundering and bribery related to scandal-plagued Malaysian state investment company 1MDB.

Roger Ng was arrested last week in Malaysia at the request of American authorities. He’s filing an application to review the U.S. detention and extradition order, said the people, who asked not to be identified as the deliberations are private.

Separately, Ng and his family have agreed to surrender about S$40 million ($29 million) to authorities in Singapore, which would then repatriate the funds to Malaysia, the people said.
Read more at https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/08/ex-goldman-banker-ng-said-to-fight-us-extradition-over-1mdb/#O2QWLejBRtO02uPz.99

So the chickens have come home to roost. If Roger Ng had not been arrested for extradition, this paltry USD29 million would still be in his account. Fear of extradition to the US where he could be jailed made him cough up. Let's make him cough up more, this amount is small compared to the colossal damage he and his Goldman Sachs colleagues did to Malaysia, willingly and with eyes open. Mind you he was not coerced and forced to do the dirty deeds, he did them willingly with the main objective that he would get $$$$ plenty himself.

Mat Kilat said...

Salam Tuan, kalau nak ikut masalah IPP ni mula zaman Tun lagi kan ? And sejak bila TNB ni ada kuasa nak tentukan pelantikan IPP , semua ni bawah Suruhanjaya Tenaga la, takda kaitan dengan board or management TNB pun.

Hakimi Abdul Jabar said...

As a lawyer & member of Bersatu, I say that it's about time we truly practise genuine democracy that is based on equality, not class hierarchy. Where Rewards and Respect should be earned, not received as of right.

Malaysians must resolve to ensure the elimination and oblivion of archaic vestiges that represent the feudal society of medieval Malaya and its predecessor truly dissipate in a modern democratic state.

Where we celebrate the Citizen!

Nickarshaw said...

Last sekali APA jadi dgn IPP YG disapu oleh 1MDB tu....
Juai semua kat China...puiiii...
Tolong rakyat ka tu.....

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Memang baiklah kalau IPP itu ditamatkan lesennya sekiranya tak menguntungkan rakyat.

Mengikut bacaan saya, akan ada open tender untuk lesen baru. Dengan ini diharapkan kadar ringgit tenaga yang lebih bersaing tinggi (competetive) yang menguntungkan rakyat dapat diadakan.

Menteri Tenaga yang baru ini pun iaitu Yeo Bee Yin, adalah kelulusan University Cambridge dalam Kejuruteraan Kimia. Memang sesuai untuk kelayakkan dan jawatan. Kalau orang yang mempunyai IQ lobak merah, mungkin tak sesuai sangat dengan jawatan ini.

Ikut bacaan saya juga, keuntungan IPP yang terdahulu sangat tinggi. Sepatutnya, dalam industri berisiko rendah, (Low risk) yang memberikan khidmat kepada rakyat dan dibiayai oleh rakyat, tidaklah perlu untuk dibiarkan industri seperti ini mendapat keuntungan yang sangat besar. Kena ikut standard industri perkhidmatan rakyat yang lain.

Apa pun, ini perkembangan yang baik untuk Malaysia Baru.

Saya terbaca juga ada berbagai insentif untuk tenaga solar dan "renewable energy" yang diusahakan yang boleh memanfaatkan rakyat dan lestari tenaga untuk masa hadapan.

Fatimah said...

Tun M PM Yang sangat cekap, bersih Dan Amanah.
Orang Kita Melayu ni hidup nak senang ,usaha lebih kurang

Jojo said...

Saya harap kerajaan PH tak naikkan tarif elektrik untuk kegunaan komersil lagi. Sudahlah tarif letrik naik, gaji minimum pun naik. Ini memang membebankan syarikat2 kecil. Lama2 boleh bungkus.

MasteR said...

Datuk,... try Datuk summarize perjalanan IPP ni dari zaman Mahathir ke Najib.. dari blackout satu malaysia dan tertubuhnya IPP ke zaman Najib.. sebagai orang yang ada/dekat dengan source2, sila baca dan bagi penerangan kepada rakyat.. politik sentiasa berkait dengan sejarah yang benar.. unless ada intention yang lain.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).