Sunday, November 04, 2018

Fikiran Terlalu Kacau Untuk Hayati Belanjawan


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

LGE bentang Belanjawan: lakukan yang baik, cegah yang buruk
DALAM pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajak kita melakukan kebaikan dan menolak keburukan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Menteri berketurunan Cina yang bukan beragama Islam itu menyebut ungkapan itu dalam bahasa asalnya - “amar ma’aruf nahi mungkar” (الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر).

Semua agama dan tamadun tinggi di dunia menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan.

Tetapi biasalah bagi ahli sebuah parti yang telah mengabaikan agama, tamadun dan kesopanan kerana “cash is king” mempersendakan Belanjawan 2019 sebagai tidak ada apa-apa yang baru.

Bagi ketua-ketua Umno/BN tidak ada apa yang baru dalam Belanjawan 2019 kerana mereka tidak mendapat habuan dan peluang untuk terus mengisi tembolok mereka dan anak, bini serta suku sakat mereka.

Bukan itu saja. Fikiran mereka pun tidak berada dalam keadaan tenang untuk menghayati sesuatu yang baik dan terpuji.

Fikiran mereka kacau kerana bekas ketua nombor satu mereka, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak sedang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah.

Tambahan pula isteri beliau yang begitu berkuasa dan ditakuti, (Datin Paduka Seri Puti Reno) Rosmah Mansor turut menjadi OKT (orang kena tuduh).

Kalau Najib dan Rosmah pun berkemungkinan menjadi banduan apalah sangat mereka.

Ada antara mereka yang telah pun dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menunggu masa untuk bertemu hakim.

Tidak syak lagi banyak antara mereka akan mengikuti jejak Najib, Rosmah, bekas Pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan “penari demam malam Sabtu” (Saturday Night Fever), (Tan Sri) Irwan Serigar Abdullah, ke mahkamah.

Hatta makhluk suci bernama Jho Low yang dikatakan bersih 1MDB oleh SPRM, Peguam Negara dan PDRM zaman Najib itu pun sudah didakwa dengan jenayah 1MDB di Amerika Syarikat.

Turut didakwa dan sudah mengaku bersalah di Amerika adalah bekas eksekutif kanan Goldman Sachs, Tim Leissner. Dia ini digambarkan sebagai sangat akrab dengan Najib dan Rosmah. Seorang lagi eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, ditahan di Malaysia.

Dengan perkembangan terbaru itu, konco-konco Najib dan Rosmah yang lain pun tidak selamat lagi. Misalnya SPRM telah mengeluarkan notis orang dikehendaki terhadap warganegara British dan pemastautin tetap Malaysia bernama Paul Stadlen.

Paul Stadlan: Perunding komunikasi Najib
Dia ini adalah seorang perunding media Najib yang digambarkan sebagai sangat berpengaruh dan digeruni oleh pengarang media arus perdana tempatan zaman Najib. Seorang lagi adalah ahli perniagaan bernama Habibul Rahman.

Kalau Stadlen pun dikehendaki maka lojiklah konco-konco dan tali barut Najib yang lain akan dipanggil “berbual” oleh SPRM dan agensi-agensi penguat kuasa lain.

Tali Barut

Setelah sekian lama menjadi tali barut Najib dan memakan duit haram daripada pelbagai sumber, khususnya 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, mereka tentulah menjangka yang pada bila-bila masa saja serkap akan menyerkup mereka.

Dalam suasana minda yang kacau dan penuh ketakutan itu mereka tentulah tidak dapat menghayati dan mengakui bahawa belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan tersebut adalah untuk menyelamatkan negara dan rakyat jelata daripada bom jangka yang ditinggalkan oleh pemerintahan kleptokrasi Najib.

Banyak duit negara yang dicuri. Hutang kerajaan melambung melepasi RM1 trilion. Jumlah sebenar adalah RM1,065,000,000,000 atau RM33,281.25 bagi setiap penduduk Malaysia. Kerja Najib adalah gali lubang timbus lubang kerana baginya duit adalah raja.

Belanjawan sulung kerajaan PH ini bolehlah ibaratkan sebagai merawat orang sakit.

Mula-mula sekali pesakit tidak mengaku dia sakit. Sehingga beberapa bulan lalu, dia bukan saja tidak mengaku dia sakit malah dia bagi tahu satu dunia yang dia cukup sihat.

Leissner (kiri sekali) dengan isterinya, Kimora Lee, bersama Najib
Tetapi banyak orang tahu dia bukan saja tidak sihat malah mengalami banyak penyakit kronik, penyakit aneh dan sakit jiwa.

Apabila pesakit pengsan, dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan diperiksa barulah diketahui bahawa dia sudah pun dalam kategori tenat yang memerlukan penjagaan sepanjang masa di unit rawatan rapi oleh doktor-doktor pakar.

Apa tidaknya. Kencing manis ada. Sakit jantung ada. Darah tinggi ada. Kolesterol tinggi. Paru-paru rosak sebab banyak merokok. Badan obes kerana makan tak pantang dan langsung tak peduli senaman.

Sekarang kerajaan PH sudah tahu penyakit kronik yang dideritai negara dan mulai dengan Belanjawan 2019 melakukan rawatan rapi.

Kaki yang sudah kelemayuh (gangrene) sama ada dibersihkan atau dipotong. Pesakit akan cacat seumur hidup tetapi nyawanya selamat.

Jantung dibedah dan saluran yang tersumbat diganti dengan urat dari kaki. Kalau tidak teruk sangat, digali saja untuk buang lemak yang menyumbat saluran darah.

Kesimpulannya kita tidaklah boleh mengharapkan ketua-ketua Umno/BN yang sedang menderita tekanan jiwa berfikir dengan waras dan wajar. Yang mereka nampak bukanlah kebajikan rakyat jelata tetapi pintu penjara.

Wallahuaklam.

22 comments:

Unknown said...

Betul Dato'...hanya masa yang akan menentukan bila penyangak2 ini akan dihantar ke rumah rehat mereka di sungai buloh.

sukasamasuka (II) said...

Datuk,

Hello there.
- First of all, saya langsung tidak akan bercakap mengenai blog di atas. I am just here to send a message.

- I'm the daughter of a previously active blogger under the name 'sukasamasuka'. You may know him as a rather opinionated debater. Recently, he hasn't been commenting on newer posts and fellow loyal debaters might have noticed this. This is because he passed away peacefully a while ago. May his soul be at rest.

- During his free time, my father sering bercerita dengan saya tentang perkara-perkara yang berlaku dalam blog ini. He would tell me how Datuk & other bloggers would lash out on him (in a polite manner) for stating such liberal opinions. One common theme he had in almost every comment was a playful and 'sinis' approach to his remarks. In fact, dia seakan-akan glorify the amount of feedback he was getting from this.

- He was a man proud of his heritage -being from Sabah and whatnot- and stood firmly on his own beliefs. Keperibadian inilah yang telah membentuk saya supaya tidak gentar akan apa-apa cabaran yang mungkin dihadapi pada masa hadapan. This made me a strong, young Malaysian.

- In reality, he meant no harm. "I don't want the Malaysians of today to be so close-minded and sensitive; I want them to think outside the box and be able to see different perspectives. It's time we toughen up. No more complaining and whining about criticism." Those were the words he said to me one afternoon.

- Datuk's blog was one of his main sources of joy, as he would spend hours upon hours every single day on it. From what I understand, this blog became a place for him to reform the Malaysian mindset towards a more global approach. More importantly, it gave him a place, a purpose to serve towards the community. For that, I thank you Datuk.

- I hope Datuk and other bloggers can understand a bit more of his mentality now.

Thank you to Datuk for existing such a wonderful space to share common interests. Thank you debaters for reflecting on current issues with my father. Somehow, I remember him mentioning a few people that frequently made remarks about him such as Zalman A and aniejb. Thank you once again for taking the time to read this.

May Allah bless everyone here, including my father.
Also, maafkan saya jika ada tersilap bahasa/ penyampaian. I'm still an SPM student that has many things to learn.


- sukasamasuka (II) -

Aldeenor said...

Interesting comments...

"Kesimpulannya kita tidaklah boleh mengharapkan ketua-ketua Umno/BN yang sedang menderita tekanan jiwa berfikir dengan waras dan wajar."

But yet you were harping and encouraging about 40 ketua ketua UMNO yang tidak waras dan tidak wajar ini melompat ke PH via PPBM. Yang sekoq lagi si Muhriz pulak had the audacity to announce his tak waras piece that PPBM will filter ketua ketua UMNO/BN yang tidak waras ini (konnonnya). Setahu saya orang yang sakit jiwa or tidak waras kena pergi jumpa pakar jiwa or psychiatrists untuk berubat atau counselling.

I am confused dan mungkin dah jadi gila jugak disebabkan kegilaan politik sewel Pak Kadiaq sendiri. I wondered sapa sebenarnya yang tidak waras dan sewel sakit jiwa atau mental nih? You, Muhkriz or keseluruhan PPBM atau saya sendiri? Atau PPBM sudah dinaiktarafkan menjadi pusat seperti Hospital Bahagia Politik, untuk merawat ketua ketua UMNO/BN yang sakit jiwa dan tidak waras. Apakah kegilaan ini Pak Kadiaq. Orang politik gila cuba merawat orang politik gila? Hmmmm..

Aldeenor Azlan

A KADIR JASIN said...

Assalamualaikum Sukasamasuka II.

1. انا لله وانا اليه راجعون

2. May Allah bless your father's soul.

3. Thank you for informing us of his passing.

4. He was indeed a delightful and provocative debater of this blog.

6. I have been wondering because he did say in one of his comments that he wasn't well.

7. May I have your permission to publish your message for the benefit of fellow debaters and followers of this blog.

8. May God bless you and your family.

Thank you.

alexo said...

Aldeenor...its my guess that Dato's proclamation that 40 umno heads would join Bersatu was in actuality a psychological warfare. As it is now Umno is in a state of diaarray, disoriented n clueless. No harm in nudging them further into oblivion.

Unknown said...

Alhamdulillah Dato, kita masih dpt brsyukur kerana d anugrah PM ke 7. Tun M, untuk mekengkapkn proses perundangan pd perompak, penyamun dn penyangak UMNO dn BN. Sykur juga regem koeptokrasi dpt d lenyapkn dr dr sistem politik Malaysia. Tetapi penyakit, jahat tamak dn rasuah, UMNO dn BN, masih menjadi during dlm daging buat kerajaan PH. Ini d tambah virus dn kanser yg d bawa PAS, dlm mghasut pemikiran org Islam d Malaysia. Dalam budget 2019, mereka mereka amat kecewa, kerana habuan korupsi tdk ada lg tuk mereka, jln untuk mencuri hasil negara trtutup rapat. Jadi selain menunggu masuk penjara, mereka mengaoami tekanan jiwa yg amat sgt..jln trbaik memfinah dn memburuk buruk kn kerajaan PH. Nasib mereka ibarat telur d hujung tanduk.

Jojo said...

Datuk,

1. Ada beberapa perkara yang saya tidak setuju dengan belanjawan 2019. Ini juga seperti mana saya tak setuju dengan beberapa perkara belanjawan yang terdahulu juga.

2. Kenapa sekolah persendirian cina dapat peruntukan ? Ini sekolah swasta yang buat duit. Mereka berniaga bukannya buat kerja amal.

3. Saya harap lepas ini hanya ada satu sistem persekolahan. Perkasakan sistem pembelajaran di sekolah kebangsaan. Kemungkinan besar bila sudah hebat sekolah kebangsaan maka ramai yang mahu hantar anak2 bersekolah di situ dan tidak di sekolah lain lagi.

4. Pemberian subsidi minyak ikut cc kenderaan adalah mengelirukan. Ini kerana ada kenderaan mewah harga boleh tahan tapi cc rendah jadi boleh dapat subsidi. Sama ada ikut harga beli kenderaan atau ikut pendapatan pemandu kenderaan lebih sesuai.

5. Kepada Aldeenor Azlan, jika 40 ahli parlimen umno sertai ppbm apa salahnya ? Jika mereka telah disiasat oleh sprm dan tidak bersalah saya rasa tiada masalah. Yang agak peliknya bila ahli parlimen atau adun umno masuk parti lain tak ada siapa kecoh. Kenapa ya ?

6. Adakah saudara sukasamasuka telah menemui Penciptanya ? Innalillah....semoga rohnya dicucuri rahmat.

dt rahman pekan said...

we shld complement PH n d finance minister on d successful delivery of d budget speech.

but as d saying goes, 'd devil is in d details'.

4 example,a large allocation 4 education shld b lauded. however d minister of education must ensure that all expenditure must b in line wth d national education policies. there r already murmurings abt d lope sided distribution of financial aids (based on per school)2 d various vernacular privately funded schools.

i can only say 'WASPADA !!!'.

Kelapa Matag said...

No.3- saya pun berharap satu hari nanti cuma akan ada 1 sistem persekolahan sahaja.sekarang ini sekolah kebangsaan tiada dlm pilihan orang2 kaum selain bumiputera. Saya sendiri kalau berkemampuan tak mahu menghantar anak2 saya ke sekolah kebangsaan, mana taknya cikgu2 ada yang jarang2 masuk kelas, kalau nak tau nama sekolah tu boleh hubungi saya.
No. 4-
Subsidi hanya untuk B40 sahaja, takkan B40 mampu beli kereta mewah hatta cc rendah sekalipun.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Terima kasih banyak ataih coretan hang pasai gerombolan yg dlm basa hang “... mengalami banyak penyakit kronik, penyakit aneh dan sakit jiwa.” atau dlm basa lebih mudah ~‘jiwa kacau’. Satu contoh baru2 ni, ‘ketua’ pemuda depa kenunnya kata nak pecat exco dia
sebab ‘otak lobak merah’ atau ‘carrot’. Kalu hang kenai menantu mantan PM tu hang tulong habag kad dia lobak merah pon bertasbih
kepada Allah ta’ala macam dlm suroh al Isra’ ayat 44.
“ تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Yg maksud dia lebih korang :
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
(dari Tafsirq.com),
jadi bila exco dia buat benda yg tak baik atau buat dajai, jangan pi pelekeh lobak merah pulak.
Tapi aku nak singgong pekara lain sikit :
Pengisytihag pendapatan yg sangat lumayan olih pemimpin2 PH. Orang kata ‘ghaib senapaih’. Munkin sebab tu depa tak berapa peduli
roti canai semakin nipih, kuah dal semakin cayag dan lepat pisang jadi haluih, bulih sekali suap saja tapi harga lima kupang. Tol tetap,
kereta mahai ka kereta seken ka, semoa sama. Ada jugak orang yg tak tutup aircond dlm kereta paih tu naik ke masjid.... susah aku nak pecaya depa ni peratin hal rakyat, contohnya orang tikam batu tu yg nak hang disiasat pasai menhasut, rakyat Sg Tani yg undi dia tapi
dia pi petahan raja...rakyat tunggu be jam jam dihospital tunggu doktor, ubat mahai kena beli sendiri, lampu jalan dak idup, sungai dan lonkang rosak- lantak laa.

Terima kasih Kadiag, Jaga diri baik2 dan maghap no.
Aku

Sukasamasuka (II) said...

Datuk,

The choice to share is in your hands. If Datuk thinks it's a good decision, then by all means. I don't mind.

Thanks for taking the time to read the message. I appreciate it.

- sukasamasuka (II) -

idris mahmood said...

My condolence too..He was a lively character with deep nationalism embedded in his soul..God bless him and all of you too.

Jojo said...

Saudara Kelapa Mataq,

Jangan ingat tak ramai B40 yang mampu beli kenderaan mewah cc rendah ya. Dah tentu majoritinya bukan bumiputera.

Aldeenor said...

Alexo bro... This is not a psychological warfare, this is downright unscrupulous, selfish psychotic warfare. The last thing we know the rakyat are actually being sodomized mentally by these irresponsible, selfish twats, all in the names of power and politics.... bangsa, agama dan negara... Wakakaka

https://m.malaysiakini.com/columns/450498

Read the above piece carefully and swallow the contents deeply in your soul. They are exactly my sentiments and please lah Pak Kadiaq... you don't have to play dumb. This ain't 30 or 40 years ago. Don't insult current generation's intelligence lah... Have a little bit of conscience dalam roh kamu. People who can see things with "mata basirah" know what is going and very cautious of what you did last many summers... Shalom aleicum.

Aldeenor Azlan

Pengundi Pekan said...

Rakyat wajib faham bahawa belanjawan kali ini adalah lebih untuk memperbetulkan cash flow kewangan kerajaan sekarang supaya lebih stabil dan bukan seperti masa pemerintahan MO1 dengan menabur gula gula menggunakan peruntukan untuk pembangunan negara.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Cukup baik belanjawan ini kerana banyak ditumpukan kepada kementerian pelajaran. Setahu saya, lebih 60 billion.

Ini teramatlah penting supaya generasi yang baru mesti bersedia sepenuhnya untuk masa hadapan.

Kementerian Kesihatan juga mendapat bajet yang tinggi.

Zaman sekarang ini , dengan perubatan yang semakin moden, penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung sepatutnya boleh dikawal.

Kalau penyakit kencing manis, ada ubat metformin, Insulin yang boleh diambil supaya paras gula dapat dijaga. Zaman sekarang pun sudah ada alat yang boleh dibeli di pasaran untuk check gula sendiri di rumah. Kalau gula tinggi, kurangkan makan nasi atau makanan manis.

Kalau sakit jantung, janganlah hendak tunggu sampai sudah kena serangan jantung (heart attack) barulah hendak ke hospital. Waktu itu, jantung sudah rosak dan susah hendak diubati. Zaman sekarang, boleh buat Angiogram, boleh nampak jantung tersumbat atau tidak.

Pendekata, zaman sekarang ini, kalau kita jaga badan, selalu pergi checkup, kawal makanan seperti kata Tun M, kesihatan kita terjaga. Cuma kalau penyakit cancer atau barah, mintak dijauhkan kerana lebih sukar untuk diubat.

Saya setuju benar dengan cukai minuman gula tinggi. Saya minum Teh O kosong saja, tak ada gula. Kalau order dekat mamak, Teh O kurang manis pun, 2 sudu gula dia taruk, jadi Teh O kosong saja senang. Kopi pun saya beli dekat Coffee Bean atau Starbucks. Suruh dia kisar kemudian saya buat dekat rumah guna coffee press, tak payah taruk gula pun.

Saya ada saudara mara yang menjadi rakyat Singapura. Orang Singapura yang saya nampak umur mereka lebih panjang kerana hospital sana jaga betul-betul.

Saya pernah bawak anggota keluarga saya ke hospital Singapura GH di Outram Road. Dia orang Singapura, walaupun saya orang Malaysia. Doktor marah betul kerana lama tak datang ke hospital. Lepas itu dapat ubat satu bakul, bayar sikit aja.

Baru-baru ini, di Malaysia ada saudara saya dan kawan saya yang meninggal dunia pada umur yang agak muda kerana sakit jantung. Kebanyakkannya kerana tak sedar ada penyakit jantung, tak pergi checkup dan terlalu lambat pergi ke hospital.

Kita harap, mudah-mudahan tahap kesihatan rakyat kita semakin baik dalam Malaysia baru ini.

wansee c said...

PH maiden budget had finally been tabled. The event saw that LGE presented it in such high spirits and with great pride. Some lauded while others reacted differently.

It certainly wasn't easy for the haughty opposition UMNO MPs to sit in the august House listening to their political rival LGE to tell them off before and after the budget. This haughty attitude has long been embedded in their flesh and blood. They seem to stick to the status quo rather than opting for betterment in spite of no longer in power.

However, some typical negative character traits are now fast creeping into one of the PH coalition parties. Looking at their ways of dealing things remind me of those Big-Brothers of the past regime. For instance, a scrutiny review made by BERSIH reporting that in a recent by-election, a PH contestant had committed more than half of all the recorded faults. This bombshell proved that PH is actually no difference from BN at all. When asked to explain the cause, denial words came out eloquently to brush aside everything without a slight twinge of remorse and guilt. Well, this is something ridiculous and far-fetched by the PH standards.

I ponder over this time and again. It makes me chuckle inside that that individual was merely spouting talk the talk and contradicted the new Malaysia's fair and clean spirit of doing things. So, I am curious about what sort of future holds in store for the people if PH fails to emerge as a truly democratic system of new Malaysia before GE15?

Budak jawa said...

Assalamualaikum DAKJ dan para pembaca,

Saya setuju dengan saudara rahman. The devil is in the details. Secara keseluruhan tentulah bajet ini bukan seperti bajet yang lepas kerana kerajaan terpaksa menanggung banyak komitmen yang telah dibuat oleh kerajaan lepas. Jadi, tiada gula-gula dan kalaupun kewangan kerajaan pulih, janganlah mengharap gula-gula kecuali yang selayaknya dan bersesuaian.

Tetapi dalam kita menilai bajet yang telah dibentangkan, perlulah kita nilai perincian bajet tersebut. Sebagai contoh, kenaikan bajet untuk kementerian pendidikan dan kesihatan, adakah kenaikan tersebut disebabkan oleh peruntukan tambahan untuk penyediaan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik atau sekadar menampung kenaikan gaji kakitangan sedia ada sedangkan peruntukan lain sebenarnya menurun. Tiada juga strategi untuk melonjakkan sistem pendidikan negara. Ucapan bajet hanyalah highlight terpilih untuk memaklumkan halatuju bajet, sedangkan perincian adalah di dalam buku anggaran perbelanjaan persekutuan yang memperincikan pecahan peruntukan mengikut agensi dan kategori perbelanjaan. Kerajaan sekarang semasa menjadi pembangkang turut membangkitkan perkara ini.

Oleh itu, ada baiknya kita teliti dengan terperinci sebelum merumuskan sama ada bajet yang dibentangkan ini baik atau sebaliknya. Mencakupi kebanyakan perkara utama atau ada perkara yang terlepas pandang.

Apapun, satu perkara yang saya perasan, ada inisiatif yang saya percaya dicadang oleh pihak swasta seperti pembiayaan pembelian rumah p2p yang saya lihat tidak menyelesaikan masalah perumahan yang mahal dan ketidakmampuan pembeli sebaliknya cuba membantu pemaju untuk menjual unit yang tidak terjual. Begitu juga inisiatif berkaitan tol yang saya lihat cenderung kepada segmen tertentu masyarakat sahaja.

Tiada strategi untuk meningkatkan sektor pertanian atau melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

Selain itu, saya tidak nampak perbezaan ketara kandungan bajet kerajaan semasa dan kerajaan yang lepas. Oleh itu, kerajaan semasa perlu lebihkan bekerja berbanding berpolitik kerana rakyat menilai terutama percakapan mereka semasa menjadi pembangkang yang seolah-olah memberi gambaran merekalah yang terbaik dan apa saja yang rakyat minta pasti dapat ditunaikan. Jadilah ahli politik dan kerajaan yang bertanggungjawab dan didik masyarakat terutamanya ahli parti anda dengan baik. Pemilihan pkr sangat membosankan dan menunjukkan true color parti yang berkenaan terutama pihak yang bertanding.

Sekadar ulasan segera untuk topik ini.

Budak jawa

Highest honours said...

Datuk,

Tun Dr Mahathir Mohamad made Malaysians and Malaysia so proud today.
We read the news:

Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was on Tuesday (Nov 6) conferred the “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” by Emperor Akihito of Japan.

The conferment of Japan's highest award follows the contributions by the Prime Minister in strengthening bilateral ties.

The conferment ceremony was held at the Imperial Palace here at 9.45am local time (8.45am Malaysian time). The order is the highest award that can be conferred upon foreign statesmen for their contribution towards the bilateral relations between their respective countries and Japan, as well as their contribution to the region.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/06/dr-m-conferred-japans-highest-award/#prXltXSEQjscHfLC.99

This is what we all want. That Malaysia will rise again not only as the Asian tiger with the blood, sweat and tears of Tun and his team with the rakyat, but also when our greatest statesman is conferred high honours globally.

Syabas and syabas again to Tun Dr Mahathir Mohamad !!

No sympathies said...

Datuk,
how shameful for JLow's family to be investigated for the son's crimes.

The US Department of Justice (DOJ) said it plans to seek the Thai government’s cooperation to serve a warrant on 1MDB-linked jewellery believed to have been given to businessperson Low Taek Jho’s mother, Evelyn Goh Gaik Ewe.

If this is proven true, then no sympathy must be extended to his mother Evelyn Goh Gaik Ewe and other members of JLow's family,including his wife. We all know that his father was also complicit in his "crimes".
All of them would have been cognizant of what JLow was doing then when he was living the high life with starlets like Paris Hilton and the so-called paparazzi gang.
They were all living on borrowed time and on our money.

So yes, DOJ go ahead and investigate and bring all his family members where implicated to the courts.

Ronin said...

Wow. Bahasa dan susunan karangan tuan sangat baik. Silalah sering kunjungi blog ini. Umur dan asal usul bkn halangan umtuk memberi pendapat dgn baik.

Ronin said...

Segalanya terletak kpd individu yg dipertanggungjawab. Ramai yg menolak berjumpa doktor bkn sgt sbb bayaran ttp layanan. Pemeriksaan sambil lewa dan tidak mesra drpd kakitangan bawahan hingga ke doktor. Jd hospital atau klini merupakan pilihan terakhir utk dikunjungi.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).