Sunday, February 24, 2019

Blog Kita Genap 13 Tahun Hari Ini


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kedai kopi tempat utama saya menulis
HARI ini, 24 Februari 2019, genaplah 13 tahun usia blog kita ini.

Blog ini muncul kali pertama pada 24 Februari 2006 dengan rencana bertajuk “Tanda Tanya Di Sebalik Mohon Maaf NST”.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Pada hari berkenaan, akhbar New Straits Times yang pernah saya pimpin antara tahun 1988 hingga 2000, memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat atas kesilapannya menyiarkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad (SAW).

Waktu itu, jabatan pengarang Kumpulan NSTP dikepalai oleh (Datuk Seri) Kalimullah Masheerul Hassan, orang kanan Perdana Menteri masa itu, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti yang saya katakan dalam tulisan itu, saya berasa perlu mengulas peristiwa tersebut kerana nama saya telah diseret dan dicaci oleh NST dalam rencana pengarangnya pada 22 Februari.

Dalam rencana pengarang khas yang bertajuk “ What the NST Says ” (Apa Yang NST Kata) itu, NST dengan angkuh mempertahankan keputusan dan haknya menyiarkan kartun berkenaan.

Beberapa orang pemimpin kanan jabatan pengarang akhbar itu secara terbuka memberitahu kakitangan NST bahawa akhbar itu tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak akan berganjak seinci pun.

Lidah Pengarang NST Kecam Saya
Tetapi akhirnya mereka memohon maaf juga untuk menyelamatkan diri.

Sejak itu, saya telah menulis secara berterusan, tanpa merajuk atau mogok walaupun menghadapi berbagai-bagai ancaman, tekanan, aduan polis dan saman malu.

Saya berterima kasih kepada para pembaca dan pembahas, sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya.

Persefahaman dan sikap tolak ansur mereka itulah yang menjadi penyuntik semangat dan penyuluh jalan kepada saya .

Alhamdulillah saya diberikan kesabaran dan keberanian untuk menyuarakan apa yang saya rasa perlu demi kebaikan bersama tanpa takut atau pilih kasih.

Sejak memulakan blog ini, saya telah menyiarkan 1,283 rencana yang mendapat kunjungan (pageviews) sebanyak 18,963,025. Tidaklah hebat tetapi itulah yang terdaya dan termampu.

Sebagai wartawan, pendirian saya adalah sekecewa mana pun saya dengan reaksi pembaca dan dengan pihak berkuasa, saya tidak merajuk, mogok atau menyekat kebebasan pembahas.

Yang pembaca tahu adalah apabila saya dikritik di khalayak, dan saya mengalu-alukan kritikan terbuka mereka. Tetapi yang pembaca tidak tahu adalah saya juga dikritik, ditegur, disound dan dimarahi di belakang tabir.

Bagi saya yang sudah menjadi wartawan selama 49 tahun (akan genap 50 tahun Jun ini) tindak balas khalayak, sama ada positif atau negatif, sangat dialu-alukan.

Saya mengamalkan hukum nombor satu persuratkhabaran, iaitu hak menjawab (the right of reply). Sesiapa saja yang berasa kepentingan atau maruah mereka terjejas akibat tulisan saya adalah dialu-alukan untuk menjawab.

Malah ada juga yang memilih untuk mengemukakan saman malu atau membuat aduan polis. Itu hak mereka lah. Saya tidak boleh sekat.

Cuma saya mengambil tanggung jawab hanya ke atas apa yang saya tulis dan yang disiarkan dalam blog ini.

Saya tidak bertanggungjawab ke atas sedutan atau olahan semula laporan blog ini oleh pihak lain, termasuk media massa.

Maaf cakaplah kalau saya kata, banyak laporan media massa yang berasaskan blog ini kurang tepat, terlalu disensasikan atau silap terjemah.

Akhir kalam, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengikut, pembaca dan pembahas blog ini.

Tidak ketinggalan kepada pemilik kedai-kedai kopi yang membenarkan saya menjadikan premis mereka tempat saya berkarya.

Terima kasih.

Wallahuaklam.

31 comments:

Buah Kerdas said...

Tahniah Dato' atas pencapaian ini. Nombor 13 bagi setengah orang dianggap "suwei tak ada ong " tapi bagi kita itu adalah satu nombor yang menjadi ukuran sejauh mana kita telah pergi meninggalkan titik kita bermula.

Semoga Dato' terus berkarya dengan falsafah yang Dato' yakini dengan "kesabaran dan keberanian untuk menyuarakan apa yang dirasa perlu demi kebaikan bersama tanpa takut atau pilih kasih."

Gemini said...

Congratulation for reaching the 13th Anniversary of Blogging with over 18.9m page views.
Your postings are really thought-provoking, sensible and logical with no malicious intent.
Gemini will continue to read your blog. Anyway, my congratulations!

Amigo said...

Happy 13th birthday to your blog and congratulation for for being a journalist-writer for 50 years come June 2019!

dt rahman pekan said...

setinggi tahniah dato.

'kipidap dongibap'

orang indon kata 'terus kan bantu membina akal sihat warga'..

mamat said...

selamat menyambut jubli emas..tok kadiaq

Unknown said...

Tahniah Dato'....

ayahchik said...

ASSALAMUALIKUM DATUK. TAHNIAH DAN SYABAS. SAYA MENGAKU ANTARA ORANG YANG TERUS DAN SENTIASA MENUNGGU POSTING DARIPADA DATUK SEMENJAK 13 TAHUN YANG LALU. TERUS TERANG, BANYAK TULISAN DAN KOMEN DATUK YANG SAYA HADAM DAN MEMPENGARUHI PENDIRIAN SAYA HINGGA SANGGUP MENINGGALKAN JAWATAN TINGGI 2 TAHUN LEBIH AWAL UNTUK BERSAMA-SAMA BERJUANG DENGAN TUN DAN BERSATU. NAMUN, SAYA BUKANLAH OARNG YANG SUKA MENONJOLKAN DIRI DAN BUKAN BERJUANG UNTUK MEMPEROLEH APA2 JAWATAN. BANYAK KALI BERJUMPA DATUK DALAM BANYAK MAJLIS NAMUN BELUM BERKESEMPATAN UNTUK BENAR2 DUDUK BERSEMBANG TENTANG BANYAK PERKARA. SAYA DOAKAN DATUK KEKAL SIHAT DAN CERGAS UNTUK TERUS MENYUMBANG DALAM BIDANG DATUK DAN SEHINGGA KINI BELUM ADA SATUPUN TULISAN DATUK YANG SAYA ANGGAP TERGELINCIR DARIPADA PENCARIAN KEBENARAN YANG HAKIKI.

myDesignWorld said...

Tahniah, Datuk. moga terus diberikan kesihatan dan kekayaan untuk menulis yg hak.

saya mohon datuk beri sedikit perhatian kpd naratif massa yg dibentuk pembangkang mutakhir ini. mereka menggambarkan kerajaan telah gagal menunaikan janji² PRU14 tanpa mengambil kira kerosakan yg telah dibuat oleh regime sebelumnya. rakyat perlu sedar bahawa kesusahan yg dirasai sekarang adalah akibat kerosakan & keburukan pentadbiran najib. berilah masa untuk ph membetulkan kesilapan bn, memperbaiki sistem yg lalu, memantapkan ekonomi & menerapkan nilai ² murni dalam masyarakat. jgn kita terperangkap dgn permainan pembangkang yg cuba mengalih isu dan menyalahkan kerajaan dlm semua hal, seolah ² mereka tiada dosa.

XeronineMsia said...

Tahniah Datuk.

Banyak yang telah diperolehi dari hasil fikir Datuk. Dahulu saya kemari khusus membaca komen dari Sdr Sukasamasuka (Allahummaghfirlahu warhamhu) dan Sdr Aku.

Terima kasih banyak Datuk di atas penulisan yang berterusan.

safiai saad said...

Thanks for sharing Dato,please continue to wri

Not back to business as usual said...

Datuk,
it becomes more imperative for the government to set up a special court to hear the cases filed against Najib.

The government has gone to the Federal Court to set aside an order to delay Najib Razak’s SRC International trial pending an appeal.

On Feb 11, a three-member Court of Appeal bench, chaired by Ahmadi Asnawi, allowed Najib’s application to postpone his trial on seven charges pending the determination of an appeal against the public prosecutor’s withdrawal of his certificate of transfer.

Deputy public prosecutor Budiman Lutfi Mohamed said the apex court had fixed April 8 to set aside the stay order.

“The date was fixed after case management before Federal Court deputy registrar Azniza Ali,” he told reporters.

Shouldn't the CJ clear the decks at the Federal Court to hear the appeal by the prosecution against the stay granted by the COA

The FC deputy registrar Azniza Ali cannot find any "space" for the hearing to be held earlier?

Looks like the prosecution and the defence teams are more efficient than the learned judges as they are asking for Court of Appeal to provide its written grounds asap before it can file the petition of appeal.

In the interests of justice, the courts must find the time and space for the hearings.

Alternatively, if the cases are postponed further, then let the special court be expedited and set up to hear the cases.
This is not back to "business as usual" as one COA judge's affidavit.
Wouldn't this be a remedy to cut through Najib's stalling tactics?

And shouldn't the courts serve a gag order on Najib as requested earlier.

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Tahniah Dato’. Sempena 13 tahun penulisan blog dan sempena jubli emas tidak lama lagi. Saya juga ingin meminta ampun dan maaf jikalau terkasar bahasa semasa memberikan komen. Dato' masih steady lagi walaupun kadang-kadang saya provoke Dato' sikit-sikit. Saja nak tengok tahap kesabaran Dato' je. Hehehe....... Akhir kata, teruskan berkarya. Sekian TQ.

Lee Watt said...

Congratulations, Datuk Kadir!
This is one of the few blogs that have remained relevant. Just about any two-bit monkey can start a blog. And so many did. But practically all their blogs are dead. Or three-quarter dead. Or Tak Laku. But this blog continues!

By the way, Jeff Ooi claimed he was 'the first blogger in Malaysia'. What a blowhard... HE ISN'T!

Anyway, credit to Datuk Kadir for allowing dissenting opinions to be published here. That show the big-heartedness of this blogger. Unlike many others elsewhere who would ban others. COWARDS and HYPOCRITES!

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua),
Tahni’ah banyak2 dan alhamdulillah pasai dedahkan songlapan pengurusan NST cobaan nak hina Rosulullah S.A.W.
dlm keh siagkan kartun tu... semuga hang dapat ganjaran sebaik baiknya disisi Allah S.W.T. Aamiiin.
Cobaan ni adalah rangkaian dari usaha rangkaian antarabangsa untok cetuihkan “Islamophobia” diperingkat dlm negeri.
meniup dan memupuk kebencian melalui pelekehan Islam....
Dlm hai ni, aku nak bawak kpd peranan pemerintah Singapor nak kekai harga beli ayag pd rega 3 duit untuk 1,000 gelen.
Rega ni tak salah aku di tetapkan pd tahun 1926 dan aku nampak depa betegaih nak kekai harga ni bukan pasai tak mampu
nak bayag lebih, tapi semata mata nak hina Malaya dan sekali guih, depa harap nak hina Islam....
Dlm masa gomen di sebut ‘Humiliation’.
Dasag ni diguna dgn jaya olih pihak zionis tehadap warga palestin, yg sudahnya rakyat palestin laa ni diguna
untuk latihan ‘target practice’ olih penembak tepat depa dgn pengunaan teropong dan bebagai jenih peluru untuk
membunuh atau menyebabkan kecederaan kekai pd tubuh2 manusia yg menjadi sasaran. Banyak pesamaan pemerintah Singapor
dgn zionis, antaranya pemimpin Singapor anggap depa wujud dlm lautan melayu manakala zionis hidop dlm lautan Arab.
Depa saling kerjasama dlm ketenteraan dan ekonomi. Depa wujudkan kerahan tenaga dikalangan rakyat depa dipangge ‘national service’,dan pesenjataan serang, bukan petahanan, macam tededah baru2 ni belatih penggunaan ‘self propelled howitzer’
di New Zealand. Depa jugak ujudkan hubungan rapat ketenteraan, sosio ekonomi dgn Amerika, sunggohpon secara etnik
Singapor lebih ‘natural’ dgn Tong San. Dan hubaya2, pemilikan ekonomi dan gunatenaga depa diMalaya adalah antara yg tetinggi.
Tapi aku tak marah kad depa Kadiag, pasai yg melengkapkan cenkaman depa dan cobaan menyenkekkan dan memangsatkan
orang Malaya dan Islam adalah bugih2 Malaya ( temasok MOI ) dan cucu Raja Banjag yg dilapog lepaih terima duit, dia bebohong,
dan lepaih dilondeh tipu kerin dia, dia cuba wajagkan kata dibenag dlm syari’ah. Maka sempornalah atau geaplah pelekehan Malaya dan Islam yg disabitkan dgn Malaya. Selari macam Saudi dan kawanan depa dari emiriyah dan amerika yg membunuh dan membulogkan bejuta rakyat Yaman lepaih tu pi kata syi’ah (Iran) jahat.
Akiag sekali, aku nak bawak hang pd suroh at Tur :

قَالُواْ إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِى أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ
(Saying: "Aforetime, we were afraid in the midst of our families.'') meaning, `in the life of world and in the midst of our families, we were afraid of our Lord and fearful of His torment and punishment,'

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَـنَا عَذَابَ السَّمُومِ
(So Allah has been gracious to us, and has saved us from the torment of the Fire.) meaning, `He has granted us a favor and saved us from what we feared,'

إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلُ نَدْعُوهُ
(Verily, We used to invoke Him before.) meaning, `we used to invoke Him with submission and humility, and He accepted our invocation and gave us what we wished,'

إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
(Verily, He is the Most Subtle, the Most Merciful.)
(Saying: "Aforetime, we were afraid in the midst of our families.'') meaning, `in the life of world and in the midst of our families, we were afraid of our Lord and fearful of His torment and punishment,'

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَـنَا عَذَابَ السَّمُومِ
(So Allah has been gracious to us, and has saved us from the torment of the Fire.) meaning, `He has granted us a favor and saved us from what we feared,'

إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلُ نَدْعُوهُ
(Verily, We used to invoke Him before.) meaning, `we used to invoke Him with submission and humility, and He accepted our invocation and gave us what we wished,'

إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
(Verily, He is the Most Subtle, the Most Merciful.)



Pak Wan said...

Radha. . Best kapla Ikan in town!
Keep up writing Dato. See you again at the restaurant.

Aku said...

(Sambongan)
Maghap Kadiag, aku tekan untok nak ‘preview’ tapi dia pi kad ‘publish your comments’.
Alahai, mintak maghap no...
Yang aku nak kata pd ayat 25, (suroh at Tur), orang2 dlm syurga macam dok besembang...
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ
And they will approach one another, inquiring of each other.
Depa (secara kasag) saling betanya... macam mana dapat mai ke syurga ni..?
قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ
They will say, "Indeed, we were previously among our people fearful [of displeasing Allah].
Maka sorang tu jawab “ Kami masa di donia, berdu’a dgn sangat gerun (pada siksaan/derhaka) (lebih korang ayat 26),
(dan pd ayat 27, magna secara kasag) “ فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ
“Maka Allah ataih kami selamatkan dari ‘azab api yg membakag...”
So Allah conferred favor upon us and protected us from the punishment of the Scorching Fire.
(dari tafsirq.com).
.... yg aku nak habag mai ni, untuk nak keluag dari semua kebobrokkan ni,
berdu’a lah kpd Allah S.W.T. dgn penuh harap dan gerun, di samping usaha yg besunggoh sunggoh.
Gerunlah akan ‘azab. Orang2 yg melakukan segala kebobrokkan ini tak takut atau lalai. Wallahua’lam.
Dan Allah, Dia maha tahu.
Maghap no dan terima kasih.
Aku.

In the name of justice said...

Datuk,
apologies for not congratulating you earlier on the anniversary of your blogging.

We the rakyat are much too upset by the stalling tactics, by the judgement rendered by the COA to stay Najib's case and so on.

If GE15 is held tomorrow and the only item on PH manifesto is to get Najib's cases heard and tried in court, the PH team will win hands down.
No two ways about it.

Strongly recommend the AG and his team charge Najib with one or two low hanging fruits, separate them from the rest which will be heard in April, file them in the appropriate high court and get the charges heard pronto. These cases must be fail safe, and even better, based on the documents and irrefutable evidence against MO1 unearthed by the DOJ who is doing a spectacular job in getting the evidence.
No criminal must be allowed to preen and take advantage of the "freedom", let him/her face the full weight of the law.

If any judges are not up to the mark, we the rakyat urge the govt to SACK them immediately. Najib did that with Gani Patail. Do unto those judges what Najib did.
Start firing the tidak apa or corrupt judges, and make sure the criminal gets his day in court.

PH govt, are you hearing us?

wansee c said...

Congrats upon reaching the pinnacle of 13th anniversary as the nation most noteworthy blogger. Hats off as well for your strenuous effort to contribute to the country in your very own way, dishing out pearls of wisdom in an acerbic style. As a committed writer, you are indeed second to none. It is beyond question that the 'ink' inside you still runs deep in your veins.

Each time, I must get myself ready to be tickled pink whenever going through the lines that are usually couched in satirical terms. Well, reading your blog is likened to having a square-meal that comes complete with starter, main course and some 'out of the world' sweets, to finish up with, which keeps me craving for more. Thank you for being generous in sharing your thoughts over the years. As you had mentioned, millions have been drawn to check out your points of view, like moths to a flame. Your wide knowledge has helped expand our minds and nourish our souls that leave a lasting impression. I believe, somewhere, somehow, someone has just got inspired.

In Chinese culture, 13 is a good number as it symbolizes life and to live. Thus, may you live up to our expectations to continue to hold dear the freedom of expression and never be afraid of where truth will lead and also the desire to stand up for a better Malaysia to speak our mind within limits. Never mind the trying times you had been through, it was all the part and parcel of journey in life. Just tell us that the best 'hand-out' is yet to come, again and again. People used to say, the harder the conflict, the more glorious the triumph. Thank you once again for allowing us to mark this significant milestone with you. All the best to our beloved 'apa takut Tokku' tulis jer! Hidup Tok Kadir!

OKJ said...

Salam Dato.

Opsss !!!!! Terlupa pulak nak cakap satu perkara. Maaf cakaplah tapi saya rasa Dato’ lebih sombong sekarang, perangai pun dah ikut-ikut Najib. Najib masa berkuasa dulu mana pernah layan komen atau kritikan terhadapnya. Sebiji macam Dato’ sekarang.

Saya berharap Dato’ eloklah berinteraksi sekali-sekala dgn pembahas seperti zaman dulu-dulu (sebelum menjadi orang kanan Tun Mahathir) ye. Sekian TQ.

malaysia dilanggar todak said...

Tahniah A Kadir Jasin!Anda membentuk pemikiran golongan yang berani menentang penyelewengan.

Pemerhati Setia said...

Assalamualaikum dato..
Tahniah atas keistiqamahan dato dalam menulis. Saya sendiri sebagai penulis dapat merasai panca roba menulis dalam keadaan melawan arus kekuasaan. Selamat berjuang.

wankamarul701 said...

Dakj tak keluarkan ke buku mengenai politik pasca PRU-14?

salam sayang said...

assalamualaikum Datuk

tahniah atas kelancaran karya dan penulisan selama ini

krisis yang ditinggalkan pemerintah UMNO-BN masih belum selesai baik itu hutangnya, budaya rasuah dan makan-suap para pegawainya, budaya CASH IS KING nya, begitu juga tikus-tikus, anai-anai, parasit makhluk perosak dan tali-barut puak pemecah-belah dan adu-domba yang masih berkeliaran hidup di tengah-tengah masyarakat. belum lagi dihitung budaya dan pemikiran sesat lagi menyesatkan yang masih dan sedang berkembang menjarah dan menjajah minda dan fikiran anak bangsa, baik amalan kapitalis kejam, budaya konsumerisme dan hedonisme melampau lagi merapu, Syiah, liberalisme dan macam-macam lagi. aahhh... ternyata masih jauh dan panjang jalan perjuangan kita

doa dan harapan saya panjatkan pada Allah buat Datuk dan semua para pejuang yang sama-sama berkarya, mengeluarkan buah fikir, tenaga dan waktu demi kemaslahatan umat, agama, bangsa dan negara. moga Allah memberkati usaha kita dan menjayakan usaha kita dunia akhirat

salam kasih dari saya anak Malaysia di bumi rantau

NewReader said...

Congrats to you Dato for keeping this blog alive for 13 years even though I only starting reading your blog in the last 6 months!

I can see the supporters of this blog mostly have the same wishful thinkings and ideals about the new government. However, what we see out there in the real world, the day-to-day news, events and happenings are very far from what the supporters here have in mind.

That means the PH as a whole don’t have a tight outfit to rule and run a coalition party and a country. Rather we see contradictions, self-interest priorizations, hidden agenda behaviours and mutual suspicions within PH. It gives me the feeling that PH will be hard to sustain for long term especially it has 48% of votes in PRU14.

Hud Hud said...

Tahniah Dato. Semoga dato dikurnia kesihatan dan kesempatan utk terus menabur bakti dengan menulis. Dato berjaya mengekalkan standard tulisan yg cukup tinggi.

Hanezam said...

Datuk,

Saya akan terus baca.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Tahniah kerana ulangtahun 13 tahun blog ini.

Sama-sama doakan kesihatan DAKJ, supaya terus menulis.

Saya rasa DAKJ menulis kerana sayangkan negara kita.

Kalau kita sayangkan negara, sudah tentulah kita mahukannya berjaya dan dipeliharakan.

Sallam

Hj Nabawi said...

Bangsa yg membaca adalah bangsa yg melawan.....

Unknown said...

Teruskan mencipta khayalan Yang memesongkan akal budi manusia..penulisan yg berintegriti perlu Ada jiwa insani...bukan nafsu duniawi...

tano kemalak said...

Tahniah dan 'Kipidap' Tuan!!!

Orang Kedah said...

Tahniah tuan

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).