Monday, February 04, 2019

Dok Tak Dok Abdul Hadi Batal Saman


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kata "menang" tapi pasal apa tarik balik?
SEKARANG musim kemarau di bahagian utara Semenanjung. Kering dan panas tapi sejuk waktu malam.

Tapi macam kata orang Kedah, “dok tak dok hujan turun”.  Maksudnya tanpa disangka hujan turun.

Demikianlah kehebohan terbaru mengenai Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, “dok tak dok” tarik balik kes saman malunya terhadap Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Abdul Hadi saman Clare Brown kerana dalam ulasan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” di mana, antara lain, disebutkan bahawa bekas Perdana Menteri itu cuba "memikat" Pas dengan sogokan RM90 juta.

Masa Pas Abdul Hadi mengemukakan saman sivil itu, saya sudah berasa ada sesuatu yang tidak betul dan tidak masuk akal.

Maksudnya, macam mana sebuah parti yang mendakwa menegakkan Islam dan bercita-cita mendirikan “Daulah Islamiah” (Negara Islam) sanggup pergi ke negara kafir dan guna undang-undang yang tidak islamik untuk menebus maruah beliau yang tercemar?

Masa Abdul Hadi kemukakan saman itu, banyak orang kata mereka akan lebih percaya Pas tidak terima rasuah itu kalau beliau bersumpah di masjid dengan nama Allah dan Al Quran.

Tetapi Abdul Hadi dan para penasihat beliau memilih untuk menebus maruah dan nama baik parti mereka di mahkamah sebuah negara bukan Islam – negara kafir.

Mereka begitu yakin sehingga sanggup membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membayar upah peguam dan belanja mahkamah.

Percaya dengan tindakan ketua nombor satu mereka maka ahli dan penyokong Pas dengan murah hati menderma, dikatakan sampai RM2.1 juta, untuk membiayai saman di negara kafir itu.

Banyak duit: dikatakan RM2.1 juta berjaya dipungut
 Sekarang tiba-tiba Abdul Hadi batalkan saman itu dan kononnya akan diselesaikan di luar mahkamah.

Perintah persetujuan mahkamah London bertarikh 1 Februari berkata bahawa  yang menuntut (Honourable Abdul Hadi MP) dan defendan (Claire RewCastle Brown) bersetuju Abdul Hadi memberhentikan tuntutan, defendan (Claire Brown) memberhentikan tuntutan balas dan tidak ada perintah mengenai kos.

Maksudnya Abdul Hadi batal saman ke atas Claire Brown dan Claire Brown batal saman balas ke atas Abdul Hadi. Tidak ada perintah mengenai kos atau ganti rugi.

Maka mulai sekarang apa yang berlaku  di antara Abdul Hadi dengan Claire Brown mengenai dakwaan rasuah RM90 juta itu bukan lagi pengadilan mahkamah tetapi perundingan antara peguam.

Sekiranya dan apabila penyelesaian dicapai, ia bukanlah penyelesaian mahkamah tapi sekadar hasil rundingan di antara peguam Abdul Hadi dengan Claire Brown.

Utusan Kata Pas Menang

Soalannya, apa sudah jadi dengan tajuk berita Utusan Melayu (akhbar Umno) pada 1 Mei tahun lepas yang berbunyi: “Pas menang saman fitnah Sawarak Report”? (Baca DI SINI).

Pas tidak menang. Hanya Utusan buat laporan putar belit bagi membantu Pas dalam pilihan raya umum 9 Mei. Ketika itu mahkamah sekadar memutuskan yang ada kes untuk dibicarakan dan Claire Brown kena bayar kos mahkamah setakat itu.

New Straits Times yang waktu itu di bawah petunjuk “wahyu” Putrajaya – dikatakan melalui Habibul Rahman Kadir - pula melaporkan yang Abdul Hadi mempunyai harapan baik untuk menang kes itu dengan tajuk berita: “Hadi has good chance of winning defamation suit against Rewcastle-Brown”.

Soalnya macam mana Pas nak menang kalau kes belum pun dibicarakan lagi?

Sekarang dengan menarik keluar kes itu daripada mahkamah dan menyelesaikannya di luar, jelaslah bahawa tajuk berita Utusan itu tidak benar sama sekali.

Kalau benar Pas menang, pasal apa nak bawa keluar dan selesaikan di luar?

Bukankah lebih baik menunggu penghakiman mahkamah daripada berunding secara sulit di kalangan peguam?

Kesimpulannya Pas tidak menang apa-apa pun setakat ini kecuali dibenarkan untuk meneruskan saman sivilnya terhadap Claire Brown.

Itu pun perbicaraan tidak boleh dijalankan kerana Claire telah mengemukakan saman balas (counter suit) ke atas Abdul Hadi dan Pas.
  
Persoalannya lagi, apa sudah terjadi atau akan jadi dengan dakwaan rasuah RM90 juta serta duit derma RM2.1 juta daripada ahli dan penyokong Pas itu?

Apakah duit ini sudah habis dibelanjakan maka Abdul Hadi terpaksa memberihentikan tindakannya atau beliau takut keputusan mahkamah tidak akan memihak kepadanya?

Mahkamah telah pun memutuskan perbicaraan penuh selama 11 hari dimulakan pada 1 April ini.

Nampaknya Abdul Hadi lebih rela kalah bersorak daripada menghadapi kemungkinan kalah perbicaraan.

Sebelum PRU 2018 keperluan mempertahankan imej Pas adalah amat penting. Tetapi sekarang PRU sudah berlalu, Umno/Barisan Nasional kalah dan Pas tidak menang. Jadi maruah dan air muka tidak sepenting dulu lagi.

Sebaliknya risiko fakta sebenar mengenai derma RM90 juta itu terdedah semakin tinggi kerana Umno/BN tidak lagu berkuasa justeru itu tidak lagi boleh membantu Pas menyembunyikan hal sebenar.

Kalau bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak sendiri sedang menghadapi begitu banyak tuduhan rasuah di mahkamah, bagaimanakah beliau boleh membantu Pas sekiranya memang ada derma RM90 juta daripada Umno kepada Pas?

Mohd Najib tentulah akan menafikannya sebab beliau tidak mahu kes rasuah ke atasnya ditambah. Yang ada ini pun sudah lebih daripada cukup.

Ada kemungkinan Abdul Hadi membatalkan saman itu kerana hendak mengelak hujah-hujah sensasi dalam saman balas (counter suit) Claire Brown mematahkan hujah beliau.

Sesiapa saja yang berpeluang membaca hujah dalam saman balas Claire Brown pasti mendapati hujah dan fakta yang beliau kemukakan amat merugikan Pas.

Ditakdirkan memang Abdul Hadi tidak tahu menahu mengenai derma RM90 yang didakwa itu, tetapi hujah dan fakta terperinci dalam saman balas Claire Brown amat merosakkan bagi Pas.

Yang paling merugikan Pas adalah butir-butir bagaimana para pemimpin atasan Pas menggunakan duit itu untuk bermewah-mewah.

Clare Brown mendedahkan bagaimana mereka membeli rumah dan kenderaan mahal di saat-saat ahli dan penyokong Pas diseru, atas nama perjuangan, untuk menderma kepada tabung saman tersebut.

Akhir kalam, pencerahan dan penyelesaian mutakhir kepada isu derma RM90 juta ini hanya boleh dicapai jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia membuka fail siasatan jika mereka belum berbuat demikian.

Wallahuaklam.

41 comments:

Pak ya said...

1. Wal hasil balik asal, wal asal balik hasil.

2. Pi mai pi mai tang tu.

Zed-85 said...

Sallam Dato'


Persoalannya, kalau PAS kata tak ada duit nak bayar peguam, dulu masa mula-mula saman Sarawak Report, siapa yang bayar? Mana datang duitnya?

Kenapa dulu ada duit, sekarang kenapa tak ada duit?

Persoalan kedua, PAS banyak menumpu dan tak sudah-sudah dan tak berhenti-henti tumpu kepada undang-undang Islam.

Kenapa PAS menggunakan hukum dan undang-undang orang kapir untuk menyaman Sarawak Report.? PAS sibuk dengan memartabatkan undang-undang Islam ,RUU355, hukum hudud, tetapi menggunakan undang-undang orang kapir untuk saman di negara orang kapir.

Persoalan ketiga, apa sebabnya PAS menyaman Sarawak Report?. Adakah untuk main-main atau buat cerita sensasi saja sebagai modal sebelum pilihanraya?

Persoalan keempat, macamana cerita youtube, Nik Abduh kata terima duit dari UMNO?

Bagi saya PAS ini hanya menggunakan ugama untuk tujuan mendapat kuasa dan habuan.

Kalau kita hendak tahu samada PAS berkebolehan atau tidak, kita boleh dengar macamana orang PAS bercakap dalam Parlimen. Saya tengok banyak diam dan tak bersuara. Saya tak tahu samada mereka ini berzikir atau buat apa.

Mat penang said...

Datuk, ada satu lagi mahkamah yang akan membicarakan kes ini. Sementelahan datuk pun turut menulis yang memberi pembaca membuat justifikasi tanpa bukti, maka datuk juga akan dibawa sebagai saksi.
Hari pembicaraan itu mungkin lambat lagi tapi datuk semakin dekat ke sana. Tidak ada penyelesaian luar mahkamah di sana.
Saksi pun tak susah nak cari, ada pada datuk iaitu jari yang menulis.
Saya sekadar memberi ingatan.

zainal abidin awang kechik said...

SALAM TOK

Berdosa ka kalau UMNO bagi Duit kat PAS...
Saya rasa Dosa lagi kalau Najib bagi tanah Langkawi kat Garuda Suci Sdn Bhd..
Macam Najib bagi Skypark kat DESMOND LIM.
..
Tok .. saya sanjung TOK.. sebab you is my Malaysia Hero..
PAS & UMNO .. depa tak makan Daging Babi..
Salam tok.
UMNO bagi saya rezeki ,Allah restu.. Hanya satu pemimpin UMNO yang bagi melayu kaya.. Nama dia ANWAR BIN IBRAHIM..
Mahathir tidak memberi melayu kaya .
Daim tidak memberi melayu kaya ..
...
Selamat berjuang.

awang kualaberang said...

ikan senohong gelama ikan duri,
lebai pembohong taawun dgn pencuri...

James Labu said...


Salam

Nasharudin Mat Isa (the suspect) yang dipercayai menjadi 'man behind the scene' dalam merangka kerajaan perpaduan pas-umno pasca PRU13 'is very quiet as a mouse'.

Dulu Najib berkata beliau tidak kenal perempuan itu (Altantuya). Kini Najib berkata beliau tidak ada memberi RM90 juta kepada Hadi atau Pas. Memang betul. Kerana duit tersebut bukan RM90 juta mungkin RM100 juta. Diberi kepada Nasha dan kemudian diagih kepada pemimpin Pas. Saperti duit 1MDB yang pusing keliling dunia.

Sebagai balasan Najib telah melantik Nasha sebagai CEO Global Movement Of Moderates selain dari sebahagian duit RM90 juta.

SPRM dan CCID hendaklah menyiasat akaun-akaun Nasha dan 'the usual suspects' pemimpin-pemimpin Pas.

Smoke 'em out.

Aldeenor said...

PH shud finish off PAS using this case.

Mohd Salleh Bin Ahmad said...

Lebih baik Minta pemimpin Pas pergi scan dalam kepala, tengok ada apa ?

Hud Hud said...

Pas kena mengambil langkah drastik suruh Hadi undur diri. Pas dibawah Hadi ni ternyata gagal.

Tak tahulah apa sebabnya, tapi keputusan2 besar yg diambil pas semasa Hadi ni memimpin, semuanya ternyata meleset. Keluar PR, tawun dengan umno semasa pru14, dan yg terbaru ni saman SR, semuanya tersasar.

Bila cerita Hadi mimpi TGNA kaki kudung semasa pru14, Mursyidul am pas ustaz Hashim Jasin menerangkan yg Hadi ni kerap mimpi jumpa nabi terutama bila ada keputusan2 besar yg perlu diambil. Agak2nya keputusan2 besar yg dibuat pas semasa Hadi ni presiden, semuanya berdasarkan mimpi Hadi. Tapi nampak sangat yg keputusan2 tu semua tersasar. Dia ni mimpi nabi ke mimpi makhluk lain yg menyerupai nabi??

aziz yusof said...

Assalam Datuk.

Imbauan sejarah:

Khamis, 12 Februari 2015 (malam Jumaat), TGNA meninggal dunia

4-6 Jun 2015, Muktamar Pas ke 61 berlangsung di Kuala Selangor. 'Master Chai List' timbul bagi pertarungan 'The Professionals aka so-called Liberalists Vs The Ulamas'

Global Movement of Moderates - Mula2 di laungkan oleh Najib di UNGA ke 65 pada tahun 2010. 2015 juga GMM ditubuhkan dengan mengambil Nasharuddin Mat Isa, x Pas Deputy President yang sudah di buang dari Pas sebagai perosak. (Nasharuddin adalah conduit Najib ke dalam Pas)

Najib @ Umno memang mahu merosakkan Pas selepas menghancurkan Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan TGHH @ Pas dengan Lim Guan Eng @ Dap. PR berpecah sebelum PRU 13. Najib dan BN and Umno punyai talian hayat post PRU 13.

Tapi Najib mahu dan terpaksa berbaik dengan Pas milik TGHH setelah momentum saki baki PR membuak kerana Najib sudah tenggelam dengan 1MDB bila Tun M mula aktif bersuara. Selainnya hanya persejarahan akademik.

Amat menarik adalah tulisan Sdr Mohamed Ridhuan dalam Blog Pasca Muktamar Pas Kali ke 61. Berikut adalah kesimpulan beliau:

"Satu persoalan yang masih belum terjawab adalah samada 'chai' itu sendiri sebenarnya adalah konspirasi peringkat tertinggi dalam parti yang melibatkan ahli-ahli Majlis Syura itu sendiri. Namun, daripada pelbagai petanda yang zahir nampaknya menjuruskan kepada penglibatan Majlis Syura itu sendiri samada secara langsung atau tidak langsung. Sebab itu, para perwakilan tanpa segan silu dan tanpa rasa berdosa, wala' dengan 'mantera chai' tersebut.

Jika budaya ini berlaku lagi dalam pemilihan akan datang maka tunggulah kehancuran parti seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran kehancuran di muka bumi ini akan berlaku akibat tangan manusia itu sendiri. Ingatlah 'chai' ini mengganggu proses alami yang menjadi sunnatullah iaitu persoalan memilih pemimpin hendaklah dibuat perwakilan selepas berfikir secara rasional dan menimbangkan faktor-faktor kebolehan dan ketrampilan seseorang calon.

Justeru, apabila proses sunnatullah ini diganggu ianya akan mengubah ketetapan Allah swt dan perubahan yang tidak alami ini akan memusnahkan parti suatu masa kelak".

Bila Pas chap Ulama (pasca Chai-List) milik TGHH lupa bab sunatullah dalam memilih pemimpin dan mereka sanggup bermain dengan Najib @ Mr Cash-is-King, maka inilah hasilnya.

The better Malays in Pas are now in Amanah. May the RM90 million fiasco be the final nail in Pas's death coffin.

And yet these Pas's melayus still got some traction space with Najib's Umno to collaborate in the name of Melayu, Islam, Raja dan Negara for Semenyih and PRU 15??

And PH should be worry post Cameron Highlands??

Naaahh!

dt rahman pekan said...

kita rakyat biasa, dan kentut kita sama berbau busuk.

pemimpin PAS akan memberi segala alasan kenapa saman d tarik balik.

jangan hairan jika pengikut mereka yg begitu taksub kpd pemimpin 'ularmak' mereka, akan juga percaya dgn alasan yg bau kentut ularmak mereka yg senentiasa wangi akan tercemar dan berbau busuk jika kes ini d teruskan.

'hidup ularmak!' penjual agama ,yg lebih baik sedikit drpd penjual 'air pengasih' d tepi jalan atau d jalan chow kit.

Zalman A said...

Datuk,

Simple facts:

a) Clare Rewcastle Brown did not issue an apology

b) The offending article was never removed.

These two simple facts lead to one conclusion:

hadi's lawyers told him he would lose at trial.

Quite simple.

Zalman A said...

SR's own legal documents speak a thousand words.

This PAS is no longer the party of TG Nik Aziz.

Let's see the facts in the document......

"... 26.9 Nasharudin and other senior PAS personnel benefited personally, enjoying and exhibiting a new affluence from the money channelled into the party by Najib Razak.

26.10 Nasharudin new-found wealth

• acquiring vehicles costing not less than RM1.5 million

• (including a BMW 525 priced at RM388,000, a Mini priced at RM230,000, a Toyota Vellfire priced at RM290,000, a Toyota Camry, priced at RM150,000 and a Toyota Fortuner priced at RM200,000

• and property, including a house at Bangi, Selangor, worth RM3 million bought with cash.

PAS MPs and senior party figures have bought new, luxury cars and new houses and married second and third wives, spending conspicuously in excess of their political salaries and what they could previously afford.

• Deputy Chief Minister of Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, acquired a fleet of luxury cars, including a Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire and Toyota Attis and built several houses for his family.

• The Spiritual Leader Hashim Jasim acquired a Porsche Cayman car.

• PAS Information Chief Khairuddin Aman Razali gave his second wife a RM500,000 Audi Q7 car as a gift.

• PAS Information Chief Nasrudin Hassan Tantawi bought a RM300,000-plus Toyota Vellfire.

• Secretary to the Syura Council, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh acquired a luxury Mercedes with the number plate PAS 9, itself worth around RM100,000, and a luxury Audi.

• Takiyuddin bin Hassan, MP for Kota Baru and Secretary General of PAS has acquired a fleet of expensive cars and a luxury motorbike, including a Volkswagen Passat priced about RM160,000 with personalized number plate TAK 11, itself worth up to RM100,000

• Muhammad Khalil, PAS Youth Leader, acquired luxury BMW motorbike.

• Mokhtar Senik, chairman of the PAS Pahang Ulama Council, has acquired a luxury Mercedes and Toyota.

At least these PAS leaders can ride around in luxury as they campaign for UMNO in Semenyih?


wansee c said...

Classic dirty politics. Kia-su politicians. Disgusting humans. Sanctimonious pretexts to cover up for survival. Totally neglect the existence of watchful eyes of God, and omit the teaching of religion that they preach superficially, and no fear of consequences in the afterlife. That is absolutely absurd and makes everyone's gorge rises. Shameless and fearless species of this sort should be challenged to swear in the name of God, as a final alternative, to get to the bottom of the questionable dispute.

On the other hand, if Tun M2.0 were here to rebuild the nation, he should hold sway to govern in full swing without being stifled by any annoyance from other PH component parties. Or else, that is really a pain in the neck. Whether they like it or not, they have to acknowledge and agree to disagree with Tun's absolute decisions. We are constantly confounded and piqued by the contradiction of statements from the ministers which somewhat blighted the whole system. To us, it seems haphazardly organised and is improbable to survive any longer but to perish the thought of retaining in power.

Instead of taking charge of everything almost single-handedly and working long hours all day long at such an age, Tun M frantically needs a capable deputy to assist him. Also, a new and creditable lineup is much anticipated. Therefore, he has to get rid of those hopeless and hapless tyros, the sooner the better. The loss in Cameron Highlands had already signified a strong re-rise intimation of Pas-Umno and a significant decline of PH. Thus, Tun must come up with something rigid to recoup the trust and confidence of the people, the Malays in particular, there and then or the consequence can be dreadfully grave.

Jojo said...

Datuk,

1. Saya harap SPRM dah mula menyiasat duit rm90M (atau mungkin lebih) ini datang dari mana. Jika duit berkaitan 1MDB harap dapat dipulangkan kembali.

2. Jika tak jadi juga perbicaraan 12hb ni, memang saya amat kecewa. Saya tak kisah dengan Najib kulit biawak tak tahu malu tu tapi saya meluat dengan sesetengah manusia yang masih tak malu nak berselfie dengan orang yang dituduh mencuri wang negara. Di negara lain mungkin dah kena ludah mukanya atau dibaling selipar.

Nur said...

Tu dia. Tulis pasal preseiden dia, terus je nak kata fitnah. Walaupun acah2 keagamaan....

Counter fakta dengan fakta la. Jawab la in the first place kenapa hadi batal saman? Fakta dari mulut hadi, bukan sdra suka2 cakap ya.

Mat penang said...

Kalau aku ahli pas aku biaq ja akj nak jadi apa pun.

Zalman A said...

Datuk,

Why the Malays must know the truth about PASUMNO:

"Malaysians still deserve to know the truth of Sarawak Report’s (SR) allegation of PAS accepting RM90 million from Umno, despite the case being settled out of court, said the National Patriot’s Association (Patriot) today.

Its president Brig-Gen (Rtd) Datuk Mohamed Arshad Raji said that the allegations were serious and beyond mere accusations due to evidence submitted by the online portal in the form of an alleged audio recording of PAS central committee member Nik Abduh Nik Aziz talking about receiving RM2 million from Umno.

“Malaysians are anxious to know the truth of the matter because the money paid out is allegedly derived from the 1MDB fund. Members of PAS who have donated to the party’s legal fund for Hadi Awang should also be interested to know the truth.

“This case is beyond mere accusations from both Clare Rewcastle-Brown and Hadi Awang. At stake is the integrity of the criminal law and the millions of young minds who will be wondering if corruption and dishonesty is a way of life in modern society,” he said in a statement here today."

If it is proved, then no Muslim should ever vote for PAS and their fake piety.

The various "tembikai" in the party have corrupted PAS to the level of UMNO itself.

Zalman A said...

The MACC can always start here......

RM90 juta untuk Pas disalur melalui Affin Bank, dakwa Husam

Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

“Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

“Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank,” kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.

Unknown said...

harap2 pdrm/sprm CEPAT2 ,SIASAT,dengar cerita budak sabah yg berani tu dah submit report di balai polis ceras,dengar cerita ahli pas saksi hidup semasa audio nik abduh dah buat laporan polis tmn malawati?

saya sedikit WONDER dgn TV3 ni,siapa yg jadi kerajaan?hadi merasmikan pecah-tanahpun diinterview pasal prk semenyih! tetapi kes-kes hadi dgn SR & report2 polis tentang hadi/pas tak keluarpun.SOMETHING FISHY IS GOING ON HERE!..Atau ada tangan2 lain dlm ph...nak sselamatkan pimpinan pas,sebab pernah berjasa padanya....wallahualam.

Zed-85 said...

Sallam Dato,


Pembetulan/ralat

"Persoalan keempat, macamana cerita youtube, Nik Abduh kata terima duit dari UMNO?"

kepada yang betul,

Persoalan keempat, macamana cerita youtube, Nik Abduh kata PAS terima duit dari UMNO?

Maaf, saya betulkan, takut lain pulak maknanya.

Zed-85 said...

DAKJ,

Saya nak tambah sikit,

Orang yang menjual ugama untuk wang, pengaruh dan kuasa sudah beribu tahun lamanya.

Saya ambil contoh, ada juga golongan yang menhantar anak melayu untuk mintak sedekah atau derma atas nama Islam. Sekarang ini banyak ada. Derma untuk sekolah Tahfiz.

Modalnya tak besar, hanya anak bangsa melayu dan Agama Islam.

Katakanlah seorang anak melayu boleh dapat derma RM100 sehari, kalau 30 hari sudah RM3000. Kalau ada 100 orang anak melayu mintak sedekah, sudah menjadi RM300,000 sebulan.

Kalaulah 100 orang melayu yang kutip sedekah dan derma ini sudah besar dan buat perkara yang sama, bilangan anak melayu yang kutip derma dan sedekah semakin banyak.

Saya tengok anak orang cina tak ada buat macam ini. Mungkin orang cina tak sampai hati untuk lihat budak-budak kecil mintak sedekah ditepi jalan.

Inilah contoh manusia yang menggunakan ugama untuk wang dan banyak lagi....

Tuhan berikan manusia akal untuk berfikir yang mana betul dan yang mana tak betul. ini yang membezakan antara haiwan dan manusia.

Fan Tun said...

Orang bandar semua dah tahu
Orang kampung menunggu berita
Najib hulur Lebai pun mahu
Ahli PAS dah kena auta?

Biar pihak berkuasa siasat
Dokumen, suara, katanya ada
Kalau betul, pemimpinnya sesat
Pergi berdepan..mulut dilada!

Nak lari ke mana wahai Pak Lebai
Masa ambil agama di mana
Sg Buloh tersenyum melambai
Sah ambil..memang tak guna!

Zaman almarhum semuanya akur
Pakai serban, berjubah labuh
Berkawan Najib dah jadi tekukur
Boleh sedondon pakaian ditubuh!

Buang serban..topi keledar
Motor BMW ratusan ribu
Belakang Najib jika bersandar
Gaya mewah perut dah sebu!

Kereta laju berwarna merah
Tak berduit tak boleh beli
"Ada ayahku tentu dia marah
Birthday di hotel tidak peduli!"

Saman di London sendiri tarik
Bicara dah dekat apa ke gentar
Minta derma tak serik serik
Ini namanya si kaki putar!

Cakap berapi pasal agama
Macam confirm tiket ke syurga
Solat, puasa Tun pun sama
Palestin,Rohingya dia Penjaga!






Hud Hud said...

Saya nak buat ramalan sikit. Sebagaimana Najib hancurkan umno, begitu jugalah Hadi hancurkan pas. Selepas ini, akan terjadi gelombang besar ahli2 pas masuk amanah.

Zalman A said...

Datuk,

The application of simple logic again.

a) PAS says they are dropping the suit to save money for more noble purposes, konon.

b) This is nonsense.

c) If so, why did PAS initially choose the most expensive lawyer in London?

Zaid Ibrahim commented:

“My friends have told me that Carter-Ruck is probably the most expensive law firm for defamation work, with charge rates of around £600 per hour, equivalent to about RM3,300 per hour.”

d) If PAS could engage Carter-Ruck in London, who paid their fees? It must be someone in power back then, who had access to public funds.

e) If the Bugis Worrier & BN bankrolled this suit, who was the middleman? The MACC should trace the accounts of certain fugitive bloggers who ran away from Malaysia.

f) PAS is lying that the dropping of the suit is to "save money". Semenyih voters, please take note.

Zalman A said...

Speaking of Zaid, he very accurately predicted Hadi's fate.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/11/09/zaid-warns-hadi-of-friends-helping-in-london-suit/

Zaid said this:

“Those who are keen to destroy Clare and Ambiga (and whoever else they have in mind) may not be interested in the case after March 2018.

“I don’t want those who are ‘using’ him to leave him in the lurch and not pay the lawyers’ fees once the case is settled, which will be the end of 2018 at the earliest,” Zaid said, referring to the case that is being waged in the London courts.

He added that the case is going to be lengthy and expensive, costing more than RM10 million.

“I think the suit is being done in London to make political capital out of discrediting Clare and the opposition. Hadi’s reputation is not important to these people,” he said, warning the PAS president that he will have to carry the burden long after GE14."

And so it has come to pass.

Hadi has indeed been left in the lurch.

Be careful whom you make friends with.......



Sama sama said...

Court case is usually complicated even though sometimes there are abundance of evidence.

Even LGE’s case, the MACC called it “shocking”!

Come on, everyday there are thousands of cases settled outside the courts around the world, I don’t see any big deal in PAS’s case.

Syiok Sendiri said...

Let’s don’t fool ourselves and “syiok sendiri”!

If Sarawak Report is 100% confident what it published is not fake, why would Sarawak Report agreed to “non disclosure” out of court settlement ? Does it mean Sarawak Report is not sure about its chances of winning?

So for true unbiased Malaysians out there, no need to beat your drums just for the wrong cause because Sarawak Report did not win the court case.

Buah Kerdas said...

Penarikan balik saman fitnah ini memang mengundang pelbagai andaian; yang paling menarik ialah andaian bahawa memang benar PAS ada terima wang dari UMNO. Oleh kerana UMNO sendiri tak berduit maka amat sukar pula untuk tidak percaya yang duit PAS terima itu berasal daripada duit curi skandal 1MDB.

Jika ahli UMNO taksub dengan pemimpin pejuang bangsa mereka maka berlebih-lebih lagilah ahli PAS taksub dengan ulamak yang memimpin mereka. Akan keluar nanti istilah-istilah Arab dari sang pemimpin untuk terus membelenggu ahli parti kerana orang Melayu memang kurang rajin membaca dan berfikir maka apa sahaja yang berbunyi Arab akan mereka rai dan muliakan, sesuatu yang masih belum banyak berubah sejak zaman penyanyi Lubnan Kristian bernama Fairouz merakamkan lagu Bint el salabiah tahun 60an dulu.

Unknown said...

Who is raja idris kamaruddin? pas advisor?,claire wrote he is raja petra's brother. how come the secret
agreement between hadi & claire leak to rpk? pas pay rpk for his dirty job?interesting news,hope sprm will get some clues from claire's report.

Jasmine said...

Kadiag ooi jangan cepat sangat nak melatah. Control sikit rase benci kau tu kat najib. Coba baca blog RPK hari ni tentang penyiasatan SPRM dan Polis atas 90m tu. Lets just wait what ambiga had to say about the allegation that the 90m was just her and claire dirty spin because of her hatred towards UMNO and PAS. Nasihat aku kat hang jangan biarkan perasaan kebencian melampau terhadap sesuatu menguasai pemikiran sampai hang sangup mengeluarkan kenyataan kenyataan menghasut.

Unknown said...

Salaam Dato', kisah ini bak kata pepatah Melayu,"Sudah terang lagi bersuluh". Kasihan ahli serta penyokong tegar Pas. Harap mereka ambil iktibar Dari episode ini, berubah lah.Yang Maksudnya itu hanya Rasulullah saw, bukan nya Ustaz dan TG.

Sijil Pendidikan Pasuh said...

PH must act against its MPs who have fake academic qualification.

What an embarassment for Malaysia internationally!

rahman2 said...

The drama viz RM90 mil received by PAS from Umno is a clear cut case of pembangsat bangsa melayu working in cahoot with religious peddlars....... period
Period

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

PAS chicken out

Tentang tajuk kali ini, saya juga cukup kesian dgn pengikut PAS yg menderma beratus ribu ringgit semata-mata nak membuktikan kisah 90juta tu fitnah. Alih2, belum bicara lagi pun, PAS dah chicken out. Apala…….. Biasalah PAS.

Contohnya, masa dekat PRU 14 dulu pun PAS siap beri hadis kpd pengikutnya utk panduan. Hadis tu sahih tapi tafsiran tu jauh melencong. Katanya, tak salah pilih pemimpin Islam yg menipu, berzina dan merompak, tetapi hadis tu kata memang tak salah kita pilih pemimpin menipu, merompak, berzina JIKA kita tidak tahu. Bahagian JIKA tu mereka sengaja diamkan utk menghalalkan pangkah Najib dan UMNO masatu. GILA !!!!!!!!!

OK, cukuplah cakap pasal PAS. Cuma seminggu dua ni, banyak sangat pemimpin PH yg katanya beri sijil akedemik palsu@ menipu. Saya agak, macam biasalah, Dato’ tak akan tulis punya bab ini. Sebab etika kewartawanan Dato’ dah hilang dah bila masuk politik ni. Bak kata pepatah, ayam jantan berkokok kuat tapi puggung penuh tahi. Kuman di seberang nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak.

Akhir kata, so Dato’. Saya malas nak ungkit tapi nampak tak dimana letaknya level keikhlasan dan etika kewartawanan Dato’ sebenarnya. Sekian TQ.

Mawar princess said...

Dato' boleh komen pula mengenai menteri menteri pakatan harapan yang menipu ijazah ni? Saya dan keluarga hampalah dato ' tengok takda beza pakatan harapan dan BN. Dahulu saya marah apabila rafizi menyelar tun M terburu buru dalam pemilihan kabinet. Sekarang melihat prestasi pimpinan PH, dan kecoh pula beberapa menteri PH menipu ijazah / diploma mereka.. Saya betul2 hampa.. Dah Lama saya tak baca blog 2 politic sbb kecewa dengan prestasi PH.. Cuma hari ni saya rasa terpanggil utk komen isu penipuan ijazah oleh pimpinan pH.. Harap dato ulas berkaitan isu ini Dan bawa kepada perbincangan dan tindakan sepatutnya. Saya berumur 31 tahun yang telah mengundi PH kerana Aura
Tun M dan menghormati beliau sebagai tokoh dan pemimpin yang disegani Di dunia . Tetapi saya amat kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan ph.. Tidak matang dan huru hara. Saya antara golongan muda yang memerhati dan menilai kepimpinan yang Ada srkarang..

Zalman A said...

Datuk,

Some of your commenters really don't get the point.

If the facts are untrue, the defendant issues AN APOLOGY and then REMOVES all offending material.

Tak kisah in open court ke, as part of a settlement ke.

SR did neither.

As for Ambiga, I think she is sleeping very, very soundly.

But I don't think PAS leaders are.

Zalman A said...

In case anyone is in any doubt, the PAS excuses are looking worse and worse......

"The New Straits Times reported that one of the leaders, a PAS ulama, had admitted that a Porsche car was indeed registered in his name but he claimed that it was not his.

A lawyer friend commented that it reminded him of the case of a lawyer who was the subject of a royal commission of inquiry. When showed a video of him making some incriminating statements, he nonchalantly replied, “It looks like me, sounds like me…”

A video clip of former PAS Youth chief Nik Mohamad Abduh Nik Aziz purportedly making incriminating confessions has also resurfaced. In the said video, Nik Abduh purportedly admits that PAS had been receiving financial assistance, and proudly claimed that PAS was clever and Umno was stupid in this matter.

Hadi’s video at a dialogue session apparently held in Kuala Terengganu early this year also went viral lately. In the video, Hadi purportedly said that if PAS were to withdraw the suit against Rewcastle-Brown, it would mean what she said was true.

Then there is also the bank-in-slip of RM1 million purportedly being remitted to Terengganu PAS officials and another RM1.5 million to the party’s state election committee in Terengganu to help in its general election campaign."


https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/02/09/a-court-settlement-that-opens-the-pandoras-box/

Act of treason? said...

Datuk,
the government's directive for there to be no delays in the prosecution of the SRC International Sdn Bhd, 1MDB and other graft cases is a timely reminder.
Why should there be delays after delays in the courts to try a criminal?

Thank goodness for the directive!
The SG clarified "I wish to explain here that the Attorney-General's Chambers is part of the machinery of the federal government and being part of it, we receive direction and instruction from the government.

"The AGC will always adhere to the government’s directive and instruction so long as they are lawful and is not against the Federal Constitution or any written law."

If the previous regime under that kleptocratic govt had won the GE14, you can bet your last ringgit, an expedited special court would already had been convened, special judges appointed, and probably the cases already in judgement.

Instead the PH govt and judiciary and AGC were bending backwards to accommodate that "criminal" and in so doing, performed an act of injustice to the rakyat.
Let it be known that the directive from the AGC is from all of us, represents our stand that there must no longer be any delay in trying the cases.

What is damaging is that some small "napoleons" in the AGC leaked the directive and so proved that there are still treasonable servants from the last regime. Let them be found out and crucify them.

Silly man said...

Datuk,
Ramkarpal should take these comments about himself seriously:

" Ramkarpal sometimes i feel you are trying to fill the shoes of your father by being a contrarian or acting in a firebrand-like manner. But you only come across as clumsy and blockheaded. You appear devoid of finesse, wit, and smarts, all qualities your father had. Your father was a sharpshooter but you just shoot from the hip.

Like the song, sometimes the best thing to say is to say nothing at all. "

" Ramkarpal, do not portray yourself as a hero. The word "directed" may not be the right word. But we are not naive as not to understand the intent ie NOT to use frivolous excuses to delay the trial of Najib. That has nothing to do with the independence of the judiciary. The SG is not trying to influence the judge to arrive at his judgement. Ramkarpal seems to be barking up the wrong tree!! I am surprised he calls himself a lawyer. "


Absolutely true. He seems directionless and probably acting out of pique because his pet project on the Teoh case has not gathered steam.

What's up IGP ? said...

Datuk,
there's this article in SR, easier to replicate here:

Sarawak Report has just issued an enquiry to the Royal Malaysian Police to request an official response and explanation for what has been up till now an unpublicised visit of a most unusual nature. This article will be updated if and when we receive a response:

" Sarawak Report has received details from various sources about a major top level visit to Turkey by a raft of Malaysia’s most senior police officers over the weekend.
We would be grateful for any statement you can provide as to the nature and purpose of the trip and why up to 17 of the most senior members of the police force have attended it, travelling together in business class. Our information is that these key officers will be absent for nearly a week.
Was this visit publicised in advance and is there an official reason for the trip, which we are advised was organised by the police force?
Finally, can you confirm whether or not the expenses of the trip were covered by public money? "

Clearly the police officers are on a working weekend, as it would hardly be permitted for so many high ranking figures to be on leave at the same time – names passed to Sarawak Report for those attending the trip include: Fuzi himself; the CID and Narcotics Dept Chief, Mohamad bin Salleh; the Director of CID, Wan Ahmad Najimuddin; the Deputy CID Chief, Huzir bin Mohamed; the Deputy Commissioner of Police, Roslee bin Chik; the Senior Assistant Commissioner, Rohaimi bin Md Isa; the Senior Assistant Commissioner, Zainol bin Samah; Senior Assistant Commissioner, Fadzil bin Ahmat; Senior Assistant Commissioner Yaya bin Abdul Rahman; Assistant Commissioner Baharudin bin Mustapha; Deputy Superintendent Syed Mohd Azam; Assistant Superintendent Ahmad Sobri bin Amir Salim and Assistant Superintendent Faizal bin Narudin.


This trip is indeed most unusual and not announced in the press.
The rakyat wants to know if something is going on?
Did the PM okay this trip?
Can IGP clarify this for us?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).